hbae 1203 seni
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
1/23
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian Kreativiti
1.2 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-kanak
2.0 Perkembangan Kreativiti Fisher
2.1Kaitan Perkembangan Kreativiti Fisher dengan Pengajaran
Guru (dalam bentuk Rancangan Pengajaran Harian)
2.2 Huraian Perkembangan Kreativiti Fisher dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (merujuk Rancangan
Pengajaran Harian)
3.0Kaitan Perkembangan Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Diri
Kanak-kanak dari segi Sosial, Fizikal dan Emosi
4.0Analisis Kaitan Aktiviti Pembelajaran dengan Perkembangan
Kreativiti dalam Melahirkan Individu Kreatif
5.0 Kesimpulan
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
2/23
Pemikiran kreatif sering dibincangkan dalam melahirkan individu yang berinovasi sejajar
dengan wawasan kerajaan dalam mencapai kemajuan negara. Justeru, pemupukan
pemikiran kreatif perlu disemai daripada kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah
diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses
pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.
Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi
mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan
dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti
dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yang berkesanialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Selain itu, dapat
menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi,
pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.
Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian kreatif itu. Namun begitu, hal
ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh
akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut deBono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri.
Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi.
Dalam bahasa Inggeris create atau cipta dalam bahasa Melayu.
1.1 PENGERTIAN KREATIVITI
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
3/23
Terdapat banyak definisi kreativiti. Antaranya, Kreativiti adalah menggunakan
imaginasi untuk sampai ke satu penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau
tugasan yang asli (QCA, 2007), ( Kamus Dewan, 1997) Kemampuan atau
kebolehan mencipta, dan idea kreatif ialah idea yang original dan asli.
Pemikiran kreatif memerlukan individu berfikir dalam arah atau hala yang baru,
meninggalkan corak pemikiran yang sedia ada dan ke arah corak yang baru (Paul
E. Plsek, 1997).
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan
ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai
sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera,
doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurutLeong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; People who copy
concepts and ideas, sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah
kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang
dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan
konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
i. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
ii. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama dan berfikir di luar
kotak.
iii. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
iv. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
v. Membuka minda dengan idea-idea baru dan mencipta sesuatu yang baru.
vi. Mencabar andaian dan berfikir secara fleksibel.
vii. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli
viii. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
4/23
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan
dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang
diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun,
pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang
dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam
pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang
lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, Creativity
involves escaping from stuckness and opening up possibilities.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorangmenghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.
1.2 KEPENTINGAN KREATIVITI KEPADA KANAK-KANAK
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar
meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk
kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam
pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya,
selepas rnelukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
Mereka juga belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih
lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah
mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Jsernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh
digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti
seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
5/23
perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-
kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.
Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria
dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan
mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada
stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang
bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif.
Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah
sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel
dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra
dan mudah didekati.
2.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
Fisher (1943) menyatakan terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu :-
(a) Peringkat Rangsangan
Dalam peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai
bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Tugas seorang
guru pula merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Secara tidak
langsung, guru dapat merangsang murid untuk berinteraksi secara aktif dan apa yang
ingin diketahui oleh murid dapat diperjelaskan.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Justeru, padaperingkat ini murid yang kreatif berminat untuk mencari jawapan menggunakan jalan
penyelesaian dengan pelbagai cara, gaya dan teknik. Maka, strategi pengajaran guru yang
berasaskan inkuiri penemuan, pembelajaran berteraskan masalah dan kajian masa depan
amat bersesuaian.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
6/23
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
Perancancangan seecara verbal iaitu perancangan melalui
perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej
lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Setelah memikirkan segala aktiviti yang akan
dilakukan maka pemikiran kreatif dapat dizahirkan melalui tindakan. Pada peringkat ini
segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita
mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?
(e) Kajian Semula
Peringkat kajian semula menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi tujuanproses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pemikiran yang kreatif
sangat penting untuk memberikan idea-idea yang relevan bagi menghindarkan kelemahan
yang telah dibuat dalam satu-satu aktiviti berulang. Murid-murid perlu memberikan
pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
2.1 KAITAN PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DENGAN
PENGAJARAN GURU
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
7/23
TAHUN/MASA/
MATA
PELAJARAN
STANDARD PEMBELAJARAN REFLEKSI/
CATATAN1.1 Persepsi
Estetik
1.2 Aplikasi Seni 1.3
Ekspresi
Kreatif
1.4
Apresiasi
Seni
Dunia Seni Visual
Tahun : 1 Berlian
Masa :
10.10-11.10
Bidang :
Menggambar
(Capan)
Tema : Alam
Semula Jadi
Tajuk : Jambangan
Bunga
1.1.1 Unsur
seni
1.1.1.1
1.1.1.2
1.1.1.3
1.1.2 Prinsip
rekaan
1.1.2.1
1.2.1 Media
1.2.1.1
1.2.1.2
1.2.2 Proses dan
Teknik
1.2.2.1
1.3.1
1.3.2
1.4.1
1.4.2
1.4.3
EMK
TMK,
Kreativiti dan
inovasi,
Keusahawana
n
(E1-E5) dan
Nilai murni
Cinta Alam
Sekitar
Strategi :
Cuba Jaya,
Berpusatkan
Murid
Kaedah
pengajaran :
Demonstrasi,
Sumbangsara
n,
Penyoalan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir Pembelajaran murid dapat :
1. Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip
rekaan dalam penghasilan gambar menggunakan teknik
capan.
2. Mengetahui dan memahami media, proses dan teknik
dalam menghasilkan gambar menggunakan teknik capan.
3. Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiraan
media, proses dan teknik serta bahasa seni visual dalam
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
8/23
penghasilan gambar.
4. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang
telah dipelajari.
Teknik:
Inkuiri,
Soal jawab
Bahan Bantu
Belajar
1.Contoh
lukisan
2.Media :
berus, warna,warna
poster , palet,
kertas
lukisan,
bendi,
bawang, surat
khabar
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran
1. Guru menunjukkan contoh gambar jambangan bunga
menggunakan teknik capan dan bersoal jawab berkaitan
unsur dan prinsip seni yang terdapat dalam karya.
(Rangsangan)
2. Guru menunjukkan cara menghasilkan gambar bunga
menggunakan teknik capan. (Perancangan)
3. Murid menghasilakn jalinan pada gambar menggunakan
teknik capan. (Penerokaan , Aktiviti)
4. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang
dihasilkan. (Kajian Semula)
Penilaian Pembelajaran dan Pembelajaran
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat
gambar jambangan bunga menggunakan teknik capan
berdasarkan empat Standard Kandungan.
Refleksi Guru :
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid
menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghasilkan
jambangan bunga menggunakan bendi dan bawang. Pelajar
telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objektif tercapai
dengan jayanya.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
9/23
2.1 HURAIAN KAITAN PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (merujuk Rancangan
Pengajaran Harian di atas )
Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dikuti langkah
demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan
tindakan. Jadual 1 memperlihatkan setiap frasa Proses Kreatif Terarah tersebut
dengan merujuk kepada fokus guru, fokus murid dan soalan-soalan contoh yang
dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi
menggerakkan pemikiran kreatif mereka berdasarkan aras soalan (Taksonomi
Bloom). Rujuk Jadual 1.
Jadual 1
Fasa
Terarah
Fokus Guru
Strategi, Kaedah,
Teknik Pengajaran
Pendekatan Induktif
Fokus Murid /
Perkembangan
Kreativiti Fisher
Soalan Contoh (Aras
Taksonomi Bloom) /
Rangsangan
Persediaan Mewujudkan
kesedaran, minat dan
perasaan ingin tahu
Membuat pemerhatian
secara aktif.
Apakah yang kamu
nampak ada pada
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
10/23
murid semasa set
induksi.
(Berpusatkan Murid)
- Guru
menunjukkan
bendi dan
bawang kepada
murid.
Menyediakan
situasi/kontekspembelajaran yang
bermakna.
- Guru memotong
bendi dan
bawang.
(Demonstrasi)
- Guru
menerangkan
fungsi media
tersebut sebagai
bahan capan.
(Kuliah ,
Suimbangsaran)
(Peringkat
Rangsangan)
Menyampaikan idea
individu.
Menghubung kait
pengalaman sedia ada
dengan pengalaman
baru.
Menyediakan minda
untuk aktiviti dantugasan yang diberi.
tangan cikgu?
Nyatakan nama benda-
benda tersebut.
(Aras Pengetahuan)
Bagaimana bendi dan
bawang boleh
dijadikan bahan untuk
capan?
Fasa
Terarah
Fokus Guru
Strategi, Kaedah,
Teknik Pengajaran
Fokus Murid /
Perkembangan
Kreativiti Fisher
Soalan Contoh (Aras
Taksonomi Bloom) /
Rangsangan
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
11/23
Pendekatan Induktif
Imaginasi Menyediakan situasi
yang lebih berfokus
supaya murid dapatmenjana idea.
- Guru
menunjukkan
contoh-contoh
karya yang
terhasil daripada
teknik capan.
Mengenal pasti tahap
kefahaman murid.
(Penyoalan)
Melibatkan secara
langsung dengan
fenomena/bahan/konsep/ alat.
Membina idea baru.
(Peringkat
Penerokaan)
Apakah warna yang
sesuai digunakan untuk
bunga dan daun?
(Aras Kefahaman)
Terangkan mengapa
kamu memilih warna
merah untuk bunga dan
hijau untuk daun.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
12/23
Perkembangan Mewujudkan
situasi/konteks baru
untuk menguji
kefahaman.
- Guru tujuk cara
penggunaan
media dengan
menyapu warna
pada media
yang dipotong.
- Capkan bendi
atau bawang
untuk
menghasilkan
gambar bunga.
(Demonstrasi)
Membina semula dan
memberi penjelasan
lanjut/kefahaman dalam
pelbagai mod (Bertulis,
grafik, peta minda dan
lain-lain).
(Peringkat
Perancangan)
Bagaimana kamu boleh
menerangkan kesan
permukaan bendi dan
bawang dengan
menghubungkaitkan
bahasa seni seperti
garisan dan jalinan?
(Aras Kefahaman/
Interprestasi)
Apakah yang akan
berlaku jika bawang
dijadikan bunga dan
bendi sebagai daun?
(Aras Aplikasi
ramalkan)
Fasa
Terarah
Fokus Guru
Strategi, Kaedah,
Teknik Pengajaran
Fokus Murid /
Perkembangan
Kreativiti Fisher
Soalan Contoh (Aras
Taksonomi Bloom) /
Rangsangan
Tindakan Menggunakan pelbagai
bentuk pentaksiran
terhadap perubahan
kefahaman, kemahiran
dan sikap.
(Cuba Jaya)
- Guru
Menyelesaikan tugasan.
(Peringkat Aktiviti)
Murid diminta mencari
media lain yang sedia
ada pada mereka untuk
digunakan sebagai alat
untuk teknik capan.
Apakah perbezaan
yang boleh kamu
nyatakan apabila bendi
digantikan dengan
capan jari?
(Aras Analisis
-bezakan)
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
13/23
menerangkan
fungsi karya
tersebut boleh
digunakan
sebagai
pembalut buku,
pembalut hadiah
dan sebagainya.
(Inkuiri)
Contoh : jari
(Peringkat Aktiviti)
Mempersembahkan
hasil akhir tugasan
dalam pelbagai bentuk.
(Peringkat Kajian
Semula)
Membuat penilaian dan
refleksi tentang
pembelajaran dan
kefahaman serta
kemahiran baru.
(Kajian Semula)
Pada pendapat kamu
antara capan jari
dengan bendi yang
manakah lebih cantik
dijadikan bunga?
Mengapa?
(Aras Sintesis
menyampaikan idea)
Ceritakan tentang
hasilan tugasan kamu.
(Aras Penilaian)
Sebagai rumusan, berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dinyatakan,
semasa set induksi cuba menerangkan peringkat rangsangan dengan menunjukkan
media bendi dan bawang kepada murid-murid. Sudah pasti murid-murid tertanya-
tanya apakah tujuan dan kaitan dengan pengajaran pada hari itu. Maka, pemikiran
kreatif murid dirangsang. Kemudian, apabila guru menunjukkan gambar
jambangan bunga menggunakan teknik capan dan ditambah dengan sesi bersoal
jawab berkaitan unsur dan prinsip seni yang terdapat dalam karya, murid-murid
akan teruja dan terangsang untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu. Murid-murid akan berinteraksi secara aktif untuk mendapatkan
penjelasan yang jelas terhadap persoalan yang bermain dalam minda mereka. Di
sini guru menggunakan kaedah sumbangsaran.
Selepas minda murid dirangsang, pemikiran mereka akan ke hadapan untuk
melalui peringkat penerokaan. Semasa langkah perkembangan, guru
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
14/23
menggunakan strategi berpusatkan murid dan cuba jaya. Murid akan membuat
penerokaan untuk menghasilkan corak teknik capan. Pada peringkat ini, murid-
murid yang berfikiran kreatif akan mencari jalan penyelesaian dengan
menggunakan pelbagai gaya,cara dan teknik untuk menghasilkan corak capan
yang dilihat.
Seterusnya, mereka akan membuat perancangan secara verbal dengan berinteraksi
dengan guru dan rakan. Mereka akan bersoal jawab untuk mengumpul maklumat.
Berdasarkan pemerhatian murid akan mendapat gambaran yang jelas untuk
melakukan aktiviti. Ketika ini teknik inkuiri digunakan.
Setelah merencanakan segala aktiviti dengan berbantukan persoalan seperti
Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? , murid
mentafsir maklumat dan membuat hubung kait pelbagai konsep yang berkaitan.
Murid mengaplikasikan pemahaman dengan aktiviti harian. Dengan bimbingan
guru, murid membuat penerokaan untuk menghasilkan corak teknik capan. Murid
melakukan aktiviti menyapu warna pada media dan mengecap untuk
menghasilkan gambar jambangan bunga secara kreatif.
Akhirnya, peringkat kajian semula yang mana pada peringkat ini menilai
keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan. Murid-
murid akan berfikiran secara kreatif untuk memberikan cadangan yang bernas
bagi menghasilkan karya yang bermutu. Contohnya, murid menggunakan capan
jari untuk menghasilkan corak bunga berbagai-bagai bentuk selain capan bendi.
Gambar jambangan bunga yang dihasilkan lebih ceria apabila pelbagai warna
digunakan untuk corak bunga pelbagai bentuk. Sebagai refleksi diri, murid akan
memberi apresiasi seni bagi hasil karya rakan atau diri sendiri. Guru
menggunakan kaedah sumbangsaran dalam pengajarannya.
3.0 KAITAN PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL , FIZIKAL DAN
EMOSI
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
15/23
Menurut R. Havighurst, perkembangan diri kanak-kanak pada peringkat 6 hingga 12
tahun mengalami pertumbuhan tulang dan otot. Mereka bersedia untuk mempelajari
kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang. Proses pertumbuhan pada
peringkat ini akan menyediakan kanak-kanak untuk pengalaman pembelajaran seperti
membaca , menulis dan mengira. Kebebasan diri juga akan dicapai apabila kanak-kanak
belajar membuat keputusan dan merangsang diri sendiri. Berdasarkan hasil analisis yang
dijalankan kepada murid Tahun 1 dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni di
atas, jelas membuktikan bahawa kaitan perkembangan kreativiti Fisher pada tahap
rangsangan yang mana pemikiran murid-murid dapat dirangsang melalui pelbagai bentuk
persoalan yang diajukan oleh guru. Impaknya, perkembangan diri kanak-kanak dari segi
sosial, fizikal dan emosi berlaku.
Pada peringkat rangsangan dalam perkembangan kreativiti Fisher telah menyebabkan
murid-murid dapat berkembang dari segi sosial. Mereka telah berani berinteraksi dengan
guru kerana minda mereka terangsang untuk mengetahui tentang sesuatu isu. Contohnya,
semasa sesi set induksi, guru menunjukkan bahan media yang dibawa , minda murid
mula terangsang untuk mengetahui apakah fungsi media (bendi dan bawang) dengan
pengajaran pada hari tersebut. Ditambah lagi dengan penyoalan daripada guru, Apakah
yang kamu lihat pada tangan cikgu?. Bagaimanakah bendi dan bawang boleh
menghasilkan gambar jambangan bunga?. Soalan kritikal boleh merangsang kanak-
kanak menjadi berani. Emosi mereka juga boleh dikawal apabila mereka bersoal jawab
dengan guru kerana kanak-kanak pada usia ini tidak lagi bersifat egosentrik. Mereka telah
boleh menerima pandangan orang lain.
Setelah kanak-kanak dirangsang untuk berusaha menjawab persoalan daripada guru,
mereka akan melalui peringkat penerokaan pula. Emosi yang stabil sangat penting untuk
melahirkan pemikiran yang kreatif bagi menyelesaikan masalah. Mereka menggunakan
deria mata semasa membuat pemerhatian ketika guru mempamerkan contoh gambar
jambangan bunga menggunakan teknik capan.
Seterusnya, pada peringkat perancangan perkembangan emosi kanak-kanak berkembang
ketika mereka melalui aktiviti perbincangan kerana murid-murid dapat menunjukkan
emosi yang matang. Mereka dapat berfikir secara logik dan mempamerkan nilai-nilai
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
16/23
positif seperti bertoleransi ketika berbincang. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu
membentuk kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. Keadaan
fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang mempunyai cirri-
ciri fizikal yang cergas. Penampilan ini dapat memotivasikan diri mereka. Whitehead dan
Corbin (1991), menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal iaitu
mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosial, kemenangan, kemajuan
besar dan kerjasama berpasukan.
Dalam peringkat aktiviti, kanak-kanak menzahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan.
Pada saat ini perkembangan fizikal kanak-kanak lebih ketara. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan dapat membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak. Mereka memegang
media (bendi atau bawang) dengan kemas suapaya karya yang dihasilkan lebih berkualiti.Sosioemosi kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang dijalani. Mereka
berpeluang membina sifat tolong-menolong, bertimbang rasa dan bertolak ansur ketika
menjalani aktiviti, contoh membuat jambangan bunga menggunakan teknik capan. Alam
peringkat aktiviti, kanak-kanak diberi peluang menikmati kejayaan apabila dapat
menghasilkan sebuah karya. Perasaan seronok ketika melakukan aktiviti menjadikan
emosi kanak-kanak ini stabil. Mereka berasa lebih berkeyakinan kerana dapat
menzahirkan kreativiti diri.
Ketika melalui peringkat kajian semula, murid-murid dikehendaki memberikan pendapat
dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai bentuk refleksi diri. Ketika ini
perkembangan emosi kanak-kanak terbukti apabila mereka terpaksa menerima kritikan
daripada kawan tentang karya mereka dengan hati terbuka. Bagi murid yang memberi
komen pula akan mengawal emosi untuk mengucapkan perkataan-perkataan yang baik
untuk didengari. Perkembangan fizikal berlaku apabila murid-murid menjalani proses
panambahbaikan dengan menggunakan jari sebagai menggantikan bendi untuk
mengambar corak bunga dalam jambangan
Sebagai kesimpulan, kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa
menerokai alam sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu sesuai dengan peringkat
rangsangan. Pada masa inilah mereka paling berminat dalam alam sekeliling mereka dan
keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling bertepatan dengan peringkat
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
17/23
penerokaan. Mereka memerlukan peluang melahirkan idea kreatif dalam peringkat
perancangan bagi meluahkan perasaan (perkembangan emosi) dan ekspresi kreatif secara
fizikal semasa melakukan aktiviti pada peringkat aktiviti. Perkembangan sosial kanak-
kanak berlaku apabila mereka belajar berdikari dan hidup bersama.
4.0 KAITAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DENGAN PERKEMBANGAN
KREATIVITI INDIVIDU
Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif
yang melibatkan beberapa operasi mental utama seperti induksi, deduksi, penaakulan,
urutan dan klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabilamenyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan
membina pengetahuan dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang
di persekitarannya. Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir
secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan
norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Justeru, aktiviti pembelajaran yang baik dapat meningkatkan perkembangan kreativiti
individu. Menurut Lowenfeld, kreativiti seseorang murid boleh diukur melalui empatkomponen utama iaitu keaslian, kelancaran, keanjalan dan kepekaan. Kaitan aktiviti
pembelajaran dengan perkembangan kreativiti individu ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2
Perkembanga
n Kreativiti
Fisher
Aktiviti
Pembelajaran
Contoh Soalan
daripada Guru /
Murid
Ukuran Kreativiti
Peringkat
Rangsangan
Set Induksi
Guru menunjukkan
media (bendi dan
bawang) dan
Guru Apakah yang
kamu nampak pada
tangan cikgu?
Komponen
Kelancaran
Idea dan pendapat
murid diterjemahkan
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
18/23
mengajukan soalan
kepada murid.
Kemudian guru
mempamerkan contoh
gambar jambangan
bunga menggunakan
teknik capan.
Guru
Bagaimanakah bendi
boleh membentuk
gambar jambangan
bunga?
secara spontan serta
pantas.
Murid berjaya
menghubungkaitkan
media dengan tujuan
pengajaran guru.
Peringkat
Penerokaan
Langkah 1
Murid meneroka
dengan membuat
corak teknik capan
secara bebas.
Murid Bagaimana
cara memotong bendi
menggunakan pisau
dengan selamat?
Guru - Apakah
warna yang sesuai
untuk disapu pada
bendi?
Guru Cuba kamu
capkan bendi untuk
membuat corak
kuntuman bunga.
Apakah yang harus
kamu lakukan?
Komponen
Keanjalan
Pada peringkat ini
murid mampu
menyesuaikan diri
dengan pelbagai
situasi dan
mempunyai
keyakinan yang
tinggi.
Murid sanggup
menerima cabaran.
Peringkat
Perancangan
Langkah 2
Murid berbincang
dengan guru dan
Murid Bolehkah
saya warnakan bendi
Komponen
Keaslian
Kreativiti murid
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
19/23
rakan untuk mengecap
bendi dan bawang
bagi mebentuk
jambangan bunga.
Murid mewarnakan
bawang besar yang
dipotong dengan
warna yang pelbagai
bagi menghasilkan
corak pasu yang ceria.
dengan warna merah
untuk dijadikan
bunga?
Murid Bagaimana
hendak menjadikan
bawang sebagai pasu
bunga yang ceria?
terserlah apabila
dapat menghasilkan
karya dengan
ideanya yang baru
dan asli. Idea yang
dizahirkan juga
secara luar biasa.
Peringkat
Aktiviti
Langkah 3
Guru mengarahkan
murid menukarkan
media bendi dengan
media lain untuk
mencorak bunga.
Guru Apakah
media lain yang boleh
digantikan dengan
bendi? Cari di
persekitaran kamu
sahaja.
Komponen
Kepekaan
Pada peringkat ini
murid mempunyai
daya kepekaan yang
tinggi terhadap
persekitaran. Mereka
menggunakan jari
untuk menggantikan
bendi.
Kajian Semula Penutup
Murid dikehendaki
mempamer dan dan
menceritakan karya
seni yang dihasilkan.
Murid memberi
komen terhadap hasil
karya rakan.
Guru Apakah yang
boleh kamu ceritakan
tentang hasil karya
yang dihasilkan?
Guru Apakah
pendapat kamu
terhadap hasil karya
rakan kamu?
Komponen
Kepekaan
Murid menggunakan
pancaindera seperti
melihat hasil karya,
mendengar
persembahan dan
kritikan rakan serta
menyentuh hasil
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
20/23
karya rakan.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, 5 tahap perkembangan pemikiran kreatif Fisher dapat membantu
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak dapat dirangsang
untuk meneroka ke arah yang lebih positif dan kreatif. Aktiviti pembelajaran yang
disusun rapi dapat melahirkan kanak-kanak yang kreatif. Kreativiti dan inovasi yang
dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat,
individu dan juga negara. Kanak-kanak hendaklah bebas daripada sebarang
kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi
mereka yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya
maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya
supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
21/23
Perkembangan kreativiti Fisher dapat menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan
teknologi baru. Minda kanak-kanak dapat dibiasakan untuk mencari jawapan bagi
menyelesaikan masalah dan tugasan yang mencabar. Idea yang kreatif dapat dicambah
untuk menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.
Kreativiti kanak-kanak dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
penaakulan, imaginasi dan visualisasi. Impaknya, personality kanak-kanak yang kreatif
akan terserlah.
LAMPIRAN
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahas seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan :
garisan, rupa, jalinan dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik capan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penentuan
media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya.
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
22/23
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik - Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa
seni visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa - organik
1.1.1.3 Jalinan - tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 rupa dan warna
1.2 Aplikasi Seni - Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat palet, berus warna
1.2.1.2 Bahan kertas lukisan,bahan semula jadi (flora), warna air
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik capan (basah atas kering)
-
7/29/2019 HBAE 1203 SENI
23/23
1.3 Ekspresi Kreatif - Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan
karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni viaual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Mengharagi karya sendiri dan rakan