hasrat penjagaan saya - living matters · penjagaan kesihatan anda jika anda tidak dapat membuat...
TRANSCRIPT
Saya boleh berkongsi
sesuatu yang saya anggap
penting.
Saya boleh merancang cara saya
mahu dijaga.
Saya boleh menenteramkan jiwa mereka yang saya sayangi. Saya boleh
hidup selesa dengan
ACP saya.
Nama :
Alamat :
Hasrat Penjagaan Saya
NomborTelefon :
Mencatatkan hasrat anda adalah sama pentingnya dengan berbincang
mengenainya.
Tidak seorang pun tahu masa depannya. Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku
ke atas kesihatan kita, tetapi kita boleh merancang dahulu dengan memaklumkan hasrat kita itu.
Buku kerja ini dilakar untuk membantu anda membuat persediaan seumpama itu dan berkongsi dengan mereka yang sangat disayangi. Dengan berkongsi hasrat anda itu, anda boleh saling memahami apa
yang penting bagi anda dan mereka yang anda sayangi.
Dengan berbincang dan membuat perancangan anda dapat memberi ketenteraman jiwa kepada mereka yang anda sayangi. Mereka tidak
lagi perlu membuat andaian mengenai apa yang mereka harus lakukan terhadap anda sekiranya sesuatu
berlaku krisis perubatan.
Apakah Perancangan Penjagaan Awal (ACP)?
Berkongsi nilai-nilai peribadi dan kepercayaan anda
Menentukan apa yang mungkin anda inginkan atau sebaliknya dalam sesuatu keadaan perubatan tertentu
Memilih seseorang untuk menyuarakan hasrat anda sekiranya anda tidak lagi dapat melakukannya pada masa akan datang
Mencatatkan hasrat anda dan mengongsi rancangan anda
Tujuan buku kerja ini adalah untuk memberi maklumat umum mengenai ACP. Buku ini bukanlah dokumen undang-undang dan tidak menggantikan nasihat perubatan tertentu undang-undang atau kewangan yang mungkin anda miliki. Keadaan setiap individu adalah beritahu. Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai kesihatan atau isu perubatan lain, harap beritahun perkara tersebut kepada seorang penjaga kesihatan profesional.
ACP lalah satu siri perbincangan untuk merancang masa depan kesihatan dan penjagaan peribadi anda.
La melibatkan:
0302
Suara saya, jurucakap saya – seseorang yang akan
memaklumkan hasrat saya jika saya terlalu
uzur untuk bercakap pada suatu hari nanti.
Semua orang, tidak kira usia atau keadaan kesihatannya.
Sekiranya sesuatu krisis kesihatan di luar dugaan berlaku ke atas diri anda, doktor boleh meminta mereka yang anda sayangi supaya membuat keputusan sukar bagi pihak anda. Ini boleh menimbulkan tekanan, terutama apabila mereka harus membuat andaian mengenai jenis penjagaan yang anda mahukan.
Doktor anda dan mereka yang anda sayangi tidak akan tahu pilihan anda itu kecuali anda memberitahu jenis penjagaan kepada mereka. Dengan ACP, anda boleh membincangkan perkara tersebut lebih awal lagi.
ACP untuk siapa? Siapa boleh menjadi suara saya?Jika pada satu hari nanti anda menghidapi penyakit yang serius dan tidak berupaya untuk berkomunikasi, adakah sesiapa yang boleh bercakap bagi pihak anda? Adakah orang itu tahu matlamat penjagaan yang anda inginkan dan erti hidup penuh bermakna bagi anda?
Sedang anda berbincang mengenai hasrat ACP anda bersama mereka yang anda sayangi dan pihak lain yang berkepentingan, anda mungkin mahu memilih seseorang yang boleh menjadi suara anda pada masa hadapan. Orang atau mereka yang anda pilih itu harus:
Saya mahu mereka yang saya sayangi tahu hasrat bagi penjagaan saya agar mereka dapat terlibat sama
dalam penjagaan saya kelak.
Bersedia bersuara bagi pihak anda
Mengenali anda dengan rapat dan memahami hasrat dan kebimbangan anda
Berupaya memberitahu doktor anda mengenai penjagaan yang anda mahukan
Mengatasi keadaan tertekan dengan baik
0504
Mula dengan memikirkan perkara-perkara yang dapat memberi hidup anda penuh makna. Adakah perkara ini mempengaruhi jenis penjagaan yang anda mahukan?
Apakah yang membuat setiap hari itu bermakna? Apakah yang membuat hidup anda bermatlamat?
Bagi saya, hidup sihat bererti..
4 Langkah Mudah ke arah ACP:
FikirkannyaTimbangkan apakah yang anda perlukan untuk hidup penuh bermakna dan apakah yang penting bagi anda pada akhir hayat nanti.
Fahami kesihatan anda dan bagaimana perkara ini mungkin berubah pada masa hadapan.
1Langkah
Berbincang dengan mereka yang anda sayangiBerbincang dengan pihak yang lain mengenai hasrat dan matlamat penjagaan anda padai masa hadapan. Ini dapat membantu mereka lebih memahami keputusan anda itu.
Pilih seorang dua individu yang boleh dipercayai untuk menjadi suara anda. Libatkan mereka semasa anda membuat rancangan anda.
2Langkah
Tuliskan hasrat anda dalam satu RancanganCatatkan keputusan dan hasrat anda dalam bentuk dokumen agar anda dapat mengongsinya dengan mereka yang anda sayangi, seperti buku kerja ini.
Berkongsi dan berbincang keutamaan anda dengan doktor peribadi atau penyedia penjagaan kesihatan anda.
3Langkah
Contoh-contoh dalam buku kerja ini dibahagikan kepada tiga kategori luas: Hubungan, Gaya Hidup dan Kepercayaan Peribadi. Kategori-kaegori ini dan contoh-contoh berikutnya bertujuan sebagai panduan. Anda boleh memilih lebih daripada satu pilihan dalam setiap kategori, atau dengan memberikan jawapan anda sendiri.
PE
TUA
Semak keutamaan anda Kemas kini rancangan anda jika keutamaan-keutamaan anda berubah. Ini boleh berlaku dengan pengalaman baru atau perubahan pada kesihatan anda.
Beritahu mereka yang anda sayangi atau yang berkepentingan. Sediakan salinan-salinan rancangan baru anda itu agar mereka mendapat versi yang terbaharu.
4Langkah
Menghabiskan masa bersama mereka yang saya sayangi dengan melakukan aktiviti, seperti:
Menjaga orang lain, contohnya:
Bertemu dengan kawan-kawan saya:
Lain-lain:
Terlibat dalam sesuatu sukan atau hobi, seperti:
Makan makanan kesukaan saya, umpamanya:
Meluangkan masa saya secara sukarela untuk membantu mereka yang memerlukan:
Lain-lain:
Hubungan
Saya
Gaya Hidup
Saya
0706
Fikirkan keutamaan-keutamaan anda dalam bahagian terdahulu. Antara semua perkara yang memberi hidup anda penuh bermakna, yang mana satukah yang terpenting? Kenapa begitu?
Ini boleh membantu mereka yang anda sayangi lebih memahami apa yang anda perlukan untuk hidup dengan penuh bermakna. Dengan mengetahui apa yang penting untuk anda perkara ini boleh menjadi berguna sekiranya keputusan sukar mengenai penjagaan anda harus diambil pada satu hari nanti.
PE
TUA
Saya mahu mereka yang saya sayangi tahu…
Doa seharian saya
Mempunyai masa bersendirian untuk bermeditasi
Menjadi seorang yang baik
Lain-lain:
ACP tidak terikat secara undang-undang. Anda boleh menukar hasrat anda itu pada
bila-bila masa.
Pastikan mereka yang anda sayangi tahu tempat ACP anda itu disimpan, dan tahu apa yang harus dilakukan ke atasnya.
Saya mahu mereka yang saya sayangi tahu...
Ugama atau Kepercayaan
Peribadi Saya
PerkaraLain
Hubungan
Saya
Gaya Hidup
Saya
Agama atau Kepercayaan
PeribadiSaya
PerkaraLain
0908
Melibatkan diri dalam masyarakat saya, sebagai contoh:
Melakukan kegiatan yang saya sukai, seperti:
Mencari tempat yang tenang untuk bersendirian
Lain-lain:
Berdoa, menghabiskan waktu di tempat ibadat saya
Bermeditasi dan mencari kedamaian dalaman
Sedar bahawa yang lain turut mendoakan saya
Lain-lain:
Saya mahu mereka yang saya sayangi tahu…
Siapa atau apa yang membantu anda menghadapi cabaran hidup yang serius?
Mereka yang saya sayangi:
Teman-teman saya:
Kawan-kawan sekerja saya:
Lain-Lain:
PE
TUA
Adakah orang ini cukup mengenali anda untuk menjadi suara anda?
ACP melibatkan mereka yang saya sayangi,
justeru mereka tahu bagaimana hendak
menjaga saya.
ACP membolehkan saya berkongsi perasaan saya dengan mereka
yang saya sayangi.
Bincangkan keutamaan-
keutamaan anda hari ini – bukan pada ketika krisis
perubatan berlaku.
Saya kini kurang berasa bimbang
setelah saya membuat ACP saya.
Hubungan
Saya
Gaya Hidup
Saya
Agama atau Kepercayaan
Peribadi Saya
PerkaraLain
1110
ACP membolehkan saya menyuarakan
rancangan penjagaan saya.
Pernahkah anda menghadapi kematian atau berhadapan dengan seseorang yang disayangi itu sedang sakit tenat? Apakah yang telah anda pelajari daripada pengalaman tersebut?
Tidak mengapa sekiranya anda tiada pengalaman peribadi. Anda boleh mengambil contoh daripada yang berikut ini: • Keratan-keratan akhbar dan berita TV • Buku dan majalah • Senario daripada filem dan tayangan TV
Kategori dan contoh yang berikut bertujuan sebagai panduan bagi anda. Anda boleh memilih lebih daripada satu pilihan dalam setiap kategori, atau mengemukakan jawapan anda sendiri.
Apakah aspek paling penting bagi kesejahteraan anda?
Boleh membuat keputusan saya sendiri
Boleh bercakap dan memahami dengan orang di sekeliling saya
Sedar siapa atau di mana saya berada
Lain-lain:
Dapat menyumbang kepada masyarakat
Dapat hidup dengan penuh bermakna
Dapat rasakan kasih sayang dan perhatian orang lain
Lain-lain:
Keutamaan penjagaan anda akan digunakan sebagai panduan kepada pasukan
penjagaan kesihatan anda jika anda tidak dapat membuat keputusan bagi diri sendiri.
Jawapan anda di bahagian ini dapat membantu mereka yang anda sayangi dan para doktor memahami sebaik mana untuk menjaga anda sekiranya anda jatuh sakit yang teruk pada satu hari nanti.
Dapat berjalan dan bergerak sendiri
Berupaya makan, mandi dan memakai baju sendiri
Boleh bercakap dan berada berdekatan dengan mereka yang saya sayangi
Lain-lain:
PE
TUA
Kesejahteraan Fizikal
Saya
Kesejahteraan Mental
Saya
Kesejahteraan Emosi
Saya
PE
TUA
1312
Kebimbangan dan kekhuatiran terbesar saya semasa menghadapi sesuatu penyakit serius ialah…
Hasrat Penjagaan
Saya
Kini, setelah anda menimbangkan perkara-perkara yang dapat membuat hidup anda bermakna, fikirkan pula bagaimana anda mahu dijaga sekiranya anda tidak lagi dapat menikmati satu pun perkara tersebut.
Semakin jelas anda mengenal keutamaan anda, akan lebih mudahlah mereka yang anda sayangi membuat keputusan bagi pihak anda jika perlu.
Dapat menguruskan diri sendiri (contohnya, mandi, makan, bergerak) adalah…
Sekiranya saya mengalami kecederaan atau jatuh sakit, dan para doktor saya berpendapat bahawa peluang saya untuk pulih adalah tipis…
Rasa sakit
Tidak ada yang menjaga saya
Menyebabkan rasa bimbang ke atas keluarga saya
Beban kewangan
Saya tidak dapat bergerak dengan sendiri
Tiada kebebasan untuk melakukan apa yang saya mahu
Lain-lain:
Gambarkan diri anda dalam setiap senario dan pilih gelembung yang bertepatan sekali mencerminkan perasaan anda. Tiada jawapan betul atau salah dan anda boleh saja merubah fikiran kemudiannya.
Sekiranya satu hari nanti saya menghidapi penyakit yang serius dan tidak dapat berkata-kata, bergerak atau membuat keputusan saya sendiri…
Mereka yang saya sayangi dan
para doktor boleh membuat keputusan
bagi penjagaan saya berdasarkan apa yang mereka fikirkan
yang terbaik.
Ini persis apa yang saya rasakan
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Saya tidak pasti bagaimana saya
rasakan ini
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Ini persis apa yang saya rasakan
Mereka yang saya sayangi dan para
doktor seharusnya memikirkan apa
yang saya mahukan sebelum membuat
sebarang keputusan bagi pihak saya.
Saya mahu hidup selama yang
mungkin. Terus mencuba semua jenis rawatan perubatan, walaupun peluang saya untuk pulih
adalah tipis.
Ini persis apa yang saya rasakan
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Saya tidak pasti bagaimana saya
rasakan ini
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Ini persis apa yang saya rasakan
Apabila tiba waktunya, saya
mahu pergi secara tenang dan semula
jadi. Saya tidak dapat bayangkan
penggunaan mesin untuk terus hidup.
Tidak begitu penting. Saya tidak kisah dibantu oleh seseorang jika itu
bermakna saya boleh hidup lebih lama lagi.
Ini persis apa yang saya rasakan
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Saya tidak pasti bagaimana saya
rasakan ini
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Ini persis apa yang saya rasakan
Sangat penting. Saya harus dapat
berdikari, walaupun itu bererti umur yang
lebih pendek.
PE
TUA
Dengan bersikap jujur dan terbuka mengenai kebimbangan dan kekhuatiran anda itu dapat membantu mereka yang anda sayangi lebih memahami hasrat penjagaan anda.
PE
TUA
1514
Sekiranya saya menghidap penyakit yang serius, berikut lalah perkara atau orang yang saya ingin berada di sisi saya:
Keluarga saya
Kawan-kawan saya
Binatang kesayangan saya
Lain-lain:
Makanan/minuman kegemaran saya
Buku kegemaran saya
Muzik kegemaran saya
Lain-lain:
Bilik saya
Rumah saya sendiri
Barang-barang peribadi saya
Lain-lain:
Gunakan ruang di bawah untuk menyenaraikan sesiapa atau barangan lain yang penting yang anda mahukan. Mengapakah mereka penting kepada anda?
Hubungan
Saya
Aktiviti
Saya
Sekitaran
Saya
PerkaraLain
1716
Suara Saya
Sekiranya berlaku kejadian di luar dugaan dan anda tidak lagi dapat bercakap, apakah peranan yang anda mahu mereka yang anda sayangi mainkan? Siapa yang akan menjadi suara anda sekiranya perikara itu berlaku?
Sejauh manakah anda mahu mereka yang anda sayangi dan pihak lain yang berkepentingan tahu mengenai penyakit anda?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkongsi hasrat anda, fikirkanlah siapa yang anda mahu disertakan bagi membincangkannya. Siapakah yang anda percaya untuk bersuara bagi pihak anda?
Mesej saya kepada mereka yang saya sayangi dan jurucakap saya pada masa depan…
Anak/anak-anak saya
Doktor/jururawat saya
Rakan-rakan kerja saya
Pasangan hidup/teman saya
Penjaga saya
Kawan-kawan saya
Ibu bapa saya
Guru agama saya
Lain-lain:
Saya lebih suka untuk tidak berkongsi
dengan orang lain tentang dari saya.
Jita boleh, saya tidak mahu mereka
mengetahuinya terlalu banyak.
Ini persis apa yang saya rasakan
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Saya tidak pasti bagaimana saya
rasakan ini
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Ini persis apa yang saya rasakan
Saya mahu mereka yang saya sayangi
mengetahui segala-galanya supaya meraka boleh melibatkan diri
dalam penjagaan saya.
Mereka yang anda pilih untuk berkongsi hasrat anda itu harus mengenali anda dengan rapat dan dapat menghormati kehendak dan pilihan anda.
PE
TUA
Jika anda sakit teruk dan dalam keadaan tenat…
Saya lebih suka tidak diganggu.
Ini persis apa yang saya rasakan
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Saya tidak pasti bagaimana saya
rasakan ini
Ini yang ada kalanya saya
rasakan
Ini persis apa yang saya rasakan
Saya lebih suka dikelilingi oleh
orang-orang.
Cara terbaik untuk melibatkan mereka yang anda sayangi dan pembuat keputusan masa depan anda adalah dengan memberitahu mereka sejak mula lagi. Bincangkan hasrat anda itu awal-awal lagi agar mereka tahu apa yang harus dilakukan jika berlaku keadaan cemas.
PE
TUA
1918
Apakah Selanjutnya?
Kini, setelah anda mencatatkan keutamaan bagi penjagaan kesihatan anda, tiba masanya untuk berkongsi
dan membincangkannya dengan mereka yang anda sayangi dan lain yang
berkepentingan.
Apakah yang harus saya katakan kepada mereka yang saya sayangi?Sama ada anda membuat rancangan sendiri atau membantu orang yang disayangi dengan rancangan mereka, adalah penting untuk merancang apa yang ingin anda katakan dan bagaimana anda mahu mengatakannya.
Menetapkan tempat: Perbualan mengenai ACP dapat dilakukan di mana sahaja, tetapi mereka yang anda sayangi mungkin akan lebih terbuka apabila anda mendekati mereka dalam suasana yang selesa untuk mereka.
Mulakan dengan topik biasa: Jika anda mendapatinya sukar untuk bercakap mengenai jagaan di akhir hayat, dengan berkongsi apa yang anda saksikan atau belajar daripada pengalaman, berdepan dengan sesuatu dan pemerhatian boleh membantu memudahkan anda bercakap mengenai ACP anda itu. Contoh biasa termasuk:- Kematian ahli keluarga, teman atau rakan sekerja - Rawat inap di hospital atau penyakit yang serius - Buku, keratan akhbar dan berita atau rancangan TV - Ajaran agama
Usah ter buru-buru dan bukakan minda: Bercakap mengenai rancangan penjagaan masa depan anda boleh menjadi sukar. Hal ini boleh menimbulkan kebimbangan dan perasaan tidak selesa. Anda mungkin menyedari bahawa mereka yang anda sayangi tidak bersetuju dengan keputusan anda. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting ialah anda memulakan perbualan anda awal. Bersabar dan beri mereka masa untuk mereka memahaminya.
Pada mu la nya, memang su ka r
bagi saya berkongsi ha srat saya itu, teta pi
ka mi lebih dekat kera na nya.
Berkongsi hasrat saya dengan mereka yang saya sayangi, terutama mereka yang akan menjadi suara sayaPastikan nombor telefon mereka dikemaskini dalam rancangan saya Memberitahu tempat saya menyimpan dokumen ACP saya kepada mereka yang saya sayangiMemberitahu doktor saya mengenai hasrat bagi penjagaan sayaSenantiasa memaklumkan kepada semua orang apabila keutamaan saya berubah
Pelan Tindakan
Saya
2120
Ingat...
Advance Care Planning (Rancangan Penjagaan Ausal) ialah perjalanan sepanjang hayat yang bermula dengan perbualan terbuka dengan mereka yang anda sayangi.
Tiada jawapan yang betul atau salah.
Anda tentu sekali boleh menukar fikiran anda selepas anda telah membuat rancangan anda. Jika itu berlaku, pastikan perubahan itu diberitahu kepada mereka yang anda sayangi dan kemas kinikan dokumen anda.
Rancangan penjagaan ialah proses yang berterusan. Anda tidak perlu menamatkan perbualan dengan sekali gus.
Saya telah berkongsi hasrat ACP saya dengan orang-orang yang berikut:
Nama Hubungan Nombor Telefon
TarikhDikongsi
Penafian tuntutan: Kad ini bukanlah dokumen undang-undang. Kad ini hanya menyatakan keutamaan si pemegang kepada orang (mereka) yang disenaraikan untuk bercakap bagi pihak beliau apabila beliau tidak lagi dapat berbuat demikian.
Saya telah berkongsi hasrat ACP saya dengan orang (mereka) yang berikut:
No telefon:
(1) Nama:
Hubungan:
(2) Nama:
Hubungan:
LIPAT DI SIN
I
Nama Saya:
No. NRIC Saya:
No. Telefon Saya:
Alamat Saya:
Alergi Ubat Saya (jika ada):
Saya telah berkongsi hasrat ACP saya dengan orang (mereka) yang berikut. Sila hubungi orang (mereka) yang disenaraikan di dalam kad ini semasa keadaan cemas.
Sekiranya berlaku keadaan
cemas dalam perubatan
Gunakan ruang untuk menulis pandangan dan keinginan lain yang anda mahu mereka yang anda sayangi tahu:
No telefon:
(My Name)
(Name)
(Name)
(Relationship)
(Relationship)
(Phone no.)
(Phone no.)
(My NRIC)
(My Contact)
(My Address)
(My Drug Allergy, if any)
22
Lungsuri www.livingmatters.sg untuk maklumat lanjut mengenai
Advance Care Planning (Perancangan Penjagaan Awal).
Satu inisiatif oleh
Disokong oleh