harimau gunung ledang

11
HARIMAU GUNUNG LEDANG Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. “Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. “Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata seorang tua yang menjelma tiba- tiba.

Upload: bobo-ting

Post on 13-Jan-2016

434 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Harimau Gunung Ledang

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau

gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang

dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu

sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah

dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang

pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata

seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga

sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau

yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar

itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau

Page 2: Harimau Gunung Ledang

tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat

mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh

membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan

kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang

kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.

Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam

ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar,

getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau

datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.

2. Usaha tangga kejayaan.

3. Jangan mudah putus asa.

Page 3: Harimau Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang

Gunung Ledang, Muar,

Johor

~Bahagian 1~

Setiap rakyat Malaysia pada hari ini, boleh dikatakan mengetahui akan lagenda yang satu

ini, Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang, sebuah gunung yang terletak di sempadan

daerah Muar, Johor dan Melaka dan kini menjadi lokasi terkenal sebagai destinasi

pelancongan. Namun lagenda mengenai seorang puteri yang cantik jelita yang menjaga

gunung tersebut, yang sehingga kini dipercayai masih mendiaminya terus menyelubungi

gunung tersebut.

Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang kelapan pada ketika itu baru sahaja

kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja

Ahmad yang masih kecil. Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada

meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta

Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan. Tetapi hatinya masih

Page 4: Harimau Gunung Ledang

sunyi terasa seakan Istana Mahligai yang didiaminya itu terlalu kosong dan tidak

berpenghuni. Keadaan ini membuatkan baginda sudah berberapa hari tidak menjengah

Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para

pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua

pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.

Namun apa yang berlaku pada suatu malam merubah segalanya apabila baginda

bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik

masyuk dengan baginda. Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan

menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari

mimpinya. Menjelang matahari memancar di ufuk timur, segera baginda menitahkan agar

dipanggil nujum istana dan lalu ditanyakan, siapakan perempuan tersebut yang muncul

didalam mimpinya itu. Lalu dari telus tilikan sang nujum, lalu dikhabarkan, perempuan

itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung

tersebut sejak ratusan tahun yang lalu. Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita

orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, baharulah baginda tahu yang

puteri itu terlalu cantik orangnya.

Titah baginda menggemparkan istana, Sultan Mahmud berkehendakkan puteri itu dan

dijadikan Permaisuri. Titah itu seakan mustahil tetapi titah tetaplah titah, yang juga

mustahil untuk dibantah. Puteri Gunung Ledang akan dilamar dan akan menjadi

Permaisuri Melaka. Jika benar puteri itu menerima pinangan baginda, bertambah gahlah

Kerajaan Melaka, yang sultannya beristerikan seorang puteri dari kayangan. Maka,

sebuah rombongan peminangan diadakan, diketuai oleh Laksamana Hang Tuah sendiri

yang pada ketika itu telah pun tua, diiringi oleh Sang Setia serta ketua orang Inderagiri

bernama Tun Mamat, yang dikatakan mahir dengan selok-belok didalam hutan. Segala

hantaran peminangan disiapkan untuk dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang,

dengan harapan puteri itu bakal menerima pinangan baginda.

Maka menjelang subuh sesudah rombongan tersebut mengerjakan solat di Masjid Istana,

mereka berangkat menuju ke arah selatan, dimana Gunung Ledang dikatakan terletak.

Setelah berberapa hari berjalan kaki meredah hutan, rombongan itu yang dianggotai oleh

Page 5: Harimau Gunung Ledang

Laksamana Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat dan berberapa orang pengiring kini dapat

merasakan perubahan cuaca disekeliling mereka. Udara dirasakan semakin sejuk dan

dingin dan tahulah oleh mereka yang kini mereka sedang menaiki gunung tersebut.

Mungkin para pengiring yang lain masih gagah untuk meneruskan perjalanan ini untuk

bernerapa hari lagi, tetapi ini menjadi tugas yang agak sukar bagi Hang Tuah. Hang Tuah

ini bukanlah lagi Hang Tuah yang dulu terkenal dengan kegagahannya, menumpaskan

Hang Jebat yan derhaka. Membinasakan pahlawan Jawa, Taming Sari dan membolot

kerisnya yang kini tersisip di pinggangnya. Hang Tuah ini telah pun dimakan masa, yang

kini berada diambang senja. Terlalu penat dan lemah untuk terus mendaki gunung yang

gagah dan angkuh ini.

Dan keadaannya ini disedari oleh Tun Mamat. Risau benar dia melihat keadaan

Laksamana tua itu yang kelihatan teramat lelah dan tercungap-cungap. Akhirnya, pada

suatu tempat perhentian di pertengahan jalan ke puncak gunung, Tun Mamat

mengusulkan biarlah dia sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan.

Sementara Sang Setia akan menemani Laksamana di pertengahan jalan. Tapi, ini terlalu

sukar bagi Laksamana ini untuk menerima usul dari Tun Mamat itu. Diakan Laksamana,

selama ini mana pernah titah dan tugas dari Baginda Sultan gagal disempurnakan? Dia

adalah Hang Tuah, pahlawan teragung Kerajaan Melaka. Tapi...kini, keadaan dirinya

benar-benar menyedarkan dia sebenarnya hanyalah manusia biasa yang punya kudrat dan

fitrah yang terhad.

Dengan berat Laksamana Hang tuah terpaksa mengiakan akan cadangan Tun Mamat itu.

Laksamana Hang Tuah yang terkulai lemah di banir sebatang pokok besar , sambil

ditemani Sang Setia, memerhatikan dengan rasa kecewa sebaik Tun Mamat dan pengikut-

pengikut yang lainnya mula mengorak langkah menuju ke puncak gunung hingga hilang

dari pandangan mata. Senja mula menjengah hari. Sudah terasa agak lama berjalan

mendaki semenjak meninggalkan Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia. Dan udara

bertambah menggigit sejuknya. Namun, Tun Mamat mula menyedari kelainan akan

keadaan hutan disekeliling mereka. Mereka tidak lagi dikelilingi oleh pepohon hutan

yang besar mahupun akar rotan yang berselirat disana sini, sebaliknya, muncul rimbunan

pokok bunga yang pelbagai warna dan rupa. Malah udara yang mereka hirup bukan

setakat dingin dan sejuk malah berbau harum pula.

Page 6: Harimau Gunung Ledang

Tun Mamat merasai keanehan itu. Mereka tidak lagi berada disebuah hutan belantara

sebaliknya disebuah taman yang terlalu indah. Lagi anehnya, suara merdu nyanyian

bersyair dan gurindam mendayu-dayu disana sini. Namun apa yang benar-benar menarik

perhatian Tun mamat dan engiringnya adalah apa yang berada nun dihujung taman,

berada diatas puncak sebuah bukit kecil. Terdapat sebuah balai kecil yang menjadi pusat

kepada taman tersebut dan apa yang menariknya tentang balai itu, ia dibina dari tulang

manusia dan berbumbungkan rambut!

Dan kedengaran suara-suara perempuan sedang bergurau senda dari arah itu, lantas

membawa langkah Tun Mamat menghampirinya. Apabila telah benar-benar berada

diperkarangannya, dapat dilihat seorang perempuan tua bersama berberapa orang

perempuan lain sedang duduk bergurau senda. Tapi, sebaik menyedari akan seorang

lelaki asing menghampiri balai itu, gurau senda dan bualan mereka terhenti serta merta.

Pandangan mata mereka terpaku kepada kehadiran Tun Mamat yang sedang menanti di

muka tangga balai tersebut.

Tun Mamat memperkenalkan dirinya sebagai utusan dari Sultan Mahmud Syah, Sultan

Melaka yang membawa titah peminangan dari Baginda untuk Puteri Gunung Ledang.

Sebaik mendengar akan kata-kata Tun Mamat itu, lantas perempuan tua itu

memperkenalkan diri bahawa, beliau adalah Dang Raya Rani, ketua dayang-dayang

istana Puteri Gunung Ledang, dan gadis-gadis lain yang bersamanya adalah dayang-

dayang baginda. Setelah akan mendengar hajat Tun Mamat itu, Dang Raya Rani meminta

untuk berlalu supaya kehadiran Tun Mamat dapat dipersembahkan kepada Puteri Gunung

Ledang.

Hinggalah menjelang tengah malam, masih belum muncul Dang Raya Rani itu. Entahkan

ya entahkan tidak, mereka itu dayang-dayang Puteri Gunung Ledang, perasaan curiga

mula bercambah dihati Tun Mamat dan pengiring-pengiringnya. Tetapi, tiba-tiba, dari

celah-celah rimbunan pohon yang membanjiri taman tersebut, muncul seorang nenek tua.

Tapi nyata, yang ini, bukanlah Dang Raya Rani yang dilihatnya petang tadi. Sebaliknya

nenek tua ini sudah pun bongkok tiga hingga seakan terlipat belakangnya. Dia berjalan

menghampiri Tun Mamat yang mula berdiri di tangga balai sebaik menyedari

kemunculan nenek tua itu.

Page 7: Harimau Gunung Ledang

Tanpa memberi peluang untuk Tun Mamat memperkenalkan diri, nenek tua itu seraya

berkata yang beliau membawa titah dari Puteri Gunung Ledang, yang baginda menerima

akan lamaran baginda tapi Baginda Sultan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai

hantaran perkahwinan iaitu

"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang,

sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana

Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata

anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda"

Terbeliak mata Tun Mamat mendengar akan syarat-syarat tersebut tetapi dia sebaik

mungkin cuba menyembunyikan perasaan itu. Kalau difikir dan diamati, semua syarat itu

semuanya mustahil untuk dipenuhi, dan kalau benar pun, ia tentu mengambil masa

bertahun-tahun untuk disempurnakan...

Sepanjang malam selepas nenek tua itu menghilangkan diri, sepatutnya setelah penat

seharian mendaki gunung, pastinya mudah untuk melelapkan mata, mencari kembali

tenaga sebelum mendaki turun menjelang subuh esok. Tapi tidak bagi Tun Mamat.

Pelbagai perkara bermain difikirannya, tentang taman bunga dipuncak gunung, tentang

balai tulang itu, tentang Puteri Gunung Ledang dan tentunya tentang syarat-syarat aneh

tersebut....

Entahkan bila matanya terlelap, Tun Mamat sendiri tidak sedar. Menjelang matahari mula

memancar, Tun Mamat bersama pengiring-pengiring dan barang hantaran yang

sepatutnya dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, mula mengorak langkah

mendaki turun dari puncak gunung. Mereka akan bertemu kembali Laksamana Hang

Tuah dan Sang Setia di tempat dimana mereka ditinggalkan semalam.

Laksamana Hang Tuah menunduk apabila mengenangkan syarat-syarat yang dinyatakan

oleh Tun Mamat. Dalam diam, Laksamana tahu akan maksud yang tersirat disebalik

syarat yang dinyatakan oleh Puteri Gunung Ledang. Dan demi itu juga, Laksamana tua

itu juga sedar, dia telah gagal. Gagal menjalankan titah Baginda Sultan dan ini tidak

bermakna lagi bagi dirinya untuk pulang ke Melaka, menyembah Baginda Sultan. Maka

sebaik sahaja rombongan peminangan itu tiba di kaki Gunung Ledang dimana terletaknya

sebatang anak sungai, Hang Tuah berpesan kepada Tun Mamat

Page 8: Harimau Gunung Ledang

"Seandainya sungai ini bermuarakan Sungai Melaka, nescaya hamba akan muncul di

Melaka, tapi seandainya tidak, nescaya hamba telah pun tiada. Sesungguhnnya khabarkan

kepada Baginda Sultan hamba telah gagal menjalankan titah dan berasa amat aib untuk

mengadap Baginda"

Setelah menyerahkan Keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali

kepada Sultan Mahmud, Hang Tuah mencecahkan kakinya ke air sungai tersebut dan

meranduk airnya hingga hilang dari pandangan sekelian ahli rombongan

tersebut...Semenjak itu tidak lagi didengari sebarang khabar berita dari Laksamana yang

banyak jasanya itu.