hari 17

Upload: rubini-gobindranath

Post on 03-Mar-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

REFLEKSI HARIAN

Hari:IsninTarikh:13 Julai 2015

Hari ini merupakan hari ketujuhbelas kami berada di Sekolah Kebangsaan ST. Joseph, Johor Bharu sebagai guru pelatih untuk menjalani praktikum. Pada tepat pukul 6.57 saya telah melaporkan diri. Setelah melaporkan diri, seperti biasa saya dan rakan praktikum saya menuju ke pintu hadapan sekolah bersama 2 orang guru bertugas iaitu Penolong Kanan Hem dan Guru Penolong Kokurikulum untuk menjalakan tugas menjaga keselamatan murid yang melintas jalan pada pagi ini. Murid selalu dibantu oleh pengawal keselamatan untuk melintas jalan.

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan untuk murid-murid SK ST. Joseph Johor Bahru. Bagi murid-murid tahun 6, peperiksaan percubaan UPSR telah dijalankan. Bagi muri-murid tahun 4 dan 5, pentaksiran pertengahan tahun dijalankan. Hari ini 3 helai kertas peperiksaan berjaya dilaksanakan, iaitu Matematik kertas 1, Bahasa Inggeris pemahaman dan Bahasa Inggeris penulisan.

Saya diberikan tugas untuk menjaga kelas 4 Dilligent bagi pentaksiran kertas Bahasa Inggeris pada pukul 8.45 hingga 9.50 pagi untuk menggantikan tugas Cikgu Hasnah. Saya mengedarkan kertas soalan dan kertas jawapan pilihan kepada murid serta memberikan arahan yang jelas kepada mereka supaya mereka dapat menjawab dengan jelas tanpa sebarangan keraguan. Saya juga telah membantu murid untuk mengatasi masalah dan kekeliruan mereka dalam kertas ujian tersebut.