hamidah binti razali · 2012. 3. 5. · tahap pemikiran kreatif dan inovatif secara holistik...
TRANSCRIPT
TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK
MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA
HAMIDAH BINTI RAZALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab atau tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA
HOLISTIK MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya: HAMIDAH BINTI RAZALI
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (
SULIT
Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK
TERHAD
Disahkan oleh, __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO. 77A KG KETAPANG HILIR DR. ROHANA BINTI HAMZAH
26600 PEKAN PAHANG D.M.
Tarikh: 13 JANUARI 2012 Tarikh: 13 JANUARI 2012
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH
Tarikh : 13 JANUARI 2012
TAHAP PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF SECARA HOLISTIK
MELALUI MATAPELAJARAN REKA CIPTA
HAMIDAH BINTI RAZALI
Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : HAMIDAH BINTI RAZALI
Tarikh : 13 JANUARI 2012
DEDIKASI
Ku rakamkan nukilan ini buat insan teristimewa dalam hidupku…
Dikaulah suami yang telah banyak berkorban, memahami dan mengerti situasi
isterimu di sini
Dikaulah ayah yang berhati cekal
Dikaulah ibu yang selalu memberi aku kata-kata semangat
Kerana kalian aku berjuang demi masa depan kita bersama..
Kasih sayang kalian menjadi kekuatan tat kala aku berada dalam kelemahan
Berada jauh di perantauan demi menggenggam seribu impian
Jutaan terima kasih buat kalian, jasa dan budi tidak mampu ku balas
Hanya Tuhan yang dapat membalas di atas kebaikan kalian semua…
Khas buat …….
Guru-guru dan pensyarah yang telah mengajar aku selama ini
Terima kasih di atas ilmu yang telah diberikan
Sehingga kini aku telah berjaya
InsyaAllah …. Akan ku menjadi penerus perjuangan guru-guru lama, mendidik anak
bangsa menjadi manusia berjaya.
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Syukur ke Hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan karya penyelidikan penulisan ini. Perjalanan suka dan duka yang
ditempuhi ketika menyiapkan Projek Sarjana Muda ini telah memberikan saya satu
pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan merupakan satu penghargaan buat
diri saya sendiri di atas kejayaan ini.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih buat pensyarah
pembimbing iaitu Dr. Rohana Binti Hamzah yang telah banyak menyumbangkan
bantuan dari segi bimbingan dan dorongan penulisan tesis ini berjaya disiapkan
sepenuhnya. Segala nasihat dan kata-kata semangat daripada beliau telah banyak
mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih tabah dalam menghadapi dugaan
hidup yang kian mencabar demi mencari erti sebuah kebenaran.
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada pensyarah-pensyarah serta
pelajar-pelajar tahun empat SPH yang telah memberi kerjasama serta komitmen
sehingga saya dapat menghasilkan satu penyelidikan yang lengkap. Serta tidak lupa
juga kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas
bantuan-bantuan yang dihulurkan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
vi
ABSTRAK
Kebolehan dalam pemikiran kreatif dan inovatif selalunya dikaitkan dengan
aktiviti Reka Cipta. Oleh itu matapelajaran Reka Cipta telah diperkenalkan namun
kaedah P&P yang diamalkan dalam pendidikan di Malaysia memberi penekanan
kepada penguasaan matapelajaran dengan konsep hafalan. Walaubagaimanapun
pendekatan holistik dalam proses P&P diharapkan dapat meningkatkan daya
pemikiran kreatif dan inovatif secara menyeluruh dengan mengintegrasikan ilmu
wahyu dengan ilmu intelektual. Oleh itu kajian penyelidikan ini bertujuan untuk
mengetahui tahap pemikiran kreatif dan inovatif secara holistik melalui
matapelajaran Reka Cipta. Responden terdiri daripada 133 orang pelajar tahun
4SPH daripada kelas Reka Cipta 2011/2012 (1). Seramai 20 orang pelajar terlibat
dalam kajian rintis dan nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.86. Data dikumpul melalui
soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan
inovatif pelajar secara keseluruhannya adalah tinggi dengan nilai purata min 4.44.
Tahap pemikiran ini diukur berdasarkan kepada faktor pembangunan spiritual (4.90),
kognitif (4.32) dan afektif (4.10). Analisis inferensi dijalankan ke atas faktor jantina,
umur dan gred pencapaian Asas Reka Cipta mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor pembangunan spiritual berdasarkan jantina iaitu pelajar
lelaki lebih kreatif daripada pelajar perempuan. Terdapat juga perbezaan yang
signifikan antara faktor pembangunan kognitif berdasarkan umur iaitu pelajar muda
lebih kreatif daripada pelajar yang lebih berumur. Manakala tiada perbezaan yang
signifikan antara kesemua faktor dengan gred pencapaian Asas Reka Cipta. Hasil
dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu bakal-bakal guru untuk memantapkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan secara
holistik melalui matapelajaran Reka Cipta untuk diaplikasikan di sekolah nanti.
vii
ABSTRACT
Creative and innovative thinking ability is usually related with Invention
activities. Thus the Invention subjects have been introduced but the T&L methods
applied in Malaysia's education system emphasizes more towards memorization
concept. However, a holistic approach in T&L process is expected to enhance the
creative and innovative thinking as a whole by integrating divine revelation
knowledge with the intellectual knowledge. Therefore this study carried out
investigates the level of creative and innovative thinking in a holistic manner through
the Invention’s subject. Respondents were 133 students of 4SPH 2011/2012 (1)
from Invention’s class. A total of 20 students involved in the pilot study and the
reliability was α = 0.86. The data is obtained by using the questionnaire set and it’s
were analyzed using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version
19.0.The findings of this research showed that the student’s level of creative and
innovative thinking is high with an average mean of 4.44. The thinking level is
measured based on the factors of spiritual development (4.90), cognitive (4.32) and
affective 4.10). Inferential analysis carried out based on gender, aged and the grade
achievement of Basic Invention’s factors, and there were found a significant
differences between the spiritual development based on gender factor which is male
students are more creative than female. There is also a significant differences
between cognitive development factors based on the aged whereby the youngest are
more creative than older students. While there is no significant differences between
all the factors based on grade of Basic Invention. The findings of this study will help
the prospective teachers to strengthen their skills in a creative and innovative
thinking, and applied a holistic approach in Invention’s subject at school.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
ix
1.9 Kerangka Kajian 10
1.10 Definisi Istilah 12
1.10.1 Pemikiran 12
1.10.2 Kreatif 12
1.10.3 Inovatif 12
1.10.4 Reka Cipta 13
1.10.5 Tahun 4 SPH 13
1.10.6 Holistik 13
1.10.7 Spiritual 14
1.10.8 Subject matter 14
1.11 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Maksud Kreatif Dan Inovatif 18
2.3 Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 19
Melalui Pendidikan Holistik
2.4 Faktor-Faktor Pembangunan 22
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif
2.4.1 Faktor Pembangunan Spiritual 23
2.4.2 Faktor Pembangunan Kognitif 25
2.4.2.1 Keaslian 26
2.4.2.2 Kelancaran 27
2.4.2.3 Fleksibiliti 27
2.4.2.4 Huraian 28
2.4.3 Faktor Pembangunan Afektif 29
2.4.3.1 Keyakinan Diri 30
2.4.3.2 Keterbukaan 31
2.4.3.3 Perasaan Ingin Tahu 32
2.4.3.4 Berani Mengambil Risiko 33
2.5 Konsep Reka Cipta Dalam Islam 34
2.6 Kreativiti Melalui Reka Cipta Daripada Alam 36
x
2.7 Penutup 38
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Kaedah Penyelidikan 40
3.4 Populasi Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Pengkodan 44
3.6 Kajian Rintis 45
3.6.1 Pengesahan Instrumen 45
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 47
3.7 Prosedur Kajian 48
3.8 Kaedah Analisis Data 50
3.9 Penutup 51
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina 53
4.2.2 Umur 54
4.2.3 Gred Pencapaian Dalam Matapelajaran 55
Asas Reka Cipta
4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian
4.3.1 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 56
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Spiritual
4.3.2 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 58
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
xi
4.3.3 Dapatan Keseluruhan Pemikiran Kreatif Dan 63
Inovatif Dalam Matapelajarn Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
4.3.4 Apakah Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 64
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
4.3.5 Dapatan Keseluruhan Pemikiran Kreatif Dan 70
Inovatif Dalam Matapelajarn Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
4.3.6 Dapatan Keseluruhan Persoalan Kajian 71
4.4 Analisis Inferensi
4.4.1 Perbezaan Antara Persoalan Kajian 72
Dengan Faktor Jantina
4.4.2 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 75
Dengan Faktor Umur
4.4.3 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 77
Dengan Faktor Gred Pencapaian
Asas Reka Cipta
4.5 Penutup 79
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Rumusan Latar Belakang Responden 81
5.3 Rumusan Persoalan Kajian
5.3.1 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 82
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam
Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan
Faktor Pembangunan Spiritual
5.3.2 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 83
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam
xii
Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan
Faktor Pembangunan Kognitif
5.3.3 Ringkasan Dapatan Keseluruhan Tahap 84
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam
Matapelajaran Reka Cipta Berdasarkan
Faktor Pembangunan Afektif
5.3.4 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 85
Terhadap Faktor Demografi
5.4 Perbincangan
5.4.1 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 86
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Spiritual
5.4.2 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 87
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
Bagi Domain Kelancaran
5.4.3 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 89
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
Bagi Domain Keaslian
5.4.4 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 91
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
Bagi Domain Fleksibiliti
5.4.5 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 93
Pelajar Dalam Matapelajar Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Kognitif
Bagi Domain Huraian
5.4.6 Dapatan KeseluruhanTahap Pemikiran 95
Kreatif Dan Inovatif Dalam Matapelajaran
xiii
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Kognitif
5.4.7 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 96
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
Bagi Domain Keyakinan Diri
5.4.8 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 98
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
Bagi Domain Keterbukaan
5.4.9 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 100
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
Bagi Domain Perasaan Ingin Tahu
5.4.10 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 102
Pelajar Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
Bagi Domain Berani Mengambil Risiko
5.4.11 Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 105
Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Berdasarkan Faktor Pembangunan Afektif
5.4.12 Perkaitan Antara Persoalan Kajian 107
Terhadap Demografi
5.4.13 Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Dalam 110
Matapelajaran Reka Cipta Secara Holistik
5.5 Cadangan Kajian 112
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 115
5.7 Kesimpulan 116
BIBLIOGRAFI 117
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Seksyen 41
3.2 Skor Skala Likert Dalam Setiap Item 42
3.3 Maklumat Peribadi Responden 43
3.4 Item-Item Dalam Persoalan Kajian 44
3.5 Item Bagi Soal Selidik Yang Perlu Dibaiki 46
3.6 Nilai Korelasi Dan Interpretasi 47
Kebolehpercayaan Soal Selidik
3.7 Nilai Kebolehpercayaan Item Setiap 48
Soalan Kajian
3.8 Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 50
3.9 Tahap Min Skor 51
4.1 Penstrukturan Semula Kelas Gred 55
Pencapaian
4.2 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 57
Inovatif Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor
Pembangunan Spiritual
4.3 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 59
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Kognitif Domain Kelancaran
xv
4.4 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 60
Inovatif Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Kognitif Domain Keaslian
4.5 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 61
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Kogmitif Domain Fleksibiliti
4.6 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 63
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Kognitif Domain Huraian
4.7 Analisis Keseluruhan Min Skor Pemikiran 64
Kreatif Dan Inovatif Berdasarkan
Faktor Pembangunan Kognitif
4.8 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 65
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Afektif Domain Keyakinan Diri
4.9 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 67
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Afektif Domain Keterbukaan
4.10 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan 68
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Afektif Domain Perasaan Ingin Tahu
4.11 Analisis Tahappemikiran Kreatif Dan 70
Inovatif Pelajar Dalam Matapelajaran
Reka Cipta Berdasarkan Faktor Pembangunan
Afektif Domain Berani Mengambil Risiko
xvi
4.12 Analisis Keseluruhan Min Skor Pemikiran 71
Kreatif Dan Inovatif Berdasarkan
Faktor Pembangunan Afektif
4.13 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 72
4.14 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 74
Dengan Faktor Jantina
4.15 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 74
Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut
Jantina
4.16 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 76
Dengan Faktor Umur
4.17 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 77
Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut
Umur
4.18 Analisis Perbezaan Di Antara Persoalan Kajian 78
Dengan Faktor Gred Pencapaian Asas Reka Cipta
4.19 Analisis Tahap Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 79
Dalam Matapelajaran Reka Cipta Mengikut
Gred Pencapaian Asas Reka Cipta
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Proses Pemikiran Kreatif Dan Inovatif 10
Melalui Pembangunan Spiritual Dan
Perkembangan Domain Kognitif Dan Afektif
2.1 Konsep Reka Cipta Dalam Islam 35
2.2 Hubungan Horizontal Berkadaran Terus 36
Dengan Hubungan Vertikal
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 48
4.1 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 53
Faktor Jantina
4.2 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 54
Faktor Umur
4.3 Graf Kekerapan Dan Peratusan Bagi 56
Faktor Gred Pencapaian Asas Reka Cipta
5.1 Perkaitan Pembangunan Spiritual, Kognitif 112
Dan Afektif Dalam Pemikiran Kreatif Dan
Inovatif Dalam Matapelajaran Reka Cipta
Secara Holistik
5.2 Model Pembelajaran Kurikulum Reka Cipta 114
Yang Disepadukan Dengan Unsur Spiritual
Untuk Perkembangan Pemikiran Kreatif
Dan Inovatif
xviii
SENARAI SIMBOL
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P &P - Pengajaran dan Pembelajaran
S.W.T - Subhanahuwataala
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Packages for Social Science
4 SPH - Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
% - Peratus
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Senarai Bilangan Pelajar Tahun 4SPH Yang MendaftarKelas
Reka Cipta (SPL 4403)
B Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
C Pengesahan Instrumen
D Contoh Instrumen
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakukan transformasi dalam
pendidikan dan penyelidikan untuk menjadi sebuah Universiti Penyelidikan
berteraskan inovasi. Pengiktirafan yang diperolehi UTM seiring dengan aspirasi
negara ke arah ekomoni berteraskan pengetahuan dan inovasi berpaksikan kepada
kreativiti dan pencapaian nilai tinggi. (sumber : Utusan Malaysia 11 Jun 2010).
Tagline UTM iaitu “menjana minda kreatif dan inovatif” dirangka untuk
mengalakkan aktiviti keilmuan berteraskan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai
bidang (Zaini Ujang, 2009). UTM juga mengharapkan graduan-graduan lepasan
UTM mempunyai minda yang kreatif dan inovatif untuk menjadi pemangkin kepada
kemajuan negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
matapelajaran Reka Cipta dalam kurikulum di sekolah pada tahun 1996 untuk
melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002). Selain itu matlamat matapelajaran Reka cipta ini
adalah untuk melahirkan pelajar yang lebih imaginatif dan produktif yang peka
terhadap perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan
sesuatu reka cipta (Nik Mohd Amir, 2008). Reformasi pendidikan negara banyak
memberi penekanan kepada kebolehan berfikir berbanding kebolehan untuk
berkreativiti dan menurut Mohd Azhar dalam Siti Hajar (2008), kesedaran terhadap
budaya kreativiti agak lewat diberi penekanan akibat daripada sistem pendidikan
2
yang mementingkan kebolehan berfikir berbanding kebolehan reka cipta dan
eksperimen. Malah pemupukan kreativiti dan inovasi secara Islami masih tidak
begitu menonjol dan kesedaranterhadap aktiviti yang melibatkan kreativiti dan
inovasi masih di tahap rendah dan perlu diperbaiki (Azrina, 2010). Kemahiran
berfikir secara kreatif dan inovatif telah mula diterapkan dalam sistem pendidikan
negara kita untuk melahirkan modal insan yang berdaya cipta bagi pembangunan
negara.
Kemahiran berfikir merupakan satu kemahiran memproses minda untuk
mencapai tujuan tertentu (Munir & Azman Azwan, 2001 & Ainon & Abdullah,
2005). Kemahiran berfikir secara kreatif lazimnya dikaitkan dengan bakat semula
jadi seperti melukis dan berkarya, tetapi sebenarnya kemahiran berfikir secara kreatif
dan inovatif mampu dimiliki oleh semua orang. Kenyataan ini disokong oleh
Rawlinson (1981), di dalam bukunya yang menyatakan bahawa setiap orang
mempunyai keupayaan untuk berfikir secara kreatif. Walaubagaimanapun, dalam
memupuk pemikiran kreatif dan inovatif ia harus diselitkan dengan unsur kerohanian
untuk melahirkan manusia yang seimbang seperti yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Usaha untuk melahirkan pelajar berfikiran kreatif
dan inovatif, haruslah bermula dari hati kepada akal untuk mengubah tingkah laku
pelajar secara menyeluruh. Menurut Rohana (2010), untuk melahirkan manusia yang
seimbang dari segi spiritual, emosi, intelektual dan jasmani, hendaklah menggunakan
pendekatan bersepadu dalam proses pendidikan di mana perkembangan ilmu
intelektual tidak boleh dipisahkan daripada proses pembangunan spiritual pelajar.
Oleh itu untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, penerapan ilmu
intelektual dengan asas ilmu agama perlu disatukan.
Pendekatan holistik yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah bertujuan untuk membangunkan perkembangan spiritual
dalam diri supaya ia selari dengan perkembangan intelektual yang dipelajari.
Integrasi ilmu intelektual dan ilmu wahyu ini bertujuan untuk mendekatkan manusia
kepada penciptaNya yang menjadi asas untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan
inovatif melalui mata pelajaran Reka Cipta. Walaubagaimanapun pengajaran yang
3
berunsurkan holistik adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang boleh
merekacipta produk yang unik dan asli daripada proses pemerhatian terhadap ciptaan
Tuhan di sekitar mereka. Pemerhatian ini seterusnya membimbing pelajar untuk
melahirkan rasa kekaguman kepada kekuasaan Tuhan dan penghayatan yang tinggi
bagi membolehkan mereka melahirkan idea yang asli, kreatif dan inovatif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif harus diterapkan dalam diri
seseorang sejak kecil lagi sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia di era
globalisasi. Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif haruslah bermula di
sekolah di mana guru-guru menjadi peneraju kepada kemahiran pencetusan idea
yang akan menjadi aset negara (Munir & Azman Azwan, 2001). Guru-guru perlu
memberi kebebasan kepada para pelajar untuk memberi pandangan dalam penjanaan
idea-idea, namun begitu ia perlu dilaksanakan berdasarkan nilai-nilai moral dan
keagamaan yang berpaksikan ketuhanan (Munir & Azman Azwan, 2001). Ini kerana
untuk mengelakkan pelajar daripada terpesong daripada kebenaran yang akhirnya
berpegang kepada sentuhan empirikal dan imaginasi semata-mata.
Menurut Ainon & Abdullah (2005), kaedah P&P yang diamalkan di Malaysia
memberi penekanan kepada tahap penguasaan matapelajaran dan teknik menjawab
soalan. Kemahiran berfikir secara kreatif kurang diterapkan oleh guru dan ibu bapa,
menyebabkan tahap berfikir pelajar tertumpu kepada isi pembelajaran di dalam buku
teks dengan konsep hafalan (Siti Hajar, 2008). Penjelajahan mencari idea yang
kreatif hendaklah melangkaui dari buku teks dan melatih anak-anak berfikir secara
bebas dan merdeka (Ainon & Abdullah 1999; Rohana, 2010). Ini kerana manusia
dianugerahkan oleh Allah S.W.T kebebasan memilih untuk mengubah diri dan
kehidupan ke arah yang baik atau sebaliknya. Manusia yang berjiwa merdeka ialah
manusia yang bebas daripada kecenderungan nafsu yang membawa pemikiran dan
pilihan tingkah laku ke arah kejahatan (Rohana, 2010).
4
Pendidikan berorientasikan peperiksaan harus diubah dengan sistem
pendidikan yang mempunyai nilai holistik untuk melahirkan insan yang serba boleh,
berakhlak mulia tanpa mengabaikan kepentingan ilmu. Pendekatan holistik
merupakan proses membentuk kecemerlangan dan potensi pelajar yang melibatkan
pembangunan akal dan minda, kemahiran dan pembentukan peribadi mulia (Mohd
Jailani, 2009). Menurut Rohana (2009), pendidik haruslah membangunkan diri
untuk menjadi seorang pendidik yang holistik, kerana hanya pendidik yang holistik
dapat membimbing pelajar untuk menjadi individu yang holistik.
Oleh itu pembangunan daya kreativiti dan inovatif bermula dari
pembangunan spiritual di dalam jiwa pelajar. Ini bermakna guru haruslah
membentuk peribadi diri secara holistik dan ciri-ciri pelajar yang kreatif dan inovatif
bermula dari pembangunan spiritual di dalam jiwa pelajar. Integrasi nilai agama akan
meningkatkan keyakinan pelajar kepada Tuhan yang Maha Pencipta, seterusnya
merangsang minat, keupayaan dan kemahiran pemerhatian terhadap ciptaan Tuhan.
Daripada pemerhatian tersebut akhirnya menyumbang kepada pembangunan daya
pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Menurut Munir & Azman Azwan (2001),
sistem pemikiran yang menerapkan nilai-nilai keagamaan amat penting untuk
melahirkan masyarakat kreatif yang taat dan akur kepada hukum ketuhanan dengan
tidak mencipta sesuatu untuk merosakan apa yang telah Tuhan cipta.
Pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif ialah pelajar yang boleh
menghasilkan idea yang novel atau asli (Ainon & Abdullah, 2005). Dalam kajian
lepas Lee Kyung Hwa (2005), menyatakan pelajar yang berfikiran kreatif
dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor kognitif dan faktor afektif. Faktor kognitif
mempunyai beberapa domain iaitu kelancaran, fleksibiliti, keaslian dan huraian,
manakala faktor afektif pula mempunyai domain berani mengambil risiko, perasaan
ingin tahu, keterbukaan dan keyakinan diri.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif secara holistik boleh
dipraktikkan di dalam matapelajaran Reka Cipta yang merupakan matapelajaran
teras program dan pengkhususan bagi kursus pendidikan di Jabatan Pendidikan
5
Teknik dan Kejuruteraan (JPTK). Ini kerana P&P bagi matapelajaran Reka Cipta
memerlukan penghayatan dan kefahaman yang mendalam untuk menjana sesebuah
idea yang asli melalui pemerhatian kepada keindahan dan kesempurnaan ciptaan
Tuhan yang Maha Pencipta.
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan di Malaysia kini semakin rancak dengan penggunaan teknologi
yang sentiasa berkembang maju bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi
nilai intelek dengan ketinggian nilai moral. Ini kerana kelahiran bakal-bakal guru
yang mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif dapat melatih pelajar sentiasa
bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan, yang menjurus kepada
penyelidikan dan reka cipta dengan penyepaduan pendekatan pembangunan ilmu
secara holistik. Pendekatan pendidikan holistik merupakan pembangunan ilmu secara
transformasi pendidikan, yang menjurus kepada pembangunan ilmu intelektual
berteraskan ilmu pengisian jiwa yang memberi makna kepada kehidupan seseorang.
Secara tidak langsung, pendekatan ini akan melahirkan manusia yang seimbang dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang terkandung dalam FPK.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang tahap pembangunan pemikiran
kreatif dan inovatif secara holistik dalam matapelajaran Reka Cipta bagi para pelajar
tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH)
Fakulti Pendidikan UTM. Rasional kajian ini untuk mengenal pasti pembangunan
pemikiran kreatif dan inovatif bakal-bakal guru di UTM sebagai persediaan untuk
mendidik pelajar supaya berfikiran kreatif dan inovatif.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pemikiran kreatif
dan inovatif secara holistik dalam matapelajaran Reka Cipta kepada pelajar-pelajar
tahun 4SPH. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk:-
i. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan spiritual.
ii. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan kognitif.
iii. Mengenal pasti tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan afektif.
iv. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan
inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut jantina.
v. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan
inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut umur.
vi. Mengenal pasti perbezaan signifikan tahap pemikiran kreatif dan
inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut gred
pencapaian dalam matapelajaran Asas Reka Cipta.
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian merupakan senarai soalan yang diperlukan untuk menjawab
objektif kajian (Norazman Abdul Majid et al, 2007 ; 13). Berikut merupakan
persoalan kajian bagi objektif kajian yang telah dikenalpasti oleh pengkaji;
i. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan spiritual?
ii. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan kognitif?
iii. Apakah tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar dalam
matapelajaran Reka Cipta berdasarkan faktor pembangunan afektif?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran
kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut
jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran
kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut
umur?
vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemikiran
kreatif dan inovatif pelajar dalam matapelajaran Reka Cipta mengikut
gred pencapaian dalam mata pelajaran Asas Reka Cipta?