halaqah 1

5
Fiqh Wudhu 1 Apakah maksud wudhu? ، ة ج ه لب وا ن س ح ل ا ي ه و اءة وض ل ا ن م ة وذ خ : مأ ة غ وء ل ض و ل اDaripada sudut bahasa: Ia diambil daripada perkataan Al-Wadhoah yang bermaksud: Baik dan berseri. ي ء الذ ما ل ل م س وء ا ض و ل . وا ة ي لن مأ ا ة ي ي ع م اء ض ع ء ا ما لل ا ما ع ت س و ا ه ي الذ ل ع ف ل ل م س : اً رعاE ش و ها. ف تI ظ نL ت ها و سل غ ي اءة وض ن م اء ض ع ي الأ عل ي ف ض ي ما لX لك ذ ب ي م س ة، و ب ا وض ت تDaripada sudut syara’ pula: Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota badan yang tertentu dengan ada niat. Al-Wadhu’ pula merupakan nama kepada air yang digunakan untuk berwudhu. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana ia akan menyerikan anggota- anggota badan dengan membasuh dan membersihkan ia. 2 Asal usul pensyariatan wudhu ialah apa yang disebutkan dalam al- Quran: ْ مُ كِ c س وُ ءُ رِ ب واُ حَ c سْ م اَ وِ ق ف اَ رَ مْ ل ى اَ لِ p اْ مُ كَ بِ ذc ْ r بَ اَ وْ مُ كَ ه و خُ ا و وُ لِ c سْ غ اَ فِ أةَ لَ ّ c ض ل ى اَ لِ p اْ مُ تْ مُ ق اَ ذِ p وا ا تَ م} اَ ن يِ ذc َ ّ ال اc َ هُ ّ يَ أ اc َ ب ىَ لِ p اْ مُ كَ لُ جْ رَ اَ وWahai orang-orang yang beriman. Apabila kalian ingin mendirikan solat, basuhlah wajah dan kedua tangan mu hingga ke siku. Sapulah kepala kalian dan basuhlah kaki kalian hingga ke buku lali. [Al- Maidah : 6] Daripada hadis pula ialah: ْ نِ مِ ةc ْ بَ ذَ ي بَ لَ عَ غَ رْ فَ اc َ ، فٍ وءُ c ضَ وِ ب اc َ عَ ذ انc َ ّ فَ عَ نْ يَ انc َ مْ E ثُ غ يَ اَ رُ ةc َ ّ بَ ، اَ انc َ ّ فَ عِ نْ يَ انc َ مْ E ثُ غ ىَ لْ و مَ انَ رc ْ مُ حْ نَ غَ لَ c سَ غَ ّ مُ E ث، c َ رَ E ثْ نَ تْ c س اَ وَ قَ E c شْ نَ تْ س اَ وَ ضَ مْ c ضَ مَ تَ ّ مُ E ث، ِ وءُ c ضَ وْ ل ا يِ فُ ةc َ ي نِ مَ تَ لc َ جْ ذَ اَ ّ مُ E ث، ٍ اتَ ّ رc َ مَ E أتَ لَ E ب اَ مُ هَ لَ c سَ غَ فِ ةِ أبَ بِ p ا1 Nota ini disusun berasalkan aturan dalam mazhab Syafie. Rujukan utama ialah Al-Fiqh Al-Manhaji. Akan tetapi akan disertakan juga pandangan- pandangan mazhab yang lain. 2 Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 53 (Al-Syamilah)

Upload: muhymeen-azeez

Post on 11-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Halaqah 1

Fiqh Wudhu 1

Apakah maksud wudhu?

الوضوء لغة: مأخوذة من الوضاءة وهي الحسن والبهجة، Daripada sudut bahasa: Ia diambil daripada perkataan Al-Wadhoah yang bermaksud: Baik dan berseri.

وشرعا: اسم للفعل الذي هو استعمال الماء أعضاء معينة ما النية. والوضوء اسم للماء الذي يتوضأ به، وسمي بذلك لما يضفي على األعضاء من وضاءة

يغسلها وتنظيفها.Daripada sudut syara’ pula: Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota badan yang tertentu dengan ada niat. Al-Wadhu’ pula merupakan nama kepada air yang digunakan untuk berwudhu. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana ia akan menyerikan anggota-anggota badan dengan membasuh dan membersihkan ia. 2

Asal usul pensyariatan wudhu ialah apa yang disebutkan dalam al-Quran:

7لى ==د7يكم إ لوا وج==وهكم وأي الة7 فاغس==7 7لى الص== 7ذا قمتم إ ==وا إ ذ7ين آمن ه==ا ال ==ا أي ي7لى كم وأرجلكم إ 7رءوس7 المراف7ق7 وامسحوا ب

Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kalian ingin mendirikan solat, basuhlah wajah dan kedua tangan mu hingga ke siku. Sapulah kepala kalian dan basuhlah kaki kalian hingga ke buku lali. [Al-Maidah : 6]

Daripada hadis pula ialah:وء ، 7وض== ه رأى عثم==ان بن عفان دع==ا ب عن حمران مولى عثم==ان بن7 عفان ، أنات ، ثم أدخل يم7ينه ف7ي الوضوء7 ، 7ه7 فغسلهما ثالث مر 7نائ فأفرغ على يديه7 م7ن إ7لى الم7==رفقين7 ==ه7 إ ==ا ويدي ل وجه==ه ثالث ثم تمضمض واستنشق واستنثر ، ثم غس==لى 7ي ص== ب ==ا ، ثم ق==ال : رأيت الن ه7 ، ثم غسل كل ر7جل ثالث 7رأس7 ثالثا ، ثم مسح ب7ي وئ أ نح==و وض== 7ي ه==ذا ، وق==ال : " من توض== وئ م يتوضأ نح==و وض== ه عليه7 وسل الل

7ه7 م م7ن ذنب ه له ما تقد هذا ، ثم صلى ركعتين7 ال يحدث ف7يه7ما نفسه ، غفر اللDaripada Humran pelayan Uthman ibn Affan radiallahu ‘anhu bahawasanya dia melihat Uthman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali, kemudian dimasukkannya tangan kanannya ke dalam bekas untuk berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung kemudian menghembuskan air dari hidung, kemudian membasuh mukanya tiga kali, dan kedua-dua tangannya hingga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hingga ke buku lali, kemudian beliau berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian dia solat dua rakaat, sedangkan dia tidak bercakap dengan dirinya dalam solat itu (yakni dia khusyuk) nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 161].1 Nota ini disusun berasalkan aturan dalam mazhab Syafie. Rujukan utama ialah Al-Fiqh Al-Manhaji. Akan tetapi akan disertakan juga pandangan-pandangan mazhab yang lain.2 Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 53 (Al-Syamilah)

Page 2: Halaqah 1

Rukun wudhu ada enam perkara3

Secara ringkasnya, anggota-anggota yang wajib dibasuh dalam mazhab Syafie hanyalah apa yang tertulis dalam ayat surah Al-Maidah di atas. Apa-apa selainnya yang hadir daripada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah perkara sunat.

1- NiatDalilnya:

7ي ، يقول يث ه سم7ع علقمة بن وقاص الل يم7ي ، أن 7براه7يم الت 7ي محمد بن إ : أخبرنول ه عنه على الم7نبر7 ، قال : سم7عت رس== : سم7عت عمر بن الخطاب7 رض7ي الل==ل ام==ر7ئ 7ك ما ل 7ن ات7 ، وإ ي 7الن ما األعمال ب 7ن م ، يقول : " إ ه عليه7 وسل ى الل ه7 صل الل7لى 7حها ، فه7جرته إ 7لى امرأة ينك 7لى دنيا يص7يبها أو إ ما نوى ، فمن كانت ه7جرته إ

7ليه7 " . ما هاجر إ‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata di atas mimbar: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana mahu memperolehi dunia, atau kerana perempuan yang mahu dia nikahi, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dia hijrah kepadanya [Sahih al-Bukhari, Bab Bad’ul Wahyi, hadis no: 1]

Niat merupakan syarat sahnya wudhu. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Syafie, Ahmad, Abu Tsaur dan Dawud. Tetapi Imam Abu Hanifah menganggap ia bukan syarat kerana bagi Abu Hanifah wudhu adalah ibadah ma’qulah (yang boleh difikirkan) iaitu untuk membersihkan diri. 4

Niat itu dihati. Ia dilakukan pada saat awal membasuh muka kerana ia merupakan rukun wudhu yang pertama. Di sisi mazhab Syafie, di sunatkan untuk melafazkan niat.5

Imam Ibrahim bin Ali al-Syirazi menyatakan tujuan melafazkan niat:فإن تلفظ بلسانه وقصد بقلبه فهو آكد

Seandainya dilafazkan dengan lisan, dan diniatkan dengan hati, maka ia akan lebih kuat.6

Akan tetapi melafazkan niat ini tidaklah diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Tidak terdapat sebarang dalil daripada wahyu menunjukkan ia disunatkan. Oleh kerana itu sebahagian ulama seperti Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memandang ia sebagai perbuatan bid’ah yang tercela.7 Bahkan dalam realitinya, kita melihat melafazkan niat seringkali menambahkan was-was kepada pelakunya sehingga berulang kali melafazkan niat. Maka tidak melafazkan niat adalah lebih menepati sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

3 Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 53-56 4 Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, m/s 111-1125 Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 54.6 Al-Muhazzab, m/s 14 7 Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, jilid 1, m/s 112.

Page 3: Halaqah 1

2- Membasuh muka

Sebagaimana dalam ayat surah al-Maidah di atas yang berbunyi ((Apabila kalian ingin mendirikan solat, basuhlah wajah)). Membasuh muka merupakan rukun wudhu yang disepakati oleh kesemua mazhab feqah. Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait disebutkan:

ة فرض م7ن فروض7 7ه7 مر 7كام7ل فق الفقهاء على أن غسل ظاه7ر7 الوجه7 ب اتالوضوء7

Para ulama feqah bersepakat bahawa membasuh wajah dengan sempurna sebanyak satu kali adalah salah satu perkara wajib dalam wudhu.8

Apakah bahagian yang termasuk dalam kawasan muka?

وحدود الوجه من منبت الشعر إلى أسفل الذقن طوال، ومن األذن إلىاألذن عرضا.

Had anggota wajah daripada sudut panjang ialah daripada tempat tumbuh rambut sehingga hujung dagu. Daripada sudut lebar pula ialah daripada telinga ke telinga yang lain.

Wajib membasuh sehingga air menyentuh kulit pada anggota wajah termasuk pada kening, misai dan janggut melainkan jika janggut itu terlampau tebal.9

Imam Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi berkata dalam Al-Majmu’:

والوجه عند العرب ما حصلت به المواجهةWajah di sisi arab ialah apa yang dapat (dilihat) ketika berhadapan.10 Ini bermaksud di sisi mazhab Syafie, bawah dagu bukanlah termasuk daripada anggota wajah. Ia juga membawa kepada isu aurat yang bermaksud, bagi seorang Muslimah, hendaklah mereka menutup bawah dagu mereka kerana ia tidak termasuk dalam bahagian wajah.

Oleh kerana itu, di sisi mazhab Syafie, berkumur dan memasukkan air dalam hidung adalah sunat dan bukan wajib kerana dalam hidung dan mulut bukan bahagian yang dapat dilihat ketika berhadapan. (Akan dihuraikan terperinci dan khilaf hukum ini pada bab sunat wudhu, Insya-Allah).

8 Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 332 9 Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 54.10 Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 364.