guiding young children tugasan_01

31
1.0 PENGENALAN Kanak-kanak memerlukan perhatian, Sekiranya kanak-kanak tidak menerima perhatian yang positif, dia akan bertindak mencari atau mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif. Selalunya kanak- kanak akan mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif apabila mereka berpendapat tidak dapat perhatian dalam sesuatu aktiviti seperti tumpuan daripada ibu bapa atau guru. Apabila kanak-kanak bertingkahlaku baik, kebiasaannya ibu bapa atau guru akan meneruskan tugasan mereka tanpa memberikan perhatian atau pujian kepada mereka . Hanya apabila kanak-kanak bertingkahlaku salah, ibu bapa atau guru akan terhenti daripada tugasan mereka dan memberikan penjelasan atau amaran terhadap kanak-kanak tersebut. Tingkahlaku salah kanak-kanak ini mendapat perhatian selalunya. Walaupun tingkahlaku ini salah tetapi kanak-kanak berulang kali akan membuat tindakan seperti ini kerana mereka berpendapat ia adalah cara untuk menarik perhatian. Walaupun kanak-kanak ini berhenti daripada tingkah laku salah ini apabila meningkat umur, tetapi kajian menunjukkan mereka akan bertingkahlaku salah apabila memerlukan pada masa hadapan. Menurut DSMIV (Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis. (Saadah Sumrah, 2008) Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkahlaku dilihat sebagai:

Upload: apparao-subramaniyan

Post on 11-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guiding Young Children Tugasan_01

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak memerlukan perhatian, Sekiranya kanak-kanak tidak menerima perhatian yang

positif, dia akan bertindak mencari atau mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif.

Selalunya kanak-kanak akan mendapatkan perhatian melalui tingkahlaku negatif apabila

mereka berpendapat tidak dapat perhatian dalam sesuatu aktiviti seperti tumpuan daripada

ibu bapa atau guru.

Apabila kanak-kanak bertingkahlaku baik, kebiasaannya ibu bapa atau guru akan

meneruskan tugasan mereka tanpa memberikan perhatian atau pujian kepada mereka .

Hanya apabila kanak-kanak bertingkahlaku salah, ibu bapa atau guru akan terhenti daripada

tugasan mereka dan memberikan penjelasan atau amaran terhadap kanak-kanak tersebut.

Tingkahlaku salah kanak-kanak ini mendapat perhatian selalunya. Walaupun tingkahlaku ini

salah tetapi kanak-kanak berulang kali akan membuat tindakan seperti ini kerana mereka

berpendapat ia adalah cara untuk menarik perhatian. Walaupun kanak-kanak ini berhenti

daripada tingkah laku salah ini apabila meningkat umur, tetapi kajian menunjukkan mereka

akan bertingkahlaku salah apabila memerlukan pada masa hadapan.

Menurut DSMIV (Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American

Psychiatric Association) masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai

tingkahlaku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan

psikologis. (Saadah Sumrah, 2008) Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah

tingkahlaku dilihat sebagai:

i. Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkahlaku untuk mendapat

perhatian orang lain, misalnya “out – of – seat”, merayau-rayau, mengejek, tidak

mengikut arahan guru dan ibu bapa.

ii. Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkahlaku kurang matang. Misalnya

sering menangis, “tantrums”, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak

faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan

guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.

iii. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan takut

melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada

bermain atau berkomunikasi dengan kanak- kanak lain.

Page 2: Guiding Young Children Tugasan_01

iv. Tingkahlaku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanak- kanak

misalnya kanakkanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti

gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lain-lain.

v. Tingkahlaku yang agresif iaitu tingkahlaku di mana seseorang kanak- kanak selalu

mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda.

Menurut Achenbach & Edelbrock (Saadah Sumrah, 2008) pula mengkategorikan

tingkahlaku sebagai :

i. Tingkahlaku ‘externalizing’ ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat

‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang

lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga

menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan tidak duduk di

tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah, mengganggu

rakan,memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak menghiraukan arahan

guru ,mencuri,merosakan harta benda ‘vendalisme’, berbohong dan sering marah-

marah.

ii. Tingkahlaku ‘unternalising’ ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri

‘compulsive’, selalu sedih, pemalu, berfokus kepada ketakutan dan fantasi .Keadaan

sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun tingkahlaku

ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.

1.1 TINGKAHLAKU

Tingkahlaku terbahagi kepada dua iaitu tingkahlaku positif dan tingkahlaku negatif. Tingkah

laku positif terbahagi kepada empat (4) iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan

pintar cerdas. Manakala tingkahlaku negatif pula terbahagi kepada tiga (3) iaitu tingkahlaku

distruktif, distruptif dab sikap bergantung.

1.1.1 TINGKAHLAKU POSITIF

Tingkahlaku positif merupakan tingkahlaku kanak-kanak yang baik untuk perkembangan

mereka kerana dengan adanya tingkahlaku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat

2

Page 3: Guiding Young Children Tugasan_01

untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-

kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam

perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat

membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak

akan suka pada aktiviti seperti ini. Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan

tingkahlaku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan

sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk

kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak

proaktif  berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak

proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan

lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika

terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar

mereka tidak mudah bosan.

1.1.2 TINGKAHLAKU NEGATIF 

Tingkahlaku negatif pula merupakan tingkahlaku yang mampu memberikan masalah dan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkahlaku

negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak

yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai

tingkahlaku negatif. Tingkahlaku distruktif merupakan tingkahlaku kanak-kanak iaitu

permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkahlaku fizikal atau pun

lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur

untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.

Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkahlaku distruktif.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku distruptif pula,kanak-kanak ini

biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak

yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka

ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkahlaku agresif kepada rakan-rakan yang

lain. Tingkahlaku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi

kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-

kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang

3

Page 4: Guiding Young Children Tugasan_01

dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang

mempunyai tingkahlaku pergantungan.

2.0 TINGKAHLAKU BERMASALAH

Tingkahlaku bermasalah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku yang

tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam

kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian

oleh pakar psikologi, didapati tingkahlaku bermasalah ini timbul kerana kurangnya

keupayaan kanak-kanak dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi

perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi

dan aktiviti kehidupan kanak-kanak serta seterusnya mengganggu kestabilan dan

keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks kajian kes ini, tingkahlaku bermasalah merujuk kepada tingkahlaku

suka menganggu orang lain oleh kanak-kanak yang boleh merosakan kelancaran dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya di dalam bilik darjah.

2.1 LATAR BELAKANG KAJIAN KES

Kajian kes adalah mengenai tingkahlaku bermasalah kanak-kanak yang suka membuat

nakal iaitu menganggu kanak-kanak lain semasa sesi pengajaran & pembelajaran (P&P)

dijalankan dalam kelas. Pemilihan tingkahlaku bermasalah ini dibuat disebabkan objektif

pengajaran di dalam kelas sering tidak tercapai apabila terdapat kanak-kanak seperti ini.

Dengan menjalankan kajian kes ini ia akan dapat membantu mengenal pasti kaedah efektif

bagi menangani dan mengubah tingkah laku kanak-kanak seperti ini.

2.2 BIODATA KANAK-KANAK KAJIAN KES

Maklumat kajian kes ini diperolehi menerusi borang maklumat peribadi yang terdapat di

sekolah dan juga menerusi temubual bersama kanak kanak berikut:

NAMA : KEERTHANA A/P SIVAKUMAR

UMUR : 8 TAHUN

JANTINA : PEREMPUAN

4

Page 5: Guiding Young Children Tugasan_01

BILANGAN ADIK BERADIK : TIADA

ALAMAT RUMAH : NO.6, KAMPUNG HAJI MAHMUDDIN,

45200 SABAK BERNAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

TEMPAT BELAJAR : SRJK (T) LADANG SABAK BERNAM,

45200 SABAK BERNAM

CITA-CITA : BADAN UNIFORM

HOBI : BERMAIN ANAK PATUNG

WARNA KEGEMARAN : MERAH JAMBU

MAKANAN KEGEMARAN : NASI AYAM

MINUMAN KEGEMARAN : AIR BERKARBONAT

NAMA BAPA : SIVAKUMAR A/L PALLAR

PERKERJAAN : PEMANDU LORI

NAMA IBU : MALIGGA A/P KRISHNAN

PERKERJAAN : JABATAN PERTAHANAN AWAM (RELA)

LATAR BELAKANG KELUARGA :

Kanak-kanak ini merupakan anak angkat. Keluarga ini tinggal di rumah kampung. Ibu bapa

angkat kanak-kanak ini bekerja. Kanak-kanak ini menaiki basikal untuk ke sekolah.

Pergaulan kanak-kanak ini baik tetapi tingkahlaku bermasalah kanak-kanak ini ialah suka

mengganggu rakan-rakan semasa mereka sedang belajar di dalam kelas, semasa di

perhimpunan, di kantin dan di pusat sumber sekolah. Kanak-kanak ini tidak disukai oleh

ayah angkatnya kerana ibu angkatnya telah mengambil keputusan untuk membela kanak-

kanak ini tanpa persetujuan beliau. Kanak-kanak ini telah ditemui oleh ibu angkatnya

semasa membuat tugasan rondaan rela. Kanak-kanak ini telah dijumpai dalam bilik kurung

dengan kesan penderaan seperti putung rokok pada seluruh badan serta trauma. Oleh

kerana ibu angkatnya tiada anak kandung, maka beliau telah mengambil keputusan untuk

menjadikan anak angkat. Kanak-kanak ini juga tidak disukai oleh saudara mara keluarga

angkatnya. Kanak-kanak ini dibela dengan tegas oleh ibu angkatnya. Kanak-kanak ini tidak

mempunyai rakan untuk bermain kerana mereka tinggal dirumah kampung yang berasingan.

Kehidupan kanak-kanak ini menyebabkan emosi beliau terganggu dan sering ingin menarik

perhatian.

5

Page 6: Guiding Young Children Tugasan_01

2.3 METODOLOGI KAJIAN KES

Metodologi yang digunakan dalam membuat kajian ini adalah berdasarkan kaedah bukan

ujian iaitu pemerhatian. Pemerhatian ini dibuat melalui cara time sampling dimana tempoh

kajian kes ini dibuat selama 5 hari persekolahan iaitu bermula dari 9 April 2012 sehingga 16

April 2012. Kanak-kanak ini dipantau dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P &P) di

sekolah semasa saya mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan Pendidikan Moral. Selain

itu, kanak-kanak ini juga dipantau apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pemantauan ini

telah dijalankan dengan bantuan Ketua Kelas yang mencatatkan nama kanak-kanak yang

membuat tingkahlaku bermasalah dan kanak-kanak yang dipantau merupakan salah

seorang daripada murid di dalam kelas tersebut. Tempoh masa pemantauan bagi setiap

mata pelajaran adalah selama 40 minit untuk sehari.

Selain itu, pemerhatian juga dibuat melalui cara event sampling untuk mengenalpasti

dalam keadaan bagaimana tingkahlaku bermasalah ini berlaku. Tingkahlaku bermasalah

yang diperhatikan pada kanak-kanak ini adalah tingkahlaku suka menganggu rakan lain

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, kanak-kanak ini didapati

selalu bergerak, bergaduh dengan rakan semasa ketiadaan guru dan suka membuat bising

di dalam kelas.

Tingkahlaku yang diterangkan ini merupakan tingkahlaku bermasalah disruptif atau

tingkah laku mengganggu. Tingkahlaku bermasalah ini menganggu keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Jadual 1 dibawah merupakan hasil

daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap kank-kanak tersebut yang mempunyai

tingkahlaku bermasalah:

Bilangan Tarikh

Pemerhatian

Tempoh

Pemerhatia

n

( Minit)

Tingkahlaku

Bermasalah

( Gangguan)

Punca

Tingkahlaku

Bermasalah

Kekerapan

Tingkahlaku

Bermasalah

1 9/4/2012 40

( 9.00 am – 9.40 am)

Bergerak dari

tempat duduk

Apabila

diberikan

tugasan

individu

6

2 10/4/2012 40

( 10.00 am – 10.40 am)

Membuat

bising dalam

Apabila guru

tiada di dalam

4

6

Page 7: Guiding Young Children Tugasan_01

kelas dan

bergaduh

antara rakan

kelas

3 12/4/2012 40

( 7.40 am – 8.20 am)

Baling kertas di

dalam kelas

Untuk

berkomunikasi

atau menarik

perhatian

rakannya

4

4 13/4/2012 40

( 9.00 am – 9.40 am)

Bergerak dari

tempat duduk

dan bising

Apabila guru

sedang

memberi

perhatian

terhadap

kanak-kanak

lain

4

5 16/4/2012 40

( 9.00 am – 9.40 am)

Bercakap /

berbisik

/ketawa kuat

dengan rakan

lain sewaktu

pengajaran

Pertanyaan

atau jenaka

daripada rakan

lain

5

Jadual 1: Taburan Data Pemerhatian Kanak-Kanak

3.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TINGKAHLAKU BERMASALAH

Menurut Saayah Abu, secara umumnya tingkah laku bermasalah biasanya

dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih

sayang daripada ibu bapa. Selain itu, faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah

seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan

dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak mempunyai objektif

yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal

sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang

bermasalah.

7

Page 8: Guiding Young Children Tugasan_01

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan terhadap kanak-kanak ini, terdapat pelbagai

punca terjadinya tingkahlaku bermasalah. Punca pertama penyebab kanak-kanak ini

bertingkahlaku bermasalah adalah disebabkan oleh diri sendiri kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak ini merupakan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang dikategorikan

lemah di dalam pelajaran. Wujudnya keadaan ini kerana kanak-kanak ini tidak mendapat

pendidikan atau didikan awalan yang sempurna semasa dari kecil. Justeru, kanak-kanak ini

mengalami kebosanan dengan aktiviti kelas apabila beliau tidak dapat mengikuti pengajaran

di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak ini membuat gangguan seperti

membuat bising, bercakap semasa pengajaran dan pembelajaran, bergerak dari tempat

duduk yang dikhususkan dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak ini mengalami gangguan emosi kerana penderaan fizikal dan

mental yang beliau alami semasa dari kecil sehingga berumur 6 tahun. Berdasarkan rekod

yang terdapat disekolah, kanak-kanak ini mengalami trauma disebabkan kehidupan lampau

bersama ibubapa kandung. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal

memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka

sering kali mengancam dengan peraturan yang tegas tanpa kasih sayang , mengutuk

ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya

penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan

emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak

negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya

bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah

daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh

orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain disekelilingnya.

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam kajian Saayah Abu (2008) kanak-

kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap

orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah

menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua

kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila

emosi mereka didera.

8

Page 9: Guiding Young Children Tugasan_01

Selain itu, kanak-kanak ini ingin mendapat perhatian daripada guru dan rakan. Oleh

yang demikian, beliau cuba untuk bertindak dengan perwatakan gaya baru di dalam kelas

supaya dapat menarik perhatian guru dan rakan sekelasnya. Sifat kanak-kanak ini adalah

untuk menguji guru atau ibubapa samaada tindakan seperti peraturan akan dikenakan atau

tidak atas tingkahlaku mereka. Perbuatan kanak-kanak ini untuk melihat tahap had

sempadan bagi sesuatu tingkahlaku masalah itu boleh dilakukan.

Punca kedua berlaku tingkahlaku bermasalah gangguan adalah disebabkan latar

belakang keluarga kanak-kanak. Kanak-kanak ini merupakan anak angkat bagi keluarga ini.

Kehidupan kanak-kanak ini tinggal berseorangan dan tiada rakan sebaya untuk bermain dan

berseronok adalah salah satu faktor penyebab berlakunya tingkahlaku bermasalah ini.

Selain itu, peraturan yang ketat yang diamalkan oleh ibu angkat di dalam menjaga kanak-

kanak ini memberikan kesan emosi dan mental. Sosioekonomi keluarga juga merupakan

salah satu penyebab berlaku tingkahlaku bermasalah. Ianya berlaku kerana kehidupan pada

zaman ini yang hanya mengejar wang ringgit tanpa memperuntukkan masa bersama

keluarga atau kanak-kanak juga menyumbang kepada tingkahlaku bermasalah.

Selain itu, punca kanak-kanak ini tidak disukai oleh ayah angkat dan saudara mara

menyebabkan kanak ini terasa keseorangan tanpa belaian kasih sayang sepatutnya. Ini

menyebabkan keadaan dimana kanak-kanak terasa jiwanya memberontak dan terkongkong

dirumah. Masalah ini seterusnya terbawa ke sekolah dimana rakan-rakan menjadi tempat

untuk melepaskan tekanan dan perasaan bagi kanak-kanak ini.

Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu(2008), terdapat tiga kategori tingkahlaku

ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkahlaku mendera emosi kanak-kanak, penolakan,

pengasingan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaan dengan tingkah laku

penjaga ataupun ahli keluarga pesakit skizofrenia. Tingkahlaku ini dikenal pasti sebagai

tingkahlaku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menentukan

masa depan pesakit skizofrenia. Dalam hal kanak-kanak ini, ahli keluarga didapati

menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira

sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Contohnya, sekiranya pesakit

skizofrenia hidup bersama ahli keluarga seperti kanak-kanak ini yang menunjukkan tahap

meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar  pulih walaupun rawatan ubat-ubatan

telah diberi dengan cukup.

9

Page 10: Guiding Young Children Tugasan_01

Punca ketiga berlaku tingkahlaku masalah gangguan dalam kelas adalah disebabkan

oleh guru. Ianya terjadi disebabkan oleh kerana tahap penyampaian kandungan pelajaran

guru yang tidak jelas dan tidak menarik perhatian kanak-kanak ini. Ianya berkait disebabkan

keadaan kanak-kanak ini yang mempunyai tahap penguasaan pelajaran yang rendah.

Selain itu, tindakan guru tidak menyediakan bahan pengajaran yang secukupnya

atau relevan untuk menarik perhatian semua golongan kanak-kanak serta hanya terlalu

menumpukan terhadap akedemik dan menghabiskan sukatan pengajaran mereka juga

menyumbang kepada keadaan tingkahlaku bermasalah. Keadaan seperti ini akan

membosankan kanak-kanak untuk memberikan tumpuan di dalam kelas dan seterusnya

mereka akan mula membuat tingkahlaku bermasalah gangguan iaitu berbisik, bercakap,

membaling kertas dan sebagainya.

Punca keempat berlaku tingkahlaku masalah gangguan dalam kelas adalah

disebabkan oleh sekolah. Ianya terjadi disebabkan peraturan dan disiplin di sekolah yang

terlalu ketat. Justeru, kanak-kanak ini terasa kebebasan beliau telah dikongkong.Untuk

memberontak kanak-kanak ini membuat tingkahlaku bermasalah dengan tidak mengikut

arahan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Selain itu, suasana persekitaran keadaan sekolah

dan kelas juga menjadi punca berlaku masalah gangguan.

Keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif seperti berdebu dan sempit telah

menganggu emosi dan perkembangan mental kanak-kanak ini. Keadaan sekolah yang

terletak ditepi jalan utama kawasan ladang juga menyumbang kepada masalah ini. Ianya

berlaku disebabkan oleh bunyi bising dari kenderaan. Keadaan seperti ini dipercayai telah

menjejaskan tumpuan kanak-kanak ini untuk memberikan fokus kepada pelajaran.

Selain itu, ruang pembelajaran yang tidak selesa juga merupakan faktor penyebab

masalah tingkahlaku. Daripada pemerhatian yang dijalankan, didapati keadaan suasana

kelas tidak menarik disebabkan ruang pembelajaran terlalu sempit, padat dan panas.

Keadaan seperti ini menyukarkan kanak-kanak ini untuk menumpukan terhadap pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, keadaan seperti terpaksa mengikut

arahan guru-guru atau autoriti sekolah juga didapati kanak-kanak ini terasa tertekan. Kanak-

kanak ini merasakan hak kebebasan mereka tersekat apabila guru bertindak menunjukkan

kuasa mereka.

Punca kelima kanak-kanak bertingkahlaku bermasalah adalah disebabkan rakan-

rakan sekelas. Semasa ketiadaan guru didapati kebanyakkan kanak-kanak mengambil

10

Page 11: Guiding Young Children Tugasan_01

tingkahlaku dengan membuat bising. Apabila perkara seperti ini terjadi, kanak-kanak

menganggap perkara seperti ini adalah kebiasaan. Justeru, kanak-kanak yang terbawa

perkara seperti ini setiap masa apabila tiada kawalan daripada pihak sekolah atau guru.

4.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI TINGKAHLAKU BERMASALAH

Antara perkara yang boleh dilakukan dalam mengendalikan tingkahlaku bermasalah

gangguan di dalam kelas adalah seperti berikut:-

a) Membuat Jenaka Mengurangkan Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak

Berjenaka atau 'humor' dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku kanak-

kanak tersebut. Banyak masalah tingkahlaku seperti situasi "saya lawan awak" yang

memerlukan beradu tangan dan tenaga boleh dihalang dengan menggunakan

sentuhan - menghalang dengan sesuatu yang menarik dan lucu, mengalih tumpuan

dalam bentuk nyanyian atau jenaka. Jenaka atau humor yang tidak menyentuh

peribadi kanak-kanak perlu dihindarkan. Jenaka dapat membantu mengurangkan

rebutan kuasa sebab guru dan kanak-kanak akan terlibat sama dengan penuh

kemesraan dan persahabatan. Memberitahu kanak-kanak,"

Sekarang...cuba..saya...lihat...kamu... jalan... perlahan.. perlahan... macam... kura-

kura" lebih berkesan daripada berkata, " Berapa kali saya hendak beritahu kamu

jangan berlari di dalam kelas?"

b) Masa Khas Untuk Bersama Kanak-Kanak Oleh Guru

Salah satu cara mekanisma menyediakan perhatian tanpa syarat kepada kanak-

kanak yang memerlukan masa yang lebih untuk diberi perhatian ialah masa khas.

Guru perlu duduk di sebelah kanak-kanak untuk beberapa minit sehari atau dua atau

tiga kali seminggu untuk kanak-kanak. Masa untuk bersama kanak-kanak seorang-

dengan-seorang bukan syarat pada tingakahlaku kanak-kanak. Misalnya,"Jika kamu

bersikap baik tanpa membuat gangguan dalam kelas, kita akan bersama untuk masa

khas." Masa khas hanya untuk seorang kanak-kanak tersebut sahaja bersama guru.

Guru memberi isyarat," Saya hendak meluangkan bersama anda sebab kamu

adalah kamu." Guru boleh bertanya apa yang kanak-kanak suka untuk masa khas

11

Page 12: Guiding Young Children Tugasan_01

dan mengikuti cadangan kanak-kanak. Contohnya membacakan buku atau main

permainan.

c) Pengucapan Ikhlas Untuk Peneguhan Tanpa Syarat Oleh Guru

Peneguhan tanpa syarat memberitahu kanak-kanak bahawa kita menghargai dirinya

sebagai insan yang mempunyai hak bukan disebabkan tingkahlaku yang sepatutnya

kita mahukan. Oleh itu kita boleh memberi perhatian peneguhan tanpa syarat

dengan berbagai cara. Kita hendaklah tidak lupa memberi ucapan di awal permulaan

kelas kepada kanak-kanak tersebut sama ada dengan pengucapan ikhlas dan jujur

seperti,"Selamat pagi, Keertana! Saya cukup gembira melihat kamu!" Semasa

suasana di kelas, guru boleh memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang

meminta bantuan atau perhatian dengan memberi senyuman, mendakap atau

menyentuh bahu kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasakan dirinya diberi

perhatian dan dihargai.

d) Memberi Kata Pujian Dan Dorongan Kepada Kanak-Kanak Oleh Guru

Memberi kata pujian atau kata ransangan atau dorongan kepada kanak-kanak akan

membolehkan mereka memberi tumpuan kepada aktiviti dan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Pengukuhan positif dari sudut pandangan pengurusan

tingkahlaku adalah cara untuk mengekalkan tingkahlaku supaya mereka tidak

membuat gangguan. Pengukuhan ini boleh menjadi alat yang berkesan untuk

membimbing kanak-kanak dengan cara memberi perhatian apabila kanak-kanak

melakukan tingkahlaku positif daripada tingkahlaku negatif.

e) Memberi Dorongan Meningkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Dorongan atau galakkan daripada guru dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-

kanak. Dorongan lebih tertumpu kepada meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak

dengan menerima mereka seadanya bukan mengharapkan mereka lebih daripada

sepatutnya. Dorongan dibina pada kelebihan kanak-kanak yang boleh menyerlahkan

keyakinannya. Dorongan juga berbeza dengan pujian. Contohnya,"Saya sungguh

berbangga awak menolong mengemaskan alat main di kelas." Manakala dorongan

tertumpu kepada keupayaan dan pencapaian kanak-kanak. Misalnya, "Sekarang

kelas ini kelihatan cantik!". Pujian memberi ganjaran kepada tindakan kanak-kanak

12

Page 13: Guiding Young Children Tugasan_01

dan menjadikannya bergantung kepada restu orang dewasa. Dorongan meletakkan

tindakan dalam kontek sumbangan kanak-kanak kepada kumpulan secara

keseluruhan.

f) Didikan Awalan Dari Keluarga Untuk Kanak-Kanak

Masalah tingkahlaku gangguan kanak-kanak ada perkaitannya dengan cara didikan

awalan daripada keluarga. Sekiranya ibu bapa tidak mendisiplinkan dan mengawal

kanak-kanak kesannya akan memberi masalah tingkahlaku di sekolah. Cara didikan

oleh keluarga mestilah tegas serta sopan dan konsisten. Kelemahan mendidik boleh

membawa kepada masalah untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan dan

melanggar peraturan. Pengukuhan perlu diberi dengan syarat kepada kanak-kanak

untuk bertindakbalas dalam sesuatu keadaan yang khusus.

Walau bagaimana pun Ibu bapa sebenarnya telah memulakan memberi

perhatian tanpa syarat sejak bayi dilahirkan sebagai asas membina rasa

kepercayaan. Hasilnya, kanak-kanak yang mendapat perhatian sepenuhnya di

rumah mempunyai kekuatan hubungan kepercayaan dalam kehidupannya. Kanak-

kanak ini biasanya ke sekolah dengan penuh rasa berdikari dan keterbukaan kepada

pengalaman baru. Manakala kanak-kanak yang asas kepercayaan tidak terbina

dengan kukuh didapati ingin mendapatkan perhatian. Mungkin mereka sentiasa ingin

mendapatkan perhatian daripada guru, kemungkinannya menerusi melakukan

masalah tingkahlaku gangguan di dalam kelas.

g) Mengasingkan dan Mengabaikan Tingkahlaku Negatif Kanak-Kanak

Memberi masa pengasingan tingkahlaku negatif merupakan salah satu cara

mengabaikan. Keadaan ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak diberi masa

pengasingan daripada kedua-dua pengukuhan dan pendorong di bilik darjah. Masa

pengasingan yang berterusan boleh menjadi berkesan untuk melenyapkan

tingkahlaku yang tidak dikehendaki. Masa pengasingan tidak boleh digunakan terlalu

kerap untuk semua keadaan, tetapi pada keadaan mengasingkan kanak-kanak untuk

mendapatkan tindak balas yang terbaik seperti membuat bising dan berlaku

pergaduhan. Sebenarnya masa pengasingan bukan untuk menyisihkan kanak-kanak

tetapi untuk memberi kesedaran terhadap sesuatu tingkahlaku yang khusus.

13

Page 14: Guiding Young Children Tugasan_01

Pengukuhan positif dapat mengukuhan tingkahlaku. Sebaliknya pengabaian

juga dapat menghapuskan tingkahlaku negatif. Contohnya jika seorang kanak-kanak

menjerit di dalam kelas berulangkali, guru boleh memberitahu,"Berhenti menjerit,

kamu mengganggu orang lain!" atau membawa kanak-kanak duduk di penjuru

dengan berjanji sekiranya dia tidak lagi menjerit boleh duduk bersama rakannya

semula. Reaksi ini memberitahu kanak-kanak bahawa dia berjaya mendapatkan

perhatian. Mengabaikan boleh melenyapkan tingkahlaku jika berterusan dan teratur.

Walau bagaimana pun mengabaikan bukanlah cara yang terbaik untuk digunakan

terutama jika melibatkan tingkahlaku agresif. Tingkahlaku yang agresif perlu di atasi

dengan lebih tegas dan tindakan yang cepat diambil untuk keselamatan semua.

h) Ibu bapa Menjadi Model Untuk Tingkahlaku Positif

Menteladani atau peniruan digemari dan disenangi oleh kanak-kanak kerana dapat

memberi kesan kepada tingkahlaku kanak-kanak. Pembelajaran menerusi

pemerhatian kerap berlaku di rumah. Umpamanya ibu bapa perlu menjadi model

kesopanan, kemesraan, atau keperihatinan kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa

haruslah menjaga tertib percakapan dihadapan kanak-kanak supaya tingkahlaku

baik dapat dibentuk dengan sempurna supaya ianya tidak terbawa ke dalam kelas.

i) Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak Menerusi Teknik Penyelesaian

Masalah Menang-Menang

Teknik proses menang-menang boleh dilakukan apabila masalah telah menjadi milik

bersama, kepunyaan orang dewasa iaitu guru atau ibu bapa dan kanak-kanak.

Teknik ini melibatkan perbincangan dan perundingan sehingga menemui kepuasan

penyelesaian kedua pihak. Kanak-kanak akan merasa dihargai dan orang dewasa

dapat hasil positif dengan perubahan tingkahlaku kanak-kanak yang telah dapat

memahami punca masalah tingkahlakunya.

j) Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak Menerusi Cara Pendengar Aktif

Apabila kanak-kanak mempunyai masalah sendiri, mereka akan menghantar isyarat

menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Berkenaan kes masalah ini, guru

14

Page 15: Guiding Young Children Tugasan_01

atau ibu bapa boleh menggunakan teknik 'pendengar aktif.' Guru atau Ibu bapa

memberi tindakbalas pada masalah yang dikatakan oleh kanak-kanak untuk

mendapatkan penyelesaian. Jangan menyelesaikan masalah tersebut untuk diri

kanak-kanak menerusi reaksi standard seperti memberi nasihat. Pendengar aktif

menerima dan menggalakkan kanak-kanak untuk menjelaskan secara jujur disebalik

masalah yang menyebabkan dirinya tertekan. Contohnya, apabila terdapat kanak-

kanak sedang membuat bising dalam kelas, tindakbalas 'pendengar aktif mungkin

dengan mengatakan,"Kamu seolah-olah marah," daripada mengatakan," Saya

mahukan awak meninggalkan kelas sekarang juga." Kanak-kanak ini melihat guru

atau ibu bapa menerima perasaannya daripada orang dewasa memberi tumpuan

kepada masalah orang dewasa.

k) Menyediakan Persekitaran Pembelajaran Kondusif

Guru perlu membuat perubahan dalam menyediakan susun atur yang selesa di

dalam kelas supaya kanak-kanak dapat merasakan suasana pembelajaran. Ia boleh

dilakukan dengan membuat penambahbaikan di dalam kelas seperti menyediakan

sudut bacaan. Selain itu, guru juga perlu menyediakan teknik pengajaran yang

pelbagai supaya semua golongan kanak-kanak dapat mengikuti. Contohnya, guru

perlu banyak menggunakan kaedah penayangan video, pembelajaran interaktif

menerusi cakera padat (CD) dan sebagainya supaya kanak-kanak memberikan

tumpuan dalam pembelajaran. Sekiranya perubahan seperti ini dapat dilakukan,

maka tingkahlaku bermasalah iaitu gangguan dalam kelas dapat diatasi dan

dikurangkan pada tahap yang minima.

l) Memberikan Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkahlaku perlu diberikan tanggungjawab.

Contohnya mereka boleh dilantik menjadi pengawas bilik sumber. Ini akan

mendorong mereka untuk mendisiplinkan diri kerana mereka tahu dan sedar tentang

tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, kanak-kanak juga akan

berasa dihargai kerana atas kepercayaan yang diberikan.

15

Page 16: Guiding Young Children Tugasan_01

5.0 KERJASAMA ANTARA IBUBAPA DAN PIHAK SEKOLAH DALAM

PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU POSITIF KANAK-KANAK

a) Pembentukan Program Pengurusan Tingkah Laku Diantara Sekolah Dan Ibubapa

Penglibatan ibubapa merupakan aspek penting dalam pembentukan pengurusan

tingkahlaku kanak-kanak. Ibubapa adalah orang yang pertama mendidik atau

mengurus tingkahlaku kanak-kanak dari kecil. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa

meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik atau mengurus

tingkahlaku kanak-kanak semasa di prasekolah atau sekolah. Penglibatan ibubapa

dalam pengurusan tingkahlaku mempunyai kesan yang positif kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak akan merasakan perubahan tingkahlaku bukan sahaja semasa

disekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional sebagai

pemudahcara pengurusan tingkahlaku kepada ibu bapa. Ibu bapa sebaliknya pula

boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu

pengurusan tingkahlaku kanak-kanak melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada

guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan pengurusan

tingkahlaku kanak-kanak.

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan tingkahlaku anak

mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau “effective

parenting”. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personalitisi

kanak-kanak itu supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan

sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga dan sekolah.

Kajian menunjukkan melihat peningkatan hubungan di antara faktor-faktor

yang berkaitan dengan keluarga terhadap pembentukan tingkahlaku kanak-kanak. Ini

menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan

perubahan tingkahlaku kanak-kanak di sekolah.Ibu bapa merupakan sebaik-baik

contoh kepada kanak-kanak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka

kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar kanak-kanak dapat

menjiwakannya. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan

kanak –kanak dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat

16

Page 17: Guiding Young Children Tugasan_01

mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan kanak-kanak sepertimana yang

dicita-citakan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku

seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor

persekitaran luar dan faktor dalam diri kanak-kanak. Persekitaran luar merangkumi

suasana di mana kanak-kanak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti

taraf sosio-ekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -

kawan di sekelilingnya, peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.

Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan

pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri

(sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula

jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap

komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah

laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.

Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri tingkahlaku yang ada pada

kanak-kanak di samping menumpukan perhatian pada tingkahlaku bermasalah yang

ada pada seseorang kanak-kanak tersebut atau sekurang-kurangnya diperbaiki

dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Tingkahlaku bermasalah yang

dikenal pasti boleh diubahsuaikan dengan memberi galakan atau ganjaran positif

seperti hadiah, lawatan tempat menarik supaya kanak-kanak dapat merasakan

mereka akan mendapat pulangan jika bertingkahlaku baik serta merasa dirinya

dihargai dan sentiasa mendapat perhatian.

Sekolah akan berperanan bertindak sebagai pemudahcara kepada ibubapa

dalam menyediakan program pengurusan tingkah laku. Pengurusan tingkahlaku

secara dokumen bertulis perlu dirancang, dibina, dilaksana , dan direkodkan bagi

meningkatkan tingkah laku bermasalah. Langkah-langkah yang disarankan dalam

program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada

kesesuaian kanak-kanak tersebut. Sekolah perlu memberikan penerangan dan

maklumat yang mendalam dalam pengurusan tingkahlaku kepada ibubapa.

Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; memilih

tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan

merekodkan tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran yang hendak

17

Page 18: Guiding Young Children Tugasan_01

dicapai (target behaviour), mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat,

memilih strategi dan kaedah yang perlu digunapakai menentukan ganjaran dan

dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program melakukan penilaian

secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation), tindakan/intervensi

susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai), memastikan supaya tingkah

laku bermasalah tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif)

dikekalkan atau ditingkatkan.

Sekolah harus menyediakan senarai semak (checklist) untuk memudahkan

ibubapa dalam pengurusan tingkahlaku. Antara kandungan yang perlu ada dalam

senarai semak adalah seperti berikut; Apakah jenis tingkah laku yang dapat

diperhati? Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? Bila tingkah laku

itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. Apakah punca /sebab tingkah laku itu

berlaku? Bagaimana hendak mengurus tingkahlaku tersebut?

b) Penglibatan Yang Proaktif Dalam Persatuan Ibubapa Dan Guru Di Sekolah

Melalui langkah ini, ibubapa perlu menunjukan respon terhadap aktiviti dalam

persatuan terutamanya dalam mesyuarat tahunan yang diadakan iaitu dengan

mengemukakan cadangan dan idea supaya boleh diambil tindakan oleh pihak

sekolah. Setiap keputusan dan cadangan yang ingin dilaksanakan oleh pihak

sekolah perlu diberi pandangan dan penilaian ibubapa bagi mengelakkan

ketidakpuasan hati dibelakang hari. Sebagai contoh, tindakan membanteras masalah

tingkahlaku kanak-kanak, jika ibubapa tidak melibatkan diri, sudah pasti tindakan

tersebut tidak akan berjalan dengan jayanya.

Dalam persatuan ini juga, ibubapa boleh memberikan sumbangan berbentuk

kewangan yang bakal digunakan oleh pihak sekolah dalam pengurusan sekolah dan

pembelajaran kanak-kanak. Sumbangan berbentuk barangan juga boleh diberikan

seperti kain langsir,peralatan belajar dan sebagainya yang dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif serta selesa di dalam kelas. Selain itu, ibubapa

juga perlu mengetahui tentative dan program sekolah serta tanggungjawab seorang

guru disekolah supaya situasi saling faham-memahami dapat diwujudkan.

18

Page 19: Guiding Young Children Tugasan_01

c) Pemantauan Bersama Diantara Sekolah Dan Ibubapa Hasil Tingkahlaku Positif

Kanak-Kanak

Ibubapa semestinya mempunyai satu prinsip yang tetap iaitu menghantar kanak-

kanak ke sekolah dengan satu tujuan untuk memastikan kanak-kanak mereka

berjaya dalam pelajaran serta memastikan pembelajaran tingkahlaku baik. Oleh itu,

ibubapa perlulah bertindak sebagai tegas dalam pembentukan tingkahlaku kanak-

kanak dirumah. Mereka perlu menjadi contoh model yang terbaik kepada kanak-

kanak dirumah. Ibubapa juga harus melibatkan diri secara terus dalam pembentukan

tingkahlaku kanak-kanak dengan memperuntukkan masa untuk hadir kesekolah.

Mereka sentiasa perlu mempunyai hubungan baik dengan sekolah. Kehadiran

ibubapa ke sekolah boleh meningkatkan tingkahlaku kanak-kanak. Kanak-kanak

akan merasa lebih seronok dan menjadi dorongan kepada mereka untuk

bertingkahlaku baik. Tingkahlaku kanak-kanak juga perlu ditinjau selalu supaya

perkembangan mereka adalah positif. Tingkah laku dan sahsiah anak-anak turut

menjadi tanggungjawab bersama kerana tempoh antara 6 atau 7 jam berada di

sekolah tidak cukup bagi guru-guru mengubah tingkahlaku jika dibandingkan dengan

ibubapa di rumah.

d) Mewujudkan Keseragaman Kaedah Atau Mesej Untuk Mengatasi Tingkahlaku

Bermasalah Di Sekolah dan Rumah Untuk Kanak-Kanak.

Adalah menjadi tanggungjawab sekolah dan ibubapa supaya kanak-kanak berasa

selesa dan selamat. Oleh itu, ibubapa dan guru perlu memahami tingkahlaku perlu

yang dipamerkan oleh kanak-kanak tersebut. Sekiranya mereka menerima mesej

yang berbeza dirumah dan sekolah ia akan menyebabkan kanak-kanak berasa

kekok dan mempamerkan tindakan untuk menguji tingkahlaku yang positif dan

negatif. Perkara terbaik yang boleh dibuat ibubapa ialah berjumpa dengan guru

kanak-kanak. Ini adalah kerana contoh terbaik dalam kehidupan kanak-kanak adalah

ibubapa. Mereka bertingkahlaku melalui pemerhatian kehidupan ibubapa mereka.

Oleh itu, mereka haruslah berinteraksi dengan guru atau sekolah dalam kaedah

mengatasi sesuatu tingkahlaku bermasalah. Semasa perjumpaan ibubapa boleh

menerangkan kaedah mereka dalam mengurus tingkahlaku bermasalah kanak-

kanak mereka dan bertanya kepada guru bagaimana mereka mengendalikan situasi

yang sama disekolah. Ini adalah penting supaya tindakan atau kaedah yang

seragam semasa dirumah dan sekolah dapat dipraktikkan. Dengan pengamalan

19

Page 20: Guiding Young Children Tugasan_01

kaedah atau mesej yang sama semasa dirumah dan sekolah , maka kanak-kanak

dapat memenuhi harapan tingkahlaku positif yang diperlukan dan mereka akan lebih

berasa gembira terhadap proses tersebut.

e) Pembentukan Tingkahlaku Melalui Penglibatan Sukarela Ibubapa Di dalam

Kelas Atau Program

Menurut Cherylynn Bassani, penglibatan ibubapa secara sukarela dalam kelas

mampu mengatasi tingkahlaku kanak-kanak. Apabila terdapat penglibatan terus

daripada ibubapa, mereka dapat memahami tingkahlaku kanak-kanak tersebut

dengan lebih spesifik. Selain itu, perubahan sikap juga akan berlaku pada ibubapa

dimana mereka dapat mengatur strategi dalam mengatasi tingkahlaku bermasalah.

Kanak-kanak juga akan berasa seronok sekiranya terdapat penglibatan terus

daripada ibubapa mereka. Selain itu, kanak-kanak akan merasa lebih selamat dan

bertingkahlaku positif apabila ibubapa mereka ada disamping mereka dalam sesautu

program.

6.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak haruslah diberikan didikan mengenai tingkahlaku dari kecil. Kanak-kanak perlu

difahami kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam diri mereka. Pengurusan tingkahlaku

dengan kerjasama antara sekolah dan ibubapa dapat dipraktikkan bagi mengatasi

tingkahlaku bermasalah. Selain itu, persekitaran dalaman dan luaran juga penting dalam

memberikan didikan tingkahlaku kanak-kanak. Tingkahlaku baik dan terpuji penting bagi

melahirkan kanak-kanak yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri,

keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkahlaku baik dan terpuji dalam diri kanak-kanak

tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela

melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada

faedahnya mereka melakukan kebaikan.

Tingkahlaku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam

bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,

berkesan, dan penuh ceria. Apabila kanak-kanak yang bermasalah daripada segi disiplin ini

tidak wujud dalam kelas, tidak ada kanak-kanak yang membuat bising dan mengganggu

pelajar lain belajar.Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan

20

Page 21: Guiding Young Children Tugasan_01

kanak-kanak  disebabkan berbagai-bagai masalah sebaliknya kanak-kanak sendiri sudah

memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan

kanak-kanak dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan.

Disamping itu, dia minat kanak-kanak bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.

Para kanak-kanak menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkahlaku

terpuji. Apabila mereka mengikut displin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah

laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik

dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang- undang. Mereka dapat menjadi

lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang

terutamanya dalam bidang kemahiran. Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat

disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk

mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak

perlu dilakukan.Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak kini lebih banyak melakukan

tingkahlaku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.

Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak mampu

melatih kanak-kanak dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih

sayang, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu,dengan

mematuhi tingkahlaku, kanak-kanak sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik

dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

21

Page 22: Guiding Young Children Tugasan_01

7.0 RUJUKAN

Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sudirman, Roslee bin Ahmad (2008). Kaedah Menangani

Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Cherylynn Bassani (2008) Parent classroom involvement and the development of social

capital: a reading program in East Vancouver, Journal of Educational Enquiry

Deborah Richardson Guiding Young Children Series: Why Children Misbehave.

Division of Agricultural Sciences and Natural Resources, Oklahoma State University

Elaine Wilson, Guiding Young Children Series Responses to Misbehavior Division of

Agricultural Sciences and Natural Resources, Oklahoma State University

Wan Norazman Wan Salleh, Pengurusan Tingkah Laku,Universiti Kebangsaan Malaysia

22