gpp1063: integrasi nasional dalam pendidikan
TRANSCRIPT
PENGANTARPENGAJIAN
PROFESIONAL
(GPP1063) Ahmad Fahmi bin Mohd Razali Lau Wee Meng Kevin Tiang Soon Ming
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Dilancarkan pada 6 September 2013 oleh mantan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelan Pembangunan Pendidikan telah dirangka bagi
menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang
sangat besar pengaruhnya. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan
dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut ;
Memahami prestasi dan cabaran semasa
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas
Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem
pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Tranformasi pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga gelombang ;
Gelombang
Pertama (2013-2015)
Memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.
Gelombang Kedua
(2016-2020)
Melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan
perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa
Gelombang Pertama.
Gelombang Ketiga
(2021-2025)
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan fleksibiliti operasi, di mana permulaan gelombang ini, semua sekolah dan guru menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Penekanan Terhadap Perpaduan di Dalam Aspirasi Pendidikan di Malaysia
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)• Kementerian Pendidikan dengan agenda memupuk perpaduan
melalui interaksi murid dalam pelbagai program yang disediakan di sekolah dengan tumpuan kepada tiga aspek ;
Kebudayaan dan Kesenian
Sukan dan Permainan
Patriotisme dan Jati Diri
Tahap Pelaksanaan• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kementerian telah
melakukan pemantauan yang dijalankan di 78 sekolah bagi menilai
tahap pelaksanaan RIMUP.
• Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) menyatakan, pemantauan itu membabitkan sekolah
menengah kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai
komposisi murid pelbagai etnik.
• Sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada
pembentukan perpaduan dapat dilihat melalui interaksi dan tingkah
laku murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum.
• Pemerhatian mendapati, 84.6 peratus atau 66 sekolah sudah melaksanakan lima kategori RIMUP dan secara rawak di 10 bilik darjah setiap sekolah menunjukkan 73.1 peratus atau 57 sekolah sudah melaksanakan susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik.
• Dalam perkembangan lain, interaksi murid adalah positif dengan 87.2 peratus atau 68 sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi ketika pembelajaran, kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani.
Aktiviti untuk kecemerlangan
akademik
Sukan dan Permainan
Aktiviti Kokurikulum
Khidmat Masyarakat
Aktiviti bagi Mengukuhkan
Semangat Patriotik
LIMA KATEGORI RIMUP
Kepentingan Integrasi Nasional Dalam Pendidikan
Mengelakkan berlakunya jurang pendidikan antara kaum• Semua kelompok kaum dan etnik
diberi peluang untuk menimba ilmu tanpa syarat-syarat tertentu. Hal ini dapat memastikan tiada kaum yang keciciran dari segi pelajaran sama ada pelajar yang berada di luar bandar mahupun di bandar.
Mengekalkan suasana harmoni di dalam proses pembelajaran dan pengajaran• Melalui pelaksanaan aktiviti yang
melibatkan semua bangsa di dalam bilik darjah dan sewaktu aktiviti korikulum, murid-murid semakin faham dan tahu budaya dan adat resam bangsa-bangsa yang lain. Jadi, mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang berbaur perkauman.
Mewujudkan budaya belajar yang bagus dan persaingan yang sihat
• Asas perpaduan yang sedia ada terbentuk dapat dilihat melalui kerjasama antara murid-murid berbilang kaum membantu rakan-rakan yang mengalami masalah dalam pelajaran dan mereka bersaing secara sihat dalam mengejar kecemerlangan akademik.
Mengangkat sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju
• Sistem pendidikan kita yang menekankan aspek-aspek perpaduan telah terbukti berkesan dalam menyatupadukan kaum di Malaysia. Ini kerana ia dikendalikan mengikut kaedah yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai dua negara yang terkenal dengan pengajian tingginya.
• Kerjasama yang dijalinkan oleh negara Thailand dan Malaysia dalam bidang pendidikan telah membawa kepada perubahan positif dari segi pencapaian serta perkembangan minda para pelajar.
Cadangan Pelaksanaan Integrasi Nasional dalam Pendidikan
• Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaannya dan memberikan masa yang sesuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membincangkannya.
• Kebaikan :Rakyat akan memahami pelaksanaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.
1
• Pengagihan sumber pendidikan harus lebih menyeluruh yang melibatkan sistem pendidikan kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru.
• Kebaikan :Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.
2
• Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerajaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain.
• Kebaikan :Memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.
3
• Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula.
• Kebaikan :Untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana. Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan.
4
Rujukan Bernama. (2013, September 6). Aspirasi dan perubahan sistem pendidikan dengan
pelaksanaan PPPM. Diperolehi daripada Astro AWANI: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/aspirasi-dan-perubahan-sistem-pendidikan-dengan-pelaksanaan-pppm-21727#
Bernama. (2015, Oktober 1). Program RIMUP Pupuk Perpaduan Bermula Di Sekolah Rendah. Diperolehi daripada MYNEWSHUB: http://www.mynewshub.cc/2015/10/01/program-rimup-pupuk-perpaduan-bermula-di-sekolah-rendah/
Koding, K.N. (2013, September 7). Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperolehi daripada KODING K.N.: http://koding-kn.blogspot.my/2013/09/intipati-pelan-pembangunan-pendidikan.html
P Kamalanathan. (2015, Oktober 22). RIMUP satukan murid sekolah berbilang kaum. Diperolehi daripada BH Online: http://www.bharian.com.my/node/90742
Seong, T. K. (2015, Mac 1). Berhenti perlekeh sistem pendidikan negara sendiri. Diperolehi daripada BH Online: http://www.bharian.com.my/node/37594
Shiamala Danabalan. (31, Disember 2013). Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum. Diperolehi daripada Academia: https://www.academia.edu/5586079/SISTEM_PENDIDIKAN_MALAYSIA_DAN_PERPADUAN_KAUM
Utusan. (2013, September 6). Transformasi pendidikan dilaksana dalam 3 gelombang. Diperolehi daripada Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_28/Transformasi-pendidikan--dilaksana-dalam-3-gelombang