gp spesimen klinikal

8
Garis Panduan pengambilan spesimen medicolegal bagi kes-kes Forensik Klinikal Bahagia n Spesimen Kuantit i minima Bekas/Pengawet Prosedur pengambilan spesimen Prosedur /Arahan Tambahan 1. Pakaian Bendasing yang melekat pada pakaian (cth:serat,semen,dar ah,rambut) Semua Sampul kertas Kertas putih (pelapik) Gunakan kertas putih yang sesuai sebagai pelapik di atas lantai semasa membuka pakaian mangsa. Masukkan setiap pakaian dalam sampul yang berasingan Keringkan pakaian jika masih basah sebelum dimasukkan kedalam sampul kertas. Labelkan pada sampul kertas jenis pakaian tersebut Kumpulkan bendasing yang terjatuh semasa pakaian ditanggalkan pada kertas tersebut dan masukkan kedalam sampul dan labelkan. 1 2. Kulit Semen Cotton swab Bekas steril berpenutup Basahkan cotton swab dengan air suling . Swab pada bahagian/kawasan yang dipercayai mempunyai kesan semen,airliur atau bendasing. Keringkan swab sebelum dimasukkan kedalam bekas steril yang berpenutup. Labelkan lokasi/kawasan yang 2, 4 Air liur (pada bahagian yang di gigit,di jilat atau di cium) Darah Bendasing (daun/tumbuhan/tan ah)

Upload: devikha

Post on 04-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: GP Spesimen Klinikal

Garis Panduan pengambilan spesimen medicolegal bagi kes-kes Forensik Klinikal

Bahagian SpesimenKuantiti minima

Bekas/Pengawet Prosedur pengambilan spesimenProsedur /Arahan

Tambahan1. Pakaian Bendasing yang melekat

pada pakaian(cth:serat,semen,darah,rambut)

Semua Sampul kertas Kertas putih

(pelapik)

Gunakan kertas putih yang sesuai sebagai pelapik di atas lantai semasa membuka pakaian mangsa.

Masukkan setiap pakaian dalam sampul yang berasingan

Keringkan pakaian jika masih basah sebelum dimasukkan kedalam sampul kertas.

Labelkan pada sampul kertas jenis pakaian tersebut

Kumpulkan bendasing yang terjatuh semasa pakaian ditanggalkan pada kertas tersebut dan masukkan kedalam sampul dan labelkan.

1

2. Kulit Semen Cotton swab Bekas steril

berpenutup

Basahkan cotton swab dengan air suling . Swab pada bahagian/kawasan yang

dipercayai mempunyai kesan semen,airliur atau bendasing.

Keringkan swab sebelum dimasukkan kedalam bekas steril yang berpenutup.

Labelkan lokasi/kawasan yang diswabkan pada bekas tersebut.

2, 4

Air liur (pada bahagian yang di gigit,di jilat atau di cium)

Darah Bendasing

(daun/tumbuhan/tanah)

3. Kepala Rambut kepala Semua Sikat rambut Kertas putih Sampul kertas

Sikatkan rambut mangsa secara satu hala. Lapikkan dengan kertas putih bagi

memerangkap bendasing atau helaian rambut yang diperolehi semasa disikat.

Lipatkan kertas tersebut dan masukkan berserta dengan sikat kedalam sampul kertas dan labelkan bahagian yang disikat.

5

Sampel rambut 5-10 helai

Kertas putih Sampul kertas

Potongkan lebih kurang 5 hingga 10 helai rambut untuk tujuan perbandingan.

5

Page 2: GP Spesimen Klinikal

Letakkan pada kertas dan kemudian lipatkan kertas tersebut

Masukkan kertas yang mengandungi sampel rambut ke dalam sampul kertas dan labelkan.

4.Kuku mangsa

Kulit, darah, fibre dll(daripada suspek)

Semua Pencungkil gigi steril

Pengetip kuku Bekas steril

Gunakan pencungkil gigi untuk mencungkil bendasing yang tersembunyi dibawah kuku jari.

Jika kuku mangsa cukup panjang, potong kuku tersebut dengan pengetip kuku dan masukkan ke dalam bekas yang steril.

3

5. Darah Ujian dadah 10 ml Botol universal steril (berpengawet sodium chloride)

Gunakan syringe untuk mengambil darah jika mangsa dipercayai dibawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku

Masukkan darah tersebut kedalam botol universal berpengawet sodium chloride.

7

Ujian DNA Kad FTA @ Tiub EDTA

Titiskan beberapa titik pada kad FTA dan keringkan.

Labelkan dan masukkan kedalam sampul kertas dan labelkan.

Jika tiada kad FTA gunakan tiub EDTA untuk mengambil darah dan labelkan.

7

6. Mulut Semen cotton swab bekas steril

swabkan bahagian gusi dan celah gigi bahagian dalam dan luar jika dipercayai mangsa melakukan oral seks

keringkan swab tersebut dan masukkan kedalam botol steril.

6

DNA(buccal swab)-mangsa

Cotton swab Alternatif untuk ujian DNA. Swabkan pada bahagian pipi dalam untuk

dapatkan sel pipi. Keringkan dan masukan kedalam bekas steril

dan labelkan

6

7. Anus Semen cotton swab Slaid microscope

Swab pada bahagian anus dengan teliti. smearkan pada slaid mikroskop dan biarkan

kering. Masukkan kedalam sampul kertas dan

6

Page 3: GP Spesimen Klinikal

labelkan serta paterikan lubricant cotton swab swab pada bahagian anus dengan teliti.

Keringkan cotton swab tersebut. Masukkan kedalam sampul kertas dan

labelkan serta paterikan6

8.Bahagian kemaluan

Semen cotton swab Slaid microscope

Swab pada bahagian luaran kemaluan, vaginal vault dan cervix.

Asingkan swab tersebut berasingan mengikut kawasan yang diswabkan

Keringkan swab tersebut Masukkan kedalam sampul kertas dan

labelkan serta paterikan

6

Rambut ‘pubic’ Semua Sikat rambut Kertas putih Sampul kertas

Sikatkan rambut mangsa secara satu hala. Lapikkan dengan kertas putih bagi

memerangkap bendasing atau helaian rambut yang diperolehi semasa disikat.

Lipatkan kertas tersebut dan masukkan berserta dengan sikat kedalam sampul kertas dan labelkan bahagian yang disikat.

5

9.Urin Dadah 100 ml

Bekas/ container urin

Kumpulkan kedalam bekas urin dan paterikan.

8

Page 4: GP Spesimen Klinikal

Arahan/Panduan Tambahan

1. Pakaian sebagai bahan bukti. Pastikan pakaian mangsa adalah pakaian yang dipakai semasa kejadian berlaku. Jika ya, pakaian tersebut perlulah diperiksa dengan teliti bagi memperolehi bahan bukti yang boleh membantu siasatan. Jika pemeriksaan mendapati bahawa pakaian tersebut mengandungi bendasing, kesan kotoran, tompokan atau kerosakan maka pakaian

tersebut boleh diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke makmal untuk di analisa. Jika mangsa telah menukar pakaian semasa menghadiri sesi pemeriksaan maka pakaian(dipakai semasa kejadian) tersebut atau maklumat

tentangnya perlulah diperolehi daripada mangsa dan disampaikan kepada pihak polis yang menyiasat. Pengambilan pakaian sebagai bahan bukti adalah bergantung kepada jenis kes di mana budi bicara atau pengalaman pemeriksa boleh

digunakan untuk memastikan bahan bukti yang yang diperlukan sahaja diambil. Pakaian gantian perlu disediakan bagi memudahkan serta membantu mangsa. Jika mangsa memakai pad sanitary,maka pad tersebut perlu diambil dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam sampul bahan bukti. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

2. Bendasing pada tubuh mangsa/suspek sebagai bahan bukti. Bendasing yang jelas kelihatan pada mata kasar ( cth; kotoran, dedaun, fiber dan rambut) yang terdapat pada tubuh mangsa haruslah diambil

sebagai bahan bukti. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

3. Kuku mangsa sebagai bahan bukti. Sila bertanya pada mangsa jika ada mencakar bahagian muka, tubuh atau pakaian suspek semasa bergelut. Jika ya, lakukan fingernail scrapping atau fingernail clipping mengikut kesesuaian. Untuk proses fingernail scrapping pengcungkil (pencungkil gigi) yang digunakan perlu disertakan dengan scrapping yang diambil. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

4. Kesan, tompokan atau bendasing halus sebagai bahan bukti. Lakukan pemeriksaan dengan teliti dan pada keseluruhan tubuh mangsa termasuk rambut, dan kulit kepala untuk kesan atau tompokan

kering/lembab(moist secretion) (cth., darah, cecair seminal, peluh, dan air liur). Gunakan sumber cahaya jika ada seperti polylight atau alternate light source untuk mengenal pasti bahan bukti yang tidak dapat di lihat oleh

mata kasar kerana kawasan yang mempunyai kesan tompokan akan memencarkan cahaya jika terdedah kepada sumber cahaya tersebut. Lakukan swab pada kawasan pada kawasan yang dikenal pasti, kawasan yang memencarkan cahaya atau mana-mana bahagian pada tubuh

yang difikirkan oleh mangsa (cth: dijilat, dicium, digigit, terkena semen atau di hisap) Selain itu lakukan swab pada bahagian yang berkemungkinan tinggi terdapat kesan cecair semen dan tubuh badan ( cth., bahagian leher,

payudara atau kawasan kemaluan) jika tidak memperolehi apa-apa maklumat atau bantuan daripada mangsa. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Page 5: GP Spesimen Klinikal

5. Rambut sebagai bahan bukti Gunakan sikat yang bersih untuk menyikat keluar sampel rambut yang berkemungkinan milik suspek semasa pergelutan berlaku. Alaskan kertas putih dibahagian kepala dan sikat kearah kertas tersebut supaya helaian rambut dapat dikumpulkan dan kemudian lipat kertas

tersebut dan masukkan kedalam sampul kertas yang bersesuaian.(sertakan sikat tersebut bersama sampel). Gunakan prosedur yang sama pada bahagian kemaluan untuk mendapatkan rambut pubik jika ada persentuhan tubuh suspek. Gunakan sikat yang berlainan untuk kepala dan bahagian kemaluan. Sampel rambut milik mangsa juga perlu diambil untuk tujuan perbandingan semasa analisa dilakukan di makmal dan perlu diasingkan

daripada sampel yang disikat. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘initial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

6. Swab oral dan kemaluan sebagai bahan bukti. Lakukan swab dengan berhati-hati dan elakkan kontaminasi di bahagian kemaluan(vagina dan serviks) dan anus. Lakukan swab pada kaviti mulut jika oral seks dilakukan keatas mangsa.(swab pada bahagian gusi,pipi bahagian dalam dan dibawah lidah) Untuk tujuan sampel DNA lakukan swab dibahagian pipi dalam mangsa/suspek. Jika suspek berada didalam tahanan polis lakukan swab pada permukaan penis. Setiap cotton swab yang digunakan perlu dikeringkan sebelum di masukkan ke dalam sampul surat yang berkenaan. Jika perlu lakukan smear keatas slaid mikroskop untuk tujuan analisa. Setiap swab perlu dilabel dan dimasukkan secara berasingan bagi mengelakkan kontaminasi. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

7. Darah sebagai bahan bukti Sampel darah diambil mengikut prosedur pengambilan darah daripada mangsa. Sampel darah diambil untuk tujuan ujian toksikologi dan analisa DNA. Gunakan tiub pengumpul yang mempunyai bahan pengawet yang bersesuaian(cth., tiub EDTA atau sodium fluride). Gunakan kad FTA untuk tujuan analisa DNA. Titiskan darah pada ruang yang disedikan pada kad FTA dan keringkan sebelum dimasukkan kedalam sampul kertas. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.

8. Urin sebagai bahan bukti Sampel urin diambil untuk ujian toksikologi. Gunakan bekas/container steril untuk mengumpul sampel tersebut. Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan ‘intial’ sebelum diserahkan kepada pihak polis.