golongan saffariyyah dan kerajaan ‘abbasiyyah
TRANSCRIPT
Golongan Saffariyyah dan
Kerajaan ‘Abbasiyyah
PJ1153 SEJARAH ISLAM 11-656H
2016, K-12: Ezad Azraai Jamsari, JPATI
OBJEKTIF KULIAH M12
Memahami sejarah
kemunculan golongan
Saffariyyah.
Mengenal pasti peranan dan
sumbangan golongan
Saffariyyah dalam sejarah
Islam.Kuliah 12 / 2
GOLONGAN SAFFARIYYAH Saffariyyah: Satu kumpulan orang Parsi yang
berasal dari wilayah Sistan; pengikut Ya’qub
b. Layth al-Saffar; dihormati masyarakat.
Ya’qub ialah seorang pengusaha industri
memproses emas dan tembaga; hartawan.
Namun beliau ialah seorang yang warak dan
zahid; sederhana.
Keluarga Ya’qub dikenali Saffariyyah kerana
pekerjaan bukan kerana keturunan.
Organisasi Saffariyyah berperanan sebagai
kesatuan sekerja.
Kuliah 12 / 3
GOLONGAN SAFFARIYYAH Kerajaan ‘Abbasiyyah ketika ini tidak kuat;
muncul kerajaan kecil (duwaylat).
Kuasa tentera juga tidak berpusat; menjadi
kuasa regional.
Ini menyebabkan Kerajaan ‘Abbasiyyah tidak
berdaya untuk mengatasi segala bentuk
pemberontakan dan kemunculan kerajaan lain
yang lebih gagah.
Kerajaan Tahiriyyah menguasai wilayah Parsi
bagi pihak ‘Abbasiyyah ketika ini.
Namun ia lemah berhadapan dengan Khawarij.
Kuliah 12 / 4
GOLONGAN SAFFARIYYAH Bagi mengatasi kelemahan Kerajaan
Tahiriyyah berhadapan dengan Khawarij,
muncul pula kumpulan sukarelawan.
Yang paling cergas ialah Saffariyyah (Ya’qub b.
Layth) dan Kinaniyyah (Salih b. al-Nadr).
Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya
bergabung untuk menentang Khawarij.
Kumpulan ini dikenali al-Mutawwi‘in.
Ia diketuai oleh Salih (amir) dan Ya’qub
menjadi ketua tentera.
Ini menunjukkan sikap toleransi Ya’qub.
Kuliah 12 / 5
GOLONGAN SAFFARIYYAH Setelah Salih meninggal, Ya’qub ambil alih.
Al-Mutawwi‘in berjaya kecapi beberapa
kemenangan; mula masyhur di kalangan
rakyat.
Kumpulan dikenali semula sebagai Saffariyyah
dan bertukar menjadi sebuah organisasi yang
berorientasikan politik; tidak lagi sosial.
Ia bukan sahaja mahu menentang Khawarij,
tetapi turut berhasrat untuk ambil alih kuasa
daripada Tahiriyyah yang lemah.
Kepimpinan Ya’qub dialu2kan oleh rakyat.
Kuliah 12 / 6
KEJAYAAN SAFFARIYYAH Ya’qub berjaya kumpulkan sokongan
penduduk Sistan dan kumpulan kecil untuk
bergabung tenaga.
Beliau berjaya lakukan kejutan besar dengan
kalahkan kumpulan utama Khawarij, pimpinan
‘Ammar b. Yasir al-Sharat.
Pushang dijadikan pusat gerakan Ya’qub.
Beliau berhasrat untuk memerintah seluruh
wilayah Parsi.
Sebahagian pengikutnya menentang kerana
tidak mahu dianggap penderhaka.
Perpecahan mula berlaku dalam kumpulan ini.Kuliah 12 / 7
KEJAYAAN SAFFARIYYAH Kredibiliti dan populariti Ya’qub mula terjejas
di kalangan pengikutnya.
Ya’qub terpaksa bekerjasama dengan saki baki
kumpulan Khawarij untuk tumpaskan Kerajaan
Tahiriyyah.
Puak Khawarij mula berpindah secara besar-
besaran ke Parsi.
Gandingan Saffariyyah-Khawarij memang
ganjil; pelik tapi benar.
Ya’qub sanggup buat apa saja kerana kuasa.
Mazhab: sunni atau khariji?
Mereka berjaya menawan Herat.Kuliah 12 / 8
KEJAYAAN SAFFARIYYAH Khalifah ‘Abbasiyyah mula risau kerana
Ya’qub berjaya tawan Pushang dan Herat.
Ramai pihak yang tidak bersetuju sebelum ini,
mula menyokong Ya’qub.
Apatah lagi bentuk pentadbiran yang
sederhana amat menarik perhatian mereka.
Beliau kemudiannya berjaya tawan wilayah
Kirman dan Fars.
Khalifah al-Mu’taz cuba melagakan antara
Tahiriyyah dan Saffariyyah.
Berlaku pula tawar menawar antara Khalifah
dengan Ya’qub.
Kuliah 12 / 9
KEJAYAAN SAFFARIYYAH Malah Ya’qub bersetuju untuk bayar ufti 15
ribu dirham kepada ‘Abbasiyyah, tidak
termasuk hadiah dan barangan berharga lain.
Khalifah tetap curiga dan Ya’qub terus
perluaskan wilayahnya dengan menawan
Shiraz.
259H/872M: Ya’qub berjaya tawan Khurasan
daripada kuasa Tahiriyyah.
Ya’qub pun menukar polisi perluasan wilayah
dan cuba jalinkan hubungan baik dengan
Khalifah ‘Abbasiyyah selepas mengalami
persitiwa gempa bumi yang kuat.
Kuliah 12 / 10
262H/875M: Ya’qub pohon pengiktirafan
‘Abbasiyyah sebagai pemerintah sah bagi
Khurasan (Parsi),menggantikan Tahiriyyah.
Khalifah ambil sikap tarik tali; lantik Ya’qub
sebagai gabenor Kirman dan Fars.
Ya’qub terus yakinkan Khalifah bahawa
beliau amat taat kepadanya; beri hadiah,
cetak wang emas guna nama Khalifah, sebut
nama Khalifah dalam khutbah Jumaat.
Khalifah tetap waspada; tawarkan jawatan
Ketua Polis Baghdad.
Ya’qub mula rasa tertipu dan bertindak.
PENGIKTIRAFAN
Kuliah 12 / 11
Ya’qub putuskan hubungan diplomatik
dengan ‘Abbasiyyah.
Ufti dan kiriman cukai dihentikan.
Beliau isytiharkan dirinya sebagai Amir al-
Mu’minin dan berhasrat untuk tawan kota
Baghdad.
Ketika ini, Khawarij mula sedar mereka
dipermain dan dipergunakan Ya’qub.
Mereka tarik diri daripada menyokong
hasrat Ya’qub menawan Baghdad.
Ya’qub mula bebaskan tawanan penjara dan
latih mereka sebagai tentera Saffariyyah.
PENGIKTIRAFAN
Kuliah 12 / 12
Tindakan nekad Ya’qub ini menggemparkan
‘Abbasiyyah.
Khalifah bersetuju serahkan Khurasan
kepada Ya’qub, malah turut lantik beliau
sebagai Ketua Polis Baghdad.
Akan tetapi, tawaran sudah terlambat dan
tentera Ya’qub sudah menghampiri kota
Baghdad.
Khalifah turut bersiap sedia untuk
berperang.
Perang meletus antara ‘Abbasiyyah dan
tentera Saffariyyah; survival.
PENGIKTIRAFAN
Kuliah 12 / 13
Tentera Ya’qub tewas dan beliau mula
mengganas dalam perjalanan pulang dari
Baghdad ke Parsi.
Beliau akhirnya menjadi tidal stabil; mental
dan fizikal.
Beliau serahkan kepimpinan kepada
adiknya, ‘Amr b. Layth.
Hubungan Saffariyyah-‘Abbasiyyah mula
pulih.
Beliau akhirnya dilantik sebagai Gabenor
bagi seluruh wilayah Parsi.
Muncul pula kuasa Samaniyyah.
KEJATUHAN SAFFARIYYAH
Kuliah 12 / 14
Hubungan Saffariyyah dengan Baghdad mula
keruh semula apabila ‘Abbasiyyah
mengiktiraf kewujudan Samaniyyah.
Khalifah lantik Saman Khuda sebagai
gabenor Transoxiana (Wara’ al-Nahr).
Permusuhan Saffariyyah dan Samaniyyah
mula memuncak.
Peperangan meletus; Samaniyyah mula
berkuasa; Saffariyyah mula hancur.
Khalifah beri sokongan kepada Samaniyyah.
295H: Saffariyyah dikalahkan Samaniyyah.
Namun Saffariyyah terus beri khidmat.
KEJATUHAN SAFFARIYYAH
Kuliah 12 / 15
Asal perjuangan Saffariyyah begitu murni,
tetapi kerana kuasa, ia kemudian hancur.
Golongan Saffariyyah merupakan keluarga
kaya yang dihormati ramai.
Berjaya kuasai Parsi secara kekerasan.
Tidak mendapat sokongan mutlak
‘Abbasiyyah.
Saffariyyah berjaya tewaskan Tahiriyyah,
tapi ditewaskan pula oleh Samaniyyah.
Mereka pernah bergabung dengan Khawarij
untuk menyerang Baghdad.
RUMUSAN
Kuliah 12 / 16