golongan kata dan kesenian melayu
TRANSCRIPT
1.0 Golongan Kata
KATA NAMA
1
Golongan Kata
Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan
lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.
Golongan Kata Nama
Kata Nama Khas
Mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,
perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Kata Nama Am
2
Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
Hidup Manusia (Asma Salsabila, Tunku Abd Rahman )Hidup Bukan Manusia (Tompok, Belang, Sang Kancil)Tak Hidup (Indonesia, Jalur Gemilang, Melayu)
Kata Nama Khas
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum
sifatnya. Kata jenis ini boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
berdasarkan cirri makna perkataannya.
Golongan Kata Nama Am
Kata Nama Am (Hidup)
3
Kata Nama Am
Hidup
Manusia Bukan Manusia
Tak Hidup
Institusi Bukan Institusi
Konkrit Abstrak
Berbilang Tak Berbilang
Kata Nama Am Tak Hidup
4
KNA (Hidup)
ManusiaPerkataan yang merujuk kepada manusia, iaitu
bersifat hidup dan mendukung nama am(guru, bayi, nelayan)
Bukan ManusiaPerkataan yang merujuk
kepada benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna am(Gajah, syaitan, bunga)
Institusi
Terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna amBoleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama tersebuthospital, lembaga, pertubuhan
Bukan Institusi
Merujuk kepada benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata ini merujuk tempatTerbahahagi kepada 2 iaitu konkrit dan abstrakrumah, padang, bandar, sungai
5
KATA NAMA AM (BUKAN INSTITUSI)
Konkrit
Merujuk kepada benda-benda yang bukan
institusi tetapi konkrit sifatnya.
Contoh: Parit, Sungai, Padang,
Pekan
Abstrak
Merujuk kepada benda atau perkara yang tidak
hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya
Berbilang (Boleh disertai
dengan kata bilangan)
Contoh: senyuman, hembusan, bayangan, pendapat
Tak Berbilang (Tidak
dapat dibilang)
Contoh: angin, keriangan, angkasa, keadilan
Kata Ganti Nama Tunjuk
Umum
Ini (menunjuk pada yang dekat)
Itu (menunjuk pada yang jauh)
Tempat
Sini (menunjuk pada arah yang dekat)
Situ (arah agak jauh)
Sana (arah jauh)
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata
nama am.
Golongan Kata Ganti Nama
Golongan Kata Ganti Nama Tunjuk
Golongan Kata Ganti Nama Diri
6
Kata Ganti Nama TunjukKata Ganti Nama Tunjuk UmumKata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri TanyaKata Ganti Nama Diri Orang
Kata Ganti Nama Diri Tanya
ApaSiapaMana
Kata Ganti Nama Diri Orang
PertamaKeduaKetiga
Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Saya, Aku, Beta, Patik, Kami, Kita
Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
Anda, Saudara, Engkau, Awak, Kamu
Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga ia, dia, beliau, mereka, -nya
Golongan Kata Ganti Nama Diri Orang
7
Kata Kerja
Kata Kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja.Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain
seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.
Pecahan Kata Kerja
8
Kata Kerja
Aktif
Tak Transitif
Tanpa Pelengkap
Berpelengkap
Kata Adjektif Sebagai Pelengkap
Kata Nama Sebagai Pelengkap
Frasa Sendi Nama Sebagai Pelengkap
Transitif
Pasif
Kata Kerja Aktif
Kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang
diterangkan
Contoh:1. Murid-murid sedang membersihkan
kawasan sekolah.2. Pegawai itu tidak mengabaikan
tugasnya
Terbahagi kepada 21. Transitif
2. Tak Transitif
Golongan Kata Kerja
9
Kata Kerja Aktif TransitifKata Kerja Aktif Tak Transitif
Kata Kerja Aktif
10
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap
Kata Adjektif sebagai pelengkapBoleh diikuti oleh kata adjektifContoh:: Azam kumpulan itu bertambah kukuh.
Frasa Sendi Nama sebagai pelengkapBoleh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat yang berfungsi sebagai pelengkapContoh:: Kami tinggal di Pangsapuri Seri Wangi.
Kata Nama sebagai pelengkapBoleh menjadi pelengkap pada kata kerja aktif tak transitif yang menerima imbuhan ber-...-kan dan kata kerja menjadi dan ada.Contoh:: 1- Kami tidur berbantalkan lengan 2- Ahmad Jais menjadi penyanyi yang popular sewaktu zaman era 80-an.
Berpelengkap
Kata kerja aktif tak transitif merupakan kata kerja yang mesti
diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contoh: Keadaan bapanya beransur baik.
Tanpa Pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut.
Contoh: Pemuda itu tersenyum.
Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap
11
Curiga, Baik, Kasar, BeraniSifatan atau Keadaan
Merah, Biru, Kelabu, UnguWarnaPanjang, Besar, Nipis, KerdilUkuranBujur, Bengkok, Buncit, KempisBentukBaharu, Suntuk, Silam, AwalWaktuJauh, Dekat, Nyaris, HampirJarakDeras, Gopoh, Lincah, JelasCaraBerahi, Segan, Cinta, KasihPerasaanRasa, Pandang, Dengar, Bau, SentuhPancaindera
Kata Adjektif
Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsure
inti dalam binasaan frasa adjektif.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata
adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Jenis Kata Adjektif
12
KATA TUGAS
Kata Tugas ialah perkataan yang tergolong kedalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa
endosentrik (frasanama, kerja, adjektif).
13
KELOMPOK DASAR KATA
TUGAS
Kata Penyambung Ayat
Kata Praklausa
Kata Prafrasa & Pascafrasa
Kata Pascakat
a
Kata Penyambung Ayat
Kata Hubung
Gabungan Pancangan
Keterangan
Komplemen Relatif
KATA PENYAMBUNG AYAT
Kata Penyambung Ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Golongan Kata Penyambung Ayat
14
Kata Hubung Gabungan
15
Kata Hubung Pancangan
Kata Praklausa
16
Pancangan RelatifBerfungsi
menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain
Yang
Pancangan Komplemen
Berfungsi menghubungkan
klausa yang menjadi komplemen atau
pelengkap pada klausa utama
Bahawa dan Untuk
Pancangan Keterangan
Berfungsi menghubungkan
klausa yang menjadi keterangan pada
klausa utama
Sekiranya, Jika, Meskipun, Ketika
Kata Seru
Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contoh: amboi, oh, eh, syabas
Kata Tanya
Bentuk kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu.Contoh: berapa, mengapa, apa
Kata Perintah
Bentuk kata yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.Contoh: Jangan, Usah, Harap, Sila
Kata Pembenar
Bentuk kata yang mengesahkan sesuatu penyataanContoh: Ya, Benar, Betul
Kata Pangkal Ayat
Bentuk kata yang hadir bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacanaContoh: hatta, arakian, sebermula
Kata Praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa.Kata jenis ini berfungsi menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.
Golongan Kata Praklausa
17
Kata Prafrasa& Kata Pascafrasa
Kata Prafrasa dan Kata Pasca frasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan
sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Perkataan ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat.
18
Pecahan Kata Prafrasa dan
Kata Pascafrasa
Kata Bantu
Kata Penguat
Kata penegas
Kata NafiKata Pemeri
Kata Sendi Nama
Kata Arah
Kata Bilangan
Kata Adverba
Kata Penguat Hadapan
terletak di hadapan frasa atau kata adjektifterlalu, agak, paling, cukup
Kata Penguat Belakang
terletak di belakang kata adjektifsekali, benar, nian, betul
Kata Penguat Bebas
terletak di kedudukan bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektifsangat, sungguh, amat
Kata Bantu
Kata Penguat
Merupakan perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan
berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif
19
Kata Bantu Aspekmenimbulkan suasana
perbezaan masa
telah, sudah, baru, pernah
Kata Penegas
Kata Penegas, Partikel atau Kata Penyerta merupakan sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
20
Yang m enegaska
n hany
a frasa predi
kat atau bahagiann
ya [-
kah, -tah, -lah]
Yang menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek
atau bahagiannya atau frasa
predikat atau bahagiannya.
[juga, jua, pun, sahaja, lagi,
memang]
KATA PENEGAS
Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
DEFINISI
Kata Nafi
Perkataan yang menjadi unsur naïf frasa-frasa, predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Kata Pemeri
21
menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama
Bukan
menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif
Tidak
Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Setiap kata
sendi mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan dan penggunaannya ditentukan
oleh peraturan yang khusus.
22
Kata Arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan
DEFINISI
atas, antara, penjuru, sisi, segi, selatan, samping, baratCONTOH KATA ARAH
dua, sejuta, tiga ratusMenunjukkan jumlah yang tentu sifatnya
segala, semua, paraMenunjukkan bilangan tak tentu
beratus-ratus, berabad-abad, ketiga-tigaMembawa maksud himpunan
masing-masing, setiap, tiap-tiapMembawa maksud pisahan
setengah, separuh, seperempatMembawa maksud pecahan
Kata Arah
Kata Bilangan
Kata Bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa
nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
23
KSNdi
kepada
tentang
terhadap
untuk
Kata Adverba
Merupakan perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
24
25
Kata Adverba Jati sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan katasemalam, kelmarin, acap kali, kerap kali
Kata Adverba yang asalnya kata adjektif
Berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerangberjalan laju, sakit kuat, hampir terjatuh
Kata Adverba yang asalnya kata kerja
Berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerangberjalan mengiring, hitam berkilat, merah menyala, putih berseri
Kata Adverba bentuk gandaan Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi sebagai penerangTerbahagi kepada 3 penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak
Pecahan Kata Adverba Bentuk Gandaan
26
Kata Adverba Bentuk Gandaan
Penggandaan Penuh
terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya
hampir-hampir, laju-laju, cepat-cepat
Penggandaan SeparaTerhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang
mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhan
(i)Penggandaan Separa Awalan: sekali-kali, teresak-esak, terkial-kial (ii) Penggandaan Separa Berakhiran: kecil-kecilan, mati-matian
Penggandaan BerentakTerhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu
sedu-sedan, susup-sasap, lintang-pukang
Kata Pascakata
Merupakan perkataan yang hadir selepas perkataan.
Golongan Kata Pascakata
2.0 Analisis Artikel
Kata Tunggal
Merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami sebarang proses
pengimbuhan, pemajmukan dan pengandaan. Merupakan bentuk kata akar atau kata
dasar, dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri.
Ada
Adalah
Demi
Dengan
Majalah
Makhluk
Pesta
Remaja
27
Kata PenekanBentuk perkataan yag memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannyaPokok manggis itu nampaknya akan berbuah lebat
Kata PembendaBentuk perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata namaLajunya ialah 100 km sejam.
Agama
Agenda
Air
Aktiviti
Alam
Ayat
Bahan
Bahawa
Beku
Biar
Bidang
Budaya
Buku
Bulan
Cuba
Cukup
Dalam
Darah
Firman
Hanya
Hasil
Hidup
Hobi
Ibarat
Individu
Ini
Itu
Jenis
Kalau
Kami
Khalifah
Kian
Kini
Kita
Lain
Mahu
Maklumat
Malah
Mana
Manusia
Masa
Masyarakat
Memang
Milik
Moden
Motivasi
Murni
Nama
Namun
Pedoman
Pena
Penting
Peranan
Pertama
Resipi
Samudera
Sedar
Segala
Semua
Senggang
Kata Terbitan
Kata dasar yangtelah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan akan membentuk
kata terbitan. Dengan kata lain kata terbitan ialad hasil daripada penggabungan kata
dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan
Amalan
Apakah
Bacaan
Bacalah
Kejayaan
Kemampuan
Kepentingan
Kerdilnya
Menyeru
Menyumbang
Pembacaan
Pembentukan
28
Bercirikan
Berlaku
Bermaksud
Bermula
Cukupkah
Demikianlah
Dianjurkan
Dibacanya
Dikategorikan
Diketahuinya
Dikurniakan
Dimaksudkan
Dimanfaatkan
Dinafikan
Dirinya
Disampaikan
Diturunkan
Fikirannya
Fungsinya
Hiburan
Ilmulah
Kalaulah
Katakanlah
Kehidupan
Kesejahteraan
Lautan
Logiknya
Melakukan
Melalui
Memaparkan
Membaca
Membebankan
Membebaskan
Membosankan
Mempunyai
Menafikan
Menciptakan
Mengajarkan
Menganggap
Mengenal
Menggalakkan
Menggunung
Menghabiskan
Menghangatkan
Mengiktiraf
Menjadikan
Mentadbir
Menular
Perhatikan
Sebuku
Secara
Sedarkah
Segah
Segala
Segenap
Sehangat
Sehingga
Sekadar
Sekalian
Sekeliling
Seruan
Sesiapa
Sesuai
Setakat
Setinggi
Setitis
Tambahi
Terdapat
Terhad
Terpuji
Tersendiri
Tulisan
Kata Majmuk
29
Proses yang merangkaikan dua atau lebih kata dasar, dan bentuk tang terhasil itu
membawa makna yang tertentu, misalnya “balairaya”, “rumah tangga” dan “Timbalan
Ketua Pengarah”
Apa-apa
Kalimah-kalimah
Kata Ganda
Kata dasar yang mengalami proses pengulangan akan menghasilkan bentuk kata
ganda. Proses pengulangan ini berlaku dalam dua cara, iaitu yang melibatkan selurah
kata dasar atau sebahagian sahaja.
Bahan bacaan
Pesta buku
Agama wahyu
Majalah hiburan
Kedai buku
3.0 Bina Ayat
Ayat Penyata
(1) Pada hari ini akan diadakan perlawanan bola sepak antara kumpulan
Manchester dan Chelsea di stadium Bukit Jalil pada pukul 4.00 petang.
(2) Semua pelajar perlu beratur di tapak perhimpunan sebelum pukul 7.25 pagi
Ayat Seruan
30
(1) Wah, cantiknya baju awak!
(2) Amboi, sombongnya dia!
Ayat Tanya
(1) Siapakah artis yang telah memenangi Anugerah Berita Harian pada tahun 2009?
(2) Bagaimanakah cara untuk menangani masalah gejala social dalam kalangan
remaja pada masa kini?
Ayat Perintah
(i) AYAT SILAAN
(1) Calon-calon yang akan mengambil peperiksaan Bahasa Melayu sila rujuk
papan kenyataan di luar dewan untuk menyemak nama dan nombor kad
pengenalan anda.
(ii) AYAT PERMINTAAN
(1) Selepas majlis sambutan ulang tahun IPG Kampus Sultan Mizan yang ke-10,
semua pelajar di minta mengemas segala barang-barang yang bersepah
sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
(iii) AYAT LARANGAN
31
(1) Remaja masa kini janganlah buang masa dengan melakukan aktiviti yang
tidak berfaedah seperti berlumba haram, merokok dan melepak.
(iv) AYAT SURUHAN
(1) Semua pelajar duduk di tempat masing-masing kerana kertas soalan Bahasa
Melayu akan diedarkan sekarang oleh pengawas peperiksaan.
4.0 Kebudayaan Melayu
Pengenalan
Sejarah muzik tradisional Malaysia harus dilihat daripda sudut dunia Melayu
Lama. Keturunan Proto Melayu dan Deutro Melayu mencipta pelbagai jenis permainan
dan ritual untuk memberikan makna kepada kehidupan mereka dalam konteks alam
nyata dan ghaib. Mereka ketika itu adalah penganut agama animisme yang percaya
bahawa sungai, pokok, bukit-bukau dan gunung-ganang mempunyai semangat yang
perlu dipuja untuk menentukan kehidupan yang selamat dan harmoni. Kepercayaan ini
32
masih dipercayaai oleh sesetengah kaum di Malaysia. Contohnya jelas dalam
persembahan wayang kulit apabila Dalang menyajikan makanan dan jampi serapah
kepada semangat kampong dan nenek moyang. Dunia Melayu lama menggambarkan
pengaruh kebudayaan daripada pelbagai pihak. Contohnya dalam tarian zapin yang
dipengaruhi kebudayaan Timur Tengah. Seni muzik ini juga boleh dikategorikan dalam
Seni Suara kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Dalam kumpulan muzik
wayang kulit ia boleh dipecahkan kepada Wayang Kulit Kelantan, Wayang Gedek dan
Wayang Melayu. Kumpulan muzik dramatari pula dipecahkan kepada Makyung
Kelantan, Makyung Kedah, Mekmulung, Menora, Jikey, dan Makyung Laut. Kumpulan
muzik seterusnya terdiri daripada Gamelan Terengganu dan Jawa, Kuda Kepang,
Barongan, Caklempong dan Bongai. Muzik Genderang pula dibahagikan kepada
Hadrah, Rodat, Dabus, Gendang Keling dan Nobat. Manakala muzik sinkretik Malaysia
adalah Ghazal, Asli, Keroncong dan Bangsawan.
Nobat
Nobat atau naubat yang merujuk kepada gendang besar (kettle drum) atau
sebuah kumpulan muzik yang berasal dari istana Parsi zaman silam. Muzik ini
kemudiannya menjadi popular sebagai muzik istana di Iraq, Syria, Turki, Mesir, Afrika
Utara, Sepanyol, India, dan kepulauan Melayu.
Sheikh Ismail merupakan orang yang bertanggungjawab membawa nobat ke
kawasan ini melalui Pasai, Sumatera dan seterusnya mempengaruhi Raja Pasai
33
memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Malik Al Salih. Dari sana nobat dibawa
ke Melaka di Semenanjung Tanah Melayu sebagai muzik istana. Pada masa sekarang
hanya istana Kedah, Perak dan Terengganu sahaja yang masih mempunyai kumpulan
Nobat.
Pada masa dahulu di istana Timur Tengah, nobat mempunyai tiga fungsi utama
iaitu, sebagai muzik hiburan untuk kaum kerabat, untuk mengiringi upacara dan istiadat
istana dan menandakan waktu sembahyang dan keagamaan. Nobat di Malaysia
dimainkan apabila:
Pada petang menyambut Aidilfitri dan Aidiladha
Sejam sebelum waktu subuh, lagu Palu dimainkan
Ketika matahari terbit
Sebelum waktu maghrib, lagu Palu dimainkan
Sebelum waktu isya lagu Raga akan dimainkan
Pada hari Jumaat, nobat dimainkan setiap jam selepas subuh sehingga
masuk waktu sembahyang jumaat maka lagu Tempoyak akan dimainkan
untuk tujuan ini
Tetapi penggunaan nobat adalah hanya untuk kegunaan istana sahaja seperti
pertabalan, perkahwinan, kemangkatan atau khatan. Alat yang digunakan untuk nobat
ialah sebatang serunai, nafiri, gendang bulat besar, Nahara, dan gong.
Fungsi Nobat Dalam Masyarakat Dan Kebudayaan Melayu
Dalam masyarakat Melayu muzik nobat merupakan satu-satunya lagi muzik yang
masih lagi kekal dalam istana. Antara fungsi nobat dalam masyarakat melayu ialah
sebagai muzik istana. Nobat berfungsi sebagai hiburan kepada golongan diraja dan
istana.
Selain itu nobat merupakan tanda kebesaran raja-raja kerana ia hanya
dimainkan dalam istana sahaja dalam upacara-upacara tertentu sahaja. Nobat
34
selalunya dimainkan dalam upacara kemangkatan atau pertabalan sahaja sekarang.
Namun nilai estetika nobat masih kekal kerana ia masih belum menjadi tontonan umum.
Nobat juga digunakan sebagai memberikan petanda masuk waktu solat atau pun
menyambut aidilfitri dan aidiladha kerana pada zaman dahulu istana merupakan tempat
rujukan bagi segala perkara. Dengan mendengar paluan nobat maka berita tentang
waktu solat atau hari raya dapat diketahui.
Fungsi nobat dalam masyarakat melayu atau kebudayaannya agak terbatas
namun pengaruhnya masih lagi kuat. Misteri permainan nobat ini masoh menjadi tanda
tanya disebalik alunannya yang menyeramkan.
Mekmulung
Mekmulung menggunakan bentuk persembahan dan unsur-unsur seperti
muzik,tari dan drama bagi menyampaikancerita dan lagenda tempatan dan juga cerita
makyung. Muziknya menggabungkan unsur-unsur daripada hadrah, menora, dan
gendang keling, umpama paluan gendang hadrah, ketukan cerik dan nyanyian zikir
menorah dan gaya bermain gendang keling dengan melodinya.
35
Alat-alat muzik kumpulan mekmulung adalah seperti berikut:
Serunai
Dua pasang rebana (hadrah)
Sebiji gong kecil
Sebiji mong
Lima pasang cerik
Antara lagu yang dimainkan ialah ‘Bertabuh’, ‘Tari Mabuk’, ‘Limai Peran Panggil
Peran’, dan ‘Limai Beran’.
Fungsi Mekmulung Dalam Masyarakat Dan Kebudayaan
Melayu
Mekmulung merupakan salah satu dramatari yang terdapat dalam masyarakat
melayu. Kini persembahan mekmulung jarang boleh didapati lagi kerana masyarakat
kini sudah beralaih kepada hiburan yang lebih moden seperti drama dan filem yang
ditanyangkan di televisyen
36
Pada masa dahulu mekmulung bertindak sebagai hiburan pelbagai lapisan
masyarakat. Dari golongan diraja hinggalah golongan rakyat, masing-masing berhibur
melalui pertunjukan mekmulung yang diadakan. Hiburan yang disampaiken merupak
penceritaan tentang legenda dan kisah-ksah dongeng.
Selain itu juga ia merupakan alat perpaduan. Mekmulung selalunya akan
diadakan dikawasan lapang. Oleh itu, untuk menontonnya seluruh lapisan masyarakat
akan berkumpul dan duduk bersama-sama untuk menikmati persembahan mekmulung.
Dengan cara ini perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dibentuk apabila mereka
sering berjumpa dan bertanya khabar semasa berjumpa dalam pertunjukan
mekmulung.
Mekmulung juga merupakan cara member nasihat atau menyindir dengan cara
halus. Melalui dialog-dialog yang disampaikan mesej untuk memberi nasihat atau
menyindir dapat diberitahu. Dengan cara ini, sedikit sebanyak memberikan impak yang
positif kepada masyarakat melayu itu sendiri.
Mekmulung juga telah memberi pengaruh dalam dramatari-dramatari lain yang
terdapat dalam budaya melayu. Contohnya cara menyanyi dan lenggok suara dalam
bangsawan dan mekmulung kadangkala tidak jauh beza.
Seni Ukiran Kayu Melayu Tradisi
Pengenalan
Di Semenanjung Malaysia seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa
kerana ia merupakan satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini pula tidak
dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman. Jika
disorot kembali masa-masa yang lampau dengan mengambil tiitik permulaan dari
37
peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah, terdapat satu zaman yang penuh
mencabar bagi bangsa Melayu, iaitu zaman yang digelar Zaman Kebudayaan Batu
Hidup atau Megalitik. Pada zaman itu manusia Melayu telah mula mendirikan tugu-tugu
batu yang mempunyai nilai spiritual berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk
anemisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika itu.
Zaman yang telah ditinggalkan beribu-ribu tahun lampau itu masih mampu
memperlihatkan kesan-kesan peninggalan monumen kepada generasi pada masa ini.
Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa mereka juga sudah menghayati apa yang
dikatakan seni ukiran dan seni rupa, walaupun mereka sendiri mungkin tidak pernah
terfikir atau menerima ilmu yang berhubung dengan estetik dan artistik iaitu ilmu yang
mengutamakan keindahan dan penciptaan keindahan baik daripada sudut falsafah
social mahupun daripada sosiobudaya.
Seni ukiran kayu adalah seni kerajinan tangan dan ianya telah lama wujud dalam
masyarakat Melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
juga dengan seni ukiran yang terdapat pada batu, tanah dan lain-lain bahan logam.
Cuma yang dapat dibezakan ialah cara dan teknik pengukirannya sahaja.
Kayu adalah bahan alamiah yang sangat sesuai dan baik untuk diukir atau
dijadikan struktur bangunan. Namun begitu bahan ini juga mudah terbakar dan reput
jika tidak diawasi dengan baik, lebih-lebih lagi jika sering terdedah kepada hujandan
panas. Oleh itu ukiran-ukiran kayu tidak pernah dapat bertahan lama seperti ukiran-
ukiran pada batu atau lain-lain logam.
Walau bagaimanapun ada juga ukiran-ukiran yang dapat bertahan sehingga
beratus-ratus tahun sekiranya ukiran-ukiran tersebut diperbuat daripada kayu jenis
terbaik dan tahan seperti kayu jenis cengal, merbau,kempas,penak,bacang hutan dan
lain-lain jenis kayu terbaik yang terdapat di Negara kita ini. Dengan menggunakan kayu-
kayu jenis terbaik ini dalam kerja-kerja kreatif mereka, pengukir-pengukir itu bukan
sahaja dapat memelihara ketahanan ukiran-ukiran tersebut tetapi dapat memelihara
ketahanan ukiran-ukiran tersebut tetapi dapat juga menjaga mutunya.
38
Ukiran-ukiran bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan
penerapannya terdapat juga pada istana-istana raja, masjid, surau, wakaf, pintu
gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat pemujaan dan perbomohan, alat-
alat muzik tradisi, alat-alat perabot, alat-alat pertukangan, alat-alat pertanian, alat-alat
senjata pendek, alat-alat pakaian, perahu tradisional dan pada kenderaan yang lain
seperti kereta kuda, pedati, kereta lembu dan berbagai-bagai lagi.
Sejarah
Sebelum zaman peralihan, masyarakat Melayu masih belum menerima
pengaruh-pengaruh kebudayaan luar. Hidup sedemikian, sangat mempengaruhi
bentuk-bentuk seni ukiran yang ditonjolkan pada bahan-bahan artifak yang diperbuat
daripada tanah ataupun batu. Ukiran-ukiran kayu yang berumur lebih daripada dua
kurun pun tidak pernah diketemui kerana bahan-bahan tersebut mudah reput, tidak
seperti bahan-bahan daripada batu, logam dan tanah.
Pada zaman pengaruh kebudayaan Hindu, yang bermula pada abad pertama
Masihi hingga abad keempat belas, telah berlaku pertembungandi antara kebudayaan
Hindu dengan kebudayaan Melayu asli. Hasil daripada pertembungan dua kebudayaan
itu, kebudayaan Hindu telah Berjaya meresapi kebudayaan Melayu yang diamalkan
oleh masyarakat tempatan dan terjadilah apa yang dinamakan penyesuaian budaya.
Beberapa bentuk dari kebudayaan Hindu seperti bahasa, kesusasteraan, agama, adat
istiadat, seni bina dan pertukangan, seni ukiran, tekapan, anyaman, kepercayaan,
perbomohan dan sebagainya telah meresap dalam kebudayaan Melayu asli.
Seni ukiran kayu berkembang luas ke istana-istana raja, ke rumah orang-orang
besar dan kenamaan, rumah-rumah ibadat, pintu-pintu gerbang pada kota dan
sebagainya. Sayangnya kesan-kesan peninggalan zaman awal itu tidak dapat ditemui.
Ianya telah musnah dimakan masa yang begitu panjang. Walau bagaimanapun
pengaruh kebudayaan tersebut masih berterusan sehingga sekarang. Dalam seni
ukiran sifat dan bentuk kehidupan itu sedikit sebanyak kelihatan pada ukiran-ukiran
yang berunsurkan kosmos, haiwan, dan juga tumbuh-tumbuhan.
39
Seni ukiran Melayu tradisi sekali lagi menerima perubahan apabila agama Islam
sampai ke Semenanjung Tanah Melayu kira-kira pada abad ke-14 sebagaimana
tercatat di Batu Bersurat Terengganu. Beberapa peraturan dalam agama Islam telah
mula mereka amalkan sebagai pegangan hidup. Seni ukiran juga telah turut diberi
perhatian. Unsur-unsur yang tidak sesuai atau bercanggah dengan ajaran Islam telah
mula dilenyapkan daripada ciptaan-ciptaan mereka. Contohnya, unsur-unsur makhluk
hidup yang bermotifkan manusia dan haiwan sedikit demi sedikit dihilangkan daripada
ciptaan seni ukiran.
Ukiran-ukiran kayu yang terdapat di Semenanjung ini terutama di negeri-negeri
disebelah selatan, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sangat
terpengaruh oleh seni ukiran di rantau asal keturunan penduduk tersebut. Di Negeri
Sembilan ukiran-ukiran kayu sangat terpengaruh dengan ukiran yang terdapat di
Minangkabau. Hal ini sudah semestinya kerana orang-orang Melayu Negeri Sembilan
adalah berketurunan dari sana. Ukiran-ukiran yang terdapat di Negeri Sembilan
sebahagian besarnya mempunyai pengertian dan falsafah yang telah diwarisi sejak
berzaman-zaman lagi, iaitu satu penerusan kebudayaan Adat Perpatih yang masih
terpelihara sehingga kini. Oleh itu bentuk-bentuk ukirannya terikat kuat dengan cara
hidup dan adat resam yang masih terpelihara.
Seni ukiran kayu Melayu tradisi sudah menempuh masa yang begitu panjang,
dan ianya tidak terputus pada sesuatu peringkat masa dan waktu. Dahulu tukang ukir
dengan alat-alat yang serba kekurangan telah dapat mencipta dan menghasilkan seni
yang begitu cemerlang. Pada zaman moden yang berteknologi ini pula orang-orang
Melayu masih mampu mengekalkan sebilangan kecil seniman-seniman yang
memperlihatkan kerjaya mereka menerusi ukiran-ukiran. Mahupun mereka itu diberi
perhatian atau tidak, namun mereka akan meneruskan juga seni pengukiran kayu yang
telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka itu dan memelihara warisan
budaya ini dari kepupusan.
Di Sebelah Utara Semenanjung Malaysia
40
Di negeri-negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang terdapat juga rumah-rumah
yang berukir, terutama sekali rumah-rumah yang berusia tua. Ukiran yang terdapat
pada rumah-rumah ini memperlihatkan satu perbezaan yang nyata dengan ukiran-
ukiran pada rumah-rumah disebelah pantai timur. Corak dan karektor benda hidup yang
dicipta oleh pengukir di negeri-negeri tersebut terikat kuat dengan pengaruh-pengaruh
luar yang ada kaitan dengan persejarahan negeri tersebut. Sesetengah-setengah
bentuk ukiran mengingatkan kita akan bentuk-bentuk yang serupa yang terdapat
diseluruh utara seperti Thailand dan Aceh di utara Sumatera.
Ukiran-ukiran yang terdapat di negeri Perak tidak boleh digolongkan sebagai
ukiran negeri Perak sejati. Di sebelah utara terutama sekali di Hulu Perak terdapat
rumah-rumah berukir yang mirip sekali dengan ukiran-ukiran yang terdapat di Patani,
manakala di Perak Tengah pula ukiran-ukiran itu telah terpengaruh dengan gaya seni
ukiran dari Aceh dan Jawa. Penduduk-penduduk dari daerah selatan negeri Perak,
rumah-rumah mereka terutama rumah-rumah tua dan bentuk-bentuk ukiran sedikit
sebanyak terpengaruh dengan gaya dan seni bina negeri asal mereka.
Rumah-rumah berusia tua di negeri Perak terutama sekali yang terdapat di
daerah Perak Tengah dan daerah Kuala Kangsar, masih lagi mengekalkan ukiran-
ukiran yang terdapat di cucuran atap, penutup bendul, tingkap, pintu dan juga pada
dinding pemisah ruang. Dalam rumah ini terdapat satu bentuk ukiran yang dipanggil
“Lebah Bergantung”. Ukiran tersebut dipasang pada hujung para buang, disudut kaki
tebar layar. Ukiran tersebut ada kaitannya dengan beberapa kepercayaan tahyul yang
dipercayai turun-temurun.
Di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, terdapat sebuah istana lama yang berdinding
pelupuh atau tepas. Istana yang dikenal sebagai Istana kenangan itu juga mempunyai
ukiran-ukiran di bendul, tingkap, pintu, cucuran atap, tangga dan lain-lain bahagian
tertentu. Ukiran-ukiran di tangga hadapan dikenal dengan nama “Pagar Tinggalung”,
yang saya kira terpengaruh dengan ukiran-ukiran dari selatan.
Unsur-Unsur Dalam Ukiran Kayu Tradisi
41
Penjelmaan sesuatu gaya dalam seni ukiran kayu Melayu pada umumnya sangat
dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan cara hidup seperti adat resam,
kepercayaan agama, alam persekitaran semula jadi, iklim dan juga topografi. Pemilihan
unsure perlu dibuat supaya bersesuaian dengan kehendak perseorangan dan juga
kehendak masyarakat supaya ia tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan atau
adat resam masyarakat Melayu yang mengamal berbagai bentuk kebudayaan itu.
Sebahagian daripada unsur-unsur tersebut ialah:
(i) Unsur Makhluk Hidup
Pada umumnya unsur-unsur makhluk hidup tidak banyak dipakai dalam karya seni
ukiran Melayu kerana agama Islam tidak menggalakkan penciptaan ragam hias yang
berasaskan makhluk yang bernyawa. Walau bagaimanapun saki baki daripada warisan
karya seni ukiran lama masih tetap menampakkan cirri-ciri yang berunsurkan makhluk
hidup seperti ukiran-ukiran yang bermotifkan ayam berlaga, badak mudik, itik pulang
petang dan sebagainya.
Dalam pemilihan unsur-unsur makhluk hidup biasanya yang menjadi contoh ialah
makhluk-makhluk yang terdapat di persekitaran seperti burung, kucing, ayam, itik dan
sebagainya lagi. Ukiran-ukiran yang berunsurkan makhluk hidup merupakan
peninggalan warisan kebudayaan Melayu sebelum Islam. Ukiran jenis ini beransur-
ansur diketepikan kerana tidak sesuai dengan kebudayaan Melayu yang berteraskan
agama Islam.
42
(ii) Unsur Kosmos
Unsur kosmos atau ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari,
bulan, bintang, awan berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Sebagaimana
motif matahari dan bintang sering dipasang pada muka tebar layar, unsur awan berarak
pula sering terdapat pada ukiran-ukiran yang mengambil pola lengkap. Unsur ini sering
di cantumkan dengan unsur-unsur tumbuhan dan juga kaligrafi.
43
(iii) Unsur Geometri
Unsur geometri atau tumpal mungkin ada hubungan dengan pengaruh kebudayaan
pada masa prasejarah. Ukiran yang berunsurkan geometri ini dapat dikesan dalam seni
ukiran Melayu yang mengambil pola-pola seperti bentuk bersegi atau yang dikenali
sebagai “pola tumpal”. Kaki dan bentuk segitiganya disusun berderet-deret dan
kadangkala segitiga itu dicantumkan dengan sulur-sulur tumbuhan. Satu lagi unsur
geometri yang dikira warisan prasejarah ialah “piling berganda”, yakni bentuk-bentuk
seperti huruf “s” yang disusun berderet-deret, atau ukiran piling berganda dan berpiuh-
piuh. Ukiran-ukiran geometri ini didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak
sirih, barang-barang tembaga dan alat-alat ragam hias yang dipakai dalam rumah.
44
(iv) Unsur Kaligrafi
Unsur kaligrafi dalam seni ukiran Melayu bermula setelah orang-orang Melayu
menerima pengaruh Islam. Unsur ini mengambil contoh huruf Arab, ayat Quran dan
tulisanJawi. Ada juga unsur kaligrafi yang dicantumkan dengan unsur-unsur kosmos
dan juga unsur-unsur tumbuhan dan sesuai benar jika dimanfaatkan ke dalam pola
lengkap. Unsur kaligrafi sering terdapat pada bangunan-bangunan masjid, surau dan
juga rumah-rumah kediaman dari kalangan mereka yang mampu. Di Semenanjung
Malaysia ukiran-ukiran berunsur kaligrafi banyak terdapat pada rumah-rumah Melayu
lama di Kelantan dan Terengganu.
45
(v) Unsur Tumbuh-Tumbuhan
Dunia seni ukiran Melayu lebih banyak tertumpu kepada pengambilan unsur
tumbuh-tumbuhan. Biasanya tumbuh-tumbuhan menjalar ataupun pohon-pohon
yang mengeluarkan bunga menjadi pilihan utama. Unsur tumbuh-tumbuhan sangat
sesuai dibentuk dan digayakan ukirannya mengikut kebijaksanaan pengukir.
Tumbuh-tumbuhan yang sering menjadi sumber ilham pengukir-pengukir Melayu
ialah jenis-jenis kacang, labu, ketumbit, ketam guri, kerak nasi, ketola, peria, saga
kenering, kala bukit, daun salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina, bunga
cengkih dan lain-lain.
46
Fungsi Seni Ukiran Kayu Pada Masyarakat
Seni ukiran kayu amat penting dan mempunyai banyak fungsi pada masyarakat.
Antara fungsinya ialah dapat mewujudkan satu identiti kebangsaan. Setiap negeri
mempunyai seni ukiran kayu masing-masing yang melambangkan pelbagai maksud
tersendiri pada mereka berdasarkan persejarahan. Nilai-nilai budaya Malaysia akan
tersebar luas. Hasil kreativiti sesuatu ukiran yang melambangkan nilai-nilai budaya
Malaysia boleh dikomersialkan atau dieksport ke luar Negara sebagai satu perniagaan
dan secara tak langsung dapat menunjukkan nilai-nilai budaya Malaysia di mata dunia.
Ia juga boleh dijadikan sebagai satu pameran untuk memperkenalkan seni ukiran kita di
luar Negara. Selain itu, seni ukiran kayu ini dapat menyalurkan fikiran dan idea budaya
bangsa. Sesuatu ukiran yang diukir oleh pengukir mempunyai maksud yang tersirat dan
tersurat yang melambangkan idea kreatif seorang pengukir. Pengukir dapat
memberikan idea dan pendapat melalui seni ukiran kayunya. Oleh itu, kelemahan
masyarakat dapat diketengahkan dan secara tak langsung dapat memajukan sesebuah
masyarakat. Masyarakat akan menjadi lebih prihatin terhadap perkara yang telah
ditegur dan akan menjadikan seni ukiran kayu sebagai satu perkara yang amat penting
dalam kehidupan.
Selain itu, seni ukiran kayu ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan
dalam sesebuah masyarakat. Seni ukiran kayu mempunyai nilai estetika yang sangat
tinggi dan mendapat permintaan tinggi dari banyak pihak pada masa kini. Ia juga boleh
dijadikan sebagai sumber hiburan dan ilmu dalam kalangan masyarakat. Seseorang
pengukir yang mempunyai bakat yang tinggi boleh menurunkan ilmu atau mengajar
generasi muda mengenai seni ukiran kayu yang sangat menyeronokkan. Oleh itu,
mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti ilmu yang berfaedah dan seronok
untuk dipelajari. Seni ukiran kayu ini juga dapat mengeratkan sillaturahim dan
kerjasama dalam kalangan masyarakat. Untuk membuat ukiran pada rumah, mereka
akan melakukan kerja ini bersama-sama.
47
Refleksi
Izzul Syahmi bin Che Russlee
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Salam dan
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .
Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga saya dan kawan saya Rosahdan Md Aziz
menyiapkan kerja kursus yang telah ditugaskan kepada kami. Setelah berhempas puals
menumpahkan segala tenaga dan usaha kami maka akhirnya lahirlah kerja kursus kami
ini.
Sepanjang menyiapkan dan melaksanakan kerja ini banyak perkara yang saya
pelajari. Contohnya saya belajar untuk bekerjasama dengan rakan saya iaitu Rosahdan
Md Aziz. Bagi saya sepanjang melaksanakan tugas ini bersamanya saya berasa
senang dan mudah. Rosahdan banyak membantu saya. Saya memilihnya untuk
menjadi “partner” saya dalam tugasan ini kerana saya mudah bekerjasama dengannya.
Saya juga telah mempelajari banyak perkara tentang Bahasa Melayu dan juga
kebudayaan Melayu. Sebelum ini saya sudah pun tahu tentang perkara-perkara ini
namun tidak pula secara mendalam kerana saya kurang diberi pendedahan berkenaan
perkara ini.
Kerja kursus kami kurang mempunyai masalah apabila ditunjukkan kepada
pensyarah pembimbing kami iaitu, Pn Azrizan bt Abu Bakar. Hal ini demikian kerana
kami sangat bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan ini. Kami telah pun
meminjam dua buah buku rujukan daripada Perpustakaan Zaba hanya untuk
mendapatkan maklumat tambahan.
Saya juga melihat tugasan ini sangat berguna. Pada pendapat saya mungkin
hasil dan kualiti kerja kursus kami masih belum mencapai tahap yang sepatutnya
kerana kami daripada unit sains mempunyai kira-kira 15 tugasan semuanya yang perlu
dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Namun yang demikian kami masih
memberikan tumpuan yang sama rata kepada matapelajaran major mahupun minor.
48
Saya melihat kekuatan tugasan kami adalah dari segi konten yang tepat dan padan
serta menurut soalan yang telah diberikan. Saya sangat berharap kami akan mendapat
markah yang setimpalnya dengan apa yang kami telah usahakan.
49
Refleksi
Rosahdan Bin Md Aziz
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Bahasa Melayu ini dengan
jayanya bersama dengan rakan saya iaitu Izzul Syahmi Bin Che Russlee. Semasa
pensyarah Bahasa Melayu, Puan Azrizan binti Abu Bakar memberikan tugasan kepada
para pelajar, saya berasa sangat gembira kerana diberitahu bahawa tugasan perlu
dibuat secara berpasangan. Oleh itu, saya dan Izzul telah berbincang dan bersetuju
untuk membuat kerja ini bersama. Hal ini dapat memudahkan kerja saya dan secara tak
langsung saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan mudah dan lengkap
Tugasan ini perlu dibuat dalam kumpulan berpasangan. Selepas pensyarah memberi
taklimat mengenai kerja kursus ini, saya masih tidak beberapa faham dengan kehendak
soalan. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan dan para pensyarah yang tidak jemu
mengajar saya, dapat saya memahami kerja kursus ini dengan sepenuhnya. Selepas
itu, tanpa membuang masa saya dan Izzul terus berbincang mengenai kerja kursus ini.
Kami telah membahagikan kerja dengan sama rata bagi memudahkan kerja ini dapat
disiapkan dengan baik dan tidak timbul masalah bahawa salah seorang daripada kami
tidak membuat kerja. Masa yang diberikan sangat mencukupi untuk kami mencari
pelbagai maklumat dari sumber internet dan buku-buku di perpustakaan serta dapat
menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Semasa membuat tugasan
ini, saya dapat banyak maklumat mengenai pelbagai seni kebudayaan yang ada di
Negara kita ini. Saya dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang
kebudayaan kita kerana saya perlu mengkaji dengan terperinci untuk menjawab
kehendak soalan yang diberi dengan tepat dan baik.
Selain itu, dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang tatabahasa
Bahasa Melayu dan secara tak langsung saya telah mengulang kaji pelajaran bagi
menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu pada masa akan datang. Di samping itu,
sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengisi ilmu dengan secukupnya supaya dapat
50
mendidik atau mengajar anak murid saya nanti dengan baik dan cemerlang. Tugasan
ini juga dapat mewujudkan kerjasama dan mengeratkan lagi sillaturahim dalam
kalangan pelajar. Saya membuat kerja kursus ini dengan rakan saya iaitu Izzul Syahmi,
dan kami dapat bekerjasama dengan baik serta saya dapat mengenali dia dengan lebih
rapat. Selain itu, saya berbincang dengan rakan-rakan lain dan pensyarah secara tak
langsung dapat juga mengeratkan lagi silaturahim terutamanya semasa membuat
kolaborasi.
Saya berharap selepas ini masih ada lagi tugasan seperti ini kerana ia banyak
memberi kebaikan kepada diri saya sendiri dan kepada semua yang terlibat. Akhir kata
dengan ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekian, terima
kasih.
51