gitar

10
1.0 ULASAN KRITIS- Lagu dimainkan secara plucking Saya juga mendapati nyanyian Jia Wen dan bunyi strumming adalah seimbang. Bunyi strumming gitar yang dimainkan oleh Jia Wen tidak terlalu kuat sehingga menutup atau nyanyiannya tidak didengari. Dengan ini, saya dapat mendengar lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jia Wen dan iringan strumming dengan jelas. Di samping itu, saya juga mendapati kord-kord yang dimainkan oleh Jia Wen dalam lagu ini juga sesuai dan tepat dengan nada lagu tersebut. Iringan kord yang dimainkan olehnya juga sesuai dengan melodi-melodi yang dinyanyikan olehnya. Dinamik lagu yang dimainkan olehnya juga agak sesuai pada permulaan lagu yang sederhana dan chorus lagu yang kuat dan rancak. Akan tetapi, dinamik chorus lagu yang dimainkan olehnya kekal kuat dan rancak sehingga ke hujung lagu. Jia Wen sepatutnya memainkan ending lagu dengan dinamik yang lembut supaya pendengar dapat merasai mud lagu ini dan mempunyai persediaan untuk mengetahui lagu ini sudah sampai ke hujung lagu. Selain itu, saya juga mendapati bunyi strumming gitarnya dalam video lebih kuat berbanding dengan bunyi strumming dalam latihan yang dibuat olehnya dengan finger strumming. Hal ini kerana dia menggunakan plectrum semasa strumming. Menurut Puhawang (2012), bunyi gitar akan terdengar lebih nyaring kerana gesekan plectrum yang diperbuat daripada bahan padat. Selain itu, strumming akan didengar dengan lebih jelas ketika dimainkan secara cepat. Jika menggunakan jari strumming, kekuatan jari akan tidak selalu sama serta hasil bunyi strumming akan tidak seimbang. Hal ini kerana dia tidak dapat mengawal kekuatan jari yang sama semasa strumming. Jadi, bunyi dan cara strumming dalam video persembahan Jia Wen ini adalah jelas dan betul dengan menggunakan plectrum. Antara kelemahan yang saya dapati dalam persembahan Jia Wen pula ialah pertukaran yang dilakukan oleh dia tidak begitu lancar.

Upload: luqman-hakim-ismail

Post on 22-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

heeee

TRANSCRIPT

Page 1: gitar

1.0 ULASAN KRITIS- Lagu dimainkan secara plucking

Saya juga mendapati nyanyian Jia Wen dan bunyi strumming adalah seimbang.

Bunyi strumming gitar yang dimainkan oleh Jia Wen tidak terlalu kuat sehingga menutup

atau nyanyiannya tidak didengari. Dengan ini, saya dapat mendengar lirik lagu yang

dinyanyikan oleh Jia Wen dan iringan strumming dengan jelas. Di samping itu, saya juga

mendapati kord-kord yang dimainkan oleh Jia Wen dalam lagu ini juga sesuai dan tepat

dengan nada lagu tersebut. Iringan kord yang dimainkan olehnya juga sesuai dengan

melodi-melodi yang dinyanyikan olehnya. Dinamik lagu yang dimainkan olehnya juga agak

sesuai pada permulaan lagu yang sederhana dan chorus lagu yang kuat dan rancak. Akan

tetapi, dinamik chorus lagu yang dimainkan olehnya kekal kuat dan rancak sehingga ke

hujung lagu. Jia Wen sepatutnya memainkan ending lagu dengan dinamik yang lembut

supaya pendengar dapat merasai mud lagu ini dan mempunyai persediaan untuk

mengetahui lagu ini sudah sampai ke hujung lagu.

Selain itu, saya juga mendapati bunyi strumming gitarnya dalam video lebih kuat

berbanding dengan bunyi strumming dalam latihan yang dibuat olehnya dengan finger

strumming. Hal ini kerana dia menggunakan plectrum semasa strumming. Menurut

Puhawang (2012), bunyi gitar akan terdengar lebih nyaring kerana gesekan plectrum yang

diperbuat daripada bahan padat. Selain itu, strumming akan didengar dengan lebih jelas

ketika dimainkan secara cepat. Jika menggunakan jari strumming, kekuatan jari akan tidak

selalu sama serta hasil bunyi strumming akan tidak seimbang. Hal ini kerana dia tidak dapat

mengawal kekuatan jari yang sama semasa strumming. Jadi, bunyi dan cara strumming

dalam video persembahan Jia Wen ini adalah jelas dan betul dengan menggunakan

plectrum.

Antara kelemahan yang saya dapati dalam persembahan Jia Wen pula ialah

pertukaran yang dilakukan oleh dia tidak begitu lancar. Saya mendapati dia dia tidak sempat

menukar kepada kord F semasa strumming. Jadi, saya tidak dapat mendengar bunyi kord

yang dimainkan oleh dia dengan jelas. Saya juga mendapati segelintir strumming pada

bahagian permulaan verse kedua tidak begitu mantap lagi. Antara cadangan saya untuk

menambahbaikan kelemahannya adalah dengan melakukan latihan yang lebih kerap.

Menurut Yong Ah Alik (2008), antara tip untuk strumming dengan baik adalah dengan

membuat latihan dan latih strumming pattern pada masa menukar kord sehingga kamu

berasa biasa dengan strumming pattern tersebut. Menurut Steve Krenz (2010), mengatakan

bahawa pemain harus membuat latihan yang konsisten dan melatih kemahiran serta teknik

bermain gitar dengan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Jadi, Jia Wen haruslah membuat

latihan yang lebih lagi supaya dia dapat melakukan pertukaran kord dengan lebih lancar.

Page 2: gitar

Saya juga berpendapat bahawa Jia Wen boleh bermain kord F yang biasa (seperti rajah di

bawah) memandangkan dia tidak dapat memegangkan penjarian separuh full kord F dengan

baik serta tidak dapat tukar ke kord F tersebut dengan lancar.

Selain itu, saya juga mendapati pegangan kord yang dilakukan oleh Jia Wen juga

tidak kemas dan tidak kuat terutamanya pada kord F major dan kord G major. Saya telah

mendapati dia tidak dapat memegang kebanyakkan kord F major dan kord G major dengan

kuat. Saya juga mendapati bunyi strumming yang hasil tidak berapa “keluar” dan terdapat

bunyi mute semasa dia memainkan kord F major. Saya juga mendapati dia tidak memegang

tali pertama dengan kuat dan kemas semasa dia memainkan kord G major kerana hasil

bunyi kord tersebut tidak stabil dan berbunyi “buzzing”. Antara cadangan saya untuk

menambahbaikan kelemahan ini adalah dengan menekankan tali dengan hujung jari dengan

tekanan yang kuat (bagi kord G dan kord F) supaya dapat menghasilkan bunyi strumming

yang jelas dan baik. Menurut Ianm (2010), menekankan tali gitar dengan hujung jari dengan

tekanan yang masimum serta dapat mengelakkan daripada mengentuh tali gitar yang lain

supaya bunyi yang dihasil adalah jelas dan terang. Ianm juga mengatakan bahawa pemain

harus menggunakan sebelah jari pertama untuk menekankan tali kedua dan pertama

dengan kuat semasa memainkan kord F supaya bunyi yang dihasilkan adalah jelas dan

baik. Dengan ini, Jia Wen dapat memainkan kedua-dua kord ini dengan lebih jelas dan baik.

Selain itu, pertukaran kord yang tidak lancar juga akan menyebabkan kelemahan ini wujud.

Jadi, Jia Wen harus membuat latihan untuk menambahbaikan kelancaran pertukaran kord

dengan tempo yang perlahan dan menggunakan down stroke strumming sehingga dia dapat

menguasai kemahiran pertukaran kord dengan lancar di samping dapat memegang kord

dengan kemas dan kuat.

Di samping itu, saya juga mendapati postur Jia Wen semasa bermain gitar tidak

begitu betul. Saya telah mendapati dia meletakkan gitar pada kaki yang salah. Menurut

Darrin Koltow (2002), mengatakan bahawa kalau kamu memainkan gitar dengan tangan

kanan, jadi letakkan gitar pada kaki kanan anda. Akan tetapi, bagi individu yang bermain

gitar klassikal dikehendaki letak gitar pada kaki kiri anda. Jadi, gitarnya seharusnya letak

3 4

Kord F yang dimainkan oleh Jia Wen

Kord F yang saya cadangkan untuk Jia Wen

Rajah 1 Cadangan saya kepada Jia Wen memainkan kord F

Page 3: gitar

pada kaki kirinya kerana dia memainkan gitar dengan tangan kanan. Hal ini kerana postur

yang tidak betul dan tidak selesa akan menjejaskan kelancaran permainan gitar dari segi

pertukaran kord dan strumming. Menurut Guitar Files (2013), postur badan yang tidak betul

akan menyebabkan ketegangan dan menjejaskan kelancaran bermain gitar. Antara

cadangan saya untuk menambahbaikan masalah ini ialah Jia Wen harus peka terhadap

postur semasa bermain gitar. Dia juga boleh mendapat info dari mana-mana sumber tentang

postur semasa bermain gitar supaya mendapatkan postur yang betul semasa bermain gitar

di samping menyumbang persembahan gitar yang lebih kualiti.

Saya juga mendapati Jia Wen memainkan kord D minor dengan penjarian yang

salah seperti rajah di bawah. Penjarian yang salah mungkin akan menyebabkan dia tidak

dapat melakukan pertukaran kord dengan lancar. Menurut  Anisha Melfa (2013), penjarian

kord yang salah akan menyebabkan bunyi “buzz” atau kata lainnya senar gitar dibunyikan

dan mengeluarkan suara gitar yang terdengar suara "zret - zret" seperti suara lebah. Selain

itu, hal ini juga akan menyebabkan senar gitar tidak mengeluarkan bunyi dan terdengar

suaranya hanya "dep - dep". Jadi, Jia Wen seharusnya mengetahui penjarian memegang

kord D minor yang betul supaya dia dapat memainkan lagu dengan baik dan lancar semasa

melakukan pertukaran kord.

1.3 Video Persembahan Tang Shinn Yi

Penjarian kord D minor yang dimainkan oleh Jia Wen

Penjarian kord D minor yang betul

Rajah 1 Penjarian kord D minor yang betul

4

2

1 1

2

3

Page 4: gitar

1.4 Analisis Video Tang Shinn Yi

Antara kekuatan yang saya dapati dalam video persembahan Tang Shinn Yi ialah

idea-ideanya semasa bermain lagu Lucky. Dia bermain lagu ini dengan cara yang pelbagai

dan berperingkat serta amat sesuai dengan lagu yang dinyanyi oleh dia. Pada permulaan

lagu ini, dia mula lagu ini dengan finger pick. Seterusnya, dia memainkan strumming dan

finger mute pada chorus lagu. Cara persembahan ini amat kreatif dan sesuai dengan lagu

Lucky. Saya juga mendapati Shinn Yi tidak lari daripada tempo asalnya walaupun dia

Page 5: gitar

memainkan lagu ini dengan stail yang pelbagai. Tempo lagu yang ditentukan oleh Shinn Yi

juga amat sesuai dengan lagu ini. Akan tetapi, stail strumming yang dilakukan oleh Shinn Yi

boleh ditambahbaikan dengan rentak yang lain supaya dapat membina suasana lagu

tersebut dengan lebih berkesan. Contohnya, rentak Zapin.

Selain itu, saya juga mendapati Shinn Yi memetik tali gitar dengan teknik dan cara

yang betul. Hal ini kerana hasil bunyi gitar semasa dia petik adalah jelas dan kuat. Rentak

yang telah digunakan oleh Shinn Yi pada bahagian ini juga amat sesuai dengan lagu Lucky.

Akan tetapi, pertukaran kord yang dilakukan olehnya tidak begitu lancar pada bahagian ini

kerana terdapat sesetengah ton yang dihasilkan tidak begitu jelas dan tidak baik. Saya juga

mendapati bunyi strumming yang dilakukan oleh Shinn Yi juga jelas dan kuat. Cara finger

strumming yang digunakan oleh Shinn Yi adalah betul kerana saya tidak dengar bunyi

kukunya tersekat-sekat di antara tali gitar. Teknik finger mute yang dilakukan oleh Shinn Yi

juga betul dan saya juga dapat mendengar hasil bunyi mute yang dilakukannya dengan

jelas. Saya juga dapat lihat tangan Shinn Yi menutup tali gitar tanpa tekanan dengan kemas

dan menghasilkan bunyi mute yang betul. Akan tetapi, pertukaran kord yang dilakukan

olehnya tidak begitu lancar dan Shinn Yi kelihatan kelam-kabut semasa bermain pada

bahagian mute.

Dinamik lagu yang dimainkan oleh Shinn Yi juga agak sesuai pada permulaan lagu

yang sederhana dan chorus lagu yang kuat dan rancak. Akan tetapi, dinamik chorus lagu

yang dimainkan olehnya kekal kuat dan rancak sehingga ke hujung lagu. Dia sepatutnya

memainkan ending lagu dengan dinamik yang lembut supaya pendengar mempunyai

persediaan untuk mengetahui lagu ini sudah sampai ke hujung lagu. Jika lagu kekal rancak

dan berdinamik kuat sampai ke hujung lagu, pendengar akan hairan seakan-akan lagu ini

belum habis lagu.

Nyanyiannya dan bunyi strumming adalah juga seimbang di mana bunyi gitar dan

nyanyiannya dapat didengar dengan jelas. Sebagai contohnya, bunyi strumming dan petikan

gitar yang dilakukan oleh Shinn Yi tidak terlalu kuat sehingga menutup atau nyanyiannya

tidak didengari. Dengan ini, saya dapat mendengar lirik lagu yang dinyanyikan olehnya dan

iringan strumming dengan jelas. Di samping itu, saya juga mendapati kord-kord yang

dimainkan oleh Shinn Yi dalam lagu ini juga sesuai dan tepat dengan nada lagu Lucky iaitu

nada major. Iringan kord yang dimainkan olehnya juga sesuai dengan melodi-melodi yang

dinyanyikan olehnya.

Antara kelemahan yang saya dapati dalam persembahan Shinn Yi pula ialah

pertukaran yang dilakukan oleh dia tidak begitu lancar. Saya mendapati kombinasi

kemahiran memetik dan strumming dengan pertukaran kord tidak begitu serentak. Misalnya,

Page 6: gitar

dia tidak sempat menukar kepada kord G dan D minor semasa dia bermain gitar

terutamanya pada bahagian picking dan mute finger. Jadi, saya tidak dapat mendengar

sesetengah bunyi ton dan kord yang dimainkan oleh dia dengan jelas. Saya mendapati

tangan kiri Shinn Yi berkelam-kabut semasa melakukan pertukaran kord terutamanya kord D

minor pada bahagian finger mute. Saya juga mendapati dia melakukan pertukaran kord

yang salah pada bahagian akhir lagu yang mengulangi chorus lagu. Dia telah bermain dari

kord G major ke C major tetapi kord yang sepatutnya bertukar dari kord G major ke A minor.

Jadi, saya telah mendapati bahawa pertukaran kord yang dilakukan olehnya agak tidak

kemas dan lancar. Antara cadangan saya untuk menambahbaikan kelemahan Shinn Yi

adalah dengan melakukan latihan yang lebih kerap. Menurut Yong Ah Alik (2008), antara tip

untuk strumming dengan baik adalah dengan membuat latihan dan latih strumming pattern

pada masa menukar kord sehingga kamu berasa biasa dengan strumming pattern tersebut.

Menurut Steve Krenz (2010), mengatakan bahawa kamu harus membuat latihan yang

konsisten dan melatih kemahiran dan teknik bermain gitar dengan sekurang-kurangnya 15

minit. Shinn Yi juga harus membuat latihan yang konsisten untuk berlatih kemahiran

memetik gitar serta mempraktikkan memegang setiap kord yang akan dimainkan. Dengan

ini, barulah dia dapat memetik dan bertukar kord secara serentak.

Selain itu, saya juga mendapati pegangan kord yang dilakukan oleh Shinn Yi juga

tidak kemas dan tidak kuat terutamanya pada kord G major dan kord D minor. Saya telah

mendapati dia tidak dapat memegang kebanyakkan kord G major dan kord D minor dengan

kuat. Saya juga mendapati bunyi strumming yang hasil tidak berapa “keluar” dan bunyi mute

semasa dia memainkan kord D minor. Saya juga mendapati dia tidak memegang tali

pertama dengan kuat semasa dia memainkan kord G kerana hasil bunyi kord tersebut tidak

stabil dan berbunyi “buzzing”. Antara cadangan saya untuk menambahbaikan kelemahan

ini ialah Shinn Yi harus berlatih supaya menekankan tali dengan hujung jari dengan tekanan

yang kuat (bagi kord G major dan kord D minor) supaya dapat menghasilkan bunyi

strumming yang jelas dan baik. Menurut Ianm (2010), menekankan tali gitar dengan hujung

jari dengan tekanan yang masimum serta mengelakkan daripada mengentuh tali gitar yang

lain supaya bunyi yang dihasil adalah jelas dan terang. Selain itu, pertukaran kord yang tidak

lancar juga akan menyebabkan kelemahan ini wujud. Jadi, Shinn Yi harus membuat latihan

untuk menambahbaikan kelancaran pertukaran kord dengan tempo yang perlahan dan

menggunakan down stroke strumming sehingga dia dapat menguasai kemahiran pertukaran

kord dengan lancar di samping dapat memegang kord dengan kemas dan kuat.

Selain itu, Saya juga mendapati Shinn Yi memainkan kord D minor dengan penjarian

yang salah seperti rajah di bawah. Hal ini akan menyebabkan dia tidak dapat melakukan

pertukaran kord dengan lancar. Menurut  Anisha Melfa (2013), penjarian kord yang salah

Page 7: gitar

akan menyebabkan efek buzz atau kata lainnya senar gitar dibunyikan dan mengeluarkan

suara gitar yang terdengar suara "zret - zret" seperti suara lebah. Selain itu, hal ini juga akan

menyebabkan senar gitar tidak mengeluarkan suara dan terdengar suaranya hanya "dep -

dep". Jadi, Shinn Yi seharusnya mengetahui penjarian memegang kord D minor yang betul

supaya dia dapat memainkan lagu dengan baik dan lancar semasa melakukan pertukaran

kord.

Di samping itu, saya juga mendapati postur Shinn Yi semasa bermain gitar tidak

begitu betul. Saya telah mendapati dia meletakkan gitar pada kaki yang salah. Menurut

Darrin Koltow (2002), mengatakan bahawa kalau kamu memainkan gitar dengan tangan

kanan, jadi letakkan gitar pada kaki kanan anda. Akan tetapi, bagi individu yang bermain

gitar klassikal dikehendaki letak gitar pada kaki kiri anda. Jadi, gitarnya seharusnya letak

pada kaki kirinya kerana dia memainkan gitar dengan tangan kanan. Hal ini kerana postur

yang tidak betul dan tidak selesa akan menjejaskan kelancaran permainan gitar dari segi

pertukaran kord dan strumming. Menurut Guitar Files (2013), postur badan yang tidak betul

akan menyebabkan ketegangan dan menjejaskan kelancaran bermain gitar. Antara

cadangan saya untuk menambahbaikan masalah ini ialah Jia Wen harus peka terhadap

postur semasa bermain gitar. Dia juga boleh mendapat info dari mana-mana sumber supaya

mendapatkan postur yang betul semasa bermain gitar.

Penjarian kord D minor yang dimainkan oleh Shinn Yi

Penjarian kord D minor yang betul

Rajah 1 Penjarian kord D minor yang betul

4

2

1 1

2

3