geografi alam sekitar fizikal
DESCRIPTION
okTRANSCRIPT
GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK DAN MENDATAR
OLEH : FARAH AMALINA BINTI ADANAN950408-07-5356
6 P2T1
Oleh: FARAH AMALINA BINTI ADANAN (950408-07-5356) 6P2T1
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK TABURAN SUHU SECARA MENDATARKonsep
Merujuk kepada perubahan suhu akibat daripada bertambahnya ketinggian sesuatu kawasan ( tanah tinggi ).Kata Kunci Perubahan suhu Bertambahnya ketinggian sesuatu kawasan
(tanah tinggi)
Penerangan konsep
Taburan suhu secara menegak ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara secara menegak.
Daripada segi tenaga , perubahan suhu menega berlaku melalui pengeluaran haba pendam akibat proses pemeluwapan.
Umumnya semakin tinggi sesuatu kawasan, suhu udara semakin rendah.Walaupun begitu, kejatuhan suhu ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan antara musim.
Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100 meter suhu jatu sebanyak 0.65 C . Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal.
Konsep
Taburan suhu secara mendatar merujuk kepada perubahan suhu antara satu tempat dengan satu tempat yang lain mengikut garis lintang ( latitud )
Kata kunci perubahan suhu antara satu tempat dengan tempat yang lain mengikut garis lintang ( latitud )
Penerangan konsep
Di kawasan latitud Khatulistiwa ( 0º ), bezantara suhu tahunan kecil sepanjang tahun iaitu antara 1- 2º .
Bezantara suhu tahunan semakin besar bermula dari Khatulistiwa ke arah kawasan berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ).
Bezantara suhu tahunan besar di kawasan artik, antartika dan kawasan-kawasan sederhana dunia.
Cth gambar rajah: Perubahan suhu mengikut ketinggian.
Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak
Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan mempuyai banyak bahan-bahan yang menyerap bahangan matahari dan bumi.
Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti wap-wap air, habuk. debu, gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan bahangan tersebut secara beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran permukaan bumi.
Manakala lapisan atas atmosfera udaranya lebih nipis, kering dan bersih.
Oleh itu, penyerapan dan pembebasan bahangan kurang berlaku. Kesannya lapisan atmosfera bahagian atas lebih sejuk.
Cth gambar rajah : Taburan Suhu Mendatar Mengikut Garis Lintang
Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar
1. Latitud- Suhu semakin berkurangan bermula dari latitue Khatulistiwa ( 0 º ) ke arah kedua-dua kutub.- Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-
i. Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa terdedah secara tegak ( 90 º ) kepada sinaran matahari. Oleh itu, keamatan tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi. Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun.
ii. Kawasan latitud tinggi ( kedua-dua kutub ) , sudut pancaran matahari lebih jauh dan condong. Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah. Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah.
2. Pengaruh kebenuan dan lautan (daratan & lautan)- Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang. - Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir laut menjadi lebih panas pada waktu malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.
3. Pengaruh badan-badan air yang besar- Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu kilometer darinya .- Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan menambahkan suhu sekitarnya pada musim sejuk.- Contohnya kawasan Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara.
4. Pengaruh arus lautan- Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas kawasan-kawasan yang dilaluinya.- Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain.- Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat
memanaskan udara di kawasan kutub dan sebaliknya. - Contoh Hanyutan Atlantik Utara ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan
latitud rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu udara di kawasan Khatulistiwa.
5. Pengaruh angin lazim- Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya. Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat Eropah telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut. Manakala pantai timurnya lebih sejuk kerana menerima angin sejuk dari kawasan pedalaman benua tersebut.- Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.
6. Pengaruh banjaran gunung- Banjaran gunung (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.- Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap utara ( kutub utara ).- Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan ( Antartika ).
7. Pengaruh tumbuhan- Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu
sesuatu kawasan.- Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya lebih rendah berbanding kawasan lapang.- Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu
kawasan melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.- Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu persekitaran. - Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput
mempunyai nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat
dipulangkan ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.
8. Faktor albedo- Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.- Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari yang diterima pada waktu siang.- Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji akan mengurangkan suhu pada waktu siang.- Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak sinaran matahari secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut tinggi pada waktu siang.
FENOMENA OLAK SUHUKonsep olak suhu- Merujuk kepada keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah
berhampiran permukaan bumi berbanding bahagian atasnya. Penerangan konsep- Olak suhu merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk daripada lapisan atasnya.- Olak suhu biasanya berlaku pada waktu malam di mana pengeluaran bahangan bumi yang pesat menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada bahagian atasnya.- Udara berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu menyebabkan udara tersebut turut menjadi sejuk.- Kesannya udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada
udara di bahagian atasnya.- Di kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengali ke
dasar lurah-lurah.
Faktor-faktor pembentukan olak suhu
Waktu malam yang panjang, contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.
Langit yang cerah tanpa awan untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas.
Malam yang tenang tanpa pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat pencampuran udara panas dan sejuk.
Udara yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap wap-wap air di udara.
Permukaan bumi yang bersalji. Salji ini dapat membalikkan sinaran matahari pada waktu siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah.
Faktor bentuk muka bumi
Sekian ,terima kasih =).