garis panduan permohonan pelesenan...
TRANSCRIPT
0
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN
PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PUTRAJAYA 2009
1
NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 4
2. Skop 4
3. Definasi 4
4. Prosedur Permohonan 5
4.1 Kelayakan Pemohon Mengemukakan Borang Permohonan Lesen
Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
5
4.2 Cara Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan
atau Perniagaan
6
4.3 Kaedah Untuk Mendapatkan Dokumen bagi Melayakkan Memohon
Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
6
4.3.1 Borang Permohonan 6
4.3.2 Program Jaminan Keselamatan Penyediaan Ais bagi Maksud
Perdagangan atau Perniagaan
7
4.3.3 Laporan Perakuan dan Sokongan 7
4.3.4 Laporan Keputusan Analisis sampel Air dan Ais 8
5. Tempoh yang diambil bagi Meluluskan Permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
8
6. Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan 8
7. Tempoh sah laku lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
9
8. Syarat-syarat Pemegang Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
9
9. Penggantungan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
10
10.
Pembatalan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
10
11. Pembaharuan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau 11
2
Perniagaan
12. Pemantauan Kualiti Ais 11
LAMPIRAN Lampiran 1 Borang Permohonan Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan
atau Perniagaan
12
Lampiran 2 Carta-alir Permohonan Sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan
Jabatan Kesihatan Negeri. 14
Lampiran 3 Carta-alir Permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud
Perdagangan atau Perniagaan di Peringkat Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan.
15
Lampiran 4 Syarat-Syarat Pemegang Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud
Perdagangan atau Perniagaan 16
Lampiran 5 Alamat-Alamat Jabatan Kesihatan Negeri 17
Lampiran 6 Senarai Semak Keperluan bagi Jaminan Keselamatan Kilang Ais 19
3
PERINGATAN KEPADA PEMOHON:
1. Pemohon diingatkan membaca dengan teliti prosedur permohonan ini dan
mematuhi segala syarat yang diperlukan.
2. Hanya pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan untuk membuat
permohonan.
3. Memastikan premis telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia.
4
1 PENGENALAN .
Peruntukan di bawah Peraturan 394A Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan)
2009 telah memperuntukan ais hendaklah diperolihi daripada air yang selamat
sebagaimana standard yang ditetapkan di Jadual Ke 25 Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 dan premis penyediaan ais bagi tujuan perniagaan atau
perdagangan perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia. Peraturan 394A juga menghendaki penggunaan ais bagi makanan
untuk jualan atau yang bersentuhan dengan makanan untuk jualan perlu
diperolehi daripada sumber yang dilesenkan.
Manakala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
menghendaki semua premis kilang dikehendaki mempunyai satu sistem jaminan
kualiti yang didokumenkan selain dari keperluan-keperluan kebersihan yang lain.
Garispanduan permohonan lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan
atau perniagaan merupakan pemudahcara kepada pengusaha membuat
permohonan lesen. Pegawai yang terlibat dapat memproses permohonan
pelesenan juga dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih profesional, telus,
cepat dan tepat.
2 SKOP
Prosedur permohonan ini terpakai kepada semua pengusaha ais bagi tujuan
berdagangan atau perniagaan yang berada di Malaysia atau yang mengeksport
ais atau ais yang bersentuh dengan apa-apa makanan ke dalam Malaysia.
5
3 DEFINISI Bagi tujuan garispanduan ini, definisi berikut adalah terpakai:
Pengarah
: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pegawai Diberi kuasa
: Pegawai yang dilantik di bawah Akta Makanan 1983 oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
Air yang Selamat : Hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhui standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima.
Program Jaminan Keselamatan Ais
: Ertinya suatu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan
BKKM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
PKD Pejabat Kesihatan Daerah
JKN Jabatan Kesihatan Negeri 4 PROSEDUR PERMOHONAN
4.1 Kelayakan untuk Mengemukakan Borang Permohonan Lesen
Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
4.1.1 Pemohon hendaklah memastikan kilang memproses ais telah siap
dibina serta sedia untuk digunakan.
4.1.2 Pemohon telah mendaftar premis dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Pendaftaran premis boleh dilakukan di mana-mana Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat.
4.1.3 Pemohon telah melengkapkan dan memiliki dokumen-dokumen berikut;
i. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penyediaan Ais
bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan (Borang KA-1)
ii. Menyediakan Dokumen Progam Jaminan Keselamatan Ais
6
iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia
dan Radioaktif) bagi sampel air punca dan sampel ais.
iv. Telah mendapatkan Perakuan dan sokongan dari Pejabat
Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri
4.1.4 Hanya pemohon yang memiliki dokumen di para 4.1.3 sahaja boleh
mengemukakan permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud
Perdagangan atau Perniagaan ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
4.2 Cara Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
4.2.1 Permohonan kelulusan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud
Perdagangan atau Perniagaan dibuat dengan menghantar dokumen di
para 3.1.3 di atas kepada Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Aras 3, Blok E7, Parcel E, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan Kementerian Kesihatan Malaysia, 62590 Putrajaya.
4.2.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan wang pos atau bank draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
bernilai RM30.00 sebagai fi permohonan.
4.2.3 Sebarang bentuk pembayaran selain para 4.1.3 tidak diterima.
4.2.4 Fi ini tidak akan dikembalikan.
4.2.5 Lesen akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya
semua pra-syarat dipatuhi.
4.3 Kaedah untuk Mendapatkan Dokumen bagi Melayakkan Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan
Bahagian ini menerangkan kaedah bagi pemohon memperolehi dokumen
pra-syarat bagi melayakkan pemohon untuk membuat permohonan
pelesenan penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan.
7
4.3.1 Borang Permohonan
Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman
sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
http://fsq.moh.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Kesihatan Dearah
(PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau BKKM, KKM, Putrajaya.
Borang ini hendaklah diisi dan dihantar bersama-sama dokumen lain
sebagaimana tersenarai di para 3.1.3 di atas.
4.3.2 Dokumen Jaminan Keselamatan Ais
i) Dokumen ini menjelaskan keperluan program jaminan keselamatan
penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan ii) Dokumen ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya prosedur
operasi sanitasi standard (Standard Sanitation Operating Procedure (
SSOP )) bagi kilang makanan. iii) Dokumen ini hendaklah disediakan tiga (3) salinan dan dihantar ke
PKD di mana kilang ais terletak bersama-sama dokumen-dokumen
lain di para 3.1.3.
4.3.3 Laporan Perakuan dan Sokongan Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri
i) Permohonan perakuan dan sokongan ini boleh dibuat di Pejabat
Kesihatan Daerah di mana kilang ais terletak.
ii) PKD akan menjalan semakan terhadap dokumen dan menjalankan
pemeriksaan premis kilang sebelum surat sokongan dikeluarkan.
iii) Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan laporan perakuan dan
sokongan selepas berpuashati dengan laporan yang diterima
daripada PKD.
iv) Segala pembetulan dan penambahbaikan yang dikeluarkan semasa
mendapat sokongan dan perakuan dari PKD dan JKN hendaklah
dikemaskini ke dalam dokumen jaminan keselamatan kilang ais.
8
v) Perakuan dan sokongan dari JKN hanya sah untuk digunakan
sebagai dokumen permohonan lesen bagi tempoh 1 bulan dari tarikh
sokongan tersebut dikeluarkan.
vi) Carta alir proses mendapatkan sokongan dari PKD dan JKN
sebagaimana di lampiran 1
4.3.4 Laporan Keputusan Analisis Sampel Air dan Ais Sampel Air dan Ais
i) Keputusan analisis bagi mikrobiologi, kimia dan radioaktif
hendaklah diserahkan bersama-sama permohonan sokongan
kepada PKD dan JKN. ii) Hanya keputusan analisis dari makmal yang diiktirafkan oleh KKM
sahaja diterima.
iii) Keputusan analisis hanya sah untuk dikemukakan sebagai
dokumen permohonan bagi tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan
analisa dikeluarkan.
5 TEMPOH MASA YANG DIAMBIL BAGI MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN.
5.1 Tempoh masa yang diambil bagi memproses satu permohonan bagi
kelulusan lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau
perniagaan adalah tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap
diterima oleh BKKM, KKM.
5.2 Carta alir proses pengurusan permohonan lesen penyediaan ais bagi
maksud perdagangan atau perniagaan adalah sebagaimana di Lampiran 2.
9
6 LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
6.1 Kelulusan lesen akan dikeluarkan kepada pemohon selepas Pengarah
BKKM berpuashati dengan dokumen permohonan dan syarat kelayakan
memohon sebagaimana para 3.1 dipatuhi. 6.2 Lesen hanya akan dikeluarkan apabila fi lesen sebanyak RM50.00 di terima
melalui wang pos atau bank draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
6.3 Lesen tidak boleh ditukar milik kecuali kebenaran oleh Pengarah dengan
syarat tertentu. 6.4 Kelulusan lesen yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada dokumen
yang dikemukakan semasa permohonan.
7 TEMPOH SAH LAKU LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
Lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan adalah sah
selama SETAHUN selagi ianya tidak melanggar syarat pemegang lesen yang
telah ditetapkan.
8 SYARAT-SYARAT PEMEGANG LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
8.1 Pemegang lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau
perniagaan adalah tertakluk kepada syarat pemegang lesen sebagaimana
terdapat di dalam Lampiran 3.
8.2 Menjadi tanggungjawab kepada pemegang lesen untuk mematuhi syarat
yang telah ditetapkan sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan
394A(6) Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009 .
8.3 Ketidakpatuhan kepada syarat pemegang lesen akan menyebabkan lesen
penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan akan digantung
atau dibatalkan oleh Pengarah.
10
8.4 Pengarah boleh pada bila-bila masa mengubah atau menambah mana-
mana syarat pemegang lesen.
9 PENGAUDITAN
10 PENGGANTUNGAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
10.1 Tindakan pengantungan akan diambil sekiranya pemegang lesen didapati
melanggar mana-mana syarat pemegang lesen penyediaan ais bagi
maksud perdagangan atau perniagaan sebagaimana di lampiran 3. 10.2 Pemprosesan dan pengeluaran ais bagi maksud perdagangan atau
perniagaan tidak dibenarkan sepanjang tempoh penggantungan lesen. 10.3 Semasa penggantungan semua peralatan pemprosesan akan dilak di
bawah Sek. 4(1)(f) Akta Makanan 1983. 10.4 Permohonan pelepasan dari penggantungan hendaklah dikemukakan
kepada pengarah BKKM setelah tindakan pembetulan dilaksanakan.
11 PEMBATALAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN.
11.1 Pembatalan lesen menyebabkan nombor kelulusan dibatalkan dan
pemohon dikehendaki memohon semula lesen baru dengan
mengemukakan semua dokumen berkaitan. 11.2 Tindakan pembatalan akan diambil sekiranya pemegang lesen didapati
melakukan perkara berikut: 11.2.1 Apabila tempoh penggantungan telah melebihi sebulan.
11.2.2 Menjalankan pemprosesan dan pengeluaran dalam tempoh
penggantungan. 11.2.3 Tidak dapat menjamin keselamatan dan kualiti ais yang dikeluarkan. 11.2.4 Meminda atau menambah sistem pemprosesan tanpa kelulusan KKM.
11.3 Permohonan kelulusan lesen hendaklah dibuat sekiranya pemegang lesen
masih berminat untuk mendapatkan semula lesen.
11
12 PEMBAHARUAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD
PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
12.1 Permohonan untuk sokongan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan
kepada PKD sebulan sebelum tamat tempoh sah lesen dengan
menggunakan borang KA-1 12.2 Surat sokongan dan fi lesen (RM50.00) hendaklah dikemukakan ke BKKM.
13 PEMANTAUAN KUALITI AIS
13.1 Pemilik lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan
diwajibkan menjalankan pemantauan kualiti ais setahun sekali. Sampel ais
hendaklah dihantar ke makmal yang diluluskan oleh KKM untuk analisis
fizikal, mikrobiologi, kimia dan radioaktif. Keputusan analisis hendaklah
dihantar ke PKD selewat-lewatnya sebulan dari tarikh pensampelan.
14 PERTANYAAN
Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA
12
RUJUKAN
Akta Makanan 1983
Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik
Garis Panduan Permohonan Lesen Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral
Semulajadi
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1974
13
LAMPIRAN 1 Borang KA-1
PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN APPLICATION FOR LICENSE TO PREPARE ICE FOR THE PURPOSE OF TRADE OR BUSSINES
Sila isi atau tandakan ( / ) di petak berkenaan bagi setiap butiran yang berkaitan (Please fill or tick wherever needed)
Jenis permohonan lesen ( Type of application ):
Permohonan Baru/ New Application Pembaharuan Lesen/ Renewal Of License
(Di hantar 2 bulan sebelum tarikh tamat lesen)
Maklumat Asas Pemohon
1. Nama Pemohon : …………………………………………………………………………….. Name of Applicant
2. No. Kad Pengenalan(Baru / New)/Pasport: ………………………………………………………………… I/C No./ Passport No.
3. Jawatan dalam Syarikat: …………………………………………………………………….. (Designation in company) 4. Nama Syarikat (Company name): ……………………………………………………………………………… 5. Alamat Syarikat (Company address): …………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………… Poskod (Postcode) …………………………………………………..
6. Alamat pos (jika berlainan) : ………………………………………………………………….. (Postal Address if differ from the above) ………………………………………………………………. Poskod (Postcode) ………………………………………………….. 7. No. Tel. Pej.(Off. Tel. No ).: ……………………………………………………….
8. No. Faks (Fax No.) : ………………………………………………………. 9. No. Tel. Bimbit (H.P No.) : ............................................................................ 10. No. Pendaftaran Syarikat (ROC/ROB)-sertakan salinan sijil : ....................................................
(ROC/ROB number - enclose copy of certificate)
11. Alamat e-mail (e-mail address) : ………………………………………………………………………………….. 12. Alamat Kilang : ………………………………………………………………………
(Address of factory) ……………………………………………………………………….. Poskod (Postcode) …………………………………………………….
13 Fi pemprosesan(No.Bank Draf/Kiriman Wang Pos) : ……………………………………… (Processing Fee (Bank draf / Money Order No.))
14
14 No.Pendaftaran Premis dengan KKM: ........................................................ (MOH premise registration number) Pengakuan Pemohon (Applicant's declaration ) Bersama-sama ini disertakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Penyediaan Ais Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan seperti berikut:(I hereby enclose the documents as required for the application of prepare ice for the purpose of trade or business)
i. Borang permohonan KA-1
ii. Dokumen Jaminan Keselamatan Ais
iii. Perakuan dan sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan
Negeri di mana kilang terletak.
iv. Laporan Keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia dan Radioaktif) sampel air dan ais.
Saya, (I) ……………………………………………………………………………… Jawatan: ( Designation ) ……………………………………………………………………………… dengan ini mengaku bahawa ke semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar. ( Hereby, declare that all the above information disclosed above is true ) Tarikh: ( Date ) ……………………………………… …………………………………………………..
(Tandatangan Pemohon) (Signature) (Cop Syarikat) (Company Seal)
Perakuan dan sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah: Sokong/ Tidak disokong Ulasan : ................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. Tarikh : Tandatangan: Nama Pegawai: Jawatan : (sokongan hendalah ditandatangan oleh PKD)
Perakuan dan sokongan dari Jabatan Kesihatan Negeri: Sokong/ Tidak disokong Ulasan : ................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. Tarikh : Tandatangan: Nama Pegawai: (sokongan hendalah ditandatangan oleh TPK(KA)) Jawatan :
15
LAMPIRAN 2 CARTA ALIR PROSES MENDAPATKAN SOKONGAN DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH DAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI
Nota: 14 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan sehingga tarikh mendapat perakuan dan sokongan daripada JKN
PKD-Verifikasi Dokumen/Tindakan (i) Semak dokumen (ii) Pemeriksaan Kilang (iii) Cadangan (Sokong / Tidak Sokong)
Mula
Sokong
Tidak Sokong
Pemohon sediakan: i. Borang Permohonan Pelesenan Ais ii. Dokumen Jaminan Keselamatan Ais iii. Laporan Juruanalisis sumber air dan ais
Tamat
Pemohon
Lengkap
Tidak Lengkap
JKN-Verifikasi Dokumen/Tindakan (i) Semak dokumen (ii) Cadangan (Sokong / Tidak Sokong)
Tidak Lengkap
Lengkap dan Sokong
16
LAMPIRAN 3
PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN
ATAU PERNIAGAAN-DI PERINGKAT BKKM Nota: Proses permohonan lesen ialah 3 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima hingga lesen dikeluarkan
Semak borang menggunakan senarai semak dan buat Keputusan
Lulus
Maklum kepada Pemohon dan minta bayaran
Pemohon - Buat bayaran RM50.00
Keluarkan Resit Bayaran dan Lesen
Tidak Lulus
Keluarkan Lesen
Tamat
Mula
Terima borang permohonan dan fi proses RM30.00
Pemohon
17
LAMPIRAN 4
SYARAT-SYARAT PEMEGANG LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN
1. Produk yang telah mempunyai lesen hendaklah mempamerkan Nombor Kelulusan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Pelesen hendaklah sentiasa memastikan kesemua peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.
3. Pelesen perlu mengemukakan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan oleh
KKM ( Rujuk Akta Makanan 1983 Seksyen 3A) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pengambilan sampel kepada :
i. Pengarah Kesihatan Negeri ii. Pegawai Kesihatan Daerah
Kekerapan Analisis mikrobiologi, kimia dan radioaktif adalah sebulan sebelum tamat tempoh sah lesen.
4. Sebarang pindaan terhadap sistem pemprosesan hendaklah mendapat kelulusan dari pengeluar lesen iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Mematuhi segala peruntukan Program Jaminan Keselamatan sebagaimana di
dokumenkan.
18
LAMPIRAN 5
ALAMAT-ALAMAT JABATAN KESIHATAN NEGERI
BIL
ALAMAT
NO. TELEFON
NO.FAKS
1. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
04-9773333/4 04-9761072
04-9760764
2. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jalan Sultanah 05350 Alor Setar. Kedah
04-7335533
04-7314936
3. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang Tingkat 37, Komtar 10590 P. Pinang
04-2625533
04-2623371 04-2613508
4. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh. Perak
05-2533489 05-2533012
05-2557646 05-2427564
5. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tingkat 10 & 11, Wisma Sunwaymas Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C 40100 Shah Alam, Selangor
03-51237350 03-51237351 03-51237352
03-51237309
6. Pengarah Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan Jalan Lee Sham 70590 Seremban, Negeri Sembilan
06-7625231
06-7675506
7. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Tingkat 6, Wisma Persekutuan Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
06-2826319 06-2828344
06-2839233
8. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Tingkat 4 Blok B, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek 80590 Johor Bahru, Johor
07-2245180/8 07-2245189
07-2277577
19
9. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tingkat 12, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut 25000 Kuantan, Pahang
09-5148608
09-5142951
10. Pengarah Pejabat Kesihatan Negeri Terangganu Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan sultan Ismail 20920 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6226028
09-6221385
11. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Tingkat 5, Wisma Persekutuan Jalan Bayam, 15590 Kota Bharu, Kelantan
09-7483288
09-7472818 09-7441333
12. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jalan Tun Abang Haji Openg 93590 Kuching, Sarawak
082-417995
082-258849
13. Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Tingkat 3, Wisma Persekutuan Jalan Mat Salleh 88814 Kota Kinabalu, Sabah
088-256749
088-217740
14. Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur
03-26940701
03-26938760
15. Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan Peti Surat 80832 87018 Labuan
087-411702
087-419011
20
LAMPIRAN 6
SENARAI SEMAK PELAKSANAAN STANDARD SANITATION OPERATING PROCEDURES (SSOP) DI KILANG MAKANAN
BIL PERKARA PEMATUHAN
CATATAN PERATURAN YA TIDAK
1
PENDAFTARAN PREMIS Premis didaftarkan 3(1) Tempoh pendaftaran masih sah (tempoh sah tidak melebihi 3 tahun)
6
2
PERJALANAN DAN PENYELENGGARAAN PREMIS MAKANAN
Perakuan pendaftaran dipamerkan 8(1)(a) Notis amalan basuh tangan dipamerkan (tandas, sinki cuci tangan, bilik persalinan)
8(1)(b)
Notis larangan membawa masuk binatang disediakan
8(1)(c)
3
PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN
Ada program jaminan keselamatan 9(1) Program mencukupi dan efektif
4 SISTEM KEBOLEHKESANAN MAKANAN Ada sistem kebolehkesanan 10(1) Sistem efektif
5
KEPATUHAN PENGURUSAN Menyediakan premis yang mematuhi kehendak am dan khas premis makanan,
11(1)(a)
Penyediaan dan pengekalan rekod latihan, pemeriksaan kesihatan, perakuan pemvaksinan
1(1)(c)
Penyediaan dan pengekalan rekod pembersihan, pembungkusan, pemprosesan,
11(1)(d)
6
KEHENDAK AM BAGI PREMIS MAKANAN
Lokasi sesuai 12 Rekabentuk sesuai 13 Bekalan air ada dan mencukupi 14(1) Bekalan air selamat 14(2)
7
KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN Keadaan baik, bersih dan kemas setiap masa
15(1)
Menjalankan penyelenggaraan kerbersihan (housekeeping)
15(2)
21
BIL PERKARA PEMATUHAN
CATATAN PERATURAN YA TIDAK
Peralatan yang tidak digunakan tidak terdapat dalam premis Pembersihan am sekali sehari 15(3)
Peralatan dan kemudahan pencucian mencukupi (bekalan air panas/sejuk jika perlu)
15(4)
Ada tempat penyimpanan khas peralatan mencuci
15(6)
Bahan pencuci/pembasmi kuman disimpan di tempat khas
15(6) Bahan pencuci dilabelkan Bahan pencuci disimpan dengan betul
8
KAWALAN PEROSAK Ada sistem kawalan perosak 16(1) Kawalan perosak mencukupi dan efektif
Kawalan perosak bersesuaian (ejen kimia, fizik atau biologi) tanpa menimbulkan ancaman keselamatan makanan
16(2)
9
PELUPUSAN SAMPAH Ada jadual pembuangan sampah 17(1)(a) Kemudahan tong sampah mencukupi dan sesuai
17(2)
Pelupusan bersesuaian dan mesra alam 17(1)(c) Kemudahan tong sampah diselenggara dengan baik
17(1)(b)
10
KEHENDAK KHAS PREMIS MAKANAN PERMUKAAN LANTAI Lantai berkeadaan baik dan mudah dibersihkan
18(a)
Bahan tidak telap air dan mudah dibersihkan 18(b)
Kecerunan mencukupi 18(c)
11
PERMUKAAN DINDING Dinding berkeadaan baik dan mudah dibersihkan
19(1)(a)
Bahan tidak telap air dan tidak toksik 19(1)(b) Sudut lekung cekung dengan lantai 19(2)
12
PENCAHAYAAN Pencahayaan mencukupi
20 Jenis lampu yang digunakan tidak menyebabkan pencemaran makanan (bertutup)
13 SISTEM PENGALIHUDARAAN Sesuai dan mencukupi 21(1)(a) Mudah diselenggara 21(1)(b)
22
BIL PERKARA PEMATUHAN
CATATAN PERATURAN YA TIDAK
Tidak berlaku aliran songsang (daripada kawasan tercemar ke kawasan bersih)
21(2)
14 SILING Bersih, sesuai dan mudah dibersihkan 22
15 PINTU Sesuai dan mudah dicuci 23(a) Boleh tutup sendiri 23(b)
16
PERABOT, LENGKAPAN DAN PERMUKAAN MENYENTUH MAKANAN
Diselenggara dengan baik dan bersih 24(1) Diperbuat daripada bahan yang tidak telap air dan mudah dicuci
24(2)
17
PENYIMPANAN MAKANAN Ada ruangan/bilik 25(1) Ruangan mencukupi dan bersih Ruangan/bilik berasingan untuk bahan mentah/produk akhir
25(2)
Jarak minimum dari dinding 15cm 38(1)(d) Jarak minimum dari lantai 20cm Pengasingan dari bahan mentah dan produk berasal dari khinzir/babi
38(1)(e)
Bekas simpan bahan mentah/ramuan dilabel
38(1)(h)
Ada sistem masuk dulu keluar dulu (FIFO) 38(1)(i)
18
PENYIMPANAN SEJUK / BEKU Berfungsi dengan baik Pengasingan bahan mentah/produk 25(4)(a) Proses defrost dilakukan secara berkala 25(4)(b) Dibuat dari bahan yang mudah dicuci 25(4)(c) Ketepatan jangkasuhu ± 1°C 25(4)(d) Penyimpanan mengikut kapasiti ruangan penyimpanan makanan
38(2)
Airvent hendaklah jauh dari sumber yang mengeluarkan haba panas dan cahaya berlebihan
25(4)(e)
Pintu bilik sejuk dipasang tirai udara/plastik 25(5)
19 LENGKAPAN/KELENGKAPAN Dibuat daripada bahan yang sesuai 24(1) & (2) Mudah dibersihkan 24(1)
20 BILIK PERSALINAN Ada bilik persalinan 26 Ada almari/loker yang sesuai 26 & 32(2)
21 SINK CUCI TANGAN Bilangan mencukupi 27(1) Bekalan air mengalir mencukupi 27(2)(a)
23
BIL PERKARA PEMATUHAN
CATATAN PERATURAN YA TIDAK
Ada sabun/bahan pencuci didalam dispenser
27(2)(b)
Ada tisu kertas/alat pengering tangan 27(2)(c) Bersih dan diselenggara dengan baik 27(2)(d) Ada paip dioperasi tanpa tangan 27(2)(e) Khusus untuk cuci tangan
27(3) Sink berasingan bagi mencuci tangan dan membasuh makanan
22
BILIK TANDAS Bilangan mencukupi 28(1) Bekalan air mengalir mencukupi
28(2)(a) Ada sabun/bahan pencuci didalam dispenser Ada alat pengering Bersih dan bebas dari bau busuk 28(2)(b) Tidak terdedah terus ke kawasan pemprosesan
28(2)(c)
23
KEMUDAHAN PENYALIRAN Mencukupi dan sesuai 29(1) Tidak tersumbat dan ada perangkap sampah 29(2)
Tidak berlaku aliran songsang 29(3)
24
PENGENDALI MAKANAN Telah menghadiri latihan 30(1) Mempunyai sijil diiktiraf PEMERIKSAAN PERUBATAN DAN KEADAAN KESIHATAN PENGENDALI MAKANAN
Telah menjalani pemeriksaan perubatan 31(1) Telah mendapat pelalian PAKAIAN Bersih dan sesuai 32(1)(a) KEBERSIHAN DIRI
33(1)(a) hingga (f) Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh
pihak pengurusan (ada senarai semak) PENGENDALI MAKANAN, PERKAKAS DSB.
Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh pihak pengurusan [ada senarai semak-Rujuk peraturan 35(1)]
35(1)(a) hingga (l)
PENYEDIAAN, PEMBUNGKUSAN DAN PENGHIDANGAN MAKANAN
36(1)(a) hingga (o) Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh
pihak pengurusan [ada senarai semak - rujuk peraturan 36(1)]
25 PENGANGKUTAN
24
BIL PERKARA PEMATUHAN
CATATAN PERATURAN YA TIDAK
Kenderaan yang digunakan hendaklah bersih dan berfungsi dengan baik
Bhgn VI, 56(1)(a)
Pengasingan antara makanan dan bukan makanan
Bhgn VI, 56(1)(b)
Tidak mengangkut bahan merbahaya, toksik atau beracun
Bhgn VI, 56(1)(c)
Mempunyai kawalan suhu dan lain-lain parameter (cth kelembapan)
Bhgn VI, 56(1)(d)
Dinyahjangkit apabila membawa makanan berbeza dan bahan bukan makanan
Bhgn VI, 56(2)
Kenderaan khusus hanya untuk babi dan produk babi
Bhgn VI, 56(3)