garis panduan geran penyelidikan lembaga penduduk...
TRANSCRIPT
0 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
GARIS PANDUAN
GERAN PENYELIDIKAN
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
(GP LPPKN)
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
1 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
SENARAI KANDUNGAN
VISI DAN MISI ................................................................................................................ 2
BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN .................................................................................... 3
1.1. Definisi .........................................................................................................................................3
1.2. Tujuan ..........................................................................................................................................3
1.3. Kluster Penyelidikan ..................................................................................................................4
1.4. Hebahan ......................................................................................................................................4
1.5. Tempoh Penyelidikan ................................................................................................................4
1.6. Syarat-Syarat Permohonan ......................................................................................................5
1.7. Peraturan Permohonan .............................................................................................................6
1.8. Kriteria Penilaian ........................................................................................................................6
1.9. Kaedah Pembayaran .................................................................................................................7
1.10. Peraturan Kewangan .................................................................................................................8
1.11. Hasil Penyelidikan ................................................................................................................... 10
1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan ............................................. 15
BAHAGIAN 2 : PENILAIAN ......................................................................................... 16
2.1. Penilaian Permohonan ........................................................................................................... 16
BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN ................................................................................... 17
3.1. Implementasi Projek ............................................................................................................... 17
3.2. Pengawalan Projek ................................................................................................................. 17
3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan ............................................................... 18
3.4. Penalti ....................................................................................................................................... 18
BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN ...................................................................................... 19
4.1. Pemberitahuan Keputusan .................................................................................................... 19
4.2 Menandatangani Perjanjian ................................................................................................... 19
BAHAGIAN 5 : PERANAN ........................................................................................... 21
5.1. Peranan Ketua Penyelidik ...................................................................................................... 21
BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN .............................................. 22
6.1. Tajuk Penyelidikan .................................................................................................................. 22
6.2. Ulasan Literatur ....................................................................................................................... 22
6.3. Objektif ...................................................................................................................................... 22
6.4. Kepentingan Penyelidikan ..................................................................................................... 22
6.5. Metodologi ................................................................................................................................ 23
6.6. Rujukan ..................................................................................................................................... 23
6.7. Carta Perbatuan ...................................................................................................................... 23
6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan ..................................................................................... 24
Lampiran A .................................................................................................................. 25
2 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
VISI DAN MISI
VISI LPPKN
Menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga
MISI LPPKN
Memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif melalui
dasar, kajian demografi keluarga, program dan perkhidmatan
3 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN
1.1. Definisi
Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) ini adalah merupakan satu dana
penyelidikan yang diwujudkan oleh LPPKN untuk penyelidik menjalankan
projek penyelidikan dalam tiga bidang utama iaitu kependudukan,
kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
1.2. Tujuan
Tujuan GP LPPKN adalah: -
1.2.1. Menggalakkan penerokaan idea/ teori/ konsep/ proses baru
seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu,
penciptaan dan penemuan baru yang inovatif dan terkini.
1.2.2. Meningkatkan kapasiti dan kemahiran penyelidik LPPKN dalam
rangka persediaan LPPKN sebagai pusat kecemerlangan
penyelidikan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan
kesihatan reproduktif yang tersohor di peringkat nasional dan
antarabangsa.
1.2.3. Memperkasakan bidang-bidang penyelidikan di LPPKN yang
memberi impak kepada keluarga, masyarakat dan negara.
1.2.4. Meningkatkan penerbitan saintifik berkaitan penyelidikan
kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
1.2.5. Menggalakkan jaringan kerjasama penyelidikan dengan pakar-
pakar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi penyelidikan
kerajaan lain.
4 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
1.3. Kluster Penyelidikan
Bidang penyelidikan di bawah GP LPPKN adalah:
1.3.1. Bidang kependudukan yang merujuk kepada penyelidikan
saintifik terhadap populasi manusia seperti Fertiliti, Mortaliti,
Penuaan dan Migrasi.
1.3.2. Bidang kekeluargaan yang merujuk kepada pelaksanaan
penyelidikan dalam aspek keluarga antaranya Kesejahteraan
Keluarga, Perkahwinan dan Penceraian, Kemahiran
Keibubapaan, Struktur dan Komposisi Keluarga, serta Cabaran
Keluarga Semasa.
1.3.3. Bidang kesihatan reproduktif yang merujuk kepada
penyelidikan yang merangkumi bidang Klinikal, Biomedikal dan
Psikoseksual.
1.4. Hebahan
GP LPPKN dihebahkan melalui laman sesawang LPPKN, laman sesawang
MPRH, media sosial rasmi LPPKN dan surat hebahan kepada Institut
Pengajian Tinggi awam dan swasta (IPTA/S) dan agensi penyelidikan
kerajaan di seluruh Malaysia.
1.5. Tempoh Penyelidikan
Tempoh penyelidikan yang dicadangkan adalah dari enam (6) bulan
sehingga dua puluh empat (24) bulan mengikut keperluan penyelidikan.
Kelulusan untuk melanjutkan tempoh penyelidikan adalah tertakluk kepada
pertimbangan jawatankuasa yang berkaitan di LPPKN.
5 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
1.6. Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan geran ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di
IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan dengan syarat-syarat berikut:
i. Ketua Penyelidik hendaklah Warganegara Malaysia;
ii. Ketua Penyelidik adalah Profesor/ Profesor Madya/ Pensyarah
Kanan/ Pegawai Penyelidik yang bertaraf tetap;
iii. Bagi Ketua Penyelidik yang bukan warganegara, dimestikan
mempunyai penyelidik bersama yang bertaraf warganegara Malaysia
kakitangan akademik/ pegawai penyelidik yang bertaraf tetap;
iv. Bagi Ketua Penyelidik yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai
penyelidik bersama kakitangan akademik/pegawai penyelidik yang
bertaraf tetap;
v. Ketua Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek
penyelidikan dalam masa yang sama. Sekiranya Ketua Penyelidik
mendapat lebih dari satu (1) geran, maka penyelidik berkenaan
hanya dibenarkan menjadi ahli sahaja dalam penyelidikan tersebut;
vi. Ketua Penyelidik perlulah menghantar Laporan Akhir Penyelidikan
kepada LPPKN sebelum membuat permohonan penyelidikan yang
baru; dan
vii. Setiap projek penyelidikan yang dimohon diharap dapat melahirkan
Modal Insan dalam penyelidikan. Sehubungan dengan itu, sekurang-
kurangnya seorang penyelidik hendaklah terdiri daripada pegawai
LPPKN.
6 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
1.7. Peraturan Permohonan
i. Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang
menepati bidang penyelidikan, dan syarat permohonan serta
peraturan kewangan yang dinyatakan LPPKN.
ii. Semua permohonan hendaklah disokong oleh pihak yang
bertanggungjawab di IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan
masing-masing untuk pertimbangan LPPKN. Hanya permohonan
yang disokong oleh IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan sahaja
yang akan dipertimbangkan oleh LPPKN.
iii. Semua permohonan yang disenarai pendek perlu dibentangkan
kepada Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN.
iv. Bagi projek penyelidikan yang melibatkan manusia dan haiwan,
projek tersebut perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Etika
universiti masing-masing.
1.8. Kriteria Penilaian
Pemilihan projek penyelidikan akan dinilai berdasarkan kepada kriteria
berikut:
i. Penyelidikan yang dimohon mestilah merupakan penyelidikan yang
dapat menghasilkan idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ modul
baharu; atau
ii. Penyelidikan yang dapat menghasilkan sesuatu penemuan baru
yang berupaya membangun atau meningkatkan kualiti perkhidmatan
LPPKN kepada institusi keluarga di negara ini; atau
7 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
iii. Hasil penyelidikan berupaya menambah baik dasar sedia ada
supaya sentiasa relevan dengan trend dan perkembangan isu
kependudukan dan kekeluargaan semasa; atau
iv. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan
kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan institusi
keluarga di negara ini; dan
v. Penyelidikan mempunyai elemen kolaborasi bersama penyelidik
LPPKN untuk tujuan pertukaran pengetahuan (knowledge transfer)
dalam mana-mana aspek berkaitan penyelidikan.
1.9. Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berdasarkan kepada peringkat
kemajuan penyelidikan.
Bil. Fasa Peratusan Bayaran
6 bulan 12 bulan 24 bulan
1. Setelah selesai
menandatangani Surat
Tawaran dan Kontrak
Perjanjian GP LPPKN.
30% 30% 30%
2. Penyerahan Laporan Insepsi
dan Laporan Kewangan.
30%
(bulan ke-2)
30%
(bulan ke-2)
30%
(bulan ke-2)
3. Penyerahan Laporan
Interim/1 dan Laporan
Kewangan.
30%
(bulan ke-4)
20%
(bulan ke-6)
10%
(bulan ke-8)
4. Penyerahan Laporan Interim
2 dan Laporan Kewangan.
10%
(bulan ke-14)
5. Penyerahan Draf Laporan
Akhir dan Laporan
Kewangan.
10%
(bulan ke-10)
10%
(bulan ke-20)
8 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
6. Setelah selesai
pembentangan Laporan Akhir
dan penyerahan Laporan
Akhir Penyelidikan, Laporan
Kewangan, ringkasan
penyelidikan, CD yang
mengandungi data mentah
dan kertas pembentangan
penyelidikan.
10%
(bulan ke-6)
10%
(bulan ke-12)
10%
(bulan ke-24)
Jumlah 100%
1.10. Peraturan Kewangan
Penyelidik dikehendaki mematuhi peraturan kewangan, perolehan dan
perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan yang diwartakan
oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Keutamaan adalah seperti
berikut :
Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)
Siling upah dan elaun adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah geran.
Perjalanan dan Pengangkutan
Perjalanan domestik dan antarabangsa yang berkaitan dengan projek
tidak melebihi 15% daripada jumlah geran. Sekiranya melebihi 15%
penyelidik perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu GP
LPPKN.
Komunikasi dan Utiliti
Perbelanjaan bagi tujuan komunikasi dan utiliti dibuat atas urusan yang
berkaitan dengan penyelidikan sahaja.
9 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
Sewaan
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan
barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.
Bekalan dan Bahan Penyelidikan
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja
dibenarkan.
Perkhidmatan Ikhtisas
Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,
honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan
komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan
dengan pembangunan prototaip.
Aksesori dan Peralatan
Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan
keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan penyelidikan atau
pembangunan modul sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah
disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling
Perbendaharaan. Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi yang
tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. Jumlah yang
dimohon pula tidak melebihi 40% daripada jumlah geran.
Skop Pembiayaan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan,
perolehan dan perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan
termasuk perbelanjaan untuk pengendalian program bagi mana-mana
penyelidikan yang memerlukan pelaksanaan program seperti penyelidikan
tindakan yang melibatkan program intervensi. Keperluan mengadakan
program hendaklah disertakan justifikasi, perancangan aktiviti,
kandungan, pemudah cara, jangkaan output dan perbelanjaan terlibat
serta lain-lain perkara yang difikirkan perlu.
10 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
1.11. Hasil Penyelidikan
1.11.1. Penyerahan Laporan Insepsi
i. Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan insepsi
kepada LPPKN dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh
mula perjanjian Geran Penyelidikan; dan
ii. Laporan merangkumi peringkat awal penyelidikan yang telah
dilaksanakan seperti berikut:
a. struktur organisasi pasukan penyelidik, peranan dan
tanggungjawab setiap penyelidik;
b. kertas cadangan kajian yang merangkumi objektif, skop,
metodologi, analisis data kajian dan jangkaan hasil kajian;
dan
c. sorotan kajian (literature review) yang terkini dan
komprehensif dalam bidang berkaitan.
1.11.2. Penyerahan Laporan Interim
i. Tempoh penyelidikan 6 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim dalam
tempoh empat (4) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran
Penyelidikan;
ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim dalam
tempoh enam (6) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran
Penyelidikan;
iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan interim 1
dalam tempoh lapan (8) bulan dan laporan interim 2 dalam
tempoh 14 bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran
Penyelidikan; dan
11 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
iv. Laporan merangkumi kemajuan peringkat penyelidikan
antaranya seperti pembinaan instrumen/modul/program
intervensi, pelaksanaan kajian rintis, kerja lapangan
sebenardan pelaksanaan kajian rintis.
1.11.3. Draf Laporan Akhir
i. Tempoh penyelidikan 6 bulan
Tidak berkenaan;
ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan draf laporan akhir
dalam tempoh sepuluh (10) bulan daripada tarikh mula
perjanjian Geran Penyelidikan;
iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan draf laporan akhir
dalam tempoh dua puluh (20) bulan daripada tarikh mula
perjanjian Geran Penyelidikan; dan
iv. Draf laporan akhir ini hendaklah mengandungi penulisan
lengkap keseluruhan penyelidikan termasuk penemuan hasil
penyelidikan.
1.11.4. Penyerahan Laporan Akhir
i. Tempoh penyelidikan 6 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam
tempoh enam (6) bulan daripada tarikh mula perjanjian Geran
Penyelidikan;
ii. Tempoh penyelidikan 12 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam
tempohdua belas (12) bulan daripada tarikh mula perjanjian
Geran Penyelidikan; dan
12 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
iii. Tempoh penyelidikan 24 bulan
Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir dalam
tempoh dua puluh empat (24) bulan daripada tarikh mula
perjanjian Geran Penyelidikan.
1.11.5. Format Penulisan Laporan Akhir
i. Laporan hendaklah ditulis dalam dwibahasa; Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris sepenuhnya;
ii. Kertas bersaiz A4 dan berwarna putih;
iii. Penaipan (Font):
a. ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang dengan kedudukan
‘justify’
b. ‘Times New Roman’ bersaiz 14, ‘bold’ dan ‘CAPITAL
LETTER’ bagi Heading 1
c. ‘Times New Roman’ bersaiz 14 dan ‘bold’ bagi Heading
2;
iv. Selang baris: 1.5 spacing. Manakala 1.0 spacing digunakan
untuk Abstrak dan Rujukan;
v. Ukuran: Ukuran setiap muka surat seperti berikut:
a. Atas : 2.5cm daripada jidai atas
b. Bawah : 2.5cm daripada jidai bawah
c. Kanan : 2.5cm daripada jidai kanan
d. Kiri : 4.0cm daripada jidai kiri;
vi. Format Am: Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali
subtajuk;
13 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
vii. Penjilidan: Kulit laporan hendaklah dijilidkan menggunakan
‘matt art card’ dan format kulit laporan penyelidikan adalah
seperti Lampiran A;
viii. Tulang Kulit:
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah
dicetak dengan jenis huruf yang sama pada muka hadapan
laporan penyelidikan dan hendaklah mengikut susunan
berikut:
a. Tahun
b. Tajuk penyelidikan
c. Logo LPPKN
d. Logo IPTA/S atau agensi penyelidikan kerajaan
Contoh tulang kulit:
ix. Sistem Rujukan
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah
ditulis mengikut sistem American Psychological Association
(APA) yang terkini.
1.11.6. Pembentangan Laporan Akhir
i. Penyelidik dikehendaki membentangkan laporan akhir
penyelidikan kepada Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN
pada bulan terakhir sebelum tamat tempoh penyelidikan; dan
ii. Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir yang
telah ditambah baik kepada LPPKN dalam tempoh satu (1)
bulan selepas pembentangan laporan akhir. Laporan
hendaklah diserahkan sebanyak tiga (3) salinan dalam bentuk
Perfect Binding dan soft copy (CD-ROM). Perkara-perkara
berikut hendaklah disertakan di dalam CD-ROM:
2021 TAJUK PENYELIDIKAN
14 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
a. Ringkasan eksekutif penyelidikan
b. Laporan penuh penyelidikan dan penemuan
c. Data mentah penyelidikan
d. Kertas pembentangan penyelidikan
e. Laporan kewangan
f. Laporan aset
1.11.7. Modal Insan
Setiap projek mesti melahirkan seorang penyelidik dalam kalangan
pegawai LPPKN.
1.11.8. Penerbitan
Setiap projek hendaklah menghasilkan sekurang-kurangnya satu
(1) penerbitan dalam jurnal berindeks. Penghargaan kepada GP
LPPKN mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.
Hasil penyelidikan adalah menjadi hak bersama LPPKN dan
penyelidik. Penyelidik boleh menerbitkan hasil penyelidikan
tersebut setelah mendapat kebenaran LPPKN. Penyelidik juga
perlu menyatakan dengan jelas hasil penyelidikan adalah hak milik
penyelidik bersama LPPKN.
1.11.9. Harta Intelek
Penyelidik boleh memohon pendaftaran Harta Intelek sama ada di
peringkat tempatan atau antarabangsa setelah mendapat
kelulusan LPPKN. Segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta
Intelek adalah di bawah tanggungjawab IPTA/S dan agensi
penyelidikan kerajaan.
Harta Intelek hasil GP LPPKN menjadi hak milik IPTA/S atau
agensi penyelidikan kerajaan bersama LPPKN.
15 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
1.11.10. Penghasilan Modul Program dan Instrumen Penyelidikan
Modul Program dan Instrumen Penyelidikan adalah menjadi hak
milik LPPKN. Sebarang penggunaan di masa hadapan
memerlukan kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah
LPPKN.
1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan
Pihak LPPKN akan memaklumkan tarikh buka dan tutup permohonan GP
LPPKN melalui laman sesawang LPPKN, laman sesawang MPRH, media
sosial rasmi LPPKN dan surat hebahan kepada Institut Pengajian Tinggi
awam dan swasta (IPTA/S) dan agensi penyelidikan kerajaan di seluruh
Malaysia.
16 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 2 : PENILAIAN
2.1. Penilaian Permohonan
2.1.1. Permohonan GP LPPKN akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal
dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN.
Mesyuarat jawatankuasa ini akan dilaksanakan pada bila-bila
masa secara berperingkat.
2.1.2. Penilaian oleh jawatankuasa berkaitan adalah berdasarkan
syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain
garis panduan jika berkaitan.
2.1.3. Permohonan yang disenarai pendek perlu melalui satu (1) sesi
pembentangan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu
GP LPPKN. Proses ini bertujuan untuk menilai kertas cadangan
terbaik untuk ditawarkan GP LPPKN serta menjamin kualiti kertas
cadangan. Segala kos berkaitan perjalanan dan penginapan
penyelidik ke sesi pembentangan ini tidak akan ditanggung oleh
pihak LPPKN.
17 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN
3.1. Implementasi Projek
Semua projek yang diluluskan di bawah GP LPPKN akan dipantau dari
aspek prestasi pelaksanaan dan kewangan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pemandu GP LPPKN.
3.2. Pengawalan Projek
Penyelidik hendaklah menghantar laporan prestasi penyelidikan kepada urus
setia GP LPPKN yang terdiri daripada :
i. Laporan prestasi projek mengikut fasa berikut:
BIL.
FASA MENGIKUT
TEMPOH
PENYELIDIKAN
PERATUSAN KEMAJUAN
6 Bulan 12 Bulan 24 Bulan
1. Laporan Insepsi 20%
(bulan ke-2)
20%
(bulan ke-2)
20%
(bulan ke-2)
2. Laporan Interim/1 50%
(bulan ke-4)
50%
(bulan ke-6)
30%
(bulan ke-8)
3. Laporan interim 2 30%
(bulan ke-14)
4. Draf Laporan Akhir 20%
(bulan ke-10)
10%
(bulan ke-20)
5. Laporan Akhir 30%
(bulan ke-6)
10%
(bulan ke-12)
10%
(bulan ke-24)
Jumlah 100%
18 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
ii. Pemakluman status penghantaran satu (1) artikel jurnal kepada
jurnal berindeks berkaitan penyelidikan dihantar dalam tempoh satu
(1) bulan selepas penyelidikan dibentang.
3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis sekurang-kurangnya satu (1)
bulan dari tarikh tamat kontrak. Tempoh perlanjutan yang dibenarkan adalah
hanya sehingga (1) bulan dari tarikh akhir yang telah ditetapkan dalam
kontrak perjanjian.
3.4. Penalti
i. Setiap IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan perlu memastikan
semua projek perlu mencapai prestasi pelaksanaan dan kewangan
yang memuaskan berdasarkan carta perbatuan;
ii. Ketua Penyelidik yang telah dikenal pasti bermasalah akan disenarai
hitam bagi tempoh dua (2) tahun sebelum diberi kebenaran untuk
membuat permohonan geran yang baharu;
iii. Prestasi projek perlu mencapai modal insan dan penerbitan seperti
dalam cadangan yang telah diluluskan; dan
iv. Kegagalan penyelidik melaksanakan projek mengikut kelulusan yang
telah diberikan dan/ atau gagal membuat pembetulan apabila
diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa GP LPPKN akan
membolehkan kelulusan yang diberikan kepada penyelidik
dibatalkan pada bila-bila masa dan penyelidik perlu membayar
keseluruhan jumlah geran yang telah diberikan sebelum ini.
19 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN
4.1. Pemberitahuan Keputusan
4.1.1. Surat kelulusan projek akan disampaikan kepada Naib Canselor
Universiti/ Ketua Jabatan dan sesalinan surat kelulusan akan
dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti dan
pemohon.
4.1.2. Setelah pemohon menerima surat tawaran GP LPPKN, pemohon
perlu memberi maklum balas kepada LPPKN dengan
mengembalikan borang jawapan dalam tempoh lima (5) hari
bekerja. Sekiranya urus setia GP LPPKN tidak menerima
sebarang maklum balas, tawaran dianggap terbatal.
4.1.3. Pembayaran secara berperingkat akan dibuat kepada IPTA/S
atau agensi penyelidikan kerajaan setelah surat kelulusan GP
LPPKN dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang
diluluskan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN.
4.1.4. Keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN
adalah muktamad.
4.2 Menandatangani Perjanjian
4.2.1. Satu sesi menandatangani perjanjian penyelidikan akan
dilaksanakan antara LPPKN dan Ketua Penyelidik di Bahagian
Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK), Aras 16,
Bangunan LPPKN. Segala kos berkaitan kehadiran pemohon ke
LPPKN adalah dalam tanggungan pemohon sendiri.
Walaubagaimanapun sesi menandatangani perjanjian ini adalah
tertakluk kepada situasi semasa.
20 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
4.2.2. Sebanyak lima (5) salinan perjanjian GP LPPKN perlu
ditandatangani oleh LPPKN dan pemohon yang berjaya:-
i. Dua (2) salinan perjanjian untuk simpanan LPPKN;
ii. Dua (2) salinan perjanjian untuk pemohon; dan
iii. Satu (1) salinan perjanjian untuk simpanan Unit
Perundangan LPPKN.
4.2.3. LPPKN akan menguruskan proses “mematikan” setem dan
salinan perjanjian tersebut akan diserahkan kepada pemohon
setelah proses dilaksanakan.
4.2.4. Ketua Penyelidik hendaklah membawa bersama salinan kad
pengenalan dan salinan maklumat akaun Bendahari IPTA/S atau
Unit Kewangan agensi penyelidikan kerajaan.
21 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 5 : PERANAN
5.1. Peranan Ketua Penyelidik
5.1.1. Membuat permohonan;
5.1.2. Menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah
diluluskan;
5.1.3. Menghantar laporan kewangan, prestasi penyelidikan dan laporan
akhir seperti yang dikehendaki dalam garis panduan melalui Pusat
Pengurusan Penyelidikan Universiti atau agensi penyelidikan
kerajaan masing-masing;
5.1.4. Mengurus program penyelidikan dan penyelidik; dan
5.1.5. Setelah tamat tempoh geran penyelidikan, sekiranya terdapat
keperluan, penyelidik pada bila-bila masa dikehendaki
membentangkan hasil penyelidikan dalam mana-mana
seminar/ persidangan/ bengkel/ mesyuarat anjuran LPPKN.
22 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN
6.1. Tajuk Penyelidikan
6.1.1. Tajuk merupakan permasalahan dalam penyelidikan dan
pemilihan tajuk penyelidikan adalah berdasarkan perkara yang
ingin dikaji oleh penyelidik.
6.1.2. Tajuk hendaklah ringkas, tepat dan jelas menggambarkan
penyelidikan yang dijalankan.
6.2. Ulasan Literatur
6.2.1. Rujukan hendaklah relevan dan dalam skop lingkungan isu
penyelidikan yang dijalankan.
6.2.2. Rujukan mestilah meliputi isu penyelidikan yang dijalankan dan
berkaitan dengan persoalan penyelidikan.
6.2.3. Rujukan mestilah dianalisis dan diolah berdasarkan penyelidikan
yang dijalankan.
6.3. Objektif
Bahagian ini menjelaskan objektif penyelidikan yang boleh diukur dan
menyatakan hasil yang dijangka.
6.4. Kepentingan Penyelidikan
Bahagian ini menerangkan tentang faedah penyelidikan yang dilakukan.
Kepentingan penyelidikan yang dijalankan haruslah dapat membantu LPPKN
dalam menambah baik sesuatu program, pendekatan dan dasar yang sedia
ada.
23 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
6.5. Metodologi
Metodologi penyelidikan menjelaskan tentang rekabentuk penyelidikan yang
akan dijalankan. Ia perlu mempunyai teknik analisa data dan kaedah
penyelidikan secara terperinci. Terdapat enam (6) bahagian utama yang
perlu dibentangkan iaitu:
i. Lokasi penyelidikan;
ii. Pemilihan sampel;
iii. Pembinaan instrumen;
iv. Pengumpulan data;
v. Pengukuran pemboleh ubah; dan
vi. Penganalisisan data.
6.6. Rujukan
6.6.1. Bahan rujukan mestilah dalam lingkungan sehingga 5 tahun ke
belakang sahaja.
6.6.2. Teknik penulisan rujukan menggunakan format American
Psychological Association (APA).
6.7. Carta Perbatuan
6.7.1. Menjelaskan perancangan jangka masa bagi proses penyelidikan.
Ianya penting bagi penyelidik merangka dan membentangkan
proses penyelidikan yang akan dilakukan dan peruntukan
kewangan.
6.7.2. Tempoh adalah bergantung kepada jenis penyelidikan yang akan
dilakukan dan peruntukan kewangan.
24 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan
Penjelasan secara terperinci mengenai peruntukan kewangan yang
diperlukan dalam menjalankan penyelidikan seperti dalam perenggan 1.10.
25 | G A R I S P A N D U A N G P L P P K N
Lampiran A
ANALISIS PENCERAIAN DI MALAYSIA
IRDINA MANSOR
MOHD NASIR TAIB
DISEMBER 2021*
*Nota: Bulan Penyerahan Laporan Akhir