garis panduan etika berpakaian bagi ... tidak menggunakan fabric dan jenis kain yang jarang baju...
TRANSCRIPT
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 1
GARIS PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN BAGI KAKITANGAN KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) Selaras dengan pengkorporatan Kumpulan PPPNP, keperluan mewujudkan budaya professional termasuklan imej penampilan diri setiap kakitangan akan turut mencerminkan kredibiliti
Kumpulan PPPNP. Penampilan professional ketika bertugas rasmi di dalam atau luar pejabat akan turut memberikan
persepsi positif umum kepada tahap penyampaian perkhidmatan di Kumpulan PPPNP. Pemakaian dan penampilan yang kemas juga akan turut mempengaruhi tahap sahsiah dan
moral kakitangan Kumpulan PPPNP dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Atas dasar itu, Garis Panduan Etika Dan Penampilan Pemakaian ke Pejabat diterbitkan sebagai rujukan warga PPPNP
di dalam menampilkan etika pemakaian yang lebih kemas dan bersesuaian ketika menjalankan tugas-tugas rasmi.
OBJEKTIF
i. Sumber rujukan utama dalam etika dan penampilan pemakaian ke pejabat bagi semua warga PPPNP;
ii. Membentuk konsistensi dalam jenis pakaian dan penampilan setiap warga PPPNP ketika menjalankan
tugas rasmi sama ada di dalam mahupun luar pejabat;
iii. Hasil terjemahan kepada arahan-arahan dan pekeliling-
pekeliling mengenai tatacara dan etika pemakaian ke pejabat mengikut keadaan dan kesesuaian suasana kerja
di Kumpulan PPPNP; dan
iv. Membentuk budaya keterampilan yang kemas,
professional dan beretika di kalangan warga PPPNP bagi meningkatkan keyakinan dan persepsi
ETIKA DAN PENAMPILAN
Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan, pemikiran dan etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Cara berpakaian dan penampilan yang
ditunjukkan akan member kesan dalam menentukan sejauh
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 2
mana keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan kepada stakeholders dan pelanggan.
Atas dasar itu, imej adalah berkait rapat dengan tanggapan dan
persepsi ke atas seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, bagi menggayakan pakaian,seseorang itu harus menitik beratkan pertimbangan berikut iaitu:
i. Mengenali bentuk badan;
ii. Potongan dan kombinasi warna pakaian yang dipilih;
iii. Kesesuaian jenis pakaian dan aksesori; dan
iv. Kedudukan/pangkat dalam Organisasi
LOUNGE SUIT
Lounge Suit bagi pegawai lelaki
adalah pemakaian kot dan seluar panjang yang diperbuat daripada bahan yang
bersesuaian dan padan dari segi corak dan warna. Warna gelap
adalah digalakkan. Baju kemeja hendaklah
berlengan panjang dan berwarna cerah (lengan baju tidak
dilipatkan) Tali leher yang digunakan
adalah bersesuaian dengan warna kemeja yang dipakai.
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 3
NEHRU SUIT
SUIT PEREMPUAN
Kerajaan telah menetapkan
beberapa fesyen pemakaian
alternative yang boleh dipakai semasa bekerja atau
menghadiri acara rasmi. Antaranya ialah Nehru Suit.
Pemakaian Nehru Suit boleh dipakai sama ada berbutang hadapan atau terselindung.
Pemakaian Suit bagi pegawai wanita di
Kumpulan PPPNP boleh dipakai dengan seluar panjang dan skirt labuh yang diperbuat daripada bahan yang
bersesuaian dan padan dari segi corak dan warna. Warna gelap adalah digalakkan.
Kot mesti melebihi sedikit daripada
paras punggung. Seluar panjang hendaklah tidak ketat dan mencolok mata.
Baju kemeja hendaklah berlengan
panjang dan berwarna cerah (;lengan baju tidak dilipatkan).
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 4
PAKAIAN PEJABAT (LELAKI)
**Pemakaian tali leher PPPNP adalah diwajibkan
setiap hari Isnin serta ketika menghadiri Majlis-majlis
Rasmi PPPNP
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 5
PAKAIAN PEJABAT (PEREMPUAN)
Three- Piece Pant Suit
Two- Piece Pant Suit
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 6
Baju Kurung, Baju Kebaya dan Baju Kurung Moden
adalah merupakan pakaian Kebangsaan
Pemakaian baju kurung, baju kebaya dan baju kurung
moden ke pejabat adalah digalakkan terutamanya apabila melaksanakan tugasan rasmi
Fesyen baju-baju tersebut hendaklah tidak keterlaluan
dan tidak menggunakan fabric dan jenis kain yang jarang
Baju kurung berbunga-bunga hanya boleh dipakai pada
hari Jumaat sahaja.
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 7
BAJU BATIK
Pemakaian batik adalah diwajibkan pada setiap hari Khamis
Batik yang digunakan hendaklah batik Malaysia
Pegawai Lelaki perlu memakai baju batik (dibuat seperti baju kemeja
dan berlengan panjang) dan berseluar panjang
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 8
PAKAIAN KEBANGSAAN DAN PAKAIAN ALTERNATIF
Pemakaian Baju Melayu Lengkap adalah digalakkan
pada hari Jumaat.
Baju Melayu hendaklah
dipakai dengan lengkap iaitu bersamping, bersongkok dan mempunyai lima butanmg
(Jenis cekak musang)
Warna baju, seluar dan samping adalah pilihan sendiri tetapi hendaklah bersesuaian.
Penggunaan pakaian kebudayaan kaum lain adalah dibolehkan. Namun begitu, pakaian tersebut
haruslah dipakai secara lengkap dan bersesuaian untuk
menjalankan tugasan rasmi.
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 9
PAKAIAN SERAGAM - Kakitangan Kumpulan PPPNP yang telah dibekalkan pakaian seragam
(Pemandu, Pembantu Am Rendah Dan Polis Bantuan) hendaklah
memakai pakaian tersebut ke pejabat.
BAJU KORPORAT PPPNP
- Pemakaian baju korporat PPPNP (Oren) perlu dipakai oleh setiap warga PPPNP pada setiap hari Selasa.
PEMATUHAN ARAHAN Garis Panduan Etika Dan Penampilan Pemakaian ke Pejabat ini adalah tertakluk kepada arahan sedia ada yang telah dikeluarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan hendaklah digunakan bersama-sama dengan arahan pengurusan Kumpulan PPPNP dari masa ke masa :-
a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1975 – Pindaan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 mengenai Pakaian Masa
Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Kerajaan;
b) Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai Awam;
c) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993;
d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif sebagai Pakaian semasa bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi;
e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 – Pemakaian
Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada Hari Khamis; dan
f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013 – Pemakaian
Two/Three- Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 10
AKSESORI
LELAKI
Tali Leher Korporat
Pemakaian tali leher korporat adalah
setiap hari Isnin Pin Tali Leher
Dipakai di tengah-tengah tali leher.
Pas Pekerja
Setiap warga PPPNP mestilah sentiasa memakai pas pekerja sepanjang berada di kawasan pejabat ataupun ketika
melakukan tugas rasmi di luar pejabat.
Tali Pinggang Warna tali pinggang adalah digalakkan
sama dengan warna kasut. Jam Tangan
Reka bentuk, warna dan bahan adalah
bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat.
Cuff Link
Pemakaian aksesori ini adalah pilihan kepada butang. Corak, bahan dan saiz hendaklah bersesuaian dengan suasana
kerja di pejabat. Kasut Dan Stoking
Kasut yang dipakai mestilah berkilat dan
berwarna gelap. Stoking yang dipakai juga berwarna gelap dan sepadan dengan
warna seluar yang dipakai.
PEREMPUAN
Tali Pinggang Warna Tali pinggang adalah digalakkan
sama dengan warna kasut. Jam Tangan
Reka bentuk, warna dan bahan adalah
bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat.
Pas Pekerja
Setiap warga PPPNP mestilah sentiasa memakai pas pekerja sepanjang berada di kawasan pejabat ataupun ketika melakukan
tugas rasmi di luar pejabat. Cuff Link
Pemakaian aksesori ini adalah pilihan
kepada butang. Corak, bahan dan saiz hendaklah bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat
Rantai/Gelang/Cincin Barang kemas hendaklah dipakai secara
sederhana dan tidak terlalu menonjol Kasut Dan Stoking
Kasut yang dipakai mestilah berkilat dan
berwarna gelap (court shoes). Stoking adalah
berwarna kulit.
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 11
PEMAKAIAN UNTUK LELAKI
YA
KEPALA/MUKA
Rambut hendaklah disikat kemas
Berkepala botak hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut sahaja iaitu;
v. Genetik / Keturunan vi. Penyakit vii. Amalan Agama / Kepercayaan
(Umrah/Haji) viii.
BADAN - Memakai Pas Nama
- Kolar baju dan hujung tangan mesti kelihatan ½ inci daripada kot
- Warna Tali leher dan Baju yang dipakai adalah sepadan
- Hujung kepala tali leher mencecah
paras kepala tali pinggang
KAKI
- Memakai kasut kulit yang sentiasa berkilat
- Memakai stoking yang berpadanan
dengan warna seluar.
TIDAK
KEPALA/MUKA
- Rambut Panjang, berwarna atau
dibuat dengan gaya Punk atau skinhead.
- Menindik telinga / hidung / lidah
- Misai tidak dijaga rapi - Gigi yang tidak digosok - Nafas Berbau
BADAN
- Badan berbau dan tidak bersih - Memakai bow tie dengan suit yang
tidak bersesuaian - Berkuku panjang dan kotor
- Memakai pakaian yang tidak tersenarai sebagai pakaian ke pejabat
- Tali leher berkarektar kartun atau
logo yang tidak sepatutnya - Pakaian yang tidak digosok kemas
atau tidak dibasuh.
KAKI - Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis
- Memakai kasut sukan dengan pakaian pejabat
- Memakai kasut dan stoking berwarna putih
- Berselipar atau hanya memakai
sandal.
PENAMPILAN
- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya
- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa
YA
KEPALA/MUKA
Rambut hendaklah disikat kemas
Berkepala botak hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut sahaja iaitu;
i. Genetik / Keturunan ii. Penyakit iii. Amalan Agama / Kepercayaan
(Umrah/Haji) iv.
BADAN - Memakai Pas Nama
- Kolar baju dan hujung tangan mesti kelihatan ½ inci daripada kot
- Warna Tali leher dan Baju yang dipakai adalah sepadan
- Hujung kepala tali leher mencecah
paras kepala tali pinggang
KAKI
- Memakai kasut kulit yang sentiasa berkilat
- Memakai stoking yang berpadanan
dengan warna seluar.
TIDAK
KEPALA/MUKA
- Rambut Panjang, berwarna atau
dibuat dengan gaya Punk atau skinhead.
- Menindik telinga / hidung / lidah
- Misai tidak dijaga rapi - Gigi yang tidak digosok - Nafas Berbau
BADAN
- Badan berbau dan tidak bersih - Memakai bow tie dengan suit yang
tidak bersesuaian - Berkuku panjang dan kotor
- Memakai pakaian yang tidak tersenarai sebagai pakaian ke pejabat
- Tali leher berkarektar kartun atau
logo yang tidak sepatutnya - Pakaian yang tidak digosok kemas
atau tidak dibasuh.
KAKI - Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis
- Memakai kasut sukan dengan pakaian pejabat
- Memakai kasut dan stoking berwarna putih
- Berselipar atau hanya memakai
sandal.
PENAMPILAN
- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya
- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 12
PEMAKAIAN UNTUK WANITA
YA
KEPALA/MUKA
- Rambut sentiasa disikat kemas
atau disanggul (netting)
- Tudung yang dipakai hendaklah berpadanan dengan warna baju
- Memakai subang yang bersesuaian - Mengenakan makeup yang
berkadaran
ix. x. BADAN
- Memakai Pas Nama - Kombinasi corak dan warna pakaian
adalah berpadanan - Memakai pewangi yang
menyenangkan dan berkadaran
- Memakai aksesori yang tidak terlalu sarat dan mewah
- Sentiasa memakai kot (jika memakai lounge suit)
KAKI
- Memakai kasut kulit yang bertutup
dan sentiasa berkilat
- Memakai stoking berwarna kulit / gelap.
TIDAK
KEPALA/MUKA
- Rambut berserabai dan dibiarkan
tidak terurus.
- Kombinasi warna makeup yang tidak sesuai dan keterlaluan
- Tudung yang lusush dan tidak digosok kemas
- Gigi yang tidak digosok
- Nafas Berbau
BADAN - Badan berbau dan tidak bersih
- Berkuku panjang dan kotor - Memakai pakaian yang jarang, ketat
atau kombinasi fesyen yang tidak
boleh diterima sebagai pakaian ke pejabat
- Pakaian yang tidak digosok kemas atau tidak dibasuh.
KAKI
- Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis - Memakai kasut sukan dengan
pakaian pejabat - Berselipar atau hanya memakai
sandal.
PENAMPILAN
- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya
- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 13
TIP TAMBAHAN
1. Baju Kemeja
Elakkan memakai kemeja daripada kain jenis berkilat dan
jarang Hendaklah memilih kemeja yang selesa dipakai dan
berpadanan dengan bentuk badan dan warna kulit Bukaan kolar yang selesa, bertujuan untuk tampak kemas
ketika mengenakan dengan tali leher
Warna baju hendaklah lebih gelap daripada warna tali leher Padankan tali leher berjalur dengan baju satu warna (plain) dan
tali leher plain dengan baju berjalur Baju yang berjalur timbul dan sewarna boleh dipakai dengan
tali leher berjalur halus
Elakkan memakai tali leher plain kecuali memakai lounge suit.
2. Tali Leher
Panjang tali leher adalah padan dengan ketinggian pemakai Hanya dipakai dengan baju lengan panjang (kecuali pakaian
seragam)
Elakkan menggunakan tali leher yang terlalu besar, sharp-end dan dipakai dengan terlalu singkat atau labuh
Diikat dengan ikatan simpul tiga segi Pin tali leher dipakai di tempat yang bersamaan dengan tengah
saku baju, tetapi jika memakai lounge suit, tempat yang
bersesuaian adalah bersamaan di bahagian atas saku baju.
3. Lounge Suit
Dipakai dengan baju lengan panjang sewarna
Potongan seluar adalah jenis straight-cut dan bukannya jenis bell-bottom
Lounge suit tidak dipakai berlainan warna dengan seluar
kecuali jika memakai sport-jacket Semasa berdiri di majlis/mesyuarat, hanya butangkan satu
sahaja suit tersebut, manakala semasa duduk, butang tersebut
boleh dibuka untuk keselesaan.
4. Beg Tangan Dan Kasut
Warna beg tangan boleh dipadankan dengan warna kasut
Beg tangan sederhana besar adalah sesuai untuk dibawa ke pejabat, manakali jenis bertali dan kepit (clutch) dipakai jika
menghadiri majlis rasmi.
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 14
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN Cara pakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:
Berpakaian yeng member sangkaan ianya seolah-olah hendak
menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan Pakaian yang menjolok mata “Jeans”
Seluar Pendek Pakaian yang menutup muka
Kasut Sukan, selipar dan sandal Mewarnakan Rambut Skirt dan blaus (Kecuali mengandung)
Seluar panjang dan blouse tanpa jaket (untuk wanita)
Seluar Panjang dan blaus tanpa jaket
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 15
Jubah / Abaya
Skirt dan Blaus (kecuali mengandung)
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 16
Kebaya Ketat, Pendek,
jarang dan terbelah
Baju melayu (tidak lengkap –
tanpa samping dan songkok)
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 17
Baju casual (T-shirt, jeans)
Berkopian/Berketayap
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP
Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 18
ARAHAN PEMAKAIAN Sehubungan dengan itu, semua warga Kumpulan PPPNP adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya. Pemantauan pelaksanaan oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing adalah perlu demi meningkatkan imej korporat Kumpulan PPPNP. Pelanggaran arahan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil termasuk pemotongan markah KPI secara tahunan. Kerjasama semua adalah amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh 23/11/2015. Sekian.