friezes dan mosaic

10
 FRIEZES DAN MOSAIC Matematik memainkan pelbagai peranan yang penting di dalam teknologi moden. Namun, peranan matematik juga berfokuskan kepada satu budaya yang berterusan. Budaya ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih digunakan sehingga sekarang. Friezes dan mosaic adalah contoh budaya matematik yang berterusan digunakan sehingga sekarang. Frieze atau lebih dikenali sebagai dekorasi dinding merupakan ukiran pada bahagian atas dinding yang mengklasifikasikan corak pada permukaan dua dimensi yang berulang-ulang dalam satu arah berdasarkan simetri dalam corak yang mengaplikasikan konsep matematik. Ia sering digunakan dalam seni hiasan oleh masyarakat terdahulu seperti tamadun Mesir Purba, tamadun Mayan dan Sumeria. Dekorasi dinding atau frieze dapat diperhatikan pada struktur bangunan seperti di bawah bumbung dan siling, di atas tingkap dan pintu serta di luar bangunan. Banyak struktur yang direka dalam corak klasik yang mempunyai gaya yang tersendiri seperti struktur bangunan di Parthenon, Athens. Knights pada dekorasi dinding Parthenon

Upload: suhaili-ilyahus

Post on 09-Oct-2015

398 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etgggdg

TRANSCRIPT

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    1/10

    FRIEZES DAN MOSAIC

    Matematik memainkan pelbagai peranan yang penting di dalam teknologi

    moden. Namun, peranan matematik juga berfokuskan kepada satu budaya yang

    berterusan. Budaya ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih digunakan

    sehingga sekarang. Friezes dan mosaic adalah contoh budaya matematik yang

    berterusan digunakan sehingga sekarang.

    Frieze atau lebih dikenali sebagai dekorasi dinding merupakan ukiran pada

    bahagian atas dinding yang mengklasifikasikan corak pada permukaan dua dimensi

    yang berulang-ulang dalam satu arah berdasarkan simetri dalam corak yang

    mengaplikasikan konsep matematik. Ia sering digunakan dalam seni hiasan oleh

    masyarakat terdahulu seperti tamadun Mesir Purba, tamadun Mayan dan Sumeria.

    Dekorasi dinding atau frieze dapat diperhatikan pada struktur bangunan seperti di

    bawah bumbung dan siling, di atas tingkap dan pintu serta di luar bangunan. Banyak

    struktur yang direka dalam corak klasik yang mempunyai gaya yang tersendiri seperti

    struktur bangunan di Parthenon, Athens.

    Knightspada dekorasi dinding Parthenon

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    2/10

    Bahan-bahan pembinaan untuk dekorasi dinding atau frieze adalah berbeza

    seperti batu marmar, batu kapur atau logam. Dalam struktur yang lebih moden,

    dekorasi dinding boleh dibuat daripada kayu dan dicat secara bertekstur untuk

    membezakan dekorasi dinding dari seluruh struktur dan reka bentuk frieze. Dalam seni

    bina klasik, dekorasi dinding telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada struktur

    yang menyokong bumbung. Struktur ini dikenali sebagai entablature, dan ia biasanya

    terletak di puncak ruang yang tersendiri. Gaya seni bina klasik yang berbeza ini boleh

    digunakan untuk mengenal pasti tempoh seni bina ini telah dibina.

    John Conway, seorang ahli Matematik telah mencipta nama-nama bagi tujuh

    corak dekorasi dinding yang mengaplikasikan konsep penjelmaan (transformation).

    Corak ini adalah berkaitan dengan tapak kaki bagi setiap kumpulan (F1 hingga F7).

    Kumpulan dekorasi dinding pertama, F1, melibatkan traslasi ke sisi sahaja yang dikenali

    sebagai Hop.

    Corak asas F1, Hop

    Contoh corak F1, Hop : dekorasi dinding Sempadan Alcazar de los Reyes Cristianos,Cordoba, Sepanyol.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    3/10

    Kumpulan dekorasi dinding yang kedua, F2, melibatkan translasi ke sisi dan

    pantulan gelangsar (glide) yang dikenali sebagai Step.

    Corak asas F2, Step

    Kumpulan dekorasi dinding ketiga, F3, melibatkan traslasi dan pantulan secara

    menegak dan simetri yang dikenali sebagai Sidle.

    Corak asas F3, Sidle

    Contoh corak F3, Slide : dekorasi dinding Palacio de Velazquez Parque de Retiro

    Madrid, Sepanyol.

    Kumpulan dekorasi dinding keempat, F4, melibatkan translasi dan putaran

    (separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Hop.

    Corak asas F4, Spinning Hop

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    4/10

    Contoh corak F4, Spinning Hop : Meander Frieze San Giorgio Maggiore, Venice, Italy.

    Kumpulan dekorasi dinding kelima, F5, melibatkan translasi, pantulan gelangsar

    (glide) dan putaran (separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Sidle.

    Corak asas F5, Spinning Sidle

    Contoh corak F5, Spinning Sidle : Mosaic Nuestra Senora de la Almundena, Madrid,Spain.

    Kumpulan dekorasi dinding keenam, F6, melibatkan translasi dan pantulan yang

    dikenali sebagai Jump.

    Corak asas F6, Jump

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    5/10

    Contoh corak F6, Jump : Ceiling Mezquita, Cordoba, Spain.

    Kumpulan dekorasi dinding ketujuh, F7, melibatkan ketiga-tiga translasi, pantulan

    dan putaran yang dikenali sebagai Spinning Jump.

    Corak asas F7, Spinning Jump

    Contoh corak F7, Spinning Jump : Back of a Bench, Banos de la Maria de Padilla

    Reales Alcazares, Seville, Spain.

    Mosaic atau lebih dikenali sebagai mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka

    bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan

    tembikar. Seni hiasan ini merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka

    bentuk hiasan dalaman yang mempunyai hubungkait dengan kebudayaan dankeagamaan seperti yang dapat dilihat pada tempat untuk beribadat. Corak hiasan

    mozek dibuat dengan menysun kepingan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar atau

    seramik (tessera) di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan

    menghasilkan pantulan atau kilauan. Imej yang berasingan dan tidak bertindih disusun

    secara bersebelahan bagi menghasilkan mozek mengikut sesuatu jenis tema.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    6/10

    Mengikut sejarah lama, mozek telah diperkenalkan oleh orang-orang Greek.

    Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.

    Orang-orang Roman pula menggunakan teknik mozek untuk menghias batu, marmar

    dan seramik pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang-orang Kristian

    Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan menggunakan

    teknik mozek. Kini, teknik mozek teknik mozek telah digunakan secara meluas di dalam

    pembinaan bangunan.

    Antara contoh-contoh mozek yang terkenal dalam tamadun dunia adalah seperti

    dalam gambar rajah di bawah:

    Etruscan Mosaic

    Mozek Eruscan telah dipilih oleh Persatuan Artis Mozek Amerika Syarikat

    (SAMA), untuk dipamerkan di Orangeburg, SC Fine Arts Center pada tahun 2002.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    7/10

    The Leopard Mosaic

    Mozek Leopard menggunakan teknik Opus Vermiculatum untuk menyerlahkan

    kesederhanaan gambar harimau bintang.

    Roman Mosaic

    Mozek Roman mempunyai garisan yang menyerupai seperti bendalir. Ia bukan

    sahaja kelihatan hebat di dinding tetapi mempunyai keaslian lantai yang cukup indah

    untuk dipandang.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    8/10

    Serpents Mosaic

    Untuk menyerlahkan pergerakan ular, mozek Serpents diubah suai dari reka

    bentuk di dalam sebuah bangunan awam di Pompeii. Latar belakangnya dilakukan

    dalam teknik Tessalatum Opus.

    Girih Islamic Complex Mosaic

    Corak mozek yang bercirikan Islam yang begitu komplek dikenali sebagai Girih

    adalah bentuk seni bina popular di dalam tamadun budaya Islam. Mozek ini terdapat di

    bawah kubah Makam Hafez di Shiraz.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    9/10

    Running Rug, 2001 Structural Mosaic Work

    Mozek di atas adalah contoh mozek gaya moden, arca mozek Running Rug

    yang dihasilkan oleh Marcelo de Melo pada tahun 2001. Mozek ini menggunakan teknik

    yang dikenali sebagai 'mozek struktur' menjadi Pemenang Hadiah Juri di Miami pada

    tahun 2003.

    Kesimpulannya, kita dapat lihat konsep penjelmaan (transformation) yang telah

    diaplikasikan dalam bidang matematik bagi menghasilkan corak-corak yang sangat

    menarik. Matematik telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang teknologi

    moden.

  • 5/19/2018 Friezes Dan Mosaic

    10/10

    RUJUKAN

    Ancient Designs Mosaic. Diperoleh Sept 26, 2012 dari

    http://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.html

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Pendidikan Matematik Sekolah Rendah

    MTE3113 Geometri. Cyberjaya : Institut Pendidikan Guru, Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    Marcelo de Melo Running Rug from Wikipedia the Free Encyclopedia. Diperoleh Sept

    26, 2012 dari

    http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marcelo_de_Melo_Running_Rug.jpg

    Nur Afifah Azmi (2012). Definisi mozek. Diperoleh Sept 26, 2012 dari

    http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.html

    Seven Friezes Pattern.

    Diperoleh Sept 26, 2012 dari

    http://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.html

    Shahfir (2011). Kuil Kuno Yunani di atas Acropolis Parthenon, Athens. Diperoleh Sept

    26, 2012 dari http://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-

    acropolis.html

    Smith S.E. (2003). What is Friezes?. Diperoleh Sept 26, 2012 dari

    http://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htm

    Roof Hafiz Tomb from Wikipedia the Free Encyclopedia. Diperoleh Sept 26, 2012 dari

    http://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpg

    http://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.htmlhttp://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.htmlhttp://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htmhttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpghttp://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htmhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.htmlhttp://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.htmlhttp://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.html