french revolution 1789.doc

20

Click here to load reader

Upload: khairuljamilah

Post on 24-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

french

TRANSCRIPT

Page 1: French Revolution 1789.doc

1. Pendahuluan

Pada amnya ramai sarjana beranggapan bahawa Revolusi Perancis sebagai satu

titik peralihan yang penting dalam perkembangan masyarakat barat. Revolusi ini

dikatakan lebih penting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1668).

Sarjana juga beranggapan bahawa revolusi ini sebagai garis pemisah antara peraturan

lama dan peraturan baru, kerana dengan tercetusnya Revolusi Perancis bermakna sistem

feudalisme telah digantikan dengan sistem masyarakat terbuka.1 Jika dalam sistem feudal,

kedudukan adalah berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaan yang di warisi turun

temurun, tetapi dalam masyarakat terbuka segala kejayaan yang hendak diperolehi oleh

seseorang individu bergantung kepada kemampuan dan bakat yang ada pada dirinya

sendiri. Akal diberikan peranan utama untuk menentukan nilai dan matlamat kehidupan

dan secara tidak langsung telah menanam benih fahaman fasis, komunisme dan

totalitarianisme.2

Di zaman sebelum Revolusi dikatakan bahawa pemerintah boleh menjalankan

pemerintahan mereka dengan sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Raja

yang memegang tampuk pimpinan mendakwa memerintah dengan mandat yang telah

diberikan oleh tuhan kepada mereka dan mengharuskan seluruh rakyat mematuhinya. 3

Dengan tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789 ini telah mengakibatkan

kejatuhan regim kuno di Eropah dan memberikan satu tamparan yang hebat dan cabaran

yang cukup berat terhadap sistem monarki dan tradisi golongan bangsawan. Zaman ini

telah membawa perubahan yang besar dalam bidang industri serta kebebasan politik dan

1 Qasim Ahmad, Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: DBP, 1994, hlm. 1.2 Ibid.3 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2002, hlm. 188.

1

Page 2: French Revolution 1789.doc

sosial yang hebat yang tidak hanya terbatas di Perancis malahan meluas ke kawasan

Eropah yang lain. Bahana Revolusi Perancis telah menular di bahagian lain dunia

sepanjang waktu sebelum 1914.4 Revolusi Perancis juga telah mempengaruhi tindakan

dan pemikiran manusia buat beberapa generasi. Moto para revolusiner Perancis yang

terkenal ialah “ Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan” ( Liberty, Equality and

Fraternity).

2. Latar belakang Masyarakat

Secara umumnya rakyat Eropah pada masa itu boleh dibahagikan kepada tiga

susun lapis masyarakat iaitu Estet Pertama yang terdiri daripada puak berkuasa gereja

serta golongan Biskop dan Paderi. Golongan paderi ini pula terbahagi kepada dua iaitu

golongan atasan dan rendah. Golongan rendah mendapat pendapatan yang rendah dan

tidak standing dengan golongan biskop dan rahib yang mempunyai pendapatan yang agak

besar dan kebanyakkan mereka tingal dan duduk dalam kerajaan beraja di Versailles.

Secara umumnya mereka bertanggungjawab dalam pendaftaran kelahiran, kematian dan

perkahwinan, memungut cukai tanaman dan sebagainya. Jumlah ini dianggarkan tidak

melebihi 100, 000 orang.5 Mereka memiliki tanah antara 10-15% disamping

dikecualikan daripada membayar cukai.

Estet Kedua pula ditaksirkan sekitar 400,000 orang yang terdiri daripada

golongan Bangsawan yang menguasai gereja dan tentera. Golongan bangsawan ini pula

terbahagi kepada dua iaitu “Noble of the Sword” iaitu golongan yang tidak dapat

4 Ibid.5 G. Lefebvre ( terj. R.R.Palmer) 1971, The Coming of the French Revolution 1789. New Jersey: Princeton University Press, hlm. 7.

2

Page 3: French Revolution 1789.doc

dikalahkan oleh raja manakala golongan kedua dikenali sebagai “ Noble of the Robe”.

Mereka ini merupakan golongan yang banyak menyumbangkan kewangan kepada raja

dan dalam usaha menghargai golongan ini raja telah memberikan mereka gelaran

bangsawan. Golongan ini mempunyai banyak keistimewaan antaranya pengecualian

daripada sebarang bentuk cukai. Disamping itu berhak pula membuat pajakan pungutan

cukai di daerah tertentu. Mereka juga menjadi hakim daerah, ketua tentera seterusnya

memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan.6

Manakala Estet Ketiga adalah merupakan golongan paling ramai. Terdiri

daripada petani miskin, pedagang, doktor, peguam, intelektual sehinggalah saudagar

antarabangsa yang kaya. Ada juga di kalangan mereka yang kaya tetapi bagi mereka

tidak ada ertinya kekayaan jika tidak disusuli dengan status. Mereka ini di kenali sebagai

golongan Borjouis. Manakala keadaan rakyat miskin dalam golongan ini begitu daif

antaranya tidak mempunyai tanah di samping tidak diberikan hak politik seperti

mengundi dan menghadiri Parlimen.7 Oleh itu mereka menaruh dendam terhadap

institusi raja. Mereka mahukan pentadbiran gereja, pegawai-pegawai tentera dan

kakitangan kerajaan dibuka kepada orang ramai yang berkebolehan. Di samping itu juga

mereka mendesak parlimen agar mengwujudkan undang-undang untuk semua dan

menghadkan kuasa yang dimiliki oleh raja. Mereka juga inginkan kesamarataan,

toleransi beragama serta perubahan dalam corak pentadbiran.

6 Qasim Ahmad, Op. Cit., hlm. 4.7 Ibid., hlm. 5.

3

Page 4: French Revolution 1789.doc

3. Faktor-faktor tercetusnya revolusi Perancis

Sebab tercetusnya revolusi Perancis boleh dibahagikan kepada tiga faktor yang

utama iaitu faktor kelemahan dalam pentadbiran, kelemahan ekonomi Perancis dan

kemunculan golongan enlightenment.

3.1. Kelemahan Pentadbiran

Faktor dalaman yang pertama ialah kelemahan dalam pentadbiran politik. Raja

Louis XVI yang memerintah berasal daripada keluarga Bourbon dan amat lemah dari

segi kaedah pemerintahannya. Tidak seperti Raja Louis XIV ( 1643-1715) yang dapat

menundukkan para pembesar dan Paderi supaya menurut kehendaknya. Di samping itu

cara hidup keluarga Raja Louis XVI yang mewah tidak disenangi oleh rakyat Perancis

yang kebanyakkanya miskin. Ketiadaan akaun kewangan yang lengkap dan tersusun dan

terdapatnya usaha tanpa henti untuk meminjam wang. Keadaan ini menyebabakan

kerajaan menjadi muflis pada tahun 1778.

Raja Louis XVI juga memerintah tanpa memperdulikan rintihan rakyat dan cuba

bertindak sebagai seorang pemerintah diktator dengan menafikan hak berpolitik.

Parlimen Perancis juga telah tidak menjalankan persidangan untuk satu jangka masa yang

agak panjang.8 Dikatakan parlimen telah tidak bersidang hampir 176 tahun. Golongan

pemerintah juga bukanlah golongan yang cekap di mana kebanyakkan keputusan penting

yang dibuat adalah dipengaruhi oleh wanita-wanita di istana. Raja Louis XVI juga

seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan isterinya Marie Antoinette. Kadang kala

apa yang dimimpikan oleh Marie Antoinette pada malam hari akan dijadikan sebagai

8 Sivachandralingam Sundara Raja, Op.,Cit. hlm.,189.

4

Page 5: French Revolution 1789.doc

peraturan atau atau undang-undang pada keesokan harinya. Rakyat yang ditangkap atas

tuduhan jenayah telah tidak diberikan ruang yang mencukupi dalam membela diri dan

untuk mengemukakan bukti. Keadaan ini sudah tentunya menjejaskan kredibiliti

golongan pemerintah. 9

Disebabkan oleh kelemahan pemerintahan, golongan paderi dan bangsawan telah

mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Kedua-dua golongan ini tidak

membayar cukai kepada negara. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah, golongan

ini memeras keringat petani dengan memaksa petani bekerja tanpa diberikan sebarang

bayaran upah dan sebaliknya mengenakan cukai mengikut selera mereka sendiri. Petani

dikenakan membayar cukai garam dan tanah kepada negara dan sepersepuluh pula

diberikan kepada gereja. Petani hanya menikmati lebih kurang 15 peratus hasil keringat

mereka untuk kegunaan sendiri.10

3.2. Ekonomi

Faktor ekonomi merupakan faktor penyumbang kedua. Kerajaan Perancis

mengalami krisis kewangan yang meruncing lantaran terlibat dalam tiga peperangan yang

besar iaitu Perang Tujuh Tahun ( 1756-63 ), Perang Kemerdekaan Amerika (1775-83),

dan Perang Austria. Dalam kesemua peperangan ini, Perancis telah membelanjakan

hampir 70 peratus daripada pendapatan negara untuk membiayai peperangan ini.11

Perancis terlibat dalam perang kemerdekaan Amerika yang bertujuan membebaskan

Amerika daripada kuasa Britain. Bantuan yang disalurkan adalah dalam bentuk

kewangan dan ketenteraan. Sokongan yang padu daripada Perancis ini telah memberikan

9 Ibid.10 Ibid.11 Sivachandralingam Sundara Raja, 1989, Tamadun Eropah, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 189.

5

Page 6: French Revolution 1789.doc

idea kepada golongan tentera dan cendekiawan untuk menuntut keadilan mengikut

fahaman demokrasi bagi membentuk sebuah negara yang demokrasi dan bersesuaian

dengan sifat manusia yang dilahirkan bebas. Disamping itu telah berlaku pertambahan

penduduk Perancis di mana bilangannya dianggarkan lebih kurang 25 juta orang pada

kurun ke 18. Ditambah pula dengan kenaikan harga baik hampir 65 % tetapi gaji hanya

dinaikkan 1/3 daripada kenaikan harga barangan .

Ini sudah tentunya menyulitkan lagi kehidupan golongan rakyat bawahan. Hasil

pertanian turut merosot, seterusnya keperluan harian rakyat banyak yang tidak dapat

dipenuhi. Harga barangan keperluan semakin mahal. Bagi sector perkilangan pula hanya

mampu membayr gaji yang rendah. Keadaan ini telah mengakibatkan ramai yang

dibuang kerja. Raja cuba mengenakan cukai kepada estet pertama dan kedua tetapi telah

mendapat tentangan yang hebat daripada kedua-dua estet tersebut.

Bagi pihak kerajaan Perancis untuk menampung sumber kewangan yang semakin

mendesak, pihak pemerintah telah menaikkan kadar cukai kepada rakyat dengan secara

tidak adil, di mana estet ketiga dibebankan dengan cukai yang tinggi manakala golongan

Bangsawan dan Paderi pula tidak mahu membayar cukai kepada negara. Keadaan

menjadi semakin teruk apabila musim kemarau melanda pada tahun 1788 dan kadar

pengangguran adalah tinggi pada masa itu telah menyukarkan lagi keadaan rakyat.12

12 Ibid., hlm. 190.

6

Page 7: French Revolution 1789.doc

3.3. Kemunculan Golongan Enligtenmen

Ramai sarjana berpendapat bahawa faktor kemunculan golongan Enligtenment

atau cendekiawan inilah merupakan faktor terpenting yang memberikan kesan semerta

yang mencetuskan revolusi Perancis. Penindasan politik sebenarnya telah lama wujud

tetapi tidak ada sebarang tindakan yang telah diambil untuk mengatasinya. Ini adalah

disebabkan oleh kekurangan kesedaran disamping pengaruh daripada agama mereka

yang mengajar mereka untuk patuh kepada pemerintah.13 Rakyat hidup tertindas di

bawah kekuasaan pemerintah dan paderi. Mereka menerima sahaja apa yang diberikan

kepada mereka tanpa tahu cara atau kaedah untuk memperbaiki keadaan tersebut. Dalam

kekalutan inilah munculnya pergerakan golongan cendekiawan yang telah mencetuskan

satu idea baru.

Pergerakan yang mempelopori idea baru ini dikenali sebagai Englightenment

atau kesedaran. Antara tokoh yang dikaitkan dengan pergerakan ini ialah antaranya Rene

Descartes (1596 - 1650), Montesque (1689- 1755), Voltaire ( 1713-1784) dan Rousseau

di Perancis, Edward Gibbon dan Thomas Hobbes di England, Benjamain Franklin dan

Thomas Jefferson di Amerika.14 Montesque contohnya memperkecilkan prinsip

pemerintahan mengikut mandat tuhan, manakala Rousseau pula banyak menyebarkan

idea persamaan dan hak yang dimiliki oleh rakyat untuk menjalani kehidupan mereka,

kebebasan dan pemilikan harta. Voltaire pula kelihatan banyak memuji negara England

yang mempraktikkan sistem pemerintahan monarki yang terhad dan hak-hak sivil

disamping menkritik hebat sistem pemerintahan mutlak kerajaan Perancis.15

13 Ibid.14 Qasim Ahmad, Op. Cit., hlm. 8.15 Sivachundaralingam R. Sundhararaja, Op. Cit., hal. 187.

7

Page 8: French Revolution 1789.doc

Ada di kalangan sarjana sejarah membahagikan zaman kesedaran ini kepada tiga

peringkat. Permulannya lahir apabila berlakunya pergeseran antara para pendukung

pergerakan itu dengan pihak pemerintah. Tahap kedua berlaku antara tahun 1746

sehingga 1770 apabila pendukung gerakan menghasilkan karya mereka dan dikatakan

inilah ketikanya pergeseran antara golongan kesedaran dengan pemerintah tiba ke

puncaknya.16 Tahap ketiga dikatakan bermula tahun 1770 sehingga1790, apabila berlaku

penyebaran idea pergerakan kesedaran ini hingga membantu mengakibatkan perubahan

politik dan sosial yang yang berlaku secara drastik.

4. Kesan Revolusi

Kejayaan paling besar Revolusi Perancis ialah menghapuskan secara undang-

undang fahaman feudal dan perhambaan serta golongan istimewa yang merupakan satu

langkah berani ke arah persamaan dalam masyarakat.17 Kesannya raja tidak lagi berkuasa

mutlak terhadap rakyatnya. Sebaliknya kuasa pemerintahan jatuh ke tangan Majlis

Perhimpunan Kebangsaan. Untuk menghadapi tugas yang sukar ini, Majlis Perhimpunan

Kebangsaan telah memberikan perhatiannya secara serius sepanjang persidangannya di

Paris daripada Oktober 1879 sehingga September 1791.18 Walaupun terdapat perbezaan

dalam parti dan gangguan dalam Perhimpunan dan desakan yang tidak henti-henti oleh

puak yang menentang, Perhimpunan dapat juga mencapai kejayaan. Jadi dapatlah

dikatakan bahawa perintah menghapuskan sistem feudal ini adalah hasil yang paling

penting daripada seluruh Revolusi Perancis itu.

16

? Qasim Ahmad,. Op. Cit., hlm . 8.

17 Carlton, J.H. Hayes, 1971, Eropah Moden Hingga 1870, Kuala Lumpur : DBP, hlm. 581.18 Ibid.

8

Page 9: French Revolution 1789.doc

Selain itu, Dewan Perhimpunan Kebangsaan juga telah telah mengisytiharkan

persamaan cukai untuk semua golongan dan menghapuskan bayaran dan perhambaan

untuk kaum feudal. Lantaran perisytiharan itu, kaum paderi dan bangsawan telah

berlumba-lumba untuk melucutkan hak yang diberikan kepada mereka. Kesannya

perhambaan telah dihapuskan.19 Zakat dan semua jenis hak – hak istimewa kaum gereja

telah ditarik balik. Begitu juga dengan penjualan jawatan dalam kerajaan telah ditarik

balik. Gerakan menyusun semula masyarakat ini telah berjalan sepanjang malam 4 Ogos

itu, telah berjaya mengubah senario masyarakat berkelas-kelas Perancis yang telah

diamalkan secara turun-temurun sebaliknya digantikan dengan masyarakat perseorangan

moden.20

Kesan lain Revolusi Perancis ialah wujudnya satu sistem pantadbiran yang baharu

dan seragam di seluruh Perancis, dari segi wilayahnya, kerajaan, penguasa-penguasa dan

parlimen yang sebelum ini dirasaakan terlalu mengelirukan rakyat. Perancis telah

dibahagikan semula kepada 83 buah kawasan yang mempunyai keluasan yang lebih

kurang sama besar.21 Begitu jugalah dengan jumlah penduduknya dan dinamakan

mengikut keadaan muka bumi tempat itu seperti gunung dan sungai-sungai. Tiap-tiap

kawasan dibahagikan pula kepada daerah-daerah kecil dan kekal di Perancis hingga

sekarang. Ketua kerajaan tempatan tidak lagi dilantik oleh raja sebaliknya dipilih oleh

rakyat sendiri. Ahli-ahli majlis tempatan pula diberikan kuasa pentadbiran yang luas.

Bagi mahkamah undang-undang, peraturan baru telah digubal di seluruh negeri. Pegawai

kerajaan dan hakim dipilih menerusi pilihanraya.22

19 Ibid.20 Ibid., hlm. 582.21 Ibid.,hlm. 585.22 Ibid.

9

Page 10: French Revolution 1789.doc

Tercetusnya Revolusi juga telah menyebabkan timbulnya semangat nasionalisme

di kalangan rakyat Perancis. Fahaman kebangsaan ini dapat dibuktikan dengan keinginan

kerajaan revolusi untuk menubuhkan sistem pelajaran kebangsaan dan perkhidmatan

tentera kebangsaan dan yang lebih jelas ialah tindakan mereka untuk mengada dan

merayakan upacara hari pahlawan. Jikalau 14 Julai 1789, dijadikan sebagai hari ulang

tahun kebebasan Perancis, tetapi 14 julai 1790 pula dijadikan hari perayaan kebangsaan

Perancis yang rasmi Di mana dianggarkan lebih kurang 50,000 orang perwakilan dari

seluruh Perancis termasuk 14,000 pengawal kebangsaan berhimpun di padang perbarisan

tentera di Paris untuk meraikan hari kebangsaan mereka.23

Institusi gereja juga turut menerima kesan atau tamparan yang hebat setelah

tercetusnya revolusi Perancis ini. Tanah-tanah kepunyaan gereja yang berjumlah lebih

kurang satu perlima daripada negeri Perancis telah dirampas dan digunakan sebagai

jaminan mengeluarkan wang kertas.24 Sejumlah wang telah diambil untuk membayar

hutang yang ditanggung oleh Perancis. Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk

membayar gaji tetap kepada paderi sebagai membayar balik sebahagian daripada

kerugian akibat daripada rampasan tanah. Mahu atau tidak paderi dan gereja telah

terpaksa bersetuju dengan peraturan baharu ini. Rentetannya pada bulan November

1789, harta harta gereja semuanya dirampas oleh kerajaan. Dalam bulan Julai 1790, satu

perlembagaan yang dinamakan “perlembagaan awam Paderi” telah diluluskan di mana

uskop dan paderi yang sedikit bilangannya dijadikan sebagai badan awam. Pemilihan

mereka dibuat oleh rakyat dan gaji dibayar oleh kerajaan dan pada namanya sahaja

bersekutu dengan Paus negara asing.25 Pada Disember tahun 1790, Perhimpunan telah

23 Ibid., hlm. 586.24 Ibid., hlm.587.25 Ibid.

10

Page 11: French Revolution 1789.doc

memaksa Raja untuk menandatangani satu perintah yang meminta semua paderi Katholik

di Perancis mengangkat sumpah taat setia kepada “perlembagan awam”. Dengan itu

tamatlah kekuasaan pihak gereja.

Pihak Majlis Perhimpunan Kebangsaan juga telah merangka satu perlembagaan

bertulis yang akan menghuraikan dengan jelas tentang badan-badan kerajaan dan kuasa

yang dipegang oleh masing-masing dalam pemerintahan beraja baharu yang terbatas.

Perlembagaan yang dirancangkan ini telahpun siap pada tahun 1791 dan ditandatangani

oleh raja tanpa dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Ini merupakan

perlembagaan bertulis yang pertama yang dipunyai oleh Perancis selepas Amerika

Syarikat.26 Antara lain perlembagaan ini memberikan kuasa kepada kerajaan untuk

membuat undang-undang, melaksanakan undang-undang dan menjalankan kerja

pentafsiran perundangan. Badan berkuasa perundangan diberikan kuasa dan ahlinya

dipilih dalam satu sistem pemilihan oleh rakyat. Inilah antara kesan-kesan semerta dan

penting yang telah dialami oleh Perancis sejurus revolusi. Sebenarnya banyak lagi kesan

jangka panjang yang tidak dapat dibincangkan di sini.

Kesimpulan

Revolusi yang telah berlaku di Perancis bukan sahaja meninggalkan kesan yang

amat besar terhadap Perancis sendiri malahan telah memberikan impak yang cukup

mendalam terhadap negara-negara Eropah secara keseluruhannya. Gerakan

Enlightenment telah berjaya membuktikan bahawa manusia melalui akal fikiran mereka

yang disusuli dengan tindakan yang munasabah boleh membina masyarakat yang lebih

26 Ibid.,hlm. 588.

11

Page 12: French Revolution 1789.doc

baik dan Revolusi Perancis telah membuktikan hakikat ini.27 Revolusi Perancis

menunjukkan bahawa suatu usaha yang serius telah diambil untuk memusnahkan

penindasan dan ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat. Meskipun Revolusi

Perancis telah melalui waktu-waktu yang mencetuskan keganasan, namun telah berjaya

meletakkan satu batu asas untuk pembinaan sebuah masyarakat yang lebih adil. Revolusi

Perancis secara jujurnya telah menuntut hak bagi menumbangkan kerajaan yang

menindas kerana dengan berbuat demikian akan tertegaknya sebuah kerajaan yang

membahagiakan rakyatnya.

Sementara itu, kesan Revolusi Perancis keatas Eropah tidak kurang hebatnya dari

apa yang berlaku di Perancis sendiri. Di Jerman terutamanya, adab dan sopan santun,

kesusasteraan Perancis dan pemikiran Perancis telah menjadi ikut umum lama sebelum

tahun 1789. Gerakan kesedaran yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Gotthold

Lessing telah menyebarkan fahaman percaya kepada sebab musabab dan mencabar

segala institusi dan kepercayaan. Situasi yang sama juga berlaku di Britain, Itali malahan

di Belgium.28

Bibliografi

27 Sivachundaralingam R. Sundhararaja, Op. Cit., hal. 193.28 David Thomson, 1982, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: DBP, hlm. 40.

12

Page 13: French Revolution 1789.doc

G. Lefebvre. 1971. The Coming of the French Revolution 1789. (Terjemahan)New Jersey: Princeton University Press.Carlton, J.H. Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. Kuala Lumpur: DBP.

Cobban. A. 1969. Europe and French Revolution. London: St. James Press.

Goubert. P. 1984. French History. U.K: Routledge Press.

Jones. P. (Ed). 1996. The French Revolution in Social and Politic Perspective. Hodder Headlines Group.

Qasim Ahmad. 1994. Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: DBP.

Sivachandralingam Sundara Raja. 1989. Tamadun Eropah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Thomson. D. 1982. Eropah Sejak Napoleon. Vol 2, Kuala Lumpur: DBP.

William H. Mc Neil. 1994. Kebangkitan Barat Sejarah Kebangkitan Manusia (Terjemahan) Kuala Lumpur: DBP.

13