folio sdp.docx

54
FOLIO SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 BI L PERKARA HALAMAN 1 Profil Pelajar 2 2 Penghargaan 3 3 Halaman Pengakuan 4 Pengenalan Seni Dalam Pendidikan 5 - 6 4 Pengurusan Grafik 1 Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan 7 10 5 Modul / Nota / Bahan Rujukan 1 Teori Pembelajaran Yang Berkait Dengan Seni Dalam Pendidikan 11 - 14 6 Pengurusan Grafik 2 Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 15 18 7 Modul / Nota / Bahan Rujukan 2 Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam PdP 19 - 22 8 Pengurusan Grafik 3 Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap 23 - 31 9 Modul / Nota / Bahan Rujukan 3 Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap 32 - 35 10 Rancangan Pengajaran Harian Subjek Major Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Sebagai Strategi PdP 36 - 37 11 Huraian Rancangan Pengajaran Harian 38 - 41 13 Lawatan Ke Tapak Pameran Karnival Dikir IPGMKSM 42 - 46 14 Lampiran Pamplet dan Bahan Perolehan Lawatan SITI NORBANI BT IBRAHIM (790522-03-5462) 1

Upload: anne-griffin

Post on 01-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BILPERKARAHALAMAN

1Profil Pelajar2

2Penghargaan3

3Halaman Pengakuan4

Pengenalan Seni Dalam Pendidikan5 - 6

4Pengurusan Grafik 1Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan7 10

5Modul / Nota / Bahan Rujukan 1Teori Pembelajaran Yang Berkait Dengan Seni Dalam Pendidikan11 - 14

6Pengurusan Grafik 2Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran15 18

7Modul / Nota / Bahan Rujukan 2Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam PdP19 - 22

8Pengurusan Grafik 3Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap23 - 31

9Modul / Nota / Bahan Rujukan 3Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap32 - 35

10Rancangan Pengajaran Harian Subjek MajorAplikasi Seni Dalam Pendidikan Sebagai Strategi PdP36 - 37

11Huraian Rancangan Pengajaran Harian38 - 41

13Lawatan Ke Tapak Pameran Karnival Dikir IPGMKSM42 - 46

14Lampiran Pamplet dan Bahan Perolehan Lawatan

NAMASITI NORBANI BINTI IBRAHIM

NO.KAD PENGENALAN790522 03 - 5462

PROGRAMPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 2 AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUSIJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

TARIKH LAHIR22 MEI 1979

TEMPAT LAHIRWAKAF BHARU

KELULUSAN AKADEMIKSPM

KELULUSAN IKHTISASDIPLOMA PENDIDIKAN (KDPM)MP SULTAN MIZAN, BESUT,TERENGGANU (2002-2004)

ALAMAT SEKOLAHSK PADANG MANDOL, CHABANG EMPAT

16200 TUMPAT, KELANTAN

ALAMAT RUMAH425-A JLN TMN TANJUNG, PASIR PEKAN

16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

NO.TELEFON017 9629053

[email protected]

KEGEMARANMEMBACA DAN MEMASAK

FALSAFAHSABAR ADALAH SENJATA ORANG BERIMAN

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya dapat menyiapkan tugasan untuk subjek WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan ini dengan jayanya.Rasa kesyukuran dan penghargaan juga buat pensyarah dedikasi En Zakarai B. Awang kerana telah memberikan bimbingan dan penerangan yang jelas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga terima kasih buat suami tersayang yang tanpa jemu mengiringi saya setiap kali kelas PPG. Semoga ukhuwah fillah kami berkekalan ke Syurga. Jutaan terima kasih buat ibu bapa yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan saya. Semoga kalian dirahmati dan berada di bawah naungan payung rahmat dan inayah ILAHITerima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu saya dalam memahami kehendak tugasan ini dan berkongsi bahan rujukan dengan saya walaupun jarak tempat tinggal kami agak jauh

Saya mengaku bahawa kerja kursus WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan ini secara keseluruhannya adalah hasil kerja saya kecuali yang telah dinyatakan rujukannya

Tandatangan:.Nama Penulis:Siti Norbani Binti IbrahimNo.Kad Pengenalan:790522 03 5462Tarikh:..

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan kebudayaan.Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGURUSANGRAFIK1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

Pengurusan Grafik 1Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan

1. TEORI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

2. TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

PERKAITAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

MODUL/NOTA/RUJUKAN1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori Kecerdasan Manusia Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama. Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Teori Pembelajaran (a) Teori Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar 6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna 7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme? Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

(b) Teori Kecerdasan Pelbagai Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan: Verbal linguistik Logik Matematik Visual ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal

Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan? 1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan FPN 2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai 3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai 4. Wujudkan suasana kolaboratif 5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam p&p 6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri 7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri

(c) Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. (i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya (ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. (iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya. Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku? (i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu (ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.

(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata muridan disekolah.

(e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975) Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru, lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

PENGURUSANGRAFIK2

Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ASPEK PENTING DALAM SENI

Faedah Yang Diperolehi Oleh Pendidik Melalui Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

FAEDAH KEPADAMURID

Faedah Yang Diperolehi Oleh Guru Melalui Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

MODUL/NOTA/RUJUKAN2

FaedahSeni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Faedah dan kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,Seni Dalam Pendidikandapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral LeapsBidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

PENGURUSANGRAFIK3

Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap

ASPEK PENTING DALAM SENI

ASPEK JASMANI

ASPEK EMOSI

ASPEK ROHANI

ASPEK INTELEK

ASPEK SOSIAL

ASPEK ESTETIK

PERKEMBANGAN SENI MENGIKUT TAHAP

MODUL/NOTA/RUJUKAN3

Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap

KANAK-KANAK DAN SENI KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow 1. Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. 2. Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif. 3. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang 4. Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai 5. Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar 6. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif. a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat. b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. c. Kerohanian yang membanggakan- Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi d. Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan. e. Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak 1. Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). 2. Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. 3. Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. 4. Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. 5. Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. 6. Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran. 7. Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran

Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi 1. Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. 2. Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.

Proses kreativiti boleh melibatkan: 1. Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti 2. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil 3. Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

Pemahaman 1. Aktiviti Pergerakan Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran. 2. Aktiviti Bermain memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi.

Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. 1. Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri . Aktiviti Lakunan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.

Konsep kesedaran sendiri 1. Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran 2. Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran 3. Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. 4. Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya 5. Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya. 6. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting 7. Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

RANCANGANPENGAJARANHARIANSUBJEKMAJOR

Pengaplikasian dan Pengintegrasian Seni Muzik, Seni Visual dan Seni PergerakanDengan Pengajaran dan Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMATEMATIK KSSR TAHUN 2

TarikhIsnin (23 Mac 2015)

Mata PelajaranMatematik

Kelas2 Pintar

BidangNOMBOR DAN OPERASI

TajukWang Hingga RM100

Masa07.45 - 08.45 pagi

Bilangan Murid22 orang murid

Standard Kandungan8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Standard Pembelajaran(ii)Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang.

Objektif PembelajaranMurid berupaya menyelesaikan 5 soalan penyelesaian masalah harian secara berkumpulan dengan betul.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran1. Pengurusan murid dan pengurusan kelas2. Murid menonton tayangan klip video Duit-duit nyanyian kumpulan Aboi sambil mengikut gaya yang dilakukan oleh guru.3. Murid bersoal jawab dengan guru perihal duit.4. Murid membaca memahami kad soalan penyelesaian masalah.5. Murid menulis ayat matematik pada papan tulis.6. Murid melukis dan mewarna label kedai untuk simulasi.7. Murid menjalankan simulasi membeli di kedai secara berkumpulan.8. Murid menyelesaikan 5 soalan secara berkumpulan.9. Murid menyemak jawapan bersama guru.10. Pengukuhan dan peneguhan.

Elemen Merentas KurikulumEMK : Keusahawanan NILAI: Teliti, Kerjasama dan BeraniKBK: Mengenal pasti

BBM/BBBLaptop, Portable Speaker, LCD, Barang-barang runcit, Wang Kertas Cetakan, Kertas A4 Putih, Pensel Warna dan Kad Soalan

Pengetahuan Sedia AdaMurid pernah membeli di kantin menggunakan wang kertas.

Penilaian PdPMurid menjawab 5 soalan penyelesaian masalah secara berkumpulan

RefleksiSeramai ........... murid menguasai.Seramai ........... murid tidak menguasai.Tindakan lanjutan:.................................................................................................................................

FOLIO SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

SITI NORBANI BT IBRAHIM (790522-03-5462) 46

HURAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Prosedur PerlaksanaanElemen Pengurusan Pembelajaran/ Kemahiran Generik / TKP Catatan (Penerapan Nilai Murni / Sumber Pengajaran Pembelajaran)

SET INDUKSI / Masa 7 Minit

1. Murid bersama-sama membaca doa belajar 2. Murid memastikan kelas besih dan selesa untuk belajar.3. Murid mendengar arahan guru untuk menonton klip video4. Murid membuat gaya sambil mendengar lagu mengikut gaya guru.5. Murid bersoal jawab dengan guru perihal wang.Contoh : Warna dan nilai wang RM 1 Warna Biru RM 5 Warna Hijau RM 10 Warna Merah RM 20 Warna Kuning RM 50 Warna Hijau

TKP :Verbal-LinguistikKinestatikMuzik

KB :MendengarMemerhati

Nilai Murni :Menjaga kebersihan kelasMendengar arahan guru

BSPP : Video lagu Duit-Duit Komputer Riba Portable Speaker LCD

Seni Dalam Pendidikan :Seni Muzik dan Seni Pergerakan

LANGKAH 1 / Masa 15 minit

1. Murid membaca kad soalan penyelesaian masalah yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid memahamkan kehendak soalan.3. Murid mencatat ayat matematik pada papan putih secara suka rela.4. Aktiviti diulang untuk 4 soalan seterusnya dengan murid yang berlainan.5. Murid menyemak jawapan bersama guru.

TKP :InterpersonalVisual Ruang

KBF :Mengenal pasti operasi

KB :Urus masaKomunikasiNilaiMurni : Berani Ketelitian

BSPP : Kad Soalan Penyelesaian Masalah

LANGKAH 2 / Masa 15 minit

1. Murid berada di dalam kumpulan masing.2. Murid mendengar arahan guru.3. Murid berbincang nama kedai kumpulan masing-masing.4. Murid melukis dan mewarna label kedai kumpulan masing-masing5. Murid melakukan tugasan secara bekerjasama.6. Murid menunjukkan label kumpulan masing-masing di hadapan kelas.

TKP :InterpersonalKinestatik

KB :UrusmasaKomunikasi

Penerapan Nilai :Bekerjasama

BSPP : Kertas A4 putih Pensel Warna

Seni Dalam PendidikanSeni Visual

LANGKAH 3 / Masa 20 minit

1. Murid mendengar araham tambahan daripada guru.2. Murid mengambil barang-barang runcit yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.3. Murid menyusun barang dan mencipta suasana kedai mengikut citarasa kumpulan masing-masing.4. Murid memulakan perniagaan.5. Murid menjalankan aktiviti simulasi jual beli.6. Murid menyelesaikan soalan dalam kumpulan.7. Wakil kumpulan membentangkan jawapan.8. Murid menyemak jawapan bersama-sama guru dan rakan.TKP -IntrapersonalVerbal Linguistik

KB :MendengarMengenal pasti

Penerapan Nilai :KerjasamaKetelitian

BSPP : Barang-barang runcit Kad Penyelesaian Masalah

Seni Dalam PendidikanSimulasi-Lakonan

PENUTUP / Masa 3 minit

1. Murid menyanyi dengan iringan klip video.2. Murid merumuskan isi pelajaran pada hari itu secara soal jawab dengan guru.TKP -IntrapersonalVerbal Linguistik

KB :MendengarMengenal pasti

Penerapan Nilai :Ketelitian

Seni Dalam PendidikanSeni Muzik

APLIKASI ASPEK SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN PSIKOMOTOR / PERGERAKAN DALAM RPH

1. Seni MuzikAspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi P&P itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, aspek ini telah diterapkan pada awal sesi P&P lagi iaitu dalam set induksi. Pada awal pembelajaran, guru masuk ke dalam kelas dengan membawa peralatan dan terus menayangkan klip video pada papan putih. Murid menonton video sambil menggayakan pergerakan yang sesuai mengikut guru. Begitu juga pada sesi penutup, guru dan murid menyanyi bersama-sama. Murid menjadi seronok dari mula hingga akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.2. Seni VisualRPH yang telah saya sediakan merupakan Rancangan Mengajar bagi subjek Matematik iaitu bidang major yang saya pelajari di IPG. Oleh yang demikian, saya menarik perhatian murid untuk mengekalkan tumpuan dan minat mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini dengan melukis label kedai dan mewarna dengan warna-warna menarik. Di sini aktiviti seni visual dan kinestatik pergerakan berlaku. Murid dapat menggunakan bakat memilih warna dan melukis dengan bermakna dalam sesi pengajran dan pembelajaran ini.1.2.3 PsikomotorAspek psikomotor terbahagi kepada 2 iaitu psikomotor kasar dan psikomotor halus. Aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mana-mana subjek sekalipun. Ini merupakan elemen yang dapat membentuk kemahiran asas bagi setiap murid seperti kemahiran menulis, pergerakan dan sebagainya. Bagi penulisan RPH ini, saya telah menerapkan aspek psikomotor halus melalui aktiviti melukis dan mewarna label. Manakala psikomotor kasar pula menggayakan badan sambil menonton klip video. Di sini semua murid mengambil bahagian.

LAWATANKE TAPAKPAMERANSENI

Pendedahan Berkaitan Bidang Seni Visual&Seni Animasi 3D

ASPEK JASMANIPerubahan pergerakan koordinasi otot kasar dan halus.Peringkat umur 6-12: diberi peluang untuk bersuara dan bergerak untuk melakukan kerja Perubahan berlaku dari aspek rupa, wajah dan fizikalKebanyakan perkembangan motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara berbanding perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.Kanak-kanak sek.ren memerlukan latihan pergerakan seni visual yang kerap untuk mematangkan pergerakan otot.Contoh: memegang pensil dengan baik.ASPEK EMOSIPerubahan berlaku dari aspek perasaanKeadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu keadaan. Keadaan yang dialami merupakan rangsangan yg akan menimbulkan gerakbalas.Kanak-kanak dapat mengenal emosi melalui seni dan meluahkan perasaan. Contoh: ketika melukis, jika emsinya stabil, lukisan akan menjadi cantik dan kreativiti akan menyerlahPeringkat kanak2: perkembangan emosi lebih cepat dan sekata berbanding semasa prasekolahGuru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk2 emosi yang diingini dan tidak diingini.ASPEK ROHANITertumpu kepada aktiviti berbentuk kerohanian dan moral.Pengucapan seperti terima kasih budak baik tahniah hendaklah disampaikan sekerap yang mungkinPenggunaan senikata laguMembantu kanak-kanak menghargai sesuatu dan bukannya mengejiElakkan daripada mengutuk kanak-kanak. Sebaliknya perbanyakkan kata2 memuji dan hormati kanak-kanakASPEK INTELEKKanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan-kanak2 boleh kuasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan pelbagai cara.11-12 tahun: berlaku perubahan dari aspek pengolahan konkrit -> pengolahan formal. Masih dalam peringkat terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. wujudkan suasanan yang boleh menimbulkan pertanyaan kepada murid dan memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka.Menguasai pertuturan dan gemar membaca dan reaksi dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran perlulah melalui gerak kerja atau aktiviti-dapat membantu dan interaksi bermasyarakat.ASPEK SOSIALTEORI ALBERT BANDURA:Elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran diperolehi berdasarkan: melihat, meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lainJuga dikenali sebagai teori peniruanIndividu akan meniru sesuatu tingkahlaku jika mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang tinggiPENIRUAN MELALUI SEKAT LAKUAN DAN KETIDAKSEKATLAKUAN sekatlakuan: berlaku dalam keadaan tertentu tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.Individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi tertentu. Taksekatlakuan: individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasiPENIRUAN MELALUI ELISTASI akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oelh orang lain.MENIRU SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkahlaku model semasa mengajar.Proses ini berlaku secara tidak langsung semasa: melihat gambar,melihat filem, melihat videoASPEK ESTETIKMula menilai konsep keindahan dan kecantikan.Konsep perkongsian perlu ditekankan kerana konsep estetik dapat diserap ke dalam diri kanak-kanak.Latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu yang dilihat dan dilakukan12-15 tahunSensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.15-20 tahunPerhubungan rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari