folio batik tingkatan 3 2013
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
1/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
2/42
a) Orang Sumber
Nama : Helmi Al-Mukqriz Dek (Pekerja di Kilang Batik Fauzi).
Umur : 28 tahun.
Masa : 1 petang hingga 5:00 petang.
Tarikh : 19 April 2013
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
3/42
Transkripsi Perbualan Bersama Encik Hemli Al-Mukqriz Dek
Balqis : Assalamualaikum Encik, saya Raja Balqis Sofiah dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Simpang Pulai, ingin menemu ramah encik mengenai perusahaan encik iaitu
batik bagi menjalankan kerja kursus yang telah ditugaskan. Sebelum itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana encik sudi meluangkan masa bersama saya.
Encik Helmi : Waalaikummussalam, Balqis. Sama-sama. Ia tidak menjadi masalah bagi
saya. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana Encik Fauzi, iaitu pemilik kilang ini tidak
dapat hadir pada temu bual ini. Jadi saya, Encik Helmi iaitu pekerja di sini, menggantikan
tempatnya hari ini.
Balqis : Ohh, tidak mengapa. Kalau begitu,boleh encik ceritakan sedikit tentang sejarah
kewujudan Kilang Batik Fauzi ini?
Encik Helmi : Sebenarnya Kilang Batik Fauzi merupakan syarikat seratus-peratus
bumiputera yang beroperasi di Lot 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor, 31200 Chemor,
Perak Darul Ridzuan. Aktiviti utama syarikat ini ialah di dalam proses pembuatan dan
pengeluaran batik. Pengeluarannya merangkumi di sektor kerajaan dan swasta. Syarikat ini
telah ditubuhkan pada 22 April 2001.
Balqis : Berapakah modal untuk menubuhkan perusahaan ini?
Encik Helmi : Modal pertama kami adalah RM 100 ribu. Manakala modal untuk peralatan
membuat batik , RM 25 000. Ketika itu kami hanya membeli peralatan membuat batik yang
murah-murah dan senang didapati. Apabila keuntungan semakin meningkat, barulah kami
menukarkannya kepada peralatan yang lebih canggih dan tahan lama.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
4/42
Balqis : Apakah keistimewaan kraftangan batik Kilang Batik Fauzi ini ?
Encik Helmi : Keistimewaannya ialah, kami menjual corak batik yang paling terkenal iaitu
batik tulis tangan.
Balqis : Adakah Kilang Batik Fauzi ini ada cawangan di kawasan lain?
Encik Helmi : Cawangan kami hanya di sini sahaja.
Balqis : Boleh encik terangkan sedikit berkenaan cawangan Kilang Batik Fauzi ini di
Chemor?
Encik Helmi : Cawangan kami di sini mendapat banyak sambutan. Semua jenis golongan
seperti cina, india dan melayu amat menggemari batik kami.
Balqis : Adakah encik Fauzi mempunyai masalah ketika hendak menubuhkan syarikat ini ?
Encik Helmi : Sudah semestinya. Masalah yang sering dihadapi ialah masalah pemasaran
dan kekurangan pekerja. Keluarga encik Fauzi mendapat permintaan yang tidak konsisten
dan saingan daripada peniaga lain.
Balqis: Berapakah bilangan pekerja yang terdapat di kilang ini ?
Encik Helmi : Pekerja yang terdapat di kilang ini ialah 10 orang.
Balqis : Apakah corak batik yang dijual di sini selain batik tulis tangan?
Encik Helmi: Di sini, kami hanya membuat batik tulis tangan kerana masa yang diperlukan
untuk menyiapkan batik ini hanyalah 1 jam.
Balqis : Sekian sahaja temu bual pada hari ini. Terima kasih di atas informasi yang diberikan
oleh Encik. Semoga perniagaan Encik membangun dengan jayanya.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
5/42
Encik Helmi : Sama-sama.
Disediakan oleh,
(Raja Balqis Sofiah binti Raja Salehhuddin)
3 Ceria.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
6/42
b) Melawat Tempat Kajian
Tarikh Lawatan : 19 April 2013
Masa : 1:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : LOT 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
7/42
c) Internet
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
8/42
https://www.facebook.com/KilangBatikFauzi
https://www.facebook.com/KilangBatikFauzihttps://www.facebook.com/KilangBatikFauzihttps://www.facebook.com/KilangBatikFauzi -
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
9/42
http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.html
http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.htmlhttp://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.htmlhttp://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.html -
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
10/42
http://batik-warisananggun.com/
http://batik-warisananggun.com/http://batik-warisananggun.com/http://batik-warisananggun.com/ -
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
11/42
d) Buku
Nama buku : Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5
(OXFORD FAJAR)
Penulis : Azimah A. Samah
Zailani Yaacob
Tarikh diterbitkan : 2004
Alamat : Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
12/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
13/42
TAJUK KAJIAN
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
14/42
Bil. Isi Kandungan Muka surat
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
1.0 Maklumat Asas1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi
1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi
1.3 Lokasi/ Tempat Kajian
1.4 Pihak yang mengusahakan/ individu/
kelompok masyarakat yang mengusahakan
2.0 Latar Belakang
2.1 Tujuan dijalankan
2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan
2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan
2.4 Produk yang dihasilkan
2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL)
2.6 Kos Pengendalian
(pilih mana-mana 4 aspek sahaja)
3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial
3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan
3.3 Sumber Pendapatan
3.4 Penerusan Tradisi Keluarga
3.5 Memenuhi Permintaan3.6 Pembangunan kawasan setempat
3.7 Hubungan Kemasyarakatan
3.8 Industri Hiliran
3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan
3.10 Pelancongan
3.11 Peluang Pekerjaan
(pilih mana-mana 4 aspek sahaja)
4.0 Prospek
4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
15/42
4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta
4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat
4.4 Saranan dan harapan
(pilih mana-mana 4 aspek sahaja)
7. Rumusan
8. Lampiran9. Rujukan
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
16/42
PENGHARGAAN
Selamat Sejahtera.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai, Tuan Haji Suriahidayat bin Mohd kerana
beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya Encik Vijayakumar kerana memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat
menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat
berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau
akan saya kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga
saya ucapkan kerana membantu saya dari segi kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
17/42
OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji dan meneliti latar belakang sistem ekonomi tradisional di Malaysia. Mengkaji dan menyelidik perihal pengeluaran hasil kraftangan di negara kita. Meneliti kaedah, cara kajian lapangan dijalankan terutama dari segi prosedur dan
langkah bagi menghasilkan kajian bercorak tempatan.
Menentukan faedah pengeluaran di negara ini dari segi ekonomi dan sosial. Menentukan jangka masa depan dan permasalahan kraftangan tradisional di negara
kita.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
18/42
KAEDAH KAJIAN
Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja
Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.
1. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku ilmiah di
perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk
kegiatan ekonomi tradisional kraftangan batik di Malaysia.
2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaitan dengan
tajuk kajian. Kaedah kajian ini agak mudah kerana ianya dapat dilakukan pada bila-bila masa
dan mempunyai banyak sumber yang diperlukan.
3. Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut
berkaitan huraian kajian kerja kursus ini. Saya telah melawat tempat kajian saya iaitu di Lot
27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
4. Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah. Saya
merujuk pada akhbar dan majalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kraftangan
batik.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
19/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
20/42
1. Maklumat Asas
- Nama/jenis kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah kraftangan batik yang diusahakan oleh Encik Mohd
Fauzi bin Zainal Abidin.
-Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 April 2001. Penubuhan Kilang Batik Fauzi adalah bagi
menyahut seruan kerajaan dalam usaha membentuk usahawan bumiputera yang berdaya saing
dengan bantuan serta kerjasama badan kerajaan dan swasta. Walaupun banyak saingan dari
syarikat-syarikat lain, Kilang Batik Fauzi mampu memberi persaingan sihat kepada syarikat-
syarikat lain bagi menceriakan dunia perniagaan yang makin mencaba ini, terutama di dalam
industri pembuatan berasaskan kraftangan.
-Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Lot 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor
31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
-Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan.
Kraftangan batik ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di sekitar rumah
mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin. Bagi tujuan
kerja kursus ini saya memilih Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin kerana beliau merupakan
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
21/42
antara orang yang lama terlibat dengan kraftangan batik di kampung ini selain jarak
rumahnya dengan rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini.
2 Latar Belakang
-Tujuan Dijalankan
Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin pada mulanya menjalankan kegiatan ekonomi
tradisional kraftangan batik ini untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjalankan
perindustrian secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat luar bandar untuk menjana
pendapatan selain menstabilkan ekonomi negara. Dalam pada itu batik dapat mengekalkan
identiti warisan turun-temurun.
-Proses/cara pelaksanaan
TEKNIK DAN PROSES BATIK LUKIS
1. Kain dibersih dan dikeringkan.
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
22/42
3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain.
4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair.
5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain.
6. Berus digunakan untuk menyapu warna mengikut gubahan warna.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
23/42
7. Kain yang telah siap diwarnakan
dibiarkan kering.
8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8-12 jam untuk mematikan
warna.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
24/42
9. Kain direbus di dalam campuran air dan debu soda.
10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering.
Batik Cop/Blok
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
25/42
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul . Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Dicetak menggunakan cop berbagai corak/motif Biasanya lebih murah berbanding Batik Lukis & Batik Digital Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran
sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini
dikenali sebagai 'terap hitam'
Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya. Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit
kain, badan kain dan kaki kain.
Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannyaberdasarkan kepada flora dan fauna
-Peralatan/kaedah yang digunakan
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
26/42
ALAT YANG DIGUNAKAN
1. Canting2. Pemidang3. Berus4. Periuk5. Kuali atau bekas6. Dapur
BAHAN
1. Kain putih (fabrik yang sesuai)2. Campuran lilin
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
27/42
3. Bahan pewarna4. Bahan pemati warna (fixer)5. Debu soda
JENIS FABRIK
Pada kebiasaanya, fabrik yang digunakan untuk menghasilkan batik lukis adalah fabrik yang
meresap warna. Ini penting untuk menjaga warna lukisan dari rosak.
Fuji
Kain yang lembut dan mudah berkedut tetapi tampak berkilat Harga yang murah selalu digunakan untuk dijadikan kaftan.
Chiffon
Kain bermutu tinggi tetapi agak jarang dan nipis Kain lembut,sejuk dan selesa dipakai Mudah digosok
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
28/42
Cotton
Kain yang agak keras sedikit tetapi selesa dipakai Harga yang murah berbanding fabrik lain sesuai untuk dibuat kemeja.
Crepe
Kain bermutu tinggi Kain lembut,sejuk dan selesa dipakai Mudah digosok
Sutera Jacquard
Kain jenis berkilat seakan satin Kain sejuk dan selesa dipakai Tampak mewah
Sutera Rayon
Tekstur kain seakan Jacquard tetapi lebih tebal
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
29/42
Harga lebih rendah daripada jenis Jacquard
DESIGN BATIK
Batik Skrin
Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang
dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh hanya dicetak satu warna.
Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filemdicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas
plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkandi atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna
yang dikehendaki di atas meja skrin.
Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh danakhirnya dikeringkan semula.
Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yangdikehendaki.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
30/42
Batik Digital
Adalah batik teknologi terkini menggunakan System Atex Design iaitu proses perisianmenghasilkan rekacorak batik secara pengendalian komputer.
Ianya mempercepat proses pengeluaran batik dan menjimatkan kos dalam jangkamasa panjang.
Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual ialahia dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat.
Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Motif flora yang dihasilkan nampak seakan-akan 'hidup'
Batik Lukis
Harga lebih mahal
Ia memerlukan kemahiran dan ketelitian pembatik Batik lukis menggunakan canting dan lilin Ia mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh tukang yang mahir. Batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
31/42
-Produk yang dihasilkan
Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran kain yang
diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih
besar ialah 3m.
Manakan untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa ialah
2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.
Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci.
Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40%
damar.
-Tempat/kawasan (bengkel/keluasan tanah dan sebagainya)
Terdapat tiga bangunan utama di dalam kawasan perindustrian tersebut. Pertama, bangunan
kediaman, kedua, bangunan tempat kerja dan ketiga bangunan show room/jualan hasil
produk. Keluasan kilang ialah 1 ekar.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
32/42
Bangunan tempat kerja
3 Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
-Sumber pendapatan
Dengan mengusahakan kraftangan tradisional batik Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin
dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah
sekitar RM 500 sehari. Dijual antara RM 90 hingga RM 250 bagi kain nela sahaja. Secara
tidak langsung, pendapatan daripada jualan batik tulis beliau ialah sebanyak RM 4000 keatas
sebulan.
-Memenuhi permintaan
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai
baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
33/42
hanya pada hari Sabtu sahaja. Ini kemudiannya diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan.
Tetapi orang ramai mudah lupa menyebabkan kembali semula kepada sistem lama
berdasarkan hari. Bertitik tolak dari peraturan ini, permintaan batik telah meningkat dan
perindustrian batik secara kecil-kecilan telah tumbuh dengan pesatnya. Antara objektif Encik
Fauzi adalah juga meluaskan pasaran ke jabatan kerajaan dan syarikat swasta.
-Pembangunan kawasan setempat
Kilang Batik Fauzi, secara tidak langsung telah membangunkan kawasan persekitaran di situ.
Dengan kehadiran ramai pelancong dan pembeli, prasarana kawasan setempat dibangunkan
untuk keselesaan mereka. Dengan ini, masyarakat sekeliling juga dapat menikmati
pembangunan juga menambah pendapatan seharian.
-Pelancongan
Hala tuju dan masa depan Kilang Batik Fauzi untuk memperkenalkan budaya seni batik
melayu ke negara luar. Sebelum hasrat ini tercapai, Kilang Batik Fauzi telah menerima ramai
pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Salah satu tarikan yang ada di sini ialah,
mencuba sendiri, mencanting batik.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
34/42
4 Prospek
-Cabaran/kekangan yang dihadapi
Encik Fauzi bin Zainal Abidin menghadapi masalah untuk memasarkan hasil produknya
ketika kilang baru dibuka. Antara punca masalahnya ialah kawasan kilang beliau agak
terpencil dan kos pengangkutan agak mahal. Beliau juga menghadapi saingan dari kilang-
kilang batik yang ada di sekitar/pinggiran bandar Ipoh.
-Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta
Semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap
hari Khamis.. Adanya peraturan ini, permintaan batik telah meningkat dan perindustrian batik
secara kecil-kecilan telah tumbuh dengan pesatnya. Antara objektif Encik Fauzi adalah juga
meluaskan pasaran ke jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Permintaan juga agak
menggalakkan kerana batik yang dikeluarkan oleh Kilang Batik Fauzi adalah berkualiti.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
35/42
-Reaksi/penerimaan masyarakat
Reaksi masyarakat persekitaran begitu positif lebih-lebih lagi Kilang Batik Fauzi
menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Encik Fauzi sendiri berhasrat
melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam seni batik.
-Saranan dan harapan
Penubuhan Kilang Batik Fauzi adalah bagi menyahut seruan kerjaan dalam usaha membentuk
usahawan bumiputra yang berdaya saing dengan bantuan serta kerjasama badan kerajaan dan
swasta. Walaupun banyak saingan dari syarikat-syarikat lain, KILANG BATIK FAUZI
mampu memberi saingan sihat kepada syarikat-syarikat lain bagi menceriakan dunia
perniagaan yang makin mencabar ini, terutama di dalam industri pembuatan berasaskan
kraftangan.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
36/42
RUMUSAN
Kajian yang saya lakukan selama 4 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru
yang menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi
mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari
bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup
dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada
kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang kraftangan
di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu
terhadap bidang tugasnya selama ini.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
37/42
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa
banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
38/42
RUJUKAN
- Internet
http://batikfauzi.multimediaproject.my/index.php
https://www.facebook.com/KilangBatikFauzi
http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.html
http://batik-warisananggun.com/
- Orang sumber
Helmi Al-Mukqriz Dek, 28.
- Melawat tempat kajian
Kilang Batik Fauzi, LOT 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak Darul
Ridzuan.
- Buku
Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5. Azimah A. Samah, ZailaniYaacob.
http://batikfauzi.multimediaproject.my/index.phphttp://batikfauzi.multimediaproject.my/index.phphttps://www.facebook.com/KilangBatikFauzihttps://www.facebook.com/KilangBatikFauzihttp://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.htmlhttp://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.htmlhttp://batik-warisananggun.com/http://batik-warisananggun.com/http://batik-warisananggun.com/http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.htmlhttps://www.facebook.com/KilangBatikFauzihttp://batikfauzi.multimediaproject.my/index.php -
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
39/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
40/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
41/42
-
7/23/2019 Folio Batik Tingkatan 3 2013
42/42
Nama pelajar : Raja Balqis Sofiah binti Raja Salehhuddin
Tingakatan : 3 Ceria
Tajuk Kajian : Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Kraftangan : Batik
Nama Guru : Encik Vijayakumar A/L S.R. Rajoo