folio bahasa melayu

23
FOLIO BAHASA MELAYU SINOPSIS NOVEL PAPA (AKHIRNYA KAU TEWAS JUA) HAZIQAH BT ZAINUDIN 4 AWAM 1(2010) PN. AINA

Upload: iykaiyka

Post on 18-Jun-2015

1.668 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Bahasa Melayu

FOLIO BAHASA MELAYU

SINOPSIS NOVEL PAPA (AKHIRNYA KAU TEWAS JUA)

HAZIQAH BT ZAINUDIN

4 AWAM 1(2010)

PN. AINA

BAB 1

Page 2: Folio Bahasa Melayu

Ju sedang berbual dengan Mak Cik Noraini yang sedang menggoreng karipap di dapur . Tiba-tiba dia terlihat mamanya , Lia dengan papanya , Jeffri yang berada di kebun kecil

berhampiran rumahnya untuk memetik kacang panjang . Jeffri meminta Lia supaya memasak sayur itu kerana baginya masakan Lia paling sedap . Hubungan yang terlalu mesra antara

mereka berdua kurang disenangi oleh Ju kerana Ju mengatakan dirinya sudah dewasa

dan tidak sepatutnya mereka berbuat demikian . Mak Cik Noraini mengatakan kemesraan antara ibu bapa Ju disebabkan oleh kasih

sayang yang amat utuh .

BAB 2

Dua minggu kemudian , Ju terpaksa pulang ke rumah menaiki bas kerana mamanya telah

dijemput oleh papanya terlebih awal kerana Lia

Page 3: Folio Bahasa Melayu

pening dan tidak sedap badan . Petang itu , Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini

kerana mama dan papanya ke hospital . Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung kepada Ju , Dia mengenangkan tentang

kemesraan mama dan papanya . Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan . Menurut Mak Cik Noraini , papanya

pernah mencintai seorang doctor tetapi hubungan mereka tidak berjaya kerana doctor

tersebut sudah menjadi tunangan orang . Akhirnya papa Ju berkahwin dengan mamanya

dalam keadaan terpaksa . Namun lama kelamaan , hubungan mereka semakin erat . Mama dan papa Ju pulang dari hospital dalam

keadaan yang gembira kerana mereka mendapati bahawa mama Ju sedang

mengandung . Walau bagaimanapun , Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana mama Ju pernah mengalami komplikasi

semasa mengandungkan Ju dahulu . Jeffri memberitahu Mak Cik Noraini bahawa apa

yang telah dan akan berlaku bergantung pada ketentuan Tuhan . Mereka hanya mampu

berserah .

Page 4: Folio Bahasa Melayu

BAB 3

Suatu hari , Ju pulang lewat ke rumah . Apabila sampai di rumah , Ju terdengar perbualan

antara Mak Cik Noraini dengan mamanya . Mak Cik Noraini yang bimbang tentang Lia

menasihatinya untuk memikirkan tentang keadaan anak yang akan dilahirkannya kerana

Page 5: Folio Bahasa Melayu

Lia pernah tidak sedarkan diri ketika melahirkan Ju . Anak yang dilahirkan pula

terlalu kecil , menghidap demam kuning serta alah kepada susu tepung . Lia menegaskan

bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungan itu kerana itu adalah permintaan Jeffri . Dia amat menyayangi Jeffri dan tidak

akan kecewakan Jeffri .

Ju mengajak bapanya bermain tennis di Kelana Jaya tetapi Jeffri menolak kerana terlalu penat .

Ju mengatakan kepada papanya bahawa dia akan mengajak mamanya jika Jeffri enggan . Jeffri menghalang Ju untuk berbuat demikian

kerana Lia sedang mengandung dan memerlukan rehat yang banyak . Akhirnya Jeffri mengalah dengan anaknya . Semasa

bermain tennis , Ju terkenang tentang kehebatan papanya dalam bermain tennis

sehingga diminati oleh ramai gadis . Semasa mengelamun , tiba-tiba muka Ju terkena bola yang dipukul oleh papanya . Seorang gadis

menegur mereka berdua . Papa Ju dan gadis berbual dengan ramah . Ju berasa tidak senang

dengan perbuatan papa dan akhirnya Jeffri memperkenalkan gadis itu sebagai Aisyah iaitu

pelajar kolejnya . Mereka bertiga minum di sebuah kedai . Ju yang berasa kurang senang

Page 6: Folio Bahasa Melayu

akhirnya mengajak papanya pulang dengan alasan mamanya yang berada di rumah .

BAB 4

Ju bertemu dengan mamanya yang sedang menunggu di luar kereta . Mamanya memarahinya kerana dia lewat . Dia mengatakan bahawa rakan-rakannya

meminjam nota Geografinya kerana notanya lebih lengkap . Lia meminta Ju untuk duduk di

kerusi belakang kereta kerana rakannya , Cikgu Suzie ingin menumpang kereta

Page 7: Folio Bahasa Melayu

mamanya ke bengkel untuk mengambil keretanya .

Dalam perjalanan , Suzie menasihati Lia supaya memikirkan keadaan dirinya yang mengandung . Suzie bimbang kerana Lia

pernah mengalami kesukaran semasa melahirkan Ju . Lia memberitahu bahawa dia

sanggup berkorban untuk suaminya yang inginkan anak . Lia yang berasa kurang senang setelah diasak oleh Suzie mengatakan bahawa

dia amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak pernah tahu akan nilai kasih sayang

kerana dia belum berkahwin .

BAB 5

Empat bulan lagi , Lia akan melahirkan kandungannya . Semasa di kebun kecilnya , Lia

memberitahu Jeffri bahawa dia bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya . Jeffri menenangkan isterinya dengan

berharap Lia akan tabah dan menerima ketentuan Tuhan . Walau bagaimanapun , Lia

mengatakan dia tidak pernah menyesal dengan perbuatannya kerana dia sayang akan

Jeffri .

Page 8: Folio Bahasa Melayu

Perbuatan mereka dilihat oleh Ju . Ju merasakan mereka tidak sepatutnya berbuat

demikian kerana Ju telah dewasa . Dia bertanyakan Mak Cik Noraini tentang

keadaannya semasa dilahirkan . Mak Cik Noraini mengatakan bahawa saiz Ju semasa dilahirkan hanyalah sebesar anak kucing dan

sering menangis . Dia juga mengatakan bahawa Ju susah untuk dijaga kerana alah

kepada susu tepung dan terpaksa minum susu yang diperah dari mamanya . Disebabkan

kesukaran itu , Mak Cik Noraini menyayangi Ju seperti anak sendiri .

BAB 6

Di kolej , Aisyah sering berjumpa dan bertanya tentang pelajaran kepada Jeffri . Dia juga

pernah mengajak Jeffri untuk minum bersama tetapi Jeffri menolaknya . Dalam kereta , Ju menyindir papanya supaya berkahwin lagi sebagai cara menduga hati papanya . Jeffri

mengatakan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu melukakan hati mamanya .

Page 9: Folio Bahasa Melayu

BAB 7

Ju telah masuk ke tingkatan 5. Saat ibunya melahirkan anak kedua juga telah tiba . Jeffri

sibuk membeli barang keperluan bayi . Perbuatannya ditegur oleh Mak Cik Noraini kerana perbuatan membeli barang sebelum

kelahiran adalah tidak baik dan boleh mendatangkan bencana . Jeffri memberitahu

bahawa segala yang akan berlaku adalah ketentuan tuhan .

Kira-kira pukul 4 pagi , Jud an Mak Cik Noraini dikejutkan oleh Jeffri kerana Lia telah sampai

waktu untuk melahirkan anaknya . Jeffri membawa mereka ke Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia di Cheras . Sebelum masuk ke wad bersalin , Lia meminta ampun

Page 10: Folio Bahasa Melayu

kepada Jeffri dan meminta dia merelakan serta meredhakan apa yang bakal berlaku .

BAB 8

Pagi itu , doctor memberitahu Jeffri bahawa Lia menghadapi komplikasi dan perlu dibedah . Selepas menunggu , Jeffri diberitahu bahawa

Lia telah selamat melahirkan bayi kembar siam tetapi bayinya mati dalam kandungan

manakala Lia pula dalam keadaan koma . Ju dan Mak Cik Noraini menangis tetapi sebagai

seorang lelaki , Jeffri langsung tidak mengalirkan air mata . Selepas menguruskan

pengebumian anaknya , Jeffri membawa Ju dan Mak Cik Noraini melihat keadaan Lia . Timbul kekesalan di hati Jeffri kerana mahukan Lia

mengandungkan anak lagi .

Jeffri memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya di kolej serta rakan Lia di Sekolah Seri Gading . Mereka datang memberikan

penghormatan untuk anak Jeffri yang

Page 11: Folio Bahasa Melayu

dinamakan Ahmad dan Muhammad . Mereka menasihati Jeffri supaya bersabar dan kuatkan

iman . Aisyah turut menziarahi dan memberitahu bahawa perkara yang berlaku

ada hikmah di sebaliknya .

BAB 9

Lia masih lagi koma dan terlantar di hospital . Ju dihantar oleh papanya ke sekolah . Sebelum

meninggalkan sekolah , Jeffri mencium pipi anaknya dan memberitahu bahawa dia sangat

sayangkan Ju .

Rasylan seorang pelajar baru yang mempunyai wajah Pan Asian menegurnya dan

memberitahu bahawa dia sangat beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang penyayang .

Semasa kelas matematik , Cikgu Suzie mengatakan hasratnya ingin mengikut Ju dan

ayahnya untuk melawat Lia di hospital .

Sebelum balik , Rasylan menemui Ju dan mengajaknya keluar bersama . Tujuannya hanyalah untuk mengenali Ju dengan lebih

rapat lagi . Ju menolak perlawaannya dengan alasan dia ingin melawat ibunya di hospital .

Page 12: Folio Bahasa Melayu

BAB 10

Ju dan papanya menaiki kereta untuk melawat mamanya di hospital . Cikgu Suzie mengikut dengan keretanya di belakang . Sesampainya di hospital , Jeffri sempat bercakap dengan Lia

bahawa dia datang bersama Ju dan Suzie .

Pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang kerana ada sesi kaunseling dengan

pelajarnya di kolej, Ju mengulang kaji di bilik bacaan bapanya. Tiba-tiba dia terjumpa

sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru berkahwin. Wajah ibunya sungguh manis

dan bapanya pula sangat kacak. Ju juga terjumpa album bapanya yang mengandungi

surat Jeffri kepada Lia. Surat itu menyebut bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada Lia

yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya. Ju turut melihat gambar bapanya mendokongnya semasa berusia 3 bulan dan

gambar ketika hari jadi Ju yang pertama.

Page 13: Folio Bahasa Melayu

Mak Cik Noraini mengajaknya makan bersama tetapi Ju memberitahu bahawa dia ingin berehat. Mak Cik Noraini ialah sepupu

bapanya. Suami dan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Johor ke Bidor manakala dia terselamat. Mak Cik Noraini diambil bekerja dengan Jeffri

dan apabila Ju dilahirkan, dialah yang menjaga Ju sehingga dewasa. Akibatnya Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri.

Ju terkenangkan rakannya, Murni yang memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak

datang mengajar. Murni juga menghasut rakan-rakan lain supaya membenci Ju.

Puncanya ialah Murni pernah dimarahi oleh Lia kerana tidak menyiapkan tugas yang diberinya. Rasylan memujuk Ju supaya bersabar dengan

perkara yang berlaku. Ju menangis kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh

ayah dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Ju masih belum matang dan pengalaman akan

mengajar Ju menjadi tabah apabila dewasa kelak.

Mak Cik Noraini masuk dan mengajak Ju makan. Ju menjelaskan bahawa dia amat

merindui ibunya. Mak Cik Noraini sedih dan memeluk ju. Apabila bapanya balik, bapa Ju

menasihati Ju supaya tabah dan tidak mengikutkan perasaan. Jeff memberitahu

Page 14: Folio Bahasa Melayu

anaknya itu bahawa dia lebih merindui Lia dan terasa kehilangan kawan yang paling rapat

dalam hidupnya. Petang itu Ju mengajak bapanya, Jeffri untuk melawat ibunya di

hospital. Jeffri memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling telah

dibatalkan.

Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia.

Keadaan ini menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan

perasaannya..

Page 15: Folio Bahasa Melayu

BAB 11

Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Ju terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik

Noraini. Mak Cin Noraini mengesyorkan supaya Jeff berkahwin lain kerana Lia koma dan tidak

dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri menolak cadangan itu kerana baginya Lia tiada

penggantinya di samping hendak menjaga hati Ju.

Ketika duduk di sofa, Ju dan bapanya berbual tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh

Ju. Jeff percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang. Ju juga meminta kebenaran

bapanya untuk mengikut Rasylan ke rumahnya yang terletak di Andalas, Kelang. Jeff agak

keberatan kerana berasakan Ju masih terlalu mentah tentang pesangannya. Sebaliknya Jeff mencadangkan supaya Ju mengajak Rasylan

datang ke rumahnya untuk berkenalan dengannya dahulu. Ju setuju dengan cadangan

bapanya.

Bab 12

Page 16: Folio Bahasa Melayu

Sudah 8 bulan Lia koma. Semasa Aisyah menelefon Jeff yang sedang sembahyang, Ju

sempat berbual dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah mengajak Jeff bermain

tenis tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan terlalu sibuk. Jeff mengesyorkan Aisyah

bermain tenis dengan Ju.

Balik daripada menduduki peperiksaan terakhir, Ju terperanjat melihat ambulans di depan rumah. Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma. Tujuan Jeff adalah supaya mereka dapat menjaga Lia

dengan lebih baik dan menemani Lia dengan lebih kerap.

Aisyah datang mengajak Ju bermain tenis tetapi ditolak oleh Ju dengan alas an ingin

menjaga ibunya. Jeff menasihati Ju agar tidak mungkir janji. Akhirnya Ju pergi juga. Dalam perjalanan, Ju serta Aisyah berbual tentang

perancangan masa depan Ju. Aisyah menasihati Ju supaya belajar manakala tugas

menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya, Jeff. Selepas bermain tenis, Ju mengikut Aisyah ke rumah Aisyah kerana Aisyah ingin mandi dan

menukar pakaian. Ju sempat berkenalan dengan ibu dan bapa Aisyah yang merupakan

Page 17: Folio Bahasa Melayu

orang kaya.

Ju dan Aisyah sampai ke rumah pada waktu malam. Ju telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak menepati masa yang dijanjikan. Malam itu Jeff berbicara lagi dengan Lia yang masih

koma tentang tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga berbual tentang harapannya melihat Ju Berjaya mendapat ijazah seperti

yang diimpikan oleh Lia dahulu.

BAB 13

Malam itu Jeff dan keluarganya hanya makan bubur dengan alasan agar mereka dapat

merasakan kehidupan golongan yang hidup susah. Ju pula memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang sakit

Page 18: Folio Bahasa Melayu

seperti ibunya. Ju juga hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak diberi sebarang

makanan. Jeff menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung kepada Tuhan.

Malam itu, sekali lagi Jeff berbicara dengan Lia seolah-olah Lia dalam keadaan sedar. Ju dapat

merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan yang amat hebat tetapi kagum

dengan sikap bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil berat.

Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit bahawa Jeff ialah anak angkat

Datuk Mustakim dan sebelum itu telah menjadi anak angkat JKM. Jeffri juga menceritakan

bahawa Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik

daripada sembahyang terawih. Bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Datuk Mustakim takut untuk bertemu dengan Jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya

sehinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan untuk mempertemukan Datuk Mustakim dengan Jeff tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan bahawa segala-galanya telah

terlambat.