folio aten

Upload: muhammad-aizzat

Post on 17-Jul-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Nama Kelas

: Fatin Nabilah Bt. Mohd Salim : 5SC3

Nama Guru : Cik Maslina Ayu No. I/C : 950306-02-5964

Isi KandunganBil 1. 2. 3. Tajuk Tajuk Isi Kandungan Diabetes -Pengenalan -Punca -Golongan Berisiko -Tanda-tanda awal -Cara Penghindaran -Galeri Petanque -Asal-usul -Konfigurasi Pemain -Aksesori Pemain -Teknik Bermain -Peraturan -Galeri Mukasurat 1 2

4.

Pengenalan Nama saintifik ialah Diabetes Mellitus Merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Terbahagi kepada dua : A) Diabetes jenis pertama B) Diabetes jenis kedua Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani . Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Punca DiabetesPunca Diabetes : Obesiti Kurang pengamalan gaya hidup sihat Tabiat pemakanan yang tidak teratur dan tidak berkualiti Faktor keturunan Tekanan darah tinggi Genetik Kadar Kolestrol yang tinggi dalam badan Peningkatan umur Sejarah Diabetes Gestasi (Diabetes dalam kandungan )

Golongan Yang BerisikoGolongan yang berisiko untuk menghidap penyakit Diabetes Mellitus ialah : Golongan yang lebih tua Golongan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi Golongan yang menghidap obesity Golongan yang mempunyai sejarah diabetes pada tahap kehamilan terakhir Golongan yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak berkualiti Golongan yang mempunya penyakit tekanan darah tinggi Golongan yang berasal daripada keluarga yang pernah menghidap diabetes

Tanda Awal Penyakit DiabetesTanda-tanda awal penyakit Diabetes ialah : Sering merasa dahaga Sering ke tandas Terasa lemah badan Penurunan berat badan Penglihatan semakin kabur Terasa lemah badan

Cara Menghindari Penyakit Diabetes1.Perubahan Gaya Hidup Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul. 2.Pemakanan Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

3. Senaman Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%. 4. Penjagaan Berat Badan Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

5. Pemeriksaan Sendiri Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan .

Galeri

Gangres akibat diabetes

Simptom yang akan terjadi pada kulit apabila menghidap diabetes.

Alat yang digunakan untuk memeriksa kadar glukosa dalam badan .

Sejarah Permainan Petanque

Petanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yangdigelar jack. Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan s e b a g a i s a l a h s a t u a c a r a s u k a n n e g a r a . U p a c a r a p e r a s m i a n t e l a h d i l a k u k a n o l e h Menteri Belia dan Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 di Padang jalan Timur, Petaling Jaya. Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua". Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan .

Konfigurasi Bagi Pemain Untuk Permainan Petanque .Terdapat 3 jenis konfigurasi untuk permainan petanque iaitu : 1 . 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemainsetiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule. 2. 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemainsetiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule. 3. Perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain menggunakan 3 biji bolaBola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi denganberat antara 650g dan 800 gram.

Aksesori Untuk Permainan PetanqueLapangan Petanque Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4meter lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar. Kawasan permainan boleh diperbuat daripada apa apa medium mengikut kesesuaian seperti kawasa berpasir , berumput dan lain-lain . Tidak sesuai dimainkan dia atas permukaan licin seperti jubin dan simen . Bola Besi/Boule Bola yang diperbuat daripada keluli besi yang berdiameter antara 70.5mm dan 80mm. Jack Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm.

Teknik Bermain Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan permainan dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat lemparan. Permainan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1meter dari sempadan gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini berlaku, maka jack tersebut hendaklah dilontar semula. Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilontar . Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permainan biasanya dimainkan sehingga mata 13. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan -pertandingan akhir. Bagi menentukan pemenang biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack. Permainan ini boleh tamat dalam tempoh masa beberapa minit mahupun berjam-jam bergantung kepada strategi pemain .

Peraturan Permainan Petanque

Peraturan permainan ini tidak susah. Peraturan-peraturannya ialah: Pemain boleh membaling bola mengikut cara yang disukainya tetapi tidak boleh mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud'meletakkan kedua-dua kaki bersama'. Bola yang terkeluar daripada gelanggang tidak dikra dalam permainan. Bola boleh dibaling setinggi manapun atau dengan cara balingan lain. Lingkaran titik permulaan boleh diubahsuai sekiranya titik akhir jack ialah kurang 10 meter untuk membuat balingan yang seterusnya. Setiap pasukan harus mempunyai peralatan pengukuran yang sesuai

Galeri

Contoh Gelanggang Petanque

Contoh satu set Boule

Contoh Jack

Contoh proses permainan Petanque .

RUJUKAN1. ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis 2. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=punca%20kencing%20manis&psj=1&g s_sm=e&gs_upl=1372l10593l0l11154l38l38l8l4l4l0l501l5014l0.19.2.2.2.1l26l0&ba v=on.2,or.r_gc.r_pw.,cf.osb&biw=1024&bih=499&um=1&ie=UTF8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=OZYwT43-MYXKrAfQtaWsBA 3. http://en.wikipedia.org/wiki/P%C3%A9tanque 4. http://www.petanque.org/beginners/ 5. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=petanque&psj=1&gs_sm=e&gs_upl=31 55l5197l0l5643l8l8l0l2l2l0l368l1623l0.2.1.3l6l0&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.,cf.osb& biw=1024&bih=499&um=1&ie=UTF8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=m5gwT_rxBMH3rQf5-tGDBA