first published in january 2015 -...

160
1

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

  • 3

    First published in January 2015

    © The Ministry of Health Malaysia 2015 www.moh.gov.my National Library of Malaysia Cataloguing in Publication Data A catalogue record for this book is available from the National Library of Malaysia All rights reserved: no part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, Mechanical, photocopying, recording, or otherwise without the prior permission of the Ministry of Health Malaysia.

    http://www.moh.gov.my/

  • 4

    KATA PENDAHULUAN

    oleh Pengarah Perkembangan Perubatan

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

    Sebuah syarikat penerbitan Amerika, International Living dengan penuh bangga mewar-

    warkan hasil kajian yang dilakukan dimana kedudukan sistem kesihatan bagi Negara

    Malaysia adalah di kedudukan ke 3 terbaik daripada sejumlah 24 negara mengikut Indeks

    Persaraan Global bagi tahun 2014 dengan mengalahkan Negara-negara seperti Sepanyol,

    Itali, Ireland dan New Zealand.

    Pengumuman index ini telah di buat baru-baru ini oleh syarikat tersebut dimana sistem

    kesihatan Malaysia di iktiraf dunia melalui markah amat baik yang di terima sebanyak 95

    daripada markah penuh 100. Seterusnya prestasi para pengamal perubatan di Malaysia di

    buktikan ‘setanding atau melampaui’ tahap kebanyakan kepakaran dunia

    barat,sebagaimana yang di perkatakan oleh seorang pegawai berita bagi kawasan Benua

    Asia, Keith Hockton.

  • 5

    Untuk lebih maju kehadapan, fraterniti Otorinolaringologi (ORL) telah mengambil inisiatif

    untuk memudahkan proses perolehan keizinan prosedur atau pembedahan melalui kaedah

    perkongsian penerangan dan maklumat-maklumat terkini berkaitan penyakit, amalan

    perubatan, perincian prosedur atau pembedahan termasuk rawatan selepas discaj dari

    hospital.

    Dengan cara ini, pesakit-pesakit dapat di perkasakan sebaik-baiknya melalui penggunaan

    Risalah Penerangan Pesakit (RPP) yang seterusnya mempermudahkan proses

    mendapatkan keizinan pembedahan dan sebarang implikasi medikolegal akan di segera di

    selesaikan dengan adanya bukti rekod yang baik.

    Tahniah kepada fraterniti ORL KKM diatas kesungguhan dan komitmen menghasilkan RPP

    dwibahasa sebagai disiplin pertama di KKM yang berjaya berbuat demikian demi

    kepentingan pesakit dan kakitangan jabatan.

    Dato’ Dr Hj Azman bin Hj Abu Bakar

    Pengarah

    Bahagian Perkembangan Perubatan

    Kementerian Kesihatan Malaysia

  • 6

    KATA PENGHANTAR

    oleh

    Ketua Perkhidmatan ORL

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia,

    Dr McCartney didalam artikelnya bertajuk ‘In a feature’ yang diterbitkan oleh ‘British

    Medical Journal (BMJ)’ pada 30hb Julai 2013, menyatakan terdapat lambakan penerangan

    mengenai informasi pesakit yang ditulis oleh sebahagian syarikat atau individu di

    Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom. Agak sukar untuk mengetahui

    betapa efisien dan efektifnya risalah tersebut.

    Kajian dahulu menunjukkan risalah-risalah ini memberi panduan kepada pesakit secara

    berbeza dan kadang kala bercangah antara satu sama lain.

    Contoh: Kajian lain berkaitan risalah pembuangan batu karang di buah pinggang

    menunjukkan mereka secara konsisten tidak memaklumkan komplikasi yang lazimnya

    dialami oleh pesakit. Terdapat juga julat perbezaan mengenai informasi ubat-ubatan dan

    ubat analgesia. Kebanyakan komplikasi tidak diberikan penerangan dengan jelas kepada

    pesakit.

    Sir Muir Gray, Pengerusi bersama dari ‘executive council of the Information Standard

    United Kingdom’ menyatakan Risalah penerangan Pesakit mestilah maklumat yang tidak

    bercangah dan ianya perlu berlandaskan kepada penemuan-penemuan perawatan

    kesihatan terdalulu. Ia mestilah tidak membazir dari segi wang ringgit, tidak standard dan

    maklumat yang bercanggah dan tidak tepat.

  • 7

    McCartney mengatakan masalah ini bukan baru. Siasiatan BMJ pada tahun 1998

    menjumpai ketidak ketepatan maklumat dan maklumat lapuk telah digunakan dan

    diperkatakan oleh sebahagian penulis risalah perubatan.

    Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah Cawangan Perkembangan Perkhidmatan

    Perubatan, telah bergandingan dengan Perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) untuk

    mengambil inisiatif mengumpulkan sekumpulan pakar-pakar ORL menulis risalah

    penerangan pesakit.Ini dapat membantu kefahaman pesakit mengenai prosidur

    pembedahan sebelum mengambil keputusan pembedahan bergantung kepada keadaan

    kesihatan dan pilihan perawatan mereka.

    Dato’ Mr Abd Majid Md Nasir

    Datin Dr Siti Sabzah Bte Hashim

    Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi

    Kementerian Kesihatan Malaysia

  • 8

    ISI KANDUNGAN:

    BAHAGIAN TOPIK MUKASURAT

    AM Tonsil ( Tonsilektomi )

    Tonsil Dan Adenoid ( Adenotonsilektomi)

    Trakeostomi

    Apa Itu Epistaxis?

    Abses ( Bengkak Bernanah) Di Leher

    Rawatan Patah Tulang Hidung

    OTOLOGI Pembedahan Telinga Luar • Sinus Preauricular • Meatoplasti And Kanalplasti • Polypectomi Aural / Telinga

    Pembedahan Telinga Tengah • Myringotomi Dan Sisipan Gromet • Myringoplasti And Tympanoplasti • Pembedahan Tulang Mastoid Dan Temporal

    Pembedahan Telinga Dalam • Alat Bantuan Pendengaran Tulang (Baha) • Implan Koklea - Pembedahan Untuk Masalah

    Hilang Pendengaran Jenis Sensori

    Ujian Pendengaran: • Ujian Pendengaran Ransangan Pangkal Otak

    (ABR) Dibawah Sedasi / Bius Am

    RINOLOGI Rinoplasti

  • 9

    Septoplasti

    Pembedahan Turbinat Inferior

    Pembedahan Endoskopik Dasar Tengkorak Anterior (Anterior Skull Base Surgery)

    Pembedahan Endoskopi Saluran Air Mata (EDCR)

    Pembedahan Endoskopi Fungsi Rongga Sinus (FESS)

    PEMBEDAHAN KEPALA DAN

    LEHER

    Pembedahan Kanser Kepala Dan Leher

    Pembedahan Berkaitan Masalah Tidur

    Pembedahan Kelenjar Air Liur

    Pembedahan Larinks

    Pembedahan Bagi Masalah Menelan

    Ujian Fiberoptik Endoskopik Untuk Menelan (FEES)

    Pembedahan Rekonstruktif Kepala Dan Leher

    OTOLARINGOLOGI PEDIATRIK

    Pembuangan Benda Asing • Perawatan Cerumen Telinga • Pembuangan Benda Asing Nasal • Pembungan Benda Asing Tekak Dan Esopagus • Pembuangan Benda Asing Paru-Paru / Aspirasi

  • 10

    Exit- Perawatan Ex Utero Intra Partum

    Perawatan Masalah Saluran Pernafasan Atas Untuk Kanak-Kanak

    PROSEDUR ENDOSKOPI

    Endoskopik Tegar Nasal

    Esophagoskopi

    Bronkoskopi

    Laringoskopi

    Panendoskopi

    Sialoendoskopi

  • 11

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    PEMBEDAHAN TONSIL - TONSILEKTOMI

    Pengenalan Tonsilektomi adalah pembedahan untuk membuang tonsil. Tonsil adalah kumpulan tisu limfa di belakang tekak. Pembedahan untuk membuang tonsil (tonsilektomi) mungkin diperlukan atas beberapa sebab. Cara pembedahan termasuklah diseksi, elektrokauteri, kobolater, pisau HARMONIK dan LASER. Pilihan teknik pembedahan adalah bergantung kepada doktor yang merawat dan kemudahan yang ada.

    Gambar 1 : Anatomi tekak

  • 12

    Indikasi:

    Jangkitan tonsil yang kerap.

    Abses peritonsil berulang - jangkitan bernanah pada tisu sekitar tonsil.

    Tonsil yang bengkak menyebabkan pesakit berdengkur dan terhenti bernafas

    semasa tidur.

    Tonsil yang bengkak menyebabkan kesukaran bernafas dan menelan.

    Disyaki ketumbuhan.

    Sebahagian dari pembedahan lain seperti pembedahan rawatan berdengkur.

    Bagaimana pembedahan ini dilakukan? Tonsilektomi dijalankan dengan pesakit dibawah pembiusan am. Ianya dilakukan melalui rongga mulut dan mengambil masa lebih kurang 30 sehingga 60 minit. Ada kemungkinan jahitan dibuat didalam tekak yang biasanya akan hilang selepas 3 minggu. Penjagaan selepas pembedahan:

    Untuk beberapa hari selepas pembedahan, sakit tekak adalah sesuatu yang

    dijangka berlaku. Kebiasaannya sakit ini boleh dikawal oleh ubat tahan sakit, ubat

    kumur dan ubat semburan tekak. Minuman dan makanan yang lembut dan sejuk

    seperti ais krim, puding dan sup adalah digalakkan pada hari pertama.

    Anda perlu berehat selepas pembedahan. Kegiatan fizikal yang lasak adalah tidak

    digalakkan.

    Gambar 2 : Pembedahan tonsil

  • 13

    Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami

    pendaharahan dari tekak, demam, sakit tekak yang berterusan dan dehidrasi.

    Komplikasi:

    Pendarahan adalah satu komplikasi yang serius dan mungkin memerlukan rawatan

    secara pembedahan.

    Jangkitan.

    Kesakitan.

    Kecederaan kepada mulut, gigi, tekak dan lidah.

    Perubahan suara. Kemungkinan boleh berlaku perubahan suara. Ini kebiasaannya

    adalah sementara dan sembuh dalam tempoh masa enam minggu.

    Kelemahan velofarinks. Makanan termasuk kedalam rongga hidung semasa

    menelan. Kebiasaannya keadaan ini adalah sementara, jarang sekali kelemahan

    velofarinks yang kekal dilaporkan.

    Rawatan alternatif selain pembedahan Pembedahan tonsil mungkin tidak perlu sekiranya tonsillitis yang kerap boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat - ubatan. Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 14

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan

    PEMBEDAHAN TONSIL DAN ADENOID - ADENOTONSILEKTOMI

    Pengenalan Adenotonsilektomi adalah pembedahan untuk membuang tonsil dan adenoid. Tonsil dan adenoid adalah kumpulan tisu limfa di belakang tekak. Pembedahan untuk membuang tonsil (tonsilektomi) dan membuang adenoid (adenoidektomi) mungkin diperlukan atas beberapa sebab Pembedahan boleh dilakukan dengan cara diseksi, elektrokauteri, Kobolater, Pisau HARMONIK atau LASER. Pilihan teknik pembedahan adalah bergantung kepada doktor yang merawat dan kemudahan yang ada.

    Gambar 1 : Anatomi Tekak

  • 15

    Indikasi:

    Jangkitan tonsil yang kerap

    Abses peritonsil (Quinsy) - jangkitan bernanah pada tisu sekitar tonsil

    Tonsil yang bengkak menyebabkan pesakit berdengkur dan terhenti bernafas

    semasa tidur.

    Tonsil dan adenoid yang bengkak menyebabkan kesukaran bernafas dan menelan.

    Disyaki ketumbuhan.

    Sebahagian dari pembedahan tekak yang lain.

    Pembesaran adenoid yang menjejaskan fungsi Tiub Eustasion dan menyebabkan

    cecair terkumpul di telinga tengah

    Bagaimana pembedahan ini dilakukan? Adenotonsillektomi dijalankan dengan pesakit dibawah pembiusan am. Ianya dilakukan melalui rongga mulut dan mengambil masa lebih kurang 30 sehingga 60 minit. Ada kemungkinan jahitan dibuat didalam tekak yang biasanya akan hilang selepas 3 minggu.

    Gambar 2 : Pembedahan Adenotonsillektomi

  • 16

    Penjagaan selepas pembedahan

    Untuk beberapa hari selepas pembedahan, sakit tekak adalah sesuatu yang

    dijangka berlaku. Kebiasaannya sakit ini boleh dikawal oleh ubat tahan sakit, ubat

    kumur dan ubat semburan tekak. Minuman dan makanan yang lembut dan sejuk

    seperti ais krim, puding dan sup adalah digalakkan pada hari pertama.

    Anda perlu berehat selepas pembedahan. Kegiatan fizikal yang lasak adalah tidak

    digalakkan.

    Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami

    pendaharahan dari tekak, demam, sakit tekak yang berterusan dan dehidrasi.

    Komplikasi

    Pendarahan adalah satu komplikasi yang serius dan mungkin memerlukan rawatan

    secara pembedahan.

    Jangkitan.

    Kesakitan.

    Kecederaan kepada mulut, gigi, tekak dan lidah.

    Perubahan suara. Kemungkinan boleh berlaku perubahan suara. Ini kebiasaannya

    adalah sementara dan sembuh dalam tempoh masa enam minggu.

    Kelemahan velofarinks. Makanan termasuk kedalam rongga hidung semasa

    menelan. Kebiasaannya keadaan ini adalah sementara, jarang sekali kelemahan

    velofarinks yang kekal dilaporkan.

    Rawatan alternatif selain pembedahan Pembedahan adenotonsillektomi mungkin tidah perlu sekiranya tonsillitis yang kerap boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat - ubatan

  • 17

    Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 18

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    TRAKEOSTOMI

    Pengenalan Trakeostomi adalah pembedahan membuat pembukaan pada salur pernafasan (trakea).Tiub trakeostomi akan diletakkan melalui pembukaan itu. Ia boleh dilakukan sebagai pembedahan kecemasan atau pembedahan elektif. Trakeostomi kecemasan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa, Biasanya dilakukan apabila pesakit mengalami halangan saluran pernafasan atas. Trakeostomi (Elektif) mungkin perlu dilakukan untuk beberapa sebab terutamanya untuk ventilasi(alat bantuan pernafasan) berpanjangan.

    Ilustrasi 1 : Gambaran Trakeostomi

  • 19

    Indikasi:

    Pesakit yang memerlukan ventilasi (alat bantuan pernafasan) yang berpanjangan

    Halangan saluran pernafasan bahagian atas contohnya kanser larinks

    Jangkaan berlakunya halangan saluran pernafasan selepas pembedahan kepala

    dan leher yang major

    Untuk memudahkan pembuanganlendir dari paru-paru

    Untuk mengurangkan ruang udara tanpa fungsi di bahagian paru-paru (dead space)

    Pembedahan Trakeostomi boleh dilakukan di bawah pembiusan am atau setempat. Pembiusan am dengan tiub endotrakeal adalah lebih menjadi pilihan. Pembiusan setempat mungkin hanya satu-satunya kaedah yang boleh digunakan di dalam kes tertentu contohnya: pesakit dengan halangan pernafasan yang teruk dengan risiko yang amat tinggi bagi pembiusan am. Satu insisi akan dibuat pada kulit leher. Trakea dikenalpasti, dibuka dan tiub trakeostomi dimasukkan. Kulit akan dijahit dan kadang-kadang tiub itu dijahit ke leher untuk mencegah kejadian tiub tercabut.Reben diikat di leher untuk mengekalkan kedudukan tiub ditempatnya. Perubahan fisiologi selepas trakeostomi Fungsi-fungsi saluran pernafasan seperti dibawah akan terjejas disebabkan oleh trakeostomi:

    Pemanasan udara

    Pelembapan udara

    Penapisan udara, termasuk habuk dan kuman

    Komunikasi / Percakapan

    Menelan

  • 20

    Penjagaan selepas pembedahan

    Pesakit dengan tiub trakeostomi mungkin mendapati kesukaran untuk

    membersihkan lelehan dari paru-paru. Oleh itu sedutan rembesan yang kerap

    adalah penting.

    Pelembapan boleh dikekalkan dengan menggunakan topeng trakeostomi dan kain

    kasa yang lembap.

    Tiub trakeostomi boleh ditukar dalam tempoh satu minggu pertama selepas

    pembedahan. Selepas itu, pertukaran tiub boleh dilakukan mengikut keperluan.

    Penjagaan stoma. Pembentukan lendir dan geseran tiub boleh menyebabkan infeksi

    pada kulit di sekitar stoma. Kawasan ini perlu dibersihkan sekurang-kurangnya

    sekali sehari dengan air suam / salina (normal saline) untuk mencegah jangkitan

    dan bau busuk.

    Komunikasi selepas pembedahan. Pesakit akan mempunyai masalah didalam

    pertuturan selepas pembedahan trakeostomi. Kaedah komunikasi yang lain seperti

    menulis boleh disediakan.

    Injap Percakapan (speaking valve) boleh digunakan dalam jangkamasa pendek

    untuk tujuan komunikasi.

    Trakeostomi boleh menganggu fungsi menelan dan ini memerlukan penyesuaian.

    Kadang-kadang makanan dan minuman mungkin tersedak masuk ke trakea yang

    membuatkan pesakit batuk semasa makan atau minum. Terapi Menelan biasanya

    boleh mengatasi masalah ini. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan tiub

    makanan.

    Gambar 1 : Pesakit dengan tiub trakeostomi

  • 21

    Penjagaan di rumah - pesakit trakeostomi dengan jangkamasa yang lama.

    Pesakit dibenarkan keluar wad apabila penjaga/beliau mampu untuk menguruskan

    penjagaan tiub trakeostomi dengan rapi

    Dalam kebanyakan kes, pesakit mungkin dinasihatkan untuk memperolehi mesin

    sedutan bagi tujuan mengeluarkan rembesan daripada mengeras di dalam tuib

    Penjaga akan dilatih secukupnya bagi menguruskan tiub trakeostomi

    Tiub Trakeostomi akan dicabut apabila tiada indikasi lagi.

    KEPUTUSAN UNTUK MEMBUANG TIUB TRAKEOSTOMI PERLU DILAKUKAN

    OLEH DOKTOR YANG MERAWAT

    Apabila keadaan anda semakin pulih dan tiada lagi indikasi untuk trakeostomi,

    terdapat beberapa cara digunakan untuk proses ini

    Tiub anda akan ditukarkan kepada saiz yang lebih kecil

    Pembukaan tiub akan disumbat supaya anda bernafas melalui hidung dan mulut.

    Sekiranya anda selesa dengan tiub trakeostomi yang disumbat, maka tiub boleh

    dikeluarkan.

    Komplikasi

    Pendarahan boleh berlaku dan berhenti dengan sendiri. Jika pendarahan

    berterusan, doktor mungkin perlu melakukan prosedur untuk memberhentikan

    pendarahan.

    Tiub boleh tersumbat. Sedutan yang kerap akan mencegah komplikasi ini daripada

    berlaku.

    Tiub tercabut secara tidak sengaja. Tiub perlu diikat dengan kemas supaya tidak

    tercabut.

    Udara mungkin menyusup keluar ke sekeliling tisu menyebabkan udara

    terperangkap dibawah kulit.

    Pneumotoraks berlaku apabila udara meresap keluar dari lapisan paru-paru dan

    menekannya, menyebabkan paru-paru tidak berfungsi dengan baik.Ia biasanya

    memerlukan tiub dimasukkan ke dalam rongga dada sebagai rawatan.

  • 22

    Luka trakeostomi mungkin mengalami jangkitan. Penjagaan dressing setiap hari

    akan mengurangkan komplikasi ini.

    Kecederaan pada peti suara dan saluran makanan (esofagus)

    kelemahan trakea (tracheomalacia)

    Fistula (kebocoran) dari trakea ke esofagus.

    Saluran pernafasan atas atau di bawah lubang trakeostomi boleh menjadi sempit

    (stenosis)

    Alternatif untuk pembedahan trakeostomi Tiada alternatif jika ianya adalah untuk mempertahankan saluran pernafasan. Penafian umum:

    o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 23

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan

    APA ITU EPISTAKSIS?

    Epistaksis ialah pendarahan dari rongga hidung. Kenapa ia berlaku? Ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:

    Kecederaan pada hidung dan muka yang disebabkan terjatuh, kecederaan sukan, kemalangan dan kena tumbuk

    Kecederaan kecil akibat mengorek hidung

    Jangkitan kuman seperti jangkitan pada rongga hidung dan sinus paranasal

    Ilustrasi 1 : Anatomi pembuluh darah hidung

  • 24

    Demam denggi berdarah

    Barah dan ketumbuhan dalam rongga hidung dan sinus paranasal

    Terdedah pada persekitaran yang panas dan kering

    Penyakit darah dan salur darah seperti Hemophilia,leukemia dan Hereditary

    Hemorrhagic Telangiectasia

    Penggunaan ubat pencair darah seperti aspirin dan warfarin

    Penyakit darah tinggi yang tidak terkawal

    Apakah yang perlu dilakukan jika epistaksis berlaku? Rawatan segera yang boleh dilakukan ialah:

    Jangan panik Anda perlu duduk dan tunduk ke hadapan

    Picit hidung pada bahagian hujung hidung yang lembut dengan kedua-dua

    lubang hidung tertutup secara berterusan selama 5 – 10 minit dan bernafas melalui mulut

    Letakkan bungkusan ais diatas dahi

    Berkumur dengan air sejuk

    Jika pendarahan berlaku berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan

    rawatan di hospital dengan segera

    Ilustrasi 2 : Rawatan segera epistaksis

  • 25

    Rawatan di hospital Jika perdarahan berterusan, doktor akan melakukan rawatan segera. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah:

    Kauteri: Untuk memberhentikan perdarahan yang sederhana. Kauteri yang biasa digunakan adalah seperti bahan kimia iaitu “Silver Nitrate” ataupun alat diatermi elektrik

    Jika perdarahan berterusan dan gagal diberhentikan, hidung akan disumbat dengan kain kasa reben atau span khas

    Pesakit juga mungkin perlu dibawa ke dewan bedah dan menjalani pemeriksaan di bawah pembiusan am untuk menentukan punca pendarahan dan memberhentikan pendarahan

    Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

    Gambar 1 : Span Epistaksis

  • 26

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    ABSES (BENGKAK BERNANAH) DI LEHER

    Pengenalan Abses leher adalah suatu keadaan dimana berlaku pengumpulan nanah akibat dari jangkitan kuman di bahagian leher.

    Pengumpulan nanah ini seterusnya menyebabkan kawasan leher tertentu membesar mengakibatkan berlaku tekanan pada struktur lain seperti saluran pernafasan, pemakanan dan salur nadi di leher. Keadaan ini memerlukan rawatan segera.

    Tanda-tanda:

    Demam dan menggigil

    Sakit tekak

    Benjolan pada belakang tekak sebelah dalam

    Pembukaan mulut terhad

    Leher bengkak, sakit dan/atau kekejangan

    Gambar 1 : Abses leher

  • 27

    Sakit telinga

    Perubahan suara

    Kesukaran menelan, bercakap atau bernafas

    Terdapat beberapa jenis abses leher, diantaranya:

    Abses retropharyngeal. Nanah pada bahagian belakang tekak sebelah dalam

    Abses peritonsil (Quinsy). Nanah yang terbentuk di dalam tisu di sekitar tonsil

    Abses submandibular. Nanah yang berada di dalam tisu rongga mulut. Nanah

    mengumpul di bawah lidah boleh menyebabkan masalah menelan dan

    pernafasan

    Abses parapharyngeal. Nanah yang terbentuk di dalam tisu sekeliling tekak

    Penyebab abses:

    Abses leher biasanya berlaku akibat jangkitan kuman di kepala atau leher seperti demam selsema, jangkitan gigi, gusi, tonsil, rongga hidung atau telinga

    Ia boleh merebak ke dalam tisu pada bahagian leher atau belakang tekak

    Abses leher juga berlaku berikutan jangkitan pada struktur kongenital (wujud semasa lahir) seperti sista branchial atau sista saluran thyroglossal

    Ianya juga boleh berlaku selepas tertelan bendasing seperti tulang ikan

    Selain itu, pesakit dengan imuniti badan rendah seperti kencing manis yang tidak terkawal, jangkitan HIV dan warga tua mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat keadaan ini

    Penyiasatan

    Selepas diagnosis dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal, penyiasatan akan dilakukan mengikut keperluan dan kemudahan yang ada seperti ujian darah, x-ray leher, ultrasound dan CT scan

    Rawatan

    Rawatan termasuk:

    Ubat antibiotik.Bagi pesakit yang mempunyai abses yang kecil, ubat antibiotik

    mungkin mencukupi.

  • 28

    Jika rawatan antibiotik tidak berkesan, prosedur pembedahan untuk

    mengeluarkan nanah diperlukan.Prosedur pengeluaran nanah secara

    kecemasan perlu dilakukan sekiranya abses tersebut menimbulkan risiko

    mengancam nyawa

    Prosedur pengeluaran nanah:

    Teknik pembedahan samada melalui rongga mulut atau leher bergantung kepada lokasi abses tersebut

    Bagi abses peritonsil, pembedahan biasanya dilakukan di bawah pembiusan

    setempat. Permukaan peritonsil dibius dengan semburan bius kemudian

    torehan dibuat untuk mengeluarkan nanah

    Bagi abses retrofarinks, submandibular dan parafarinks, pembedahan

    biasanya dilakukan di bawah pembiusan am

    Dalam sesetengah kes, pembedahan trakeostomi mungkin diperlukan selain

    dari torehan pada abses

    Penjagaan selepas pembedahan

    Kebiasaannya sejenis salur digunakan utuk menyalirkan nanah

    Luka boleh dibiarkan terbuka dan dicuci mengikut keperluan

    Luka boleh sembuh dengan sendirinya dengan cucian, jika tidak tertutup

    ianya mungkin perlu dijahit

    Tiub nasogastrik mungkin dimasukkan bagi tujuan pemakanan pesakit

    Ubat penahan sakit dan antibiotik akan diteruskan

    Dalam kes yang tenat, pesakit akan dipantau di Unit Rawatan Rapi

    Komplikasi

    Pendarahan dan pengumpulan semula nanah yang memerlukan

    pembedahan semula.

    Kesakitan.

    Kecederaan pada mulut, gigi, kerongkong dan lidah.

    Jika abses tidak kerkawal ia boleh merebak ke rongga mediastinum.

    Kebocoran saluran esofagus

    Alternatif kepada pembedahan Tiada alternatif untuk pembedahan abses leher sekira ianya mengancam nyawa pesakit.

  • 29

    Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 30

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    RAWATAN PATAH TULANG HIDUNG

    Pengenalan

    Patah tulang hidung adalah antara kecederaan yang kerap diantara tulang-tulang muka. Biasanya berlaku akibat serangan, kemalangan jalanraya, jatuh atau kecederaan sukan. Pesakit mengalami bengkak di batang hidung atau hidung yang bengkok.

    Indikasi Pembedahan

    Hidung yang bengkok

    Hidung tersumbat yang mengganggu pernafasan

    Prosedur

    Rawatan tulang hidung yang patah boleh dilakukan di bawah pembiusan setempat atau pembiusan am. Pembiusan am digunakan untuk kanak-kanak atau patah yang telah lama. Ubat bius dimasukkan ke dalam hidung melalui kapas atau kain kasa. Ubat bius setempat juga boleh disuntik di kawasan hidung jika diperlukan

    Selepas pesakit dibius, pesakit diletakkan dalam kedudukan separa duduk atau baring. Tulang yang patah dibetulkan dengan menggunakan forseps khas

  • 31

    Penjagaan selepas pembedahan

    Splin hidung digunakan selepas prosedur dan dipakai selama 5 -7 hari

    Pesakit akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit, semburan hidung dan mungkin diberi ubat antibiotik

    Komplikasi

    Kegagalan untuk membetulkan tulang hidung patah: Patah yang tidak boleh dibetulkan dengan cara ini adalah calon untuk pembedahan septorhinoplasty (biasanya 6 bulan selepas kejadian)

    Hematoma septum (darah beku dalam septum) boleh menyebabkan hidung menjadi kemek

    Pendarahan hidung

    Jangkitan: Sumbatan hidung boleh menyebabkan jangkitan pada hidung dan sinus paranasal

    Alternatif Ada keadaan dimana patah tulang hidung boleh dibiarkan tanpa rawatan sekiranya tidak menjejaskan fungsi dan bentuk normal hidung.

    Gambar 1 : Pembedahan patah tulang hidung

  • 32

    Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 33

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan

    PEMBEDAHAN SINUS PREAURIKEL

    - EXCISION OF PREAURICULAR SINUS

    Apakah itu sinus preaurikel (preauricular sinus)? Sinus preaurikel (preauricular sinus) ialah saluran kecil semulajadi yang membuka keluar ke kulit dihadapan cuping telinga. Ia boleh tersumbat dan mengakibatkan jangkitan kuman. Anda akan mengalami bengkak di hadapan cuping telinga yang kadang-kadang sakit dan bernanah, atau anda mungkin mendapati lubang kecil dihadapan telinga tersebut tiada mendatangkansebarang masalah. Kenapa pembedahan sinus preaurikel ( excision of preauricular sinus ) perlu dijalankan? Pembedahan ini perlu dilakukan jika terdapat masalah jangkitan yang berulang.Kadang-kadang, ia perlu juga dilakukan untuk membuang parut akibat dari jangkitan yang lalu.

    Gambar 1 : Sinus preaurikel Gambar 2 : Jangkitan pada sinus preaurikul

  • 34

    Bagaimanakah pembedahan ini dilakukan? Pembedahan boleh dilakukan samada dengan pembiusan setempat (local anesthesia) atau pembiusan am (general anesthesia). Adalah penting untuk menjalankan pembedahan semasa sinus tiada jangkitan. Selepas tempat pembedahan dinyahkumankan dengan antiseptik serta di tutup kain (drapping), doktor akan mengenalpasti lubang serta saluran sinus. Kemudian, doktor akan membuat insisi (torehan) pada kulit di hadapan cuping telinga termasuk bukaan sinus dan parut yang berkenaan. Keseluruhan saluran sinus beserta tisu di sekelilingnya akan dikeluarkan. Setelah dipastikan keseluruhan sinus telah dikeluarkan dan tiada pendarahan, kulit akan ditutup dengan jahitan. Balutan luka dressing dan kadang-kadang balutan kepala (head bandage) adalah perlu bagi mengelakkan bengkak oleh hematoma (gumpalan darah beku). Biasanya, tempoh pembedahan mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Apakah rawatan alternatif? Anda mungkin memilih untuk tidak menjalani pembedahan ini. Jika terdapat bengkak atau jangkitan, rawatan dengan antibiotik diperlukan. Anda mungkin akan mengalami gejala yang berpanjangan dan jangkitan yang berulang. Apakah rehablitasi selepas pembedahan? Sehari selepas pembedahan, balutan luka „dressing‟ akan dibuka oleh doktor atau jururawat. Anda seharusnya boleh dibenarkan pulang sehari selepas pembedahan atau pada hari yang sama jika pembedahan dilakukan sebagai kes pembedahan harian. Walaubagaimanapun, doktor perlu memastikan anda telah pulih sepenuhnya dari kesan bius dan telah mampu untuk makan, minum dan membuang air. Ini memakan masa selama lebih dari 4 jam selepas pembedahan. Anda tidak sepatutnya memandu dalam masa 24 jam selepas pembedahan. Sejurus selepas itu, anda sepatutnya boleh mula bekerja/bersekolah/kolej sekiranya anda berupaya. Jika anda memerlukan Cuti sakit, Sijil cuti sakit akan diberikan selama 1 minggu atau sehingga jahitan dibuka. Anda akan diberi tarikh temujanji susulan dalam masa seminggu untuk membuka jahitan. Ada juga keadaan dimana jahitan akan terserap (dissolved) dengan sendirinya tanpa memerlukan jahitan dibuka. Doktor akan memaklumkan perkara berkenaan.

    Gambar 3 : Pembedahan sinus preaurikel

  • 35

    Berapa lama saya perlu berada di hospital? Bergantung kepada arahandoktor atau tahap kesihatan anda, pembedahan ini boleh dijalankan sebagai kes pembedahan harian dimana anda akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan atau perlu bermalam diwad dan dibenarkan pulang hari berikutnya. Cuti sakit Sejurus selepas pembedahan (2-3hari), anda seharusnya boleh mula bekerja/bersekolah/kolej jika sekiranya anda berupaya. Jika anda memerlukan cuti sakit, sijil cuti sakit akan diberikan sehingga 1 minggu atau sehingga jahitan dibuka bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Anda akan diberi tarikh temujanji susulan dalam masa 1minggu untuk membuka jahitan. Apakah yang anda perlu ketahui dan lakukan selepas discaj? Di rumah, sila pastikan telinga anda dan bahagian yang dibedah sentiasa kering. Anda juga akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan kadang-kadang ubat antibiotik. Setiap pesakit mempunyai ketahanan sakit yang berbeza-beza. Jangan sangsi untuk mengambil ubat tahan sakit jika perlu. Sebaik-baiknya, ambil ubat tahan sakit secara tetap dan berkala mengikut preskripsi untuk 24-48jam Selepas itu, boleh mengambil ubat tersebut jika perlu sahaja. Tiga hari selepas pembedahan, adalah tidak memudaratkan jika luka pembedahan basah semasa mandi. Walaubagaimanapun, selepas mandi, luka pembedahan tadi perlulah dikeringkan dengan berhati-hati. Anda boleh menyapukan ubat salap antibiotik (antibiotic ointment) pada luka tersebut. Elakkan tidur atas sebelah tempat yang dibedah sehingga luka pembedahan sembuh. Apakah kemungkinan risiko dan komplikasi pembedahan? Biasanya, pembedahan ini adalah ringkas dan tiada bermasalah Walaubagaimanapunseperti sebarang prosedur pembedahan yang lain, terdapat kemungkinan kecil berlakunya risiko komplikasi seperti :

    Pendarahan

    Gumpalan darah beku di kawasan pembedahan (Hematoma)

    Jangkitan kuman pada luka pembedahan

    Jahitan luka pembedahan terbuka (Wound breakdown)

    Parut dan keloid

    Masalah penyakit berulang (Recurrence)

  • 36

    Risiko yang serius adalah jarang berlaku, antaranya : Kecederaan struktur yang berdekatan seperti saraf muka atau saluran darah Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

    Gambar 4 : Parut dan keloid

  • 37

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT

    Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    PEMBEDAHAN SALURAN TELINGA MEATOPLASTI DAN KANALPLASTI - MEATOPLASTY AND CANALPLASTY

    Apakah pembedahan meatoplasti dan kanalplasti (meatoplasty/canalplasty) dan kenapa anda perlu menjalani pembedahan ini? Prosedur pembedahan meatoplasti/kanalplasti (meatoplasty/canalplasty) adalah satu prosedur pembedahan yang dilakukan untuk membesarkan saluran telinga. Ia dilakukan ke atas saluran telinga yang sempit bagi mengelakkan ia dari mudah tersumbat oleh lelilin telinga (ear wax) atau kotoran, selain boleh menambahbaik tahap pendengaran. Prosedur ini biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah ketumbuhan tulang eksostosis (exostosis) di saluran telinga. Ia mungkin juga perlu untuk meluaskan saluran telinga yang sempit akibat dari parut berikutan jangkitan kuman atau kecederaan, selain saluran telinga sempit sejak lahir (kongenital) Ia juga (meatoplasty) dilakukan sebagai sebahagian dari prosedur pembedahan tulang mastoid (mastoidectomy) bagi memudahkan laluan ke rongga mastoid (access to mastoid cavity) untuk pemeriksaan dan penyucian selepas pembedahan tersebut

    Ilustrasi 1 : Eksostosis (exostosis) di saluran telinga

  • 38

    Apakah rawatan alternatif selain dari pembedahan? Anda ada pilihan untuk tidak menjalani pembedahan ini Walaubagaimanapun, kesannya ialah lelilin telinga (ear wax) akan terkumpul menyebabkan sakit telinga, tersumbat dan kurang pendengaran serta berpotensi untuk mendapat jangkitan. Oleh itu, anda perlu menjalani cucian telinga yang berkala dan kerap di klinik ORL. Persediaan sebelum pembedahan Ujian pendengaran perlu dijalankan sebelum pembedahan. Jika anda telah dipreskripsi ubat titis telinga, teruskan penggunaannya sementara menunggu hari pembedahan kecuali jika arahan doktor sebaliknya. Bagaimana pembedahan dijalankan? Pembedahan ini biasanya hanya dilakukan dibawah pembiusan am (general anesthetic). Doktor bius (anaesthetist) akan datang membuat pemeriksaan sebelum hari pembedahan dan akan menerangkan prosedur pembiusan termasuk isu-isu berkenaan risiko serta komplikasi bius. Pembedahan dijalankan menggunakan peralatan-peralatan mikro dibawah mikroskop Doktor akan membuat insisi (torehan) pada kulit di belakang cuping telinga . Ketumbuhan tulang eksostosis dalam saluran telinga akan di buang menggunakan

    Gambar 1 : Imej telinga normal dan eksostosis

    Gambar 2 : Pembedahan mikroskopik Ilustrasi 2 : Insisi di belakang cuping

  • 39

    peralatan gerudi khas (burrs and drill). Graf kulit (skin graft) mungkin perlu di ambil untuk melapisi bahagian tulang saluran telinga. Bagi prosedur pembedahan meatoplasti, bahagian luar lubang telinga akan di besarkan dengan memotong kulit serta membuang sedikit tulang rawan pada cuping telinga. Rekonstruksi seterusnya di lakukan menghasilkan bukaan yang lebih besar ke saluran telinga. Di akhir pembedahan, saluran telinga akan disumbat dengan kain reben antiseptik (medicated ribbon gauze/ BIPP) atau bahan-bahan lain. Gumpalan kapas di letakkan di bahagian luar lubang telinga dan luka pembedahan akan di jahit dan seterusnya ditutup dengan pembalut luka (wound dressing) manakala kepala dibalut dengan kain lilit khas (head /pressure bandage). Biasanya, tempoh pembedahan mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Apakah rehablitasi selepas pembedahan ? Apabila anda kembali ke wad selepas pembedahan, anda akan masih merasa mengantuk. Tekanan darah serta denyutan nadi akan di pantau secara berkala sehingga anda benar-benar stabil. Anda hanya akan dibenarkan untuk minum dan seterusnya makan setelah anda pulih sepenuhnya dari kesan bius iaitu lebih kurang 4 jam selepas pembedahan (1-2 jam balik ke wad). Ubat bius kadangkala membuatkan anda rasa pening dan loya. Doktor mungkin perlu memberikan ubat untuk menghilang atau mengurangkannya. Selepas pembedahan, telinga anda biasanya disumbat dengan sumbatan telinga berantiseptik (medicated ear packing) menyebabkan rasa tidak selesa, tersumbat, kurang pendengaran dan bunyi kedengaran bergema (muffled). Sumbatan telinga ini perlu dibiarkan selama lebih kurang 1-2 minggu dan akan dikeluarkan oleh doktor semasa rawatan susulan di klinik Jika terdapat luka pembedahan di belakang cuping telinga, anda mungkin akan dipakaikan balutan kepala (head/pressure bandage). Jika anda merasa ia terlalu ketat, doktor perlu dimaklumkan supaya ia boleh di longgarkan sedikit. Balutan ini kadang-kadang perlu di pakai selama 24-48 jam. Ia perlu untuk menjaga telinga yang dibedah terutamanya ketika tidur diwaktu malam serta menghalang dari berlakunya bengkak oleh pengumpulan darah beku (hematoma). Anda mungkin lebih selesa berbaring terlentang atau mengiring sebelah yang tidak dibedah.

    Gambar 3 : Pembedahan meatoplasti

  • 40

    Gumpalan kapas di bahagian luar lubang telinga biasanya akan dicemari darah dan perlu di tukar sekurang-kurangnya setiap hari. Jangan sesekali mengeluarkan sumbatan telinga sehingga di keluarkan oleh doktor. Luka pembedahan perlu dicuci setiap hari. Jahitan biasanya akan dibuka dalam masa 1 minggu selepas pembedahan semasa rawatan susulan di klinik Berapa lama saya perlu berada di hospital? Bergantung kepada arahan/keputusan doktor atau tahap kesihatan anda, biasanya pesakit akan dibenarkan pulang 2-3 hari selepas pembedahan atau selepas balutan kepala dibuka Cuti sakit Jika anda memerlukan cuti sakit, sijil cuti sakit akan diberikan sehingga 2 minggu atau sehingga sumbatan telinga dikeluarkan bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Anda akan diberi tarikh temujanji susulan dalam masa 1-2minggu untuk membuka jahitan dan mengeluarkan sumbatan telinga Apakah yang anda perlu ketahui dan lakukan selepas discaj? Di rumah, sila pastikan telinga anda dan bahagian yang dibedah sentiasa kering. Anda juga akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan kadang-kadang ubat antibiotik. Setiap pesakit mempunyai ketahanan sakit yang berbeza-beza. Jangan sangsi untuk mengambil ubat tahan sakit jika perlu. Sebaik-baiknya, ambil ubat tahan sakit secara tetap dan berkala mengikut preskripsi untuk 24-48jam selepas pembedahan dan selepas itu, boleh mengambil ubat tersebut jika perlu sahaja Sumbatan di dalam saluran telinga biasanya akan bercampur dengan sedikit darah berwarna merah atau kekuning-kuningan dan bertukar menjadi warna kecoklatan dalam masa 1 minggu. Ia biasanya berbau seperti antiseptik. Anda tidak perlu bimbang kerana perkara ini adalah biasa. Jika anda dapati cecair berwarna kuning

    Gambar 4 : Balutan kepala selepas

    pembedahan Ilustrasi 3 : Sumbatan telinga

  • 41

    kehijauan dan berbau keluar dari sumbatan telinga, ia berkemungkinan tanda-tanda jangkitan. Anda perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan lanjut Sila tukar gumpalan kapas yang melindungi sumbatan telinga itu setiap kali ia basah (soiled) atau sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu sumbatan telinga. Anda mungkin perlu melakukannya dengan bantuan cermin. Anda mungkin boleh dibenarkan untuk mandi dengan membasahkan rambut 3-4 hari selepas pembedahan. Walaubagaimanapun, saluran telinga perlu dipastikan kering. Luka pembedahan dibelakang cuping telinga mungkin juga akan turut sama basah. Selepas mandi, luka pembedahan tadi perlulah dikeringkan dengan berhati-hati. Anda boleh menyapukan ubat salap antibiotik (antibiotic ointment) di atas luka tersebut. Untuk mengelakkan air dari memasuki saluran telinga semasa mandi, ambil gumpalan kapas bersih yang di sapu vaselin dan sumbatkan di telinga luar. Jangan tolak kapas ini terlalu dalam ke saluran telinga. Selepas selesai mandi, buang kapas dan bersihkan telinga dari lebihan vaselin tadi. Gantikan dengan gumpalan kapas lain yang bersih dan kering sehingga selepas sumbatan telinga dikeluarkan. Selepas sumbatan ini dikeluarkan, anda mungkin masih lagi mengalami sedikit lelehan berdarah dari lubang telinga anda. Ini adalah situasi yang biasa kerana bahagian di saluran telinga anda masih belum sembuh sepenuhnya. Anda boleh meletakkan kapas di bahagian luar telinga dan menggantikannya setiap pagi atau petang dan lebih kerap jika perlu. Pastikan kapas dan tangan anda sentiasa bersih semasa melakukannya. ia memerlukan masa untuk tahap pendengaran anda kembali kepada normal. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada penyakit itu sendiri dan jenis prosedur pembedahan yang telah dijalankan. Adalah biasa, saluran telinga perlu di sumbat semula selama 3-6 minggu lagi untuk mengelakkan ia menjadi sempit semula. Ini merupakan komplikasi yang biasa terjadi. Elakkan dari berenang atau mengambil bahagian dalam sukan air, aktiviti lasak sehingga rawatan susulan pertama di klinik atau sehingga sumbatan telinga dikeluarkan. Tinggikan kepala semasa tidur dengan menggunakan 2 bantal. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan atau denyutan beberapa hari pertama selepas pembedahan. Elakkan tidur mengereng di bahagian yang dibedah. Anda akan mendapati lebih selesa jika anda berbaring melentang atau mengereng di bahagian yang tidak dibedah.

    Bilakah anda perlu datang semula ke hospital?

    Jika gumpalan kapas di luar saluran telinga dibasahi darah atau cecair sehingga ianya perlu kerap di tukar

    Lelehan cecair bewarna kuning kehijauan dari telinga

  • 42

    Pening dan rasa memusing (vertigo) serta loya dan muntah

    Demam > 38oC, berterusan beserta sakit kepala, loya, muntah serta denyutan nadi cepat

    Kemerahan dan bengkak pada luka pembedahan

    Kurang pendengaran walaupun selepas sumbatan telinga dikeluarkan. Sakit atau lelehan cecair (drainage) dari saluran telinga selepas sumbatan telinga dikeluarkan

    Sakit telinga yang kuat dan berpanjangan

    Sedikit lelehan adalah normal selepas sumbatan telinga dikeluarkan, walaubagaimanapun, lelehan yang banyak (profuse) adalah tidak normal

    Apakah risiko komplikasi yang boleh berlaku? Biasanya, pembedahan ini tiada bermasalah. Walaubagaimanapun, seperti sebarang prosedur pembedahan yang lain, terdapat kemungkinan kecil berlakunya risiko komplikasi seperti :

    Kesakitan - Sakit adalah biasa selepas pembedahan

    Pendarahan – biasanya tidak serius

    Kecederaan gegendang telinga

    Jangkitan kuman- Jangkitan kuman pada luka pembedahan mungkin boleh berlaku. Ini akan menyebabkan kesakitan, radang pada bahagian tersebut. Kadang-kadang, lelehan (discharge) darah pada luka yang dijahit

    Pening, berpusing, loya dan muntah

    Hilang pendengaran

    Bunyi berdesing di dalam telinga (tinnitus)

    Alahan- reaksi alahan terhadap bahan sumbatan (ear packing/dressing) dimana, saluran dan cuping telinga menjadi merah dan bengkak. Anda perlu berjumpa doctor untuk rawatan lanjut

    Kebas di bahagian kulit di sekitar kawasan pembedahan. Ini akan kekal selama beberapa bulan atau berkemungkinan kekal

    Setelah pembedahan, bentuk serta rupa (shape and appearance) telinga berkemungkinan akan kelihatan sedikit berbeza dari keadaan asalnya. Ini berkemungkinan disebabkan bengkak selepas pembedahan yang biasanya akan pulih (subsided)

  • 43

    Lubang telinga berkemungkinan juga akan menjadi sempit semula

    Kecederaan saraf muka Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 44

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    PEMBEDAHAN POLIPEKTOMI AURAL / TELINGA

    - EAR / AURAL POLYPECTOMY

    Apakah dia masalah polip telinga? Polip telinga ialah ketumbuhan tisu yang tidak normal di saluran telinga. Ia boleh tumbuh di saluran telinga atau gegendang telinga. Namun, ia sendirinya bukanlah ketumbuhan kanser. Biasanya ia berkaitan dengan jangkitan saluran telinga, bendasing, sista (a cyst), atau tumour lain yang menyebabkan polip. Ia juga boleh berkaitan dengan masalah telinga lain seperti kanser atau kolesteatoma (cholesteatoma). Walaupun ia bukan kanser, polip ini boleh dianggapkan sebagai merbahaya apabila ia berkaitan dengan jangkitan tulang telinga dimana kadar pertumbuhannya yang agresif dan memudaratkan. Gejala penyakit ini termasuk kurang pendengaran dan lelehan bernanah atau berdarah dari telinga.

    Apakah pembedahan polipektomi telinga (ear / aural polypectomy)? Pembedahan polipektomi telinga (ear / aural polypectomy),ialah pembedahan membuang polip samada dari bahagian luar saluran telinga atau bahagian dalam berdekatan gegendang telinga. Setelah polip dibuang, ia membolehkan pemeriksaan lanjut saluran telinga dilakukan.

    Gambar 1 : Polip telinga

  • 45

    Kenapa pembedahan polipektomi telinga (ear / aural polypectomy) perlu dijalankan? Pembedahan membuang polip dari dalam saluran telinga membolehkan saluran telinga diperiksa dengan lebih terperinci, ubat boleh diaplikasikan dengan lebih berkesan kedalam saluran telinga untuk mengelakkan polip berulang dan mungkin ia boleh meningkatkan tahap pendengaran. Ia juga bertujuan untuk menentukan jenis penyakit melalui pemeriksaan makmal histopatologi. Apakah persediaan sebelum pembedahan? Ujian pendengaran perlu dijalankan sebelum pembedahan. Jika anda telah dipreskripsi dengan ubat titis telinga, teruskan penggunaannya sementara menunggu hari pembedahan kecuali arahan doktor sebaliknya. Bagaimana pembedahan dijalankan? Pembedahan boleh dilakukan samada dengan pembiusan setempat (local anesthesia) atau pembiusan am (general anesthesia). Doktor bius (anaesthetist) akan membuat pemeriksaan sebelum hari pembedahan dan akan menerangkan prosedur pembiusan termasuk isu-isu risiko serta komplikasi bius. Pembedahan dijalankan menggunakan peralatan-peralatan mikro dibawah mikroskop melalui saluran telinga. Tiada sebarang insisi (torehan) kulit perlu dilakukan. Kain kasa berantiseptik (Medicated dressing) mungkin disumbatkan ke dalam saluran telinga untuk memberhentikan pendarahan dan menggalakkan proses penyembuhan. Polip akan dihantar ke makmal Patologi untuk pemeriksaan lanjut (histopatologi). Biasanya, tempoh pembedahan mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Apa rawatan alternatif selain dari pembedahan? Rawatan alternatif untuk masalah polip dalam saluran telinga antaranya menggunakan ubat jenis steroid yang diaplikasikan ke dalam saluran telinga melalui ubat titis atau menggunakan kain kasa berubat (ribbon gauze/otowick/medicated dressing). Ia perlu di diganti beberapa kali untuk beberapa lama. Kadang-kadang ia

    Gambar 2 : Pembedahan mikroskopik

  • 46

    juga memerlukan antibiotik dalam bentuk titis atau salap (ointment).Walaubagaimanapun, jika rawatan ini tidak berjaya setelah beberapa minggu, pembedahan adalah perlu dilakukan. Apakah rehablitasi selepas pembedahan? Jika pembedahan dilakukan dengan pembiusan am, sekembalinya anda ke wad, anda akan masih merasa mengantuk. Tekanan darah serta denyutan nadi akan di pantau secara berkala sehingga anda benar-benar sedar. Anda hanya akan dibenarkan untuk minum dan seterusnya makan setelah pulih sepenuhnya dari kesan bius iaitu setelah lebih kurang 4 jam selepas pembedahan. Mungkin terdapat sumbatan telinga (ear packing) di dalam telinga anda yang perlu dibiarkan selama 1-2 minggu selepas pembedahan. Doktor akan memaklumkannya sebelum anda dibenarkan pulang. Anda mungkin lebih selesa berbaring terlentang atau mengiring sebelah yang tidak dibedah ketika tidur. Berapa lama saya perlu berada di hospital? Bergantung kepada arahandoktor atau tahap kesihatan anda, pembedahan ini boleh dijalankan sebagai kes pembedahan harian dimana anda akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan atau perlu bermalam diwad dan dibenarkan pulang hari berikutnya. Cuti sakit Sejurus selepas pembedahan (2-3hari), anda seharusnya boleh mula bekerja/bersekolah/kolej jika sekiranya anda berupaya. Jika anda memerlukan Cuti sakit, sijil cuti sakit akan diberikan sehingga 1 minggu atau sehingga sumbatan telinga dikeluarkan bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Anda akan diberi tarikh temujanji susulan dalam masa 1-2minggu untuk membuka sumbatan telinga. Apakah yang anda perlu ketahui dan lakukan selepas discaj? Di rumah, sila pastikan telinga anda dan bahagian yang dibedah sentiasa kering. Anda juga akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan kadang-kadang ubat antibiotik. Setiap pesakit mempunyai ketahanan sakit yang berbeza-beza. Jangan sangsi untuk mengambil ubat tahan sakit jika perlu. Sebaik-baiknya, ambil ubat tahan sakit secara tetap dan berkala mengikut preskripsi untuk 24-48jam selepas pembedahan dan selepas itu, boleh mengambil ubat tersebut jika perlu sahaja. Selepas pembedahan, telinga anda biasanya disumbat dengan sumbatan berantiseptik (medicated ear pack) selama 1-2 minggu. Ia biasanya akan bercampur dengan sedikit darah berwarna merah coklat. Sumbatan telinga ini akan membuatkan pendengaran anda kurang dan rasa bergema (muffled). Ia akan dikeluarkan oleh doktor pada masa rawatan susulan di klinik ORL. Selepas sumbatan ini dikeluarkan, anda mungkin masih lagi mendapati sedikit lelehan pendarahan dari lubang telinga anda. Ini adalah situasi yang biasa kerana

  • 47

    bahagian di saluran telinga anda masih belum sembuh sepenuhnya. Anda bolehmeletakkan kapas di bahagian luar telinga dan menggantikannya setiap pagi atau petang dan lebih kerap jika perlu. Pastikan kapas dan tangan anda sentiasa bersih semasa melakukannya. Anda mungkin boleh dibenarkan untuk mandi dengan membasahkanrambut sehari Selepas pembedahan, walaubagaimanapun, saluran telinga perlu dipastikan kering sehingga dibenarkan sebaliknya oleh doktor. Untuk mengelakkan air dari memasuki saluran telinga semasa mandi, ambil gumpalan kapas bersih yang di sapu vaselin dan sumbatkan di telinga luar. Jangan tolak kapas ini terlalu dalam ke saluran telinga. Selepas selesai mandi, buang kapas dan bersihkan telinga dari lebihan vaselin tadi. Gantikan dengan gumpalan kapas lain yang bersih dan kering. Sehingga selepas sumbatan telinga dikeluarkan, ia memerlukan masa untuk tahap pendengaran anda kembali kepada normal. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada penyakit itu sendiri dan jenis prosedur pembedahan yang telah dijalankan. Apakah risiko komplikasi yang boleh berlaku? Biasanya, pembedahan ini adalah ringkas dan tiada bermasalah.Walaubagaimanapun, seperti sebarang prosedur pembedahan yang lain, terdapat kemungkinan kecil berlakunya risiko komplikasi seperti :

    Pendarahan

    Jangkitan kuman

    Pening (dizziness) dan vertigo

    Tahap pendengaran yang menurun

    Masalah Polip mungkin berulang

    Risiko yang serius adalah jarang berlaku, antaranya : Kecederaan struktur yang berdekatan seperti saraf muka atau saluran darah

  • 48

    Penafian umum:

    o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 49

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT Risalah ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan ORL. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi, seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila baca dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap sudut. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini, sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    PEMBEDAHAN MIRINGOTOMI DAN SISIPAN GROMMET - MYRINGOTOMY AND GROMMET INSERTION

    Apakah dia pembedahan miringotomi dan sisipan grommet (myringotomy and grommet insertion) ? Dalam keadaan biasa, telinga tengah (rongga belakang gegendang) mengandungi udara. Udara ini adalah perlu bagi memastikan mekanisma pendengaran berfungsi dengan baik dan mengelakkan dari jangkitan. Tiub Eustachio (Eustachian tube) yang menghubungkan telinga tengah dengan belakang hidung membantu untuk mengekalkan keseimbangan tekanan udara antara kedua–dua bahagian ini. Sebarang masalah atau penyakit yang menyebabkan tiub Eustachio tersumbat akan menghalang pertukaran udara yang normal menghasilkan tekanan negatif dibelakang gegendang telinga mengakibatkan reaksi tisu dan pengumpulan cecair di bahagian tersebut. Masalah atau penyakit yang berkaitan antaranya ialah alahan hidung, pembekakan kelenjar adenoid, lelangit sumbing atau bercelah (cleft palate), ketumbuhan belakang hidung dan lain-lain. Kanak-kanak lebih mudah menghadapi masalah ini kerana struktur tiub Eustachionya yang lebih pendek, lurus dan mendatar menyebabkan lebih mudah jangkitan untuk merebak ke dalam telinga tengah.Telinga tengah juga mengandungi 3 tulang osikel (ossicles) yang bergetar bagi membolehkan bunyi disampaikan serta dikuatkan untuk diterima oleh sistem saraf pendengaran. Apabila terdapat cecair di dalam rongga telinga tengah, proses ini akan terganggu dan menghalang getarannya mengakibatkan kurang pendengaran. Masalah penyakit ini dinamakan Otitis media with effusion (OME). Ia merupakan masalah yang tidak tetap (fluctuating) dengan gejala yang berbagai mengikut keadaan dan umur ,dan berkemungkinan kekal pada kanak-kanak tertentu. Masalah ini selalunya tidak dikenalpasti dengan sewajarnya. Penyakit ini boleh didiagnosa melalui pemeriksaan otoskopi atau mikroskopi, pemeriksaan garpu tala (tuning fork), ujian timpanometri (tympanometry) dan Ujian tahap pendengaran.

  • 50

    Pembedahan miringotomi (myringotomy) ialah prosedur membuat lubang dengan torehan kecil pada gegendang telinga. Ia bertujuan untuk mengeluarkan samada cecair serus atau mukoid pekat (serous/thick mucoid/glue) yang terkumpul di belakang gegendang telinga (didalam telinga tengah). Manakala „grommet‟ merupakan tiub kecil yang di sisipkan pada lubang tersebut bagi memulihkan pengudaraan telinga tengah. Ia biasanya diperbuat dari bahan Teflon. Kenapakah anda perlu menjalani pembedahan ini? Pembedahan ini biasanya perlu dilakukan jika masalah ini (otitis media with effusion) berlarutan sehingga melebihi 3 bulan beserta kurang pendengaran ataupun terdapat perubahan struktur pada gegendang telinga atau telinga tengah. Walaubagaimanapun, pertimbangan khas adalah perlu bagi kanak-kanak yang menghidapi masalah lelangit sumbing dan Syndrom Down. Jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan pekak, terencat perkembangan pertuturan dan bahasa serta pencapaian persekolahan yangtidak memuaskan. Komplikasi jangka panjang nya ialah adhesive otitis media, ossicular chain disruption, retraction pockets and cholesteatoma. Bagaimana pembedahan ini dilakukan? Pembedahan miringotomi dan sisipan grommet (myringotomy and grommet insertion)boleh dilakukan samada dengan pembiusan setempat (local anesthesia) atau pembiusan am (general anesthesia) terutamanya dikalangan kanak-kanak. Doktor bius (anaesthetist) akan melakukan pemeriksaan sebelum hari pembedahan dan akan menerangkan prosedur pembiusan termasuk isu-isu risiko serta komplikasi bius. Pembedahan dilakukan menggunakan mikroskop dan peralatan-peralatan mikro. Tiada sebarang insisi(torehan) kulit perlu dilakukan. Biasanya, tempoh pembedahan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit sehingga satu jam. Torehan kecil kemudiannya dilakukan ke atas gegendang telinga. Cecair di telinga tengah kemudiannya dikeluarkan dengan menggunakan alat penyedut khas (sucker).

    Gambar 1 : Cecair di belakang gegendang telinga kanan

  • 51

    Tiub „Grommet‟ kemudiannya disisipkan (inserted)dicelah torehan tersebut. Tiub ini adalah hanya sebesar hujung mata pen. Ia bertujuan untuk menghalang lubang torehan dari tertutup semula serta membenarkan pengudaraan atau pertukaran udara antara telinga tengah dan saluran telinga berlaku dengan bebasnya. Dengan kata lain, tiub grommet ini menggantikan fungsi tiub Eustachio sehingga ia kembali pulih seperti sediakala. Pembedahan membuang adenoids (adenoidectomy) kadang-kadang perlu dilakukan serentak jika ia bersaiz besar dan menghalang bukaan tiub Eustachio. Pembedahan membuang tonsil (tonsillectomy) mungkin juga perlu dilakukan jika ia menyebabkan jangkitan yang berulang

    Apakah rawatan alternatif selain dari pembedahan? Pesakit yang menghidapi masalah Otitis media with effusion (OME) yang juga mengalami masalah alahan hidung (allergic rhinitis) atau masalah pembekakan kelenjar adenoid, rawatan jangka pendek selama 6 minggu dengan menggunakan ubat semburan steroid (intranasal steroid spray) boleh membantu. Apakah rehabilitasi selepas pembedahan? Apabila anda/anak anda kembali ke wad selepas pembedahan, anda/anak anda masih merasa mengantuk. Tekanan darah serta denyutan jantung akan di pantau secara berkala sehingga anda/anak anda benar-benar sembuh. Anda/anak anda hanya akan dibenarkan untuk minum dan seterusnya makan setelah pulih sepenuhnya dari kesan bius iaitu setelah lebih kurang 4 jam selepas pembedahan.

    Gambar 2 : Jenis-jenis tiub

    Gambar 3 : Kedudukan tiub di gegendang telinga

  • 52

    Anda/anak anda mungkin mengalami sedikit sakit atau tidak selesa di bahagian telinga yang dibedah dan biasanya dapat dikawal dengan ubat tahan sakit. Berapa lama saya/anak saya perlu berada di hospital? Bergantung kepada keputusan doktor atau tahap kesihatan anda/anak anda, pembedahan ini boleh dijalankan sebagai kes pembedahan harian dimana anda/anak anda akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan atau perlu bermalam diwad dan dibenarkan pulang pada hari berikutnya. Cuti sakit Sejurus selepas pembedahan iaitu selepas 2-3hari, anda/anak anda seharusnya boleh mula bekerja/bersekolah sekiranya berupaya. Anda/anak anda biasanya akan diberi tarikh temujanji untuk rawatan susulan dalam masa 2 minggu. Apakah yang anda perlu ketahui dan lakukan selepas discaj? Di rumah, sila pastikan telinga anda / anak anda sentiasa kering. Anda/anak anda juga akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan kadang-kadang ubat antibiotik. Setiap pesakit mempunyai ketahanan sakit yang berbeza-beza. Jangan sangsi untuk mengambil ubat tahan sakit jika perlu. Sebaik-baiknya, ambil ubat tahan sakit secara tetap dan berkala mengikut preskripsi untuk 24-48 jam selepas pembedahan dan selepas itu, boleh mengambil ubat tersebut jika perlu sahaja. Adalah normal jika anda/anak anda mengalami sedikit lelehan telinga dalamasa 24-48 jam selepas pembedahan. Lelehan ini mungkin jernih atau sedikit berdarah (blood stained). Jika ia berterusan atau terdapat lelehan bernanah, ia menunjukkan kemungkinan terdapat jangkitan telinga. Jika ia berlaku atau ia disusuli dengan sakit telinga serta pendarahan, anda/anak anda perlu datang semula ke klinik ORL untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Anda / anak anda mungkin juga mengalami bunyi letusan/berkelik (popping/clicking) atau rasa telinga tersumbat untuk beberapa hari yang pertama. Telinga juga mungkin akan lebih peka (sensitive) terhadap bunyi, yang biasanya tidak memudaratkan dan akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan telinga anda / anak anda sentiasa dalam keadaan kering. Secara amnya, elakkan telinga dari dimasuki air selagi tiub grommet masih berada di dalam telinga kerana ini akan menyebabkan sakit dan jangkitan telinga. Anda / anak anda mungkin boleh dibenarkan untuk mandi dengan membasahkanrambut sehari selepas pembedahan, walaubagaimanapun, pastikan air tidak memasuki telinga sehingga dibenarkan sebaliknya oleh doktor. Untuk mengelakkan air dari memasuki saluran telinga semasa mandi, ambil gumpalan kapas bersih yang di sapu vaselin dan sumbatkan di telinga luar. Jangan tolak kapas ini terlalu dalam ke saluran telinga. Selepas selesai mandi, buang kapas dan bersihkan telinga dari lebihan vaselin tadi. Gantikan dengan gumpalan kapas lain yang bersih dan kering. Elakkan dari melakukan aktiviti seperti berenang atau sukan air sekurang-kurangnya selama 3 minggu atau hanya jika ia dibenarkan selepas nasihat dari doktor. Adalah

  • 53

    penting untuk sentiasa memakai alat pelindung telinga earplugs semasa melakukan aktiviti tersebut. Jika anda/anak anda telah dibenarkan berenang, elakkan dari menyelam atau berenang di tepi pantai. Selagi grommet tiub masih berada di dalam telinga, adalah penting untuk sentiasa menjaga telinga dengan menggunakan cara seperti di atas. Menaiki kapalterbang biasanya jarang menyebabkan sakit atau tidak selesa pada telinga. Tiub grommet akan membenarkan udara untuk keluar dan masuk secara bebas dan mengurangkan tekanan ke atas gegendang telinga berikutan perubahan tekanan kabin kapalterbang. Tiub grommet akan tetap di kedudukannya selama 8-12 bulan bergantung kepada jenis grommet yang digunakan. Walaubagaimanapun, sebahagiannya akan terkeluar lebih awal dan sebahagiannya lebih lama. Anda/anak anda mungkin tidak menyedarinya dan ia tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ada juga pesakit yang berterusan menghidapi jangkitan telinga tengah dengan gejala lelehan telinga dan kadang-kadang dengan sedikit darah. Dalam kes ini, tiub grommet akan dikeluarkan. Selepas tiub grommet terkeluar, gegendang telinga biasanya akan sembuh dengan sendirinya. Sebahagian kecil pesakit (

  • 54

    Jangkitan telinga dengan lelehan bernanah

    Gegendang menjadi lebih tegar(rigid) dan tebal

    Kurang pendengaran kekal

    Masalah berulang dan memerlukan pembedahan kedua atau seterusnya

    Komplikasi khas : tiub ventilasi (grommet) jatuh kedalam telinga tengah Walaupun tiub ini lengai (inert) dan biasanya tidak akan menyebabkan sebarang masalah jika dibiarkan di dalam telinga tengah, ia perlu dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang reaksi bendasing. Bergantung kepada lokasi serta kemudahkesanannya, prosedur mengeluarkannya mungkin mudah dan berkemungkinan juga sukar dan memerlukan prosedur pembedahan yang lebih besar. Jika ianya amat sukar dikeluarkan, tiub ventilasi (grommet) boleh dibiarkan disitu dan pesakit perlu rawatan serta pemeriksaan susulan yang berkala. Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang tinggi sekalipun, komplikasi tetap boleh berlaku.

    o Adalah mustahil untuk doktor menerangkan dengan mendalam setiap kemungkinan kesan sampingan atau komplikasi terutamanya yang serius tetapi jarang-jarang berlaku. Ia mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menangani komplikasi tersebut.

    o Komplikasi yang disenaraikan dalam helaian maklumat pesakit ini hanya bertujuan untuk memberi informasi maklumat kepada anda dan bukannya bermaksud untuk menakutkan anda. Berkemungkinan juga ada terdapat kesan sampingan serta komplikasi lain yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

    o Kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi, tetapi, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau kekhuatiran, sila berbincang dengan doktor.

    o Jika anda sangsi terhadap proses penyembuhan anda atau anda mengalami masalah selepas pembedahan, sila datang semula ke hospital untuk rawatan

  • 55

    RISALAH PENERANGAN PESAKIT Risalah penerangan pesakit ini mengandungi maklumat am berkenaan prosedur pembedahan miringoplasti dan timpanoplasti. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Adalah penting bagi anda untuk mendapat maklumat yang secukupnya bagi membolehkan anda membuat pertimbangan berkenaan kebaikan serta risiko komplikasi seterusnya membantu dalam membuat keputusan berkaitan keizinan pembedahan. Risalah ini juga merupakan panduan untuk pemulihan yang optima selepas pembedahan. Sila bacanya dengan teliti. Sebahagian dari terma mungkin memerlukan penerangan lanjut dari doktor. Walaupun pesakit berhak untuk dimaklumkan berkenaan prosedur pembedahan, risalah ini tidak dapat menerangkannya dari segenap aspek. Jika anda mempunyai sebarang maklumat yang tidak difahami, kemusykilan atau kekhuatiran berkenaan prosedur pembedahan ini , sila bincangkan dengan doktor yang berkenaan.

    PEMBEDAHAN MIRINGOPLASTI DAN TIMPANOPLASTI Fungsi bahagian telinga tengah

    Bahagian telinga tengah memainkan peranan penting untuk menyalurkan bunyi dari bahagian luar ke bahagian telinga dalam. Ia akan memperkuatkan gelombang bunyi yang mana akan ditukar kepada gelombang elektrik di bahagian telinga dalam. Fungsinya akan terjejas sekiranya terdapat penyakit yang melibatkan bahagian tengah telinga, tulang-tulang kecil atau gegendang telinga. Ini akan menyebabkan pesakit mengalami masalah kurang pendengaran konduktif.

    Ilustrasi 1 : Anatomi telinga tengah

  • 56

    Miringoplasti dan Timpanoplasti (myringoplasty and tympanoplasty) Timpanoplasti(tympanoplasty) adalah pembedahan yang merawat penyakit dan membentuk kembali struktur pendengaran telinga tengah. Pembedahan ini selalunya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami jangkitan kuman bahagian telinga tengah (otitis media) yang kronik dan kolesteatoma Ia kadang kala dilakukan bersekali dengan pembedahan tulang temporal (mastoidectomy) untuk penyakit seperti kolesteatoma Osikuloplasti pula merujuk kepada pembedahan untuk membentuk struktur pendengaran dibahagian telinga tengah dimana, tulang-tulang osikel dibentuk semula samada dengan menggunakan sebahagian (remnant) dari tulang osikel pesakit sendiri atau menggunakan prostesis (prosthesis) Miringoplasti(myringoplasty) juga di kenali sebagai timpanoplasti jenis I, dilakukan untuk menampal bahagian gegendang telinga yang berlubang

    Bagaimana pembedahan ini dilakukan?

    Gambar 1 : Gegendang telinga normal Gambar 2 : Gegendang telinga berlubang

    Gambar 3 : Pembedahan mengambil graf temporalis fascia

  • 57

    Pembedahan ini biasanya akan dilakukan dibawah pembiusan am (general anesthetic), yang bermaksud anda akan tidur di sepanjang prosedur pembedahan. Pembedahan dijalankan menggunakan peralatan-peralatan mikro dibawah mikroskop (microsurgery) Pembedahan boleh dilakukan samada melalui saluran telinga atau torehan di hadapan atau belakang cuping telinga. Torehan kulit juga perlu dilakukan di bahagian atas telinga untuk mengambil sedikit tisu graf temporalis fasciaatau pada anak telinga (tragus) untuk mengambil tisu graf perichondrium. Tisu graf juga boleh diambil daripada bahagian, lemak atau tulang rawan Tisu berpenyakit di bahagian telinga tengah akan dibuang dan rangkai osikel dibentuk semula mengikut keperluan pembedahan. Tisu graf yang diambil akan digunakan untuk menampallubang pada gegendang telinga Saluran telinga akan di sumbat dengan kain kasa berantiseptik untuk mengelakkan pergerakan graf. Torehan kulit akan dijahit dan balutan sekeliling kepala yang ketat akan dipakaikan untuk mengelakkan pengumpulan darah beku (hematoma) Pembedahan biasanya mengambil masa satu hingga dua jam Apakah risiko komplikasi yang boleh berlaku? Biasanya,pembedahan ini tiada bermasalah. Walaubagaimanapun, seperti sebarang prosedur pembedahan yang lain, terdapat kemungkinan kecil berlakunya risiko komplikasi seperti :

    Kecederaan saraf muka

    Hilang pendengaran

    Pendarahan – biasanya tidak serius

    Pening, berpusing, loya dan muntah

    Kelainan deria rasa

    Kesakitan - Sakit adalah biasa selepas pembedahan

    Jangkitan kuman- Jangkitan kuman pada luka pembedahan mungkin boleh berlaku. Ini akan menyebabkan kesakitan, radang pada bahagian tersebut. Kadang-kadang, terdapat lelehan(discharge) /darah dari luka yang dijahit

    Bunyi berdesing di dalam telinga (tinnitus)

    Alahan- reaksi alahan terhadap bahan sumbatan (ear packing/dressing) dimana, saluran dan cuping telinga menjadi merah dan bengkak. Anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut

  • 58

    Rasa kebas di bahagian kulit di sekitar kawasan pembedahan. Ini biasanya akan pulih selepas beberapa bulan tetapi berkemungkinan juga akan berkekalan

    Bilakah saya boleh discaj dari hospital selepas pembedahan? Balutan luka akan dibuka sehari selepas pembedahan dan luka akan diperiksa. Biasanya, pesakit akan dibenarkan discaj sehari selepas pembedahan dan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik. Jika pembedahan ini dilakukan sebagai prosedur rawatan harian, pesakit akan discaj pada hari yang sama Bilakah saya boleh kembali bekerja selepas pembedahan? Jahitan akan dibuka seminggu selepas pembedahan manakala sumbatan dalam saluran telinga akan dikeluarkan selepas 2 minggu. Kebanyakan pesakit akan dibenarkan untuk kembali bekerja seminggu selepas pembedahan kecuali pekerjaan yang melibatkan aktiviti berat Apakah yang anda perlu ketahui dan lakukan selepas discaj? Telinga akan terasa tersumbat selama 2-4 minggu disebabkan kain berubat yang disumbat dan darah beku. Sedikit darah akan mengalir keluar dari lubang telinga. ini biasa berlaku dalam masa 1-2 minggu selepas pembedahan. Ia boleh dikeringkan dengan menggunakan kapas Terdapat risiko tisu graf tisu tertanggal keluar selepas pembedahan berikutan aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam telinga tengah seperti meneran atau bersin. Sila buka mulut jika anda perlu batuk atau bersin. Adalah lebih baik mengelakkan diri dari orang yang menghidapi batuk dan selsema. Sekiranya anda jatuh sakit, sila berjumpa doktor dengan segera. Elakkan aktiviti mengangkat bebanan yang berat, aktiviti sukan dan aktiviti yang melibatkan pertukaran tekanan atmosfera seperti menaiki kapal terbang. Aktiviti berenang perlu dielakkan sehingga 4 minggu atau selepas disahkan oleh doktor Rambut boleh dibasuh selepas 48 jam pembedahan, tetapi lubang telinga dan bahagian luka pembedahan perlu dipastikan kering untuk mengelakkan jangkitan kuman. Ia boleh dilakukan dengan meletak kapas yang disapu vaselin ke dalam lubang telinga Apakah peluang pembedahan ini akan berjaya? Terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan keputusan pembedahan miringoplasti. Ini termasuk saiz serta lokasi lubang pada gegendang telinga dan jangkitan kuman. Pembedahan ulangan mungkin perlu dilakuan jika pembedahan gagal Selepas pembedahan, tahap pendengaran diharapkan akan bertambah baik. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian pesakit tidak mengalami sebarang perubahan tahap pendengaran atau pendengaran akan menjadi bertambah teruk

  • 59

    Apakah alternatif selain timpanoplasti? Gegendang telinga berlubang yang kering dan tidak bermasalah kepada pesakit boleh dirawat secara konservatif dan perlu menghadiri rawatan susulan di klinik. Alat bantu dengar boleh membantu pendengaran sebahagian pesakit. Walaubagaimanapun,pesakit berisiko untuk mengalami penurunan tahap pendengaran. Bila saya perlu datang semula ke hospital?

    Jika gumpalan kapas di luar saluran telinga dibasahi darah atau cecair sehingga ianya perlu kerap di tukar setiap 15-30minit

    Lelehan cecair bewarna kuning kehijauan dari telinga

    Pening dan rasa memusing serta loya dan muntah

    Demam tinggi atau berterusan beserta sakit kepala, loya dan muntah

    Kurang pendengaran walaupun selepas sumbatan telinga dikeluarkan

    Sakit telinga yang berpanjangan

    Lelehan yang banyak (profuse) Penafian umum: o Secara amnya, semua prosedur pembedahan mempunyai risiko. Walaupun ia

    dilakukan dalam situasi yang yang terkawal dengan piawaian pembedahan yang