fiqeh zakat spn 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah...

20
1 B A H A G I A N F I Q E H: Z A K A T PENGERTIAN ZAKAT Dari segi bahasa ialah bersih, suci, subur dan bertambah kebajikan. Dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu banyaknya dan jenisnya untuk diberikan kepada orang yang berhak dan layak menerimanya. DALIL FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN ZAKAT ُ ْ ِ ْ َ ْ َ ِ ِ ْ َ َ َ ً ُ َ ُ ُ ْ َ ُ َ ِ ْ ِ َ Ertinya : ” Ambillah wahai Muhammad daripada harta benda mereka itu sebagai zakat untuk membersihkan diri mereka dan mensucikan jiwa mereka dengan harta itu.” َ َ ِ ُ ﻟﺼ َ َ َ ُ ﻟﺰ َ َ Ertinya : ” Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. ” ( Surah Al Baqarah ayat 43 ) HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT 1- Wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang memiliki harta dan mencukupi syarat. 2- Dari sudut pendapat imam-imam Mazhab dan semua Ulama ialah a. Zakat hukumnya adalah wajib kerana ia salah satu daripada rukun Islam yang lima. b. Bagi orang yang engkar - murtad dan boleh dihukum bunuh. c. Bagi orang-orang mualaf (yang tidak tahu hukum zakat) - dimaafkan kerana kejahilannya. d. Bagi orang-orang mualaf (yang tahu hukum zakat) – berdosa dan pihak yang berkuasa boleh mengambil hartanya dengan paksa dan kemudian didenda. e. Bagi satu puak atau kumpulan yang besar – boleh diperangi sehingga mereka mengeluarkan zakat. ZAKAT MULA DIFARDHUKAN / DISYARIATKAN Pada tahun ke-2 hijrah bersamaan 623 masehi.

Upload: dokhanh

Post on 16-Mar-2018

283 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

1

B A H A G I A N F I Q E H: Z A K A T

PENGERTIAN ZAKAT Dari segi bahasa ialah bersih, suci, subur dan bertambah kebajikan. Dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu banyaknya dan jenisnya untuk diberikan kepada orang yang berhak dan layak menerimanya. DALIL FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN ZAKAT

اهھ ب م يیهھ ك ز ت وو م هھھھ ر هھ ط ت ة ق د ص م هھ اال و م أأ ن م ذ خ

Ertinya : ” Ambillah wahai Muhammad daripada harta benda mereka itu sebagai zakat untuk membersihkan diri mereka dan mensucikan jiwa mereka dengan harta itu.”

اةة ك االز اا وت آآوو ةة ال االص ااويیم ق اا وو

Ertinya : ” Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. ” ( Surah Al Baqarah ayat 43 ) HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT 1- Wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang memiliki harta dan mencukupi syarat. 2- Dari sudut pendapat imam-imam Mazhab dan semua Ulama ialah

a. Zakat hukumnya adalah wajib kerana ia salah satu daripada rukun Islam yang lima. b. Bagi orang yang engkar - murtad dan boleh dihukum bunuh.

c. Bagi orang-orang mualaf (yang tidak tahu hukum zakat) - dimaafkan kerana kejahilannya. d. Bagi orang-orang mualaf (yang tahu hukum zakat) – berdosa dan pihak yang berkuasa boleh

mengambil hartanya dengan paksa dan kemudian didenda. e. Bagi satu puak atau kumpulan yang besar – boleh diperangi sehingga mereka mengeluarkan zakat.

ZAKAT MULA DIFARDHUKAN / DISYARIATKAN Pada tahun ke-2 hijrah bersamaan 623 masehi.

Page 2: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

2

Z A K A T H A R T A JENIS ATAU HARTA BENDA YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

1- Binatang Ternakan. 2- Emas dan Perak ( termasuk matawang ). 3- Harta perniagaan. 4- Tanam-tanaman dari jenis biji-bijian dan buah-buahan iaitu

Biji-bijian: bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya.

Buah-buahan:bermaksud buah-buahan yang tahan disimpan lama setelah dikeringkan, seperti kurma, anggur, zaiton dan sebagainya.

5- Harta Rikaz iaitu harta (emas atau perak) yang dijumpai terpendam di dalam tanah yang dimiliki orang-orang zaman jahiliah.

SEBAB-SEBAB HARTA TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT

i) Harta-harta tersebut adalah diperlukan oleh masyarakat seperti padi, wang dan binatang ternakan.

ii) Harta tersebut cepat membiak dan mempunyai nilai harga yang tinggi seperti kambing, lembu dan Kerbau.

iii) Harta tersebut mempunyai keuntungan yang banyak sekiranya diusahakan secara besar-besaran seperti

perniagaan. @ NOTA TAMBAHAN HARTA-BENDA YANG TIDAK WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

• Harta-benda yang diwakafkan. • Harta Kerajaan. • Emas dan perak yang telah dijadikan pakaian dan barang perhiasan wanita dengan syarat tidak

melebihi kadar yang sepatutnya. ( Barang perhiasan yang tidak harus dipakai ; sudu garpu, pinggan, tapak sirih dll, yang diperbuat daripada emas dan perak - wajib zakat ).

• Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada intan, zamrud, berlian, mutiara dan sebagainya. ( kecuali jika diperniagakan – wajib zakat ).

• Harta rampasan, curian dan bukan milik yang sempurna. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA Syarat-syarat wajib terbahagi kepada ENAM ( 6 ) perkara, iaitu

1- Islam - tidak wajib bagi orang yang bukan Islam.

2- Merdeka – Golongan hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

3- Mukallaf – Orang yang sudah menanggung kewajiban syara’ atau wali atau penjaga kanak- kanak atau orang gila wajib mengeluarkan zakat bagi harta benda mereka.

4- Hak milik yang sempurna – berkuasa penuh ke atas harta itu. Tidak wajib dikeluarkan zakat dari harta

rampasan, curian, gadaian, rompakan dan sebagainya.

5- Cukup Nisab - cukup kiraan, sukatan dan timbangan pada tiap- tiap harta benda yang diwajibkan zakat.

6- Genap Haul - genap tempoh satu tahun Hijrah.

Page 3: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

3

PERBEZAAN ANTARA ZAKAT, SEDEKAH DAN CUKAI

PERKARA ZAKAT HARTA SEDEKAH CUKAI

PENGERTIAN

Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu

banyaknya dan jenisnya untuk diberikan kepada orang yang

berhak dan layak menerimanya.

Bantuan kepada fakir miskin dalam bentuk harta atau

perkhidmatan.

Bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan untuk

perbelanjaan negara kepada individu yang bekerja dan syarikat.

HUKUM Wajib Sunat Tanggungjawab di sisi

undang-undang.

MASA Sekali dalam setahun

( mengikut tahun Hijrah ) Bila-bila masa

Setahun sekali ( mengikut tahun Masihi )

JENIS HARTA Halal Yang halal Sebarang harta atau

pendapatan

PENGGUNAAN Asnaf yang berhak Terbuka Semua rakyat

KADAR Mengikut kadar yang

ditetapkan oleh Syarak Mengikut kemampuan

Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan

TARAF Kekal Pilihan Berubah mengikut polisi

Kerajaan

HIKMAT ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmat dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah: Dari segi ekonomi

1- Dapat menghapuskan kemiskinan. 2- Dapat menambahkan kewangan baitulmal. 3- Dapat meninggikan ekonomi umat Islam.

Dari segi kemasyarakatan

1- Menghapuskan perasaan iri hati dan hasad dengki sesama manusia. 2- Mewujudkan sikap bekerjasama antara satu sama lain. 3- Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Islam tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan.

Dari segi perkembangan Islam

1- Dapat membantu pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang untuk menegakkan ugama Allah. 2- Dapat menambahkan bilangan umat Islam melalui pemberian zakat kepada saudara-saudara baru.

Dari segi individu

1- Dapat menambahkan keimanan terhadap Allah. 2- Membersihkan diri dari sifat bakhil. 3- Sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Page 4: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

4

GOLONGAN / ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT Terdapat LAPAN ( 8 ) golongan atau asnaf yang berhak zakat, iaitu

1- Fakir - Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan langsung ATAU ada pekerjaan tetapi pendapatannya TIDAK MELEBIHI SEPARUH daripada keperluannya sehari-sehari. Contohnya : Ali memerlukan $6 sehari, tetapi dia hanya dapat $2 sehari.

2- Miskin - Orang Islam yang mempunyai harta dan pekerjaan, tetapi pendapatannya CUMA MELEBIHI SEPARUH dari keperluannya sehari-hari. Contohnya : Ali memerlukan $6 sehari, tetapi dia hanya dapat $4 sehari.

3- Amil - Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh pemerintah untuk mengumpul atau memungut ( penyelenggaraan ) hal-hal zakat. Syarat-syarat amil ialah :

a. Islam b. Mukallaf c. Laki-laki d. Adil e. Mendengar dan melihat

4. Mualaf - Orang yang baru memeluk ugama Islam. Dengan tujuan untuk memesrakan dan menjinakkan hati mereka dengan Islam supaya iman mereka bertambah teguh lagi.

5. Hamba Mukatab - Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dibebaskan apabila dia dapat membayar

dengan kadar yang telah ditentukan. Misalnya : “ Aku kitabah akan dikau dengan $200 dalam tempoh dua bulan iaitu tiap-tiap satu bulan sebanyak $100, manakala engkau menjelaskan bayaran itu kepadaku maka engkau akan merdeka “.

6. Orang yang berhutang (al-Gharimin) - Orang Islam yang berhutang untuk tujuan kebaikan sama ada

untuk maslahat dirinya atau maslahat orang ramai dan ia tidak mampu untuk membayar balik. 7. Fi-Sabilillah –

a. Orang yang berjuang secara sukarela menjadi tentera dalam peperangan bagi menegakkan dan mempertahankan kebenaran dan kesucian agama Allah.

b. Orang-orang yag menunaikan fardhu haji, tetapi kekurangan belanja. c. Penuntut-penuntut yang belajar di luar negeri yang kehabisan belanja. d. Tidak mempunyai maksud tertentu asalkan ada kepentingan yang baik.

8. Musafir (Ibnu Sabil) - Orang Islam yang merantau ke sebuah negeri dengan tujuan yang baik, tetapi

kehabisan belanja.

Page 5: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

5

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT Ada ENAM ( 6 ) golongan yang tidak berhak zakat, iaitu :

1- Orang kafir - orang yang bukan berugama Islam. Alasannya : Zakat hanya untuk kepentingan umat Islam sahaja kerana zakat hanya dipungut daripada kalangan masyarakat Islam sahaja.

2- Orang kaya - orang yang sudah mempunyai harta dan pendapatan yang melebihi daripada saraan hidupnya sehari-hari.

Alasannya : Mereka sudah mempunyai harta dan tidak perlu dibantu lagi. Konsep zakat adalah untuk menolong golongan yang tidak berada.

3- Hamba Abdi / sahaya – Hamba yang tetap dibawah jagaan tuannya dan tuannya tidak berhajat untuk membebaskannya.

Alasannya : Sekiranya diberikan zakat, maka sudah tentu zakat tersebut akan menjadi hak milik tuannya kerana dirinya sendiri adalah hak milik tuannya. 4- Keturunan Bani Hashim dan Abd Mutalib – Mereka adalah keturunan yang mulia. Alasannya : Mereka ialah golongan yang mulia dan harta zakat ini merupakan harta lebihan yang tidak layak diberikan kepada mereka.

5- Orang yang dibawah tanggungan pemberi Zakat – Orang yang ditanggung oleh pemberi zakat yang mempunyai pertalian seperti anak, isteri, ibubapa. TETAPI isteri yang kaya boleh memberi zakat kepada suaminya yang miskin.

6- Tempat-tempat kebajikan – Tempat-tempat seperti untuk mendirikan masjid, jalanraya, rumah sakit dan sebagainya.

Page 6: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

6

SEJARAH ZAKAT HARTA BENDA

Ø Zakat harta benda memang telah diwajibkan oleh Allah sejak zaman permulaan Islam lagi. Pada masa itu, KADAR dan JENIS zakat BELUM lagi ditetapkan.

Ø Begitu juga GOLONGAN / ASNAF yang berhak menerima zakat pun BELUM dijelaskan hanya terbatas

kepada 2 GOLONGAN sahaja, iaitu: o Golongan FAKIR o Golongan MISKIN.

Ø Kadar dan jenis zakat yang hendak dikeluarkan adalah terpulang kepada umat Islam pada masa itu.

Ø Pada tahun ke-2 HIJRAH bersamaan 623 MASEHI, bermulalah penetapan JENIS-JENIS dan KADAR zakat

harta benda yang wajib dikeluarkan TETAPI golongan yang berhak menerima zakat MASIH TERBATAS kepada golongan fakir dan miskin.

Ø Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Tidak dikenakan ke atas mu apa-apa ( Zakat ) sehingga sampai dua puluh dinar. Jika kamu memiliki dan sampai haulnya. Maka padanya ( Zakat ) setengah dinar ”. Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi ** ½ dinar itu adalah 1/40 ( 2.5 % ) daripada 20 dinar. Berdasarkan kiraan sekarang 20 dinar ( MITSQAL ) emas itu bersamaan dengan 85 gram emas.

Ø Jumhur Ulama Fiqh telah mengatakan wajib zakat pada matawang ( banknote ). Banknote tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak sebagai dirham.

@ NOTA TAMBAHAN & PERINGATAN

? Berdasarkan maklumat yang diterima mengenai harga pasaran emas pada masa ini, maka Majlis Ugama Islam, Brunei telah memaklumkan bahawa kadar nisab zakat Harta ( wang simpanan ) sekarang adalah : $5,185.00 iaitu berdasarkan 85 gram harga pasaran emas 21 karat (berharga $61.00 bagi 1 gram.

( 85 gram emas X $61.00 = $5,185.00 ). Kadar nisab ini adalah bermula pada 1431H / 2010M.

? Kadar Nisab Zakat Harta ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut pasaran harga emas. Perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Pihak Jabatan Majlis Ugama Islam. Brunei.

Page 7: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

7

(1) ZAKAT BINATANG TERNAKAN BINATANG BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT? Tidak semua binatang-binatang ternakan dikenakan zakat. Binatang yang wajib dizakat adalah dari jenis binatang an’aam, iaitu:

a) Unta b) Lembu / Kerbau c) Kambing / Kibasy / Biri-biri.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BAGI BINATANG TERNAKAN ( AN’AAM )

1- Islam – binatang itu dimiliki oleh orang Islam.

2- Merdeka – binatang itu bukan kepunyaan hamba.

3- Hak milik yang sempurna – bukan dari binatang yang dicuri, dirampas dan sebagainya.

4- Mukallaf – seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5- Cukup nisab – cukup kiraan atau bilangan binatang yang hendak dikeluarkan zakat.

6- Genap haul – cukup peredaran masa setahun menternak bintang itu.

7- Binatang tersebut diberi makan rumput di padang yang tertentu tanpa dikenakan bayaran (percuma).

8- Binatang itu tidak digunakan untuk bekerja atau dijadikan kenderaan. @ NOTA TAMBAHAN

i) Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

ii) Pemeliharaan ternakan secara berkongsi hendaklah dikeluarkan secara berkongsi juga.

Page 8: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

8

(A) ZAKAT UNTA Awal Nisab Unta Nisab zakat UNTA bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 5 EKOR. Kadar Zakat Unta Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat unta DIBAWAH BILANGAN 129 ekor ( 5 ekor – 129 ekor ).

Bilangan/Jumlah unta Kadar Zakat Umurnya

5 – 9 ekor 1 ekor kambing betina 1 tahun lebih

10 – 14 ekor 2 ekor kambing betina 1 tahun lebih

15 – 19 ekor 3 ekor kambing betina 1 tahun lebih

20 – 24 ekor 4 ekor kambing betina 1 tahun lebih

25 – 35 ekor 1 ekor unta betina 1 tahun lebih (binti Mahadh)

36 – 45 ekor 1 ekor unta betina 2 tahun lebih (binti Labun)

46 – 60 ekor 1 ekor unta betina 3 tahun lebih (hiqqah)

61 – 75 ekor 1 ekor unta betina 4 tahun lebih (jaz’ah)

76 – 90 ekor 2 ekor unta betina 2 tahun lebih (binti Labun)

91 – 120 ekor 2 ekor unta betina 3 tahun lebih (hiqqah)

121 – 129 ekor 3 ekor unta betina 2 tahun lebih (binti Labun)

Jika LEBIH DARI JUMLAH 129 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

• setiap tambahan 40 ekor : 1 ekor unta betina ( binti Labun ) • setiap tambahan 50 ekor : 1 ekor unta betina ( hiqqah )

Contohnya : 130 ekor unta 50 50 30 ( baki ) Kadar Zakat : 2 ekor hiqqah ATAU 130 ekor unta 40 40 40 10 ( baki ) Kadar Zakat : 3 ekor binti Labun

Page 9: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

9

(B) ZAKAT LEMBU / KERBAU Awal Nisab Zakat Lembu/Kerbau Nisab zakat LEMBU / KERBAU bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 30 EKOR. Kadar Zakat Lembu/Kerbau Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat lembu / kerbau DI BAWAH BILANGAN 120 ekor ( 30 ekor – 120 ekor ).

Bilangan/Jumlah lembu atau kerbau

Kadar Zakat Lembu Jantan

1 tahun lebih ( Tabi’ ) Lembu Betina

2 tahun lebih ( Musinnah )

30 – 39 ekor 1 ekor -

40 – 59 ekor - 1 ekor

60 – 69 ekor 2 ekor -

70 – 79 ekor 1 ekor 1 ekor

80 – 89 ekor - 2 ekor

90 – 99 ekor 3 ekor -

100 – 109 ekor 2 ekor 1 ekor

110 – 119 ekor 1 ekor 2 ekor

120 ekor 4 ekor 3 ekor

Jika LEBIH DARI JUMLAH 120 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

• setiap tambahan 30 ekor : 1ekor lembu / kerbau Jantan berumur 1 tahun lebih (Tabi’) • setiap tambahan 40 ekor : 1ekor lembu / kerbau Betina berumur 1 tahun lebih (Musinnah)

Contohnya : 125 ekor lembu 30 30 30 30 5( baki ) Kadar Zakat : 4 ekor lembu Jantan, 1 tahun lebih. ATAU 125 ekor kerbau 40 40 40 5( baki ) Kadar Zakat : 3 ekor kerbau Betina, 2 tahun lebih.

Page 10: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

10

(C) ZAKAT KAMBING/KIBASY/BIRI-BIRI Awal Nisab Zakat Kambing / kibasy / biri-biri Nisab zakat KAMBING bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 40 EKOR. Kadar Zakat Kambing : Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat kambing DI BAWAH BILANGAN 400 ekor ( 40 ekor – 400 ekor ).

Bilangan/Jumlah Kambing

Kadar Zakat Umurnya

40 – 120 ekor 1 ekor kambing betina 1 tahun lebih

121 – 200 ekor 2 ekor kambing betina 1 tahun lebih

201 – 399 ekor 3 ekor kambing betina 1 tahun lebih

400 ekor 4 ekor kambing betina 1 tahun lebih

Jika LEBIH DARI JUMLAH 400 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

• setiap tambahan 100 ekor : 1 ekor kambing betina berumur 1 tahun lebih. Contohnya : (1) 483 ekor kambing 100 100 100 100 83( baki ) Kadar Zakat : 4 ekor kambing betina, 1 tahun lebih. (2) 522 ekor kambing 100 100 100 100 100 22( baki ) Kadar Zakat : 5 ekor kambing betina, 1 tahun lebih.

Page 11: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

11

(2) ZAKAT EMAS & PERAK EMAS DAN PERAK YANG BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT? Emas dan Perak dalam sebarang bentuk wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syaratnya. Adapun jenis-jenis zakat emas dan perak yang wajib dikeluarkan ialah :

1- Jenis biji 2- Jenis ketul / logam 3- Jenis barang perhiasan ( seperti sudu, garpu, mangkok, dulang, tipak sireh dan lain-lain ) 4- Jenis barang kemas ( seperti cincin, gelang dan lain-lain ) yang disimpan lama dan melebihi kadar

pemakaian. DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK Firman Allah Ta’ala :

- ]هھا في سبيیل هللا فبشرهھھھم بعذاابب أأليیم ـوواالذيین يیكنزوونن االذهھھھب وواالفضة ووال يینفقون [ - 34االتوبة :

Ertinya : “ Dan orang-orang yang menyimpan dan membekukan emas dan perak serta mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah

maka hiburkanlah hati mereka ( wahai Muhammad ) dengan seksaan azab yang amat pedih “. SEBAB EMAS DAN PERAK WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

1. Merupakan sumber kekayaan manusia. 2. Menjadi tumpuan dan rebutan manusia. 3. Mempunyai nilai harga yang begitu tinggi.

SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI EMAS DAN PERAK :-

1- Islam – Emas dan perak itu bukan milik orang kafir.

2- Merdeka – Emas dan perak itu bukan kepunyaan hamba.

3- Hak milik sempurna – Harta tersebut miliknya sendiri bukan yang dicuri, dirampas, disewa dan lain-lain.

4- Mukallaf - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5- Cukup nisab – Cukup sukatan atau timbangan yang telah ditetapkan oleh syarak.

6- Genap haul – Genap masa setahun memiliki harta tersebut.

7- Emas dan perak itu tidak dijadikan perhiasan wanita. @ Emas atau Perak yang dijadikan barang-barang kemas tidak diwajibkan zakat kecuali barangan atau perhiasan tersebut melebihi ‘uruf ( kebiasaan setempat ), maka perhiasan itu wajib dizakatkan.

Page 12: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

12

AWAL NISAB ( PERMULAAN ) ZAKAT EMAS DAN PERAK

1- Emas : 20 misqal atau 85 gram ( Nilai Wang $3,366.00 ) 2- Perak : 200 dirham atau 595 gram

KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN 2 ½ % atau 1/40 Contohnya : (1) 100 gm Emas 100 x 2.5/100 ATAU 100 x 1/40

kadar zakatnya = 2.5gm = 2.5gm Bersamaan : $99.00

(2) 600gm Perak 600 x 2.5/100 ATAU 600 x 1/40 kadar zakatnya = 15 gm = 15 gm CARA MENGIRA ZAKAT HARTA ( WANG SIMPANAN ) Sekiranya harta simpanan yang dimiliki telah cukup nisabnya ( 85 gram ), mengikut harga pasaran semasa dan genap haulnya ( selama 1 tahun hijrah ) maka wajiblah dikeluarkan zakatnya pada kadar 2.5% atau 1/40 dari hartanya. Contoh : ( i ) $4,000.00 X 2.5 = Zakatnya : $100.00 100 ( ii ) $ 5,000.00 X 1/40 = Zakatnya : $125.00 @ NOTA TAMBAHAN Barang-barang kemas wanita yang diperbuat dari intan, berlian, mutiara, zamrud dan sebagainya tidak wajib zakat ke atasnya. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :

" ال ززكاةة في االحلى "

Maksudnya : “ Tidak dikenakan zakat pada barang-barang perhiasan “.

Page 13: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

13

(3) ZAKAT HARTA PERNIAGAAN PENGERTIAN HARTA PERNIAGAAN Harta benda atau barang-barang yang dijadikan sebagai jual beli ( halal ) samaada dari jenis barang makanan, pakaian, perhiasan, kenderaan dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat keuntungan. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA PERNIAGAAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT? Barang-barang pada asalnya adalah tidak wajib dikeluarkan zakat. Walaubagaimanapun apabila ia telah diperniagakan maka wajiblah dikeluarkan zakat kerana setiap harta perniagaan termasuk di dalam jenis harta benda yang wajib dikeluarkan zakat. Jenis-jenis barang yang wajib dizakat ialah :

i) Segala jenis barang yang dicadangkan untuk dijual. ii) Dari jenis yang halal dan boleh diperniagakan seperti kedai runcit, import export, rumah

sewa, kedai makan, pakaian, kenderaan, alat perkakas rumah dan sebagainya. DALIL WAJIB ZAKAT HARTA PERNIAGAAN 1) Firman Allah Ta’ala :

- ]ما أأخرجنا لكم من ااألررضض ..... ـيیأيیهھا االذيین ءاامنواا أأنفقواا من ططيیباتت ما كسبتم ووم [ - 267االبقرةة :

Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah ( di jalan Allah ) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu ....”

2) Hadis Nabi Muhammad sallahhu’alaihiwassalam :

–خرجج االصدقة من االذىى نعدهه للبيیع. ـأأما بعد٬، فكانن ررسولل هللا : يیأمرنا أأنن ن –ررووااهه أأبو ددااوودد وواالبيیهھقى

Ertinya : “ Adapun kemudian daripada itu maka Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah menyuruh kita supaya mengeluarkan zakat dari barang-barang yang kita sediakan untuk diperniagakan “.

SEBAB–SEBAB ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT PERNIAGAAN

1) Dapat memberikan keuntungan yang banyak bagi yang mengusahakannya. 2) Merupakan salah satu sumber kekayaan manusia. 3) Merupakan bidang yang amat digalakkan oleh Nabi Muhammad sallahhu’alaihiwassalam.

SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI ZAKAT HARTA PERNIAGAAN :-

1- Islam – perniagaan itu kepunyaan orang Islam bukan orang kafir. 2- Merdeka – perniagaan itu bukan kepunyaan hamba.

3- Hak milik sempurna – perniagaan itu milik mutlak orang yang berniaga bukan milik orang lain. 4- Mukallaf - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5- Cukup nisab – cukup kiraan harta perniagaan yang hendak dikeluarkan zakat. 6- Genap haul - genap masa setahun menjalankan perniagaan itu. 7- Hendaklah perniagaan itu diniatkan untuk diniagakan bukan untuk disimpan. 8- Hendaklah harta perniagaan itu dimilikinya dengan cara tukar menukar.

Page 14: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

14

AWAL NISAB HARTA PERNIAGAAN Sama seperti awal nisab emas : 20 misqal atau 85 gram dinilai mengikut harga pasaran emas semasa. Untuk mengetahui atau mengira awal nisab perniagaan ; Contohnya: 1gm emas : $61.00 Awal nisab emas : 85gm x $61.00 Jadi, Awal Nisab Perniagaan ( pada tahun berkenaan ) = $5,185.00 KADAR ZAKAT PERNIAGAAN

v 2 ½ % atau 1/40 CARA PENGIRAAN ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

1- Apabila genap setahun menjalankan perniagaan, maka peniaga wajib mengeluarkan zakat. 2- Dikira atau Nilai / taksir semua barang-barang yang masih diperniagakan mengikut harga barang itu

dibeli dahulu.

2- Kemudian Jumlahkan semua wang tunai yang ada dalam simpanan, seperti dalam syarikat, bank dan lain-lain.

3- Kemudian campurkan dengan hutang pelanggan ( yang yakin akan membayar hutang tersebut pada

masa yang telah ditetapkan).

4- Jumlahkan kesemuanya terlebih dahulu kemudian ditolak dengan hutang perniagaan yang ada pada pihak yang lain / pembekal, seperti sewa pejabat, bayaran air, elektrik, gaji pekerja dan lain-lain.

5- Jumlah yang diperolehi adalah Jumlah Bersih dan jika jumlah tersebut mencapai awal nisab perniagaan

pada tahun itu, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2 ½% atau 1/40. Contohnya: 1gm emas : $61.00 Awal nisab emas : 85gm x $61.00 Awal Nisab Perniagaan ( pada tahun berkenaan ) = $5,185.00 Nilaian barang $40,000 + Wang Simpanan $20,000 + Hutang Pelanggan $10,000 ----------- $70,000 - Hutang Perniagaan $10,000 ----------- Jumlah Bersih $60,000 ======= $60,000 x 2.5/100 ATAU $60,000 x 1/40 Kadar zakat = $1,500 Kadar zakat = $1,500

Page 15: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

15

(4) ZAKAT TANAM-TANAMAN & BUAH-BUAHAN TANAM-TANAMAN DARI JENIS BIJI-BIJIAN & BUAH-BUAHAN BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIZAKAT?

1. Biji-bijian adalah bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi ( mengenyangkan ) bagi sesebuah negeri seperti padi, gandum, jagung, barli, kacang dan lain-lain.

2. Buah-buahan adalah bermaksud buah-buahan yang tahan lama disimpan setelah dikeringkan seperti : kurma, anggur, zaiton dan lain-lain.

DALIL FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN ZAKAT TANAM-TANAMAN.

رجنا لكم من ااالررضضخما ااـاالذيین اامنواا اانفقواا من ططيیباتت ما كسبتم ووم يیا اايیهھا

Ertinya : ” Wahai orang-orang yang beriman! keluarkanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan daripada apa yang Kami keluarkan untuk kamu daripada bumi. ”

ENAM ( 6 ) SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI ZAKAT TANAM-TANAMAN :

1- Islam – tanam-tanaman itu dimiliki oleh orang Islam bukan orang kafir. 2- Merdeka – tanam-tanaman itu bukan kepunyaan hamba. 3- Hak milik sempurna – tanam-tanaman itu diusahakan sendiri bukan milik orang lain. 4- Mukallaf - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya. 5- Cukup nisab – cukup kadar sukatan atau timbangan yang telah ditetapkan oleh syarak. 6- Makanan asasi sesebuah negara dan tahan lama disimpan - tidak wajib pada makanan yang cepat

busuk /buruk. 7- Tanaman itu diusahakan oleh manusia ( bukan tumbuh sendiri ).

@ NOTA TAMBAHAN & CATATAN PENTING

? Zakat tanam-tanaman TIDAK ADA syarat GENAP HAUL. ? Tanam-tanaman wajib dikeluarkan zakat apabila tiba MUSIM MENUAI atau MASAK BUAHNYA.

Page 16: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

16

AWAL NISAB TANAM-TANAMAN.

1) Jika bersih : 5 ausaq = 300 gantang ( Baghdad ) = 200 gantang ( Brunei ).

2) Jika berkulit : 10 ausaq = 600 gantang ( Baghdad ) = 400 gantang ( Brunei ). KADAR ZAKAT TANAM-TANAMAN YANG WAJIB DIKELUARKAN

1- Jika tanam-tanaman itu mendapat air senang (air hujan) atau TIDAK menggunakan belanja, maka kadar zakatnya ialah 1/10 atau 10%

Contohnya : Ali mendapat hasil tanaman padinya sebanyak 800 gantang menggunakan air hujan.

800 gantang x 1/10 ATAU 800 gantang x 10/100

kadar zakat = 80 gantang. = 80 gantang

2- Jika tanam-tanaman itu mendapat air susah atau menggunakan belanja, (seperti ; menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera yang dikenakan bayaran), maka kadar zakatnya ialah 1/20 atau 5%

Contohnya : Tanaman padi yang dihasilkan sebanyak 600 gantang dengan menggunakan jentera pembajak,

penyubur ( baja ) dan air yang berbayar.

600 gantang x 1/20 ATAU 600 gantang x 5/100

kadar zakat = 30 gantang = 30 gantang

3- Jika tanam-tanaman itu diusahakan dengan kedua-dua cara yang tersebut tadi (air senang / tiada belanja dan air susah / menggunakan belanja), maka kadar zakatnya ialah 3/40 atau 7.5%

Contohnya : 500 gantang padi yang dihasilkan dengan air hujan dan air yang dikenakan bayaran.

500 gantang x 3/40

kadar zakat = 37.5 gantang

Page 17: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

17

(5) ZAKAT HARTA RIKAAZ ( TERPENDAM ) PENGERTIAN HARTA RIKAAZ Emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam tanah yang dipercayai kepunyaan orang-orang zaman jahiliah, iaitu zaman sebelum datangnya Islam. Seperti harta yang dijumpai di dalam kubur, tembok-tembok dan sebagainya. DALIL HADIS NABI YANG MEWAJIBKAN ZAKAT HARTA RIKAAZ

خمس "ـي االركازز االـ" ووف

Ertinya : “ Dan pada harta rikaaz diwajibkan sebanyak 1/5 ” SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA RIKAAZ

1- Islam – Harta itu dimiliki oleh orang Islam bukan orang kafir. 2- Merdeka – Harta itu bukan milik hamba. 3- Hak milik sempurna – Harta rikaaz adalah milik orang yang menjumpai. 4- Mukallaf - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

@ NOTA TAMBAHAN & CATATAN PENTING

? Zakat harta Rikaaz TIDAK ADA syarat GENAP HAUL dan PERMULAAN NISAB bahkan wajib dikeluarkan

segera selepas diperoleh pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah semua yang diperoleh. KADAR ZAKAT HARTA RIKAAZ

Kadar zakat harta rikaaz adalah sebanyak 1/5 atau 20% Contohnya : (1) 352 gm emas 352 gm x 1/5 ATAU 352 gm x 20/100 kadar zakatnya = 70.4 gm = 70.4 gm (2) 410 gm perak 410 gm x 1/5 ATAU 410 gm x 20/100 kadar zakatnya = 82 gm = 82 gm

Page 18: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

18

PERBEZAAN HARTA RIKAAZ DENGAN HARTA LUQATAH

HARTA RIKAAZ HARTA LUQATAH

MA

KSU

D Emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam

tanah yang dipercayai kepunyaan orang-orang zaman jahiliah, iaitu zaman sebelum datangnya Islam. Seperti harta yang dijumpai di dalam kubur, tembok-tembok dan sebagainya.

Emas dan perak yang dijumpai terpendam di dalam tanah yang terdapat kesan-kesan atau tanda-tanda kepunyaan orang Islam seperti tertulis di atasnya ayat al-Quran atau ada nama raja-raja Islam.

HU

KU

M Wajib dikeluarkan zakatnya pada masa dijumpai

setelah dibersihkan. Tidak perlu menunggu genap haul atau cukup nisabnya, sama ada banyak atau sedikit. Kadar zakat sebanyak 1/5 atau 20% .

Tidak wajib dikeluarkan zakat, kerana ia bukan harta rikaz, tetapi harta yang tercicir.

BAG

AIM

AN

A?

Orang yang menjumpai atau orang yang memiliki tanah tempat harta ditemui adalah boleh dimiliki harta tersebut (baki yang ada) setelah dikeluarkan zakat.

Asalnya tidak boleh dimiliki, TETAPI jika harta itu tidak dituntut dalam tempoh setahun dan setelah diumumkan melalui media massa atau mengembara mencari tuan punya harta, maka baru boleh dimiliki. Jika ada yang mendakwa bahawa harta tersebut adalah miliknya setelah setahun, maka hendaklah dikembalikan atau diganti.

Page 19: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

19

M A S A L A H - M A S A L A H Z A K A T A) CARA MEMBAHAGIKAN ZAKAT KEPADA 8 GOLONGAN / ASNAF

1- Jika di dalam sesebuah negeri itu terdapat 8 golongan atau asnaf yang berhak menerima zakat, maka

hendaklah dibahagikan zakat itu kepada 8 golongan tersebut. 2- Jika tidak terdapat semua golongan dalam sesebuah negeri itu, maka wajib diberikan kepada golongan

yang ada sahaja. 3- Dituntut memberi hasil zakat itu sekurang-kurangnya 3 orang bagi tiap-tiap golongan.

B) SALAH MEMBAHAGIKAN HASIL ZAKAT

1- Jika zakat dibahagikan kepada orang yang tidak berhak menerima zakat, maka hukum zakat tersebut

tidak sah dan dikira sebagai sedekah sahaja. 2- Wajib baginya mengeluarkan zakat sekali lagi.

C) MEMINDAHKAN HASIL ZAKAT

1- Hasil pungutan zakat tidak harus dipindahkan dari sebuah negeri kenegeri yang lain. 2- Wajib zakat itu dibahagikan kepada golongan yang berhak menerima zakat yang ada di dalam negeri

ada hartanya berada. 3- Jika seseorang berada di sesebuah negeri dan hartanya ada di negeri yang lain, maka hendaklah dia

mengeluarkan zakat di mana hartanya berada. 4- Jika sebahagian harta ada di sesebuah negeri dan sebahagian lagi ada di negeri yang lain, maka

hendaklah dia mengeluarkan zakat di negeri dia berada. D) ORANG MATI YANG ADA MENANGGUNG ZAKAT

1- Wajib bagi kaum keluarga atau ahli warisnya membayar zakat yang masih terhutang dengan

menggunakan harta pusaka peninggalannya. 2- Sebelum membahagikan harta pusaka kepada waris yang layak menerimanya hendaklah

mengutamakan HUTANG ZAKAT terlebih dahulu, hutang-hutang lain yang belum dijelaskan dan wasiat jika ada.

E) ZAKAT PADA BENDA YANG TERHUTANG

1. Hutang dari orang yang dipercayai untuk membayar adalah wajib dikeluarkan zakat terlebih dahulu,

walaupun belum membayarnya kerana diyakini akan membayar hutang itu nanti. 2- Hutang dari orang yang tidak diyakini untuk membayar hutang tersebut pada masa yang telah

ditetapkan adalah tidak wajib mengeluarkan zakat terlebih dahulu, bahkan wajib mengeluarkannya setelah hutang itu dibayar kepadanya.

Page 20: Fiqeh Zakat SPN 21 bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya. Buah-buahan:

20

F) ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN

1- WAJIB mengeluarkan zakat ini setelah masak buahnya dan manis rasanya dan setelah dikumpulkan, dibersihkan, ditampi dan dibuang sampahnya.

2- Sekiranya pokok dan buahnya dijual setelah masuk musimnya dan masak buahnya, maka WAJIB orang

yang menjual mengeluarkan zakatnya kerana syarat-syarat mengeluarkan zakat telah ada semasa di tangan penjual.

G) MENCAMPURKAN HASIL ZAKAT

1- Biji-bijian dan buah-buahan yang sama jenis seperti gandum dengan gal;l,;ndum, padi dengan padi

dan lain-lain adalah boleh dicampur walaupun berlainan mutu, warna dan isinya. 2- Harta perniagaan boleh dicampur dengan harganya tetapi tidak boleh dicampur barang-barang

perniagaan yang berlainan jenis jika untuk mencukupkan nisabnya.

H) HARTA ZAKAT ROSAK SEBELUM DIKELUARKAN ZAKATNYA

1- Harta benda zakat wajib dikeluarkan zakatnya apabila telah cukup syarat-syaratnya. 2- Jika rosak, terbakar atau berlaku banjir ke atas harta zakat dengan tidak sengaja, maka TIDAK WAJIB

mengeluarkan zakat tersebut. 3- Tetapi jika disengajakan atau dilambat-lambatkan sehingga rosak harta zakat itu, maka WAJIB DIGANTI

untuk mengeluarkan zakatnya. I) HARTA BENDA ZAKAT YANG TELAH DIASINGKAN HILANG

1- Jika harta zakat yang telah diasingkan hilang kesemuanya atau sebahagian daripadanya, maka

hendaklah diganti kerana harta itu masih di tangannya sebelum sempat dikeluarkan zakatnya. J) MENGELAK DIRI DARI MENGELUARKAN ZAKAT

1- Barangsiapa yang memiliki harta zakat yang telah cukup nisabnya kemudian dijual atau diberikan

kepada orang lain atau dibinasakannya sebelum cukup haulnya, maka tidak wajib mengeluarkan zakat harta tersebut kerana tidak mencukupi syarat.

2- Walau bagaimanapun perbuatan tadi adalah berdosa kerana menggelakkan diri dari mengeluarkan

zakat.