fiesta kolej aminuddin baki - ifolio - authentication ... · pdf filekeluarga tahunan untuk...
TRANSCRIPT
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI
(FESKAB ’14)
TARIKH
8-9 MAC 2014 (Pra-Feskab)
14-16 MAC 2014 (Feskab)
TEMPAT
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“Syndicate The Excitement”
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
2
KERTAS KERJA
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
IPTA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)
TEMA PROGRAM
“Syndicate The Excitement”
MATLAMAT
PROGRAM
1. Merapatkan hubungan antara warga kolej yang terdiri daripada
pelajar dari pelbagai kaum dan berbeza tahun pengajian.
2. Memupuk dan meneguhkan semangat perpaduan dan jati diri
didalam diri setiap peserta dan warga kolej.
3. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan
penghuni kolej melalui interaksi, penyertaan dan pertukaran
idea sepanjang program.
4. Merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa
yang mempunyai nilai tambah dalam kalangan peserta melalui
program ini.
5. Menonjolkan mahasiswa dan mahasiswi UKM yang
berketrampilan, berkepimpinan dan berkebolehan melalui
penyertaan dalam program yang disediakan.
6. Meningkatkan daya kepimpinan melalui aktiviti dan anjuran
yang disertai.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
3
7. Melatih daya dan kemahiran berorganisasi peserta melalui
penganjuran program ini.
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
Sesi 2013/2014
KOLEJ AMINUDDIN BAKI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
TARIKH
8-9 MAC 2014
14-16 MAC 2014
TEMPAT
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
PESERTA SASARAN
1. Barisan Felo Kolej Aminuddin Baki
2. Barisan MEP Kolej Aminuddin Baki
3. Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki
4. Penghuni Kolej Aminuddin Baki
5. Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Kolej Aminuddin Baki
6. Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia
KETUA PENGARAH
Muhammad Johan Iskandar bin Zahari
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
4
2.0 TUJUAN
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk mendapatkan pertimbangan kewangan yang dipohon bagi
menjayakan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB ’14).
3.0 PENGENALAN
Penganjuran program Fiesta Kolej Aminuddin Baki(FESKAB) merupakan satu karnival hari
keluarga tahunan untuk warga Kolej Aminuddin Baki. Karnival ini dirancang dan dilaksanakan
bersama-sama oleh Sekretariat Hal Ehwal Siswi, Sekretariat Integrasi Perpaduan Kaum dan
Sekretariat Sukan dan Rekreasi di bawah kelolaan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej
Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan “Syndicate The Excitement” akan
diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 7 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014 yang
merangkumi acara berbentuk holistik seperti sukan, kebudayaan, keusahawanan, dan ilmiah yang
melibatkan warga Kolej Aminuddin Baki pada karnival FESKAB 2014 ini.
Penganjuran program FESKAB ‘14 pada kali ini bertujuan untuk memangkin dan melahirkan
mahasiswa-mahasiswi yang berilmu tinggi dan berkebolehan dalam merancang serta
mengendalikan dan melaksanakan aktiviti yang berkapasiti besar melibatkan pelbagai aktiviti dan
kerjasama bersama peringkat pengurusan iaitu daripada peringkat pelajar sehinggalah ke
peringkat pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman serta pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) disamping kerjasama bersama pihak luar yang lain. Justeru, dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dalam merekrut pemangkin mahasiswa-mahasiswi
yang berpengalaman luas, FESKAB ’14 bakal melahirkan pemimpin yang berketerampilan,
berkredibiliti dan berintergriti tinggi selaras dengan kemajuan dunia tanpa sempadan pada hari
ini.
Dalam menyokong hasrat universiti untuk melahirkan pelajar yang komited, cergas mental dan
fizikal serta merangkumi pendedahan di peringkat kolej, universiti dan kebangsaan, Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki telah mengorak langkah bagi mencapai hasrat ini
dengan menzahirkannya melalui penghasilkan program seperti ini. Berdasarkan hasil positif
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
5
selama perlaksanaannya, terbukti bahawa program seperti ini merupakan satu bidang yang
diklasifikasikan sebagai pembelajaran luar kelas yang perlu dipelajari, difahami, dan dipraktikkan
oleh golongan pelajar agar mereka menjadi insan yang berintelektual yang dapat berfikir secara
cerdas dan mencipta idea kreatif khususnya dalam bidang berorganisasi seterusnya melahirkan
insan yang berjaya dalam setiap aspek.
Selain itu, aktiviti serta program yang akan dijalankan oleh FESKAB ‘14 pada kali ini bakal
mengetengahkan empat teras utama yang diilhamkan daripada konsep struktur “Inter-House”
ataupun rumah sukan yang telah dijalankan di Kolej Aminuddin Baki pada tahun ini dan tahun
lalu. Empat teras berikut ialah keusahawanan, kebajikan, kebudayaan, dan sukan. Keempat-empat
teras ini seterusnya akan memangkin para mahasiswa-mahasiswi serta mejadikan organisasi di
bawah kolej menjadi lebih teratur dan berstruktur. FESKAB ‘14 juga bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga Kolej Aminuddin Baki serta memupuk
semangat perpaduan sesama mahasiswa-mahasiswi pelbagai kaum di UKM sejajar dengan
konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia
Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. FESKAB ‘14 telah dirancang dengan teliti dan ianya
bakal memastikan seluruh warga kolej serta warga UKM merasai kemeriahannya. Seterusnya,
ianya adalah merupakan satu karnival hari keluarga yang memperkasakan aktiviti mega kolej
serta menaikkan nama Kolej Aminuddin Baki.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi melaksanakan program FESKAB ‘14 dan
diharapkan penghasilan program ini dapat mencapai matlamat dan tujuan serta mendapat
sokongan penuh daripada pihak UKM, badan-badan kerajaan serta swasta dan juga seluruh warga
Kolej Aminuddin Baki.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
6
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengeratkan hubungan antara warga kolej dengan staf-staf sokongan dan felo-felo Kolej
Aminuddin Baki.
4.2 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam aktiviti berorganisasi
bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata disamping meningkat semangat
kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan memupuk perpaduan tanpa
mengira bangsa, agama dan kaum.
4.3 Menggalakkan penglibatan penghuni kolej dalam aktiviti yang disediakan dan melatih
semangat kepimpinan dan berkumpulan peserta melalui penganjuran program ini.
4.4 Menggalakkan komunikasi dua hala secara lebih formal selaras dengan aliran sistem
berorganisasi.
4.5 Melahirkan pelajar yang kreatif dan sentiasa berinovasi untuk menghasilkan percambahan
idea baru dalam aspek berorganisasi.
5.0 MATLAMAT
Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kepada aktiviti
berorganisasi dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan diantara warga kolej yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan lapisan umur. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk
meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan warga kolej seterusnya
meningkatkan produktiviti kolej dan akhirnya menjulang nama Kolej Aminuddin Baki untuk
mampu bersaing bersama kolej-kolej lain.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
7
6.0 PENGISIAN PROGRAM
6.1 PROGRAM PRA-FESKAB
6.1.1 Pertandingan Sukan Antara Inter-house Kolej Aminuddin Baki
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan semangat rumah sukan
dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Seluruh warga kolej telah dibahagikan engikut
rumah sukan masing-masing iaitu Vanbrugh (merah), Exeter (biru), Hertford (hijau), Ashby
(kelabu), Ourmond (Jingga), Laureates (Kuning), Rayvens (Ungu) dan Woodsworth (coklat).
Antara acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Bola jaring, Bola Sepak, Bola Tampar dan
Futsal.
6.1.2 Peratandingan Pantun dan Debat Antara inter-house Kolej Aminuddin Baki
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan
warga kolej. Ini juga melibatkan inter-house bagi menggalakkan peserta bersemangat untuk
menangkan rumah sukan masing-masing.
6.2 PROGRAM FESKAB
6.2.1 Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri
Bengkel kecantikan ini merupakan slot penajaan di mana demonstrasi kecantikan dan penampilan
diri akan diadakan dalam kalangan peserta. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Ia
adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang penampilan diri bersesuaian imej
seorang mahasiswa yang beretiket.
6.2.2 Rumah Hantu KAB
Rumah hantu ini merupakan program tahunan yang wajib diadakan pada setiap anjuran FESKAB.
Program ini merupakan program yang mendapat sambutan hangat dan juga merupakan
permintaan daripada pelajar kolej sendiri untuk mengadakan rumah hantu.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
8
6.2.3 Malam Kebudayaan Inter-house Kolej Aminuddin Baki
Malam kebudayaan ini akan diserikan dengan persembahan teater, nyanyian, lakonan dan sketsa
daripada peserta – peserta inte-rhouse. Setiap inter-house akan menghantar wakil kumpulan
masing-masing. Tajuk persembahan akan di berikan kemudian.
6.2.4 Acara Berbasikal FESKAB ’14 seluruh UKM
Acara ini akan diadakan pada waktu pagi pada hari pertama program FESKAB. Ini bertujuan
untuk memberitahu seluruh warga UKM agar hadir bersama-sama untuk meraikan fiesta keluarga
Kolej Aminuddin Baki. Laluan trek adalah sekitar UKM dibantu penguatkuasaan Wisma Aman
untuk mengawal lalu lintas. Peserta adalah terdiri daripada warja kolej.
6.2.5 Pertunjukan Kereta Hybrid
Pertunjukkan kereta hybrid ini adalah untuk menarik perhatian khususnya warga kolej yang
sukakan reka bentukdan aksesori kereta hybrid yang berada di pasaran. Para pengunjung boleh
mencuba dan membawa sendiri kereta hybrid dan menunggangnya di kawasan trek yang
disediakan.
6.2.6 Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner
Pertunjukan oleh Professional Parkour Malaysia dan Skyrunner diadakan sekali lagi atas
permintaan warga kolej. Program ini berfokuskan kepada remaja – remaja muda yang sukakan
aktiviti lasak dan mencabar yang menjadi tren pada masa kini.
6.2.7 Rock-climbing
Acara ini adalah acara pertama yang diadakan pada FESKAB ’14. Ini adalah untuk melihat
sejauh mana warga boleh menyukai aktivi lasak ini. Acara ini menguatkan ketahanan fizikal dan
mental peserta disamping mampu mengekalkan stamina dan kestabilan semasa kesukaran.
6.2.8 MasterChef KAB
Pertandingan MasterChef KAB juga adalah acara pertama kali dibuat pada FESKAB ’14. Peserta
terdiri daripada pasangan yang akan bertanding memasak paling sedap dalam masa yang
ditetapkan. Tema masakan akan dirahsiakan dan diberitahu hanya sebelum pertandingan bermula.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
9
6.2.9 Konsert amal bersama anak yatim oleh artis jemputan
Konsert amal ini dianjurkan adalah untuk meraikan anak-anak yatim terpilih di sekitar kawasan
UKM dan Hulu Langat. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberi interaksi secara terus
antara anak-anak yatim ini dengan artis jemputan. Selain itu, satu tabung kebajikan akan
diedarkan semasa konsert berlangsung untuk membantu keperluan kewangan anak-anak yatim
ini. Dengan program seperti ini, pengunjung konsert dapat bergembira sambil beramal. Penaja
penuh bagi konsert amal ini bakal menjadi Penaja Utama dan berpeluang mendapat beberapa
manfaat yang lumayan.
6.2.10 Ummah Talk
Pihak FESKAB juga akan mengadakan ummah talk mengenai tajuk hangat dalam kalangan
pelajar. Hal ini adalah untuk merangsang keperibadian pelajar untuk menjadi individu yang lebih
baik dan bebas daripada gejala sosial.
6.2.11 Slot Bersama Kanak – kanak
Bagi slot bersama kanak-kanak, pertandingan mewarna antara kanak-kanak akan diadakan sambil
ditemani oleh pelajar – pelajar Kolej Aminuddin Baki. Hal ini untuk memupuk semangat cintakan
ilmu antara kanak- kanak di peringkat umur yang masih muda di samping melihat keletah para
pelajar bersama si anak kecil.
7.0 TEMA
“Syndicate The Excitement”
8.0 ANJURAN BERSAMA
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
10
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Sesi 2013/2014,
Kolej Aminuddin Baki,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
9.0 TARIKH PROGRAM
8-9 Mac 2014 (Sabtu, Ahad)
14-16 Mac 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
10.0 TEMPAT PROGRAM
Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia
11.0 PESERTA
Antara pihak-pihak yang bakal terlibat dengan program Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB)
2014 ialah:
Semua barisan Majlis Pengurusan Tertinggi FESKAB 2014.
Semua Ahli Jawatankuasa FESKAB 2014.
Mahasiswa dan mahasiswi Kolej Aminuddin Baki serta kolej-kolej lain yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Aminuddin Baki.
Barisan felo Kolej Aminuddin Baki.
Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 CADANGAN PERASMI
FESKAB dijangka akan dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif dan
pemegang saham utama SYABAS dan Puncak Niaga Holdings Berhad.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
11
13.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dan Kerja Berorganisasi
Kemahiran Kreatif dan Inovatif
14.0 STRUKTUR ORGANISASI
RUJUK LAMPIRAN A
15.0 TENTATIF PROGRAM
RUJUK LAMPIRAN B
16.0 BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN C
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
12
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi :
Muhammad Johan Iskandar bin Zahari
014-7578300
Timbalan Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Sesi 2013/2014
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-89213074
Faksimili: 03-89215835
E-mel: [email protected]
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
13
17.0 PENUTUP
Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB ’14) dan seluruh warga kerja mengharapkan agar
karnival hari keluarga Kolej Aminuddin Baki ini akan mendapat sokongan, penyertaan dan
sambutan daripada semua warga Kolej Aminuddin Baki khasnya serta seluruh warga Universiti
Kebangsaan Malaysia umumnya. Disamping itu, diharapkan agar setiap program dan aktiviti
yang dianjurkan dan berasaskan empat bidang kekuatan iaitu keusahawanan, kebajikan,
kebudayaan, dan sukan bakal memberi kesan yang positif, impak yang mendalam, dan
kemeriahan yang maksima serta menjadi salah satu kayu ukur yang bermanfaat buat para siswa
dan siswi untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam berorganisasi. Selain itu, FESKAB bakal
memperkasakan aktiviti kolej yang meningkatkan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dalam
beraktiviti. Justeru itu, diharapkan FESKAB ’14 dapat menjadi salah satu platform untuk
memangkin usaha kearah melahirkan generasi muda dan bakal pemimpin yang berketerampilan,
berfikiran kreatif dan kritis, serta mampu menerajui cara kerja dalam pelbagai bidang, seterusnya
memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan warga Kolej
Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia
Diharapkan semoga program ini dapat memberi impak kepada pelajar-pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia dan khususnya kepada pelajar yang terlibat secara langsung serta
menggalakkan lagi penglibatan para pelajar seterusnya membuka ruang kepada pelajar untuk
mendapatkan pendedahan luas kepada aktiviti berorganisasi. Disamping, membuka minda pelajar
untuk menerima ilmu dan pengetahuan baru yang berguna untuk mereka.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
14
Disediakan oleh,
EN. MUHAMMAD JOHAN ISKANDAR BIN ZAHARI
Ketua Pengarah
Fiesta Kolej Aminuddin Baki 2014
Kolej Aminuddin Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
15
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
FIESTA KOLEJ AMINUDDIN BAKI (FESKAB ’14)
“Syndicate The Excitement”
Penaung
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengerusi
YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM.
Penasihat
Prof. Madya Dr. Ramli bin Omar
Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM.
En. Mohd Fairus Bin Shafie
Timbalan Pengetua, Kolej Aminuddin Baki, UKM.
Pengerusi Program
Mohd Reffi Hidayat bin Roslan
A140729
(FTSM/2/017-2302683)
Ketua Pengarah
Muhammad Johan Iskandar bin Zahari
A141651
(FST/1/014-7578300)
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
16
Timbalan Ketua Pengarah
Nur Adhariah binti Kamaruzaman
(A141968)
(FTSM/2/013-2745748)
Setiausaha
Nurul Shafiqah Nadia Bt Rosmaili
(A140307)
(FST/2/012-3743413)
Timbalan Setiausaha
Khamisah Bt Mohd Noor
A145531
(FST/1/017-7073502)
Bendahari
Siti Husnul Hotimah Binti Samsuddin
(A139861)
(FEP/2/019-5766259)
Timbalan Bendahari
Siti Aisyah Aredha Bt Roslan
(A145647)
(FST/1/012-4749824)
Ketua Penyelaras Publisiti
Nurfaizzin Binti Ismail (FTSM/2/017-6494989)
Ketua Penyelaras Tugas-Tugas Khas
Nurul Falah Binti Abdul Latif (FEP/2/017-3318044)
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
17
Ketua Penyelaras Teknikal
Muhammad Edwin Bin Ambo Rifai (FTSM/2/014-8615519)
Ketua Penyelaras Protokol
Siti Nurema Syahira Binti Samion (FST/2/013-7001767)
Ketua Penyelaras Program
Nur Shahida binti Abdul Hamid (FEP/2/012-9428594)
Ketua Penyelaras Persembahan
Ulya Sabirah Binti Mohd Hanafi (FEP/2/017-6453501)
Ketua Penyelaras Jamuan
Lee Veng Chuan (FST/2/017-3480398)
Ketua Penyelaras Cenderamata
Noor Hasniza Binti Khalid (FST/2/017-4272324)
Ketua Penyelaras Keselamatan/Kebajikan
Wan Mohamed Ridzwan Bin Wan Ismail (FST/1/012-7075519)
Ketua Penyelaras Pemasaran
Yusnidar Binti Usman (FEP/2/0178805277)
Ketua Penyelaras Ekspo
Tamilarasi A/P Letchumanan (FPEND/2/016-6054957)
Ketua Penyelaras Rumah Hantu
Zaid Asyraf (FPEND/4/017-6244036)
Ketua Penyelaras logistik
Muhammad Fauzan Bin Nor Azman (FPEND/1)
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
18
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
HARI MASA PENGISIAN
SABTU
(8 Mac 2014)
8.30 pagi -
2.30 petang
Pra-FESKAB
- Pertandingan pantun dan debat Inter-House.
AHAD
(9 Mac 2014)
8.00 pagi –
12.00tengah hari
Pra-FESKAB
- Aminuddin Baki’s Sports Carnival (ABC)
( Pertandingan olahraga Inter-House ).
- Penyampaian hadiah pertandingan olahraga Inter-
House.
JUMAAT
(14 Mac 2014)
3.00 petang
7.30 malam
8.30 malam
11.00 malam
- Bengkel kecantikan dan penampilan diri
(slot penajaan).
- Ekspo.
-Rumah Hantu.
- Ummah talk.
- Bersurai.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
19
SABTU
(15 Mac 2014)
8.00 pagi
10.00pagi
11.00 pagi
2.30 petang
5.00 petang
7.30 malam
8.30 malam
11.00 malam
-Acara berbasikal FESKAB sekitar UKM.
-Ekspo.
-Pertunjukan oleh Profesional Parkour.
-Pertunjukkan Skyrunner.
- Slot bersama maggi dan yakult
-Permainan dan pertandingan Extreme Game
( Rock climbing/ dodgeball / fear factor ).
- Penyampaian hadiah pertandingan Extream Game (Rock
climbing/dodge-Ball/fear factor ).
-Rehearsal Konsert Amal.
-Rumah hantu.
-Konsert Amal bersama Anak Yatim
-Bersurai.
AHAD
(16 Mac 2014)
8.30 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
12.00 t/hari
2.30 petang
-Senamrobik.
-Pertandingan Street Soccer.
- Ekspo.
-Pesta buah-buahan.
- Penyampaian hadiah pertandingan Street Soccer.
-Pertandingan mewarna, bercerita, dan sukaneka
kanak-kanak.
- Penyampaian hadiah pertandingan mewarna, bercerita, dan
sukaneka kanak-kanak.
-Pertandingan Masterchef KAB
-Penyampaian hadiah Masterchef KAB
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
20
MALAM
PENUTUP
FESKAB 2014
4.30 petang
8.00 malam
8.30 malam
8.45 malam
8.50 malam
8.55 malam
9.10 malam
9.40 malam
10.10 malam
10.45 malam
- Persiapan Majlis Penutup FESKAB 2014.
-Hadirin mengambil tempat.
-Ketibaan Ayahanda Pengetua dan dif-dif jemputan.
-Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.
-Bacaan doa.
-Ucapan oleh ketua pengarah FESKAB
( Saudara Johan Iskandar Zahari).
-Ucapan dan perasmian penutupan FESKAB 2014 oleh
Ayahanda Pengetua Kolej Aminuddin Baki
( Prof. Madya Dr. Ramli Bin Omar ).
- Persembahan multimedia.
- Jamuan makan.
-Persembahan khas oleh Kelab Kebudayaan KAB.
-Penyampaian hadiah
( Pertandingan Fear-Factor, pertandingan pantun dan debat
Inter-House, pertandingan Inter-House Culture Night, dan
pemenang keseluruhan pertandingan Inter-House ).
-Penyampaian cenderamata.
-Majlis bersurai.
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
21
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran perbelanjaan
Perkara RM
Pengurusan dan Urusetia
Belanja Am
Kertas
Alat tulis
Telefon (I-Talk)
Jumlah
300.00
500.00
100.00
300.00
1,200.00
Post Publisiti dan Tugas-tugas Khas
Banting
Banner
Poster
Flyers
Tag nama (RM2.00 X 100)
Baju + Button Badge + Bag ( RM25 X 150)
Jumlah
Program Pra-Feskab
-Pertandingan Sukan antara Inter-house KAB
-Pertandingan Pantun dan Debat antara Inter-house
Jumlah
Program Utama Feskab
-Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri
-Rumah Hantu KAB
-Malam Kebudayaan Inter-house KAB
-Acara Berbasikal KAB
-Pertunjukan Kereta Hybrid
300.00
400.00
100.00
100.00
200.00
3750.00
4850.00
600.00
500.00
1100.00
500.00
400.00
400.00
900.00
3600.00
FESKAB ‘14
“Syndicate The Excitement”
22
-Pertunjukan oleh Professional Parkour & Skyrunner
-Rock Climbing
-Pertandingan Masterchef KAB
-Konsert artis Jemputan
-Ummah Talk
-Slot Bersama Kanak-kanak
-Majlis Penutupan FESKAB 2014
Jumlah
Kos – Kos Pentadbiran Lain
800.00
6500.00
400.00
12000.00
1100.00
900.00
5200.00
32700.00
3000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 43850.00