felda

2
Felda Sungai Tiang terletak dalam Daerah Pendang di Negeri Kedah Darul Aman. Menurut kenyataan penduduk di kawasan tersebut, nama Sungai Tiang diperolehi dari satu sungai yang melintasi kawasan penempatan penduduk di sini yang digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menghanyutkan balak apabila pembalakan dijalankan. Oleh yang demikian, masyarakat dahulunya menganggap kayu balak yang dihanyutkan adalah tiang yang besar. Jadi disebabkan sungai itu digunakan untuk menghanyutkan "tiang", penduduk di sini terus memanggilnya dengan nama "Sungai Tiang". Kemudian, pihak Felda mengambil alih untuk pembangunan kawasan Sungai Tiang dan nama telah ditukarkan kepada Felda Sungai Tiang. Felda Sungai Tiang telah dimajukan pada tahun 1959/1960. Pada tahun 1960, peneroka seramai 522 keluarga telah dimasukkan ke dalam rancangan. Pada 2 Januari 1985, rancangan Sungai Tiang telah menerima hak miliknya. Kawasan utama telah ditanam semula dengan getah pada tahun 1990/1991 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1997. Selain itu, kawasan-kawasan dusun turut ditanam dengan getah pada tahun 1984/1985 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1995. FELDA Sungai Tiang adalah sebuah tanah rancangan yang telah dibuka bermula tahun 1959. Sebelum merdeka, kawasan tanah FELDA Sungai Tiang menjadi sebuah tempat persembunyian komunis. Komunis yang bersembunyi di tempat yang diberi nama Bukit Rimau itu kemudian hilang setelah tanah rancangan di buka di kawasan mereka.

Upload: thamo-thiran

Post on 05-Jul-2015

343 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

felda sg tiang

TRANSCRIPT

Page 1: Felda

Felda Sungai Tiang terletak dalam Daerah Pendang di Negeri Kedah Darul Aman.

Menurut kenyataan penduduk di kawasan tersebut, nama Sungai Tiang diperolehi dari satu

sungai yang melintasi kawasan penempatan penduduk di sini yang digunakan oleh

masyarakat dahulu untuk menghanyutkan balak apabila pembalakan dijalankan. Oleh yang

demikian, masyarakat dahulunya menganggap kayu balak yang dihanyutkan adalah tiang

yang besar. Jadi disebabkan sungai itu digunakan untuk menghanyutkan "tiang", penduduk di

sini terus memanggilnya dengan nama "Sungai Tiang".

Kemudian, pihak Felda mengambil alih untuk pembangunan kawasan Sungai Tiang

dan nama telah ditukarkan kepada Felda Sungai Tiang. Felda Sungai Tiang telah dimajukan

pada tahun 1959/1960. Pada tahun 1960, peneroka seramai 522 keluarga telah dimasukkan ke

dalam rancangan. Pada 2 Januari 1985, rancangan Sungai Tiang telah menerima hak

miliknya. Kawasan utama telah ditanam semula dengan getah pada tahun 1990/1991 dan

mula mengeluarkan hasil pada tahun 1997. Selain itu, kawasan-kawasan dusun turut ditanam

dengan getah pada tahun 1984/1985 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1995.

FELDA Sungai Tiang adalah sebuah tanah rancangan yang telah dibuka bermula

tahun 1959. Sebelum merdeka, kawasan tanah FELDA Sungai Tiang menjadi sebuah tempat

persembunyian komunis. Komunis yang bersembunyi di tempat yang diberi nama Bukit

Rimau itu kemudian hilang setelah tanah rancangan di buka di kawasan mereka.

Page 2: Felda

Peneroka FELDA Sungai Tiang yang kebanyakannya berasal dari Kedah ini dipilih

dari keluarga yang benar-benar daif pada ketika itu. Setiap sebuah keluarga akan menerima

tiga hektar tanah untuk menanam getah, suku ekar tanah untuk membina rumah serta dua

ekar tanah untuk dusun buah-buahan. Setelah tanah dibahagi-bahagikan kepada peneroka,

mereka akan menebang dan menebas kawasan hutan untuk dibuat penempatan. Kayu hutan

yang ditebang digunakan untuk dibina rumah secara bergotong-royong sesama peneroka

FELDA.

Lain pula ceritanya dengan sejarah yang mengaitkan nama Sungai Tiang. Sungai

Tiang satu ketika dahulu mempunyai sebuah sungai yang besar dan luas. Pada ketika itu,

pengangkutan utama masyarakat kampung ialah menaiki sampan dan juga perahu. Malah,

hasil perkayuan seperti pokok-pokok balak turut menjadikan sungai sebagai pengangkutan

untuk dihantar ke negeri-negeri lain. Batang-batang kayu seperti pokok balak, cengal dan

meranti dipanggil tiang oleh penduduk Negeri Kedah. Maka, tiang ini sentiasa terapung dan

melalui sungai yang berada di perkampungan tersebut. Dek kerana terlalu banyak kayu balak

yang terapung di dalam sungai, maka akhirnya kampung tersebut digelar Sungai Tiang.