fasa 1 (berakhir 12 mei 2020) - negeri sembilanptg.ns.gov.my › images › phocadownload ›...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PEMBUKAAN OPERASI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
BERSYARAT (PKPB)
1
FASA 1
(BERAKHIR 12 MEI 2020)
TUJUAN
Sebagai asas panduan kepada pelanggan
untuk berurusan semasa pembukaan
operasi kaunter Pejabat Tanah dan Galian
Negeri Sembilan (PTGNS) dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB).
Negara sedang menghadapi cabaran wabak
COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai
pandemik dan mengancam seluruh dunia. Malaysia
telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) fasa pertama sejak 18 Mac 2020 dan kini
berada dalam fasa keempat bermula 29 April 2020
hingga 12 Mei 2020.
YAB Perdana Menteri pada 1 Mei 2020 telah
menyatakan mulai 4 Mei 2020 sektor awam
dibenarkan beroperasi dengan syarat-syarat dan
garis panduan mesti dipatuhi. Memandangkan
operasi dalam tempoh PKPB merupakan
pengalaman pertama dalam Negara, suatu garis
panduan perlu diwujudkan bagi mencegah
penularan wabak Covid-19.
2
LATAR BELAKANG
PELAKSANAAN OPERASI SECARA BERFASA
• PTGNS melaksanakan operasinya secara berfasa. Setiap fasa
adalah dalam tempoh dua (2) minggu.
• Sebarang perubahan bagi urusan-urusan yang dibenarkan dan
masa operasi sangat bergantung kepada dasar Kerajaan,
keadaan semasa dan disiplin pelanggan bagi menjaga
keselamatan dan kebajikan pelanggan dalaman dan luaran
PTGNS.
Fasa Pertama berakhir pada 12 Mei 2020
3
GARIS PANDUAN WAKTU OPERASI KAUNTER
• Isnin hingga Khamis
8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
• Jumaat
8.30 pagi hingga 11.45 pagi
4
• Aras G, Blok B
Kaunter Pendaftaran dan Bayaran Cukai
• Aras 4, Blok B
Kaunter Kutipan Pelan / Kutipan Salinan
Sah Hakmilik
PERKHIDMATAN KAUNTER PTGNS
FASA 1
5
• Konsultasi bersemuka (Face-to-
Face Consultation)
• Temujanji fizikal
• Penyaksian Borang Berkanun
• Akuan Sumpah
• Urusan Carian (Kecuali Firma
Guaman)
• Pengesahan dokumen (Kumpulan
Pengurusan dan Profesional)
URUSAN TIDAK DIBENARKAN
URUSAN
DIBENARKAN
• Urusniaga (Pindahmilik, Gadaian
dan Pajakan)
• Bukan Urusniaga (Kaveat, Tukar
Nama dan Perletakhakan)
• Bayaran Cukai Tanah
• Bayaran Notis 5F dan Borang 7G
KONSULTANSI / PERTANYAAN ATAS TALIAN DIBENARKAN
MELALUI E-MEL
Urusan Strata
Urusan Urusniaga / Bukan Urusniaga Tanah
Urusan cukai
Jika anda tidak mempunyai e-mel sila hubungi 06-7659793
6
GARIS PANDUAN TATACARA
KEHADIRAN PELANGGAN
TEMUJANJI
• Mesti dibuat oleh Pelanggan
SELAIN perseorangan, iaitu
Firma Guaman, Juruukur,
Wakil Pemaju, Penilai
Swasta dan lain-lain Agensi
• Melepasi saringan yang dibuat
di Bangunan Wisma Negeri
WALK-IN
• Hanya Pelanggan perseorangan
sahaja dibenarkan.
• Melepasi saringan yang dibuat di
Bangunan Wisma Negeri.
• PTGNS berhak menolak
kehadiran walk-in jika terlalu
ramai.
• ELAK RISIKO DENGAN TURUT
MEMBUAT TEMUJANJI
7
MELALUI DUA KAEDAH SAHAJA
PERINCIAN KAEDAH TEMUJANJI
• Tarikh dan masa temujanji akan ditentukan
oleh Bahagian Pendaftaran PTGNS dan akan
dimaklumkan kepada pelanggan melalui e-mel.
• PTGNS berhak menolak permohonan temujanji
berdasarkan keadaan semasa
• HANYA SEORANG wakil agensi / orang
perseorangan sahaja yang dibenarkan hadir
untuk berurusan di kaunter PTGNS
• Setiap permohonan hanya DIHADKAN KEPADA
5 PERSERAHAN SAHAJA.
• Perserahan tidak akan diproses pada hari yang
sama. Pemohon akan dimaklumkan melalui email
rasmi yang diterima.
• Sila hadir awal lebih awal kerana anda perlu
melalui proses saringan terlebih dahulu.
• Dibuat melalui e-mel.
• Firma guaman hendaklah mengisi BORANG
TEMUJANJI seperti di lampiran dan e-mel ke
alamat berikut:
1. URUSNIAGA / BUKAN URUSNIAGA (landed dan strata)
2. CARIAN RASMI
3. BAYARAN CUKAI TANAH
1. URUSAN SiFUS dan permohonan pecahbahagi bangunan sahaja
8
• Peringatan : Sila bawa bersama
surat pengecualian denda lewat
dalam tempoh PKP bagi urusan yang
berkaitan
KRITERIA PERSERAHAN FIRMA GUAMAN
9
* PERMOHONAN NOT FIT TO REGISTER AKAN DITOLAK
TATACARA BAYARAN
KAEDAH BAYARAN YANG
DIBENARKAN SEMASA PKPB
TUNAI
KAD KREDIT / KAD DEBIT
BANK DRAF
CEK
BAYARAN CUKAI
SECARA ATAS TALIAN
AMAT DIGALAKKAN
Tarikh akhir bayaran cukai
adalah pada 31 Julai 2020
Tanpa Bayaran Denda Lewat.
10
PEMULANGAN / KUTIPAN PERSERAHAN
PELANGGAN PERSEORANGAN
• Hanya pelanggan perseorangan sahaja
dibenarkan walk-in
• Pelanggan perseorangan perlu membawa
penyata perserahan sebagai bukti untuk
masuk ke PTGNS.
• Membuat Temujanji adalah digalakkan
FIRMA GUAMAN
• Firma guaman hendaklah membuat temujanji
untuk proses kutipan perserahan yang telah
selesai didaftarkan.
• PTGNS akan memberi pemakluman mengenai
Tarikh dan Masa melalui e-mail.
• Hanya seorang wakil dibenarkan hadir
untuk mengambil dokumen hakmilik dan
MESTI WAKIL YANG SAMA SEMASA
PERSERAHAN DIBUAT
• Notifikasi e-mel temujanji perlu dibawa
sebagai bukti untuk masuk ke PTGNS.11
TINDAKAN PELANGGAN SEMASA BERURUSAN DI PTGNS
1. Memakai mask
2. Menjalani saringan suhu di lokasi
yang ditetapkan
3. Mengisi maklumat kehadiran ke
Wisma Negeri / PTGNS seperti
ditetapkan
4. Menyapu hand sanitiser di lokasi
yang disediakan
5. Sentiasa peka dengan
makluman di papan tanda dan
penandaan yang disediakan
6. Duduk hanya di tempat yang
disediakan
7. Sentiasa mengekalkan jarak
sosial sekurang-kurangnya 1
meter
8. Dilarang membuka mask ketika
bersin
12
CARTA ALIR URUSAN SECARA TEMUJANJI BAGI URUSAN PERSENDIRIAN
13
CARTA ALIR URUSAN SECARA TEMUJANJI BAGI FIRMA GUAMAN
14
PELAN LANTAI PERGERAKAN PELANGGAN PTGNS ARAS G
15
PELAN LANTAI PERGERAKAN PELANGGAN PTGNS ARAS 4
16
LAMPIRAN
17
18
LAMPIRAN
19
SEGALA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
OLEH PTGNS SEPANJANG TEMPOH PKPB
ADALAH SELARAS DENGAN AKTA 342,
PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT
BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967 DAN
TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
BERDASARKAN ARAHAN TERKINI
DARI SEMASA KE SEMASA