falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
DESCRIPTION
pendidikan awal kanak-kanakTRANSCRIPT
KAI1023- Falsafah,Teori dan Dasar Pendidikan Awal Kanak-kanak
Oleh:•Nurul Farah binti Mohd Nazir (E20101000803)•Siti Salehah binti Bisahrin (E20101000809)•Noryusmania bt Junaidi (E20101000826)•Junaidah bt Nordin (E20101000836)
•Siti Zarina bt Mohamed Khanipah (E20101000839)
Pensyarah: Puan Fairuz ‘Ain Binti Harun
TOKOH
Maria MontessoriFriedrich Froebel
Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2
FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
Anak bongsu dari 5 beradik
Ibunya meninggal sewaktu dia berumur 9 bulan
Beliau tidak gembira semasa zaman kanak-kanaknya.
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.
Beliau digelar sebagai “father of kindergarten”.
Latar Belakang Tokoh
Beliau telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blakenburg, Jerman pada tahun 1837
Beliau berpendapat bahawa semua yang terdapat di alam ini berfungsi kerana Tuhan dan setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk dipenuhi dalam kehidupan ini.
Latar Belakang Tokoh (sambungan)
Menurut beliau " kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah
taman untuk kanak-kanak.“
Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui bermain
Latar Belakang Tokoh (sambungan)
Idea-idea Froebel
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
Idea-idea Froebel
Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak mempelajari bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Idea-idea Froebel
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.
Idea-idea Froebel
Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
Idea-idea Froebel
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya
Idea-idea Froebel
menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.
Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.
Foto Galeri
Rumah tempat beliau dilahirkanTugu Peringatan di Froebel Kindergarden
Anak muda bermain dirumah Froebel Rumah Froebel Permainan FroebelFriedrich Froebel
Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak 1
Maria Montessori(1870 – 1952)
Latar Belakang Tokoh
• Lahir : 31 Ogos, 1870(1870-08-31)Chiaravalle (Ancona), Itali
• Meninggal Dunia : Mei 6, 1952 (81 tahun)Noordwijk, Netherlands
• Tempat tinggal: Noordwijk, Netherlands Nationality Italian • Pendidikan: University of Rome La Sapienza Medical School • Pekerjaan : Pakar perubatan & Pendidik • Dikenali sebagai pengasas : Kaedah Montessori dalam
pendidikan • Agama : Katolik• Anak : Mario Montessori Sr.
Latar Belakang Tokoh (sambungan)
• Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.
• Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
• Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.
• Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
Pendapat Maria Montessori Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya• prinsip penting - persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan• pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani
Konsep Asas dalam Pembentukan Kurikulum
Minda yang mudah menyerap
Persekitaran yang tersedia
Didikan diri
Bahan pembelajaran
Tempohsensitif
Konsep Asas dalam Pembentukan Kurikulum
a. Minda yang mudah menyerap• melalui deria, sebelum mereka bersedia untuk
diajarkan konsep • mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya• menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi
b. Persekitaran yang tersedia• persekitaran yang lengkap dengan pelbagai
bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
c. Didikan diri• pembelajaran berbentuk 'betul diri'-
meniru dan mengulang
d. Bahan pembelajaran• Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul”
bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
e.Tempohsensitif• Sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. • Dikesan - menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
Prinsip dalam Kaedah Montessori
1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
2. Konsep kebebasan
3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.
9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
Kesimpulan1. Ibu bapa diberi latihan dalam membimbing anak mereka.2. Tempoh sensitif berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa.4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
6. Pengetahuan guru bertambah melalui pengalaman bersama kanak-kanak.7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu
arah pembelajaran mereka.
Foto Galeri
Maria Montessori
Video
Bibliografi
• http://praskptm.blogspot.com/2010/02/ingat-tokoh-pendidikan-awal-kanak-kanak.html
• http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/tokoh-pengasas-pendidikan-awal-kanak.html?zx=96f7a8a7651ba9cd
• http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Montessori• http://www.dailymontessori.com/montessori-theory/
Sekian, Terima Kasih
Daripada:•Nurul Farah binti Mohd Nazir •Siti Salehah binti Bisahrin•Noryusmania bt Junaidi•Junaidah bt Nordin•Siti Zarina bt Mohamed Khanipah