fakulti bahasa moden dan komunikasi
TRANSCRIPT
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
2
3
KATA ALUAN 4
LATAR BELAKANG JABATAN BAHASA MELAYU 5
DOKTOR FALSAFAH (BAHASA MELAYU) 8
DOKTOR FALSAFAH (KESUSASTERAAN MELAYU) 10
MASTER SASTERA (BAHASA MELAYU) 13
MASTER SASTERA (KESUSASTERAAN MELAYU) 15
MASTER BAHASA MELAYU 18
MASTER KESUSASTERAAN MELAYU 21
SENARAI DAN SINOPSIS KURSUS JABATAN BAHASA MELAYU 23
YURAN 29
BAGAIMANA MEMOHON 30
ISI KANDUNGAN
4
Saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke Pengajian Siswazah di Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Keputusan anda mengikuti pengajian siswazah adalah penting lagi signifikan, dan saya faham
bahawa banyak pertimbangan penting yang dibuat mengapa anda memilih pengajian ini.
Keputusan melanjutkan pengajian ijazah tinggi merupakan suatu keperluan kerana keputusan
ini membawa kepada perubahan hidup anda. Hal ini juga memberikan impak kepada potensi
masa depan seseorang dan kemampuan meningkatkan tahap keprofesionalan mereka.
Saya percaya, anda telah membuat pilihan yang tepat untuk memulakan pengajian siswazah di
UPM.
UPM sentiasa dihormati sebagai sebuah universiti di rantau ini kerana pengajaran dan
penyelidikannya yang berkualiti tinggi sejak dahulu lagi. Semua indikator seperti pengajaran
yang baik, kepuasan pelajar dan penyelidikan amat membantu meletakkan UPM pada aras
tertinggi dalam kalangan universiti di Malaysia.
FBMK, UPM menawarkan program siswazah yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang direka
bentuk sebagai pelengkap kerjaya, gaya hidup dan cita-cita anda. Kami, di FBMK, bermatlamat
untuk membantu pelajar-pelajar kami untuk mencapai cita-cita mereka dalam usaha mengejar
kecemerlangan akademik. Untuk mencapai situasi ini, kami melaksanakan portfolio kursus yang
berkualiti dan hal ini membentuk sebahagian daripada amalan terbaik kami di Fakulti. Inilah
yang menyebabkan lebih daripada 300 pelajar siswazah bersama kami setiap tahun daripada
dalam dan luar Malaysia.
Saya percaya anda mampu mencapai cita-cita yang hebat setelah anda mendapat ijazah UPM.
Iltizam saya, dan iltizam rakan-rakan sejawat saya, akademik mahupun bukan akademik adalah
untuk membantu anda, sebaik mungkin untuk mencapai aspirasi anda.
Bagi pihak Fakulti, staf akademik, staf pentadbiran, pelajar dan alumni FBMK, saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada anda dalam menjalani satu tempoh
kehidupan bersama dengan UPM, dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda
dalam pengajian siswazah. Kami berharap anda menggunakan masa sebaik-baiknya sebagai
seorang pelajar UPM untuk merangsang keintelektualan dan kepuasan peribadi.
Salam mesra,
Timbalan Dekan
Seksyen Siswazah dan Antarabangsa
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
5
PENGENALAN
Jabatan ini memberikan tumpuan kepada dua bidang utama, iaitu bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Dalam bidang Bahasa Melayu, tumpuan diberikan kepada aspek kemahiran bahasa, tatabahasa, dan linguistik. Dalam bidang Kesusasteraan Melayu pula, tumpuan diberikan kepada penjenisan, kritikan dan penghasilan karya kreatif. Selain itu, Jabatan juga memberikan tumpuan kepada kebudayaan Melayu. Semua aspek ini diketengahkan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, pengembangan serta perundingan. Jabatan ini turut memberikan perhatian kepada aspek terjemahan dan penulisan kerana kedua-duanya semakin jelas keperluannya dalam konteks pembangunan negara pada masa hadapan.
Penyusunan dan pengintegrasian aspek dan bidang tumpuan seperti ini adalah selaras dengan konsep dan matlamat pendekatan bersepadu dan kajian bahasa yang menyatukan aspek linguistik, kesusasteraan, dan kebudayaan sebagai wadah pembentukan tamadun. Tumpuan seperti ini juga dilakukan untuk memastikan bahawa disiplin ilmu akan dapat berkembang dengan luas dan terancang. Penubuhan Jabatan ini juga mengambil kira perancangan program baharu pada masa akan datang agar pewujudannya dapat memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna untuk memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan negara.
OBJEKTIF
Jabatan Bahasa Melayu ditubuhkan untuk:
meningkatkan kegiatan pengajaran kebahasaan dan kesusasteraan hingga ke peringkat pascasarjana demi melahirkan individu yang dinamik dan berketerampilan dalam bidang yang diperlukan untuk pasaran kerja global;
meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan graduan dalam pelbagai bahasa dan sastera supaya lebih berwibawa dan berkualiti, untuk memenuhi keperluan sumber tenaga yang memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional;
menatar dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dengan lebih proaktif dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan;
meningkatkan kegiatan peristilahan dan penterjemahan untuk tujuan celik ilmu; dan
merancang serta melaksanakan aktiviti pengembangan dan perkhidmatan profesional dengan lebih berkesan dan mapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
PROGRAM AKADEMIK
Jabatan Bahasa Melayu menawarkan program akademik, seperti yang berikut:
Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)
Master Bahasa Melayu
Master Kesusasteraan Melayu
Master Sastera (Bahasa Melayu)
Master Sastera (Kesusasteraan Melayu)
Doktor Falsafah (Bahasa Melayu)
Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu)
LATAR BELAKANG JABATAN BAHASA MELAYU
6
7
8
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi dengan lebih mendalam dan relevan dalam bidang Bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dari segi teori dan aplikasi dalam kajian yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta serta pensyarah IPTA dan IPTS yang berkaitan, dari dalam dan luar negara untuk menjadikan mereka pakar dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon perlu mempunyai Ijazah Master dalam Bahasa Melayu atau bidang yang berkaitan daripada
universiti yang diiktiraf.
Pemohon yang memperoleh Ijazah Master dengan penyelidikan dan kerja kursus layak memohon untuk
mengikuti program ini jika mencapai PNGK 3.00.
Pemohon yang memperoleh Ijazah Master dengan kerja kursus layak memohon untuk mengikuti program ini
jika mencapai PNGK 3.50.
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon Doktor Falsafah yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 3 kredit minimum kerja
kursus yang merangkumi kursus, seperti yang berikut:
BBM6201 Teori Linguistik Lanjutan 3 kredit ATAU
Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.
DOKTOR FALSAFAH (BAHASA MELAYU)
9
b. Keperluan Lain
i. Tesis
SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah
Calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar kursus SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah pada setiap
semester sepanjang tempoh pengajian. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir
tempoh pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva
voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.
ii. Seminar
SPS6903 Seminar
Calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS6903, iaitu pembentangan kertas cadangan
penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh Jawa-
tankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberikan gred Memuaskan (M) atau Tidak Memuas-
kan (TM).
iii. Peperiksaan Komprehensif
Calon Doktor Falsafah diwajibkan lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini
diambil setelah calon menyempurnakan semua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program
pengajian. Peperiksaan komprehensif ini direkayasa bagi menilai pengetahuan calon dalam bidang
pengajian dan keupayaan dalam mengintegrasikan pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori bagi
menangani isu yang berkaitan dengan bidang pengajiannya.
10
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi yang relevan dan terkini
dalam bidang Kesusasteraan Melayu secara mendalam. Melalui program ini, calon akan didedahkan kepada
perkembangan terkini dalam bidang Kesusasteraan Melayu bersesuaian dengan keperluan penyelidikan
masing-masing. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta serta pensyarah IPTA dan IPTS yang
berkaitan, dari dalam dan luar negara untuk menjadikan mereka pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon perlu mempunyai Ijazah Master dalam Kesusasteraan Melayu atau bidang yang berkaitan daripada
universiti yang diiktiraf.
Pemohon yang memperoleh Ijazah Master dengan tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika
mencapai PNGK 3.00.
Pemohon yang memperoleh Ijazah Master tanpa tesis layak memohon untuk mengikuti program ini jika
mencapai PNGK 3.50.
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon Doktor Falsafah yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 3 kredit minimum kerja kursus
yang merangkumi kursus, seperti yang berikut:
BBK6201 Teori dan Falsafah Kesusasteraan 3 kredit ATAU
Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.
DOKTOR FALSAFAH (KESUSASTERAAN MELAYU)
11
b. Keperluan Lain
i. Tesis
SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah
Calon Doktor Falsafah diwajibkan mendaftar kursus SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah pada setiap
semester sepanjang tempoh pengajian. Kursus ini merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir
tempoh pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva
voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon dalam bidang pengajiannya.
ii. Seminar
SPS6903 Seminar
Calon Doktor Falsafah diwajibkan mengambil kursus SPS6903 yang merupakan pembentangan kertas
cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh
Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberikan gred Memuaskan (M) atau Tidak
Memuaskan (TM).
iii. Peperiksaan Komprehensif
Calon Doktor Falsafah diwajibkan lulus satu peperiksaan komprehensif bertulis dan lisan. Peperiksaan ini
diambil setelah calon menyempurnakan semua keperluan kerja kursus yang ditetapkan dalam program
pengajiannya. Peperiksaan komprehensif ini direkayasa bagi menilai pengetahuan calon dalam bidang
pengajian dan keupayaan dalam mengintegrasikan pengetahuan mengenai penyelidikan dan teori bagi
menangani isu berkaitan bidang pengajiannya.
12
13
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi yang relevan dalam bidang
Bahasa Melayu. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan kepada perkembangan terkini dalam bidang Bahasa
dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan
mereka tenaga pakar dalam bidang Bahasa Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang Bahasa
dan Linguistik Melayu daripada universiti yang diiktiraf.
Bagi pemohon yang memperoleh PNGK di bawah 3.00 atau setara, permohonan kemasukan akan diteliti
dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
Pemohon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi
memperoleh PNGK 3.20 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat (sila rujuk keperluan program).
MASTER SASTERA (BAHASA MELAYU)
14
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master dengan tesis dikehendaki menyempurnakan kerja
kursus sebanyak 6 kredit. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus yang berikut:
Senarai Kursus
BBM5202 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit DAN
Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.
i. Kursus Persediaan
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi
memperoleh PNGK 3.20 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat-
lewatnya pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.
Senarai kursus persediaan:
BBM3201 Pengantar Linguistik Am 3 kredit DAN
BBM3203 Tatabahasa Melayu 4 kredit DAN
Kursus lain (3 kredit) yang ditawarkan oleh Jabatan.
b. Keperluan Lain
i. Tesis
SPS5999 Tesis Master
Calon Master Sastera diwajibkan mendaftar untuk kursus SPS5999 Penyelidikan Master. Kursus ini
merupakan satu projek penyelidikan dan pada akhir tempoh pengajian, calon akan menyerahkan sebuah
tesis. Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi
calon dalam bidang pengajiannya.
ii. Seminar
SPS5903 Seminar
Calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS5903 yang merupakan pembentangan kertas
cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil setelah kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh
Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan (M) atau Tidak
Memuaskan (TM).
15
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi dalam bidang
Kesusasteraan Melayu. Dalam program ini, calon juga didedahkan dengan sejarah, falsafah dan perkembangan
semasa berkaitan bidang Kesusasteraan Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang
berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang
Kesusasteraan Melayu daripada universiti yang diiktiraf.
Pemohon yang memperoleh PNGK di bawah 3.00 atau setara, permohonan kemasukan akan diteliti dengan
pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
Pemohon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh
PNGK 3.20 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat (sila rujuk keperluan program).
MASTER SASTERA (KESUSASTERAAN MELAYU)
16
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian Ijazah Master dengan tesis dikehendaki untuk menyempurnakan kerja
kursus sebanyak 6 kredit. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus yang berikut:
Senarai Kursus
BBK5201 Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Melayu 3 kredit DAN
Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.
i. Kursus Persediaan
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh
PNGK 3.20 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat-lewatnya
pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.
Senarai kursus persediaan:
BBK3102 Sejarah Kesusasteraan Melayu 3 kredit DAN
BBK3210 Teori Kesusasteraan 3 kredit DAN
Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan (3 kredit).
b. Keperluan Lain
i. Tesis
SPS5999 Tesis Master
Calon Master Sastera diwajibkan mendaftar kursus SPS5999 Penyelidikan Master. Kursus ini merupakan
satu projek penyelidikan dan pada akhir jangka masa pengajian, calon akan menyerahkan sebuah tesis.
Tesis ini akan dinilai dan peperiksaan lisan (viva voce) akan dijalankan untuk menentukan kompetensi calon
dalam bidang pengajiannya.
ii. Seminar
SPS5903 Seminar
Calon Master Sastera diwajibkan mengambil kursus SPS5903 yang merupakan pembentangan kertas
cadangan penyelidikan. Kursus ini perlu diambil sebaik sahaja kertas cadangan penyelidikan diluluskan oleh
Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. Kursus ini akan dinilai dan diberi gred Memuaskan (M) atau Tidak
Memuaskan (TM).
17
18
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi yang relevan dalam bidang
Bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan kepada perkembangan terkini dalam bidang Bahasa
dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan
mereka tenaga pakar dalam bidang Bahasa Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dalam bidang Bahasa
dan Linguistik Melayu daripada universiti yang diiktiraf.
Bagi pemohon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara, permohonan kemasukan akan diteliti
dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
Pemohon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi
memperoleh PNGK 3.00 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat (sila rujuk keperluan program).
MASTER BAHASA MELAYU
19
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit
ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:
Kursus Wajib 21 kredit Kursus Elektif 12 kredit Projek Penyelidikan 6 kredit
Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit Jumlah 40 kredit
Senarai Kursus
i. Kursus Wajib (21 kredit)
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan 3 kredit BBM5103 Perancangan Bahasa 3 kredit
BBM5201 Pembangunan Bahasa Melayu 3 kredit BBM5202 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit
BBM5203 Sosiolinguistik Lanjutan 3 kredit BBM5204 Psikolinguistik Lanjutan 3 kredit BBM5205 Semantik Bahasa Melayu 3 kredit
ii. Kursus Elektif (12 kredit)
BBM5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu 3 kredit BBM5401 Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa 3 kredit BBM5402 Analisis Bezaan dan Kesilapan 3 kredit BBM5500 Isu-isu dalam Sosiolinguistik 3 kredit BBM5502 Isu dan Permasalahan Bahasa Melayu 3 kredit BBM5600 Seminar Bahasa Melayu 3 kredit
iii. Kursus Persediaan (10 kredit)
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.00 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat- lewatnya pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.
Senarai kursus persediaan:
BBM3201 Pengantar Linguistik Am 3 kredit DAN BBM3203 Tatabahasa Melayu 4 kredit DAN Kursus lain (3 kredit) yang ditawarkan oleh Jabatan.
b. Keperluan Lain
Projek Penyelidikan
FBK5600 Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit
FBK5989 Projek Penyelidikan 6 kredit
20
MASTER KESUSASTERAAN MELAYU
PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi dalam bidang
Kesusasteraan Melayu. Dalam program ini, calon juga didedahkan dengan sejarah, falsafah dan perkembangan
semasa berkaitan bidang Kesusasteraan Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang
berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
SYARAT KEMASUKAN
Calon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dalam bidang Kesusasteraan
Melayu daripada universiti yang diiktiraf.
Bagi calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.75 atau setara, permohonan kemasukan akan diteliti dengan
pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh
PNGK 3.00 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat (rujuk keperluan program).
21
KEPERLUAN PROGRAM
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit
ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif dan kertas projek, seperti yang berikut:
Kursus Wajib 21 kredit Kursus Elektif 12 kredit Projek Penyelidikan 6 kredit
Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit Jumlah 40 kredit
Senarai Kursus
i. Kursus Wajib (21 kredit)
BBK5101 Falsafah dan Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu 3 kredit BBK5201 Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Melayu 3 kredit
BBK5202 Stilistik dalam Kesusasteraan Melayu 3 kredit BBK5203 Kajian Kesusasteraan Bandingan 3 kredit BBK5207 Pendekatan dalam Kritikan Teks 3 kredit BBK5208 Analisis Struktur Puisi Melayu 3 kredit BBK5401 Pendokumentasian Naskhah Melayu 3 kredit
ii. Kursus Elektif (12 kredit)
BBK5204 Kajian Naskhah Melayu Klasik 3 kredit BBK5205 Kesusasteraan dan Disiplin Pelengkap 3 kredit BBK5206 Kajian Kesusasteraan Melayu Mistik 3 kredit BBK5209 Kajian Drama dan Filem Melayu 3 kredit BBK5600 Seminar Kesusasteraan Melayu 3 kredit
BBK5210 Kritikan Naskhah Drama 3 kredit
iii. Kursus Persediaan
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Kesusasteraan Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.20 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat (selewat-lewatnya pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.
Senarai kursus persediaan: BBK3102 Sejarah Kesusasteraan Melayu 3 kredit DAN BBK3210 Teori Kesusasteraan 3 kredit DAN Kursus lain yang ditawarkan oleh Jabatan.
b. Keperluan Lain
Projek Penyelidikan
FBK5600 Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit FBK5989 Projek Penyelidikan 6 kredit
22
23
BBM6201 Teori Linguistik Lanjutan 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep teori linguistik dan jenis-jenisnya. Perbincangan juga dilakukan tentang perkembangan terkini dalam teori-teori ilmu linguistik dan analisis teori serta kesannya terhadap perkembangan penghuraian bahasa Melayu.
BBM6401 Reka Bentuk Penyelidikan dan Statistik dalam Kajian Bahasa 3 kredit
Kursus ini merangkumi kajian intensif terhadap reka bentuk dan statistik dalam penyelidikan bahasa, menyediakan latihan pembentukan instrumen, penyelidikan dan kaedah persampelan. Penekanan juga diberikan kepada analisis statistik, pelbagai kaedah huraian, tafsiran dan laporan dapatan kajian.
BBM6402 Penelitian Kualitatif Pengajian Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi kajian intensif sifat, matlamat, teori serta kaedah kualitatif untuk mengkaji penggunaan, tingkah laku, pembelajaran dan pemerolehan bahasa. Pelajar mereka bentuk dan menjalankan projek melalui pengalaman dalam pensampelan tempat kajian, pengguna bahasa, dan teks. Kaedah penyelidikan yang terlibat termasuk pemerhatian, tinjauan, temu duga dan analisis dokumen. Pelajar menganalisis dan menginterpretasi data dari perspektif deskriptif, konstruktivis dan kritikal.
BBM5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi aspek bahasa dalam hubungannya dengan pemikiran dan alam, pertumbuhan dan perkembangan bahasa dari sudut pandangan penutur, serta penggunaan bahasa dan ketepatan maksud.
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep linguistik perbandingan sejarawi, asas perbandingan bahasa, dan kaedah perbandingan. Kursus ini juga memberikan penekanan kepada kaedah dan aplikasi rekonstruksi, kaedah pengelompokan, leksikostatistik, dialek geografi, migrasi bahasa dan pendedahan peluang perniagaan maklumat bahasa serumpun dalam talian.
BBM5103 Perancangan Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi kepelbagaian bahasa masyarakat Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Kursus ini juga memberikan penekanan terhadap perancangan taraf dan korpus bahasa, agensi dan mekanisme perancangan bahasa, kesalahan bahasa dan cara penyelesaiannya, dan penilaian perancangan bahasa.
BBM5201 Pembangunan Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi teori linguistik, tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural, tatabahasa tagmemik, tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa kasus, dan tatabahasa relasional. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap penulisan tatabahasa Melayu oleh penulis sebelum Za’ba, tatabahasa Za’ba, tatabahasa Melayu kontemporari.
SENARAI DAN SINOPSIS KURSUS
24
BBM5202 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi teori dan kaedah penyelidikan bahasa, tatacara penyelidikan dalam bidang bahasa Melayu,
pensampelan, dan statistik asas.
BBM5203 Sosiolinguistik Lanjutan 3 kredit
Kursus ini merangkumi teori dan konsep sosiolinguistik, bidang kajian sosiolinguistik, perancangan bahasa dan
pembakuan bahasa Melayu, pemasyarakatan bahasa Melayu, kesalahan dan kerancuan bahasa, pengajaran bahasa
Melayu, dasar bahasa dan sikap masyarakat, bahasa Melayu di institusi pendidikan, bahan sastera dalam
pendidikan bahasa Melayu, pemerkasaan bahasa Melayu, bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi.
BBM5204 Psikolinguistik Lanjutan 3 kredit
Kursus ini merangkumi psikolinguistik dari perspektif penanggapan, pemahaman dan penghasilan percakapan di samping pemerolehan bahasa, pemelajaran bahasa kedua, bahasa dan pemikiran serta psikolinguistik dalam pemelajaran bahasa.
BBM5205 Semantik Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi teori semantik dan hubungannya dengan disiplin lain. Tumpuan diberikan kepada skop dan konteks rujukan, semantik leksikal dan hubungan semantik dengan tatabahasa. Penekanan juga diberikan terhadap makna formal, makna ujaran dan hubungan makna dengan logik.
BBM5401 Pemerolehan dan Pemelajaran Bahasa 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep pemerolehan bahasa, konsep pemelajaran bahasa, konsep pengajaran bahasa, teori
pemerolehan bahasa, pemerolehan bahasa pertama, dan faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa. Kursus
ini juga mengaitkan teori pemelajaran bahasa, prinsip pemelajaran bahasa-teori Mekanis, prinsip pemelajaran
bahasa-teori Mentalis, serta aspek psikologi dan sosial dalam pemelajaran bahasa.
BBM5402 Analisis Bezaan dan Kesilapan 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep dan teori analisis bezaan dan analisis kesilapan, jenis-jenis dan punca-punca
kesilapan, pendekatan analisis bezaan dan analisis kesilapan dan kesalahan, dan bahasa antara.
BBM5500 Isu-isu dalam Sosiolinguistik 3 kredit
Kursus ini merangkumi perbincangan, analisis, dan penilaian isu sosiolinguistik, khususnya isu bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, isu pertembungan bahasa, isu gangguan bahasa, serta isu bahasa dalam pelbagai konteks.
BBM5501 Isu dalam Psikolinguistik 3 kredit
Kursus ini merangkumi perbincangan, analisis, dan penilaian isu-isu psikolinguistik, khususnya isu pemerolehan
bahasa pertama dan kedua, isu disleksia, dan isu psikolinguistik dalam pelbagai konteks dalam wacana ilmiah.
25
BBM5502 Isu dan Permasalahan Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi isu dalam perancangan dan pembakuan bahasa Melayu, penyalahgunaan bahasa, dan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran, undang-undang, dan media massa. Penekanan juga diberikan terhadap dasar bahasa dan sikap masyarakat, bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, dan bahasa dan sastera.
BBM5600 Seminar Bahasa Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi tatacara pengendalian seminar, pengetahuan yang berkaitan dengan bidang serta fokus yang berkaitan dengan interpretasi, dan latihan pembentangan kertas kerja seminar.
BBK6201 Teori dan Falsafah Kesusasteraan 3 kredit
Kursus ini merangkumi teori dan falsafah sastera, perbandingan antara teori sastera Timur dengan Barat,
pemilihan dan aplikasi teori tertentu dalam kritikan sastera.
BBK6202 Filologi dan Pengkajian Manuskrip Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi ilmu filologi konvensional, metodologi kajian dan aplikasinya dalam manuskrip Melayu. Kursus ini juga membicarakan sejarah, sifat-sifat dan masalah pengkajian manuskrip Melayu.
BBK6401 Penyelidikan Sastera Melayu Lanjutan 3 kredit
Kursus ini merangkumi prinsip reka bentuk penyelidikan sastera Melayu, jenis penyelidikan, tatacara penyelidikan, tatacara penulisan, serta persembahan kertas cadangan penyelidikan.
BBK5101 Falsafah dan Pemikiran Dalam Kesusasteraan Melayu 3 kredit
Kursus ini mencakupi falsafah dan pemikiran dalam kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang merangkumi ciri dan prinsip bagi pemikiran animisme, Hinduisme, Islam, modenisme dan pascamodenisme.
BBK5201 Kaedah Penyelidikan Kesusasteraan Melayu 3 kredit
Kursus ini meliputi aspek teori dan amali kaedah penyelidikan dalam kesusasteraan Melayu moden dan tradisional, membina kerangka penyelidikan, etika dan paradigma penyelidikan, pengumpulan data serta rekabentuk penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.
BBK5202 Stilistik dalam Kesusasteraan Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan stilistik, gaya, teori dan falsafah stilistik dalam kesusasteraan Melayu. Kursus ini juga membincangkan hubungan stilistik dan linguistik dalam karya prosa, puisi dan drama Melayu, dan aplikasi stilistik dalam kajian kesusasteraan Melayu.
BBK5203 Kajian Kesusasteraan Bandingan 3 kredit
Kursus ini merangkumi kajian konsep dalam disiplin kesusasteraan bandingan dan perbandingan teks sastera berasaskan perbezaan budaya, nilai, aliran pemikiran dan pandang alam dalam teks.
26
BBK5204 Kajian Naskhah Melayu Klasik 3 kredit
Kursus ini merangkumi perkembangan naskhah Melayu klasik, teknik membaca, dan mengedit naskhah Melayu klasik. Penekanan juga diberikan terhadap aspek gaya, kandungan, ejaan, perubahan ejaan, istilah dan penggunaan bahasa.
BBK5205 Kesusasteraan dan Disiplin Pelengkap 3 kredit
Kursus ini merangkumi hubungan antara disiplin sastera dan disiplin bukan sastera sebagai disiplin pelengkap, serta penyerapan ilmu disiplin bukan sastera termasuk falsafah, sosiologi, psikologi, antropologi dan linguistik ke dalam kajian kesusasteraan.
BBK5206 Kajian Kesusasteraan Melayu Mistik 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep, definisi dan ciri kesusasteraan mistik, sejarah pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan mistik di alam Melayu dan pengaruh dunia luar. Kursus ini berfokus kepada bentuk kesusasteraan Melayu mistik, aliran dan doktrin, kajian dan pendokumentasian kesusasteraan Melayu mistik.
BBK5207 Pendekatan dalam Kritikan Teks 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep kritikan, definisi dan ciri, teori dan prinsip kritikan teks. Kursus ini juga memberikan tumpuan terhadap pelbagai pendekatan kritikan, kajian dalam kritikan sastera dan kritikan praktis.
BBK5208 Analisis Struktur Puisi Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep struktural; definisi, ciri, bentuk dan jenis puisi Melayu tradisional dan moden; bahasa dan gaya, pemikiran dan proses kreatif, unsur dan isu dalam puisi Melayu seperti agama, alam, kemanusiaan, sosial dan sejarah.
BBK5209 Kajian Drama dan Filem Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi latar belakang perkembangan genre drama dan filem Melayu, isu dalam drama dan filem Melayu, aspek teknologi dan teknikal dalam penghasilan skrip dan produksi, serta kedudukan drama dan filem dalam masyarakat.
BBK5210 Kritikan Naskhah Drama 3 kredit
Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan drama moden, bentuk dan struktur naskhah drama, unsur dramatik, ciri keteateran, transformasi naskhah drama ke bentuk persembahan, serta teori dan pendekatan dalam kritikan drama.
BBK5401 Pendokumentasian Naskhah Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi konsep, definisi dan jenis dokumentasi, bentuk naskhah Melayu, pemerolehan dan sumber naskhah. Kursus ini juga mencakupi adaptasi bahan, masalah pendokumentasian bahan, masukan bibiliografi, pengkatalogan, pengklasifikasian dan penyuntingan naskhah.
BBK5600 Seminar Kesusasteraan Melayu 3 kredit
Kursus ini merangkumi prosedur pengendalian seminar seperti pemilihan tema, pembentukan ahli jawatankuasa, pembiayaan dan kelengkapan, kertas kerja dan prosiding.
27
FBK5600 Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit
Kursus ini merangkumi penyediaan dan pembentangan cadangan penyelidikan peringkat Master, termasuk
pengenalan topik penyelidikan, kerangka teori, skop, objektif, pernyataan masalah, sorotan literatur, reka bentuk
kajian dan perkaedahan.
FBK5989 Projek Penyelidikan 6 kredit
Kursus ini merangkumi pengalaman penyelidikan berpandu dari segi penggunaan metodologi yang sesuai untuk menangani permasalahan projek penyelidikan tertentu, pengumpulan dan analisis data yang relevan, mengemaskinikan cadangan penyelidikan, mengarang kertas penyelidikan mengikut format yang telah dicadangkan untuk tujuan pembentangan.
28
29
YURAN
DOKTOR FALSAFAH
MASTER SASTERA
MASTER (Tanpa Tesis)
Sila layari www.sgs.upm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Semester 1
(RM)
Semester 2-4
(RM)
Semester 5-6
(RM)
Semester 7 dan seterusnya
(RM)
Pelajar Tempatan 2,462.50 2,212.50 1,650.00 2,650.00
Pelajar Antarabangsa 5,762.50 4,012.50 3,450.00 3,800.00
Semester 1
(RM)
Semester 2-3
(RM)
Semester 4
(RM)
Semester 5 dan seterusnya
(RM)
Pelajar Tempatan 1,900.00 1,650.00 1,150.00 1,650.00
Pelajar Antarabangsa 5,750.00 3,850.00 3,350.00 3,600.00
Yuran Asas & Yuran Kredit Pelajar Tempatan Pelajar Antarabangsa
Semester Pertama
Semester Kedua dan seterusnya
Semester Akhir
RM 1,200.00
RM 950.00
RM 950.00
RM 2,200.00
RM 1,950.00
RM 1,950.00
Yuran kredit (per kredit) RM 200.00 RM 300.00
30
BAGAIMANA MEMOHON Permohonan atas talian di www.sgs.upm.edu.my
dan
Menghubungi Kami Layari: www.fbmk.upm.edu.my
E-Mel: [email protected]
Atau sila datang ke:
Seksyen Siswazah dan Antarabangsa
Tingkat Bawah
Blok A
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-8946 8770/ 8702 /8788
Atau hubungi:
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +60389464225
Faks: +60389464232
E-mail: [email protected]
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 0800 - 1700
Rehat: Isnin - Khamis: 1300 - 1400
Jumaat: 1215 - 1445
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
31
32
33
34
35
36
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
UPDATED SEPTEMBER 2016