faktor-faktor yang mempengaruhi … yang mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR UNTUK MENCAPAI
KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI TIGA
BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.
JESSINA KHOR SEAK WAI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
DEDIKASI
Buatmu ibuku,
Saw Choon Hiok,
Tiasa apa yang dapatku bicarakan hanya doamu yang memenuhi hatiku selama
perjalanan anakmu di dunia baru di universiti. Kini ku tunaikan jua harapanmu
selama ini dan terima kasih atas segalanya.
Buatmu pembimbing,
En. Mohd. Mohsin Bin Uzir
Segala dorongan, tunjuk ajar, dan semangatmu tidak termampu diungkapkan dengan
kata-kata. Jasamu yang diberikan akan saya ingati untuk selama-lamanya.
Buat teman-teman,
Mahasiswa kursus SPE sesi 2000/2001
Segala keikhlasan dalam persahabatan ini menambahkan lagi jalinan kasih saying
antara kita. Persahabatan yang singkat dalam hidup universiti harap-harap boleh
dilanjutkan selamanya.
ii
PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, En. Mohd. Mohsin Bin
Uzir kerana telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah
berusaha tanpa jemu dalam menolong saya menyemak penulisan projek dan
mengadakan perbincangan dengan saya.
Ribuan terima kasih juga ingin ditujukan kepada pihak Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bahru (JPN), pengetua dan guru-guru
dari tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, iaitu guru-guru dari
Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Sekolah Menengah Teknik Johor bahru
dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan yang sudi menghulurkan bantuan dan
membantu saya dalam usaha pengumpulan maklumat yang berkenaan dengan
penyelidikan ini.
Penghargaan yang ikhlas juga ingin saya tujukan kepada ibu dan ayah yang
telah lama meninggalkan yang memberikan semangat dan dorongan yang tidak
mampu dibalas. Akhir sekali, saya turut menujukan penghargaan kepada rakan-rakan
seperjuangan terutamanya Teoh Lee Peng serta mereka yang tidak langsung telah
memberikan sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menjayakan projek ini.
Segala budi baik mereka akan dikenangi buat selama-lamanya.
iii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tiga buah sekolah
menengah teknik daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang termasuk dalam kajian
adalah faktor minat, faktor sikap, persepsi pelajar, masalah yang dihadapi oleh
pelajar, faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan akhirnya faktor guru. Sampel kajian
adalah terdiri daripada 136 orang pelajar Tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah
teknik di daerah Johor Bharu. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri
daripada satu set soal selidik yang menggunakan skala lima mata. Data daripada soal
selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for
Sosial Science) versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil
kajian ini mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar
ialah faktor sikap pelajar sendiri diikuti dengan persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. faktor yang paling kurang
mempengaruhi pelajar ialah faktor ibu bapa. Cadangan-cadangan yang membina
telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pengurus sekolah,
pendidik, ibu bapa dan keluarga serta pelajar sendiri untuk meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tiga
buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru.
iv
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the factors that affect the
students from three local technical schools in pursuing excellent results in Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. The factors that are included in this study are
individual interest, personality, students perceptions, problems faced by the students,
parents, friends and teachers influences. The sample of study are consist of 136
students of secondary 4 from three local technical schools. One set of questionnaire
that uses five point scales is used as the study instrument. Using the SPSS (Statistical
Packages for Social Science) software of version 11.5, data from the questionnaire is
analysed to obtain the statitiscal value such as frequency, percentage and mean value.
From the result, we know that the individual personality influences the most and
followed by the students’ perception towards the subject of Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik. While on the other hand, parents’ influences affect the least.
Valuable suggestions have been brought forward to the Kementerian Pendidikan
Malaysia, the school management, teachers, parents and family and last but not least
the individual. The main purpose of these suggestions is to encourage and improve
the students’ achievement in the subject of Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik in the three local technique schools.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL ix
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
vi
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Faktor Minat Pelajar 13
2.2 Faktor Motivasi Intrinsik (Sikap) 14
2.3 Faktor Ibu Bapa 16
2.4 Faktor Rakan Sebaya 18
2.5 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 20
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 23
3.2 Lokasi Kajian 23
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Pemilihan Sampel 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 25
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Penganalisaan Data 29
vii
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 31
4.1 Kaedah Analisis 32
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Agama 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempat
Kediaman 34
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Peperiksaan PMR Bagi Subjek Kemahiran
Hidup 35
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Sebab
Menilih Kursus Pengajian Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik 35
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga 36
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 37
4.3.1 Faktor Minat 37
4.3.2 Faktor Sikap 39
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 41
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 43
4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 45
4.7 Dapatan Persoalan Kajian 5 48
4.8 Dapatan Persoalan Kajian 6 50
4.9 Kesimpulan 53
viii
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 55
5.1 Perbincangan 55
5.2.1 Persoalan Kajian 1 56
5.2.1.1 Faktor Minat 56
5.2.1.2 Faktor Sikap 57
5.2.2 Persoalan Kajian 2 59
5.2.3 Persoalan Kajian 3 60
5.2.4 Persoalan Kajian 4 62
5.2.5 Persoalan Kajian 5 63
5.2.6 Persoalan Kajian 6 65
5.2 Kesimpulan 67
5.3 Cadangan 70
5.3.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 70
5.3.2 Pengurusan Sekolah 71
5.3.3 Pendidikan 71
5.3.4 Ibu Bapa Dan Keluarga 72
5.3.5 Pelajar 72
5.4 Cadangan Kajian Lanjut 73
5.5 Penutup 74
BIBLIOGRAFI
SOAL SELIDIK
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 Prestasi
Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian
Kejuruteraan Elektrik 5
1.1.2 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001 Prestasi
Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian
Kejuruteraan Elektrik 5
3.3.1 Taburan Populasi Pelajar di Tiga Buah Sekolah
Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. 24
3.5.2.1 Kandungan Instrumen Kajian 28
3.5.2.2 Skala Likert (Jawapan Menaik) 28
3.5.2.3 Skala Likert (Jawapan Menurun) 29
3.7.1 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapan Menaik) 30
3.7.2 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapan Menurun) 30
4.1.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
4.2.1 Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 33
4.2.2 Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama 33
4.2.3 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 34
4.2.4 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus 34
4.2.5 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Keputusan
Peperiksaan PMR bagi Subjek Kemahiran Hidup 35
4.2.6 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Tinggal Bersama 36
4.2.7 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga 36
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Faktor Minat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 37
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
x
Faktor Sikap Pelajar Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 39
4.4.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar 41
4.5.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 43
4.6.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pelajar 47
4.7.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pelajar 48
4.8.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Dan Peratusan
Strategi Pengajaran Guru Mempengaruhi Pelajar 50
4.9.1 Analisis keseluruhan faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (PKEE) di tiga buah sekolah menengah teknik
daerah Johor Bahru. 52
xi
SENARAI SINGKATAN SINGKATAN KETERANGAN
EPRD Educatio Research Development
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan)
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM Sijil Peperiksaan Malaysia
SMT Sekolah Menengah Teknik
PKEE Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
AS Amat Setuju
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
ATS Amat Tidak Setuju.
SPSS Statistical Packages For The social sciences
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Surat Pengesahan Pelajar dari Falkulti Pendidikan
Lampiran B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan (EPRD)
Lampiran C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Lampiran D Data-Data Kajian
Lampiran E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi
Krejcie & Morgan (1970)
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dunia telah didorongkan dengan perubahan yang amat pantas kerana dunia
digerakkan oleh teknologi dan ledakan maklumat. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993),
purata sebanyak 7000 teknologi baru telah dihasilkan atau dijumpai setiap hari. Untuk
menyesuaikan diri dengan perkembangan ini, manusia perlu berubah. Jikalau tidak,
bukan sahaja ciptaan teknologi akan lapuk, malahan manusia itu sendiri akan
ketinggalan dan menjadi kuno.
Dalam hasrat Malaysia untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun
2020, negara kita turut dipengaruhi dengan fenomena ledakan maklumat ini. Lantaran
itu, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memasuki satu era pengindustrian yang pesat
demi mengikuti langkah perkembangan ini. Oleh itu, terdapat permintaan bagi
kemahiran teknikal yang tinggi, keupayaan pengurusan dan keusahawanan dan juga
peningkatan pembangunan teknologi dan pembaikan penggunaan model. Walau
bagaimanapun, masalah yang perlu diselesaikan adalah kekurangan tenaga kerja yang
terlatih dan berkemahiran pada masa ini dan tahap pendidikan tenaga kerja yang sedia
asas yang rendah. (Ibrahim,1995)
Pada 28hb Feb 1992, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad
dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia telah
2
menyatakan bahawa untuk negara Malaysia mencapai hasrat wawasan 2020, negara
memerlukan tenaga sumber manusia yang terlatih di peringkat profesional dan separa
profesional. Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000,
dianggarkan kira-kira seramai 195,300 jurutera dan juruteknik diperlukan dalam
pelbagai bidang kejuruteraan menjelang tahun 2000 (Buletin Kementerian Pendidikan,
1994).
Bagi mencapai matlamat ini, negara perlu melahirkan lebih banyak sumber
manusia yang terlatih dalam bidang sains dan teknologi kerana perkembangan sains dan
teknologi secara berterusan merupakan kunci kepada kejayaan wawasan 2020. Dalam
dunia yang sedang mengalami perkembangan teknologi yang pesat, hanya mereka yang
dapat mengawal dan menguruskan teknologi sahaja yang mampu menetapkan hala tuju
perindustrian dan menentukan kadar pertumbuhan ekonomi dan menjadi negara
mempunyai lebih daya saing dan sekaligus menjadikannya setanding dengan negara
maju yang lain. (BPTV, 1994)
Di dalam mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, tidak dinafikan lagi
salah satu daripada bidang yang turut mengharungi perkembangan pesat adalah bidang
pendidikan. Sektor pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
tenaga manusia yang terlatih dan mampu mencorak serta menghadapi perubahan dalam
dunia masa kini. Menurut Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Razak (Berita
Harian, 22 Mei, 1998), tumpuan kepada pendidikan teknik dan vokasional diberikan
kerana negara menghadapi kekurangan 9000 orang jurutera dan 17000 orang juruteknik
menjelang tahun 2000. Justeru, Kementerian Pendidikan sewajarnya merancang
kurikulum pendidikan mengikut kehendak masa kini selaras dengan perkembangan
pembangunan negara. Sejajar dengan misi negara ke arah penyumbang teknologi
menjelang 2020, Kementerian Pendidikan telah melakukan pelbagai reformasi di dalam
bidang pendidikan antaranya ialah membuat penstrukturan baru Sekolah Menengah
Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik secara berperingkat-peringkat.
3
Beberapa mata pelajaran telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah
teknik seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE), Pengajian
Kejuruteraan Awan (PKA), Pengajian Kejuruteraan Jentera (PKJ) dan Lukisan
Kejuruteraan (LK). Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
tergolong dalam mata pelajaran elektif Kumpulan II (Teknik dan Vokasional) dalam
program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di peringkat menengah atas.
Mata pelajaran ini adalah satu mata pelajaran yang menyentuh asas-asas elektrik dan
elektronik, kuasa, teori litar, elektronik perhubungan, elektronik berdigit,
penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektrik serta elektronik. Teori yang diajar
adalah agar pelajar dapat memahami serta menguasai konsep asas Kejuruteraan Elektrik
dan Elektrik yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa. Matlamat mata
pelajaran ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
elektrik dan elektronik, meningkatkan daya intelek dan melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan progresif (BPTV, 2000).
Di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pembelajaran mata pelajaran ini
juga dapat meningkatkan daya intelek, membantu pelajar membuat keputusan sendiri,
mengikut perkembangan teknologi semasa dan menyesuaikan diri untuk berfungsi
secara berkesan dalam bidang kehidupan harian dan juga sebagai asas untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Mata pelajaran
ini juga digubal untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani dan seterusnya melahirkan masyarakat yang
bersepadu, berdisiplin dan terlatih selaras dengan matlamat Pendidikan Negara (BPTV,
2000).
Memandangkan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
ini merupakan salah satu subjek sekolah penting untuk membantu dalam perkembangan
negara, langkah-langkah yang berkesan harus diambil untuk menentukan tahap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini adalah baik supaya dapat melahirkan
jurutera dan juruteknik yang berkualiti.
4
1.1 Latar Belakang Masalah Dalam masyarakat hari ini, pencapaian seseorang pelajar diukur berdasarkan
pencapaian di dalam peperiksaan tidak kira di peringkat mana sekalipun (Asmah
Bee,1995). Keputusan yang diperoleh menentukan tahap pencapaian seseorang itu. Ibu
bapa, guru atau pihak sekolah memandang pencapaian dalam akademik merupakan
matlamat utama hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sekiranya pencapaian yang diperoleh adalah mengecewakan maka akan timbul pelbagai
persoalan, kenapa berlaku sedemikian? Pihak mana yang harus dipersalahkan?
Dengan merujuk kepada Jadual 1 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 dan
Jadual 2 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001 yang telah dikumpulkan, peratus
kelulusan bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di seluruh
negara adalah tinggi, iaitu 96.41% pada tahun 2000 dan 97.21% pada tahun 2001. Tetapi
pencapaian pelajar dari sudut gred adalah lemah, iaitu seramai 69.44% pada tahun 2000
dan 69.63% pada tahun 2001 yang mendapat gred C hingga gred G.
5
Jadual 1.1.1 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000
Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Mata pelajaran
Bil.
Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH Lulus % Lulus
Gr.
Purata
Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik 4264 81 195 422 597 800 783 830 403 145 21 4111 96.412 -
Jumlah Pelajar 276 1019 1583 1233 145 21 - - -
Peratus Mengikut Gred (%) 6.47 23.90 37.12 28.92 3.40 0.49 - - -
(Kementerian PendidikanNegara, 2001)
Jadual 1.1.2 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001
Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Mata pelajaran
Bil.
Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G THLulus % Lulus Gr. Purata
Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik 5555 101 272 534 799 1037 1046 1054 557 155 28 5400 97.21 5.42
Jumlah Pelajar 373 1333 2083 1631 155 28 - - -
Peratus Mengikut Gred (%) 6.71 24.00 37.48 29.36 2.79 0.50 - - -
(Kementerian Pendidikan Negara, 2002)
6
Berdasarkan daripada analisa jadual Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 dan
Tahun 2001 dalam Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian Kejuruteraan
Elektrik, pengkaji membuat satu kesimpulan bahawa pencapaian pelajar pada tahap
cemerlang (A1 dan A2) adalah amat rendah, iaitu hanya sebanyak 6.47% pada tahun
2000 dan 6.71% pada tahun 2001 berbanding dengan keseluruhan jumlah calon yang
mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Oleh itu,
pengkaji ingin membuat satu tinjauan kepada masalah ini untuk mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar yang kurang memuaskan di
sekolah-sekolah teknik supaya masalah ini dapat diselesaikan.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan kajian tentang faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar yang kurang cemerlang dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Aspek-aspek kajian ini adalah terhad kepada faktor-faktor seperti berikut:-
I. Sikap pelajar terhadap mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik
II. Minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik
III. Persepsi pelajar terhadap mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik
IV. Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
V. Ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
VI. Rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
VII. Strategi pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik.
7
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
2. Meninjau persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik.
3. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
4. Mengenalpasti faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
5. Mengenalpasti faktor rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
6. Mengenalpasti strategi pengajaran guru di dalam mempengaruhi rangsangan
pemahaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Apakah faktor-faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
2. Apakah persepsi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
3. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
4. Sejauhmanakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam menguasai mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
8
5. Sejauhmanakah faktor rakan sebaya memepengaruhi pelajar dalam menguasai
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?
6. Sejauhmanakah strategi pengajaran guru mempengaruhi pelajar dalam
menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?