faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian …€¦ · pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN
PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DALAM
MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM DAERAH KERIAN,
PERAK.
ARBAIN B ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN
PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DALAM
MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM DAERAH KERIAN,
PERAK.
ARBAIN B ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikenangBuat insan yang dikenangBuat insan yang dikenangBuat insan yang dikenang;;;;
Ayahanda dan bondaAyahanda dan bondaAyahanda dan bondaAyahanda dan bonda Abdullah Bin Abdullah & Masniah Binti Hassan
Terima kasih Atas kasih sayang dan doa kalian
Ayahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertua Hj Mohd Ariffin Bin Hj Zainal Abidin & Hjh Ramlah Binti Hj Abdul
Rahman Terima kasih Atas perhatian dan semangat yang diberikan
Isteri Isteri Isteri Isteri yang dikasihiyang dikasihiyang dikasihiyang dikasihi Pn. Rosniza Binti Mohd Ariffin
Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
AnakkuAnakkuAnakkuAnakku Atiqah Izzati Binti Arbain
Muhammad Bin Arbain
Taatilah akan Allah SWT, mengikut cara Rasulullah SAW. Semoga beroleh kajayaan di Dunia dan Akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn Hj Kandar B
Selamat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa
jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada pengetua Sekolah
Menengah Teknik Kerian , Bagan Serai Perak serta guru-guru yang telah memberi
kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Sekalung penghargaan kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
WASSALAM
v
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor
pengaruh guru, sikap, minat dan pengurusan masa pelajar-pelajar tingkatan empat ke
atas pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, kursus Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Bagan Serai Perak. Kajian
penyelidikan yang digunakan dengan menggunakan soalselidik sebagai instrumen.
Data-data yang diperolehi, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 10 (
Statistical For Social Science ) dan data-data diterjemahkan dalam bentuk kekerapan
dan peratus. Kajian rintis yang dilakukan mendapat nilai Alpha 0.7491. Hasil kajian
menunjukkan faktor pengaruh guru mendapat tahap penilaian yang tinggi. Faktor
pengaruh sikap dan minat berada pada tahap sederhana manakala faktor pengurusan
masa mendapat tahap yang rendah. Kajian mendapati faktor pengaruh guru
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Beberapa cadangan dan disarankan sebagai altenatif untuk tujuan akan
datang
vi
ABSTRACT
This descriptive research is aimed to identify the influential factor or teachers,
attitude, interest and time of the form 4 students of the Mechanical Engineering course
from Sekolah Menengah Teknik Kerian Bagan Serai Perak, in the Technical Drawing
subject. This research is based on questionnaires and survey. The data are prosesed with
SPSS 10 ( Statistical For Social Science ) and translated in frequency and percentage
form. Reasearh outcome showed that the teachers are the most influential factos.
However interest is the average whereas time is the lowest influence. Research also that
student are mostly influenced by teachers to take up Technical Drawing subject. A few
recommendation are made as an alternative in future
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Singkatan xii
Senarai Lampiran
viii
BAB 1 PENGENALAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Obkektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Faktor pengaruh guru 15
2.3 Faktor pengaruh sikap 18
2.3.1 Sikap Positif 21
2.3.2 Sikap Negatif 21
2.4 Faktor minat 22
2.5 Faktor pengurusan masa 24
2.6 Kajian-kajian lepas
ix
2.6.1 Faktor pengaruh guru 27
2.6.2 Faktor pengaruh sikap 28
2.6.3 Faktor pengaruh minat 29
2.6.4 Faktor pengaruh masa 30
2.7 Kesimpulan 32
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Prosedur Kajian 37
3.6 Analisis data 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Kesimpulan 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Bahagian A Latarbelakang Responden
4.2.1 Taburan responden mengikut
x
kelas 43
4.2.2 Taburan reponden berdasarkan
jantina 43
4.2.3 Taburan responden berdasarkan
bangsa 44
4.2.5 Taburan responden berdasrkan
agama 44
4.2.6 Taburan responden berdasarkan
keputusan PMR 45
4.3 Bahagian B : Analisis Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 50
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 55
4.3.5 Analisa Data Keseluruhan 58
4.3.6 Kesimpulan 59
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan 61
5.3 Perbincangan Kajian 63
5.3.1 Latar belakang responden 63
5.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi 64
pencapaian pelajar
5.3.2.1 Faktor pengaruh guru 64
xi
5.3.2.2 Faktor sikap 67
5.3.2.3 Faktor minat 69
5.3.2.4 Faktor pengurusan masa 71
5..4 Cadangan 73
5.4.1 Guru 74
5.4.2 Pelajar 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 75
RUJUKAN 76
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JUDUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Grad kelulusan SPM Matapelajaran Lukisan
Kejuruteraan 6
1.2 Gred kelulusan Peperiksaan Pertengahan tahun
Tingkatan empat 2005 7
3.1 Skala Likert 36
3.2 Taburan berdasarkan persoalan kajian 37
3.3 Perubahan skala 39
3.4 Kriteria penilai skor 39
4.1 Taburan reponden mengikut kelas 43
4.2 Taburan reponden berdasarkan jantina 43
4.3 Taburan reponden berdasarkan bangsa 44
4.4 Taburan reponden berdasarkan agama 44
4.5 Taburan reponden berdasarkan keputusan PMR 45
4.6 Mengenalpasti faktor guru mempengaruhi
pencapaian pelajar 47
4.7 Mengenalpasti faktor sikap mempengaruhi
pencapaian pelajar 50
4.8 Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi
pencapaian pelajar 53
4.9 Mengenalpasti faktor pengurusan masa
mempengaruhi pencapaian pelajar 55
4.10 Peratus keseluruhan faktor dikaji 58
xiii
SENARAI RINGKASAN
BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
JPTV : Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
NO :Nombor
PKM : Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
PMR : Penilaian Menengah Rendah
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences
SRP : Sijil Rendah Pelajaran
SMT : Sekolah Menengah Teknik
S : Setuju
TP : Tidak Pasti
TS : Tidak Setuju
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menjelang abad ke - 21, dunia pendidikan menjadi semakin kompleks. Pelbagai
perubahan berlaku seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Oleh
itu,perubahan ini perlu dihayati sejajar dengan keperluan jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Aspek pengetahuan dan kemahiran yang digandingkan bersama penyuburan
nilai-nilai murni mampu membentuk generasi alaf baru yang bukan sahaja dapat
memenuhi pasaran tenaga mahir tetapi juga sanggup menghadapi masalah dari dunia
yang semakin mencabar.
Pendidikan Vokasional dan Teknikal merupakan teras kejayaan dalam bidang
industri. Latihan Vokasional dan kemahiran merupakan salah satu pilihan yang baik
dalam pembinaan dan pembangunan kerjaya paradigma masyarakat terhadap terhadap
kerjaya dalam bidang vokasional.
2
Merapati visi 2020, negara kita sedang bergerak menuju pencapaian tahap negara
bergerak maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Negara kita sedang pesat menerajui
era teknologi maklumat selaras dengan pendidikan Teknologi dan Vokasional. Justeru
itu para pelajar dan guru berganding bahu dalam memfokuskan usaha mereka kearah
kejayaan sebagai matlamat utama semasa belajar di sekolah. Untuk itu, semangat ingin
tahu dan ingin mencuba sentiasa dibuka di dalam minda dan belajarlah setiap saat
sesuatu yang baru (Abdul Aziz, 2003).
Kita tentu terfikir bagaimana seseorang individu itu berjaya dalam bidang
akademik. Individu-individu ini berjaya memperoleh segulung ijazah dengan kelulusan
Doktor Falsafah (ph.D.), Ijazah Sarjana (M.A.), Ijazah Sains Perubatan (M.D.), dan
Ijazah Sarjana Muda (B.A.). Mereka bangga menjawat jawatan dalam profesion
masing-masing seperti pensyarah, jurutera, doktor, guru, pegawai kerajaan, dan
sebagainya. Untuk mencapai kedudukan mereka sekarang, tentulah mereka berhadapan
dengan peperiksaan demi peperiksaan. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah
dan dari sekolah menengah sehingga universiti, peperiksaanlah yang menentukan
kejayaan mereka. Sistem pendidikan di negara kita berorientasikan peperiksaan. Sejak
negara mencapai kemerdekaan lagi, setiap pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan
untuk menguji kecekapan, keupayaan, dan prestasi dalam akademik serta sebagai
prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar bersungguh-
sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Menghadapi sesuatu peperiksaan memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya
memang banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid beranggapan positif
terhadap peperiksaan dan seterusnya menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin (Pusat
Perkembangan Kurikulum, Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, 2001).
3
Peperiksaan mendewasakan kita. Ini bermakna setiap tahap peperiksaan yang
anda lalui itu dengan secara tidak langsung akan mematangkan lagi pemikiran dan
meningkatkan lagi taraf kedudukan seseorang. Peperiksaan menjadikan seseorang
pelajar lebih peka menghadapi pelajaran, memberi tumpuan di dalam kelas, dan
melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Inilah amalan baik untuk mengecapi
kejayaan. Peperiksaan mengiktirafkan tahap keilmuan seseorang individu. Tidak
lengkap ilmu seseorang individu itu selagi tidak ada satu bentuk ujian yang dilalui.
Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan.
Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Sekolah Menengah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan apa sahaja bentuk peperiksaan tentu tidak
menghadapi masalah untuk belajar dan menghadapi peperiksaan dengan tenang.
Peperiksaan-peperiksaan penting tersebut memerlukan persediaan yang lebih berstrategi
agar dapat menghasilkan kejayaan yang membanggakan. Tanpa persediaan yang rapi,
banyak pelajar memperoleh keputusan yang tidak setimpal dengan usaha yang
dicurahkan. Oleh itu, lebih baik kita bersedia lebih awal kerana persediaan itu
merangkumi banyak aspek, bukan setakat membaca atau menghafal seperti yang
dilakukan oleh sesetengah pelajar.
4
1.2 LATARBELAKANG MASALAH
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu aliran pengajian yang
memberi alternatif kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam hidup selain
daripada sistem pendidikan yang lebih menumpukan kepada bidang akedemik semata-
mata. Menurut Abdul Aziz (2003), pelajar harus bersyukur dengan pelbagai bidang
yang disediakan oleh kerajaan bagi mencapai kejayaan hidup. Objektif utama
pendidikan teknikal adalah memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk melanjutkan pengajian yang
berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi.
Pengambilan pelajar serta syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik yang
ada menawarkan Aliran Pendidikan Teknik adalah berdasarkan kepada keputusan
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Jurusan Kejuruteraan Mekanikal pelajar
mestilah mendapat sekurang-kurangnya Bahasa Melayu B, Matematik C, Sains C,
Kemahiran Hidup C. Selain itu syarat tambahan lain, pelajar mestilah mendapat
pencapaian minimum Peringkat C dalam satu matapelajaran dan Peringkat D dalam
matapelajaran lain.Bagi pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT), mereka ditawarkan matapelajaran seperti Fizik,
Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Matematik Tambahan dan
Kimia. Selain itu mereka turut mempelajari matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral atau Pendidikan Moral, Sejarah dan Pendidikan
Jasmani. (Maklumat Panduan & Borang Kemasukan Tahun 2004)
Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah satu matapelajaran efektif dalam
kumpulan II ( Vokasional danTeknologi) untukTingkatan 4 dan 5 dalam program
KBSM. Matapelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang seimbang dari rohani, emosi dan
5
jasmani. la juga digubal ke arah meningkatkan daya pengeluaran melalui penglibatan
masyarakat secara produktif, inovatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja
yang kenal, faham teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya dikaitkan dengan pencapaian
peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia. Peperiksaan menentukan tahap pencapaian seseorang itu dan ia biasanya
dicatatkan dalam sijil atau dokumen yang sah. Adalah menjadi hasrat individu, samada
ibubapa, guru atau pihak sekolah bahawa pencapaian dalam akedemik merupakan
matlamat utama hasil dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Menurut Yahya Emat (1993), SMT mengambil pelajar-pelajar yang keputusan
baik dalam peperiksaan SRP. Objektif utama SMT ialah menyediakan pelajaran asas
bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, khusus
dalam bidang teknik. Pelajar sepatutnya mendapat kelulusan yang cemerlang kerana
mereka adalah calon yang terpilih.
Pencapaian kertas matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM
antara tahun 2002 hingga 2004 Sekolah Menengah Teknik Kerian (Unit Peperiksaan
SMT Kerian) tahun 2005 menunjukkan peningkatan seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1.1. Walau bagaimanapun, menurut laporan peperiksaan pertengahan tahun
seperti dalam Jadual 1.2 menunjukkan kelulusan hanya sebanyak 60%. Mengikut
Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan pencapaian
ini berada di tahap sederhana jika dibandingkan keputusan SPM tahun 2004. Justeru itu
penyelidik ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Kajian ini amatlah penting bagi
memastikan keputusan SPM akan datang terus meningkat.
6
Jadual 1.1: Gred Kelulusan SPM Mata Lukisan Kejuruteraan Di SMT Kerian
Jumlah Calon Mengikut Gred
TAHUN
BIL.
CALON 1 2 3 4 5 6 7 8 9
JUMLAH
LULUS
%
LULUS
2002 142 0 0 3 9 5 18 13 12 81 60 41.90
2003 137 1 2 7 14 13 24 13 23 40 97 70.80
2004 57 8 4 3 9 12 9 7 4 1 56 98.20
Jadual 1.2: Gred Kelulusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkata Empat
Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Di SMT Kerian
Jumlah Calon Mengikut Gred ½
TAHUN
BIL.
CALON 1 2 3 4 5 6 7 8 9
JUMLAH
LULUS
%
LULUS
2005 94 4 0 4 6 11 12 8 12 37 57 60.0
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan empat tahun
2005, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal SMT Kerian mencapai keputusan yang
sederhana, satu kajian akan dibuat untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut di
Sekolah Menengah Teknik Kerian dalam daerah Kerian negeri Perak Darul Ridzuan.
Kajian ini juga bertujuan mengumpul dan menilai pandangan pelajar terhadap faktor
pendorong kejayaan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah
tersebut. Kajian yang dibuat hanya khusus pada pelajar Jurusan Kejuruteraan
Mekanikal sahaja yang sedang menuntut di tingkatan empat. Semoga dengan
terhasilnya kajian ini, diharap dapat memberikan jawapan yang boleh membantu dalam
memantapkan prestasi kelulusan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini.
7
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
(a) mengenalpasti faktor pengaruh guru terhadap pencapaian pelajar di dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(b) mengenalpasti faktor sikap dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
(c) mengenalpasti faktor minat terhadap pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(d) mengenalpasti faktor pengurusan masa terhadap pencapaian pelajar di dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian berkaitan dengan masalah kajian seperti berikut:
(a) Adakah guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan ?
(b) Adakah sikap pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
(c) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
(d) Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
i. Membantu guru-guru, pihak pentadbir sekolah mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan.
ii. Membantu pihak sekolah menyusun strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
iii. Memberi penjelasan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri supaya
merancang strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
9