faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya … · faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA
PENGAMBILAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
BEKERJA DI SEKTOR SWASTA.
SUSAN BINTI EDWIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
cArArAN: ; i,ff?:,t,,fff"tifif,fi:"#ii3, s'a rampirkan surat daripada pihakberkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
I tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsaf'ah dan Sarianasecara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.
JUDUL FAKTOR.FAKTORYANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN
GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR
SWASTA
SESI PENGAJIAN : 2011 12012
Saya SUSAN BINTI EDWIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana,{Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan KolejUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
t. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2.
-)-
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antarainstitusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( rl )n[]
E
St]LIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di manapenyelidikan dijalankan )
TERHAD
TIDAK TERHAD
Alamat Tetap:Kampunq Kekan"96300 Dalat.Sarawak
Tarikh: l3 Jan 2012
CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI(Nama Penyelia)
Tarikh: 13Ian2012
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi konsep dan kualiti untuk tujuan penganugerahan har*tSarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)"
Tandatangan
Nama Penyelia :
Tariktr 13 JANUARI2OI2
EIZAHBT MOHD ZULKIFLI
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGNYA PENGAMBILAN
GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BEKERJA DI SEKTOR
SWASTA.
SUSAN BINTI EDWIN
Laporan Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan :
Nama Penulis : SUSAN BINTI EDWIN
Tarikh ; 13 JANUAzu2012
iii
Teristimewa Buat…
Ibu tersayang:
Rose binti Sute,
Yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan,
Serta menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan perjuangan…
Pensyarah yang disanjungi:
Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli,
Yang sentisa memberi galakan, nasihat dan bimbingan,
Semoga perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa sentiasa dirahmati.
Insan tercinta:,
Roy Jaivin A/L Santhana Das,
Yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat.
Moga semangat yang diberikan berkekalan abadi buat selamanya.
Kehadiran kalian memberi memori yang terindah dan berharga dalam hidup ini.
TERIMA KASIH….
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, kajian
dan penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Juga ucapan terima kasih yang tidak
terhingga saya ucapkan kepada ibu dan tunang yang sentiasa memberikan sokongan dan
dorongan tidak kira dari aspek nasihat mahupun kewangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia
Projek Sarjana Muda ini Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas
bimbingan dan tujuk ajar sehingga kajian ini dapat disempurnakan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat
Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana telah
memberikan kerjasama dalam proses mendapatkan maklumat bagi kajian ini.
Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar
dan sudi berkongsi ilmu. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini. Tanpa
sumbangan kalian projek ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pekerjaan merupakan salah satu keperluan penting dalam kehidupan setiap
manusia. Di mana ianya merupakan aset utama bagi manusia untuk mencari sumber
pendapatan bagi membantu dalam menyara hidup seharian setiap manusia. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya
pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja disektor swasta. Terdapat
lima faktor telah dikenalpasti pengaruhnya dalam masalah kurangnya pengambilan
golongan OKU bekerja di sektor swasta iaitu faktor intelektual, sikap dan sahsiah,
kemahiran generik, fasiliti dan produktiviti. Kajian ini melibatkan beberapa buah
syarikat swasta yang terdapat disekitar Johor Bahru, Item-item soal selidik yang dibina
telah disemak oleh dua orang pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Data mentah daripada dapatan kajian ini akan di analisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) untuk
memperolehi nilai skor min serta peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan empat
faktor iaitu pengetahuan, sikap dan sahsiah, kemahiran generik dan produktiviti kurang
mempengaruhi dalam pengambilan golongan OKU bekerja. Kesimpulannya, dapatan
kajian menunjukkan faktor fasiliti merupakan faktor utama yang mempengaruhi
kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (OKU) bekerja di sektor swasta.
vi
ABSTRACT
Employment is one of the important requirements in the life of every human
being. Where it is the main asset for people to find sources of income to assist in daily
living to everyone. Therefore, this study was conducted to identify the factors causing
the lack of recruitment of persons with disabilities to work in private sector. There are
five factors have been identified its influences in issues of lack recruitment of disabled
people working in the private sectors which are intellectual, attitude and personality,
generic skills, facilities and productivity. This study involves certain private companies
that are around Johor Bahru. The questionnaire item that was built has been reviewed
by two lecturers from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The raw
data from the findings of this study will be analyzed using SPSS software (Statistic
Package for the Social Science) to obtain the mean score and percentage. The finding
results showed four factors which are knowledge, attitudes and personality, generic
skills and productivity less influencing the hiring of disabled people. In conclusion, the
results of the study revealed that the facility is the main factor that affecting the lack of
recruitment of persons with disabilities to work in private sectors.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACK vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Kepentingan Kepada Golongan Kurang Upaya 11
1.6.2 Kepentingan Kepada Majikan 12
1.6.3 Kepentingan Kepada Institut 13
1.7 Skop dan Batasan Kajian 13
viii
1.8 Definisi 14
1.8.1 Kurang Upaya 14
1.8.2 Orang Kelainan Upaya 15
1.8.3 Majikan 15
1.8.4 Kemahiran 16
1.8.5 Sikap dan Sahsiah
1.8.6 Produktiviti
17
18
1.9 Penutup 19
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Pekerjaan
20
20
2.3 Ciri-Ciri Golongan Orang Kelainan Upaya 26
2.3.1 Kategori Orang Kelainan Upaya 27
2.4 Kajian-Kajian Lepas 32
2.4.1 Intelektual 34
2.4.2 Sikap dan Sahsiah 36
2.4.3 Kemahiran Generik 38
2.4.4 Fasiliti 40
2.4.5 Produktiviti 42
2.5 Penutup 44
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Rekabentuk Kajian 46
3.3 Lokasi Kajian 48
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49
3.5 Instrumen Kajian 50
3.5.1 Bahagian A 50
ix
3.5.2 Bahagian B 51
3.6 Kesahan Instrumen Kajian 52
3.7 Kajian Rintis 52
3.8 Proses Menjalankan Kajian 53
3.9 Analisis Data 55
3.10 Penutup 56
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Responden mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Responden mengikut Umur
4.2.4 Taburan Responden mengikut Tahap
Pendidikan
4.2.5 Taburan Responden mengikut Pengalaman
Pengurusan
4.2.6 Taburan Responden mengikut Pengambilan
Pekerja OKU
4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan
sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di
sektor swasta?
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran
generik mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di
58
59
60
60
61
61
62
63
64
64
68
71
x
sektor swasta?
4.3.4 Persoalan Kajian 4 Adakah faktor fasiliti
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
4.3.5 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian
4.5 Penutup
74
77
80
81
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Latar Belakang Responden
5.2.2 Persoalan Kajian 1: Adakah faktor intelektual
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah faktor sikap dan
sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di
sektor swasta?
5.2.4 Persoalan Kajian 3: Adakah faktor kemahiran
generik mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di
sektor swasta?
5.2.5 Persoalan Kajian 4: Adakah faktor fasiliti
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
5.2.6 Persoalan Kajian 5: Adakah faktor produktiviti
mempengaruhi kurang pengambilan golongan
82
83
83
84
86
88
90
91
xi
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
5.2.7 Rumusan Keseluruhan
5.3 Cadangan
5.3.1 Cadangan Kajian
5.3.1 Cadangan Lanjutan
5.4 Penutup
93
94
95
99
100
RUJUKAN 101
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
LAMPIRAN F
111
121
123
127
128
136
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1
1.2
Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri,
2006 - 2008
Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta,
1990 sehingga 2008
3
5
2.1
2.2
2.3
Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor
Perkhidmatan Awam Mengikut Negeri (2011)
Statistik Kumpulan OKU Bekerja Dalam Sektor
Perkhidmatan Awam Mengikut Tahap Pendidikan
(1996 – 2009)
Kakitangan OKU di JKM
22
23
23
2.4 Skim Perkhidmatan Kakitangan OKU di JKM 24
2.5 Peluang pekerjaan mengikut jenis kecacatan 25
2.6 Tahap OKU pendengaran 27
2.7 Tahap OKU penglihatan 27
2.8 Pendaftaran OKU Mengikut Negeri, 2006 - 2008 31
2.9 Pendaftaran OKU Mengikut Kumpulan Etnik, 2006 –
2008
31
2.10 OKU Mengikut Jenis Kecacatan, 2006 – 2008 32
3.1 Bancian OKU Johor Bahru 2008 49
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 51
3.3 Lima Pemeringkatan Skala Likert 51
xiii
3.4
3.5
4.1
Nilai Alpha Kajian Rintis
Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
Taburan Responden Mengikut Jantina
53
55
60
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Taburan Responden Mengikut Bangsa
Taburan Responden Mengikut Umur
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Pengurusan
Taburan Responden Mengikut Pengambilan OKU
Bekerja
Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan
Kajian 1 (N = 59)
Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan
Kajian 2 (N = 59)
Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan
Kajian 3 (N = 59)
Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan
Kajian 4 (N = 59)
Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi Persoalan
Kajian 5 (N = 59)
Analisis Purata Peratus Keseluruhan Persoalan Kajian
Analisis Purata Min Keseluruhan Persoalan Kajian
60
61
61
62
63
64
68
71
74
77
80
81
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Kajian 57
xv
SENARAI SINGKATAN
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
OKU - Orang Kurang Upaya
SPOKU - Sistem Penempatan OKU
SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
SPSS - Statistic Package for the Social Science
WHO - World Health Organisation
% - Peratus
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
D
E
F
Borang Soal Selidik
Borang Pengesahan
Surat Permohonan
Surat Permohonan
Jadual Kedudukan Daftar OKU
Jadual Populasi dan Sampel
111
121
123
127
128
136
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal mental, intelektual atau deria yang apabila
berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan
mereka dalam masyarakat (Akta Orang Kurang Upaya 2008). Manakala menurut
Training for Vocational Rehabilition Services (TRAVORS) (2009), Orang Kelainan
Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai seseorang yang kehilangan atau luar biasa dalam
bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai sikap dan halangan
persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan diri dalam persatuan
sama seperti golongan normal yang lain.
Menurut buku Social competence and employability Skills Curriculum (1989),
Orang Kelainan Upaya (OKU) dinyatakan sebagai seorang yang terencat akal dari segi
mentalnya, sukar untuk mendengar, pekak, sukar untuk bercakap, kurang upaya secara
2
visual, mengalami gangguan emosi, mengalami kecacatan otot, atau mempunyai
pembelajaran spesifik tentang ketidakupayaan diri.
Secara umumnya golongan OKU ini boleh dikategorikan kepada dua kumpulan
umum iaitu kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara sementara. Antara
mereka yang dikategorikan dalam kurang upaya kekal ini ialah golongan yang cacat
anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang
cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kelainan upaya secara sementara.
Pada khususnya, golongan OKU boleh dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu kurang
upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya
pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
dalam karya Sam Wong (2010), Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih kurang
28 juta orang. Berdasarkan statistik tersebut, jumlah OKU di Malaysia dianggarkan
seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Manakala statistik yang telah dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (2010), terdapat seramai 248,858 orang telah
mendaftar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini
masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa
stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal
menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun
mereka mempunyai kelayakan.
3
Jadual 1.1: Pendaftaran Orang Kelainan Upaya Mengikut Negeri, 2006 - 2008
NEGERI TAHUN
2006 2007 2008
Johor 24,228 27,554 30,840
Kedah 13.963 15,224 17,720
Kelantan 17,239 19,561 22,229
Melaka 8,335 9.687 11,322
Negeri Sembilan 8,964 10,149 12,058
Pahang 7,784 10,149 12,058
Perak 20,285 23,006 26,310
Perlis 3,690 4,024 4,374
Pulau Pinang 12,507 13,824 15,855
Sabah 12,481 13,823 14,087
Sarawak 11,920 13,289 13,719
Selangor 25,624 28,969 34,311
Terengganu 12,302 13,083 14,828
W.P. Kuala Lumpur 17,729 19,060 20,570
W.P. Labuan 468 501 573
Jumlah 197,519 220,250 248,858
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Jun 2010)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, OKU tidak lagi boleh
dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu tetapi
sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah
sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dimana kerajaan berpandangan jauh dan
menganggap OKU perlu berubah agar menjadi aset yang boleh menyumbangkan kepada
keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada kekurangan tetapi
sekiranya diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbangkan
kepada kesejahteraan mereka sendiri malah turut menyumbangkan kepada negara. Kata
beliau lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat
4
terakhir kerajaan untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada negara
(Utusan Malaysia 19 September 2006).
Secara amnya golongan ini bukanlah orang yang terlalu lemah sehingga keadaan
diri mereka dijadikan aset untuk mendapatkan belas atau simpati dari orang lain.
Walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan yang tertentu, tidak semestinya mereka
tidak mampu untuk melakukan aktiviti lain sepertimana insan biasa. Golongan OKU
tidak bermakna mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja, tetapi mereka
masih mampu untuk menggunakan kecerdasan mental dan minda mereka untuk memberi
sumbangan yang boleh memberikan kemajuan kepada negara ini, tidak kira dari segi
ekonomi mahupun masyarakat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pekerjaan merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan tidak kira bagi
golongan normal mahupun golongan OKU. Pekerjaan merupakan sumber utama bagi
mendapatkan sumber pendapatan dan ianya juga berperanan membekalkan dan
menyampaikan pelbagai jenis sumber bekalan maklumat. Selain daripada itu, pekerjaan
berkeupayaan untuk membentuk ruangan kerja yang dapat mewujudkan hubungan sosial
antara pekerja itu sendiri dan juga orang lain. Mereka yang tidak memiliki pekerjaan
akan merasakan sesuatu yang berkurangan terutamanya dari segi kewangan, sosial dan
juga dari segi psikologi. Dengan erti kata lain, pekerjaan merupakan keperluan asas
untuk kebanyak orang pada zaman sekarang, dimana mereka beranggapan pekerjaan
merupakan penentu utama kualiti hidup.
5
Bagi golongan OKU pekerjaan merupakan perkara yang amat penting dalam
kehidupan mereka, tetapi masih ramai yang mengabaikan perkara ini dalam kehidupan
golongan OKU. Masyarakat luar beranggapan bahawa golongan OKU tidak
memerlukan pekerjaan untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik seperti individu
normal yang lain. Mereka juga berpendapat, wang bantuan yang diberikan sudah
memadai untuk menampung kehidupan golongan OKU ini.
Sejak dari dahulu lagi, kita sering mendengar pelbagai jenis isu yang berkaitan
dengan golongan OKU. Isu yang sering disebut ialah mengenai isu pekerjaan, di mana
golongan ini sering disisihkan kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Tetapi Ketua
Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata
semua golongan OKU mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia,
jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang
menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan
pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007).
Menurut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bilangan golongan
OKU yang telah bekerja masih lagi rendah, walaupun Kod Amalan Penggajian OKU di
Sektor Swasta telah dilaksanakan. Tetapi merujuk kepada jadual 1.2, bilangan golongan
OKU yang telah diterima bekerja masih lagi kurang daripada tahun 1990 sehingga 2008.
Jadual 1.2: Jumlah OKU berjaya ditempatkan di Sektor Swasta, 1990 sehingga 2008
Tahun Berdaftar Berjaya
1990 sehingga 2007 10,332 7,565
2008 722 552
Jumlah 8,117
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
6
Menurut The Washington Times (2005), masalah kurang pengambilan bekerja
bagi golongan OKU adalah tinggi di seluruh dunia contohnya negara-negara yang
membangun, masih terdapat 80% sehingga 90% golongan OKU yang layak untuk
bekerja masih lagi tidak mendapat pekerjaan. Tetapi sebaliknya bagi negara
perindustrian, angka golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan ialah antara 50%
sehingga 70%. Menurut South China Morning Post (2006) pula, negara Asia yang lain,
golongan OKU di negara mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti negara
China di mana permohonan kerja golongan OKU ini sering ditolak oleh majikan atau
pekerja sejawat yang tidak faham dengan keperluan golongan ini. Menurut Thirumalai
Chandroo, Pengerusi education and training organization Modern Montessori
International Group daripada Singapore melalui Business Times Singapore (2006), satu
sebab utama golongan OKU sukar diterima bekerja ialah kecenderungan majikan untuk
salah sangka bahawa golongan ini berkebarangkalian kurang melaksanakan kebanyakan
daripada tugas. Ini adalah jauh lebih benar walaupun mereka lebih celik daripada orang
lain dan mempunyai bakat-bakat yang tertentu. Selain daripada itu, kebanyakan syarikat
tidak menerima golongan orang OKU adalah disebabkan syarikat tidak menyediakan
kemudahan yang mempunyai spesifikasi khas untuk golongan ini.
Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran
yang telah mereka pelajari atau ketahui kerana ia akan dapat membantu dalam
meningkatkan keyakinan diri mereka, memberi pendedahan tentang dunia pekerjaan dan
mereka sekaligus boleh belajar untuk mencari punca pendapatan sendiri dan tidak hanya
bergantung kepada belas kasihan orang lain. Menurut Pengarah Kumpulan Komunikasi
Perhubungan Awam Sunway Management, Sharzede Salleh Askor (2006), memberi
didikan kepada golongan OKU tidak terlalu sukar kerana mereka mampu untuk
mendengar dan tidak pernah mencuri tulang walaupun mereka ini lambat untuk
memahami sesuatu yang dipelajari. Beliau juga menyatakan, nilai yang paling tingi
dalam hidup mereka bukanlah wang ringgit, tetapi pengalaman bekerja lebih penting
daripada segalanya (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006).
7
Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Shafie BP. Mamal (2007) pula mendakwa golongan OKU masih didiskriminasikan oleh
segelintir majikan sektor swasta di negara ini. Malah, terdapat ratusan OKU di negara
ini yang gagal mendapatkan pekerjaan menyebabkan golongan tersebut hidup susah.
Beliau juga menyatakan, sektor swasta tidak seharusnya memandang rendah terhadap
kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana, golongan istimewa itu juga
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan sumbangan
mereka perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU di manakah
tanggungjawab sosial mereka? Apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh
menghasilkan produktiviti yang baik? Majikan seharusnya berasa bahawa mereka tidak
lupa untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007)
Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia, tetapi OKU
menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang produktif dan memberikan
sumber pendapatan bagi menyara hidup mereka. Bilangan OKU yang berjaya mendapat
pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta kurang memberansangkan. Bagi sektor
awam satu pekeliling telah dilaksanakan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Tahun 2008 yang memperuntukan dasar pengambilan 1% OKU menetapkan setiap
agensi dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah membuat OKU sekurang-
kurangnya 1% daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut tertakluk kepada
permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan.
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena
sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan Ke-16 (5 Disember 2009), terdapat pelbagai
cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU untuk memasuki alam pekerjaan,
antara cabaran utama yang dihadapi oleh golongan OKU adalah persepsi negatif, takut
dan kurang keyakinan oleh pihak majikan untuk mengambil golongan OKU berkerja.
Selain itu, terdapat juga isu lain yang mempengaruhi peluang bagi golongan OKU untuk
8
memasuki pasaran kerja, iaitu isu aksesibiliti dalam dan luar bangunan (built
environment), tempat awam, tempat kerja serta pengangkutan awam.
Sikap kurang percaya majikan kepada kebolehan OKU dalam menyempurnakan
tugas yang telah diberikan menyukarkan golongan OKU mendapat tempat dalam
pekerjaan khususnya di sektor swasta. Kesedaran majikan khususnya di pihak swasta
tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini. Walaupun ada pihak swasta yang
mengambil pekerja OKU, ia hanya untuk jawatan rendah seperti pembantu jualan di
pusat membeli belah tukang cuci dan sebagainya.
“Kita berharap majikan lebih bersedia untuk mengambil golongan ini
sebagai pekerja dengan menyediakan infrastruktur serta menawarkan
bentuk pekerjaan yang sesuai untuk mereka supaya mereka dapat
menyesuaikan diri dengan bekerja bersama orang lain yang sempurna”
(Fong Khei Por, 2010).
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan modal bantuan
kepada usahawan OKU di seluruh negara yang dilancarakan pada 2007 dengan Bahagian
Standard Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai permohonan usahawan dan
diproses oleh JTKSM Selangor. Ia juga bertujuan sebagai satu strategi untuk membantu
OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai
OKU adalah usahawan berjaya dan mereka boleh menjadi majikan baik untuk OKU lain
(Berita Harian, 6 April 2010).
Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
(2010) turut mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan
pekerjaan termasuk infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan
berkenaan lebih suka bekerja sendiri. Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Sumber
9
Manusia, Fong Khei Por (2010), berkata hasil kajian itu juga merumuskan hanya OKU
memahami keperluan OKU lain menyebabkan golongan ini lebih sesuai bekerja dengan
majikan OKU yang menjalankan perniagaan termasuk secara kecil-kecilan (Berita
Harian, 6 April 2010).
Merujuk kepada statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dari tahun
1996 sehingga 2008 bilangan OKU yang mendapat pekerjaan di sektor awam adalah
seramai 766 orang di semua peringkat. Manakala statistik daripada Jabatan Tenaga
Kerja hanya 7,467 orang OKU yang mendapat pekerjaan daripada 10,635 yang telah
mendaftar melalui Sistem Penempatan OKU (SPOKU) atau Jobs Malaysia.
1.3 Pernyataan Masalah
Pekerjaan merupakan aset penting pada masa kini kerana ia adalah sebahagian
daripada kehidupan seharian manusia. Di negara kita terdapat pelbagai jenis pekerjaan
yang telah ditawarkan dan ramai yang telah berpeluang untuk mengisi kekosongan
tersebut. Berlainan pula nasib golongan OKU, mereka menghadapi masalah untuk
mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan bagi menyara hidup. Peluang pekerjaan
yang banyak tidak memberikan peluang keemasan kepada golongan OKU untuk
melayakkan diri dari tersenarai dalam senarai mereka yang diterima bekerja. Peratusan
untuk melayakkan mereka mendapat pekerjaan amat rendah atas faktor majikan.
Kebanyakan majikan lebih senang menerima insan biasa bekerja daripada golongan
OKU. Berdasarkan kepada pelbagai masalah yang timbul, kajian ini dijalankan adalah
untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi kurang pengambilan golongan OKU
bekerja di sektor swasta.
10
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kurang
pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta. Di antara objektif
yang dicadangkan ialah:
i. Mengenalpasti sama ada faktor intelektual mempengaruhi kurang
pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.
ii. Mengenalpasti sama ada faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang
pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.
iii. Mengenalpasti sama ada faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang
pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.
iv. Mengenalpasti sama ada faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.
v. Mengenalpasti sama ada faktor produktiviti mempengaruhi kurang
pengambilan golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta.
1.5 Persoalan Kajian
Isu kurang pengambilan bekerja bagi golongan OKU kini makin hangat
diperkatakan walaupun pasaran kerja kini masih tinggi permintaannya. Berdasarkan
kepada penyataan masalah, persoalan-persoalan yang dijawab melalui kajian ini ialah:
i. Adakah faktor intelektual mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
11
ii. Adakah faktor sikap dan sahsiah mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
iii. Adakah faktor kemahiran generik mempengaruhi kurang pengambilan
golongan orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
iv. Adakah faktor fasiliti mempengaruhi kurang pengambilan golongan orang
kelainan upaya bekerja di sektor swasta?
v. Adakah faktor produktiviti mempengaruhi kurang pengambilan golongan
orang kelainan upaya bekerja di sektor swasta?