faktor-faktor yang mempengaruhi · pdf filesegala jasa, doa dan sokongan ... bahagian...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH RENDAH JENIS
KEBANGSAAN TAMIL DI JOHOR BAHRU
GANGAGOURY A/P CHNNAPAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI JOHOR
APRIL 2008
23 April 2008
iii
DEDIKASI
“Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang
diinginkan. Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui
hari-hari dalam hidupnya. Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa
bahagia itu milik peribadi dan selalunya tidak sama dengan apa yang dimiliki
oleh orang lain.”
Untuk ibu yang disanjungi serta bapa mertua dan ibu mertua yang dihormati
Hanya doaku untuk kalian. Jasamu sumber kejayaanku
Buat suami yang sangat dikasihi
Paranjothi a/l Retnakumar
Terima kasih atas pengorbanan dan ketabahanmu
Kejayaan ini, kejayaan milik kita bersama
Jadikan jalan yang saya rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas kejayaan
kalian
Untuk adik-adik yang diingati, kejayaan ini, pembakar semangat buat kita semua
terus berjuang. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai,
segala jasa, doa dan sokongan kalian akan tetap dalam kenangan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur dan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa, kerana dengan
limpah kurnia serta izinNya, dapatlah saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini, sebagai latihan Ilmiah dengan jayanya.
Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing tesis
ini, Dr.Azizi Haji Yahya atas usaha, bimbingan, nasihat serta panduan yang
diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan
Universiti Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor,
Bahagian Teknik dan Vokasional, Pengetua, Penolong Pengetua, guru-guru
Sekolah Kebangsaan Tamil Kawasan Johor Bahru dan yang terlibat membantu
secara langsung dalam menjayakan kajian ini. Segala bakti dan jasa serta
kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang.
Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu yang tanpa jemu mendoakan
kejayaan saya lebih sedekad yang lalu serta keluarga yang banyak memberi
dorongan dan sokongan yang tidak mampu dibalas.
Akhir sekali untuk suami yang tercinta Paranjothi A/L Retnakumar yang
sentiasa memahami perjuangan isteri walaupun sering ditinggalkan jauh.
Terima kasih atas doa, kasih sayang, sokongan dan pengorbanan kalian semua.
Biarlah semua ini menjadi tanda dan kenangan buat keluarga yang tercinta.
Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.
.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bahru dengan berfokus kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Seramai 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dipilh sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7636. Dapatan kajian dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS Statistical Packages For Social Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, Sisihan Piawai dan Ujian t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak pentadbir berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Ujian t didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak berkenaan untuk memberikan perhatian khusus terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangssan Tamil. Kajian ini perlu dilakukan di seluruh negeri untuk mendapatkan keputusan yang sebenar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of implimentation of Living Skill subject and the factors that influence the Living Skill teachers in teaching and learning process. This study was conducted in 10 Tamil schools in the Johor Bahru district with the focus at the level of teachers knowledge, interest, workload, workshop facilities and equipments and aslo the support of the administrator. 50 primary school teachers teaching Living Skill were chosed as respondents in this research. The instrument in the research was questionnaire and the value of reliability ( alpha croanbach ) in the pioneer research is α =0.7636. The SPSS Statistical Packages For Social Science 11.5 were used in the data analysis and it is including frequency, percentage, mean, standartd deviation and t-test. The finding of the research shows that knowledge factor and interest of teachers factor play an vital role. Meanwhile the workshop facilities and support from school administrator and workload were in moderate level. Based on the T-test, it is shows that there is no identified differences between the gender with the other factors that have been studied in this research. This study should be carried out throughout the country to get a more precised outcome. A few recommendations have been made in this study to the relevant authorities in order to give a special attention on the problem of teaching and learning of Living Skill subject in Tamil schools. This study should be carried out throughout the country to get a more precised outcome.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Batasan Kajian 12
viii
1.10 Definisi Terminologi 13
1.10.1 KemahiranHidup 13
1.10.2 Sekolah-Sekolah Rendah 14
1.10.3 Bengkel Kemahiran Hidup 14
1.10.4 Pengajaran 14
1.10.5 Pembelajaran 15
1.10.6 Beban Tugas 15
1.10.7 Sokongan Pihak Pentadbiran 16
1.10.8 Pengetahuan 16
1.10.9 Minat 16
1.11 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil 19
2.3 Guru Kemahiran Hidup 20
2.4 Pengetahuan Guru 20
2.5 Latar Belakang KHSR 21
2.5.1 Objektif KHSR 23
2.6 Minat 24
2.7 Beban Tugas 25
2.8 Kelengkapan Dan Kesesuaian Bengkel KHSR 26
2.8.1 Pengurusan Bengkel 27
2.8.2 Penyusunan Bengkel 28
2.8.3 Kelengkapan Bengkel 29
2.9 Sokongan Pihak Pentadbir 30
2.10 Pendekatan Teori 31
2.10.1 Teori Pavlow dalam P&P KH 31
2.10.2 Teori Watson dalam P&P KH 32
2.10.3 Teori Bruner dalam P&P KH 33
ix
2.11 Kerangka Model Kajian 35
2.11.1 Model Kajian Bruner 36
2.12 Kajikan Lalu Berkaitan Dengan KH 36
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka bentuk Kajian 39
3.3 Kerangka Operasi 40
3.4 Populasi 42
3.5 Sampel Kajian 42
3.6 Tempat Kajian 43
3.7 Instrumen kajian 44
3.8 Soal selidik 45
3.9 Pemarkatan Skor bagi Faktor Paling Dominan 47
3.10 Kajian Rintis 48
3.10.1 KesahanSoal Selidik 49
3.9.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 50
3.11 Prosedur Kajian 51
3.12 Penganalisaan Data 52
3.12.1 Min 53
3.12.2 Ujian t 53
3.13 Penutup 54
BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisa Data 55
4.2.1 Analisis Data Jantina 56
4.2.2 Analisis Data Umur 56
x
4.2.3 Analisis Data Akademik 57
4.2.4 Analisis Data pengalaman Mengajar 57
4.2.5 Analisis Data Pengalaman KH 58
4.2.6 Analisis Data Bil.Waktu 58
4.2.7 Analisis Data Pendedahan KH 59
4.2.8 Analisis Data Tempat P&P KH 59
4.2.9 Analisis Data Tanggung jawab 60
4.3 Analisis Data Bahagian B 60
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 62
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 65
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 68
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 71
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 74
4.3.6 Rumusan Persoalan Kajian 76
4.4 Dapatan Hipotesis 77
4.5 Kesimpulan 79
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Rumusan 80
5.3 Perbincangan Kajian 81
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 81
5.3.2 Persoalan Kajian 1 83
5.3.3 Persoalan Kajian 2 84
xi
5.3.4 Persoalan Kajian 3 86
5.3.5 Persoalan Kajian 4 87
5.3.6 Persoalan Kajian 5 89
5.3.7 Persoalan Kajian 6 91
5.4 Cadangan Kajian 93
5.4.1 Pihak Pentadbiran 94
5.4.2 Pihak Kementerian Pendidikan Negara 95
5.4.3 Pihak Sekolah 95
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.6 Kesimpulan 97
RUJUKAN 99
LAMPIRAN A-F 106-119
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel 43
3.3 Jadual Spesifikasi Jumlah Item Berdasarkan
Faktor Dominan 46
3.4 Kaedah Pemeringkatan Skala Likert 47
3.5 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 47
3.6 Jadual Pemarkatan Skor dan Tahap 47
3.7 Jadual Analisis Nilai Kebolehpercayaan 49
3.8 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik
Objektif Kajian 54
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik. 57
4.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 57
4.5 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup 58
4.6 Taburan Responden Mengikut Waktu KH 58
4.7 Taburan Responden Mengikut Pendedahan KH 59
4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat P&P KH 59
4.9 Taburan Responden Mengikut Tanggung Jawab 60
4.10 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi
Setiap Item Faktor Pengetahuan Guru
Dalam Masalah Pengajaran Dan
Pembelajaran Kemahiran Hidup 62
4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Pengetahuan 64
xiii
4.12 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap
Item Faktor Minat Guru Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Dalam Masalah
Pengajaran Dan Pembelajaran KH 65
4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Minat 67
4.14 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap Item
Faktor Bebanan Tugas Guru Kemahiran Hidup
Dalam Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup 68
4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Beban Tugas 70
4.16 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap
Item Faktor Kesesuaian Bengkel Kemahiran Hidup
Dalam Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup. 71
4.17 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Faktor Bengkel 73
4.18 Taburan Frekuensi Dan Peratus Bagi Setiap Item
Faktor Sokongan Pihak Pentadbir Dalam
Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 74
4.19 Taburan Bilangan Responden Mengikut Sokongsn
Pihak Pentadbir 76
4.21 Taburan Min dan Sisihan Piawai Secara Keseluruhan 76
4.20 Ujian t Untuk Perbezaan Min Antara Jantina 78
xiv
SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Kerangka Moel Kajian
Bersandarkan Model Brunner 35
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 41
xv
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
JTMI - Insitut Teknikal Jepun-Malaysia
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KHSR - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
TP - Tiadak Pasti
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
RMT - Rancangan Makanan Tambahan
S - Setuju
SRK (T) - Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Pelajar 107
B Surat Akuan Fakulti Pendidikan 115
C Surat Kebenaran JPN 116
D Surat Kebenaran EPRD 117
E Keesahan Soal selidik 118
F Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 119
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pertumbuhan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi,
sosioekonomi serta politik dunia adalah antara beberapa faktor yang telah
mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.
Dalam mengharungi perkembangan untuk menjadi sebuah negara maju pada
tahun 2020, negara kita memerlukan sumber tenaga manusia yang berkemahiran
tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, pendidikan yang berteraskan
sains dan teknologi telah dititikberatkan semenjak pendidikan rendah lagi.
Beberapa perubahan telah berlaku dalam arena pendidikan negara sejak
awal tahun 1980an. Selaras dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan
Jawatan Kuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua
sekolah rendah mulai tahun 1983. Seterusnya pada tahun 1989, Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) pula dilaksanakan di semua sekolah menengah.
(Ee Ah Meng,1996).
Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik
(MPV) pada tahun 2002 di sekolah-sekolah akademik menengah atas merupakan
satu inovasi besar Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Teknik adalah
penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya jika mahu menjadi
sebuah negara perindustrian. (Shahril Marzuki Habib Mat Sam,1999). Untuk
tujuan itu ia memerlukan pembentukan sumber tenaga manusia yang produktif.
Penghasilan sumber tenaga yang produktif pula harus bermula dari awal dengan
2
usaha membentuk individu yang mempunyai pelbagai kemahiran. Arah tuju itu
dapat dihasilkan sekiranya sistem pendidikan negara cenderung ke arah bidang
kemahiran dan juga teknikal. Berlandaskan kesedaran itu kerajaan telah
melaksanakan pelbagai program bagi merealisasikan matlamat untuk
memperkembangkan sumber tenaga manusia yang berkemahiran di samping
memenuhi keperluan sumber tenaga negara dalam sektor perindustrian. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan telah memikul tanggungjawab untuk melaksanakan
program baru iaitu pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM
dan KBSR di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah
diperkenalkan dengan objektif untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dan
berpengetahuan berasaskan teknologi terkini. Pembentukan sesebuah masyarakat
yang berorientasikan teknologi yang semakin canggih itu adalah sejajar dengan
matlamat negara yang ingin menjadi sebuah negara yang maju dalam bidang
perindustrian. Melalui Kemahiran Hidup ini akan membolehkan mereka
mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dan secara tidak langsung ia
dapat mendedahkan pelajar kepada pelajaran vokasional dan teknikal serta alam
pekerjaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan
beliau ketika merasmikan Insitut Teknikal Jepun-Malaysia (JTMI) di Kawasan
Perusahan Bukit Minyak, Sebarang Perai pada 23 Disember 2003, mahukan
masyarakat mengikis tanggapan negatif bahawa kursus teknikal adalah untuk
mereka yang kurang berjaya dalam bidang akademik sahaja. Beliau menegaskan
lagi sebaliknya penguasaan dalam bidang itu perlu dipertingkatkan kerana
berpotensi tinggi untuk berkembang dan menawarkan banyak peluang pekerjaan
kepada belia Malaysia.
Corak permintaan untuk tenaga manusia telah berubah ke arah pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal umpamanya dalam RancanganMalaysia Ketujuh(RMK-7) dan Rancangan Malaysia
3
Kelapan(RMK-8), jumlah pekerjaan yang dicipta adalah paling banyak dalam kategori profesional diteknikal iaitu 17.9% dan 18%
(Utusan Malaysia, 23 Disember 2003).
Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan betapa keperluan tenaga
mahir mencapai tahap membimbangkan sehingga kerajaan membawa masuk
seramai 20,000 pekerja asing dan suasana itu dijangka akan berterusan
(Berita Harian, 26 Ogos 1994). Kenyataan ini dengan jelas dapat dilihat bahawa negara amat memerlukan
sumber tenaga manusia dalam bidang kejuruteraan dan teknikal bagi membantu
negara mencapai hasrat sesebuah negara yang didokong oleh sektor
perindustrian. Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup ini secara asasnya akan
dapat memberi kesedaran kepada pelajar dan sebagai bekalan kemahiran yang
asas untuk mereka dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan. Selain itu,
mata pelajaran ini juga dirancang bagi menyumbang ke arah pencapaian hasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Program yang dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menentukan matlamat yang hendak dicapai. Berlandaskan tujuan dan
matlamat tersebut perancangan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
lebih mengutamakan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
kerja-kerja yang amali yang dilaksanakan di dalam bengkel merupakan
komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berorientasikan Sains, Teknikal dan Kemahiran.
Oleh itu, bagi memastikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
tersebut berkesan faktor lain menjadi penyumbang keberkesanannya perlu diberi
perhatian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup lebih dikenali sebagai mata pelajaran
amali iaitu "hands and tool subject". Keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajrannya adalah bergantung kepada banyak faktor seperti kelengkapan
4
bengkel, alatan pengurusan bengkel yang teratur, masa yang diperuntukkan untuk
pelajaran,tenaga pengajar yang mahir dan sebagainya.
Sebelum ini kajian-kajian yang lepas hanya menyentuh di peringkat
sekolah menengah sahaja. Kajian-kajian di peringkat awal perlu dilakukan bagi
mengenalpasti adakah kemahiran asas yang dilaksanakan selama hampir 15 tahun
ini memberikan manfaat kepada pelajar bagi meneruskan kemahirannya di
peringkat menengah dan selanjutnya.
1.1.1 Latar Belakang Masalah
Semenjak mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu Malaysia telah
berkembang dengan pesat dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.
sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan terpaksa menerima
pelbagai cabaran dalam menempuhi arus pembangunan. Pendidikan memainkan
peranan penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti. Oleh
itu, apa yang perlu dilakukan adalah menumpukan perhatian yang sepenuhnya
kepada pembangunan sumber tenaga manusia terutamanya dalam bidang
vokasioanal dan teknikal.
''Negara kita memerlukan pekerja mahir terutamanya dalam era pembangunan untuk membantu rakyat dan menuju ke arah pembangunan status Negara Malaysia.” (Datuk Sri Najib Tun Razak, 2000)
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa keperluan pekerja-pekerja
mahir dalam pelbagai bidang amatlah penting bagi memenuhi keperluan negara.
Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan satu cabang aliran pendidikan
yang berperanan untuk menampung kehendak tersebut. Oleh itu, satu sistem
pendidikan bercorak 'comprehensive' diperkenalkan di sekolah. Ini merupakan
salah satu strategi kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk
mendapatkan kemahiran asas dalam bidang teknikal.
5
Menurut Ibrahim (2001), program latihan yang berkesan adalah satu
program latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat kerja. Faktor ini
penting dalam memastikan bahawa kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Jika dilihat secara umum pandangan tokoh dan kajian
lepas menjelaskan bahawa keperluan sumber tenaga dalam bidang teknikal
adalah besar, sedangkan bekalannya adalah semakin berkurangan. Demi
mengelakkan situasi ini menjadi semakin runcing maka satu tindakan yang wajar
perlu dilaksanakan dengan segera.
Menurut Robiah Sidin (2001), pelajar lemah biasanya disebabkan mereka
ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan
membuat pengiraan. Kelemahan ini senang dikenalpasti dan sewajarnyalah
apabila diketahui, usaha-usaha untuk membantu pelajar dilipatgandakan (Utusan
Malaysia, Selasa 26 Jun, 2001).
Guru perlulah merancangkan satu siri aktiviti pembelajaran yang akan
membawa perubahan-perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti ini,
guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, jenis pengetahuan
yang hendak diperoleh oleh murid-murid, jenis kemahiran yang harus dibentuk
dan perubahan-perubahan sikap yang hendak dicapainya ( Ee Ah Meng, 1987).
Dalam usaha merealisasikan sistem pendidikan beban tugas dan tanggung
jawab kerja dalam kalangan guru perlu dititkberatkan. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengiktirafkan guru-guru mempunyai keistimewaan tersendiri.
Mereka adalah orang yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang
tinggi serta mempunyai minat untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran
di sekolah dan di luar sekolah. Kemuliaan imej dan sanjungan yang diterima
oleh guru dalam menjalankan dan menyelesaikan tanggung jawab dengan lebih
berkesan telah dibebankan dengan tugas-tugas yang mereka terpaksa pikul di
sekolah, ( Rosli Puteh, 2003).
6
Menurut Sufean dalam Nortini (2000), pentadbiran sekarang semakin
kompleks kini hasil daripada kemajuan pelajar. Guru di samping tugas asasnya
mengajar dan mendidik, mereka dibebankan dengan banyak tugas lain. Guru
Kemahiran Hidup turut dilantik sebagai guru kelas di mana mereka dikehendaki
memproses pungutan yuran, mengendalikan permohonan skim pinjaman buku
teks, biasiswa,kegiatan persatuan, gerak kerja kokurukulum, aktiviti sukan, PIBG
dan seterusnya sibuk menghadiri berbagai-bagai kursus dan mesyuarat. Guru
juga kadang kala bertindak sebagai kerani jika kakitangan di bidang tersebut
tidak mencukupi di sesetengah sekolah. Menurut hasil kajian Atan (1999),
menunjukkan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah dalam Daerah
Kuala Selangor telah menerima bebanan tugas yang banyak dalam satu-satu
masa. Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru merasa tertekan dengan
bebanan kerja yang telah diberikan serta tidak cukup masa untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi dengan subjek Kemahiran Hidup yang
melibatkan kerja-kerja amali di mana mengambil masa yang lama.
1.3. Pernyataan Masalah Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah merupakan
perkembangan yang bercorak amali yang dijalankan bagi murid tahap dua iaitu
bagi tahun empat,lima dan enam. Ia adalah agak berbeza dengan mata elajaran
yang lain. Pelajar menguasai kemahiran berdasarkan pengalaman yang mereka
lalui ketika melakukan aktiviti amali di dalam bengkel. Pendedahan asas kepada
pelajar-pelajar diharap boleh digunakan dalam kehidupan seharian agar pelajar
menjadi lebih inovatif, produktif, kreatif dalam merekacipta.
Namun demikian pembelajaran ini tidak akan berjaya dan berkesan
sekiranya ia dijalankan dengan hanya sekadar memenuhi jadual waktu sahaja. Ini
juga akan menjejaskan dan menafikan hak-hak atau peluang pelajar mengetahui
dalam pendedahan unsur-unsur teknologi. Kesempurnaan sesuatu program itu
hendaklah berkadar terus dengan aspek perlaksanannya berdasarkan objektif
7
pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan matapelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor Bahru.
Prestasi Sekolah Rendah Kebangsaan selalunya dinilai dengan keputusan
Peperiksaan iaitu Peperiksaan UPSR. Oleh yang demikian, semua pihak sama
ada pihak guru, pihak pentadbir sekolah, dan pihak ibu bapa amat memberi
perhatian kepada peperiksaan UPSR. Pihak Sekolah bertungkus lumus untuk
meningkatkan pencapaian peperiksaan dengan pelbagai cara. Iaitu mengadakan
kelas tambahan pada waktu petang, malam dan hujung minggu. Selain itu pihak
pentadbir juga sanggup mengabaikan mata pelajaran yang tidak tersenari dalam
peperiksaan UPSR. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata
pelajaran yang sangat dipandang ringan oleh guru kerana ia memerlukan alatan
dan bengkel. Waktu Kemahiran Hidup selalu diganti dengan mata pelajaran yang
dirasakan susah contohnya Bahasa Melayu dan Sains dan sebagainya. Ini secara
tidak langsung pelajar melupakan mata pelajaran Kemahiran Hidup sedikit demi
sedikit dan mereka berasa amat berat apabila mempelajari subjek ini di sekolah
menengah. Terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah Kebangsaan Tamil di
Kawasan Johor Bahru.
1.1.2 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah
Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru. Secara khususnya kajian ini adalah
seperti berikut.
i Untuk mengenal pasti sama ada pengetahuan guru Kemahiran Hidup sendiri
merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru.
8
ii. Untuk mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran
Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan yang mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan
Tamil di kawasan Johor Bahru
iii. Untuk mengenal pasti sama ada bebanan tugas guru Kemahiran Hidup
merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di
kawasan Johor Bahru.
iv. Untuk mengenal pasti sama ada kesesuaian bengkel Kemahiran Hidup
merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di
kawasan Johor Bahru.
v. Untuk mengenal pasti sama ada sokongan pihak pentadbir merupakan
faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor
Bahru.
vi. Untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara jantina dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup iaitu pengetahuan, minat, bebanan tugas guru,
kesesuaian bengkel dan sokongan pihak pentadbir.
1.5 Persoalan Kajian Secara amnya kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di
kawasan Skudai Johor Bahru. Secara khususnya pula kajian ini untuk menjawab
persoalan-persoalan seperti berikut.
9
i Apakah pengetahuan guru Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan
yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?
ii Apakah minat yang di beri kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup
merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan
Johor Bahru?
iii. Apakah bebanan tugas guru Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan
yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?
iv Apakah kesesuaian bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor dominan
yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di kawasan Johor Bahru?
v. Apakah sokongan pihak pentadbir merupakan faktor dominan yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Kebangsaan Tamil di Kawasan Johor Bahru?
vi Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor-
faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup dari segi pengetahuan, minat, kebebanan tugas guru, kesesuaian
bengkel dan sokongan pihak pentadbir?
1.6 Hipotesis Kajian Hipotesis ialah sesuatu saranan sementara tentang hubungan antara dua
atau lebih pembolehubah yang didapati melalui kaji deduksi (Ahmad Mahdzan,
1997). Saranan sementara tersebut bergantung kepada pengesanan melalui
kajian. Di antara hipotesis yang telah dikenalpasti bagi tujuan kajian adalah
seperti berikut:
10
Hipotesis nol 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor- faktor
yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup dari segi
pengetahuan, minat, kebebanan tugas, kesesuaian bengkel dan sokongan pihak
pentadbir.
Hipotesis nol 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor
pengetahuan guru yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup.
Hipotesis nol 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor minat yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
Hipotesia nol 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor
bebanan tugas guru yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup.
Hipotesis nol 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor
Kesesuaian bengkel yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup.
Hipotesis nol 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor
sokongan pihak pentadbir yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup.