faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di china

15

Click here to load reader

Upload: nohafiq

Post on 15-Jul-2015

167 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

FAKTOR-FAKTOR

KEBANGKITAN

NASIONALISME DI

CHINA

Page 2: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

Nasionalisme di China1. Pada peringkat permulaan gerakan

nasionalisme di negara China merupakan

gerakan anti-Manchu.

2. Dalam konteks ini, usaha telah dijalankan

oleh orang Cina untuk menyingkirkan

dinasti Manchu.

3. Bagi menyingkirkan dinasti Manchu,

beberapa pertubuhan telah ditubuhkan

oleh orang Cina.

4. Pertubuhan-pertubuhan ini meletakkan

asas bagi kebangkitan semangat

nasionalisme dalam kalangan orang Cina

Page 3: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

5. Pada peringkat selanjutnya, gerakan

nasionalisme bercorak anti-Barat ekoran

daripada campuran tangan kuasa-kuasa Barat

di negara China.

6. Dalam pada itu kekalahan orang Cina

dalam Perang Candu Pertama telah

membangkitkan kesedaran tentang keperluan

menguatkan negara mereka.

7. Sehubungan dengan itu, beberapa gerakan

pemulihan dan pembaharuan telah

dilancarkan untuk menguatkan negara China.

8. Kegagalan gerakan-gerakan pemulihan dan

pencerobohan kuasa-kuasa Barat melahirkan

perasaan anti-Barat dan anti-Manchu

dalam kalangan orang Cina.

Page 4: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

GERAKAN 4 MEI (1917-1921)• Gerakan 4 Mei adalah demonstrasi yang

dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti

Peking pada 4 Mei 1919.

• Kebangkitan nasionalisme rakyat China

terhadap kegiatan imperialisme yang

ditekankan kepada mereka.

• Merupakan sebahagian daripada

gerakan intelektual yang berlaku antara

tahun 1917-1923.

• Kemunculan gerakan ini disebabkan oleh

perasaan tidak puas hati terhadap

keputusan Perjanjian Versailles yang

memihak kepada Jepun.

Page 5: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

• Lebih kurang 5000 pensyarah dan

mahasiswa Universiti Peking

mengadakan demonstrasi membantah

Perjanjian Versailles.

• Demonstrasi ini mendapat sokongan

rakyat Cina menyebabkan rusuhan dan

mogokan diadakan di seluruh negara.

• Matlamat utama gerakan ini adalah

menyelamatkan negara China daripada

ancaman kuasa asing.

Page 6: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

MATLAMAT GERAKAN 4 MEIPENGEMBALIAN HAK-HAK CHINA DI

SHANTUNG

Jepun telah merampas konsesi-konsesi

Jerman di Shantung.

Perjanjian Versailles 1919 telah menyerahkan

hak-hak jerman di Shantung kepada Jepun.

Keputusan perjanjian tersebut mengakibatkan

satu demonstrasi massa oleh pelajar-pelajar di

Peking pada 4 Mei 1919.

Mereka menuntut pengembalian hak-hak

China di Shantung dan mendesak kerajaan

China supaya tidak menandatangani

perjanjian Versailles.

Page 7: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

PENOLAKAN 21 TUNTUTAN

Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21

tuntutan ke atas negara China.

Tuntutan-tuntutan tersebut mensyaratkan negara

China berjanji tidak akan menyerahkan atau

memajakkan kepada kuasa ketiga mana-mana

pelabuhan, teluk atau pulau di sepanjang

pantainya.

Negara China juga dikehendaki mengambil

penasihat –penasihat Jepun dan menyetujui apa

jua keputusan yang akan dicapai oleh Jepun dan

Jerman dengan hak-hak Jerman di Shantung.

Negara China telah menerima tuntutan-tuntutan

tersebut dengan beberapa pindaan yang

menguntungkannya.

Page 8: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

Namun, golongan pelajar menganggap

tuntutan-tuntutan tersebut sebagai satu

penghinaan kepada negara China.

Golongan pelajar China menuntut supaya

kerajaan China menolak 21 tuntutan berkenaan

dan mendesak menghukum 3 ahli politik pro-

Jepun yang bertanggungjawab bagi

penerimaan tuntutan-tuntutan berkenaan oleh

negara China.

Page 9: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

FAKTOR-FAKTOR

TERCETUS GERAKAN

4 MEI

Page 10: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

1. KETIDAKSTABILAN POLITIK

Perselisihan faham timbul dalam kalangan

pemimpin-pemimpin China menyebabkan

mereka tidak dapat membentuk sebuah

kerajaan yang kukuh.

Perselisihan faham antara PRESIDEN YUAN SHIH

KAI dengan DR.SUN YAT SEN memburukkan

keadaan politik di China.

Mereka gagal bagi mengatur program-

program bagi membangunkan negara China

yang mundur.

Selepas kematian Yuan Shih Kai, keadaan

politik menjadi semakin meruncing apabila

zaman kehulubalangan.

Page 11: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

2. Kemunculan golongan saudagar dan pekerja.

Semasa Perang Dunia Pertama, perusahaan

besi dan keluli berkembang pesat di China.

Bekalan besi dan keluli serta kelengkapan

perang amat diperlukan oleh pihak Berikat.

Menyebabkan permintaan untuk bekalan besi

dan keluli meningkat menyebabkan muncul

golongan pekerja dan saudagar.

Golongan ini tidak berpuas hati dengan

pergolakan politik di China kerana

menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan

amalan rasuah dan penyelewengan yang

dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Page 12: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

3. PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME.

• Ramai pelajar China yang menuntut di luar

negara kembali ke tanah air (1903-1919)

• pelajar ini menyedari pelbagai kepincangan

yang berlaku di negara China.

• mereka mula bertindak melakukan

pembaharuan bagi membangunkan negara

mereka.

• Universiti Peking memainkan peranan sebagai

pusat perkembangan intelektual di negara

China.

• Tenaga pelajar di unuversiti tersebut

berperanan menyebarkan idea baru kepada

pelajar-pelajar.

Page 13: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

4. PERKEMBANGAN IDEOLOGI KARL MAX DAN

BOLSHEVIK

Ideologi mereka turut memainkan peranan

dalam perkembangan Gerakan 4 Mei.

Ramai pelajar Universiti Peking terdedah

kepada ideologi Marxism yang berkembang

pesat selepas kejayaan Revolusi Bolshevik yang

tercetus di Rusia.

Chen Tu-hsiu, Li Ta choa dan Mao Tze Tung turut

terpengaruh dengan ideologo Marxism.

pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan

ideologi Marxism menubuhkan beberapa

persatuan untuk menyebarkan ideologi

tersebut.

-PERSATUAN ARAS BARU, PERSATUAN MAJALAH

RAKYAT, KESATUAN PEKERJA DAN PELAJAR.

Page 14: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

5. PERISTIWA LUAR NEGERI.

Peristiwa yang berlaku di negara asing turut

memberi inspirasi kepada golongan inspirasi

nasionalis di negeri China.

Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulinkan

kerajaan Tsar dan membentuk sebuah

kerajaan moden menjadi perangsang kepada

golongan nasionalis di China.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara

telah memberi perangsang kepada rakyat

China melancarkan Gerakan 4 Mei.

Page 15: Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china

6. PENGAMBILLAN WILAYAH SHANTUNG OLEH

JEPUN.

Semasa Perang Jepun Pertama, Jepun

bertindak menguasai wilayah Shantung

daripada Jerman.

Jepun menempatkan pasukan tenteranya di

wilayah tersebut bagi mengukuhkan

kedudukannya.

Dalam Perjanjian Versailles (1919) memutuskan

hak-hak Jerman di wilayah Shantung

diserahkan kepada orang Jepun.

Keputusan tersebut mendapat tentangan

hebat daripada orang Cina.

Pelajar-pelajar Universiti Peking melancarkan

demonstrasi besar-besaran di Peking pada 4