faktor-faktor hegemoni barat

Upload: raphael-alvin

Post on 18-Jul-2015

395 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Faktor-Faktor

Setelah kita diperkenalkan dan difahamkan dengan terma dan konsep hegemoni dan globalisasi, seterusnya kita akan melihat akan faktor-faktor hegemoni dan globalisasi ini. Tanpa kita sedari sebenarnya, seiring dengan pembangunan serta kemajuan yang berlaku dengan pesat, pengaruh hegemoni telah pun merebak secara meluas di dunia ini. Pertama sekali, cuba kita lihat akan salah satu faktor yang telah menyebabkan hegemoni barat merebak secara meluas. Faktor tersebut ialah imperialisme baru, definisi imperialisme oleh Kamus Dwibahasa ialah dasar meluaskan satu-satu empayar dengan menjajah negara-negara lain. Oleh itu, dari sini kita dapat melihat dengan jelas ia adalah berkaitan dengan menguasai negaranegara lain. Seperti yang kita dapat lihat pada masa kini, kekuasaan Barat terhadap negara-negara lain jelas terlihat. Mereka mengelar diri mereka sebagai polis dunia di mana mereka berhak untuk menjaga hak-hak kita dan bila mereka berhak ke atas kita maka mereka mempunyai kuasa untuk melakukan apa saja yang mereka inginkan ke atas kita. Contoh-contoh penunjukan kekuasaan terhadap negara lain ialah serangan ke atas Iraq atas alasan negara tersebut menjalankan operasi yang boleh mengugat atau mengancam keamanan dunia. Namun, selepas serangan tersebut bukti-bukti untuk kuasa Barat ini mengadakan serangan tersebut masih tidak nyata dan jelas. Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga adalah di bawah kawalan mereka kerana mereka mempunyai kuasa veto di dalam ppertubuhan tersebut.Daripada ini, kita dapat melihat dengan jelas akan tujuan mereka. Selain itu, ini adalah untuk mempertahankan hegemoni mereka daripada tergugat kerana ancaman daripada negara-negara lain kerana mereka telah mewujudkan ancaman secara tidak langsung dengan kuasa yang ada pada mereka menyebabkan tidak ada pihak yang berani untuk menentang mereka. Tambahan pula dengan proses globalisasi yang berlaku pada masa kini memberikan mereka peluang untuk meluaskan lagi pengaruh hegemoni mereka di mana mereka memanipulasikan media massa dengan kuasa yang ada pada mereka. Contohnya, siaran televisyen antarabangsa seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC) yang dikuasai oleh mereka

membolehkan mereka menyebarkan maklumat-maklumat global melalui pandangan mereka yang seterusnya digunakan oleh wartawan-wartawan daripada negaranegara lain sebagai sumber mereka untuk disampaikan di negara masing-masing. Bukan dengan ini sahaja, seperti yang kita dapat lihat rancangan-rancangan hiburan yang menunjukkan akan kekuasaan mereka juga telah mempengaruhi generasi pada masa kini.Dengan ini, mereka dapat menguatkan lagi pengaruh mereka dan ini sebenarnya cara mereka untuk mendominasi kita secara tidak langsung tanpa menjajah negara kita. Faktor seterusnya ialah untuk membuatkan kita lalai dan terpesong daripada budaya dan pegangan agama kita. Budaya hedonistik yang diamalkan oleh barat adalah bertentangan sama sekali dengan budaya masyarakat Timur kerana budaya Barat mengamalkan perhubungan sosial yang bebas antara jantina yang berlainan. Budaya hedonistik ini kita dapat lihat disebarkan melalui media massa dalam bentuk rancangan hiburan dan pada masa yang sama ia secara tidak langsung mempromosikan budaya ini untuk diamalkan. Di negara kita, ternyata budaya hedonistik ini telah mula menular di mana pergaulan secara bebas antara lelaki dengan perempuan semakin meluas. Kita juga kerap kali melihat berita tentang bayibayi terbuang kerana seks luar nikah yang salah di sisi agama Islam dan juga agama yang lain. Jika perkara ini terus berlaku maka lama kelamaan kita akan terpesong daripada kepercayaan atau agama kita.