f akul ti sains sosial - universiti malaysia sarawak
TRANSCRIPT
SB 931 L479 1997
PENILAIAN TERHADAP PROJEK 'INSECT PROOF NETTING SYSTEM'DI DAERAH SIBURAN, SARAWAK. SATU
PENDEKATAN DARI SEGI PERBANDINGAN
LEE MENG CHaO
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada . syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
F AKUL TI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
1997
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia
saya , iaitu Dr. Oimbab Ngidang. Oi bawah penyeliaan beliau, saya dapat
menjalankan kajian dan menyiapkan latihan ilmiah dengan yakin. Tidak lupa juga
penyeliaan Dr. Gabriel Tonga Noweg dalam bidang pembentukan model 'cost
benefit'.
Oengan peluang ini, saya lOglO merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
terhadap pegawai-pegawai dan pembantu pertanian yang bertugas di Jabatan
Pertanian Siburan , Sarawak. Oi antara pegawai-pegawai tersebut ialah Encik Abdul
Rahim .', Den , Liew , Yee, Bujang, Jong dan Anog. Bantuan mereka sepanjang tempoh
kajian am at saya hargai. Terima Kasih.
Oi samping itu , saya juga mengucap terima kasih kepada responden-responden
atas kerjasama mereka semasa temuduga. Kesudian meluangkan masa dan memberi
maklumat secara jujur amat saya hargai.
Oi sini , saya ingin meluahkan perasaan bangga kepada keluarga saya di
Kedah. Oengan sokongan moral mereka, saya berasa yakin dan tabah, waJaupun
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah sepanjang tempoh penggajian di Unimas.
Akhir sekali , tidak Jupa juga mengongsikan kebanggaan di kalangan rakan
rakan seperJuangan, terutamanya rakan-rakan seprogram 'Perancangan dan
Pengurusan Pembanguan' , sempena menjadi pelajar perintis di Unimas.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membuat satu penilaian kasar terhadap projek
'Insect Proof Nening System ' di Siburan. Seramai 62 orang pekebun sayur telah
dipilih secara strata untuk mewakili populasi (154 pekebun sayur) dalam kajian ini.
Dalam hal persampelan, semua penerima projek (14 orang) ditemuduga, manakala
bukan pener ima projek dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai responden.
Gabungan kedua-dua soal-selidik dan temuduga digunakan untuk tujuan pengutipan
data. Data-data dianalisis dengan mengg unakan teknik-teknik statistik seperti
diskriptif, ujian-t , anal isis fungsi diskriminant dan juga analisis kos-faedah .
Keputusan menunjukkan bahawa lima faktor pendorong yang terutama, secara
turutan ialah cuaca, keuntungan lumayan, hasil pengeluaran baik, setelah melihat
projek berjaya, dan satu keperluan. Manakala faktor-faktor penghalang terpenting
boleh ditinjau dari segi ekonomi , dan diikuti oleh aspek-aspek situasi dan sosio
psikologi.
Daripada keputusan kajian, didapati bahawa orang tengah memainkan
peranan yang penting dalam hal pemasaran. Corak penginteraksian yang terjaling di
antara pekebun-pekebun sayur dan orang tengah adalah sederhana memuaskan dan
saling bergantungan, dengan terikat kepada prinsip 'saling mempercayai'.
Nisbah kos-faedah bagi projek ialah 3.66, berbanding dengan 'tanpa projek'
iaitu 1.59, menunjukkan bahawa projek 'Insect Proof Nening System ' adalah lebih
beruntung sebagai satu projek pelaburan dalam jangka masa panjang.
11
ABSTRACT
The purpose of this study was to evaluate the'lnsect Proof Netting System'
vegetable project in Siburan. A list of market gardeners in Siburan was provided by
the Department of Agriculture Siburan. Of 154 market gardeners in Siburan, 62
respondents were chosen. For the purpose of this study, all 14 adopters were
interviewed while the non-adopters were randomly selected. Both self-administered
questionnaires and personal interviews were used to gather relevant data for this
study. Descriptive statistics, t-test, discriminant function analysis, and cost-benefit
analysis were used the data analysis.
Five main motivating factors which influenced the adoption of 'Insect Proof
Netting System' were favorable climate, high yield, perceived profitability, the need
for the project, and after having seen the success of the project being carried out by
other gardeners. The reasons for failure to adopt the project were mainly due to
economic reasons, rather than situational and social psychologically factors.
It was also discovered that middlemen playa very functional role in marketing
farm produce. Market gardeners are interdependent and their interactions with
middleman were established principally based on mutual 'trust ' .
The cost-benefit ratio of the ' Insect Proof Netting System' project was
calculated to be 3.66 compared to open-planting which has a cost-benefit ratio of only
1.59. In the long run, it is concluded that 'Insect Proof Netting System' project is
more profitable compared to a conventional open-planting technique of vegetables
product ion.
III
Pll~at J.:hiclmal Ma~lum"t \hademik l·'HVI::.f{SlTI MALAY~IA SARAWJ\K
SENARAI JADUAL
MUKA SURAT
.Iadual
1. Ciri-ciri sosio-ekonomi respond en 32
2. Perbandingan min dan pangkat bagi faktor-faktor pendorong dan penghalang terhadap tahap penerimaan projek 40
3. Pekali kolerasi terhadap tahap penerimaan projek dengan pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar 43
4. Ujian-t di antara penerima dan bukan penerima projek terhadap pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar 45
5. Ringkasan keputusan klassifikasi 45
6. Pekali fungsi diskriminant piawai dan bukan piawai 46
7 . Ujian-t di antara pekebun bumiputera dan bukan bumiputera terhadap pembolehubah-pembolehubah terpilih 48
8. Perbandingan min di antara pekebun bumiputera dan bukan bumiputera dari segi faktor-faktor pendorong dan penghalang 50
9. Interaksi dengan orang tengah 53
10. Penglibatan penerima dalam projek 59
11. Analisis kos dan faedah bagi penanaman sayur di bawah projek dan tanpa projek (seekar/ tahun) 61
IV
SENARAI GAMBARAJAH
MUKA SURAT
Rajah
l. Model proses Penerimaanguna-Inovasi 9
2. Sumber maklumat mengenai projek 'Insect Proof Netting System' 37
3. Tahap penerimaan terhadap projek ' Insect Proof Netting System' 38
v
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ABSTRAK SENARAI JA.DUAL SENARAI GAMBARAJAH
BABI PENGENALAN
Latar Belakang
Kenyataan Masalah
Objektif Kaj ian
Kepentingan Kajian
BAB II KERANGKA TEORITIS
Kajian Difusi- Inovasi
Penyelidikan Sistem Tani
Pendekatan Antropologikal
Proses Penerimaanguna
Kategori Penerima
Proses Pemindahan Teknologi
Penghalang Terhadap Tahap Penerimaan Inovasi
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penerimaan
Orang Tengah
Interaksi Orang Tengah Dengan Pekebun-pekebun Sayur
Analisis Kos dan Faedah
MUKA SURAT
ii - iii iv v
1
2
4
5
6
6
7
8
8
10
II
12
13
18
20
2 1
VI
MUKA SURAT
BAB III METODOLOGI 23
Lokasi Kajian 23
Populasi dan Sampel 23
Alat Pengukuran 24
Operational Pembolehubah 25 Ciri-ciri demografi responden 25 Kesedaran terhadap isu-isu alam persekitaran 25 Persepsi terhadap projek 'Insect Proof Netting System' 26 Faktor-faktor pendorong dan penghaJang terhadap projek 26 Kos-faedah projekf tanpa projek 27 Interaksi dengan orang tengah 27 Penglibatan peserta dalam projek 28
Pengumpulan Data 28
Penganai isaan Data 30
BABIV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 31
Ciri-ciri Sosio-Ekonomi Responden 31 Umur 31 lantina 31 Tahap pendidikan 33 Pendapatan kasar 34 Bilangan tanggungan keluarga 35 Saiz tanah 35 Pengalaman 35 Jumpa dengan pembantu pertanian 35 Keahlian daJam Pertubuhan Peladang 36
Faktor-faktor Pendorong dan PenghaJang Terhadap Tahap Penerimaan Projek 37
Tahap penerimaan projek 37 Faktor-faktor pendorong 38 Faktor-faktor penghaJang 41
Perhubungan di antara Tahap Penerimaan Projek Dengan Pemboleubah-pembolehubah Tidak Bersandar 43
Perbandingan di antara Pekebun CinafBumiputera 48
Vll
Interaksi dengan Orang Tengab Tabap kepuasan Konfl ik dengan orang tengah Pandangan terhadap orang tengah Sebab-sebab tidak jual sendiri ke pasar Corak penginteraksian Trend harga pasaran bagi sayur-sayuran
MUKA SURAT
51 54 55 55 56 56 57
Penglibatan Penerirna dalarn Projek 'Insect Proof Netting System' 58 Penerusan projek tanpa subsidi 58 Penerusan projek, setelah rnenghadapi kegagalan 58 Perkernbangan projek pada rnasa depan 58 Penyarnpaian inovasi kepada pekebun-pekebun lain 59
Analisis Kos-Faedah Projekl Tanpa Projek 60
BAB V RlNGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 63
Ringkasan Kajian 63 Ciri-ciri sosio-ekonorni respond en 63 Faktor-faktor pendorong dan penghalang 64 Perhubungan di antara tahap penerirnaan dengan pernbolehubah-pernbolehubah tidak bersandar 64 Perbandingan di antara pekebun Cinal Burniputera 64 Interaksi di antara pekebun dengan orang tengah 64 Analis is kos dan faedab projekl tanpa projek 65
Kesirnpulan 65
Irnplikasi Kajian 66
Had-had Kajian 68
Cadangan Kajian 69
BIBLIOGRAFI 71
LAMPIRAN A. Soal Selidik 76 B. Analisis Real ibiliti - Alpha 86 C. Analisis Fungsi Diskrirninant 88 D. AI iran Tunai Projek 94 E. Garnbar 95
VIll
BABl
PENGENALAN
Latar Belakang
Pada pertengahan 1980-an, Singapura telah menghalang pengimportan sayur
sayuran dari Cameron Highland. lni berpunca daripada penggunaan racun serangga
yang melebihi paras selamat oleh pekebun-pekebun sayur (Mah er ai., 1988; Empari,
1995; Lai , 1996). Lanjutan kes ini, pengi mportan sayur-sayuran dari Serian, Sarawak
disekat masuk ke Brunei pada tahun 1993 atas alasan yang sarna. Berkenaan dengan
krisis ini , Tungal (1996) melaporkan bahawa Sarawak telah kehilangan sumber
pendapatan tahunan sebanyak RM2 million. Secara langsung , kes ini memberi satu
pengajaran dan tamparan hebat kepada pekebun-pekebun sayur yang selama ini
kurang peka terhadap kesan negatif yang mungkin lertimbu! daripada penggunaan
racun serangga secara berlebihan.
Kesan daripada pengharaman pengimportan sayur-sayuran o!eh negara-negara
wan seperti Singapura dan Brunei, baru!ah kerajaan berinisiatif untuk mengatasi
penya!ahgunaan racun serangga di ka!angan pekebun-pekebun. Selaku Menteri
Pertanian dan Pembangunan Komuniti, Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu memberi
amaran kepada pekebun-pekebun yang terus mengamalkan penggunaan racun
serangga secara ber!ebihan (Tunga!, 1996). Sebagai saru strategi untuk menangani
masalah penyalahgunaan racun serangga, Jabatan Pertanian Sarawak telah
memperkenalkan projek 'Insect Proof Netting System' secara besar-besaran di
kalangan pekebun-pekebun sayur.
1
2
Projek 'Insect Proof Netting System' berasal dari Taiwan (Lai , 1996).
Berkenaan dengan projek ini, penyelidik-penyelidik pertanian tempatan telah
menyarankan beberapa fungsi projek yang boleh dimanfaatkan oleh pekebun-pekebun
sayur tempatan. Fungsi-fungsi projek ini termasuklah (1) mengurangkan penggunaan
racun serangga (2) melindungi daun sayur dari impak air hujan (3) mengurangkan
pancaran matahari terik sebanyak 10% - 15 % (lllias et al. , 1990; Lai, 1996). ladi ,
boleh dikatakan bahawa projek ini bukan sahaja merupakan satu alternatif yang paling
ideal untuk mengurangkan penggunaan racun serangga dan kerosakan pad a daun
sayur, tetapi ianya juga berpotensi untuk medatangkan hasH pengeluaran dan
pendapatan yang agak lumayan kepada pengguna projek. [ni memandangkan sayur
'netting' yang berkualiti layak untuk mendapatkan pengesahan dan jaminan harga
premium sebanyak 50 % daripada labatan Pertanian.
Dari aspek pemasaran, dipercayai bahawa mutu sayur-sayuran 1111 akan
mendapat sambutan baik dari pelanggan , disebabkan hasil tanaman di bawah projek
ini pra-alam persekitaran dan selamat dari segi faktor kesihatan, walaupun harganya
lebih mahal. Dengan itu , jelasnya projek ini bukan sahaja menjamin kepentingan
pekebun-pekebun sayur, tetapi juga kedua-dua pihak kerajaan dan pelanggan , khasnya
pad a jangka masa panjang .
Kenyataan Masalah
Satu 'pilot projek' seluas 0.5 ekar teJah dimulakan pada 1 September 1994
sebagai satu strateg i untuk mempromosikan projek ' Insect Proof Netting System ' di
Siburan. Selaras itu, labatan Pertanian Siburan menggalakkan pekebun-pekebun agar
menerima inovas i baru ini demi kebaikan semua golongan pacta jangka masa panjang.
3
Sehingga Disember 1996, didapati hanya seramai 14 orang pekebun-pekebun
sayur , daripada kira-kira 154 pekebun-pekebun sayur di Siburan, yang berjaya
menerima projek 'Insect Proof Netting System' sebagai projek pereubaan. Dari
statistik di atas , jelas diperhatikan hanya peratusan yang keeil sahaja yang terlibat
dalam projek ini. Lantaran itu, kajian ini berhasrat untuk meneliti persepsi, faktor
faktor pendorong dan penghalang, serta ciri-ciri yang menyumbang kepada tahap
penerimaan terhadap projek 'Insect Proof Netting System ' di kalangan pekebun
pekebun sayur di Siburan.
Sementara itu , Oandot (1991) pula mengemukakan bahawa kelembapan
penglibatan peserta dalam projek mungkin disebabkan oleh kekurangan pemahaman
tentang aspek-aspek seperti objektif, konsep dan faedah dalam sesuatu projek.
Menyedari ten tang hal ini, satu analisis kos dan faedah projek diperlukan untuk
menjelaskan kepada pekebun-pekebun tentang faedah yang mungkin diperolehi dari
projek 'Insect Proof Netting System'. Faedah dari aspek ekonomi diharapkan boleh
dijadikan sebagai saw alat motivas i untuk menggalakkan pekebun-pekebun agar
menerima projek ini.
Pekebun-pekebun seharusnya lebih berdikari , dan berinisiatif kendiri untuk
memajukan diri , dalam usaha untuk mempertingkatkan status sosio-ekonomi masing
masing (Songan, 1992). Namun begitu, jelasnya terwujud s ikap yang agak berbeza di
kalangan pekebun-pekebun bumiputera dengan pekebun-pekebun bukan bumiputera
di Siburan. Pekebun-pekebun bukan bumiputera kelihatan lebih berdikari dan mampu
untuk menguruskan kebun mereka dengan lebih cekap dan berbentuk komersial. Oi
sini , kajian ini ingin memperlihatkan sama ada wujud perbezaan di antara kedua-dua
5
Kepentingan Kajian
Daripada keputusan kajian ini, diharapkan ia dapat memberi satu gambaran
yang jelas kepada labatan Pertanian Siburan berkenaan dengan sambutan pekebun
pekebun terhadap projek 'Insect Proof Netting System'. Pegawai-pegawai pertanian
boleb mengetabui sikap, inisiatif , tabap penerimaan dan persepsi pekebun-pekebun
terhadap projek ini. Dengan itu, mereka boleh meningkatkan mutu perkbidmatkan
lagi, dan lebib mudab untuk memberangsangkan pekebun-pekebun agar
mempraktikkan teknologi baru , di samping mengurangkan sikap keraguan pekebun
pekebun sayur terbadap projek ini.
Selain itu, pekebun-pekebun sayur dapat membuat keputusan dengan lebib
cekap, dengan berpandu kepada kajian penilaian projek ini. Daripada kajian, mereka
diperuntukkan maklumat-maklumat yang berguna dengan membuat perbandingan
dari segi pelaksanaan 'projek' dan' tanpa projek'. Tambaban pula, mereka juga boleb
memahami objektif, konsep dan faedah 'projek' dengan lebib jelas melalui kajian ini.
Di samping itu, kajianini juga boleh dijadikan sebagai kajian masa depan bagi
ahli-ahli akademik yang seterusnya. Dari kajian ini, golongan ini boleh mendapat satu
gambaran kasar terhadap penilaian projek 'Insect Proof Netting System', dan
seterusnya membuat sumbangan yang lebih bernilai dari segi akademik.
6
BAB II
KERANGKA TEORITIS
Menurut Doorman (1991), faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan
seseorang pekebun dalam hal penerimaan terhadap teknologi pertanian , boleh ditinjau
dari tiga aspek utama iaitu kajian difus i-inovas i, penyelidikan sistem tani dan
pendekatan antropologikal.
Kajian Difusi-Inovasi
Kajian difusi-inovasi sering mengaitkan ciri-ciri penerima sebagai faktor yang
mempengaruhi tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu inovas i (Doorman ,
1991). Contoh ciri-c iri penerima ini termasukJah kadar kenaI huruf, kekerapan
berinteraksi dengan agen pengembangan, bersifat rational , penglibatan dalam
organisasi dan pendedahan kepada media-massa (Doorman,1991; Yoh , 1982).
Rogers (1983) merumuskan bahawa ciri-ci ri penerima boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian, iaitu sos ioekonomi status , pembolehubah peribadi dan
tingkahlaku komunikas i. Ciri-ciri sosio-ekonomi status termasuklah taraf
pendidikan, tahap pendapatan, status sosial, pemilikan ladang yang luas dan
pengurusan pertanian secara komersial. Ciri-ciri yang dimaksudkan dalam
pembolehubah personaliti merangkumi empati , kurang dogmatisme , bersifat rasional ,
berani mengamb il risiko dan mempunyai pencapaian motivasi yang t inggi. Sementara
itu, beliau juga merumuskan bahawa penerima awal mempunyal beberapa
tingkahlaku komunikasi yang unik. Ini merangkum i keaktifan untuk mencan
maklumat, berpengetahuan, bersifat kosmopoli t, dan aktif dalam akt iviti-aktiviti
7
sosial. Ciri-eiri inilah yang membawa kepada perbezaan jelas di antara penerima awal
dan penerima akhir , berkenaan dengan darjah keinovatifan terhadap sesuatu inovasi .
Rogers (1986) melaporkan bahawa individu yang berstatus tinggi lebih awal
menerima sesuatu inovasi. Ini menonjolkan satu simbol status bagi golongan ini.
Tambahan pula, Golongan berstatus tinggi mempunyai kesedaran yang tinggi , di
samping berkemampuan untuk memiliki inovasi yang berkos mahal ( Ismail , 1990).
Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang mengaitkan eiri-eiri status sosioekonomi
dengan tahap penerimaanguna terhadap inovasi , adalah tidak setuju oleh Caneian
(i 967). Beliau mengemukakan satu teori Caneian yang mengatakan bahawa
golongan pertengahan-rendah lebih berinovatif jika dibanding dengan golongan
pertengahan-tinggi dalam keadaan yang penuh dengan ketidakpastian.
Penyelidikan Sistem Tam (Farm System Research)
Penyelidikan Sistem Tani merupakan satu strategi pengintegrasian di antara
kompenan-kompenan pertanian, alam persekitaran dan unsur-unsur kemanusiaan ke
arah peningkatan day a produktiviti, melalui penerimaanguna teknologi pertanian yang
sesuai (Shaner, et aI. , 1982; Ismail, 1990).
Berkenaan dengan perspektif ini , ciri-ciri situasi (situational), inovasi dan
teknologi sendiri ditekankan sebagai faktor-faktor penting yang mempengaruhi lahap
penerimaan seseorang terhadap sesuatu inovasi (Doorman, I991 ). Di antara eiri-eiri
situasi yang difokuskan oleh beliau ialah agro-ekologikal (iklim, jenis tanah dall
IOpografi) , ekonomi (status tallah, buruh, dan harga input) , dan juga geografikal
(jizikal infrastruktur). Sementara itu , Rogers (1983) mengkalegorikan e iri-ciri inovasi
kepada lima jenis iailu faedah bandingan (relative advantage) , kesesuaian
8
(compatibility), kompleksiti (complexity) , kebolehan untuk dicuba (triaiability) dan
kebolehan untuk dilihat (observability).
Pendekatan Antropologikal
Peranan ahli antropologi semakin penting ke arah penyelidikan pertanian pada
masa kini (Horton, 1986). Pendekatan ini mengambil kira faktor-faktor dari aspek
sosial, psikologi, kognitif dan kebudayaan, yang berpotensi untuk mempengaruhi
tahap penerimaan dan keperluan seseorang petani terhadap teknologi pertanian yang
baru (Doorman, 1991). Ciri-ciri sosio-kebudayaan yang dimaksudkan termasuklah
organisasi peladang, aspek kognitif petani, dan perikatan hubungan di antara petani
dengan orang tengah, penyewa tanah serta agen pengembangan.
Untuk tujuan penyelidikan dari segi pendekatan antropologikal, kaedah
penyelidikan kuanlitatif seperti penglibatan, pemerhatian dan kajian kes dikendalikan
untuk memperolehi data-data berkenaan dengan keperluan terhadap inovasi di
kalangan pekebun-pekebun (Doorman, 1991).
Proses penerimaangnna (Adoptioll Process)
Proses penerimaanguna boleh didefinisikan sebagai satu proses mental
kompleks yang dilalui oleh individu atau unit penerima, dari tahap pengetahuan,
pembentukan sikap, sehingga ke tahap untuk membuat keputusan sarna ada menerima
atau menolak sesuatu inovasi (Rogers, 1986). Rogers (1983) membahagikan proses
penerimaanguna kepada lima tahap secara turutan, iaitu pengetahuan, pemujukan,
keputusan, pelaksanaan dan penentuan (Rajah I). Namun, Ismail (1990)
mencadangkan agar dimasukkan tahap penghayatan ke dalam model Rogers. Ini
10
melalui proses kognitif atau mental, dengan meletakkan diri dalam ramalan situasi dan
menganggarkan kos-faedah inovasi tersebut. Dalam peringkat percubaan, individu
akan cuba menjalankan experiment inovasi secara keci l-kecilan, selepas bel iau
membuat keputusan mental untuk mencubanya. lni merupakan satu tindakan
'jamLnan untuk melihat keberkesanan inovas i tersebut. Jika individu berpuas hali
dengan inovasi yang dicuba, beliau akan menerima inovasi tersebut secara berterusan
dan berskala besar. Peringkat ini digelar sebagai 'penerimaanguna' .
.Tika dibandingkan dengan model Rogers (1983), boleh diperhatikan bahawa
kedua-dua model menekankan proses penerimaanguna sebagai satu proses mental
yang kompleks iaitu melalui peringkat kesedaran/pengetahuan sehingga ke tahap
penerimaan sesuatu inovasi.
Kategori Penerima
Biasanya, sesuatu inovasi diterima oleh kumpulan individu pada mas a yang
berlainan (Beal dan Bohlen, 1981 ), sepertimana yang diringkaskan melalui keluk-S
(Rogers , 1983) . Menurut Ayod (1994), fenomena ini disebabkan oleh perseps i
penerima yang berbeza terhadap sesuatu inovasi. Secara khusus , penerima-penerima
inovasi boleh dikelaskan kepada lima kategori dalam satu taburan normal , iaitu
perintis , penerima awal, penerima awal majoriti, penenma lewat majori ti, dan
kelompok ketinggalan (Rogers, 1983; Beal dan Bohlen , 1981).
Rogers (1983) menyifatkan perintis sebagai individu yang mgll1 mencuba ,
sanggup mengambil ris iko, bersifat kosmopolit , dan berstatus tinggi dalam
masyarakat. C iri-ciri la in bagi kategori ini termasuklah kekayaan, mempunyai modal,
pemilikan saiz ladang luas dan berasal daripada keJuarga yang berada (Beal dan
11
Bohlen, 1981). Bagi golongan yang dikategorikan dalam penerima lewat majoriti
pula terdiri daripada mereka yang mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat(Rogers ,
1983). Menurut Ismail (1990), rakan, jiran dan saudara memainkan peranan penting
untuk mengikiskan perasaan wak sangka golongan ini terhadap sesuatu inovas i.
Manakala golongan ketinggalan pula merujuk kepada mereka yang enggan untuk
menerima inovasi atas fakto r-faktor tertentu seperti percanggahan nilai norma dan kos
inovasi yang mahal (Rogers, 1983). Sementara Beal dan Bohlen (1981) pula
mengkritikkan bahawa golongan ketinggalan ini terdiri daripada golongan yang tua,
tahap pendidikan yang rendah , tidak aktif dalam kedua-dua aktiviti sosial dan
pencarian maklumat melalui sumber media-massa.
Mengapa kita perlu mengetahui tentang kategori penerima terhadap proses
penerimaanguna sesuatu inovasi? Menuru t Ismail (1990), pengetahuan mengenai isu
ini boleh membantu dalam proses pemindahan teknologi. Tambahan pula,
pengenalpastian tentang faktor-faktor dan kategori penerima boleh meningkatkan
mutu perkhidmatan dan produktiviti di kalangan agen pengembangan (Voh, 1982) .
Proses Pemindahan Teknologi
Sepertimana yang didefinisikan oleh Ismail (1990), teknologi dalam aspek
pertanian boleh diru.iuk kepada gabungan kedua-dua konsep dan pengetahuan, untuk
menghasilkan suatu inovasi yang berbentuk fizikal.
Secara umum , terdapat empat punca terhasilnya sesuatu teknologi baru
(Ismail , 1990) . [a termasuklah amalan dari petani ma.iu tempatan , be rasal dari luar
negeri, dihasil dari pusat penyelidikan tempatan dan berasal dari pusat penyelidikan di
peringkat antarabangsa.
12
Proses pemindahan teknologi berlaku apabila inovas i teknologi ini mula
diterimaguna oleh individu atau unit pener ima (Jedlicka, 1977). Proses ini melibatkan
tiga pihak iaitu sumber, perantaraan dan penerima. Namun , masalah yang ditimbulkan
oleh Ismail (1990) mengenai proses pemindahan teknologi ialah penyelidik dan agen
pengembangan kurang bermahir untuk demontrasi teknologi mengikuti tahap
pemahaman petani. Sememangnya, kejayaan proses pemindahan teknologi
memerlukan penggemblengan tenaga dari ketiga-tiga pihak ini iaitu penyelidik, agen
pengembangan dan petani.
Penghaiang Terbadap Tabap Penerimaan Inovasi
Ismail (1990) mengesyorkan beberapa faktor yang menghalang tahap
penerimaanguna sesuatu ll1ovasl. Faktor-faktor penghalang 1111 termasuklah
kekurangan modal , status pemilikan tanah, kesukaran untuk memperolehi inpu t-input
pertanian dan masalah buruh secara bermusim. Penghalang lain yang ditemui oleh
Ngidang dan rakan-rakannya (1986) ialah kekurangan tenaga buruh, mempunyai
pekerjaan utama yang lain, kos input yang tinggi dan harga pasaran rendah.
Dalam kajian difusi-inovasi, golongan bukan penerima sering disifatkan
sebagai golongan yang tidak rational , konservatif dan tidak mahu perubahan baru
(Ridgley dan Brush , 1992). Tadaro (1994) menafikan kenyataan'stereotype ' sebegini ,
dan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik seharusnya mencari sebab kepada
fenomena ini. Beliau mengemukakan beberapa faktor-faktor yang menghalang petani
petani daripada penerimaan sesuatu inovas i. Ini termasuklah (I) pengeksplotasian
keuntungan oleh penyewa tanah dan peminjam kredit (2) kerajaan tidak membekalkan
harga minimum 'jaminan' (3) ketidaktentuan dalam bekalan input-input pertanian.
13
. . Satu perkara yang agak memberanjatkan ialah nama 1l10VaSl boleh
mempengaruhi tanggapan penerima untuk menerima atau menolak inovasi (Rogers,
1986). Contoh, AGWEX (informasi mengenai cuaca pertanian) telah ditukarkan
kepada 'Green Thumb', disebabkan nama yang terlalu teknikal dan sukar difahami
oleh petani sebagai satu inovasi baru. Sementara itu, ciri-ciri inovasi yang amat
bercanggah dengan sistem norma sesuatu komuniti juga boleh menghalang
penerimaanguna terhadap inovasi tersebut (Rogers, 1983; Ismail, 1990).
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penerirnaan
Bahan kaj ian-kaj ian lepas boleh diperolehi berkenaan dengan Jems
penyelidikan yang berkaitan dengan topik ini (Yoh, 1982; Smither dan Braun,1994;
Doorman, 1991; Ridgley dan Brush, 1992; Saltiel, eta!., 1994; Ngidang, eta!., 1986;
Ngidang,1992; Pomp dan Burger, 1995).
Misalan, Yoh (1982) telah membuat satu kajian berkenaan dengan faktor
faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan terhadap teknik-teknik pertanian di satu
perkampungan Nigerian. Dalam kajian tersebut, pembolehubah-pembolehubah seperti
umur, tahap pendidikan, status sosio-ekonomi, saiz tanah, bilangan tanggungan
keluarga, kadar kenai huruf, sifat emphati, peranan kepimpinan, hubungan
pengembangan dan hubungan luar (urban contact) diambil kira sebagai
pembolehubah tidak bersandar bagi menjelaskan tahap penerimaan terhadap inovasi di
perkampungan tersebut. Teknik-teknik statistik seperti kolerasi Pearson dan 'stepwise
multiple regression analysis' digunakan untuk menguji perhubungan yang wujud di
antara kedua-dua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar tersebut. Keputusan
menunjukkan bahawa peranan kepimpinan, kadar kenaI huruf, hubungan
l'u at Io:hirimal Muklum31 1\1kademik UNIVERSm MAU·.YSIA SARAWAK
pengembangan, sifat emphati , tahap pendidikan, hubungan luar , pekerjaan sampingan
dan sosio-ekonomi status mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap tahap
penerimaan. Daripada anal isis regresi , didapati pembolehubah-pembolehubah tersebut
bergabung sekali berkeupayaan untuk menjelaskan 32 % variabiliti (variability) bagi
tahap penerimaan. Dalam pada itu , peranan kepimpinan disarankan sebagai fal·aor
yang terpenting bagi menentukan tahap penerimaan di kalangan petani-petani.
Kajian-kajian lepas yang seterusnya ialah mengenai kajian Doorman (1991)
yang berkenaan dengan rangka kerja faktor-fakor yang mempengaruhi penerimaan
terhadap teknologi pertanian baru. Dalam kajian ini , beliau merangkakan kaedah
penyelidikan kuantitif untuk mengutip data-data mengenai s istem pertanian (hasii
pengeluaran, penggunaan baja dan racun serangga) , sosial (penglibatan dalam
persatuan, pertukaran pendapat secara tidak formal dan kekerapan berinteraksi
dengan agen pengembangan) dan ekonomi (pendapatan, buruh dan modal).
Seterusnya, kolerasi Pearson dan ANOYA Vtnalysis of Variance) digunakan untuk
menguji sarna ada wujud perhubungan yang bererti di antara pemboJehubah
pembolehubah bersandar dengan tahap penerimaan. Kajian adalah dilakukan terhadap
kedua-dua projek di EI Pozo dan EI Aguate. Daripada anal isis kajian , didapati bahawa
wujudnya kolerasi yang kuat dan signifikan di antara kemudahan infrastruktur
dengan hasil pengeluaran per hektar , jumJah pendapatan dan penggunaan baja. Walau
bagaimanapun , kajian ini menunjukkan bahawa frekuensi berinteraks i dengan agen
bukan merupakan satu faktor penentu yang penting terhadap tahap penerimaan
teknoJogi di kalangan petani. Seterusnya, penyelidik membuat implikasi bahawa
15
adalah sukar bagi petani-petani untuk menerima terknologi yang berkos tinggi pada
jangka masa pendek .
Sementara itu, Ridgley dan Brush (1992) juga mengendaJikan satu kajian
mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan terhadap teknologi terpilih
dalam 'Integrated Pest Management '. Dalam pada itu, penyelidik-penyeJidik telah
memilih lima ciri yang terdiri daripada tahap pendidikan, pengaruh kerjasama
pengembangan (cooperative extension influence), strategi pasaran, jenis ladang dan
kepelbagaian ladang !farm diversity) sebagai pembolehubah tidak bersandar kepada
tahap penerimaan. Daripada analisis regresi , didapati semua pembolehubah tidak
bersandar , kecuali kepelbagaian ladang, mempunyai perhubungan yang signifikan
terhadap tahap penerimaan bag i teknologi terpilih secara keseluruhan.
Kajian Saltiel dan rakan-rakannya (1994) pula men injau pengaruh difusi,
struktur ladang dan keuntungan ke arah penerimaanguna terhadap amalan pertanian
mampan (Sustainable Agricultural Practices). Dalam kajian ini , penyelidik
penyelidik menggunakan model <multiple regression ' untuk menguji tahap
penerimaan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti orientasi keuntungan, pendedahan
terhadap media dan sikap terhadap inovas i alternatif. Kajian ini menunjukkan
orientasi keuntungan mempunyai koJeras i yang positif dengan tahap penerimaan
inovasi. Norma komuniti dan pendedahan kepada media seperti majalah pe ladang
juga menyumbang kepada tahap penerimaan. lni kerana pendedahan kepada
maklumat boleh mengurangkan ketidakpastian dan risiko terhadap amalan teknologi
baru , dan seterusnya mendorong kepada proses penerimaanguna inovasi tersebut.
16
Selain itu, kajian Pomp dan Burger (1995) cuba mengaitkan sifat-sifat meniru
(copying behavior) terhadap penerimaan koko di kalangan petani-petani Indonesia.
Model ekonometrik sepeni Probit dan Tobit digunakan untuk tujuan penganalisisan.
Di antara penemuan termasuklah (I) tahap pendidikan mempunyai kolerasi yang
positif terhadap tahap penerimaan koko (2) Secara relatif, wanita lebih lambat untuk
menerima inovasi disebabkan kurang pendedahan kepada makJumat (3) Sebab
terpenting yang mendorong petani untuk menerima koko ialah 'selepas orang lain
menanam koko '. Ini menunjukkan sifat meniru begitu berleluasa di kalangan petani
Indonesia. Menurut penyelidik-penyelidik ini, sifat sedemikian disebabkan oleh
kekurangan pendedahan maklumat di kalangan petani-petani, dan dengan demikian
mereka lebih percaya bahawa keputusan yang dibuat oleh orang lain adalah yang
terbaik, dan seterusnya cenderung untuk meniru orang lain.
Kajian difusi yang dikendalikan oleh Ngidang dan rakan-rakan (1986) di
Siburan menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mendorong penerimaan
terhadap perkebunan komersial, secara turutan ialah (1) terdapat tanah (2) pendapatan
tambahan (3) tanaman tunai utama (4) pasaran yang sedia ada (5) pulangan cepat (6)
tanaman di luar musim.
Sementara itu , Smither dan Braun (1994) mengendalikan satu kajian
berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi golongan tua dalam
menenmaguna ATM (Automatic Teller Machines). Penyelidik-penyelidik
menggunakan 15 item dengan skala Likert 5-mata yang diubahsuai daripada
'Mechanical Reasoning Scale' untuk menguji sikap golongan pengguna tua terhadap
ATM. Untuk membuat perbandingan di antara kedua-dua kumpulan penerima dan