etnik chinesse

27

Upload: izzatapril

Post on 02-Jul-2015

154 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Nota Pengajian Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Etnik chinesse
Page 2: Etnik chinesse

SEJARAH AWAL ETNIK CINA DI MALAYSIA

KEWUJUDAN AWAL CINA DI TANAH MELAYUBermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pada abad kelima belas.

Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka. Kedatangan Puteri Hang Li Poh membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut dan hamba dari negara China. Kebanyakan daripada mereka berketurunan FUJIAN. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudaiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan. Kaum lelaki digelar Baba dan kaum wanita digelar Nyonya.

Page 3: Etnik chinesse

GELOMBANG KEDUAPada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke

Tanah Melayu. Mereka berasal dari Selatan China. Mereka mebentuk penempatan di Negeri Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah dengan sokongan dari British.

Page 4: Etnik chinesse

adat istiadat

LAWATAN DAN KUNJUGANSemasa menziarahi rumah jiran, atau rumah sesiapa sahaja, tetamu sebaik-

baiknya di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu tidak boleh terus minum hingga dijemput oleh tuan rumah berulang-ulang kali. Adalah dianggap kurang ajar melawati rumah orang lain sewaktu tuan rumah sedang makan kecuali ada hal-hal yang penting saja.

Page 5: Etnik chinesse

KELAHIRANKeluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.

Antaranya, perabot di dalam bilik ibu tidak boleh diubah-ubah terutamanya katil. Dan memaku dinding rumah tidak dibenarkan sama sekali.Ibu yang mengandung tidak boleh terperanjat dengan benda-benda yang

tidak baik, pantang larang itu harus diamalkan selama sebulan selepas bersalinOrang cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya

kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam khinzir” dapat diterima.Kelahiran seorang anak biasanya diraikan apabila bayi tersebut berumur

sebulan.Saudara-mara dan sahabat handai boleh memberi hadiah yang bermanfaat

kepada bayi. Hadiah tersebut dibungkus dengan kertas-kertas berwarna merah.Kemudian sewaktu bayi berumur satu tahun, mereka sekali lagi meraikan bayi

tersebut.

Page 6: Etnik chinesse

PERKAHWINANPerkahwinan adalah perkara yang penting kepada masyarakat Cina.

Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan hidup terutamanya kaum lelaki.

Pada amnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seorang isteri. Perkahwinan memberikan kebenaran untuk mendapatkan zuriat.

Di samping itu, kaum lelaki pula akan memikul segala tanggungjawab baru.

Pada masa dahulu, pertunangan boleh dilakukan sewaktu umur kanak-kanak tersebut didalam lingkungan 7-14 tahun. Selanjutnya, perempuan Cina tidak lagi terikat dengan peraturan tradisional untuk berkahwin.

Page 7: Etnik chinesse

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa perkahwinan diadakan.Perkahwinan sivil di mana bakal pengantin itu perlu didaftar dahulu sebagai suami isteri

yang sah dari segi undang-undang.

Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya tradisioanal Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

Jamuan Makan. Pada jamuan ini semua saudara mara serta sahabat dijemput.

Perkara yang dianggap mustahak bagi orang Cina adalah mengumukan perkahwinan kepada kawan-kawan dan saudara mara.

Jamuan diadakan atas kemampuan, dan semua tetamu perlu berpakaian cantik dan berwarna merah (Hitam, biru atau kelabu hendaklah dielakkan).

Apabila tetamu bertemu dengan pengantin hendaklah mengucapkan tahniah dan mengelakkan dari bercerita atau menyebut sesuatu yang sedih.

Page 8: Etnik chinesse

KEMATIANPelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sebaliknya

memakai baju yang berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan seumpamanya, apabila pergi ke rumah orang mati.Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, dia hendaklah membawa

sepasang lilin putih “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.Pelawat lazimnya memberikan derma atau menghantar kalungan bunga

kepada si mati. Kadangkala sahabat atau persatuan akan menyediakan panji-panji yang ditulis

dengan kata-kata pujian kepada si mati.Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat kebiasaannya akan diberikan

seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih dan membawa nasib baik serta menghalang hantu atau syaitan yang cuba mengacau.

Page 9: Etnik chinesse

Sambutan perayaan→TAHUN BARU CINA

→Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang meraikan kedatangan tahun yang baru menurut kalendar mereka.

→Orang cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.

→Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga.

→Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumah tangga.

→Orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan ayat(对联)yang bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang tahun.

Page 11: Etnik chinesse

→HARI CHAP GOH MEI→Hari Chap Goh Mei disambut selepas 15 hari Tahun Baru Cina yang

menandakan bahawa berakhirnya Tahun Baru Cina

→Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar.

→Jamuan makan besar bersama keluarga turut diadakan.

→Bunga api akan dibakar dan tanglung pula akan dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei

→Bagi kaum wanita yang masih belum berkahwin akan berpakaian serba indah dan mengunjugi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.

→Lalu, mereka akan menulis nama dan nombor telefon di atas buah limau kemudian dilontarkan ke dalam sungai. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka dapat pasangan yang sesuai. Lelaki yang bujang akan mengutip limau di dalam sungai untuk bertemu pasangan

→Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam. Antaranya, perarakan tanglung, tarian naga atau singa dan mengimbang bendera besar “Chingay”.

Page 12: Etnik chinesse
Page 13: Etnik chinesse

→PERAYAAN KUIH BULAN→Perayaan kuih bulan merupakan perayaan kemenangan orang Cina

menumpaskan pejajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan.

→Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelima belas pada bulan kelapan pada kalendar Cina iaitu pada akhir Ogos dan awal Septembaer.

→Pada malam perayaan akan diadakan perarakan tanglung.

→ Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis. Ia berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

→Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Page 14: Etnik chinesse
Page 15: Etnik chinesse

→PESTA CHING MING→Perayaan untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia.

→Kebiasaannya sekeluarga akan ke kubur atau tempat nenek moyang bersemadi. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang untuk nenek moyang di samping berbual-bual.

→Selain itu mereka akan membakar wang-wang kertas atau barang-barang keperluan untuk nenek moyang, kerana mereka yakin nenek moyang juga akan menggunakan wang di dunia ketiga

Page 16: Etnik chinesse

→PESTA TUAN WU→Pesta Tuan Wu disambut pada 5 hari bulan dalam bulan ke-5 kalendar Cina.

→Perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang patriotisme yang bernama Qu-Yuan pada zaman dahulu yang bunuh diri dengan cara terjun sungai. Qu-Yuan mengikat badannya di batu untuk mengelak mayat dari terapung.

→Qu-Yuan membunuh diri kerana sedih dan kecewa disebabkan raja yang tidak mendengar nasihatnya sehingga negaranya jatuh ke tangan orang lain.

→Rakyat yang mensanjungi Qu-Yuan berasa sedih dan cuba mencari Qu-Yuan tetapi tidak ditemui. Kerana takut badan Qu-Yuan dimakan ikan, mereka memasak nasi dan dibalut dengan daun untuk ikan makan, agar tidak memakan badan Qu-Yuan.

→Perlumbaan sampan diadakan semasa perayaan

ini disambut serta makanan “Bak Zhang” juga

akan dibuang ke sungai untuk ikan makan.

Page 17: Etnik chinesse

→PESTA HANTU LAPAR→Pesta ini disambut pada 15 hari bulan pada bulan ketujuh dalam kalendar

Cina

Page 18: Etnik chinesse

→PESTA “DONG-ZHI”→Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum Cina.

→Berbola akan digosok dengan tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah dan warna yang disukai.

→Selepas itu, bebola dimasak dengan air rebus bercampur daun pandan dan gula.

→Bebola yang bulat mewakili keluarga yang perpaduan dan selepas makan dianggap sudah bertambah usia setahun.

Page 19: Etnik chinesse

Pakaian tradisional

SAMFOO DAN CHEONGSAM

Page 20: Etnik chinesse

MAKANAN TRADISIONAL

BAK KUT THEBak Kut The (肉骨茶) bermaksud “Daging Bone Teh”.

Ini masakan unit popular di Malaysia. Ia merupakan sup herba China dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, tauhu puff goreng dan pelbagai lagi.

Makanan ini berbau harum dan kebiasaannya dimakan bersama nasi putih dan digandingkan dengan secangkir teh China.

Page 21: Etnik chinesse

LOK-LOKSatu-satunya makanan yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina.

Lok-Lok atau lebih dikenali sebagai sate celup merupakan makanan ringan yang diperbuat daripada :Sayuran

Daging

Makanan laut.

Page 22: Etnik chinesse

CHAR KWAY TEOWMerupakan makanan yang juga popular di Malaysia.

Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), yang digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge, dan kucai Cina.

Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut cita rasa setempat.

Pada asalnya ia dimasak dengan menggunakan lemak khinzir yang memberikan rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak masak.

Dibandingkan dengan kuey teow goreng, char kway teow agak basah.

Page 23: Etnik chinesse

JIAOZIMakanan yang popular bagi orang China, khususnya orang China utara.

Jiaozi sudah wujud sejak lebih 1800 tahun dahulu dan ada ungkapan Cina yang bermaksud “Jiaozi ialah makanan paling sedap”.

Jiaozi juga akan dimakan ketika Tahun Baru Cina dan menjadi makanan utama.

Oleh sebab bentuknya yang sama seperti “Yuanbao” sejenis wang emas atau perak, jadi memakannya bermaksud “duit datang”.

Jiaozi mempunyai inti yang pelbagai. Inti tersebut melambangkan tuah.

Page 24: Etnik chinesse

KUIH BULANSejenis kuih yang sering dimakan sewaktu Pertengahan Musim Luruh.

*SUDAH DIBERITAHU TADI*

Page 25: Etnik chinesse

PENG BINGKuih tradisional masyarakt terdahulu. Big Thumb Bakery telah mempelbagai

dan mengubah bentuknya. Peng Bing diperbaharui tetapi masih mengguanak tepung yang sama dan intinya semakin sedap.

GUANG BINGDiambil semperna hero Ji Guang. Diperbuat oleh makanan kering untuk askar

askarnya semasa peperangan Anti-Japanesse di negara China.

Rasanya seperti French Bread tetapi ia terdapat bijan.

Page 26: Etnik chinesse

GAN PAN MIANNama lainnya ialah Kampua. Sejenis mee yang sedap dan murah. Bahan-

bahannya terdiri daripada mee, minyak, khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.

DING BIAN HUBiasanya dimakan semasa sarapan atau lewat malam. Masyarakat Cina

menjadikan ia sebagai bubur dan dikenali sebagai “bubur kulat”. Ia sangat berkhasiat untuk membuang panas di dalam badan.

Page 27: Etnik chinesse

Sekianterima kasih

Naik kereta di Rantau Panjang,Hendak menuju ke PKT,

Jika ada umur yang Panjang,Lain kali kami present lagi.