esei resensi sosiolinguistik

2

Click here to load reader

Upload: fadhli-hariz-fayahet

Post on 09-Jul-2016

9 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sosiolinguistik

TRANSCRIPT

Page 1: esei resensi sosiolinguistik

Dalam bab keempat, penulis memberi tumpuan kepada pertuturan dan peranan bahasa

sebagai pencetus pergerakan sosial. Penulis menerangkan pertuturan(speech acts) dalam

amalan sosial sebagai sesuatu yang berlaku setiap hari dan berterusan antara yang

berinteraksi. Pertuturan terdiri daripada dua bahagian iaitu percakapan dan tindakan. Setiap

pengucapan adalah sebahagian daripada keadaan sosial di mana ia berlaku. Jenis-jenis

pertuturan termasuklah pujian, penghinaan, permintaan, arahan, janji dan lain-lain. Teori

Pertuturan (Speech Act Theory) telah diperincikan oleh penulis dengan mengungkapkan

persoalan utama iaitu bagaimana melakukan sesuatu dengan kata-kata. Pengucapan

performatif ialah kata-kata memulakan rantaian peristiwa. Semua pengucapan adalah

tindakan yang dikelaskan kepada locutionary, illocutionary dan perlocutionary. Locutionary

ialah situasi di mana penutur menghasilkan ucapan seterusnya illocutionary memberi maksud

iaitu apa yang dilakukan dalam mengatakan apa yang telah diperkatakan dan akhir sekali

Perlocutionary yang dicapai dengan mengatakan sesuatu seoerti empengaruhi pandangan

seseorang, menakutkan atau menjengkelkan mereka, menggembirakan mereka atau membuat

mereka selesa, menggerakkan mereka kepada sesuatu tindakan (menuruti cadangan atau

permintaan anda), menarik perhatian mereka dengan kebijaksanaan anda. Selain itu, penulis

ada menyentuh mengenai kesopanan, percakapan afektif dan instrumental, Keintiman vs

Autonomi, Kerjasama vs Daya Saing dan pujian.

Bab lima buku ini pula merangkumi kedudukan idea-idea dan subjek dalam

berbahasa. Bab ini menceritakan bagaimana penulis menentukan kedudukan dalam bahasa

sebagai suatu yang sangat penting terutamanya untuk menunjukkan perbezaan antara wanita

dan lelaki, perbezaan kerana umur dan status sosial serta hormat. Penulis membincangkan

Bahasa wanita dan kedudukan gender di mana Robin Lakoff (ahli bahasa Amerika) membuat

eksperimen pada awal tahun 1970 tentang kelaziman dalam bahasa wanita dan menyatakan

antara kelaziman tersebut termasuklah pernyataan yang berakhir dengan soalan, intonasi

meningkat pada pengisytiharan atau deklarasi, banyak menggunakan hedging (ungkapan

yang ditambah ke dalam suatu percakapan untuk mengurangkan impaknya), penggunaan kata

penggalak dan penguat, Tidak berterus terang dalam percakapan terbuka tetapi berterus

terang dalam percakapan sulit, Menggunakan diminutives (ringkasan perkataan) dan

menggunakan juga Euphemism (ungkapan yang lebih sopan). Bab ini juga ada menyentuh

sedikit mengenai bahasa dalam menunjukkan rasa hormat.

Page 2: esei resensi sosiolinguistik

Bab keenam kemudiannya menyentuh bagaimana manusia membina kandungan

gender dalam berbahasa. Banyak mesej atau maksud yang ingin disampaikan dalam

berbahasa bersifat tersirat dan bukannya terang-terangan. Bab ini membincangkan persoalan

yang terlibat dalam membuat apa jua jenis metafora dan bagaimana mereka memahami. Cara

memahami makna tersirat adalah berlainan dalam gender yang berbeza. Suatu ungkapan

boleh difahami sebagai suatu yang positif bagi satu gender namun lebih dipandang dari sudut

negatif oleh gender lain. Cara menyembunyikan makna tersirat dalam berbahasa juga

berlainan mengikut gender.