esei numerasi
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Esei Numerasi
1/12
1
Satu bahan resos yang dihasilkan dapat membantu guru dalam merangsang
pembelajaran murid dalam bilik darjah.
1.0 Pengenalan.
Asas Numerasi adalah salah satu program LINUS. LINUS ialah akronim bagi
"Literacy dan Numeracy Screening". LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka
untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas
numerasi semasa di tahap satu sekolah rendah. LINUS ini disasarkan kepada murid-murid
yang mempunyai masalah 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Matlamat program ini
adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk
menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti Program LINUS.
Definisi Asas Numerasi ialah keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas
matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran
matematik dalam kehidupan seharian.Kemahiran numerasi ini meliputi konsep pranombor,
nombor, nilai tempat dan pengertian empat operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi.
Oleh itu, penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah amat
digalakkan dalam membantu kalangan murid-murid .
-
8/13/2019 Esei Numerasi
2/12
2
2.0 Pandangan Guru
Resos yang telah saya gunakan ialah dalam bentuk sejenis permainan pranombor
untuk menyelesaikan operasi asas matematik. Resos yang telah disediakan dan
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut kesesuaian murid.
Kumpulan sasaran dalam penggunaan resos saya ialah murid darjah satu Sekolah
Kebangsaan Chukai yang berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi.
Penggunaan resos asas numerasi merupakan salah satu kemahiran yang diperlukan
bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta
untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu,
resos yang digunakan adalah satu bahan yang boleh membantu pelajar supaya lebih
berdikari dan mempunyai keberanian dalan menyelesaikan sesuatu masalah dalam
matematik.
Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, guru juga
memerlukan kepelbagaian cara matematik dan banyak usaha perlu dijalankan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, para guru perlulah
mempelbagaikan pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan
murid dalam menyelesaikan masalah matematik.
Penggunaaan resos untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik
adalah sesuatu yang penting. Guru boleh menggunakan objek sebenar atau objek konkrit seperti
resos yang dihasilkan dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid
membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat
berdikari dan memupuk sikap bekerjasama.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
3/12
3
3.0 Respon Murid
Objektif penggunaan resos dalam bentuk permainan ini memerlukan respon yang
berkesan daripada murid. Ini kerana, resos yang dihasilkan dapat membantu guru dalam
merangsang pembelajaran murid dalam bilik darjah apabila pada akhir permainan asas
numerasi tersebut iaitu murid berupaya:
3.1 Membaca, membilang dan menyusun nombor hingga 10.
Murid diminta seorang perseorangan membaca nombor yang terdapat pada bendera
secara rawak. Guru meminta murid mengenal pasti dan membilang nombor yang digunakan
iaitu dari nombor satu sehigga sepuluh. Hasilnya, murid memberikan respon yang berkesan
apabila tiada seorang pun yang salah mengira apabila melakukan aktiviti pengiraan
tersebut.
3.2 Membilang dua-dua sehingga 10 dan mengenali nombor genap ataupun nombor ganjil.
Murid diminta oleh guru membilang dua-dua sehingga sepuluh iaitu bermula dengan
nombor dua diikuti nombor empat, enam, lapan dan sepuluh. Bilangan yang ditunjuk dan
disebut oleh murid secara tidak langsung menggunakan bilangan gandaan secara menaik.
Oleh itu, guru meminta murid membilang dalam gandaan dua-dua secara menurun bermula
nombor sepuluh pula. Akhirnya, murid dapat mengenal pasti nombor ganjil apabila nombor
tersebut tiada dalam kiraan mereka.
3.3 Menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab atau bahagi.
Kaedah memberi pernyataan masalah dengan teknik penyoalan yang betul
membantu murid berfikir dan memberi respon secara serta-merta. Melalui pengalaman sayamengajar murid topik pembahagian nombor genap, saya memulakan set induksi dengan
mengutarakan pernyataan masalah 10 2, 8 4, 6 2 dan 4 2 satu per satu bagi
merangsang murid berfikir. Hasilnya, murid diperhatikan berusaha berfikir mencari jawapan
dan memberi respon secara langsung.
Semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam langkah pengayaan dalam
pengajaran pembahagian nombor genap, saya perhatikan murid yang lemah masing-masing
daripada kumpulan berlainan mampu berinteraksi dengan baik dalam kumpulan dan
memberi jawapan yang betul apabila saya menyoal individu dalam kumpulan secara rawak.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
4/12
4
Apabila disoal, saya menggalakkan rakan sekumpulan masing-masing berusaha membantu
individu yang terpilih untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Kaedah ini berasaskan
prinsip kumpulan Kagan (1992) yang menyatakan apa yang kamu dapat adalah apa yang
saya dapat. Hasilnya, murid dilihat saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk
memastikan kejayaan menjadi milik kumpulan mereka.
4.0 Kekuatan Penggunaan Resos
4.1 Menggalakkan pembelajaran secara aktif.
Pembelajaran secara aktif melibatkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk menarik
minat murid mempelajari Matematik. Antaranya ialah penggunaan strategi kerja
berkumpulan yang mana murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan
aktiviti dan penilaian secara serta-merta diberikan oleh guru. Selain itu, murid juga diberikan
ruang melakukan perbincangan, pernyataan masalah, pembelajaran kooperatif, dan
pembelajaran secara berpasangan.
Berdasarkan pengalaman, saya telah memilih strategi memberi penyataan masalah
bagi menggalakkan proses komunikasi dalam bilik darjah.Selain itu, melaksanakan
pembelajaran secara kooperatif pula membantu murid-murid lemah mempelajari sesuatu
kemahiran daripada rakan sekumpulan. Komunikasi antara rakan sekumpulan
menggalakkan nilai kerjasama di samping membolehkan murid yang lemah terlibat secara
aktif dan tidak berasa terpinggir.
Secara kesimpulanya, resos permainan yang telah saya gunakan dapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan strategi dan teknik yang sesuai. Dalam menghasilkan
resos yang kreatif, guru perlu mahir dalam aspek pengurusan bilik darjah. Ini keranapengurusan bilik darjah yang baik adalah guru mampu mengawal murid dengan baik
semasa menjalankan aktiviti mencabar untuk meningkatkan penglibatan murid dan
mengaitkan murid dengan nilai pendidikan dan perhubungan antara mereka.
4.2 Membantu meningkatkan kefahaman murid.
Bahan bantu mengajar atau resos ini adalah penting dalam meningkatkan
kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaannya,
murid dapat memberi respon kepada guru mahupun rakan mereka dengan serta-merta.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
5/12
5
Apabila murid melakukan sesuatu aktiviti dan berinteraksi dengan rakan sekumpulan
semasa pembelajaran, mereka akan mendapat lebih kefahaman berbanding melakukannya
secara sendirian.
Selain itu, penggunaan resos sememangnya banyak membantu meningkatkan
pemahaman murid berbanding penggunaan penerangan lisan daripada guru semata
semasa mengajar, tetapi tidak membantu dalam kefahaman murid. Penggunaan resos yang
menarik, kreatif dan berkesan dapat mengurangkan masalah kebisingan dan membantu
saya mengawal kelas dengan baik. Ini kerana, murid hanya perlu mengira dan berbincang
sesama mereka tentang arahan dan soalan yang telah diberikan. Hasilnya saya boleh
melihat murid yang faham ataupun tidak. Murid hanya berpeluang memberi respon apabila
ditanya.
4.3 Membina motivasi murid.
Proses penggunaan resos yang sesuai semasa mengajar dapat membantu membina
motivasi murid. Apabila seorang guru pula memberi bimbingan melalui komunikasi yang baik
dan mempamerkan sesuatu bahan bantu mengajar yang kreatif secara automatik murid
akan berminat untuk belajar. Motivasi juga dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik.
Pelaksanaan aktiviti yang melibatkan penggunaan resos seperti aktiviti permainan
mampu meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
berupaya merangsang motivasi murid untuk berjaya dalam permainan tersebut secara tidak
langsung. Ini kerana, aktiviti bermain adalah bertujuan untuk keseronokkan. Keseronokkan
semasa bermain berupaya membina motivasi murid untuk minat mempelajari sesuatu
khususnya dalam mata pelajaran Matematik.
Selain itu, komunikasi secara personal antara guru dan murid membantu guru
memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru memberi
rangsangan motivasi kepada murid. Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikal,
seorang murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Setelah membuat ujian saya
mendapati dia lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas. Dalam
bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam
dan sukar memberi respon apabila ditanya berbanding kawan-kawannya yang lain. Oleh itu,
saya mendekatinya secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
dan menggalakkannya untuk bertanya jika dia tidak faham akan sesuatu pelajaran.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
6/12
6
Seperti yang guru sedia maklum bahawa setiap murid mereka mempunyai
kecerdasan yang berbeza-beza. Melalui proses permainan inilah, guru dapat mengesan dan
memahami tahap kecerdasan murid. Hasil aktiviti tersebut, guru boleh merangka dan
melaksanakan pendekatan sesuai yang mampu merangsang motivasi murid yang lemah
dalam Matematik untuk berani mencuba dan berjaya dalam subjek Matematik. Oleh sebab
itu, kemahiran dalam Matematik sepatutnya perlu diajar menggunakan kaedah yang sesuai
dengan kecerdasan murid yang pelbagai. Guru seharusnya bijak memberi rangsangan dan
peneguhan yang sesuai dengan keperluan murid bagi meningkatkan motivasi murid untuk
belajar.
5.0 Kelemahan
5.1 Kurang perhatian bilik darjah menjadi tidak terkawal.
Walaupun penggunaan resos membantu menghasilkan pembelajaran yang aktif dan
menarik, namun daripada sudut pandangan yang lain, resos sebenarnya tidak dapat
menggalakkan pembelajaran yang aktif sekiranya guru gagal menguruskan bilik darjah
dengan berkesan. Pengalaman saya sendiri semasa melaksanakan pembelajaran secara
berkumpulan untuk membolehkan mereka berinteraksi dan berbincang, secara tidak
langsung melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Namun begitu, masalah di luar
jangkaan saya berlaku apabila kelas menjadi terlalu bising dan pergerakkan murid dalam
kelas adalah tidak terkawal. Situasi ini bukan sahaja membuatkan saya gagal untuk
mencapai objektif pengajaran malah mengganggu kelas-kelas yang lain.
5.2 Penggunaan resos yang tidak teratur.
Ketika mahu mengadakan sesi permainan dan perbincangan, didapati cara
penggunaan resos yang tidak teratur menjadikannya kurang berkesan apabila murid lebihseronok bermain dan melihat kepada resos yang dipamerkan. Oleh sebab itu, dari awal
pengajaran terdapat segelintir murid yang tidak mendengar apabila arahan membahagikan
kumpulan diberikan. Ketika sesi penggunaan resos bermula pula, didapati murid yang tidak
mendengar arahan berkenaan dan mereka daripada kumpulan lain telah menjalankan
aktiviti tersebut.
Akhirnya berlaku beberapa kekeliruan dalam mengenal pasti murid agar berada
dalam kumpulan tersendiri. Seterusnya, penggunaan resos pula menjadi tidak tersusun
kerana ramai murid yang mahu menjalankan aktiviti pada masa yang sama. Oleh hal
-
8/13/2019 Esei Numerasi
7/12
7
demikian, guru terpaksa memulakan pengagihan kumpulan semula dan mengemas kembali
resos yang telah diselerakkan.
6.0 Cadangan
6.1 Penggunaan resos secara teratur .
Penggunaan resos yang lebih teratur adalah perlu untuk berupaya meningkatkan
kefahaman murid dan mengawal keadaan bilik darjah daripada terlalu bising. Ini kerana,
penggunaan resos adalah penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat supaya tidak
tersilap faham. Namun begitu, penggunaan resos akan memberi kesan negatif kepada
murid sekiranya guru tidak peka akan penggunaannya.
Guru perlu menggunakan resos dengan mengatur cara penggunaannya satu persatu
agar lebih tersusun apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tidaklah
terdapat murid yang tercicir dan tidak diberikan perhatian. Oleh itu, sebelum menggunakan
sebarang resos atau bahan bantu mengajar yang lain guru berkenaan sudah memastikan
cara penggunaan resos mereka supaya tercapai dan berkesan kepada semua murid.
6.2 Beri perhatian kepada semua murid.
Apabila kumpulan dibahagikan, aktiviti akan berjalan mengikut satu kumpulan
persatu kumpulan. Oleh hal demikian, secara tidak langsung guru akan lebih memberikan
perhatian kepada murid yang sedang menjalankan aktiviti sahaja dan murid yang tidak
berkenaan yang lain akan terabai. Oleh itu, guru perlu peka dan prihatin melibatkan semua
murid-muridnya agar melihat dan memberikan sokongan kepada rakan mereka yang sedang
diberikan tugas semasa aktiviti berlangsung walaupun yang menjalankan aktiviti tersebut
hanyalah satu kumpulan sahaja.Selain itu, tahap kecerdasan pemikiran setiap murid yang berbeza-beza
menyebabkan ada di antara segelintir murid akan berasa lemah dan terasing. Guru
memainkan peranan penting untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi beberapa orang
pelajarnya. Guru tidak perlu mengasingkan murid berkenaan, malahan mencampurkan
murid tersebut sesama rakan mereka yang lain supaya mereka akan bekerjasama
membantu rakan-rakan yang lemah.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
8/12
8
7.0 Kesimpulan
Imbas kembali pengalaman semasa melaksanakan langkah satu dan langkah dua,
aktiviti berkumpulan menggunakan resos bendera kecil yang diletakkan nombor satu
sehingga sepuluh dan 55 ekor askar mini mainan dalam pengajaran penambahan, saya
perhatikan majoriti setiap ahli dalam kumpulan berinteraksi dan membantu antara satu sama
lain untuk mendapat jawapan yang sama dan tepat. Setiap kumpulan tidak berasa malu
untuk bermainan dan berkomunikasi sesama sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah
kepada ahli masing-masing kerana tahap keupayaan mereka hampir sama. Ini
membolehkan mereka berdikari untuk mencuba menyelesaikan masalah tanpa rasa rendah
diri dan takut membuat kesalahan.
Secara keseluruhannya, penggunaan resos ini dapat membantu merangsang
motivasi murid untuk belajar. Pemilihan dan pelaksanaan pendekatan yang tepat
berasaskan kecerdasan murid adalah perlu bagi memastikan penggunaan resos yang
menarik dapat memangkin keupayaan dan semangat murid untuk berjaya. Selain itu, guru
seharusnya lebih prihatin dengan masalah murid dan sentiasa bertanya secara lisan atau
membuat penilaian untuk melihat keupayaan murid dalam sesuatu perkara.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
9/12
9
8.0 Penutup
Sebagai seorang guru yang berkualiti , guru seharusnya peka dengan teknik, strategi
dan pendekatan yang sesuai untuk membimbing murid-muridnya secara berterusan melalui
kemahiran asas numerasi ini. Walaupun diperhatikan penggunaan resos mudah
dilaksanakan tetapi guru perlu merancang dengan teliti kerana proses ini memerlukan guru
untuk bertindak lebih banyak daripada bercakap.
Secara keseluruhannya, penggunaan resos mengikut kumpulan membantu murid
untuk mendapat kefahaman yang lebih berbanding melakukannya sendirian. Tambahan lagi
resos yang menarik dapat membantu meningkatkan pemahaman murid berbanding
penerangan daripada guru semata-mata. Berdasarkan pengalaman ketika mengendalikan
pengajaran asas numerasi ini, murid lebih suka berinteraksi sesama mereka berbanding
mendengar guru bercakap daripada awal hingga akhir pembelajaran. Oleh itu, secara secra
tidak langsung penyediaan resos yang kreatif dalam pengajaran asas numerasi telah menrik
minat murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan berbeza. Namun itu, guru harus juga
peka akan penggunaan bahasa, gaya dan cara penyampaian, strategi, teknik dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan proses
penggunaan resos ini memberi impak yang positif kepada murid.
-
8/13/2019 Esei Numerasi
10/12
10
9.0 Gambar Penggunaan Resos
-
8/13/2019 Esei Numerasi
11/12
11
-
8/13/2019 Esei Numerasi
12/12
12