ep 411 : bahagian a

8
BAHAGIAN A a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini? Era teknologi serba maju telah menyaksikan pelbagai kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Justeru itu, kepelbagaian kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah dilakukan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan dalam bidang pendidikan yang semakin pesat masa kini. Oleh itu, satu kajian yang menilai tahap pencapaian muri dalam bacaan dan kefahaman dalam menggunakan kaedah P&P secara tradisional dan aplikasi perisian cerita interaktif telah dilakukan. Penilaian terhadap penggunaan CD-ROM cerita interaktif dalam pengajaran bacaan pemahaman yang merangkumi pelbagai aspek bahasa dalam kalangan murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana menjadi salah satu objektif kajian ini dilakukan. Wang (2008) mengatakan bahawa kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan terutamanya telah mendapat perhatian daripada golongan pendidik. Ini merupakan satu pencapaian yang bukan hanya memudahkan guru dalam proses pengajaran tetapi turut menyenangkan murid kerana ilmu akan lebih mudah diakses, disimpan dan disebar sama ada secara terbuka atau tertutup bersama rakan dalam aliran yang sama. Kebolehan multimedia yang diolah dengan kreativiti guru dalam menghasilkan hasil kreatif untuk dipersembahkan kepada murid akan menjadikan P&P satu daya penarik untuk murid menumpukan perhatian terhadap proses P&P yang disampaikan. Bukan sekadar itu, kepelbagaian bahan yang terdapat dalam bentuk multimedia yang mudah untuk diakses menyenangkan guru untuk merancang dan menghasilkan rancangan pengajaran yang bersesuaian di samping mampu menjimatkan masa guru. Secara ringkasnya, kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan bahawa aplikasi perisian cerita interaktif dalam proses pengajaran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid mampu meningkatkan pencapaian mereka. Malahan, bukan hanya aspek bahasa bacaan dan kefahaman yang

Upload: nurul-hidayati

Post on 22-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PPG OUM

TRANSCRIPT

BAHAGIAN Aa) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Era teknologi serba maju telah menyaksikan pelbagai kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Justeru itu, kepelbagaian kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah dilakukan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan dalam bidang pendidikan yang semakin pesat masa kini. Oleh itu, satu kajian yang menilai tahap pencapaian muri dalam bacaan dan kefahaman dalam menggunakan kaedah P&P secara tradisional dan aplikasi perisian cerita interaktif telah dilakukan. Penilaian terhadap penggunaan CD-ROM cerita interaktif dalam pengajaran bacaan pemahaman yang merangkumi pelbagai aspek bahasa dalam kalangan murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana menjadi salah satu objektif kajian ini dilakukan.

Wang (2008) mengatakan bahawa kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan terutamanya telah mendapat perhatian daripada golongan pendidik. Ini merupakan satu pencapaian yang bukan hanya memudahkan guru dalam proses pengajaran tetapi turut menyenangkan murid kerana ilmu akan lebih mudah diakses, disimpan dan disebar sama ada secara terbuka atau tertutup bersama rakan dalam aliran yang sama. Kebolehan multimedia yang diolah dengan kreativiti guru dalam menghasilkan hasil kreatif untuk dipersembahkan kepada murid akan menjadikan P&P satu daya penarik untuk murid menumpukan perhatian terhadap proses P&P yang disampaikan. Bukan sekadar itu, kepelbagaian bahan yang terdapat dalam bentuk multimedia yang mudah untuk diakses menyenangkan guru untuk merancang dan menghasilkan rancangan pengajaran yang bersesuaian di samping mampu menjimatkan masa guru.

Secara ringkasnya, kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan bahawa aplikasi perisian cerita interaktif dalam proses pengajaran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid mampu meningkatkan pencapaian mereka. Malahan, bukan hanya aspek bahasa bacaan dan kefahaman yang berjaya dipertingkatkan, aspek bahasa berkaitan morfologi dan sintaksis turut terkena tempias kesan kemajuan teknologi masa kini.b) Huraikan kaedah mengajar berbantukan komputer yang digunakan dalam kajian ini.

tujuan utama yang ingin dicapai melalui kajian yang dilaksanakan ialah untuk melihat impak yang dicapai melalui kaedah pengajaran bacaan dan kefahaman terhadap kumpulan murid mempunyai pencapaian sederhana. yang berbeza. Kedua-dua kumpulan diberikan pendedahan dalam penggunaan kaedah pengajaran yang berbeza, tradisional dan menggunakan aplikasi komputer. Instrumen kajian yang digunakan merangkumi penyediaan persediaan mengajar, CD-ROM perisian cerita interaktif, teks cerita bercetak, set ujian interaktif dan set ujian bertulis.

Khusus dalam aspek penggunaan komputer dalam kajian, terdapat beberapa proses yang menggunakan kaedah mengajar berbantukan komputer yang digunakan dalam proses pelaksanaan kajian ini. Pemilihan empat cerita Melayu berunsur teladan telah dipilih untuk digunakan dalam pengajaran bacaan dan kefahaman terhadap kumpulan eksperimen. Aplikasi crita yang dipilih mengandungi bahasa yang udah difahami dan sesuai dengan tahap dan umur murid. Tambahan lagi, kandungan CD-ROM tersebut bertepatan dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada murid yang telah dipilih untuk menjadi subjek eksperimen. Aplikasi ini telah digunakan dalam proses P&P guru bersama murid yang ditumpukan. Untuk menjamin kesahan proses kajian, penyelia, guru Bahasa Melayu yang berkenaan dan guru khas komputer sekolah telah dirujuk sebelum kajian dimulakan,

Selain itu, proses berbantukan komputer juga telah digunakan dalam proses pelaksanaan ujian interaktif. Set ujian ra dan pasca pemahaman interaktif telah dibangunkan untuk tujuan menguji kefahaman murid dari kumpulan eksperimen. Ujian yang dilaksanakan adalah mudah dan tidak mempunyai proses yang rumit. Murid perlu memilih satu jawapan yang tepat daripada senarai yang disediakan dengan mengklik butang interaktif yang terdapat dalam perisian tersebut, manakala markah yang diperoleh akan dipaparkan secara terus dan interaktif. Kesimpulannya, proses pengajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan aplikasi interaktif berbanding proses pengajaran tradisional yang tertumpu kepada penyampaian oleh guru kepada murid semata-mata.

c) Jelaskan dapatan kajian ini.

Melalui kajian yang telah dijalankan ini, kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan murid kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid Tahun 4, boleh disimpulkan, terdapat perbezaan yang ketara antara pengajaran tradisional berasaskan buku dan pengajaran menggunakan aplikasi perisian cerita interaktif. Kajian yang telah dijalankan ini dilakukan secara berperingkat, data-data awal dianalisis terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran menggunakan aplikasi interaktif dijalankan.

Melalui ujian pra dan analisis ujian yang dilakukan, tiada perbezaan ketara antara pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam ujian pra. Dalam kata lain, kedua-dua kumpulan mempunyai pemahaman yang sama sebelum sesi pengajaran dilakukan. Pemahaman kedua-dua kumpulan perlu dipastikan sebelum kajian dijalankan untuk memastikan murid yang dipilih untuk menjadi subjek kajian terdiri daripada kalangan murid yang sama tahap dan pencapaian dalam pemahaman.

Selepas itu,guru menjalankan sesi pengajaran menggunakan dua kaedah berbeza yang menjadi objektif kajian, iaitu melalui kaedah tradisional dan kaedah menggunakan perisian aplikasi interaktif. Sesi pengajaran dijalankan dalam empat sesi kepada kumpulan kawalan dan eksperimen. Kemudian, prestasi pemahaman murid diukur dalam ujian pasca berdasarkan soalan kefahaman, morfologi dan sintaksis daripada bahan cerita yang telah dibaca. Berdasarkan keputusan yang diperoleh melalui analisis daripada ujian pasca, terdapat perbezaan yang signifikan antara skor kumpulan eksperimen dan skor kumpulan kawalan. Skor kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah pengajaran bahan interaktif lebih tinggi berbanding skor kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional. Menerusi analisis yang dilakukan untuk melihat perbezaan antara murid lelaki dan perempuan yang melalui kajian ini, tiada perbezaan antara murid lelaki dan perempuan dalam pemahaman mereka terhadap cerita yang diajarkan walaupun melalui kaedah yang berbeza. Hal ini membuktikan bahawa, perbezaan jantina tidak memberi efek kepada kajian yang dijalankan untuk melihat kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid Tahun 4.

Dari segi aspek pemahaman bacaan pula, juga tidak terdapat perbezaan mengikut jantina kepada kedua-dua kumpulan ujian iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Melalui ujian pra dan pasca yang dilaksanakan, analisis juga menunjukkan, jantina tidak memberi kesan kepada ujian tersebut. walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, pencapaian dalam ujian pasca bagi kumpulan eksperimen yang melalui kaedah pengajaran menggunakan perisian interaktif lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional. Keputusan yang sama juga didapati daripada ujian yang dilakukan untuk menganalisis prestasi kefahaman murid daripada cerita yang telah diajarkan. Tiada perbezaan signifikan bagi penguasaan morfologi antara murid yang menggunakan kedua-dua kaedah dalam ujian pra yang telah dijalankan terhadap mereka. Sama hal nya dalam ujian pasca, tiada perbezaan signifikan yang boleh diperhatikan dalam analisis yang dibuat antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam ujian yang dijalankan. Bagi pencapaian prestasi penguasaan sintaksis pula, dalam ujian pra, kumpulan eksperimen yang diajarkan menggunakan CD-ROM lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional.

Perbandingan yang dijalankan mengikut setiap tahap prestasi dan jenis ujian juga menunjukkan keputusan yang berbeza antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Terdapat empat jenis analisis yang telah dibuat mengikut jenis yang berbeza, iaitu analisis pemahaman bacaan, analisis kefahaman, analisis penguasaan morfologi dan seterusnya analisis sintaksis antara murid daripada kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca. Untuk prestasi pemahaman, dalam ujian pra, tiada perbezaan tahap daripada kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Analisis mengikut jantina juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan bagi murid yang mengikuti kaedah yang berbeza. Kesan yang ketara dapat dilihat melalui keputusan ujian pasca. Analisis ujian menunjukkan kumpulan eksperimen mencapai prestasi yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Ini menunjukkan murid lebih menguasai pemahaman bacaan dengan mengikuti kaedah menggunakan perisian aplikasi interaktif berbanding kaedah tradisional.

Keputusan yang serupa juga didapati daripada murid melalui ujian kefahaman yang dijalankan. Dalam ujian pra, kedua-dua kumpulan mempunyai keputusan yang sama, menunjukkan tiada perbezaan bagi tahap murid yang menjalani ujian. Selepas ujian pasca dilaksanakan, keputusan signifikan dapat dilihat daripada kedua-dua kumpulan. Pencapaian kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding pencapaian kumpulan kawalan. Kesimpulannya, boleh dikatakan, pencapaian murid yang mengikuti kaedah perisian interaktif lebih tinggi kerana mereka juga mempunyai kelebihan kerana penggunaan Internet membolehkan mereka untuk mencari maklumat dan informasi tambahan berkenaan cerita yang diajar agar kefahaman mereka terhadap cerita lebih berkembang.

Dari sudut morfologi, kedua-dua kumpulan mempunyai pencapaian dalam ujian pra yang sama. Namun dalam ujian pasca, kedua-dua kumpulan mempunyai perbezaan yang dapat dilihat. Murid yang menyertai kumpulan eksperimen mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding murid dalam kumpulan kawalan. Hal ini mungkin terjadi kerana kefahaman murid kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Gillian (2006) yang membuktikan bahawa penggunaan perisian interaktif yang terdapat dalam komputer melatih murid untuk menguasai struktur tatabahasa dengan lebih baik jika dibandingkan dengan latih tubi secara tradisional. Penguasaan sintaksis juga menunjukkan perbezaan ketara dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen manakala dalam ujian pra, tiada perbezaan didapati daripada analisis yang dijalankan.

Secara ringkasnya, kajian ini tekah membuktikan bahawa pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi kesan positif yang baik ke atas murid dalam aspek penguasaan bahasa. Penggunaan perisian aplikasi cerita interaktif bukan sahaja membantu murid mengusai kefahaman dan pemahaman malahan aspek morfologi dan sintaksis dalam bidang bahasa.

d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu.

berdasarkan kajian yang telah dijalankan dan analisis keputusan daripada ujian-ujian yang telah dilaksanakan terhadap kumpulan murid yang melalui kaedah pengajaran menggunakan perisian aplikasi interaktif dan kaedah tradisional, boleh disimpulkan bahawa penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan banyak membantu guru dan murid dalam proses P&P. Melihat kepada dapatan kajian yang menunjukkan kesan positif yang signifikan terhadap murid, guru boleh mengguna pakai bahan interaktif di dalam bilik darjah untuk menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna dan memudahkan pengajaran guru tersebut sendiri.

Terdapat banyak impak dan implikasi yang boleh diambil daripada kajian yang telah dilaksanakan ini. Hasil positif daripada ujian yang dilaksanakan boleh dijadikan penanda aras kepada guru untuk menghasilkan satu modul atau kit pembelajaran yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya bukan sahaja penggunaannya terhad dalam Bahasa Melayu sahaja, tetapi boleh dimanfaatkan untuk penggunaan dalam mata pelajaran lain juga. Hal ini bergantung kepada sejauh mana kreativiti guru dalam merancang corak pengajaran yang akan dilaksanakan. Selain itu, guru boleh menjadikan bahan interaktif yang digunakan untuk mewujudkan satu proses P&P yang berpusatkan murid dan menggalakkan mereka untuk berinteraksi dan mendominasi perjalanan P&P. Secara ringkasnya, dari sudut pedagogi, penggunaan bahan interaktif mampu membantu guru untuk menghasilkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan murid secara keseluruhannya.

Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memudahkan kerja guru dalam pengajaran dengan membantu penyediaan bahan yang mudah dan tidak memakan masa yang terlalu lama ekoran terdapat banyak bahan yang sedia tersedia di alam maya. Walau bagaimanapun, guru harus bijak dalam mengolah penggunaan yang akan dilaksanakan agar sesuai dengan tahap dan tajuk yang akan diajar. Selain itu, guru harus memastikan bahan yang dipilih tidak terlalu asing dengan murid dan biasa dilihat dalam persekitaran mereka untuk memastikan mereka dapat membina perkaitan dengan dunia sekeliling seterusnya menjadikan pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Pendek kata, semuanya bergantung kepada kebijaksanaan guru dan kreativiti dalam mengolah bahan yang akan digunakan agar sesuai dan menarik minat murid untuk belajar.

Selain itu, persediaan guru dalam menggunakan bahan perlulah mantap. Terdapat guru-guru yang sudah agak berusia yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan kurang berpengetahuan dalam mengendalikan perisian komputer. Hal ini menjadi satu halangan kepada guru untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan komunikasi kepada murid. Oleh itu, latihan, kursus atau program persediaan yang bersesuaian dengan tahap guru perlu dibuat untuk mengoptimumkan kemampuan guru dalam mengendali bahan interaktif yang bermanfaat untuk digunakan dalam bilik darjah untuk tujuan P&P. Bagi guru yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan bahan teknologi tinggi, mereka boleh mengambil inisiatif untuk menghasilkan atau membangunkan sendiri bahan yang bersesuaian untuk pengajaran yang akan dilaksanakan. Bagi guru yang kurang mahir, mereka boleh mengambil bahan perisian interaktif yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan melakukan sedikit olahan agar sesuai dengan kehendak objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

Kesimpulannya, penggunaan bahan perisian interaktif dalam P&P bukan sahaja memberi kelebihan kepada guru dalam memantapkan cara pengajaran mereka, tetapi turut membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Walaupun begitu, guru perlulah diberi pendedahan dan persediaan yang sepatutnya agar mereka mempunyai kemahiran untuk mengajar menggunakan bahan tersebut.