enjin pasang buka
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN MANIPULATIF 3Bachelor Pendidikan (Sains Pertanian)
Disediakan oleh :Muhamad Irfan Bin Izhar (168992)Jumaisah Binti Ware (166589)Senia Anak Keyulong (169497)
Nama Pensyarah : En. Norhayat Marzuki
1.5 MEMBUKA DAN MEMASANG BAHAGIAN LUAR ENJIN
Membuka Bahagian Luar Enjin
Click icon to add picture
LANGKAH PERTAMA
Longgarkan nat-nat yang mengikat kaki tangki minyak menggunakan sepana gabung hujung terbuka (10)
Tanggalkan tangki minyak tersebut.
LANGKAH KEDUA
Tanggalkan sambungan kabel tegangan tinggi daripada palam pencucuh.
LANGKAH KETIGA
Tanggalkan palam pencucuh daripada kepala silinder dengan menggunakan soket dalam.
LANGKAH KEEMPAT
Tanggalkan penutup kepala silinder.Tanggalkan nat dan skru tudung pada kepala silinder dengan menggunakan kaedah bersilang dan sebelah .
LANGKAH KELIMA
Tanggalkan kepala silinder dari bongkah enjin. Sekiranya kepala silinder tidak dapat ditanggalkan , ketuk kepala silinder dari arah sisinya menggunakan gandin getah. Jangan gunakan pemutar skru bagi mencungkil kepala silinder ini. LANGKAH
KEENAM
Tanggalkan gasket yang ada pada bongkah enjin atau kepala silinder.
LANGKAH KETUJUH
Memasang Bahagian Luar Enjin
Pasangkan gasket semula yang telah dtanggalkan pada bongkah enjin pastikan kedudukan gasket adalah betul seperti sebelum dibuka.
LANGKAH PERTAMA
Pasangkan kepala silinder dalam keadaan yang betul.
LANGKAH KEDUA
Ketatkan skru tudung atau nat mengikut kaedah bersilang dan sebelah seperti semasa membuka.
LANGKAH KETIGA
Pasangkan palam pencucuh ke dalam lubang yang terdapat pada kepala silinder menggunakan soket dalam.
LANGKAH KEEMPAT
Sambungkan kabel tegangan tinggi pada palam pencucuh.
LANGKAH KELIMA
Pasangkan tangki minyak dan seterusnya pasangkan semula nat-nat pada kaki tangki minyak dan ketatkan.
LANGKAH KEENAM
KESELAMATANJauhi sebarang
punca api semasa menggunakan bahan api.
Skru tudung tidak perlu diikat terlalu kuat kerana ini akan merosakkan benang kedua-dua bahagian yang dicantum
Elakkan daripada menggunakan tukul besi semasa menanggalkan kepala silinder dari bongkah enjin.