eia for the proposed mixed development on lots 36603

12
EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233 Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I RINGKASAN EKSEKUTIF I. Pengenalan Cadangan Projek Kajian Penilaian Kesan Awalan Impak keatas alam sekitar ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot 36603 – 36649, Lot 36602, Sebahagian Lot 17465, Lot 47233, Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290 dan Lot 17474, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 206.7 ekar (83.65 hektar) dan akan dibangunkan oleh Pilihan Teraju Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Penilaian Awal Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 7hb Mac 2013 dan pihak Jabatan tiada bantahan dengan pembangunan ini diteruskan dengan syarat Laporan EIA dikemukakan untuk kelulusan. Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan perumahan, industri dan ladang kelapa sawit. Tapak Projek ini terletak kira-kira 47km dari Kuala Lumpur, 20km ke selatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 12km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 2°49’42.44”U, 2°49’36.82”U, 2°49’11.79”U dan 2°48’59.05”U dengan longitud 101°41’38.51”T, 101°41’30.57”T, 101°42’18.27”T dan 101°41’54.45”T. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A. Pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses melalui Pintasan Dengkil By-pass. KLIA Extension Highway Jalan Pekeliling Jalan KLIA 1 Jalan B20 Pintasan Dengkil By-pass atau Lebuhraya Damansara Puchong Jalan B15 Pintasan Dengkil By-pass. Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan kawasan lapang dan tumbuhan sekunder. Terdapat sebuah tangki air di Tapak Projek yang membekalkan air kepada kawasan Kota Warisan. Selain itu, didapati sejumlah kecil pokok-pokok kelapa sawit di tapak Projek. Terdapat jalan tanah dan jalan tar dalam tapak projek yang memudahkan pergerakan penduduk yang berdekatan. Sebuah kolam tadahan terletak di bahagian selatan kawasan Tapak Projek. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B. Tapak Projek yang dicadangkan dikelilingi dengan kediaman, industri dan kelapa sawit. Cadangan Projek ini adalah pembangunan perumahan melebihi 50 ha yang tertakluk kepada perkara 7 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 dibawah sekyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 1) 2020, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan 4 – Ampar Tenang dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK) 4.3 – Kota Warisan yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian Penilaian Kesan Awalan Impak keatas alam sekitar ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan

Bercampur di atas Lot 36603 – 36649, Lot 36602, Sebahagian Lot 17465, Lot 47233, Lot 32427, Lot 32428, Lot

32429, Lot 32290 dan Lot 17474, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan

dijalankan di kawasan dengan keluasan 206.7 ekar (83.65 hektar) dan akan dibangunkan oleh Pilihan Teraju

Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Penilaian Awal

Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 7hb Mac 2013 dan pihak Jabatan

tiada bantahan dengan pembangunan ini diteruskan dengan syarat Laporan EIA dikemukakan untuk kelulusan.

Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi

dengan perumahan, industri dan ladang kelapa sawit. Tapak Projek ini terletak kira-kira 47km dari Kuala

Lumpur, 20km ke selatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 12km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 2°49’42.44”U, 2°49’36.82”U, 2°49’11.79”U

dan 2°48’59.05”U dengan longitud 101°41’38.51”T, 101°41’30.57”T, 101°42’18.27”T dan 101°41’54.45”T. Lokasi

Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A. Pembangunan yang dicadangkan ini boleh

diakses melalui Pintasan Dengkil By-pass. KLIA Extension Highway � Jalan Pekeliling � Jalan KLIA 1 � Jalan

B20 � Pintasan Dengkil By-pass atau Lebuhraya Damansara Puchong � Jalan B15 � Pintasan Dengkil By-pass.

Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan kawasan lapang dan tumbuhan sekunder. Terdapat sebuah

tangki air di Tapak Projek yang membekalkan air kepada kawasan Kota Warisan. Selain itu, didapati sejumlah

kecil pokok-pokok kelapa sawit di tapak Projek. Terdapat jalan tanah dan jalan tar dalam tapak projek yang

memudahkan pergerakan penduduk yang berdekatan. Sebuah kolam tadahan terletak di bahagian selatan

kawasan Tapak Projek. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B. Tapak

Projek yang dicadangkan dikelilingi dengan kediaman, industri dan kelapa sawit.

Cadangan Projek ini adalah pembangunan perumahan melebihi 50 ha yang tertakluk kepada perkara 7 Perintah

Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 dibawah sekyen

34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.

Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 1) 2020, Projek yang

dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan 4 – Ampar Tenang dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK)

4.3 – Kota Warisan yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan.

Page 2: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

Page 3: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

Page 4: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:-

i. Pemaju:

PILIHAN TERAJU SDN. BHD. (367118 – V)

Level 9, Two IOI Square, IOI Resort,

62502 Putrajaya.

Tel.: 03-8947 8888; Fax.: 03-8947 8800

U/p.: Mr. Wong Tark Keong

ii. Perunding EIA

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. (239233-K)

No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue,

Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama,

46150 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200

U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020)

(Ketua Kajian EIA)

iii. Jurutera Awam dan Struktur

Dr Y G Tan Jurutera Perunding Sdn. Bhd.

A-5-1, Kuchai Exchange,

No.43, Jalan Kuchai Maju 13,

58200, Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 6150; Fax: 03-7981 2991

U/p. : Ir. Dr. Y G Tan

iv. Perunding Perancang dan Pembangunan

Arkitek

RDC Arkitek Sdn. Bhd. (975785 – V)

Unit 15-2, 3rd Mile Square, 151, Batu 3 1/2

Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 5588; Fax: 03-7983 5587

U/p. : AR. Lai Ie Feng

Page 5: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V

Perancang

Alma Architects & Planner Sdn. Bhd.

48-1, Jalan Putra Mahkota 7/6A,

1st

Floor, Seksyen 7, Putra Heights,

47650, Subang Jaya, Selangor.

Tel : 03-5192 9571; Fax : 03-5192 9569

U/p. : Ar. Harris bin Mohamad Nor

v. Juru Ukur

Jurukur Jitu Perunding

No. 25A, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya,

47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Tel.: 03-8070 8330; Fax.: 03-8070 8400

U/p.: Tan Say Kee

vi. Makmal Akreditasi

Chemsil (Air & Water) Sdn. Bhd. (SAMM No.: 244)

33,Jalan Kota Raja H27/H,

Taman Alam Megah,

Seksyen 27 40400 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel.: 03-5192 3500 Fax: 03-5192 5300

U/p. : Mr. Ramesh

II. Alam Persekitaran Sediada

Persekitaran Fizikal

a. Topografi

• Berdasarkan kepada pelan ukur tanah, morfologi Tapak Projek ini menunjukkan permukaan yang sedikit

beralun dengan purata ketinggian dari RL15m hingga RL30m dari min paras air laut.

• Puncak tertinggi (kira-kira RL 36.37m) ditemui pada cerun motong di bahagian utara Tapak Projek

manakala kawasan terendah (kira-kira RL 9.99m) berada pada kawasan landai di bahagian selatan Tapak

Projek.

Page 6: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI

b. Saliran

• Tapak Projek terletak dalam kawasan lembangan Sg. Langat. Terdapat lapan (8) takat pengambilan air di

dalam kawasan tadahan air Sg. Langat dan kesemuanya berada ke arah hulu daripada Tapak Projek.

• Semua air larian permukaan dari Tapak Projek mengalir ke dalam longkang tepi jalan yang mengelilingi

sempadan Tapak Projek sebelum mengalir ke dalam Sg. Melot yang mengalir ke arah barat dan akhirnya

discaj ke dalam Sg. Langat manakala bahagian tenggara Tapak Projek adalah disaliri oleh parit tanah yang

mengalir ke dalam Sg. Labu di selatan Tapak Projek sebelum discaj ke dalam Sg. Langat

c. Aspek Geologi dan Tanah

• Keseluruhan Tapak Projek adalah terletak dalam Formasi Kenny Hill yang mana terdiri daripada satu seri

lapisan kuarzit dan syal dengan sedikit filit.

• Berdasarkan kepada Peta Tanah Reconnaissance Semenanjung Malaysia (Pindaan 2002), yang diterbitkan

oleh Kementerian Pertanian, Malaysia, Tapak Projek ini terletak di atas tanah sedentary iaitu Assosiasi

Serdang-Bungor-Munchong yang terbentuk daripada bahan induk yang kebanyakannya terdiri daripada

batuan sedimen termetamorf kecuali kawasan rendah di bahagian baratdaya Tapak Projek ini terletak di

atas tanah gambut

• Dengan merujuk kepada Peta Hidrogeologi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008)

yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral and Geosains (JMG) Malaysia, Tapak Projek adalah terletak dalam

kawasan rejim akuifer yang berkeupayaan tinggi di rantau ini.

d. Gunatanah

• Jenis gunatanah yang utama dalam kawasan impak adalah kawasan pertanian iaitu 16,324.2 ekar atau

64.5% dari keseluruhan kawasan impak.

• Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan hortikultur bercampur.

Kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit dan hortikultur bercampur adalah didapati di Ladang Ampar

Tenang dan Ladang Sungai Labu.

• Kawasan penempatan dan bukan pertanian adalah jenis gunatanah kedua utama dalam kawasan impak

iaitu seluas 7,912.62 ekar atau 31.2%. Pembangunan bandar iaitu Kota Warisan, Kg. Orang Asli Sg. Melut,

Kg. Orang Asli Bakok, Kg. Orang Asli Kelinsing, Kg. Orang Asli Jambu, Cure and Care Vocational Centre,

Taman Dahlia dan Bandar Baru Salak Tinggi adalah antara reseptor terdekat dengan tapak projek.

• Kawasan berhutan seperti padang rumpat terbiar merangkumi kira-kira 0.7% daripada kawasan impak.

Selain itu, belukar merangkumi 84.41 ekar (0.3% daripada kawasan impak) manakala paya hutan / bakau

merangkumi 73.94 ekar (0.3% daripada kawasan impak).

• Tapak projek yang meliputi kira-kira 0.82% daripada keseluruhan kawasan impak adalah terdiri daripada

kawasan lapang dan belukar.

Page 7: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VII

• Penerima terdekat bagi cadangan Projek ini ialah kawasan kediaman Kota Warisan, Kg. Orang Asli

Kelinsing, Kg. Orang Asli Bakok, Dengkil Palm Oil Mill, Kg. Orang Asli Jambu, ERL Salak Tinggi Station di

mana kesemuanya terletak kira-kira 20m, 40m, 200m, 550m, 800m and 1,400m dari bangunan sedia ada

ke sempadan Tapak Projek. Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah

seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C.

e. Kualiti Air

• Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 17hb September 2013 di tujuh (7) takat persampelan yang

mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisa dilaksanakan oleh makmal akreditasi JSM

i.e., Chemsil (Air & Water) Sdn. Bhd.

• Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual

B. Berdasarkan pada indeks WQI, menunjukkan kesemua sampel termasuk dalam Kelas II dan III Piawaian

Kualiti Air Negara.

Jadual B: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi

Persempelan Lokasi Penerangan

WQI

Pagi Petang

W 1 02° 49.712” U,

101°40.980 “ T Mewakili hulu Sg. Langat

74

(Kelas III)

81

(Kelas II)

W 2 02° 48.337” U,

101° 41.446” T Mewakili hulu Sg. Labu.

81

(Kelas II)

67

(Kelas III)

W 3 02° 49.370” U,

101° 39.679” T

Mewakili hilir Sg. Langat, selepas pertemuan Sg.

Langat dan Sg. Labu.

63

(Kelas III)

73

(Kelas III)

W 4 02° 49.465” U,

101° 42.279” T

Mewakili hulu Tapak Projek. 82

(Kelas II)

78

(Kelas II)

W 5 02° 49.428” U,

101° 41.661” T

Mewakili hilir Tapak Projek. 83

(Kelas II)

81

(Kelas II)

W 6 02° 48.984” U,

101° 42.047” T

Mewakili hulu Tapak Projek. 82

(Kelas II)

80

(Kelas II)

W7 02° 48.733” U,

101° 41.667” T

Mewakili hilir Tapak Projek. 43

(Kelas IV)

16

(Kelas V)

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2013

Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS) for Malaysia”.

Page 8: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VIII

Gambarajah C: Jarak Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

~20m – Distance from the

nearest house to the boundary of

the Project Site.

~550m – Distance from Dengkil Palm

Oil Mill to the boundary of the Project

Site.

~1400m – Distance from ERL

Salak Tinggi Station to the

boundary of the Project Site.

~40m – Distance from the

nearest house to the boundary of

the Project Site.

~800m – Distance from the nearest

house to the boundary of the Project

Site.

~200m – Distance from the nearest

house to the boundary of the Project

Site.

Page 9: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IX

f. Kualiti Udara

• Penilaian kualiti udara dijalankan dari 18hb hingga 20hb September 2013 di tiga (3) kawasan persampelan

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C.

• Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan

ketujuh-tujuh parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Cadangan Garis Panduan Kualiti Udara

Malaysia.

Jadual C: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi

Persampelan

Lokasi Penerangan

Point A1

02o

49.346’U,

101o

42.075’T

Terletak di kawasan kediaman berdekatan dengan persimpang

Persiaran Warisan.

Penyumbang sekeliling:

• Aktiviti penduduk setempat

• Laluan kenderaan dalam kawasan perumahan.

Point A2

02o

48.976’U,

101o

42.052’T

Terletak di Kg. Orang Asli Kelinsing.

Penyumbang sekeliling:

• Laluan kenderaan dalam kawasan perumahan.

Point A3

02o

49.438’U,

101o

41.341’T

Terletak di Persimpangan Kg. Orang Asli Bakok

Penyumbang sekeliling:

• Laluan kenderaan berat di sepanjang jalan di sebelah

lokasi persampelan.

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, 2013

g. Aras Bunyi

• Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1, N2 dan N3 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti

udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 petang bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 petang

hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam.

• Keputusan analisa menunjukkan paras bunyi bagi sesi waktu malam di N1, N2 dan N3 adalah sedikit tinggi

berbanding dengan paras bunyi yang direkomendasi untuk sesi malam. Paras bunyi yang tinggi mungkin

disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia di kawasan perumahan dan laluan kenderaan di jalan.

• Keputusan analisis menunjukkan paras bunyi di semua lokasi persampelan bagi sesi waktu siang berada di

tahap had yang dibenarkan.

Persekitaran Biologi

• Tumbuh-tumbuhan yang utama di kawasan ini adalah terutamanya rumput, rumpai, tumbuhan landskap

dan pokok kelapa sawit yang tertinggal meliputi kawasan terbuka tapak projek.

• Kawasan terbuka, kawasan cerun dan tepi jalan terutamanya diliputi oleh rumput jenis keluarga

Poaceae seperti rumput kerbau, Lalang dan rumput Fountain.

Page 10: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

• Pokok-pokok kelapa sawit tua ditemui di bahagian tengah tapak projek manakala bahagian utara

dan selatan tapak projek diliputi oleh tumbuh-tumbuhan perintis seperti pokok-pokok Acacia,

Macaranga (Mahang), Mimosa, Albizia, pisang, rumput, paku pakis dan tumbuhan menjalar.

• Sesetengah tumbuhan landskap seperti Alexandra Palm dan pokok Elaeocarpus ditemui di tepi

jalan jalan masuk di bahagian selatan tapak projek.

• Aktiviti perumahan, perbandaran dan perladangan berdekatan telah memberi kesan pada spesis fauna dari

segi komposisi yang mana tidak sesuai untuk habitat hidupan liar.

• Tiada mamalia besar telah dicatatkan di kawasan tapak projek. Hanya haiwan kecil yang tergolong dalam

keluarga tikus terdapat di kawasan tapak projek.

Persekitaran Sosio-ekonomi

• Berdasarkan banci terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk di Mukim Dengkil telah direkodkan pada

170,442 orang.

• Unjuran tambahan penduduk apabila Projek beroperasi adalah dalam lingkungan 27,372 orang.

Pembangunan yang dicadangkan ini akan melihat peningkatan 16% terhadap penduduk Mukim Ijok apabila

Projek beroperasi sepenuhnya.

• Berdasarkan kaji selidik tapak dan maklumat yang diperolehi daripada Penggerak Projek, tiada

penempatan manusia dalam tapak projek disebabkan kawasan tapak projek adalah tanah swasta.

• Reseptor manusia yang paling hampir dengan tapak projek adalah Kota Warisan (20m), Kg. Orang Asli

Kelinsing (40m), Kg. Orang Asli Bakok (200m) and Kg. Orang Asli Jambu (800m).

• Daripada lawatan tapak, ia boleh disimpulkan bahawa sosioekonomi kawasan sekitar dari tapak projek

adalah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan dilengkapi dengan infrastruktur serta kemudahan awam yang

lain.

III. Konsep Cadangan Pembangunan

• Berdasarkan pada cadangan projek pembangunan, Tapak Projek hanya akan membangunkan kira-kira 90%

daripada keseluruhan kawasan pembangunan dengan built up unit dan infrastruktur manakala yang

selebihnya 10% akan dijadikan kawasan lapang dan penampan.

• Komponen penempatan merangkumi 43.40% dari keseluruhan peratusan pembangunan iaitu kira-kira

89.70 ekar daripada jumlah kawasan pembangunan untuk 1,489 unit rumah. Terdapat empat (4) jenis

rumah yang akan dibina iaitu Pangsapuri kos sederhana rendah, Pangsapuri kos sederhana, Rumah Teres

dan plot perumahan.

• Sektor komersial yang mana meliputi 26.29% (i.e., 54.34 ekar) daripada kawasan pembangunan terdiri

daripada dua (2) plot komersial.

• Kemudahan awam yang akan disediakan dalam pembangunan ini merangkumi sebuah rendah/menengah

awam, sekolah agama, pusat kesihatan awam, tadika, dewan awam dan surau awam.

• Pemaju telah memperuntukkan 5.98% (12.36 ekar) tanah untuk kompleks sekolah.

Page 11: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

• Infrastruktur dan utiliti yang dicadangkan dalam pembangunan ini adalah kolam takungan, rumah pam,

tangki air dan pencawang elektrik.

• Kolam tadahan meliputi jumlah kawasan 5.05 ekar tanah akan di naik taraf untuk kawasan rekreasi dan

landskap.

• Terdapat peruntukan untuk kawasan lapang dan kawasan hijau, dengan jumlah kawasan liputan 11.25 ekar

(iaitu 2.01% tapak projek) yang dirancang untuk pembangunan yang dicadangkan.

• Berdasarkan pada keseluruhan cadangan pembangunan, jalan bertar meliputi kira-kira 20.68 ekar tanah

yang mana termasuk pembinaan kawasan tempat letak kereta.

• Keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara

(PE) 27,372 orang dirumuskan dalam Jadual D.

Jadual D: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran

Permintaan/Sisa

Harian

Penerangan

Elektrik

Permintaan

maksimum elektrik

14,770 kVA

• Dua (20 pencawang elektrik TNB telah diperuntukkan untuk

menampung keperluan elektrik cadangan projek.

Air

2,155,125 gal/hari

• Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

• Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tangki air yang

terletak di bahagian tengah pembangunan sebelum diagihkan

kepada keseluruhan kawasan pembangunan.

Sisa

Kumbahan

6,158,700 L/hari

• Kumbahan dari kawasan ini akan dialirkan ke Rumah Pam yang

terletak di bahagian barat daya pembangunan sebelum disalurkan ke

loji rawatan kumbahan berpusat di Kota Warisan.

Sisa Pepejal

27,372 kg/hari

• Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah

di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2013

Pembangunan ini akan dibahagikan kepada lima (5) fasa pembangunan iaitu Fasa 1 – Fasa 5. Berdasarkan pada

jadual perlaksanaan, dianggarkan pembangunan yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dalam jangkamasa

kira-kira 8 tahun iaitu dari awal tahun 2014 (kerja tanah) hingga hujung tahun 2021 (kerja-kerja pembinaan

selesai).

Kerja tanah untuk keseluruhan tapak dijangka akan bermula dari Januari 2014 dan siap pada December 2014.

Kerja pembinaan bangunan untuk Fasa 1 dijangka akan bermula pada Januari 2015, apabila kerja tanah untuk

kawasan tersebut telah selesai. Kerja pembinaan bangunan untuk Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 dan Fasa 5 dijangka

akan bermula pada Januari 2016, 2017, 2018 dan 2019. Kerja pembinaan bangunan dijangka akan mengambil

masa kira kira 2-3 tahun untuk selesai. Jadual pembangunan mungkin berbeza berdasarkan pada peringkat dan

jadual sebenar kerja-kerja pembinaan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Page 12: EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603

EIA for the Proposed Mixed Development on Lots 36603 - 36649, Lot 36602, Part of Lot 17465, Lot 47233

Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290, Lot 32291 and Lot 17474, Mukim Dengkil,

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan for Pilihan Teraju Sdn. Bhd.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan

fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam

Jadual E.

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan

perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera

perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang

dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut:

• Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran;

• Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak;

• Perancangan kemajuan kerja di tapak;

• Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan;

• Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di

tapak;

• Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi

yang telah dicadangkan.

• Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal

yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

VI. Kesimpulan

Cadangan pembangunan ini akan dibangunkan di atas Lot 36603 – 36649, Lot 36602, Sebahagian Lot 17465,

Lot 47233, Lot 32427, Lot 32428, Lot 32429, Lot 32290 dan Lot 17474, Mukim Dengkil, Daerah Sepang,

Selangor Darul Ehsan, Selangor Darul Ehsan. Pembangunan yang dicadangkan ini akan dibangunkan oleh

Pilihan Teraju Sdn. Bhd. Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.

Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang

dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah (pencemaran air, udara dan bunyi) ke atas

persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan.

Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan.

Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan

berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini.

Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang

ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran

terhadap alam sekitar dalam perancangan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi

daripada Projek dapat mengimbangi impak-impak negatif.