edu

10
BIODATA GURU KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN TENAGA SEPAKAT, BATU PAHAT Nama : Mohd Zuhairi Bin Chukop Tarikh Lahir : 13 April 1982 Subjek yang diajar : Pendidikan Agama, Bahasa Arab Mula Berkhidmat di SK Tenaga Sepakat : Januari 2006

Upload: david-knight

Post on 10-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

BIODATA GURU KAUNSELINGSEKOLAH KEBANGSAAN TENAGA SEPAKAT, BATU PAHAT

Nama : Mohd Zuhairi Bin ChukopTarikh Lahir : 13 April 1982Subjek yang diajar : Pendidikan Agama, Bahasa ArabMula Berkhidmat di SK Tenaga Sepakat : Januari 2006Mula menjadi Kaunselor : Jun 2010

PERANCANGAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEKOLAH KEBANGSAAN TENAGA SEPAKAT, BATU PAHAT

LAPORAN PROGRAMUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSK TENAGA SEPAKAT 2015

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) 2015

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama 2 hari bermula pada hari Jumaat (27.03.15) sehingga Sabtu (28.03.15). Kem komandan yang bertugas ialah En.Zuhairi bin Chukop, Pn. Mazzaini bint Mudadan dan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin. Perkhemahan ini termasuk di bawah Program Kepemimpinan anjuran sekolah serta Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sebanyak 217 orang peserta telah hadir mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Para peserta terdiri daripada:Unit Pengakap : 45 orangUnit BSMM : 40 orangUnit PPIM : 45 orangUnit Puteri Tunas : 42 orangUnit TKRS : 39 orangUnit Pengakap PPKI : 6 orang

Jumaat (27.03.15)Seawal jam 7.30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Aktiviti dimulakan dengan ice-breaking bawah kelolaan Pn. Mazzaini bint Mudadan dan En.Zuhairi bin Chukop dengan dibantu oleh guru-guru yang bertugas.Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti masakan. Semua peserta bekerjasama menyediakan menu telur dadar dan cekodok bilis dan membakar jagung manis dengan menggunakan kayu api.Selain daripada itu, murid mendirikan khemah di dataran perhimpunan, menjalankan latihan kawad kaki dan aktiviti ketahanan. Pada sebelah malam pula, para peserta menjalani latihan persembahan di bawah bimbingan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin untuk Persembahan Malam Kebudayaan.

Sabtu (28.03.15)Seawal jam 7.00 pagi, para peserta melakukan senamrobik dengan diketuai oleh wakil daripada pelajar sendiri. Setelah itu, semua peserta meneruskan aktiviti dengan belajar cara-cara mengikat tali dan peserta mesti melibatkan diri dalam ujian yang ditetapkan.Kemudian, para peserta melakukan aktiviti jungle trekking di mana setiap kumpulan perlu bergerak di setiap checkpoint dan pada setiap checkpoint dikehendaki membuat ikatan atau simpulan yang telah dipelajari sebelum ini dengan betul sebelum bergerak ke checkpoint yang seterusnya.Setelah itu, peserta juga melakukan aktiviti ikhtiar hidup di dalam hutan dengan dibantu oleh En Mohd Zuhairi dan guru-guru lain. Peserta diajar bagaimana cara untuk memasak dan hidup secara survival tanpa alatan atau perkakas yang moden di dalam hutan.

LAMPIRAN GAMBAR SEKITAR AKTIVITI