edu 3107 soalan 2
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
1/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 1
BAHAGIAN
B
Pendahuluan
Maklumat / Profil Peribadi Guru Bimbingan dan Kaunseling
Masalah-masalah Murid yang Wujud di Sekolah
Cara Guru Bimbingan Sekolah Rendah Mengenalpasti Masalah Murid
Teori yang Lazim Digunakan Oleh Guru Bimbingan Sekolah Rendah
Kemahiran-kemahiran Kaunseling yang Paling Biasa Digunakan Oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
Penutup
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
2/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 2
1.0 Pendahuluan
Sekolah Kebangsaan Batu Kawan merupakan sebuah sekolah luar bandar yang
terletak di Daerah Seberang Prai Selatan. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 2003 dengan
bilangan murid seramai 874 orang. Terdapat empat kelas bagi setiap tahap persekolahan
dan sekolah ini merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan.
Sekolah Kebangsaan Batu Kawan merupakan sebuah sekolah yang majority
merupakan murid berbangsa Melayu. Mempunyai purata perbezaan yang sangat tinggi
diantara bangsa India dan Melayu, setiap murid di sekolah ingin kelihatan rapat kerana
mempunyai persamaan latar belakang dan sosiobudaya yang hamper sama.
Bagi menyiapkan tugasan EDU 3107 saya, saya berserta enam orang rakan
sepraktikum saya telah mengadakan satu sesi temubual keatas Puan Nur Ain, guru
bimbingan dan kaunseling sekolah ini pada 28 Januari 2014 lalu. Sesi temubual yangberlangsung hampir satu jam ini banyak memberi input-input berguna tentang cara
menangani masalah pelajar di sekolah mengikut teori-teori kaunseling yang wujud. Berikut
merupakan latar belakang kaunselor Sekolah Kebangsaan Batu Kawan yang ditemubual:
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
3/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 3
Nama Nur Ain Binti Mohd Daud
KelulusanSarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaysia Terengganu dan
Diploma KPLI, IPG Temenggong Ibrahim.
Tahun Berkhidmat 2009
Pengalaman Sebagai
KaunselorEmpat tahun
Perwatakan Seorang yang ceria, peramah dan suka senyum
Status Berkahwin
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
4/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 4
2.0 Jelaskan masalah-masalah pelajar yang wujud di sekolah tersebut.
Berdasarkan temubual saya bersama guru bimbingan SK Batu Kawan, Puan Nur
Ain, saya telah mengketogari masalah-masalah murid yang wujud di sekolah itu kepada
empat bahagian utama iaitu akademik, behavioral, keperluan khas dan juga peribadi.
Masalah utama yang sering menjengah ke meja Puan Nur Ain ialah berkaitan masalah
akademik. Antara masalah yang berkaitan akademikadalah seperti berikut:
a) murid tidak membuat kerja rumah dan tugasan yang diberikan
b) murid tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran berlangsung
- contoh: bermain-main dengan objek lain semasa pengajaran berlangsung.
c) Meniru kerja rumah
Berdasarkan pengalaman Puan Nur Ain, masalah berkaitan tidak mahu membuat kerja
rumah sering kali melibatkan murid dari tahap dua iaitu murid darjah empat hingga darjah
enam. Alasan yang sering diutarakan oleh murid-murid berkenaan adalah seperti terpaksa
menghadiri kelas tuisyen hingga larut malam, tidak tahu menyelesaikan kerja rumah, terlupa
dan terlalu letih pada waktu malam.
masalah
murid
peribadi
akademik
behavioural
keperluan
khas
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
5/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 5
Masalah yang melibatkan kurang tumpuan murid semasa sesi pengajaran dilihat
sebagai masalah yang melibatkan minat dan juga faktor sekunder seperti cara pengajaran
guru semasa di dalam kelas. Masalah ini dilihat serius apabila murid mula menunjukkan
gejala-gejala kurang berminat untuk terlibat secara langsung di dalam sesi pembelajaran.Juhana (2012) dalam kajiannya menyatakan seseorang guru harus berusaha sedaya upaya
memberi rangsangan, motivasi, galakan dan semangat kepada para pelajar untuk
terus berusaha. Gejala meniru dalam kalangan murid berlaku kerana murid menunjukkan
sifat terdesak untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diperuntukkan oleh mereka. Gejala
yang tidak sihat ini juga mungkin diakibatkan oleh kurangnya sifat ingin bersaing,
memperbaiki kesalahan dan tidak mahu kelihatan tidak tahu mahupun kreatif.
Bahagian masalah kedua iaitu behavioral melihatkan masalah tingkah laku murid bukan
sahaja di dalam kelas bahkan ketika bersama rakan sebaya . Abd. Rahim bin Abd. Rashid
(1999), menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid kerana
wujudnya proses demoralizing di dalam kelas. Demoralizing adalah proses yang
meruntuhkan moral murid sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati
dan dihargai yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah yang kurang sihat
bagi menghilangkan perasaan yang tidak disenangi itu. Masalah behavioral murid adalah
seperti :
a) Menganggu rakan sebaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlangsung.
b) Membuli
c) Memukul rakan sebaya
Menurut Puan Nur Ain, masalah behavioral jarang berlaku di sekolah SK Batu Kawan,
namun apabila masalah ini timbul masalah ini memerlukan kepada pemerhatian yang
sangat mendalam dan berterusan. Kebanyakan kes yang melibatkan masalah behavioral
dirujuk kepada Puan Nur Ain bagi memastikan tingkah laku kurang disenangi ini tidak akan
diteruskan dan memastikan murid berasa selamat dan diperlukan apabila mereka di dalam
perkarangan sekolah.
Bahagian masalah murid yang seterusnya ialah bahagian masalah melibatkan
masalah keperluan khas. Masalah ini bertambah merunsingkan apabila masalah yang
dirujuk untuk pengetahuan ibu bapa dipandang sebagai satu usaha menyingkirkan murid itu
dari SK Batu Kawan. Masalah seperti hiperaktif dan kurang tumpuan (ADD) antara contoh
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
6/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 6
masalah keperluan khas yang pernah dirujuk di unit bimbingan SK Batu Kawan.
Bahagian masalah yang wujud namun mempunyai rujukan minama di dalam rekod
bimbingan SK Batu Kawan adalah berkaitan dengan masalah peribadi. Masalah yang
kebanyakannya lebih berpunca kerana kurang perhatian ketika berada di rumah diatasfactor kesibukan ibu bapa di dalam pekerjaan masing-masing. Kes rujukan kurang
kepercayaan diri juga pernah dirujuk atas alasan permintaan ibu bapa yang terlalu tinggi
terhadap murid di dalam pencapaian akademik.
Secara kesimpulan, masalah utama murid-murid di SK Batu Kawan yang dirujuk
kepada unit bimbingan dan kaunseling ialah lebih bersandar kepada isu-isu yang berkaitan
akademik yang memerlukan bimbingan secara intensif oleh pihak yang bertanggungjawab.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
7/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 7
3.0 Bagaimana cara-cara Guru Bimbingan Sekolah Rendah mengenal pasti masalah
pelajar?
Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah
yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi),
jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian ( kajian kes, kajian
dokumen, kajian membujur).
Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di
sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid
tersebut. Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai
perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus
memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk menentukan tahap
kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti aspek-aspek
kekuatan dan kelemahannya.
Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik
untuk mengdiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini perlu
dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu menasihati ibu bapa
murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil untuk mengatasi masalah tingkah
laku anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu diberikan keputusan ujianujian ini oleh guru
dalam satu laporan khas. Laporan ini mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi untuk
mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut.
CARAMENGENAL
PASTI
jenis ujian
diagnostik psikologi
jenis bukan
ujian
pemerhatian temubual
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
8/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 8
Kaedah mengenalpasti masalah ini terbahagi kepada tiga teknik iaitu
a) Jenis ujian
b) Jenis bukan ujian
3.1 Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik)
Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untuk menganalisis
semua masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan lebih terperinci. Murid
boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaitu Ujian Sumatif dan Ujian Formatif. Ujian
Sumatif ialah peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Manakala, Ujian Formatif merujuk ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan peperiksaan
akhir tahun.
Melakukan Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan murid (I.Q) seperti
yang disarankan oleh Terman dan Binet. Seterusnya Ujian Kecenderungan Bakat seperti
Ujian Aptitut Differential (DAT), Ujian Minat untuk menilai minat murid terhadap sesuatu
aktiviti atau kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI). Kemudian, melakukan Ujian
Personaliti untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan
sikap seseorang murid. Contohnya, The Survey of Personal Values (SPV), danThe Mooney
Problem Check Lists (MPCL). Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat
peribadi serta nilai sikap murid.
Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan
murid yang kurang cerdas bagi memudahkan sesi perancangan pegajaran di dalam kelas
diadakan. Selain itu, turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk mengesan punca
kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran murid. Keputusan ujian ini
penting bagi guru untuk merancang aktiviti pemulihan. Akhir sekali, melakukan Ujian Aptitut
Khas seperti Ujian Aptitut Mekanikal, Ujian Aptitut Perkeranian, Ujian Aptitut Seni, dan Ujian
Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam bidang tertentu.
Di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-maklumat
asas dikumpulkan dan yang diperlukan ialah hal peribadi murid, pencapaian akademik, serta
aktiviti kokurikulum yang disertainya.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
9/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 9
3.2 Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual)
Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh digunakan
guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang
menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Guru boleh mengenal pasti ciri-ciriperkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Ianya boleh dibuat di dalam
bilik darjah atau luar bilik darjah.
Pemerhatian seperti ini penting bagi guru untuk menentukan kekerapan, tempoh
langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Data yang dikumpul
melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana guru dapat merancang tindakan
susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku. Selain itu, pemerhatian ini
juga penting kerana ia dapat menolong guru mengawal tingkah laku bermasalah di dalam
bilik darjah. Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku
bermasalah yang digunakan oleh guru.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
10/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 10
4.0 Terangkan teori yang lazim digunakan oleh Guru Bimbingan Sekolah Rendah
ketika menjalankan sesi kaunseling individu. Mengapa guna teori tersebut?
Jika menurut E.Koeswara (1988) menjelaskan bahawa guru pembimbing bertindak
sebagai pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri
secara realiti. Semasa soalan ini diajukan kepada Puan Nor Ain, beliau secara terang-
terangan menyatakan beliau menggunakan pendekatan teori behaviouris dalam menangani
masalah murid-murid di SK Batu Kawan. Pendekatan ini dilihat lebih effisen dan mudah
mengubah tingkah laku murid yang tidak diingini. Terapi yang diperkembangkan oleh
Bandura, Beck, Wolpe dan Lazarus ini mengadaikan pemikiran dan perasaan adalah sukar
untuk diukur. Oleh sebab itulah, tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah
Seperti yang dinyatakan oleh Amir Awang (1987), pendekatan behavioris dilihat
sesuai semasa menjalani proses bimbingan dan kaunseling individu di sekolah rendah
kerana teori ini mempunyai tiga unsur yang menarik seperti:
a) Terapi behaviouris mempunyai banyak teknik dan strategi yang telah diusahakan
dan didapati berkesan semasa dan selepas sesi kaunseling individu berlaku.
b) Terapi behavioris sangat mengutamakan tingkah laku yang nyata (overt) yang mana
guru bimbingan dapat mengenal pasti dengan mudah kejayaan mahupun kegagalan
sesuatu pendekatan yang digunakan oleh guru pembimbing semasa kaunseling
individu diadakan.
c) Terapi behavioris memberi kebebasan kepada seseorang guru pembimbing untuk
mengembleng mana-mana teknik mahupun strategi semasa sesi individu
berlangsung bagi menjadikan ia sebagai satu pendekatan bersifat eklektik
(bergabungjalin)
Selain dari itu, kebanyakkan kes-kes yang dirujuk kepada guru bimbingan adalah
dari jenis tingkah laku maladaptif iaitu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai dalam
sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang dianggap maladaptif itu semuanya dipelajari demi
untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang
kurang selesa.
Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan.
Tingkah laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
11/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 11
berikutnya. Sebagai contoh, budak yang mengalami sakit perut mendapat perhatian dari
ibubapanya dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana
keadaannya pada masa itu. Hal ini akan menyebabkan budak ini mengambil kesempatan
yang sama dalam situasi lain di mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi,dengan menyatakan bahawa dia sakit perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang
tidak selesa, iaitu pergi ke sekolah. Berikut merupakan beberapa teknik behavioris yang
sesuai dipraktikkan oleh guru pembimbing semasa sesi kaunseling individu berlangsung:
1. Latihan Asertif
Suatu teknik untuk membantu klien menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan
dengan individu yang dianggap mampu memberi ancaman kepada dirinya menambah
keyakinan diri bila diancam. Matlamat latihan asertif ialah memberi kekuatan kepada
murid untuk memulakan tingkah laku yang dikehendaki disamping mengajar murid
bertindak dengan mengambil langkah yang lebih produktif
2. Token Ekonomi
Amir Awang (1987) menyatakan bahawa token ekonomi digunakan apabila semua
peneguhan sosial tidak lagi berjaya dalam menghapus tingkah laku yang tidak
diingini. Alternatif ini memberi peluang kepada murid mendapat token-token diatas
segala tindakan baik yang dilakukan oleh murid.
3. Modelling
Modelingmerupakan satu teknik belajar melalui pemerhatian dengan menambahkan
tingkah laku yang diingin dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingin dengan
mempelbagaikan pengamatan sekaligus meningkatkan proses melibatkan kognitf.
Murid akan diminta menetapkan satu tokoh yang sangat disenangi oleh mereka dan
guru pembimbing akan cuba mengaitkan tingkah laku yang tidak sepatutnya ada jika
dikaitkan dengan tokoh yang ditetapkan oleh murid sebentar tadi.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
12/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 12
5.0 Huraikan kemahiran-kemahiran kaunseling yang paling biasa dan kerap digunakan
oleh Guru Bimbingan Sekolah Rendah untuk menggalakkan klien mencerita dan
mencungkil masalah mereka.
Dalam menggalakkan klien bercerita masalah yang dihadapi oleh mereka, guru
bimbingan sekolah rendah harus mempunyai kemahiran-kemahiran asas kaunseling dalam
usaha memahami dan memberi layanan interaktif yang paling berkesan dan sesuai kepada
tahap penerimaan klien. Berikut merupakan kemahiran -kemahiran yang kerap digunakan
semasa sesi kaunseling individu dan kelompok berlangsung
KEMAHIRAN BUKAN LISAN
Menurut Maznah dan Zainal (2003), menjelaskan komunikasi bukan lisan adalah mesej
yang disampaikan bukan melalui tutur kata. Antara kemahiran-kemahiran yang terdapat
dalam komunikasi bukan lisan;
1) Ekspresi muka
- Guru pembimbing perlu memperlihatkan ekspresi wajah yang ceria dan meyakinkan
klien. Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan rasa
kurang senang klien.
KEMAHIRAN
lisan
dorongan
minimaparafrasa
kemahiran
menyoalkonfrantasi
bukan lisan
ekspresi
muka
tahap
tenaga
sentuhan
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
13/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 13
2) Tahap tenaga
- Merujuk kepada mood dan keadaan guru pembimbing mengendalikan sesi
kaunseling. Tahap tenaga adalah pancaran rasa kesedian kaunselor dalam melayan
atau menerima klien.3) Sentuhan
- sentuhan adalah untuk menunjukkan kemesraan kepada klien bagi mempersilakan
masuk ke bilik kaunseling. Sentuhan merangkumi tindakan minima seperti berjabat
tangan, menepuk, dan sebagainya (tidak boleh menyentuh tangan atau memegang
bahu klien yang berlainan jantina).
KEMAHIRAN LISAN
Maznah dan Zainal (2003) menjelaskan komunikasi bukan lisan adalah interaksi tutur
kata secara timbal balas di antara pembimbing dan klien dalam memahami dunia klien
dengan lebih jelas. Antara komunikasi lisan dalam kaunseling adalah seperti berikut.
1) dorongan minima
- contoh ; jadi.. atau emm..
2) parafrasa
- ialah respons kaunselor selepas mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien.
3) kemahiran menyoal
- soalan terbuka : jenis soalan yang menggalakkan perbincangan yang panjang
lebar.tidak memerlukan jawapan yang khusus
- soalan tertutup : soalan yang menghadkan jawapan kepada satu ataupun beberapa
perkataan sahaja.
4) konfrantasi
- satu teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih
mendalam ruang dalaman klien
- supaya klien tidak berdiam diri.
Kesimpulannya,semua kemahiran-kemahiran ini sangat penting dalam memastikan klien
berasa selesa dan selamat untuk berkongsi masalah mereka bersama guru pembimbing.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
14/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 14
BAHAGIAN
C
Maklumat / Profail Peribadi Murid
Soal Selidik Guru Kelas & Guru Matapelajaran
Soal Selidik Rakan Murid
Data Kes
Intervensi Terapi Kaunseling Yang Sesuai Digunakan
Peta Minda Kes
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
15/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 15
1.0 Maklumat dan Latar Belakang
1.1 Maklumat Klien
Nama : Fais (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Asal : Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat, Pulau Pinang
Umur : 10 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : 4 orang (anak ke-3)
Pekerjaan bapa : Pemandu lori
Tinggal bersama : Ayah, ibu dan seorang adik
Pencapaian akademik : Sederhana
1.2 KES
1.2.1 Nama Kes
Sentiasa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) terutamanya semasa
matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu berlangsung.
1.1.1 Perihal Kes
Faris merupakan murid tahun 4 Cergas SK Batu Kawan, Pulau Pinang. Faris
merupakan seorang murid yang bersosok badan kecil dan rendah. Faris sentiasa ceria dan
sedia membantu guru pada kebanyakkan waktu. Namun Faris pada kebanyakkan waktu
kerap kali mengganggu pengajaran guru matapelajarannya terutama matapelajaran
Matematik dan Bahasa Melayu. Gangguan Faris tidak terhad kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran sahaja, Faris juga turut mengganggu rakan-rakan sebayanya.
Faris telah dirujuk kepada guru bimbingan SK Batu Kawan kerana sering tidak menyiapkan
kerja rumah dan berkelakuan tidak baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung disamping peratusan kehadiran yang tidak memuaskan
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
16/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 16
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
17/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 17
2.0 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI
Sila jawab soalan kaji selidik ini bagi respondan bernama
Muhamad Faris dari kelas 3 Cerdik
1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang
Bil Jenis Tingkah Laku 1 2 3
Bahagian A : Agresif
1. Hiperaktif /
2. Suka memukul /
3. Suka mencubit /
4. Cepat marah /
5. Suka berkelahi /
6. Suka mengejek dan menganggu kawan atau orang lain /
7. Suka menjerit-jerit /
8. Membaling benda-benda kepada kawan /
9. Menggunakan bahasa kesat /
10. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
Bahagian B : Pasif
1. Hipoaktif (berdiam diri) /
2. Mengasingkan diri / bersendirian /
3. Suka berkhayal /
4. Suka membebel / berleter seorang diri /
5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata saya tidak boleh /
6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna /
7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah /
8. Mempunyai pergerakan yang lambat /
9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan /
10. Lambat dalam menjalankan tugas /
Bahagian C : Masalah Emosi dan Sosial
1. Suka menghisap jari /
2. Suka menggigit kuku /
3. Kelihatan sugul /
4. Merasa takut dan cemas /
5. Terlalu malu dan kurang bergaul /
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
18/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 18
6. Suka berbohong /
7. Suka mengambil barang orang /
8. Menggangu apabila guru bercakap /
9. Tidak suka berkawan /
10. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru /
Bahagian D : Masalah Pembelajaran ( Kognitif )
1. Kurang tumpuan perhatian /
2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja /
3. Tidak boleh ikut arahan /
4. Kurang daya ingatan /
5. Kurang kefahaman /
6. Kurang daya taakulan /
7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan /
8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna /
9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu /
10. Tidak peka terhadap bising /
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
19/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 19
3.0 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI
Sila jawab soalan kaji selidik ini bagi respondan bernama Muhamad Faris dari 3 Cerdik
1. Ya 2. Tidak 3. Kurang
1 2 3
1. Adakah anda suka berkawan dengan Faris? /
2. Adakah Faris sering mengganggu anda di dalam kelas ? /
3. Adakah anda berasa tidak senang dengan sikapnya ? /
4. Pernahkah Faris memukul anda ? /
5.Adakah anda berasa tidak selesa untuk belajar apabila Faris
berada di dalam kelas ?/
6.Adakah Faris kerap berjalan dan mengganggu rakan-rakan yang
lain di dalam kelas ?/
7. Pernahkah Faris membuatkan anda menangis ? /
8. Adakah Faris sering tidak menyiapkan kerja rumah ? /
9. Pernahkah Faris membuatkan anda marah ? /
10.Adakah anda suka sekiranya Faris tidak lagi sekelas dengan
anda ?
/
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
20/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 20
4.0 DATA KES
4.1 Cara kumpul data/maklumat
Sebagai permulaan, saya telah mengambil inisiatif memilih beberapa cara yang saya
rasakan relevan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan murid ini. Saya telah
memilih untuk mengumpulkan maklumat melalui empat cara iaitu melalui pemerhatian saya
sendiri sewaktu mengajar di dalam kelas, mengedarkan borang soal selidik, mengadakan
sesi temubual bersama dengan guru kelas, guru mata pelajaran, guru disiplin dan rakan
sekelas murid serta membincangkan isu dengan guru kelas dan guru disiplin dalam usaha
untuk membantu murid tersebut.
Pertama sekali, saya telah membuat pantauan keadaan Faris di dalam kelasnya
setiap kali saya tidak mempunyai waktu pengajaran. Setiap kali saya membuat pemerhatian
dari luar kelas, saya akan memantau tindak tanduk dan tingkah laku Faris bersama rakan
dan gurunya. Seterusnya, saya telah memilih untuk mengadakan sesi temu bual bersama
dengan guru-guru mata pelajaran, guru kelas, guru disiplin dan rakan-rakan respondan ini
CARA
PENGUMPUALAN
MAKLUMAT
Pemerhatian
Rujukan
Tinjauan
Soalselidik
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
21/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 21
dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan tingkah laku dan sahsiah murid ini.
Pada awalnya, saya telah meminta izin daripada guru kelasnya untuk menemubual beliau
dalam usaha untuk membantu saya mendapatkan maklumat mengenai Faris.
Seterusnya, guru kelas Faris telah mencadangkan kepada saya agar menemubualguru matapelajaran di kelas berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat
mengenai tingkah laku Faris bagi setiap sesi pengajaran. Setelah mendapatkan kebenaran
daripada guru-guru berkenaan, saya memulakan sesi temu bual bersama dengan mereka
secara perseorangan.Tidak cukup dengan itu saya juga telah meminta bantuan guru disiplin
untuk membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai Faris.
Akhir sekali, saya telah menemubual rakan sekelas Faris sendiri. Pada pendapat
saya, rakan-rakan sekelasnya akan lebih mengetahui dan mengenali siapakah diri Faris
yang sebenar. Setiap hari mereka bersama-sama di dalam kelas. Oleh hal yang demikian,
perkara ini sedikit sebanyak telah memudahkan urusan saya memandangkan saya dapat
meluangkan sedikit sebanyak masa yang saya ada untuk menemubual murid-murid saya ini.
Walau bagaimanapun, sesi temu bual yang dijalankan tidak berhenti setakat itu
sahaja. Saya telah bekerjasama dengan guru kelasnya untuk mengadakan perbincangan
bagi sama-sama membantu Faris dalam usaha membentuk tingkah laku kendiri yang positif.
Setiap kali berpeluang dan mempunyai masa lapang, saya akan berjumpa dengan guru
kelasnya dan meminta pendapat daripada beliau untuk membantu Faris mengubah tingkah
lakunya dan pemikirannya.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
22/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 22
4.2 Analisa data/maklumat
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Faris menunjukkan tingkah laku aktif dan
bersemangat ketika berada di luar bilik darjah. Situasi ini dapat diperhatikan dengan lebih
tepat terutamanya ketika waktu rehat, dan bermain di padang. Faris juga turut menunjukkandisiplin yang tinggi semasa matapelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni
berlangsung.
Pemerhatian turut dilanjutkan ketika aktiviti badan beruniform dan persatuan
berlangsung. Semasa Faris berada di badan beruniform Pengakap, Faris sangat gemar
membantu guru dan rakan-rakan sebayanya , tidak seperti kanak-kanak yang sebaya
dengannya, Faris tidak pernah memaksa guru ketika hendak memberi bantuan, tetapi hanya
berdiri dalam keadaan senyap dan bersedia untuk memberikan bantuan. Pada pengamatan
saya, pada sifat Faris yang sedemikianlah yang membuatkan guru-guru sering memilih Faris
untuk memberikan bantuan. Berbeza ketika berada di badan unit beruniform pengakap,
Faris kelihatan tidak berminat dengan aktiviti yang dilakukan oleh kelab Matematiik. Faris
pada kebanyakkan masa hanya kelihatan mengguap dan tidak memintak untuk memberikan
bantuan kepada guru persatuan. Faris juga kelihatan sentiasa menganggu rakan-rakan
semasa sesi aktiviti persatuan berlangsung.
Bagi mendapat analisa yang lebih jelas dan mendalam, saya juga turut membuat rujukan
kehadiran dan pencapaian akademik Faris ke sekolah melalui rekod kehadiran kelas dan
juga rekod pencapaian akademik Faris. Memperlihatkan daripada rujukan yang dilakukan,
peratusan kekerapan Faris tidak hadir ke kelas adalah pada hari rabu minggu kedua dan
minggu keempat. Faris juga dilihat sangat lemah dalam matapelajaran Matematik, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Namun pencapaian Faris dilihat amat
memberangsangkan dalam matapelajaran Sains dan Seni.
Semasa menjalankan temuramah bersama guru kelas dan guru matapelajaran di kelas
Faris, kebanyakkan mereka menyatakan Faris hanya berminat dengan aktiviti berkumpulan,
Faris juga dilihat hanya akan memberikan tumpuan jika selingan permainan diadakan.
Apabila ditanya mengapa tidak diteruskan usaha menyelitkan unsur permainan di dalam
pengajaran dan pembelajaran, kebanyakkan guru memberi alasan yang sama iaitu
mengejar silibus.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
23/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 23
Mereka juga sering berasa tertekan dengan sifat Faris yang terlalu banyak bergerak dan
menganggu pengajaran kerana bosan. Seolah-olah sudah sebati dimarah, Faris kelihatan
tidak mahu mendengar apa-apa nasihat dari guru mahupun rakan sebayanya lagi.
Saya turut menjalankan soal selidik kepada rakan sekelas Faris, respondan ini
merupakan murid yang sama terlibat di dalam unit beruniform pengakap dan persatuan
Matematik. Respondan ini dirahsiakan identitinya bagi memastikan Faris tidak berasa
dihakimi oleh mana-mana pihak. Hasil soal selidik mendapati secara peribadi Faris
merupakan seorang kawan yang baik. Seorang rakan sekelas Faris pernah menceritakan
mengenai kesediaan Faris tidak makan demi menemani rakannya memotong kertas seni,
tugasan pada bakal dihantar pada hari itu.
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
24/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 24
5.0 INTERVENSI TERAPI KAUNSELING YANG SESUAI DIGUNAKAN
Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh, saya mendapati Faris bukan sahaja
mempunyai kecenderungan yang mendalam di dalam aktiviti fizikal, Faris juga sangat
meminati aktiviti yang melibatkan seni. Ini berdasarkan keputusan peperiksaan Faris yang
sangat memuaskan di dalam matapelajaran seni.
Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial
kepada masyarakat. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran, Herbert
read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Herbert
telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik.
Seni sebagai perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.
Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains
kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai
hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual
sebagai asas pelajaran.
Apabila diminta untuk melukis dan mewarna, Faris ini sangat teruja dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh saya. Hasil kerjanya juga sangat memuaskan.
Oleh hal yang demikian, saya telah menjalankan sedikit terapi berunsurkan seni kepada
respondan berkenaan. Sepanjang menjalankan sesi ke atas Faris, saya telah meminta
murid melukis permandangan dengan bentuk muka bumi yang tertentu. Faris telah dapatmelukis dan mewarna dengan baik.
Matlamat terapi seni bertujuan untuk mengurangkan halangan, fungsi hidup dan
cuba diekspresikan melalui seni, lukisan, lakaran, warna dan bentuk. Sebelum menjalankan
terapi, saya telah mempertimbangkan beberapa aspek untuk menjalankan terapi seni.
Pertama sekali, saya telah menyediakan tempat dan alatan melukis yang sesuai untuk
menjalankan terapi ini. Saya juga telah menyediakan kertas melukis dan pelbagai jenis
pensil warna. Seterusnya, saya telah meminta kebenaran daripada guru mata pelajaran
untuk menjalankan sedikit sesi bersama Faris ketika waktu pengajaran pendidikan seniberlangsung.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Melukis permandangan
2. mewarna permandangan
Saya telah meminta murid untuk melukis beberapa gambar seperti bukit, matahari,
sungai, batu, burung, rumah, pokok, bunga dan sawah pagi. Setiap lukisan ini
melambangkan personaliti diri respondan. Berikut adalah justifikasi bagi setiap gambar yang
dilukis oleh murid :
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
25/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 25
Bukit Melambangkan cita-cita murid..
Matahari Melambangkan personaliti murid
Sungai Melambangkan punca masalah murid.
BurungSekiranya murid melukiskan lebih dari 5 ekor burung, ini
membuktikan bahawa murid seorang yang setia kawan.
Rumah Melambangkan personaliti dan kecekapan murid.
BungaMelambangkan kesetiaan murid tidak kira secara peribadi,
pasangan mahupun persahabatan.
Pokok
Melambangkan perwatakan murid yang mementingkan
kekeluargaan.
Sawah padi Melambangkan pandangan murid.
Rujukan:http://arilanam.blogspot.com/2012/05/jawapan-ujian-personaliti-lukisan.html
Selepas meminta Faris melukis pemandangan muka bumi, saya telah meminta Faris
untuk mewarnakan lukisan Faris dengan warna yang ceria. Saya turut menasihati Faris
untuk melakukan lukisan ringkas apabila berasa tertekan mahupun bosan di dalam kelas.
Faris juga digalakkan menenangkan diri menggunakan lukisan disamping mempraktikkan
penggunaan melukis semasa sesi mengulangkaji pelajaran dirumah.
http://arilanam.blogspot.com/2012/05/jawapan-ujian-personaliti-lukisan.htmlhttp://arilanam.blogspot.com/2012/05/jawapan-ujian-personaliti-lukisan.htmlhttp://arilanam.blogspot.com/2012/05/jawapan-ujian-personaliti-lukisan.htmlhttp://arilanam.blogspot.com/2012/05/jawapan-ujian-personaliti-lukisan.html -
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
26/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI T4MT2 26
6.0 PETA MINDA
Analisis Data
Cara Pengumpulan
Data
Masalah Murid Yang
Dikesan
suka
menganggu
proses P&P
Permehatian
Menyukai
aktiviti
psikomotor
dan seni.
Tidak
mengemari
aktiviti
berbentuk
kuliah
Temubual
bersama guru
kelas dan guru
mata
pelajaran
seorang murid
yang suka
menarik
perhatian
Soal Selidik
kepada rakan
murid dan
guru mata
pelajaran
seorang rakan
yang setia
biarpun
berkelakuan
kurang baik
Tinjauan
mempunyai
rekod yang
baik di dalam
aktiviti
pengakap dan
matapelajaran
seni dan sains
TERAPI SENI
-
8/12/2019 Edu 3107 Soalan 2
27/27
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2014
Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid, (1999) Bimbingan dan Kaunseling. Penerbit Fajar Bakti:
Selangor Darul Ehsan.
Amir Awang, (1984). Pengantar bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Penerbitan
Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang
Brown, D. & Shelabus, D.J. ( 1996 ). Introduction to the Caunseling Profession. Needham
Height, MA: Allyn and Bacon.
Dr. Maznah Baba dan Zainal Madon, (2003). Kaunseling individu, PTS
Publications:Bentong, Pahang:, 2003.
Dr. Zainal Abidin Ahmad, Prof. Madya Dr. Abd. Razak Habib. ( 2006 ). HBEF2203
Bimbingan dan Kaunseling. Meteor Doc. Sdn Bhd : Selangor Darul Ehsan.
E. Koeswara. (1988).Agresi Manusia. Bandung: PT Erasco
Juhana. (2012). Psychological Factors That Hinder Students from Speaking in English Class
( A Case Study in a Senior High School in South Tangerang), Banten, Indonesia.
Journal of Education and Practice. Vol 3, No 12.
Lee Keok Cheong, Ea Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti.( 2012 ).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd. :
Selangor Darul Ehsan.
Thompson, R . ( 1996 ). Caunseling Techniques. Washington, DC: Taylor & Francis.
Zuraidah Abdul Rahman. ( 1996 ). Pembimbing Rakan Sebaya. Potensi Serentak Sdn. Bhd.
:Selangor Darul Ehsan