edu 3083

25
1.0 PENGENALAN Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada elemen-elemen kecemerlangan yang ada di dalam diri penduduk atau sumber manusianya. Kita juga perlu tahu bahawa sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan dahulu mahupun sekarang bangsa-bangsa yang maju ataupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini. Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagi merealisasikan matlamat PSH ini bukan lah mudah. Adakah ianya realistik ataupun sekadar harapan semata-mata? Fahaman pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya. Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia 1

Upload: palani-kumar

Post on 22-Nov-2015

98 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

`12

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada elemen-elemen kecemerlangan yang ada di dalam diri penduduk atau sumber manusianya. Kita juga perlu tahu bahawa sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan dahulu mahupun sekarang bangsa-bangsa yang maju ataupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit. Apa yang menjadi persoalan di sini, bagi merealisasikan matlamat PSH ini bukan lah mudah. Adakah ianya realistik ataupun sekadar harapan semata-mata? Fahaman pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

1.1 DEFINISI MEMBACAMenurutKamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka.Bagi memahami konsep membaca dengan lebih jelas, kita harus meninjau dua perspektif dahulu. Yang pertama ialah membaca sebagai proses membentuk makna dan yang kedua ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan.1.2 Budaya MembacaBudaya membaca adalah keterampilan seseorang yang diperoleh setelah seseorang dilahirkan, bukan keterampilan bawaan. Oleh karena itu budaya baca dapat dipupuk, dibina dan dikembangkan. Menurut Rozin (2008) budaya membaca adalah kegiatan positif rutin yang baik dilakukan untuk melatih otak untuk menyerap apa apa saja informasi yang terbaik diterima seseorang dalam kondisi dan waktu tertentu. Sumber bacaan bisa diperoleh dari buku, surat kabar, tabloid, internet, dan sebagainya. Dianjurkan untuk membaca berbagai hal yang positif. Informasi yang baik akan membuat hasil yang baik pula bagi anda.Budaya amalan membaca juga akan dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran menulis jurnal dan melakukan penyelidikan tindakan untuk memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang masing- masing. Melalui pembacaan yang dilakukan akan menajamkan kecekapan serta keyakinan guru ketika mengajar dan ia menjadikan mereka lebih kreatif, refektif dan berinovasi dalam pengajaran. Setiap guru juga harus mengamalkan budaya membaca kerana melalui cara ini mereka dapat berhujah mengenai sesuatu topic atau isu dengan lebih yakin dan murid pula akan lebih yakin terhadap pengajaran guru.

1.3 Faedah Budaya MembacaBudaya membaca banyak memberi faedah yang baik untuk individu yang suka membaca. Di antara kesan positif yang timbul pada seseorang yang banyak membaca itu ialah mereka akan mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan mereka.Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.Mengambil sebagai inisiatif kepada para ibu bapa untuk mengalakkan generasi muda ini minat membaca ialah dengan menyediakan satu ruang khas untuk aktiviti membaca. Ruang khas ini boleh menjadi perpustakaan mini buat keluarga dan mereka boleh menghabiskan masa di sana dengan membaca. Koleksi buku yang sesuai mengikut peringkat umur anak juga harus disediakan supaya semua boleh menikmati keseronokan membaca. Oleh itu, ruang membaca di rumah dengan sendirinya akan dapat memupuk sikap suka dan gemar membaca dalam diri generasi muda.Jika hal ini dapat diambil perhatian para ibu bapa dalam sama-sama memupuk minat suka membaca dalam kalangan generasi muda sudah tentunya akan memberi impak yang lebih baik bagi sesebuah negara kerana pada masa ini banyak usaha-usaha dari pelbagai pihak terutamanya dari Kementerian Pendidikan dan pihak-pihak yang berkepentingan demi untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya generasi muda. Oleh itu jika ada campur tangan dan usaha dari ibu bapa ianya akan membantu mempertingkatkan lagi usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu kerana para ibu bapa adalah golongan yang lebih rapat dan lebih dipercayai oleh anak masingmasing, paling tepat para ibu bapa adalah role model kepada anak-anaknya.Budaya membaca wajar mendarah daging dalam setiap individu selaras dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Namun, amalan membaca di kalangan murid hanya dilihat ketika di sekolah dan semasa menghadapi peperiksaan. Mereka membaca buku teks dan nota yang disediakan oleh guru. Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas. Murid kurang membaca dan berhenti membaca setelah tamat peperiksaan. Malah, menurut beliau, ada ibu bapa melarang anak mereka membaca novel kerana menurut mereka tidak ada kaitan dengan peperiksaan.Seharusnya ibu bapa menggalakkan anak mereka membaca apa-apa buku yang diminati walaupun bukan buku teks. Dengan membaca buku, kosa kata murid akan bertambah dan secara tidak langsung mengaktifkan minda. Minda yang aktif mencetuskan murid cemerlang dan cinta akan ilmu pada sepanjang hayatnya.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu program transformasi dalam pendidikan yang menyeluruh. Pendidikan sebelum ini lebih condong berorientasikan peperiksaan. Guru mengajar murid untuk menghafal skema peperiksaan. Kaedah ini telah berjaya melahirkan ramai murid cemerlang dan lulus dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, kelulusan itu tidak dapat menilai bakat, minat, sahsiah dan aspek lain dalam perkembangan diri murid apatah lagi untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani, emosi dan seterusnya mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.Oleh itu, cabaran guru dalam transformasi pendidikan adalah untuk mengembalikan tugas mendidik dan membentuk murid secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal inilah yang ingin dicapai melalui PPPM. Guru bukan sahaja bermatlamat untuk meletakkan murid mencapaibandtertinggi dalam akademik, malah pencapaian murid dalam bidang-bidang lain yang dilaporkan secara menyeluruh dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Guru perlu menjadi idola murid. Mereka bukan sahaja berketerampilan mengajar, malah boleh membimbing, menjadi fasilitator, menjadi rakan, boleh bertindak sebagai kaunselor dan sebagainya yang boleh membantu pembelajaran murid. Guru perlu mengajar mengikut tahap pencapaian murid dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan mental mereka, tanpa tergesa-gesa menghabiskan sukatan pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.Situasi murid kurang bermotivasi untuk membaca dan belajar apabila tiada peperiksaan awam dapat diatasi dengan mengadakan lebih banyak pembelajaran berbentukhands-onuntuk memberi lebih banyak pengalaman dan kemahiran. Bakat, minat dan sikap murid dapat dikesan untuk disalurkan ke bidang yang sesuai agar dapat menghayati amalan belajar sepanjang hayat.Sesungguhnya, matlamat untuk melahirkan budaya belajar sepanjang hayat dan membaca menjadi amalan perlu diberi keutamaan pada era ini. Hal ini kerana ledakan ilmu sentiasa berubah dan berkembang. Sekiranya murid tidak membaca dan terus belajar setelah menamatkan pelajaran atau pengajian merupakan satu kerugian dalam pembangunan modal insan negara.

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYATPembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara.Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri. Untuk itu, PSH melalui pendidikan jarak jauh, e-pembelajaran, pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa telah menjadi sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong pembangunan modal insane selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Menjelang tahun 2020, pengiktirafan PSH tanpa mengira masa dan tempat menjadi amalan biasa berpandukan MQF.

3.0 LANGKAH - LANGKAH MENGHAYATI ELEMEN BUDAYA MEMBACA

Program budaya membaca bagi guru boleh bermula dengan setiap dua minggu sekali seorang guru dikehendaki membuat ulasan buku di perhimpunan pagi. Program ini menjadikan guru terpaksa mencari waktu untuk membaca yang bererti pengetahuan guru itu pasti akan bertambah. Ini adalah satu langkah untuk mempersiapkan diri guru untuk perubahan masa depan.Budaya amalan membaca juga akan dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran menulis jurnal dan melakukan penyelidikan tindakan untuk memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang masing- masing. Melalui pembacaan yang dilakukan akan menajamkan kecekapan serta keyakinan guru ketika mengajar dan ia menjadikan mereka lebih kreatif, refektif dan berinovasi dalam pengajaran. Setiap guru juga harus mengamalkan budaya membaca kerana melalui cara ini mereka dapat berhujah mengenai sesuatu topic atau isu dengan lebih yakin dan murid pula akan lebih yakin terhadap pengajaran guru.Menurut Anderson dan Pearson (1984), membaca merupakan satu interaksi antara pembaca dengan bahan-bahan bacaan yang mereka baca. Interaksi ini merupakan sejenis proses pembentukan dan pemberian makna antara bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman latar pembaca-pembaca tersebut. Dalam konteks ini, aktiviti membaca dan proses pembentukan makna adalah saling bergantungan antara satu sama yang lain. Hal ini kerana proses tersebut tidak dikenali sebagai proses membaca jika kita tidak memahami makna pembacaan dahulu.Pemahaman makna terhadap kandungan pembacaan dalam proses membaca pula dapat dihasilkan daripada pengetahuan latar yang ada pada seseorang pembaca. Pengetahuan latar merujuk kepada maklumat yang terkandung dalam minda seseorang.Pengetahuan latar ini pula dapat digerakkan oleh perkataan, ayat, dan paragraf penulis dalam bahan yang dibacanya.Kita dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas jika kita mempunyai konsep terhadap sesuatu objek tersebut. Sebagai contohnya, kita dapat menggambarkan sesebuah kapal terbang sebagai salah satu kenderaan yang dapat menampung beratus-ratus penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa sebarang masalah. Namun begitu, konsep kenderaan ini menjadi susah apabila menjelaskan kepada segolongan pelajar yang tidak pernah melihat kapal terbang, Hal ini kerana mereka tidak dapat menggambarkan benda tersebut tanpa sebarang pengetahuan latar.Perspektif yang kedua perlu kita kaji dalam proses membaca ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan. Menurut Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), proses membaca dapat merujuk kepada satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila penyesuaian seseorang pembaca terhadap proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya. Proses ini juga dapat dikenali sebagai proses strategi. Pembaca akan mengawal pemikirannya apabila membaca dalam mengatur strategi. Hal ini kerana pengawalan fikiran ini bukan sahaja akan menambahkan maklumat daripada bahan bacaan malah juga dapat menambah lagi pengetahuan latar dalam pemikiran pembaca.Menurut Ee Ah Meng (1999) setiap proses membaca yang dijalankan mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Dengan itu, pembaca yang mempunyai strategi akan menyesuaikan dirinya dengan apa yang tengah dibaca. Sebagai contohnya, membaca surat khabar adalah berbeza dengan membaca sebuah novel. Pembacaan surat khabar adalah bertujuan untuk mengetahui segala perkembangan yang berlaku di persekitaran kita manakala pembacaan novel adalah bertujuan untuk menghiburkan hati dan melapangkan fikiran. Kedua-dua jenis pembacaan tersebut memerlukan strategi yang berbeza ketika menjalankan proses membaca.Sebahagian proses penyesuaian adalah untuk memahami struktur teks. Terdapat dua jenis struktur teks iaitu teks naratif dan teks ekspositori.Teks naratif merujuk kepada teks yang mengandungi cerita manakala teksekspositori pula merujuk kepada sejenis maklumat atau arahan yang terdapat dalam buku teks. Penggunaan strategi yang berbeza akan digunakan bagi meneliti teks yang dibaca apabila pembaca sedar akan struktur teks bahan bacaan yang berbeza. Proses ini dikenali sebagai proses metakognitif.Perspektif yang ketiga pula adalah usaha membudayakan amalan membaca dapat melahirkan guru yang kreatif dalam memenuhi sektor-sektor negara yang masih kurang dengan modal insan, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Raslin Abu Bakar. Beliau berkata, amalan membaca yang berterusan merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang dapat menyumbang ke arah pembentukan guru yang lebih jitu dari segi pemikirannya sekaligus mampu melahirkan pemikiran yang luas dalam membantu pembangunan negara.Semakin meningkat usia individu semakin banyak ilmu pengetahuan yang telah ditimba. Dari situ guru boleh melahirkan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif, inilah kata-kata beliau pada majlis pelancaran Program Baca @ Sayong dan dua Bank Buku sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 .Amalan membaca yang sebenarnya tidak boleh putus sebagai amalan dalam hidup kerana ia merupakan satu amalan murni yang boleh menjadikan guru lebih perkasa dari segi mindanya. Membaca bukan sahaja kerana keperluan subjek mahupun atas sebab menduduki ujian sebaliknya ia perlu dijadikan satu amalan berterusan untuk melatih minda menjadi lebih kreatif, mampu berfikir jauh ke hadapan dan juga sebagai santapan untuk memastikan minda sentiasa hidup.

4.0 RUMUSAN BUDAYA MEMBACAMembaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jambatan ilmu kepada semua manusia. Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan membaca.Dengan amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imagenasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca.Menurut Kenedy (1981) membaca adalah keupayaan seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengelaman lalu, memahami dan mentafsir maksud".

Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang.Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan sesebuah negara tersebut.

Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dialmalkan sejak dari kecil lagi.Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Sejajar dengan kehendak negara yang ingin menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru.Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana daripada amalan membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga dapat berdaya saing dengan dunia luar.Walaubagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden dan canggih hari ini telah menjadikan amalan membaca tersebut dengan membaca perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kebanyakan golongan remaja hari ini,menambahkan ilmu pengetahun mereka melalui bacaa-bacaan yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan faedah contohnya seperti majalah lucah, majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang negatif seperti hiburan buli, gengsterisme, pegangan agama yang sonsang dan sebagainya. Oleh hal yang demiakian, amalan ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek ilmu pengetahuan.Jenis bahan bacaan yang boleh dikategorikan sebagai 'lucah' atau tidak sopan ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama.Bagi sesetengah bahan bacaan ini, mereka memaparkan gambar wanita mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai pelaris jualan.Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita sedemikian, golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan pengabaian daripada ibu bapa.Walaubagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah menjalankan pemantauan terhadap penerbit buku tersebut terutama memantau buku-buku yang datang dari luar negara. Hal ini kerana, melalui amalan membaca, kita dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang sonsang akan menyebabkan mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan tiang pembangunan kepada semua.5.0 Memartabatkan Profesion Perguruan melalui Budaya Membaca Membaca memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan pembangunan tamadun sesebuah bangsa dan negara. Manfaat membaca antara lain dapat mengembangkan minda, menambah maklumat, menghargai masa dan membentuk sikap positif. Ringkasnya, membaca memberi faedah yang sangat besar kepada pembaca dan pengamalnya.

Keutamaan membaca tidak dipertikai. Malah ia perlu dimartabat dan dibudaya lebih-lebih lagi dalam persaingan dunia hari ini. Pemartabatan dan pembudayaan membaca dalam kehidupan masyarakat bermakna membaca dijadikan sebagai satu kemestian dan amalan kehidupan seharian. Dari sudut pandang agama, Islam menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan menganjurkan umatnya supaya membaca. Anjuran ini sudah tentu mempunyai hikmah dan rahsia di sebaliknya. Dengan pembacaan, ilmu akan berkembang dan masyarakat akan maju dan tidak ketinggalan dalam setiap aspek kehidupan.

Seiring dengan peredaran zaman, trend membaca juga sudah kian berubah. Sumber bacaan tidak terhad dalam bentuk buku buku sahaja tetapi juga internet. Sungguhpun demikian, kitani perlu berhati-hati dalam menyaring dan memilih sumber berkenaan terutama sekali dari segi kesahihannya. Selain memerlukan kebijaksanaan pembaca, jalan terbaik adalah merujuk pihak berautoriti jika terdapat sebarang maklumat yang mengelirukan.

Menyentuh mengenai tabiat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini, semua pihak perlu berperanan dalam menerapkan kesedaran tentang kepentingan budaya membaca. Kesedaran itu perlu digarap sedari awal lagi atau 'melentur buluh biarlah dari rebungnya.' Sehubungan itu, peranan para ibu bapa dan penjaga tidak kurang pentingnya dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak melalui teladan yang baik dengan mengamalkan budaya membaca di hadapan anak-anak mereka.

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia,Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.

Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.

Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan dari masa ke semasa.Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.Kursus-kursus tersebut penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda utama.Pertama memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat. Kedua ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi yangdilahirkan mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka yang berkeperluan khas.Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus perkembangan negara.Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama, bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka empat strategi utama.Pertama, memantapkan latihan perguruan.Kedua, menambah baik kerjaya guru.Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja.Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

5.1 Memantapkan Latihan Perguruan

Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.

Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam.Dalam hal ini, pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau master teacher.

Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004.KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI. Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan.Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki sistem latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

5.2Menambah Baik Kerjaya Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat secara, time base.Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track.Selai8nitu, KPM bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar negara.Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang.Seterusnya, menyediakan peluan-peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkanpeluang menaikkan pangkat yang lebih baik.

Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.

5.3Memperbaiki Persekitaran Kerja Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian bebanantugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas guru. Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran Malaysia telah membaiki untuk membaik pulih dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru.Ini menjamin kebajikan guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru samada yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init e;ah melibatkan peruntukan kira-kira RM 19 juta.Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa.Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir.Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi.

5.4Memperkasa Kerjaya PerguruanUntuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan memberi keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.

6.0 RUMUSANSecara kesimpulannya, Pembelajaran Sepanjang Hayat ini merupakan usaha segenap lapisan masyarakat. Peluang yang sedia terbentang perlu direbut dalam usaha untuk meningkatkan potensi diri. Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Setiap individu dalam masyarakat seharusnya memanfaatkan usaha kerajaan dalam meningkatkan penyertaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh masyarakat melalui kursus-kursus yang relevan, inovatif dan member nilai yang tinggi kepada setiap individu. Setiap anggota masyarakat boleh menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai program yang ditawarkan mengikut keperluan dan minat setiap individu. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara.

Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem social masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi tidak dapat dielakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat Apa yang penting, komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu. Internet memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah ia membantu sistem masyarakat ke arah perkongsian maklumat. Maka pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya sekolah.

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Selain itu, bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020 Mahathir Mohamad (20 April 2001).Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu, sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai.Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

7.0 BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng. (1999) Pendidikan Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah alam.Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahathir Mohamad (20 April 2001). Pendidikan Penentu Kejayaan Bangsa, Negara. Utusan Malaysia.

Mohd. Ismail Amzam. (1994). Asas Organisasi dan Kepimpinan Untuk Persatuan dan Kelab. Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah)Semester 2.Rozin (1997). Teknik dan Strategi Ke Arah Pembacaan Yang Berkesan. Jurnal Pendidikan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. 1- 9

Artikel : Penuh:http://ww3.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131021/pe_02/Pendidikan-berterusan-melalui-amalan-membaca#ixzz3AdXhLoSB Utusan Melayu (M) Bhd

17