e-buletin tinta farmasi johor, volume 3, 2016
TRANSCRIPT
UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA
TINTA FARMASI TINTA FARMASI
JOHOR 2016JOHOR 2016
VOLUME 3VOLUME 3
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayahnya, Tinta Farmasi Volume 3, 2016 dapat diterbitkan untuk tatapan semua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sidang redaksi atas
komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam menyiapkan Tinta Farmasi Volume 3,
2016. Tinta Farmasi Johor edisi kali ini mengimbas kembali aktiviti dan pencapaian
Bahagian Perkhidmatan Farmasi sepanjang Januari-Jun 2016.
Warga Farmasi Johor telah memberikan komitmen yang jitu dalam usaha memacu
tranformasi perkhidmatan farmasi. Pencapaian yang amat membanggakan telah
ditunjukkan terutamanya dalan aktiviti Inovasi dan Kreativiti sama ada di peringkat
negeri dan peringkat kebangsaan. Setinggi-tingi penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih juga saya rakamkan kepada seluruh warga farmasi Johor yang telah
menyumbangkan idea yang bernas dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik.
Akhir kalam, saya mendoakan semua warga farmasi Johor terus cemerlang dan Tinta
Farmasi Johor terus menjadi wadah ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Rosidah Binti Md Din
Dari Meja
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor
Dari Pena Ketua Pengarang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dan izinNya Tinta Farmasi Volume 3, 2016 dapat diterbitkan kali ini untuk liputan
sepanjang Januari-Jun 2016.
Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sidang redaksi atas komitmen dan
kerjasama yang tinggi dalam usaha menyiapkan Tinta Farmasi Volume 3, 2016
seperti yang dirancang. Saya selaku ketua editor mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada penasihat kami iaitu Puan Hjh Rosidah Binti Md Din atas
kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menerbitkan Tinta Farmasi Johor.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga
farmasi Johor atas kerjasama yang diberikan dalam penerbitan Tinta Farmasi Johor
kali ini. Kami sidang redaksi sedaya-upaya mengoptimakan segala maklumat dan
maklumbalas yang diterima untuk dimuatkan dalam buletin kali ini untuk tatapan
semua.
Akhir kata, saya menyeru semua warga farmasi untuk terus memberi sumbangan
idea dan cadangan yang bernas dan kreatif dalam menambahbaik terbitan Tinta
Farmasi Johor untuk edisi akan datang. Semoga usaha murni ini sentiasa berterusan
bagi memperkasakan perkhidmatan farmasi Johor.
Sekian, terima kasih.
Hamidah Binti Arsal
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT:
Pn. Hjh Rosidah Binti Md Din
KETUA EDITOR:
Pn. Hamidah Binti Arsal
EDITORs:
Cik Yee Chiou Yann
Cik Norahsikin Binti Mohd Saman
Pn. Nur Amalin Binti Ishak
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
Pn. Norhafizah
Binti Ab Rahim
Pn. Siaw Jia Yi
Disclaimer: While all care is taken to ensure that the information presented in this bulletin is accurate, the board of editors and authors of this bulletin disclaim all responsibilities for any liability, loss or harm incurred as a result
of misinterpretation or inaccuracies within the bulletin. The content of the bulletin is provided for general informational purposes only and is not intended as, nor should it be considered substitute for professional medical advice.
KANDUNGAN
MUKA
SURAT
# Personaliti Tinta -
Pn Siti Fatimah Binti Abu Bakar 4
# Jom Sihat Minda 2.0 2016 5 - 6
# Jom Jelajah Kenal Ubat 7 - 8
# Kursus Anjuran Bahagian Perkhidmatan
Farmasi, JKN JOHOR (Jan - Jun 2016) 9
# Konvensyen Inovasi JKN Johor 10 - 11
# e-blister Machine 12
# e-SPUB 13
# Naiktaraf Bilik Bersih CDR di HSIJB 14
# Nutritional Support Team HSAJB 15
# Creative Corner 16
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
4
Personaliti Pilihan Tinta Farmasi
Tarikh Lahir : 8 Julai 1968
Tempat Lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sekolah Kebangsaan Tanah Liat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sekolah Menengah Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shah Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Universiti Sains Malaysia.
Menjalani latihan sebagai Pegawai Farmasi Siswazah (Housemanship) di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1994).
Berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor pada tahun 1994 sehingga tahun 2009.
Bertukar ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Johor pada tahun 2009 sehingga tahun 2010.
Bertugas di Hospital Permai pada tahun 2010 sehingga tahun 2011.
Kembali berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Johor sebagai Pegawai Farmasi Kesihatan bermula 2011 sehingga Mei 2016.
Kembali bertugas semula di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor bermula Mei 2016 sehingga kini.
Puan Siti Fatimah Bt Abu Bakar
Pegawai Farmasi U54
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
4
Program ini merupakan
salah satu program yang
dirancang untuk memberi
peluang kepada anggota
meningkatkan motivasi
diri dan kerjasama
antara anggota melalui
kaedah rekreasi dan
aktiviti berkumpulan.
Selain itu peserta turut
d idedahkan dengan
program kemasyarakatan
seperti Pameran Kenali
U b a t A n d a y a n g
melibatkan penglibatan
komuniti awam sekitar
Daerah Tangkak dan
d i h a r a p k a n d a p a t
m e n g uk uh k a n l a g i
interaksi di antara
anggota Kementerian
Kesihatan dan orang
awam selaras dengan
mot to dan hasrat
kerajaan iaitu ‘Rakyat
Didahulukan Pencapaian
Diutamakan’.
Program ini melibatkan
peserta dari kumpulan
P e n g u r u s a n d a n
Profesional sehingga ke
Kumpulan Sokongan II
dari warga farmasi Johor.
Sukaneka
JOM SIHAT MINDA 2.0 2016
CME Keibubapaan – Mendidik Anak Masa Kini
oleh Mohd Firdaus Bin Abdul Hamid dari Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Tangkak
Di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor
Pada
15 & 16 APRIL 2016
(JUMAAT & SABTU)
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
Pendaftaran
5
Zumba
JOM SIHAT MINDA 2.0 2016
Sesi Fotografi
ANJURAN
KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Makan Malam
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
6
JELAJAH JOM KENAL UBAT 2016
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
7
JELAJAH JOM KENAL UBAT 2016
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
8
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
KURSUS anjuran Bahagian Perkhidmatan
Farmasi, JKN Johor ( Januari — Jun 2016)
9
KONVENSYEN INOVASI
PERINGKAT NEGERI JOHOR
2016
Ucapan En Ali Bin Ismail selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja KIK
Kualiti Transformasi Ke Arah
Warga Kerja Berinovasi
TEMA
Persediaan Pameran Poster
Ucapan Dr Hjh Fatimah Binti Othman wakil rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Johor 2016
Pemenang Keseluruhan HSAJB
Perasmian Konvensyen Inovasi JKNJ 2016
Pemenang Pertandingan
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
10
Kategori Peserta/Pemenang Tajuk Pencapaian
KIK (Pengurusan) Pejabat Kesihatan
Daerah Kluang
(Kumpulan QISS)
Kelewatan Pendispensan
Ubat-ubatan Di Kaunter
Farmasi Klinik Kesihatan
Mengkibol
Pertama
KIK (Pengurusan) Pejabat Kesihatan
Daerah Batu Pahat
(Kumpulan CARE)
Pengambilan Masa Panjang
Mendispen Sirap
Methadone Kepada Pesakit
Methadone
Kedua
KIK (Pengurusan) Hospital Segamat
(Kumpulan MELUR)
Bekalan Gas Perubatan Di
Farmasi Logistik Terputus
Ketiga
KIK (Teknikal) Hospital Sultanah
Aminah , Johor Bahru
(Kumpulan Penawar)
Penambahbaikan
Kelewatan Pembekalan
Ubat Dari Farmasi Bekalan
Wad ke Wad
Ketiga
Inovasi (Proses) Pejabat Kesihatan
Daerah Johor Bahru
Perkhidmatan Ekspres
Pandu Lalu
Ketiga
QA (Oral) Hospital Sultanah Nora
Ismail, Batu Pahat
(Kumpulan PRISMA )
Mengurangkan Tempoh
Masa Proses Pengendalian
Preskripsi Bermasalah Di
Farmasi Klinik Pakar HSNI
Kedua
QA (Poster) Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru
(Farmasi HSAJB)
Impact of Customized
Electronic Chemotherapy
Indenting System On
Workflow Of Cytotoxic Drug
Reconstitution Unit HSAJB
Pertama
TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEMENANG
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
11
Komponen utama produk
t e r d i r i d a r i p a d a :
Rak sisi,Skru pelarasan, Motor elektrik, Suis, Penolak mekanikal
Skru pelarasan ketinggian dan kelebaran membolehkan ubat dibungkus
mengikut jenis saiz dan bilangan blister. Ubat digerakkan keluar daripada rak
sisi mengikut prinsip graviti. Sampul ubat dibuka dan diletakkan di muka rak
bagi membolehkan ubat masuk semasa suis dihidupkan. Kerja dijalankan
secara berselang-seli antara 2 tetingkat rak sisi bersebelahan membolehkan
e-BM beroperasi secara lebih optimum.
Inovasi ini meningkatkan
produktiviti prabungkus dan
mengurangkan masa pembungkusan daripada manual ke semi-manual
(29.16%, 14.3 minit) juga daripada manual ke elektronik (94.79%, 16.7 minit)
seterusnya memperbaiki masa menunggu pesakit. Proses kerja yang teratur
juga dapat diwujudkan selain tahap kepuasan bekerja staf turut meningkat.
e-BM adalah rekaan asli hasil percambahan
idea, maklumbalas dan perkongsian
pengalaman staf melalui aktiviti prabungkus. e-BM mengalami 3 fasa penting iaitu
manual, semi-manual, dan elektronik sepenuhnya. e-BM berkeupayaan membungkus
blister mengikut keperluan (1, 3 dan 6 blister) dalam satu sampul ubat.
MASLIZA BTE MD ALI (KETUA)
MOHD AZLAN BIN MOHD SAKRI
(SETIAUSAHA)
NABIHA BTE MAHMOD
(BENDAHARI)
MOHD HAFIZ BIN MOHD SAIF
NOR FAUZIYANI BTE MOSBIRAN
MUMTAZAH BTE SALAMUN
ELI SYAZWANI BTE HJ TAIB
MOHD ZAHARIN BIN ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD ASFAWI BIN MOHD
BISRI
TESTIMONIAL
AHLI KUMPULAN
INOVASI E-BLISTER MACHINE
JABATAN FARMASI PEJABAT KESIHATAN KLUANG, JOHOR
“Kini segalanya
lebih mudah dengan
e-Blister Machine.
Saya tidak perlu lagi
risau menyiapkan
kerja-kerja
pembungkusan
mengikut
pencapaian target
bulanan”
PUAN SITI SALWA BTE RAHMAT
PEN. PEG. FARMASI KK LAYANG-
LAYANG
”Saya agak
pesimis ketika
mula
diperkenalkan
dengan e-Blister,
tetapi setelah
melihat
keupayaannya,
saya berasa amat
berpuas hati dan
mengesyorkan anda semua agar
menggunakannya”
EN MOHD FAIZAL BIN MAT SAHAT
PEN. PEG. FARMASI KK
SIMPANG RENGGAM
Rekaan ini membantu untuk
meningkatkan pencapaian
sasaran prabungkus, mengurangkan masa pembungkusan, serta
meningkatkan kepuasan bekerja staf. Kajian yang dilakukan jelas menunjukkan
kemajuan dan keberkesanan e-BM dalam setiap fasa pembinaannya melalui
domain yang diselidik. e-BM berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh fasiliti
kesihatan Kluang. Kesimpulannya, e-BM berjaya menjadi penanda aras ke
arah prabungkus yang lebih sistematik dan produktif.
ANGGARAN KOS=RM1500
APA ITU E- BLISTER MACHINE?
PENERANGAN RINGKAS PROJEK INOVASI
APAKAH KEADAAN SELEPAS INOVASI INI?
APAKAH FAEDAH LAIN PELAKSANAAN INOVASI?
Disediakan oleh: MASLIZA MD ALI
Peningkatan ubat yang diperoleh
daripada pembekal dalam bentuk
blister berbanding bentuk ‘loose’ yang sebelum ini menggunapakai Tablet Counting
Machine (TCM) menyebabkan pembungkusan secara manual bertambah. Ini
menyumbang kepada penurunan pencapaian sasaran prabungkus sebanyak 3.34%.
Secara purata, proses pembungkusan blister secara manual mengambil masa 34
minit/200 blister.
APAKAH MASALAH SEBELUM PROJEK INOVASI
90% ubat diterima adalah dalam
bentuk blister menyebabkan TCM
tidak lagi relevan. Aktiviti prabungkus tidak dapat dilakukan dengan lebih
efisien sehingga mengganggu proses pendispensan seterusnya menjejaskan
tempoh menunggu pesakit. Beban kerja yang ditanggung meningkat
seterusnya menyukarkan konsistensi dalam pelaksanaan kerja.
APAKAH KEADAAN SEBELUM PROJEK INOVASI
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
12
7
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
Atas Talian (eSPUB) merupakan satu sistem
di mana penghantaran borang rujukan SPUB
dibuat secara atas talian secara berpusat di
dalam negeri Johor. Sistem ini merupakan
sistem yang berasaskan web dan
dibangunkan dengan menggunakan perisian
terbuka.
Sebelum pelaksanaan eSPUB, masalah
yang sering berlaku adalah kelewatan
penerimaan borang rujukan SPUB-R1 di fasiliti
yang dirujuk. Kelewatan penerimaan borang
rujukan ini menyebabkan bekalan ubat
kepada pesakit tidak dapat disediakan dan
kesinambungan rawatan terjejas. Pengisian
borang SPUB-R1 yang tidak lengkap juga
menimbulkan masalah di fasiliti yang dirujuk.
Mulai 1 April 2013, eSPUB telah
dilaksanakan dan digunakan sepenuhnya oleh
semua 106 fasiliti farmasi di bawah Jabatan
Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).
Sistem ini telah meningkatkan kelancaran serta mengurangkan langkah dalam
proses rujukan dan penerimaan rujukan pesakit. Tiada lagi rujukan SPUB secara pos
atau faks dalam negeri Johor dan masa bagi merujuk SPUB dapat dikurangkan dari
tujuh hari ke satu hari. Bekalan ubat dapat disediakan lebih awal sebelum tarikh
temujanji pesakit. Risiko pesakit berulang alik ke kaunter farmasi juga dapat
dikurangkan. Produktiviti perkhidmatan farmasi terbukti meningkat melalui
pertambahan penyertaan sistem eSPUB intra-state pada tahun 2015 sebanyak 38%.
Masalah pengisian borang rujukan yang tidak lengkap dapat diatasi dengan
pelaksanaan sistem ini. Kos operasi sebanyak RM37,245.60 dapat dijimatkan dengan
menggunakan sistem atas talian ini. Sistem ini telah memenangi tempat pertama dalam
Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2015 kategori Inovasi (Sistem).
SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU ATAS TALIAN (eSPUB)
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
13
Hospital Sultan Ismail (HSI) merupakan pusat rawatan
kanser di Zon Selatan, Semenanjung Malaysia yang
memberikan rawatan awal serta rawatan susulan untuk
pesakit-pesakit kanser. HSI juga menerima rujukan pesakit
untuk rawatan awal dari hospital-hospital daerah di Johor,
Melaka serta hospital swasta.
Hospital ini juga bertanggungjawab untuk
melaksanakan serta meneruskan rawatan kemoterapi susulan
bagi pesakit dari kawasan Zon Selatan dan pesakit dari
kawasan berhampiran yang telah mendapat rawatan awal di
Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pakar Rawatan Kanser
Negeri Lain (Singapura) dan sebagainya.
Sebelum ini, aktiviti Cytotoxic Drug Reconstitution
(CDR) dijalankan di bilik bersih sedia ada yang kurang
menepati piawaian Unit Quality Assurance Programme
& Pharmaceutical Standard, Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 2015, permohonan menaik taraf bilik bersih
bagi penyediaan CDR Jabatan Farmasi HSIJB telah diluluskan
di bawah RMK ke-10 dan dibawa ke RMK ke-11. Kos projek ini
adalah sebanyak RM 1,952,665.22.
Syarikat GXP Solution Sdn Bhd telah
dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan projek ini dan
kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 21 Julai 2015.
Projek ini mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan.
Pada 4 Mei 2016, majlis penyerahan projek ini telah
diadakan di HSIJB dan dihadiri oleh Puan Hjh Rosidah binti Md
Din, TPKN (F) Johor selaku wakil dari pihak KKM. Pada 17 Mei
2016, unit CDR Jabatan Farmasi HSIJB buat pertama kali
menggunakan bilik bersih tersebut.
Sesi pecah ruang
lama
Unit CDR
Bilik Persalinan
Gowning Room
Bilik Pelabelan
Sesi Penyerahan
Projek
Bilik Bersih Unit CDR HSIJB yang baru dinaik taraf
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
14
OLEH: ELYA NOOR BINTI SEIKH OMAR
Nutrition is the science that interprets the interaction of
nutrients and other substances in food in relation to
maintenance, growth, reproduction, health and disease
of an organism. It includes food intake, absorption,
assimilation, biosynthesis, catabolism and excretion.
Malnutrition condition develops when body does not get
the right amount of vitamins, minerals and other
nutrients it needs to maintain healthy tissues and organ
function. This can lead to prolonged stay, recovery
period and increased medical cost.
Nutrition Support Team is a multidisciplinary approach
consisting of physicians (Surgeon, Medical Officer),
Pharmacist, Dietitian and Nutrition Nurse. In HSAJB, this
team was established since 31st May 2011 and started
their official round on 28th June 2012. The function of
this team are nutrition assessment, resuscitation of fluid
and electrolytes derangements, analysis of nutritional
requirements, identification of suitable methods for
feeding and monitoring of patients’ condition, selectively
surgical patients.
The role of nutrition support pharmacists is to
compound the parenteral nutrition formulation
prescribed and provide direct patient care. In addition to
this, they manage the specialized nutrition support
p r o g r a m m e a n d i m p r o v e q u a l i t y
by educating other healthcare professionals, students,
patients and caregivers. Many pharmacists also
conduct research or participate in research activities.
Nutrition Support TeamNutrition Support Team
References:
1.http://www.slideshare.net/madno/nutrition-in-surgery-
editted-akram-and-masrin
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
15
CREATIVE CORNER
TINTA FARMASI JOHOR VOL. 3, 2016
16