dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/hansard 2019/april/soalan bertulis.pdfdun.penang.gov.my

546
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS SOALAN-SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN 26 APRIL 2019 - 6 MEI 2019 Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Upload: others

Post on 25-Oct-2019

97 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

SOALAN-SOALAN BERTULIS

DAN JAWAPAN

26 APRIL 2019 - 6 MEI 2019

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

2

PENYATA RASMI

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Kandungan Muka Surat

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 4 - 42

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) 42 - 44

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 44 - 68

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) 68 - 89

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 89 - 123

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) 123 - 147

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 147 - 169

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) 170 - 185

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) 185 - 204

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 204 - 218

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) 219 - 261

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) 262 - 288

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) 288 - 316

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) 316 - 326

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 326 - 337

Page 3: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

3

Kandungan Muka Surat

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) 337 - 373

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) 374 - 402

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) 402 - 408

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin

Ismail)

408 - 433

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 433 - 461

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 461 - 487

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) 487 - 492

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) 492 - 524

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) 524 - 527

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) 527 - 546

Page 4: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

4

SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI

I. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Terangkan status terkini tentang memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dengan China Exim Bank pada 16 Dis 2014.

(a) Sejauh manakah Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 dikuatkuasakan?

(b) Selain daripada China Exim Bank, senaraikan pinjaman-pinjaman serta jumlah yang d ipinjam oleh Kerajaan Negeri sejak 2017.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Memorandum persefahaman (MoU) Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan China EXIM Bank masih status quo iaitu tiada sebarang perjanjian yang terhasil daripada MoU tersebut.

(a) Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2019. Sehingga kini, tiada sebarang pinjaman yang dibuat di bawah enakmen tersebut.

(b) Sejak tahun 2017, tiada sebarang pinjaman baru yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melainkan pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan. Perincian Pinjaman yang masih aktif dan wujud sebelum tahun 2017 adalah seperti di bawah.

Baki pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2018 adalah sebanyak RM57,831,891.15.

Bil Nama Pinjaman Tahun

Pinjaman Jumlah

Pinjaman (RM)

Baki Pinjaman (RM)

(Pokok)

1. PAKR Pokok Sena 1995 5,099,200.00 2,102,417.73

2. PAKR Kampong Besar 2002 10,725,000.00 6,019,560.08

3. PAKR Padang Cempedak 2002 10,875,000.00 6,103,749.77

4. PAKR Kampong Besar-Tambahan 2005 1,287,000.00 722,347.21

5. PAKR Padang Cempedak-Tambahan 2005 1,305,000.00 732,449.95

JUMLAH PINJAMAN UNTUK PAKR 29,291,200.00 15,680,524.74

6. Membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) 20 Juta

2011 20,000,000.00 16,000,000.00

7. Membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) 24 Juta

2014 24,000,000.00 22,800,000.00

JUMLAH PINJAMAN UNTUK NRW 44,000,000.00 38,800,000.00

8. Membiayai Projek “Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan

2009 6,000,000.00 3,351,366.41

JUMLAH BESAR 79,291,200.00 57,831,891.15

Page 5: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

5

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Senaraikan tapak pelupusan sampah yang sah di Negeri Pulau Pinang mengikut lokasi dan jangka hayatnya.

(a) Apabila tapak pelupusan sampah Jelutong telah penuh dan perlu ditutup, di manakah sisa-sisa pepejal termasuk bahan binaan perlu dibuangkan?

(b) Senaraikan tindakan penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah haram diambil oleh MPSP & MBPP sejak 2016 hingga kini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Terdapat empat (4) tapak pelupusan sampah yang sah di Negeri Pulau Pinang. Senarai tapak pelupusan sampah yang sah mengikut lokasi dan jangka hayat adalah seperti di Lampiran A.

(a) Tapak Pelupusan Jelutong pada masa ini hanya menerima sisa binaan dan tanah korekkan yang dibenarkan sahaja. Sisa pepejal seperti sisa domestik, sisa pukal dan kebun dihantar terus ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Batu Maung atau secara langsung ke Tapak Pelupusan Pulau Burung.

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sebuah tapak di Bukit Teh sebagai tapak alternatif bagi pelupusan sisa binaan dan sisa korekan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal untuk menentukan kesesuaian tapak tersebut.

(b) Terdapat empat (4) kategori tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang ke atas kesalahan membuang sampah secara haram iaitu:-

(i) Mengeluarkan kompaun;

(ii) Mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu dihapuskan;

(iii) Mengeluarkan Notis Kesalahan Kerja Tanah; dan

(iv) Menjalankan sitaan.

Sejak tahun 2016 hingga kini, sebanyak 2,794 kompaun dikeluarkan, 11 Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan dikeluarkan, tujuh (7) Notis Kesalahan Kerja Tanah dikeluarkan manakala 2 kes dikenakan sitaan. Jumlah keseluruhan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke atas pembuangan sampah haram ialah sebanyak 2,814 tindakan. Perincian tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 2)

Page 6: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

6

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Senaraikan keluasan ruang lantai perniagaan yang tidak dipakai atau masih kosong sehingga kini mengikut daerah.

(a) Terangkan punca-punca yang menyebabkan ruang perniagaan yang tidak dipakai khasnya dari segi perancangan bandar dan desa.

(b) Apakah usaha atau rancangan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan ruang-ruang tersebut diaktifkan dan digunapakai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Terdapat beberapa Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengurus selia ruang lantai perniagaan di Negeri Pulau Pinang. Antaranya adalah seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Jumlah keseluruhan ruang lantai perniagaan yang masih kosong adalah sebanyak 264,925.8 kaki persegi iaitu PDT sebanyak 7,520 kaki persegi, PBT sebanyak 160,208 kaki persegi dan PDC sebanyak 97,197.8 kaki persegi. Perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

Pihak Berkuasa Tempatan pula di Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai data keluasan ruang lantai perniagaan swasta yang tidak dipakai atau masih kosong. Ini adalah kerana tanggungjawab membuat pengisian ruang perniagaan di kawasan swasta adalah tertakluk kepada pihak pengurusan dan pemilik bangunan tersebut.

(a) Antara punca-punca menyebabkan ruang perniagaan tidak dipakai atau masih kosong dari segi perancangan bandar dan desa adalah disebabkan kadar sewa terlalu tinggi yang membebankan penyewa untuk menyewa ruang perniagaan. Selain itu, konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh pemaju masih belum memenuhi permintaan pembeli serta jenis perniagaan yang tidak mendapat sambutan. Tambahan lagi penyewa/pembeli mempunyai banyak pilihan lain dan lokasi sesuai dengan kehendak perniagaan dan citarasa pembeli dan penyewa.

(b) Antara usaha atau rancangan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan ruang-ruang tersebut digunapakai adalah seperti berikut:

(i) Membantu pemaju-pemaju yang mempunyai ruang perniagaan yang kosong dengan mengiklankan di dalam laman sesawang;

(ii) Mempromosikan di pelbagai peringkat untuk mengiklankan pengisian kekosongan ruang-ruang ini seperti Facebook, Buletin Mutiara, papantanda, iklan-iklan dan melalui agen Hartanah;

(iii) Memberikan insentif bayaran cukai secara ansuran kepada penyewa kedai; dan

(iv) Mempermudahkan dan mempercepatkan proses kerja permohonan lesen.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 3)

Page 7: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

7

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Jabatan Alam Sekitar secara prinsip memberi kebenaran sementara untuk tapak C & D Bukit Teh.

(a) Terangkan secara terperinci tentang proses dan keputusan JAS untuk beri kebenaran.

(b) Mengikut kajian, kesemua 9 lot di tapak tersebut masih dimiliki oleh seorang individu bernama H'ng Boon Chai. Adakah proses pengambilan balik tanah telah dibuat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Pada 30 Oktober 2018, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya telah mengemukakan surat kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa JAS tidak mempunyai halangan untuk menggunakan tapak Bukit Teh sebagai tapak simpanan sementara sisa construction and demolition (C&D). Ini adalah susulan daripada permohonan rasmi Kerajaan Negeri kepada JAS untuk menggunakan Bukit Teh sebagai tapak simpanan sementara sisa C&D. Kelulusan ini diberikan memandangkan tapak pelupusan sampah Jelutong perlu ditutup akibat faktor keselamatan. Aktiviti penempatan atau pengumpulan sementara sisa ini tidak tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Walau bagaimanpun, aktiviti ini perlu diurus dengan baik sementara projek kitar semula sisa C&D disiapkan kelak.

(b) Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah (PDT SPT) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Teh yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Kerajaan Tempatan pada 17 Januari 2019 untuk menyelesaikan isu tanah dalam projek ini. Mesyuarat Post Exco pada 19 Februari 2019 yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya pengambilan tanah dilaksanakan melalui Seksyen 3(1)(b) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Pihak Operator, PLB Eco Solutions perlu mengemukakan permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Pengambilan Tanah 1960. Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada permohonan pengambilan tanah dikemukakan. Pihak PLB Eco Solutions juga mempunyai opsyen untuk membeli terus dari pemilik tanah berkenaan dan ianya tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak. Bayaran permohonan berjumlah RM50,000.00 untuk mengeluarkan warta tanah bukit di bawah Akta Pemuliharaan Tanah Bukit 1960 yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 12 Disember 2018 dan disahkan pada hari yang sama juga belum dijelaskan oleh PLB Eco Solutions

Page 8: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

8

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Senaraikan bilangan keluarga yang layak tetapi masih dalam senarai menunggu untuk menghuni di rumah PPR.

(a) Nyatakan status terkini tentang cadangan projek rumah PPR di Jelutong yang bakal dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

(b) Apakah usaha proaktif daripada Kerajaan Negeri dalam memastikan pembekalan rumah PPR mencukupi kepada golongan yang layak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Permohonan bagi menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga rumah sewa Kerajaan Negeri direkodkan di dalam Sistem Maklumat Kerajaan Negeri. Sistem yang sama juga merekod permohonan penyewaan PPR di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Sehingga 31 Mac 2019, terdapat seramai 1,282 keluarga layak dan didaftarkan didalam sistem ini. Jumlah ini akan sentiasa bertambah mengambil kira permohonan baru yang diterima sepanjang masa.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan pembekalan rumah PPR mencukupi adalah seperti berikut:

(a) Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan tapak di Jelutong melibatkan tiga lot tanah iaitu Lot 10042, 10043 dan sebahagian petak A di Seksyen 1, Bandar Jelutong sejak 20 April 2017. Lawatan penilaian kesesuaian tapak telah diadakan oleh Unit Teknikal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mendapati bahawa tapak cadangan berkenaan lulus dan sesuai untuk dijadikan perumahan PPR baru. YB Menteri juga secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini dan meminta Kerajaan Negeri untuk memulakan pelan pemindahan setinggan sebelum projek dapat dilaksanakan; dan

(b) Kerajaan Negeri tegas dalam memastikan hanya mereka yang layak menghuni unit-unit PPR dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan auditan berkala bagi menilai semula kelayakan penghuni PPR dan Rumah Sewa. Selain dari itu, masalah utama adalah kekurangan unit-unit PPR/Rumah Sewa yang ketara jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa tapak tambahan di kelima-lima daerah dan telah dikemukakan kepada KPKT. Cadangan tapak tersebut adalah seperti berikut:

Page 9: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

9

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jelaskan status terkini tentang pelaksanaan cadangan Skim Pemindahan Air Sungai Lembangan Kerian, Perak ke Pulau Pinang?

(a) Anggaran kos pembinaan aset serta bayaran air mentah yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

(b) Terangkan sumber air sedia ada dan sejauh manakah ia mampu untuk memastikan tiada catuan air masa akan datang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Skim Penyaluran Air Mentah Sg Perak (SPRWTS) masih di peringkat perbincangan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak dan diselaraskan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Pembinaan aset-aset baru dan kos terbabit masih belum dimuktamadkan.

(b) Sumber air sedia ada adalah dari Sungai Muda, Sungai Kulim dan sungai-sungai di dalam negeri Pulau Pinang yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air mentah sejak tahun 2004. Sungai Muda membekalkan air mentah lebih dari 80% keperluan air negeri Pulau Pinang dan boleh kekal sehingga tahun 2025. Selepas tahun 2025 permintaan air negeri Pulau Pinang di rancang untuk diperolehi dari (SPRWTS) yang telah dikenalpasti pada tahun 2009 oleh PBAPP melalui Kajian Pelan Induk untuk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang 2050. Projek SPRWTS boleh menjamin bekalan air Pulau Pinang sehingga tahun 2050.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sejauh manakah eSports dapat dijadikan penjana pembangunan ekonomi negeri?

(a) Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan eSports?

(b) Senaraikan pusat-pusat eSports yang ada di Negeri Pulau Pinang mengikut lokasi dan bilangan pengunjung.

Bil. Lot Luas (ekar)

Daerah KADUN Pemilik tanah

1. Berhampiran Lot 8741, Jalan Mayang Pasir, Mukim 12, Bayan Baru

7.82 Barat Daya Batu Maung Kerajaan Negeri

2. PT 724, Seksyen 4, Ujong Batu, Butterworth

13.0 Seberang Perai

Utara Bagan Dalam

Perbadanan Ketua

Menteri

3. 1061 hingga 1065 Mukim 14, Kampung Tongkang

7.65 Seberang Perai

Tengah Machang

Bubuk Kerajaan Negeri

4. 1072 hingga 1078 Mukim 14, Kampung Tongkang

9.70 Seberang Perai

Tengah Machang

Bubuk Kerajaan Negeri

5. 1084 hingga 1088, Mukim 14 Kampung Tongkang

7.46 Seberang Perai

Tengah Machang

Bubuk Kerajaan Negeri

6. 20843 & 20842, Mukim 13, Batu Kawan

3.43 Seberang Perai

Selatan Bukit Tambun

Kerajaan Negeri

Page 10: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

10

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) telah memperkenalkan inisiatif bertema e-SportsPG bagi mempromosi dan membangunkan sukan eletroknik (esports) di Pulau Pinang. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Pengenalan eSportsPG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Negeri Pulau Pinang melalui program esports Campus Roadshow;

(ii) Mewujudkan Pusat eSports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat eSports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;

(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience & Exposure);

(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat disediakan oleh industri eSports kepada orang awam Bidang pembangunan permainan (Games Development) dan industri eSports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa (Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan, programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games Developer), Games tester, Games Consultantdan sebagainya akan disediakan oleh Industri eSports ini; dan

(v) Menubuhkan Pasukan eSports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih esports Pulau Pinang. Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan eSports negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan eSports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai senarai pusat esports memandangkan pusat esports merupakan terminologyyang baharu dan definisi pusat esports tidak dapat ditetap lagi. Selama ini, pusat esports lebih tertumpu di internet cafe atau cyber cafe. Senarai cyber cafe yang mempunyai lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Lampiran A. Namun, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data mengenai jumlah pengunjung ke cyber cafe ini disebabkan ia merupakan perniagaan milikan swasta.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 7)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sila kemukakan penyata kewangan dan aset yang dimiliki Chief Minister Incorporated (CMI) untuk tempoh 10 tahun yang lalu.

(a) Senaraikan aset-aset termasuk tanah-tanah yang dimiliki oleh CMI. (b) Apakah projek-projek yang dikendalikan oleh CMI sejak 10 tahun ini?

Page 11: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

11

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Chief Minister Incorporated (CMI) ditubuhkan di bawah Enakmen 9 Undang-undang Negeri Pulau Pinang iaitu Enakmen Ketua Menteri Pulau Pinang (Pemerbadanan) 2009 yang diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 27 April 2009. Enakmen ini telah diterbitkan dalam warta pada 23 Julai 2009. CMI tidak mempunyai akaun sendiri dan peruntukan kepada CMI adalah diselaraskan bersama Bajet Mengurus di bawah Maksud Bekalan B01 Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Aktiviti (021) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri.

Senarai aset-aset yang dimiliki (tanah dan bangunan) yang didaftarkan di bawah CMI adalah seperti di Lampiran A.

CMI ditubuhkan bertujuan untuk mengurus dan memantau aset-aset Kerajaan Negeri secara efisen, memaksimumkan unlock nilai strategik aset, menjana hasil dan pendapatan melalui konsep Public, People & Private Partnership (4P’s). Projek-projek yang dikendalikan oleh CMI sejak 10 tahun lalu adalah sebanyak 175 projek dan dibahagikan mengikut kategori seperti berikut:

(i) Pembangunan Perumahan – 22 projek

(ii) Pembangunan Pelancongan dan Pendidikan – 20 projek

(iii) Pembangunan Fasiliti dan Utiliti Awam – 72 projek

(iv) Pembangunan Pertanian, Perikanan dan Penternakan – 7 projek

(v) Pembangunan Selain Islam / Rumah Ibadat Bukan Islam – 6 projek

(vi) Pembangunan di bawah George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC) – 48 projek

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 8)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pembangunan sepanjang Jalan Kulim semakin pesat.

(a) Apakah status terkini tentang cadangan projek menaik taraf Jalan Kulim yang sedang dinanti-nantikan?

(b) Apakah usaha jangka masa pendek yang diambil oleh kerajaan untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin serius?

(c) Kenapakah permohonan kebenaran merancang masih diluluskan walaupun projek naik taraf Jalan Kulim masih belum dilaksana?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Pada masa ini, reka bentuk bagi cadangan menaik taraf Jalan Kulim telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan untuk pengambilan tanah dan kerja-kerja pembinaan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan. Pihak JKR akan mengemukakan permohonan untuk projek ini di bawah Bajet Pembangunan Negeri tahun 2020.

Page 12: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

12

(b) Usaha jangka masa pendek yang dilaksanakan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas ini adalah dengan melaksanakan pelarasan masa dan fasa lampu isyarat di persimpangan mengikut keperluan trafik terutamanya pada waktu puncak. Tindakan ini dilaksanakan berdasarkan hasil pemantauan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang mendapati kesesakan lalu lintas di Jalan Kulim hanya berlaku pada waktu puncak iaitu pada pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi dan pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam.

(c) Permohonan kebenaran merancang diluluskan oleh MPSP bagi membolehkan tuan tanah meneruskan pemajuan di tanah miliknya, namun pemaju telah disyaratkan untuk menaik taraf Jalan Kulim di hadapan cadangan pembangunan masing-masing.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri telah membuat kajian tentang impak pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) terhadap pembangunan ekonomi Negeri Pulau Pinang?

(a) Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek ini?

(b) Sekiranya Seberang Perai adalah masa depan Pulau Pinang, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan tersebut dengan konsep Greater Penang City termasuk Kedah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua (2) juruperunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Berdasarkan kedua-dua laporan tersebut, pembinaan KXP akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang meneliti untuk melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang Di Kawasan Utara Semenanjung melalui pelantikan perunding. Kajian ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara menyeluruh agar keputusan yang tepat dapat diperolehi dan diteliti secara mendalam.

(a) Kerajaan Negeri mengambil pendirian yang tegas dalam hal ini bahawa pihak Kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula cadangan pembinaan KXP dan kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan agar cadangan pembangunan tersebut adalah holistik dan menguntungkan semua pihak.

(b) Antara usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan Seberang Perai dengan konsep Greater Penang City termasuk Kedah adalah:-

(i) Menyatakan teras, dasar dan langkah dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSN 2030) seperti berikut:

(a) Meningkatkan peranan Negeri Pulau Pinang sebagai Konurbasi, Pusat Pembangunan Ekonomi dan Perbandaran

Page 13: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

13

bagi Wilayah Utara Semenanjung (Bahagian Pulau dan sebahagian Seberang Perai);

(b) Mempergiatkan pembangunan perbandaran di kawasan pertumbuhan semasa termasuk di kawasan Seberang Perai; dan

(c) Mempertingkatkan peranan koridor ekonomi wilayah terhadap pembangunan ekonomi di Wilayah Pembangunan koridor Ekonomi Utara (NCER).

(ii) Memfokuskan pembangunan Bandar Cassia, Batu Kawan sebagai bandar baru bagi menyokong pembangunan di kawasan koridor selatan Seberang Perai.

(iii) Melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan merangkumi sistem rel dan sistem Bus Rapid Transit (BRT) di kawasan Seberang Perai.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Terangkan status terkini tentang pembangunan Pelabuhan Perikanan Batu Maung sebagai pusat pendaratan tuna di Asia Tenggara.

(a) Apakah status pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth yang didaftar oleh Kerajaan Persekutuan sebagai designated tuna port'?

(b) Jelaskan rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan ekosistem industri tuna dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendaratan tuna.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadi Pelabuhan Perikanan Batu Maung sebagai salah satu pendaratan tuna di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat awal dan perbincangan lanjut perlu dilaksanakan melibatkan agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

(a) Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth merupakan pelabuhan tuna yang berdaftar (designated tuna port) dengan Indian Ocean Tuna Commission (IOTC). IOTC merupakan badan antarabangsa yang menyelaras pengurusan stok tuna di Lautan Hindi. Melalui pendaftaran ini, pelabuhan Dermaga Air Dalam telah diberikan kebenaran untuk mendaratkan ikan tuna oleh vesel-vesel tuna yang dilesenkan untuk beroperasi di Lautan Hindi. Pelabuhan ini berstatus aktif dan masih menerima pendaratan ikan tuna. Dari tahun 2016 sehingga 2018, sebanyak 2,689 tan metrik ikan tuna telah didaratkan iaitu melibatkan 43 kali pendaratan oleh vesel tempatan.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang sedang berusaha untuk membangunkan ekosistem industri tuna di negeri ini termasuklah melalui penganjuran seminar, program dan konvensyen berkaitan industri tuna. Langkah-langkah ini diambil dalam mewujudkan kesedaran di

Page 14: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

14

kalangan semua pemegang taruh (stakeholder) mengenai potensi industri tuna di negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga telah menyediakan pelbagai kemudahan yang mematuhi piawaian antarabangsa untuk menyokong industri tuna di negeri Pulau Pinang. Dalam pada itu, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga mengadakan kursus Electronic Port State Measures (e-psm) secara berkala untuk memberikan penerangan kepada pihak-pihak berkepentingan termasuklah pengusaha dan agen perkapalan supaya sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai keperluan IOTC dan yang terkini adalah melalui pengenalan sistem e-logbook untuk memudahkan urusan merekod data tangkapan ikan tuna oleh pengusaha. Sistem ini dijangka akan diguna sepenuhnya pada tahun 2020.

Dalam menyokong hasrat tersebut, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka kepada syarikat-syarikat swasta yang berhasrat untuk melabur bagi industri berasaskan tuna di negeri ini khususnya dalam pemprosesan tuna.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Terangkan secara terperinci tentang status pelaksanaan serta maklumat berkenaan projek pembinaan kolam takungan air Alma.

(a) Nyatakan jumlah peruntukan untuk pembinaan termasuk kos pengambilan balik tanah serta kos pembinaan.

(b) Sejauh manakah projek ini dapat menyiap siagakan kawasan Alma daripada perubahan iklim yang semakin serius di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Status semasa pelaksanaan Projek Pembinaan Kolam Takungan Banjir di Alma adalah di peringkat akhir penyediaan dokumen Tender dan Pelan Lukisan Tender yang dijangka untuk iklan pra kelayakan pada akhir bulan April 2019.

(a) Anggaran kos pembinaan termasuk kos pengambilan balik tanah adalah berjumlah RM17.2 juta. Maklumat berkaitan anggaran kos pembinaan pada ketika ini adalah berstatus Rahsia Kerajaan memandangkan projek ini akan diiklankan untuk pra kelayakan dan seterusnya proses tender.

(b) Dalam menghadapi kesan perubahan iklim yang tidak menentu, Projek Pembinaan Kolam Takungan Banjir di Alma merupakan salah satu sub-pakej kepada tindakan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu banjir di kawasan hilir khususnya di Taman Impian, Taman Impian Jaya, Taman Impian Murni, Taman Sukun dan Taman Amra. Dengan adanya kolam takungan ini juga akan membantu menangani masalah banjir yang berfungsi sebagai takungan penyimpanan air bagi kawasan sekitar Alma.

Page 15: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

15

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sejauh manakah Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) dilaksanakan dan diinstitusikan dalam proses penyediaan bajet jabatan/agensi kerajaan?

(a) Terangkan secara terperinci pencapaian GRPB sehingga kini.

(b) Apakah cabaran/halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan GRPB ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Program Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) telah dilaksanakan sejak 2012 menerusi Projek Perintis bersama dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Penginstitusian GRPB bermula di peringkat Kerajaan Tempatan melalui Pelan Tindakan Strategik (PTS) 2016 hingga 2018 yang melibatkan tiga aspek utama iaitu:-

(i) struktur dan mekanisme di PBT;

(ii) mengintegrasikan gender dan penyertaan rakyat dalam kitaran bajet PBT; dan

(iii) melalui pembinaan kapasiti mengenai pendekatan GRPB kepada kakitangan PBT dan pemimpin komuniti.

Dalam tempoh pelaksanaan PTS, Penang Women Development Centre (PWDC) turut mengorak langkah ke hadapan dalam penginstitusian Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) di peringkat Kerajaan Negeri dengan memeterai jalinan kerjasama pintar bersama Jawatankuasa MMK Perumahan bagi memulakan Projek GRPB di PPR Desa Wawasan pada 2018 diikuti dengan empat (4) buah PPR lagi yang berada di bawah Bahagian Perumahan Negeri.

Penginstitusian GRPB di peringkat Kerajaan Negeri secara sepenuhnya dan sistematik bermula pada tahun 2019 menerusi Dasar Keterangkuman Gender. Dasar ini telah mendapat kelulusan dan pengesahan Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 9 Januari 2019. Dasar Keterangkuman Gender yang mengangkat GRPB sebagai strategi pelaksanaan utama telah diumumkan pada 16 Januari 2019 dan dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2019 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

(a) Antara pencapaian GRPB adalah :-

(i) Penginstitusian GRPB telah menggalakkan penyertaan golongan wanita dan lelaki dalam proses membuat keputusan dalam menentukan keperluan dan bajet bagi projek atau program pembangunan awam. Pendekatan GRPB memastikan bajet disalurkan kepada kumpulan sasaran yang memerlukannya. GRPB memastikan komuniti setempat terutamanya golongan terpinggir menjadi rakan-kongsi dalam menentukan program-program dan projek-projek awam yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Tempatan mengikut keperluan komuniti. Ini adalah satu bentuk demokrasi setempat yang bermakna untuk peringkat akar umbi;

Page 16: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

16

Pendekatan penyertaan rakyat yang melibatkan komuniti secara langsung dilakukan melalui kaji selidik dan bancian, kumpulan tumpu-bincang, undi keperluan penduduk, ‘Projek Kita’ dan Sesi Town Hall. Dialog Bajet MBPP dan MPSP telah membuktikan bahawa perundingan dan dialog bersama komuniti dapat menjadikan komuniti sebagai agen perubahan dan transformasi kepada pembangunan lestari;

(ii) Projek-projek GRPB yang dilaksanakan sejak 2012 hingga kini telah melibatkan 20 daripada 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang. Antara projek GRPB yang telah dijalankan adalah di PPR Ampangan dalam KADUN Permatang Pasir; PPR Jalan Sungai dan rumah kedai Taman Sri Pinang dalam KADUN Sungai Pinang; Projek “Duit Kita Hak Kita” dalam KADUN Machang Bubuk; Projek Penyertaan Rakyat di PPR Desa Wawasan dalam KADUN Padang Lalang, Sungai Puyu, Bagan Jermal dan Kebun Bunga; dan projek-projek ruang awam seperti di Taman Jajar Kenari dan Pasar Lebuh Campbell;

(iii) Pelaksanaan projek Jelajah Bajet Penyertaan Rakyat pada tahun 2018 telah dimulakan di lima KADUN yang merangkumi lima (5) daerah di negeri ini. YB ADUN Bukit Tambun merupakan ADUN pertama yang memberikan komitmen penuh dengan pelaksanaan GRPB “Peduli Bukit Tambun” yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2019;

(iv) GRPB telah mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebelum penggabungan GRB dengan PB yang menghasilkan GRPB – Model Pulau Pinang, Projek Perintis GRB oleh PWDC bersama MBPP dan MPSP telah menerima Anugerah Khas Juri bagi “Amalan Terbaik dalam Penyertaan Rakyat” oleh International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) Ke-14 yang diadakan pada Mac 2014 di Canoas, Brazil;

(v) Projek “Duit Kita, Hak Kita” KADUN Machang Bubuk yang merupakan Projek Bajet Penyertaan Rakyat pertama di Malaysia telah mengulangi pencapaian ini dengan memenangi Anugerah Khas Juri bagi “Amalan Terbaik dalam Penyertaan Rakyat” oleh International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) Ke-18 yang diadakan pada November 2018 di Barcelona, Sepanyol. Anugerah tersebut telah diterima oleh YB ADUN Machang Bubuk. Pada tahun yang sama, GRPB juga telah menerima UN-Habitat Scroll of Honour Award peringkat kebangsaan bagi "Gender Responsive and Participatory Budgeting: Financing Reform Through Community Empowerment" sempena Hari Habitat Sedunia 2018.

(vi) GRPB telah menerima jemputan-jemputan bagi sesi perkongsian di persidangan dan program peringkat serantau dan antarabangsa seperti Bengkel Nasional GRB di Laos, Kemboja dan China; pembentangan di program-program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Economic and Social Commission for the Asia and the Pacific (UNESCAP) dan United Nations Development Programmes (UNDP) pada tahun 2016; serta panel dalam World Urban Forum(WUF) Ke-9 di Kuala Lumpur, IOPD Ke-18 di Barcelona dan 4th Asian Dialogue, Seoul;

Page 17: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

17

(vii) Satu artikel bertajuk “Implementing The Gender Responsive And Participatory Budgeting Project In Penang Local Government” telah diterbitkan dalam buku terbitan Human Development Forum, United Kingdom dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertajuk “A Better World” yang merupakan buku siri pertama dari Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Lestari yang memfokuskan kepada matlamat kelima iaitu Mencapai Kesaksamaan Gender;

(viii) Dua penyelidikan di bawah Program GRPB telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Penyelidikan tersebut bertajuk “Ketersediaan Data untuk Perlaksanaan GRPB di Peringkat Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang” dan “Empowering and Advancing Community Towards A Sustainable GRPB Initiative:The People-Centered Perspective”. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan bagi melaksanakan GRPB dengan lebih berkesan di peringkat Negeri Pulau Pinang dan juga sebagai penilaian kepada perlaksanaan GRPB di komuniti.

(b) Antara cabaran/halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan GRPB ini adalah seperti berikut:-

(i) Pelaksana merasakan proses GRPB melibatkan penggunaan sumber manusia yang banyak. Cabaran ini dapat ditangani melalui jalinan kerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin komuniti di akar umbi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam projek-projek GRPB;

(ii) Jangka masa yang terhad untuk menyiapkan program atau projek (dalam tahun yang sama) menyukarkan pelaksanaan proses GRPB kerana ia mengambil masa yang panjang. Oleh itu, Senarai Semak GRPB telah dibangunkan dan digunakan oleh kedua-dua PBT dan ianya satu senarai lengkap dokumentasi yang merangkumi fasa perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu program, projek atau aktiviti secara berterusan serta mengambil kira penglibatan komuniti. Ini dapat membantu dalam menguruskan program atau projek dengan lebih berkesan;

(iii) Kekangan dalam merangka soalan-soalan kaji selidik kerana pegawai-pegawai yang merupakan pelaksana kerja tidak mempunyai kemahiran untuk menjalankan kaji selidik sepenuhnya. Untuk itu, manual, buku kecil dan siri video diterbitkan oleh PWDC dalam menyediakan panduan kepada pelaksana dan bengkel-bengkel pembinaan kapasiti secara berterusan diberikan sebagai sokongan kepada pemerkasaan bagi kumpulan pelaksana;

(iv) Pada awal pelaksanaan GRPB, jabatan-jabatan di peringkat PBT kurang atau tidak mengumpul data yang mempunyai pecahan jantina. Semasa pelaksanaan PTS, jabatan-jabatan sudah memulakan amalan ini namun memerlukan penyelarasan di peringkat organisasi bagi memudahkan data diperolehi untuk tujuan analisis;

(v) Penerimaan perubahan dalam kalangan kakitangan (mengenai kepentingan pelaksanaan GRPB dan kesedaran gender) masih kurang. Nilai tambah GRPB tidak jelas menyebabkan kepentingan GRPB tidak

Page 18: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

18

dapat dilihat oleh pembuat keputusan dan pelaksana. GRPB juga dilihat sebagai idealisitik dan sempurna dari segi teori namun tidak praktikal dari segi pelaksanaan. Oleh itu, PWDC memperkenalkan GRPB Champion Award yang melibatkan penyertaan keseluruhan jabatan-jabatan dan unit-unit di PBT bagi memberi pengiktirafan kepada kumpulan pelaksana dan seterusnya membudayakan GRPB. Dalam melaksanakan program, projek atau aktiviti dalam pertandingan ini, kumpulan pelaksana dan kakitangan diberikan ruang yang luas dalam menggunakan mekanisme GRPB secara praktikal dan lebih kreatif. Bengkel Training of Trainers (TOT) dalam kelompok kecil juga dilakukan bagi mempersiapsiaga kumpulan-kumpulan pelaksana di lapangan; dan

(vi) Dari segi partisipatori atau penyertaan rakyat, pelaksanaan GRPB dilihat masih tidak meluas dan inklusif kerana hanya kelompok yang sama sahaja yang melibatkan diri dalam proses tersebut – contohnya Dialog Bajet. Bagi menghadapi cabaran ini, hebahan secara meluas di media sosial dan peringkat komuniti perlu dipergiatkan lagi.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Keadaan jalan tar dan cerun bukit Taman Eko Rimba Bukit Mertajam semakin teruk.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperbaiki jalan dan cerun dari kaki bukit ke puncak?

(b) Terangkan status terkini permohonan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

(c) Apakah langkah alternatif Kerajaan Negeri untuk membaiki kerosakan serta memastikan keselamatan orang awam tidak terjejas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Pembaikan Cerun dari kaki bukit ke puncak Bukit Mertajam yang dipengerusikan oleh YB. Tuan Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bagi membincangkan tindakan pencegahan serta kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan di Taman Rimba Bukit Mertajam (TRBM), Cherok Tok Kun.

Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk mencari penyelesaian terbaik dan efektif bagi memperbaiki jalan dan cerun dari kaki bukit ke puncak TRBM. Pihak Telekom Malaysia Berhad selaku pihak yang diberi kebenaran menggunakan jalan sepanjang 3.6 kilometer dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Mertajam oleh pemilik tanah iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersedia untuk membantu membaiki kerosakan jalan dan longkang di TRBM. Walau bagaimanapun pihak Telekom Malaysia Berhad hanya akan menjalankan kerja-kerja pembaikan minimum sahaja.

Pada awalnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganggarkan kos sebanyak RM2,634,480.00 diperlukan bagi penyelenggaraan jalan tar dari kaki Bukit Mertajam sehingga ke Menara Telekomunikasi. Walau bagaimanapun

Page 19: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

19

setelah mengambil kira pandangan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia yang telah dikemukakan pada Februari 2018, pembaikan secara menyeluruh cerun perlu dijalankan sebagai langkah pencegahan (preventive) sebelum lain-lain kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Ini termasuk menyediakan risk map melalui kajian Hazard and Risk dengan anggaran kos RM1 juta memandangkan terdapat lebih 60 kawasan di TRBM yang dianggap berisiko tinggi.

Lanjutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah mengadakan penilaian semula kos pembaikan keseluruhan setelah mengambil kira ulasan semua pihak berkaitan dengan nilai anggaran baharu sebanyak RM 17,902,850.00 yang dicadangkan untuk dimohon dari Kerajaan Persekutuan.

(b) Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan maklumat berhubung kos peruntukan pembaikan cerun yang diperlukan dan dalam proses semakan akhir sebelum ianya dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

(c) Langkah alternatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang untuk membaiki kerosakan serta memastikan keselamatan orang awam tidak terjejas adalah seperti berikut:-

(i) Menutup cerun-cerun berisiko dan telah runtuh dengan kanvas untuk mengurangkan hakisan serta mengelakkan tanah runtuh;

(ii) Memotong pokok-pokok status berisiko di kawasan cerun secara berperingkat;

(iii) Pengalihan bongkah-bongkah batuan berisiko di kedudukan cerun;

(iv) Pembaikan kecil kerosakan cerun dan saliran;

(v) Menutup laluan berbahaya kepada pengguna pada musim hujan bagi mengelakkan berlakunya insiden kemalangan; dan

(vi) Menaikkan papan tanda amaran di lokasi runtuhan atau berisiko sebagai tanda amaran kepada pengguna.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bandar selamat dan Guarded Neighbourhood.

(a) Senaraikan komuniti yang mempunyai kebenaran untuk adakan Guarded Neighbourhood di KADUN Machang Bubuk.

(b) Senaraikan komuniti yang tiada kebenaran atau masih dalam proses permohonan.

(c) Bagaimanakah pemantauan Kerajaan Tempatan dalam memastikan skim tersebut tidak melanggar undang-undang seperti Akta Bangunan, Jalan dan Parit?

Page 20: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

20

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Jumlah komuniti yang mempunyai kebenaran untuk mengadakan Guarded Neighbourhood di KADUN Machang Bubuk adalah sebanyak empat (4) komuniti seperti berikut:

BIL LOKASI MUKIM PEMOHON

1 Taman Bukit Minyak Utama 14 Persatuan Penduduk Taman Bukit Minyak Utama

2 Sebahagian Taman Seri Impian (Solok Bukit Minyak 1 & 2)

14 Persatuan Penduduk Taman Seri Impian

3 Taman Santuari Villa (Fasa 2) 14 PersatuanPenduduk Taman Santuari Villa (Fasa 2)

4 Taman Jasa Indah Bukit Mertajam,

14 Persatuan Penduduk Taman Jasa Indah

(b) Terdapat dua (2) komuniti yang tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan Guarded Neighbourhood di KADUN Machang Bubuk iaitu:

(i) Taman Seri Bukit Indah; dan

(ii) Taman Residensi Machang Bubuk.

(c) Pemantauan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan skim tersebut tidak melanggar undang-undang adalah seperti berikut:

(i) Melakukan pemeriksaan di tapak bagi memastikan syarat-syarat kelulusan dipatuhi; dan

(ii) Mengambil tindakan penguatkuasaan bagi Guarded Neighbourhood yang tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Aduan orang ramai terhadap penebangan pokok besar semakin bertambah.

(a) Senaraikan bilangan pokok-pokok besar yang telah ditebang di MBPP dan MPSP mengikut nama projek, lokasi dan sama ada dipindah atau diganti dengan penanaman baharu.

(b) Terangkan proses permohonan kebenaran untuk menebang atau memindah pokok.

(c) Bagaimanakah proses penebangan dan penanaman semula dipantau dengan baik?

Page 21: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

21

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. (a) Bilangan pokok-pokok besar yang telah ditebang di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) pada tahun 2018 adalah sebanyak 481 pokok. Kaedah penggantian pokok secara ubah tanam melibatkan sebanyak 127 pokok manakala penanaman pokok baharu adalah sebanyak 1,723 pokok.

Senarai bilangan pokok-pokok besar yang telah ditebang mengikut nama projek, lokasi dan kaedah penggantian pokok-pokok besar yang telah ditebang melalui kaedah pindah (ubah tanam) dan ganti (tanam pokok baharu) di kawasan MBPP dan MPSP pada tahun 2018 adalah masing-masing di Lampiran A dan B.

(b) Permohonan kebenaran untuk menebang atau memindah pokok oleh MBPP dan MPSP adalah seperti berikut:

(i) Permohonan oleh MBPP

Bagi kawasan MBPP, permohonan kebenaran untuk menebang atau memindah pokok boleh dilakukan sama ada oleh pihak individu atau melalui Permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju.

Bagi permohonan oleh pihak individu, permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada MBPP bersama-sama dokumen berikut iaitu surat permohonan, pelan, gambar dan laporan Arboris. Permohonan yang lengkap akan diproses dan dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MJOSC) untuk pertimbangan dan kelulusan.

Bagi permohonan oleh pemaju melalui Permohonan Kebenaran Merancang, ulasan akan diberikan oleh MBPP bagi pokok-pokok yang perlu ditebang atau diubah tanam beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam Kebenaran Merancang.

(ii) Permohonan oleh MPSP

Permohonan kebenaran untuk menebang atau memindah pokok di kawasan MPSP pula boleh dilakukan oleh sama ada agensi luar seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan lain-lain atau melalui Permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju.

Proses permohonan bagi agensi luar melibatkan keperluan lawatan tapak dan ulasan teknikal jabatan sebelum diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Pengindahan untuk kelulusan.

Bagi permohonan oleh pemaju melalui Permohonan Kebenaran Merancang pula, MPSP akan menyemak keperluan Pelan Inventori Pokok dan seterusnya memasukkan ulasan sebagai syarat dalam Kebenaran Merancang.

Page 22: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

22

(c) MBPP dan MPSP memantau proses penebangan dan penanaman semula melalui kaedah berikut:

(i) Pemantauan oleh MBPP

Proses penebangan dan penanaman semula di kawasan MBPP dilakukan oleh Arboris yang dilantik oleh pemaju atau individu berdasarkan syarat kelulusan permohonan kebenaran untuk menebang atau memindah pokok oleh MBPP. Ini adalah supaya pemantauan yang berkesan dapat dilakukan. Selain itu, pemaju atau individu perlu mengemukakan laporan status kesihatan pokok yang telah diubah tanam kepada pihak MBPP setiap tiga (3) bulan sehingga tamat tempoh penyelenggaraan iaitu selama dua (2) tahun.

(ii) Pemantauan oleh MPSP

Bagi kawasan MPSP pula, pemantauan berkala dilakukan bagi memastikan kaedah penebangan / pindah pokok adalah mengikut Garis Panduan Landskap Negara. Pihak MPSP juga memastikan supaya sisa penebangan dan cantasan pokok perlu dibersihkan / diangkat pada hari yang sama dan pelaporan bergambar / rekod pembersihan daripada pemohon dikemukakan kepada MPSP.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 16)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Senaraikan bilangan kes kemalangan jalanraya dan mangsa di sepanjang Jalan Permatang Tinggi sejak 2017 sehingga sekarang.

(a) Terangkan status cadangan projek menaik taraf Jalan Permatang Tinggi yang telah diminta oleh ADUN kawasan sejak 2013.

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek untuk memastikan keselamatan lalu lintas sepanjang jalan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sejumlah 1,760 kes kemalangan jalan raya di sepanjang Jalan Permatang Tinggi direkodkan sejak tahun 2017 sehingga kini. Perincian bilangan kes kemalangan mengikut tahun dan mangsa kemalangan yang terlibat adalah seperti diLampiran A.

(a) Status cadangan projek menaik taraf Jalan Permatang Tinggi yang merupakan Jalan Persekutuan (FT001), adalah cadangan projek ini telah dimohon dalam Rolling Plan (RP) 3, RMK Ke-11 pada tahun 2018 di bawah tajuk Projek Menaik Taraf Jalan Tunggal 2 Lorong Kepada Jalan Berkembar 4 Lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, permohonan peruntukan dalam RP tersebut tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Selanjutnya Kerajaan Negeri sekali lagi telah memohon kelulusan projek ini di bawah RP4 RMK- 11 melalui permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 8 Januari 2019 dan telah diangkat oleh JKR Malaysia ke Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 19 Mac 2019. Setakat ini, maklum balas kelulusan permohonan belum lagi diterima.

Page 23: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

23

(b) Kerajaan Negeri telah mengambil langkah jangka masa pendek untuk memastikan keselamatan lalu lintas di sepanjang Jalan Permatang Tinggi seperti berikut:

(i) Melukis yellow transverse bar untuk memperlahankan kenderaan di Jalan Permatang Tinggi. Kerja-kerja telah siap dilaksanakan pada Mac 2019;

(ii) Memastikan infrastruktur seperti permukaan jalan raya, perabot-perabot jalan dan longkang tepi jalan sentiasa dalam keadaan baik melalui rondaan rutin Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Syarikat Konsesi Penswastaan Jalan Persekutuan; dan

(iii) Mendapatkan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan penguatkuasaan ke atas kenderaan berat melebihi muatan yang menggunakan jalan ini serta penguatkuasaan pelanggaran peraturan lalu lintas secara berkala untuk menjamin keselamatan keseluruhan lalu lintas.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga telah mensyaratkan pihak pemaju untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf seperti berikut:

(i) Menaik taraf persimpangan Jalan Usaha Jaya dengan Jalan Permatang Tinggi kepada persimpangan berlampu isyarat; dan

(ii) Membina pembahagi jalan dan melebarkan jalan dari dua (2) lorong kepada empat (4) lorong dari persimpangan Lorong Industri Ringan Permatang Tinggi 1 dengan Jalan Permatang Tinggi hingga persimpangan Jalan Usaha Jaya dengan Jalan Permatang Tinggi.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Penjaja makanan jalanan adalah aset ekonomi dan tarikan pelancong ke Pulau Pinang.

(a) Senaraikan bilangan penjaja jalanan berlesen mengikut daerah, lokasi dan jenis perniagaan.

(b) Senaraikan bilangan penjaja jalanan tanpa lesen mengikut daerah, lokasi dan tindakan yang diambil oleh penguatkuasaan?

(c) Apakah usaha atau dasar kerajaan dalam menangani isu penjaja tanpa lesen?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Jumlah keseluruhan penjaja jalanan yang berlesen di Negeri Pulau Pinang adalah seramai 6,888 orang penjaja. Perincian senarai bilangan penjaja jalan berlesen mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah keseluruhan penjaja jalanan yang tidak mempunyai lesen yang sah di Negeri Pulau Pinang adalah seramai1,556 orang penjaja. Perincian senarai

Page 24: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

24

bilangan penjaja jalan tanpa lesen mengikut daerah dan tindakan penguatkuasaan adalah seperti di Lampiran B.

(c) Usaha dan dasar Kerajaan Negeri dalam menangai isu penjaja tanpa lesen adalah seperti berikut:

(i) Menempatkan penjaja tanpa lesen dalam premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

(ii) Merancang dan melaksanakan penempatan semula penjaja di kawasan yang bersesuaian;

(iii) Mewujudkan tapak penjaja sementara bagi menempatkan penjaja secara sementara;

(iv) Melaksanakan pembinaan kompleks pasar dan makanan yang baru bagi mengatasi penjaja tanpa lesen;

(v) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja warga tempatan; dan

(vi) Mengadakan Program Mesra Pelanggan bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan konsep / bentuk perniagaan kepada trak makanan dengan menyelaras perjumpaan peniaga-peniaga bersama agensi kewangan berkaitan dan penyedia trak makanan.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 18)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Singapura mencalonkan budaya makanan jalanannya ke UNESCO.

(a) Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk mencalonkan makanan jalanan Pulau Pinang ke UNESCO?

(b) Senaraikan sumbangan penjaja jalanan kepada pembangunan ekonomi dari segi GDP Negeri Pulau Pinang sejak 2013.

(c) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam melindungi budaya dan warisan makanan jalanan yang baik dan unik.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Kerajaan Negeri juga mempunyai niat supaya mencalonkan “Budaya Penjaja” (Hawker Culture) ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO (Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity) di bawah Konvensyen Bagi Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Manusia 2003 (Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage) tetapi mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara.

Page 25: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

25

Memandangkan kebudayaan penjaja di Pulau Pinang adalah lebih cemerlang dan unik daripada kebudayaan penjaja di Singapura kerana kami masih menjaja di tepi jalan selain di medan penjaja, pejabat PETACH telah menghantar surat rasmi ke Jabatan Warisan Negara agar mensyorkan pihak jabatan tersebut membuat nominasi gabungan dengan Singapura di bawah nama “Kebudayaan Penjaja di Singapura dan Malaysia”.

(b) Maklumat berkenaan sumbangan penjaja jalanan kepada pembangunan ekonomi dari segi GDP Negeri Pulau Pinang tidak dikeluarkan secara khusus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan penemuan daripada Banci Ekonomi 2016, sumbangan bagi aktiviti gerai makanan dan minuman serta jualan runcit di gerai dan pasar kepada keseluruhan ekonomi Pulau Pinang dianggarkan sebanyak 0.9 peratus pada tahun 2017.

(c) Usaha Kerajaan Negeri dalam melindungi budaya dan warisan makanan jalanan yang baik dan unik adalah seperti berikut:

(i) Memperkenalkan polisi Larangan Tukang Masak Warga Asing Memasak Masakan Tempatan Pulau Pinang;

(ii) Menetapkan syarat perlesenan dari aspek keselamatan pengendalian makanan seperti keperluan menghadiri kursus pengendalian makanan dan mewajibkan suntikan typhoid;

(iii) Melaksanakan sambutan Hari Penjaja setiap tahun bertemakan masakan tempatan;

(iv) Menggalakkan program dan aktiviti yang mempamerkan budaya dan warisan makanan jalanan seperti Perayaan Warisan George Town;

(v) Menggalakkan aktiviti jualan makanan tempatan di pasar malam;

(vi) Mempromosikan lokasi-lokasi makanan jalanan kepada pelancong; dan

(vii) Mengadakan Penang International Food Festival (PIFF) setiap tahun sebagai promosi kepada warisan makanan jalanan Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Nyatakan jumlah peruntukan yang diperuntukkan kepada Penang Institute untuk membuat kajian dan penyelidikan dasar-dasar kerajaan dari tahun 2013-2018.

(a) Senaraikan projek-projek kajian dan penyelidikan mengikut setiap EXCO dan kegunaannya.

(b) Terangkan secara terperinci tentang pencapaian Penang Institute dalam memperkenalkan dasar-dasar baharu untuk diguna pakai oleh Kerajaan Negeri.

Page 26: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

26

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Peruntukan tahunan yang telah diterima oleh Penang Institute dari tahun 2013 sehingga 2018 adalah berjumlah RM20,200,00.00 dengan perincian seperti di Lampiran A.

(a) Bagi tempoh 2013 sehingga 2018, sebanyak 23 projek kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Penang Institute khusus untuk keperluan YB Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seperti di Lampiran B.

(b) Antara pencapaian Penang Institute dalam menghasilkan kajian-kajian dan digunapakai bagi dasar-dasar baharu Kerajaan Negeri adalah seperti berikut.

Bil. Dasar Kerajaan Negeri Rujukan Daripada Kajian / Penyelidikan

Penang Institute

1. Dasar Perumahan

Housing Demand Model (2013)

Shared Equity Model Development (2013)

Housing Strategy (2014)

2. Kempen ‘No Plastic Bag’ Kajian Impak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2014)

3. Program Penghargaan Warga Emas

Kajian Impak Dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2014)

4. Agenda Ekonomi Saksama (AES)

Agenda Ekonomi Saksama Evaluation Study (2014)

5. Program Bas CAT Bus User Survey (2014)

CAT (Bus) Evaluation Survey (2015)

6. Penang2030 Penang2030 (2018)

Happiness in Penang Index (2018)

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 20)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Apakah rancangan kerajaan untuk membina sistem sokongan kepada industri kreatif agar mencapai Penang 2030 yang telah dinyatakan dalam tema kedua iaitu menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

(a) Bagaimana memupuk ekosistem yang dapat memelihara industri kreatif serta perkhidmatan perniagaan?

(b) Apakah cabaran/halangan bagi Kerajaan Negeri untuk mencapai Penang 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Menyedari potensi besar industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan, Kerajaan Negeri melalui investPenang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah melancarkan program perintis pemula niaga yang dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT Penang) pada 10 Oktober 2015 di Wisma Yeap Chor Ee (WYCE). Objektif utama program @CAT Penang ialah untuk memupuk dan mengembangkan ekosistem dan komuniti usahawan yang terlibat

Page 27: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

27

dalam bidang teknologi di samping menjadikannya sebagai jentera baharu kepada pertumbuhan ekonomi di Negeri Pulau Pinang.

(a) @CAT Penang memberi tumpuan kepada tiga pendekatan berikut:-

(i) Menawarkan perkhidmatan ruang kerja bersama atau co-working space. Perkhidmatan ruang kerja bersama atau co-working space merupakan ruang sosial yang ditawarkan untuk membina komuniti kreatif dan teknologi yang aktif dan berfungsi sebagai pemangkin untuk berinteraksi, mendidik, menginspirasi dan menghubungkan komuniti usahawan dan golongan muda di Pulau Pinang.

(ii) Program latihan, bimbingan dan pemangkin keusahawanan. @CAT Penang memberikan tumpuan kepada beberapa bidang yang melibatkan sektor kreatif dan teknologi, iaitu, seperti perniagaan dalam talian atau e-dagang (e-commerce); coding/programming seperti JavaScript (Node); Python dan Ruby, di samping industri yang melibatkan teknologi tinggi seperti Industri Teknologi Pintar; Internet of Things; Big Data Analytics; dan sebagainya. Selain itu, startup juga dibimbing dan didedahkan kepada topik-topik penting dalam keusahawanan termasuk dalam mengenali pasaran sasaran, membina produk yang tepat dan diperlukan, peluang modal dan dana perniagaan, persediaan untuk mengembangkan pasaran atau strategi memasuki pasaran dan sebagainya. Di samping menjadikan @CAT Penang sebagai satu platform One Stop Centre untuk komuniti usahawan teknologi, @CAT Penang juga berperanan dalam membantu "startup" bagi mendapatkan maklumat berkaitan arah aliran (trend) teknologi terkini seperti blockchain, Industry 4.0 dan sebagainya.

Selain itu, dengan mensasarkan komuniti teknologi di Pulau Pinang, terutamanya yang bekerja di ruang kerja @CAT Penang, Kerajaan Negeri telah melancarkan dana yang dinamakan “Penang i4.0 Seed Fund” di mana sejumlah RM4.0 juta diperuntukkan pada awal tahun 2018 untuk membantu usahawan dan merangsang pertumbuhan syarikat-syarikat baharu di Pulau Pinang. Usaha ini juga dibuat bagi merealisasikan dan mengekalkan potensi Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East.

Selain dari program @CAT Penang, bagi memastikan industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan menjadi salah satu industri yang mampu menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, Kerajaan Negeri juga menyediakan beberapa program yang melibatkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Penang Tech Dome, Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Kafe Sains Pulau Pinang dan Pesta Sains Antarabangsa Pulau Pinang.

Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PDC untuk membina sistem sokongan kepada industri GBS yang boleh memupuk ekosistem serta memelihara industri ini di samping dapat memanfaatkan komuniti tempatan khasnya komuniti industri dan perdagangan Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

(i) GBS @ Mayang telah dilancarkan pada 7 April 2017 dan telah disiapkan pada Januari 2018. PDC telah membelanjakan sejumlah RM10 juta bagi mengubahsuai bangunan Mayang Mall kepada sebuah pusat GBS yang bertaraf MSC . Ia juga telah menerima pengiktirafan

Page 28: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

28

sebagai MSC Malaysia Cybercentre secara rasmi pada 6 Disember 2018. Setakat Disember 2018, Jabil Sdn Bhd, Swarovski Global Business Services Asia Sdn Bhd, Tesla Services Sdn Bhd dan Cerium Systems Sdn Bhd kini menyewa ruang pejabat di GBS @ Mayang. Keempat-empat syarikat ini memenuhi lebih 80% daripada jumlah ruang sewa di GBS @ Mayang;

(ii) Projek GBS yang kedua iaitu GBS @ By the Sea di Bayan Lepas Technoplex yang akan melibatkan anggaran kos sebanyak RM200 juta yang melibatkan 2 fasa iaitu 1 blok bangunan pejabat bertaraf MSC Malaysia dengan keluasan bersih 358,000 kaki persegi dan 2 blok bangunan parkir bertingkat dengan kapasiti 2,500 lot parkir. Ia juga akan dilengkapi dengan kedai-kedai perniagaan, gerai makanan/ minuman dan bertujuan untuk menjadi bangunan pejabat berstatus gred A yang menggabungkan komponen pejabat dan komersil bagi mengaplikasikan konsep live-work-learn-play yang pertama di Pulau Pinang. Fasa pertama projek, iaitu pembinaan satu blok bangunan parkir bertingkat telah bermula pada Januari 2018 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2019. Manakala pembangunan Fasa 2 sedang dalam proses dilaksanakan. Pembangunan ini dijangka akan menyediakan 3,000 peluang pekerjaan apabila ia disempurnakan; dan

(iii) GBS One Mahsuri telah dirancang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat oleh syarikat-syarikat GBS bagi ruang pejabat yang lengkap dengan kemudahan dan bertaraf MSC. Cadangan pembangunan ini, bersebelahan dengan bangunan pejabat PDC di Bayan Baru dan melibatkan pembinaan satu (1) blok bangunan pejabat dengan keluasan bersih 80,000 kaki persegi dan dengan anggaran kos sebanyak RM20 juta. Pembangunan ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019.

(b) Antara cabaran/halangan yang mungkin dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai Penang 2030 terutamanya dalam bidang industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan (GBS) ialah:-

(i) Kekurangan penyertaan daripada “\global venture capital companies ataupun corporate investors dalam menyediakan ruang modal dana untuk startups berbanding dengan negara jiran, Singapura yang kebanyakannya adalah daripada global venture capital funds. Ini secara langsung menjejaskan usaha Kerajaan Negeri dalam memperkembangan industri ini di Pulau Pinang kerana kebanyakan startups masih bergantung kepada modal dana bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka;

(ii) Menangani kelemahan dalam keperluan sumber tenaga berkualiti untuk pembangunan industri ini ataupun ketersediaan tenaga bakat berkemahiran tinggi yang mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam memastikan industri berteknologi tinggi dapat dikembangkan di Pulau Pinang dan seterusnya mampu menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah; dan

(iii) Kesedaran masyarakat terhadap nilai, peranan dan potensi industri ini sebagai sumber pendapatan yang mampu menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan merupakan satu industri berpotensi besar yang mampu

Page 29: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

29

menjana pendapatan tinggi dan menjadikan ekonomi negeri Pulau Pinang lebih dinamik, berikutan kejayaan beberapa negara maju yang berjaya menjana ekonomi mereka melalui industri ini. Walau bagaimanapun, dengan kekuatan sumber yang dimiliki dan asas ekonomi yang teguh, Kerajaan Negeri tetap optimis segala halangan atau cabaran ini boleh di atasi dan gagasan Penang 2030 direalisasikan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sejauh manakah Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang 2017 dikuatkuasakan?

(a) Terangkan status terkini tentang perbadanan stadium dari segi pelan perniagaan dan implikasi kewangan Kerajaan Negeri.

(b) Senaraikan aset-aset yang akan dikendalikan oleh Perbadanan Stadium mengikut daerah, lokasi dan jangkaan hasil yang akan dikutip oleh kerajaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Enakmen Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017 telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017. Enakmen ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk memperbadankan stadium dan taman rekreasi di Pulau Pinang. Perbadanan ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 2019

(a) Kerajaan Negeri sedang dalam proses pelantikan Ketua Eksekutif bagi menganggotai Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah mengiklankan jawatan Ketua Eksekutif (CEO) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Sepanjang Masa (e2PSM). Pihak Berkuasa Melantik telah bersetuju dan memperakukan calon utama yang dipilih oleh Lembaga Temu Duga pada 17 April 2019 dan proses pelantikan sedang dilaksanakan oleh BPSM. Setelah Ketua Eksekutif dilantik, pegawai-pegawai lain akan turut dilantik bagi membolehkan perbadanan ini beroperasi sepenuhnya. Pelan Perniagaan akan dirancang secara strategik bersama pasukan pengurusan perbadanan yang dilantik dengan Kerajaan Negeri dalam membolehkan ia beroperasi secara mampan. Pada permulaan penubuhan, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM6.3 juta sebagai kos startup bagi membolehkan ia berfungsi dan menyelenggara stadium yang diambil alih.

(b) Senarai stadium dan kawasan lapang yang akan dikendalikan oleh Perbadanan Stadium masih belum dimuktamadkan lagi. Ia memerlukan perbincangan lanjut bersama Pihak Berkuasa Tempatan maka hasil yang akan dikutip oleh Kerajaan Negeri tidak dapat diukur buat masa ini. Walau bagaimanapun, senarai cadangan aset yang telah dikenal pasti untuk diambil alih oleh Perbadanan Stadium adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 22)

Page 30: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

30

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Terangkan status terkini tentang projek Kampung Tersusun Seri Manggis yang diusahakan oleh SPNB.

(a) Senaraikan unit rumah mengikut lot nombor, nama pemilik dan alamat pemilik.

(b) Apakah rancangan masa depan kerajaan terhadap tanah-tanah kosong yang terletak di Kampung Tersusun Seri Manggis?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Terdapat 48 unit rumah di Kampung Tersusun Seri Manggis yang diusahakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Status rumah-rumah tersebut sehingga 16 April 2019 adalah seperti berikut:

Bil Status Jumlah Unit Catatan

1. Telah diduduki. 21 Penyerahan kunci pada 3 Februari 2019.

2.

Telah siap dan permohonan CCC dalam tindakan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

23 -

3. Belum bina (Menunggu kelulusan SPNB)

2 -

4. Belum bina 2

Perlu selesaikan isu hak milik tanah terlebih dahulu. Akan dipertimbangkan semula sekiranya Program Rumah Mesra Rakyat diteruskan.

Jumlah 48

(a) Senarai unit rumah mengikut lot nombor, nama pemilik dan alamat pemilik adalah seperti di Lampiran A.

(b) Tanah-tanah kosong di Kampung Tersusun Seri Manggi diperuntukkan untuk pembinaan rumah oleh SPNB. Terdapat 4 unit kosong bagi rumah SPNB yang mana 2 unit masih menunggu kelulusan SPNB untuk pembinaan rumah manakala dua (2) unit lagi perlu diselesaikan isu hak milik tanah dan akan dipertimbangkan untuk pembinaan rumah sekiranya Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diteruskan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 23)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memasang CCTV di pasar-pasar awam di MBPP dan MPSP?

(a) Senaraikan bilangan laporan polis yang diperolehi mengikut pasar yang di bawah seliaan MPSP mengikut lokasi, bulan dan jenis jenayah sejak 2017.

Page 31: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

31

(b) Kenapa sehingga kini masih tiada pemasangan CCTV di pasar-pasar awam walaupun ada desakan daripada ADUN kawasan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Sehingga kini, rancangan untuk memasang Closed-Circuit Television (CCTV) di pasar-pasar awam milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah dipasang berdasarkan keperluan dan analisa risiko. Ini adalah kerana pemasangan CCTV secara berpusat memerlukan kos yang tinggi.

(a) Sejak tahun 2017, sebanyak lapan (8) laporan polis diperolehi daripada kejadian jenayah yang berlaku di pasar seliaan MPSP dan perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pihak MBPP kini dalam kajian untuk memasang CCTV di beberapa pasar awam yang diuruskan oleh pihak MBPP. Pada masa kini, Pasar Awam Bayan Baru, Pasar Chowrasta, Pasar Lebuh Campbell dan Pasar Awam Taman Tun Sardon telah dilengkapi dengan CCTV untuk memantau keadaan lalu lintas dan membanteras jenayah di kawasan tersebut. Bagi pasar-pasar yang lain, golongan penjaja telah mengambil inisiatif sendiri memasang CCTV bagi memantau keselamatan gerai penjaja.

Pihak MPSP masih tidak mempunyai perancangan untuk memasang CCTV dalam bangunan pasar awam MPSP kerana aspek keselamatan pasar awam adalah dikendalikan dengan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan. Berdasarkan kepada pemantauan dan rekod statistik jenayah yang berlaku dalam bangunan pasar awam MPSP, penggunaan perkhidmatan pengawal keselamatan dilihat masih lagi berkesan. Namun demikian, pemasangan CCTV telah dibuat di kawasan perkarangan pasar awam MPSP bagi memantau pergerakan kenderaan dan individu keluar masuk ke pasar awam MPSP. Lokasi pasar awam yang telah dipasang CCTV di kawasan perkarangan pasar awam adalah seperti berikut:

(i) Pasar Awam Taman Kota Permai

(ii) Pasar Awam Kampung Baru

(iii) Pasar Awam Taman Tasek Mutiara

(iv) Pasar Awam Bagan Ajam (dijangka siap dipasang pada Disember 2019)

(v) Pasar Awam Taman Chai Leng (dijangka siap dipasang pada Disember 2019)

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 24)

Page 32: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

32

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Terangkan status terkini tentang cadangan dan permohonan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk penyelenggaraan Sungai Junjong.

(a) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara sungai-sungai di Pulau Pinang selepas banjir besar pada November 2017?

(b) Senaraikan kegiatan-kegiatan lombongan pasir di sungai-sungai mengikut nama syarikat, lokasi dan jumlah hasil yang dikutip.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjong melalui senarai Projek RTB di bawah Peruntukan Persekutuan. Permohonan peruntukan bagi projek ini telah dikemukakan kepada JPS Malaysia dan akan diangkat kepada Kementerian Air Tenaga dan Sumber Asli (KATS) secara berperingkat mengikut keutamaan.

(a) Usaha yang diambil oleh JPS untuk menyelenggara kesemua sungai selepas banjir besar pada November 2017 adalah melalui pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalam sungai-sungai yang dikenalpasti dengan peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM3,900,000.00. Senarai terperinci projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Selain itu, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,598,000.00 untuk kerja kecemasan pengorekan semula sungai menggunakan peruntukan wang caruman perparitan. Perincian kerja-kerja yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan tersebut adalah seperti di Lampiran B.

(b) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) telah mengeluarkan Permit Pengeluaran Pasir 4B di bawah Seksyen 65, 71 Kanun Tanah Negara 1965 kepada Syarikat Pembinaan MASH pada 2 September 2018. Walau bagaimanapun, tiada operasi pengeluaran pasir sungai dijalankan di kawasan tersebut sehingga tempoh kelulusan tamat dan tiada apa-apa kutipan royalti yang dikutip. Siasatan di tapak mengesahkan tiada operasi pengeluaran pasir sungai dijalankan di kawasan tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 25)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Senaraikan program kerajaan dan peruntukan sejak 2017 sehingga kini yang bersasarkan kepada pemuda yang berumur 18 tahun ke 35 tahun khasnya dalam membantu mereka menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dalam kerjaya, keluarga dan perkembangan peribadi.

(a) Terangkan status terkini tentang Penang Youth Development Blueprint serta sejauh manakah ia dilaksanakan di setiap peringkat.

Page 33: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

33

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) telah melaksanakan pelbagai program bagi memperkasakan belia dalam menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dalam kerjaya, keluarga dan perkembangan peribadi. Antaranya Pinang Fiesta, Majlis Persidangan Mahasiswa Pulau Pinang & Forum Youth In Action, Bengkel "Jom Cari Kerja, Forum "Bertindaklah Anak Muda”, Forum Bandar Pintar Mahasiswa & Belia, Bengkel Kerjaya Belia, Kemahiran Asas VSEP (Vocational Skills Employment Program).

Bilangan dan kos program yang diuruskan oleh PYDC bagi tahun 2017 - 2018 adalah seperti berikut :

Tahun Bilangan Program Kos (RM)

2017 48 490,723.15

2018 61 421,552.53

Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang juga menganjurkan pelbagai program untuk pembangunan golongan belia di negeri ini. Bilangan dan kos bagi tahun 2017 - 2019 adalah seperti berikut :

Tahun Bilangan Program Kos (RM)

2017 3 129,935.00

2018 22 126,700.00

2019 9 58,400.00

(a) Oleh kerana sebelum ini, PYDC dalam proses penstrukturan semula, maka Penang Youth Development Blueprint akan dibentangkan oleh Penang Institute kepada semua Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) PYDC yang baru dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PYDC yang akan datang.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Senaraikan pusat kaunseling yang didaftarkan dengan kerajaan mengikut nama, lokasi dan bilangan kaunselor.

(a) Terangkan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pusat kaunseling tersebut.

(b) Cadangan 1 Pusat Khidmat ADUN 1 kaunselor amat perlu untuk menangani tekanan hidup yang kian berat, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu dan merealisasikan cadangan tersebut?

Page 34: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

34

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Setakat ini, tiada pusat kaunseling yang didaftarkan dengan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP). Walau bagaimanapun, JKMNPP ada menawarkan perkhidmatan kaunseling di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan institusi kebajikan seperti Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti di Pulau Pinang dengan khidmat kaunseling oleh 6 orang Pegawai Psikologi dan 3 orang Penolong Pegawai Psikologi.

(b) Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan satu Pusat Khidmat ADUN satu kaunselor. Walau bagaimanapun, JKMNPP telah melaksanakan inisiatif mendaftarkan kaunselor sukarelawan dalam kalangan kaunselor-kaunselor yang mempunyai kelayakan profesional dalam bidang kaunseling dan psikologi di Negeri Pulau Pinang bagi membantu jabatan menangani kes-kes yang mengalami tekanan hidup. Sehingga kini, JKMNPP telah berjaya mengumpul 20 orang kaunselor sukarelawan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Terangkan status terkini tentang bantuan kewangan RM3 juta Kerajaan Negeri kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan untuk tahun 2019.

(a) Nyatakan prosedur dan proses kelulusan permohonan bantuan kewangan tersebut dibuat.

(b) Senaraikan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan mengikut daerah serta peruntukan tahunan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2018 & 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Status terkini tentang bantuan kewangan RM3 juta Kerajaan Negeri kepada sekolah bantuan penuh kerajaan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) adalah di peringkat penilaian dan kelulusan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

(a) Prosedur dan proses kelulusan permohonan bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD);

(ii) PPD akan menyelaras permohonan di peringkat daerah dan mengemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP);

(iii) JPNPP akan menilai permohonan yang dibuat dan memberi keutamaan kepada permohonan yang melibatkan keselamatan dan pembelajaran dan pengajaran (PdP);

(iv) JPNPP akan mengangkat permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Menteri II untuk kelulusan permohonan; dan

Page 35: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

35

(v) Peruntukan akan disalurkan ke dalam akaun sekolah secara outright grant.

Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan bantuan sebanyak RM20,000.00 sahaja bagi setiap sekolah. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh menggunakan budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.00.

Sebanyak 170 sekolah dijangka akan menerima peruntukan tersebut selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan pada tahun 2019.

(b) Statistik SK dan SMK mengikut daerah adalah seperti jadual di bawah :

Bil Jenis Sekolah Seberang

Perai Utara

Seberang Perai

Tengah

Seberang Perai

Selatan Timur Laut Barat Daya Jumlah

1 SK 38 28 20 13 21 120

2 SMK 19 22 13 17 9 80

JUMLAH 57 50 33 30 30 200

Peruntukan yang diterima oleh JPNPP bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 dan 2019 mengikut daerah adalah seperti di jadual berikut:

BIL DAERAH

PERUNTUKAN 2018

(RM)

PERUNTUKAN 2019

(RM)

1 SEBERANG PERAI UTARA 2,981,300.00 495,000.00

2 SEBERANG PERAI TENGAH 2,729,100.00 930,000.00

3 SEBERANG PERAI SELATAN 1,891,800.00 300,000.00

4 TIMUR LAUT 2,305,079.00 380,000.00

5 BARAT DAYA 1,722,000.00 420,000.00

JUMLAH PERUNTUKAN 11,629,279.00 2,525,000.00

Page 36: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

36

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berapa unit rumah mampu milik (kerajaan dan swasta) yang siap bina tetapi tidak terjual (overhang) di Pulau Pinang?

(a) Nyatakan mengikut nama projek, kategori rumah mampu milik, tarikh siap bina, jumlah unit dibina dan unit rumah tidak terjual.

(b) Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam pembinaan rumah mampu milik pada masa akan datang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertangggungjawab dalam membekalkan senarai nama pemohon yang layak bagi setiap pemajuan rumah mampu milik A, B dan C samada yang dibina oleh kerajaan mahupun swasta. Sesuatu perumahan di kategorikan sebagai overhang apabila ianya tidak dapat dijual melebihi sembilan (9) bulan dari tarikh Perakuan Siap dan Pematuhan. Berdasarkan rekod projek aktif, masih terdapat sebanyak 117 unit yang terdiri dari 50 unit RMM A, dua (2) unit RMM B dan 65 unit RMM C yang dikategorikan overhang.

Senarai unit perumahan terlibat adalah seperti di Lampiran A. Berdasarkan Lampiran A, didapati tiada unit overhang di Daerah Timur Laut dan unit berbaki dilaporkan di Daerah Barat Daya adalah kecil. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri merancang untuk menggalakkan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan pulau termasuk mengkaji untuk meningkatkan densiti, pembaharuan semula bandar dan juga konsep baru pemilikan perumahan yang lebih mampan berbanding kaedah sedia ada.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 29)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Permintaan fibre-lisation semakin meningkat khasnya dalam usaha menyiapkan Negeri Pulau Pinang sebagai satu negeri pintar.

(a) Senaraikan taman-taman perumahan di KADUN Machang Bubuk berdasarkan sama ada perkhidmatan jalur lebar atau tidak serta sebab-sebab tiada fibre.

(b) Jika tiada, sila nyatakan rancangan dan bilakah ia akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan kelajuan internet di kawasan perumahan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Sejumlah 34 buah taman perumahan di KADUN Machang Bubuk mempunyai rangkaian fiber dan ianya adalah seperti di Lampiran A.

(b) Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak TM, 31.5% perkhidmatan jalur lebar telah disediakan di KADUN Machang Bubuk dengan pemasangan sebanyak 5,224 port Unifi dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,645 port sahaja telah digunakan. Pihak TM komited untuk memasang lagi tambahan port di mana-mana taman di seluruh kawasan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 30)

Page 37: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

37

II. Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Nyatakan

(a) Jumlah fi di dalam mahkamah (Seksyen 5, Bahagian III, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan) yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada 2016, 2017 & 2018?

(b) Jumlah denda di dalam mahkamah (Seksyen 12, Bahagian III, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan) yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri dari 2013 sehingga 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Fi di dalam mahkamah (Seksyen 5, Bahagian III, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan) yang diterima oleh Kerajaan Negeri adalah melalui Jabatan Kehakiman Syariah dan jumlah Fi yang diterima bagi tahun tahun 2016 adalah sebanyak RM103,371.60, bagi tahun 2017 sebanyak RM98,392.50 dan bagi tahun 2018 sebanyak RM105,363.60. Butiran Fi yang diterima adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah keseluruhan denda dan perlucuthakkan di dalam mahkamah (Seksyen 12, Bahagian III, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan) yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah dari tahun 2013 sehingga 2018 adalah berjumlah RM10,317,953.09. Butiran terimaan mengikut tahun adalah seperti diLampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 1)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Depot petroleum yang terletak di kawasan Bagan Dalam (Jalan Pantai) yang berdekatan dengan kawasan kediaman dan infrastruktur awam seperti Penang Sentral akan mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan dan kesihatan awam, jika berlaku kebakaran.

(a) Apakah tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan depot petroleum ini dari kawasan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak ada rancangan untuk mengeluarkan depot petroleum Bagan Dalam (Jalan Pantai) oleh kerana pembinaannya telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Semasa MPSP meluluskan permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan oleh Penang Sentral, semua aspek telah diambilkira dan dipatuhi oleh pemaju. Pemantauan aspek keselamatan akan dibuat secara berterusan oleh agensi teknikal berkenaan.

Page 38: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

38

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Nyatakan jumlah kes pencerobohan tanah bakau di seluruh Negeri Pulau Pinang.

(a) Perincikan tindakan yang telah diambil terhadap pencerobohan tanah bakau dari tahun 2013 sehingga 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Negeri Pulau Pinang mempunyai HItan Paya Laut seluas 381.04 hektar yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Hutan Paya laut ini terletak di Hutan Simpan Byram, dan di sebahagain Hutan Simpan Balik Pulau. Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri PUlau Pinang, tiada inseden kes pencerobohan dalam bentuk penerokaan tanah hutan paya laut yang direkodkan dari tahun 2013 hingga 2019 berlaku di dalam Hutan Simpan Kekal.

Walau bagaimanapun terdapat dua (2) insiden kesalahan hutan yang direkodkan iaitu kes mengambil kayu bakau secara haram dan kes pelebaran kola mudang di tanah persendirian yang memasuki sempadan Hutan Simpanan Kekal. Semua kes telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Butiran maklumat insiden kesalahan hutan asdalah seperti di Lampiran A.

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang juga menerima kaporan tentang pencerobohan tanah bakau yang berlaku di luar Hutan Simpanan Kekal iaitu yang berlaku di Tanah Kerajaan dan Tanah Milik. Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2013 sehingga April 2019, sebanyak empat (40 kes laporan pencerobohan atau kenerokaan tanah bakau telah direkodkan. Butiran maklumat laporan pencerobohan atau penerokaan tanah bakau di luar Hutan Simpanan Kekal adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 3)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Penang Skills Development University, selaras dengan status Pulau Pinang sebagai negeri maju?

(a) Penubuhan universiti kemahiran pertama di Malaysia akan menjadikan Pulau Pinang, Skills Excellence State, apakah pandangan Kerajaan Negeri?

(b) Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam Penang Skills Development Centre?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sehingga kini Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan Penang Skills Development University.

(a) Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) yang beroperasi berdasarkan model kerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional dan syarikat tempatan dalam menyediakan latihan-latihan dan kursus-kursus yang bersesuaian. Sejak penubuhannya pada tahun 1989, PSDC telah berjaya menyediakan pelbagai kursus dan latihan yang relevan dengan industri. Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membuat

Page 39: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

39

sebarang perubahan dalam masa terdekat dan akan mengekalkan model operasi yang sedia ada.

(b) Peranan Kerajaan Negeri dalam PSDC adalah seperti berikut:

(i) Menjadi wakil dalam Majlis Pengurusan PSDC yang berfungsi dalam menetapkan hala tuju strategik dan memberi nasihat untuk membolehkan PSDC menyokong dan memenuhi keperluan sumber manusia dalam sektor industri dan perniagaan di Malaysia; dan

(ii) Memberi penajaan kepada PSDC bagi melaksanakan program German Dual Vocational Training (GDVT) yang dibangunkan menerusi kolaborasi PSDC dengan German-Malaysian Institute (GMI). Kerajaan Negeri pada tahun 2015, telah menandatangani perjanjian penajaan RM2 juta dengan PSDC bagi membiayai program GDVT di mana Kerajaan Negeri membiayai RM3,000 bagi setiap pelatih peringkat Diploma Kemahiran dan tambahan RM1,000 bagi setiap pelatih peringkat Diploma Kemahiran Lanjutan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Ketelusan proses perolehan di Pihak Berkuasa Tempatan (MPSP, MBPP) masih dipertikai.

(a) Adakah kenyataan kewangan pihak yang masuk tender disahihkan secara bebas dengan pihak bank?

(b) Kenapakah jabatan dalaman PBT masih diberikan ruang untuk mengesyorkan sesuatu syarikat dalam proses perolehan, walaupun ia membuka ruang untuk unsur rasuah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Penyata kewangan syarikat perlu disahkan oleh pihak bank masing-masing sebelum menyertai tender yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini adalah bagi mengesahkan penyata kewangan baru yang dikemukakan adalah benar dan tepat.

(b) Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 2.1, perakuan kepada Lembaga Perolehan hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan berdasarkan kepada Laporan Penilaian Tender. Selain itu, Pekeliling Perbendaharaan turut menyebut bahawa urusetia yang menguruskan tender sesuatu Agensi hendaklah menyediakan Kertas Taklimat Tender untuk pertimbangan Lembaga Perolehan Agensi.

Perakuan kepada Lembaga Perolehan hendaklah berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi harga dan kualiti mengikut keperluan agensi dan hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip perolehan dan dasar-dasar semasa Kerajaan. Perakuan tersebut juga hendaklah menyatakan dengan khusus tawaran petender yang dicadangkan untuk dipertimbangkan. Namun begitu walaupun terdapat syor dari jabatan, Lembaga Perolehan adalah bebas untuk membuat pertimbangan dan keputusan dalam perolehan berkenaan tanpa terikat kepada ulasan atau perakuan ketua jabatan berdasarkan asas dan fakta yang perlu direkod terhadap keputusan yang dibuat.

Page 40: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

40

Penggunaan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia sebagai rujukan bagi setiap proses perolehan adalah bertujuan untuk memastikan semua perolehan Kerajaan diuruskan secara teratur bagi menjamin ketelusan serta ‘value for money’.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Adakah Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membangunkan Butterworth Arts District di Butterworth, untuk merancakkan aktiviti kesenian di sebelah Seberang Perai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan bekerjasam dengan Think City untuk membangunkan Butterowrth Art District di Butterworth. MPSP menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000.00 setahun bagi mempromosikan kawasan Butterworth melalui penganjuran pelbagai program/aktiviti. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000.00 bagi pelaksanaan lukisan kolam di Jalan Jeti Lama.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui pejabat Tourism Development, Arts, Culture and Heritage (PETACH) mempunyai perancangan untuk mendirikan sebuah Pusat CreativeButterworth di tapak bangunan terbiar bagi tujuan membangunkan sektor kesenian dan platform untuk merangsang perkembangan kreativiti di Pulau Pinang. Tapak untuk projek ini yang telah dicadangkan di bangunan lama Pejabat MPSP dan memerlukan kajian kemungkinan (feasibility study) dan kelulusan MPSP.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah perkembangan projek pembangunan yang dirancang di atas tanah Kampung Ujong Batu di kawasan Bagan Dalam?

(a) Bilakah pembinaan projek perumahan untuk menempatkan penduduk Kampung Ujong Batu akan bermula dan dijangka siap?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah meminta Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk menguruskan proses tender pemajuan tanah Kerajaan di Ujung Batu seluas 13.235 ekar, Seksyen 4, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara secara penswastaan atau Request For Proposal (RFP). Syarat utama pemajuan meliputi penyediaan RMM A di sebahagian lot ini seluas 3 ekar sebagai gantian kepada setiap keluarga. Rancangan pembinaan asal RMM A sebanyak enam ratus (600) unit termasuk yang akan dijual kepada senarai menunggu sediada. Tawaran RFP telah dibuka pada 2 September 2014, di mana sebanyak tiga (3) buah syarikat telah mengemukakan cadangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 23 April 2015 telah meluluskan pelantikan penender yang berjaya. Walau bagaimanapun, penender tersebut telah menarik diri.

PDC pada masa ini sedang dalam proses menender semula projek pembinaan RMM A yang dikaji semula kepada 450 unit dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM71.5 juta. Dalam masa yang sama, terdapat pemajuan RMM A sebanyak 439 unit di Lot 1578, Seksyen 4 Jalan Assumption yang terletak berhampiran dengan lokasi penempatan penduduk Ujung Batu. Mengambil kira keperluan penempatan setinggan

Page 41: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

41

pemaju sendiri sebanyak 80 unit, baki unit sebanyak 359 unit boleh dibeli bagi tujuan penempatan penduduk Ujung Batu. Sepanjang pembinaan projek, keperluan memindahkan penduduk boleh ditangguhkan dan ia boleh mengelakkan kesan sosial. Alternatif ini masih dalam peringkat kajian, dengan mengambil kira jumlah keluarga induk dan kembangan yang perlu diagihkan unit.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. MESTECC telah mengumumkan bahawa tiada EIA akan dibenarkan untuk kawasan Ramsar di seluruh negara.

(a) Kawasan paya bakau di sepanjang persisiran pantai Penaga - Teluk Air Tawar dikenal pasti sebagai kawasan eko-sensitif yang berupaya menjadi Tapak Ramsar. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan perancangannya untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Industri Akuakultur?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri sememangnya memberi penekanan terhadap pembangunan lestari atau sustainable developmenttermasuklah dalam memelihara kawasan Ramsar. Untuk makluman, Ramsar bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Konvensyen antarabangsa mengenai tanah lembap ini telah ditandatangani di Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971 dan mula berkuat kuasa pada 21 Disember 1975. Ia menyediakan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi penggunaan lestari dan pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya.

Setakat ini Konvensyen RAMSAR dianggotai oleh 154 Negara melibatkan 1,641 kawasan tanah lembap seluas 146 juta hektar yang dikenal pasti untuk disenaraikan sebagai tanah lembap RAMSAR.

Malaysia kini mempunyai enam (6) tapak Ramsar iaitu:

(i) Tasek Bera, Pahang;

(ii) Pulau Kukup, Johor;

(iii) Tanjung Piai, Johor;

(iv) Sungai Pulai, Johor;

(v) Kuching Wetlands National Park, Sarawak; dan

(vi) Lower Kinabatangan-Segama Wetlands; Sabah.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 28 Mac 2019 telah mengumumkan bahawa kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) tidak akan dipertimbangkan lagi pada masa depan untuk kesemua Tapak Ramsar di Malaysia.

Justeru itu, ketetapan ini tidak terpakai kepada kawasan Zon Industri Akuakultur Penaga (ZIA Penaga) memandangkan ianya tidak tersenarai sebagai tapak Ramsar yang terdapat di Malaysia.

Page 42: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

42

Berhubung dengan rancangan untuk meneruskan pembangunan ZIA Penaga, permohonan perlingkungan semula kawasan tersebut daripada Zon Hutan (Paya Bakau) kepada Zon Pertanian (Akuakultur) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.6/2014 yang diadakan pada 30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014. Kerajaan Negeri melalui Majis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melaksanakan kajian EIA-Jadual 2 sepertimana disyorkan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya sebelum memutuskan sama ada projek ZIA ini akan diteruskan atau sebaliknya.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sila perincikan tindakan (kawasan, kesalahan, tindakan, hukuman) yang telah diambil terhadap individu, syarikat yang terlibat dalam pencemaran air dan udara dari tahun 2013 sehingga 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Sehubungan itu, setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh JAS adalah berlandaskan kepada peruntukan Akta tersebut.

Antara kesalahan pencemaran air dan udara di bawah Akta 127 dan Peraturan-peraturan di bawahnya yang sering dilakukan adalah seperti berikut:-

(a) Seksyen 16 : Pelanggaran Syarat Lesen; (b) Seksyen 25(1) : Pencemaran Perairan Daratan; (c) Seksyen 22(1) : Pencemaran Udara; (d) Seksyen 29A : Pembakaran Terbuka; (e) Seksyen 34A(7) : Melanggar Syarat Kelulusan EIA; (f) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009; (g) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014; (h) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada

Enjin Diesel) 1996; dan

(i) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996.

Jenis tindakan yang dikenakan atas kegagalan mematuhi Akta 127 adalah meliputi tawaran kompaun, notis arahan dan tindakan mahkamah.

Perincian tindakan yang telah diambil terhadap pencemaran air dan udara dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti diLampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sila perincikan jumlah pengeluaran industri pertanian Pulau Pinang sepanjang tahun 2018.

(a) Sila perincikan jumlah eksport industri tani, berasaskan tani dari tahun 2015 sehingga 2018. b) Adakah Kerajaan Negeri menggalakkan para pengusaha kelapa sawit untuk menceburi industri pertanian untuk menjadikan industri tani sebagai alternatif untuk kelapa sawit?

Page 43: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

43

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sektor pertanian dan industri asas tani merupakan sektor yang sangat penting di negeri ini. Pada tahun 2018, jumlah pengeluaran hasil industri pertanian di Negeri Pulau Pinang adalah berjumlah 106,792.22 tan metrik seperti perincian berikut:

KATEGORI TANAMAN PENGELUARAN

(tan metrik)

Florikultur 0.41

Herba Dan Rempah Ratus 242.80

Padi 76,216.22

Sayur-sayuran 10,712.43

Tanaman Buah-buahan 18,236.83

Tanaman Industri 264.28

Tanaman Ladang/Tanaman Kontan 1,056.25

JUMLAH 106,729.22

(a) Sektor pertanian dan industri asas tani merangkumi tanaman, ternakan dan perikanan. Maklumat perdagangan import dan eksport bagi produk pertanian dikumpul di setiap pintu masuk negara yang dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sama ada melalui pintu laut, darat dan udara dan bukan mengikut negeri. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, perincian eksport pertanian Malaysia bagi tahun 2015 sehingga 2018 adalah seperti berikut:

Jabatan Perangkaan Malaysia turut mengambil kira sumbangan kayu gergaji dan pengacuan, getah asli dan kayu balak dalam kiraan nilai eksport pertanian Malaysia.

SUBSEKTOR

TAHUN

(RM JUTA)

2015 2016 2017 2018

Minyak Sawit dan Hasil Keluaran Minyak Kelapa Sawit

45,720 48,370 54,023 44,703

Kayu Gergaji & Pengacuan 4,001 4,212 4,738 4,530

Getah Asli 4,025 3,614 4,726 3,774

Minyak Sayur-sayuran Lain 2,403 2,525 2,600 2,526

Makanan Laut, Segar, Sejuk atau Beku 1,781 1,914 1,931 1,906

Kayu Balak 2,020 1,611 1,411 926

Pertanian Lain 7,299 8,178 8,644 8,640

JUMLAH 67,249 70,424 78,073 67,005

Page 44: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

44

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang galakan untuk pengusaha tanaman kelapa sawit menukar tanaman tersebut kepada tanaman makanan yang lain. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang menggalakkan pengusaha kelapa sawit menjalankan integrasi dengan ternakan bagi ladang kelapa sawit yang telah berumur tiga (3) tahun ke atas. Bagi ladang yang baharu, pengusaha digalakkan menanam tanaman selingan lain seperti tanaman kontan. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga sentiasa terbuka untuk memberikan khidmat nasihat teknikal dan agronomi yang berkaitan jika diperlukan oleh pengusaha kelapa sawit.

III. Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri menyediakan Tabung Bantuan Bencana TYT semasa kebakaran atau taufan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri masih lagi menetapkan bantuan bencana ini mengikut kadar seperti sedia ada?

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberi bantuan bencana mengikut dengan menetapkan kadar bayaran minima sekiranya kerosakan harta benda yang sedikit?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Tabung Bantuan Bencana Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) Negeri Pulau Pinang diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana ribut

dan kebakaran.

(a) Kerajaan Negeri masih lagi manyalurkan bantuan mengikut kadar sedia ada iaitu:

(i) Pegawai Daerah boleh menyalurkan bantuan serta merta kepada mangsa-mangsa tidak melebihi RM1,000.00 bagi satu-satu keluarga di peringkat daerah dan bantuan yang melebihi RM1,000.00 akan dibayar oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; dan

(ii) Kadar bantuan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kecil adalah ditetapkan pada kadar 10% daripada jumlah kerugian bagi kerosakan rumah dan 10% bagi kerosakan peralatan rumah kepada penyewa sekiranya rumah berkenaan disewakan tertakluk kepada had maksima RM5,000.00.

(b) Kerajaan Negeri tidak bercadang menetapkan kadar bayaran minima melainkan mengguna pakai kadar sedia ada iaitu 10% daripada taksiran jumlah kerugian yang dialami akibat bencana berkaitan dengan jumlah maksimum RM5,000.00

Page 45: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

45

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Adakah kerajaan akan menetapkan kepada semua agensi kerajaan seperti JKM dan Pejabat Daerah (AES) supaya dapat menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) diselaraskan kerana ada perbezaan antara agensi kerajaan berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri telah meneliti dan bersetuju secara dasarnya untuk menyeragamkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Perkapita berdasarkan PGK dan Perkapita Nasional iaitu RM960 untuk PGK dan RM260 bagi perkapita.

Bagi tujuan penyeragaman tersebut, jawatankuasa ini telah mengadakan bengkel Dasar Kemiskinan Negeri Pulau Pinang pada 27 Mac 2019 di Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM) untuk meneliti perkara berikut:-

(a) Penyeragamaan PGK dan perkapita berdasarkan kadar nasional;

(b) Penyelarasan data AES dan eKasih; dan

(c) Mengkaji keperluan meneruskan program AES memandangkan Bantuan Am Negeri JKM turut menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Adakah MPSP akan tanam semula pokok-pokok yang telah ditebang oleh MPSP di kawasan perumahan atau taman-taman?

(a) Sekiranya ada, sila kemukakan semua taman yang telah ditanam semula dengan bilangan pokok dan jenis pokok yang ditanam.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melaksanakan penebangan ke atas pokok-pokok yang berisiko atau pokok yang mati di kawasan perumahan atau taman. Namun pada ketika ini, MPSP tidak melaksanakan penanaman semula bagi pokok-pokok yang telah ditebang dalam kawasan perumahan atau taman kerana:

(i) Boleh merosakkan paip utiliti sedia ada;

(ii) Kawasan penanaman terhad;

(iii) Kos membuang tunggul/akar pokok dan pembaikan kemudahan awam (bahu jalan/parit/jalan) adalah tinggi; dan

(iv) Mengelak masalah yang sama berulang.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Persimpangan Jalan Bukit Panchor dan Jalan Permai, Nibong Tebal setiap hari terutama pada waktu puncak kesesakan semakin teruk dan selalu berlaku kemalangan.

(a) Adakah JKR bercadang untuk membina lampu isyarat?

Page 46: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

46

(b) Sekiranya PKM telah lulus di MPSP, adakah JKR berhak meminta projek JKP bersebelahan untuk menambah lampu isyarat atas isu keselamatan jalanraya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Jabatan Kerja Raya (JKR) bercadang untuk melaksanakan bancian trafik bagi menentukan keperluan memasang lampu isyarat di persimpangan Jalan Bukit Panchor dan Jalan Permai Nibong Tebal. Selanjutnya hasil kajian tentang keperluan pemasangan lampu trafik di kawasan ini akan disyorkan kepada Jawatankuasa MMK Lalulintas untuk pertimbangan.

(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengeluarkan syarat Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak pemaju JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) pada tahun 2016 mengikut kajian trafik pada masa tersebut dan disyaratkan untuk memasang lampu isyarat di hadapan kawasan pemajuannya kerana bilangan unit untuk kemajuan JKPSB tidak significant untuk disyaratkan Traffic Impact Assessment (TIA). Memandangkan projek JKPSB telah melalui proses KM dan diluluskan, pihak JKR tidak boleh mensyaratkan projek JKPSB untuk menambah lampu isyarat. Namun, pihak JKR akan melaksanakan kajian trafik untuk mengesyorkan penambahbaikan yang sewajarnya kepada Jawatankuasa MMK Lalulintas.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kontraktor MPSP bagi pembersihan semakin teruk di seluruh Seberang Perai.

(a) Adakah MPSP menetapkan bilangan pekerja minima untuk setiap kontraktor MARRIS di setiap kawasan?

(b) Adakah MPSP akan membuat penyelarasan semula berkaitan kawasan-kawasan pembersihan oleh pihak MPSP dan pihak kontraktor yang dilantik.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sememangnya terdapat peningkatan aduan yang diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi kawasan-kawasan yang diselenggarakan oleh pihak kontraktor berbanding yang dilakukan sendiri oleh pihak MPSP.

(a) Bilangan minimum pekerja setiap kontraktor pembersihan MARRIS ditentukan berdasarkan kepada spesifikasi kerja dan skop kerja yang perlu di jalankan di sesebuah kawasan yang akan dikontrakkan.

(b) Langkah-langkah penambahbaikan serta penyelarasan kontrak di kawasan yang telah dikontrakkan kepada kontraktor Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) adalah seperti berikut;

(i) Menamatkan kontrak kontraktor MARRIS yang gagal mencapai tahap pembersihan yang memuaskan seperti yang ditetapkan oleh MPSP;

(ii) Mengecilkan kawasan kontrak supaya kontraktor boleh memberi perkhidmatan pembersihan yang lebih fokus dan berkualiti kepada kawasan tersebut. Pada ketika ini MPSP telah memecahkan sempadan 9 kawasan pembersihan kontrak yang mengikut sempadan Ahli Parlimen dan menyusun semula kawasan pembersihan tersebut kepada 21 kawasan pembersihan yang mengikut sempadan DUN;

Page 47: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

47

(iii) Menambahkan kekerapan jadual kerja pembersihan di kawasan-kawasan utama; dan

(iv) Mengambil tindakan tegas seperti penamatan kontrak akan diambil terhadap kontraktor yang gagal menunjukkan prestasi yang baik mengikut sistem demerit dalam kontrak.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sila nyatakan jumlah keluasan tanah (hektar) telah diambil oleh PDC dan Kerajaan Negeri di Kawasan DUN Jawi berhampiran Byram dan Changkat.

(a) Apakah perancangan yang akan dirancang oleh PDC dan Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jumlah keluasan tanah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi keperluan Penang Development Centre (PDC) di Kawasan DUN Jawi berhampiran Byram dan Changkat adalah seluas 316.76 hektar (782.74 ekar). Pengambilan balik tanah tersebut bertujuan untuk pembangunan perindustrian dan bercampur bagi memenuhi permintaan pelabur dan menampung keperluan tanah industri di Batu Kawan yang semakin terhad.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kawasan Batu Kawan merupakan satu tapak perindustrian yang dimajukan oleh PDC.

(a) Adakah PDC menetapkan tapak untuk RIBI? Sekiranya ada sila nyatakan setiap lot nombornya.

(b) Sila nyatakan setiap nombor lot dan keluasan tanah yang masih belum dijual oleh PDC.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Bagi kawasan pembangunan Penang Development Corporation (PDC) di Batu kawan, PDC memperuntukkan tanah seluas 50 ekar untuk tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang akan disediakan secara berperingkat. Setakat ini, tanah seluas 5.181 ekar telah dikenal pasti yang mana permohonan pemberian milik telah dikemukakan ke Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) bagi tanah seluas 2.952 ekar. Manakala bagi baki tanah seluas 2.229 ekar, permohonan pemberian milik akan dikemukakan setelah konfigurasi tanah dimuktamadkan. Memandangkan hak milik bagi mana-mana tanah RIBI berkenaan belum dikeluarkan, maka tiada nombor lot dapat dinyatakan pada ketika ini.

(b) Setakat 15 April 2019, sebanyak 400 ekar tanah industri yang belum dijual atau masih dalam proses penawaran. Suratan Hakmilik Tanah hanya akan diperoleh daripada Pejabat Tanah dan Galian setelah permohonan dikemukakan apabila sesebuah tanah industri dijual kepada pihak pelabur. Oleh yang demikian, tanah-tanah PDC yang belum dijual tidak mempunyai nombor lot.

Page 48: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

48

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Merujuk sumber daripada JAS, 8 batang sungai di Pulau Pinang antara 51 batang sungai tercemar di Malaysia.

(a) Bolehkah Negeri Pulau Pinang menentukan satu KPI atau sasaran untuk menjadikan sebatang sungai yang paling tercemar kepada sungai rekreasi yang paling cantik dan bersih dalam visi Penang2030?

(b) Sila nyatakan kaedahnya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Penang2030 – A Family-focused Green and Smart State that Inspires the Nation mensasarkan untuk memacu Pulau Pinang sebagai negeri hijau, maju dan bersih menjelang tahun 2030. Selaras dengan matlamat Penang2030 melalui inisiatif strategic Continue to Improve Public Safety and Cleanliness di bawah tema Increase Liveability to Enhance Quality of Life, Kerajaan Negeri sememangnya menyasarkan untuk meningkatkan tahap kebersihan termasuk memperbaiki kualiti sungai-sungai yang terdapat di Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, cadangan untuk menetapkan Key Performance Index (KPI) bagi memulihkan satu (1) sungai tercemar menjadi sungai tercantik boleh dipertimbangkan pelaksanaannya sebagai sebahagian dari visi Penang2030.

(b) Kaedah bagi pemulihan sungai tercemar di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan berikut:-

(i) Memperkasakan fungsi jawatankuasa Task Force Pencemaran Sungai & Laut di peringkat negeri dengan kerjasama pihak Persekutuan bagi merancang dan menetapkan sasaran serta hala tuju bagi menangani masalah sungai tercemar;

(ii) Sungai yang tercemar dijadikan sebagai sungai angkat dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti setempat bagi mewujudkan ownership dikalangan masyarakat;

(iii) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan sungai dan pantai mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh JPS seperti berikut:-

(a) Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

(b) Erosion dan Sediment Control Plan (ESCP);

(c) Garis panduan pembangunan berhadapan sungai; dan

(d) Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP)

(iv) Pemantauan secara berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

Page 49: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

49

(v) Mengenakan syarat-syarat pelesenan oleh PBT kepada pengusaha perniagaan supaya mematuhi ketetapan untuk pemasangan perangkap minyak, menyediakan kolam takungan, loji rawatan air dan melaksanakan persampelan air buangan setiap setengah tahun bagi tujuan pemantauan;

(vi) Memastikan setiap permohonan pembangunan berkaitan sungai yang diterima mengikut garis panduan dan undang- undang yang tertakluk di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS);

(vii) Mengenakan had standard yang lebih ketat bagi pelepasan kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009;

(viii) Memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa competent person yang ditauliah oleh JAS an telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-masing;

(ix) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan; dan

(x) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada pihak industri dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk peraturan-peraturan di bawahnya.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan eko-pelancongan di Seberang Perai?

(a) Berapakah peruntukan telah disalurkan kepada sektor eko-pelancongan yang telah dibelanjakan pada tahun 2016, 2017 dan 2018?

(b) Sila nyatakan program dan pembelajaran untuk program eko-pelancongan pada tahun 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan eko-pelancongan di Seberang Perai adalah seperti berikut:-

(i) Mengenal pasti tempat-tempat baharu yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan eko-pelancongan;

(ii) Mempertingkatkan infrastruktur serta menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pelancong di samping melaksanakan penyelenggaraan berterusan bagi infrastruktur sedia ada;

Page 50: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

50

(iii) Menggiatkan promosi bagi kawasan dan tarikan eko-pelancongan sedia ada melalui pameran pelancongan, edaran risalah dan penyediaan dokumentari pelancongan;

(iv) Meningkatkan program dan acara berasaskan pelancongan di Seberang Perai;

(v) Memberi tumpuan kepada aktiviti birdwatching di kawasan yang menjadi lokasi persinggahan burung-burung hijrah dan juga burung spesies tempatan; dan

(vi) Memperhalus rancangan pembangunan pelancongan secara strategik melalui Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang, antaranya melalui ecotourism trail untuk menghubungkan tapak-tapak eko-pelancongan di bahagian pulau dan Seberang Perai.

(a) Peruntukan dan perbelanjaan bagi sektor eko-pelancongan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:

(b) Program dan pembelajaran berkaitan eko-pelancongan pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

(i) Program Seberang Perai International Conference on Ecotourism and Conservation Efforts (SPICEC 2018) pada 8 dan 9 Oktober 2018 yang telah mengumpulkan pakar-pakar alam sekitar bagi membincangkan isu ecotourism di samping mempromosikannya di peringkat antarabangsa;

(ii) Program Forest Bathing yang dijalankan di taman rekreasi dan hutan lipur bagi mempromosikan aktiviti ecotourism dan gaya hidup sihat;

(iii) Kempen penanaman pokok sebagai medium pembelajaran terhadap alam sekitar dan memupuk rasa cinta kepada hutan dan alam sekitar yang menjadi teras kepada aset eko-pelancongan;

(iv) Pembekalan anak pokok kepada sekolah dan syarikat swasta bagi menjayakan program atau kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan;

(v) Penyediaan khidmat jurupandu yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk membawa pelancong meneroka hutan lipur serta mengenali flora, fauna dan bidang perhutanan lain; dan

(vi) Muzium Perhutanan yang terletak di Taman Rimba Teluk Bahang memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran bagi program-program lawatan sekolah dan juga persendirian.

Bil. Tahun Peruntukan

(RM) Perbelanjaan

(RM)

1. 2016 617,746.54 617,746.54

2. 2017 339,606.24 339,606.24

3. 2018 958,750.00 896,720.68

Jumlah (RM) 1,916,102.78 1,854,073.46

Page 51: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

51

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sila nyatakan berapa buah kilang di Negeri Pulau Pinang telah diambil tindakan dan berapa buah kilang digantung lesen kerana beroperasi secara haram atau mencemar alam sekitar pada tahun 2018 dan 2017.

(a) Adakah kilang yang digantung lesen itu masih beroperasi? Sila nyatakan nama kilang.

(b) Apakah kaedah proaktif diambil oleh PBT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Tindakan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram atau mencemarkan alam sekitar adalah melalui kenaan kompaun berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Statistik kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT dan JAS pada tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:-

Sebanyak tujuh (7) kilang telah diambil tindakan pembatalan lesen perniagaan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan satu (1) kilang telah digantung lesen operasi selama sebulan oleh JAS bagi tahun 2017 dan 2018.

(a) Pemantauan mendapati sebanyak empat (4) daripada tujuh (7) kilang yang telah diambil tindakan pembatalan lesen perniagaan oleh MPSP masih lagi beroperasi. Senarai kilang-kilang tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Bee Guan Rice Mill; (ii) Arch Wood Protection (M) Sdn Bhd; (iii) Wei Song Canvas Trading Sdn Bhd;dan (iv) Eng Joo Logistics Sdn Bhd

Pada masa ini, tindakan perundangan sedang dilaksanakan oleh MPSP ke atas empat (4) kilang tersebut.

(b) Langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan oleh PBT dalam mengatasi isu kilang yang beroperasi secara haram dan mencemarkan alam sekitar adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan “Program Pemutihan Kilang” bagi kilang-kilang yang masih tidak mempunyai Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan;

(ii) Menganjurkan “Program Mesra Pelanggan” yang bertemakan “Anda Buntu Kami Bantu” bagi membantu pengusaha-pengusaha kilang dan peniaga mendapatkan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) dan Pelan Bangunan (PB);

(iii) Mewujudkan Garis Panduan Pengeluaran Lesen Bertempoh untuk membantu kilang dan peniaga mendapatkan lesen perniagaan walaupun tidak mematuhi/memiliki kelulusan pelan berkaitan;

TAHUN MBPP MPSP JAS

2017 69 225 151

2018 73 125 158

Page 52: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

52

(iv) Memberikan kelonggaran syarat-syarat anjakan bangunan, garisan bangunan bagi permohonan Pelan Bangunan yang telah wujud sebelum 1 Julai 2017 melalui Garis Panduan Pemutihan Kilang yang telah disahkan pada 3 Januari 2018;

(v) Menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi tanpa kebenaran atau secara haram; dan

(vi) Mengkaji kesesuaian kawasan untuk perlingkungan semula kepada industri.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berapa kes warga emas yang duduk bersendirian meninggal dunia tanpa ditemui di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2017 hingga 2018?

(a) Apakah langkah-langkah kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan warga emas?

(b) Apakah bantuan yang diberikan kepada warga emas selain daripada bantuan Warga Emas RM130?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri tidak mempunyai data kes warga emas yang tinggal bersendirian dan meninggal tanpa ditemui.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin berkaitan isu warga emas yang terabai atau warga emas tunggal yang tidak memiliki keluarga. Beberapa tindakan telah diambil untuk menangani isu ini, antaranya ialah:-

(i) Pusat Aktiviti Warga Emas

Terdapat dua (2) buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau dan Pongsu Seribu, Kepala Batas. PAWE merupakan tempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bagi warga emas tetapi bukan pusat jagaan berkediaman dan beroperasi mengikut waktu pejabat selama 5 hari seminggu. Setiap PAWE mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan operasi dan penyelia yang dilantik bagi menguruskan PAWE tersebut.

JKM akan menjalankan siasatan terperinci mengenai latar belakang sosial warga emas tersebut bagi membuat perancangan seterusnya untuk membantu mereka. Melalui PAWE, mereka dapat menjalankan aktiviti harian dalam komuniti setempat. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak reaching out dandevelopmental kepada warga emas. Ini dapat mengelakkan mereka hidup bersendirian dan dapat mengembalikan perasaan bahawa mereka masih diperlukan dan dihargai.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses untuk membina Pusat Transit Gelandangan yang akan turut berperanan sebagai PAWE dan projek ini dalam fasa reka bentuk akhir.

Page 53: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

53

(ii) Pusat Penjagaan Warga Emas

Kerajaan Persekutuan melalui JKM Malaysia sedang mendirikan sebuah pusat penjagaan warga emas bagi golongan warga emas yang tidak berkeluarga atau terabai yang dikenali sebagai Kompleks Sinar Kasih di Daerah Seberang Perai Selatan, dan dijangka siap pada September 2019.

Khidmat penjagaan di institusi JKM di Rumah Seri Kenangan juga disediakan kepada warga emas tunggal yang tidak mempunyai keluarga dan memerlukan penjagaan.

(iii) Program Outdoor

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program “Jom Hidup Sihat” yang disasarkan kepada rakyat di negeri Pulau Pinang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri menggalakkan setiap KADUN untuk mewujudkan pusat komuniti supaya aktiviti-aktiviti komuniti seperti latihan Tai Chi, Qi Gong, Line Dance dan Aerobik dapat dijalankan dan peralatan out door gym juga dapat disediakan.

Selain itu, kolaborasi strategik juga dijalankan antara JKM dan Jabatan Kesihatan Negeri melalui program “Komuniti Sihat Pembina Negara” atau singkatannya KOSPEN yang merangkumi lima (5) aspek / skop utama iaitu saringan Kesihatan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas termasuk warga emas merangkumi pemakanan sihat, amalan tidak merokok, aktif secara fizikal dan pengurusan berat badan.

(iv) Program Sosial Khidmat Bantu

JKM juga menjalankan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help). Ia merupakan satu perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah yang kurang penjagaan dan kurang berkemampuan. Program ini bertujuan menyemarakkan perkembangan sukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat selain bertujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik dan menyemarakkan konsep kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

Usaha dan tindakan ini merupakan satu kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan yang lain serta melibatkan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di peringkat pelaksanaan secara menyeluruh.

(v) Bantuan Kewangan

Bagi warga emas yang terabai kerana tidak mempunyai penjaga, JKM akan memberikan bantuan wang RM350.00 sebulan atau sejumlah bantuan yang bersesuaian di bawah Bantuan Am Kerajaan Negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri memberi sumbangan penghargaan

Page 54: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

54

sebanyak RM130.00 kepada warga emas yang bermastautin dan berdaftar di Negeri Pulau Pinang di bawah program iSejahtera.

(b) Bantuan yang diberikan kepada warga emas selain daripada bantuan Warga Emas RM130.00 adalah seperti berikut:-

(i) Bantuan bulanan yang dipertimbangkan oleh JKM kepada warga emas yang berkelayakan ialah di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350.00 sebulan ataupun bantuan yang bersesuaian seperti bantuan am;

(ii) Bantuan hemodialisis kepada mereka yang kurang berkemampuan termasuk warga emas yang mempunyai penyakit buah pinggang melalui Pusat Dialisis C.A.T. di kawasan Balik Pulau, Daerah Barat Daya. Subsidi sebanyak RM100.00 diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan kepada pesakit yang terpilih bagi setiap sesi rawatan dialisis termasuk warga emas. Pesakit perlu membayar RM10.00 bagi setiap sesi dengan mengambil kira kos RM100.00 bagi setiap sesi di mana RM100.00 ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, bayaran ubat ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(iii) Program mammogram percuma pada awal 2015 yang memfokuskan kepada golongan kurang berkemampuan berusia 35 tahun ke atas yang turut merangkumi warga emas; dan

(iv) Mewujudkan suatu ekosistem perumahan yang tidak membebankan rakyat dan mampu dimiliki. Warga emas yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 dan mempunyai kes-kes kronik akan diberi keutamaan oleh Jawatankuasa Pembersihan Proses Perolehan Perumahan (SPEC) untuk menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah polisi yang telah dijalankan dalam Penang2030 yang dapat dilihat, disentuh dan dirasai oleh rakyat dimana wakil rakyat boleh menyampaikan kepada rakyat kawasan mereka dan bukan hanya abstrak atau teori yang susah difahami oleh rakyat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Visi Penang 2030 merupakan visi jangka masa panjang yang bertujuan untuk memacu kemajuan negeri ini dan meningkatkan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2030. Penang 2030 merupakan living document yang menjadi asas dan panduan bagi tujuan pelaksanaan pelbagai pelan serta polisi sedia ada dan akan datang seperti Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan Penang Gigabit City. Ini adalah penting bagi memastikan aspirasi pelaksanaan Penang 2030 realistik dan praktikal serta berimpak tinggi kepada rakyat. Beberapa siriengagement exercise ataupun sesi penglibatan awam bersama pelbagai pihak swasta dan agensi kerajaan termasuklah semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan dan Badan Berkanun Kerajaan untuk Visi Penang 2030 telah diadakan. Ini bertujuan untuk menerangkan mengenai 4 tema utama dan 16 inisiatif strategik di dalam visi tersebut. Visi ini merupakan satu pendekatan dari bawah ke atas (bottom up) di mana rakyat dapat menyumbangkan idea dan terlibat

Page 55: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

55

dalam visi ini. Kerajaan Negeri mahu rakyat mempunyai ownership ke atas projek, program mahupun polisi yang dijalankan. Pada 27 April 2019, satu buku penerangan Penang2030 akan dilancarkan untuk memberi penerangan yang lebih jelas lagi berhubung Visi Penang 2030.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah PBT masih menyimpan bateri terpakai dan lampu fluorescent yang terpakai dalam stor masing-masing sejak 10 tahun yang lalu?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam pelupusan kedua-dua sisa terjadual yang lama dan baru ini?

(b) Sila nyatakan jumlah bilangan lampu fluorescent yang disimpan dalam stor kedua-dua PBT sejak tahun 2008 hingga 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Buangan bateri asid plumbum dan buangan bateri yang mengandungi kadmium-nikel atau raksa atau litium dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW102 dan SW103 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Di bawah peraturan di atas juga, lampu fluorescentdikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW109 sekiranya ia mengandungi raksa atau sebatiannya.

Dalam hal ini, pengurusan dan pengendalian buangan terjadual ini hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan hendaklah dilupuskan hanya kepada premis-premis yang ditetapkan dan dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Maklumat premis yang berlesen boleh diakses atas talian melalui Sistem Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) di pautan https://eswis.doe.gov.my.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak menyimpan bateri dan lampu kalimantang yang terpakai. MBPP telah melupuskan sisa bateri dan lampu kalimantang pada 13 Disember 2018 ke tapak pelupusan yang dikendalikan oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula masih menyimpan bateri di Stor Pembersihan MPSP, Taman Bukit Indah manakala lampu kalimantang disimpan di bilik stor Menara MPSP, Bandar Perda dan Stor Pembersihan MPSP, Taman Bukit Indah.

(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk melupuskan kedua-dua sisa terjadual ini memandangkan kos pelupusan kedua-dua sisa ini adalah tinggi. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dibawa kepada perhatian Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) bagi membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara ini.

(b) Jumlah bilangan lampu kalimantang yang disimpan oleh MPSP adalah sebanyak 5,240 buah lampu.

Page 56: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

56

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Adakah program siri “I Love Penang― akan diteruskan khasnya di kawasan Seberang Perai?

(a) Sekiranya ada sila nyatakan program yang akan datang atau program yang telah dianjurkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program “I Love Penang” pada 8 Februari 2017. Objektif utama kempen ini adalah untuk menyatupadukan rakyat negeri Pulau Pinang dan menaikkan semangat cintakan negeri. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meneruskan penganjuran program ini di seluruh Pulau Pinang termasuk Seberang Perai dengan kerjasama pihak swasta untuk menjayakan program ini.

(a) Program yang telah dan akan dianjurkan di bawah kempen “I Love Penang” di Seberang Perai adalah seperti berikut :-

Bil Program Lokasi Tarikh Peserta

1 I Love Penang Run Seberang Perai 9 April 2017 16,000

2 I Love Penang Run Seberang Perai 11 Mac 2018 14,000

3 I Love Penang Run Seberang Perai 6 Oktober 2019 *Cadangan

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah langkah-langkah perbelanjaan berhemah yang dilancarkan dan diimplementasikan oleh Kerajaan Negeri selepas Bajet 2018 mencatat defisit dan tidak lagi surplus seperti tahun-tahun terdahulu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bagi Tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menganggarkan bajet defisit sebanyak RM748.54 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan belanjawan lebihan pada akhir tahun 2018. Sejak tahun 2008 hingga 2018, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan belanjawan lebihan (surplus) pada setiap tahun kewangan kerana berjaya menguruskan kewangan negeri dengan cemerlang melalui prinsip ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT) serta melalui dasar penjimatan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun melalui langkah-langkah perbelanjaan berhemat seperti berikut:

(a) Dasar penjimatan dan kawalan perbelanjaan mengurus yang diamalkan Kerajaan Negeri melalui Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 11 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 2 Tahun 2014 yang menggariskan beberapa aspek penjimatan, perbelanjaan berhemat dan kawalan dalaman yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran. Antara langkah-langkah penjimatan yang diamalkan adalah seperti penyediaan makan minum untuk majlis-majlis rasmi dibuat secara sederhana, kursus/bengkel/seminar hanya dibenarkan dibuat dalam premis kerajaan, penggunaan perjalanan udara tambang murah di kalangan syarikat

Page 57: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

57

penerbangan milik negara dan kawalan terhadap pembelian aset-aset kerajaan;

(b) Selaras dengan prinsip CAT, kaedah perolehan yang diamalkan secara telus dan terbuka telah berjaya memberi nilai optimum dan value for money bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri; dan

(c) Bagi perbelanjaan pembangunan, Kerajaan Negeri menekankan supaya perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dibuat mengikut keutamaan dan secara telus serta tender terbuka agar memberi pulangan yang lebih optimum kepada kumpulan sasar dan rakyat.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah Program Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Warga Emas, Pelajar Emas, Anak Emas, iBita, Bantuan OKU dan sebagainya akan diteruskan?

(a) Bagaimanakah dengan status kad “I Love Penang― yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program penghargaan dan kebajikan antaranya Program iSejahtera dan iBita bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela.

Pada ketika ini, Kerajaan Negeri masih meneruskan pelaksanaan program-program penghargaan dan kebajikan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa yang berfungsi untuk mengkaji dan menyemak semula program-program penghargaan dan kebajikan agar tiada pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan.

Setelah beberapa siri perbincangan, jawatankuasa ini telah bersetuju untuk meneruskan semua program penghargaan dan kebajikan sedia ada kecuali beberapa program berikut yang perlu dilakukan kajian yang lebih teperinci iaitu Program Skim Pelajar Emas, Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan I Love Penang Card. Ini adalah disebabkan terdapat pertindihan bantuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

(a) Kad I Love Penang yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2018 bertujuan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Bagi tujuan pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri masih lagi menilai dan meneliti cadangan pelaksanaan kad tersebut terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan termasuk faedah-faedah sosial yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat seperti program Skim MySalam dan PEKA B40.

Page 58: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

58

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menubuhkan Science Cafe di kawasan Jawi atau Seberang Perai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan Penang Science Cafe di kawasan Jawi. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat pemintaan yang tinggi untuk penubuhan Penang Science Cafe di kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri sedang mengkaji dan masih dalam proses perbincangan untuk menubuhkan sebuah Penang Science Cafe (PSC@Bagan) di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth bagi digunakan oleh penduduk Seberang Perai.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah warga asing berniaga secara terbuka di premis perniagaan?

(a) Sekiranya ada pemilik warga asing enggan bekerjasama, apakah langkah yang diambil oleh kedua-dua PBT?

(b) Adakah kita boleh rampas barang-barang di kedainya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri sememangnya serius dalam menangani isu melibatkan aktiviti perniagaan oleh warga negara asing secara terbuka di premis perniagaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan-tindakan berikut dalam mencegah warga asing berniaga secara terbuka di premis perniagaan.

(a) Tindakan yang diambil oleh MBPP adalah seperti berikut:

(i) Memastikan pemohon perlu mengemukakan salinan Borang 24 (Return of Allotment of Shares) dan 49 (Return of Giving Particulars) di bawah Akta Syarikat 1965;

(ii) Mengenakan syarat terhadap warga tempatan iaitu pemegang lesen yang sah perlu berada di premis perniagaan sepanjang masa perniagaan dijalankan;

(iii) Mengenakan deposit sebanyak RM2,000.00 bagi memastikan pemegang lesen mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan; dan

(iv) Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan premis secara berkala bagi memastikan lesen perniagaan yang dikeluarkan kepada pasangan warga asing tidak disalahgunakan

Page 59: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

59

Tindakan yang diambil oleh pihak MPSP pula adalah seperti berikut:

(i) Menetapkan syarat-syarat pelesenan berkaitan warga asing kepada semua pemilik perniagaan iaitu seperti dilarang menggajikan warga asing yang tiada permit, lesen perniagan yang dikeluarkan tidak boleh diserah milik, dijual, disewa atau dipajak kecil kepada warga asing tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

(ii) Menjalankan tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri dan lain-lain di kawasan-kawasan hotspots yang dikenalpasti;

(iii) Menjalankan operasi sitaan barang niaga perniagaan yang dikendalikan oleh peniaga warga asing di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 jika terdapat kacau ganggu;

(iv) Mengadakan Dasar Pengambilan Pekerja Warganegara Asing / Pemastautin Tetap (PR) sebagai pembantu di gerai perniagaan milik Majlis, premis perniagaan dan penjaja iaitu tidak membenarkan pekerja warga asing bekerja sebagai pembantu di premis perniagaan melebihi 70 peratus daripada jumlah pekerja dan sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja hendaklah berstatus pekerja warga tempatan sepanjang masa perniagaan dijalankan. Selain itu, dasar juga melarang pengambilan pekerja / pembantu warga asing untuk membantu penjaja menjalankan aktiviti penjajaan;

(v) Mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen, MPSP 1980 bagi kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan termasuk pembatalan lesen perniagaan;

(vi) Mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen; dan

(vii) Menubuhkan Pasukan Kerja Penyelesaian Masalah Kedai Warga Asing di Seberang Perai bagi mengkaji dan membincangkan kaedah untuk mengekang dan menyelesaikan masalah perniagaan warga asing di kawasan Seberang Perai. Pasukan ini dianggotai oleh Ahli Majlis dan jabatan/agensi berkaitan.

(b) Langkah-langkah yang diambil oleh PBT sekiranya warga asing yang berniaga secara terbuka di premis perniagaan enggan bekerjasama seperti berikut:

(i) Mengeluarkan kompaun ke atas pelanggaran syarat lesen;

(ii) Membatalkan lesen yang diluluskan atas nama pasangan;

(iii) Mengambil tindakan pendakwaan ke atas kesalahan yang telah dibuat oleh pengusaha berkenaan;

(iv) Mengadakan operasi secara bersepadu di premis perniagaan tersebut; dan

(v) Mengambil tindakan pembatalan lesen perniagaan sekiranya premis tersebut mempunyai lesen perniagaan PBT.

Page 60: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

60

Rampasan barangan tidak dibuat bagi barangan tred dalam premis perniagaan. Rampasan barangan di buat bagi kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Antara kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 adalah seperti berikut:

(i) membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan atau disenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda atau halangan lain, dimana-mana tempat awam;

(ii) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT menutup atau menghalang sesuatu pari terbuka*atau akuadak di sisi mana-mana jalan;

(iii) meletakkan atau menyebab diletakkan apa-apa kotak, karung atau bungkusan atau dagangan, periuk belanga, pinggan mangkuk, barang lain atau benda di mana-mana tempat awam selama tempoh yang lebih lama daripada yang perlu untuk memuat atau memunggah dagangan atau barangan itu;

(iv) meletakkan atau menyebabkan diletak apa-apa barang atau benda yang digunakan untuk atau berhubungan dengan trednya di mana-mana tempat awam;

(v) meletakkan atau menyebabkan diletak kayu-kayan, besi sekerap, kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan buangan atau benda atau barang lain di mana-mana tempat awam;

(vi) meletakkan atau menyebabkan diletak sampah kebun, sampah dapur atau sampah tred atau apa-apa benda atau barang lain di mana-mana tempat awam; dan

(vii) menyebabkan atau membenarkan mana-mana kereta berhenti di mana-mana siar kaki, adalah bersalah kerana menyebabkan suatu halangan dan boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-mana pegawai atau pekerja PBT yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu dan boleh dibawa ke hadapan sesuatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500.00), dan mengenai sesuatu sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000.00).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Adakah kempen No Plastic Bag masih berlangsung? Kenapa terdapat supermarket yang masih memberi beg plastik percuma kepada pelanggan atau tidak dicaj RM0.20?

(a) Adakah caj RM0.20 untuk setiap plastic beg berpatutan atau perlu menaikkan harganya?

Page 61: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

61

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma (No Free Plastic Bag Day) masih berkuatkuasa sehingga kini dan diselaraskan sebagai sebahagian dari Kempen Tak Nak Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic). Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang (Plastic Bag 1.0)telah dilaksanakan selama lapan (8) tahun dari 2009 hingga 2016 melalui penyertaan secara sukarela (voluntary basis) oleh premis-premis perniagaan. Pada tahun 2017, semakan semula telah dilakukan untuk memastikan kempen ini terus berdaya saing bagi mencapai matlamat utamanya iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik demi kepentingan alam sekitar. Justeru itu, Garis Panduan Baharu bagi Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang 2.0 (Plastic Bag 2.0) telah disediakan pada 1 Mac 2017 bertujuan sebagai asas panduan serta rujukan penambahbaikan pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang.

Kempen Plastic Bag 2.0 mendefinasikan beg plastik sebagai sebarang bentuk beg yang dibekalkan kepada pengguna di kaunter bayaran, di mana komponen asasnya diperbuat daripada plastik (polimer sintetik/semi sintetik) dan juga termasuk beg plastik bio-degradasi (bio-degradable plastic bag). Plastik bagi pembungkusan (wrapper) produk/minuman/makanan tidak termasuk sebagai kategori beg plastik yang dikenakan caj RM0.20 dalam kempen ini.

Premis perniagaan yang wajib berdaftar dengan pelaksanaan Plastic Bag 2.0 adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis perniagaan baharu yang akan mula beroperasi dalam kategori berikut:-

(i) Pasaraya Hyper (Hypermarket);

(ii) Pasaraya Besar (Supermarket);

(iii) Pasaraya Serbaneka (Departmental store);

(iv) Kedai Serbaneka (Convenient store);

(v) Restoran Makanan Segera (Fast Food Restaurant);

(vi) Kedai Serbaneka Stesen Minyak (Petrol Station Convenient Store);

(vii) Kedai Rangkaian (Chain Store);

(viii) Farmasi (Pharmacy); dan

(ix) Lain-lain premis perniagaan berkaitan yang akan dimasukkan ke dalam senarai ini pada masa akan datang (Others).

Nota : Pasar awam dan penjaja adalah dikecualikan.

Premis perniagaan yang berdaftar dengan Plastic Bag 2.0 akan diberikan Sijil Penyertaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang yang perlu dipamerkan di premis masing-masing sebagai kebenaran untuk membuat kutipan RM0.20 bagi setiap helai beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna.

Jumlah kutipan bulanan caj RM0.20 yang diterima oleh premis perniagaan dari pengguna wajib diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan kemudian

Page 62: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

62

dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri untuk disalurkan ke Akaun Tabung Amanah Kebajikan Negeri Pulau Pinang bagi kegunaan program-program kebajikan masyarakat di Pulau Pinang.

Namun begitu, Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai kewujudan premis-premis yang masih tidak mematuhi ketetapan syarat-syarat di bawah arahan garis panduan Plastic Bag 2.0. Justeru itu, arahan telah dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan selaku pelaksana kempen untuk memulakan sekatan pembaharuan lesen perniagaan kepada premis-premis yang terlibat.

(a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan caj kutipan tersebut ke suatu amaun khusus supaya ianya dapat memberi impak yang signifikan kepada pengguna untuk tidak menggunakan beg plastik. Selain menaikkan kadar caj kutipan beg plastik sedia ada, Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua (2) kaedah alternatif bagi mengurangkan kadar penggunaan beg plastik seperti berikut:-

(i) Melaksanakan larangan se penuhnya penggunaan beg plastik sehari dalam seminggu sebagai langkah pemansuhan penggunaan beg plastik secara beransur-ansur (phasing out); dan

(ii) Mensyaratkan premis perniagaan menggantikan penggunaan beg plastik dari ketebalan 15 mikron kepada 40 mikron yang akan menyebabkan peningkatan kos kepada peniaga dan menyebabkan peniaga tidak lagi memberikan beg plastik dengan sewenang-wenangnya.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Apakah status halangan menggunakan straw di gerai-gerai makan?

(a) Adakah denda akan dikenakan jika mereka tidak mematuhi peraturan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah memperkenalkan Road Map Towards Zero Single-Use Plastic 2018-2030 pada Oktober 2018. Road Map ini merupakan garis panduan peringkat nasional untuk digunapakai oleh setiap negeri ke arah menangani cabaran-cabaran isu berkaitan penggunaan plastik sekali guna.

Sebagai langkah pro-aktif, Kerajaan Negeri telah memulakan Kempen “Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna” (No To Single-Use Plastic) secara berperingkat melalui pendekatan pengurangan secara berfasa (phasing out). Bagi peringkat pertama, fokus utama adalah melalui pendekatan “Tak Nak Penyedut Minuman Plastik” (No To Plastic Straw) yang telah mula dilaksanakan sepenuhnya pada 1 April 2019. Objektif utama pelaksanaan kempen No To Plastic Straw dalam bentuk kerjasama tiga hala (tripartite) antara Kerajaan Negeri, pengusaha dan pengguna adalah bertujuan untuk:-

(i) Meminimumkan kuantiti penggunaan penyedut minuman plastik yang memudaratkan alam sekitar dalam jangka masa pendek melalui program dan kempen kesedaran; dan

Page 63: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

63

(ii) Membasmi secara menyeluruh penggunaan penyedut minuman plastik dalam jangka masa panjang melalui penguatkuasaan.

Secara asasnya, prinsip pelaksanaan Kempen No To Plastic Straw akan mengguna pakai kaedah phasing out seperti berikut:-

(i) Semua premis yang menyediakan minuman dan makanan adalah secara automatik terlibat dalam pelaksanaan kempen;

(ii) Premis minuman dan makanan tidak lagi dibenarkan menyediakan penyedut minuman plastik di ruangan / sudut / kaunter yang boleh diperolehi secara langsung atau layan diri oleh pengguna;

(iii) Penyedut minuman plastik hanya akan diberikan kepada pengguna atas permintaan (by request) sahaja dan tidak lagi diberi secara langsung (by default) untuk setiap kali pembelian makanan dan minuman; dan

(iv) Premis minuman dan makanan dibenarkan serta digalakkan untuk menggunakan barang pengganti (substitute item)bagi menggantikan penyedut minuman plastik dan barang pengganti (sbg contoh : penyedut minuman yang diperbuat dari bahan organik) tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar.

Premis perniagaan minuman dan makanan yang wajib melaksanakan Kempen No To Plastic Straw adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis perniagaan baharu yang akan mula beroperasi dalam kategori berikut:-

(i) Restoran / Kedai Makanan & Minuman / Kedai Kopi / Kafe / Pub;

(ii) Kedai Serbaneka;

(iii) Kedai Serbaneka Stesen Minyak;

(iv) Medan Selera/ Pusat Penjaja / Kompleks Makanan;

(v) Kenderaan Saji Makanan dan Minuman;

(vi) Pasar Malam / Pasar Pagi/Uptown Market;

(vii) Kantin; dan

(viii) Penjaja.

(a) Penguatkuasaan Kempen No To Plastic Straw akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan tiga (3) fasa seperti berikut:-

FASA TEMPOH KEMPEN PENDEKATAN

Pertama 6 bulan pertama (Apr - Sept 2019)

- kempen kesedaran (educational awareness)

Kedua 6 bulan kedua (Okt 2019 - Mac 2020)

- penguatkuasaan secara berhemah (educational enforcement)

Ketiga Selepas 12 bulan (Apr 2020 dan selanjutnya)

- penguatkuasaan penuh (full enforcement)

Page 64: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

64

Penguatkuasaan melalui denda bagi ketidakpatuhan (non-compliance) hanya akan dilaksanakan semasa peringkat Fasa Ketiga Kempen No To Plastic Straw.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sila nyatakan sumbangan membaiki surau atau masjid di Seberang Perai yang disalurkan oleh MAINPP sejak tahun 2017 hingga sekarang.

(a) Apakah SOP yang ditetapkan oleh MAINPP sekiranya ada permohonan membaiki surau di kawasan Pulau Pinang?

(b) Berapa lama untuk proses satu permohonan sumbangan membaiki surau atau masjid?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan peruntukan bagi tujuan pembaikan kecil masjid dan surau. Semua peruntukan bagi tujuan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP bagi tujuan pembaikan surau dan masjid di kawasan Seberang Perai sejak tahun 2017 hingga 2018 keseluruhannya berjumlah RM1,967,102.99. Manakala pada tahun 2019, peruntukan yang disediakan bagi tujuan pembaikan surau dan masjid berjumlah RM2.5 juta. Peruntukan ini akan diagihkan berdasarkan permohonan, keutamaan dan keperluan pihak surau dan masjid bagi seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk kawasan Seberang Perai. Dijangkakan kerja-kerja pembaikan surau dan masjid dapat dimulakan pada Mei 2019.

(a) Semua permohonan untuk membaiki surau dan masjid perlu dibuat menggunakan Borang Perolehan Kerja melalui Pejabat Agama Daerah (PAD) masing-masing. Pihak PAD akan membuat semakan dan perakuan terhadap semua permohonan sebelum dipanjangkan kepada JHEAIPP. Seterusnya permohonan yang telah diperaku oleh PAD akan disusun mengikut keutamaan sebelum perolehan untuk kerja-kerja yang berkaitan dilaksanakan oleh JHEAIPP.

(b) Secara umumnya, permohonan yang lengkap dan diperaku untuk pelaksanaan mengambil tempoh antara 3 hingga 4 bulan untuk disiapkan, tertakluk kepada skop dan spesifikasi kerja yang ditetapkan. Tempoh ini termasuk proses sebutharga dan pelaksanaan kerja.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Adakah semua kawasan lapang telah diselenggara oleh Kerajaan Negeri?

(a) Siapakah pemilik kawasan lapang berkolam di sebelah Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mampu menyelenggara kawasan lapang tersebut?

(c) Adakah apa-apa rancangan untuk kawasan lapang tersebut?

Page 65: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

65

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kesemua tanah lapang milik Kerajaan Negeri yang diwartakan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965 dan tanah lapang milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dibawah penyelenggaraan PBT.

(a) Kawasan tanah berkolam di sebelah Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung adalah kawasan wetland dan dimiliki oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kawasan ini merupakan sebahagian daripada Tapak Pelupusan Sanitari Pulau Burung Fasa ke 2 dan digazetkan sebagai tapak pelupusan.

(b) Penyelenggaraan kawasan wetland ini adalah di bawah tanggungjawab Syarikat PLB Terang Sdn. Bhd. melalui perjanjian konsesi bagi Operasi dan Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sanitari dan Material Recovery Facility di Pulau Burung sehingga 15 Julai 2032.

(c) Kawasan wetland berkenaan dijadikan sebagai Eco Park seperti mana yang terkandung di dalam perjanjian konsesi.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Sila nyatakan tarikh dan kos penyelenggaraan Sungai Jejawi oleh JPS sejak tahun 2018 hingga sekarang?

(a) Berapa lamakah tempoh penyelenggaraan dijalankan sekali?

(b) Sila nyatakan semua projek tebatan banjir yang telah diluluskan sejak tahun 2016 hingga sekarang diikuti dengan kos dan tarikh untuk dilaksana.

(c) Apakah perkembangan tentang kajian JPS di SPS dan apakah tindakan seterusnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Sejak tahun 2018, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan penyelenggaraan Sungai Jejawi dengan kos sebanyak RM772,882.00 dan kerja-kerja penyelenggaraan telah siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018.

(a) Penyelenggaraan Sungai Jejawi dijadualkan untuk dilaksanakan setiap dua (2) tahun sekali.

(b) Senarai projek tebatan banjir yang telah diluluskan sejak tahun 2016 dengan maklumat kos dan tarikh pelaksanaan kerja yang terlibat di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

Susulan kepada hasil kajian JPS, JPS Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jawi dan RTB Sungai Junjung.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 23)

Page 66: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

66

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Sila nyatakan jumlah anggota polis di bawah IPD SPS?

(a) Sila nyatakan kes kemalangan berlaku dan bilangan kematian sejak tahun 2017 hingga sekarang.

(b) Sila nyatakan laporan pecah rumah yang diterima di setiap balai di bawah IPD SPS sejak tahun 2017 hingga sekarang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Jumlah anggota polis di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan (IPDSPS) adalah seramai 620 orang.

(a) Jumlah kes kemalangan yang berlaku dalam tempoh masa 2017 sehingga 31 Mac 2019 adalah sebanyak 9,609 kes yang dilaporkan. Manakala jumlah kemalangan maut yang berlaku dari tahun 2017 sehingga Mac 2019 ialah sebanyak 130 kes. Jumlah kematian adalah seramai 52 orang mangsa pada tahun 2017, 62 orang mangsa pada tahun 2018 dan seramai 16 orang mangsa sehingga 31 Mac 2019. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut:

TAHUN / KESALAHAN 2017 2018 2019

(01 JAN - 31 MAC)

Sek.41(1) APJ 1987 (Maut) 52 62 16

Sek.43(1) APJ 1987 (Parah) 48 16 8

Rule 10 LN 166/59 (Rosak) 2717 2705 641

Lain – Lain Sek. 26 1 0

RTI 1252 1632 433

JUMLAH 4095 4416 1098

(b) Statistik laporan kes pecah rumah mengikut balai di Daerah Seberang Perai Selatan mulai tahun 2017 hingga 31 Mac 2019 adalah seperti berikut :

BALAI 2017 2018 2019

(sehingga 31/03) JUMLAH

Nibong Tebal 35 46 17 98

Sungai Bakap 16 19 11 46

Simpang Ampat 24 27 9 60

Bukit Tambun 10 2 2 14

Sungai Acheh 8 1 9

Tasek Mutiara 21 15 8 44

Seruling Emas 6 12 18

Batu Kawan 3 4 2 9

JUMLAH 123 126 49 298

Page 67: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

67

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. MAINPP dan JHEAIPP bertanggungjawab bagi segala pengurusan dan kerja pembangunan masjid dan surau di Pulau Pinang.

(a) Berapakah kos dibelanja oleh kedua-dua jabatan ini untuk kerja-kerja naik taraf masjid dan surau di SPS?

(b) Berapa bajet yang telah diluluskan dalam tahun 2019 oleh MAINPP dan JHEAIPP untuk masjid dan surau SPS?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Dalam tempoh dari tahun 2017 hingga 2018 Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) memperuntukkan sejumlah RM596,020.20 manakala Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPP) pula memperuntukkan sejumlah RM847,320.00 bagi tujuan pembaikan kecil dan menaik taraf masjid dan surau di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS). Jumlah ini tiada peruntukan yang dikeluarkan oleh masjid dan sumbangan orang ramai serta individu melalui wakaf.

(b) Pada tahun 2019 peruntukan bagi tujuan pembaikan kecil dan menaik taraf masjid dan surau seluruh negeri Pulau Pinang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP berjumlah RM2.5 juta dan akan diagihkan berdasarkan permohonan, keutamaan dan keperluan pihak surau dan masjid termasuk di kawasan SPS. Manakala peruntukan bagi tujuan sama untuk kawasan SPS tahun 2019 daripada Kerajaan Persekutuan melalui PPPP pula berjumlah RM188,370.00.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan peruntukan bagi tujuan pembaikan kecil, menaik taraf dan membina masjid dan surau baharu. Semua peruntukan bagi tujuan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui JHEAIPP serta peruntukan Kerajaan Persekutuan yang dikelolakan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Sila senaraikan maklumat terperinci senarai pegawai kerajaan yang ke luar negara pada tahun 2018 hingga sekarang, seperti tempoh lawatan, tujuan lawatan, lokasi dan objektif.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Berdasarkan rekod Sistem Permohonan ke Luar Negara (SPKLN), seramai 1097 pegawai kerajaan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ke luar negara pada tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, seramai 95 pegawai ke luar negara atas urusan rasmi. Manakala 1,002 orang lagi atas urusan persendirian.

Bagi tahun 2019 pula, seramai 49 pegawai ke luar negara atas urusan rasmi manakala seramai 412 pegawai bagi urusan persendirian. Jumlah keseluruhan pegawai ke luar negara bagi tahun 2019 ialah seramai 461.

Tempoh lawatan yang diambil adalah dalam lingkungan antara satu (1) hari hingga 65 hari. Bagi pegawai yang ke luar negara untuk tempoh yang panjang lazimnya adalah untuk tujuan menghadiri kursus. Manakala bagi pegawai yang ke luar negara untuk

Page 68: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

68

tempoh jangka pendek adalah untuk tujuan lawatan kerja, mesyuarat dan lain-lain lawatan persendirian.

Maklumat terperinci berkenaan permohonan lawatan ke luar negara bagi urusan rasmi dan persendirian oleh penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 dan 2019 adalah seperti di Lampiran A dan lima (5) negara utama yang dilawati (persendirian dan rasmi) adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 26)

IV. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah projek-projek tebatan banjir oleh MMK dan Agensi di KADUN Penanti selepas PRU14 berbanding sebelum PRU14 yang melibatkan:-

(a) Parit-parit kampung di bawah PDTSPT?

(b) Sungai di bawah JPS?

(c) JKR, MPSP atau lain-lain agensi

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Keseluruhannya sejumlah 67 projek tebatan banjir melibatkan KADUN Penanti telah diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir dan Agensi seperti Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (PDTSPT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPSPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebelum PRU14. Manakala selepas PRU14 sejumlah 13 projek telah diluluskan. Jumlah projek mengikut pecahan jabatan/ agensi adalah seperti berikut:

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Penduduk Perkampungan Sungai Lembu kecam Pengerusi MPKK hingga letak jawatan kerana tiada perkhidmatan pembersihan awam sejak 2008. Mengikut Akta, pembersihan awam kampung tersusun bawah JKR tetapi dipindahkan kepada MPSP. MPSP tidak laksanakan kerana Perkampungan ini tidak tersenarai dalam MARRIS.

(a) Apakah penyelesaian Penang2030 setelah terberhenti pembersihan awam kampung-kampung sejak 2008?

BIL JABATAN/ AGENSI Sebelum PRU 14

(2013-2017)

Selepas PRU 14 (Mei 2018 – Mac

2019)

a) PDTSPT (Kerja-Kerja Pembinaan Dan Menaiktaraf Parit Dan Longkang)

43 2

b) JPS (Kerja-Kerja Naiktaraf Sungai, Ban, Infrastruktur dan High Impact Project)

10 6

c) MPSP (Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit dan Kawasan Perumahan)

14 5

JUMLAH 67 13

Page 69: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

69

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerja-kerja pembersihan awam kampung tersusun tidak terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) dan oleh itu tidak pernah dipindahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kampung Sungai Lembu tidak dapat didaftarkan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kerana tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak MPSP telah mengambil tindakan proaktif untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan, pemotongan rumput dan pembersihan longkang di kampung tersebut sebulan sekali. Pihak MPSP telah melaksanakan kerja-kerja tersebut sejak September 2017.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. MPKK Perkampungan Sungai Lembu, sebuah kampung tersusun telah memohon membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam dan saya telah bentang di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

(a) Bilakah Dewan Orang Ramai akan dibaiki / naik taraf?

(b) Bilakah Dewan Bola Keranjang akan dibaik pulih?

(c) Bilakah padang permainan usang akan di naik taraf jadi taman rekreasi dan peralatan senaman?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) telah melaksanakan kerja – kerja pembaikan awning Dewan Orang Ramai berkenaan menggunakan peruntukan P16(02) di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penanti berjumlah RM3,849.60 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Bil 1/2019 dan dilaksanakan segera atas faktor kecemasan dan keselamatan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM67,000.00 melalui Projek Khas Ekonomi untuk kerja – kerja menaik taraf dewan tersebut. Antara skop kerja yang terlibat adalah penukaran bumbung, siling, naik taraf tandas dan mengecat keseluruhan bangunan. Pembaikan tersebut akan mengambil masa tiga (3) bulan selepas keputusan sebut harga dimuktamadkan.

(b) Kerajaan Negeri melalui PDTSPT juga telah membuat semakan dan mendapati dewan bola keranjang tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Bil 1/2019 telah memutuskan supaya permohonan ini dipanjangkan oleh ADUN Kawasan Penanti kepada Kerajaan Persekutuan melalui ahli parlimen bagi menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) pada tahun ini. Namun demikian, Kerajaan Negeri sedia membantu sekiranya terdapat kekangan di peringkat Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada persetujuan bersama.

(c) Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menaik taraf padang permainan di Perkampungan Sungai Lembu kepada taman rekreasi serta penggantian peralatan senaman sedia ada. Ini selaras dengan maklumbalas yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Bil 1/2019 dengan mengambilkira kawasan tersebut di luar Kawasan operasi MPSP. Walau bagaimanapun atas faktor keselamatan, peralatan yang rosak di kawasan tersebut telah diambil

Page 70: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

70

tindakan dengan menanggalkan peralatan tersebut dan tidak menggantikan yang baru.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Saya telah menghantar cadangan pembinaan Pasar Borong moden kepada Ketua Menteri dan Pegawai Daerah di bekas pelupusan sampah di Lot-lot 498 dan 311 Mk19 SPT yang akan dibiayai oleh pemaju dengan usahasama Kerajaan Negeri atau Majlis Tempatan untuk jana pendapatan kampung.

(a) Adakah kerajaan akan segera merealisasikan atau ada perancangan lain?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Cadangan pembinaan Pasar Borong Moden di atas Lot 498 dan 311, Mk 9, Seberang Perai Tengah (SPT) di Ara Kuda, Kubang Semang, Pulau Pinang secara Private Finance Innitiative yang dikemukakan oleh YB. ADUN Penanti telah diterima oleh Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Namun begitu, cadangan ini masih belum diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebaliknya, Kerajaan Negeri melalui Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) sedang melaksanakan Projek Taman Agro Permatang Pauh di atas kedua-dua lot tanah tersebut yang merupakan tanah milik Kerajaan Negeri yang didaftarkan atas nama State Secretariat Incorporated (SSI) . Pelaksanaan Projek Taman Agro Permatang Pauh ini menggunapakai konsep Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Kerajaan Negeri telah mengadakan temu duga bagi peserta Projek Taman Agro Permatang Pauh pada 25 Julai 2017 dan dihadiri oleh lapan (8) peserta. Walau bagaimanapun hanya tujuh (7) peserta ditawarkan pajakan tanah dengan harga RM400.00 seekar setahun dan hanya empat (4) peserta menerima tawaran tersebut. Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan setelah kerja-kerja mengenal pasti kawasan kolam tadahan diselesaikan bagi membolehkan peserta memasuki tapak. CMI dengan kerjasama Jabatan Pertanian sedang memantau pelaksanaan projek ini.

Taman Agro Permatang Pauh ini diwujudkan bagi memberi peluang dan galakan kepada golongan petani muda menceburi bidang pertanian. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman jangka masa pendek sayur-sayuran secara organik dan fertigasi.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mengikut Data Mapping JKKK Penanti untuk Timbalan Ketua Menteri I (TKM1) pada 2017, Penanti mempunyai 28,000 penduduk dimana 72% tinggal di 33 kampung (31 kampung tradisi, dua kampung baru) dan hanya 28% tinggal di tujuh taman perumahan dan dua (2) pangsapuri, 85% kaum Melayu, 51% wanita.

(a) Apakah data terkini KADUN Penanti dan setiap KADUN-KADUN lain?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah ( PDTSPT) tidak mempunyai data mapping bagi KADUN Penanti dan lain-lain KADUN di dalam Parlimen Permatang Pauh. Namun maklumat mengenai jumlah penduduk mengikut pecahan

Page 71: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

71

jantina pada 2019 di KADUN Penanti, KADUN Permatang Pauh dan KADUN Seberang Jaya yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seperti Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 5)

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. 5 tanah di semua daerah dirancang membina PPR. Apakah butiran di Penanti?

(a) 811 unit Sewa Milik disediakan tahun ini. Apakah perancangan pelaksanaan Sewa-Milik di Penanti?

(b) 101,163 unit rumah kos rendah, sederhana, mampu milik telah dibina (29,924), sedang dibina (23,222) dan telah diluluskan untuk dibina (48,017). Dimanakah unit di Penanti?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan agenda ‘1 keluarga 1 Rumah’ tercapai. Sejak tahun 2008 sehingga kini, sebanyak 29,959 unit Rumah Mampu Milik (RMM) A, B dan C telah siap dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap dan Pematuhan (OC/CC). Manakala sebanyak 23,567 unit Rumah Mampu Milik (RMM) A, B dan C sedang dalam pembinaan dan 48,528 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C pula telah pun mendapat Kebenaran Merancang atau berada dalam peringkat perancangan Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan Goverment Link Company (GLC). Jumlah keseluruhan unit Rumah Mampu Milik yang disasarkan ini berjumlah 102,054.

Daripada jumlah ini sebanyak 193 unit RMM A telah siap dibina di Taman Guar Perahu Indah dan Taman Seri Akasia manakala 128 unit RMM A sedang dalam pembinaan di Taman Seri Puteri dalam kawasan DUN Penanti. Perancangan Kerajaan Negeri mengambilkira keperluan seimbang perumahan di semua DUN samada dari segi penyediaan Program Perumahan Rakyat, program Sewa Beli dan juga Rumah Mampu Milik. Pada masa ini keperluan unit sewaan di Daerah Seberang Perai Tengah masih boleh ditampung oleh Rumah Pangsa Desa Wawasan, Bukit Mertajam.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Bas Percuma ditambah, ada Pass Unlimited Bus Rapid Penang-Rapid Ferry.

(a) Tetapi sejak Penanti mohon dari 2016, bilakah perkhidmatan Feeder Mini-Bas dalam Penanti ke tempat pendidikan, pelancongan seperti Pesta Padi Larian Sungai Kg Terus, Empangan Mengkuang, Suling Hill, Sg Lembu dan Mini-Bas keluar ke Butterworth (setelah MPSP sudah pun bina hentian bas)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk memberi perkhidmatan feeder mini-bas dalam kawasan Penanti. Permohonan yang dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 8 November 2016 tidak diluluskan kerana permit bagi Bas Mini dan Van Desa sudah tidak dikeluarkan lagi dan hanya penggunaan bas biasa sahaja dibenarkan. Satu perbincangan bersama

Page 72: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

72

operator bas dan pihak APAD telah diadakan bagi melihat keberkesanan perkhidmatan bas di kawasan ini. Walau bagaimanapun, operator bas menarik balik perancangan tersebut disebabkan kos operasi dan laluan yang dicadangkan merugikan syarikat bas tersebut kerana tidak mendapat permintaan yang tinggi dari penduduk berhampiran.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Selain Penang Global Tourism (Bajet RM14 juta/tahun) yang tidak menggunapakai SOP Kewangan dan Perolehan mengikut Peraturan, Garis Panduan, Pekeliling Kerajaan Negeri sejak 2008.

(a) Apakah senarai anak syarikat lain yang juga tidak ikut?

(b) Kenapakah JKN, SUK tidak buat satu SOP / garis panduan Kewangan, Perolehan, Urustadbir yang boleh diguna pakai oleh semua anak syarikat Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Lembaga Pengarah bagi anak syarikat adalah bertanggungjawab untuk menetapkan peraturan kewangan tertakluk kepada undang-undang tubuh masing-masing dengan memastikan peraturan yang diwujudkan dapat memelihara akauntabiliti dan tadbir urus yang baik (good governance).

Walau bagaimanapun, sekiranya anak syarikat menerima peruntukan Kerajaan Negeri, anak syarikat hendaklah mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, didapati anak syarikat yang menerima peruntukan Kerajaan Negeri sememangnya membuat perbelanjaan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

(b Peraturan kewangan anak syarikat adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Pengarah tertakluk kepada undang-undang tubuh masing-masing. Bagi memastikan peraturan kewangan yang diwujudkan dapat menerapkan nilai tadbir urus korporat yang baik dan telus, Lembaga Pengarah boleh menjadikan Malaysian Code on Corporate Governance 2017 (MCCG) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan The Green Book - Enhancing Board Effectiveness sebagai asas amalan terbaik (best practices) dalam tadbir urus anak syarikat. Selain dari itu, peraturan kewangan Kerajaan Negeri boleh dijadikan sebagai panduan dan pegawai kewangan dari anak syarikat Kerajaan Negeri boleh mendapat khidmat nasihat Jabatan Kewangan pada bila-bila masa.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Jawapan Pengarah Audit Negeri, kebanyakan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak ikut peraturan/pekeliling Kewangan dan Perolehan Kerajaan Negeri.

(a) Maka, bilakah anak-anak syarikat ini diaudit/pantau oleh Jabatan Audit Dalaman SUK dan PDC?

Page 73: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

73

(b) Bolehkah kesemua anak syarikat dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan (untuk lantikan CEO, Lembaga Pengarah), gaji (Remuneration) dan audit bawah PAC DUN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Unit Audit Dalam PSUKPP tidak boleh menjalankan fungsi audit dalaman (termasuk siasatan) di Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Anak Syarikat BBN di bawah Kerajaan Negeri selaras dengan pandangan perundangan oleh Penasihat Undang-undang Kementerian Kewangan. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Ketua Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Bil. 3 Tahun 2015. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan dan dipersetujui oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Audit Dalam, PSUKPP boleh menjalankan fungsi audit dalaman dan siasatan mengikut 'term of reference' (TOR) yang dipersetujui dan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan.

Walaupun tidak menjalankan pengauditan terhadap anak syarikat, Unit Audit Dalam PSUKPP sering memberikan khidmat nasihat kepada Agensi Kerajaan Negeri dan anak syarikat Kerajaan Negeri apabila diperlukan. Terkini, pihak Unit Audit Dalam PSUKPP membantu menyemak Garis Panduan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP dan SOP bagi Syarikat Penang Global Tourism, anak syarikat CMI. Agensi yang mempunyai unit audit dalam sendiri seperti PDC, MPSP dan MBPP, fungsi audit dalaman boleh dilaksanakan terhadap anak syarikat tertakluk kepada 'Memorandum And Article Of Association' (MAA) syarikat tersebut kerana konsep entiti berasingan (separate legal entity). Justeru, anak syarikat PDC akan diaudit oleh Unit Audit Dalam, PDC mengikut pelan audit yang telah diluluskan oleh Audit Review Committee PDC.

(b) Secara amnya pengurusan dan prestasi anak syarikat akan dipantau oleh Syarikat Induk/Agensi melalui laporan Lembaga Pengarah anak syarikat berkenaan yang dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Induk/Agensi berkaitan. Lembaga Pengarah mempunyai tugas fidusiari (fiduciary obligation) yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kepentingan syarikat terpelihara. Jawatankuasa Pemilihan sekiranya diwujudkan tidak mempunyai kuasa untuk membuat lantikan CEO, Lembaga Pengarah dan membuat penetapan gaji kerana semua kuasa lantikan dan penetapan gaji terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Pengarah Syarikat Induk/Agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh mengarahkan agar Lembaga Pengarah Syarikat Induk/Agensi memperakukan dan melaksanakan apa-apa syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik selaku badan pemilih/pemantau. Sehubungan itu juga, syarat dan terma yang dinyatakan di dalam 'Memorandum And Article Of Association' (MAA) syarikat perlu dipinda selaras dengan keperluan ini. Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Negeri (PAC) mempunyai kuasa untuk mengaudit atau menyiasat mana-mana Anak Syarikat Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri kerana majoriti saham syarikat tersebut adalah milik Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri.

Page 74: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

74

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. ADUN, MPKK, Kelab Nelayan Kampung Terus, IADA bersusah-payah berusaha persiapan Pesta Padi dan Larian Sungai. Usaha terbaru ialah Pasar Pagi dan Pasar Terapung (Floating Market) untuk tambah pendapatan pesawah dan kampung dan tarik pelancong.

(a) Kenapakah Penang Global Tourism tidak bantu promosi?

(b) Apakah tindakan konkrit untuk merealisasikan "Floating Market" Kg.Terus?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Program dan acara pelancongan di Pulau Pinang disenaraikan dan dipromosikan oleh Penang Global Tourism (PGT) melalui penerbitan tahunan risalah Penang Tourism Calendar of Events. Risalah ini diedarkan ke lokasi strategik kunjungan pelancong seperti hotel, lapangan terbang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong. Risalah ini turut digunakan dalam tradeshow, roadshow, familiarisation trip dan sales mission yang disertai oleh PGT. Bagi memastikan kandungan risalah tersebut dikemaskini, PGT telah memohon maklumat berkaitan program pelancongan daripada agensi kerajaan, pemain-pemain industri pelancongan dan juga Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). E-mel bertarikh 12 Januari 2019 juga telah dihantar oleh PGT kepada Pejabat ADUN. Walau bagaimanapun, Pejabat ADUN adalah sentiasa dialu-alukan untuk membekalkan maklumat berkenaan kepada PGT untuk tujuan promosi.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha membangunkan pelancongan di Pulau Pinang termasuk cadangan Pasar Terapung (Floating Market). Setiap usaha perlulah dibuat kajian kebolehlaksanaan bagi melihat implikasi berhubung kos dan manfaat yang akan diperolehi.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Bawah GRB MPSP-PWDC, kontrak pembersihan awam diberi oleh MPSP kepada Persatuan Penduduk PPR dan persatuan wanita Pulau Aman yang ada SSM walaupun tidak bayar cukai pintu.

(a) Bolehkah MPSP-PWDC juga bagi kontrak pembersihan am kepada kampung-kampung di kawasan pelancongan iaitu Desa Lestari Mengkuang Titi dan Kg. Mengkuang, Kg.Terus, Sg.Lembu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak boleh memberikan kontrak pembersihan am kepada kampung-kampung memandangkan kontraktor MARRIS telahpun dilantik untuk memberi perkhidmatan pembersihan di kawasan Desa Lestari Mengkuang Titi, Kg Mengkuang, Kg Terus dan Sg Lembu.

Selain itu, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia perkara 1 (iii) melarang agensi memecah kecil perolehan tahunan untuk mengelak daripada perolehan secara sebut harga atau tender.

Page 75: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

75

Berbeza dengan situasi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di mana PPR ini adalah dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh MPSP bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Pihak MPSP pula akan menyalurkan peruntukan kepada PPR yang berkaitan melalui Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan PPR tersebut bagi menambahkan rasa tanggungjawab penduduk menjaga kebersihan setempat.

Manakala kontrak pembersihan awam di Pulau Aman diberikan kepada penduduk setempat adalah untuk menjimatkan kos logistik MPSP kerana pekerja-pekerja MPSP tidak lagi perlu berulang alik ke Pulau Aman untuk melakukan kerja-kerja pembersihan awam. Di samping itu, melalui kontrak ini juga dapat melahirkan sikap tanggungjawab penduduk untuk menjaga kebersihan Pulau Aman kerana ia merupakan kawasan tarikan pelancong.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Terdapat kes-kes penemuan buaya dan telur buaya serta tertangkapnya anak buaya di Sungai Perai Kampung Terus dimana Kampung Terus merupakan destinasi pelancongan di Penanti.

(a) Apakah Kerajaan Negeri dapat mewujudkan Santuari Buaya di kawasan habitat sebagai Aset Pelancongan?

(b) Bagaimanakah Jabatan Perhilitan dapat mengawal kehadiran buaya daripada memasuki kawasan penduduk?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang untuk mempertimbangkan cadangan bagi mengenal pasti lokasi pembiakan buaya serta kawasan yang berpotensi untuk dijadikan Pusat Santuari Buaya.

(b) Di kawasan habitat buaya, Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah dengan memasang papan tanda amaran kepada orang ramai agar berwaspada daripada memasuki kawasan tersebut. Di antara lokasi yang telah dipasang papan tanda amaran adalah di Taman Kimsar, Tesco Seberang Jaya, Kuil Hindu Sri Mahamariamman dan Sungai Tengah. Sekiranya terdapat aduan mengenai buaya memasuki kawasan penduduk, Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang akan memasang perangkap buaya. Buaya yang berjaya ditangkap akan dikembalikan ke habitat asal atau dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuaian.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) institusi penting untuk menggerakkan ekonomi ummah.

(a) Apakah perancangan MAINPP untuk membina Gerai-Gerai di Tanah Wakaf untuk tambah premis perniagaan yang mampu disewa?

Page 76: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

76

(b) Bolehkah RFP di 12.5 ekar tanah wakaf Masriyah Kuala Mengkuang dipinda untuk bina Gerai-Gerai bawah kediaman?

(c) Apakah perancangan MAINPP menaik taraf institusi pondok?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Menyedari peranan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) sebagai institusi penting untuk menggerakkan ekonomi ummah, beberapa perancangan telah dan sedang diusahakan oleh MAINPP bagi mencapai tujuan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Menambah bilangan premis perniagaan yang mampu disewa oleh umat Islam khususnya, MAINPP dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana telah membangunkan Bazar Wakaf Rakyat di atas tanah wakaf di sekitar negeri Pulau Pinang. Lokasi serta bilangan unit premis Bazar Wakaf Rakyat yang dibangunkan adalah seperti jadual berikut:-

BIL LOKASI BILANGAN

UNIT

1 Masjid Daerah Jawi 5

2 Masjid Sheikh Eusoff 5

3 Masjid Bayan Baru 5

4 Masjid Daerah SPT (Bandar Perda) 4

5 Masjid Daerah SPU (Teluk Air Tawar) 3

6 Pembangunan Wakaf Siti dan Hajjah Norijah 4

7 Pembangunan Wakaf Teluk Air Tawar 2

8 Masjid Taman Bertam Indah (Kepala Batas) 5

JUMLAH 33 UNIT

(b) Mengenai perancangan pembangunan Tanah Wakaf Masriyah Kuala Mengkuang, iaitu di atas Lot 1277, Mukim 20, SPT, Pulau Pinang seluas 12.5 ekar, MAINPP melalui Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. telah mengeluarkan Tawaran Pembidaan melalui Proposal (RFP) pada tahun 2018 bagi tujuan membangunkan tanah tersebut yang merangkumi cadangan pembinaan rumah kediaman dan rumah kedai termasuk gerai di mana sesuai, tertakluk kepada garis panduan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

(c) Di antara perancangan untuk menaik taraf institusi pondok yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) khususnya kepada 10 buah pondok yang berdaftar adalah seperti berikut :-

(i) Menyalurkan bantuan kewangan bagi membiayai perbelanjaan mengurus dan menaik taraf bangunan serta infrastruktur. Pada tahun 2018, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing

Page 77: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

77

memperuntukkan sejumlah RM958,000.00 dan RM100,000.00 bagi tujuan tersebut;

(ii) Mengadakan taklimat pengurusan dan keselamatan bangunan kepada pengetua-pengetua sekolah pondok; dan

(iii) Menghantar pengetua-pengetua sekolah pondok untuk mengikuti kursus dan seminar yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kuarters Guru dan bangunan kerajaan banyak dibiarkan kosong tanpa penghuni dan menjadi gajah putih yang membazir.

(a) Bolehkah kuarters dan bangunan ini digunakan untuk kes kecemasan, bencana, rumah sementara fakir miskin?

(b) Bolehkah kerajaan bantu Desa Lestari MPKK Mengkuang jadikan Kuarters Guru kosong sebagai homestay untuk disewa yang boleh tambah pendapatan sekolah/maktab?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Kuarters guru merupakan kuarters yang dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya terdapat cadangan bagi menggunakan kuarters tersebut sebagai unit kecemasan, bencana dan rumah sementara fakir miskin hanya boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM untuk pertimbangan.

(b) Kuarters guru yang kosong akan sentiasa diisi dari semasa ke semasa bergantung kepada permohonan dan keadaan kuarters tersebut. Cadangan bagi menjadikan kuarters guru yang kosong sebagai homestay dan dikenakan sewa perlu dikemukakan kepada pihak KPM selaku pemilik bangunan berkenaan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Taman Guar Perahu serta kampung-kampung mengalami masalah air kotor dan karat malahan Kubang Ulu masih menggunakan paip asbestos yang suka pecah berusia 20 tahun.

(a) Apakah senarai kawasan dalam Penanti yang telah dinaiktaraf sistem saliran air PBA dari 2013-2019?

(b) Apakah perancangan PBA dalam tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2019-2023?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Antara senarai kawasan dalam DUN Penanti yang telah dinaik taraf sistem saliran air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dari tahun 2013 sehingga 2019 ialah seperti di Lampiran A.

Page 78: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

78

(b) Antara perancangan PBAPP dalam tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2019 sehingga 2023 bagi Projek Penggantian Paip Lama yang akan dilaksanakan di DUN Penanti adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 15)

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. MPKK mempunyai peranan penting untuk bantu kerajaan menjadi penggerak akar umbi di setiap kampung. Tetapi walaupun setelah Kerajaan Persekutuan bertukar, KEMAS yang memantau MPKK masih sama iaitu kebanyakannya wakil dari kerajaan terdahulu dan dibimbangi majoriti MPKK SPT.

(a) Apakah tindakan segera Kerajaan Negeri untuk menangani kebimbangan MPKK terhadap KEMAS?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang telah diberi peranan sebagai penasihat kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh KPLB bagi urusan permohonan Geran Pembangunan Berskala Kecil yang berjumlah tidak melebihi RM10,000.00 setahun.

(a) Kerajaan Negeri telah menyelaras agensi-agensi persekutuan termasuk KEMAS untuk bersama-sama dengan jabatan/agensi negeri untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya dalam pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan. KEMAS tidak terlibat dengan sebarang urus tadbir MPKK malah MPKK di setiap daerah bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah di dalam soal pembangunan dan keselamatan kawasan masing-masing. KEMAS hanya menjalinkan hubungan kerjasama dengan MPKK melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Akibat dari pembangunan dan kenderaan yang bertambah, berlakunya kesesakan jalan raya terutamanya di waktu kemuncak di beberapa kawasan di Penanti terutamanya di Simpang Tiga Berapit, Mengkuang Semarak, Kubang Semang dan Simpang Tiga Kubang Ulu.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani isu jalan sesak di kawasan Seberang Perai terutamanya di Penanti?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai perancangan untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di kawasan Seberang Perai terutamanya di Penanti, seperti berikut :

(i) Menaik taraf persimpangan Jalan Berapit dan Jalan Sungai Lembu dengan mensyaratkan kerja-kerja menaik taraf tersebut kepada pihak pemaju iaitu Waz Lian Sdn. Bhd.;

Page 79: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

79

(ii) Melaksanakan pelarasan masa lampu isyarat di lima (5) persimpangan bermula dari persimpangan Jalan Sungai Lembu dan Jalan Berapit hingga persimpangan Jalan Sungai Lembu dan Jalan Ara Kuda;

(iii) Membina jalan baharu bersebelahan Ban Busuk yang bersambung dengan Jalan Permatang Nibong dan Jalan Tanah Liat untuk dijadikan persimpangan roundabout;

(iv) Memohon peruntukan di bawah Bajet Pembangunan Negeri tahun 2020 bagi cadangan membina jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) ke Pekan Penanti;

(v) Memohon peruntukan di bawah Bajet Pembangunan Negeri tahun 2020 bagi cadangan membina jalan dari Jalan Perda Utama ke Jalan Permatang Nibong, yang dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di Simpang Tiga Berapit;

(vi) Mengkaji perancangan pelebaran Jalan Sungai Lembu untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kawasan Mengkuang Semarak; dan

(vii) Mengkaji cadangan untuk mengadakan satu laluan alternatif yang dapat menghuraikan kesesakan lalu lintas di Kubang Semang.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Jalan tanah/batu dan Longkang tanah masih lagi terdapat di sekitar kampung dalam Penanti contohnya dari Guar Perahu ke Guar Jering.

(a) Adakah cadangan untuk menaik taraf jalan dan parit tanah kepada jalan tar dan longkang konkrit telah dimasukkan dalam senarai pembangunan KADUN Penanti?

(b) Bilakah naik taraf jalan dan parit ini akan dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Bagi tahun 2019, sehingga bulan April, Kerajaan Negeri telah meluluskan 13 cadangan menaik taraf jalan kampung dan parit bagi KADUN Penanti yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,464,500.00. Kelulusan projek-projek berkenaan termasuk jalan Guar Perahu ke Guar Jering. Senarai projek-projek berkenaan seperti di Lampiran A.

(b) Projek–projek yang telah diluluskan kini di peringkat perolehan. Pelaksanaan projek-projek berkenaan akan bermula setelah keputusan sebutharga dimuktamadkan. Tempoh masa pelaksanaan projek dianggarkan mengambil masa dua (2) hingga empat (4) bulan bergantung kepada skop kerja projek berkenaan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 18)

Page 80: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

80

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Bolehkah EXCO Sukan percepatkan pelaksanaan setelah lawatan 12/3/19 EXCO Sukan ke Padang Homestay Mengkuang Titi lokasi Klinik Bolasepak percuma setiap Ahad untuk anak-anak kampung setelah PDTSPT pohon RM400,000 untuk membaiki/naiktaraf padang sejak 2016 dan dapat token RM10 pada 2019, dan Carian menunjukkan Tiada pemindah-milikan tanah Agro-Pelancongan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Secara umumnya, Kerajaan Negeri komited untuk mempercepatkan pelaksanaan projek menaik taraf padang bola di Mengkuang Titi. Selaras dengan sesi lawatan bersama antara Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), wakil Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mengkuang Titi pada 12 Mac 2019 telah bersetuju untuk memohon pihak Pejabat Daerah & Tanah SPT merujuk Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan anggaran kos projek. Semasa lawatan tersebut, telah dimaklumkan bahawa tanah tersebut milik kerajaan.

Projek di atas dicadang dilaksanakan di atas lot 486 Mukim 19, SPT yang berstatus tanah kerajaan. Semakan mendapati Lot 486, Mukim 19 telah diambil melalui proses pengambilan tanah bagi tujuan Agrotourism Kampung Mengkuang Titi di bawah Kementerian Pertanian Malaysia. Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang permohonan pemberimilikan tanah daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Apabila menerima anggaran kos projek, satu perbincangan lanjut perlu diadakan untuk membincangkan cadangan penggunaan peruntukan ADUN Kawasan ataupun peruntukan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Selain itu, perkara yang perlu dibincang juga mengenai status tanah tersebut bagi memuktamadkan pertindihan pemilikan tanah yang dicadangkan untuk projek berkenaan. Ini bagi memastikan tiada sebarang tindakan perundangan akan dikenakan terhadap Kerajaan Negeri pada masa akan datang.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Bilakah pelaksanaan baik pulih/naik taraf padang dan pembinaan parit perimeter dan penyelesaian lantai futsal rosak dimasuki air dan lumpur susulan lawatan EXCO Sukan 12/3/19 ke padang dan futsal Taman Guar Perahu setelah ADUN sampaikan permohonan dan petisyen 93 belia kepada Ketua Menteri, PDTSPT mohon sejak 2017, dan Ahli Majlis Sharmizan mohon MPSP?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) telah mengemukakan anggaran kos bagi pelaksanaan parit perimeter dan pembaikan lantai futsal yang rosak akibat dimasuki air dan lumpur kepada ADUN Penanti bagi tindakan selanjutnya.

Page 81: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

81

Cadangan ini melibatkan penggunaan peruntukan ADUN Kawasan ataupun peruntukan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Pemakluman tersebut telah dikemukakan kepada ADUN Penanti pada 22 Mac 2019 melalui surat oleh PDTSPT. Selain itu, cadangan untuk menaik taraf padang untuk dijadikan padang bola di Taman Guar Perahu, pihak Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses penyediaan anggaran kos projek menaik taraf tersebut. Namun demikian, kawasan yang dicadangkan merupakan kawasan tadahan yang telah diwartakan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Oleh itu, penelitian mengenai implikasi terhadap cadangan menaik taraf kawasan tersebut perlu dilaksanakan sebelum sebarang keputusan diambil oleh kerajaan negeri demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kawasan sekitar.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Apakah projek-projek pembangunan kemudahan awam di Penanti yang diluluskan selepas PRU14 berbanding sebelum PRU14 yang melibatkan:-

(a) Dewan-dewan bawah PDTSPT, contohnya membaik pulih Dewan MPKK Guar Perahu, bina lagi dewan-dewan serba guna menggunakan IBS pasang-siap yang jimat kos dan cepat seperti Dewan PINTAR?

(b) Taman permainan, Outdoor gym, Trek, Jeti, tempat rekreasi?

(c) Gerai-gerai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Terdapat 2 projek pembangunan dewan di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDT SPT) di Penanti yang bernilai RM97,000.00 telah diluluskan selepas PRU 14 dan 5 projek yang berjumlah RM114,463.80 telah diluluskan sebelum PRU 14. Perincian projek adalah seperti di Lampiran A.

(b) Terdapat 1 projek pembangunan kawasan lapang di bawah seliaan MPSP di Penanti yang bernilai RM200,000.00 telah diluluskan selepas PRU 14 dan 15 projek taman permainan, outdoor gym, trek, jeti dan tempat rekreasi yang berjumlah RM306.862.49 telah diluluskan sebelum PRU14. Perincian projek adalah seperti di Lampiran B.

(c) Terdapat 4 projek pembangunan gerai di bawah seliaan PDTSPT di Penanti yang bernilai RM157,000.00 telah diluluskan selepas PRU14 dan 10 projek gerai di bawah seliaan PDTSPT dan MPSP yang bernilai RM662,043.30 telah diluluskan sebelum PRU14. Perincian projek adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (NO. 21)

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pembukaan Empangan Mengkuang:

(a) Bilakah Kerajaan Negeri akan buka semula Empangan Mengkuang kepada pengunjung?

Page 82: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

82

(b) Sudahkah 23 tebing yang runtuh sejak November 2017 telah dibaiki dan keselamatan tebing (slope protection) telah dilaksanakan?

(c) Sudahkan jalan-jalan sempit di tepi cerun (yang ada yang runtuh) diperbesarkan supaya selamat untuk laluan trem (buggy), kereta, pengunjung?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Pembukaan Empangan Mengkuang kepada orang awam hanya akan dilaksanakan setelah projek ini diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri. Setelah penerimaan, Kerajaan Negeri akan menyerahkan kepada PBAPP untuk diambil alih pengurusannya dan dioperasikan. Hanya setelah dipastikan keseluruhan kawasan ini benar-benar selamat untuk dikunjungi oleh orang awam dan tiada isu keselamatan di kawasan tersebut, maka empangan akan dibuka kepada orang awam.

(b) Pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembaikkan 23 tebing yang runtuh. Pelaksanaan kerja-kerja bermula dari 15 Februari 2019 dan dijangka siap pada 14 Jun 2019.

(c) Kerja-kerja pembaikan di perimeter jalan mengelilingi empangan telah termasuk di dalam skop kerja pembaikan cerun. Jalan-jalan mengelilingi Empangan tidak akan dibuka untuk orang awam, hanya kenderaan PBAPP dari pasukan kerja-kerja penyelenggaran dan keselamatan dibenarkan sahaja.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat-syarikat yang menjalankan Program Kerja Sambil Belajar seperti usahasama Dreamcatcher, Plexus dan ADUN Penanti untuk memulakan teaching factory di Plexus yang menawarkan Diploma Kejuruteraan Automasi Industri dengan elaun RM1,100 sambil belajar kepada pelajar-pelajar kampung lepasan SPM yang tidak dapat masuk universiti dan keluarga susah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Buat masa ini Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan Penang Skills Development Cooporation (PSDC) untuk membantu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dapat masuk ke universiti dan dari keluarga yang susah melalui program German Dual Vocational Training (GDVT) dengan melatih pelajar-pelajar melalui pembelajaran teori sebanyak 25% yang diajar di PSDC dan latihan industri sebanyak 75% di syarikat-syarikat seperti B Braun, Bosch, Osram, Inari Technology, Carsem dan Infineon.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang inisiatif oleh syarikat multinasional termasuk syarikat tempatan untuk mengendalikan program latihan kepada golongan sasar. Kerajaan Negeri juga sedia membantu dalam memberikan khidmat nasihat ataupun perkongsian pengalaman bersama PSDC untuk menjayakan inisiatif-inisiatif berkenaan.

Page 83: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

83

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah usaha Kerajaan Negeri dan Penang Global Tourism untuk memasarkan dan membangunkan Pelancongan Desa, Pelancongan Sungai, Pelancongan Warisan Padi, Pelancongan Homestay dan Kampung-kampung Tradisi kepada pelancong luar negara?

(a) Apakah usaha melatih anak-anak tempatan dan orang-orang kampung untuk menguasai bahasa asing untuk jadi pemandu pelancong, pemilik homestay yang pandai bahasa asing?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri dan Penang Global Tourism (PGT) sentiasa berusaha untuk memasarkan dan membangunkan Pelancongan Desa, Pelancongan Sungai, Pelancongan Warisan Padi, Pelancongan Homestay dan Kampung-kampung Tradisi kepada pelancong luar negara. Usaha-usaha yang dijalankan adalah seperti berikut:

(i) Pelancongan Desa, Pelancongan Homestay dan Kampung-Kampung Tradisi.

Kerajaan Negeri menggalakkan program Homestay yang terletak di kawasan desa dan bercirikan kehidupan masyarakat setempat di kampung-kampung tradisional. Di samping mengadakan program di Homestay, Kerajaan Negeri dan PGT mempromosikan aktiviti homestay kepada pelancong luar negara dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan antarabangsa. Risalah Penang Homestay juga diedarkan kepada pelancong luar negara untuk memberi pendedahan kepada aktiviti harian yang menarik di kampung;

(ii) Pelancongan Sungai.

Kerajaan Negeri berusaha untuk membangunkan pelancongan sungai dan memberi sokongan kepada penganjur-penganjur yang menjalankan aktiviti pelancongan sungai. Antara program pelancongan sungai yang telah diadakan adalah seperti Fiesta Sungai Perai, Penanti River Run, Program Sungai Perai @ Taman Kimsar, Sungai Perai Nature Walk, Festival Sungai Perai @ Taman Ampang Jajar dan Karnival Kayak Sungai Perai yang telah mempamerkan keindahan kawasan perkampungan dan seterusnya dipromosikan kepada pelancong luar negara. Kerajaan Negeri akan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala di kawasan sungai bagi mengekalkan sungai sebagai aset pelancongan; dan

(iii) Pelancongan Warisan Padi.

Kerajaan Negeri bersetuju bahawa penganjuran program berasaskan warisan padi di Pulau Pinang seperti Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang dipromosikan sebagai warisan padi Pulau Pinang di arena antarabangsa. Program Homestay turut memberikan peluang kepada pelancong merasai pengalaman ke sawah padi. Bagi memastikan warisan padi kekal sebagai tarikan pelancong luar negara, Kerajaan akan menggiatkan aktiviti promosi serta melaksanakan pemantauan berkala terhadap sebarang aktiviti pencerobohan dan penambunan sawah padi secara haram serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Page 84: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

84

(a) Menyedari kepentingan penguasaan bahasa asing di kalangan pemandu pelancong dan pemilik homestay,Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan awal tahun 2019 sebanyak RM10,000.00 kepada Penang Tourist Guides Association bagi program latihan bahasa Jerman dan Perancis. Sekiranya terdapat keperluan dan sambutan daripada pemilik homestay, Kerajaan Negeri akan mempertimbang untuk meluaskan program pembelajaran bahasa asing.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadapan dalam usaha foodbank.

(a) Untuk menggalakkan hotel dan restoran untuk menyelamatkan makanan berlebihan buffet harian dan buffet ramadhan yang masih baik dimakan dari terbuang, apakah insentif penggalakkan, sumbangan Wakaf Mesin Retort, dan undang-undang saman/denda pembuangan makanan (seperti tidak boleh merokok) yang diusahakan untuk menghadiahkan/reward atau hukum bersama PBT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Program Mutiara Foodbank adalah satu inisiatif yang menjadi kesinambungan kepada program-program kebajikan rakyat Pulau Pinang iaitu Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan Program iSejahtera yang telah memberikan impak yang tinggi di kalangan rakyat.

Konsep program ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih berkualiti dan tidak tercemar seperti makanan bermasak, makanan mentah, makanan kering, makanan dalam tin atau makanan pra-pek hasil sumbangan daripada hypermarket, pasar raya, hotel, restoran, pasar borong basah dan kering serta syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan makanan. Setakat ini, Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Chef Pulau Pinang telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama Kerajaan Negeri dan bersetuju untuk menjadi rakan strategik dalam menjayakan program ini. Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk memberikan insentif kepada mana-mana syarikat/persatuan/individu yang berminat untuk memberikan sebarang sumbangan atau wakaf kerana program ini lebih memfokuskan kepada kebajikan rakyat dan atas dasar sukarela.

Walau bagaimanapun, penyumbang boleh memohon untuk pengurangan cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas sumbangan yang diberikan.

Kerajaan Negeri turut berpandangan bahawa teknologi retort ini masih belum sesuai dipraktikkan oleh Mutiara Foodbank disebabkan perkara-perkara berikut:-

(i) Bekalan makanan bermasak masih belum mencukupi kerana ianya memerlukan jumlah bekalan yang tinggi sekiranya teknologi retort diguna pakai;

(ii) Makanan yang melalui proses retort ini perlu disahkan selamat melalui pakar yang terlatih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diagihkan kepada penerima; dan

Page 85: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

85

(iii) Implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang saman atau denda pembuangan makanan kerana pada kini, program ini masih dalam fasa mewujudkan kesedaran dan mendidik rakyat untuk elakkan pembaziran.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menyokong lebih ramai Socioprenuer seperti Easypak yang bantu automasi, restoran-restoran mamak yang bergilir masak untuk Foodbank UITM Permatang Pauh, katerer Kembara Kitchen yang masak untuk mangsa banjir dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dan Majlis Tindakan Ekonomi untuk memupuk usahawan-usahawan Socioprenuer terutama di kalangan anak muda?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Social enterprise ataupun social entrepreneur (sociopreneur) adalah organisasi yang menjadikan usaha kebajikan seperti pembasmian kemiskinan atau memelihara alam sekitar sebagai misi utama dan menggunakan model perniagaan untuk menampung perbelanjaan syarikat.

Social enterprise adalah satu perusahaan yang masih baharu di Malaysia walaupun di negara-negara maju ianya telah lama wujud. Diperingkat persekutuan, di bawah Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) telah ditubuhkan Social Entrepreneurship Unit untuk mengemudi pembangunan dan perkembangan social enterprise di Malaysia dengan peruntukan RM20.0juta. MaGIC juga telah menyediakan Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015 – 2018 untuk merangka pembangunan dan mempercepatkan perkembangan social enterprise di Malaysia.

Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana social enterprise dan menyokong usaha bagi mencari penyelesaian kepada masalah-masalah di peringkat komuniti. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Food Bank Pulau Pinang dengan usahasama bersama Food Aid Foundation serta Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Chef Pulau Pinang. Kejayaan Food Bank Pulau Pinang ini telah menjadi contoh dan model pelaksanaan Program Food Bank Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dari segi bantuan modal, Kerajaan Negeri buat masa ini belum menyediakan peruntukan khas kepada social enterprise. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada awal tahun 2018 telah melancarkan Penang i4.0 Seed Fund dengan nilai USD1.0 juta (RM4 juta) untuk pembangunan projek-projek start-up yang berpotensi tinggi khasnya yang terlibat dalam industri digital. Permohonan seed fund ini terbuka kepada usahawan social enterprise. Antara penerima Penang i4.0 Seed Fund fasa pertama adalah Active 60 Services iaitu social enterprise yang menghubungkan peserta dengan pekerjaan sambilan yang bersesuaian untuk menambah pendapatan.

Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015-2018 telah mengenal pasti salah satu halangan untuk social enterprise berkembang adalah kekurangan pengiktirafan undang-undang dan sokongan polisi. Social enterprise beroperasi berasaskan keuntungan dan pada masa yang sama menyumbang keuntungan yang diterima

Page 86: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

86

kepada usaha-usaha kebajikan. Berdasarkan perundangan semasa, social enterprise tidak layak menerima tax benefits and government incentive yang diterima oleh Non-Governmental Organisation (NGO) dan badan-badan kebajikan. Berikutan itu, penggubalan undang-undang di peringkat persekutuan yang berkaitan dengan social enterprise perlu diteliti dan dikaji semula bagi membantu social enterprise berkembang dan memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Dalam Dialog Wanita, wanita Muslim mohon agar hotel-hotel sensitif terhadap keperluan orang Islam yang hadir program-program kerajaan di hotel. Bolehkah Kerajaan Negeri atau PBT menggalakkan hotel untuk menyediakan;

(a) paip air di tandas;

(b) makan sambil duduk sebab hanya meja disediakan;

(c) tempat wuduk dan surau yang ada penghawa dingin atau pengudaraan dan selesa

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian terhadap isu-isu seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengurusan hotel agar mereka mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

(i) Semua tandas hotel digalakkan menyediakan kemudahan tandas yang mesra muslim bagi kegunaan tetamu hotel. Pada masa kini, penyediaan kemudahan tersebut adalah di atas inisiatif pihak hotel;

(ii) Menyediakan kerusi meja bagi tujuan jamuan makan minum yang boleh diselaraskan bersama pihak penganjur dan pengurusan hotel berdasarkan keperluan;

(iii) Mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana semua ruang yang berpenghuni termasuklah surau perlulah menyediakan pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi mahupun mekanikal yang mencukupi; dan

(iv) Menyediakan kemudahan surau yang berhawa dingin dan selesa. Syarat-syarat mengenai penyediaan tempat wuduk dan surau akan dikenakan sewajarnya di setiap kelulusan Pelan Pemajuan Hotel, selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan garis panduan serta polisi sedia ada. Kebanyakan hotel bertaraf tiga (3) bintang ada menyediakan kemudahan surau yang berhawa dingin dan selesa. Memandangkan masih terdapat beberapa hotel yang masih gagal menyediakan kemudahan untuk kegunaan orang Islam, maka penganjur program perlu hanya memilih hotel yang menyediakan kemudahan seperti keperluan orang Islam.

Page 87: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

87

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Bolehkah Kerajaan Negeri bantu pengusaha homestay dan Pelancongan Sungai untuk (a) membeli dua trem/buggy untuk setiap lokasi untuk pengangkutan pelancong di Homestay Mengkuang Titi dan Kampung Terus terutama untuk Pesta Padi? (b) bantu bengkel buat Floating Homestay dari buluh? (c) menambah baik bilik dan tandas rumah pengusaha homestay kerana kali terakhir peruntukan pada 2008?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan untuk membeli trem/buggy bagi pengangkutan pelancong di Homestay Mengkuang Titi dan Kampung Terus. Namun demikian, Kerajaan Negeri amat menggalakkan program dan aktiviti pelancongan seperti Pesta Padi di mana Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000.00 bagi penganjurannya pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, YB Penanti dinasihatkan supaya mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan bajet pada tahun akan datang.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha membangunkan pelancongan di Pulau Pinang khususnya yang melibatkan homestay. Inisiatif Floating Homestay perlulah dibuat kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu bagi melihat implikasi berhubung kos dan manfaat yang akan diperolehi.

(c) Pada tahun 2018, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah meluluskan Kerja-Kerja Menaiktaraf Tandas Homestay Mengkuang Titi dengan peruntukan berjumlah RM14,370.00. Sekiranya terdapat keperluan, pengusaha homestay boleh mengemukakan cadangan kerja penambahbaikan untuk pertimbangan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk baiki SK, SMK, SJKC, Sekolah Mubaligh, SAR, Sekolah Tahfiz yang rosak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta untuk sekolah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) mulai tahun 2019. Penyaluran peruntukan tahunan ini adalah secara one-off dan dicadang untuk disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang. Ianya boleh digunakan bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur terutamanya bagi sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal di mana kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk atau melibatkan keselamatan pengguna.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan tahunan berjumlah RM12.25 juta kepada Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz, Sekolah Cina/Persendirian, Sekolah Mubaligh, dan Sekolah Tamil bagi membantu sekolah-sekolah tersebut

Page 88: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

88

termasuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan sekolah. Perincian peruntukan kepada sekolah-sekolah tersebut bagi tahun 2019 adalah seperti jadual berikut:

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Belia kawasan luar bandar di Penanti kurang pendedahan tentang cara menggunakan teknologi komputer. Pendidikan komputer penting untuk meningkatkan daya saing golongan muda dalam industri pekerjaan.

(a) Adakah kerajaan merancang untuk mengadakan program pendedahan teknologi komputer buat pemuda?

(b) Apakah pandangan kerajaan untuk diadakan pusat komputer di setiap MPKK Kawasan Penanti?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Kerajaan Negeri menyedari kepentingan pendidikan komputer di kalangan anak muda. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memberi pendedahan teknologi kepada golongan muda seperti berikut:-

(i) Melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran melalui Penang Skills Development Center (PSDC) bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Mesiter Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang dan memberi penajaan sebanyak RM2 juta kepada PSDC bagi melaksanakan programGerman Dual Vocational Training (GDVT) yang dibangunkan menerusi kolaborasi PSDC dengan German-Malaysian Institute (GMI) untuk melatih pelajar menghadapi IR4.0;

(ii) Menganjurkan kelas-kelas dan program-program berkaitan robotik, coding, arduino dan matematik kepada pelajar-pelajar sekolah;

(iii) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk ‘startup’ dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) danInternet of Things (IOT); dan

(iv) Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengah juga didedahkan kepada mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Rekabentuk semasa di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekiranya terdapat pelajar yang berminat untuk meneruskan bidang perkomputeran, Jabatan Pendidikan Negeri turut menawarkan mata pelajaran Sains Komputer,

Bil Jenis Sekolah Peruntukan (RM Juta)

2 Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Tahfiz 1.75

2 Sekolah Cina / Persendirian / Mubaligh 8.5

3 Sekolah Tamil 2.0

Jumlah 12.25

Page 89: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

89

Rekacipta dan lain-lain untuk disambung ketika di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

(b) Kerajaan Negeri juga menyambut baik pandangan untuk mengadakan pusat komputer di setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kawasan Penanti. Walau bagaimanapun, perkara ini hendaklah diperhalusi terlebih dahulu dengan mengambilkira keutamaan projek dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

V. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Perang ekonomi antara Amerika Syarikat dengan China sedikit sebanyak telah memberikan implikasi ke atas Pelaburan Asing di Pulau Pinang. (a) Nyatakan syarikat multinasional yang telah dan akan menamatkan pelaburan di Pulau Pinang dari 2010 hingga 2020?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China merupakan isu global dan boleh menyebabkan negara membangun mengalami keadaan ekonomi yang bergerak agak perlahan dan Pulau Pinang juga tidak terkecuali.

Namun begitu, dalam konteks implikasinya terhadap pembangunan pelaburan di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa perang dagangan ini tidak menghalang syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi daripada terus melabur. Pulau Pinang mempunyai banyak lagi peluang pelaburan yang boleh diterokai terutamanya dalam sektor Electrical and Electronics (E&E). Selain itu, Pulau Pinang turut memfokuskan kepada persediaan menghadapi perubahan teknologi baharu, seperti pengkomersialan 5G, percambahan Industri 4.0, IOT (Internet of Things), AI (Artificial Intelligence), pemanduan autonomi (autonomous driving) dan lain-lain. Dengan asas ekonomi yang kukuh seperti rantaian bekalan tempatan (local supply chain) yang teguh, bakat dan kemahiran berkebolehan serta infrastruktur yang mantap, Kerajaan Negeri optimis Pulau Pinang akan terus menjadi destinasi pilihan utama untuk pelaburan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Invest Penang tidak memperolehi maklumat rasmi mengenai syarikat multinasional yang akan menamatkan operasinya pada tahun 2020 yang akan datang. Namun begitu, terdapat tujuh (7) syarikat multinasional yang telah menamatkan operasinya di Pulau Pinang di antara tahun 2015-2019 seperti perincian di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 1)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Nyatakan pelan tindakan oleh PDC dan Invest Penang untuk kekalkan Pulau Pinang sebagai Destinasi Pelaburan terbaik di Malaysia?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Antara pelan tindakan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mengekalkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia adalah seperti berikut:-

Page 90: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

90

(i) Memberi tumpuan utama kepada penyediaan infrastruktur dalam kawasan perindustrian PDC iaitu dari segi kepentingan jaringan (connectivity) dan logistik yang baik dalam memenuhi keperluan industri, yang memerlukan kelajuan dan kecekapan dalam sistem penyampaian. Penyediaan dan pembangunan infrastruktur ini giat dijalankan di kawasan perindustrian baru dan sedia ada seperti Penang Science Park dan Batu Kawan Industrial Park iaitu khas untuk pelabur-pelabur yang terlibat di dalam industri teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

(ii) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).

(iii) Membangunkan projek SME Village Taman Perindustrian Batu Kawan dengan plot-plot tanah industri serta kilang-kilang jenis teres dan berkembar secara berfasa. Fasa pertama dan kedua yang merangkumi 44 plot tanah industri dan 44 unit kilang telah dijual sepenuhnya. Fasa tiga (3) yang merangkumi pusat perkhidmatan, kedai serbaneka, ruang pameran, bilik mesyuarat dan sebagainya telah siap dibina dan sedia untuk digunakan. Selain itu, Fasa 4A yang merangkumi 20 unit kilang berkembar kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada suku pertama 2019.

(iv) Merancang dan membangunkan lebih banyak tanah untuk kegunaan perindustrian melalui pengambilan balik tanah di sekitar kawasan Penang Science Park dan Batu Kawan. Ini adalah untuk memenuhi permintaan para pelabur dalam dan luar negara yang semakin meningkat walaupun bersaing rapat dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Johor dan Kedah (Kulim Hi-Tech).

(v) Pelancaran projek infrastruktur di Utara Penang Science Park merupakan usaha Kerajaan Negeri dan PDC dalam memberi pengiktirafan tentang kepentingan jaringan (connectivity) dan logistik yang baik dalam memenuhi keperluan industri, yang memerlukan kelajuan dan kecekapan dalam sistem penyampaian. Projek jalan ini akan memainkan peranan sebagai jalan arteri menghubungkan Juru dengan Penang Science Park dan ini juga akan mengurangkan masalah kesesakan di persimpangan Tambun di samping menggalakkan pembangunan Penang Science Park, terutamanya di kawasan Utara Penang Science Park. Disamping itu, PDC juga merancang untuk mewujudkan sebuah Persimpangan Trumphet baru di Bukit Tambun yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan ke Bandar Cassia. Dengan wujudnya persimpangan baru ini, jaringan infrastruktur di Bandar Cassia dapat dipertingkatkan serta mampu menampung aliran trafik masa hadapan bagi pembangunan koridor PDC serta mentransformasikan Bandar Cassia menjadi sebuah metropolis yang berkembang.

(vi) Penyediaan penempatan asrama pekerja yang selesa adalah merupakan suatu keperluan asas kepada pembangunan perindustrian baru PDC. PDC telah memanggil tender A Request for Proposal (RFP) bagi Asrama Pekerja di Penang Science Park North dengan anggaran seluas 4.97 ekar. Kini, Pihak Pengurusan PDC dalam proses penilaian bagi pemilihan penender yang

Page 91: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

91

berjaya. PDC juga sedang merancang untuk mewujudkan sebuah asrama pekerja di kawasan Perindustrian Batu Kawan bagi melengkapkan prasarana di kawasan perindustrian bagi mewujudkan persekitaran yang bersesuaian dan berkualiti untuk menarik minat pelabur antarabangsa dan juga tempatan.

(vii) Bagi memastikan tahap keselamatan dan pengawasan taman perindustrian PDC terpelihara, PDC telah mengenalpasti tapak yang strategik untuk menubuhkan pondok bit polis di kawasan perindustrian Batu Kawan dan Penang Science Park dan kini dalam proses perbincangan bersama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kesesuaian tapak-tapak tersebut.

(viii) Menubuhkan sebuah pusat perkhidmatan (service center) di Taman Perindustrian Batu Kawan yang berkeluasan 27,000 kaki persegi dan telah disewakan kepada pengendali yang berkelayakan bagi menyediakan pusat perkhidmatan seperti kedai makanan, kedai serbaneka, ruang pameran, tempat mesyuarat dan sebagainya kepada komuniti sedia ada.

(ix) Pembangunan Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas dengan ruang penyewaan tersedia berjumlah 125,843 kaki persegi untuk memberi kemudahan dan sokongan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan khususnya. Bagi terus menyokong pengusaha IKS ini, Kerajaan Negeri dan PDC telah menyumbang subsidi dalam bentuk Bayaran Perkhidmatan. Untuk penyewaan premis ini, bayaran perkhidmatan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan PDC. Oleh yang demikian, kadar sewa yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kadar pasaran semasa.

(x) PDC juga merancang untuk membantu perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam bidang animasi teknologi IOT ( Internet Of Things ) dengan pembinaan unit-unit kilang siap bina di Penang SME Center & Technocenter di Taman Perindustrian Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bukit Minyak dan Taman Perindustrian Batu Kawan. Pada masa yang sama, Program dana Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) dapat membantu pelabur IKS tempatan terutamanya dalam merancang pusingan modal secara efektif agar perkembangan syarikat dapat dipertingkatkan.

Manakala investPenang pula melaksanakan pelan tindakan seperti berikut:-

(i) Memperkukuhkan kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan pelaburan ke Pulau Pinang dan terus mempromosi Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East. Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan mengelakkan redundancy dan pembaziran. Contohnya, misi promosi pelaburan yang diselaraskan, perkongsian perisikan pasaran dan sebagainya.

(ii) Menumpukan lebih perhatian untuk menarik pelabur baru dan pada masa yang sama mengekalkan pelabur yang sedia ada. Ini difokuskan dalam industri galakan dan memberi tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang elektronik dan elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan alat perubatan (medical devices), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionik dan teknologi LED. Selain itu, tumpuan juga dipelbagaikan kepada sektor perkhidmatan seperti "Global Business Services”, “Shared Services & Outsourcing, Research & Development (R&D), Design & Development (D&D), Business Process Outsourcing (BPO & software) dan Perkhidmatan Sumber Manusia (HR). Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan

Page 92: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

92

peluang pekerjaan yang bernilai tinggi. Sektor lain termasuk creative digital art dan apps/ games.

(iii) Meningkatkan jadual penerbangan antarabangsa dan serantau melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk memperbanyakkan lagi penerbangan antarabangsa (menambah ke destinasi penting baru). Bekerjasama dengan pihak Persekutuan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa. Menambaik infrastruktur serta fasiliti Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand.

(iv) Menubuhkan Business & Industrial Parks Enhancement Council (BIPEC) untuk mengenal pasti dan meluluskan cadangan penambahbaikan operasi penyelenggaraan dan pengurusan infrastruktur bagi kawasan perniagaan dan perindustrian di Pulau Pinang yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan PDC. Kerajaan Negeri akan menaik taraf taman perindustrian dan taman bisnes, dan memastikan infrastruktur memenuhi piawaian antarabangsa. Ini adalah penting dalam memastikan segala infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di kawasan-kawasan perindustrian utama di negeri Pulau Pinang berkualiti tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

(v) Pulau Pinang sebagai destinasi work, live and play. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang sesuai didiami dan selari dengan konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam sejajar dengan Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup di Pulau Pinang.

(vi) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan.

(vii) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang dan meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM termasuk sektor vokasional.

Selain itu, usaha-usaha yang berterusan untuk memupuk bakat baru tenaga kerja berkemahiran yang sedang dijalankan termasuklah:-

(i) Bekerjasama dengan agensi dan pihak berkepentingan dalam memastikan Pulau Pinang mempunyai bakat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan para pelabur. Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi tujuan ini adalah:-

(a) Sesi dialog di antara institusi pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan pengeluaran dan permintaan (demand and supply) bakat-bakat yang diperlukan.

(b) Program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa Penang Future Foundation (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik.

Page 93: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

93

(c) Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional.

(ii) Penubuhan Pusat Kecemerlangan STEM di Pulau Pinang melalui @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skill Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP) dan Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat generasi muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

(viii) Selain itu, pembangunan IKS melalui peningkatan ekosistem turut dijalankan melalui usaha-usaha berikut:

(a) Menyediakan fasilitasi dalam peningkatan ekosistem seperti sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran hari-hari pembekal (Supplier Day) bersama syarikat-syarikat multinasional MNC yang berniat untuk mencari pembekal tempatan dengan:

(i) Menghubungkan syarikat-syarikat multinasional MNC dengan syarikat-syarikat IKS tempatan di Pulau Pinang.

(ii) Menggalakkan syarikat-syarikat IKS untuk menggunapakai Industri 4.0 dalam operasi.

(iii) Pembangunan usahawan tempatan melalui program perintis pemula niaga seperti “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT”.

(b) Membantu IKS melalui Pusat IKS Pulau Pinang dengan kadar sewa yang disubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, Perkampungan IKS Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) juga memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan online.

(ix) Dana Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor Internet of Things (IoT), e-commerce dan bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.

(x) Terus memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang kekal kompetitif – menanda aras secara global dan serantau. Di samping itu, memastikan kemudahan dalam menjalankan urus niaga ease of doing business di Pulau Pinang/Malaysia kekal tinggi terutama jika berbanding dengan pesaing competitor di peringkat antarabangsa seperti Singapura dan Thailand.

Page 94: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

94

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah perancangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi memastikan tiada gangguan air menjelang 2030?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah menjalankan Kajian Pelan Induk untuk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang sehingga Tahun 2050 secara bebas. Kajian ini mengunjurkan permintaan air terawat di Pulau Pinang menjadi 1,483 juta liter sehari (MLD) pada 2030: 1,696 MLD pada 2040 dan 1,884 MLD pada 2050.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa kira-kira 80% air mentah Pulau Pinang bersumber dari Sungai Muda dan terdapat keperluan untuk mengurangkan kebergantungan keterlaluan dari satu sumber.

Oleh itu, kajian tersebut mencadangkan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) bagi memperoleh sumber air mentah kedua bagi Pulau Pinang.

Sejak tahun 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP cuba mempercepatkan pelaksanaan SPRWTS, bukan sahaja untuk manfaat Pulau Pinang tetapi juga untuk Negeri Perak. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sebelum ini gagal melaksanakan SPRWTS dalam tempoh 2012-2018.

Selepas perubahan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menggesa Perak dan Pulau Pinang mencari penyelesaian untuk memanfaatkan Sungai Perak sebagai sumber air mentah untuk kedua-dua belah pihak.

Pada 1 Mac 2019, KATS telah mengadakan rundingan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang di Putrajaya. KATS kini menjalankan kajian teknikal untuk menentukan cara terbaik untuk melaksanakan skim penyaluran air antara negeri ini.

Berikutan potensi hasil yang dijangkakan, SPRWTS dapat memastikan jaminan bekalan air untuk Pulau Pinang sehingga tahun 2050 dan wujudnya pelan induk bekalan air untuk Pulau Pinang yang dipanggil “Kajian Pelan Induk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang hingga Tahun 2050”.

SPRWTS mencerminkan komitmen Pulau Pinang dan PBAPP untuk meneruskan rancangan jangka panjang yang komprehensif untuk memastikan jaminan air untuk Pulau Pinang dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah kapasiti bekalan air yang dapat disimpan di Empangan Mengkuang, Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam?

(a) Adakah terdapat rancangan peningkatan kapasiti kepada empangan berkenaan menjelang tahun 2030?

Page 95: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

95

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kapasiti bekalan air yang dapat disimpan oleh empangan berkenaan adalah seperti berikut :

(a) Kapasiti Empangan Mengkuang telah dipertingkatkan dari 22,000 Million Liter Per Day (MLD) kepada 73,500 MLD melalui projek pembesaran Empangan Mengkuang sementara bagi empangan lain masih tiada perancangan untuk meningkatkan kapasiti empangan berkenaan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah perancangan negeri bagi memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas terus dikekalkan sebagai hub penerbangan serantau?

(a) Nyatakan tindakan yang telah dan akan diambil.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA). Pada tahun 2018, LTAPP telah mengendalikan 7.8 juta penumpang dari dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan bagi tujuan penaiktarafan dan pembesaran LTAPP daripada 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang setahun.

Antara perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan LTAPP terus dikekalkan sebagai hub penerbangan serantau ialah:

(i) Meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mendapatkan pelan perancangan terbaik bagi penaiktarafan dan pembesaran LTAPP;

(ii) Meneliti untuk menawarkan Request for Proposal (RFP) bagi Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara yang baharu;

(iii) Meningkatkan kecekapan pengendalian kargo dengan menambah baik jaringan jalan raya di sekitar lapangan terbang kargo LTAPP; dan

(iv) Mengintegrasikan kompleks kargo LTAPP dengan KLIA untuk meningkatkan tahap kecekapan pengendalian kargo di LTAPP.

Antara tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri adalah:

(i) Meningkatkan industri pelancongan terutama pelancongan perubatan (medical tourism); dan

BIL EMPANGAN KAPASITI EFFECTIVE MILLION LITER

PER DAY (MLD)

1 MENGKUANG 73,500

2 TELOK BAHANG 18,340

3 AIR ITAM 2,159

Page 96: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

96

(ii) Meningkatkan jumlah penerbangan terus dari negara-negara yang masih belum diliputi.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senaraikan projek-projek yang telah diluluskan bagi Negeri Pulau Pinang mengikut agensi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.

(a) Senaraikan faedah pelaksanaan projek berkenaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jumlah projek yang telah diluluskan bagi negeri Pulau Pinang pada RMKe-10 sebanyak 385 projek seperti Lampiran A dan 227 projek seperti di Lampiran B bagi RMKe-11.

(a) Terdapat banyak faedah yang diperoleh hasil pelaksanaan projek-projek tersebut antaranya:

(i) Infrastruktur Jalan

Dapat menyuraikan trafik, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menambah baik dan melengkapkan sistem perhubungan darat, menyediakan jalan baharu yang membolehkan penduduk setempat menikmati kemudahan perhubungan lebih sempurna dan meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

(ii) Perumahan

Meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam aspek kuasa beli rakyat untuk perumahan mampu milik disamping mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sihat.

(iii) Infrastruktur Pendidikan

Melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berpengetahuan serta meningkatkan kualiti akses pembelajaran.

(iv) Infrastruktur Pertanian

Mewujudkan sistem saliran pertanian yang baik, meningkatkan keluaran hasil pertanian, mengurangkan masalah limpahan air parit dan banjir kilat.

(v) Infrastruktur Pengairan, Saliran dan Pembentungan

Menyediakan kemudahan asas kepada masyarakat untuk kehidupan yang lebih kondusif.

(vi) Infrastruktur dan Program Sosial

Menyediakan kemudahan awam yang selesa serta dapat memberi impak kepada perhubungan sosial masyarakat.

Page 97: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

97

(vii) Infrastruktur Kesihatan

Meningkatkan kualiti kesihatan penduduk sekitar serta kualiti kemudahan kesihatan sedia ada.

(viii) Infrastruktur Keselamatan

Meningkatkan perkhidmatan keselamatan bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.

(ix) Infrastruktur Pelancongan

Meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi masyarakat setempat.

(x) Infrastruktur Belia dan Sukan

Melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas serta atlet yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 6)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Senaraikan program dan projek Big Data oleh Kerajaan Negeri, PBT, Badan Berkanun Negeri dan Agensi Kerajaan di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan fungsi Big Data berkenaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Bagi menyokong program dan projek Big Data (Data Raya), Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah merangka Pelan Pembangunan Data Raya Pentadbiran Negeri bagi tempoh 2016 hingga 2020. Senarai program atau projek data raya di peringkat negeri yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dengan keahlian terdiri daripada semua Chief Information Officer (CIO) jabatan/agensi negeri telah ditubuhkan pada 23 Januari 2017. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras dan memantau perkongsian data dan penerbitan data terbuka di kalangan semua jabatan/agensi negeri. Ia bermesyuarat sebanyak dua (2) kali setahun. Semua perkara berkaitan dasar dan polisi data akan dibincang dan dibentang kepada Jawatankuasa Pemandu eGG (eGood Governance) yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri;

(ii) Polisi Data Negeri telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dikuatkuasakan melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Bil 1/2017 bertarikh 30 Ogos 2017. Polisi ini menjelaskan pelaksanaan, prinsip dan tadbir urus perkongsian data dan penerbitan data terbuka di peringkat negeri;

(iii) Sumbangan set data terbuka setiap tahun daripada semua jabatan/agensi negeri disalurkan untuk capaian awam melalui Portal Data Terbuka Malaysia

Page 98: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

98

di alamat www.data.gov.my bermula tahun 2018. Sumbangan set data ini adalah bagi membolehkan perkongsian data terbuka secara lebih meluas meningkatkan ketelusan Kerajaan dan memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan produk baharu. Mulai tahun 2018 sehingga 31 Mac 2019 sebanyak 149 set data terbuka jabatan/agensi negeri telah diterbitkan di Portal Data Terbuka Malaysia;

(iv) Program Pertandingan 24 Jam Hackathon Data Terbuka Negeri Pulau Pinang julung kali telah diadakan pada 29 dan 30 September 2018 dengan penyertaan sebanyak 18 pasukan yang terdiri daripada 58 peserta. Program ini sebagai langkah menggalakkan jabatan/agensi negeri dan orang awam dalam membangunkan produk data yang kreatif, berkualilti dan berinovasi menggunakan data terbuka Kerajaan Negeri; dan

(v) Pembangunan projek perintis Sistem Analitis Data Raya bagi Pemilikan Rumah Mampu Milik yang mula dibangunkan mulai Ogos 2017 dan siap pada April 2018. Sistem ini berfungsi untuk meramal dan membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan bilangan pemilikan rumah mampu milik kepada golongan sasaran iaitu golongan pertengahan di Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 7 Jabatan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun Negeri telah terlibat dalam menjayakan projek ini iaitu Bahagian Perumahan PSUKPP, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri PSUKPP, PlanMalaysia Negeri Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTG), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Senarai program atau projek data raya di peringkat negeri yang dalam perancangan untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:-

(i) Sistem Pengurusan Bencana dengan pembangunan modul analitis mengenai kejadian banjir di Pulau Pinang dan modul operasi bantuan. Ia dirancang untuk pembangunan pada tahun 2019 dan dijadualkan siap pada Jun 2020. Sistem ini berfungsi sebagai sistem pemantauan banjir untuk melihat potensi kawasan berisiko banjir dalam usaha pemakluman kepada rakyat sebagai persediaan dan urusan pemindahan bagi membantu pasukan jabatan/agensi terlibat bersiap siaga dan bertindak balas. Ia turut berfungsi untuk meramalkan masa jangkaan banjir;

(ii) Program Pertandingan 24 Jam Hackathon Data Terbuka Negeri Pulau Pinang akan diteruskan pada tahun 2019 yang dijadualkan pada September 2019 dengan sasaran penyertaan daripada jabatan dan agensi negeri serta orang awam. Program ini sebagai langkah menggalakkan jabatan/agensi negeri dan orang awam dalam membangunkan produk data yang kreatif, berkualilti dan berinovasi menggunakan data terbuka Kerajaan Negeri; dan

(iii) Penerbitan set data terbuka baharu oleh jabatan/agensi negeri disasarkan sebanyak 17 set data terbuka di Portal Data Terbuka Malaysia bagi tahun 2019.

Page 99: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

99

Senarai program atau projek data raya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:

(i) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang melaksanakan projek analitis data raya bagi pengurusan trafik. Tempoh projek adalah bermula dari 15 Oktober 2017 sehingga 14 Oktober 2020. Status projek yang terkini adalah 30% dengan 150 kamera CCTV telah dilengkapkan dengan aplikasi "video analytic". Ianya berfungsi untuk pengurusan trafik lalu lintas dan keselamatan melalui data video CCTV dan teknologi sensor. Ianya bertujuan untuk mendapatkan ramalan proaktif bagi pengurusan lalu lintas seperti pengesanan banjir, kemalangan, kesesakan lalu lintas, pembuangan sampah haram, pengesanan wajah, penyebaran maklumat lalu lintas dan pengangkutan awam secara masa nyata dan lain-lain. MBPP juga sedang mengintegrasikan data-data dari aplikasi-aplikasi dalaman Majlis untuk dianalisis di dalam satu platform analitik. MBPP dalam usaha mengemas kini dan menyeragamkan struktur dan format data secara dalaman ke arah pemacuan analisis Data Raya dalam semua bidang perkhidmatan Majlis; dan

(ii) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini di peringkat semakan semula dan penyediaan perincian spesifikasi keperluan untuk projek analitis data raya bagi Pengurusan Sisa Pepejal. Tender projek ini dijadualkan pada bulan Mei tahun 2019 dan di jangka mengambil tempoh dua (2) tahun untuk siap. Fungsi projek “big data” pengurusan sisa pepejal adalah seperti berikut:

- Membuat ramalan penjanaan sisa pepejal berdasarkan jenis premis mengikut kawasan DUN dan Parlimen;

- Mencadangkan keperluan optimum untuk tenaga kerja, kenderaan dan keperluan lain berdasarkan pembangunan sedia ada dan jangkaan keperluan bagi pembangunan baru;

- Membuat analisis pengurusan bahan kitar semula berdasarkan jenis, kawasan dan corak pembuangan; dan

- Membuat cadangan industri hijau bersesuaian dengan data kitar semula yang bersesuaian mengikut kawasan tertentu.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melaksanaan Eco-deck dan Green Connector sebagai satu inisiatif bandar basikal ASEAN?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sememangnya mempunyai perancangan untuk membina laluan basikal yang turut dikenali sebagai green connector sebagai salah satu inisiatif ke arah cycling city.

Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri dan MBPP telah merangka Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang. Laluan-laluan yang telah dirancang ialah laluan persisiran pantai timur, laluan persisiran pantai utara, laluan persisiran sungai, jalan mengelilingi pulau, jalan radial, jalan lingkaran dan penghubung, zon warisan, zon rekreasi, dan zon perindustrian bebas Bayan Lepas. Jumlah jarak laluan-laluan tersebut adalah lebih kurang 200km dan telah dirancang untuk disediakan secara berperingkat di

Page 100: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

100

seluruh bahagian Pulau, Pulau Pinang menjelang tahun 2020. Kini, lebih kurang 90% atau 180 km laluan basikal tersebut telah berjaya disediakan.

Salah satu perancangan dalam Pelan Induk Laluan Basikal adalah penyediaan Coastal Cycling Route dari Tanjung Tokong ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang berjarak 39.3 km. Pada masa kini, panjang laluan berbasikal tepi pantai coastal cycling route yang telah disiapkan adalah 30.2 km dan kos yang terlibat adalah RM 34.8 juta.

Di samping ini, laluan basikal jenis rekreasi di Bukit Bendera, Taman Belia dan Balik Pulau telah disediakan. Laluan basikal mengelilingi pulau juga telah diadakan beserta laluan radial dari Ayer Itam ke George Town.

Seterusnya, konsep Green Connector adalah untuk pengguna basikal dan pejalan kaki yang bermula dari Gurney Wharf ke pantai Batu Ferringgi. Jumlah panjang laluan ini adalah 12.5 km di mana 2km akan dibina di Gurney Wharf, dan 2 km telah diwujudkan di kawasan Sri Tanjung Pinang. Manakala, laluan basikal sepanjang 2.5 km dari Tesco Sri Tanjung Pinang hingga Hotel Flamingo sedang dibina oleh MBPP dan dijangka siap pada bulan April 2020.

MBPP juga mempunyai perancangan untuk membina laluan basikal di sepanjang pesisir pantai bermula dari Hotel Flamingo sehingga Shangri-La's Rasa Sayang Resort dengan jarak 6 km atau dikenali sebagai projek ecodeck. Komponen yang terlibat bagi pembinaan struktur eco-deck ini adalah termasuk eco-deck platform, struktur sokongan di bawah platform berkenaan dan kekisi (railing) bagi tujuan keselamatan. Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri telahpun mengemukakan permohonan peruntukan bagi projek tersebut kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Senaraikan jumlah pelancong asing mengikut negara yang memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang dan Pelabuhan dari tahun 2015 hingga 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia, pelancong asing yang masuk ke Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang melalui ketibaan antarabangsa (tidak termasuk melalui domestik) dan Swettenham Pier Cruise Terminal dari tahun 2015 hingga 2018 adalah berjumlah 3,179,051 orang. Pecahan mengikut bilangan pelancong dan negara adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Berapakah jumlah lampu jalan yang telah ditukarkan kepada jenis LED di MBPP dan MPSP?

(a) Berapakah jumlah kos pemasangan dan jumlah penjimatan bil elektrik berbanding sebelum pemasangan lampu LED?

Page 101: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

101

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Jumlah lampu jalan yang telah ditukarkan kepada jenis Light Emitting Diode (LED) di Negeri Pulau Pinang berjumlah 7,798 unit iaitu 7,135 unit di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 663 unit di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Perincian mengenai bilangan lampu jalan biasa dan LED di kawasan MBPP dan MPSP adalah seperti di Lampiran A.

(a) Jumlah kos keseluruhan pemasangan 7,135 unit lampu LED di kawasan pentadbiran MBPP adalah berjumlah RM16,338,384.10 termasuk kos penyelenggaraan untuk tempoh 15 tahun. Jumlah penjimatan elektrik adalah dijangka sebanyak RM700,000.00 setahun berbanding sebelum pemasangan lampu LED menjadikan penjimatan sebanyak 57.37%. Bagi kawasan pentadbiran MPSP pula, kos pemasangan adalah sebanyak RM3.4 juta dibayar secara bulanan untuk tempoh 15 tahun iaitu RM18,888.89 sebulan. Jumlah penjimatan sebenar masih belum dapat ditentukan kerana kerja-kerja penggantian lampu LED masih sedang berjalan. Walau bagaimanapun, pentadbiran MPSP menjangkakan penjimatan bil elektrik akan berkurangan sebanyak 30% daripada jumlah bil elektrik tahunan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah status rancangan Repopulating George Town?

(a) Senaraikan inisiatif yang telah dan sedang dijalankan.

(b) Adakah Pelan Kawasan Khas Warisan bagi George Town telah membantutkan usaha berkenaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang melaksanakan program Repopulating George Town dengan memperkenalkan konsep micro-housing di rumah-rumah kedai sedia ada dalam Tapak Warisan. Projek perintis program ini melibatkan sebanyak enam (6) buah rumah kedai milik MBPP di Lebuh Kimberley. Rumah-rumah kedai tersebut dinaik taraf dan dibaik pulih untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara selaras dengan program Repopulating George Town iaitu menarik semula orang ramai untuk tinggal di dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town.

(a) Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah seperti berikut:

(i) Melaksanakan projek perintis micro-housing di bangunan milik MBPP;

(ii) Melaksanakan projek-projek menaik taraf infrastruktur awam seperti pasar, perabot jalan dan taman-taman awam;

(iii) Menaik taraf lorong-lorong belakang serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di sekitar George Town;

(iv) Memastikan kawasan ini lebih terjaga, lebih selamat, lebih bersih dan mesra orang awam;

Page 102: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

102

(v) Melaksanakan program penetapan semula penduduk dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town; dan

(vi) Menggalakkan pemaju-pemaju untuk melaksanakan pembangunan berdasarkan konsep micro-housing.

(b) Setakat ini, kesemua projek-projek yang dilaksanakan bagi tujuan Repopulating George Town seperti projek-projek menaik taraf lorong belakang, infrastruktur awam dan penempatan semula penduduk dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town adalah berlandaskan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT).

Bagi menjadikan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT) lebih komprehensif, satu kajian awal untuk pengubahan / semakan sedang dijalankan oleh pihak PLANMalaysia Pulau Pinang bersama-sama Jabatan Warisan Negara, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI). Kajian ini adalah bagi memastikan RKKTWDGT mudah difahami oleh semua golongan masyarakat dengan mewujudkan garis panduan berkaitan bangunan warisan, infrastruktur dan lain-lain serta menambahbaik aktiviti kawalan pembangunan yang dibenarkan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sila senaraikan larangan-larangan yang terdapat dalam Pelan Kawasan Khas Warisan.

(a) Adakah larangan tersebut meningkatkan kemasukan pelancong ke kawasan warisan?

(b) Jika tidak, nyatakan tindakan yang telah diambil.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Larangan-larangan yang terdapat dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT) adalah seperti berikut:

- Larangan kepada aktiviti premis burung walit;

- Larangan mengoperasikan hotel bajet baharu;

- Larangan kepada aktiviti yang bercanggah dengan bidang zon guna tanah. Kegunaan tanah hendaklah mematuhi bidang zon yang ditetapkan seperti zon institusi, zon hijau, zon persisiran air, zon kewangan, zon perdagangan, zon jeti, zon perusahaan dan zon khas;

- Larangan menggunakan bahan binaan yang memudaratkan bangunan warisan;

- Larangan merubah reka bentuk fasad, bumbung, telaga udara bangunan-bangunan warisan; dan

- Larangan mengubah ciri-ciri dan kegunaan bagi bangunan warisan kategori.

Page 103: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

103

(a) Larangan yang dikenakan dalam RKKTWDGT bertujuan untuk mengekalkan nilai keunggulan sejagat (Outstanding Universal Value) George Town sebagai tapak warisan dunia. Secara tidak langsung ia dapat menarik lebih ramai pelancong untuk melihat bangunan warisan dan budaya masyarakat tempatan serta keunikan yang terdapat di kawasan berkenaan. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat khusus berkenaan kemasukan pelancong ke Tapak Warisan Dunia George Town kerana tidak mengenakan kawalan kemasukan ke kawasan warisan.

(b) Larangan yang dikenakan dalam RKKTWDGT telah meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kerana tujuan kehadiran mereka adalah untuk merasai tinggalan sejarah masyarakat majmuk dan kepelbagaian budaya. Daya tarikan lain Tapak Warisan Dunia George Town adalah “Warisan Hidup” (Living Heritage) yang boleh dilihat dalam rupa bentuk bandar terutamanya rumah kedai dan rumah bandar. Kerajaan Negeri akan memastikan larangan tersebut dipatuhi supaya George Town kekal diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila nyatakan status pelaksanaan rumah transit yang dicadangkan untuk penempatan gelandangan.

(a) Nyatakan kapasiti rumah transit berkenaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam tindakan mewujudkan sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di Lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown.

Cadangan pusat transit gelandangan ini telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 7/2019 pada 6 Mac 2019 dan disahkan pada 13 Mac 2019. Mesyuarat MMKN tersebut bersetuju dan memutuskan agar pembinaan pusat transit ini diuruskan oleh MBPP bagi memudahkan urusan pelantikan perunding dan mempercepatkan proses kebenaran merancang dan pelan bangunan. Pada masa ini, projek tersebut dalam peringkat pelaksanaan.

Kerajaan Negeri telah memutuskan agar pembinaan pusat transit ini diuruskan oleh MBPP bagi memudahkan urusan pelantikan perunding dan mempercepatkan proses kebenaran merancang dan pelan bangunan.

MBPP telahpun melantik perunding pada 22 Januari 2019 dan kesemua perunding bagi projek ini bersetuju untuk melaksanakan projek ini secara Pro Bono/Corporate Social Responsibility (CSR).

MBPP telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama perunding yang dilantik bagi membincangkan konsep, idea dan keseluruhan kos pembinaan. Projek pembinaan pusat transit ini dicadangkan sebagai bangunan hijau dan mempunyai konsep triple net zero iaitu zero waste, zero energy dan zero water.

Projek ‘Pusat Transit Gelandangan’ tersebut kini dalam proses reka bentuk akhir dan akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri setelah dimuktamadkan.

Page 104: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

104

(a) Pusat transit ini berkemampuan untuk menampung 75 sehingga 80 orang pada satu masa.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila senaraikan deklarasi ke atas forum-forum yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dari tahun 2018.

(a) Adakah penganjuran forum berkenaan memberi manfaat kepada pembayar cukai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Terdapat 11 forum yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan PBT dari tahun 2018 sehingga Februari 2019 dan satu (1) forum yang akan dianjurkan pada Oktober 2019. Perincian dan deklarasi forum tersebut adalah seperti berikut :-

(i) Symposium of Sustainable Penang 2018 (15-16 Januari 2018)

Symposium of Sustainable Penang 2018 telah diadakan pada 15-16 Januari 2018 di Auditorium A, KOMTAR. Tujuan penganjuran symposium ini adalah untuk mewujudkan satu platform kepada semua pihak berkepentingan termasuk jabatan dan agensi kerajaan, ahli akademik, Badan Tidak Berasaskan Keuntungan / NGO, penduduk setempat atau komuniti dan pihak swasta untuk mengkaji tentang isu-isu strategik yang akan membawa impak besar kepada hala tuju pembangunan Pulau Pinang pada masa depan.

Selain itu, penganjuran simposium ini adalah sebagai langkah pertama dalam proses pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang mensasarkan untuk menghasilkan strategi ke arah membina komuniti Pulau Pinang berdaya tahan (resilient) dalam menghadapi dan menyesuaikan diri dengan cabaran alam sekitar pada masa depan menjelang tahun 2030.

Symposium of Sustainable Penang 2018 menyasarkan usaha awal bagi menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri hijau di Malaysia dipacu oleh ekonomi hijau dan tadbir urus inovatif dengan rakan perkongsian 4P – Public (Awam), Private(Swasta), People (Rakyat) dan Profesional serta pembangunan agenda yang lestari.

Cadangan dan input yang diperolehi daripada simposium ini diguna pakai oleh Kerajaan Negeri sebagai asas dalam proses pembanguanan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan dijadikan pelan hala tuju ke arah pembangunan Pulau Pinang sebagai negeri lestari.

(ii) World Urban Forum 9 (WUF9) : Penganjuran Lawatan Teknikal Ke George Town (10-11 Februari 2018)

Pulau Pinang dipilih sebagai salah satu lokasi lawatan teknikal sempena penganjuran WUF9. Pemilihan Pulau Pinang sebagai salah satu lokasi menunjukkan bandar di Pulau Pinang boleh dicontohi oleh bandar-bandar lain di dunia. Pemilihan Pulau Pinang sebagai salah satu contoh memberikan impak positif bahawa pengurusan bandar raya dengan kerjasama pihak berkepentingan untuk pembayar cukai di Pulau Pinang adalah satu kaedah terbaik. Pengurusan kawasan warisan, budaya tempatan, kawasan hijau dan produk yang dipamerkan adalah satu ruang yang disediakan oleh sesebuah bandar untuk pembayar cukai.

Page 105: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

105

Lawatan daripada pihak delegasi luar dan pandangan mereka yang diterima melalui perbincangan digunakan untuk pengurusan bandar agar memberikan perkhidmatan terbaik kepada pembayar cukai.

(iii) Tourism Promotion Organisation (TPO) for Asia Pacific (20-23 Jun 2018)

Merupakan satu badan antarabangsa yang diwujudkan pada tahun 2002. Badan antarabangsa digunakan sebagai satu platform perkongsian maklumat pengurusan dan produk produk di sesebuah bandar.

Pada tahun 2018, forum diadakan di Ho Chi Minh, Vietnam. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memenangi anugerah ‘Best Print Advertisement’ untuk menganjuran program ‘Penang Yosakoi Parade di bandar George Town, Pulau Pinang. Persidangan yang diadakan oleh TPO menjadi ruang untuk promosi produk pelancongan tempatan di platform antarabangsa dan MBPP sentiasa aktif dalam mengambil bahagian dalam pembentangan kertas kerja dan perkongsian maklumat perbandaran dengan bandar lain yang menjadi ahli.

Perbincangan di ruang antarabangsa memberikan ruang untuk pelajari kaedah dan pengurusan dari bandar lain untuk diaplikasikan di Pulau Pinang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pembayar cukai.

(iv) Taklimat Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Kepada Mahasiswa Semasa Penang Smart City Forum 2018 (28 Julai 2018)

Sesi taklimat berkaitan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kepada mahasiswa semasa Penang Smart City Forum 2018 yang diadakan pada 28 Julai 2018 di Hotel Jen. Sesi ini menjadi satu platform untuk para mahasiswa untuk menimba pengetahuan dan pendedahan mengenai PIP dan pembangunan bandar pintar.

(v) Convention Universal Design (6 Sepember 2018)

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan Seminar Peranan Perunding Dalam Menyediakan Reka Bentuk Sejagat Secara Inklusif Pengisian pada 6 September 2018 bertempat di Ixora Hotel. Seminar yang telah dijalankan adalah seperti berikut : • Slot 1 : Keperluan Golongan Orang Kurang Upaya

• Slot 2 : Keperluan Reka Bentuk Sejagat Berdasarkan Uniform Building By Law (UBBL0 1986)

• Slot 3 : Keperluan Reka Bentuk Sejagat Dan Malaysian Standard (MS-1184)

• Slot 4 : Peranan Principal Submitting Person (PSP) Dalam Menyediakan Reka Bentuk Jejagat

• Slot 5 : Peranan MPSP Dalam Menguatkuasakan Reka Bentuk Sejagat

Seminar ini telah dihadiri seramai 93 orang peserta yang merangkumi pemaju, arkitek, jurutera, jururancang bandar, agensi kerajaan dan agensi swasta daripada pelbagai negeri. Peserta yang hadir dapat memahami dan mempelajari aspek yang diperlukan dalam semakan dan pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat (UD) dalam pelan pembangunan termasuk kaedah semakan di tapak berdasarkan spesifikasi dalam UBBL 1986 dan MS-1184 dan dapat memberikan panduan yang jelas kepada peserta termasuk dalam membuat semakan dan pelaksanaan UD di dalam pelan pembangunan di tapak

Page 106: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

106

pembinaan agar ianya selari dengan keperluan perundangan sediada berkaitan UD berkenaan.

(vi) Sesi townhall awam bagi Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Pan Island Link 1 (PIL 1) (20 September 2018)

Satu sesi townhall awam berkaitan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Pan Island Link 1 (PIL 1) telah diadakan pada 20 September 2018 di SPICE. Sesi townhall ini menjadi satu platform kepada stakeholder dan orang awam mendengar pembentangan laporan EIA dan menyuarakan maklum balas dan pandangan masing-masing.

Semua isu dan pandangan yang diutarakan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai sebahagian daripada proses maklum balas stakeholder / orang awam terhadap laporan EIA tersebut.

(vii) Forum Awam PIP Untuk Rakyat Pulau Pinang (30 September 2018)

Satu sesi forum awam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) untuk rakyat Pulau Pinang telah diadakan pada 30 September 2018 di Dewan Sri Pinang. Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai PIP. Orang awam diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan isu masing-masing dan dalam masa yang sama pihak Kerajaan Negeri dapat memberi maklum balas / menjawab isu-isu yang dibangkitkan berkaitan PIP.

(viii) Forum Inter-Islands Tourism Policy (ITOP) (24-25 Oktober 2018)

Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada penganjuran Forum Inter-Islands Tourism Policy (ITOP) kali ke-22 pada 24-25 Oktober 2018 di Hotel St Giles Wembley. Forum ini bertujuan untuk meneroka pasaran pelancongan dunia melalui kerjasama bersama negara kepulauan yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri kebudayaan, struktur dan dasar pelancongan.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani dengan memberi penekanan terhadap usaha kerjasama dan perkongsian pintar di antara negara-negara ahli serta meningkatkan usaha promosi dan kesedaran terhadap lokasi-lokasi pelancongan serta aktiviti kebudayaan dan kesenian di kalangan negara-negara ahli.

Penganjuran forum ini telah mempromosikan pelancongan Pulau Pinang kepada negara-negara ahli dan secara tidak langsung meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

(ix) Freedom Film Festival 2018, George Town (10-11 November 2018)

Freedom Film Festival dianjurkan dengan kerjasama dengan pihak SUARAM Penang mulai 10-11 November 2019 bertempat di Pusat Belia, George Town, Pulau Pinang. Program bertemakan ‘Mend The Gap’ diinspirasikan oleh Agenda UN2030 iaitu ‘No One Should Be Left Behind’ Program ini mempertengahkan isu global melalui dokumentasi. Pelbagai filem antarabangsa serta tempatan telah dipamerkan kepada orang ramai untuk memberi pengetahuan, pendedahan, pemahaman, isu seperti persekolahan, keperluan perubatan, kehidupan orang kurang upaya, sustainable development dan pelbagai lagi aspek. Sesi perbincangan yang diadakan

Page 107: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

107

memberi ruang untuk pembayar cukai mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu isu serta memberi cadangan pandangan.

(x) Seminar Green Building Index and GBI Certication 3 bertempat SPiCE (3 Disember 2018)

Seminar ini telah diadakan pada 3 Disember 2018 bertempat di SPiCE, Pulau Pinang. Para peserta seminar adalah terdiri daripada kakitangan MBPP, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institution of Engineers, Malaysia (IEM), Malaysia MalaysiaInstitute Of Planner dan REHDA Penang. Seminar ini adalah bertujuan memberi pendedahan mengenai Green Building Index (GBI) kepada para peserta supaya dapat mempraktikan GBI sekaligus mendapatkan pensijilan GBI dalam pembangunan baru dan memberi manfaat kepada pembayar cukai khususnya di kawasan MBPP.

(xi) Bengkel Universal Design bertempat di Gurney Hotel (15 Februari 2019)

Para peserta bengkel adalah terdiri daripada Kakitangan MBPP, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institution of Engineers, Malaysia (IEM), Malaysia dan Bengkel ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan menerapkan elemen-elemen universal design semasa sesuatu projek dirancang dan dilaksanakan. Ini sekaligus memberikan manfaat kepada pengguna atau rakyat Pulau Pinang khususnya pembayar cukai mengenai projek-projek pembinaan/naiktaraf telah diterapkan elemen-elemen universal design.

(xii) Penganjuran Asia Pacific Urban Forum Ketujuh (APUF-7) 2019 bertempat di SPiCE (14-18 Oktober 2019)

Asia Pacific Urban Forum ketujuh (APUF-7) 2019 dianjurkan oleh United Nations Economic & Social Commission for Asia and the Pacific (UN-ESCAP) dengan kerjasama United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), Kerajaan Malaysia dan Urbanise Malaysia. MBPP bagi pihak Kerajaan Negeri bertindak sebagai urus setia dan penyelaras kepada acara APUF-7 ini. Ini adalah julung kalinya APUF dianjurkan di Malaysia. Pulau Pinang merupakan bandar yang dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah APUF-7. Penganjuran APUF-7 mencerminkan komitmen Pulau Pinang kepada dunia untuk mewujudkan dan membangunkan bandar yang mampan dan sejahtera melalui penggunapakaian New Urban Agenda(NUA), The Paris Agreement dan The 2030 Agenda for Sustainable Development bagi menuju ke arah masa depan bandar yang lebih baik. Ini juga selari dengan visi Penang 2030 Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terutamanya tema pertama iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti kehidupan (increase liveability to enhance quality of life) serta tema keempat iaitu melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan (invest in the built environment to improve resellience) yang merupakan tunjang Penang 2030.

(a) Penganjuran forum-forum oleh Kerajaan Negeri dan PBT ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang khususnya pembayar cukai secara langsung atau secara tidak langsung. Melalui penganjuran forum-forum yang bertaraf antarabangsa ini telah menempatkan Pulau Pinang di mata dunia dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri pelancongan dunia dan Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan The Most Liveable City in Asia oleh Global Consulting firm EAC International kerana ramai pelabur

Page 108: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

108

asing datang melabur di Pulau Pinang dan negeri ini menjadi negeri pilihan utama yang sesuai untuk didiami sebagai rumah kedua yang menyebabkan keperluan sosio-ekonomi di Pulau Pinang amat memberangsangkan.

Pulau Pinang juga telah menjadi daya tarikan ramai warganegara lain untuk datang menetap di Pulau Pinang bagi pelbagai tujuan seperti bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, menyambung pengajian dan sebagainya. Pulau Pinang telah menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dan peningkatan kedatangan pelancong telah berjaya meningkatkan sektor pelancongan Pulau Pinang yang mengukuhkan lagi ekonomi negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Nyatakan senarai pembelian kenderaan oleh Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sejak tahun 2017 hingga 2019.

(a) Nyatakan kos penyelenggaraan tahunan bagi kenderaan mengikut jabatan dari tahun 2017 hingga 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Senarai pembelian kenderaan dan kos penyelenggaraan oleh Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2017 hingga 2019 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 15)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan e-parking Payment System yang diseragam di 15 PBT Negeri Perak sejak Januari 2019.

(a) Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memudahkan orang ramai membuat bayaran letak kenderaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan telah melaksanakan proses Request For Proposal (RFP) bagi pembangunan dan pengurusan sistem tempat letak kereta secara pintar (smart parking) untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Perancangan sistem smart parking ini adalah merangkumi kawasan pentadbiran MBPP di bahagian Pulau dan kawasan pentadbiran MPSP di bahagian Seberang Perai dengan melibatkan dua (2) kategori tempat letak kereta iaitu tempat letak kereta atas jalan (on street parking) dan tempat letak kereta terbuka (open space parking). Selain itu, sistem smart parking ini akan merangkumi aspek-aspek dan kriteria seperti berikut:

(i) Pembangunan Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Secara Pintar untuk pengguna,

(ii) Penguatkuasa dan pembekal;

(iii) Pembangunan cadangan sistem pengurusan penguatkuasaan;

Page 109: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

109

(iv) Pengurusan integrasi sistem yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan perlu dikenal pasti bagi memastikan perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan lancar;

(v) Penyediaan perkhidmatan, pengurusan dan penyelenggaraan tempat letak kereta;

(vi) Penyediaan infrastruktur yang menyokong pelaksanaan sistem tempat letak kereta secara pintar;

(vii) Menyediakan pelbagai saluran dan kaedah pembayaran; dan

(viii) Menjalankan promosi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

Proses penawaran RFP ini dijangka selesai pada bulan Mei ini dan pelaksanaan projek pilot akan bermula pada bulan Jun tahun ini meliputi kawasan-kawasan yang akan diumumkan kelak.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Berapakah kadar pengangguran yang dicatatkan di Negeri Pulau Pinang mengikut tahun dari 2008 hingga 2018?

(a) Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengatasi masalah ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2017 adalah seperti jadual di bawah:

Tahun Kadar Pengangguran (%)

2008 2.0

2009 2.5

2010 2.2

2011 1.9

2012 2.0

2013 1.7

2014 1.6

2015 1.6

2016 2.1

2017 2.1

Kadar bagi tahun 2018 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

(b) Bagi mengatasi masalah pengangguran di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui Invest Penang untuk meneruskan usaha mempromosi dan menarik pelaburan, sama ada pelabur baharu ataupun penambahan pelaburan dari pelabur sedia ada, di samping membantu pembangunan Industri Kecil dan

Page 110: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

110

Sederhana (IKS) tempatan. Usaha ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pekerja yang hilang pekerjaan mempunyai potensi untuk ditawarkan pekerjaan;

(ii) Mempelbagaikan pelaburan dalam sektor Global Business Services (GBS) supaya peluang perkerjaan dapat ditingkatkan dalam bidang kewangan, teknologi maklumat (IT), seni kreatif, perisian dan sumber manusia selain daipada sektor pembuatan, pendidikan dan pelancongan perubatan (medical tourism);

(iii) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk ‘startup’ dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, Big Data Analytics (BDA) dan Internet of Things (IOT);

(iv) Membantu semua golongan graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan pekerja baharu dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan yang dikemukakan oleh majikan melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre). Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.; dan

(v) Membuka lebih banyak peluang pekerjaan di PBT dengan mewujudkan jawatan-jawatan bertaraf kontrak tertakluk kepada keperluan PBT.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Selama 10 tahun pelaksanaannya sehingga Mac 2019, seramai 3,235 usahawan/penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM16.79 juta.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM). TUT memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00 telah disediakan di mana sehingga Februari 2019, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Page 111: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

111

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Sila nyatakan pelan tindakan ke atas rancangan mengurangkan kesesakan trafik di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan tempoh penyelesaiannya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Pelan tindakan Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Perindustrian Bayan Lepas adalah seperti berikut:

(a) Membina satu pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan yang menuju ke arah lapangan terbang dan jalan ban di tepi Sungai Keluang untuk pusing balik menghala ke arah Bayan Baru dan George Town;

(b) Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah dilarang membelok ke kanan ke Jalan Tengah dan mengubah suai lampu isyarat dari empat fasa ke dua fasa di persimpangan Jalan Tengah/Jalan Sultan Azlan Shah;

(c) Menyediakan satu (1) lorong tambahan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Hilir Sungai Keluang;

(d) Melebarkan jambatan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Hilir Sungai Keluang;

(e) Menyediakan lima (5) lorong lalu lintas di Jalan Tengah di antara Jalan Mayang Pasir ke Persiaran Mahsuri;

(f) Menyusun semula aliran lalu lintas di kawasan pusat bandar Bayan Baru dengan cadangan pelaksanaan sistem aliran lalu lintas sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Jalan Mayang Pasir 1, Jalan Mayang Pasir 2 dan Jalan Mayang Pasir 3;

(g) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang /Jalan Bukit Gambir dengan membina persimpangan bertingkat dan membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

(h) Menyediakan enam (6) lorong lalu lintas di Jalan Tun Dr. Awang ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang /Jalan Tengah/Jalan Bayan;

(i) Menaik taraf bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang dan melebarkan lorong-lorong lalulintas sedia ada;

(j) Membina pusingan U bertingkat dan tanjakan berarah untuk menghubungkan Jalan Tun Dr. Awang dengan Jalan Dato' Ismail Hashim dan Jalan Paya Terubong;

(k) Membina jalan bagi menyambungkan Jalan Tun Dr. Awang dengan Jalan Sultan Azlan Shah;

(l) Bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal lalu lintas di simpang-simpang jalan utama berhampiran kawasan Perindustrian Bayan Lepas (FIZ) pada waktu puncak;

Page 112: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

112

(m) Menyelaras lampu-lampu isyarat di jalan-jalan berhampiran kawasan Perindustrian Bayan Lepas (FIZ); dan

(n) Merancang pembinaan Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) dan Pan Island Link (PIL) yang akan melalui kawasan FIZ dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE).

Kesemua pelan tindakan yang dirancang bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Perindustrian Bayan Lepas dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 7 tahun bermula pada penghujung tahun 2019.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Nyatakan syarat-syarat yang dikenakan ke atas pemaju hartanah yang berimpak tinggi dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Jalan Tun Dr Awang, Bayan Baru dan Persiaran Bayan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Majlis Bandarraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Pulau telah menetapkan syarat yang ketat ke atas pemaju yang menjalankan projek pembangunan di kawasan Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Baru dan Persiaran Bayan bagi membendung isu kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Syarat-syarat yang dikenakan oleh MBPP mengikut kawasan adalah seperti berikut :

(a) Jalan Tun Dr. Awang

(i) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Bukit Gambir dengan membina persimpangan bertingkat dan membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

(ii) Jalan Tun Dr. Awang ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan disediakan dengan enam (6) lorong lalu lintas;

(iii) Jambatan merentangi Sungai Ara di Jalan Tun Dr. Awang disediakan dengan enam (6) lorong lalu lintas;

(iv) Menaik taraf bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang dan melebarkan lorong-lorong lalu lintas sedia ada; dan

(v) Membina pusingan U bertingkat dan tanjakan berarah untuk menghubungkan Jalan Tun Dr. Awang dengan Jalan Dato' Ismail Hashim dan Jalan Paya Terubong.

(b) Kawasan Bayan Baru

(i) Membina satu pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan yang menuju ke arah lapangan terbang dan jalan ban di tepi Sungai Keluang untuk pusing balik menghala ke arah Bayan Baru dan George Town;

Page 113: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

113

(ii) Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah dilarang membelok ke kanan ke Jalan Tengah dan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah diubah suai menjadi dua (2) Fasa;

(iii) Menyediakan satu (1)lorong tambahan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Hilir Sungai Keluang;

(iv) Melebarkan jambatan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Hilir Sungai Keluang;

(v) Menyediakan lima (5) lorong lalu lintas di Jalan Tengah di antara Jalan Mayang Pasir ke Persiaran Mahsuri; dan

(vi) Menyusun semula aliran lalu lintas di kawasan pusat bandar Bayan Baru dengan cadangan pelaksanaan sistem aliran lalu lintas sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Jalan Mayang Pasir 1, Jalan Mayang Pasir 2 dan Jalan Mayang Pasir 3.

(c) Persiaran Bayan

(i) Menaik taraf Persiaran Bayan kepada empat (4) lorong lalu lintas dari Jalan Bayan hingga ke Jalan Dato’ Ismail Hashim;

(ii) Menyediakan pondok perhentian bas dengan lay-by di Jalan Bayan; dan

(iii) Lampu isyarat di persimpangan Jalan Dato’ Ismail Hashim / Jalan Bayan akan dinaik taraf dan diubah suai kepada dua (2) fasa.

Di samping bagi ketiga-tiga kawasan ini, semua permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan perlu mendapatkan kelulusan Laporan Kajian Lalu lintas (TIA). Syarat-syarat berkaitan Laporan Kajian Lalu lintas (TIA) perlu dicatat di atas pelan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Pulau Pinang adalah destinasi pembangunan hartanah berprestij tinggi.

(a) Nyatakan inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan PBT dalam mewujudkan bandar-bandar baharu selaras dengan Penang 2030.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Tidak dapat dinafikan bahawa Negeri Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi pembangunan hartanah di Malaysia dan memerlukan perancangan bandar-bandar baharu yang komprehensif.

(a) Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah menjelaskan dasar mengenai perancangan pembangunan bandar-bandar baharu dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) yang kini dalam proses pewartaan. Keutamaan pembangunan bandar-bandar baharu adalah mengikut hierarki yang ditetapkan dalam Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2) dan mengikut fungsi yang ditetapkan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN).

Page 114: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

114

Perancangan kawasan pembangunan baharu Kerajaan Negeri adalah seperti Projek Tebusguna Tanah Selatan Pulau Pinang atau Penang South Reclamation (PSR) yang merupakan projek yang bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negeri yang sekaligus akan dapat meningkatkan pendapatan rakyat. Projek ini meliputi penebusgunaan tanah yang berkeluasan 4,500 ekar di daerah Barat Daya. Projek ini akan menjadi sebahagian daripada penggalak Zon Industri Bayan Lepas di samping membangunkan Smart City di Pulau Pinang.

Sementara itu, daripada pihak PBT pula antara inisiatif yang diberikan adalah dengan mempercepatkan kelulusan sehingga Certificate Completion And Compliance (CCC) dikeluarkan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Nyatakan perkembangan lima (5) fokus pelaksanaan Penang 2030 oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri sejak ia dilancarkan pada 29 Ogos 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sejak Visi Penang 2030 dilancarkan pada 29 Ogos 2018, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) telah mengadaptasikan visi ini dengan semua projek / program sedia ada dan juga yang baru. Pelaksanaan projek / program akan memfokuskan kepada empat (4) tema utama iaitu:

(i) Increase liveability to enhance quality of life;

(ii) (ii) Upgrade the economy to raise household incomes;

(iii) Empower people to strengthen civic participation; dan

(iv) Invest in built environment to improve resilience.

Melalui visi ini, 16 inisiatif strategik telah ditetapkan yang akan menjadi panduan bukan sahaja kepada BPEN tetapi juga semua jabatan / agensi Kerajaan Negeri. Sejak Ogos 2018, BPEN telah melancarkan beberapa program / projek baru yang berkaitan dengan Visi Penang 2030 seperti jadual di bawah:

Bil. Program / Projek Tema Utama Inisiatif Strategik

1 Kempen Tak Nak Penyedut Minuman Plastik

(No To Plastic Straw)

Invest in the Built Environment to Improve Resilience

Implement climate change adaptation plans

2 Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) di setiap Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN)

Empower People to Strengthen Civic Participation

Boost participation of youth, women and seniors in community life

3. Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang

(Penang Tourism Master Plan)

Upgrade the Economy to Raise Household Incomes

Create a variety of quality tourism products across island and mainland.

Foster an ecosystem that nurtures creative

Page 115: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

115

industries and niche business services

4. Pembaikan Hakisan Pantai di Pesisir Pantai Bagan Ajam Bersebelahan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)

Increase Liveability to Enhance Quality of Life

Continue to improve public safety and cleanliness

5. Cadangan Pembinaan Dewan Badminton di Kuarters Lama Jabatan Kerja Raya (JKR), Bukit Panchor, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS)

Increase Liveability to Enhance Quality of Life

Diversify recreation, sports, arts and culture facilities

Kerajaan Negeri, bukan sahaja melalui BPEN tetapi juga semua jabatan / agensi yang lain akan memastikan agar semua program / projek yang akan dilaksanakan pada masa akan datang berpaksikan kepada visi ini agar sasarannya tercapai pada tahun 2030 kelak.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melobi bagi menurunkan kadar bayaran tol Jambatan Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melobi bagi menurunkan kadar bayaran tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan Kerajaan Negeri akur dan faham akan wujudnya perjanjian konsesi di antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak PLUS, serta implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun,Kerajaan Persekutuan telah pun memberikan keistimewaan kepada rakyat Pulau Pinang khususnya dengan memansuhkan tol motosikal (Kelas 0) di Jambatan Pulau Pinang dan juga Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Nyatakan cadangan-cadangan dalam meningkatkan keupayaan Sistem Pengangkutan Awam Negeri Pulau Pinang yang diusahakan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri melalui Seksyen Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah merancang dan melaksanakan pelbagai cadangan dalam meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan awam di negeri Pulau Pinang. Cadangan-cadangan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(a) Mewujudkan satu (1) bas pengantara percuma yang dinamakan Central Area Transit (CAT) sejak tahun 2009;

(b) Melancarkan perkhidmatan bas Bridge Ekpress Shuttle Transit (BEST) Free Industrial Zone (FIZ) pada tahun 2011 untuk pekerja-pekerja sektor swasta di kawasan kilang;

Page 116: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

116

(c) Melaksanakan perkhidmatan BEST KOMTAR pada tahun 2012 untuk pekerja-pekerja sektor awam yang bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR); dan

(d) Melancarkan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) di dua belas (12) laluan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak Rapid Penang sentiasa menambah baik perkhidmatan bas dari segi operasi dan penambahbaikan laluan bas. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan membina jajaran Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam penganjuran Asia Pacific Urban Forum 2019?

(a) Senaraikan faedah dan nilai tambah ke atas Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Asia Pacific Urban Forum Ketujuh (APUF-7) 2019 dianjurkan oleh United Nation Economic & Social Commission for Asia and the Pacific (UN-ESCAP) dengan kerjasama United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), Kerajaan Malaysia dan Urbanise Malaysia. Bagi pihak Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bertindak sebagai tuan rumah dan penyelaras acara APUF-7 ini.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan masih belum menanggung sebarang kos bagi penganjuran APUF-7. Akan tetapi, anggaran bajet yang telah disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah berjumlah lebih kurang RM1.6 juta bagi menampung kos ‘Pre-Event’ yang akan diadakan iaitu ‘The Cycling Mayors’, Majlis Perasmian APUF-7, bahan-bahan promosi, kos menaik taraf dan pewujudan ‘Green Connectivity’, program ‘Potpourri of Penang Carnival’ dan lawatan teknikal yang dijangka akan dihadiri oleh 10,000 orang termasuk Datuk-Datuk Bandar, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, peserta-peserta, orang-orang awam dan para jemputan.

(a) Faedah dan nilai tambah ke atas Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi penganjuran APUF-7 adalah seperti berikut:-

(i) APUF merupakan satu forum bukan perundangan yang dianjurkan pada setiap empat hingga lima tahun sekali semenjak tahun 1993. APUF telah dikenal pasti sebagai satu platform terulung di arena global bagi pembuat dasar di rantau ini untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan isu baru khusus berkaitan pembangunan bandar;

(ii) APUF adalah julung-julung kalinya dianjurkan di Malaysia dan Negeri Pulau Pinang adalah bertuah kerana menjadi bandar yang dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah APUF-7. Penganjuran APUF-7 mencerminkan komitmen Pulau Pinang kepada dunia untuk mewujudkan dan membangunkan bandar yang mampan dan sejahtera melalui pelaksanaan ‘New Urban Agenda (NUA), The Paris Agreement’

Page 117: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

117

dan ‘The 2030 Agenda for Sustainable Development’ dalam membangunkan bandar yang lebih baik;

(iii) Penganjuran APUF-7 juga adalah selari dengan visi Penang 2030 Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terutama berkaitan dengan tema pertamanya iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti kehidupan (increase liveability to enhance quality of life) serta tema keempatnya iaitu melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan (invest in the built environment to improve resellience); dan

(iv) Penganjuran APUF-7 juga dijangka akan menarik penyertaan lebih daripada 10,000 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Malaysia, perwakilan antarabangsa dari negara Asia Pasifik, pegawai-pegawai dan perwakilan dari United Nation, pemimpin dan wakil rasmi Kerajaan dari pelbagai negara, penggubal dasar dan polisi dari seluruh dunia, serta semua pemegang taruh (stakeholders) tempatan dan antarabangsa. Pulangan kewangan secara tidak langsung kepada Pulau Pinang dan negara adalah besar melalui kemasukan peserta-peserta dari luar Pulau Pinang dan luar negara yang menyumbang kepada sektor perhotelan, pengangkutan, industri pelancongan serta industri Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) di Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Adakah usaha dan perancangan dibuat bagi menjadikan Taman Bandaraya sebagai Tapak Warisan seperti Taman Botani Singapura.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. George Town World Heritage Incorporated telah menjalankan kajian awalan untuk pencalonan Kebun Bunga Pulau Pinang atau Taman Botani Pulau Pinang ke senarai warisan dunia UNESCO. Taman Botani ini telah ditubuhkan pada tahun 1884 dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Taman Penempatan Selat yang bertanggungjawab bagi pengurusan taman-taman botani di Negeri-Negeri Selat (Strait Settlements) termasuklah Taman Botani Singapura.

Pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan menjadikan Taman Bandaraya sebagai Tapak Warisan Dunia memandangkan taman ini hanya dibuka pada tahun 1972 dan fasiliti di taman tersebut, contohnya kolam mandi, padang serbaguna, panggung terbuka, gelanggang luncur, gimnasium terbuka, tapak perkhemahan, laluan mendaki, sudut refleksologi, sudut grafiti dan bermacam lagi, merupakan fasiliti moden yang tidak memiliki Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Values) yang dikriteriakan oleh UNESCO. Taman Bandaraya adalah lebih sesuai dikekalkan statusnya sebagai kawasan rekreasi dan kawasan hijau untuk kegunaan awam.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Berapakah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang bagi tahun 2017 dan 2018.

(a) Nyatakan sumbangan KDNK mengikut sektoral bagi tahun 2017 dan 2018.

Page 118: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

118

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang bagi tahun 2017 mencatatkan pertumbuhan 5.3% dengan jumlah RM77.6 bilion manakala data KDNK bagi tahun 2018 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

(a) Sumbangan dan pertumbuhan KDNK mengikut sektoral bagi tahun 2017

adalah seperti berikut:

Sektor Sumbangan

(RM juta)

Pertumbuhan (Harga Malar 2010)

Pertanian 1,540 2.2%

Perlombongan & Pengkuarian

63 6.2%

Pembuatan 34,759 5.7%

Pembinaan 2,045 -10.1%

Perkhidmatan 38,312 5.6%

Duti Import 923 26.0%

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Berdasarkan kepada KDNK Pulau Pinang tahun 2017 dan 2018, apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar pengangguran dan kadar inflasi di Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Pada tahun 2017, ekonomi Pulau Pinang mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 5.3% dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM77.6 bilion. Penyumbang utama kepada KDNK negeri adalah sektor perkhidmatan yang menyumbang 49.3% dengan nilai RM38.31 bilion dan sektor pembuatan menyumbang 44.8% dengan nilai RM34.75 bilion. Statistik KDNK bagi tahun 2018 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar pengangguran di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui investPenang untuk meneruskan usaha mempromosi dan menarik pelaburan, samada dari pelabur baharu ataupun penambahan pelaburan dari pelabur sedia ada, di samping membantu pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. Usaha ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pekerja yang hilang pekerjaan mempunyai potensi untuk ditawarkan pekerjaan melalui usaha ini;

(ii) Mempelbagaikan pelaburan di dalam sektor Global Business Services (GBS) supaya peluang perkerjaan dapat ditingkatkan dalam bidang kewangan, teknologi maklumat (IT), seni kreatif, perisian dan sumber manusia selain daipada sektor pembuatan, pendidikan dan pelancongan perubatan (medical tourism).

(iii) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk startup dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for

Page 119: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

119

Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baru dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan Internet of Things(IOT); dan

(iv) Melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) yang membantu semua golongan graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan pekerja baharu dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan yang dikemukakan oleh majikan. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Inflasi merupakan faktor ekonomi secara global dan Kerajaan Negeri seboleh mungkin akan mengurangkan inflasi dengan kaedah pemantauan harga terhadap barang-barang di pasaran. Dalam menangani unsur kenaikan harga yang berterusan, Kerajaan Negeri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memainkan peranan proaktif dalam mengawal dan mengurangkan masalah inflasi dengan menjalankan usaha-usaha menstabilkan harga melalui tindakan-tindakan berikut:

(a) Penguatkuasaan undang-undang di bawah KPDNHEP dalam memberi perlindungan kepada pengguna dari perbuatan penyelewengan dan kegiatan yang tidak sihat di kalangan peniaga yang tidak beretika. Antara undang-undang tersebut ialah seperti berikut:

(i) Akta Kawalan Harga 1946;

(ii) Akta Kawalan Bekalan 1961;

(iii) Akta Sewa Beli 1967;

(iv) Akta Perihal Dagangan 1972;

(v) Akta Timbang dan Sukat 1972;

(vi) Akta Hak Cipta 1987;

(vii) Akta Jualan Langsung 1993;

(viii) Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan

(ix) Akta Cakera Optik 2000

(b) Mengawal harga barangan keperluan asas secara pentadbiran iaitu dikawal dari segi harga atau bekalan supaya bebanan golongan berpendapatan rendah tidak terlalu berat. Sebarang kenaikan harga barangan yang disenaraikan sebagai Barangan Kawalan Harga perlu mendapat kelulusan Kementerian. Senarai yang dimaksudkan ialah senarai barangan yang diisytiharkan sebagai Barang-Barang Kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

(c) Menjalankan program pendidikan pengguna melalui seminar, bengkel, ceramah, forum, kem, kuiz, debat, pidato dan sebagainya bagi meningkatkan kesedaran kepada golongan peniaga dalam mewujudkan peniaga yang beretika tinggi dan kepada golongan pengguna untuk memahami hak-hak dan tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pengguna dalam usaha membanteras inflasi. Program-program ini dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

Page 120: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

120

(d) Melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan media elektronik jika perlu.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Sila nyatakan Pelan Mitigasi Trafik bagi KADUN Batu Lancang dan Parlimen Jelutong keseluruhannya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Pelan Mitigasi Trafik bagi KADUN Batu Lancang dan Parlimen Jelutong oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti berikut:-

(i) Menjalankan kajian ‘Concept Plans for Immediate Measures to Alleviate Traffic Congestion Within George Town and its Vicinity’ dan melaksanakan cadangan menambah baik aliran lalu lintas di Jalan Masjid Negeri;

(ii) Menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam merancang pembinaan Penang Island Link 1 (PIL1) yang akan memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan di Jalan Masjid Negeri dan Jalan Jelutong;

(iii) Membina pusingan U di Persimpangan Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang / Lebuh Sungai Pinang dan kerja-kerja berkaitan;

(iv) Melaksanakan sistem jalan sehala di sebahagian Jalan Perak dan Jalan Jelutong, Lintang Hijau, Lorong Hijau 2, Lorong Hijau 3 dan Lorong Hijau 4 dalam bulan Jun 2019 bagi melancarkan aliran lalu lintas di kawasan ini;

(v) Mengenakan syarat kepada pemaju untuk menaik taraf jalan seperti di Jalan Kampung Jawa Baru, Jalan Timah, Jalan Kampung Jawa Lama dan persimpangan Jalan Free School / Jalan Perak;

(vi) Membuat pelebaran jalan, melarang pembelokan ke kanan dan pelaksanaan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan telah dilaksanakan seperti di persimpangan Jalan Perak / Jalan Lenggong, Jalan Sungai Pinang / Jalan Sungai dan akan diteruskan;

(vii) Membuat penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan ‘green wave’ di jalan utama seperti di Jalan Masjid Negeri;

(viii) Memasang CCTV di kawasan pulau dan sistem CCTV telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem analisis video (video analytic) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan keselamatan orang awam; dan

(ix) Tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda kenderaan oleh Jabatan Penguatkuasa MBPP.

Pelan Mitigasi Trafik jangka panjang yang dirancang oleh Kerajaan Negeri pada masa ini adalah untuk melaksanakan pembinaan jajaran Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) dan lebuh raya Pan Island Link (PIL) bagi menyuraikan trafik di KADUN Batu Lancang dan Parlimen Jelutong. Terdapat tiga (3) stesen di jajaran Bayan Lepas LRT yang akan melalui Parlimen Jelutong di sepanjang Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Page 121: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

121

Alternatif mod pengangkutan awam yang dicadangkan ini dijangkakan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan parlimen tersebut terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan dan hari pelepasan am. Selain itu, PIL 1 ini juga adalah tulang belakang kedua menghubungkan jalan-jalan dari utara ke selatan Pulau Pinang yang menyediakan enam (6) persimpangan bagi menghubungkan jalan-jalan utama di Pulau Pinang termasuk di sekitar KADUN Batu Lancang dan Parlimen Jelutong.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Sila nyatakan jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh MBPP menggunakan kaedah CCTV dan facial recognition.

(a) Senaraikan faedah dan kelebihan sistem ini dalam membantu dan mengurangkan tekanan kerja kakitangan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggunakan kaedah Close Circuit Television(CCTV) adalah sebanyak 47 Pemberitahuan Tentang Kesalahan (PTK) daripada 175 kes yang dilaporkan semenjak Tahun 2017 sehingga bulan Februari 2019. Pecahan mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A. Kompaun yang dikeluarkan ini adalah bagi kesalahan pembuangan sampah secara haram sahaja. Manakala bagi isu trafik, tiada kompaun dikeluarkan melalui kaedah CCTV kerana penyampaian maklumat dan amaran adalah melalui pembesar suara. Bagi kaedah facial recognition pula, sistem ini adalah di bawah pemantauan dan kawalan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepenuhnya dengan bantuan pembekal sistem. Oleh yang demikian, MBPP tidak mengeluarkan kompaun melalui sistem pengecaman wajah tersebut kerana maklumat Orang Yang Dikehendaki adalah sulit untuk tindakan PDRM sahaja.

MBPP kini sedang membangunkan Intelligent Operation Center (IOC) di pusat kawalan CCTV di KOMTAR dengan menggunakan kaedah video analytics melalui CCTV sedia ada. Sistem ini boleh mengesan kes-kes seperti berikut:

(i) Peletakan kenderaan di kawasan larangan;

(ii) Kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan;

(iii) Kenderaan yang bergerak bertentangan arah lalu lintas;

(iv) Kesesakan lalu lintas;

(v) Objek yang tertinggal/halangan; dan

(vi) Pembuangan sampah secara haram.

(a) Sekiranya kes-kes seperti di atas berlaku, sistem ini akan mengesannya secara automatik dan menghantar notifikasi di IOC MBPP. Standard Operation Procedure (SOP) telah diwujudkan untuk Pengawai Penguatkuasa mengambil tindakan terhadap kes-kes tersebut. Sehubungan dengan itu, sistem ini boleh mendatangkan beberapa faedah dan kelebihan dalam membantu dan mengurangkan tekanan kerja kakitangan MBPP seperti berikut:

Page 122: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

122

(i) Pegawai yang bertugas di IOC tidak perlu memantau dan memerhati semua video CCTV sepanjang masa kerana notifikasi akan ditunjuk secara automatik pada skrin komputer;

(ii) Mengurangkan tenaga manusia dalam pemantauan CCTV untuk mengesan kes-kes seperti dinyatakan di atas;

(iii) Pegawai-pegawai MBPP boleh mengambil tindakan segera sebelum aduan dibuat oleh orang awam;

(iv) Pegawai MBPP boleh mengambil tindakan yang lebih sistematik dengan penggunaan SOP yang ditetapkan;

(v) Sistem akan menyimpan rekod kes-kes yang berlaku dan juga tindakan yang telah diambil untuk rujukan dan kajian pada masa depan;

(vi) Pihak MBPP dapat memantau aktiviti illegal parking dengan lebih menyeluruh tanpa mengharapkan anggota penguatkuasa membuat rondaan di setiap jalan;

(vii) Penggunaan CCTV juga dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap kesesakan atau penyebab halangan lalu lintas di satu-satu kawasan bagi memudahkan anggota penguatkuasa mengenal pasti kawasan yang sesak dengan lebih cepat;

(viii) Penggunaan CCTV juga dapat merakam aktiviti pembuangan sampah dan individu yang melakukannya. Dengan itu penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah dapat diambil dengan segera dan memudahkan anggota penguatkuasa Perkhidmatan Perbandaran mengambil tindakan tanpa perlu menunggu berjam-jam bagi mengenal pasti pesalah tersebut; dan

(ix) Penggunaan CCTV dapat mengurangkan jumlah kekuatan anggota bagi kawalan kesesakan lalu lintas melalui pelaksanaan penggunaan kaedah pembesar suara yang memberikan amaran ataupun teguran untuk setiap halangan terutama di kawasan siar kaki awam.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Pencemaran Sungai Kim-Kim di Johor perlu dijadikan iktibar kepada Jabatan Alam Sekitar.

(a) Nyatakan Pelan Tindakan JAS bagi membanteras dan mencegah pembuangan sisa berjadual dari bengkel kenderaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Pengurusan bahan buangan terjadual termasuk dari bengkel kenderaan dikuat kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di mana buangan terjadual ini dikawal daripada ianya mula dihasilkan sehinggalah ianya diolah kembali (recovery) atau dilupuskan. Bengkel kenderaan pada kebiasaannya menghasilkan buangan terjadual seperti minyak pelincir terpakai kod SW305 dan sisa berminyak kod SW 312 yang tertakluk di bawah peraturan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Page 123: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

123

(a) Pelan tindakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membanteras dan mencegah pembuangan sisa berjadual dari bengkel kenderaan adalah

seperti berikut:-

(i) Mengguna pakai konsep Cradle to Grave dan Cradle to Cradle bagi memastikan pengurusan pelupusan buangan terjadual dilaksanakan secara berkesan dengan mengutamakan kepentingan alam sekitar;

(ii) Melesenkan operator recovery plant bagi menjalankan pengolahan kembali minyak terpakai dari bengkel-bengkel kenderaan memandangkan ianya mempunyai nilai komersial untuk dikitar

semula;

(iii) Mencegah dan membanteras pelupusan haram sisa buangan terjadual dari bengkel kenderaan melalui pemantauan secara berkala dan

mengejut;

(iv) Pemantauan pengurusan buangan terjadual daripada bengkel kenderaan melalui sistem atas talian (online) Electronic Scheduled Wastes Information System (eSWIS) yang perlu dikemaskini oleh pihak bengkel kenderaan mengenai kapasiti buangan terjadual yang

dihasilkan, disimpan dan akan dilupuskan; dan

(v) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui Notis Arahan, Kompaun dan Tindakan Mahkamah ke atas kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

VI. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Jalinan internet Terragraph oleh YTL Telecommunications di kawasan George Town.

(a) Sila senaraikan lokasi pemasangan infrastruktur susulan daripada pelaksanaan jalinan internet tersebut.

(b) Apakah prestasi jalinan internet tersebut?

(c) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengguna pakai teknologi Terragraph tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Projek Jalinan Internet Terragraph oleh YTL Telecommunications dan Facebook di kawasan George Town adalah dijalankan secara Proof of Concept (POC) selama enam (6) bulan. Projek ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah inisiatif Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan pelancaran dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 18 Februari 2019 di Pulau Pinang.

(a) Senarai lokasi pemasangan access point (AP) bagi pelaksanaan Projek Jalinan Internet Terragraph oleh YTL Telecommunications dan Facebook adalah seperti di Lampiran A.

Page 124: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

124

(b) Pihak MCMC telah menjalankan ujian Quality of Service (QOS) di 15 buah lokasi yang berbeza di kawasan George Town dan mendapati prestasi jalinan internet bagi projek ini adalah memuaskan dengan kelajuan secara purata 10Mbps bagi setiap pengguna.

(c) Projek ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dikendalikan oleh pihak MCMC. Pemilihan negeri Pulau Pinang oleh MCMC secara tidak langsung menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Asia yang menggunakan teknologi Terragraph tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 1)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pelaburan Luar Negara (FDI) Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan pelaburan luar negara yang telah dimuktamadkan ke Pulau Pinang mengikut nama syarikat, jenis sektor, jumlah pelaburan dan lokasi sejak tahun 2008.

(b) Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan luar negara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pulau Pinang terus mencatatkan kemasukan aliran pelaburan yang sihat dan berterusan, meskipun dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Pelaburan asing berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan ekonomi global. Statistik Pelaburan Asing (FDI) yang diluluskan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) 2008 - 2018 bagi Pulau Pinang adalah seperti berikut:

TAHUN PELABURAN ASING (RM JUTA)

2008 5,088.00

2009 1,449.00

2010 10,451.00

2011 7,146.00

2012 1,126.55

2013 1,794.39

2014 5,113.59

2015 4,498.70

2016 3,057.00

2017 8,540.49

2018 3,693.37

Sumber: MIDA

Data pelabur yang terperinci seperti nama syarikat, jenis sektor, jumlah pelaburan dan lokasi adalah sulit di peringkat MIDA.Walau bagaimanapun, syarikat asing utama yang melabur di Pulau Pinang antaranya adalah Jinko Solar & JA Solar dari Negara China, B Braun dari Jerman, Mattel, Keysight, Haemonetics, Bose, Boston Scientific dan

Page 125: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

125

Broadcom dari Amerika Syarikat, Dell Global Business Centre dan Telmar Network dari Netherlands, HP, Ultimate Matching dan ClassA dari Singapura dan SanDisk Storage dari Amerika Syarikat.

Selain itu, perincian data mengenai pecahan pelaburan asing mengikut sektor yang dikongsi oleh pihak MIDA bagi tempoh 2012 – 2018 adalah seperti berikut:

Tahun Produk Elektronik & Elektrikal (RM)

Peralatan Saintifik &

Ukuran (RM)

Peralatan Pemesinan

(RM)

Peralatan Pengangkutan

(RM)

Produk Asas Logam

(RM)

2018 1,479,397,424 211,490,000 222,235,803 24,009,071 71,153

2017 5,905,989,535 1,475,378,914 204,313,576 68,025,600 8,397,074

2016 1,643,007,348 948,138,827 17,569,728 182,995,377 1,165,453

2015 4,032,414,647 123,147,800 53,822,541 120,379,000 4,504,818

2014 4,470,572,353 235,320,945 63,890,571 18,335,200 23,365,970

2013 1,185,203,086 232,247,280 173,454,865 43,540,860 5,695,000

2012 845,502,439 3,178,000 133,072,525 41,767,990 0

Jumlah 19,562,086,832 3,228,901,766 868,359,609 499,053,098 43,199,468

Sumber: MIDA

(a) Jumlah pelaburan asing mengikut lokasi di Pulau Pinang bagi tempoh 2012 -2018 pula adalah seperti di Lampiran A.

(b) Antara usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan luar negara ke Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :

(i) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang elektronik dan elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (medical devices), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionik dan teknologi light emitting diode (LED);

(ii) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

(iii) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam Science Technology, Engineering and Mathematics (STEM) termasuk sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut:

• Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan demand and supply bakat-bakat yang diperlukan;

• Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa “Penang Future Foundation” (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

• Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional; dan

Page 126: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

126

• Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat generasi muda dalam STEM.

(iv) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:

• Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baharu;

• Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan

• Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambah baik fasiliti pelabuhan.

(v) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

(vi) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penanda aras secara global dan serantau;

(vii) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah -Business Improvement District Scheme (BIDS); dan

(viii) Meneruskan penyertaan misi perdagangan luar negara bagi menarik pelabur asing ke Malaysia. Antaranya misi perdagangan ke Jepun, Korea, China, Taiwan, Thailand, German, Peranchis, Dubai dan Indonesia.

Page 127: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

127

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pelaburan Domestik di Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan pelaburan domestik yang telah dimuktamadkan ke Pulau Pinang mengikut nama syarikat, jenis sektor, jumlah pelaburan dan lokasi sejak tahun 2008.

(b) Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Pulau Pinang terus mencatatkan kemasukan aliran pelaburan yang sihat dan berterusan, meskipun dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Pelaburan domestik juga berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan ekonomi global. Statistik Pelaburan Domestik (DDI) pembuatan yang diluluskan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) 2008 - 2018 bagi Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Tahun Pelaburan Dalam Negeri

(RM JUTA)

2018 2,087.6

2017 2,271.5

2016 1,237.0

2015 2,225.6

2014 3,048.8

2013 2,117.9

2012 1,335.0

2011 1,960.4

2010 1,786.9

2009 716.7

2008 5,068.7

Sumber: MIDA

Data pelabur yang terperinci seperti nama syarikat, jenis sektor, jumlah pelaburan dan lokasi adalah sulit di peringkat MIDA. Walau bagaimanapun, syarikat pelabur utama yang melabur di Pulau Pinang yang telah diluluskan MIDA adalah seperti Penang Automation Cluster, Vitrox, Inari, dan Qdos.

Page 128: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

128

Selain itu, perincian data mengenai pecahan pelaburan domestik mengikut sektor yang dikongsi oleh pihak MIDA bagi tempoh 2012 – 2018 adalah seperti berikut:

Tahun Peralatan

Pemesinan (RM)

Produk Elektronik &

Elektrikal (RM)

Peralatan Pengangkutan

(RM)

Produk Asas Logam

(RM

Peralatan Saintifik &

Ukuran (RM)

2018 1,055,298,262 3,886,000 433,609,891 1,979,375 3,185,635

2017 219,609,935 800,125,283 104,980,016 54,507,212 293,871,857

2016 176,695,057 92,531,757 463,179,245 66,238,831 35,151,908

2015 176,027,273 424,523,865 81,620,000 153,738,243 67,822,702

2014 1,301,878,605 337,059,106 125,464,800 288,408,180 272,517,055

2013 129,615,050 489,689,045 34,605,349 581,605,000 351,772,857

2012 170,773,394 226,603,370 210,498,660 163,192,000 6,743,444

Jumlah 3,229,897,576 2,374,418,426 1,453,957,961 1,309,668,841 1,031,065,458

Sumber: MIDA

Jumlah pelaburan domestik mengikut lokasi di Pulau Pinang bagi tempoh 2012-2018 pula adalah seperti di Lampiran A.

(b) Antara usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik adalah seperti berikut:

(1) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (“medical devices”), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;

(2) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

(3) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan melalui usaha-usaha berikut:

(i) Menyediakan sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNC yang ingin bekerjasama dengan pembekal tempatan;

(ii) Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas dengan kadar sewa bersubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. Seterusnya, Perkampungan IKS Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada syarikat- syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan online; dan

(iii) Menyediakan Penang i4.0 Seed Fund dengan dana permulaan berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor “Internet of Things (IoT), “e- commerce” dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepat dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.

Page 129: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

129

(4) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM termasuk sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut;

(i) Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan “demand and supply” bakat- bakat yang diperlukan;

(ii) Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa “Penang Future Foundation” (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional; dan

(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat genererasi muda dalam STEM.

(5) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep “work, live and play”. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

(6) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penanda aras secara global dan serantau; dan

(7) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).

RUJ. LAMPIRAN A (N0. 3)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Hartanah / premis Majlis Bandaraya Pulau Pinang di kawasan George Town.

(a) Sila senaraikan hartanah / premis milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di kawasan George Town mengikut lokasi, jenis hartanah, keluasan saiz dan status kegunaan.

(b) Apakah perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang terhadap hartanah / premis yang kosong?

Page 130: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

130

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Senarai hartanah / premis milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengikut lokasi, jenis hartanah, keluasan saiz dan status kegunaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Perancangan MBPP terhadap hartanah/premis yang kosong adalah seperti berikut:

(i) Menjalinkan kerjasama dengan pihak PWDC dan juga YB ADUN kawasan untuk menjadikan ruang-ruang kedai yang kosong sebagai perpustakaan ataupun menjadikannya sebagai pusat Makerspace;

(ii) Membangunkan semula bangunan kuarters secara RFP; dan

(iii) Menaik taraf bangunan sama ada secara sendiri oleh MBPP atau secara kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat. Antaranya ialah rumah kedai di Lebuh Kimberley, rumah kedai di Jalan CY Choy yang dinaik taraf sebagai pusat gelendangan dan bangunan di Lebuh Armenian yang dinaik taraf sebagai muzium.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 4)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang.

(a) Apakah status pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang?

(b) Apakah sasaran muktamad yang ingin dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Kerajaan Negeri telah menetapkan terma rujukan penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan sedang dalam proses untuk melantik perunding. Tempoh yang ditetapkan bagi penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang adalah enam (6) bulan. Pelan tersebut akan merangkumi hala tuju dan strategi pelancongan Pulau Pinang untuk tahun 2019-2030.

(b) Sasaran muktamad yang ingin dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang adalah pembangunan pelancongan negeri Pulau Pinang secara komprehensif serta mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama melalui:

(i) Penilaian kedudukan Pulau Pinang dalam sektor pelancongan;

(ii) Penyelarasan dasar-dasar pelancongan berdasarkan trend pembangunan pelancongan semasa;

(iii) Mengenal pasti halangan-halangan dalam pembangunan pelancongan berserta dengan cadangan penyelesaian;

Page 131: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

131

(iv) Perancangan dan pembangunan kawasan-kawasan pelancongan yang bersesuaian berdasarkan bidang-bidang pelancongan;

(v) Pewujudan rujukan inventori bagi semua tarikan pelancong yang terdapat di Pulau Pinang;

(vi) Mengenal pasti produk pelancongan berkualiti tinggi untuk menarik high value travelers (pelancong bernilai tinggi); dan

(vii) Seiring dengan visi Penang 2030 untuk mendirikan pelancongan Pulau Pinang termasuk Seberang Perai sebagai destinasi pelancongan berunsur kesenian, kebudayaan dan warisan.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Penang Free Wi-fi.

(a) Apakah status penstrukturan semula pelaksanaan Penang Free Wi-fi oleh Kerajaan Negeri?

(b) Apakah jenis teknologi yang akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri di dalam pelaksanaan Penang Free Wi-fi yang baru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Kerajaan Negeri telah menetapkan terma rujukan penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan sedang dalam proses untuk melantik perunding. Tempoh yang ditetapkan bagi penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang adalah enam (6) bulan. Pelan tersebut akan merangkumi hala tuju dan strategi pelancongan Pulau Pinang untuk tahun 2019-2030.

(b) Sasaran muktamad yang ingin dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang adalah pembangunan pelancongan negeri Pulau Pinang secara komprehensif serta mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama melalui:

(i) Penilaian kedudukan Pulau Pinang dalam sektor pelancongan;

(ii) Penyelarasan dasar-dasar pelancongan berdasarkan trend pembangunan pelancongan semasa;

(iii) Mengenal pasti halangan-halangan dalam pembangunan pelancongan berserta dengan cadangan penyelesaian;

(iv) Perancangan dan pembangunan kawasan-kawasan pelancongan yang bersesuaian berdasarkan bidang-bidang pelancongan;

(v) Pewujudan rujukan inventori bagi semua tarikan pelancong yang terdapat di Pulau Pinang;

(vi) Mengenal pasti produk pelancongan berkualiti tinggi untuk menarik high value travelers (pelancong bernilai tinggi); dan

Page 132: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

132

(vii) Seiring dengan visi Penang 2030 untuk mendirikan pelancongan Pulau Pinang termasuk Seberang Perai sebagai destinasi pelancongan berunsur kesenian, kebudayaan dan warisan.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Penang Art District.

(a) Apakah status pembangunan Penang Art District di kawasan Pengkalan Kota?

(b) Sila senaraikan program yang telah diadakan oleh Penang Art District sejak penubuhannya.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Tapak projek pembangunan Penang Art District terletak di antara Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat Lebuh Macallum. Projek ini telah mendapat kelulusan pelan bangunan daripada Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Namun demikian, pihak pemaju sedang menunggu pengesahan jajaran Light Railway Transit (LRT) yang akan melalui tapak projek. Oleh itu, projek Penang Art District hanya boleh dimulakan sebaik sahaja pembinaan tiang dan trek LRT diselesaikan sepenuhnya.

(b) Program yang telah diadakan berkaitan dengan projek Penang Art District adalah seperti berikut:

(i) Sesi penglibatan bersama pihak berkepentingan (stakeholder engagement) seperti pengamal seni, pemilik perniagaan seni dan agensi negeri yang berkaitan dalam bidang seni, budaya dan warisan;

(ii) Aktiviti pemasaran dan promosi kepada pengusaha perniagaan dan industri kreatif bagi memupuk minat kepada Penang Art District;

(iii) Program latihan dan bengkel untuk pengamal seni;

(iv) Program public outreach melalui pertandingan seni kanak-kanak dan aktiviti seni;

(v) Pertandingan seni untuk mencungkil bakat pengamal seni di Malaysia di samping mempamerkan seni tempatan; dan

(vi) Kerjasama dengan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) di peringkat persekutuan dalam program Creative Cities Programme di mana sesi dialog bersama para penggubal dasar diadakan untuk mendapatkan pandangan dan idea.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Tapak Pelupusan Sampah Jelutong.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap Tapak Pelupusan Sampah Jelutong memandangkan ia telah mencapai kapasiti maksima?

Page 133: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

133

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan tapak tersebut agar ia dapat digunakan untuk pembangunan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ) yang wujud semenjak tahun 90-an dengan keluasan 84 ekar kini telah mencapai kapasiti maksimum. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan satu Request For Proposal (RFP) untuk tujuan ini pada tahun 2015 dan tawaran telah diberikan kepada pembida yang berjaya iaitu PLB Engineering Berhad (PLB) pada tahun 2017 untuk melaksanakan Projek Penutupan Selamat Tapak Pelupusan Sampah Jelutong, Penyediaan Tapak Baharu Bagi Pelupusan Sisa Bahan Binaan Dan Marine Clay Dan Pembangunan Di Tapak Yang Telah Direhabilitasi.

PLB perlu melaksanakan penutupan TPSJ dengan selamat melalui proses rehabilitasi dan seterusnya tapak tersebut akan digunakan sebagai tapak pembangunan di masa hadapan. Selain itu, PLB perlu menyediakan satu tapak baharu bagi pelupusan sisa bahan binaan (construction and demolition) dan Marine Clay bagi menggantikan tapak TPSJ yang akan ditutup tersebut.

Status terkini, Kerajaan Negeri dalam peringkat akhir penyediaan draf perjanjian untuk ditandatangan bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebagai pengurus projek dengan PLB.

(b) Memandangkan TPSJ terletak di tengah-tengah bandar dengan kediaman padat sekeliling tapak, Kerajaan Negeri sentiasa peka agar kesan kerja-kerja pemulihan adalah minimum dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kaedah rehabilitasi yang dicadangkan oleh PLB melibatkan pemulihan tapak secara sector by sector supaya kesan kepada penduduk sekeliling mematuhi garis panduan oleh agensi penguatkuasa. PLB perlu mengorek kandungan TPSJ kira-kira sejumlah 7 juta meter padu sampah. Tapak akan dipulihkan melalui proses berikut

(i) Pemeriksaan tapak secara terperinci;

(ii) Kajian kebolehlaksanaan;

(iii) Mengenal pasti tapak untuk diletak sisa baki;

(iv) Pelan pengurusan sisa untuk sisa di tapak dan bahan kitar semula;

(v) Kelulusan projek pemulihan;

(vi) Pembinaan tembok pembendungan;

(vii) Landfill mining dan pengisian semula sisa inert; dan

(viii) Penambakan tanah untuk pembangunan secara berperingkat dan penyerahan tanah yang dipulih kepada Kerajaan Negeri dan pemaju untuk pembangunan.

Page 134: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

134

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Susulan daripada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia terhadap agihan 50% cukai pelancongan kepada Kerajaan Negeri, apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap agihan yang berjumlah RM10.98 juta tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Peruntukan sebanyak RM10.98 juta hasil Cukai Pelancongan yang telah diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan digunakan bagi tujuan pembangunan pelancongan di Pulau Pinang. Pada masa ini, Kerajaan Negeri dalam proses untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan terma penggunaan peruntukan tersebut bagi membolehkan ianya dibelanja sewajarnya mengikut peraturan.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta Kerajaan Negeri.

(a) Sila senaraikan jumlah penerima bantuan IPTA / IPTS Kerajaan Negeri mengikut daerah dan IPTA / IPTS sejak pelaksanaan bantuan tersebut.

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan bilangan IPTA / IPTS yang layak untuk mengemukakan permohonan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Senarai jumlah penerima bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Kerajaan Negeri mengikut daerah dari tahun 2014-2018 adalah seperti Lampiran A.

(b) Sehingga kini, bilangan dan senarai IPT yang tersenarai bagi tujuan bantuan pendidikan ini adalah seperti di Lampiran B. Kerajaan Negeri tidak ada cadangan untuk menambah bilangan IPTA/IPTS. Sebarang permohonan akan dikaji dan dibawa untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 10)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Penang Youth Development Corporation.

(a) Sila senaraikan program yang dianjurkan oleh PYDC serta kos yang terlibat sejak penubuhannya mengikut tahun dan daerah.

(b) Apakah perancangan program PYDC untuk tahun 2019?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Sejak penubuhan Penang Youth Development Corporation (PYDC) pada tahun 2014, pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sendiri oleh PYDC atau secara kerjasama dengan persatuan / Non-Governmental

Page 135: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

135

Organization (NGO) merangkumi bengkel, kursus, forum, seminar, pertandingan dan kejohanan sukan, lawatan dan sebagainya menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia memfokuskan kepada tiga (3) sektor utama dalam pembangunan belia, iaitu pendidikan dan kerjaya; pembangunan bakat dan kepimpinan; dan kesedaran sivik dan demokrasi. Jumlah program yang telah dianjurkan mengikut tahun dan daerah adalah seperti berikut:-

Bil Tahun Daerah Jumlah Program Kos (RM)

1 2013 DTL 3 6,410.00

2 2014 DTL 6

7,373.14 SPT 1

3 2015

DTL 36

344,439.63

DBD 2

SPU 3

SPT 5

SPS 1

4 2016

DTL 38

237,038.24

DBD 3

SPU 1

SPT 4

SPS 2

5 2017

DTL 24

504,735.25

DBD 5

SPU 1

SPT 13

SPS 1

6 2018

DTL 43

422,302.53 DBD 3

SPT 10

(b) Antara program yang telah dianjurkan oleh PYDC adalah seperti berikut:

(i) Kursus Kemahiran Asas VSEP dengan Agenda Ekonomi Saksama (AES);

(ii) Pembelajaran Sains, English, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (ESTEEM)

(iii) Kursus Kemahiran English;

(iv) Sidang Muda;

(v) Bengkel Demokrat Muda; dan

(vi) Pinang Fiesta.

Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan oleh PYDC bertujuan untuk membantu golongan belia dalam memahami polisi Kerajaan Negeri, menjadi tonggak pembangunan negeri pada masa hadapan dan juga ia dapat menyediakan golongan belia semasa memasuki era pekerjaan dengan dilengkapi pelbagai kemahiran.

Page 136: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

136

Selain itu, PYDC bercadang untuk melaksanakan program-program berikut pada tahun 2019.

(i) Lawatan sambil belajar dan program pertukaran pelajar dalam bidang muzik, teknologi, sukan, sains dan kemahiran;

(ii) Sesi dialog, forum dan lain-lain bagi mendedahkan golongan belia tentang persekitaran dan situasi terkini dalam negeri;

(iii) Bengkel dan program pemecut yang menawarkan kursus pengekodan dengan kadar yang rendah, penyertaan mentor dan pengongsian sumber kepada golongan muda supaya ia dapat memperkembangkan sektor keusahawanan yang penuh cabaran dan harapan; dan

(iv) Program sukan seperti Kejohanan Bola Keranjang Muda 2019 dan Kejohanan Bola Jaring Muda 2019 di bawah inisiatif “Sukan Untuk Semua”.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Tempat letak kereta MBPP di kawasan George Town.

(a) Sila senaraikan jumlah petak tempat letak kereta MBPP di sekitar kawasan George Town mengikut nama jalan.

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan George Town?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Terdapat 7,521 petak tempat letak kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di kawasan George Town seperti di LAMPIRAN A. Selain itu, MBPP turut menyediakan kemudahan tempat letak kereta bertingkat di premis berikut :-

(i) Tempat letak kenderaan Hutton Lane;

(ii) Tempat letak kenderaan Lebuh Pantai; dan

(iii) Tempat letak kenderaan Chowrasta.

(b) Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2020, penggunaan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan utama dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan George Town. Strategi ini bertujuan menyepadukan semua sistem pengangkutan awam yang terdiri daripada perkhidmatan beca, teksi, bas, feri, tram dan rel. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyokong pengangkutan awam rel yang mempunyai kapasiti yang tinggi sebagai mode pengangkutan utama ke pusat bandar.

Melalui strategi ini ianya dijangka dapat mengurangkan beberapa perkara atau isu utama termasuk keperluan penyediaan tempat letak kereta awam. Cadangan Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) juga dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta kerana menyediakan kemudahan Park&Ride bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan.

Page 137: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

137

Selain itu, kerajaan negeri juga telah menyediakan perkhidmatan bas percuma CAT dan BEST KOMTAR di kawasan George Town bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam terutamanya pada waktu puncak.

Pihak MBPP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan George Town juga menggariskan cadangan-cadangan berikut:-

(i) Mensyaratkan pembangunan baru mengadakan tempat letak kereta yang setimpal dengan permintaan perletakan kenderaan dikawasan George Town;

(ii) Mencadangkan pelaksanaan 1+1P iaitu 1 jam dengan tambahan 1 jam peletakan akan dilaksanakan di beberapa jalan yang sibuk bagi mengalakkan pusingan penggunaan tempat letak kereta dan memberi lebih peluang kepada orang ramai untuk meletak kereta disitu;

(iii) Menjalankan projek-projek pelebaran jalan serta melaksanakan sistem jalan sehala bagi menambah bilangan petak letak kenderaan di bahagian pulau;

(iv) Membina beberapa lagi tempat letak kenderaan bertingkat di bahagian pulau; dan

(v) Menyediakan tempat letak kenderaan di jalan-jalan yang baru dibina bagi menambah tempat letak kenderaan.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah status terkini berhubung dengan Jawatankuasa Majlis Warisan Negeri selaras dengan Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pada masa ini, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mengenal pasti calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Warisan Negeri. Setelah lantikan Pesuruhjaya Warisan Negeri disempurnakan, Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang akan dapat menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pembangunan di Sia Boey.

(a) Apakah status terkini pembangunan di Sia Boey?

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap 24 unit lot kedai di tapak Sia Boey?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Kerja-kerja Fasa 1 pembangunan Sia Boey iaitu pembersihan terusan Prangin (Prangin canal) sedia ada telah disiapkan pada Ogos 2018. Kerja-kerja untuk Fasa 2 telah bermula pada Februari 2019 yang melibatkan

Page 138: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

138

pemuliharaan bangunan Pasar Prangin dan kerja naik taraf landskap serta dijangka siap pada Julai 2019.

(b) Kesemua 24 unit rumah kedai di tapak Sia Boey milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dirancang untuk dibaik pulih dan dipulihara mengikut garis panduan pemuliharaan yang sewajarnya. PDC dan George Town World Heritage Incorporated sedang mencari kaedah terbaik bagi memulihara bangunan-bangunan rumah kedai tersebut.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Larangan penggunaan plastik sekali guna (single use plastic).

(a) Apakah status terkini dasar Kerajaan Negeri terhadap larangan penggunaan plastik sekali guna?

(b) Sila senaraikan sesi keterlibatan awam (public engagement) yang telah diadakan sehingga kini berhubung dengan dasar tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Kempen “Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna” No To Single-Use Plastic dilaksanakan secara berperingkat melalui pendekatan pengurangan secara berfasa phasing out. Bagi peringkat pertama, fokus utama adalah melalui pendekatan “Tak Nak Penyedut Minuman Plastik” No To Plastic Straw yang telah mula dilaksanakan sepenuhnya pada 1 April 2019. Objektif utama pelaksanaan kempen No To Plastic Straw dalam bentuk kerjasama tiga hala tripartite antara Kerajaan Negeri, pengusaha dan pengguna bertujuan:-

(i) Meminimumkan kuantiti penggunaan penyedut minuman plastik yang memudaratkan alam sekitar dalam jangka masa pendek melalui program dan kempen kesedaran; dan

(ii) Membasmi secara menyeluruh penggunaan penyedut minuman plastik dalam jangka masa panjang melalui penguatkuasaan.

Secara asasnya, prinsip pelaksanaan Kempen No To Plastic Straw akan menggunapakai kaedah phasing out seperti berikut:-

(i) Semua premis yang menyediakan minuman dan makanan adalah secara automatik terlibat dalam pelaksanaan kempen;

(ii) Premis minuman dan makanan tidak lagi dibenarkan menyediakan penyedut minuman plastik di ruangan/sudut/kaunter yang boleh diperolehi secara langsung atau layan diri oleh pengguna;

(iii) Penyedut minuman plastik hanya akan diberikan kepada pengguna atas permintaan by request sahaja dan tidak lagi diberi secara langsung by default untuk setiap kali pembelian makanan dan minuman; dan

(iv) Premis minuman dan makanan dibenarkan serta digalakkan untuk menggunakan barang pengganti substitute item bagi menggantikan penyedut minuman plastik dan barang pengganti (sebagai contoh

Page 139: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

139

: penyedut minuman yang diperbuat dari bahan organik) tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar.

Premis perniagaan minuman dan makanan yang wajib melaksanakan Kempen No To Plastic Straw adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis perniagaan baharu yang akan mula beroperasi dalam kategori berikut:-

(i) Restoran/ Kedai Makanan & Minuman/ Kedai Kopi/ Kafe/Pub;

(ii) Kedai Serbaneka;

(iii) Kedai Serbaneka Stesen Minyak;

(iv) Medan Selera/ Pusat Penjaja/ Kompleks Makanan;

(v) Kenderaan Saji Makanan dan Minuman;

(vi) Pasar Malam/Pasar Pagi/Uptown Market;

(vii) Kantin; dan

(viii) Penjaja.

Garis masa pelaksanaan Kempen No To Plastic Straw adalah seperti berikut:-

FASA TEMPOH KEMPEN PENDEKATAN

Pertama 6 bulan pertama (Apr – Sept 2019)

Kempen Kesedaran (Educational Awareness)

Kedua 6 bulan kedua (Okt 2019 – Mac 2020)

Penguatkuasaan secara berhemah (Educational Enforcement)

Ketiga Selepas 12 bulan (Apr 2020 dan selanjutnya)

Penguatkuasaan penuh (full enforcement)

Pada peringkat Fasa Kedua, penggunaan penyedut minuman plastik by request hanya dibenarkan kepada tiga (3) kategori berikut sahaja:-

(i) Orang Kurang Upaya;

(ii) Kanak-kanak di bawah lima (5) tahun; dan

(iii) Warga Emas.

(b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan program keterlibatan awam (public engagement) melibatkan lapan (8) sesi dialog dan empat (4) siri jerayawara (roadshow) untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas awam mengenai Kempen No To Plastic Straw. Senarai sesi dialog keterlibatan awam yang telah dan akan diadakan adalah seperti di Lampiran A. Manakala

Page 140: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

140

senarai Program Jerayawara yang telah diadakan adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 15)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah status terkini bagi projek Saluran Paip Berkembar Dasar Laut Butterworth-Pulau Pinang yang dijalankan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Projek ini terdiri daripda 3 pakej. Status projek sehingga 28 Feb 2019 adalah seperti berikut:

Pakej 1

Saiz 1800 mm sesalur di Macallum

KBH Marine - Pintasan Cecil (jarak 900meter)

100% siap pada 27 Nov 2017

Pakej 2A

Saiz 1800 mm sesalur di Butterworth

Dewan Dato' Hj. Ahmad Badawi - Taman MPSP (jarak 400 meter)

Peratus kemajuan kerja : 58.7% berbanding 72.7%

Pemilikan Tapak: 6 Nov 2017

Tarikh Siap Asal: 5 Nov 2018

Tempoh Lanjutan Masa: June 2019

Pakej 2B

Saiz1800 mm sesalur di Butterworth

Taman MPSP (bersebelahan Klinik Kesihatan Butterworth)- KTM railway track (346 meter)

Peratus kemajuan kerja : 42.5% berbanding 50.69%

Pemilikan Tapak: 6 Nov 2017

Tarikh Siap Asal: 5 Jan 2019

Temph Lanjutan Masa: June 2019

Pakej 3

Saiz1200 mm sesalur berkembar submarine

KTM Railway track - KBH Marine(jarak 3.2 km)

Peratus kemajuan kerja : 0.74 % berbanding 5.94%

Tarikh Mula : 18 Sept 2018

Tarikh Siap: 17 Jun 2020

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Perkahwinan kanak-kanak di Pulau Pinang.

(a) Sila senaraikan jumlah perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di Pulau Pinang sejak tahun 2008.

(b) Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu perkahwinan kanak-kanak?

Page 141: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

141

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Berdasarkan kepada data daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang maklumat jumlah perkahwinan kanak-kanak Islam adalah sebanyak 535 orang bermula dari tahun 2008 hingga 31 Mac 2019.

Manakala bagi perkahwinan kanak-kanak bukan Islam pula adalah sebanyak 648 orang berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi tempoh 2018 hingga 31 Mac 2019.

Perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri mempunyai pendirian yang sama dengan Kerajaan Persekutuan yang menolak sama sekali perkahwinan melibatkan kanak-kanak pada usia yang terlalu muda. Ini kerana kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi sepenuhnya selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Justeru, pada 24 Oktober 2018 Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menaikkan had umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun dan had kanak-kanak lelaki dikekalkan kepada 18 tahun.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kamera Litar Tertutup (CCTV) di sekitar Tapak Warisan Dunia George Town.

(a) Sila senaraikan jumlah dan lokasi pemasangan CCTV di sekitar Tapak Warisan Dunia George Town.

(b) Sejauh manakah penggunaan sistem CCTV ini oleh MBPP untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan (parkir, pengubahsuaian tanpa izin dan sebagainya)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Terdapat 162 unit kamera Closed Circuit Television (CCTV) di 61 lokasi sekitar Tapak Warisan Dunia George Town. Senarai lokasi dan bilangan kamera CCTV di sekitar Tapak Warisan Dunia George Town adalah seperti di Lampiran A.

(b) Penggunaan sistem CCTV ini dipantau oleh pegawai-pegawai di lima (5) lokasi bilik kawalan CCTV yang beroperasi selama 24 jam sehari seperti berikut:

(i) Bilik Kawalan Lalulintas dan CCTV Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), KOMTAR

(ii) Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Pulau Pinang

(iii) Bilik Gerakan Polis Daerah Timur Laut (DTL)

(iv) Balai Polis Batu Feringghi

(v) Balai Polis Balik Pulau

Page 142: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

142

Untuk bilik kawalan CCTV MBPP, seramai 10 orang anggota penguatkuasa ditempatkan di dalam bilik kawalan bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan melalui kamera CCTV. Jika terdapat kejadian kesalahan lalu lintas, pegawai-pegawai penguatkuasa akan dihantar ke tapak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Kamera CCTV juga telah digunakan untuk memeriksa lampu jalan, pembuangan sampah secara haram dan aktiviti kerja tanah haram di kawasan bukit.

Di samping itu, kamera-kamera CCTV juga digunakan untuk pemantauan keadaan lalu lintas serta bencana dan pihak MBPP akan melaporkannya melalui laman rasmi Facebook MBPP untuk memberi makluman kepada orang awam supaya dapat merancang perjalanan dengan baik.

Penggunaan kamera CCTV telah membantu pihak MBPP mengesan beberapa kes seperti kerosakan lampu jalan, kemalangan, pembuangan sampah haram dan halangan kenderaan. Bagi kes yang melibatkan kesalahan lalu lintas, kompaun telah dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan seperti kapit roda dan tunda kenderaan telah dilakukan oleh pihak MBPP.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 18)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

(a) Apakah status terkini berhubung dengan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meneruskan PPS tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) telah ditubuhkan secara sah di sisi undang-undang. Keputusan ini telah dirayu kepada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan belum memutuskan sebarang keputusan. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu menunggu sehingga keputusan muktamad berhubung status penubuhan PPS ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum tindakan susulan dapat diteruskan.

(b) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meneruskan PPS namun Kerajaan Negeri berpandangan keputusan untuk mengaktifkan semula PPS adalah bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan. Ini bagi mengelakkan Kerajaan Negeri dari menanggung sebarang kesan sekiranya Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan PPS ditubuhkan secara tidak sah di sisi undang-undang.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Laluan pejalan kaki di sekitar kawasan Clan Jetties.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf / mewujudkan laluan pejalan kaki di sekitar kawasan Clan Jetties memandangkan ia sebuah tarikan pelancong khususnya kepada pelancong kapal layar?

Page 143: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

143

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Pengkalan Weld?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Kawasan Clan Jetty telah dikategorikan sebagai kawasan khas Zon Konservasi di bawah George Town Strategic Master Plan memandangkan terdapat penduduk setempat yang masih mendiami kawasan tersebut. Oleh itu, satu Jawatankuasa Khas Clan Jetty yang dipengerusikan oleh Pengerusi MMK Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah ditubuhkan untuk meneliti cadangan pembangunan di kawasan Clan Jetty secara menyeluruh.

Antara cadangan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menaik taraf / mewujudkan laluan pejalan kaki di sekitar kawasan Clan Jetty adalah dengan menaik taraf laluan pejalan kaki dari Kota Cornwallis sehingga ke kawasan Clan Jetty dan disambung hingga ke IJM Waterfront. Projek ini akan dilaksanakan oleh George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) melalui Pelan Induk Pesisir Timur (East Seafront Master Plan).

(b) Selaras dengan penyediaan Pelan Induk Pesisir Timur ini, Kajian Penilaian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment) sedang dilaksanakan bagi tujuan penyuraian trafik dan pelaksanaan aliran trafik yang selaras dengan Pembanganan Bersepadu seperti dicadangkan oleh Kerajaan Negeri serta Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bagi kawasan Pengkalan Weld. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pengkalan Weld, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan merancang pelaksanaan perkara-perkara berikut:-

(i) Membina pusingan U di persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang / Lebuh Sungai Pinang;

(ii) Menyelaras lampu isyarat di persimpangan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dengan Gat Jalan Prangin, Gat Lebuh Macallum dan Gat Lebuh Cecil bagi melancarkan aliran lalu lintas di persimpangan-persimpangan terlibat dan seterusnya aliran lalu lintas di Pengkalan Weld;

(iii) Melaksanakan Perkhidmatan Bas Central Area Transit (CAT) dalam kawasan pusat bandar George Town bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang efisien dan mengalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam;

(iv) Memberikan perkhidmatan bas percuma Congestion Allievation Transit (CAT) di laluan George Town 2 yang berkonsepkan 'hub and spoke' bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar Pengkalan Weld;

(v) Memasang CCTV untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem analitis video (video analytic) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan keselamatan orang awam;

Page 144: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

144

(vi) Mengambil tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman, kapit dan tunda kenderaan oleh Jabatan Penguatkuasa;

(vii) Bekerjasama dengan pihak polis bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak terutama di pusat bandar dengan mengawal lalu lintas di persimpangan-persimpangan jalan yang mengalami kesesakan;

(viii) Menggalakkan penggunaan basikal sebagai satu mod pengangkutan alternatif;

(ix) Merancang pembinaan tanjakan berarah bertingkat untuk pembelokan kanan dari Gat Jalan Prangin ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan pusingan U bertingkat di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Gat Lebuh Macallum; dan

(x) Merancang pembinaan sistem LRT dari pusat bandar George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta menambah baik sistem pengangkutan awam untuk mengawal masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment).

(a) Sila senaraikan bilangan pangsapuri perkhidmatan yang kini beroperasi di Negeri Pulau Pinang.

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik Garis Panduan Pangsapuri Perkhidmatan yang sedia ada?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Terdapat sebanyak 12 pangsapuri perkhidmatan yang kini beroperasi di Negeri Pulau Pinang iaitu sembilan (9) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan tiga (3) di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Senarai pangsapuri perkhidmatan yang beroperasi di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

Garis panduan berkenaan pangsapuri perkhidmatan sememangnya telah dikaji semula dan dimuktamadkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri bertarikh 30 November 2018 setelah beberapa siri perbincangan dengan semuastakeholder.

(b) Pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menambah baik garis panduan pangsapuri perkhidmatan yang sedia ada kerana garis panduan tersebut masih relevan untuk diguna pakai.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 21)

Page 145: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

145

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

(a) Sila senaraikan penerima bantuan JKM di Negeri Pulau Pinang setakat tahun 2019 mengikut daerah dan jenis bantuan.

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengintegrasikan penerima bantuan JKM dengan Sistem eKasih?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Jumlah keseluruhan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Pulau Pinang sehingga bulan Mac 2019 adalah sebanyak 17,932 orang. Perincian mengikut daerah dan jenis bantuan adalah seperti berikut :-

Daerah/Skim Timur Laut Barat Daya Seberang

Perai Utara

Seberang Perai

Tengah

Seberang Perai

Selatan

BKK 483 430 422 246 254

BOT 2319 705 981 974 412

EPC 1382 735 1322 1345 653

BTB 745 312 620 708 316

BPT 199 136 227 214 157

BA (Negeri) 523 219 516 201 176

JUMLAH 5651 2537 4088 3688 1968

BKK – Bantuan Kanak-Kanak

BOT – Bantuan Orang Tua

EPC – Elaun Pekerja Cacat

BTB – Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

BPT – Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik/ OKU Terlantar

BA (Negeri) – Bantuan Am (Negeri)

(b) Pada ketika ini, JKM menggunakan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuan) bagi pengurusan bantuan negeri dan juga persekutuan. Sistem ini digunapakai bagi proses pendaftaran, permohonan baharu dan kelulusan kes penerima bantuan. Sistem ini hanya diintegrasikan dengan My Identity (Jabatan Pendaftaran Negara) bagi semakan kes meninggal dunia.

Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui JKM sedang meneliti dan mempertimbangkan untuk mengintegrasi data penerima bantuan JKM dengan sistem eKasih sebelum memutuskan sebarang tindakan selanjutnya.

Page 146: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

146

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Bencana di Negeri Pulau Pinang.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan unit khas untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bencana?

(b) Apakah Standard Operating Procedure (SOP) Kerajaan Negeri menangani situasi bencana pada masa kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (A) Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu unit sukarela bagi menyelaras keselamatan dan gerak kerja bantuan semasa bencana. Unit ini adalah Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dan berusaha sebagai pasukan bantuan sukarela. Isu PPS belum diselesaikan di Mahkamah Federal. Oleh demikian, Kerajaan Negeri belum mencadangkan lagi satu unit sebegini. Kerajaan Negeri memang berpegang kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20). Di bawah MKN 20 gerak kerja telah ditetapkan dengan penyelarasan di peringkat negeri oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang diterajui oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia akan menjadi sekretariat manakala Polis Di Raja Malaysia akan mengetuai operasi menyelamat dan bantuan serta dibantu oleh jabatan dan agensi teknikal yang lain.

(b) SOP semasa bencana adalah seperti berikut:

(i) Apabila berlaku bencana di daerah, Pejabat Daerah akan membuka bilik gerakan bencana bagi menyelaras semua aktiviti menyelamat dan pemberian bantuan. PDRM akan membuka bilik gerakan operasi untuk menggerakkan operasi menyelamat dengan dibantu oleh jabatan dan agensi teknikal yang lain (JBPM, RELA, APM dan lain-lain);

(ii) Bilik gerakan juga dibuka bagi menerima maklumat daripada Pejabat Daerah dan seterusnya menyelaras tindakan dan bantuan yang diperlukan di peringkat daerah;

(iii) Sekiranya memerlukan pemindahan mangsa, pusat pemindahan sementara akan dibuka berdasarkan senarai pusat-pusat pemindahan yang telah diwartakan yang berhampiran tempat kejadian;

(iv) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi mendaftarkan jumlah mangsa dan menguruskan keperluan asas termasuk makanan, minuman, pakaian, tempat tidur dan sebagainya;

(v) Jabatan Kesihatan Negeri akan menempatkan pegawai-pegawai perubatan di pusat pemindahan sementara bagi tujuan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa yang sakit dan pemeriksaan kesihatan serta perkara-perkara lain yang berkaitan;

Page 147: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

147

(vi) Pengerusi JPBD akan menyelaras segala bentuk sumbangan dan bantuan daripada badan bukan kerajaan, agensi swasta serta agensi yang berkaitan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat;

(vii) Pusat pemindahan sementara akan ditutup setelah pihak berkuasa PDRM memberi pengesahan bahawa keadaan terkawal dan selamat untuk mangsa-mangsa pulang ke rumah masing-masing;

(viii) Laporan kejadian bagi status semasa oprasi menyelamat dan bantuan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa melalui JPBN; dan

(ix) Bantuan susulan kepada mangsa-mangsa diselaras oleh JPBN dan JPBD.

VII. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan mempunyai jalan terbaik bagi menangani isu pengurusan air selain keputusan menaikkan tarif air?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kenaikan tarif air Negeri Pulau Pinang tahun 2015 dilaksanakan dengan persetujuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, mengikut undang-undang persekutuan. Kajian semula tarif ini selaras dengan hasrat Kerajaan Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan misi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menjamin bekalan air yang mencukupi setiap hari tanpa catuan ketika perubahan iklim kini.

Kenaikan tarif air adalah perlu untuk :

(a) Memastikan PBAPP mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menampung keperluan operasi dan pembangunan fasiliti bekalan air untuk jangka masa panjang; dan

(b) Subsidi yang terpaksa ditanggung oleh PBAPP untuk mengekalkan tarif mesra rakyat adalah sebanyak RM71.1 juta pada tahun 2018. Sekiranya tiada tindakan susulan dibuat, subsidi ini akan terus meningkat.

Kajian kenaikan tarif air Tariff Setting Mechanism (TSM) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kebelakangan ini adalah keperluan suatu mekanisme penetapan tarif air yang sistematik dan telus untuk semua operator air di Malaysia. Ini disebabkan:

(a) Cara penentuan tarif yang berbeza-beza dari negeri ke negeri yang tidak seragam;

(b) Tidak mengambil kira kecekapan dan kos keberkesanan kepada operator air; dan

(c) Kurang telus dan susah difahami oleh pengguna.

Kajian ini masih di dalam proses pertimbangan Jemaah Menteri.

Page 148: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

148

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pengurusan landskap dan skop mencantas pokok oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) (a) Bilakah MBPP akan mula mengambil alih skop mencantas pokok bagi kawasan pulau daripada JKR (b) Adakah pengambilan tugas ini juga melibatkan jalan-jalan Persekutuan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah pun mengambil alih skop mencantas pokok bagi kawasan pulau dari Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 2019 dan pengambilalihan secara keseluruhan di seluruh kawasan pulau akan bermula pada bulan Jun 2019 untuk Jalan Negeri yang telah didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS). Pelaksanaan kerja-kerja ini akan dijalankan dengan menggunakan wang peruntukan MARRIS. Menurut kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tahun 2000, tugas penyelenggaraan dan pengindahan landskap adalah di bawah bidang kuasa pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Keputusan ini disusuli dengan Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Pokok dan Landskap di Negeri Pulau Pinang Bil 1/2019 pada 25 Februari 2019 yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa dan EXCO Kerja Raya dan Tebatan Banjir telah memutuskan supaya skop penyelenggaraan pokok dan landskap kekal dilaksanakan oleh pihak PBT. Pihak JKR sekadar menjalankan kerja-kerja kecemasan seperti kes pokok tumbang yang mengganggu lalu lintas serta kerja pemangkasan bagi pokok yang melindungi pandangan papan tanda keselamatan jalan raya.

(b) Bagi penyelenggaraan pokok yang melibatkan jalan-jalan Persekutuan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan penyelenggaraan menggunakan peruntukan pihak MBPP.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Projek pembentungan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

(a) Bilakah jangkaan sebenar projek ini akan siap sepenuhnya?

(b) Kenapakah projek ini tergendala dan tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan?

(c) Adakah kontraktor yang diberi tender ini mempunyai kepakaran untuk melaksanakan projek ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Setakat ini, terdapat dua (2) projek pembentungan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang, iaitu Bayan Baru Sewage Treatment Plan (STP) (Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Bayan Baru Fasa II, Pulau Pinang) dan Bayan Baru Network (Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Bayan Baru Fasa II, Pulau Pinang). Kedua-dua projek ini sedang dilaksanakan dan keperluan pelaksanaannya melengkapkan fungsi antara satu sama lain.

Page 149: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

149

(a) Merujuk kepada projek Bayan Baru STP bagi loji rawatan kumbahan serantau di Bayan Baru, projek ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019. Manakala Projek Bayan Baru Network bagi rangkaian paip pembetungan di Bayan Baru dijangka akan siap sepenuhnya pada 12 Jun 2020 berdasarkan lanjutan masa kedua yang telah diberikan kepada kontraktor utama, Widad Builders Sdn. Bhd. Lanjutan masa ini diberikan berdasarkan penemuan batu semasa kerja-kerja pengorekan pit/shaft yang sedang dijalankan. Akibat daripada penemuan batu ini, pengorekan pit/shaft perlu dilaksanakan dengan menggunakan kaedah controlled blasting.

(b) Projek yang mengalami kelewatan pelaksanaan adalah projek Bayan Baru Network di mana terdapat beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan projek ini yang menyebabkan ianya tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Antaranya termasuklah:-

(i) Kerja-kerja pengalihan kabel 11kV Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bukit Gambir yang masih belum disiapkan oleh pihak TNB sehingga kini;

(ii) Penemuan batu semasa kerja-kerja pemasangan paip di Jalan Bukit Gambir;

(iii) Pengalihan paip air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersaiz 600mm di Jalan Bukit Gambir;

(iv) Pengalihan kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Bukit Gambir;

(v) Kerja-kerja pindah alih kabel Maxis di dua (2) lokasi lurang di Jalan Sungai Dua;

(vi) Kerja-kerja pindah alih kabel Maxis di Jalan Sultan Azlan Shah;

(vii) Kerja-kerja jacking tidak dilakukan disebabkan oleh penemuan culvert besar yang menyambungkan dua (2) lurang. Pihak juruperunding Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd. (SSP) telah mengemukakan cadangan untuk menaikkan aras paip bagi mengelakkan culvert tersebut. Namun, lawatan tapak oleh penolong jurutera tapak SSP dan pihak kontraktor mendapati bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan pertambahan dua (2) biji lurang bagi mengelakkan culverttersebut. Oleh yang demikian, pihak kontraktor dalam proses mengemukakan anggaran kos bagi cadangan tersebut kepada pihak SSP untuk diteliti sebelum pengesyoran sebelum dikemukakan kepada pihak JPP; dan

(viii) Kerja-kerja pemasangan paip pembetungan di Jalan Sungai Dua tergendala akibat daripada penemuan sisa binaan di bawah tanah dan pihak kontraktor perlu mengeluarkan sisa binaan tersebut sebelum kerja dapat dilaksanakan semula.

(C) Kontraktor projek ini iaitu Widad Builders Sdn. Bhd. dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) melalui tender terhad atas faktor kelayakan dari sudut teknikal dan kewangan. Selain itu, Widad Builders Sdn. Bhd. juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Page 150: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

150

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Pembayaran program sumbangan i-Sejahtera Kerajaan Negeri.

(a) Kenapakah pembayaran secara EFT tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai alternatif / kaedah lain selain pembayaran menggunakan baucar dan EFT?

(c) Setakat April 2019, berapakah jumlah pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk program i-Sejahtera?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme pembayaran bagi semua program iSejahtera. Berdasarkan perancangan Kerajaan Negeri, pembayaran secara Elektronic Funds Transfer (EFT) akan mula dilaksanakan pada tahun 2019 melalui Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal sebagai pilot project dan seterusnya akan dilaksanakan untuk semua program iSejahtera yang lain. Pada ketika ini, pembayaran EFT bagi Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) telahpun mula dilaksanakan sejak Mac 2019. Manakala pembayaran bagi lain-lain program akan dilaksanakan setelah segala isu/masalah berbangkit daripada PPWE berjaya diselesaikan.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan/alternatif lain selain pembayaran secara tunai dan EFT.

(c) Sejak awal pelaksanaan sehingga 16 April 2019, Kerajaan Negeri telah

membelanjakan sebanyak RM287,103,040. Bagi Program Penghargaan Warga Emas, pembayaran masih berjalan dan jumlah bayaran sebenar akan disahkan setelah selesai pembayaran. Perincian perbelanjaan setiap program adalah seperti berikut:-

PROGRAM TAHUN

PELAKSANAAN JUMLAH

Penghargaan Warga Emas 2010 152,113,200.00

Ibu Emas 2013 26,369,100.00

Ibu Tunggal 2011 8,706,600.00

Skim Pelajar Emas 2012 31,527,000.00

Anak Emas 2011 17,897,400.00

OKU 2011 6,444,740.00

Sumbangan Pengurusan Jenazah OKU

2011 484,000.00

Sumbangan Pengurusan Jenazah Warga Emas

2010 43,381,000.00

Sumbangan Pengurusan Jenazah Ibu Tunggal

2011 180,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM287,103,040.00

Page 151: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

151

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Projek Perumahan Skim Sewa Beli.

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menukar skim perumahan MBPP Sungai Nibong yang sedia ada kepada skim sewa beli?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Program Sewa Beli (rent to own) diperkenalkan semula oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2014 melalui projek perintis Taman Sungai Duri Permai dan Taman Seruling Emas, Daerah Seberang Perai Selatan. Konsep Sewa Beli ini dapat membantu pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) A dan B yang sukar mendapatkan pinjaman bank komersil bagi memiliki rumah.

(a) Skim perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Sungai Nibong merupakan rumah pangsa yang disewakan kepada orang awam mengikut kadar sewa pasaran dan tidak mengambil kira kelayakan pendapatan pemohon. Terdapat sebanyak 120 unit dimana 33 telah dijual kepada kakitangan MBPP manakala baki 87 unit disewakan. Buat masa ini tiada rancangan untuk menjadikan Skim Perumahan Sungai Nibong sebagai sewa beli.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Sila berikan jumlah tunggakan sewa rumah PPR yang belum dibayar oleh penghuni.

(a) Apakah jenis tindakan yang diambil terhadap penyewa yang gagal membayar?

(b) Sila jelaskan kaedah penguatkuasaan yang dibuat oleh Bahagian Perumahan supaya penghuni membayar sewa.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Jumlah tunggakan sewa dan penyelenggaraan bagi unit PPR / rumah sewa sehingga tarikh berakhir 31 Mac 2019 adalah berjumlah RM8,986,998.00.

(a) Tindakan yang diambil terhadap penyewa yang gagal membuat pembayaran seperti mana yang termaktub dalam perjanjian penyewaan PPR adalah seperti serahan notis-notis penguatkuasaan kepada penyewa iaitu dengan memberi Notis Amaran 14 hari, Notis Tarik Balik dan Notis Pengosongan Unit. Sekiranya penyewa masih ingkar dan gagal membuat pembayaran tunggakan, maka senarai nama penghuni akan dibentang di dalam Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Penguatkuasaan Bahagian Perumahan yang dipengerusikan oleh YB. Exco Perumahan sebanyak empat (4) kali setahun bagi mendapat kelulusan tindakan operasi penguncian unit berkenaan. Tindakan penguncian unit tersebut akan dijalankan setelah mendapat perakuan daripada YB. ADUN kawasan berkaitan. Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat, kesemua rayuan bagi permohonan bayaran ansuran yang diterima daripada penghuni atau melalui YB. ADUN kawasan turut dibentang dan dipertimbangkan semula kaedah pembayaran di dalam Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Penguatkuasaan Bahagian Perumahan.

Page 152: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

152

(b) Kaedah penguatkuasaan yang dibuat oleh Bahagian Perumahan supaya penghuni membayar sewa adalah seperti berikut:

(i) Serahan notis penguatkuasaan kepada penghuni;

(ii) Pertimbangan kelulusan bersyarat bagi pembayaran ansuran tunggakan bagi penghuni PPR / rumah sewa melalui Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Penguatkuasaan Bahagian Perumahan;

(iii) Pembukaan kaunter oleh Pejabat Rancangan Perumahan pada setiap hari sabtu minggu pertama;

(iv) Operasi penguncian unit;

(v) Kolaborasi bersama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang dan Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi kes-kes penghuni yang layak menerima bantuan;

(vi) Kolaborasi bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang bagi Program walk-in interview dengan kerjasama majikan-majikan swasta bertempat di Dewan PPR / rumah sewa; dan

(vii) Kolaborasi bersama Penang Women Development's Corporation (PWDC) bagi projek Gender Responsive Parcipatory Budgetting (GRPB) bagi menyediakan infrastruktur yang lebih kondusif dan selamat serta memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat di Halaman Sentosa Minden Heights dan Taman Sunway Bukit Gambir?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Halaman Sentosa Minden Heights dan Taman Sunway Bukit Gambir. Banjir berkenaan adalah disebabkan oleh sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan terutama waktu hujan lebat. Sistem perparitan bagi kedua-dua kawasan tersebut adalah di bawah seliaan dan penyelenggaraan JKR. Bagi mengatasi masalah banjir di Taman Sunway Bukit Gambir, JPS Daerah Timur Laut dalam perancangan untuk melencongkan aliran air dari upstream terus ke Sungai Dua dengan pembinaan parit baharu tanpa melalui parit JKR. Pada masa ini pihak JPS dalam proses penyediaan pelan ukur (survey plan) untuk tujuan permohonan kelulusan penggunaan tanah kawasan lapang daripada pihak MBPP dan lapang sasar dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Page 153: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

153

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bilakah kad “I-Love-Penang― Saya Sayang Pulau Pinang akan dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Halaman Sentosa Minden Heights dan Taman Sunway Bukit Gambir. Banjir berkenaan adalah disebabkan oleh sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan terutama waktu hujan lebat. Sistem perparitan bagi kedua-dua kawasan tersebut adalah di bawah seliaan dan penyelenggaraan JKR. Bagi mengatasi masalah banjir di Taman Sunway Bukit Gambir, JPS Daerah Timur Laut dalam perancangan untuk melencongkan aliran air dari upstream terus ke Sungai Dua dengan pembinaan parit baharu tanpa melalui parit JKR. Pada masa ini pihak JPS dalam proses penyediaan pelan ukur (survey plan) untuk tujuan permohonan kelulusan penggunaan tanah kawasan lapang daripada pihak MBPP dan lapang sasar dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Jelaskan status pembangunan Tanah Kerajaan (Sungai Dua) di atas Lot 9117, Mukim 13, Daerah Timur Laut.

(a) Bilakah perancangan projek pembangunan dewan serbaguna dengan kemudahan tadika dan pusat penjaja di atas tanah tersebut akan dilaksanakan?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan pembangunan lain di atas lot ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah dewan serbaguna dengan kemudahan tadika dan pusat penjaja di atas tapak tersebut. Projek ini sepatutnya dimajukan oleh Syarikat Hamna Sdn. Bhd. berdasarkan perjanjian penswastaan yang telah ditandatangani bersama pihak syarikat dengan Kerajaan Negeri pada 31 Julai 1991. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini telah terhenti kerana pemaju gagal memenuhi obligasi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan notis penamatan perjanjian dikeluarkan pada 11 Februari 2015. Susulan daripada penamatan perjanjian tersebut, Syarikat Hamna Sdn. Bhd. telah menjalankan satu prosiding timbang tara terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beberapa sesi prosiding timbang tara telah diadakan melibatkan penimbang tara pemaju (claimant), peguam pemaju, Kerajaan Negeri (responden) dan peguam Kerajaan Negeri serta Penasihat Undang-Undang Negeri. Berdasarkan keputusan akhir (Final Award) yang telah dibuat dan dikeluarkan oleh Penimbang Tara (Arbitrator), notis penamatan bertarikh 11 Februari 2015 yang dikeluarkan kepada pihak pemaju adalah tidak sah dan didapati menyalahi undang-undang. Akibat keputusan itu, pemaju perlu meneruskan pembangunan dewan serbaguna dengan kemudahan tadika dan pusat penjaja di atas tanah sepertimana yang

Page 154: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

154

telah ditetapkan dalam Perjanjian Penswastaan sebelum ini. Kerajaan Negeri masih lagi dalam rundingan dengan pihak pemaju berhubung perancangan pelaksanaan projek pembangunan di atas tanah tersebut.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan lain di atas lot ini. Ini kerana masih terdapat prosiding kes mahkamah iaitu semakan kehakiman (saman pemula, no. WA-24NCC(ARB)-44-11-2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) terhadap keputusan timbang-tara tersebut yang masih berjalan. Pada 8 Mac 2019, telah terdapat perbincangan (tanpa prejudis) antara Kerajaan Negeri dengan pihak pemaju. Pemaju telah diminta untuk mengemukakan cadangan pembangunan baru dengan mengambil kira komponen pembangunan dewan serbaguna, tadika dan pusat penjaja yang masih perlu dilaksanakan. Keputusan berhubung cadangan pembangunan berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senaraikan status Projek Rumah Mampu Milik di KADUN Batu Uban.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di tanah kerajaan di KADUN Batu Uban?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Berdasarkan rekod Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terdapat sebanyak 5,419 unit Rumah Mampu Milik (RMM) A, B dan C terdapat di DUN Batu Uban dengan merangkumi 2,823 unit siap, 1,20 unit sedang dalam pembinaan dan 1,396 unit dalam peringkat perancangan. Perincian senarai projek seperti di Lampiran A.

(a) Selain pemilikan, penyediaan unit-unit untuk disewakan seperti Program Perumahan Rakyat sememangnya amat diperlukan di negeri Pulau Pinang, tidak terkecuali di DUN Batu Uban. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji dan meneliti tapak-tapak bersesuaian yang dapat dibangunkan PPR. Buat masa ini, tapak yang dicadangkan dan dipersetujui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah di Lot 10043, 10042 dan sebahagian Petak A, Seksyen 1, Bandar Jelutong dengan keluasan sebanyak 4 ekar dan mampu menempatkan kapasiti sejumlah 1,000 unit.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Sila berikan perkembangan mengenai cadangan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan kuarters baharu di tanah kerajaan lot 9014 & 9015 MK13, Daerah Timur Laut Sungai Dua.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Cadangan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan kuarters baharu di tanah kerajaan lot 9014 & 9015 Mk. 13, Daerah Timur Laut masih di peringkat menunggu maklum balas dan hala tuju pihak Unit Kerjasama Awam Swasta

Page 155: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

155

(UKAS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi penyediaan secara land swap yang baharu. Ianya dijangka dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Projek pemvinaan ini akan diangkat kepada Jawatankuasa Penswastaan di peringkat Kementerian Dalam Negeri selepas garis panduan terseut dikeluarkan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sila nyatakan kriteria/prosedur untuk memohon peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf atau pengubahsuaian rumah ibadat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) diwujudkan dengan dua tujuan iaitu untuk penyelenggaraan rumah ibadat dan pembinaan rumah ibadat baharu. Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM50,000.00. Antara kriteria/prosedur permohonan adalah seperti berikut:

(a) Mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Urus Setia Jawatankuasa Tabung Amanah RIBI di alamat PlanMalaysia@Pulau Pinang, Tingkat 57, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang;

(b) Mendapatkan surat sokongan ADUN Kawasan atau Penyelaras KADUN;

(c) Menyediakan salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan;

(d) Memaklumkan senarai Ahli Jawatankuasa (salinan e-ROS);

(e) Mendapatkan Surat Persetujuan daripada Pemilik Tanah/Bangunan (sekiranya menyewa);

(f) Membuktikan status pemilikan tanah (salinan cukai tanah/geran tanah), peta lokasi tanah rumah ibadat;

(g) Menyatakan penyelenggaraan atau pembinaan yang akan dilaksanakan; dan

(h) Mendapatkan tiga (3) sebut harga bagi kerja-kerja penyelenggaraan atau pembinaan daripada kontraktor yang layak.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila berikan jumlah senarai menunggu yang direkodkan di KADUN Batu Uban terutama bagi kategori RMM 'A' , RMM 'B' dan RMM 'C'.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merekodkan permohonan Rumah Mampu Milik sepanjang masa. Permohonan yang telah disahkan dan layak berdasarkan kriteria ditetapkan Kerajaan Negeri akan disenarai sebagai Senarai Menunggu. Sehingga tarikh berakhir 31 Mac 2019, terdapat seramai 22,080 bagi kategori RMM A dan B dan C di Daerah Timur Laut, manakala bagi DUN Batu

Page 156: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

156

Uban sahaja seramai 850 pemohon berada di dalam senarai menunggu iaitu 105 untuk RMM A, 360 untuk RMM B dan 385 untuk RMM C.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila senaraikan kontraktor yang diberi tender bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, parit dan juga kontraktor kutipan sampah di KADUN Batu Uban mengikut butiran nama syarikat, tempoh tender, dan jumlah pembayaran kontrak untuk tempoh sebulan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Terdapat tiga (3) kontraktor yang diberi tender bagi kerja-kerja pembersihan awam dan satu kontraktor bagi kerja-kerja kutipan sampah di KADUN Batu Uban.

Maklumat mengenai senarai kontraktor yang diberi tender bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan awam dan kontraktor kutipan sampah di KADUN Batu Uban mengikut butiran nama syarikat, tempoh tender dan jumlah pembayaran kontrak untuk tempoh sebulan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 14)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah fungsi dan peranan penubuhan Komuniti Harapan di setiap KADUN?

(a) Nyatakan agensi mana yang bertanggungjawab untuk mengawal selia program dan aktiviti Komuniti Harapan.

(b) Berapakah peruntukan yang disalurkan kepada penubuhan ini?

(c) Apakah jenis aktiviti dan program yang boleh dilakukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) adalah untuk membina rangkaian rakan strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di peringkat akar umbi.

Pada masa yang sama, juga untuk mengukuhkan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum; memasar dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan dasar dan agenda Kerajaan.

(a) Jabatan Penerangan Malaysia bertanggungjawab mengawal selia program dan aktiviti KHM.

(b) Peruntukan yang disediakan Kementerian Penerangan terbahagi kepada dua (2) iaitu:

(i) Peruntukan pentadbiran berjumlah RM3,500 dimasukkan terus ke akaun semasa KHM; dan

(ii) Peruntukan aktiviti berjumlah RM 3,500 merupakan permohonan melalui Pesanan Tempatan di JaPen.

Page 157: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

157

(c) Jenis-jenis program yang boleh diadakan adalah seperti berikut:

(i) Konvensyen KHM;

(ii) Sepakat Peringkat Daerah. (Program berbentuk pameran, sukan rakyat, kenduri kampung, persembahan kebudayaan dan lain-lain);

(iii) Sepakat peringkat komuniti iaitu program sehari berbentuk keagamaan, sambutan hari-hari perayaan, kenegaraan, kebudayaan dan pendidikan masyarakat bagi membolehkan umum memperoleh informasi serta khidmat Kerajaan dengan lebih senang;

(iv) Merdeka@komuniti; dan

(v) Yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah tindakan penguatkuasaan dan undang-undang yang boleh diambil terhadap tuan rumah atau tanah yang meninggalkan premis mereka dengan tidak diselenggara dan mengakibatkan kacau ganggu kepada jiran selain menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan haiwan liar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Tugas untuk menjaga dan menyenggara rumah atau tanah adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah tersebut. Tindakan penguatkuasaan dan undang-undang yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pemilik yang meninggalkan premis mereka dengan tidak diselenggara dan mengakibatkan kacau ganggu kepada jiran adalahseperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis penghapusan kacau ganggu di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemunya tanah atau bangunan supaya menghapuskan kacau ganggu tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dan tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut. Satu sesi inquiry oleh pihak PBT (OSC) akan memanggil pemunya tanah atau pemilik bangunan tersebut untuk mendapatkan gambaran atau penjelasan tidak mematuhi kehendak-kehendak notis yang dikeluarkan dan tindakan mereka untuk menghapuskan kacau ganggu tersebut;

(ii) Sekiranya pihak tersebut masih gagal mematuhi kehendak-kehendak notis Majlis, Majlis boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarkan kepada pemilik atau penghuni untuk melakukan pembersihan di kawasan tersebut atau menghapuskan isu-isu kacau ganggu. Segala kos perbelanjaan boleh dituntut daripada pemilik tanah atau pemilik bangunan tersebut. Jika pemilik atau penghuni gagal mematuhi notis setelah tamat tempoh, Majlis akan melakukan pembersihan dan segala kos dan perbelanjaan yang terlibat akan dituntut daripada pemilik/penghuni yang berkenaan di bawah Seksyen 8(6) dan 8(7) Akta yang sama;

(iii) Antara tindakan alternatif pihak Majlis yang boleh diambil adalah dengan mengenakan tindakan perundangan atau mahkamah terhadap pemilik tanah atau pemilik bangunan tersebut. Selain itu, pihak Majlis juga boleh

Page 158: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

158

mendapatkan perintah mahkamah supaya kuasa perundangan telah digunakan dalam menangani isu-isu kacau ganggu tersebut. Strategi ini didapati amat berkesan dan pantas bagi membendung dan membanteras penularan denggi ke kawasan-kawasan lain apabila berlakunya wabak memandangkan Pulau Pinang adalah kawasan endemik bagi penyakit ini;

(iv) Mengeluarkan kompaun kesalahan membiarkan premis /tanah dalam keadaan kotor dipenuhi semak samun di bawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976; dan

(v) Sekiranya notis tidak dipatuhi PBT boleh menjalankan pembersihan dan boleh menuntut segala belanja mengenainya daripada orang yang tidak menghapuskan kacau ganggu itu. Tindakan pendakwaan di mahkamah boleh dibuat terhadap seseorang yang tidak mematuhi sesuatu perintah kacau ganggu Seksyen 82 (Sub Seksyen 11), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan apabila seseorang itu disabitkan, beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit (RM1,000) atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua- duanya.

Bagi kawasan yang mempunyai kes demam denggi, Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan aedes di kawasan tersebut. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah seterusnya akan menjalankan prosedur pengeluaran notis Seksyen 8 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pembersihan dan pemusnahan serangga pembawa penyakit.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sila berikan statistik pengangguran terkini di Pulau Pinang mengikut:-

(a) Kelulusan akademik.

(b) Jantina / Umur

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan pengangguran mengikut kelulusan akademik bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti berikut:

Jadual 1: Bilangan Penganggur Mengikut Pencapaian Pendidikan Pulau Pinang, 2016 dan 2017.

Kelulusan/Tahun 2016 2017

Menengah 10,500 9,100

Tertiari 7,300 7,600

Jumlah 17,800 16,700

Page 159: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

159

(b) Bilangan penganggur mengikut jantina dan umur bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2016 dan 2017 adalah seperti berikut:

Jadual 2: Bilangan Penganggur Mengikut Jantina, Pulau Pinang, 2016 dan 2017.

Jantina/Tahun 2016 2017

Lelaki 11,000 10,100

Perempuan 7,100 7,200

Jumlah 18,100 17,300

Jadual 3: Bilangan Penganggur Mengikut Kumpulan Umur, Pulau Pinang, 2016 dan 2017.

Umur/Tahun 2016 2017

15-24 7,400 9,200

25-34 6,600 4,900

35-64 4,100 3,200

Jumlah 18,100 17,300

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Nyatakan jumlah tanah RIBI di kawasan KADUN Batu Uban setakat Mac 2019. Berikan senarai mengikut:-

(a) Tanah kosong (b) Tanah yang sudah diserahkan kepada rumah ibadat kuil/tokong/gereja dan lain-lain

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berdasarkan data guna tanah sedia ada, terdapat enam belas (16) tapak RIBI di kawasan Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Uban.

(a) Sehingga Mac 2019 tiada tanah kosong baharu yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui proses Kebenaran Merancang di kawasan KADUN Batu Uban.

(b) Kesemua 16 tapak yang telah diserahkan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), telah dibangunkan dengan sebanyak 6 buah gereja, 7 buah tokong cina dan 3 buah kuil Hindu.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Mohon memberi maklumat mengenai Tabung Penyelenggaraan maksima 80% Kerajaan Negeri.

Page 160: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

160

(a) Berapakah peruntukan yang telah diberikan sejak pengenalan tabung bantuan ini?

(b) Adakah tabung bantuan ini akan diluaskan untuk skim RMM?

(c) Senaraikan LM/LMC yang menerima bantuan di KADUN Batu Uban.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 2013 telah mendapat reaksi yang amat positif oleh rakyat Negeri Pulau Pinang. Tabung ini telah membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) untuk menyelenggara skim-skim strata.

(a) Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 212 permohonan dengan amaun sebanyak RM31,296,000.00 telah diluluskan;

(b) Sehingga kini, had nilai belian asal yang akan dipertimbangkan adalah sehingga RM150,000.00 iaitu menyamai kategori Rumah Mampu Milik Jenis C1 sahaja; dan

(c) Di KADUN Batu Uban, sebanyak 32 permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM3,762,905.26. Perincian permohonan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 19)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Senaraikan penerima bantuan daripada Tabung Usahawan Tani Muda mengikut sektor perkhidmatan dan jumlah bantuan yang disalurkan

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM750,000.00 bagi Program Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang kini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani (TUT) sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2013. Sebelum ini, pemohonan bagi pinjaman mikrokredit ini hanya terbuka kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk turut membuka peluang kepada usahawan Industri Asas Tani (IAT) yang berumur lebih 40 tahun dan tidak melebihi 60 tahun untuk turut serta dalam program ini. Bagi pemohon yang berumur bawah 40 tahun, pinjaman tanpa faedah berjumlah RM6,000.00 disediakan manakala RM5,000.00 bagi pemohon yang berumur 40 hingga 60 tahun. Sehingga April 2019, sejumlah RM713,000.00 telah diberikan pinjaman kepada 131 orang usahawan tani. Perincian penerima mengikut sektor dan jumlah pinjaman yang telah disalurkan adalah seperti jadual berikut:

Bil. Sektor Bilangan Penerima Jumlah Pinjaman

(RM)

1. Pertanian 104 576,000.00

2. Veterinar 24 122,000.00

3. Perikanan 3 15,000.00

JUMLAH 131 713,000.00

Page 161: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

161

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sila nyatakan status permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan (6,700 kaki persegi) bersebelahan Lot 1668, MK 13 Daerah Timur Laut untuk tujuan tapak gantian Kuil Sri Veera Kaliamman.

(a) Kenapakah pihak Jawatankuasa Pengurusan Kuil perlu membayar premium sebanyak RM221,000.00?

(b) Bolehkah Kerajaan Negeri mengecualikan bayaran premium untuk tapak gantian rumah ibadat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Pihak Berkuasa Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 39/2015 pada 23.12.2015 dan disahkan pada hari yang sama telah menolak permohonan rayuan bagi permohonan pemberimilikan tapak ini dan memutuskan supaya Lembaga Wakaf Hindu memohon tapak ini memandangkan pihak pengurusan kuil menghadapi masalah kewangan untuk menjelaskan bayaran premium sebanyak RM221,000.00.

(a) Premium sebanyak RM221,000.00 yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah nilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Dasar Pihak Berkuasa Negeri adalah mengenakan bayaran premium tanah mengikut nilaian pasaran.

(b) Kuil ini pada asalnya terletak di atas tanah milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Kerajaan Negeri seterusnya telah bersetuju untuk menempatkan semula kuil tersebut di atas tanah kerajaan bersebelahan Lot 1668, Mukim 13, Daerah Timur Laut. Memandangkan tapak asal bukan milik kuil, maka pihak pengurusan kuil dikenakan bayaran premium yang ditetapkan di atas sekiranya ingin mendapatkan hakmilik tanah tersebut.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sejauh manakah keberkesanan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri?

(a) Adakah penduduk sudah mula mempraktikkan budaya kitar semula?

(b) Nyatakan jumlah kompaun yang dikeluarkan kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang kecil ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Dasar Pengasingan Sisa Di Punca telah dilaksanakan di seluruh negeri Pulau Pinang sejak 1 Jun 2016. Penduduk diberi satu tahun untuk menyesuaikan diri dengan dasar baharu ini. Mulai 1 Jun 2017, dasar ini dikuatkuasakan bagi semua premis di negeri Pulau Pinang. Selain sambutan baik daripada penduduk, keberkesanan dasar ini disokong Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) / Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2016. Pemilik premis yang melanggar undang-undang kecil ini boleh dikenakan kompaun tidak melebihi

Page 162: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

162

RM250.00. Sekiranya disabit di mahkamah, hukuman adalah penjara tidak melebihi 1(satu) tahun atau denda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya.

(a) Penduduk sudah mula mempraktikkan budaya kitar semula dengan sokongan baik terhadap program di bawah dasar ini. Sokongan penduduk dapat dilihat melalui peningkatan kadar kitar semula negeri, pertambahan bilangan pusat kitar semula dalam komuniti, pertambahan bilangan sekolah yang mengamalkan kitar semula serta pertambahan bilangan lesen pemungut barang kitar semula. Kadar kitar semula negeri telah meningkat setiap tahun daripada 37.76% pada tahun 2015 ke 42.69% pada tahun 2018. Bilangan pusat kitar semula dalam komuniti telah meningkat daripada 55 buah dalam tahun 2015 ke 123 buah pada 2018. Manakala bilangan sekolah yang mengamalkan kitar semula telah bertambah daripada 213 buah pada tahun 2015 ke 271 buah pada tahun 2018. Selaras dengan kemajuan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca, pengeluaran bilangan lesen pemungut barang kitar semula juga meningkat daripada 10 lesen pada tahun 2016 ke 61 lesen pada tahun 2018. Maklumat terperinci seperti di Lampiran A. Agensi Kerajaan Negeri, khasnya MBPP dan MPSP amat aktif menguatkuasakan dasar ini. Sejak 1 Jun 2016 sehingga 31 Mac 2019, MBPP dan MPSP telah membuat pemeriksaan ke atas 298,391 premis bertanah, 1,372 kediaman berstrata dan 22,597 premis komersial. Sebanyak 166,484 notis telah disampaikan kepada kediaman bertanah, 294 notis kepada kediaman berstrata dan 9,430 notis kepada premis komersial. Maklumat terperinci seperti di Lampiran B.

(b) Dalam tempoh yang sama, 108 kediaman bertanah, 31 Joint Management Body (JMB) / Management Council(MC) dan 603 premis komersial telah dikeluarkan kompaun kerana tidak mematuhi undang-undang kecil ini. Maklumat terperinci seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 22)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Little India dan jelaskan pelan pembangunan yang dicadangkan di kawasan tersebut.

(a) Apakah langkah untuk menarik lebih ramai pelancong untuk mempamerkan warisan kepelbagaian Pulau Pinang?

(b) Bilakah rancangan pembinaan pintu gerbang akan dapat dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri melalui George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC) telah dipertanggungjawabkan menguruskan Pembangunan Projek Menaiktaraf Kawasan Little India bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated dan pihak berkepentingan yang lain seperti Liga Muslim Pulau Pinang dan Malaysian Indian Chamber of Commerce and Industry, Penang. Pelan pembangunan Little India bertujuan untuk memperbaiki kemudahan awam dalam kawasan tersebut berdasarkan kepada Pelan Induk Strategik Kawasan

Page 163: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

163

Tapak Warisan Dunia George Town (George Town World Heritage Site Strategic Master Plan). Pelan pembangunan tersebut akan melibatkan kerja-kerja susun atur presint (decluttering), naik taraf laluan sedia ada, penambahbaikan landskap di sepanjang jalan, penyediaan kemudahan untuk pejalan kaki, sistem saliran serta aliran air hujan, sistem pencahayaan dan sistem“wayfinding”. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1juta bagi pelaksanaan projek ini.

(a) Langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mempamerkan warisan kepelbagaian Pulau Pinang bagi menarik lebih ramai pelancong adalah seperti berikut:

(i) GTCDC akan mengadakan persembahan kesenian, kebudayaan dan warisan pada setiap hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah bagi mempamerkan kepelbagaian seni dan warisan yang terdapat di Pulau Pinang;

(ii) Mengadakan acara tahunan Perayaan Warisan George Town yang menyaksikan lebih daripada 20 komuniti tempatan mengambil bahagian dengan mempamerkan keunikan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun;

(iii) Mengadakan program lawatan ke tempat-tempat beribadat dan bersejarah di George Town bagi membolehkan pelancong memahami dan menghayati keunikan serta keindahan tempat-tempat ibadat yang mempunyai unsur-unsur seni dan sejarah;

(iv) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut akan mengadakan Program Karnival Etnik pada September 2019 untuk mempamerkan maklumat berhubung tradisi dan budaya masyarakat etnik di Pulau Pinang yang merangkumi pakaian, makanan, sambutan perkahwinan dan sambutan perayaan utama setiap kaum etnik terlibat; dan

(v) Menjalankan kerja-kerja menaik taraf lorong belakang dan sisi, infrastruktur awam, pasar sedia ada, taman-taman awam dan papan tanda jalan untuk menambahkan keselesaan dan menggalakkan aktiviti pelancongan.

(b) Bagi pembinaan pintu gerbang, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan stakeholder engagement bagi mendapatkan input dan pandangan daripada agensi Kerajaan serta organisasi dan persatuan yang terdapat di kawasan Little India. GTCDC telah mencadangkan supaya pembinaan pintu gerbang diletakkan di bawah “Lebuh Pasar Pilot Project”.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah tindakan terhadap pemaju yang gagal melaksanakan projek perumahan seperti yang dijanjikan kepada pembeli, contohnya reka bentuk rumah beza sekali dengan brosur atau apa-apa risalah pemasaran mereka .

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

bertanggungjawab dalam mengawal selia pengiklanan perumahan. Sebarang iklan perumahan adalah tertakluk di bawah kelulusan Permit Iklan dan Jualan yang mewajibkan pemaju mematuhi Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pemajuan

Page 164: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

164

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Selain dari itu, spesifikasi bangunan perlu mematuhi pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan.

Sekiranya terdapat sebarang kecacatan atau perbezaan antara spesifikasi yang dipersetujui di antara pembeli dan pemaju di dalam Perjanjian Jual Beli, tuntutan boleh diajukan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TPPR). Tuntutan yang boleh dibuat kepada TPPR adalah merangkumi isu teknikal sepertimana kecacatan mutu kerja atau kualiti bahan-bahan yang digunakan dan juga isu bukan teknikal seperti kelewatan penyerahan milikan kosong. Had tuntutan dibenarkan sehingga RM50,000.00 atau sekiranya kedua-dua pihak bersetuju TPPR mempunyai kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Projek perumahan di Pulau Pinang.

(a) Senaraikan jumlah projek perumahan yang diluluskan sejak tahun 2008 untuk semua jenis skim perumahan.

(b) Adakah satu kajian khusus untuk meneliti struktur pasaran perumahan yang merangkumi aspek-aspek ketidakpadanan (mismatch), penawaran dan permintaan, isu-isu spekulatif dalam pasaran perumahan telah dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Secara keseluruhan, sebanyak 828 kebenaran merancang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melibatkan perancangan bagi membina sebanyak 154,201 unit rumah. Unit perumahan yang diluluskan ini merangkumi unit sesebuah, berkembar, teres, bandar, pangsapuri dan mampu milik (MBPP sahaja). Pecahan jumlah kebenaran merancang mengikut Pihak Berkuasa Tempatan, daerah dan jenis rumah adalah seperti di Lampiran A.

Kerajaan Negeri pada masa ini membuat kajian Analisis Data Raya / Big Data Analysis bagi Rumah Mampu Milik dan Unit Kawalan Harga di bawah kawalannya. Kajian meliputi beza bekalan unit dan permintaan, kawasan risiko bencana dan lokasi strategik. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan input kepada Khazanah Research Institute (KRI) pada tahun 2018 dan Bank Negara Malaysia sejak 2017 bagi menilai kemampuan pemillikan rumah di negeri Pulau Pinang. Dasar-dasar Perumahan Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa di kaji semula mengambil kira isu spekulatif, kemampuan kewangan melalui perundingan yang melibatkan pelbagai pihak di peringkat Negeri dan Persekutuan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 25)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk perkhidmatan bas percuma (CAT) sejak ianya diperkenalkan.

(a) Adakah inisiatif Kerajaan Negeri ini telah dapat menepati sasarannya iaitu mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan pusat bandar?

Page 165: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

165

(b) Adakah satu kajian impak telah dilaksanakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan perkhidmatan ini kepada pengguna tempatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Jumlah perbelanjaan bagi perkhidmatan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada pihak Prasarana bagi kesemua dua belas (12) laluan sejak diperkenalkan sehingga 31 Mac 2019 adalah berjumlah RM12,171,200.00 seperti perincian di jadual berikut:

Tahun Jumlah Peruntukan (RM)

1 April 2018 - 31 Disember 2018 8,427,200.00

1 Januari 2019 - 31 Mac 2019 3,744,000.00

JUMLAH BESAR 12,171,200.00

(a) Sejak diperkenalkan, perkhidmatan Bas CAT telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Berdasarkan data daripada pihak Rapid Penang, kadar penumpang bagi kesemua laluan mencatatkan peningkatan penumpang yang positif iaitu sebanyak 13%. Ini menyumbang kepada pengurangan kenderaan persendirian di atas jalan raya, seterusnya dapat mengurangkan kadar kesesakan jalan raya dan pengeluaran karbon. Kadar penggunaan pengangkutan awam juga dapat dipertingkatkan selaras dengan visi Kerajaan Negeri untuk mencapai 40% kadar penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Namun begitu, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi meneliti kesan sebenar pengurangan kesesakan jalan raya bagi mendapatkan impak yang sebenar.

(b) Kajian impak berskala kecil secara Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan di beberapa laluan Bas CAT bagi tujuan penambahbaikan. FGD yang telah dijalankan adalah di laluan CAT Batu Kawan, CAT Bertam dan CAT Nibong Tebal. Langkah-langkah penambahbaikan telah pun diambil dengan melaksanakan perubahan laluan dan jadual waktu pergerakan bas. Hasil daripada penambahbaikan yang telah dijalankan di laluan CAT Batu Kawan, bilangan penumpang didapati telah meningkat sebanyak 11%. Kajian impak ini akan diteruskan di laluan-laluan Bas CAT yang lain.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Nyatakan insentif, anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada atlet Pulau Pinang yang meraih pencapaian terhebat sepanjang tahun sama ada dalam pertandingan yang dianjurkan dalam negeri atau luar negara.

(a) Apakah program pengukuhan atlet-atlet negeri dan pemantapan kontinjen negeri secara menyeluruh bagi menghadapi saingan Sukan Malaysia yang berlangsung setiap tahun?

Page 166: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

166

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharum nama negeri dan negara di persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan penawaran insentif berbentuk kewangan iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) sejak tahun 2014 dengan tujuan untuk menggalak, meningkat serta memberi motivasi kepada para penggiat sukan Negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet-atlet Negeri Pulau Pinang yang bertanding di Sukan Malaysia, sukan-sukan bertemasya seperti Sukan Olimpik dan kejohanan-kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia. Skim ini telah ditambah baik pada tahun 2019 dengan penyeragaman kadar nilai kejayaan yang ditawarkan kepada atlet-atlet paralimpik dengan nilai penerimaan yang diterima oleh atlet-atlet normal. Nilai hadiah kemenangan SKIMAS adalah seperti dalam Lampiran A.

Selain dari SKIMAS, atlet-atlet cemerlang negeri turut berpeluang untuk dicalonkan bagi penerimaan Anugerah Sukan Negeri yang dikategorikan kepada 11 anugerah seperti berikut:

(i) Kategori Pasukan Wanita Terbaik

(ii) Kategori Pasukan Lelaki Terbaik

(iii) Kategori Olahragawati Paralimpik

(iv) Kategori Olahragawan Paralimpik

(v) Kategori Olahragawati Harapan

(vi) Kategori Olahragawan Harapan

(vii) Kategori Jurulatih Terbaik

(viii) Kategori Tokoh Pemimpin Sukan

(ix) Kategori Olahragawati

(x) Kategori Olahragawan

(xi) Anugerah Perdana T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

(a) Menjelang keberlangsungan temasya Sukan Malaysia ke-20 Johor pada tahun 2020, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terus gigih melaksanakan perancangan dan menggerakkan program latihan Atlet Elit dan Atlet Sukan Malaysia berteraskan intipati seperti berikut :-

(i) Merancang, melaksana, menilai dan mengukuhkan pelaksanaan program-program latihan atlet elit dan atlet-atlet Sukan Malaysia yang terdiri dari program latihan suaian fizikal, latihan teknikal, latihan dari aspek taktikal beserta ujian kecergasan fizikal terhadap atlet-atlet sukan negeri. Latihan ini akan dijalankan secara berkala untuk memastikan atlet tersebut benar-benar menyerlah prestasinya;

(ii) Penyediaan Pelan Periodisasi Latihan Atlet yang dapat membantu atlet untuk mencapai prestasi optimum semasa pertandingan;

(iii) Sentiasa memantau prestasi dan kemajuan atlet melalui pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama dengan Persatuan Sukan Negeri dan jurulatih bertanggungjawab untuk sukan tersebut;

Page 167: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

167

(iv) Melaksanakan program turun padang untuk membantu melaksanakan program-program pembangunan atlet dan sukan yang digerakkan oleh Persatuan Sukan Negeri;

(v) Merancang dan melaksanakan program latihan khas kepada atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke program latihan kebangsaan di bawah pengendalian Majlis Sukan Negara Malaysia, Institut Sukan Negara Malaysia atau Persatuan Sukan Kebangsaan;

(vi) Merancang, menghantar dan memantau penyertaan atlet negeri di kejohanan-kejohanan sukan tempatan, kebangsaan dan juga antarabangsa;

(vii) Merancang, mengenal pasti dan menyelaras pengambilan jurulatih asing berkemahiran tinggi yang dapat meningkatkan prestasi dan mutu kecergasan atlet untuk menghadapi saingan dan pada masa yang sama perpindahan pengalaman kepada jurulatih-jurulatih tempatan;

(viii) Merancang dan mengelolakan kem-kem latihan mingguan, kem bina semangat dan kem motivasti atlet dengan penekanan khusus terhadap pemantapan mental, rohani dan sahsiah diri di kalangan atlet, jurulatih dan pegawai sukan;

(ix) Mengumpul dan menyelaras bank maklumat serta keputusan pertandingan yang disertai oleh atlet-atlet untuk dijadikan panduan serta rujukan ke arah penyediaan sasaran, pemantapan strategi teknikal dan taktikal dalam menghadapi pertandingan;

(x) Sentiasa mengkaji, menganalisa dan merumuskan pendekatan strategi perancangan program jangka pendek dan jangka panjang bagi sukan temasya dan sukan individu;

(xi) Mengadakan jalinan kerjasama antarabangsa yang dimeterai melalui MoU, persefahaman bersama dengan agensi atau persatuan sukan antarabangsa bagi program latihan atlet secara bersepadu dua hala;

(xii) Meluaskan penerapan konsep sains sukan dalam pembangunan sukan negeri bermula dari peringkat akar umbi dan seterusnya sehingga atlet mencapai kegemilangan untuk negeri dan negara;

(xiii) Memberikan penekanan utama untuk menambah baik serta menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan dan peralatan-peralatan sukan sedia ada bagi memastikan atlet dapat berlatih secara optimum dan maksimum;

(xiv) Memperuntukan bantuan kewangan kepada persatuan sukan negeri dalam pelaksanaan program pembangunan sukan di setiap lapisan atlet bermula dari peringkat pelapis sehinggalah ke peringkat atlet elit dengan jumlah elaun latihan bulanan bermula dari RM500.00 ke RM5,000.00 bergantung pada bilangan atlet yang mengambil bahagian dan jenis kejohanan yang disertai;

(xv) Menyelia dan melaksanakan ujian fisiologikal yang saintifik dan spesifik serta memberi penilaian fisiologi secara berterusan di samping memantau tahap kecergasan atlet kearah untuk melaporkan penilaian

Page 168: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

168

fisiologi kepada jurulatih dan atlet dengan cadangan bagi mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi; dan

(xvi) Membentuk serta melaksanakan program pemakanan seimbang dan bernutrisi kepada atlet-atlet negeri serta menasihat para atlet terhadap keperluan pemakanan yang spesifik yang mendorong ke arah tabiat pemakanan yang sihat.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 27)

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Berapakah indeks jenayah di Pulau Pinang bagi tahun 2018 sehingga kini dengan menyenaraikan jenis kesalahan, kawasan tumpuan jenayah dan kes yang didakwa dan diberi hukuman?

(a) Apakah strategi baru untuk mengurangkan dan membanteras kegiatan jenayah terutamanya jenayah siber?

(b) Adakah Pulau Pinang sudah menggunakan sistem laporan polis atas talian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Indeks jenayah terbahagi kepada dua (2) iaitu jenayah indeks dan jenayah bukan indeks. Jenayah indeks meliputi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Manakala jenayah bukan indeks meliputi kategori jenayah selain daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.

Statistik jenayah indeks di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sebanyak 9.6% bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017. Statistik perbandingan jenayah indeks bagi tempoh Januari sehingga Disember 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Statistik bagi jenayah bukan indeks di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sebanyak 6.3% bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017. Statistik perbandingan jenayah bukan indeks bagi tempoh Januari sehingga Disember 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran B.

Bagi kes jenayah indeks, sebanyak 5,018 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 dan 1,302 dari kertas siasatan tersebut telah di tuduh di mahkamah. Bagi kes jenayah bukan indeks pula, sebanyak 3,1339 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 dan daripada jumlah tersebut 2,513 kertas siasatan telah di tuduh di mahkamah.

(a) Pihak Kerajaan Negeri dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah merangka pelbagai strategi baru bagi mengurangkan dan membenteras kegiatan jenayah di negeri ini seperti berikut;

(j) Memperkembangkan peranan Aman Wanita (AMANITA / Peace Lady) di dalam mendekati dan memberi penerangan kepada para wanita, termasuk suri-suri rumah, guru-guru sekolah, pelajar-pelajar sekolah, pekerja-pekerja kilang dan sebagainya;

(ii) Meningkatkan kempen kesedaran pencegahan jenayah kepada masyarakat, warga sekolah, warga kilang dan sebagainya;

Page 169: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

169

(iii) Rondaan Unit MPV, URB dan Unit Polis Pelancong yang lebih kerap dan terarah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hotspot jenayah;

(iv) Pemantauan secara berterusan dan terarah terhadap kegiatan penagihan dadah dan samseng di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai blackspot jenayah, terutamanya di kawasan-kawasan perumahan atau rumah pangsa yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan sesak, selain daripada tahap sosio-ekonomi penduduk yang rata-ratanya rendah;

(v) Mempergiatkan pendaftaran sistem aplikasi dalam talian Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kepada orang ramai;

(vi) Mewujudkan kerjasama strategik (smart partnership) bersama komuniti, pihak Non-governmental organizations (NGO), sekolah, lain-lain agensi kerajaan / swasta dan sebagainya dalam aspek pencegahan jenayah;

(vii) Memperhebatkan Operasi Bersepadu ‘Op Lusuh’ bersama lain-lain agensi kerajaan bagi mengekang premis-premis yang menjalankan peniagaan tanpa lesen yang sah dan dalam masa yang sama didapati menjual barang-barang curi; dan

(viii) Mempergiatkan kempen dan pengedaran risalah-risalah pencegahan jenayah kepada masyarakat dan orang ramai dengan tujuan utama untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya aspek keselamatan dan pencegahan jenayah tersebut.

Strategi untuk mengurangkan dan membenteras kegiatan jenayah siber pula adalah seperti berikut:

(i) Mempertingkatkan aspek / kualiti siasatan yang ada kaitan dengan penggunaan teknologi;

(ii) Meningkatkan kadar kesedaran orang ramai berhubung dengan trend penipuan / fraud yang dilakukan menggunakan teknologi komunikasi moden melalui ceramah, iklan, program radio / FM, dan mengedar risalah-risalah;

(iii) Mempersiapkan pegawai PDRM dengan latihan dan praktikal yang berterusan; dan

(iv) Menyediakan aset moden dan terkini dalam PDRM bagi menangani jenayah siber ini.

(b) PDRM Kontinjen Pulau Pinang sudah menggunakan Sistem Laporan Polis atas talian di semua balai polis di negeri ini.

LAMPIRAN A DAN B (NO. 28)

Page 170: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

170

VIII. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pulau Pinang merupakan satu negeri di mana jangkitan Demam Denggi amat membimbangkan dan banyak nyawa mangsa telah diragut akibatnya.

(a) Apakah tahap jangkitan Demam Denggi terkini dan apakah kesan perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam Program Crush Aedes Totally (CAT) yang bertujuan untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes dalam usaha mencegah Demam Denggi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari peningkatan kes wabak denggi yang berlaku di negeri ini. Pulau Pinang merupakan negeri ke-4 tertinggi bagi kes demam denggi di Malaysia.

(a) Sehingga 6 April 2019, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan bagi tahun 2019 adalah sebanyak 2,173 kes berbanding 1,066 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 1107 kes (103.85%). Sebanyak 8 kematian denggi telah dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 1 kematian denggi bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam usaha membantu Jabatan Kesihatan Negeri untuk memerangi denggi, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langganan Sistem Crush Aedes Totally (CAT) atau turut dikenali sebagai Artificial Intelligence in Medical Epidemiology (AIME). Melalui sistem ini, ianya digunakan untuk meramal kejadian wabak denggi yang akan berlaku berdasarkan analisa input data dan beberapa faktor lain menggunakan sistem Artificial Intelligence. Bukan itu sahaja, sistem ini turut berupaya memaparkan maklumat taburan kes dan wabak denggi yang sedia ada beserta dengan maklumat tambahan seperti arah angin, lokasi taburan hujan dan landmark (sekolah, tempat ibadat). Melalui penggunaan sistem ini, perancangan dan strategi aktiviti kawalan vektor dapat dilaksanakan secara lebih fokus mengikut keutamaan. Walau bagaimanapun, sistem tidak berupaya meramal wabak berdasarkan satu kes atau single case prediction. Meskipun Kerajaan Negeri telah membuat langganan Sistem Crush Aedes Totally (CAT) yang menggunapakai teknologi Artificial Intelligence (AI), sistem ini hanyalah bertindak sebagai suatu aplikasi yang meramal kejadian wabak denggi yang akan berlaku berdasarkan analisis input data dan beberapa faktor lain. Sistem ini bukanlah penentu kepada usaha pencegahan demam Denggi.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Masalah kereta terbiar di tepi jalan dan persekitaran taman penduduk bukan sahaja mengakibatkan kesesakan lalu-lintas tetapi juga merupakan faktor pencemaran kawasan alam sekitar. Usaha mengatasi masalah ini melibatkan kerjasama daripada pihak PBT dan penduduk setempat.

(a) Sila nyatakan statistik kenderaan ditunda terkini dan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Page 171: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

171

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kenderaan terbiar yang diletakkan di kawasan awam sememangnya mendatangkan gangguan kepada penduduk setempat apabila mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan taman dan mencemarkan pemandangan alam sekitar. Kerja-kerja pengalihan kenderaan buruk / usang ini akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengalihkan kenderaan buruk / usang ini ke depoh PBT. Sehingga kini, tidak ada satu garis panduan khusus untuk menguruskan kenderaan buruk / usang ini hingga menyebabkan berlaku lambakan kenderaan buruk / usang di depoh sehingga mendatangkan masalah kepada PBT. Keadaan ini juga disebabkan oleh proses melupuskan kenderaan buruk / usang yang mengambil masa yang lama sehingga setahun. Ini adalah termasuk proses pencarian dan pengecaman pemilik kenderaan tersebut.

Sepanjang tempoh 2017 hingga Februari 2019, sebanyak 436 buah kenderaan buruk / usang telah ditunda oleh MBPP di kawasan pulau. Perincian mengenai kenderaan buruk / usang yang ditunda oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dari tahun 2017 hingga 2019 adalah seperti jadual dibawah:

Tahun Bilangan Kenderaan Buruk/Usang Yang Ditunda

2017 204

2018 166

2019* 66

Jumlah 436

* sehingga Februari 2019

Bagi kawasan Seberang Perai pula, sepanjang tempoh 2018 hingga Mac 2019 sebanyak 152 buah kenderaan buruk / usang yang telah ditunda oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Perincian mengenai kenderaan buruk / usang yang ditunda oleh MPSP dari tahun 2018 hingga 2019 adalah seperti jadual dibawah:

Tahun Bilangan Kenderaan Buruk/Usang Yang Ditunda

2018 117

2019* 36

Jumlah 152

* sehingga Mac 2019

Isu mengenai lambakan kenderaan buruk / usang ini merupakan isu nasional dan dihadapai oleh kebanyakkan PBT di negara ini. Sehubungan itu, satu garis panduan pengurusan kenderaan buruk / usang yang ditinggalkan di kawasan perumahan dan tempat awam sehingga menimbulkan kacau ganggu telah dibentangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara pada 5 Mac 2019 yang lalu. Penguatkuasaan garis panduan berkenaan oleh PBT akan bermula pada bulan Julai 2019 selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Page 172: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

172

Melalui penguatkuasaan garis panduan tersebut, pihak PBT dapat menguruskan kenderaan buruk / usang dalam masa 33 hari sahaja berbanding setahun seperti yang dihadapi oleh PBT sekarang. Selain itu, garis panduan tersebut juga akan melibatkan semua aspek pelupusan iaitu bermula dengan kenderaan buruk / usang berkenaan ditarik, pencarian pemilik sehinggalah kenderaan buruk / usang berkenaan dilupuskan.

Setakat ini garis panduan tersebut tidak memperuntukkan apa-apa bayaran dikenakan ke atas pemilik. Kereta berpemilik boleh dituntut dalam tempoh 14 hari sebelum proses pelupusan dibuat. Sekiranya kenderaan buruk / usang dilupuskan, wang hasil pelupusan selepas ditolak kos-kos yang ditanggung oleh PBT akan disimpan selama dua tahun bagi membolehkan pemilik membuat tuntutan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Visi Penang 2030 yang dilancarkan Jun 2018 mengutamakan pembangunan kekeluargaan di Negeri Pulau Pinang. Namun demikian, isu warga emas terabai oleh keluarga masing-masing ataupun warga emas tunggal yang tidak memiliki keluarga sering diperhatikan.

(a) Apakah tindakan yang akan diambil untuk menangani isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin mengenai isu warga emas yang terabai atau warga emas tunggal yang tidak memiliki keluarga. Beberapa tindakan telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini, antaranya ialah:

(i) MEWUJUDKAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

Terdapat dua (2) buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau dan Pongsu Seribu, Kepala Batas. PAWE merupakan tempat warga emas berkumpul dan menjalankan aktiviti dan bukan pusat jagaan berkediaman dan beroperasi mengikut waktu pejabat selama 5 hari seminggu. Setiap PAWE mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan operasi dan penyelia yang dilantik bagi menguruskan PAWE tersebut.

JKM akan menjalankan siasatan terperinci mengenai latar belakang sosial warga emas tersebut bagi membuat perancangan seterusnya untuk membantu mereka. Melalui Pusat Aktiviti Warga Emas, mereka dapat menjalankan aktiviti harian dalam komuniti setempat. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak reaching outdan developmental kepada warga emas. Ini dapat mengelakkan mereka hidup bersendirian dan dapat mengembalikan perasaan bahawa mereka masih diperlukan dan dihargai.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses untuk membina Pusat Transit Gelandangan yang akan turut berperanan sebagai Pusat Aktivtiti Warga Emas di Daerah Timur Laut. Pusat ini sedang dalam proses fasa reka bentuk akhir akan dikemukakan untuk kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum dilaksanakan.

(ii) MENDIRIKAN PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS

Kerajaan Persekutuan melalui JKM Malaysia sedang mendirikan sebuah pusat penjagaan warga emas bagi golongan warga emas yang tidak berkeluarga atau terabai yang dikenali sebagai Kompleks Sinar Kasih di Daerah Seberang Perai Selatan dan dijangka siap pada September 2019.

Page 173: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

173

Penjagaan di institusi JKM di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah juga disediakan kepada warga emas tunggal yang tidak mempunyai keluarga dan memerlukan penjagaan.

(iii) PROGRAM OUTDOOR

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program “Jom Hidup Sihat” yang disasarkan kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri menggalakkan setiap KADUN untuk mewujudkan pusat komuniti supaya aktiviti-aktiviti komuniti seperti latihan tai chi, qi gong, line dance dan aerobik dapat dijalankan dan peralatan out door gym juga dapat disediakan.

Selain itu, kolaborasi strategik juga dijalankan antara JKM dan Jabatan Kesihatan Negeri melalui program “Komuniti Sihat Pembina Negara” atau singkatannya KOSPEN yang merangkumi 5 aspek / skop utama iaitu saringan kesihatan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas termasuk warga emas merangkumi pemakanan sihat, amalan tidak merokok, aktif secara fizikal dan pengurusan berat badan.

(iv) PROGRAM SOSIAL KHIDMAT BANTU

JKM juga menjalankan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help). Ia merupakan satu perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan OKU yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah yang kurang penjagaan dan kurang berkemampuan. Program ini bertujuan menyemarakkan perkembangan sukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat selain bertujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik dan menyemarakkan konsep kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

Usaha dan tindakan ini merupakan satu kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan yang lain serta melibatkan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di peringkat pelaksanaan secara menyeluruh.

(v) BANTUAN KEWANGAN

Bagi warga emas yang terabai kerana tidak mempunyai penjaga, JKM akan memberikan bantuan wang RM350 sebulan atau sejumlah bantuan yang bersesuaian di bawah Bantuan Am Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri memberi sumbangan penghargaan sebanyak RM130 kepada warga emas yang bermastautin dan berdaftar di negeri Pulau Pinang di bawah program iSejahtera.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Statistik premis perniagaan yang berdaftar dan yang tidak berdaftar juga perlu dikemaskinikan untuk tujuan pengumpulan data yang lebih berkesan.

(a) Apakah tindakan sewajarnya yang akan diambil terhadap premis perniagaan yang tidak berdaftar?

Page 174: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

174

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang sentiasa memastikan semua rekod premis perniagaan yang berdaftar dikemaskinikan dalam Sistem eLesen manakala bagi premis perniagaan yang tidak berdaftar pula akan direkodkan dalam buku log pegawai.

(b) Tindakan-tindakan yang diambil oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan ke atas premis perniagaan yang tidak berdaftar adalah seperti berikut:-

(i) Mengeluarkan notis-notis berkaitan seperti Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan kepada premis-premis perniagaan dan penjaja tidak berlesen;

(ii) Mengeluarkan tawaran kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah;

(iii) Mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen;

(iv) Mengadakan aktiviti bancian perniagaan secara berkala dari semasa ke semasa;

(v) Menyediakan dasar / polisi / garis panduan untuk membantu perniagaan-perniagaan tidak berlesen mendapatkan lesen perniagaan; dan

(vi) Menjalankan program tertentu seperti Program Mesra Pelanggan bagi menarik peniaga-peniaga membuat permohonan lesen perniagaan mengikut dasar / polisi / garis panduan sedia ada yang telah diluluskan oleh PBT.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila nyatakan jumlah kenderaan kerajaan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

(a) Berapakah kos penyelenggaraan (minyak, servis, tukar tayar, tol) yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh satu tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki sejumlah 457 buah kenderaan pada ketika ini. Kos penyelenggaraan kenderaan berkenaan (minyak, servis, tukar tayar dan tol) yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 1 tahun pada 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 5)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Berdasarkan Rancangan Fizikal Negara Ke-3, sila senaraikan projek-projek PBT yang menyokong Dasar Perbandaran di Pulau Pinang mengikuti KADUN dengan terperinci.

Page 175: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

175

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Rancangan Fizikal Negara Ke-3 menggariskan konsep pembangunan dan perancangan yang mampan sebagai prinsip utama dalam mencapai sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya huni pada tahun 2040. Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) adalah langkah proaktif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) bagi menangani isu dan cabaran negara dari aspek ekonomi, fizikal, sosial dan alam sekitar bagi tempoh 10 tahun iaitu sehingga 2025. DPN2 menekankan kepada urus tadbir bandar yang baik dan cekap bagi memastikan segala keperluan masyarakat bandar dapat dipenuhi secara optimum agar kualiti kehidupan di bandar berada pada tahap yang terbaik. Bagi memastikan supaya DPN2 dapat dilaksanakan secara menyeluruh, sokongan padu daripada agensi-agensi di peringkat negeri terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting. Di Negeri Pulau Pinang, DPN2 telah dijadikan teras utama dalam aktiviti perancangan dan pembangunan perbandaran di Pulau Pinang. Senarai projek-projek PBT yang menyokong DPN2 di Pulau Pinang mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 6)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pulau Pinang merupakan negeri yang kompetitif dari aspek ekonomi, sosial dan budaya.

(a) Nyatakan pelan tindakan bagi mencapai sasaran Rancangan Fizikal Negara dengan 30% penggunaan pengangkutan awam.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pelan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mencapai sasaran 30% penggunaan pengangkutan awam adalah seperti berikut:-

(a) Mewujudkan bas pengantara percuma Central Area Transit (CAT) sejak tahun 2009;

(b) Melancarkan perkhidmatan bas Bridge Ekpress Shuttle Transit (BEST) Free Industrial Zone (FIZ) pada tahun 2011 untuk pekerja-pekerja sektor swasta di kawasan kilang;

(c) Melaksanakan perkhidmatan BEST KOMTAR pada tahun 2012 untuk pekerja-pekerja sektor awam yang bekerja di KOMTAR; dan

(d) Melancarkan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) di 12 laluan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak Rapid Penang sentiasa menambah baik perkhidmatan bas dari segi operasi dan penambahbaikan laluan bas. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan membina jajaran Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Page 176: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

176

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah Kerajaan Negeri akan menawarkan biasiswa kepada atlet yang telah mengharumkan nama negeri?

(a) Sekiranya tidak, sila nyatakan sebabnya

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menawarkan biasiswa khas kepada atlet-atlet negeri sebaliknya atlet-atlet cemerlang negeri disaran untuk memohon Skim Biasiswa Sukan yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Biasiswa Sukan Persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Tawaran biasiswa sukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka kepada atlet-atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Bagi Biasiswa Sukan Persekutuan, atlet-atlet yang memohon perlu sekurang-kurang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA), Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf. Atlet-atlet yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ini akan dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan ini.

Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran akan disiarkan melalui Laman Web Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Belia dan Sukan serta diiklankan di akhbar tempatan yang terpilih. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja.

Di samping itu, Kerajaan Negeri ada menawarkan pinjaman untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah kepada anak Pulau Pinang. Pinjaman ini akan ditukar sebagai biasiswa jika memperolehi kelulusan Ijazah Kelas Pertama. Sekiranya pemohon merupakan atlet cemerlang, ia akan memberi kelebihan semasa saringan dibuat.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. China akan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2022 di mana pertandingan acara eSport bakal dijalankan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri telah bersedia untuk mencungkil bakat dan menyediakan kemudahan dalam bidang ini untuk latihan para wakil Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sebagai persediaan untuk menyediakan pasukan esports negeri untuk diketengahkan semasa pemilihan skuad negara ke Sukan Asia 2022 dan juga sebagai penyediaan awal ke arah pembentukan pasukan SUKMA Negeri untuk dipertandingkan di Sukan Malaysia Johor 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun 2018 kepada Perbadananan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) untuk membangunkan sukan elektronik di peringkat negeri.PYDC telah bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan The

Page 177: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

177

Pantheon, pengusaha esports Arena di Subang Jaya untuk mengadakan pertandingan esports seperti Dota 2 untuk mencungkil bakat yang mampu bersaing dengan negeri lain.

Selain itu, PYDC juga bekerjasama dengan Phidisk Sdn Bhd dan The Pantheon Group untuk penganjuran The Elite Championship Series (TECS) Counter Strike: Global Offensive (CS:GO). Pusingan awal kejohanan ini berlangsung secara atas talian (online) dari 23hb hingga 26 April 2019 dan pusingan akhir akan di adakan pada 3hb hingga 5hb Mei 2019 di The Top, KOMTAR.

PYDC juga sedang mencari pelabur yang berminat serta berpotensi untuk melabur dalam mewujudkan arena esports, esports dan pusat esports di negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama, PYDC giat mencari pemain-pemain yang berbakat khususnya untuk sukan-sukan yang sering dipertandingkan seperti FIFA, Mobile Legends, PUBG, Warcraft, Counterstrike dan sebagainya.

Latihan intensif kepada atlet-atlet ini akan dipertingkatkan selepas penentuan sukan-sukan yang akan dipertandingkan diumumkan oleh penganjur kejohanan Sukan Asia 2022 dan SUKMA 2020.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah status Sistem Amaran Paras Air yang dilaksanakan oleh MBPP?

(a) Adakan sistem ini membantu mempercepatkan tindakan pencegahan banjir di kawasan banjir?

(b) Adakah maklumat amaran paras air ini ditujukan kepada JPS dan Pejabat Daerah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sistem Amaran Paras Air yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah dipasang di sepuluh (10) lokasihotspot banjir dan berfungsi dengan baik di mana status paras air dikemas kini dalam laman web MBPP dari semasa ke semasa. Senarai 10 lokasi hotspot banjir tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(a) Sistem ini sememangnya digunakan untuk membantu mempercepatkan tindakan pencegahan banjir di kawasan-kawasan banjir. Penggunaan sistem ini membolehkan pegawai-pegawai MBPP serta orang awam mengetahui status terkini di lokasi-lokasi hotspot banjir dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan serta-merta. Standard Operating Procedure (SOP) juga telah disediakan supaya langkah-langkah pengurusan banjir adalah lebih sistematik dan berkesan.

Merujuk SOP yang telah disediakan, semasa paras air mencapai tahap ‘amaran’ iaitu air berada pada paras jalan, MBPP akan memaklumkan perkara tersebut dalam Whatsapp Group ‘Bencana dan Penang Alert’ di mana di dalam group berkenaan juga terdapat pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) dan pejabat daerah. Penyelarasan tindakan kesemua jabatan dan agensi terlibat akan dilaksanakan susulan kepada pemakluman tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Page 178: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

178

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah peranan PBT dalam usaha menjadikan Pulau Pinang bandar selamat?

(a) Adakah sebarang rancangan untuk menyalakan lampu di sekitar perhentian bas di kawasan luar bandar demi keselamatan rakyat jelata?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memulakan usaha untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandar selamat. Antara peranan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh PBT dalam usaha menjadikan Pulau Pinang bandar selamat adalah seperti berikut :

(i) Merancang dan mengawal pembangunan daripada aspek prasarana dan persekitaran fizikal dalam memastikan kawasan persekitaran selamat, tersusun lagi selesa untuk semua bentuk aktiviti seperti pemasangan cermin cembung di lokasi-lokasihotspot jenayah dan kemalangan jalanraya;

(ii) Menyelaras tindakan yang perlu diambil di antara agensi-agensi yang terlibat dalam meningkatkan keselamatan di seluruh kawasan Seberang Perai dan kawasan Pulau melalui mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat;

(iii) Memastikan pelaksanaan konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) bagi pembangunan baru untuk mewujudkan persekitaran yang selamat seperti memasang penghadang/pagar (railing) untuk memberi perlindungan kepada pejalan kaki yang menggunakan laluan pejalan kaki;

(iv) Melaksanakan projek-projek Program Bandar Selamat di lokasi black spot bagi mengurangkan lokasi jenayah melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam projek pemasangan CCTV untuk membanteras jenayah dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan awam;

(v) Memasang CCTV tambahan dengan teknologi pengecaman wajah (facial recognition) untuk menambah baik pemantauan dan kawalan pihak PDRM terhadap kes jenayah di kawasan pulau, termasuk keupayaan untuk mengesan nombor pendaftaran kenderaan serta jenis kenderaan bagi kawalan trafik (Projek Smart City of Penang – ScoPe di Seberang Perai); dan

(vi) Mengadakan kempen keselamatan seperti Pedestrian is King iaitu satu kempen kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati dan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan di lintasan pejalan kaki.

(a) Kedua-dua PBT iaitu MBPP dan MPSP amat prihatin dalam memastikan keselamatan pengguna bas di kawasan luar bandar terutamanya pencahayaan pada waktu malam. Sehubungan itu, MBPP sedang menaik taraf pondok perhentian bas yang lama dan usang secara berperingkat iaitu dengan menaik taraf pondok perhentian bas lama jenis galvanized steel kepada jenis tempered glass yang lebih mesra pengguna dari segi keselesaan dan pemasangan lampu pada pondok perhentian bas pada waktu malam dilaksanakan secara berperingkat. Bagi kawasan Seberang Perai pula, MPSP akan memastikan pembinaan pondok bas baharu berada berhampiran dengan

Page 179: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

179

lampu jalan sedia ada bagi memberi pencahayaan kepada pondok bas dan kawasan sekitar dan mensyaratkan pemasangan lampu jalan awam berhampiran pondok bas sedia ada bagi skim-skim pembangunan baru serta mengalih/menambah lampu jalan mengikut kesesuaian di tapak.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah perkembangan terkini mengenai projek Crag Hotel di atas Bukit Bendera?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Projek Pembangunan Semula Hotel Crag di atas Bukit Bendera dilaksanakan melalui perolehan secara Request For Proposal (RFP) For The Restoration, Refurbishment, Redevelopment And Management Of Crag Hotel at Lot 10000, Mukim 17, Bukit Bendera (Penang Hill), North East District, George Town, Penang, Malaysia. RFP ini dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI).

Kerajaan Negeri telah meneliti semua cadangan yang diterima dan telah melantik sebuah syarikat swasta yang mempunyai kelayakan antarabangsa bagi tujuan pembangunan dan pengurusan hotel bertaraf enam (6) bintang tersebut pada 25 Mei 2011. Perjanjian Konsesi telah dimuktamadkan dan dimeterai pada 16 Oktober 2013 setelah melalui beberapa siri perbincangan dan pindaan perjanjian. Selaras dengan Klausa 7.1 (a), Perjanjian Konsesi menetapkan supaya Pelan Kebenaran Merancang (PKM), Pelan Bangunan (PB), Pelan Kerja Tanah (PKT) dan lain-lain pelan serta dokumen dikemukakan kepada jabatan / agensi berkaitan selepas Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (Bukit Bendera Special Area Plan) diwartakan. Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera telah diwartakan pada 1 September 2016 dan menetapkan bahawa semua pembangunan di atas Bukit Bendera perlu dibentangkan dan dinilai oleh Panel Penasihat Rekabentuk Bukit Bendera (Penang Hill Design Review Panel - PHDRP) terlebih dahulu sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan One Stop Centre (OSC), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pembentangan cadangan pemajuan projek telah dibuat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Julai 2018 dan pemaju diarahkan untuk menyediakan Pelan Kebenaran Merancang (PKM), Pelan Bangunan (PB) dan lain-lain pelan berkaitan dengan mengambil kira ulasan PHDRP.

Pemaju projek telah menyediakan PKM dan PB bagi pembangunan projek ini dan telah ditandatangani oleh CMI sebagai pemilik tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi kerja-kerja menaik taraf laluan dan jambatan sedia ada yang terletak di atas tanah Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi kerja menaik taraf laluan di atas tanah milik MBPP.

PKM dan PB ini telah dikemukakan kepada Unit OSC, MBPP pada 13 November 2018 dan pihak OSC, MBPP telah mengedarkannya kepada 19 jabatan / agensi berkaitan untuk ulasan. Pelan pindaan berdasarkan ulasan jabatan / agensi telah dikemukakan kepada OSC, MBPP pada 7 Januari 2019 dan 2 April 2019 dan masih dalam peringkat pertimbangan OSC, MBPP.

Page 180: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

180

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah status Science Cafe yang dicadangkan di stesen keretapi Bukit Bendera?

(a) Adakah projek ini masih dijalankan ataupun telah tergendala?

(b) Apakah puncanya sekira tergendala?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. (a) Mesyuarat Lembaga Penang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) telah membincangkan cadangan projek Penang Science Cafe di Stesen Keretapi Bukit Bendera memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek tersebut.

(b) Punca cadangan tersebut tidak diteruskan adalah atas faktor-faktor yang berikut:

(i) Ruang yang sedia ada di Stesen Keretapi Bukit Bendera adalah kecil dan tidak mencukupi dengan anggaran seluas 1,700 kaki persegi sahaja;

(ii) Terdapat beberapa pusat STEM dan Penang Digital Library (PDL) berdekatan; dan

(iii) Lembaga Penang STEM berpendapat bahawa adalah lebih praktikal untuk melaksanakan program/kelas di mana terdapat permintaan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Adakah Kerajaan Negeri masih menaja siri program I Love Penang Run yang menggalakkan amalan budaya hidup yang sihat di samping memupuk semangat cinta negeri di kalangan rakyat sekalian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Ya. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meneruskan penganjuran program "I Love Penang Run" di seluruh Pulau Pinang dan MMK Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan program ini.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Adakah Penang Alert masih wujud?

(a) Sekiranya masih ada, mengapakah semasa banjir, kesesakan lalu lintas akibat lori terbalik di Jalan Paya Terubong yang baru-baru ini berlaku tidak dimaklumkan kepada orang awam melalui ''Facebook'' rasmi kerajaan ataupun Buletin Mutiara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Portal Penang Alert merupakan satu medium penyaluran infomasi awal berkaitan bencana mahupun perkara-perkara yang akan mengganggu urusan/perjalanan

Page 181: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

181

harian rakyat seperti penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya. Portal ini masih wujud dan aktif.

(a) Bagi kejadian kesesakan lalu lintas akibat lori rosak di Jalan Paya Terubong pada 15 Mac 2019 yang lepas, kejadian ini telah dikemaskini dengan segera di dalam Portal Penang Alert oleh Jabatan yang berkaitan dan pemakluman telah dibuat melalui WhatsApp Group Bencana Daerah Timur Laut (DTL) dan tindakan telah diambil oleh Polis Diraja Malaysia dengan menempatkan polis trafik untuk mengawal lalu lintas di lokasi. Kejadian tersebut tidak dimaklumkan melalui facebook dan Buletin Mutiara kerana medium hebahan terkini kepada orang awam berkenaan sebarang bencana Negeri Pulau Pinang adalah melalui portal Penang Alert sahaja. Facebook dan Buletin Mutiara adalah medium berasingan dengan portal Penang Alert.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah kerajaan bersedia untuk memaklumkan keadaan kecemasan semasa (seperti kesesakan lalu lintas atas jambatan, atau kerosakan feri) melalui SMS Alert? Memandangkan perkhidmatan SMS Alert' hanya sekadar mengirim salam kepada rakyat sempena musim raya dan tidak memainkan peranan yang lebih penting.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menyediakan perkhidmatan SMS Alert, kerana pada masa kini, hebahan insiden bencana dan kecemasan melibatkan situasi yang boleh menjejaskan orang awam di Negeri Pulau Pinang adalah melalui Portal Penang Alert. Cadangan menggunakan SMS Alert pernah dibincangkan tetapi diputuskan untuk tidak dilaksanakan kerana caj telco yang mahal dan akan memberi implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Negeri (RM0.20 bagi setiap SMS). Alternatif lain ialah Kerajaan Negeri telah membangunkan aplikasi Penang Alert yang boleh diakses melalui telefon pintar bagi memudahkan orang awam.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Aduan awam mengenai masa menunggu bas Rapid Penang menjadi semakin lama sejak CAT Bas Percuma diperkenalkan. Keadaan ini amat menyusahkan pengguna harian yang menggunakan perkhidmatan bas untuk merancang jadual perjalanan mereka.

(a) Sila nyatakan mengapa berlakunya perkara ini?

(b) Apakah rancangan Kerajaan Negeri dan Rapid Penang untuk menyelesaikan masalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Kerajaan Negeri telah mula memperkenalkan perkhidmatan Bas Congestion Alleviation Transport (CAT) pada 1 April 2018 yang lalu. Kerajaan Negeri telah melancarkan sebanyak 12 laluan bas CAT di seluruh negeri Pulau Pinang.

Menurut operator perkhidmatan bas Rapid Penang, bagi laluan Bas CAT seperti CAT Air Itam yang mempunyai laluan bertindih dengan laluan bas sedia ada, Rapid Penang telah mengubahkan perkhidmatan laluan sedia ada selaras

Page 182: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

182

dengan sistem “hub and spoke” yang buat julung kalinya diperkenalkan di Air Itam. Walau bagaimanapun, laluan-laluan ini sentiasa dipantau dan ditambah baik untuk memenuhi permintaan pengguna bas.

Pengenalan CAT bas bertujuan mewujudkan laluan baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ia tidak bertujuan untuk membawa apa-apa kesan terhadap perkhidmatan bas di laluan sedia ada.

Rapid Penang yang merupakan anak syarikat Syarikat Prasarana Negara Berhad menetapkan perkhidmatan laluan sedia ada berdasarkan strategi syarikat tersebut. Kerajaan Negeri tidak campur tangan dalam hal laluan bas sedia ada. Operasi Rapid Penang adalah berkait rapat dengan sumber kewangan yang diperuntukkan kepada mereka.

(b) Kerajaan Negeri bersama pihak Rapid Penang sentiasa mengadakan perbincangan bagi menambah baik perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan rasionalisasi setiap laluan agar menjadi lebih efisien dan menjimatkan masa perjalanan. Cadangan ini perlu diperhalusi dan akan dibuat pilot test bagi setiap laluan agar ia dapat disesuaikan dengan keadaan semasa di setiap lokaliti. Kerajaan Negeri juga akan menaiktaraf infrastruktur yang menyokong sistem pengangkutan awam dari semasa ke semasa melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan Hotel Fi ke atas penginapan hotel.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengenakan Hotel Fi ini ke atas serviced apartment dan mengetatkan kawalan serviced apartment untuk sewaan orang ramai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya mengenakan Fi Hotel kepada pemegang lesen hotel yang sah mengikut Undang-Undang Kecil Hotel. Pemilik premis Serviced Apartment hendaklah mendapatkan lesen perniagaan yang sah sekiranya ingin menjalankan aktiviti penginapan hotel / rumah tumpangan.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tourism Development, Arts, Culture and Heritage (PETACH) juga telah membangkitkan isu ini dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dikaji oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Ekoran kenaikan harga barang keperluan harian terutamanya sayur-sayuran, daging, ikan & hasil tangkapan laut, apakah rancangan dan tindakan yang telah diambil pada peringkat Kerajaan Negeri untuk memastikan kenaikan dan kestabilan harga barang-barang tersebut?

Page 183: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

183

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan kestabilan harga barang-barang keperluan harian. Antara perancangan dan tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

(a) Menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah Bagi Barangan) 2018 untuk mengawal pengambilan keuntungan yang tinggi secara tidak munasabah oleh peniaga yang mula berkuatkuasa pada 6 Jun 2018;

(b) Menguatkuasakan tindakan tegas melalui pengeluaran Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga bagi mendapatkan penjelasan dan justifikasi kenaikan harga yang tidak munasabah;

(c) Menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan peniaga meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga;

(d) Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi mengawal harga barang keperluan musim perayaan tertentu semasa musim-musim perayaan utama dalam negara;

(e) Menetapkan harga maksimum bagi gula pasir putih bertapis, topeng muka, LPG, petrol RON95, RON97 dan diesel bagi memastikan harga yang dijual tidak melebihi harga yang ditetapkan;

(f) Meningkatkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai penguatkuasa di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan beretika;

(g) Menganjurkan pelbagai program berteraskan kepenggunaan meliputi pelbagai lapisan khususnya dalam memberikan pendidikan pengguna. Program-program ini dilaksanakan supaya para pengguna memahami hak-hak mereka seterusnya dapat menjadi pengguna yang bijak dan berhemah dalam konteks perbelanjaan;

(h) Menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas termasuk barangan makanan/minuman sedia masak di negeri Pulau Pinang di bawah Program Pemantauan Harga;

(i) Mewujudkan Friends of KPDNHEP (FOK) yang merupakan mata dan telinga KPDNHEP bagi menyebarkan maklumat khususnya mengenai isu harga barang;

(j) Mengadakan jalinan kerjasama agensi kerajaan yang lain dalam membantu memantau dan menyalurkan maklumat kenaikan harga barangan di premis perniagaan kepada KPDNHEP; dan

(k) Menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga melalui Whatsapp ke 019-2794317,

Page 184: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

184

portal [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, talian hotline KPDNHEP 1-800-886-800 atau hadir ke mana-mana pejabat /cawangan KPDNHEP yang berhampiran.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Nyatakan jabatan atau agensi yang boleh memeriksa kekukuhan struktur rumah dan dinding retak untuk mengesahkan keselamatan bangunan tersebut kepada penghunian orang ramai.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah jabatan yang boleh menjalankan pemeriksaan secara visual terhadap kekukuhan struktur rumah dan dinding retak bagi setiap bangunan. Kedua-dua PBT ini juga boleh mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk mengarahkan pemilik premis mengambil apa-apa tindakan yang perlu termasuk melantik jurutera bertauliah untuk menjalankan pemeriksaan dan pengesahan kekukuhan struktur bagi memastikan bangunan selamat diduduki. Pemilik bangunan adalah bertanggungjawab ke atas kekukuhan struktur rumah dan dinding retak di kediaman atau premis masing-masing. Selain itu, di bawah Seksyen 85A Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, bagi bangunan yang melebihi 5 tingkat dan telah mencapai 10 tahun dari tarikh Occupancy Certificate (OC)/Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan, Jabatan Kawalan Bangunan di PBT akan mengarahkan pemilik premis untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu termasuk melantik jurutera bertauliah untuk menjalankan pemeriksaan dan pengesahan kekukuhan struktur bagi memastikan bangunan selamat diduduki.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Berapakah zon penternakan ikan sangkar yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri? Nyatakan jumlah lesen dan tapak yang telah diluluskan serta yang sedang beroperasi tanpa lesen (LPS).

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lima (5) zon penternakan ikan dalam sangkar di perairan negeri ini merangkumi Perairan Sungai Udang, Perairan Pulau Aman, Perairan Pulau Jerejak, Perairan Batu Maung dan Perairan Pulau Betong.

Di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sejumlah 159 tapak yang beroperasi dengan lesen manakala 7 tapak beroperasi tanpa lesen seperti perincian berikut:

Daerah Berlesen Tidak Berlesen

Timur Laut 23 9

Barat Daya 5 0

Seberang Perai Selatan 131 68

Jumlah 159 77

Page 185: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

185

Bagi mengatasi isu penternak ikan dalam sangkar yang beroperasi tanpa lesen atau telah tamat tempoh, pihak Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang bersama Pejabat Daerah dan Tanah telah membuat operasi pemutihan pada 25 hingga 28 Februari 2019 di Daerah Seberang Perai Selatan dan pada 16 Mei 2018 di Daerah Timur Laut.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, kesemua penternak ikan sangkar yang tiada lesen atau telah tamat tempoh diminta untuk memohon lesen di Pejabat Daerah dan Tanah. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan pemantauan ini secara berterusan dari masa ke semasa agar isu penternak ikan dalam sangkar yang beroperasi tanpa lesen ini dapat ditangani.

IX. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Berapakah jumlah rumah kos rendah yang terdapat di Daerah Barat Daya?

(a) Berapa pula yang sedang dibina dan jumlah pemohon yang sedang menunggu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Berdasarkan rekod Bahagian Perumahan, terdapat sebanyak 5,418 unit Rumah Mampu Milik (RMM) A siap dibina di Daerah Barat Daya sejak tahun 2008 sehingga kini.

(a) Terdapat lima (5) projek yang menawarkan sebanyak 360 unit RMM A sedang dalam pembinaan di daerah Barat Daya. Senarai projek tersebut adalah seperti berikut:

(i) Mahsuri Court, Jalan Mayang Pasir (65 unit);

(ii) Pala Place, Teluk Bahang (100 unit); (iii) Seri Bayu, Jalan Sungai Rusa (80 unit); (iv) PERDA Kuala Sungai Pinang (52 unit); dan

(v) Casa Ara, Lilitan Sg Ara (63 unit).

Jumlah penawaran perumahan ini tidak dapat menampung permintaan dengan mengambil kira terdapat seramai 3,701 pemohon berada di dalam senarai menunggu. Selain dari itu, faktor keadaan geografi di daerah Barat Daya yang terpisah kepada bahagian kawasan Bayan Lepas, Batu Maung dan Pantai Jerejak yang mempunyai permintaan tinggi berbanding kawasan Balik Pulau dan Teluk Bahang telah menyukarkan padanan dan agihan perumahan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Berapakah jumlah pekerja MBPP yang bertugas di Bahagian Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dalam DUN Bayan Lepas?

(a) Sila maklumkan pecahan-pecahan petugas sapu sampah di setiap kawasan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Jumlah pekerja di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertugas di KADUN Bayan Lepas bagi kerja-kerja pembersihan awam adalah seramai 52 orang.

Page 186: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

186

(a) Pecahan petugas pembersihan jalan dan parit di setiap kawasan adalah seperti berikut:-

KAWASAN LINGKUNGAN PEKERJA

MBPP

Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Bayan Lepas, Jalan Dato Ismail Hashim, Jalan Kampung Bukit, Jalan Garuda, Jalan Permatang Damar Laut.

35

Jalan Teluk Kumbar, Jalan Gertak Sanggul, Jalan Kampung Masjid, Jalan Bayan Lepas, Jalan Sungai Batu, Lintang Sungai Batu.

17

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Keadaan lalu lintas di Ft 006 Bukit Belah ke Teluk Kumbar semakin hari semakin teruk terutama pada waktu pergi dan balik kerja.

(a) Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri telah mengambil inisiatif memohon projek baharu kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawah RP4 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di FT 006 Bukit Belah ke Teluk Kumbar yang semakin teruk terutama pada waktu puncak. Cadangan projek yang dimohon ialah projek menaik taraf jalan tunggal dua (2) lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong di Laluan Persekutuan 6 (FT 006) dari Pekan Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, Pulau Pinang dengan anggaran kos projek berjumlah RM340,755,500.00.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah status tanah dan projek perumahan di tanah Perda di Teluk Bayu, Sungai Batu.

(a) Mohon pencerahan kerana Projek Perumahan Kos Rendah yang terdapat dalam perancangan tersebut amat diperlukan bagi menggantikan rumah-rumah penduduk yang diarah keluar oleh pemaju projek lain (setinggan).

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) memiliki tanah seluas 47.624 ekar di Mukim 11, Sungai Batu, Daerah Barat Daya. Bagi melaksanakan pembangunan bercampur di tapak tersebut, PERDA Ventures Incorporated (PVI) telah menandatangani perjanjian pembangunan bersama Asta Gemilang Sdn. Bhd. di mana antara komponen projek dirancang adalah Rumah Mampu Milik A sebanyak 450 unit dan Rumah Mampu Milik C (maksima RM300,000) sebanyak 2,150 unit. Pada peringkat ini, permohonan pelingkungan semula masih di dalam proses.

(a) Kerajaan Negeri turut mensyaratkan penempatan semula kepada setinggan di atas tapak tersebut diselesaikan terlebih dahulu dan sekiranya ada setinggan

Page 187: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

187

di lain-lain tapak berhampiran mereka boleh diberi pertimbangan untuk ditempatkan di tapak ini berdasarkan kriteria kelayakan yang berkuatkuasa. Berdasarkan Dasar Pengurusan Setinggan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri hanya memberi keutamaan penempatan kepada setinggan di atas Tanah Kerajaan sahaja manakala pemilik tanah persendirian perlu menguruskan sendiri setinggan di atas tanah mereka.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah status Program Bantuan Pelajar Emas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sedang meneliti dan mengkaji keperluan meneruskan Program Skim Pelajar Emas memandangkan berlaku pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan yang turut memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid yang bersekolah rendah hingga menengah.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa bantuan daripada Kementerian Pendidikan lebih menyeluruh dan memfokuskan kepada golongan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, kajian lebih terperinci perlu dilakukan dan perlu mengambil kira analisis data-data pelajar sedia ada daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Adakah Kerajaan Negeri membuat bancian terkini usahawan-usahawan yang terdapat di Pulau Pinang?

(a) Sejak 2008, berapakah usahawan yang telah didaftarkan dan apakah sumbangan atau komitmen yang Kerajaan Negeri telah berikan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri buat masa ini belum melaksanakan bancian terhadap usahawan - usahawan yang terdapat di Pulau Pinang.

(a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melaksanakan pendaftaran usahawan berdasarkan penyertaan usahawan dalam program-program dan kursus yang dianjurkan oleh PDC. Sejak tahun 2008, sebanyak 1,532 usahawan telah berdaftar dengan PDC. Bagaimanapun, dalam mesyuarat pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Usahawan, PDC selaku sekretariat telah diberi tanggungjawab untuk mengumpulkan data semua usahawan Pulau Pinang dengan kerjasama semua agensi pembangunan usahawan negeri dan pusat.

Kerajaan Negeri juga melaksanakan pelbagai program sebagai komitmen dan sumbangan untuk membantu pembangunan usahawan di Pulau Pinang seperti berikut:

Page 188: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

188

(i) Menyediakan ruang operasi kepada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa / membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi RM1.50 kaki persegi berbanding harga pasaran RMRM3.50 satu kaki persegi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran di Medan, Bandung di Indonesia, Jepun dan Korea;

(iii) Menyediakan pinjaman mikro melalui Skim Pinjaman Harapan kepada usahawan yang berkelayakan. Sehingga Mac 2019, seramai 3,253 usahawan telah menerima pinjaman daripada Skim Pinjaman Harapan (SPH) dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM16.79 juta;

(iv) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;

(v) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baru kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal / vendor kepada pelabur asing;

(vi) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2019;

(vii) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh Invest Penang di bawah Penang Career Assistance and Talent (CAT);

(viii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di @CAT dan menganjur pelbagai program pembangunan keusahawan untuk membantu mereka; dan

(ix) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0.

MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan bagi tujuan promosi dan pemadanan perniagaan (business matching) seperti berikut:

(i) Pada 12-15 Julai 2018; seramai 6 usahawan Pulau Pinang menyertai Expo World HAPEX 2018 di Songkla, Thailand;

(ii) Pada 22-27 Oktober 2018; seramai 13 usahawan Pulau Pinang menyertai Trade Expo Indonesia di Banten dan Bandung, Indonesia;

(iii) Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC 2019) pada 1-3 Mac 2019 di SPICE, Pulau Pinang;

Page 189: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

189

(iv) Pekan Raya Sumatera Utara Kali Ke-48 (Medan Fair 2019) pada 8 Mac – 8 April 2019, di Medan, Indonesia; dan

(v) HALFEST Malaysia 2019 pada bulan September 2019 di Selangor.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah masih perlu Briged Wanita setelah diwujudkan Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga (JPWK) , sedangkan fungsinya hampir sama sahaja?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Briged Wanita Pulau Pinang (BWPP) merupakan gerakan wanita Pulau Pinang yang telah dilancarkan untuk bergerak secara sukarela. Semasa dilancarkan, BWPP mempunyai tugas utama seperti berikut:

(a) Untuk mendaftarkan ibu tunggal dan ibu emas untuk menerima bantuan dan penghargaan daripada kerajaan negeri. Penghargaan ibu emas, iaitu suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun, adalah satu langkah yang julung kali diambil untuk mengiktiraf sumbangan wanita yang yang bekerja dalam rumah secara tidak formal, kepada kesejahteraan dan kemakmuran sosio ekonomi Pulau Pinang;

(b) Untuk mendaftarkan wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk perkhidmatan mammogram percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri; dan

(c) Untuk mendaftarkan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menerima pinjaman mikrokredit kerajaan negeri di bawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) PDC.

Sementara itu, fungsi utama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) adalah untuk merancang dan melaksanakan program-program, projek-projek dan aktiviti-aktiviti pembangunan wanita dan keluarga. Ini merangkumi program tentang hak-hak wanita, kepimpinan, pemerkasaan ekonomi, kesihatan mental dan fisiologikal, keibubapaan, dan sistem jagaan kanak-kanak dan orang tua.

Sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat, kerajaan negeri sedar bahawa kewujudan program bantuan semata-mata tidak akan berkesan jika rakyat tidak dapat akses yang sewajarnya. BWPP di bawah ADUN dan Pengawai Penyelaras KADUN (PPK) bergerak dan menjalankan pelbagai tugas mengikut keperluan semasa secara sukarela termasuk kerja-kerja bantuan semasa bencana alam. BWPP bukan sahaja memberi sokongan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), bahkan kepada JPWK. BWPP turut disyorkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran MPKK dan JPWK. Oleh yang demikian, BWPP masih relevan dan keahliannya patut dipertingkatkan oleh ADUN dan PPK masing-masing.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Peranan Agensi Persekutuan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan dan lain-lain agensi di daerah-daerah dilihat masih tidak mesra dengan ADUN Kawasan khususnya bagi merencanakan aspirasi rakyat di bawah kerajaan baharu.

Page 190: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

190

(a) Apakah Kerajaan Negeri telah dan akan buat bagi merancakkan peranan dan hubungan agensi tersebut yang rata-ratanya masih didokong oleh pembangkang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Selepas PRU ke-14, Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah di bawah Kerajaan yang sama iaitu Kerajaan Pakatan Harapan. Sehubungan itu seluruh jentera Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah digembleng supaya dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat di Pulau Pinang.

(i) Langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk merancakkan peranan dan hubungan agensi persekutuan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan dan Jabatan Belia Dan Sukan adalah seperti berikut:

(ii) Menjemput mereka ke Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Bersama Y.A.B. Ketua Menteri: untuk mendengar amanat Ketua Menteri.

(iii) Mengadakan semula Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri yang melibatkan Agensi-Agensi tersebut.

(iv) Menjemput Agensi-Agensi tersebut dalam mesyuarat utama peringkat negeri.

(v) Mewajibkan wakil-wakil Agensi tersebut hadir sebagai ahli tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) dan lain-lain mesyuarat di peringkat Daerah.

(vi) Melibatkan mereka dalam program-program peringkat daerah dan negeri.

Pihak ADUN juga perlu mengadakan pendekatan tersendiri dan kerjasama strategik dengan agensi tersebut dalam menjayakan program dan aktiviti sosial ekonomi dan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Nyatakan nama-nama Ahli Jawatankuasa Pengajaran Agama Islam merujuk kepada perkara 118(1) Enakmen Majlis Agama Islam.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Nama-nama Ahli Jawatankuasa Pengajaran Agama Islam yang dilantik di bawah perkara 118(1) Enakmen Majlis Agama Islam adalah seperti berikut :-

(i) Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang (Pengerusi);

(ii) Tuan Haji Hamzah Bin Jaafar, Pengetua Madrasah Ahmadiah Padang Lalang/ Pakar Usul Fiqh;

(iii) Tuan Haji Ahmad Bin Haji Hashim, Pensyarah Ulum Al-Quran, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa (KITAB);

(iv) Puan Hajah Rohayati Binti Daud, Pengarah Unit Waqaf, Universiti Sains Malaysia (USM);

Page 191: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

191

(v) Tuan Haji Rosli Bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP); dan

(vi) Tuan Haji Yusoff Bin Haji Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JHEAIPP (Setiausaha).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sektor apakah penyumbang terbesar kepada Kerajaan Negeri bagi mentadbir negeri ini dengan baik daripada segi ekonomi dan kewangan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan/ hasil melalui hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Penyumbang utama pendapatan Kerajaan Negeri adalah hasil bukan cukai berjumlah RM591.60 juta (2017) dan RM341.04 juta (2018). Hasil bukan cukai diperolehi daripada perkara-perkara seperti berikut:

(a) Lesen, bayaran pendaftaran dan permit;

(b) Perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan;

(c) Perolehan dari jualan barang-barang;

(d) Sewaan;

(e) Keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan;

(f) Denda dan hukuman; dan

(g) Sumbangan dan bayaran ganti.

Perincian pendapatan/hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Bilakah pasar baharu Teluk Kumbar akan dimulakan dan disiapkan pembinaannya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Cadangan pembinaan Kompleks Pasar Awam Teluk Kumbar tersebut adalah di atas Lot 908, Mukim 9, Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Pada ketika ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang mengkaji reka bentuk, kos anggaran dan komponen pasar. Tempoh pembinaan Pasar Awam Teluk Kumbar yang baharu dijangka bermula akhir tahun 2019 dan siap pada tahun 2021.

Page 192: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

192

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Adakah Pejabat Daerah dan Tanah tidak perlu memaklumkan atau melalui YB. ADUN kawasan bagi menyerahkan notis 425 pencerobohan tanah jika melibatkan jumlah premis yang banyak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Keperluan penyampaian Notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 tidak perlu dimaklumkan kepada YB. ADUN Kawasan. Notis-notis berkenaan boleh disampaikan terus kepada pemilik struktur tanpa melalui YB. ADUN Kawasan. Walau bagaimanapun, ulasan YB. ADUN Kawasan akan diminta apabila Pentadbir Tanah menyediakan kertas tindakan penguatkuasaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Bagi kes pengusiran penduduk daripada tanah bukan milik.

(a) Adakah tanggungjawab sepenuhnya hanya kepada YB. kawasan dan tidak melibatkan usahasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Tanah bukan milik adalah tanah kerajaan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan memindahkan penduduk daripada tanah kerajaan berpandukan Dasar Pengurusan Setinggan Negeri Pulau Pinang (DPSNPP).

Tanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan di tanah kerajaan terletak di bawah Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan setelah dirujuk dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanah Negeri yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri: terlebih dahulu dengan mengambil kira ulasan daripada YB. ADUN Kawasan yang terlibat. Keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri adalah muktamad.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apabila berlaku pembangunan maka ada pula mereka yang terpaksa diusir.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bersimpati dengan peniaga di bahu jalan yang telah sekian lama mencari rezeki menyara keluarga meminjam Amanah Ikhtiar, TEKUN, MARA dan sebagainya yang diminta berpindah tanpa alternatif?

(b) Apakah langkah yang perlu diambil bagi membantu mereka sebelum penguatkuasaan dijalankan?

Page 193: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

193

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Kerajaan Negeri prihatin dan bersimpati terhadap peniaga di bahu jalan yang terpaksa dipindahkan apabila terlibat dengan projek pembangunan.

(b) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu peniaga di bahu jalan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil adalah seperti berikut :-

(i) Mengeluarkan notis makluman kepada peniaga mengenai pelaksanaan projek pembangunan di kawasan tersebut;

(ii) Memberikan tempoh masa yang mencukupi untuk para peniaga berpindah ke kawasan baru;

(iii) Memberikan keutamaan gerai-gerai di pasar dan kompleks penjaja dalam premis PBT yang masih kosong kepada peniaga-peniaga terlibat;

(iv) Menggalakkan peniaga mendapatkan lesen food truck;

(v) Mewujudkan tempat baru bagi tapak penjaja sementara bergantung kepada kesesuaian kawasan dan ulasan jabatan teknikal.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sikap Kerajaan Negeri yang mengambil kira keperluan umat Islam di negeri ini amat dihargai. Namun masih ada surau dan masjid yang bermain dengan politik yang sempit.

(a) Apakah keupayaan Kerajaan Negeri dalam menangani isu tersebut yang dilihat berleluasa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak menganggap perkara ini berlaku dengan berleluasa. Ia hanya berlaku di beberapa buah masjid dan surau tertentu dan pengkuliah tertentu sahaja. Kerajaan Negeri masih melaksanakan dasar terbuka dalam konteks majlis ilmu yang diadakan di masjid atau surau di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan masjid dan surau adalah tertakluk kepada Garis Panduan Khatib Jemputan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun 2010. Manakala para penceramah pula tertakluk kepada keperluan mendapatkan Tauliah Pengajaran Agama Negeri Pulau Pinang. Bagi kes-kes khatib atau penceramah yang bersifat menghentam individu mahupun kerajaan, pihak berkenaan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tauliah Mengajar untuk kaunseling dan tindakan lain yang sewajarnya. Selain itu, pihak pengurusan masjid dan surau juga sentiasa dinasihatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku di masjid dan surau masing-masing.

Page 194: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

194

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Berapakah jumlah pelajar tahfiz dan sekolah tahfiz yang berdaftar dengan MAINPP/JHEAIPP?

(a) Berapakah sumbangan yang Kerajaan Negeri telah salurkan sepanjang 10 tahun kebelakangan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Bilangan pelajar tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sehingga 8 April 2019 adalah seramai 2,592 orang. Manakala bilangan Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan JHEAIPP sehingga 8 April 2019 berjumlah 44 buah.

(a) Peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada Sekolah Tahfiz sejak tahun 2010 hingga 2018 berjumlah RM1,496,159. Jumlah peruntukan mengikut tahun adalah seperti jadual berikut:-

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Aktiviti kesukanan yang melibatkan Kerajaan Negeri dilihat kurang menonjol untuk menarik belia dan semua peringkat untuk meneruskan aktiviti sihat.

(a) Apakah perancangan yang telah dibuat untuk merancakkan budaya sihat?

(b) Jika telah dibuat sila senaraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Pelbagai mekanisma telah dirancang untuk memupuk budaya yang sihat dengan penglibatan kumpulan sasar daripada semua peringkat umur. Bagi tujuan ini perancangan program sukan dilaksanakan dengan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta, Non-Governmental Organization (NGO), kelab dan persatuan sukan, pengiat sukan serta instruktur kecergasan. Di samping program tahunan sedia ada, program-program baharu telah dirancang untuk menarik minat, memberi peluang dan meningkatkan motivasi dalaman diri masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Salah satu aktiviti yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan adalah

TAHUN JUMLAH [RM]

2010 25,000.00

2011 100,000.00

2012 240,000.00

2013 235,000.00

2014 210,000.00

2015 178,200.00

2016 177,200.00

2017 162,175.00

2018 168,584.00

JUMLAH 1,496,159.00

Page 195: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

195

pelancaran program di bawah tema ‘Sukan Untuk Semua’ atau “Sports For All” telah diperkenalkan pada tahun 2019.

Sebanyak 12 jenis sukan akan digerakkan pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2019 iaitu sukan catur (Januari), bola keranjang (Februari), softbol (Mac), bola jaring (April), sukan elektronik e-Sports (Mei), bola baling (Julai), karate (Ogos), wushu (September), floorball (Oktober), petanque (November) dan judo (Disember).

Sukan-sukan ini bakal menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan masyarakat untuk merancak budaya sihat khususnya murid-murid sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah yang merupakan atlet-atlet harapan negeri dan negara.

(b) Lain-lain program yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2019 adalah seperti Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk pelajar menyambungkan pelajaran di Asia Barat dan juga pengajian di Indonesia?

(a) Jika ada, sila nyatakan jumlah pelajar dan impak kewangan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus untuk pelajar menyambung pelajaran di Asia Barat mahupun di Indonesia. Kerajaan Negeri hanya memberikan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Ditahap manakah perundingan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR)?

(a) Sila nyatakan dengan jelas.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan tapak di Jelutong melibatkan tiga (3) lot tanah iaitu Lot 10042, 10043 dan sebahagian petak A di Seksyen 1, Bandar Jelutong sejak 20 April 2017. Lawatan penilaian kesesuaian tapak telah diadakan oleh Unit Teknikal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan mendapati bahawa tapak cadangan berkenaan lulus bagi tujuan pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR). YB Menteri juga secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini dan meminta Kerajaan Negeri untuk memulakan tindakan pelan pemindahan setinggan sebelum projek dapat dilaksanakan. KPKT akan memohon peruntukan di bawah Rolling Plan 4 pada tahun 2020 bagi kerja awalan. Terdapat beberapa kos yang perlu diberi pertimbangan disebabkan keadaan tapak yang memerlukan kos kerja tanah yang agak tinggi. Dalam masa yang sama, cadangan

Page 196: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

196

empat (4) tapak yang lain turut diambil maklum untuk lain-lain cadangan pembinaan PPR baru di Pulau Pinang pada masa hadapan. Tapak tapak tersebut ialah:

(i) Tanah Kerajaan bersebelahan Lot 8741, Jalan Mayang Pasir, Mukim 12, Daerah Barat Daya;

(ii) Tanah Kerajaan PT 741, Ujung Batu, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara;

(iii) Tanah Kerajaan Lot 1061-1065, 1072-1078 dan 1084-1088, Kampung Tongkang, Mukim 14, Seberang Perai Tengah; dan

(iv) Tanah Milik CMI Lot 20841, 20842, 20843 Mukim 13, Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Adakah pembayaran skim iSejahtera akan diteruskan secara manual seperti sekarang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme pembayaran bagi semua program iSejahtera. Berdasarkan perancangan Kerajaan Negeri pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal akan dimulakan pada tahun 2019 sebagai pilot projectdan seterusnya akan dikembangkan ke semua program iSejahtera yang lain.

Pada ketika ini, pembayaran EFT bagi Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) telahpun mula dilaksanakan sejak Mac 2019. Manakala pembayaran bagi lain-lain program akan dilaksanakan setelah segala isu/masalah berbangkit daripada PPWE berjaya diselesaikan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Masih lagi terdapat dewan-dewan Rukun Tetangga dan dewan awam yang telah dibina oleh Jabatan Pembangunan Negeri (ICU) yang dikawal selia oleh pembangkang (UMNO) hingga menyukarkan MPKK untuk bergerak.

(a) Apakah langkah yang telah dan boleh diambil bagi membolehkan ianya dikawal selia oleh MPKK atau wakil kerajaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah sedang mengenal pasti senarai dewan-dewan berkenaan supaya boleh diambil alih dan dikawal selia atau diserahkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

(a) Beberapa perkara yang perlu disemak dan diselesaikan terlebih dahulu ialah status kepemilikan bangunan, status tanah dan keadaan keselamatan bangunan sebelum sebarang keputusan pengambilalihan dibuat.

Page 197: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

197

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Di Sungai Batu terdapat gerai-gerai PERDA yang telah diwarisi oleh penyokong UMNO sehingga ada yang menyewakannya seolah-olah ianya telah menjadi hak milik mereka.

(a) Bolehkah gerai-gerai dan tersebut dan juga di kawasan lain dibuat pemutihan serta ditawarkan semula kepada pemohon lain yang berminat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Menurut jawapan dari Penang Regional Development Authority (PERDA) ,kebanyakan penyewa gerai di kawasan Sungai Batu adalah terdiri daripada penduduk setempat. Pihak PERDA telah melakukan pemantauan secara berkala ke atas penyewa-penyewa gerai di sana bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur sewaan premis milik PERDA. Penyewaan boleh ditamatkan sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian sewaan premis seperti berikut:-

(i) Tidak beroperasi dalam tempoh 14 hari; (ii) Menyewa kecil / sublet; dan (iii) Tunggakan sewaan.

Menurut PERDA juga sehingga April 2019 berdasarkan semakan, didapati tiada penyewa gerai di kawasan Sungai Batu yang melanggar syarat perjanjian sewa premis dan oleh itu tiada sebarang tindakan penamatan perjanjian sewaan dilakukan. Pihak PERDA akan terus melakukan pemantauan pengerai-pengerai berkenaan bagi memastikan syarat-syarat ditetapkan dan dipatuhi.

PERDA juga telah mengenal pasti penyewa gerai PERDA dilokasi Sungai Batu kebanyakannya merupakan penduduk setempat dan peniaga kecil. Sebarang tawaran sewaan akan diiklankan selama sebulan dan pihak pemohon boleh memohon melalui borang sewaan premis PERDA.

Walau bagaimanapun saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menyiasat perkara ini dan mendapat maklumat bahawa gerai-gerai tersebut disewakan secara sub-let. Ini menunjukkan terdapat percanggahan dari segi informasi dan sewajarnya pegawai agensi memandang isu ini secara lebih serius dan harus mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Oleh itu saya sendiri akan mengarahkan pihak PERDA untuk segera melakukan siasatan yang lebih terperinci dan mengambil tindakan menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Di kawasan Bayan Lepas banyak rumah kampung yang perlu ditukarkan bumbung yang telah rosak atau baik pulih.

(a) Bolehkah ADUN menggunakan peruntukan P02 untuk kerja-kerja baik pulih? Ini kerana pembaikan daripada agensi lain agak lambat dan kelulusannya tidak menentu.

Page 198: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

198

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Penggunaan peruntukan pembangunan P16 Butiran 02 di bawah Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bilangan 3 Tahun 2010: Garis Panduan Pelaksanaan Projek-Projek di Bawah Maksud Pembangunan P.16 (02). Peruntukan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan masyarakat. Kategori projek yang boleh dilaksanakan melalui peruntukan P.16 (02) ialah projek infrastruktur, keagamaan, ekonomi dan gotong royong seperti kerja-kerja berikut:-

(i) Pembinaan, pembaikan (naik taraf) dan penyelenggaraan kecil seperti penyelenggaraan jalan kampung, surau, masjid, sekolah agama rakyat, rumah ibadat, dewan, longkang, titi dan projek-projek infrastruktur kecil yang lain; dan

(ii) Projek-projek bekalan air dan elektrik luar bandar, dan kemudahan-kemudahan masyarakat yang lain.

Walau bagaimanapun, sekatan perbelanjaan bagi peruntukan P.16 (02) adalah ianya tidak boleh digunakan untuk kepentingan individu.

Bagi pembaikan rumah-rumah kampung yang mengalami kerosakan bumbung dan memerlukan bantuan baik pulih, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi pembangunan kawasan luar bandar yang diagihkan kepada daerah mengikut keperluan melalui peruntukan di bawah Maksud Pembangunan P.01 Butiran 64. Permohonan projek bina baru dan baiki rumah ini perlulah dibuat melalui Pejabat Daerah dan Tanah di daerah berkenaan sebelum siasatan lanjut dilaksanakan bagi memastikan permohonan tersebut diberikan kepada pemohon yang layak dan menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan perancangan kecemasan berupa rumah kediaman sementara bagi kes-kes bencana seperti banjir, kebakaran, ribut atau mereka yang diusir keluar daripada kediaman untuk suatu masa tertentu?

(a) Jika tiada bolehkah ianya diadakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 13 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai unit bencana iaitu empat (4) unit di Pangsapuri Pelangi dan tiga (3) unit di Rumah Pangsa Padang Tembak di daerah Timur Laut, empat (4) unit terletak di Rumah Pangsa Desa Wawasan di daerah Seberang Perai Tengah, dan baki dua (2) unit lagi di Rumah Pangsa Jawi III di daerah Seberang Perai Selatan. Unit-unit ini siap sedia dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik dan mangsa bencana ini diberi kebenaran untuk tinggal selama dua (2) bulan secara percuma.

Selain dari itu, terdapat juga kes-kes di mana mangsa bencana ditempatkan secara sementara di PPR Ampang Jajar, PPR Thambi Kechil, PPR Taman Manggis dan juga Rumah Pangsa Padang Tembak untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan melalui prosedur penempatan mangsa bencana di mana mereka masih perlu membayar sewa dan utiliti seperti sewaan biasa.

Page 199: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

199

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Bilakah projek pembinaan Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar boleh dimulakan seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh mantan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini yang menyatakan sumbangan RM15 juta daripada Kerajaan Negeri melalui Ideal Properties?

(a) Kenapa perlu terkait dengan masalah kelulusan projek PR1MA di Bukit Gelugor hingga menjejaskan pembinaan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Cadangan projek pembinaan Sekolah Al-Itqan, Teluk Kumbar ini merupakan projek yang akan dibiayai oleh pemaju projek PR1MA di Bukit Gelugor iaitu Tetuan Ideal Capital Venture Sdn. Bhd. berdasarkan perjanjian dengan Kerajaan Negeri. Cadangan keseluruhan pemajuan Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA adalah melebihi 1,250 unit rumah dan pemaju disyaratkan untuk menyediakan tapak sekolah secara fizikal seluas empat (4) ekar dan diserah kepada Kerajaan Negeri. Syarat tersebut tidak dapat dipenuhi oleh pemaju dan sebaliknya mengemukakan rayuan untuk tawaran sumbangan kepada Kerajaan Negeri. Susulan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) memutuskan pemaju membina Sekolah Al-Itqan Pulau Pinang di atas Lot-lot 347 dan 348, Mukim 9, Teluk Kumbar Daerah Barat Daya milik Sekolah Al-Itqan Pulau Pinang dengan kos RM15 juta.

Bagi memastikan pembinaan sekolah ini terlaksana secara serentak, keputusan ini dijadikan sebagai salah satu syarat di dalam Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembangunan projek PR1MA di Bukit Gelugor seperti berikut:-

“Pembinaan Sekolah Al-Itqan, Pulau Pinang di atas Lot-lot 347 dan 348, Mukim 9, DBD, dengan kos sebanyak RM15 juta sebagai pematuhan seperti mana perjanjian yang pernah dibuat oleh pemaju dengan Pihak Kerajaan Negeri hendaklah dijalankan serentak. Perakuan siap kerja dan pematuhan dikeluarkan serentak dengan pemajuan ini.”

Pada dasarnya, isu pembinaan sekolah Al-Itqan, Teluk Kumbar mempunyai kaitan dengan projek PR1MA dengan merujuk kepada syarat yang dikenakan dalam kelulusan Pelan Merancang seperti yang dinyatakan di atas. Pembinaan sekolah pada dasarnya boleh dimulakan sekiranya Jururunding mengemukakan permohonan mula kerja kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tanpa menunggu projek PR1MA dilaksanakan kerana Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan untuk pembinaan sekolah tersebut telah diluluskan pada 15.5.2017 dan perlanjutan kebenaran Merancang masih sah sehingga 15.5.2019 malah tapak Sekolah Al-Itqan adalah tanah milik sekolah dan boleh dimulakan kerja pada bila-bila masa seperti kelulusan. Pemaju pernah mengemukakan Permohonan Memulakan Kerja bagi projek PR1MA di Bukit Gelugor kepada MBPP tanpa mengemukakan bukti Permohonan Memulakan Kerja secara serentak dengan pembinaan sekolah tersebut sebagaimana yang disyaratkan dalam kelulusan Kebenaran Merancang. Oleh itu, MBPP telah menolak permohonan tersebut bagi memastikan pemaju merujuk kepada syarat kelulusan Kebenaran Merancang. Semakan telah dilakukan untuk mengenal pasti punca kelewatan pembinaan Sekolah Al-Itqan dan didapati pemaju projek sedang dalam proses mengemukakan pelan pindaan kepada cadangan pembangunan tersebut. Atas alasan berkenaan, cadangan pelaksanaan pembinaan Sekolah Al-Itqan masih tertangguh.

Page 200: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

200

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Status pembinaan Surau Pangsapuri Bayu Nyaman. Kediaman tersebut telah diisi lebih tiga tahun.

(a) Bilakah proses pengambilan tanah lapang di sebelah tapak surau tersebut boleh diselesaikan dan juga pembinaan surau baru boleh dibuat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. (a) Tapak surau serahan pemaju Pangsapuri Bayu Nyaman hanya berkeluasan 207.29 meter persegi dan didapati tidak dapat menampung jemaah daripada penduduk setempat. Oleh itu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah memulakan proses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di atas Lot 20303, Mukim 11, Daerah Barat Daya (DBD) yang berkeluasan 1059 meter persegi dan terletak bersebelahan tapak surau serahan pemaju tersebut. Tanah ini merupakan tapak kawasan lapang yang diselia oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Dalam hubungan ini, MAINPP telah mengemukakan permohonan serentak iaitu permohonan pembatalan daripada warta kawasan lapang dan seterusnya permohonan pemberimilikan yang mana kedua-duanya telah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah DBD pada 27 April 2018 yang lalu.

Pejabat Daerah dan Tanah DBD masih menunggu ulasan daripada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pegawai Pengawal kawasan lapang. YB. Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengemukakan ulasannya setelah menerima maklumbalas/ulasan MBPP sebagai penyelenggara mengenai permohonan tersebut. Sekiranya diluluskan pembatalan daripada warta kawasan lapang, Pejabat Daerah dan Tanah DBD akan memulakan proses permohonan berimilik tanah dan diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

MAINPP akan terus membuat susulan berkaitan perkara ini dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi membolehkan tindakan merancang pembinaan surau dapat dilaksanakan secepat mungkin.\

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. DUN Bayan Lepas mempunyai populasi yang tinggi. Bomba Sukarela Gertak Sanggul yang aktif membantu ketika bencana tiba disebabkan balai bomba yang berdekatan di Balik Pulau dan di Bayan Baru sahaja agak jauh.

(a) Bolehkah Kerajaan Negeri bantu bagi menaiktarafkan prasarana kelengkapan mereka seperti jentera yang mempunyai kapasiti 5,000 liter air untuk memadam kebakaran?

Page 201: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

201

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru telah mempunyai jentera water tanker berkapasiti 10,000 liter. Bagi kes-kes kebakaran di kawasan Gertak Sanggul, terdapat dua balai bomba berdekatan yang boleh digerakkan untuk bantuan menyelamat dan memadamkan kebakaran iaitu dari Balai Bomba Bayan Baru dan Balai Bomba Seri Balik Pulau. Response Time untuk sampai ke Gertak Sanggul adalah kurang 10 minit dari Balai Bomba Bayan Baru dan 15 minit dari Balai Bomba Seri Balik Pulau.

Selaras dengan makluman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, sumber air dan taraf prasarana kelengkapan adalah mencukupi untuk kawasan ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak ada halangan jika pihak Bomba Sukarela hendak mengambil inisiatif lain termasuk mendapatkan sumbangan daripada mana-mana pihak lain dalam usaha menaik taraf prasarana dan kelengkapan mereka.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Prasarana kesihatan masih lagi tidak memuaskan khasnya di klinik kesihatan Bayan Lepas yang tidak selesa bagi rakyat untuk mendapatkan hak untuk menerima khidmat rawatan kesihatan daripada kerajaan.

(a) Bolehkah Kerajaan Negeri membantu bagi menyegerakan penaiktarafan klinik tersebut daripada segi infrastuktur dan peralatan kesihatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha agar kemudahan kesihatan yang berkualiti dapat disediakan untuk penduduk negeri ini.

(a) Bangunan Klinik Kesihatan Bayan Lepas sedia ada telah dibina dan beroperasi sejak dari tahun 1967. Klinik ini merupakan klinik kesihatan jenis 4 yang berkapasiti untuk menerima 250 orang pesakit sehari. Walau bagaimanapun, klinik ini secara purata menerima sejumlah 563 orang pesakit sehari. Pada tahun 2015, bilangan pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bayan Lepas adalah sekitar 154,452 orang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, terdapat seramai 188,232 orang yang telah hadir dan mendapatkan rawatan di klinik ini iaitu peningkatan seramai 33,780 orang atau 17%. Mengambil kira peningkatan bilangan pesakit tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah pun membuat permohonan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaiktaraf Klinik Kesihatan Bayan Lepas kepada Klinik Kesihatan (Jenis 2) melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dalam beberapa Rolling Plan sebelum ini. Namun, permohonan ini tidak dapat dipertimbangkan kerana terdapat keperluan lain yang lebih mendesak.

Pada tahun ini, permohonan ini sekali lagi dibentangkan di peringkat kementerian bagi cadangan projek Rolling Plan 4 tahun 2020 dan telah disenarai pendek oleh KKM untuk dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan anggaran kos projek berjumlah RM35 juta. Antara tindakan yang telah diambil dalam mengurangkan kesesakan di klinik ini adalah dengan melaksanakan temujanji rawatan berperingkat (staggered appointment) dan mengalihkan pesakit yang memerlukan prosedur dressing ke Klinik Komuniti Sungai

Page 202: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

202

Batu. Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan di tujuh (7) kemudahan kesihatan berdekatan seperti jadual berikut:

No. Kemudahan Kesihatan Jarak

1 Klinik Komuniti Sungai Batu 2.5

2 Klinik Desa Sungai Batu 2.5

3 Klinik Desa Teluk Kumbar 4.5

4 Klinik Kesihatan Bayan Baru 4.7

5 Klinik Desa Permatang Damar Laut 5.0

6 Klinik Kesihatan Bukit Jambul 6.3

7 Klinik Kesihatan Sungai Dua 7.7

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Hospital Pulau Pinang begitu padat sekali dipenuhi oleh pesakit-pesakit daripada seluruh negeri termasuk juga pesakit daripada Daerah Barat Daya. Saya percaya jika Hospital Balik Pulau mempunyai kemudahan dan kepakaran nescaya kesesakan di Hospital Pulau Pinang dapat dikurangkan.

(a) Bilakah Hospital Balik Pulau boleh dinaiktarafkan supaya dapat berfungsi sama Hospital Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari isu kesesakan pesakit di Hospital Pulau Pinang. Bagi memastikan perkara ini dapat ditambah baik, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan konsep Hospital Kluster yang melibatkan kolaborasi beberapa hospital milik Kementerian Kesihatan Malaysia, berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berdekatan di mana hospital - hospital ini diselaras dari segi aliran perkhidmatan dan pesakit. Sesebuah kluster akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada semua pesakit yang berada di dalam liputan rangkaian kesemua hospital yang terlibat dan kesemua sumber manusia, fasiliti, dan lain-lain kemudahan dikongsi di antara hospital di dalam kluster tersebut. Inisiatif ini merupakan sebahagian langkah yang diambil dalam mengurangkan kesesakan di satu-satu hospital khususnya di Hospital Pulau Pinang.

Pada 1hb Mac 2019, Menteri Kesihatan Malaysia telah merasmikan Hospital Kluster Pulau, Pulau Pinang. Konsep Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem Kesihatan. Hospital Kluster Pulau merupakan kolaborasi Hospital Pulau Pinang dan Hospital Balik Pulau. Di bawah inisiatif ini, pelbagai perkhidmatan kepakaran akan ditempatkan di Hospital Balik Pulau. Di antaranya perkhidmatan Geriatrik, yang merupakan hospital awam pertama di bahagian pulau, Pulau Pinang yang menyediakan perkhidmatan ini. Selain itu, perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi, Onkologi dan lain-lain juga akan dikembangkan di Hospital Balik Pulau dalam masa yang terdekat selaras dengan konsep Specialist Care Closer To Home.

(a) Projek naiktaraf Hospital Balik Pulau yang melibatkan Jabatan Kecemasan, Jabatan Forensik dan Patologi telah dimulakan pada 13 April 2018 dan di jangka siap sepenuhnya pada 2021. Di samping itu juga, Surat Setuju Terima untuk Modular Operation Theatre di Hospital Balik Pulau telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek ini dijangka akan siap pada awal tahun 2020. Setelah dewan bedah baru ini siap, Hospital Kluster Pulau akan dapat meluaskan perkhidmatan kepakaran pembedahan di Hospital Balik

Page 203: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

203

Pulau. Antara disiplin pembedahan yang telah dikenalpasti ialah Pembedahan Mata dan juga Pembedahan Am. Perancangan jangka masa Panjang untuk Hospital Balik Pulau adalah untuk dikembangkan menjadi Pusat

Kecemerlangan Perubatan Geriatrik dan Perubatan Rehabilitasi.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Keperluan prasarana surau-surau dilihat masih lagi boleh ditingkatkan. Kemudahan penghawa dingin tidak boleh dikesampingkan bagi memberi keselesaan kepada jemaah.

(a) Berapakah nilai sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) / Kerajaan Negeri bagi surau dan juga masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang bagi proses menaik taraf dan baik pulih serta pembinaan baru dalam 2 tahun kebelakangan ini. Sila nyatakan dalam pecahan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan peruntukan bagi tujuan pembaikan kecil, menaik taraf dan bina baharu masjid dan surau. Semua peruntukan bagi tujuan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

(a) Dalam tempoh tahun 2017 hingga 2018 Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP telah membelanjakan sejumlah RM7,565,914.00 bagi pembaikan kecil, menaik taraf dan bina baharu masjid dan surau seluruh negeri Pulau Pinang. Manakala bagi tahun 2019 sejumlah RM5.55 juta diperuntuk bagi tujuan sama. Perinciannya adalah seperti berikut:-

(i) Jumlah perbelanjaan tahun 2017 hingga 2018 bagi pembaikan kecil, menaik taraf dan bina baharu mengikut bilangan masjid dan surau di setiap daerah :

(ii) Jumlah peruntukan tahun 2019 bagi pembaikan kecil, menaik taraf dan bina baharu masjid dan surau:

DAERAH PERBELANJAAN

2017 (RM) BIL

MASJID BIL

SURAU PERBELANJAAN

2018 (RM) BIL

MASJID BIL

SURAU

DTL 380,087.55 5 6 507,986.49 5 6

DBD 663,557.10 4 2 532,644.12 3 2

SPU 1,267,098.28 7 3 1,541,632.69 9 1

SPT 1,058,487.00 9 - 1,018,401.46 5 1

SPS 596,020.20 4 4 - - -

JUMLAH 3,965,250.13 29 15 3,600,664.76 22 10

Page 204: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

204

(iii) Perincian Perbelanjaan Tahun 2017 Hingga 2018 dan Peruntukan 2019 bagi Pembaikan Kecil, Naik Taraf Dan Bina Baharu Masjid Dan Surau Mengikut Tajuk Kerja di Setiap Daerah adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 30)

X. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Negeri akan memasang ataupun membaiki dan/atau menaiktaraf semua kamera litar tertutup di kesemua blok rumah PPR Kerajaan Negeri terutamanya di Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sehingga kini, dua (2) buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PPR Jalan Sungai dan PPR Ampangan telah dipasang dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Pemasangan CCTV ini telah menjadi antara projek-projek keutamaan di Bahagian Perumahan untuk dilaksanakan. Sehingga kini perkara ini telah pun berada di peringkat perancangan dan penelitian skop. Perkara ini akan dibawa untuk kelulusan peruntukan di bawah Bajet Pembangunan dan dijangka ianya dapat dilaksanakan pada tahun 2020.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Memandangkan peruntukan RM2 juta tidak mencukupi untuk menyelesaikan pelbagai masalah di PPR Padang Tembak, adakah Kerajaan Negeri boleh memberi peruntukan tambahan untuk mengatasi kekurangan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sejumlah RM173.57 juta bermula pada tahun 2008 sehingga 2018 untuk menaik taraf serta menyelenggara ke semua lima puluh (50) skim Perumahan Awam yang terdapat di seluruh Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, sebanyak RM31.65 juta telah dibelanjakan khususnya di Rumah Pangsa Padang Tembak bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan.

Peruntukan sediada yang diluluskan akan dibelanjakan sewajarnya sepertimana yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang kerja-kerja mahupun keperluan mendesak, pihak Yang Berhormat disyorkan untuk mengemukakan permohonan ke Bahagian Perumahan untuk pertimbangan selanjutnya.

BIL PROJEK PERUNTUKAN 2019 (RM)

1. Menaik taraf dan Bina Baharu

2,800,000.00

2. Pembaikan kecil 2,500,000.00

3. Menaik taraf Tanah Perkuburan di masjid daerah dan masjid qariah

250,000.00

JUMLAH 5,550,000.00

Page 205: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

205

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Senaraikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam penyelenggaraan dan kerja-kerja pembersihan termasuk kontraktor pengutipan sampah-sarap di PPR Padang Tembak, Astaka dan juga Pasar MBPP Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sehingga kini akan terus menyenggara perumahan-perumahan awam di seluruh negeri Pulau Pinang di mana bermula pada tahun 2008 sehingga 2018 sebanyak RM173.57 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Di Padang Tembak, kerja-kerja pembersihan pasar dan kompleks makanan di astaka dan pasar dilaksanakan sendiri oleh pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Bagi kerja-kerja pembersihan di blok-blok perumahan di Rumah Pangsa Padang Tembak, ianya terbahagi kepada dua (2) zon seperti berikut:

(i) Zon A (Blok A hingga E): dilaksanakan oleh Syarikat Island Phoenix Sdn. Bhd.

(ii) Zon B (Blok F hingga J): oleh Syarikat Rosa Yes Sdn. Bhd.

Kedua-dua syarikat ini adalah dilantik secara sebut harga terbuka dengan tempoh lantikan bermula pada 1 April 2018 hingga 31 Mac 2020.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah tugas dan tanggungjawab atau skop kerja pengurus serta penyelia-penyelia pihak jabatan perumahan negeri yang berkhidmat di pejabat pengurusan PPR Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri yang sentiasa mementingkan sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat setempat telah mewujudkan berbagai inisiatif dalam usaha untuk menambah baik sistem penyampaian kepada orang awam. Ini termasuk mewujudkan pejabat pengurusan di perumahan-perumahan awam Kerajaan Negeri. Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pejabat khas dan perjawatan yang ditempatkan di perumahan awam bagi memastikan kelangsungan operasi yang efisyen.

Skop bidang tugas utama pengurus/ penyelia di pejabat pengurusan adalah seperti berikut:

(i) Menyelia kerja-kerja pembersihan harian;

(ii) Menyelia aduan-aduan yang dikemukakan melalui Borang Aduan;

(iii) Menyemak dan meluluskan pembayaran sewa dan selenggara harian di kaunter terimaan;

(iv) Menyelia kerja-kerja kecemasan dan pembaikan harian;

(v) Menguruskan fail-fail pindah milik/ fail unit sewa/ fail sewa-beli; dan

(vi) Mewakili Ibu Pejabat Perumahan dalam mesyuarat-mesyuarat melibatkan kawasan seliaan.

Page 206: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

206

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah rancangan serta kaedah baru yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkasakan prestasi pengurus serta penyelia-penyelia di PPR Padang Tembak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pengurus mahupun penyelia-penyelia di seluruh Rancangan Perumahan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah terletak di bawah pengurusan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, setiap penyelia telah diletakkan penetapan sasaran di mana pada setiap tahun kesemua penyelia akan melaksanakan pengoperasian mengikut Sasaran Kerja Tahunan (SKT) ditetapkan.

Selain daripada penetapan SKT, setiap penyelia berkaitan turut diwajibkan menghadiri latihan dan juga bengkel-bengkel berkaitan bagi mengoptimakan kemahiran kepimpinan dan kemahiran-kemahiran lain yang bersesuaian. Kegagalan mencapai SKT yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka ditukarkan ke jabatan yang lain.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaiktarafkan Taman Botani sebagai sebuah pusat botani yang unggul di Asia Tenggara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik tarafkan Taman Botani sebagai sebuah pusat botani yang unggul di Asia Tenggara adalah seperti berikut:

(a) Memperbadankan Taman Botani Pulau Pinang.

Enakmen Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang 2017 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Perbadanan akan memberikan tumpuan utama kepada sektor botani, tumbuhan-tumbuhan hutan, penyelidikan biodiversiti, koleksi tumbuhan hidup dan kering (herbarium), pendidikan alam sekitar dan juga pameran koleksi tumbuhan. Perbadanan akan membuat peraturan bagi pengendalian, pengawalan, pemeliharaan, penyelidikan tumbuhan, flora serta fauna, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan botani. Perbadanan juga dapat membuat lantikan pakar-pakar botani serta kakitangan teknikal secara lebih berfokus.

(b) Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Botani.

RKK Taman Botani memberikan panduan perancangan jangka masa panjang dan telah mengenal pasti medium terbaik dalam pengurusan dan projek-projek pembangunan serta pemuliharaan botani. Pada masa ini, RKK Taman Botani sedang dalam proses untuk diwartakan.

Page 207: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

207

(c) Kerjasama bersama pakar botani dan organisasi botani antarabangsa.

Kerajaan Negeri mengutamakan bidang kajian dan penyelidikan untuk membangunkan bidang botani. Pelantikan kurator YBrs. Dr. Saw Leng Guan, mantan Pengarah Herbarium Forest Research Institute Of Malaysia (FRIM) yang mempunyai 38 tahun pengalaman telah memberikan nilai tambah kepada Taman Botani. Pada Januari 2018, Taman Botani telah menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Singapore Botanic Garden bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. Pada tahun 2019 pula, Taman Botani telah menjalinkan kerjasama dengan FRIM dalam bidang kepakaran botani.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan fasiliti basikal MBPP di Taman Botani dan Taman Bandaraya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri sememangnya telah menyediakan fasiliti basikal di kedua-dua Taman Botani dan Taman Bandaraya. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah menyediakan kemudahan stesen bagi basikal sewa LinkBike di tempat letak kereta Taman Botani dan Taman Bandaraya. Selain itu, MBPP juga telah menyediakan tempat letak basikal berbumbung untuk kemudahan penunggang basikal meletakkan basikal dan beriadah di kedua-dua kawasan ini.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Adakah Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan semula kepada rancangan pembinaan lebuhraya PTMP yang akan melalui Taman Bandaraya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang merupakan salah satu projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah memperolehi kelulusan bersyarat terhadap laporan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10 April 2019.

Sebahagian jajaran Lebuhraya PIL 1 akan merentasi Taman Bandaraya (Youth Park). Namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bercadang untuk menggunakan kaedah reka bentuk Cable Stay Bridge sepanjang kira-kira 250m untuk memastikan impak yang paling minima kepada Taman Bandaraya. Dengan kaedah reka bentuk ini, bilangan tetiang di kawasan Taman Bandaraya dapat dikurangkan di mana tetiang yang terlibat akan dibina di pinggiran Taman Bandaraya. Pilihan reka bentuk Cable Stay Bridge ini telah dinyatakan di dalam laporan EIA sebagai langkah mitigasi terhadap impak alam sekitar. Cadangan ini telah diteliti dan dinilai oleh JAS sebelum laporan EIA diluluskan secara bersyarat. Buat masa ini, Kerajaan Negeri akan mengguna pakai kaedah reka bentuk Cable Stay Bridge setelah mengkaji dan mempertimbangkan pelbagai pilihan pembinaan bagi jajaran Lebuhraya PIL 1 yang melalui kawasan Taman Bandaraya.

Page 208: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

208

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah status tanah yang diduduki oleh sebuah keramat yang dikenali sebagai Sayyidinah Kaful Ali di belakang Taman Jesselton?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Keramat yang dikenali sebagai Sayyidinah Kahful Ali di belakang Taman Jesselton terletak di atas tanah kerajaan iaitu Lot 811, Seksyen 2, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) telah mengemukakan permohonan berimilik tanah tersebut pada 6 April 2017 bagi tujuan tapak Surau Makam Saidina Kaful Ali dan aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun, permohonan ini ditolak melalui surat bertarikh 15 Februari 2018 oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam mesyuaratnya pada 20 Disember 2017 dan disahkan pada 28 Disember 2017.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan hanya golongan B40 yang memerlukan rumah dapat membeli atau menyewa rumah PPR?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan pembekalan Rumah Mampu Milik, Unit Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa kepada golongan yang berkelayakan. Sehubungan dengan itu, saringan dan auditan berterusan akan dilaksanakan secara berkala kepada pemohon dan penghuni semasa proses memperbaharui perjanjian. Sistem Maklumat Perumahan (SMP) Kerajaan Negeri telah ditambahbaik dengan kolaborasi pelbagai agensi dan jabatan untuk semakan silang maklumat hartanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta maklumat cukai taksiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Selain dari itu, keperluan mengemukakan dokumen wajib seperti salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan CCRIS membantu mengesan pendapatan semasa dan juga rekod pembiayaan perumahan. Sehubungan dengan itu, semua pihak diharap memahami pendirian Kerajaan Negeri sekiranya terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan selepas mengesan pemilikan harta dan pendapatan yang melepasi tahap kelayakan. Unit yang diduduki oleh mereka yang tidak layak ini merupakan hak kepada keluarga pemohon yang layak dan perlu diagihkan semula.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Terdapat aduan mengenai penduduk-penduduk dari luar Pulau Pinang telah menghuni di PPR Pulau Pinang, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pada peringkat awal permohonan bagi penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tiada disyaratkan unit perumahan ini hanya kepada pengundi Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, pemohon dari negeri-negeri lain yang bekerja di Pulau Pinang yang melepasi syarat-syarat PPR telah ditawarkan untuk menyewa unit-unit ini. Kerajaan Negeri memperkenalkan syarat tambahan kepada pemohon PPR iaitu

Page 209: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

209

perlu berdaftar sebagai pengundi Pulau Pinang mulai tahun 2008 bagi pemohon dan pasangan. Penguatkuasaan syarat-syarat ini dibuat semasa proses temuduga semula kepada semua penyewa PPR dan Rumah Sewa di mana mereka yang tidak memenuhi kelayakan ini tidak dibenarkan untuk terus menduduki unit PPR dan Rumah Sewa. Pemakluman berhubung status hilang kelayakan mereka akan dimaklumkan dan mereka diminta menyerahkan unit secara sukarela sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Tindakan penguncian unit dan penguatkuasaan terpaksa dilaksanakan apabila mereka enggan menyerahkan unit dengan sukarela walaupun notis dan peringatan telah diberikan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik rumah PPR yang didapati telah kehilangan kelayakan untuk terus memiliki rumah tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah merupakan unit yang disewa oleh Kerajaan Negeri kepada penghuni yang berkelayakan dengan kadar sewa yang rendah iaitu sebanyak RM124.00 sebulan termasuk bayaran penyelenggaraan bagi tempoh perjanjian penyewaan tiga (3) tahun sahaja. Pemohon yang layak menerima tawaran penghunian di unit PPR adalah yang memenuhi kriteria seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan);

(ii) Berumur 21 tahun ke atas;

(iii) Mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang;

(iv) Pendapatan pemohon tidak melebihi RM750.00 sebulan atau pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,500.00 sebulan;

(v) Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon dan pasangan adalah tidak layak memohon); dan

(vi) Berkeluarga (pemohon dan pasangan berserta anak-anak tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang).

Sesi temuduga semula dijalankan oleh Bahagian Perumahan sebagai platform untuk memantau semula syarat kelayakan penghunian penghuni berkenaan dan penyambungan perjanjian akan diberikan kepada yang layak. Sekiranya penghuni telah hilang kelayakan, maka surat arahan dikeluarkan supaya penghuni menyerahkan semula unit tersebut kepada Bahagian Perumahan untuk ditawarkan kepada pemohon di dalam senarai menunggu PPR.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penggubalan undang-undang untuk pengambilan atau pembelian semula terhadap pemilik PPR yang telah kehilangan kelayakan?

Page 210: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

210

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diperkenal sejak tahun 2004 membabitkan peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan di atas tanah milik Kerajaan Negeri. Aspek pengurusan dan pengisian unit PPR ini ditentukan oleh Kerajaan Negeri termasuk syarat kemasukan dan juga penguatkuasaan. Terdapat dua (2) konsep PPR, iaitu PPR yang disewakan dan PPR dimiliki. Setakat ini Negeri Pulau Pinang hanya mempunyai PPR untuk disewakan sahaja. Pengambilan balik unit sewaan daripada mereka yang didapati tidak layak adalah berdasarkan terma dan syarat penyewaan di dalam Surat Perjanjian Penyewaan dan juga syarat kelayakan sepertimana dinyatakan didalam Borang Permohonan Untuk Menyewa Rumah PPR (PN3) seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Bermaustautin di Pulau Pinang sekurangnya lima (5) tahun;

(iii) Berumur 21 tahun;

(iv) Pengundi berdaftar di Pulau Pinang (pemohon dan pasangan);

(v) Pendapatan individu tidak melebihi RM750.00 atau seisi keluarga RM1500.00; dan

(vi) Tidak pernah memiliki rumah.

Penggubalan undang-undang bagi mengambil balik unit PPR dan Rumah Sewa tidak diperlukan buat masa ini. Namun demikian, kajian semula kepada hak dan kuasa Kerajaan terhadap rumah mampu milik A dan B yang disewakan untuk mengaut keuntungan adalah perlu memandangkan ia menyebabkan spekulasi hartanah dan sewaan dan juga kecenderungan untuk melakukan penipuan bagi melayakkan mereka mendapat unit Rumah Mampu Milik (RMM) ini.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah perbelanjaan setakat ini untuk program Bas Percuma CAT dari permulaan sehingga masa kini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Jumlah perbelanjaan bagi Bas Congestion Allevation Transport (CAT) yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada pihak Prasarana bagi kesemua 12 laluan sehingga 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM8,427,200.00 seperti perincian di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 14)

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Adakah bas awam CAT akan diperluaskan ke seluruh kawasan utara Daerah Timur Laut?

Page 211: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

211

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Di Daerah Timur Laut, terdapat empat (4) laluan bas Congestion Allevation Transport (CAT) yang telah beroperasi, iaitu CAT Tanjung Tokong, Sungai Dua, George Town 2 dan Air Itam. Pada masa kini, tiada cadangan untuk memperluaskan perkhidmatan bas CAT ini di kawasan utara Daerah Timur Laut. Walau bagaimanapun, laluan bas CAT ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Nyatakan bilangan saman yang dikeluarkan bagi penjaja tanpa lesen bagi tempoh suku tahun 2019 berbanding dengan suku tahun 2018 untuk kawasan Kebun Bunga dan juga Pulau Pinang mengikut daerah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Bilangan kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penjaja tanpa lesen bagi suku pertama tahun 2019 untuk kawasan Kebun Bunga adalah sebanyak 62 kompaun berbanding 71 kompaun bagi suku pertama tahun 2018.

Bilangan kompaun yang dikeluarkan oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi penjaja tanpa lesen bagi suku pertama tahun 2019 untuk seluruh negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 2,335 kompaun berbanding 1,390 kompaun yang dikeluarkan bagi suku pertama tahun 2018. Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:-

Kompaun Yang Dikeluarkan Bagi Penjaja Tanpa Lesen Bagi Suku Pertama Tahun 2018 dan 2019.

Daerah

Suku Tahun

2018

Suku Tahun

2019

Timur Laut 923 1,521 Barat Daya 356 727 Seberang Perai Utara 20 43 Seberang Perai Tengah 67 39 Seberang Perai Selatan 24 5 Jumlah 1,390 2,335

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Dengan adanya jumlah overhang sebanyak 3,445 unit rumah baru di Negeri Pulau Pinang, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil alih dan/atau membeli sesetengah rumah tersebut daripada pemaju untuk disewakan kepada golongan miskin?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pembekalan Rumah Mampu Milik kepada golongan berpendapatan rendah dan juga mereka yang masih tiada pemilikan rumah. Stok bekalan rumah yang konsisten dapat dilaksanakan dengan pelaksanaan Dasar

Page 212: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

212

Rumah Mampu Milik 100% dan juga Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah Pulau Pinang. Stok ini dapat ditawarkan dengan segera kepada senarai menunggu rumah mampu milik yang semakin bertambah setiap hari.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) telah menyenaraikan sekitar 3,445 unit rumah baru di Negeri Pulau Pinang termasuk di bawah kategori overhang, iaitu rumah yang didapati tidak terjual melebihi sembilan (9) bulan dari tarikh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi. Angka ini adalah sebahagian dari 30,115 unit overhangdilaporkan di seluruh Malaysia. Cadangan untuk Kerajaan Negeri mengambil alih unit-unit ini perlu diperhalusi dan berdasarkan kategori unit kediaman yang tidak terjual kerana data tersebut sebenarnya meliputi hartanah bernilai serendah RM42,000.00 sehingga melebihi RM1,000,000.00 seunit. Adalah juga didapati, unit melebihi harga RM400,000.00 adalah komposisi penyumbang terbesar kepada segmen yang tidak terjual ini.

Selain faktor ekonomi, pasaran hartanah bernilai tinggi hampir mencapai tahap tepu di mana usaha kerajaan untuk mempopularkan produk rumah mampu milik merupakan alternatif yang lebih baik kepada rakyat dan pemaju. Pelbagai insentif rumah mampu milik dan pemilikan rumah pertama telah diumumkan di dalam Bajet 2019 antaranya penyediaan dana RM1 bilion dengan kadar faedah rendah oleh Bank Negara Malaysia, pembiayaan lebih tinggi melalui Cagamas dan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama sehingga nilai rumah RM500,000.00. Usaha memasarkan produk hartanah juga giat dijalankan di peringkat negeri dan kebangsaan dan sehingga kini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membeli unit overhang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menukarkan (convert) bangunan MBPP yang tidak diguna atau terbiar untuk dijadikan sebagai satu Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sebelah pulau?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sememangnya tidak mempunyai bangunan yang tidak digunakan atau terbiar. MBPP juga tidak memiliki bangunan yang terletak di kawasan luar bandar. Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sebelah pulau. Malah Kerajaan Negeri bersama-sama Kementerian Kewangan sedang berunding untuk mewujudkan Urban Transformation Centre (UTC) di kawasan KOMTAR, Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah langkah-langkah yang lebih praktikal dan berkesan boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani kemelesetan ekonomi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kemelesetan ekonomi pada masa ini bukan hanya melanda Negeri Pulau Pinang, tetapi ia adalah satu fenomena global yang dihadapi oleh semua negara. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani kemelut ini, khususnya dalam menyakinkan pelabur-pelabur asing untuk terus memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

Page 213: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

213

(i) Menganjurkan misi promosi pelaburan ke luar negara, khususnya bagi menarik pelaburan baharu yang berpotensi tinggi dengan penumpuan kepada industri high-endyang memberikan nilai tambah yang tinggi;

(ii) Menyusun program Business Matching, CEO Talks, forum dan seminar melalui SMART Center Invest Penang yang sentiasa menjemput syarikat tempatan dan antara bangsa menyertai perbincangan dan membina rantaian perniagaan yang sihat;

(iii) Mewujudkan fasiliti dan ruang Business Processing & Outsourcing (BPO) dan Shared Services Outsourcing (SSO) di Pulau Pinang;

(iv) Memperkasakan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Pulau Pinang melalui Penang SME Market Advisory, Resource & Training (Penang S.M.A.R.T Centre), Pusat IKS Pulau Pinang (Penang SME Centre) dan Perkampungan IKS Pulau Pinang (Penang SME Village);

(v) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan dan kemudahan menjalankan perniagaan;

(vi) Menaik taraf kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk memenuhi permintaan pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi; dan

(vii) Usaha juga dilakukan bagi memperkasakan bakat tempatan dan juga meningkatkan usaha menarik bakat luar untuk bekerja di Pulau Pinang sebagai sokongan kepada industri.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Memandangkan ketumpatan resident di sebelah Pulau adalah lebih kurang dua kali ganda ketumpatan resident di Seberang Perai, adakah saksama dan munasabah untuk Kerajaan Negeri untuk meluluskan peningkatan ketumpatan untuk projek-projek perumahan di sebelah Pulau?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai keluasan seluas 32,353.8 hektar (323.538 km²) meliputi dua (2) daerah iaitu Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya. Bentuk mukabumi dan keadaan fizikal Pulau Pinang (pulau) menjadikan kesediaan tanah untuk pembangunan sangat terhad. Analisis kesesuaian tanah menunjukkan 18,760 hektar (63%) tanah di kawasan pulau merupakan bukan kawasan tepu bina. Namun, seluas 14,083 hektar (48%) daripada kawasan tersebut sebenarnya terdiri daripada Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang merupakan kawasan pemeliharaan (hutan simpan, kawasan tadahan air, Taman Negara dan Taman Negeri) dan kawasan risiko bencana (kawasan cerun curam, tanah yang mempunyai ketinggian lebih 250 kaki (76 meter) dan tanah bukit warta).

Hanya kawasan seluas 4,677 hektar (15%) tanah yang tersedia dan sesuai untuk dibangunkan. Kebanyakan tanah-tanah tersebut adalah merupakan tanah milik persendirian.

Oleh itu, perancangan guna tanah yang mampan di kawasan Pulau Pinang (pulau) perlu dilaksanakan secara mengoptimumkan pembangunan tanah yang tersedia. Sumber tanah yang ada digunakan sebaiknya untuk memenuhi keperluan mengikut

Page 214: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

214

had tampung (Carrying Capacity) untuk mencapai keseimbangan di antara keperluan fizikal dan keperluan menyokong kehidupan.

Di kawasan pentadbiran MBPP, ketumpatan yang dibenarkan adalah dari ketumpatan rendah iaitu sebanyak 6 unit seekar sehingga ketumpatan tinggi 128 unit seekar. Di dalam kes-kes tertentu untuk projek Rumah Mampu Milik, di kawasan-kawasan tertentu, nisbah plot dibenarkan sehingga 3.5:1 yang memberikan ketumpatan sehingga 178 unit/ekar. Ini merupakan keperluan untuk menambah bekalan perumahan bagi menampung kepadatan penduduk yang bertambah disebabkan oleh migrasi dan pertambahan penduduk secara semulajadi. Oleh itu, adalah wajar untuk diadakan ketumpatan yang tinggi terutama di kawasan-kawasan yang tertentu dengan memberi fokus dan keutamaan kepada pembangunan tanah-tanah infill dan pembangunan semula kawasan brownfield seperti SP Chelliah yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi. Malah selaku pusat pentadbiran dan ibu negeri, permintaan untuk kediaman khasnya masih lagi tinggi.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Rangka Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang diwartakan masih tidak diterima oleh sesetengah pihak seperti NGO tempatan.

(a) Nyatakan sebab-sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi melayan pelbagai bantahan atau pendapat yang dikemukakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (Khas) Bil.6/2018 pada 16 Ogos 2018 telah bersetuju untuk memberikan tempoh dua (2) bulan bagi mengadakan program publisiti dan penyertaan awam berbanding keperluan dalam Akta 172 yang hanya memperuntukkan minimum satu (1) bulan. Publisiti dan penyertaan awam yang dijalankan untuk Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (2) (b) dan (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bermula 18 September 2018 hingga 19 November 2018. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 533 borang bantahan awam telah diterima dan telah pun melalui sesi pendengaran awam sebanyak lima (5) kali iaitu pada 13,14,15 & 22 Februari 2019 dan 6 Mac 2019 (sesi khusus untuk Non-Governmental Organisation (NGO)).

Semasa sesi pendengaran awam dijalankan kehadiran pembantah adalah seramai 69 orang berbanding borang bantahan yang diterima iaitu 533. Statistik penerimaan borang bantahan adalah seperti berikut:-

Bil Kategori

Pembantah Borang Yang

Diterima

Jumlah Kehadiran Sesi Pendengaran Awam

(orang)

1 Individu 504 54

2 NGO 16 9

3 Syarikat Swasta 6 3

4 Jabatan/Institusi Awam

7 3

Jumlah 533 69

Page 215: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

215

(a) Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil.2/2019 yang bersidang pada 14 Mac 2019 telah pun bersetuju dengan semua syor ke atas semua bantahan dan pendapat yang dibangkitkan daripada publisiti dan pendengaran awam tersebut. Berkaitan itu, tidak timbul isu bahawa Kerajaan Negeri tidak melayan bantahan dan pendapat yang dibangkitkan oleh NGO berkaitan kerana Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya berdasarkan Akta 172.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sila senaraikan tapak-tapak RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam) yang terdapat di kawasan Kebun Bunga.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Sehingga Mac 2019, mengikut rekod data gunatanah sedia ada terdapat 18 tapak RIBI di kawasan KADUN Kebun Bunga yang merangkumi 8 buah Kuil Hindu, 9 Tokong Cina dan 1 tapak yang masih kosong yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri di Lot2136 di Lengkok Lumba Kuda. Senarai tapak RIBI tersebut adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 22)

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Senaraikan impak pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua (2) juruperunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Berdasarkan kedua-dua laporan tersebut, pembinaan KXP akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya. Antara impak pembangunan KXP kepada negeri Pulau Pinang adalah:

(i) Pembinaan KXP bukan sebagai pelengkap LTAPP sebaliknya sebagai pesaing untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo di Koridor Utara;

(ii) Pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo sedia ada di LTAPP; dan

(iii) Kehilangan pelabur yang berkemungkinan beralih arah ke kawasan Kulim dan kemungkinan besar ke negara lain dan seterusnya mengurangkan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment – FDI) ke negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.

Page 216: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

216

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Memandangkan MoU telah ditandatangani oleh JAG dengan Empire Mining Sdn Bhd, adakah Kerajaan Negeri akan membuat bantahan sekiranya perlombongan bauksit akan dijalankan dan menyebabkan pencemaran udara, sungai dan laut yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Perjanjian persefahaman (MoU) antara JAG Bhd. dan Empire Mining Sdn. Bhd. adalah merujuk kepada cadangan usaha sama bagi aktiviti melombong dan memproses bauksit di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Sehingga terkini tidak ada laporan bahawa terdapat sumber bauksit di Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri tidak akan memberi kelulusan melombong dan memproses bauksit di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk mendirikan sebuah salination plant untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber air dari Sungai Muda, Kedah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Pada tahun 2009, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui ‘Kajian Pelan Induk untuk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang sehingga tahun 2050’ telah mengenalpasti Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) sebagai sumber air yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber air dari Sungai Muda, Kedah. Skim ini boleh membekalkan 1000 MLD sehingga 2050. Oleh itu cadangan salination plant walaupun telah dikaji, namun didapati kos memproses air adalah tinggi berbanding dengan penggunaan air mentah dari Sungai Muda dan Sungai Perai.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyokong dan menuntut taraf universiti daripada Kerajaan Pusat bagi pihak PSDC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri setakat ini tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menyokong dan menuntut taraf universiti daripada Kerajaan Pusat bagi pihak PSDC. PSDC beroperasi berdasarkan model kerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional dan syarikat tempatan dalam menyediakan latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkenaan terutamanya yang berasaskan kemahiran. Sejak penubuhannya pada tahun 1989, PSDC telah berjaya menyediakan pelbagai kursus dan latihan yang relevan dengan industri. Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membuat sebarang perubahan dalam masa terdekat dan akan mengekalkan model operasi yang sedia ada.

Page 217: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

217

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27 Apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bunuh diri terutamanya di atas kedua-dua Jambatan Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bunuh diri terutamanya di atas kedua-dua Jambatan Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(a) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalankan rondaan di kedua-dua jambatan. Rondaan dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan menggunakan motorsikal dan rondaan berkereta oleh Cawangan Kereta Peronda. Rondaan berkala dijalankan sekurang-kurangnya setiap 2 jam samada bermotosikal atau berkereta dalam apa jua cuaca dan keadaan;

(b) Pihak JSPT IPK Pulau Pinang juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua bagi membuat pemantauan CCTV secara 24 jam sekiranya terdapat apa-apa sahaja aktiviti yang mencurigakan di atas jambatan terutamanya yang melibatkan cubaan bunuh diri dan melibatkan kemalangan serta melibatkan kes-kes kerosakan kenderaan;

(c) Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan forward based pangkalan laut, Angkatan Pertahanan Awam dan perkhidmatan ambulans yang terletak di antara kedua-dua jambatan sebagai tindak balas strategik sekiranya ada kes bunuh diri;

(d) Cadangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu bengkel bersama dengan pihak media, I-Life Suicide Prevention Campaign, Suicide Prevention Research Malaysia (SUPREMA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan kewangan bagi bengkel ini;

(e) Mengadakan Sesi Dialog di antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization pada 25 September 2018 dalam membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh diri;

(f) Mengadakan mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang pada 5 Oktober 2018 dan di dalam mesyuarat tersebut perbincangan cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri; dan

(g) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi pengurusan tekanan dan lain-lain.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Sila nyatakan jumlah sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari segi cukai dan lain-lain kepada Kerajaan Pusat dari 2013 sehingga 2018.

Page 218: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

218

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri tidak menyumbang sebarang cukai secara langsung kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pernah membayar cukai Goods and Services Tax (GST) yang berkuatkuasa mulai 1 April 2015 dan cukai Sales and Services Tax (SST) yang berkuatkuasa pada 1 September 2018. Sehingga 31 Disember 2018, sejumlah RM17,680,581.92 telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Perincian mengikut jenis cukai tersebut bagi tempoh 2015 sehingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 28)

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29 Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tahun 2019 berbanding dengan tahun lima tahun sebelum ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tahun 2019 (sehingga 5 April 2019) adalah berjumlah RM51.95 juta. Perincian mengenai jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tahun 2019 berbanding lima (5) tahun sebelum ini (tahun 2014 hingga

2018) adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 29)

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30 Apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kejadian penderaan para pekerja warganegara asing terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor pembantu rumah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Langkah-langkah yang dapat diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggelakkan kejadian penderaan para pekerja warga negara asing terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor pembantu rumah adalah seperti berikut:-

(i) Menjalinkan kerjasama yang erat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang bertanggungjawab ke atas penetapan dasar berkaitan pengambilan Pembantu Rumah Asing bagi menangani isu penderaan ke atas Pembantu Rumah Asing;

(ii) Bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan kempen kesedaran terutamanya kepada majikan bagi mengatasi masalah penderaan pembantu rumah; dan

(iii) Menggalakkan agar masyarakat memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan ini. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, masyarakat harus memberi kerjasama secara serius untuk melaporkan kepada pihak polis jika mengetahui sebarang kejadian penderaan terhadap pembantu rumah.

Page 219: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

219

XI. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kedudukan pelaburan asing di Pulau Pinang.

(a) Sila jelaskan berapakah jumlah pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) bagi tahun 2018 dan apakah perbandingan pencapaian sektor ini selama 5 tahun ke belakang?

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan jumlah pelaburan asing ke negeri ini? Sila perincikan tindakan yang telah/sedang/akan dilakukan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Pelaburan asing yang direkodkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM3,693.37 juta.

Pelaburan asing pada tahun 2018 di dapati lebih rendah berbanding pelaburan asing yang di rekodkan pada tahun 2014, 2015, dan 2017. Manakala bagi tahun 2016, pelaburan asing adalah rendah berbanding tahun 2018 iaitu perbezaan sebanyak RM636.37 juta. Perincian perlaburan asing bagi tahun 2013 hingga 2017 adalah seperti berikut:

Tahun Pelaburan Asing (RM juta)

2017 8,540.49

2016 3,057.00

2015 4,498.70

2014 5,113.59

2013 1,794.39

Sumber:MIDA

(b) Perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan jumlah pelaburan asing ke negeri ini adalah seperti berikut:

• Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (medical devices), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;

• Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;

Page 220: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

220

(c) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut:

(i) Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk menyelaraskan demand and supply bakat-bakat yang diperlukan;

(ii) Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa Penang Future Foundation (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu milik;

(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional; dan

(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi memupuk minat genererasi muda dalam STEM.

(d) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:

(i) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baharu;

(ii) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan

(iii) Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambahbaik fasiliti pelabuhan.

(e) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam termasuk laluan Light Rail Transit (LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup;

(f) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif melalui penanda aras secara global dan serantau; dan

(g) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim

Page 221: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

221

Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Pendapatan isi rumah rakyat.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah golongan petani dan nelayan di Pulau Pinang?

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengagihkan peruntukan kepada golongan ini bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan isi rumah masing-masing?

(c) Apakah jenis bantuan/insentif yang layak diterima dan apakah syarat-syaratnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri sentiasa mendokong hasrat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat di Negeri Pulau Pinang. Selain daripada pelaksanaan projek ekonomi khas untuk rakyat berpendapatan rendah meliputi program bina baru dan baiki rumah, bantuan peralatan perniagaan dan program modal insan, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program yang dirangka khusus untuk golongan petani dan nelayan.

(a) Dalam meningkatkan pendapatan isi rumah golongan petani, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang akan meneruskan program-program sedia ada seperti berikut:

(i) Pembangunan Industri Tanaman Padi;

(ii) Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan;

(iii) Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran;

(iv) Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan;

(v) Pembangunan Tanaman Kelapa;

(vi) Pembangunan Tanaman Lain-lain Ekonomi;

(vii) Pembangunan Pelapis Petani;

(viii) Program Khidmat Pengembangan;

(ix) Program Khidmat Kejenteraan;

(x) Pembangunan Kelompok Tani; dan

(xi) Program Aktiviti Jualan Terus

Melalui pelaksanaan program khidmat pengembangan, program khidmat kejenteraan dan program aktiviti jualan terus, golongan petani akan diberikan khidmat nasihat, pinjaman peralatan, khidmat logistik dan pemasaran hasil pertanian yang seterusnya

Page 222: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

222

akan memberikan kesan jangka panjang kepada peningkatan pendapatan isi rumah petani. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang turut mensasarkan peningkatan hasil pengeluaran tanaman selain padi sebanyak 10% setiap tahun supaya objektif pelaksanaan projek pembangunan pertanian tercapai.

Selain daripada usaha-usaha tersebut, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan penganjuran program Seberang Perai Fiesta dan menyertai program-program promosi di luar Negeri Pulau Pinang. Melalui usaha ini, produk-produk petani akan dapat diketengahkan ke pasaran lebih luas dan akhirnya diharap dapat memberikan nilai tambah kepada pendapatan isi rumah golongan petani.

Kerajaan Negeri juga menyediakan pinjaman Tabung Usahawan Tani (TUT) yang merupakan pinjaman mikrokredit kepada usahawan Industri Asas Tani (IAT) di negeri ini. Pinjaman ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu para petani memperkembangkan perniagaan tani yang diusahakan.

Dalam meningkatkan pendapatan isi rumah nelayan pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang sentiasa melaksanakan program-program untuk membantu golongan ini. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Insentif Hasil Tangkapan Ikan (IHTI)

Pemberian insentif kepada nelayan berdasarkan kepada hasil tangkapan adalah seperti berikut:

Bil Kategori Vesel Kadar Bayaran Insentif

Had Kuantiti Bulanan (Kg)

Had Maksimum Bulanan IHTI

(RM)

1. Vesel Tradisi Enjin Sangkut Zon A

RM0.10 sekilogram

1,500 150.00

2. Vesel Tradisi Enjin Dalam Zon A

RM0.10 sekilogram

3,500 350.00

3. Vesel Komersial Zon B

RM0.10 sekilogram

7,500 750.00

4. Vesel Komersial Zon C

RM0.10 sekilogram

10,000 1,000.00

(ii) Skim Subsidi Minyak Petrol dan Diesel

Diberikan kepada nelayan yang layak iaitu RM1.65 seliter petrol dan RM1.65 untuk diesel.

(iii) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai

Bantuan ini diberikan kepada nelayan pesisir pantai dengan nilai RM400.00 setahun untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.

Page 223: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

223

(iv) Program touch point

Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air.

Program-program ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos operasi nelayan dan seterusnya berupaya untuk meningkatkan pendapatan isi rumah golongan nelayan di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, program-program seperti latihan dan kursus kemahiran turut dilaksanakan melibatkan keluarga nelayan agar pendapatan isi rumah tidak hanya bergantung kepada ketua keluarga semata-mata.

(b) Peruntukan bagi program atau bantuan seperti di (a) di atas adalah di bawah kawal selia jabatan/ agensi berkenaan. Pengagihan peruntukan kepada golongan sasar yang layak adalah mengikut kepada program atau jenis bantuan yang diberikan. Sebagai contoh, program pembangunan industri tanaman sayur-sayuran kepada petani. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang akan menyalurkan peruntukan kepada petani dalam bentuk bantuan pembersihan kawasan, pengairan kawasan pertanian dan sebagainya bergantung kepada keperluan petani tersebut berdasarkan siasatan yang dijalankan.

Bagi bantuan insentif hasil tangkapan ikan oleh LKIM pula, bantuan ini diberikan secara bulanan melalui akaun bank nelayan berdasarkan kepada jumlah pendaratan hasil tangkapan ikan di jeti-jeti yang diwartakan LKIM. Manakala, bagi pemberian bantuan input touch point oleh Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang pula, peruntukan ini diagihkan dalam bentuk peralatan kepada nelayan yang layak dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan isi rumah nelayan.

(c) Jenis bantuan/ insentif adalah berbeza mengikut kepada jenis bantuan. Secara amnya, seseorang petani perlulah memenuhi kriteria tersebut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Pengusaha sedia ada dan baru;

(iii) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa tanah;

(iv) Keluasan tanah yang akan diusahakan secara berkelompok tidak kurang daripada 2 hektar bagi kelompok sayur dan 5 hektar bagi kelompok buah;

(v) Telah menghadiri mana-mana kursus berkaitan;

(vi) Berpengalaman dan bersedia untuk mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB);

(vii) Pemohon yang belum pernah mendapat insentif bagi komoditi/lokasi yang sama;

(viii) Pemohon yang bersedia membiayai kos projek selain daripada sumbangan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang; dan

Page 224: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

224

(ix) Pemohon bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.

Manakala, bagi bantuan daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, syarat-syarat asas adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berlesen;

(iii) Melaksanakan aktiviti berkaitan perikanan; dan

(iv) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.

Bagi bantuan daripada LKIM seperti insentif hasil tangkapan ikan, skim subsidi minyak petrol dan diesel, secara asasnya nelayan perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Memiliki lesen yang sah; dan

(iii) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh LKIM.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Status Program Malaysia/Penang As My Second Home.

(a) Sejauh manakah pencapaian/kejayaan perlaksanaan Malaysia/Penang As My Second Home sejak ianya diperkenalkan di Pulau Pinang?

(b) Apakah kategori bagi melayakkan pemohon membuat permohonan dalam program ini?

(c) Nyatakan jumlah pembeli dan status kewarganegaraan mereka. Sila perincikan jumlah, jenis dan harga kediaman/hartanah yang dimiliki.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Program Malaysia My Second Home adalah satu (1) program di bawah Kerajaan Pusat. Bagi tempoh tahun 2002 hingga November 2018, sebanyak 42,271 permohonan telah diluluskan di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) yang melibatkan penyertaan dari 131 buah negara. Program MM2H telah menyumbang sebanyak RM17.49 bilion kepada ekonomi negara dari tahun 2007 hingga November 2018 yang merangkumi bayaran fi visa, simpanan tetap, perolehan hartanah, perbelanjaan isi rumah dan pembelian kenderaan. Bagi pencapaian pelaksanaan MM2H di Pulau Pinang, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tidak menyediakan data khusus berkaitan jenis hartanah dan warganegara peserta MM2H yang menetap di Pulau Pinang.

(b) Kategori kelayakan pemohon terbahagi kepada dua (2) iaitu umur di bawah 50 tahun dan umur melebihi 50 tahun. Pemohon berumur di bawah 50 tahun hendaklah mempunyai pendapatan luar negara sekurang-kurangnya

Page 225: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

225

bersamaan dengan RM10,000.00 sebulan dan aset cair RM500,000.00. Manakala pemohon berumur melebihi 50 tahun hendaklah mempunyai pendapatan luar negara sekurang-kurangnya bersamaan dengan RM10,000.00 sebulan dan aset cair sebanyak RM350,000.00. Kriteria-kriteria lain yang perlu dipenuhi bagi kedua-dua kategori adalah sijil kelakuan baik, fi visa-pas lawatan sosial (jangka panjang dan multiple entry visa), bon jaminan, insurans kesihatan, sihat tubuh badan dan membuat endosmen dalam masa enam (6) bulan selepas mendapat surat kelulusan bersyarat.

(c) Bagi tempoh 2007 hingga November 2018, jumlah pembelian hartanah oleh peserta MM2H yang direkodkan adalah sebanyak 4,875 unit dengan jumlah nilai perolehan RM5.54 billion. Perincian jenis kediaman, jumlah unit kediaman, harga purata seunit dan jumlah nilai perolehan adalah seperti jadual berikut:

Pecahan pembelian hartanah oleh peserta MM2H mengikut kewarganegaraan adalah seperti jadual berikut:

Bil. Warganegara Jumlah Unit Kediaman

1. China 1,924

2. United Kingdom 365

3. Bangladesh 268

4. Iran 218

5. Japan 214

6. Pakistan 194

7. Singapura 185

8. Australia 152

9. Republic of Korea 131

10. USA 116

11. Lain-lain 1,108

Bagi negeri Pulau Pinang, rekod MM2H hanya mempunyai jumlah pembelian hartanah di Pulau Pinang iaitu sebanyak 610 hartanah bagi tempoh tahun 2007 hingga November 2018.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Status indeks rasuah di Pulau Pinang.

(a) Adakah indeks rasuah di Pulau Pinang menurun sejak Kerajaan Negeri memperkenalkan "Cekap, Akauntabiliti dan Telus' CAT?

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti rasuah tidak berleluasa dan dapat dikawal?

Bil. Jenis Kediaman Jumlah Unit Kediaman

Harga Purata Seunit (RM)

Jumlah Nilai Perolehan (RM)

1. Kondominium 2,630 1.127 juta 2.966 bilion

2. Apartmen 1,276 1.004 juta 1.282 bilion

3. Rumah Banglo 633 1.505 juta 953 juta

4. Rumah Teres 336 1 juta 336 juta

Jumlah 4,875 - 5.54 bilion

Page 226: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

226

(c) Sila perincikan status kes rasuah yang disiasat dan dibuktikan kesalahan dalam tempoh 10 tahun ke belakang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Setakat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada menjalankan kajian dan mengeluarkan indeks berhubung dengan tahap rasuah di negeri-negeri. Pihak SPRM hanya melaksanakan Public Sector Corruption Ranking (PSCR) bagi menentukan kedudukan dan tahap rasuah melibatkan kementerian sahaja.

(b) Bagi memastikan aktiviti rasuah tidak berleluasa dan dapat dikawal, Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkara seperti berikut:-

(i) Memperkenalkan dan menetapkan pemakaian Polisi Anti Rasuah Negeri Pulau Pinang di semua jabatan dan agensi Negeri;

(ii) Melaksanakan Persijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001:2016 (AMBS) di peringkat jabatan dan agensi;

(iii) Merancang dan melaksanakan program-program pengukuhan governance, integriti dan anti rasuah kepada penjawat awam oleh Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP);

(iv) Menggalakkan jabatan/agensi Negeri membuat kutipan hasil melalui atas talian (online) bagi mengelakkan ketirisan;

(v) Memberi ganjaran RM10,000.00 kepada mana-mana penjawat awam yang melaporkan gejala rasuah kepada pihak penguatkuasa;

(vi) Sentiasa membuat hebahan info berkaitan governance, integriti dan anti rasuah di dalam media sosial dari masa ke masa;

(vii) Melaksanakan dasar perolehan tender terbuka bagi menggalakkan persaingan sihat dan telus;

(viii) Mewajibkan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah di peringkat Jabatan/ Agensi Negeri; dan

(ix) Mewajibkan semua ahli EXCO Negeri mengisytiharkan harta masing-masing.

(c) Status kes rasuah yang disiasat dan dibuktikan kesalahan dalam tempoh 10 tahun ke belakang adalah seperti berikut:

2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 JUMLAH

KES YANG DITERIMA

694 731 763 676 360 325 282 322 402 375 4930

BIL KES DISIASAT

158 192 147 135 96 95 75 84 136 132 1250

BIL KES SABITAN

5 21 17 10 10 8 9 6 17 21 124

Page 227: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

227

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kampung warisan dan permainan tradisional.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengekalkan kampung tradisional sebagai warisan sejarah? Sila senaraikan kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai kampung tradisional mengikut KADUN.

(b) Sejauh manakah Kerajaan Negeri berusaha untuk mengekalkan keunikan warisan permainan tradisional sebagai daya tarikan pelancong ke Pulau Pinang? Sila perincikan jenis permainan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Usaha Kerajaan Negeri dalam mengekalkan kampung tradisional sebagai warisan sejarah adalah seperti berikut:

(i) Menerima pakai Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF) Desa Negara 2030 yang mengandungi dasar dan langkah pembangunan dan pemuliharaan desa serta kampung;

(ii) Menggunakan DPF Desa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengkategorikan 631 buah kampung di Pulau Pinang di bawah kategori Kampung Tradisional, Kampung Nelayan, Kampung Tersusun, Kampung Atas Air, Kampung Baru dan Petempatan Estet;

(iii) Menjalankan Kajian Persempadanan Kampung 2019 untuk mengemaskini persempadanan sedia ada yang mengalami perubahan setiap tahun;

(iv) Bekerjasama dengan PLANMalaysia dalam menjalankan Kajian Kampung Warisan Negeri Pulau Pinang 2019 bagi mengenal pasti Kampung Warisan daripada 631 kampung yang telah dikategorikan berdasarkan DPF Desa Negara 2030; dan

(v) Merangka dasar dan langkah dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 berkenaan kampung iaitu Dasar Khusus 2 (DK 6.2) Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Kampung. Di bawah dasar ini, terdapat 3 dasar khusus dan 10 langkah pelaksanaan termasuk Kampung Bercirikan Warisan.

Jumlah kampung tradisional mengikut KADUN adalah seperti berikut:

KADUN Jumlah Kampung

Tradisional

N.01 Penaga 42

N.02 Bertam 34

N.03 Pinang Tunggal 34

N.04 Permatang Berangan 42

N.05 Sungai Dua 43

Page 228: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

228

N.06 Telok Ayer Tawar 17

N.07 Sungai Puyu 1

N.08 Bagan Jermal 3

N.09 Bagan Dalam 1

N.10 Seberang Jaya 16

N.11 Permatang Pasir 27

N.12 Penanti 31

N.13 Berapit 8

N.14 Machang Bubuk 26

N.15 Padang Lalang 8

N.16 Perai 0

N.17 Bukit Tengah 19

N.18 Bukit Tambun 24

N.19 Jawi 17

N.20 Sungai Bakap 34

N.21 Sungai Acheh 29

N.22 Tanjong Bunga 5

N.23 Air Putih 4

N.24 Kebun Bunga 1

N.25 Pulau Tikus 4

N.26 Padang Kota 0

N.27 Pengkalan Kota 0

N.28 Komtar 0

N.29 Datok Keramat 8

N.30 Sungai Pinang 6

N.31 Batu Lancang 1

N.32 Seri Delima 0

N.33 Air Itam 5

N.34 Paya Terubong 4

N.35 Batu Uban 4

N.36 Pantai Jerejak 0

N.37 Batu Maung 10

N.38 Bayan Lepas 13

Page 229: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

229

N.39 Pulau Betong 20

N.40 Telok Bahang 9

(b) Bagi mengekalkan keunikan warisan permainan tradisional sebagai daya tarikan pelancong ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri mempromosikannya dalam program dan aktiviti pelancongan serta warisan. Antara program bercirikan permainan tradisional adalah Perayaan Warisan George Town pada tahun 2016 dengan tema ‘Mai Main’ di mana permainan dan sukan tradisi diketengahkan kepada pelancong dan penduduk tempatan. Melalui bengkel interaktif di festival jalanan, permainan Pulau Pinang seperti gasing, guli, congkak, sepak raga, baling selipar dan banyak lagi telah dipamerkan. Penginapan Homestay di Pulau Pinang juga memberikan peluang kepada pelancong untuk mengenali dan mempelajari permainan tradisional daripada penduduk tempatan. Selain itu, permainan tradisional juga dipamerkan pada setiap hari Ahad di Lebuh Pantai melalui program Occupy Beach Street. Perincian permainan tradisional adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 5)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Pencahayaan/lampu jalan kampung (LJK):

(a) Mohon senaraikan jumlah permohonan LJK dalam KADUN Permatang Berangan yang dibuat sejak 2013. Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan, telah dipasang dan masih belum disempurnakan? Berapakah pula permohonan yang ditolak dan apakah alasannya?

(b) Apakah syarat-syarat yang dikenakan untuk memasang LJK di kawasan yang tidak bertiang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. (a) Jumlah permohonan Lampu Jalan Kampung (LJK) dalam KADUN Permatang Berangan sejak tahun 2013 sehingga tahun 2018 adalah sebanyak 65 permohonan. Senarai permohonan adalah seperti di Lampiran A.

Berdasarkan jumlah permohonan tersebut, sebanyak 61 permohonan telah diluluskan, 49 LJK telah dipasang manakala 12 LJK belum dipasang. Perincian mengenai permohonan LJK KADUN Permatang Berangan adalah seperti di Lampiran B.

Sebanyak empat (4) permohonan telah ditolak dengan alasan berikut :

(i) Tidak mengikut garis panduan Majlis Perbandaran seberang Perai (MPSP) iaitu pemasangan lampu jalan yang dipohon perlu dipasang secara berselang-seli.

(ii) Tiada laluan jentera Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemasangan dan penyelenggaraan.

(iii) Tiada kabel lampu jalan di bawah akaun MPSP di kawasan yang dimohon.

Page 230: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

230

(b) Syarat-syarat yang dikenakan untuk memasang LJK di kawasan yang tidak bertiang ialah pemohon perlu mendapatkan persetujuan pembiayaan pemasangan tiang dan kabel lampu jalan melalui Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 6)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Dewan Orang Ramai (DOR).

(a) Berapakah jumlah DOR yang terdapat di Pulau Pinang? Sila perincikan maklumat mengikut KADUN.

(b) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina lebih banyak DOR bagi kegunaan awam? Apakah terdapat perancangan pembinaan DOR dalam KADUN Permatang Berangan?

(c) Apakah syarat-syarat untuk meluluskan pembinaan DOR di setiap kawasan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Jumlah keseluruhan dewan orang ramai yang terdapat di Pulau Pinang adalah sebanyak 266. Senarai lengkap dewan mengikut KADUN adalah seperti Lampiran A.

(b) Cadangan bagi membina lebih banyak dewan orang ramai adalah berdasarkan keperluan atau permohonan. Kerajaan Negeri akan membuat pertimbangan sekiranya terdapat keperluan bagi permohonan yang dikemukakan sebelum melaksanakan pembinaan dewan yang baharu. Tiada perancangan untuk membina dewan orang ramai di KADUN Permatang Berangan setakat ini.

(c) Syarat-syarat asas kelulusan pembinaan dewan orang ramai adalah seperti berikut:

(i) Dibina di atas tapak milik kerajaan;

(ii) Tiada dewan sedia ada;

(iii) Telah wujud Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut; dan

(iv) Terdapat jumlah penduduk yang tinggi dan keperluan untuk menjalankan aktiviti/program kemasyarakatan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 7)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sistem siren amaran awal bencana/kecemasan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan sistem siren sebagai amaran awal bencana alam seperti ribut/ombak besar, tsunami dan belalai air? Jika ada, di manakah sistem siren ini ditempatkan dan senaraikan jumlah dan lokasinya?

Page 231: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

231

(b) Apakah kaedah lain yang digunakan untuk memberi amaran kecemasan dengan lebih efektif?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Kerajaan Negeri ada menyediakan sistem siren tsunami yang dipasang di persisiran pantai untuk menghebahkan maklumat waspada / nasihat dan amaran awal tsunami kepada orang awam yang terdedah kepada bahaya tsunami. Pada masa kini, terdapat sebanyak 12 siren tsunami telah pun dipasang di kawasan pantai yang berisiko berlaku tsunami di Pulau Pinang dan kawasan-kawasan tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Pasir Panjang;

(ii) Sungai Burung;

(iii) Sungai Pinang;

(iv) Padang Kota;

(v) Persiaran Gurney;

(vi) Tanjung Tokong;

(vii) Tanjung Bungah;

(viii) Pantai Miami;

(ix) Batu Ferringhi;

(x) Teluk Bahang;

(xi) Kuala Muda;

(xii) Bagan Belat.

(b) Kaedah lain yang digunakan untuk memberi amaran kecemasan dengan lebih efektif melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) kepada orang awam adalah melalui laman web: www.met.gov.my, siaran televisyen (TV), Crawler TV, media massa, media sosial (facebook:malaysiamet, twitter:@malaysianmet dan Whatsapp) dan Hotline di talian 1 300 22 1MET(1638).

Di samping itu, MMD juga telah melancarkan aplikasi myCuaca yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi yang terkini; amaran cuaca buruk dan laut bergelora serta amaran awal tsunami untuk diakses pada setiap masa oleh orang ramai sejak tahun 2015 dan telah ditambah baik ke versi 2.0 pada tahun 2017.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Mekanisme hasil maksima tanaman padi.

(a) Sejauh manakah Kerajaan Negeri mengambil berat tentang hasil tanaman padi yang diusahakan oleh pesawah di Pulau Pinang?

Page 232: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

232

(b) Apakah mekanisme yang dilakukan untuk memaksimakan hasil tanaman padi setiap tahun?

(c) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan insentif/bantuan kepada pengusaha-pengusaha tanaman padi yang kerugian akibat serangan penyakit/haiwan perosak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai hasil tanaman padi yang diusahakan di negeri ini. Buktinya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM500,000.00 bagi Pembangunan Industri Tanaman Padi agar produktiviti padi boleh dipertingkatkan daripada 5.8 metrik tan kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua (2) tahun daripada sekarang. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga secara konsisten tidak menyokong sebarang usaha pembangunan di tanah padi.

(b) Dalam memaksimakan hasil tanaman padi, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan Program Sawah Gemilang melibatkan 50 hektar kawasan padi yang dikenal pasti di empat (4) daerah iaitu Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS) dan Barat Daya (BD). Melalui program ini, kawasan sawah padi yang terlibat akan diberi insentif pakej teknologi pertanian dalam bentuk program pemulihan tanah dan input pertanian lain bagi meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran padi. Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga mempergiatkan program-program sedia ada seperti Pembangunan Khidmat Pengembangan Pertanian (Pembangunan Modal Insan) dan Pembangunan Kelompok.

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga bekerjasama rapat dengan agensi Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Pulau Pinang dalam melatih petani yang mahir di Farmers Field School bertempat di Kompleks Pertanian Bumbung Lima, Kepala Batas. Selain daripada aspek latihan petani, Kerajaan Negeri melalui IADA turut melaksanakan program mengatasi masalah tanah jerlus di jelapang padi, program kawalan rumpai dan padi angin, program pengukuhan projek estet padi secara berpusat dan program penggunaan mekanisasi serta automasi.

(c) Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan insentif atau bantuan khusus kepada para pesawah yang terlibat dengan serangan penyakit atau haiwan perosak. Walau bagaimanapun, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sentiasa memberikan didikan dan penerangan kepada petani agar mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dan manual tanaman (rice check) yang disyorkan melalui kempen-kempen yang dijalankan. Antara kempen yang telah dijalankan ialah Kempen dan Gotong-royong Kawalan Tikus, Kempen Kawalan Penyakit Bacterial Leaf Blight (BLB), Kempen Kawalan Penyakit Bacterial Panicle Blight(BPB), Kempen Pengurusan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) dan sebagainya. Jabatan juga sentiasa bersedia dan terbuka untuk memberikan bantuan kepakaran kepada pengusaha tanaman padi yang terjejas akibat serangan penyakit atau haiwan perosak.

Page 233: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

233

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Statistik saman PBT & jumlah kutipan denda.

(a) Sila nyatakan statistik jenis dan bilangan saman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang direkodkan oleh MPSP & MBPP setiap tahun sejak 2008 hingga kini.

(b) Berapakah jumlah kutipan denda terkini yang dibayar dan berapakah yang masih belum dijelaskan? Ke manakah hasil ini dibelanjakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Statistik jenis dan bilangan saman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang direkodkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) & Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) setiap tahun sejak tahun 2008 hingga kini adalah seperti di Lampiran A (MBPP) dan Lampiran B (MPSP).

(b) Kutipan denda terkini yang dibayar sejak tahun 2008 hingga 31 Mac 2019 adalah berjumlah RM48,873,762.22 manakala denda yang belum dijelaskan adalah berjumlah RM52,890,601.95.

(c) Hasil kutipan tersebut akan dibelanjakan seperti berikut:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Hasil denda adalah dimasukkan di dalam kumpulan wang MBPP dan dibelanjakan dengan sewajarnya mengikut justifikasi di bawah bidang kuasa MBPP, antaranya:-

(i) Pembangunan dan menaik taraf;

(ii) Perkhidmatan dan bekalan yang melibatkan hal-hal penyelenggaraan jalan raya, bangunan, pembersihan, landskap, pasar, kompleks dan lain-lain; dan

(iii) Kemudahan kemasyarakatan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP)

Semua kutipan ini dimasukkan sebagai hasil MPSP dan dibelanjakan untuk mengurus dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai, membayar gaji kakitangan Majlis, melaksanakan kerja-kerja menyelenggara pasar, kompleks makanan dan dewan, menurap tempat letak kereta, melaksanakan kerja-kerja pembersihan, melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kemudahan awam, melaksanakan kerja-kerja kawalan vektor dan lain-lain kos yang berkaitan.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 10)

Page 234: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

234

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kutipan caj beg plastik.

(a) Sila perincikan senarai nama dan jumlah kedai, pasar mini, pasar raya dan pasar besar di Pulau Pinang yang mengenakan kutipan caj 20 sen untuk setiap beg plastik.

(b) Berapakah kutipan tahunan yang diperolehi sejak kempen ini dilancarkan hingga kini?

(c) Sejauh manakah kempen ini berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma (No Free Plastic Bag Day) masih berkuatkuasa sehingga kini dan diselaraskan sebagai sebahagian dari Kempen Tak Nak Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic). Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang (Plastic Bag 1.0) telah dilaksanakan selama lapan (8) tahun dari 2009 hingga 2016 melalui penyertaan secara sukarela (voluntary basis) oleh premis-premis perniagaan. Pada tahun 2017, semakan semula telah dilakukan untuk memastikan kempen ini terus berdaya saing bagi mencapai matlamat utamanya iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik demi kepentingan alam sekitar. Justeru itu, Garis Panduan Baharu bagi Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang 2.0 (Plastic Bag 2.0) telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2017. Premis perniagaan yang wajib berdaftar dengan pelaksanaan Plastic Bag 2.0 adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis perniagaan baharu yang akan mula beroperasi dalam kategori berikut:-

(i) Pasaraya Hyper (Hypermarket);

(ii) Pasaraya Besar (Supermarket);

(iii) Pasaraya Serbaneka (Departmental store);

(iv) Kedai Serbaneka (Convenient store);

(v) Restoran Makanan Segera (Fast Food Restaurant);

(vi) Kedai Serbaneka Stesen Minyak (Petrol Station Convenient Store);

(vii) Kedai Rangkaian (Chain Store); Farmasi (Pharmacy);

(viii) Farmasi (Pharmacy); dan

(ix) Lain-lain premis perniagaan berkaitan yang akan dimasukkan ke dalam senarai ini pada masa akan datang (Others).

Nota : Pasar awam dan penjaja adalah dikecualikan.

Page 235: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

235

Sebanyak 961 premis perniagaan di Pulau Pinang telah berdaftar dengan kempen Plastic Bag 2.0 sehingga 31 Mac 2019. Senarai premis perniagaan yang berdaftar dengan Plastic Bag 2.0 mengikut kategori jenis perniagaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah kutipan yang diperolehi sejak kempen dilancarkan dari tahun 2009 sehingga 31 Disember 2018 adalah sebanyak RM8.7 juta dengan perincian mengikut tahun seperti di Lampiran B.

(c) Kerajaan Negeri telah melaksanakan “Kaji Selidik Persepsi Awam Terhadap Pelaksanaan Polisi Hari Tanpa Beg Plastik Percuma di Negeri Pulau Pinang” dari 13 November hingga 22 Disember 2017 melibatkan seramai 2,582 reponden. Dua penemuan penting yang diperolehi dari kajian ini adalah seperti berikut:-

(i) 100% daripada responden sedar (aware) dan faham dengan pelaksanaan polisi Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Di Negeri Pulau Pinang; dan

(ii) 65% daripada responden menyokong pelaksanaan polisi Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Di Negeri Pulau Pinang dengan membawa beg sendiri (shopping bag) semasa membeli belah.

Justeru itu, secara amnya, pelaksanaan Plastic Bag 2.0 telah berjaya mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Pulau Pinang untuk mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 11)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Status Rancangan Struktur Negeri (RSN).

(a) Sila jelaskan perkembangan terkini status pembangunan yang melibatkan tanah pertanian seperti yang dicadangkan dalam RSN.

(b) Mohon nyatakan secara terperinci lokasi pertanian yang terlibat dalam kawasan Tasek Gelugor.

(c) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan kedudukan tanah pertanian dapat dikekalkan dan tidak perlu dibangunkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) yang disediakan telahpun menyatakan di bawah Teras 3, Dasar Perancangan Utama (DPU) 3.3, Dasar Strategik Pelaksanaan (DSP) 3.2.5 iaitu menggalakkan pembangunan pertanian (tanaman, penternakan dan akuakultur) secara komersial dan terancang dengan Amalan Teknologi Tinggi.

Justeru, Kerajaan Negeri masih mengekalkan dan memelihara kawasan pertanian utama negeri Pulau Pinang sebagai usaha mendokong Dasar Keselamatan Makanan Negara. Dalam pada itu, kawasan tanaman utama buah-buahan tempatan terutamanya dusun durian/buah-buahan masih

Page 236: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

236

dikekalkan sebagai kawasan pengeluaran dan produk pelancongan. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menggalakkan pembangunan tanah terbiar/usang untuk melaksanakan aktiviti pertanian yang sesuai termasuk urban farming yang meliputi rooftop garden dan vertical garden.

Kerajaan Negeri juga masih memelihara kawasan-kawasan yang penting sebagai sumber perikanan dan zon penangkapan ikan. Bagi menggalakkan aktiviti penternakan secara komersial dan terancang Kerajaan Negeri menggalakkan pengusaha untuk mengamalkan teknologi tinggi dan moden bagi meningkatkan sumber bekalan makanan. Sementara itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan pembangunan pusat sembelihan yang bersih, sistematik dan tidak mencemarkan alam sekitar.

(b) Lokasi pertanian yang terlibat di kawasan Tasek Gelugor dan yang tersenarai dalam Draf RSNPP 2030 adalah kawasan pertanian Ara Kuda yang mana telah dizonkan sebagai Kawasan Keutamaan Pembangunan (KKP2). Kawasan ini merupakan tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang telah dipajak oleh Jabatan Pertanian Negeri.

Kawasan ini merupakan kawasan yang komited dan berpotensi untuk dibangunkan pada masa hadapan namun masih tertakluk kepada jenis-jenis pembangunan yang ditetapkan dalam Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan pelan pembangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Antara pembangunan yang boleh dipertimbangkan di kawasan ini adalah Agro-Pelancongan atau pelancongan tani yang merupakan aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan.

(c) Kerajaan Negeri sememangnya berusaha untuk menjaga dan mengekalkan kedudukan tanah pertanian di negeri Pulau Pinang. Perkara ini diperlihatkan melalui penyediaan Draf RSNP 2030 yang mana telah membahagikan dua (2) kumpulan guna tanah iaitu Kawasan Keutamaan Pembangunan (KKP) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang terdiri daripada kawasan pertanian, badan air dan hutan termasuk hutan simpan kekal.

Bagi tanah pertanian, ia merangkumi kawasan yang diliputi oleh perkampungan, tanaman komoditi, jelapang padi, perladangan, penternakan dan akuakultur termasuk infrastruktur yang menyokong aktiviti tersebut. Sementara itu, bagi kawasan jelapang padi, ia merujuk kepada kawasan pengairan yang diwartakan dan merupakan KSAS Sokongan Hidup. Berdasarkan kepada perkara ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan kawasan jelapang padi sebagai sumber sara hidup untuk rakyat dan sebagai salah satu sumber ekonomi kepada negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan perancangan strategik pembangunan dan penggunaan tanah secara efisyen di samping mengawal guna tanah di kawasan sempadan Keutamaan Pembangunan dan Kawasan Pertanian/Jelapang Padi melalui Rancangan Tempatan.

Page 237: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

237

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Syarat-syarat RFP.

(a) Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri untuk syarikat-syarikat mengambil bahagian dalam Request For Proposal (RFP) dan apakah kaedah yang digunakan untuk mengawal RFP ini?

(b) Sila senaraikan projek pembangunan yang memerlukan pemilihan syarikat melalui saringan RFP.

(c) Nyatakan syarikat-syarikat yang terpilih untuk perlaksanaan projek-projek di atas.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. (a) Request For Proposal (RFP) merupakan satu kaedah perolehan terbuka yang menggalakkan syarikat untuk mengemukakan kertas cadangan dengan idea kreatif dan teknologi terkini bagi sesuatu projek pembangunan yang ditawarkan. Tiada syarat-syarat khusus untuk syarikat mengambil bahagian dalam RFP memandangkan syarat-syarat pelaksanaan RFP adalah berbeza mengikut skop, jenis dan saiz projek pembangunan masing-masing.

Walau bagaimanapun, secara asasnya Kerajaan Negeri menilai setiap kertas cadangan yang diterima melalui aspek berikut:

(i) Pendaftaran syarikat dengan MOF/ SSM/ CIDB dan sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(ii) Latar belakang syarikat;

(iii) Keupayaan korporat;

(iv) Keupayaan teknikal;

(v) Keupayaan kewangan;

(vi) Kebolehlaksanaan projek;

(vii) Komponen/ design pembangunan;

(viii) Anggaran kos/ Return of investment (ROI);

(ix) Strategi pemasaran dan pelancongan;

(x) Faedah yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri; dan

(xi) Kertas Cadangan yang memenuhi need of Statement Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan RFP adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perolehan kerajaan sepertimana perolehan sebutharga dan tender yang berkuatkuasa. Secara ringkasnya, proses penilaian RFP selepas pengiklanan RFP ditutup adalah seperti berikut:

(i) Pembukaan dokumen RFP oleh Jawatankuasa Pembuka Peti;

Page 238: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

238

(ii) Penilaian Teknikal & Kewangan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Kewangan; dan

(iii) Pertimbangan pembida berjaya oleh Lembaga Perolehan Agensi/ Negeri.

Surat Setuju Terima (SST) akan dikemukakan kepada pembida yang berjaya untuk mengikat syarikat dengan Kerajaan Negeri sebelum dokumen perjanjian ditandatangani bagi pelaksanaan sesuatu projek.

(b) dan (c) Kerajaan Negeri melalui jabatan/ agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan sebanyak 40 projek RFP seperti senarai di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 13)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Masalah pembiakan gagak, tikus dan lalat.

(a) Apakah tindakan yang diambil oleh PBT/Jabatan Kesihatan Negeri tentang masalah pembiakan gagak, tikus dan lalat di kawasan rekreasi dan pusat-pusat makanan bagi mengekang masalah kesihatan yang diakibatkan oleh haiwan tersebut?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus untuk menghapuskan haiwan ejen penyebar penyakit?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri memandang serius terhadap masalah pembiakan haiwan vektor pembawa penyakit seperti gagak, tikus dan lalat di kawasan rekreasi dan pusat-pusat makanan di Pulau Pinang.

(a) Tindakan-tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengawal masalah pembiakan gagak, tikus dan lalat adalah seperti berikut:-

(i) Masalah pembiakan gagak:

• Meracun;

• Memerangkap dengan menggunakan perangkap yang dibina khas;

• Menembak; dan

• Memusnahkan sarang gagak.

(ii) Masalah pembiakan tikus

• Menghapuskan sarang dan tempat perlindungan tikus;

• Mengumpan dengan menggunakan racun kimia;

Page 239: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

239

(iii) Masalah pembiakan lalat

• Peranan komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah-sarap secara tidak terkawal yang boleh menjadi tempat pembiakan lalat.

Di samping itu, tindakan lain yang diambil oleh PBT bagi mengawal pembiakan gagak, tikus dan lalat adalah seperti berikut:-

(i) Memberikan pendidikan kesihatan secara langsung kepada pemilik premis makanan, peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk supaya menguruskan sisa dengan lebih teratur;

(ii) Memeriksa tahap kebersihan di pasar awam, kompleks makanan serta premis makanan;

(iii) Mengeluarkan notis dan kompaun kepada pemilik premis yang tidak menyediakan/menguruskan tong sampah dengan sempurna dan tidak menjaga aspek kebersihan makanan serta persekitaran;

(iv) Membatalkan lesen dan mengambil tindakan mahkamah sekiranya kesalahan berulang; dan

(v) Menjalankan tindakan pembersihan dan pemungutan sampah secara berkala di kawasan rekreasi, taman permainan dan kawasan perumahan.

(b) Kebersihan alam sekitar (environmental sanitation) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah pengerumunan haiwan ejen penyebar penyakit seperti gagak, tikus dan lalat di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar. Perancangan PBT untuk menghapuskan haiwan ejen penyebar penyakit adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan program secara berkala dan berterusan bagi mengurangkan populasi gagak dengan menyasarkan kawasan-kawasan pendaratan dan persinggahan utama seperti taman-taman perumahan, kawasan-kawasan komersial dan perindustrian, kawasan persisiran pantai dan kawasan-kawasan berpokok yang sering dikunjungi oleh gagak termasuk kawasan-kawasan rekreasi dan tempat-tempat awam.

(ii) Mengawal dan mencegah infestasi tikus di tempat-tempat pengerumunan tinggi seperti di kawasan-kawasan komersial, taman-taman perumahan berdensiti tinggi, pasar awam, kompleks makanan dan tempat-tempat awam melalui program berkala dan berterusan. Strategi menggilirkan jenis racun tikus juga dirancang agar tindakan kawalan yang dijalankan lebih berkesan dan menyeluruh.

(iii) Memberi pendidikan kesihatan, khidmat nasihat berkaitan keselamatan makanan, edaran risalah/poster dan perbincangan kumpulan kecil kepada pengendali makanan semasa pemeriksaan premis dijalankan;

(iv) Menjalankan pemeriksaan dan pengreddan premis makanan secara berkala iaitu setiap enam (6) bulan sekali. Stiker penggredan bagi Gred

Page 240: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

240

A, B & C dilekatkan di premis-premis yang telah dilawati bagi makluman dan pengetahuan umum;

(v) Meningkatkan kebersihan pasar awam dan kompleks makanan milik PBT serta gerai melalui program penggredan di mana semua perlu mencapai gred A menjelang Mac 2020;

(vi) Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan Daerah dalam Ops Penang Sihat secara berkala;

(vii) Mengeluarkan notis/kompaun terhadap pemilik, pengendali makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan dan kesihatan.

(viii) Menjalankan kawalan lalat di punca disebabkan ternakan unggas dan khinzir. Kerajaan Negeri menjalankan program menaik taraf semua ladang khinzir dan unggas sedia ada kepada konsep ladang tertutup. Ladang khinzir menggunakan sistem ladang tertutup perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada Januari 2020 manakala bagi unggas pada 14 Ogos 2020.

(ix) Merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pemeriksaan susulan dan penutupan premis makanan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Gangguan kera dan ancaman babi hutan.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri/Jabatan Perhilitan dapat membantu untuk mengesan serta menangkap kera dan babi hutan yang mengganggu ketenteraman/keselamatan penduduk di KADUN Permatang Berangan?

(b) Apakah tindakan pantas yang sewajarnya dilakukan apabila penduduk mendepani masalah gangguan kera dan ancaman serangan babi hutan yang membahayakan mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang dari semasa ke semasa telah menjalankan pelbagai tindakan bagi mengatasi konflik antara manusia dan hidupan liar di seluruh Negeri di Pulau Pinang.

(a) Langkah-langkah yang telah diambil dalam mengesan serta menangkap hidupan liar khususnya kera dan babi hutan yang mengganggu ketenteraman adalah seperti berikut:-

(i) Pemasangan perangkap di lokasi konflik;

(ii) Menjalankan operasi basmi musuh tanaman bersama masyarakat setempat dan stakeholder;

(iii) Mengawal populasi konflik dengan memindahkan hidupan liar ke kawasan rizab;

Page 241: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

241

(iv) Menjalankan program kesedaran awam berkaitan konflik dan langkah pencegahannya; dan

(v) Kajian untuk memperkenalkan program baharu oleh pihak Jabatan iaitu cadangan Projek Percubaan bagi Kontrak Tangkapan Kera.

(b) Sekiranya berhadapan dengan masalah gangguan kera dan ancaman serangan babi hutan, penduduk dinasihatkan agar tidak melakukan provokasi kepada hidupan liar tersebut dan melaporkan dengan segera kepada pejabat Jabatan PERHILITAN yang terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Pertubuhan belia dan NGO.

(a) Sila senaraikan pertubuhan-pertubuhan belia/NGO berdaftar yang telah mendapat peruntukan kewangan/bantuan Kerajaan Negeri sejak 2013. Berapakah jumlah bantuan dan apakah aktiviti yang dijalankan?

(b) Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu belia dalam:

(i) meningkatkan keusahawanan dan ekonomi?

(ii) menangani masalah sosial dan meningkatkan jati diri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. (a) Pertubuhan-pertubuhan belia/ Non-governmental organizations (NGO) yang berdaftar dan mendapat sumbangan kewangan daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program / aktiviti adalah seperti Lampiran A.

(b) (i) Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan keusahawanan dan taraf ekonomi golongan belia adalah seperti berikut:

• Pembangunan usahawan teknopreneur tempatan melalui program perintis pemula niaga yang dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT). Program acelerator ini membantu golongan teknopreneur berpotensi dalam mentransformasi idea yang bernas kepada perniagaan atau start-up yang berjaya. Ini termasuklah akses kepada mentoring, dana dan latihan dalam software coding dan perancangan perniagaan;

• Pada awal tahun 2018, Kerajaan Negeri telah melancarkan Penang i4.0 Seed Fund dengan nilai USD1 juta (RM4 juta) untuk pembangunan projek-projek start-up yang berpotensi tinggi khasnya yang terlibat dalam industri digital. Geran ini dapat membantu golongan belia mengembangkan perniagaan di samping dapat menambahkan pendapatan mereka. Pada masa kini, sejumlah RM1.67 juta telah dianugerahkan kepada 16 syarikat start-up teknologi, kebanyakannya milik usahawan muda;

Page 242: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

242

• Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Dana yang diperuntukan adalah sebanyak RM11 Juta;

Dalam usaha membantu belia dalam meningkatkan keusahawanan dan ekonomi mereka, SPH telah memberi pinjaman kepada 1,959 belia iaitu 60% daripada peminjam sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka;

• Meningkatkan peluang pekerjaan bagi belia dan wanita melalui pelaburan baru dan pelaburan semula dan mempelbagaikan jenis pekerjaan daripada pembuatan/pelancongan kepada BPO/SSO/seni kreatif, multimedia, Information technology (IT) melalui pelaburan domestik dan luar negara;

• Menyediakan belia untuk pasaran tenaga kerja melalui biasiswa Penang Future Foundation bagi belia cemerlang untuk belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik, Perakaunan dan Kewangan serta meningkatkan kemahiran dalam bidang vokasional dan teknikal yang mempunyai permintaan tinggi seperti "Program Malaysian Meister"; dan

• Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta dalam "Program Malaysian Meister". Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat.

(ii) Kerajaan Negeri melalui jabatan, agensi, NGO telah melaksanakan dan menganjurkan pelbagai aktiviti/ program yang menyasarkan golongan belia bagi menangani masalah sosial dan meningkatkan jati diri. Antara aktiviti/ program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

• Sidang Muda Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan dan meningkatkan penyertaan belia dalam urus tadbir awam di Pulau Pinang dari segi kepimpinan dan perkongsian minda. Sebanyak lima (5) Bengkel Demokrat Muda telah dijalankan dan memberi latihan kepada 110 orang muda. Terdapat 28 peserta telah dipilih ke Sidang Muda, untuk membahas isu-isu belia juga memberi pandangan mereka dalam pembangunan negeri Pulau Pinang;

• Penganjuran Kejohanan Bola Keranjang dan Kejohanan Sepak Takraw dilaksanakan oleh Penang Youth Development Corporation (PYDC) bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara golongan muda di dua (2) kawasan (Pulau & Seberang Perai) dan peringkat negeri. Sebanyak 56 pasukan bola keranjang telah menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada bulan April hingga Jun 2017. Manakala bagi pertandingan sepak takraw pula, seramai 300 pemain sepak takraw yang

Page 243: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

243

berusia 15 tahun hingga 30 tahun telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala PYDC berkenaan;

• Pelaksanaan lawatan belia ke Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh PYDC dan mengaturkan sesi perjumpaan dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mendedahkan golongan belia dengan tadbir urus dan polisi kerajaan; dan

• Program Kepimpinan dan Temu Seru Pelajar untuk memberi pendedahan terhadap kesan jenayah di kalangan belia dan pelajar sukan. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar dan masyarakat agar menjauhi diri daripada perbuatan negatif dan pelajar juga diberi pendedahan tentang kerjaya badan beruniform seperti Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

RUJ. LAMPIRAN A (N0. 16)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. PWDC, Wanita & Keterangkuman Gender.

(a) Sila senaraikan bidang tugas dan aktiviti yang telah dijalankan oleh PWDC sejak ditubuhkan.

(b) Adakah aktiviti yang dilakukan PWDC menjadi teras MMK Wanita? Senaraikan aktiviti lain yang di bawah MMK Wanita.

(c) Apakah pencapaian yang diperolehi di bawah perancangan MMK Wanita & Keterangkuman Gender?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Antara bidang tugas dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Penang Women’s Development Corporation (PWDC) sejak mula ditubuhkan pada Januari 2012 adalah dengan menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik untuk merancang dan melaksanakan projek Gender Responsive and Participatory Budgeting (GPRB), meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu jantina, mewujudkan persekitaran yang membolehkan penyertaan ekonomi, dan membangunkan pemimpin dalam komuniti. PWDC juga menganjurkan langkah-langkah untuk mengurangkan jurang antara wanita dan lelaki dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Sehingga kini, sebanyak 518 program/projek/aktiviti berbentuk acara, latihan dan pembentangan kertas kerja telah dianjurkan oleh PWDC. Senarai program/aktiviti/projek yang telah dilaksanakan adalah seperti senarai di Lampiran A.

(b) Aktiviti yang dianjurkan oleh PWDC merupakan aktiviti teras Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Wanita dan Keluarga yang mendokong hasrat Kerajaan Negeri untuk mengarus perdanakan gender dalam dasar, program dan amalan yang dilaksanakan bagi mencapai kesaksamaan gender dan keadilan sosial di peringkat negeri. Aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan di bawah MMK Pembangunan Wanita dan Keluarga

Page 244: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

244

adalah dari segi penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, penyediaan pusat perkhidmatan wanita yang memberi kaunseling, sokongan dan perlindungan kepada wanita dan pelaksanaan program-program seperti di Lampiran B.

(c) Antara pencapaian MMK Pembangunan Wanita dan Keterangkuman Gender adalah seperti berikut:-

(i) MMK Pembangunan Wanita dan Keluarga

Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang telah diluluskan cadangan penubuhannya pada Disember 2018 di 40 KADUN negeri Pulau Pinang. Objektif penubuhan JPWK adalah untuk merancang dan melaksanakan program-program berteraskan pembangunan wanita dan keluarga, demi meningkatkan kesedaran dan memperkasakan wanita dan keluarga dalam pelbagai bidang seperti hak wanita, kesihatan, kekeluargaan, keibubapaan, pembangunan kanak-kanak, peluang menjana pendapatan dan lain-lain.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan semua jabatan/agensi kerajaan dan swasta di Pulau Pinang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Kerajaan Negeri telah menerima pakai Dasar dan Pelan Tindakan Penjagaan Kanak-Kanak mulai tahun 2013. Antara pencapaian utama dasar ini adalah tertubuhnya Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) D'Komtar khas untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di KOMTAR dan sekitarnya. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga turut membiayai dua buah Pusat Jagaan Kanak-Kanak (PJKK) yang terletak di daerah Timut Laut dan Seberang Perai Tengah yang mana ia memberi jagaan kanak-kanak kepada keluarga yang kurang berkemampuan termasuk ibu-ibu tunggal.

Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan proses pemutihan TASKA sebagai usaha untuk mendaftarkan semua TASKA dan PJKK di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, masalah utama yang dikenal pasti menjadi punca TASKA dan PJKK tidak berdaftar adalah disebabkan oleh kos permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada TASKA dan PJKK yang tinggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Justeru, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memberi diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bermula dari 15 September 2017 hingga 14 September 2018 untuk permohonan tukar guna tersebut bagi mereka yang tidak berlesen dan beroperasi sebelum 15 September 2017. Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama semua agensi juga sedang diambil bagi mana-mana TASKA dan PJKK yang masih beroperasi tanpa lesen selepas tamat pemberian diskaun 90% tersebut.

(ii) MMK Keterangkuman Gender

Pencapaian utama MMK Keterangkuman Gender pada masa ini adalah dengan adanya Dasar Keterangkuman Gender (DKG) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada Januari 2019 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2019. Tujuan utama DKG adalah untuk menyediakan kerangka yang jelas dan konsisten untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan semua wanita dan lelaki, kanak-

Page 245: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

245

kanak perempuan dan lelaki mempunyai peluang yang sama untuk melibatkan diri, menyumbang dan mendapat manfaat daripada projek-projek atau program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Selain itu, dengan dasar ini Kerajaan Negeri akan lebih komited untuk mengamalkan prinsip keterangkuman gender dan mengguna pakai GRPB dalam semua aspek tadbir urus, termasuk perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian projek/program oleh jabatan/agensi kerajaan. Dasar ini akan memastikan semua lelaki dan wanita diberikan peluang yang sama dalam peringkat pembuat keputusan dan pelaksanaan mengikut nisbah 40% lelaki, 40% wanita dan 20% terbuka kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang berkelayakan.

Kini, pihak PWDC dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan beberapa siri bengkel pembinaan kapasiti untuk setiap jabatan/agensi negeri. Ini termasuklah sesi pembinaan kapasiti GRPB, analisis gender, senarai semak gender dan pengumpulan data pecahan jantina yang akan diadakan pada bulan Mei 2019. Daripada bengkel tersebut setiap jabatan/agensi akan menghasilkan pelan tindakan masing-masing berdasarkan kepada bidang tugas utama mereka. Sesi maklum balas setiap suku tahunan akan juga diadakan bagi memantau perkembangan dan keberkesanan dasar ini untuk peringkat permulaan.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 17)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Penjagaan kebersihan parit/longkang dan saliran.

(a) Sila perincikan senarai jumlah parit/longkang dan saliran dalam kawasan Tasek Gelugor yang dikawal selia oleh MPSP/JPS mahupun PDTSPU.

(b) Nyatakan jadual kekerapan pembersihan/cucian yang dilakukan di kawasan berkenaan.

(c) Senaraikan kontraktor yang bertanggungjawab mewakili jabatan/agensi di atas bagi tujuan pembersihan parit/longkang dan saliran tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Jumlah parit/longkang dan saliran yang dikawal selia oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi kawasan Tasek Gelugor adalah seperti berikut:

Page 246: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

246

Bil. Jabatan Perkara Bilangan

1. MPSP i. Parit Jalan Negeri 67

ii. Parit/Longkang Taman Perumahan

496

iii. Parit Monsun 21

2. JPS i. Parit longkang dan saliran 128

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) tidak menyelenggara parit/saliran/longkang kerana PDTSPU bukanlah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk penyelenggaraannya. Walau bagaimanapun, PDTSPU ada melaksanakan kerja-kerja menaik taraf atau membina baharu longkang di kawasan kampung.

(b) Jadual kekerapan kerja-kerja pembersihan di bawah MPSP adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Parit Kekerapan

i. Parit Jalan Negeri Sebulan 1 kali

ii. Parit/Longkang Taman Perumahan Seminggu 1 kali

iii. Parit Monsun 2 bulan sekali

Bagi JPS pula, kekerapan kerja-kerja pembersihan adalah 4 kali setahun.

(c) MPSP telah melantik Syarikat Maju Jaya Utama untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan bagi semua parit jalan negeri dan parit/longkang taman perumahan. Manakala bagi parit monsun, MPSP telah melantik kontraktor Awal Indah Enterprise.

Bagi JPS, sebanyak empat (4) kontraktor telah dilantik untuk kerja-kerja pembersihan parit longkang dan saliran seperti berikut:-

(i) Diasa Enterprise;

(ii) Kejuruteraan Gemilang Suria;

(iii) Vision Tower Enterprise; dan

(iv) Star Fortune Global.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kemudahan parkir kenderaan kepada pengguna KTM Tasek Gelugor.

(a) Adakah Kerajaan Negeri telah melakukan pemantauan status kesesakan yang berlaku di kawasan KTM Tasek Gelugor akibat kekangan kawasan parkir kenderaan milik pengguna perkhidmatan keretapi?

Page 247: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

247

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu untuk mengatasi masalah kebanjiran kenderaan yang menyebabkan kesesakan di kawasan sekitarnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya memantau status kesesakan yang dilaporkan di kawasan KTM Tasek Gelugor akibat kekurangan kawasan meletak kenderaan kepada pengguna. Punca berlaku kesesakan adalah disebabkan oleh permintaan tempat meletak kereta yang terlalu tinggi. Keadaan ini mengakibatkan pengguna memakir kenderaan di kiri dan kanan laluan masuk KTM Tasek Gelugor dan di bawah jejambat Jalan Tasek Gelugor dan seterusnya menyebabkan jalan menjadi sempit.

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri dan MPSP telah mengadakan lawatan tapak bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bagi menyelesaikan perkara ini. RAC sedang merangka untuk melaksanakan satu Kajian Kebolehlaksanaan terhadap penambahan kawasan parkir di kawasan KTM Tasek Gelugor dan seterusnya akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk penelitian lanjut. Sekiranya kajian tersebut boleh dilaksanakan, ia dijangka akan bermula pada suku keempat tahun 2020 untuk disiapkan. Selain itu, para pengguna jalan raya juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Rapid Penang iaitu di laluan 602 dan 610 untuk ke KTM Tasek Gelugor supaya masalah ini dapat diatasi.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Hasil pendapatan MAINPP & tanah wakaf.

(a) Nyatakan hasil pendapatan MAINPP daripada kutipan sewa bangunan/tanah dari tahun 2013-2018 dan ke manakah hasil ini dibelanjakan?

(b) Sila jelaskan: Adakah MAINPP membeli serta meluaskan tanah-tanah wakaf atau sekadar menunggu pihak-pihak mewakafkan tanah / bangunan?

(c) Jika ada, senaraikan tanah/bangunan yang dibeli dalam tempoh 2013-2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Hasil pendapatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui hasil sewa aset wakaf (bangunan dan tanah) dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:-

TAHUN JUMLAH (RM)

2013 2,240,937.00

2014 2,991,553.75

2015 3,542,339.19

2016 2,644,493.00

2017 3,083,204.17

2018 3,368,290.62

Page 248: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

248

Perbelanjaan dari pendapatan hasil sewa aset wakaf (bangunan dan tanah) MAINPP adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2009 bertarikh 22 Oktober 2009 yang memutuskan bahawa hasil tersebut hendaklah diagihkan mengikut pecahan seperti berikut:-

(i) 20% bagi perbelanjaan pengurusan sebagai upah kepada Mutawalli (Pemegang Amanah);

(ii) 40% bagi perbelanjaan pelaksanaan amanah wakaf;

(iii) 20% bagi perbelanjaan pengurusan & penyelenggaraan aset wakaf; dan

(iv) 20% diperuntukan sebagai rezab pembangunan masa depan.

(b) MAINPP mengamalkan beberapa kaedah untuk memperolehi tanah bagi tujuan wakaf. Antaranya melalui proses permohonan pemberi milikan tanah kerajaan, melalui serahan pihak pemaju dan melalui permohonan mewakafkan tanah daripada individu. Di samping itu, sekiranya terdapat keperluan bagi pembinaan masjid/surau, sekolah agama atau tapak perkuburan, MAINPP akan memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan proses pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Selain itu, MAINPP turut mendapatkan tanah bagi tujuan wakaf melalui pembelian atau melalui proses istibdal (ganti tanah) tanah wakaf.

(c) Bilangan tanah yang dibeli oleh MAINPP bagi tujuan wakaf dari tahun 2013 hingga 2018 berjumlah tujuh (7) lot kesemuanya seperti yang disenaraikan dalam jadual berikut:-

BIL. NO. LOT DAERAH KELUASAN (Meter Persegi)

NILAI (RM) TAHUN TUJUAN

1. 253, Mk B DBD 12,140.569 1,600,000.00 2014 Madrasah Miftahul Irfan

2. 278, 374 & 375, Seksyen 15

DTL 1,190.924 1,300,000.00 2015 Madrasah Tarbiah Nurul Islam, Lorong Popus

3. 845, Mukim 18,

SPT 3,213.203 484,000.00 2015 Masjid Jamek Mengkuang

4. 1586, Sek. 3, Jelutong,

DTL 31.00 200,000.00 2016 Taman Seri Damai – Sebahagian pagar surau memasuki lot tanah milik individu

5. 1443, Mk. 9

SPS 3,128.22 215,761.15 2016 Wakaf Masjid Simpang Tiga, SPS

6. 10231, Mk. 4

SPS 685.00 212,000.00 2017 Wakaf Am

7. 10231, Mk. 4

SPS 685.00 212,000.00 2017 Wakaf Am

Page 249: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

249

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Status kapasiti penumpang/kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Jelaskan:

(a) Apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KIA), apakah kedudukan PIA berkaitan kapasiti penumpang/kargo?

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri berusaha untuk mengelakkan kemungkinan kehilangan pelabur sekiranya berlaku perpindahan kilang-kilang ke Kulim Hi-Tech Park apabila KIA siap kelak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA). Setakat ini, kapasiti penumpang LTAPP adalah 6.5 juta penumpang setahun manakala kapasiti kargo adalah 273,000 metrik tan setahun.

(a) Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua (2) juruperunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Berdasarkan kedua-dua laporan tersebut, pembinaan KXP akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya.

Kerajaan Negeri menjangkakan operasi kargo di LTAPP akan menurun disebabkan pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo sedia ada. KXP akan menjadi pesaing kepada LTAPP untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo di Koridor Utara. Bagi kapasiti penumpang, kedudukan LTAPP dijangka akan turut terjejas memandangkan jarak antara KXP dengan LTAPP adalah kira-kira 50km sahaja.

(b) Antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengelak kemungkinan kehilangan pelabur sekiranya berlaku perpindahan kilang-kilang ke Kulim Hi-Tech Park apabila KXP siap kelak adalah:

(i) Melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang Baru di kawasan utara bagi meneliti impak secara jelas kepada kedudukan LTAPP dan pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang;

(ii) Menambahbaik kemudahan jaringan jalan raya untuk ke LTAPP; dan

(iii) Mengadakan sesi libat urus dan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Penang, Frepenca, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan pihak-pihak

berkepentingan yang lain.

Page 250: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

250

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Indeks jenayah, narkotik dan kesalahan trafik.

(a) Nyatakan perincian indeks jenayah, narkotik dan kesalahan trafik yang berlaku dalam kawasan Tasek Gelugor khasnya di KADUN Permatang Berangan dalam tempoh dua (2) tahun ke belakang.

(b) Berapakah nisbah anggota polis dengan penduduk untuk Balai Polis Tasek Gelugor? Apakah tindakan untuk mengatasi kekurangan anggota?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Perincian indeks jenayah, narkotik dan kesalahan trafik yang berlaku dalam kawasan Tasek Gelugor khasnya di KADUN Permatang Berangan dalam tempoh dua (2) tahun adalah seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C.

(b) Jumlah terkini penduduk Tasek Gelugor ialah seramai 54,462 manakala jumlah Pegawai Polis Tasek Gelugor ialah 36 orang. Oleh itu, nisbah anggota polis Balai Polis Tasek Gelugor dengan penduduk Tasek Gelugor adalah 1:1513.

Pihak Polis Diraja Mlalaysia (PDRM) telah mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah kekurangan anggota seperti:

(i) Mengadakan pusingan kerja 3 syif;

(ii) Mendapatkan bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Ronda Bermotosikal (URB); dan

(iii) Mengkaji semula penstrukturan perjawatan bagi menambah bilangan anggota polis di bahagian / cawangan / balai yang memerlukan mengikut kadar jenayah indeks semasa kawasan tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (MO. 22)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Program Pembasmian Kemiskinan. Sila jelaskan dengan memperincikan.

(a) Sejauh manakah tahap keberkesanan Kerajaan Negeri dalam usaha pembasmian kemiskinan di setiap daerah?

(b) Bagaimanakah program Agenda Ekonomi Saksama (AES) membantu keluarga B40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan?

(c) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar?

Page 251: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

251

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Kerajaan telah menjalankan beberapa program kebajikan dalam usaha membasmi kemiskinan di setiap daerah sejak tahun 2008 hingga sekarang. Berikut adalah program-program kebajikan yang telah memberikan kesan positif kepada rakyat khususnya golongan miskin.

(i) Program Agenda Ekonomi Saksama

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu / keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220 ke bawah. Bantuan ini diberikan kepada golongan miskin yang berada di bandar ataupun luar bandar tanpa mengira kaum, jantina dan ideologi politik. Pelaksanaan program ini sejak Mac 2009 telah memanfaatkan ramai individu / keluarga berbilang bangsa dan setakat Mac 2019, seramai 699 orang telah menerima bantuan kewangan ini tidak termasuk senarai yang terkeluar seperti meninggal dunia, berpindah dari Pulau Pinang dan pendapatan perkapita mencapai RM220.00 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM31,996,636 meliputi semua daerah di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri juga telah berjaya mencapai miskin sifar sejak pelaksanaannya.

(ii) Program iSejahtera

Kerajaan Negeri juga melaksanakan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah, pelajar dan bayi yang merangkumi program-program berikut:-

(a) Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100.00 seorang.

(b) Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 dan 4, tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban ibu bapa;

(c) Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap kelahiran rakyat Negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-off; dan

(d) Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU bagi pengurusan jenazah.

(iii) Program Ekonomi Khas

Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi membantu

Page 252: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

252

peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang lebih besar. Setakat kini, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM1,653,138.83 kepada 738 orang rakyat miskin di semua daerah.

(iv) Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan diteruskan bagi mengurangkan kemiskinan melalui program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan miskin untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga kini, program ini telah memberikan manfaat kepada seramai 3,235 orang usahawan termasuk golongan B40.

(v) Tabung Usahawan Tani (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan miskin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan Program Usahawan Tani Muda sebanyak RM750,000.00 dan sehingga April 2019, sebanyak RM713,000.00 telah diagihkan kepada 131 orang belia yang terdiri daripada golongan B40 untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(vi) Penang Career Assistance And Talent Centre

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

(vii) Program Meister Malaysia

Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama

Page 253: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

253

bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut. Manakala bagi Program Meister Malaysia, Kerajaan Negeri telah membiayai 162 orang temasuk golongan B40 bagi meningkatkan bakat mereka dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0 ini.

(b) Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) merupakan program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu / keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita kurang dari RM220.00 termasuk keluarga B40 dan mematuhi beberapa syarat kelayakan yang lain. Oleh yang demikian, tidak semua keluarga B40 yang layak untuk menerima bantuan program AES ini.

Sehingga Mac 2019, Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah memberikan manfaat kepada seramai 699 orang penerima yang masih aktif tidak termasuk yang telah meninggal dunia, keluar negeri dan pendapatan per kapita telah mencapai RM220.00. Selain dari bantuan kewangan, program AES turut memperkenalkan beberapa syarat-syarat baru yang lebih ketat, antaranya ialah mensyaratkan anak-anak penerima bantuan wajib menghadiri persekolahan. Ini adalah supaya anak-anak golongan miskin tidak tercicir dari pelajaran dan membantu mereka sehingga ke tahap pendidikan yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri percaya melalui pendidikan yang komprehensif, anak-anak mendapat pekerjaan yang baik dan membantu meningkatkan pendapatan seisi rumah.

Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah memainkan peranan dengan memperakukan senarai nama anak-anak penerima bantuan yang mempunyai kelayakan pendidikan dan dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk pemadanan kerja. Selain itu, jawatankuasa ini turut menyerahkan senarai nama anak-anak penerima bantuan untuk menyertai Program Latihan dan Pengajian Vokasional iaitu Vocational Skills Employment Program (VSEP) dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC). Dalam program VSEP, pelajar diberikan biasiswa dan juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan keputusan peperiksaan bukanlah keutamaan.

(c) Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi pelaksana di bawah Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan lain-lain untuk meneliti dan menyelaras semua program-program pembasmian kemiskinan dan menggabungkan semua jawatankuasa kemiskinan di bawah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Usaha ini dilaksanakan bagi memudahkan urusan penyelarasan bantuan agar menepati kumpulan sasar baik di bandar mahupun luar bandar.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melakukan integrasi data AES ke dalam sistem eKasih bagi memastikan tidak berlakunya pertindihan

Page 254: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

254

bantuan antara agensi pelaksana yang terlibat serta mencari kaedah terbaik untuk pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Perlaksanaan Program i-SURI.

(a) Berdasarkan Program i-SURI yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap suri rumah tangga, sejauh manakah perlaksanaannya di Pulau Pinang?

(b) Apakah syarat-syarat yang melayakkan setiap suri rumah tangga menerima manfaat ini?

(c) Nyatakan jumlah pemohon yang telah berjaya menerima sumbangan daripada program ini mengikut kategori kaum dan umur.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Bagi Negeri Pulau Pinang, seramai 14,601 orang suri rumah telah disahkan layak menerima insentif di bawah Program Caruman Sukarela (iSURI). Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 3,884 (26.6%) suri rumah telah mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pulau Pinang. Antara langkah yang dilaksanakan oleh KWSP Pulau Pinang selaku agensi pelaksana ialah mengadakan program pendaftaran bergerak melibatkan mobile team KWSP dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan semua Pejabat Daerah dan Tanah. Bermula Januari hingga 12 April 2019, sebanyak 22 program pendaftaran iSURI telah dilaksanakan.

(b) Antara syarat-syarat yang melayakkan setiap suri rumah tangga menerima

manfaat ini adalah :-

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Belum mencapai umur 60 tahun;

(iii) Golongan suri rumah yang mendaftar dengan eKasih termasuk isteri Ketua Isi Rumah (KIR) atau KIR wanita berstatus balu, bujang atau telah bercerai; dan

(iv) Mencarum sekurang-kurangnya RM5.00 sebulan atau RM60.00

setahun dengan KWSP.

(c) Sehingga kini, data penerima sumbangan bagi Negeri Pulau Pinang mengikut kategori umur dan kaum tidak dapat diperolehi daripada KWSP dan data ini akan dikemukakan setelah diterima nanti.

Page 255: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

255

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. I Love Penang Medical Card. Berdasarkan Bil. 42 dalam Manifesto PRU-14 Kerajaan Negeri Pulau Pinang, setiap keluarga berpendapatan bawah RM5,000.00 dijanjikan subsidi RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik swasta melalui kad ini.

(a) Bilakah kad ini akan dilancarkan?

(b) Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pemegang kad ini untuk bantuan perubatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kad I Love Penang yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2018 bertujuan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 sedang meneliti dan mengkaji keperluan meneruskan program kad I Love Penang memandangkan berlaku pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan Skim MySalam dan Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa 40). Skim MySalam dan PeKa 40 memberikan fokus kepada bantuan kesihatan, yang mana sama dengan tujuan pelaksanaan kad I Love Penang. Program-program kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan diselaraskan supaya dana bantuan yang disediakan dapat diterima oleh kumpulan sasar yang layak.

(b) Dalam perancangan awal, kad pintar ini akan digunakan untuk penyaluran bantuan kesihatan menerusi Program Penang Sihat. Merujuk kepada pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2018, setiap isi rumah berpendapatan RM5,000.00 ke bawah akan menerima kredit RM300.00 setahun manakala individu tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 akan menerima kredit RM150.00 setahun. Nilai bantuan yang dikreditkan boleh digunakan untuk membayar yuran perkhidmatan pesakit luar beserta ubat di pusat kesihatan yang terpilih dengan had maksimum RM50.00 setiap lawatan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Status pembinaan stadium mini dalam KADUN Permatang Berangan:

(a) Apakah status permohonan bagi pembinaan stadium mini dalam KADUN Permatang Berangan?

(b) Adakah Kerajaan Negeri melalui MMK Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan bagi pembinaannya pada tahun ini sepertimana yang pernah disebut dalam sidang DUN ketika perbahasan Mesyuarat Kedua tahun lalu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. (a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai cadangan untuk membina sebuah stadium mini di KADUN Permatang Berangan.

Page 256: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

256

(b) Semasa perbahasan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Keempat Belas, peruntukan adalah untuk projek gelanggang futsal dan bukannya stadium mini. Pada tahun 2019, hasil lawatan ke beberapa lokasi gelanggang futsal di Seberang Perai Utara, kami mendapati gelanggang futsal di Pokok Machang perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana keadaannya terlalu uzur. Oleh itu, pada tahun 2019, projek 1 KADUN 1 Gelanggang Futsal bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) akan dijalankan di Gelanggang Futsal di Pokok Machang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Pemajuan perumahan.

(a) Apakah status pemajuan perumahan yang dirancang di Tasek Gelugor khasnya KADUN Permatang Berangan?

(b) Apakah dasar dan polisi Kerajaan Negeri mengenai perancangan pemajuan perumahan yang seimbang antara rumah kos rendah dengan kos mewah?

(c) Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau penurunan harga rumah di negeri ini apabila GST dimansuhkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Kerajaan Negeri mengutamakan pembangunan seimbang antara kawasan di Pulau dan di Seberang Perai termasuklah penyediaan Rumah Mampu Milik. Terdapat dua (2) projek sedang dibina di KADUN Permatang Berangan iaitu Taman Desa Ara Permai yang terdiri dari 264 unit Rumah Mampu Milik (RMM) A dan 503 unit RMM C serta Desa Ara yang menawarkan 172 unit RMM A. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menyenaraikan perancangan bagi tiga (3) lagi projek di lokasi berikut:

(i) Pembangunan bercampur di Lot 361-368 dan 1206 Mukim 13 Ara Kuda (104 unit RMM A dan 312 unit RMM C);

(ii) Pembangunan bercampur di sebahagian Lot 369, 1217-1219, 1763, 1768 dan sebahagian lot 1769 Mukim 13 Ara Kuda (232 unit RMM C); dan

(iii) Pembangunan bercampur di Lot 1640 Ara Kuda (349 unit RMM A).

(b) Kerajaan Negeri sememangnya menyedari bahawa pemaju cenderung untuk membina kediaman mewah bagi memaksimumkan keuntungan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai strategi untuk mengimbangkan jenis-jenis kediaman yang dibekalkan dengan dasar berikut:

(i) Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah/Rumah Sederhana Rendah di mana setiap pemajuan yang menyediakan 99 unit kediaman atau lebih di kawasan bandar dan 149 unit kediaman atau lebih di kawasan luar bandar akan dikenakan syarat membina sebanyak 30% RMM A (harga maksimum RM42,000.00) atau RMM B (harga maksimum RM72,500.00) atau kombinasi kedua-duanya; dan

Page 257: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

257

(ii) Kerajaan Negeri turut memperkenalkan beberapa dasar baru yang bertujuan menyediakan bekalan perumahan bagi kelompok M40. Sebagai contoh, pemajuan yang menggunakan Garis Panduan Peningkatan Ketumpatan dan Nisbah Plot 128 unit per ekar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) disyaratkan untuk menyediakan sebanyak 25% unit kawalan harga. Unit-unit kediaman ini akan dijual pada harga lebih rendah berbanding unit-unit lain dalam spesifikasi yang sama iaitu pada harga RM200,000.00, RM300,000.00 dan seterusnya juga dikehendaki menyediakan 30% unit Rumah Kos Sederhana Rendah yang dikawal harga pada RM72,500.00;

(iii) Garis Panduan Perumahan Mampu Milik 100% yang diperkenalkan pada tahun 2016 menawarkan unit RMM C (harga maksimum RM300,000.00 di bahagian pulau dan RM250,000.00 di Seberang Perai). Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini memberi lebih banyak pilihan kepada golongan M40 dan memberi saingan langsung kepada segmen hartanah berstrata kategori mewah; dan

(iv) Bayaran sumbangan tidak menyediakan RMM A dan B mengikut daerah. Sebagai contoh, kadar dikenakan bagi kawasan Pulau adalah RM150,000 seunit (pemaju luar) dan RM120,000.00 seunit (pemaju Pulau Pinang).

(c) Secara umumnya, pelaksanaan Goods and services GST mahupun penghapusan GST tidak akan mempengaruhi harga RMM A, B dan C kerana ia dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui penetapan harga maksimum. Walau bagaimanapun, pengecualian Sales and Service Tax (SST) yang diberikan kepada bahan mentah binaan seperti simen, pasir dan besi dijangka dapat menurunkan harga hartanah bukan mampu milik. Selain dari itu, senariooverhang yang melanda hartanah bernilai tinggi juga akan dapat membantu menurunkan harga rumah dan Kerajaan Negeri membantu melalui pengecualian cukai bahan binaan ini untuk merangsang pasaran.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Statistik pengangguran remaja.

(a) Huraikan statistik bilangan pengangguran di kalangan remaja di Tasek Gelugor khasnya dalam KADUN Permatang Berangan mengikut kategori tahap pendidikan, umur, kaum dan gender. Apakah punca pengangguran?

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan untuk menangani masalah ini dan berapakah jumlah peluang pekerjaan yang mampu ditawarkan? Sila perincikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bilangan pengangguran di kalangan remaja di Tasek Gelugor khasnya dalam KADUN Permatang Berangan. Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan pengangguran mengikut tahap pendidikan, umur, dan gender/jantina bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti Jadual 1, 2 dan 3 iaitu:

Page 258: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

258

Jadual 1: Bilangan penganggur mengikut pencapaian pendidikan Pulau Pinang, 2016 dan 2017

Kelulusan/Tahun 2016 2017

Menengah 10,500 9,100

Tertiari 7,300 7,600

Jumlah 17,800 16,700

Jadual 2: Bilangan penganggur mengikut kumpulan umur, Pulau Pinang, 2016 dan 2017

Jadual 3: Bilangan penganggur mengikut jantina, Pulau Pinang, 2016 dan 2017

Jantina/Tahun 2016

Lelaki 11,000

Perempuan 7,100

Jumlah 18,100

Data mengikut kaum, tidak diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Di antara faktor yang menyebabkan pengangguran di Pulau Pinang adalah ketidaksepadanan kemahiran (skills mismatch) di antara kemahiran yang ada dimiliki berbanding keperluan pasaran. Ketidaksepadanan merupakan situasi di mana tahap dan jenis kemahiran yang tersedia tidak memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Secara umumnya ketidaksepadanan terbahagi kepada ketidaksepadanan tahap kelayakan dan ketidaksepadanan kemahiran dan pengetahuan.

(b) Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membantu remaja yang menganggur adalah seperti berikut:

(i) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui investPenang untuk meneruskan usaha mempromosi dan menarik pelaburan, samada pelabur baharu ataupun penambahan pelaburan dari pelabur sedia

Kumpulan Umur/Tahun 2016 2017

15-24 7,400 9,200

25-34 6,600 4,900

35-64 4,100 3,200

Jumlah 18,100 17,300

Page 259: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

259

ada, di samping membantu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Usaha ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan remaja yang menganggur mempunyai potensi untuk ditawarkan pekerjaan;

(ii) Mempelbagaikan pelaburan dalam sektor Global Business Services (GBS) supaya peluang perkerjaan dapat ditingkatkan dalam bidang kewangan, teknologi maklumat (IT), seni kreatif, perisian dan sumber manusia selain daipada sektor pembuatan, pendidikan dan pelancongan perubatan (medical tourism);

(iii) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk ‘startup’ dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan Internet of Things (IOT); dan

(iv) Membantu semua golongan graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan pekerja baharu dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan yang dikemukakan oleh majikan melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre). Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), sebanyak 9,499 peluang pekerjaan baharu telah ditawarkan di Pulau Pinang bagi tahun 2018.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Pelajar/guru KAFA & petugas masjid.

(a) Nyatakan jumlah pelajar dan guru KAFA mengikut SAR di Pulau Pinang. Berapakah elaun bulanan diterima guru KAFA?

(b) Senaraikan jumlah petugas masjid (imam/bilal/siak/penggali kubur/petugas mandi jenazah lelaki/perempuan) di setiap kariah masjid di Pulau Pinang. Adakah perancangan untuk memberikan mereka elaun bulanan seperti guru KAFA?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Bilangan pelajar dan guru KAFA di Pulau Pinang yang dikemaskini pada 8 April 2019 masing-masing berjumlah 43,743 dan 1,536 orang. Elaun bulanan yang diterima oleh guru KAFA adalah berjumlah RM950.00. Elaun ini dibayar melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM900.00 dan RM50.00 sebulan.

(b) Bilangan petugas masjid yang dibayar elaun bagi setiap masjid qariah ditetapkan kepada dua (2) orang Imam, dua (2) orang Bilal dan dua (2) orang

Page 260: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

260

Siak. Secara keseluruhannya bilangan Imam, Bilal dan Siak di Pulau Pinang sehingga 1 April 2019 masing-masing berjumlah 408, 367 dan 397 orang. Imam, Bilal dan Siak masjid qariah menerima elaun tetap secara bulanan masing-masing berjumlah RM850.00, RM324.00 dan RM360.00. Manakala Imam, Bilal dan Siak masjid daerah pula menerima elaun tetap secara bulanan masing berjumlah RM500.00, RM350.00 dan RM300.00.

Manakala bagi petugas penggali kubur/petugas mandi jenazah lelaki/wanita, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tiada rekod dan data mengenainya kerana ianya diuruskan oleh jawatankuasa qariah sendiri atau jawatankuasa khairat kematian yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengannya.

Hanya elaun Imam masjid qariah dibiayai sepenuhnya oleh JAKIM. Manakala Imam, Bilal dan Siak masjid daerah serta Bilal dan Siak masjid qariah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan MAINPP dengan nisbah 70:30.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Bantuan kepada peniaga dan usahawan kecil. Sila jelaskan:

(a) Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu peniaga dan usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka? Apakah bentuk/jenis bantuan yang disediakan kepada golongan ini?

(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina gerai/kedai dalam KADUN Permatang Berangan dan disewakan bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu usahawan kecil di Pulau Pinang mengembangkan perniagaan melalui pelbagai jenis/bentuk bantuan seperti berikut:

(i) Menyediakan ruang operasi kepada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;

(iii) Menyediakan pinjaman mikro melalui Skim Pinjaman Harapan kepada seramai 3,253 usahawan telah menerima pinjaman daripada Skim Pinjaman Harapan (SPH) dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM16.79 juta;

Page 261: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

261

(iv) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;

(v) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baharu kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur asing;

(vi) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2019;

(vii) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh Invest Penang di bawah @CAT;

(viii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di @CAT dan menganjur pelbagai program pembangunan keusahawan untuk membantu mereka; dan

(ix) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0.

Selain itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga membantu peniaga dan usahawan kecil mengembangkan perniagaan melalui usaha-usaha berikut:-

(i) Memberikan keutamaan kepada peniaga-peniaga tersebut untuk mengisi kekosongan ruang niaga MPSP;

(ii) Memberi khidmat nasihat dan mencadangkan lokasi yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti penjajaan mengikut Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih; dan

(iii) Mengadakan Program Mesra Pelanggan yang dikenali “Santai Peniaga” bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan konsep / bentuk perniagaan kepada trak makanan dengan menyelaras perjumpaan peniaga-peniaga bersama agensi kewangan berkaitan dan penyedia trak makanan.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina gerai / kedai baharu dalam KADUN Permatang Berangan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui MPSP telah menyediakan sebanyak 31 petak tambahan di perkarangan / tempat letak kereta Pasar Awam Tasek Gelugor bagi menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen di sekitar pasar awam tersebut.

Page 262: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

262

XIII. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Isu nelayan-nelayan kecil di Sungai Abdul dan Bagan Ajam.

(a) Apakah langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk membantu menaik taraf kemudahan jeti di lokasi tersebut?

(b) Apakah program yang dirancang untuk meningkatkan pendapatan nelayan-nelayan di kawasan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang amat prihatin dengan isu-isu nelayan di negeri ini.Untuk makluman, LKIM merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menaik taraf jeti-jeti nelayan sah di negeri ini.

(a) Jeti Sungai Abdul telah dibina pada tahun 2013. Manakala Jeti Bagan Ajam adalah sebahagian daripada skop projek Pemuliharaan Muara Sungai Prai, fasa 3 yang dimulakan pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Kawasan jeti dan tanah tebusguna headland berkeluasan 2.4 ekar telah diserahkan kepada LKIM bagi tujuan urus tadbir sebelum ianya diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Seberang Perai pada tahun 2016. Buat masa ini, LKIM masih belum menerima sebarang permohonan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) untuk menaiktaraf jeti-jeti ini. Bagi tujuan menaiktaraf jeti tersebut, Unit Nelayan tersebut perlu mengemukakan permohonan tersebut kepada PNK sebelum dipanjangkan kepada LKIM. Kerajaan Negeri melalui LKIM sentiasa terbuka untuk membantu nelayan-nelayan kecil di Jeti Sungai Abdul dan Bagan Ajam.

(b) Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan pendapatan nelayan di negeri ini dengan memberikan latihan dan bantuan seperti berikut:

(i) Bantuan Touch Point berupa peralatan keselamatan nelayan;

(ii) Kursus enjin sangkut kepada nelayan untuk meningkatkan kemahiran teknikal penyelenggaraan enjin sangkut;

(iii) Kursus pemprosesan produk perikanan dimana golongan sasar bagi kursus ini ialah terdiri daripada isteri nelayan. Melalui kursus ini, golongan sasar boleh memproses hasil perikanan kepada produk yang mempunyai nilai tambah;

(iv) Latihan kepada anak nelayan melalui Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah, Lumut, Perak;

(v) Kursus dan demo in-situ dimana kemahiran teknikal seperti pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber akan diberikan kepada golongan nelayan;

(vi) Agropreneur Muda dimana bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang mengusahakan produk Industri Asas Tani (IAT);

Page 263: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

263

(vii) Tabung Usahawan Tani (TUT) merupakan pinjaman tanpa faedah daripada kerajaan negeri kepada nelayan yang melaksanakan pemprosesan produk perikanan; dan

(viii) Geran Change Upgrade Product (CUP) iaitu geran yang diberikan kepada usahawan pemprosesan produk perikanan yang kebiasaannya terdiri daripada isteri-isteri nelayan.

Selain daripada itu, LKIM turut melaksanakan program Pasar Nelayan sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan nelayan-nelayan di Pulau Pinang termasuk nelayan di Sungai Abdul dan Bagan Ajam. Melalui program ini, peranan orang tengah atau peraih dapat dikurangkan dan seterusnya memberikan nilai jualan yang lebih menguntungkan nelayan. Unit Nelayan di Sungai Abdul dan Bagan Ajam boleh mengemukakan permohonan program kepada pihak LKIM untuk pertimbangan selanjutnya.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Nyatakan perkembangan cadangan projek penambakan laut di Pantai Robina.

(a) Bila pembangunan ini akan dilaksanakan?

(b) Apakah perancangan dan jaminan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah nelayan kecil yang bakal hilang sumber pencarian susulan pembangunan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Pembangunan projek tebus guna tanah di kawasan Butterworth berhampiran Pantai Robina masih dalam peringkat proses kelulusan Pelan Induk Pembangunan oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang. Sebelum kerja-kerja fizikal tebus guna tanah dilaksanakan, terdapat beberapa peringkat kelulusan yang perlu diperolehi oleh pihak pemaju mengikut turutan seperti berikut:

(i) Melaksanakan kajian dan mendapatkan kelulusan bagi Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA), Fisheries Impact Assessment (FIA), Traffic Impact Assessment (TIA), Marine Traffic Risk Assessment(MTRA), Hydraulic Study dan laporan lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus selepas kelulusan Pelan Induk Pembangunan;

(ii) Kelulusan Kebenaran Merancang untuk kerja-kerja tebus guna tanah selepas kelulusan kajian-kajian; dan

(iii) Kelulusan Commencement of Work (COW) selepas kelulusan Kebenaran Merancang.

(b) Pihak pemaju perlu menyediakan laporan-laporan seperti EIA, SIA dan FIA serta mendapatkan kelulusan laporan tersebut dengan Pihak Berkuasa Melulus. Laporan tersebut akan menerangkan impak atau kesan yang mungkin berlaku ke atas sumber perikanan, nelayan, alam sekitar dan lain-lain. Laporan tersebut juga perlu menyatakan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil dan dilaksanakan oleh pemaju untuk meminimakan impak yang dijangkakan. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan pemaju mematuhi semua

Page 264: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

264

peraturan yang ditetapkan termasuk langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kemudahan kesihatan merupakan salah satu keperluan asas kepada masyarakat di DUN Telok Ayer Tawar.

(a) Apakah status perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf klinik kesihatan dalam DUN Telok Ayer Tawar?

(b) Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembangunan menaik taraf klinik kesihatan dalam DUN Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sentiasa berharap agar kemudahan kesihatan yang baik dapat disediakan di kesemua kawasan di negeri ini.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah pun mempunyai cadangan untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Telok Air Tawar di tapak milik Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang semasa Rolling Plan-2 pada tahun 2017 dan Rolling Plan-3 RMK 11 pada tahun 2018. Namun begitu, cadangan tersebut tidak dipertimbangkan kerana terdapat projek-projek lain di Pulau Pinang yang lebih kritikal dan perlu diberikan keutamaan. Buat masa ini, penduduk di DUN Telok Ayer Tawar boleh mendapat perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang berhampiran seperti berikut:

(b)

Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang cadangan untuk menyalurkan peruntukan pembangunan bagi menaik taraf klinik kesihatan di Telok Ayer Tawar memandangkan terdapat pelbagai kemudahan lain yang turut memerlukan perhatian Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pada

Bil. Fasiliti Kesihatan Jarak (KM)

1 Klinik Komuniti Telok Ayer Tawar 1.0

2 Klinik Desa Telok Ayer Tawar 1.1

3 Klinik Kesihatan Penaga 4.3

4 Klinik Desa Bagan Ajam 5.7

5 Klinik Komuniti Bagan Ajam 6.6

6 Klinik Kesihatan Kepala Batas 7.7

7 Hospital Kepala Batas 7.8

8 Klinik Kesihatan Butterworth 10.7

9 Klinik Komuniti Bagan Dalam 12.5

10 Klinik Desa Bagan Dalam 13.5

11 Hospital Seberang Jaya 15.5

Page 265: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

265

tahun 2018, Klinik Desa Telok Ayer Tawar telah menerima peruntukan sebanyak RM19,994.00 untuk kerja-kerja naik taraf jalan kuarters daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Industri halal merupakan salah satu bidang perniagaan yang mendapat sambutan dan berpotensi masa kini.

(a) Memohon agar Kerajaan Negeri mewujudkan hub halal di kawasan DUN Telok Ayer Tawar.

(b) Berapakah peruntukan tahunan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri halal Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan hub halal di DUN Telok Ayer Tawar. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah bekerjasama dengan Penang International Halal Hub (PIHH) untuk mewujudkan Taman Hub Halal atau ‘Halal Park’ dalam kawasan perindustrian PDC bagi menempatkan industri makanan yang mempunyai sijil halal yang diktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di samping memberi peluang kepada para pelabur untuk menikmati kemudahan insentif yang ditawarkan oleh Halal Development Corporation (HDC). Ini selaras dengan permintaan pesat dalam sektor industri makanan dan mewujudkan peluang kepada pelabur untuk bersaing di peringkat global.

Kawasan pertama yang dikenal pasti oleh PDC untuk tujuan pembangunan Taman Hub Halal adalah di Penang Science Park (PSP), Bukit Minyak iaitu seluas 53 ekar pada tahun 2010. Semua kawasan tersebut telah dijual kepada 11 buah syarikat.

Kawasan pembangunan Taman Hub Halal yang seterusnya adalah di Utara Penang Science Park/Penang Science Park North (PSPN) di mana kawasan seluas 98 ekar telah disediakan dan mula dijual pada tahun 2015. Sehingga Mac 2019, sebanyak 21 buah syarikat telah membeli tanah industri daripada PDC iaitu seluas 43 ekar untuk tujuan memulakan dan mengembangkan perniagaan berkaitan halal.

Selain itu, kawasan PSP dan PSPN juga telah memperoleh pengiktirafan sijil halmas daripada HDC bagi melayakkan para pelabur untuk menikmati insentif serta galakan cukai.

(b) Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.0 juta setiap tahun kepada PIHH iaitu RM500,000.00 berbentuk geran disalurkan melalui Jabatan Kewangan Negeri dan RM500,000.00 daripada PDC bagi melaksanakan program untuk membangunkan industri halal di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah perancangan dan peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri untuk menghidupkan kembali lokasi-lokasi yang strategik bagi menggalakkan aktiviti pelancongan?

Page 266: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

266

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Di dalam perancangan Kerajaan Negeri, antara pelaksanaan projek-projek untuk menggalakkan aktiviti pelancongan di lokasi strategik adalah seperti berikut:

(a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bekerjasama dengan pihak swasta dalam pelaksanaan Projek Pemulihan KOMTAR yang bernilai RM200 juta yang dibiayai oleh pihak swasta. Hasilnya, The TOP, KOMTAR telah siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada tahun 2016. Antara komponen projek tersebut adalah pembangunan semula Kompleks Makanan di Aras 5 (Rooftop), pengubahsuaian premis restoran di Aras 59 dan 60 dan pembangunan Penang Tech DOME sebagai pusat pameran sains dan teknologi.

(b) Kerajaan Negeri melalui anak syarikat yang dikenali sebagai George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) yang terdiri daripada jalinan kerjasama antara Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), Think City Sdn. Bhd. dan Aga Khan Cultural Services telah membuat beberapa perancangan untuk mengembalikan kegemilangan Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town sebagai lokasi strategik untuk menarik pelancong ke Pulau Pinang seperti berikut:

(i) GTCDC telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pesisir Utara (North Seafront Master Plan) dan untuk pembangunan semula kawasan warisan bermula dari Kawasan Dewan Sri Pinang sehingga kawasan bulatan dan Menara Jam Queen Victoria dengan hasrat untuk menyediakan kawasan/ruang bagi pelaksanaan aktiviti riadah/rekreasi, sosial, budaya dan sukan. Antara projek yang telah siap adalah pemuliharaan Taman English(English Garden / Fountain Garden) bersebelahan Dewan Sri Pinang. Manakala komponen lain yang sedang dalam pelaksanaan adalah pemuliharaan dan pengembalian Kubu Parit (Moat) di kawasan Kota Cornwallis, pemuliharaan Kota Cornwallis, penambahbaikan trafik jalan dan tapak letak kereta di Lebuh Light, Jalan Syed Barakbah sehingga ke Kawasan East Seafront dan pemuliharaan dan penambahbaikan Persiaran Lebuh Light. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM28juta bagi projek ini;

(ii) GTCDC juga sedang dalam peringkat penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pesisir Timur (East Seafront Master Plan) untuk penyediaan tarikan baharu bagi kawasan rekreasi di pesisir laut berhampiran dengan jeti Weld Quay. Jumlah peruntukan bagi projek ini belum dimuktamadkan; dan

(iii) GTCDC juga akan menambahbaik Kawasan Little India serta memperbaiki konsep pencahayaan dan pengindahan Little India. Kerja menaik taraf ini dijangka dapat memeriahkan kawasan Little India dan juga menjadikan tarikan kepada pelancongan asing semasa berasa di kawasan Little India. Kerajaan Negeri terus komited untuk menaik taraf kawasan Little India, dan dengan dengan kerjasama Indian Chambers of Commerce, Think City, Liga Muslim dan CMI akan melaksanakan Projek Perintis (Pilot Project) untuk kerja-kerja pengindahan jalan, menaik taraf laluan pejalan kaki, menaik taraf fasiliti sedia ada mewujudkan semula aktiviti kebudayaan dan

Page 267: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

267

kemasyarakatan di Jalan Pasar (Market Street). Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi projek ini.

(c) Antara perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk meghidupkan kembali lokasi-lokasi yang strategik untuk penggalakan aktiviti pelancongan adalah seperti berikut :-

(i) Mengenalpasti infrakstruktur – infrastruktur yang perlu dinaiktaraf untuk tujuan penambahbaikan kemudahan-kemudahan kawasan pelancongan sedia ada.

(ii) Membuat pelan perancangan bagi lokasi-lokasi strategik bagi menggalakkan aktiviti pelancongan

(iii) Mempromosi lokasi-lokasi pelancongan sedia ada melalui penyediaan dokumentari pelancongan dan juga papan –papan tanda kawasan pelancong.

(iv) Menganjurkan seminar bertaraf antrabangsa iaitu Seberang Perai International Conference on Eco-Tourism and Conservation Efforts (SPICEC ) setiap 2 tahun untuk memperkenalkan lokasi-lokasi eko-pelancongan yang menarik dan berkongsi pengalaman dari begara-negara yang mengambil bahagian mengenai eko-pelancongan. Seminar ini telah diadakan pada tahun 2016 dan 2018.

(v) Menganjurkan Butterworth Fringe Festival (BFF) yang merupakan salah satu program yang dianjurkan selaras dengan pelaksanaan Pelan Butterworth Baharu dengan kerjasama di antara MPSP dan Think City Sdn.Bhd dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran BFF yang berbentuk kesenian, budaya dan warisan adalah satu inisiatif untuk merancakkan lagi misi pembangunan semula Bandar Butterworth. BFF telah masuk tahun kelima (5) penganjuran di mana ia bermula pada tahun 2015.

(vi) Menganjurkan Temasya Bagan yang merupakan salah satu platform yang dapat membuka ruang kepada komuniti dengan pelbagai komponeneducation and awareness dari segi seni, budaya dan warisan tempatan. Program bulanan ini mengetengahkan konsep mesra keluarga dan santai ilmu selain aktiviti sihat sebagai salah satu pengisian program.

(vii) Butterworth Art Walk merupakan satu inisiatif untuk menaiktaraf kawasan backlane sebagai open public spaces yang selamat untuk dikunjungi. Inisiatif ini membawa impak yang positif dalam memberi mesej melalui kaedah pendidikan yang disampaikan secara lukisan. BAW melibatkan tiga (3) fasa lukisan mural yang mana merangkumi jarak 400 meter dan telah menghasilkan sebanyak 45 mural dan 10 arca.

(viii) Mengadakan program Forest bathing di kawasan-kawasan tarikan pelancongan seperti di Taman Rekreasi Bukit DO, Taman Rekreasi air Itam dalam, Taman Negeri Bukit Panchor, Hutan Simpan Bukit Juru dan lain-lain tempat menarik.

Page 268: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

268

(ix) Menganjurkan Animal kingdom in The City sempena Penang Art Week 2019 yang telah diadakan pada 9 April 2019 sehingga 21 April 2019 di Padang Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth.

(x) Membina taman-taman yang unik seperti Upcycle Park, Tacoma Park, Community Park (I baby-1 tree) dan Wedding Park. Walau bagaimanapun taman-taman ini masih lagi di peringkat pembangunan dan pokok yang ditanam masih dalam proses awal pembesaran.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Seberang Perai kini kearah mencapai status bandaraya

(a) Apakah program-program yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri untuk mempersiapkan penduduk Seberang Perai apabila pengiktirafan bandaraya diberikan kepada Seberang Perai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah merangka Pelan Strategik Seberang Perai 2018–2022 untuk mempersiapkan penduduk Seberang Perai apabila pengiktirafan bandar raya diberikan kelak. Melalui Rancangan Fizikal Negara Ke-3 dan Integrasi Dasar Perbandaran Negara 2 (DPN2), Pelan Strategik Seberang Perai akan menekankan kepada urus tadbir bandar yang baik dan cekap bagi memastikan segala keperluan masyarakat bandar dapat dipenuhi secara optimum agar kualiti kehidupan di bandar berada pada tahap yang terbaik. Untuk itu, MPSP telah merancang pelbagai program yang bermanfaat melibatkan keseluruhan penduduk di Seberang Perai melalui 10 fokus pelan strategik seperti berikut:

(i) Persekitaran yang selamat;

(ii) Kemudahan dan Infrastruktur yang berkualiti;

(iii) Gaya hidup sihat;

(iv) Pembangunan hijau dan persekitaran bersih;

(v) Penerapan teknologi baru;

(vi) Ekonomi Bandar yang berdaya saing;

(vii) Memperkukuhkan budaya dan warisan;

(viii) Bandar yang berdaya tahan dan daya huni;

(ix) Keterlibatan komuniti; dan

(x) Pembangunan bandar yang inklusif dan saksama.

Page 269: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

269

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Masyarakat yang sihat akan membentuk negeri yang maju.

(a) Apakah program dan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penduduk Pulau Pinang bersukan dan kekal sihat?

(b) Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak gimnasium rakyat dan naik taraf lokasi tumpuan untuk bersukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri memandang berat tentang kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha menggalakkan rakyat negeri untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bukan sahaja bergantung kepada sukan malah cara pemakanan yang seimbang juga merupakan faktor yang penting dalam menjaga kesihatan badan dan mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pejabat Daerah, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti / program seperti larian, berbasikal, sukan komuniti, city-walk, carnival sukan komuniti dan sebagainya bagi menggalakkan rakyat bersukan demi mencapai tubuh badan yang sihat.

(a) Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah memperuntukkan sebanyak RM700,000.00 kepada Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menggerakkan program pembangunan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang. Selaras dengan hasrat YB. Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan untuk merancakkan pembangunan sukan untuk semua di seluruh negeri Pulau Pinang, pelancaran program bertema “Sukan Untuk Semua” atau “Sports For All” telah diperkenalkan pada tahun 2019.

Sebanyak 12 jenis sukan akan digerakkan pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2019 iaitu sukan Catur (Januari), Bola Keranjang (Februari), Softbol (Mac), Bola Jaring (April), Sukan Elektronik E-sports (Mei), Bola Baling (Julai), Karate (Ogos), Wushu (September), Floorball (Oktober), Petanque (November) dan Judo (Disember).

Program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 adalah seperti berikut:-

(i) Program Larian Rock To Rock Run pada 23 Jun 2019;

(ii) Kejuaraan Petronas Cubprix pada 13 & 14 April 2019;

(iii) Program Larian Cultural Fun Run pada 15 Sept. 2019;

(iv) Karnival Olimpik Negeri Pulau Pinang 2019 pada bulan Jun 2019 merangkumi aktiviti berikut:-

- Pertandingan badminton, sepak takraw, bola tampar dan tenpin bowling;

- Family Fun Walk; dan - Sambutan Hari Olimpik Sedunia.

Page 270: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

270

(v) Program-program yang masih tertakluk kepada kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia adalah seperti berikut:-

(a) Penang Eco Run 2019;

(b) Guang Ming Bukit Jambul Hikathon 2019;

(c) MGBC Eco Power Run 2019;

(d) Kejohanan Perahu Layar Tertutup 2019;

(e) The Top Penang Tower Run 2019;

(f) Colourful Run 2019; dan

(g) National Muay Thai Combat Championship 2019

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk mewujudkan gimnasium rakyat yang baru. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan melalui bajet pembangunan berjumlah RM800,000.00 bagi kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Senarai projek adalah seperti di Lampiran A. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga melaksanakan penyelenggaraan kemudahan sukan awam dan gimnasium di bawah seliaan masing-masing seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 7)

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kemudahan pejabat pos untuk orang ramai dalam DUN Telok Ayer Tawar amat diperlukan.

(a) Apakah status permohonan peruntukan bagi mewujudkan pejabat pos dalam DUN Telok Ayer Tawar?

(b) Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pembinaan pejabat pos dalam DUN Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Pos Malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Syarikat ini dikorporatkan daripada Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada 1990. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan untuk mewujudkan pejabat pos di kawasan tertentu hendaklah dikemukakan kepada pihak Pos Malaysia kerana ianya di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Nyatakan jumlah perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara dan penambahbaikan sistem perparitan dan longkang di Telok Ayer Tawar sepanjang tahun 2018 dan 2019 (Januari - Mac).

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sejumlah RM1,145,641.67 peruntukan Kerajaan Negeri telah dibelanjakan untuk menyelenggara dan menambahbaik sistem peparitan dan longkang di kawasan Telok

Page 271: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

271

Ayer Tawar sepanjang tahun 2018 sehingga Mac 2019. Perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Peniaga-peniaga tanpa lesen di sepanjang jalan di Telok Ayer Tawar.

(a) Apakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan (MPSP) untuk membantu peniaga-peniaga tanpa lesen bagi menempatkan semula peniaga-peniaga?

(b) Nyatakan rancangan jangka panjang MPSP untuk menyelesaikan masalah pertumbuhan gerai-gerai tanpa lesen.

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Rancangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk membantu peniaga-peniaga tanpa lesen di sepanjang jalan di Telok Ayer Tawar adalah

seperti berikut :-

(i) Memberikan keutamaan kepada peniaga-peniaga tersebut untuk

mengisi kekosongan ruang niaga MPSP;

(ii) Menasihat dan mencadangkan lokasi yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti penjajaan mengikut Garis Panduan Kaedah

Penjajaan Secara Mudah Alih; dan

(iii) Mengadakan Program Mesra Pelanggan yang dikenali “Santai Peniaga” bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan konsep / bentuk perniagaan kepada trak makanan dengan menyelaras perjumpaan peniaga-peniaga bersama agensi kewangan berkaitan dan penyedia trak makanan.

(b) Perancangan jangka panjang oleh MPSP bagi mengatasi masalah pertumbuhan gerai-gerai tanpa lesen adalah seperti berikut :

(i) Mengenal pasti dan menyediakan satu penempatan semula di suatu kawasan yang bersesuaian;

(ii) Menyediakan satu kawasan khusus bagi perniagaan trak makanan di kawasan DUN Telok Ayer Tawar bagi peniaga-peniaga yang menjalankan aktiviti trak makanan; dan

(iii) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang masih menjalankan perniagaan di sepanjang jalan tersebut.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Medan selera dan astaka makanan di Telok Ayer Tawar semakin berkurangan peniaga.

(a) Apakah rancangan MPSP untuk menaik taraf dan memajukan semula astaka dan medan selera di Taman Tun Dr. Awang dan Pantai Robina?

Page 272: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

272

(b) Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk mempromosi kawasan rekreasi di tepi pantai sekitar Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Buat masa ini Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf astaka dan medan selera di Taman Tun Dr Awang dan Pantai Robina. Walau bagaimanapun, MPSP mempunyai perancangan untuk membantu peniaga-peniaga di kedua-dua astaka dan medan selera dengan memberikan kelulusan menjalankan aktiviti jualan sementara di perkarangan tempat letak kenderaan di Kompleks Penjaja Taman Tun Dr. Awang dalam tempoh tertentu dan menyediakan kawasan perniagaan trak makanan di kawasan berdekatan Kompleks Penjaja Taman Robina.

(b) MPSP telah memperuntukkan sebanyak RM20,000.00 bagi mempromosikan kawasan rekreasi di tepi pantai sekitar Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kebanjiran pendatang asing yang semakin meningkat di Telok Ayer Tawar.

(a) Apakah tindakan pengawalan oleh pihak berkuasa untuk memastikan kemasukan pendatang asing terkawal?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Kerajaan Negeri sememangnya prihatin mengenai masalah kebanjiran pendatang asing di negeri ini termasuklah di kawasan Telok Ayer Tawar. Tindakan pengawalan oleh Pihak Berkuasa terhadap pendatang asing termasuklah:-

(i) Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang telah menjalankan siri operasi di sekitar kawasan Telok Ayer Tawar sehingga Mac 2019 dan hasil daripada operasi tersebut telah berjaya menangkap seramai 15 lelaki dan 3 perempuan warganegara asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1959; dan

(ii) Operasi bersepadu turut dijalankan bersama agensi penguatkuasaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mengekang kebanjiran pendatang asing di negeri Pulau Pinang termasuk di kawasan Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Penempatan pekerja asing wanita di Taman Telok Molek yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memusatkan penempatan asrama pekerja asing wanita?

Page 273: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

273

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), terdapat 15 unit rumah kediaman di Taman Telok Molek yang disewakan kepada pekerja warga asing wanita yang bekerja di kilang berdekatan. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk memandangkan terdapat golongan lelaki yang sering berkunjung ke rumah-rumah yang didiami warga asing wanita di samping penampilan mereka yang kadangkala menjolok mata. Walau bagaimanapun, pihak MPSP tidak menerima sebarang rungutan dari aspek kebersihan kawasan tersebut.

(a) Kerajaan Negeri telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di negeri Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.13/2017 pada 21 November 2017 (Pindaan 2017) untuk membangunkan kawasan penempatan khas bagi pekerja asing dan tempatan yang lengkap dengan kemudahan di kawasan zoning perniagaan dan perindustrian agar tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk tempatan.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan empat (4) buah penempatan asrama pekerja di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan iaitu:-

(i) Tetuan Westlite Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. di atas lot 14750, Mukim 13, Daerah Seberang Perai Tengah;

(ii) Tetuan Westlite Dormitory (Bukit Minyak) Sdn. Bhd. di atas lot 9224, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan;

(iii) Tetuan Passion Paradise Sdn. Bhd. di atas lot 1226, Mukim 12, Daerah Seberang Perai Selatan; dan

(iv) Tetuan Right Pristine Development Sdn. Bhd. di atas lot 1249, Mukim 14, Jalan Permatang Tinggi, Daerah Seberang Perai Tengah.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Nyatakan bilangan pengangguran di Pulau Pinang dan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk kumpulan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Berdasarkan statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan rakyat negeri Pulau Pinang yang menganggur pada tahun 2017 ialah seramai 17,300 orang. Sehingga kini, data pengangguran bagi tahun 2018 belum diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Antara usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu adalah seperti berikut:

(i) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui investPenang untuk meneruskan usaha mempromosi dan menarik pelaburan, samada pelabur baharu ataupun penambahan pelaburan dari pelabur sedia ada, di samping membantu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Usaha ini akan

Page 274: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

274

mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pekerja yang hilang pekerjaan mempunyai potensi untuk ditawarkan pekerjaan;

(ii) Mempelbagaikan pelaburan dalam sektor Global Business Services (GBS) supaya peluang perkerjaan dapat ditingkatkan dalam bidang kewangan, teknologi maklumat (IT), seni kreatif, perisian dan sumber manusia selain daipada sektor pembuatan, pendidikan dan pelancongan perubatan (medical tourism).

(iii) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk ‘startup’ dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan Internet of Things (IOT); dan

(iv) Membantu semua golongan graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan pekerja baharu dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan yang dikemukakan oleh majikan melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre). Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk masalah penagih dadah yang makin kritikal khususnya di DUN Telok Ayer Tawar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam membanteras masalah dadah dan sentiasa berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dari aspek rawatan dan pemulihan, pencegahan, penguatkuasaan dan pengawasan bagi kegiatan penyalahgunaan dadah. AADK juga memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat Malaysia Bebas Dadah.

Pihak AADK bersama dengan Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program di negeri ini termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar bagi menangani masalah dadah. Antaranya:

(a) Program “Community Empowerment” (CE)

Program ini melibatkan pemimpin setempat serta komuniti dalam memahami bahaya dadah dan kesannya. Antara aktiviti lain adalah memberi sokongan dan panduan kepada Rukun Tetangga (RT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pemimpin Agama (Masjid/Surau/Tokong/Kuil) untuk menggerakkan kariah masing-masing dalam melaksanakan Program Pencegahan Dadah di tempat masing-masing.

Page 275: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

275

(b) Program Omnipresence

Mengadakan Rondaan / Walkabout /Papan Iklan Statik / Walking Message bersama MPKK, Pemimpin Setempat dan Agensi Kerajaan yang berkaitan bagi mengurangkan tahap kebimbangan masyarakat setempat. Masyarakat akan merasai kehadiran pihak berkuasa dan kepedulian pemimpin setempat dalam menangani masalah penularan gejala penagihan dadah dan bahan terlarang.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membangunkan Sektor Industri Asas Tani di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Industri Asas Tani (IAT) merupakan salah satu aktiviti dalam sektor pertanian yang memberi manfaat kepada ekonomi setempat serta nilai tambah kepada pengusaha pertanian di negeri ini. Dalam membangunkan IAT di negeri ini, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai program memandangkan kebanyakan peserta dan usahawan yang terlibat terdiri daripada pengusaha pemprosesan makanan. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sejumlah RM550,000.00 khusus untuk pembangunan produk IAT, pembangunan usahawan dan aktiviti jualan serta promosi. Antara langkah-langkah yang diambil dalam merancakkan lagi IAT di negeri ini adalah seperti berikut:-

(a) Program Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan dimana usahawan IAT akan diberikan bimbingan agar dapat meningkatkan pendapatan dan pengeluaran produk IAT pada kapasiti yang dikehendaki oleh pasaran semasa. Bentuk insentif yang disediakan ialah berupa peralatan dan mesin pemprosesan produk, pembungkusan atau naik taraf premis pemprosesan agar mematuhi piawaian MeSTI dan Halal;

(b) Pembangunan kualiti produk dimana kemudahan Makmal Ujikaji Produk Hiliran Makanan bagi tujuan latihan dan ujian sensori produk IAT disediakan. Kemudahan ini disediakan bagi membantu usahawan mendapatkan latihan berkaitan teknologi pemprosesan makanan yang terkini selain membantu para usahawan untuk menambah baik kualiti rasa dan persembahan (presentation) produk yang dihasilkan supaya produk berkenaan lebih berdaya saing mengikut kehendak pasaran;

(c) Meningkatkan jualan dan pemasaran produk IAT melalui program promosi di dalam dan luar Negeri Pulau Pinang. Tujuan aktiviti promosi ialah supaya produk dapat dijual terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah dan usahawan berpeluang membuat padanan perniagaan (business-matching) dengan pengedar yang berminat di lokasi program. Melalui usaha ini, ianya turut akan membantu usahawan industri asas tani ini untuk menembusi pasaran (market penetration) di luar negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama, platform ini juga digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pasaran produk-produk identiti Pulau Pinang (Penang signature product) ke negeri-negeri lain; dan

Page 276: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

276

(d) Pinjaman mikro kredit Tabung Usahawan Tani (TUT) kepada usahawan industri asas tani yang memerlukan modal pusingan dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran produk-produk IAT. Pinjaman ini membolehkan usahawan yang bergiat aktif dalam IAT berpeluang untuk mendapatkan pinjaman pertama tanpa faedah dengan nilai RM6,000.00 bagi pemohon yang berumur kurang 40 tahun dan RM5,000.00 bagi peserta yang berumur 41 hingga 60 tahun. Melalui suntikan modal berbentuk pinjaman ini, Kerajaan Negeri berharap hasrat untuk membangunkan IAT di negeri ini dapat dicapai.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Nyatakan berapa peratuskah yang disumbang sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting bukan sahaja di Pulau Pinang, bahkan seluruh negara. Sektor ini merupakan sektor yang menjamin bekalan makanan di negara ini. Sektor pertanian terbahagi kepada tiga (3) sub-sektor iaitu tanaman, ternakan dan perikanan. Peratusan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2012 hingga 2017 adalah seperti berikut:

Tahun Sumbangan KDNK (%)

2012 2.4

2013 2.4

2014 2.3

2015 2.2

2016 2.0

2017 2.0

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bekalan daging mentah mencukupi ketika musim perayaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Bagi memastikan bekalan daging mentah mencukupi semasa musim perayaan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(a) Membenarkan pengimportan sumber bekalan daging dari luar negara bagi memenuhi permintaan bekalan tempatan;

Page 277: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

277

(b) Menambah bekalan menggunakan sumber dalam negara ke negeri Pulau Pinang;

(c) Mengawal penyembelihan ternakan betina bagi menggalakkan pembiakan untuk menambah bilangan ternakan yang ada; dan

(d) Menggalakkan penternakan berskala komersial atau besar-besaran melalui kursus, kempen, bantuan baka ternakan berkualiti dan bantuan infrastruktur untuk mentransformasikan bidang penternakan ke tahap semi-komersil dan komersil.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk sektor pelancongan di DUN Telok Ayer Tawar menjelang tahun 2030.

(a) Menjadikan perniagaan food truck sebagai tarikan pelancongan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Perancangan Kerajaan Negeri untuk sektor pelancongan di DUN Telok Ayer Tawar menjelang tahun 2030 adalah seperti berikut:

(i) Memberi tumpuan kepada aktiviti birdwatching kerana kawasan persisiran Teluk Air Tawar menjadi lokasi persinggahan burung-burung hijrah dan juga burung spesies tempatan. Kawasan hutan bakau sepanjang persisiran pantai Penaga - Teluk Air Tawar telah dikenal pasti oleh badan antarabangsa Birdlife International sebagai salah satu lokasi yang mempunyai kekayaan kepelbagaian biologi kerana mempunyai kawasan beting dan hutan bakau yang luas. Kawasan beting dan hutan bakau berkenaan adalah kaya dengan spesies hidupan marin. Risalah Birdwatching in Penang telah diterbitkan bagi meningkatkan minat kepada aktiviti ini;

(ii) Menjadikan kawasan Pantai Robina sebagai Eco Park yang akan dilengkapi dengan laluan trek basikal, kawasan permainan kanak-kanak, lampu hiasan solar, gelanggang kasut roda dan tapak futsal; dan

(iii) Mengkaji dan mengenal pasti tempat-tempat baharu di DUN Telok Ayer Tawar yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan pelancongan. Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan bagi pembangunan pelancongan di DUN Telok Ayer Tawar.

Kerajaan Negeri akan memperhalusi perancangan sektor pelancongan di DUN Telok Ayer Tawar sehingga tahun 2030 melalui Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2019-2030 yang sedang dalam peringkat penyediaan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai perancangan untuk mewujudkan tapak hotspot trak makanan (food truck) di kawasan parkir kenderaan di Pantai Robina. Tapak tersebut juga akan menjadi tapak trak makanan pertama di Seberang Perai. Tapak tersebut juga dijangka berupaya menempatkan sebanyak 10 hingga 15 trak makanan pada setiap hari bermula jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Tapak tersebut juga akan dilengkapi dengan lampu hiasan menarik untuk menerangi kawasan sekitar. MPSP telah menubuhkan sebuah

Page 278: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

278

jawatankuasa untuk pelaksanaan tapak hotspot trak makanan pada tahun 2019.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Dari segi sektor pelancongan, adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti tempat untuk dijadikan sektor pelancongan baharu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Antara kawasan pelancongan baharu yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Persisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda yang merupakan kawasan pemuliharaan paya bakau dan sesuai untuk eko-pelancongan serta aktiviti birdwatching. Di samping itu, Pantai Robina akan dibangunkan sebagai komponen sokongan kepada aktiviti pelancongan Persisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda. Dengan konsep Eco-Park, Pantai Robina akan dilengkapi dengan laluan trek basikal, kawasan permainan kanak-kanak, lampu hiasan solar, gelanggang kasut roda dan tapak futsal.

(ii) Persisiran pantai Gurney Drive melalui Projek Gurney Wharf yang akan dibangunkan taman rekreasi awam dengan keluasan 40 ekar. Projek ini juga akan melibatkan penyediaan tapak penjaja (dianggarkan 100 unit ruang niaga), F&B Outlets, Retail Area dan kemudahan teksi air. Projek ini masih dalam peringkat awalan iaitu penyediaan Pelan Reka Bentuk Konsep(Conceptual Design Plan).

(iii) Pinang Tunggal, Kepala Batas yang menempatkan jambatan keretapi lama yang dibina ketika era kolonial British oleh Federated Malay State Railways (FMSR) pada tahun 1915.

(iv) Butterworth sebagai tapak Butterworth Fringe Festival

• Butterworth Fringe Festival (BFF) merupakan salah satu program yang dianjurkan selaras dengan pelaksanaan Pelan Butterworth Baharu dengan kerjasama di antara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Think City Sdn. Bhd. dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran BFF yang berbentuk kesenian, budaya dan warisan adalah satu inisiatif untuk merancakkan lagi misi pembangunan semula Bandar Butterworth. BFF telah masuk tahun kelima (5) penganjuran di mana ia bermula tahun 2015.

(v) Butterworth Art Walk

• Satu inisiatif untuk menaik taraf kawasan backlane sebagai open public spaces yang selamat untuk dikunjungi. Inisiatif ini membawa impak yang positif dalam memberi mesej melalui kaedah pendidikan yang disampaikan secara lukisan. BAW melibatkan tiga (3) fasa lukisan mural yang mana merangkumi jarak 400m dan telah menghasilkan sebanyak 45 mural dan 10 arca.

Page 279: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

279

(vi) Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O, Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah (SPT).

• Lokasi kedudukan 3 km daripada Pusat Bandar Bukit Mertajam. Berfungsi sebagai Taman Rekreasi Bandar berkeluasan 40,873 meter persegi. Pembukaan secara rasmi telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang pada 11 Januari 2013.

(vii) Taman Rekreasi Air Hitam Dalam, Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU).

• Lokasi kedudukan 5 km daripada Pusat Bandar Sungai Dua. Berfungsi sebagai Taman Hutan Pelajaran berkeluasan 10 Hektar (Zon Nipah, Putat, Jejawi dan Malavera). Terdapat pelbagai spesis burung dan tempat persinggahan burung hijrah.

(viii) Taman Negeri Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS).

• Lokasi kedudukan 10 km daripada Pusat Bandar Nibong Tebal. Berfungsi sebagai Taman Negeri berkeluasan 155 Hektar. Tarikan aktiviti mandi manda dan kawasan riadah penduduk setempat. Daya tarikan kepada penggemar aktiviti menjejaki gua-gua dan alur sungai.

(ix) Taman Rimba Cheruk Tokun, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (SPT).

• Lokasi kedudukan 6 km daripada Pusat Bandar Bukit Mertajam. Berfungsi sebagai Taman Hutan Lipur berkeluasan 37 Hektar dengan puncak tertinggi 545 meter dari aras laut.

(x) Hutan Simpan Bukit Juru, Juru, Seberang Perai Tengah (SPT).

• Lokasi kedudukan 20 km daripada Pusat Bandar Bukit Mertajam. Berfungsi sebagai Hutan Simpan berkeluasan 150 Hektar. Terdapat laluan denai dengan 646 anak tangga untuk sampai ke puncak bukit, melalui aktiviti santai di kawasan hutan.

(xi) Pulau Aman, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS).

• Lokasi kedudukan 3 km daripada Pusat Bandar Batu Kawan. Berfungsi sebagai destinasi eko pelancongan dan birding. Berkeluasan 728,434 meter persegi dan antara tarikan utama adalah seperti tempat bersejarah yang dikenali sebagai telaga emas

(xii) Vision Park, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU)

• Lokasi kedudukan 1 km daripada Pusat Bandar Kepala Batas. Berfungsi sebagai Taman Rekreasi Bandar berkeluasan 128.05 ekar.

Kerajaan Negeri akan memperhalusi rancangan sektor pelancongan Pulau Pinang melalui Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2019-2030 yang sedang dalam peringkat penyediaan dan dijangka siap pada tahun 2019.

Page 280: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

280

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Berapakah hasil kutipan daripada kemasukan pelancong-pelancong asing pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dan anggaran perbelanjaan mereka ketika masuk ke sini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kutipan Cukai Pelancongan daripada pelancong asing dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan 50% dari kutipan tersebut dipulangkan kepada Kerajaan Negeri. Jumlah kutipan Cukai Pelancongan di Pulau Pinang bagi tahun 2017 ialah RM3,881,655.00, manakala jumlah kutipan bagi tahun 2018 ialah RM21,968,785.00. Berdasarkan kepada kajian Penang Tourist Survey yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia, anggaran purata perbelanjaan pelancong asing ketika di Pulau Pinang pada tahun 2017 ialah RM1,529.90, manakala jumlah pada tahun 2018 ialah RM1,189.82.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai masalah Kuarters TUDM Sri Bayu yang tidak diselenggara dan menjadi sarang penagih dadah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pangsapuri Sri Bayu merupakan kuarters Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang telah siap dibina pada 4 September 2003 dan dibawah seliaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Sehubungan itu, tiada tindakan telah dan akan diambil kerana kuarters ini diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak TUDM menjelaskan Kuarters Sri Bayu ini sememangnya berpenghuni dan berpagar serta dikawal rapi oleh anggota keselamatan dari semasa ke semasa dan ianya diperuntukkan untuk Flight Sarjan dan Sarjan malah pihak TUDM juga memaklumkan bahawa kuarters yang kosong adalah Pangsapuri Wira yang tidak didiami serta diselenggara akibat ketiadaan peruntukan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Adakah kawasan cerun-cerun di sekitar Pulau Pinang masih dalam keadaan selamat dan tidak menjadi masalah kepada rakyat Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Secara amnya, cerun-cerun di sekitar Pulau Pinang berada dalam keadaan selamat dan tidak menjadi masalah kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Kerja-kerja pemantauan cerun dan penyelengaraan jalan sentiasa dilaksanakan untuk mengenal pasti tanda-tanda pergerakan tanah dalam mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menutup cerun secara sementara sebelum pembaikan kekal dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Berdasarkan fakta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bahawa batuan di negeri Pulau Pinang adalah batuan jenis granit terluluhawa (granite weathered rock) yang terbentuk secara semula jadi kesan luluhawa cuaca dalam jangka masa panjang, setiap cadangan pembangunan akan meneliti aspek batuan berbongkah (boulders) sebagai tindakan pencegahan kesan tanah runtuh dan impak keselamatan yang lain semasa kerja-kerja pembangunan dilaksanakan. Melalui

Page 281: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

281

Jawatankuasa Pembangunan Tanah Berisiko dengan keahlian jabatan-jabatan teknikal seperti JKR, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG), cadangan-cadangan projek pembangunan di lereng bukit dan di tanah yang berisiko akan dinilai dan dipertimbangkan untuk kelulusan sewajarnya mengambil kira setiap aspek keselamatan dan langkah-langkah mitigasi yang dicadangkan pihak pemaju. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga sentiasa menjalankan pemantauan cerun di tapak-tapak projek yang melibatkan kerja-kerja di kawasan melibatkan cerun, secara lawatan fizikal ke tapak dan termasuklah menggunakan peralatan dron. Kerja-kerja pemantauan ini di periksa melalui laporan tapak projek secara bulanan untuk memastikan kestabilan cerun tersebut selamat dan terkawal.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani masalah pembinaan di sekitar Pulau Pinang dan secara tidak langsung menyebabkan penerokaan hutan di kawasan Negeri Pulau Pinang?

(a) Apakah langkah kawalan yang dicadang oleh Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengguna pakai Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan (Pelan Dasar) sebagai alat kawalan perancangan. Pelan Dasar merupakan pelan yang menunjukkan zon-zon kawalan perancangan yang menyatakan kelas kegunaan-kegunaan tanah dan bangunan sama ada boleh dibenarkan, dibenarkan dengan syarat ataupun tidak dibenarkan. Pelan Dasar ini diterima pakai berdasarkan Seksyen 4 (5), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri.

Kesemua projek pembinaan memerlukan kelulusan pelan antaranya Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan. Selain itu, setiap jabatan teknikal yang dirujuk adalah bertanggungjawab memastikan syarat-syarat yang dikenakan oleh agensi mereka dipatuhi sepenuhnya.

(a) Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dalam menguruskan sesuatu permohonan kebenaran merancang, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi pertimbangan dengan merujuk kepada dokumen-dokumen antaranya peruntukan rancangan pemajuan.

Menurut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP 2020), sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi pembangunan perumahan, perhotelan, resort, perdagangan dan perindustrian serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan bagi kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960; sebarang tanah yang berada pada aras melebihi 76m (250 kaki); dan berkecerunan melebihi 25 darjah.

RSNPP 2020 juga menyatakan, zon penampan 30 meter perlu diwujudkan di antara Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Berisiko Bencana dan kawasan pembangunan terutamanya kawasan di mana terdapat hutan primer dan zon penampan 15.2 meter (50 kaki) bagi kawasan di mana terdapat hutan sekunder.

Page 282: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

282

(b) Langkah kawalan yang boleh dicadang adalah seperti:-

(i) Langkah-langkah kawalan oleh kerajaan untuk memastikan semua projek pembinaan mematuhi kelulusan pelan;

(ii) Pemantauan berkala dibuat oleh agensi-agensi teknikal bagi memastikan pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan;

(iii) Menzonkan kawasan-kawasan hutan yang dikenal pasti sebagai hutan simpan dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di dalam pelan pembangunan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan);

(iv) Mematuhi dan mengguna pakai pelan-pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN) tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS);

(v) Tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan-kawasan tinggi / berbukit yang melebihi aras ketinggian 76 meter;

(vi) Pemeriksaan / lawatan secara berkala oleh pegawai penguatkuasaan dari jabatan-jabatan yang berkaitan;

(vii) Tindakan kawalan pembangunan melibatkan tindakan seperti berikut:-

• Mengeluarkan notis;

• Mengeluarkan kompaun;

• Tindakan pendakwaan ke mahkamah; dan

(viii) Tindakan penguatkuasaan bagi pemilik yang gagal mematuhi arahan/notis yang dikeluarkan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan JKR berkaitan isu pembaikan jalan dan keadaan jalan yang kurang baik disekitar Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha untuk menangani isu pembaikan dan keadaan jalan yang kurang baik di sekitar Pulau Pinang melalui tindakan seperti berikut:

(i) Mewujudkan jadual pemantauan berkala ke atas setiap jalan di negeri ini bagi mengenal pasti kerosakan jalan yang berlaku agar kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera;

(ii) Mewujudkan WhatsApp Group bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian maklumat dengan cepat di antara kakitangan yang terlibat dengan pemantauan dan pembaikan jalan sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah di tapak;

(iii) Mewujudkan pasukan khas yang menjalankan kerja-kerja menampal jalan dalam tempoh 24 jam;

Page 283: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

283

(iv) Memperketatkan syarat kerja pengorekan di dalam rezab jalan kepada pihak utiliti dengan mensyaratkan Horizontal Direct Drill (HDD) berbanding pengorekan terbuka yang merosakan permukaan jalan; dan

(v) Menyelenggara jalan-jalan berdasarkan perancangan dan peruntukan yang diluluskan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkaitan isu pengurusan sisa sampah di kawasan pelupusan sampah yang semakin meningkat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu pengurusan sisa sampah di kawasan pelupusan yang semakin meningkat. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan beberapa cadangan projek melibatkan tiga (3) tempoh jangka masa projek seperti berikut:

(a) Perancangan Jangka Masa Pendek

(i) Menjalankan penguatkuasaan pengasingan sisa terhadap penduduk, komersial dan industri;

(ii) Menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek pengasingan sisa makanan dan minyak;

(iii) Menguji penggunaan tanah liat (Marine Clay) sebagai covering material;

(iv) Menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi mengalihkan sisa makanan daripada dihantar ke tapak pelupusan dengan melaksanakan perkhidmatan kitar semula sisa makanan dan perkhidmatan pemprosesan sisa makanan;

(v) Mengalihkan sisa kebun/cantasan pokok daripada dihantar ke tapak pelupusan dengan menghantar sisa terbabit ke sebuah syarikat yang menghasilkan wood chip untuk digunakan oleh industri;

(vi) Menggalakkan program upcycle dengan mengadakan taklimat dan pameran di program-program Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan

(vii) Melaksanakan program-program eko-komuniti melalui Unit LA21 dengan menjalankan Program Pendidikan (Taklimat dan Pameran), Program Zero Waste, Pertandingan Sekolah Hijau, Anugerah Kitar Semula Sekolah dan Kempen Makan Sampai Habis.

(b) Perancangan Jangka Masa Sederhana

(i) Menyediakan Material Recovery Facility (MRF) di tapak pelupusan Pulau Burung dengan sasaran kadar perolehan semula sebanyak 30%;

(ii) Membina pusat kitar semula bersepadu bagi sisa binaan, sisa kebun dan tanah korekan;

Page 284: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

284

(iii) Melaksanakan pengkomposan sisa pasar dengan kerjasama syarikat swasta di Pasar Awam Bagan Ajam;

(iv) Melaksanakan Dasar Penjana Bayar dengan mewajibkan pihak industri dengan sisa terbanyak membayar sendiri caj pelupusan bagi beratan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan; dan

(v) Membangunkan fasiliti ‘Material Recovery Facility (MRF)’ Di Tapak Pelupusan Pulau Burung Fasa 3 bagi mengitar semula sampah sebelum dilupus kekal.

(c) Perancangan Jangka Masa Panjang

(i) Menyediakan dokumen pengurusan sisa pepejal bagi peringkat perancangan kerja pembangunan; dan

(ii) Mewajibkan perlaksanaan kitar semula melalui Dasar Pengasingan Sisa Di Punca dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula (MPSP/MBPP) 2016.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan dan perancangan kepada belia di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah melaksanakan kajian pembangunan belia di Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk mengenal pasti ruang lingkup pembangunan belia, dan mewujudkan polisi dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Antara bidang yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

(a) Sosial:

(i) Golongan belia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri (meningkatkan dayahuni);

(ii) Golongan belia yang berpencapaian tinggi dan / atau yang telah bermanfaat dari program-program mentorship harus memainkan peranan sebagai mentor kepada golongan belia yang lain, terutamanya golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosioekonomi yang lebih rendah (meningkatkan dayahuni, menaik taraf ekonomi dan memperkasakan rakyat); dan

(iii) Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan pemberdayaan gender gender equality and empowerment dalam memperkasakan rakyat.

(b) Ekonomi:

(i) Golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan diri dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal,

Page 285: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

285

untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dalam peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara positif (menaik taraf ekonomi); dan

(ii) Golongan belia harus melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif untuk menyumbang kepada penciptaan pasaran baru dalam ekonomi (menaik taraf ekonomi & meningkatkan dayahuni).

(c) Politik dan Kepimpinan

(i) Golongan belia perlu mengambil inisiatif, dan diberikan peluang, untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat secara aktif dan melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan (memperkasakan rakyat).

(ii) Buat masa ini, Penang Youth Development Corporation (PYDC) sedang meneliti laporan berkenaan untuk perancangan program-program yang memenuhi permintaan dan keperluan golongan belia di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam mengawal pencemaran air di sekitar Pulau Pinang yang makin berleluasa?

(a) Nyatakan indeks pencemaran bagi Sungai Juru dan Sungai Perai.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Strategi Kerajaan Negeri dalam mengawal pencemaran air di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

(i) Menubuhkan Task Force dan Jawatankuasa Ops Lumpur bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);

(ii) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan sungai dan pantai mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh JPS seperti berikut:-

• Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

• Erosion dan Sediment Control Plan (ESCP);

• Garis panduan pembangunan berhadapan sungai; dan

• Integrated Shoreline Management Plan (ISMP)

(iii) Mengenakan syarat-syarat pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pengusaha perniagaan supaya mematuhi ketetapan untuk pemasangan perangkap minyak, menyediakan kolam takungan, loji rawatan air, dan melaksanakan persampelan air buangan setiap setengah tahun bagi tujuan pemantauan;

(iv) Pemantauan secara berterusan oleh PBT dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan

Page 286: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

286

kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

(v) Memastikan setiap permohonan pembangunan berkaitan sungai yang diterima mengikut garis panduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS);

(vi) Mengenakan had standard yang lebih ketat bagi pelepasan kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 berbanding Standard B sebelum ini;

(vii) Memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa (competent person) yang ditauliah oleh JAS dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-masing;

(viii) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan; dan

(ix) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada pihak industri serta sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

(a) Indeks pencemaran bagi Sungai Juru dan Sungai Perai pada tahun 2018 adalah kelas III.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Bagaimanakah prosedur operasi standard Kerajaan Negeri didalam mengawal selia sistem perparitan di sekitar Negeri Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri bagi cadangan pembangunan baharu adalah seperti berikut:

(i) Pemaju diwajibkan mematuhi dan mengikuti Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) Edisi ke-2 untuk mereka bentuk sistem perparitan bagi semua cadangan pembangunan;

(ii) Pemaju juga perlu merujuk kepada Kajian Induk Saliran Mesra Alam mengikut daerah yang berkenaan;

(iii) Bagi kawasan George Town, syarat akan dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berdasarkan Pelan Induk“The Study On Flood Mitigation And Drainage In Penang Island” yang telah digariskan oleh Japan International Corporation Agency (JICA);

Page 287: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

287

(iv) Semua syarat dan ulasan jabatan teknikal perlu diterjemahkan di dalam pelan sebelum kelulusan terhadap pelan parit dan jalan dikeluarkan; dan

(v) Pemantauan dibuat ke atas semua pelaksanaan projek pembangunan baharu secara berkala bagi memastikan pemaju mengikut spesifikasi Pelan Jalan dan Parit yang ditetapkan.

Dari segi penyelenggaraan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan sungai/ parit yang berada di bawah bidang kuasa jabatan masing-masing.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR. 4.0).

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Dalam memperkasakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Antara institusi-institusi yang memainkan peranan dalam memberi latihan kemahiran adalah seperti berikut:

(i) PSDC

PSDC memainkan peranan untuk melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi), dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Meister Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan diwujudkan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada masa yang serentak. Sistem pendidikan vokasional ini akan memanfaatkan ramai pelajar dan para remaja terutamanya mereka yang kurang kemahiran dan seterusnya akan membantu untuk meningkatkan kadar pendapatan para remaja di negeri kita.

(ii) Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Fourier Technical Consultants (FTC)

Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC) dalam menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills Employment Program-VSEP) buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program

Page 288: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

288

Vocational Skills Employment Programme(VSEP) melalui kolaborasi Penang Science Cluster, SAMENTA dan FTC akan memberi penekanan terhadap aspek adaptif kemahiran teknikal yang boleh diguna pakai dalam memenuhi visi tersebut. Melalui program VSEP ini, pelajar bukan sahaja belajar secara teori tetapi juga mempraktikkan kemahiran yang diajar sehingga menjadi modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, kursus City & Guilds (C&G) dijalankan oleh FTC dan mereka mempunyai rancangan untuk menambah bilangan pusat latihan sejajar dengan perkembangan VSEP.

(iii) Pusat Creative, Analytics & Technology (@CAT)

Satu program baharu dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT) telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat dalam sektorInternet of Things (IOT).

XIII. Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sila nyatakan jumlah biasiswa Penang Future Foundation yang telah diberikan sejak ia ditubuhkan dengan terperinci mengikut tahun.

(a) Nyatakan manfaat biasiswa ini kepada Kerajaan Negeri dan bagaimana memastikan penerima berkhidmat di negeri ini selepas pelajaran?

(b) Nyatakan usaha dalam publisiti biasiswa ini kepada rakyat Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Sejumlah RM11.1 juta biasiswa Penang Future Foundation (PFF) telah diberikan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015. Perincian adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Pemegang Biasiswa

Baru (RM) Jumlah Pemberian Biasiswa

(RM)

2015 63 408,098.73

2016 129 1,953,252.81

2017 108 4,102,053.97

2018 108 4,702,030.09

Jumlah 408 11,165,435.60

(a) Program Biasiswa PFF yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri adalah bertujuan menaja pelajar dari seluruh Malaysia yang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Perakaunan/Kewangan (STEMA). Program ini memberi bermanfaat kepada Kerajaan Negeri di mana ianya bukan sahaja dapat menarik bakat baru ke Pulau Pinang, malahan juga dapat mengekalkan bakat sedia ada bagi menyokong permintaan tenaga kerja di Pulau Pinang. Bagi memastikan pemegang biasiswa yang telah menamatkan pengajian berkhidmat di negeri Pulau Pinang dalam apa jua sektor pekerjaan pilihan mereka, Kerajaan Negeri telah menyediakan perjanjian yang perlu ditandatangani oleh setiap pemegang biasiswa. Melalui perjanjian tersebut, mereka perlu melaporkan kepada PFF

Page 289: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

289

dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan mengemukakan surat tawaran pekerjaan yang telah diterima.

(b) Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam mempromosikan biasiswa PFF kepada umum adalah seperti berikut :-

(i) Menyertai career fair dan mengadakan career talk di sekolah-sekolah tingkatan 6, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan pameran awam bagi berkongsi maklumat berkenaan PFF;

(ii) Membuat publisiti secara online melalui blog-blog biasiswa dan pendidikan tinggi;

(iii) Perkongsian maklumat melalui laman sesawang dan Facebook; dan

(iv) Pengumuman melalui sidang media pada 25 Mac 2019 oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Penang Alert telah dilancarkan tetapi kandungan tidak lengkap. Apakah masalah untuk mencapai matlamatnya?

(a) Bagaimana Penang Alert memberi amaran kepada masyarakat serta-merta semasa cuaca buruk?

(b) Nyatakan usaha yang mempertingkatkan kecekapan anggota yang bertugas semasa kecemasan bencana.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Portal Penang Alert telah dilancarkan pada 7 Mac 2018 dengan tujuan utama sebagai medium hebahan berhubung insiden, kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu perancangan serta membantu memudahkan orang awam di Negeri Pulau Pinang. Informasi yang disalurkan di Portal Penang Alert adalah melibatkan kolaborasi antara jabatan/agensi seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, semua Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Meteorologi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain.

Kerajaan Negeri juga telah meningkatkan hebahan pemakluman Penang Alert dengan penambahan saluran melalui aplikasi mudah alih (mobile apps). Namun, sebagai langkah-langkah untuk memantapkan lagi sistem sedia ada serta mendapatkan data yang lengkap bagi memenuhi keperluan dan kegunaan dalaman jabatan/agensi untuk membuat ramalan dan jangkaan masa dan lokasi berpotensi banjir di negeri ini, Kerajaan Negeri sedang membangunkan projek analitis data raya kedua bersama jabatan/agensi negeri terlibat berkaitan pengurusan bencana banjir atas keperluan utama penduduk dan membantu mengurangkan kerugian yang sering dialami oleh mangsa bencana khususnya banjir. Cadangan pembangunan sistem ini adalah bagi memantau dan mengawal risiko banjir berdasarkan lokasi-lokasi utama berisiko banjir. Melalui sistem ini, diharapkan ia dapat membantu pasukan penyelamat supaya boleh bersedia dan pemakluman kepada penduduk

Page 290: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

290

setempat diberi dalam tempoh masa mencukupi untuk persediaan sewajarnya. Projek ini adalah salah satu inisiatif di bawah pelaksanaan bandar pintar (Penang Smart City) sebagai amaran awal kepada orang awam.

(b) Anggota-anggota yang bertugas semasa berlakunya bencana sentiasa dilatih untuk meningkatkan kecekapan dan koordinasi di antara jabatan/agensi seperti latihan simulasi bersama dengan orang awam dilaksanakan secara berkala di setiap daerah dan program Civil Defense Emergency Response Team Community (CDERT-C) yang diterajui oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah diperluas ke semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Senaraikan tanah lapang Kerajaan Negeri dan Persekutuan di KADUN Berapit dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kawasan lapang di Negeri Pulau Pinang hanya diwartakan di bawah kawalan dan penyelenggaran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Tiada kawasan lapang yang diwartakan di bawah Kerajaan Persekutuan kerana kawalan kawasan lapang digunakan untuk maksud negeri. Senarai terperinci tanah lapang di KADUN Berapit adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 3)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Nyatakan projek-projek infrastruktur awam yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam perancangan di KADUN Berapit.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Projek-projek infrastruktur awam yang sedang dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri di KADUN Berapit adalah seperti diLampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 4)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Terdapat kilang-kilang IKS yang beroperasi di tempat kediaman KADUN Berapit yang lebih 30 tahun tanpa lesen perniagaan, apakah kriteria untuk PBT memberi lesen?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kilang-kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang beroperasi di kawasan kediaman KADUN Berapit tidak mendapat lesen perniagaan kerana :-

(i) Premis yang digunakan untuk menjalankan perniagaan tidak mempunyai kelulusan Pelan Kebenaran Merancang yang sah;

(ii) Perniagaan dijalankan di rumah kediaman dan tiada kelulusan tukar guna premis kediaman kepada perniagaan;

Page 291: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

291

(iii) Premis perniagaan mempunyai binaan tanpa kebenaran dan tiada kelulusan Pelan Bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang sah;

(iv) Premis perniagaan berada di zon yang tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan berkenaan;

(v) Permohonan lesen tidak mendapat sokongan daripada jabatan teknikal berkaitan yang dirujuk bagi kelulusan lessen; dan

(vi) Aktiviti perniagaan yang dijalankan menyalahi peruntukan perundangan sedia ada.

Kriteria yang digunapakai oleh MPSP untuk pemberian lesen perniagaan tetap adalah seperti berikut :-

(a) Permohonan yang dikemukakan perlu mendapat sokongan dan kelulusan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bomba;

(b) Premis yang digunakan sebagai premis perniagaan perlu dikategorikan sebagai bangunan; dan

(c) Premis berkenaan juga perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan.

Berkenaan dengan pengeluaran lesen bertempoh, kriteria yang digunapakai oleh MPSP untuk pengeluaran lesen tersebut pula adalah seperti berikut:-

(a) Aktiviti perniagaan di sesebuah premis perlu beroperasi melebihi tempoh satu (1) tahun;

(b) Aktiviti perniagaan yang dijalankan di sesebuah premis tidak boleh menimbulkan masalah kacau ganggu kepada orang awam;

(c) Tiada aduan kacau ganggu telah timbul daripada orang awam berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan dipremis berkenaan; dan

(d) Premis berkenaan diklasifisifikasikan sebagai premis yang berpotensi di putihkan dan pelan pembangunan premis tersebut berkemungkinan memperolehi kelulusan daripada MPSP.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah strategi yang diambil untuk perkembangan usahawan kecil dan sederhana dalam menghadapi dan mengatasi permasalahan dan juga kelemahan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Antara strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu perkembangan usahawan kecil dan sederhana dalam menghadapi dan mengatasi permasalahan dan juga kelemahan adalah seperti berikut :-

(a) Mengadakan kursus-kursus pembangunan usahawan termasuk motivasi, e-commerce bagi meningkatkan jualan, kemahiran dan perkhidmatan;

Page 292: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

292

(b) Menyediakan pinjaman mikro melalui Skim Pinjaman Harapan PDC kepada usahawan yang berkelayakan. Sehingga Mac 2019, seramai 3,253 usahawan telah menerima pinjaman daripada Skim Pinjaman Harapan (SPH) dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM16.79 juta;

(c) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan oleh Invest Penang di bawah @CAT;

(d) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baru kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur asing;

(e) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2019;

(f) Menganjurkan kursus-kursus keusahawan bersama dengan agensi persekutuan yang mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri 4.0;

(g) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang bersubsidi di @CAT dan meganjur pelbagai program pembangunan keusahawan untuk membantu mereka;

(h) Menyediakan ruang operasi kepada PKS di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;

(i) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran; dan

(j) MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan bagi tujuan promosi dan pemadanan perniagaan (business matching) seperti berikut:

(i) Pada 12-15 Julai 2018; seramai 6 usahawan Pulau Pinang menyertai Expo World HAPEX 2018 di Songkla, Thailand;

(ii) Pada 22-27 Oktober 2018; seramai 13 usahawan Pulau Pinang menyertai Trade Expo Indonesia di Banten dan Bandung, Indonesia;

(iii) iii. Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC 2019) pada 1-3 Mac 2019 di SPICE, Pulau Pinang;

(iv) iv. Pekan Raya Sumatera Utara Kali Ke-48 (Medan Fair 2019) pada 8 Mac – 8 April 2019, di Medan, Indonesia;

(v) v.Ekspo Halal Malaysia (HALFEST) Malaysia 2019 pada bulan September 2019 di Selangor;

Page 293: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

293

(vi) vi. HALFEST Malaysia, Tokyo Jepun 27-29 Nov 2018; dan

(vii) vii. Misi dagang ke Dubai 7-10 Mac 2019.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah dalam memperolehi kerakyatan bagi golongan yang memerlukan pengubahsuaian kad pengenalan merah kepada kad pengenalan biru daripada pihak JPN?

(a) Apakah peranan Kerajaan Negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperolehi kerakyatan adalah seperti berikut:

(i) Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf warganegara (kad pengenalan biru);

(ii) Bagi kalangan yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegara akan diberi

tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara Malaysia; dan

(iii) Pemegang kad pengenalan merah perlu berada di Malaysia dalam tempoh 10

tahun terakhir dari 12 tahun mereka berada di negara ini dan boleh berbahasa Melayu dan lulus dalam ujian khas Bahasa Melayu.

(a) Berkaitan isu ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Bahagian Kewarganegaraan Pulau Pinang (dibawah Portfolio YB Prof. Dr. P. Ramasamy) pada 1hb Februari 2013. Lima orang Pegawai Pembantu Kewarganegaraan, iaitu seorang pegawai untuk setiap daerah telah menjalankan tugas-tugas untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti dibawah: -

(i) Membantu penduduk-penduduk yang masih belum lagi mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan ataupun hanya mempunyai taraf pemastautin tetap untuk membuat permohonan secara sah dan lengkap di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN);

(ii) Membantu membuat tindakan, carian dan panggilan susulan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan bagi mengetahui status permohonan dan mempercepatkan pemprosesan;

(iii) Mengumpul data dan maklumat berhubung penduduk tanpa kerakyatan bagi seluruh Pulau Pinang dan menyediakan laporan-laporan berkala;

(iv) Mengatur dan menyelaras dengan pusat-pusat Khidmat ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen bagi pelaksanaan tugas-tugas tersebut;

(v) Membantu budak-budak yang tiada kerakyatan Malaysia. Ini disebabkan seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan dari luar negara tanpa berdaftar di JPN, maka sijil kelahiran anak mereka (dalam ruangan taraf kewarganegara) akan menunjukkan perkataan “Bukan Warganegara”. Ini bermaksud anak mereka tiada berkerakyatan

Page 294: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

294

Malaysia dan harus memohon kewarganegara melalui JPN di bawah PERKARA 15 (A);

(vi) Membantu pelajar-pelajar yang tiada kerakyatan Malaysia (stateless) menyelesaikan masalah Pass Lawatan Pelajaran dan juga masalah permohonan kemasukan sekolah murid bukan warganegara di bawah PERKARA 15 (A);

(vii) Membantu pemohon-pemohon yang menghadapi pelanjutan VISA termasuk dengan “Visa isteri kepada Warganegara” dan “Visa Balu”;

(viii) Memberi taklimat kepada orang awam terutama bagi orang yang memegang kad pengenalan merah (MyPR) dan budak-budak yang tiada kerakyatan Malaysia (Stateless) supaya mereka faham peraturan-peraturan untuk memohon taraf kewarganegara Malaysia;

(ix) Mengajurkan karnival-karnival yang berkaitan dengan kewarganegaraan dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dari Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain;

(x) Melawat ke rumah Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas untuk tujuan membantu mereka memohon taraf kewarganegaraan;

(xi) Membantu pemohon-pemohon yang tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia berkomunikasi dengan pegawai-pegawai Jabatan Pendaftran Negara dan Jabatan Imigresen; dan

(xii) Membantu menyelesaikan masalah anak angkat yang tiada kerakyatan Malaysia.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sila senaraikan semua perpustakaan awam dan desa di Negeri Pulau Pinang.

(a) Nyatakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf Perbadanan Perpustakaan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam 5 tahun ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Senarai semua perpustakaan awam dan desa di negeri Pulau Pinang adalah di Lampiran A.

(a) Sejumlah RM2,910,500.00 telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam 5 tahun ini untuk menaiktaraf semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Perincian adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 8)

Page 295: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

295

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Berapa unit CCTV dan penggunaan teknologi sistem pengecaman wajah yang telah dan akan dipasangkan?

(a) Nyatakan jenis dan bilangan kes yang telah dikenal pasti dengan CCTV dan bilangan saman yang diberi kepada pesalah.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Sehingga kini, Negeri Pulau Pinang telah dipasang dengan 904 unit kamera CCTV (Closed Circuit Television) iaitu 767 unit di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 137 unit di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Malah, MBPP dan MPSP merancang untuk menambah 252 unit CCTV iaitu 150 unit di kawasan MBPP dan 102 unit di kawasan MPSP.

Bagi teknologi sistem pengecaman wajah, CCTV yang dipasang dengan teknologi berkenaan adalah berdasarkan keperluan. Di kawasan MBPP, sebanyak 10 buah kamera CCTV dengan teknologi ini telah dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti oleh pihak polis sebagai lokasi-lokasi hotspot jenayah dan tambahan sebanyak 8 buah kamera CCTV dengan teknologi pengecaman wajah akan siap dipasang pada hujung bulan Mei 2019. Bagi MPSP, CCTV yang telah dipasang adalah belum dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah. Walau bagaimanapun, di bawah projek Smart City of Penang (SCoPe) kendalian MPSP yang mempunyai 64 buah unit CCTV hasil kerjasama dengan Syarikat Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd., sistem yang dibekalkan oleh pihak Intel mempunyai teknologi pengecaman wajah dan 7 unit daripadanya telah dipasang dengan keupayaan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan dan jenis kenderaan. MPSP turut mempunyai perancangan untuk memasang 45 unit CCTV tambahan yang akan dibuat secara tender pada April 2019. Penetapan jumlah CCTV yang akan menggunakan teknologi pengecaman wajah akan ditentukan kemudian oleh pihak MPSP berdasarkan keperluan dan kajian.

Jenis dan bilangan kes yang telah dikenal pasti dengan CCTV dan bilangan saman yang diberi kepada pesalah bagi kawasan MBPP dan MPSP adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Nyatakan kriteria untuk mengajurkan acara sukan di tempat awam terutamanya yang melibatkan jalan raya.

(a) Apakah tindakan boleh diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas penganjur yang tidak memperolehi kelulusan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri senantiasa memberi keutamaan terhadap aspek-aspek keselamatan pada tahap yang tertinggi dalam sebarang penganjuran program sukan di negeri Pulau Pinang yang diiktiraf oleh Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri sejak tahun 2008. Untuk setiap permohonan yang diterima di peringkat Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan, ianya akan melalui proses saringan dan tapisan terhadap kertas kerja acara yang dicadangkan sebelum kelulusan akhir untuk pengiktirafan program dikeluarkan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau

Page 296: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

296

Pinang. Proses saringan akan dilaksanakan terhadap faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesebuah program seperti kedudukan kewangan, keupayaan teknikal pihak penganjur, bilangan sasar peserta dan maklumat-maklumat berkaitan yang wajar diisytiharkan oleh pihak penganjur kepada jawatankuasa ini.

Pihak penganjur diwajibkan untuk melampirkan dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan jawatankuasa:-

(i) Latar belakang persatuan / syarikat;

(ii) Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pengelola;

(iii) Anggaran Perbelanjaan Penganjuran;

(iv) Peta Laluan;

(v) Salinan surat permohonan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).;

(vi) Salinan surat permohonan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur kepada Jabatan Kejuruteraan Pihak Berkuasa Tempatan;

(vii) Surat pelantikan pasukan kecemasan yang bertauliah;

(viii) Surat / Dokumen / Nota Kebenaran dari pemilik lokasi/tempat/kawasan program diadakan.;

(ix) Surat kebenaran yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM);

(x) Surat kebenaran yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan;

(xi) Kelulusan penganjuran acara sukan / lesen sukan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia;

(xii) Surat Sokongan dari Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang (Persatuan Sukan Yang Terlibat); dan

(xiii) Mendapakan perlindungan dari syarikat Insurans untuk liabiliti umum.

Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan juga menetapkan agar setiap penganjuran program perlu melalui sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Mesyuarat Penyelarasan Program yang melibatkan kehadiran semua wakil dari agensi awam dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan tahap keselamatan dan kelancaran perjalanan program dipatuhi sepenuhnya.

Kerajaan Negeri akan melaporkan syarikat/ penganjur yang melaksanakan program/ aktiviti sukan tanpa kelulusan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas syarikat / penganjur di bawah Seksyen 36, Akta 56 Akta Pembangunan Sukan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kawasan perkampungan merupakan kawasan yang tidak disenaraikan di dalam pengurusan PBT.

(a) Mengapa pengurusan perkampungan tidak disenaraikan di dalam skop PBT?

Page 297: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

297

(b) Bagaimanakah kecekapan pengurusan kebersihan dapat dipastikan sekiranya perkampungan tidak disenaraikan di dalam skop pengurusan PBT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang sememangnya melaksanakan pungutan sampah dan pembersihan jalan dan parit di kawasan kampung namun kaedah yang dilaksanakan adalah berbeza dengan pengurusan kebersihan di taman perumahan.

(a) Bagi pembersihan awam khususnya pungutan sampah domestik di kawasan kampung dilaksanakan seperti berikut:-

(i) Perkhidmatan pungutan sampah bagi kawasan kampung dalam kawasan bandar dijalankan 3 kali seminggu dengan menggunakan kenderaan High Side Tipper (1 tan);

(ii) Perkhidmatan pungutan sampah daripada tong komunal dilakukan setiap hari; dan

(iii) Perkhidmatan pungutan sampah pukal dan kebun dilakukan setiap hari kecuali hari Ahad.

Bagi pembersihan jalan utama dan parit yang dikonkritkan, pembersihan dilaksanakan mengikut penjadualan dan keperluan iaitu secara berselang seli atau secara task force berdasarkan aduan penduduk setempat.

Bagi pemotongan rumput dan pembersihan longkang, perkhidmatan juga diberikan di jalan-jalan utama dalam kawasan kampung dan kawasan lapang.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang giat mempromosikan program eSports.

(a) Senaraikan kos yang dibelanjakan untuk menjalankan program eSports dengan terperinci.

(b) Nyatakan manfaat eSports kepada masyarakat dan kaedah yang digunakan Kerajaan Negeri untuk berkomunikasi dengan ibu bapa.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC) telah membelanjakan sejumlah RM131,425.00 bagi program-program eSports anjuran bersama organisasi swasta bagi tahun 2018 seperti perincian berikut:

Page 298: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

298

Selain itu, Pejabat Exco Belia dan Sukan melaui PYDC juga akan menganjurkan The Elite Championship Series (TECS) Counter Strike: Global Offensive (GS:GO) dengan kos perbelanjaan RM 50,000.00 pada 3hb – 5hb Mei 2019 di The Top, Komtar sempena dengan Karnival Komtar. Sebanyak 64 pasukan akan mengambil bahagian.

eSports merupakan satu trend perkembangan sukan pada kebelakangan ini selari dengan pembangunan teknologi yang semakin canggih. Antara manfaatnya adalah eSports telah membuka ruang dan menyediakan peluang kepada golongan belia yang berminat dalam gaming untuk dijadikan sebagai sebuah kerjaya. Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi telah disediakan oleh industri eSports kepada orang awam.

Bidang pembangunan permainan (Games Development) dan industry eSports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa (Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan, programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games Developer), Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan disediakan oleh Industri eSports ini.

Penganjuran program Esports Experience oleh PYDC pada tahun 2018 telah berjaya menarik 10,000 pengunjung. Program ini diadakan untuk memperkenalkan eSports bukan sahaja kepada belia tetapi juga memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai eSports dan memahami ianya bukan setakat permainan yang ketagih. eSports mampu menyediakan peluang pekerjaan pada masa hadapan sekiranya ia dikendalikan dengan cara yang betul. Dengan penganjuran program sebegini, ibu bapa lebih terdedah untuk mengenali dan memahami bahawa eSports adalah aktiviti yang sihat untuk belia.

Program eSports yang akan diadakan pada 3 – 5 Mei 2019 di The Top Komtar juga mempunyai sesi eSports experience, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk memahami dan bermain eSports secara percuma.

Bil Nama Program Kos Perbelanjaan

1 ASUS ROG OPEN CATOGERY & UNIVERSITY

RM 20,000.00

2 League of Makers RM 1,200.00

3 ESPORTS EXPERIENCE RM 100,000.00

4 ESPORTS CAMPUS ROADSHOW RM 1,000.00

5 SEGI CARNIVAL RM 2,000.00

6 USM THE DOTA 2 RM 2,000.00

7 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC RM 225.00

8 ANSARA Esports Malaysia Championship 2018

RM 5,000.00

Jumlah RM 131,425.00

Page 299: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

299

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pejabat Kesihatan mengalami kekurangan kakitangan untuk menjalankan aktiviti fogging semasa musim denggi.

(a) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi masalah ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sedar akan masalah kekurangan kakitangan bagi menjalankan aktiviti semburan kabus atau fogging terutamanya semasa musim peningkatan ketara wabak denggi.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kaedah dalam kawalan denggi. Strategi utama yang dilaksanakan dalam kawalan denggi adalah melalui source reduction. Berdasarkan World Health Organisation (WHO), kaedah source reduction merupakan kaedah paling berkesan kerana ianya mencegah dan menghapus pembiakan nyamuk Aedes dan sekaligus mengurangkan populasi Aedes dewasa yang menjadi punca transmisi virus denggi. Pendekatan ini memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada komuniti bagi memastikan persekitaran premis dan kawasan luar bebas daripada menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Manakala semburan kabus (fogging) hanya bersifat sementara dan bukan kunci penyelesaian kerana ianya hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja.

Bagi menangani isu kekurangan kakitangan ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah membuat pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang akan menjalankan kerja-kerja pemusnahan tempat pembiakan serta semburan racun jentik-jentik. Pekerja sambilan harian ini juga akan diberi latihan pengendalian mesin semburan kabus dan menjalankan kerja-kerja semburan bagi memusnahkan nyamuk Aedes dewasa.

Dalam keadaan yang tertentu di mana berlakunya peningkatan kes yang amat mendadak, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang turut melaksanakan tindakan mobilisasi kakitangan kawalan vektor dari kawasan-kawasan yang kurang bermasalah seperti Kedah, Perak dan Perlis.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri juga telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan khidmat Operator Kawalan Serangga Swasta (PCO) sebagai tambahan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan denggi di negeri Pulau Pinang.

Tindakan jangka panjang yang sentiasa diberikan perhatian adalah melalui penglibatan penduduk setempat bagi aktiviti kawalan dan pencegahan tempat pembiakan denggi. Melalui penubuhan Communication for Behavioural Impact (COMBI), ianya diharap berupaya menggerakkan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran tempat tinggal serta memberikan kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kaedah pencegahan dan kawalan denggi.

Page 300: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

300

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Nyatakah peranan Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre dan impak yang telah diberikan kepada komuniti dengan terperinci.

(a) Nyatakan dari segi jumlah orang yang telah menggunakan perkhidmatan CAT dan telah berjaya mendapatkan kerja menerusi CAT.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pusat Penang Career Assistance and Talent Centre (CAT) membantu semua golongan graduan yang menganggur, pekerja yang diberhentikan kerja dan pekerja baharu dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan yang dikemukakan oleh majikan. Fungsi utama yang dijalankan oleh Pusat CAT ialah seperti berikut:-

(i) Mengendalikan laman web www.penangcatcentre.my sebagai sumber rujukan utama dan titik perhubungan untuk pihak majikan dan bakat tempatan dan seluruh dunia;

(ii) Menjalankan pemadanan jawatan (pemohon kerja dengan majikan);

(iii) Menyertai career fair dan mengadakan career talk di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan pameran awam bagi berkongsi peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di Pulau Pinang;

(iv) Menjalinkan perhubungan dengan stakeholders melalui dialog dan penglibatan bersama;

(v) Menjadi sekretariat kepada jawatankuasa biasiswa kerajaan negeri iaitu Penang Future Foundation (PFF);

(vi) Menyalurkan maklumat-maklumat dan cadangan polisi kepada pihak yang berkaitan; dan

(vii) Bekerjasama dalam mempromosi Priority Affordable Housing Scheme khususnya untuk Talent & Skilled Group.

Penubuhan Pusat CAT memberikan impak yang positif kepada komuniti melalui pemadanan jawatan yang dijalankan kepada semua golongan pencari kerja termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri. Inisiatif itu dilihat sebagai langkah terbaik dalam menangani isu pengangguran dan mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya di kalangan pencari kerja sekaligus mengoptimumkan penggunaan sumber manusia di Pulau Pinang. Selain itu, Penang CAT juga membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang berkelayakan serta bersesuaian bagi keperluan perusahaan dan industri mereka.

Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Page 301: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

301

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Industri 4.0 akan menggunakan teknologi AI dan robotik untuk menggantikan tenaga kerja tradisional.

(a) Bagaimana dan sejauh manakah Kerajaan Negeri telah membantu dalam mempertingkatkan daya saing tenaga kerja ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (a) Pada masa ini, fokus Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di Negeri Pulau Pinang seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Bagi mempertingkatkan daya saing tenaga kerja dalam industri 4.0, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa inisiatif seperti berikut :

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC menganjurkan Penang International Science Fair (PISF) yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 dan melaksanakan bengkel sains dan teknologi kepada pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga buah Science Cafe telah dibuka iaitu di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan di Pusat Perniagaan Alma;

(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosikan bidang sains, teknologi dan animasi kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baru dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan internet of things (IoT);

(iii) Menubuhkan Penang Maths Platform (PMP) di Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan kepada pembelajaran Matematik. KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang dan @CAT dalam memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0 dengan menganjurkan kelas robotik dan matematik;

(iv) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di KOMTAR bagi memupuk minat dalam bidang sains, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi serta menganjurkan program-program seperti kem sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat;

(v) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) pada Oktober 2016. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang telah mula beroperasi pada Januari 2019. Kerajaan Negeri juga akan membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, Seberang Perai yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL)

Page 302: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

302

untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap dilaksanakan pada akhir tahun 2019 dan akan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020. Selain itu, Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (Penang Islamic Digital Library – PIDL) akan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan dijangka siap pada akhir tahun 2019 dan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020;

(vi) Bekerjasama dengan PSDC yang memainkan peranan untuk melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi), dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Meister Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada masa yang serentak; dan

(vii) Bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC) dalam menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills Employment Program-VSEP) buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program VSEP melalui kolaborasi Penang Science Cluster, SAMENTA dan FTC akan memberi penekanan terhadap aspek adaptif kemahiran teknikal yang boleh digunapakai dalam memenuhi visi tersebut. Melalui program VSEP ini, pelajar bukan sahaja belajar secara teori tetapi juga mempraktikkan kemahiran yang diajar sehingga menjadi modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, kursus City & Guilds (C&G) dijalankan oleh FTC dan mereka mempunyai rancangan untuk menambah bilangan pusat latihan sejajar dengan perkembangan VSEP.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah PYDC mempunyai matlamat misi dan visi yang selari dengan Pejabat Belia dan Sukan?

(a) Apakah yang telah dilaksanakan oleh PYDC dan apakah manfaat pelaksanaan tersebut kepada masyarakat?

(b) Bagaimanakah hasil daripada pelaksanaan tersebut?

(c) Nyatakan carta organisasi, jumlah pekerja dan peruntukan bagi setahun.

Page 303: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

303

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Secara amnya Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan visi negeri untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah masyarakat yang maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia bertujuan untuk membangunkan golongan belia secara holistik, mengukuhkan personaliti, sosial dan pendidikan, dalam masa yang sama menyediakan platform kepada belia untuk menggunakan pengaruh, menyuarakan pendapat dan mengetahui kedudukannya dalam masyarakat bagi mencapai potensi penuh mereka.

Manakala fokus Jabatan Belia dan Sukan pula adalah untuk membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020 dan melaksanakan program / aktiviti yang berdasarkan arahan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada dasarnya PYDC dan Jabatan Belia dan Sukan mempunyai dasar yang sama untuk mempersiapkan belia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

(a) Sejak PYDC ditubuhkan pada 2012, ia telah memfokuskan kepada tiga (3) sektor utama dalam pembangunan belia, iaitu Pendidikan dan Kerjaya, Pembangunan bakat dan kepimpinan, dan Kesedaran Sivik dan Demokrasi.

Antara program yang telah dianjurkan oleh PYDC adalah seperti berikut:

(i) Kursus Kemahiran Asas Vocational Skills Employment Programme (VSEP) dengan Agenda Ekonomi Saksama (AES);

(ii) Pembelajaran Sains, English, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (ESTEEM);

(iii) Kursus kemahiran english;

(iv) Sidang Muda;

(v) Bengkel Demokrat Muda; dan

(vi) Pinang Fiesta.

Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan bertujuan membantu golongan belia dalam memahami polisi Kerajaan Negeri, menjadi tonggak pembangunan negeri pada masa hadapan dan juga ia dapat membantu golongan belia untuk memasuki era pekerjaan dengan dilengkapi pelbagai kemahiran.

Kini, PYDC sedang dalam proses penstrukturan semula. Empat (4) bidang utama akan menjadi focus PYDC dalam pembangunan belia pada masa yang akan datang, iaitu:

(i) Pendidikan dan Pembangunan Kerjaya;

(ii) Memperkasa dan Penyertaan;

Page 304: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

304

(iii) Bakat, Seni dan Kebudayaan; dan

(iv) Pengurusan.

Program-program yang dirancang untuk dijalankan oleh PYDC termasuk:

(i) Bengkel Demokrat Muda;

(ii) Sidang Muda;

(iii) Program pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam bidang muzik dengan University Shih Chien;

(iv) Program Esports;

(v) Program lawatan ke penjara;

(vi) Pameran pendidikan;

(vii) Bengkel pembangunan kemahiran;

(viii) Youth Entrepreneur Startup;

(ix) Youth Career; dan

(x) Karnival belia.

(b) Hasil dan impak pelaksanaan program adalah seperti di Lampiran A.

(c) Carta organisasi PYDC adalah seperti Lampiran B. Buat masa ini, PYDC mempunyai empat (4) orang kakitangan bertaraf kontrak.

PYDC telah menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri mulai tahun 2014. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut:

(i) Tahun 2014 - RM 520,000.00

(ii) Tahun 2015 - RM 520,000.00

(iii) Tahun 2016 - RM 520,000.00

(iv) Tahun 2017- RM 820,000.00

(v) Tahun 2018- RM 820,000.00

(vi) Tahun 2019- RM 820,000.00

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 16)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Berapa jumlah peruntukan untuk Penang Free Wi-Fi sejak dilancarkan?

(a) Apakah status sekarang dan KPI?

Page 305: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

305

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jumlah peruntukan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk projek Penang Free Wi-Fi (PFW) sejak dilancarkan pada tahun 2009 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Pada 13 Februari 2019, perkhidmatan PFW telah dihentikan buat sementara waktu bagi menambah baik perkhidmatan tersebut melalui panggilan Request for Proposal (RFP) yang baru.

Bagi memastikan rakyat Negeri Pulau Pinang menikmati perkhidmatan PFW yang lebih berkualiti kelak, Kerajaan Negeri telah menetapkan Key Performance Indicator (KPI) dan spesifikasi seperti berikut:

(i) Menaik taraf kelajuan wifi kepada setiap pengguna dengan purata kelajuan 2Mbps dan backhaul berkapasiti 1.5Gbps;

(ii) Melaksanakan Wi-Fi standard IEEE 802.11g/n/ac/ax yang menggunakan dual band 2.4GHz sehingga 5GHz yang boleh mencapai kelajuan maksima 600Mbps; dan

(iii) Lokasi access point (AP) dicadangkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di bangunan kerajaan, pasar awam dan hospital.

RUJ. LAMPIRAN A (N0. 18)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Terdapat banyak aduan tentang tekanan air rendah, bagaimana PBA mengatasi masalah?

(a) Berapa lama PBA harus menukar paip yang baharu untuk mengelakkan masalah paip berkarat.

(b) Nyatakan jadual PBA atas penukaran paip utama dalam 5 tahun lepas dan juga masa depan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengenal pasti penukaran paip-paip lama mengikut kekerapan kerosakan/kebocoran termasuk tekanan rendah paip bekalan untuk satu-satu lokasi serta berdasarkan bajet yang diperolehi.

(b) Projek Penggantian Paip Lama oleh PBAPP bagi lima (5) tahun lepas adalah seperti yang dilampirkan. Secara purata sesuatu paip air PBAPP akan diganti selepas 20 tahun tetapi tertakluk kepada kekerapan kerosakan dan bajet.

RUJ. LAMPIRAN NO. 18)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Perkhidmatan bas Rapid Penang ke lapangan terbang telah disediakan kepada penduduk di sebelah pulau.

Page 306: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

306

(a) Sila nyatakan perkhidmatan Rapid Penang ke lapangan terbang yang disediakan kepada penduduk di Seberang Perai terutamanya di kawasan Bukit Mertajam

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Setakat ini tiada perkhidmatan bas dari Seberang Perai terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Walau bagaimanapun, terdapat perkhidmatan bas laluan 701, 702 dan 709 yang disediakan oleh Rapid Penang dari Bukit Mertajam ke Penang Sentral untuk transit ke pangkalan terminal feri menuju ke bahagian pulau. Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LTAPP dari pangkalan terminal feri dengan menaiki bas Airport Transit (AT), 401 atau 401E.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Adakah Rumah Rehat BM akan dirobohkan untuk dijadikan kawasan letak kereta?

(a) Jika tidak, apakah yang akan dilakukan dengan Rumah Rehat BM yang terbiar lama dan menjejas imej Bukit Mertajam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri tidak merancang untuk merobohkan Rumah Rehat Bukit Mertajam atau menjadikannya sebagai kawasan letak kenderaan.

(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan Rumah Rehat Bukit Mertajam sebagai pusat aktiviti setempat bagi kegunaan orang awam.Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah telah diberi tanggungjawab untuk merancang menghidupkan semula Rumah Rehat tersebut bersama-sama Yang Berhormat ADUN Kawasan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Nyatakan tanah ibadat bukan Islam yang diperuntukkan dalam negeri dengan terperinci dan jumlah keluasan yang masih belum diguna lagi.

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Jumlah keseluruhan tanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri adalah seluas 79.499 ekar. Perinciannya tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Manakala bagi jumlah tanah RIBI yang masih kosong adalah seluas 49.326 ekar. Perinciannya adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 21)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Dengan pelaksanaan pembangunan baharu, adakah Kerajaan Tempatan memperuntukkan setiap jalan raya mempunyai kawasan untuk pejalan kaki di Pulau Pinang? (a) Adakah kawasan pejalan kaki termasuk di dalam kriteria bagi setiap projek baharu?

Page 307: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

307

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Polisi penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki yang diguna pakai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mewajibkan semua cadangan pemajuan baru mematuhi syarat penyediaan laluan pejalan kaki sebelum kelulusan dapat diperolehi untuk pemajuan tersebut. Kriteria ini adalah untuk jalan raya yang berkelebaran melebihi 40 kaki.

Bagi jalan-jalan yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), butiran mengenai penyediaan laluan / ruang pejalan kaki ini akan diperincikan di dalam pelan parit dan jalan yang dikemukakan kepada MBPP dan ianya perlu disemak serta diluluskan oleh pihak MBPP selepas kelulusan diperolehi untuk Pelan Merancang dan Pelan Bangunan.

(a) Polisi penyediaan kemudahan pejalan kaki yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang mewajibkan semua kelulusan cadangan pemajuan oleh pemaju mematuhi syarat penyediaan laluan pejalan kaki sebelum kelulusan dapat diperolehi. Reka bentuk kemudahan pejalan kaki dan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) yang akan dibina mesti mematuhi Standard MS1184 (Universal design and accessibility in the built environment - Code of practice) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 (Seksyen 34A).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Nyatakan peranan dan carta organisasi Penang Port Sdn Bhd dan Penang Port Commission.

(a) Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Penang Port lebih berdaya saing dan menampung lebih kapal?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Penang Port Sdn Bhd (PPSB) adalah anak syarikat milik penuh MMC Port Holdings Sdn Bhd yang merupakan operator pelabuhan yang telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melalui peruntukkan di bawah seksyen 9 (3)(a) Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 berkuatkuasa 1 Januari 1994 sehingga 31 Disember 2041.

Berdasarkan kepada lesen pengoperasian tersebut, PPSB dikehendaki untuk mengendali, menguruskan operasi serta menyelenggara dan menyediakan perkhidmatan dan fasiliti kepada pengguna-pengguna pelabuhan dalam membangunkan Pelabuhan Pulau Pinang.

Selain itu, SPPP juga telah memajakkan beberapa lot tanah kepada PPSB dalam memastikan kelancaran operasi pelabuhan termasuk pelan pembangunan dalam memastikan Pelabuhan Pulau Pinang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal.

Dalam menjalankan operasi pelabuhan, SPPP selaku pihak berkuasa pelabuhan akan mengawal selia setiap pengoperasian oleh PPSB supaya ianya selari dengan peruntukkan-peruntukan undang-undang, pelan pembangunan serta “port undertaking” yang telah diperincikan dalam Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990. Carta organisasi PPSB dan SPPP adalah seperti di Lampiran A.

Page 308: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

308

(a) Dalam menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang lebih berdaya saing, pelbagai pelan pembangunan telah dirangka oleh pihak PPSB seperti berikut:

(i) Mewartakan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) sebagai zon perdaganan bebas dalam mempromosikan PKBU sebagai pelabuhan transperkapalan serantau;

(ii) Membangunkan semula Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) dengan merangka pelan pembesaran terminal supaya SPCT menjadi tempat persinggahan utama kapal-kapal persiaran di rantau ini setanding dengan terminal antarabangsa yang lain.

Manakala, Kerajaan Negeri berperanan untuk menyokong inisiatif PPSB seperti berikut:

(i) Kelulusan dalam memberi milik tanah kepada SPPP atau PPSB dalam memastikan semua projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan teratur dan dalam masa yang ditetapkan seperti yang dirancangkan;

(ii) Kelulusan untuk mengeluarkan permit dan/atau lesen dalam melaksanakan pelan/projek pembangunan; dan

(iii) Sokongan padu dalam mewartakan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti dalam pelabuhan sebagai “legal landing area” serta zon perdagangan dan/atau perindustrian bebas.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 23)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah perancangan Kerajaan Negeri atas menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan menengah?

(a) Jika ada, nyatakan jumlah peruntukan, bila bantuan akan diberikan dan cara untuk menyelaraskan bantuan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada 3 Oktober 2018 telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta untuk sekolah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) di Negeri Pulau Pinang yang memerlukan peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur.

Status terkini bantuan kewangan RM3.0 juta Kerajaan Negeri kepada sekolah bantuan penuh kerajaan adalah di peringkat penilaian dan kelulusan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Bantuan ini dijangka akan disalurkan kepada sekolah pada bulan Mei 2019 selepas kelulusan tersebut.

Kaedah yang digunakan untuk penyelarasan bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD);

Page 309: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

309

(ii) PPD akan menyelaras permohonan di peringkat daerah dan mengemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP);

(iii) JPNPP akan menilai permohonan yang dibuat dan memberi keutamaan kepada permohonan yang melibatkan keselamatan dan pembelajaran dan pengajaran (PdP);

(iv) JPNPP akan mengangkat permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Menteri II untuk kelulusan permohonan; dan

(v) Peruntukan akan disalurkan ke dalam akaun sekolah secara outright grant.

Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan bantuan sebanyak RM20,000.00 sahaja bagi setiap sekolah. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh menggunakan budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.00.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Nyatakan tujuan pertubuhan Penggerak Komuniti Muda (PEKA) dan apakah hubungan PEKA dengan Penang Institute?

(a) Nyatakan jumlah perbelanjaan oleh kerajaan dalam program PEKA sejak ia ditubuhkan dengan terperinci.

(b) Apakah impak yang diberikan oleh PEKA kepada komuniti dan nyatakan aktiviti yang dijalankan oleh PEKA?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Objektif penubuhan Penggerak Komuniti Muda (PEKA) adalah untuk mengalakkan penglibatan anak muda dalam aktiviti kesukarelawan dan program Kerajaan Negeri serta komuniti. PEKA merupakan satu program di bawah Penang Institute.

(a) Jumlah perbelanjaan bagi membiayai program-program yang dianjurkan oleh PEKA sejak penubuhannya dari tahun 2016 sehingga Disember 2018 adalah RM299,535.25 melibatkan 52 program. Bilangan program dan perbelanjaan mengikut tahun sejak 2016 adalah seperti di Lampiran A.

(b) PEKA telah menjalankan pelbagai program yang memberikan pelbagai impak kepada komuniti yang telah menghasilkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan maju dengan kehidupan yang lebih mudah, senang, bahagia dan berjaya berdasarkan budaya dan jatidiri masyarakat yang berpegang teguh dengan prinsip rukun negara. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PEKA adalah seperti:

(i) Menubuhkan pusat tuisyen percuma untuk pelajar-pelajar daripada keluarga golongan B40 bagi meningkatkan daya mobiliti sosial mereka. Pada tahun 2018, sebanyak 22 pusat tuisyen telah disediakan untuk membantu lebih 700 pelajar. Dalam tahun ini (2019), sebanyak 38 pusat telah dibuka dan memberikan manfaat kepada 1,000 pelajar yang mendaftar;

Page 310: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

310

(ii) Program yang dimulakan di bawah PEKA telah diambil alih dan diperkembangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi lain seperti program Mutiara Food Bankyang dimulakan pada tahun 2017 dan telah mengumpulkan sebanyak 321 tan makanan dan memberikan manfaat kepada 31,429 penerima. Program ini telah diinstitusikan dan diadaptasi ke dalam program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Malaysia Food Bank dan Food Bank Siswa;

(iii) Program Bengkel Saintis Muda semasa cuti sekolah untuk pelajar-pelajar peringkat rendah. Program ini dijalankan di 13 kawasan di seluruh Pulau Pinang dan memberikan manfaat kepada sebanyak 650 pelajar dari umur 7-12 tahun yang mengalakkan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik). Program ini kemudiannya telah diambil alih dan dijalankan sendirian oleh Tech Dome Penang;

(iv) Penyediaan insrastuktur ‘Penang Bangkit’ untuk membantu menyalurkan bantuan one-off dan menguruskan pusat infomasi untuk memberikan maklumat tentang bantuan-bantuan lain. Sebanyak 42,499 orang yang terkesan telah menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri pada masa itu; dan

(v) Penganjuran aktiviti-aktiviti komuniti dan kesukarelawan seperti membaiki rumah warga emas yang miskin, memberi pemeriksaan kesihatan percuma, mengangkat budaya tempatan dan memelihara permainan tradisional masyarakat Melayu, memeriahkan pusat golongan buta dan cacat penglihatan, menjalankan kaji selidik mengenai penghijauan Sungai Perai, menjalankan pertandingan E-sports, mengangkat seni perfileman tempatan, mengadakan forum, membersihkan kawasan setempat yang dikenalpasti kawasan pembiakan denggi, menjalankan program membanteras dadah dan lain-lain lagi. Senarai program yang terperinci telah dilampirkan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 25)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Nyatakan sumber dan punca pendapatan Kerajaan Negeri selain daripada mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.

(a) Bagaimana Kerajaan Negeri mempertingkatkan pendapatan daripada sumber negeri sendiri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Selain daripada menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan ke akaun Terimaan Bukan Hasil, sumber dan punca pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada tiga (3) sumber utama iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM84.61 juta daripada Kerajaan Persekutuan iaitu 8.33% daripada jumlah keseluruhan terimaan hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1.015 bilion.

Page 311: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

311

Kerajaan Negeri sentiasa menumpukan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kutipan hasil bagi sumber hasil sedia adaseperti berikut:

(a) Meningkatkan hasil cukai tanah melalui semakan semula kadar cukai tanah dengan persempadanan semula kawasan tanah bandar dan desa (mengambil kira bandar-bandar baharu) serta mengikut jenis kegunaan tanah (contoh: kediaman rumah banglo dan rumah kos rendah);

(b) Pelaksanaan kutipan cukai petak dan blok sementara berkuatkuasa 1 Januari 2019 yang mana cukai dikenakan ke atas setiap pemilik petak berbanding sebelum ini cukai dikenakan ke atas lot induk (mother lot);

(c) Mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bagi menyelesaikan isu tunggakan cukai tanah dan memberi fokus kepada hak milik tanah yang mempunyai tunggakan yang tinggi disamping melaksanakan proses pembersihan data dalam sistem e-Tanah;

(d) Mengutip tunggakan cukai tanah melalui penguatkuasaan undang-undang seperti pengeluaran Notis Cukai Tidak Dibayar (Notis 6A) dan Notis Perampasan Tanah (Notis 8A) secara berterusan kepada tuan tanah yang ingkar untuk membuat bayaran cukai tanah;

(e) Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Tunggakan Cukai Tanah selepas 31 Mei setiap tahun ke atas tuan-tuan tanah yang masih belum menjelaskan bayaran cukai tanah;

(f) Menyediakan perkhidmatan bayaran cukai tanah atas talian (online);

(g) Menyediakan kemudahan pembayaran cukai tanah di mana-mana kaunter Pihak Berkuasa Tempatan mulai Januari 2019;

(h) Membenarkan bayaran ansuran kepada pemilik tanah yang mematuhi garis panduan bagi jadual pembayaran cukai tanah secara ansuran;

(i) Mengutip tunggakan bayaran sewa perumahan awam dengan mengeluarkan notis-notis penguatkuasaan seperti Notis Amaran 14 hari, Notis Tarik Balik dan Arahan Pengosongan kepada tuan rumah yang gagal membayar sewa perumahan awam; dan

(j) Memastikan pelaburan Kerajaan Negeri yang dapat memberi pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Matlamat Pembangunan Lestari atau "Sustainable Development Goals" (SDGs) telah menjadi agenda global.

(a) Nyatakan usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri setakat ini untuk mencapai matlamat SDGs.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Pada ketika ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar mampan melalui tadbir urus dan inisiatif pintar. Hala tuju Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa ini dilihat

Page 312: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

312

penting bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Sustainable Development Goals (SDG).

(a) Antara usaha-usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat SDG adalah seperti berikut:

(i) Melancarkan Agenda Hijau Pulau Pinang (AHPP) pada Mac 2017 dan dijadualkan siap pada tahun 2019 yang bertujuan untuk menghasilkan strategi-strategi serta membina komuniti Pulau Pinang yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran alam sekitar menjelang tahun 2030. Fasa pertama AHPP telah dijalankan sepanjang tahun 2017 untuk mengenal pasti isu-isu utama alam sekitar di Pulau Pinang melalui perundingan dengan pihak berkepentingan. Hasil yang diperolehi pada fasa pertama telah menentukan skop fasa kedua bagi penggubalan dasar dan visi negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2030 iaitu menjadi negeri yang paling hijau di Malaysia dengan dipacu oleh ekonomi hijau, tadbir urus inovatif melalui perkongsian 4P (Partnership); Public (Awam), Private ( Swasta), People(Rakyat), dan Profesional serta pembangunan agenda mampan. Bagi fasa kedua AHPP, Kerajaan Negeri telah menubuhkan kumpulan kerja untuk mengkaji isu-isu strategik yang membawa impak besar kepada hala tuju pembangunan negeri. Ahli kumpulan kerja AHPP adalah terdiri penggubal dasar, pegawai awam, pengamal dan ahli akademik, wakil masyarakat sivil termasuk peniaga. Input yang diperolehi daripada kumpulan kerja ini telah mewujudkan pelan hala tuju bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG);

(ii) Menguruskan sisa pepejal secara bertanggungjawab dan mensyaratkan pengasingan sampah yang boleh dikitar semula daripada aktiviti pembinaan atau perobohan sehingga diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana telah mewujudkan Upcycle Park yang pertama di Malaysia;

(iii) Menyediakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) berdasarkan peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986;

(iv) Mematuhi reka bentuk kemudahan laluan pejalan kaki dan kemudahan orang kelainan upaya (OKU) mengikut standard MS 1184 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986;

(v) Pematuhan ke atas Seksyen 11, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit;

(vi) Pemakaian produk peranti penjimatan air mengikut spesifikasi yang ditetapkan;

(vii) Mensyaratkan penyelesaian masalah setinggan oleh pemaju di peringkat Kebenaran Merancang;

(viii) Menetapkan syarat dan insentif untuk penyediaan rumah kos rendah, sederhana rendah dan Rumah Mampu Milik (RMM) oleh pemaju;

Page 313: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

313

(ix) Penyediaan kemudahan awam seperti kawasan lapang, pusat masyarakat, kemudahan keagamaan, pasar dan tadika / taska bagi projek perumahan baru;

(x) Pemberian insentif bagi projek yang mendapat penarafan Green Building Index (GBI);

(xi) Menaiktaraf bandar-bandar dan kawasan-kawasan tertentu dengan mengekalkan identiti asalnya melalui kerjasama dengan Think City;

(xii) Menyediakan laluan basikal sebagai alternatif bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan rendah karbon;

(xiii) Mengadakan program eko-terapi (eco-therapy) rimba bagi menekankan kepentingan pengekalan kawasan hijau;

(xiv) Menambah ruang hijau melalui penanaman pokok bagi meningkatkan kapasiti resapan karbon; dan

(xv) Merencanakan projek tebatan banjir bagi meningkatkan daya tahan negeri dalam menghadapi bencana.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Industri pelancongan perubatan menyumbang besar kepada ekonomi negeri tetapi juga membawa kesan negatif seperti peningkatan penyakit Tuberkulosis (TB) dalam negeri

(a) Nyatakan status TB dalam negeri.

(b) Nyatakan penyakit dan kesan negatif lain yang disebabkan oleh pelancongan perubatan dan cara mengatasi.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri tidak menafikan bahawa industri pelancongan perubatan kini merupakan satu industri yang penting dalam menjana ekonomi negeri ini. Sepertimana industri pelancongan biasa, industri pelancongan perubatan bukan sahaja membawa impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi di negeri ini, malah boleh memberi kesan negatif seperti penyebaran Communicable Diseases seperti penyakit Tuberkolosis (Tibi).

(a) Bagi Negeri Pulau Pinang, sebanyak 1,316 kes Tibi di laporkan pada tahun 2017 dan 1,228 kes pada tahun 2018. Bagi pelancong perubatan, terdapat sejumlah 398 kes Tibi dilaporkan bagi tahun 2017 dan 425 kes bagi tahun 2018. Dalam memastikan setiap kes ini diambil perhatian, Jabatan Kesihatan Negeri akan menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas individu yang berhubung rapat dengan pesakit. Manakala, bagi pelancong perubatan pula, maklumat kes yang dilaporkan akan dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen untuk mengesahkan kepulangan pesakit-pesakit ini ke negara asal dengan segera.

(b) Matlamat sebenar industri pelancongan perubatan ini adalah untuk menerima pesakit yang menghidap Non-Communicable Diseases atau penyakit tidak

Page 314: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

314

berjangkit. Walau bagaimanapun, terdapat pelancong perubatan (medical tourist) yang menghidapi penyakit berjangkit seperti tuberculosis dan campak cuba mendapatkan rawatan di negeri ini. Hal ini menyebabkan risiko jangkitan kepada penumpang pesawat memandangkan kebanyakan pesakit pelancongan perubatan ini tidak membuat pengisytiharan sendiri (self-declaration) sebagai pesakit penyakit berjangkit. Buat masa ini, saringan di pintu masuk di lapangan terbang antarabangsa adalah berdasarkan pesakit yang demam.

Secara amnya, kesan negatif yang dibawa oleh industri pelancongan perubatan adalah seperti berikut:

(i) Risiko penyebaran penyakit berjangkit; dan

(ii) Perubahan struktur masyarakat tempatan di mana terdapat kediaman

yang disewa oleh pesakit pelancongan perubatan.

Dalam mengatasi risiko ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telahpun menempatkan kakitangan di pintu masuk antarabangsa lapangan terbang bagi menjalankan proses saringan dan siasatan berdasarkan kes berjangkit yang dilaporkan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Penilaian Impak Sosial (SIA) merupakan aspek kemanusiaan yang diambil kira dalam penilaian keseimbangan ekosistem persekitaran.

(a) Adakah SIA diwajibkan dalam semua pembangunan dalam negeri? Nyatakan projek-projek yang diwajibkan dengan SIA buat masa sekarang.

(b) Nyatakan jenis projek yang perlukan SIA dan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Tidak semua projek pembangunan negeri diwajibkan menyediakan Penilaian Impak Sosial (SIA). Antara projek-projek yang diwajibkan SIA pada masa ini adalah Penang South Reclamation (PSR) dan Bayan Lepas Light Rail Transit(BLLRT).

(b) Terdapat tiga (3) kategori projek dalam SIA yang terdapat dalam Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi Projek Pembangunan (Edisi Ke-2) oleh PlanMalaysia iaitu:-

(i) Kategori 1:

Projek pembangunan di bawah Seksyen 20B Akta 172 yang perlu mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terlebih dahulu, di mana cadangan pemajuan beserta laporan SIA hendaklah dikemukakan kepada MPFN.

Jenis Pembangunan Kategori 1 adalah seperti penebusan pinggir laut (penebusan pinggir laut, termasuk pulau buatan), infrastruktur utama negara (lapangan terbang utama, pelabuhan laut dan lain-lain) dan

Page 315: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

315

infrastruktur lain yang berkepentingan negara (infrastruktur yang merentasi atau melibatkan tadahan penduduk dua negeri atau lebih).

(ii) Kategori 2:

Projek pembangunan di bawah subseksyen 22 (2A), Akta 172 yang juga hendaklah dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Memandangkan projek-projek di bawah subseksyen 22 (2A) adalah berskala besar dan mempunyai impak yang tinggi, maka laporan SIA perlu disediakan.

Jenis Pembangunan Kategori 2 adalah pembangunan perbandaran baru (keluasan melebihi 100 hektar atau penduduk melebihi 10,000 orang), infrastruktur utama (lapangan terbang swasta, pelabuhan swasta dan lain-lain) dan pembangunan di puncak atau lereng bukit.

(iii) Kategori 3:

Projek-projek selain daripada yang di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2, tetapi dikenal pasti oleh PlanMalaysia@Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai impak sosial yang ketara dan tidak mencukupi untuk hanya dipertimbangkan melalui Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan di bawah perenggan 21A (1) (ea), Akta A1522.

Jenis Pembangunan Kategori 3 adalah pembangunan yang mempunyai impak sosial ketara yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT (Pusat Hiburan/Taman Tema, krematorium, perlombongan, Kawasan perindustrian utama, incinerator, akuakultur, logi dan pusat penapisan minyak dan gas).

Manakala jenis projek yang memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pula adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu:-

• Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama iaitu pertanian, aerodrom, saliran dan pengairan, perikanan, perhutanan, industri, penebusgunaan tanah, perlombongan, petroleum, pelabuhan, penjanaan dan pemancaran kuasa, pembangunan di kawasan pantai dan bukit, pembangunan di kawasan cerun, pengolahan dan pelupusan buangan, pengorekan, perumahan,pembangunan estet industri, bandar baharu, kuari, jalan dan bekalan air.

• Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pertanian, aerodrome, saliran dan pengairan, perikanan, perhutanan, industri, penebusgunaan tanah, perlombongan, petroleum, pelabuhan, penjanaan dan pemancaran kuasa, pembangunan di kawasan pantai, taman negara dan taman negeri, pembangunan di kawasan cerun, pengolahan dan pelupusan buangan, pembinaan empangan, pengangkutan dan bahan radio aktif dan buangan radioaktif adalah aktiviti yang ditetapkan.

Page 316: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

316

• Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama tidak memerlukan pameran awam dan ulasan awam melainkan jika diarahkan selainnya, secara bertulis, oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS). Aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua memerlukan pameran awam dan ulasan awam.

• Walau apa pun subperenggan (i), aktiviti yang berikut juga ialah aktiviti yang ditetapkan;

• Apa-apa aktiviti yang ditetapkan dibahagikan kepada saiz atau kuantum yang lebih kecil daripada saiz atau kuantum yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua; atau

• Apa-apa aktiviti yang melibatkan pertambahan saiz atau kuantum yang menyebabkan aktiviti itu dikategorikan sebagai aktiviti yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Berlakunya retakan bangunan terutamanya rumah kediaman di KADUN Berapit selepas kerja-kerja pembangunan baharu yang berhampiran dijalankan. (a) Nyatakan jabatan atau agensi yang dapat mengesahkan kekukuhan struktur rumah dan dinding yang retak demi memastikan bangunan tersebut selamat dihuni.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Jabatan yang bertanggungjawab terhadap pengesahan kekukuhan struktur rumah dan dinding yang retak adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT bertanggungjawab dalam memberi kelulusan Kebenaran Merancang kepada pemaju projek pembinaan yang terlibat. Oleh kerana kejadian yang dinyatakan berlaku di Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Berapit, akibat kerja-kerja pembangunan baharu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh mengarahkan pihak pemaju/perunding untuk membuat siasatan melalui jurutera bertauliah dan membuat pengesahan struktur bagi memastikan bangunan selamat diduduki.

XIV. Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Nyatakan polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan modal insan belia-belia di Pulau Pinang selaras dengan Visi Penang 2030.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Visi Penang 2030 yang dilancarkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri baru- baru ini adalah

kesinambungan daripada perancangan dan dasar Kerajaan selama ini termasuk dasar baharu di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Penang Institut telah melaksanakan kajian pembangunan belia di Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk mengenal pasti ruang lingkup pembangunan belia, dan mewujudkan polisi dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Antara bidang yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

Page 317: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

317

(i) Sosial

(a) Golongan belia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri (meningkatkan dayahuni);

(b) Golongan belia yang berpencapaian tinggi dan/atau yang telah bermanfaat dari program-programmentorship harus memainkan peranan sebagai mentor kepada golongan belia yang lain, terutamanya golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosioekonomi yang lebih rendah (meningkatkan dayahuni, menaik taraf ekonomi dan memperkasakan rakyat); dan

(c) Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan pemberdayaan gender (gender equality and empowerment) dalam memperkasakan rakyat.

(ii) Ekonomi

(a) Golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan diri dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal, untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dalam peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara positif (menaik taraf ekonomi); dan

(b) Golongan belia harus melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif untuk menyumbang kepada penciptaan pasaran baru dalam ekonomi (menaik taraf ekonomi & meningkatkan dayahuni).

(iii) Politik dan Kepimpinan

(a) Golongan belia perlu mengambil inisiatif, dan diberikan peluang, untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat secara aktif dan melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan (memperkasakan rakyat).

Buat masa ini, Penang Youth Development Corporation (PYDC) sedang meneliti laporan berkenaan perancangan program-program yang memenuhi permintaan dan keperluan golongan belia di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk membina rumah PPR di DUN Permatang Pasir dalam tempoh terdekat.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Sistem Maklumat Perumahan (SMP) Kerajaan Negeri Pulau Pinang merekodkan hanya terdapat seramai 191 permohonan dalam senarai menunggu bagi daerah Seberang Perai Tengah. Daripada jumlah tersebut seramai 27 pemohon adalah dalam senarai menunggu bagi KADUN Permatang Pasir. Jumlah ini masih mampu ditampung oleh Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri sedia ada di Rumah Pangsa Desa Wawasan, PPR Thamby Kecil, Rumah

Page 318: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

318

Pangsa Ampang Jajar dan di PPR Mak Mandin. Namun begitu, Kerajaan Negeri juga merancang untuk menambah bilangan PPR untuk tempoh mendatang dengan mencadangkan tapak di Sungai Tongkang, Machang Bubuk, Daerah Seberang Perai Tengah seluas 24.81 ekar. Usaha mengenal pasti lain-lain tapak termasuk di DUN Permatang Pasir juga akan dibuat agar ia boleh dicadangkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Nyatakan jumlah sebenar kos gelanggang futsal di Permatang Ara, DUN Permatang Pasir dan tarikh sebenar kerja akan bermula.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerja-kerja pembinaan gelanggang futsal di Permatang Ara, KADUN Permatang Pasir telah disiapkan pada tahun 2014 dengan kos sebanyak RM124,060.00. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2019 oleh Jabatan Kerja Raya. Tender kerja bagi projek ini telah diiklankan pada 17 April 2019 dan akan tamat pada 14 Mei 2019. Kerja fizikal projek ini dijangka akan bermula pada Ogos 2019 dan akan siap pada tahun ini juga.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Nyatakan jumlah sebenar kos gelanggang futsal di Kampung Pelet, DUN Permatang Pasir dan tarikh sebenar kerja akan bermula.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Tiada perancangan untuk pembinaan gelanggang futsal di Kampung Pelet, DUN Permatang Pasir buat masa ini. Wala bagaimanapun, gelanggang futsal di Permatang Ara, DUN Permatang Pasir akan dinaiktaraf pada tahun ini dan kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada Ogos 2019.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperkasakan Pendidikan TVET di sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri bersama Penang Skills Development Centre (PSDC) telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mempromosikan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kerjaya kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah majlis taklimat khas berkaitan program TVET dan lawatan ke PSDC untuk kaunselor-kaunselor sekolah menengah Pulau Pinang, menyertai ekspo pendidikan, mempamerkan papan kenyataan berkenaan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh PSDC dan menganjurkan bengkel kejuruteraan di sekolah-sekolah.

Selain itu, Kerajaan Negeri baru-baru ini telah menganjurkan Ekspo Pendidikan dan TVET 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula 23 Mac di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam. Sebanyak sembilan institut yang menawarkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) telah mengambil bahagian dalam ekspo tersebut.

Page 319: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

319

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Berapakah jumlah penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang sudah diluluskan oleh Penang Development Centre (PDC)?

(a) Apakah syarat-syarat yang sering menjadi halangan terhadap kelulusan pinjaman mikro kredit oleh PDC?

(b) Adakah kerajaan bercadang melonggarkan syarat-syarat yang menjadi halangan tersebut bagi pinjaman mikro kredit oleh PDC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Sepanjang 10 tahun pelaksanaannya, sehingga Mac 2019 seramai 3,235 usahawan/penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM16.79 juta. Peminjam yang masih aktif bersama PDC sehingga kini seramai 910 orang.

(a) Antara syarat pinjaman SPH yang sering menjadi halangan terhadap kelulusan pinjaman mikro kredit oleh PDC adalah pemohon telah disenaraihitamkan dibawah CTOS.

(b) Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah mengkaji semula syarat tersebut dan memberi kelonggaran kepada pemohon yang disenarai hitam kerana mempunyai tunggakan dengan syarikat-syarikat komunikasi, bil-bil hospital yang tertunggak dan yang menjadi penjamin.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di persimpangan Pekan Permatang Pauh yang dibanjiri oleh lori panjang daripada kawasan industri yang tidak diluluskan di kawasan sekitar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat perancangan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di persimpangan Pekan Permatang Pauh seperti berikut:

(a) Melaksanakan pelarasan masa dan fasa lampu isyarat di persimpangan Jalan Permatang Pauh dengan Jalan Kubang Semang;

(b) Melaksanakan pelebaran Jalan Permatang Pauh empat (4) lorong kepada enam (6) lorong berserta pembahagi jalan bermula dari persimpangan Lebuhraya Butterworth-Kulim hingga Klinik Desa Kampung Pertama dan menaik taraf persimpangan laluan keluar Stesen Minyak Shell kepada persimpangan berlampu isyarat. Kerja-kerja menaik taraf ini telah disyaratkan oleh MPSP kepada dua (2) pihak pemaju; dan

Page 320: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

320

(c) Memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-11 bagi pelebaran jalan dari Bulatan Bukit Tengah hingga persimpangan Jalan Permatang Pauh dengan Lebuhraya Utara-Selatan yang dibahagikan kepada dua pakej iaitu Pakej 1melibatkan Projek Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT 3111 dari Jejambat Bukit Tengah ke Butterworth–Kulim Expressway(BKE) dan Pakej 2 iaitu Projek Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT3111 dari BKE ke Jambatan Ampang Jajar. Peruntukan bagi Pakej 1 telah dimohon di bawah RP-4 RMK-11 pada 8 Januari 2019, manakala bagi Pakej 2, peruntukan terlibat akan di mohon pada fasa seterusnya setelah peruntukan bagi Pakej 1 diluluskan.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menghapuskan pembinaan-pembinaan bangunan industri di atas tanah jelapang padi/pertanian yang tidak diluluskan permohonan perlingkungan semula daripada kawasan tanah jelapang padi kepada kawasan tanah industri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang secara konsisten tidak menyokong sebarang permohonan perlingkungan semula tanah jelapang padi kepada kawasan pembangunan lain. Sekiranya terdapat pembinaan bangunan industri atau aktiviti selain daripada syarat nyata yang ditetapkan dan tidak mendapat kelulusan perlingkungan semula, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(a) Mengeluarkan notis untuk memberhentikan pemajuan atau kerja tanah dan arahan memulihkan tanah kepada keadaan asalnya di bawah peruntukan Akta Perancang Bandar & Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133);

(b) Menjalankan operasi merampas jentera yang berada di atas tanah tersebut dan mengorek laluan keluar masuk bagi memastikan kerja tanah dihentikan serta menghalang kerja tanah tersebut diteruskan; dan Mengambil tindakan mahkamah di

(c) mana denda maksima adalah sebanyak RM500,000 jika sabit kesalahan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan denda maksima RM50,000 di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Dari tahun 2018 sehingga bulan Mac 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengeluarkan 10 notis kepada pihak yang melaksanakan pembinaan bangunan industri tanpa kebenaran di atas kawasan tanah jelapang padi seperti perincian berikut:

Tahun Tindakan Bilangan

2018 Notis binaan tanpa kebenaran 4

2019

Notis binaan tanpa kebenaran 3

Notis untuk memberhentikan pemajuan 3

Jumlah 10

Page 321: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

321

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan projek tambakan laut yang melibatkan pembinaan tiga pulau buatan bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Projek Penang South Reclamation (PSR) merupakan projek Kerajaan Negeri yang dilihat sebagai projek Transformasi Ekonomi Pulau Pinang untuk mewujudkan hab perkhidmatan dan pembuatan antarabangsa yang mantap. Melalui tambakan ini, tanah seluas 4,500 ekar dapat disediakan yang membolehkan Kerajaan Negeri menyediakan rumah mampu milik berkualiti di lokasi strategik yang dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti Light Rapid Transit (LRT), trem dan lebuh raya. Pelan induk komprehensif ini boleh menarik minat pelabur asing dan terus meningkatkan kedinamikan ekonomi negeri Pulau Pinang. Tiga (3) pulau yang akan ditambak ini akan menjadi milik Kerajaan Negeri dan dapat membantu menangani masalah kekurangan tanah.

Salah satu objektif PSR adalah untuk mengalihkan fokus pembangunan dari kawasan utara dan timur laut kepada bahagian selatan pulau yang masih kurang dibangunkan. Ini dapat meningkatkan taraf hidup komuniti tempatan, termasuk nelayan dan generasi muda akan datang. PSR juga merupakan pemangkin yang penting untuk pertumbuhan ekonomi yang kompetitif dalam memperkenalkan Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa sebagai sebuah bandar pintar dalam dekad yang akan datang dan bukan hanya sebagai model pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) semata-mata. Tanah yang dihasilkan dari PSR dapat menyelesaikan masalah kekurangan tanah di Pulau Pinang dan ianya amat penting untuk pengembangan kawasan industri elektrik & elektronik (E&E) di Free Industrial Zone (FIZ), pembangunan rumah mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan moden, tarikan baru untuk industri pelancongan, pembangunan berasaskan bandar pintar selaras dengan kemajuan teknologi dunia dan sebagainya.

Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat meneruskan Projek PSR dan PIP dengan syarat mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan projek ini amat penting untuk masa hadapan Negeri Pulau Pinang malah Kerajaan Negeri akan mematuhi segala syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan dalam menambakkan ketiga-tiga pulau ini.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengatasi kesan/impak terhadap industri perikanan dan segmen nelayan akibat projek tambakan laut yang melibatkan tiga pulau buatan bagi membiayai Pelan Induk Pengangkutan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Projek Pemnambakan Laut Pulau Pinang Selatan atau Penang South Reclamation (PSR) merupakan sebahagian daripada komponen Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang. Projek ini perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan ekonomi Negeri Pulau Pinang di masa akan datang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak menafikan bahawa projek mega seumpama ini sudah pastinya akan memberikan impak terhadap industri perikanan dan segmen nelayan di kawasan yang terlibat. Atas factor tersebut, Kerajaan Negeri komited untuk mematuhi prosedur dan keperluan

Page 322: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

322

yang telah ditetapkan iaitu mendapatkan kelulusan Lporan Impak Perikanan (FIA). Laporan Penilaian Kesan Impak Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA). Antara cadangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi impak projek ini terhadap industri perikanan dan segmen nelayan adalah seperti berikut:-

(a) Menaik Taraf Kemudahan Nelayan

Infrastruktur seperti jeti dan dermaga baharu di selatan Pulau Pinang akan dibina untuk kemudahan kepada nelayan. Selain itu, saluran navigasi selebar 250m di antara pulau-pulau tambakan dan perairan selatan Pulau Pinang turut disediakan untuk laluan bot nelayan dan didalamkan kepada kedalaman 2m CD (Circular Dipole) untuk membolehkan pergerakan keluar masuk nelayan 24 jam.

(b) Inisiatif Ekologi (Program Offset)

Bagi memperbaiki dan mewujudkan habitat laut, langkah-langkah ecological enhancement yang dicadangkan adalah seperti:-

(i) Pelabuhan tukun tiruan di tempat-tempat strategik seperti di Pulau Kendi;

(ii) Pemasangan unjam atau Fish Aggregating Device (FAD);

(iii) Penanaman semula bakau;

(iv) Pelepasan benih ikan / udang ke laut;

(v) Peruntukan geran penyelidikan / pemeliharaan hidupan marin; dan

(vi) Pemasangan infrastruktur memperkaya habitat sebagai sebahagian daripada struktur pulau buatan PSR.

(c) Peluang Pekerjaan Semasa Pembinaan

Tanah yang akan ditebus guna bakal menghasilkan pulangan ekonomi dan sosial yang tinggi dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan jangka panjang kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang pekerjaan semasa penambakan adalah sebanyak 1,100 pekerjaan. Peruntukan 30% kerja-kerja sewaktu pembinaan akan mengutamakan rakyat tempatan termasuklah komuniti dan keluarga nelayan tempatan dan latihan akan turut diberikan.

Malahan sewaktu topside development, dianggarkan sebanyak 12,500 peluang pekerjaan bakal diwujudkan. Manakala di peringkat operasi, anggaran 300,000 peluang pekerjaan akan terjana menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

(d) Inisiatif Pekerjaan Lain

Pekerjaan alternatif telah dicadangkan untuk membolehkan nelayan-nelayan yang ingin mencari peluang lain memilih pekerjaan sesuai untuk mereka. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan dan agensi-agensi yang terlibat untuk menjayakan inisiatif tersebut. Antara alternatif yang dicadangkan adalah:

Page 323: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

323

(i) Akuakultur;

(ii) Perikanan laut dalam;

(iii) Perikanan rekreasi;

(iv) Water taxi; dan

(v) Industri berkaitan pemprosesan ikan, penyelenggaraan bot / enjin, keusahawanan dan lain-lain.

(e) Inisiatif Pendidikan Termasuk Skim Latihan, Biaisiswa dan Tuisyen

Inisiatif pembangunan modal insan ini bertujuan untuk menambah baik pendidikan dan kemahiran untuk rakyat tempatan, nelayan dan anak-anak mereka. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyediakan penduduk tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan peluang yang dihasilkan oleh projek ini serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri kini dan pada masa hadapan.

(f) Inisiatif Perumahan

Selaras dengan objektif projek yang membolehkan Kerajaan Negeri membina rumah berkualiti untuk semua lapisan masyarakat dan seiring dengan pertumbuhan populasi negeri, sebanyak 30% perumahan awam akan diperuntukkan di pulau-pulau tambakan dan keutamaan diberikan kepada para nelayan yang layak.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadi penaja kepada pasukan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang melalui GLC-GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Buat masa ini, Badan-badan berkanun Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) tidak berhasrat untuk menjadi penaja kepada pasukan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang (FAP). Namun begitu, Kerajaan Negeri atas rasa tanggungjawab telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada FAP untuk musim 2019 bagi tujuan perbelanjaan pengurusan FAP.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menguatkuasakan undang-undang pemilikan tauliah mengajar di masjid/surau di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Undang-undang mengenai keperluan mendapatkan tauliah mengajar di masjid dan surau di Negeri Pulau Pinang telahpun dikuatkuasakan melalui Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, Enakmen

Page 324: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

324

ini memperuntukan bahawa semua orang yang mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang agama Islam perlu memiliki tauliah mengajar agama.

Dalam hubungan ini juga, Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP sentiasa mengawasi dan memantau kelas-kelas agama dan ceramah yang diadakan di masjid dan surau melalui pelbagai kaedah. Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas berdasarkan aduan beserta bukti-bukti kukuh yang diterima.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat menyediakan Plan Skim Perlindungan Kemalangan sama ada insurans atau Perkeso kepada Pegawai Seranta Pejabat ADUN bagi Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berdasarkan Pekeliling Majikan No.2 Tahun 2013 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), mengenai Skim Perlindungan Keselamatan Sosial kepada kakitangan awam bertaraf sementara dan kontrak dan dibaca bersama Pekeliling Majikan No.1 Tahun 2016 mengenai kewajipan mendaftarkan semua pekerja dengan PERKESO tanpa mengira jumlah gaji yang diterima oleh pekerja dan peningkatan had gaji maksimum yang dicarumkan daripada RM3,000.00 kepada RM4,000.00 sebulan hanya menetapkan semua pegawai kerajaan di bawah lantikan Contract of Service sahaja yang diwajibkan mencarum Caruman PERKESO.

Justeru, Pegawai Seranta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi negeri Pulau Pinang yang dilantik di bawah Contract for Service tidak diperuntukan dalam pekeliling ini untuk mencarum Caruman PERKESO. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menyediakan Skim Perlindungan Kemalangan termasuk insurans dan PERKESO kepada Pegawai Seranta berstatus Contract for Service di Pejabat ADUN Negeri Pulau Pinang kerana antara lain ianya melibatkan implikasi kewangan.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Berapakah jumlah pili bomba yang disediakan di DUN Permatang Pasir? (a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah pili bomba dalam DUN Permatang Pasir bagi memudahkan proses memadam api semasa kebakaran?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Jumlah pili bomba sedia ada di seluruh kawasan DUN Permatang Pasir adalah sebanyak 154 unit.

(a) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti tempat-tempat berikut di dalam DUN Permatang Pasir untuk cadangan pemasangan pili bomba baru iaitu:

(i) MK 2, Jalan Tanjung Putus;

(ii) No.68, MK 3, Kampung Petani;

(iii) No. 762, MK 5, Kubang Semang; dan

Page 325: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

325

(iv) No.77, MK 3, Kampung Petani.

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Berapakah jumlah rumah yang dicadangkan untuk dibina di atas tanah wakaf di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bilangan rumah kediaman yang akan dibangunkan di atas tanah wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kesemuanya berjumlah 4,736 unit melalui satu (1) projek yang sedang dalam pembinaan dan empat (4) projek di dalam perancangan. Selain rumah kediaman, cadangan pembangunan ini juga terdiri daripada 184 unit komersial (rumah kedai).

Projek yang sedang dalam pembinaan dan di dalam perancangan adalah seperti jadual berikut:-

(i) Projek Dalam Pembinaan

BIL BUTIRAN PROJEK

1 Pembinaan 152 unit kediaman pangsapuri kos sederhana Rendah Dan tiga (3) unit komersial di atas Tanah Wakaf Lot 6247 & 6249, Mukim 7, Daerah SPU. Projek di jangka siap pada November 2019.

(ii) Projek Dalam Perancangan

BIL BUTIRAN PROJEK

1 Pembangunan 572 unit rumah kediaman dan 45 unit komersial di atas Lot 3117, 252 & 200, Mukim 4, Seberang Jaya, Daerah SPT, Pulau Pinang (Taman Wakaf Seetee Aisah Fasa 2)

2 Cadangan pembangunan 1,696 unit rumah kediaman dan 136 unit komersial di atas Lot 1396 & 1606, Seksyen 5, Jalan Air Itam, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Wakaf Sheikh Eusoff)

3 Cadangan pembangunan 1,916 unit rumah kediaman di Kampung Dodol, Jalan Perak, Jelutong, Daerah Timur Laut (Wakaf Hashim Yahya)

4 Cadangan Pembangunan 400 unit rumah kediaman di atas Lot 208, Seksyen 2, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang (Wakaf Masjid Abdul Cauder).

Ahli Kawasan Permatangan Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pusat Asuhan Kanak-Kanak dalam DUN Permatang Pasir bagi meringankan beban wanita di kalangan kakitangan kerajaan?

Page 326: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

326

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri sememangnya menggalakkan penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak di semua komuniti dan premis kerajaan. Berhubung cadangan untuk mewujudkan Pusat Asuhan Kanak-Kanak di DUN Permatang Pasir ia boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri tertakluk kepada kedudukan kewangan negeri.

XV. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah sistem perkhidmatan bas akan dinaik tarafkan secepat mungkin untuk memastikan pengangkutan awam Pulau Pinang efisyen?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri bersama-sama pihak Rapid Penang sentiasa memastikan perkhidmatan bas di Pulau Pinang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna. Pada masa kini, beberapa penambahbaikan dari segi operasi sedang dalam peringkat percubaan. Ini termasuk dengan memperkenalkan satu sistem bersepadu iaitu Bus Integrated System (BIS). Sistem BIS ini melibatkan tujuh (7) komponen utama iaitu sistem perancangan dan penjadualan, pengesanan, maklumat pengguna, pungutan tambang automatik, pusat kawalan bas, sistem infra dan IT dan sistem integrasi. Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan bas dengan mudah yang membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan lebih cekap.

Kerajaan Negeri bersama pihak Rapid Penang juga sedang mengkaji cadangan rasionalisasi laluan bas untuk meningkatkan tahap kecekapan dan menjimatkan masa perjalanan. Cadangan ini masih di peringkat perancangan dan sedang diteliti sewajarnya. Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf infrastruktur yang menyokong sistem pengangkutan awam dari semasa ke semasa melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Adakah kerajaan akan merangka semula rekaan perhentian bas agar mesra OKU?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa prihatin terhadap keperluan menyediakan infrastruktur awam kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti perhentian bas yang mesra OKU.

Bagi tujuan tersebut, MBPP telah menggunapakai MS1184 : 2014 Universal Design And Accessibility In The Built Environment - Code Of Practice (Second Revision) sebagai bahan rujukan untuk mereka bentuk dan membina infrastruktur OKU termasuk perhentian bas dan mula dikuatkuasa mulai tahun 2010.

MPSP juga telah mempunyai reka bentuk perhentian bas piawaian mesra OKU. Reka bentuk yang disediakan ini mematuhi garis panduan reka bentuk sejagat dan mula dikuatkuasa di Seberang Perai mulai tahun 2013.

Reka bentuk perhentian bas mesra OKU yang diguna pakai di kedua-dua PBT ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaituguiding block, warning tactiles, pagar (railing), dan landasan (ramp) supaya golongan OKU dapat menikmati dan mengakses

Page 327: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

327

kemudahan awam yang disediakan oleh Kerajaan. Sehingga kini terdapat 516 perhentian bas mesra OKU di Pulau Pinang iaitu 378 buah di kawasan MBPP dan 138 buah di kawasan MPSP.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah usaha kerajaan untuk menaiktaraf perhentian bas sedia ada memandangkan apabila malam tiba, penumpang terpaksa bergelap sementara menunggu bas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap keselamatan penumpang bas semasa menunggu bas di pondok perhentian terutamanya di waktu malam. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menyediakan peruntukan setiap tahun untuk penyelenggaraan pondok bas supaya perhentian bas dapat dinaiktaraf bagi meningkatkan tahap pencahayaan di waktu malam. Selain itu, PBT juga bertindak untuk mengalih atau menambah lampu jalan supaya berdekatan dengan pondok bas sedia ada.

Bagi kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sebanyak 132 buah pondok perhentian bas telah dipasang lampu bagi pencahayaan untuk keselamatan orang awam. Sebanyak RM60,0000.00 telah diperuntukkan pada tahun 2019 untuk pemasangan lampu pada pondok perhentian bas sedia ada.

Bagi kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), sebanyak 32 buah pondok perhentian bas telah dipasang lampu bagi pencahayaan untuk keselamatan orang awam. Untuk tahun 2019, tiada sebarang peruntukan disediakan memandangkan MPSP menggunakan kaedah penyewaan kepada pihak swasta untuk pencahayaan dan kebanyakan pondok bas baharu didirikan di lokasi yang berdekatan dengan lampu-lampu jalan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pencahayaan di setiap laluan pejalan kaki di seluruh negeri untuk keselamatan mereka?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Usaha untuk meningkatkan pencahayaan di setiap laluan pejalan kaki di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk keselamatan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti berikut:

(a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

(i) Menetapkan beberapa kriteria baru bagi pemasangan lampu jalan iaitu jarak antara lampu jalan dipendekkan, kuasa pencahayaan bagi lampu ditingkatkan mengikut kelebaran rezab jalan dan penataan sudut pencahayaan yang sesuai bagi mendapatkan pencahayaan yang optimum bagi pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki;

(ii) Memasang lampu secara berasingan bagi laluan pejalan kaki yang mempunyai kelebaran yang luas atau yang dibina secara berasingan seperti di Persiaran Karpal Singh, Persiaran Gurney di sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Jambatan Harapan, Kawasan Zon

Page 328: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

328

Perindustrian Bebas, laluan basikal dan pejalan kaki di kawasan persisiran pantai Queensbay dan lain-lain;

(iii) Menukar lampu jalan jenis High Pressure Sodium

(iv) Vapour (HPSV) sedia ada kepada jenis Light Emity Diode (LED). Lampu jalan jenis LED ini akan menghasilkan pencahayaan yang lebih cerah dan berkualiti berbanding dari lampu jenis HPSV dan sekaligus akan meningkatkan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya dan laluan pejalan kaki; dan

(v) Menukar sebanyak 7,135 unit daripada jumlah16,636 lampu jalan jenis HPSV kepada jenis LED, MBPP akan meneruskan penukaran sebanyak 9,501 lampu jenis HPSV kepada jenis LED yang dijangka siap awal tahun 2020. Di samping itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyelenggara sebanyak 16,562 unit lampu jalan di kawasan pulau di mana 9,121 unit telah siap ditukar ke jenis LED. Ini menjadikan jumlah keseluruhan lampu jalan jenis LED di kawasan pulau adalah sebanyak 16,256 unit daripada 33,198 unit iaitu sebanyak 48.96%.

(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

(i) Mensyaratkan kepada pihak pemaju supaya dipasang lampu jalan awam selari/ bersebelahan laluan pejalan kaki bagi memberi pencahayaan jalan raya dan juga pejalan kaki;

(ii) Mensyaratkan pemasangan lampu jalan di kawasan pembangunan baru dari jenis LED yang dapat memberi pencahayaan yang lebih terang merangkumi kawasan pejalan kaki;

(iii) Melalui program Bandar Selamat, kawasan laluan pejalan kaki sedia ada telah dipasang lampu jalan awam selari/ bersebelahan laluan pejalan kaki di Taman Selat Butterworth sebanyak 40, Inderawasih Perai sebanyak 133, Jalan Tun Hussien Onn Seberang Jaya sebanyak 10 dan Taman Semilang, Seberang Jaya sebanyak 15; dan

(iv) Menaik taraf semua watt lampu jalan jenis tiang konkrit (TNB) sedia ada daripada 70 watt kepada 150 watt bagi meningkatkan kualiti pencahayaan di laluan awam.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan elaun Ahli Majlis PBT Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan elaun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang kerana kadar semasa di dapati berpatutan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melaksanakan skim sewa beli untuk golongan anak muda dalam masa terdekat?

Page 329: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

329

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Penyediaan Rumah Mampu Milik yang mencukupi bagi memenuhi hasrat 1 Keluarga 1 Kediaman adalah langkah strategik di bawah gagasan Penang 2030 iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti hidup. Penolakan pembiayaan kewangan dari institusi kewangan menyumbang kepada faktor tertinggi kegagalan memiliki rumah selepas penawaran unit kediaman dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada pemohon yang layak.

Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan semula kaedah Sewa Beli (rent to own) pada tahun 2016, di mana dua (2) projek perintis di Daerah Seberang Perai Selatan iaitu Taman Seruling Emas dan Taman Sungai Duri Permai telah dilancarkan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Cadangan dua (2) projek baru juga berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permatang Tok Suboh di Daerah Seberang Perai Tengah yang mengandungi 231 unit rumah teres dan satu (1) skim RMM A di Daerah Barat Daya akan ditawarkan di bawah Skim Sewa Beli. Selain dari itu, syarat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Pulau Pinang yang membenarkan permohonan seawal usia 21 tahun memberi lebih kelebihan kepada golongan belia untuk memiliki rumah termasuklah skim sewa beli. Selain pemilikan, konsep Rumah Transit Belia yang dilaksana oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan diperkenalkan di dalam cadangan pembinaan PPR di Jelutong.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk menaiktarafkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam termasuk pengangkutan air menggunakan feri. Perkhidmatan feri Pulau Pinang telah diambil alih oleh pihak Prasarana melalui Syarikat Rapid Ferry Sdn Bhd pada 1 Mei 2018 bertujuan untuk memastikan perkhidmatan feri kekal sebagai pengangkutan air berprestij di Pulau Pinang. Setelah perkhidmatan feri diambil alih, frekuensi perkhidmatan feri terutama pada waktu puncak adalah lebih baik dengan waktu pelepasan setiap 20 minit.

Perkhidmatan feri merupakan ikon pelancongan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Rapid Ferry Sdn Bhd untuk memastikan perkhidmatan feri berjalan dengan lancar. Antara perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Menggunakan vessel passenger untuk mengangkut penumpang pejalan kaki seperti water taxi dan catamaran; dan

(ii) Mencadangkan laluan-laluan baharu selain daripada laluan sedia ada iaitu laluan ke Straits Quay dan Queensbay.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Berapakah bilangan bas Rapid yang disediakan di setiap lokasi memandangkan bilangan penumpang sentiasa sesak di dalam bas khususnya 104 dan 101?

Page 330: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

330

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Sebanyak 70 laluan bas telah dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan bas awam kepada penumpang di Pulau Pinang dengan 294 buah bas yang digunakan di atas jalan bagi semua laluan. Perincian laluan dan bilangan bas adalah seperti di Lampiran A. Bilangan bas yang beroperasi di setiap laluan ditentukan berdasarkan permintaan terutamanya pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi dan juga kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Prasarana Sdn. Bhd. memperuntukkan sebanyak 18 buah bas dengan frekuensi setiap 15 minit bagi laluan 101 dan sebanyak 2 buah bas bagi laluan 104 dengan frekuensi setiap 80 minit. Berdasarkan data jumlah penumpang, bas 104 dan 101 hanya memenuhi purata 20 hingga 60 peratus kapasiti bas bagi setiap trip perjalanan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 8)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah jangka masa untuk mulanya projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kini dalam perancangan bagi menaik taraf dan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Cadangan projek ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan penumpang serta untuk menangani isu kesesakan di kawasan terminal. Buat masa ini, LTAPP berkapasiti 6.5 juta penumpang setahun dan cadangan penaiktarafan tersebut dapat menampung keperluan sehingga 12 juta penumpang setahun.

Status terkini projek menaik taraf LTAPP adalah pelantikan dua (2) syarikat perunding iaitu Consortium CPG Consultants Pte. Ltd. dan AHS Architects Sdn. Bhd. sebagai jururunding projek menaik taraf dan pembesaran LTAPP. Pelantikan ini telah dibuat pada 15 Februari 2019 melalui tender terbuka oleh pihak MAHB. Pihak perunding bertanggungjawab untuk mencadangkan pelan dan reka bentuk terbaik kepada pihak MOT dan MAHB untuk menaik taraf dan membesarkan LTAPP. Projek menaik taraf dan pembesaran LTAPP ini dijadualkan akan bermula pada bulan Jun 2020 dan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Selain itu, projek pembinaan Bangunan Letak Kereta Bertingkat di LTAPP telah dimulakan pada bulan Ogos 2018 dan kerja-kerja pembinaan adalah selama 14 bulan. Bangunan letak kereta bertingkat tersebut akan menyediakan kira-kira 1,800 lot letak kereta untuk Blok A (Fasa Pertama). Fasiliti tempat letak kereta bertingkat ini akan memberi kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada para pengguna.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan kuasa untuk kelulusan sistem-sistem pengangkutan awam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hal-hal berhubung dengan perhubungan dan pengangkutan adalah terletak di bawah Senarai I - Senarai Persekutuan. Oleh itu, bidang kuasa berkaitan perhubungan dan pengangkutan

Page 331: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

331

adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa bagi kelulusan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk memastikan sebarang permohonan kelulusan berkaitan sistem pengangkutan awam berjalan lancar dan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berapa buah sekolah di Pulau Pinang yang membantu kanak-kanak gelandangan dan mangsa kepada gejala sosial mendapatkan peluang pendidikan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), hanya satu kes melibatkan 2 murid yang pernah dirujuk kepada JPNPP iaitu pada bulan Februari 2018. Kedua-dua murid tersebut dari Sekolah Kebangsaan Titi Teras, Balik Pulau mempunyai masalah keluarga dan tidak bersekolah telah berpindah ke kawasan Bukit Mertajam. Murid tersebut yang dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan Persatuan Penduduk sedang berusaha menyelesaikan masalah dokumentasi untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.

Pihak JPNPP bersedia membantu kanak-kanak gelandangan dan mangsa gejala sosial ini bersekolah semula sekiranya menerima aduan/laporan untuk diambil tindakan selanjutnya dengan sebaik mungkin.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Berapa buah institusi mahupun organisasi yang mengambil pekerja dari kalangan OKU dan gelandangan di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Pelantikan tetap bagi pengisian kekosongan di Jabatan Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Bagi tujuan pelantikan yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 2010 berkenaan Pencapaian Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam menjadi panduan pelantikan oleh SPA. PSUKPP akan melaksanakan penempatan bagi calon-calon yang melapor diri setelah dilantik oleh pihak SPA. Pihak badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang melaksanakan pengambilan pekerjanya secara tersendiri sentiasa memberi peluang kepada OKU dalam proses pengambilan dan calon yang dilantik diberi tugas yang bersesuaian di agensi masing-masing.

Sehingga kini, seramai 53 orang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) telah diambil bekerja di 14 organisasi termasuk agensi negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan Negeri setakat ini belum mengambil pekerja dari kalangan gelandangan kerana tiada permohonan dari kumpulan gelandangan.

Page 332: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

332

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu menyekat punca gejala mengemis di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai gejala mengemis dan telah pun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

(a) Kempen ''Bijak Membantu, Elak Tertipu”

Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu kutu rayau/gelandangan yang mengemis melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(b) Penubuhan Jawatankuasa Membanteras Pengemisan Dan Kutu Rayau

Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu pengemis.

(C) Program Advokasi

Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu pengemis/gelandangan melalui ceramah dan pembukaan kaunter di setiap program Unit Khidmat Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

(d) Operasi Bersepadu

Menjalankan pelbagai operasi untuk menyelamatkan pengemis seperti Operasi Bersepadu, Operasi Berkala dan Juga OperasiAd-Hoc khusus untuk aduan-aduan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP).

(e) Program Empowering The Street Citizens

Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik MBPP.

Program ini akan menempatkan gelandangan termasuk yang mengemis di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan manakala bagi warga emas, mereka dibenarkan tinggal di situ mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Page 333: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

333

Sepanjang tempoh tersebut, mereka akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga emas pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.

Manakala bagi mereka yang tidak produktif seperti warga emas ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah usaha lain yang diambil pihak PBT agar lot-lot premis perniagaan PBT yang terbiar digunakan sepenuhnya selain kaedah iklan yang dilakukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pada ketika ini, tidak terdapat premis-premis perniagaan milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang belum disewakan lagi kecuali unit-unit kedai yang terletak di Taman Sri Pinang. Untuk mengatasi masalah ini, MBPP telah pun mengambil langkah-langkah pro aktif seperti berikut:-

(a) Mengadakan kerjasama dengan pihak Penang World Development Corporation (PWDC) serta YB ADUN kawasan untuk menjadikan ruang-ruang kedai tersebut yang masih kosong sebagai perpustakaan ataupun maker space;

(b) Membangunkan semula kuarters Batu Merah di Jalan Sungai secara Request For Proposal (RFP);dan

(c) Menaik taraf bangunan rumah kedai kepunyaan MBPP dengan sendiri ataupun dengan kerjasama pihak lain seperti Organisasi Bukan Kerajaan (NGO). Contoh projek naik taraf dengan bekerjasama dengan pihak lain adalah seperti berikut:-

(i) Rumah kedai di Lebuh Kimberly dan Jalan CY Choy dicadang dinaik taraf dan ditukar guna kepada Pusat Gelandangan; dan

(ii) Bangunan di Lebuh Armenian yang dinaik taraf dan ditukar guna kepada muzium.

Usaha-usaha lain yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) agar lot-lot premis perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbiar di gunakan sepenuhnya selain kaedah iklan adalah seperti berikut:-

• Mengurangkan kadar sewaan bulanan seunit gerai terbiar kepada RM50;

Page 334: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

334

• Membenarkan premis tersebut digunakan untuk lain-lain aktiviti yang bersesuaian seperti setor, pejabat, pusat bimbingan dan lain-lain lagi;

• Menggalakkan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengisi dan menggunakan lot-lot perniagaan PBT yang masih kosong; dan

• Mengambil alih dan mengguna pakai premis-premis terbiar tersebut untuk pelbagai urusan pentadbiran seperti setor rampasan, pejabat dan sebagainya.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Apakah tahap pencapaian Kerajaan Negeri dalam menangani isu penjaja-penjaja haram di tepi jalan dari tahun 2010 hingga 2019?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Isu penjaja haram yang berniaga di tepi jalan bukanlah isu baharu di negeri Pulau Pinang. Isu ini juga merupakan isu nasional dan hampir keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi isu yang sama. Tanpa ada permintaan, tidak mungkin gerai di tepi-tepi jalan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Namun, tabiat dan budaya yang menggemari untuk makan di gerai-gerai tepi jalan, merupakan faktor utama gerai-gerai ini wujud walaupun menyedari soal kebersihan kurang dititik beratkan.

Bermula daripada tahun 2010 hingga kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan telah berjaya menangani isu penjaja-penjaja haram di tepi jalan dengan begitu baik sekali. Tidak ada istilah pilih kasih dalam menjalankan tanggungjawab. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mahupun Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa bertindak apabila menerima laporan daripada orang ramai dan melalui pemantauan yang dilaksanakan. Tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun berskala besar tetap diambil sekiranya mereka menjalankan aktiviti perniagaan secara haram.

Penguat kuasa kedua-dua PBT sentiasa digerakkan dalam menangani masalah berkaitan penjaja haram. Penjaja warga asing turut dikenakan tindakan undang-undang termasuk sita. Tindakan undang-undang tetap dikenakan terhadap peniaga yang didapati menyalahi peraturan tanpa mengira kaum dan agama. Tiada tindakan berat sebelah, para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar pihak PBT akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut.

Sebanyak 2,844 tindakan penguatkuasaan oleh MBPP telah diambil ke atas penjaja tanpa lesen sepanjang tempoh 2010 sehingga bulan Mac 2019. MBPP mengambil tindakan tegas terhadap penjaja tanpa lesen dengan meningkatkan tindakan penguatkuasaan pada tahun 2013 hingga 2014. Malah bilangan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran iaitu sebanyak 632 tindakan didapati telah dilakukan pada tahun 2014. Bilangan tindakan penguatkuasaan kemudiannya didapati menurun dari tahun 2015 hingga 2017 dengan purata tindakan penguatkuasaan sebanyak 381 setahun. Pada tahun 2018, hanya 281 tindakan penguatkuasaan sahaja yang diambil oleh pihak MBPP dan setakat bulan Mac 2019, hanya 99 tindakan penguatkuasaan sahaja yang dijalankan.

Page 335: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

335

Penurunan tindakan penguatkuasaan ini dikatakan berpunca daripada inisiatif MBPP dalam membantu penjaja mendapatkan gerai yang sah melalui penawaran gerai MBPP. Sepanjang tempoh 2010 hingga kini, sebanyak 52 sesi temu duga telah diadakan oleh MBPP. Seramai 9,588 penjaja telah menghadiri sesi temu duga tersebut dan daripada jumlah tersebut, 4,194 penjaja telah ditawarkan gerai. Selain itu, MBPP turut melakukan penempatan penjaja tanpa lesen ke kompleks MBPP.

Usaha MBPP ini seterusnya merekodkan penurunan dalam bilangan penjaja tanpa lesen dikawasan pulau apabila hampir 47% penjaja dapat dikurangkan daripada tahun 2012 hingga sekarang. Bilangan penjaja tanpa lesen yang dikenal pasti melalui tindakan pengutkuasaan oleh MBPP telah menurun daripada 3,501 orang pada tahun 2012 kepada 1,865 orang pada tahun 2019.

MPSP turut melakukan penempatan penjaja tanpa lesen ke premis sementara MPSP. Sebanyak 21 pusat penempatan semula penjaja tanpa lesen telah disediakan melibatkan sebanyak 1,011 petak/tapak penjaja tambahan. MPSP juga berjaya menyediakan sebanyak 10 buah pasar dan kompleks makanan baharu di seluruh Seberang Perai yang melibatkan sebanyak 436 unit ruang niaga. Selain itu, sebanyak 5,009 unit ruang niaga di pasar awam dan kompleks makanan MPSP turut disewakan kepada para penjaja.

MPSP juga mengambil langkah proaktif dengan menyewakan kompleks dan pasar tidak aktif kepada para penjaja tanpa lesen. Keadaan ini menyebabkan beberapa pusat penjaja di sekitar kawasan Seberang Perai yang sebelum ini ‘mati’ dalam proses dibangunkan semula supaya lebih proaktif dan berdaya saing. Sehingga kini, sebanyak 50 daripada 61 kompleks dan pasar tidak aktif telah disewakan yang melibatkan 1,498 ruang niaga.

Selain itu, MPSP turut melakukan kaedah yang lebih pragmatik dengan mewujudkan dua (2) garis panduan bagi membantu penjaja-penjaja tanpa lesen mendapatkan lesen perniagaan. Garis panduan tersebut adalah Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan. Melalui garis panduan tersebut, didapati terdapat peningkatan sebanyak 76% pengeluaran lesen penjaja dari tahun 2010 hingga 2019 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama sebelumnya.

Walau bagaimanapun, langkah pemberian lesen kepada peniaga kecil ini perlu dikawal supaya usaha merealisasikan Seberang Perai sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia menjelang 2020 tidak terjejas.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Berapakah bilangan penjaja-penjaja haram di tepi jalan pada tahun 2018 yang berjaya dipindah untuk beroperasi di premis MBPP pada tahun ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah penjaja tanpa lesen yang dikesan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada tahun 2018 ialah seramai 398 orang. Bilangan penjaja tanpa lesen yang ditempatkan semula di premis MBPP adalah seramai 90 orang. Perincian mengenai lokasi premis MBPP bagi penempatan semula penjaja dan jumlah penjaja terlibat adalah seperti di Lampiran A. Baki penjaja yang belum ditempatkan sentiasa dipantau MBPP untuk membolehkan mereka diberi keutamaan setelah terdapat gerai-gerai yang kosong atau yang baru disiapkan oleh MBPP.

Page 336: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

336

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 16)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Berapakah jumlah bayaran PTK yang telah dikutip oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kesalahan penjaja haram dan kesalahan lot parkir pada tahun 2018 dan 2019?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jumlah bayaran Pemberitahu Tindakan Kesalahan (PTK) bagi kesalahan penjaja haram dan kesalahan lot parkir haram bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) masing-masing untuk tahun 2018 dan 2019 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berapakah jumlah pelajar yang telah berjaya mendapat "Penang Future Foundation" pada tahun 2018 dan 2019 mengikut lepasan STPM, Foundation, Matrikulasi, Diploma dan UEC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Jumlah pelajar yang telah berjaya mendapat tajaan Penang Future Foundation (PFF) mengikut lepasan STPM, Foundation, Matrikulasi dan Diploma pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

Kategori Bilangan

STPM 35

Matrikulasi 26

Diploma 22

Foundation 17

A-Level 8

Jumlah 108

Sehingga kini PFF masih belum memberikan sebarang tajaan untuk UEC. Bagi tahun 2019, tajaan PFF masih belum diberikan kerana sesi pengambilan pelajar masih belum bermula dan dijangka hanya akan diproses pada Ogos 2019.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Berapakah bilangan penuntut yang menerima tawaran Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018?

Page 337: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

337

Y.A.B. Ketua Menteri:

19 Seramai 288 orang penuntut telah menerima tawaran Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,570,000.00 bagi tahun 2018.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Berapakah bilangan penerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang mengikut daerah dan jumlah peruntukan dari tahun 2017 hingga 2019?

(a) Berapakah kadar bayaran yang diberikan mengikut tahun?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM2,000,000.00 pada setiap tahun di bawah Tabung Amanah Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang. Bilangan penerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang dan bayaran yang telah dibuat bagi tahun 2017 hingga 2019 mengikut daerah adalah seperti berikut :-

TAHUN 2017 2018 2019

DAERAH BIL.

JUMLAH BAYARAN

(RM)

BIL.

JUMLAH BAYARAN

(RM)

BIL.

JUMLAH BAYARAN

(RM)

BARAT DAYA 378 265,680.00 346 248,880.00 255 201,000.00

TIMUR LAUT 554 389,760.00 488 360,960.00 356 284,640.00

SPU 845 578,040.00 817 591,000.00 616 486,240.00

SPT 701 483,240.00 637 458,760.00 486 377,760.00

SPS 406 282,480.00 425 294,494.00 311 242,040.00

JUMLAH KESELURUHAN

2,884 1,999,200.00 2713 1,954,094.00 2024 1,591,680.00

(a) Kadar bayaran yang diberikan pada setiap tahun adalah sebanyak RM600.00 bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dan RM840.00 bagi pelajar Tingkatan 4 hingga 5.

XVI. Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Penang Transport Master Plan

(a) Apakah 52 kelulusan bersyarat untuk EIA report (Environmental Impact Assessment kajian impak alam sekitar) bagi projek-projek dijadualkan akan bermula pada suku pertama 2019 melalui beberapa syarikat?

(b) Dari manakah bajet diperolehi untuk menjalankan projek ini?

Page 338: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

338

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Di bawah inisiatif Penang Transport Master Plan (PTMP), Projek Jalan-jalan Utama Pakej 1, 2 dan 3 telah mendapat kelulusan bersyarat bagi laporan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 7 November 2017 dengan 59 syarat seperti di Lampiran A. Laporan EIA bagi pakej terowong dasar laut masih belum dikemukakan kepada JAS pada peringkat ini memandangkan status projek ini masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

Kerajaan Negeri akan memulakan pembinaan Pakej 2 Projek Jalan-jalan Utama iaitu Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam pada suku ketiga tahun 2019 yang sebelum ini dijadualkan pada suku pertama tahun 2019. Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan oleh Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) yang telah dilantik melalui kaedah tender terbuka oleh Kerajaan Negeri.

Satu lagi projek di bawah PTMP iaitu Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) telah mendapat kelulusan bersyarat daripada JAS pada 10 April 2019 dengan 56 syarat seperti di Lampiran B. Projek ini akan dilaksanakan oleh SRS Consortium (SRS) yang juga telah dilantik melalui kaedah tender terbuka sebagai rakan pelaksana atau Project Delivery Partner. Pembinaan Lebuhraya PIL 1 dijangka bermula pada pertengahan tahun 2020 iaitu selepas fasa reka bentuk terperinci dan pelantikan kontraktor melalui kaedah tender terbuka.

(b) Peruntukan untuk melaksanakan Pakej 2 Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam adalah melalui kaedah tanah gantian atau payment in-kind. Pihak Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sebahagian plot tanah tambakan Seri Tanjung Pinang 2 (STP 2) dengan jumlah keluasan sebanyak 110 ekar sebagai bayaran bagi Projek Jalan-jalan Utama dan Laluan Ketiga (Terowong). Bayaran akan dilaksanakan berdasarkan kemajuan kerja yang dicapai oleh pihak CZC.

Dalam masa yang sama, Projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) akan menjadi model pembiayaan tunggal bagi projek-projek di bawah PTMP antaranya, projek Lebuhraya PIL 1. Cadangan pembiayaan melalui Projek PSR bukan sahaja dapat menampung sepenuhnya kos pembinaan PIL 1, malah akan membantu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan PIL 1 di masa hadapan melalui penjanaan pendapatan daripada pembangunan tanah PSR. Projek PSR ini juga merupakan salah satu langkah penyelesaian dalam memastikan kelestarian pembangunan ekonomi di Pulau Pinang pada masa akan datang.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 1)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Bagaimana jaminan keselamatan makanan food security di Pulau Pinang? Sertakan data-data keselamatan makanan dari tahun 2013 hingga 2019.

(a) Apakah standard yang digunakan untuk mengimport makanan?

(b) Ujian apakah yang dijalankan terhadap makanan import dan bagaimanakah ujian itu dilakukan?

Page 339: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

339

(c) Apakah persediaan menghadapi masalah kekurangan makanan food crisis?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Secara asasnya, jaminan makanan atau food security ialah kewujudan bekalan makanan yang mencukupi dan selamat untuk menampung keperluan penduduk. Kerajaan Negeri sememangnya memberikan perhatian mengenai isu jaminan makanan di negeri ini. Dalam melihat data keselamatan makanan di negeri ini, ianya merujuk kepada tahap sara diri atau Self-Sufficiency Level (SSL). Statistik SLL bagi tahun 2019 tidak dapat dinyatakan kerana hasil pengeluaran pada tahun 2019 masih belum dimuktamadkan. Statistik SSL pertanian dari tahun 2013 hingga 2018 bagi tanaman adalah seperti berikut:-

Statistik SSL bagi tanaman padi pada tahun 2018 tidak dapat diberikan kerana maklumat ini masih dalam proses pengesahan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya.

Statistik SSL ternakan dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

Tahun

Tahap Sara Diri (%)

Daging Lembu/

Kerbau

Daging Kambing/

Bebiri

Daging

Khinzir

Daging Ayam/

Itik

Telur Ayam/

Itik Susu

2013 21.03 14.97 270.42 141.97 84.69 0.96

2014 53.61 18.86 284.20 131.51 89.20 1.15

2015 36.25 14.87 265.76 118.89 76.00 0.90

2016 32.66 14.07 254.67 123.91 78.17 0.80

2017 22.28 15.31 263.93 112.03 60.52 1.13

2018 37.70 24.65 290.78 130.27 61.03 1.22

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai statistik bagi SSL industri perikanan. Walau bagaimanapun, secara asasnya, industri perikanan di seluruh Malaysia telah mencapai tahap 93%.

(a) Standard yang digunapakai untuk mengimport makanan adalah bergantung kepada jenis makanan. Secara asasnya, makanan yang ingin diimport masuk ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang masih berkuatkuasa. Manakala, bagi makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi produk ternakan dan haiwan, standard yang digunapakai adalah Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM) 17(d):1/2011 menggunakan Kaedah Analisis Risiko Import yang mana satu prosedur penting sebelum sesuatu kebenaran import haiwan dan produk haiwan dibenarkan dari sebuah negara yang ingin berdagang dengan Malaysia.

Tahun Tahap Sara Diri (%)

Padi Sayur Buah

2013 70.76 54.21 95.13

2014 70.95 52.93 94.20 2015 72.33 53.07 93.12

2016 71.28 46.60 87.12 2017 63.31 46.42 89.91

2018 masih dalam

pengesahan Jabatan Pertanian Putrajaya

46.43 91.23

Page 340: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

340

Pengimportan haiwan atau produk haiwan dari negara yang tiada analisis risiko import dijalankan ditegah kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar. Prosedur analisis risiko import akan dijalankan oleh Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya melalui Seksyen Perkhidmatan Kuarantin dan Import dengan sokongan dan rujukan pakar yang dilantik.

(b) Ujian terhadap makanan import dilaksanakan di pintu-pintu masuk yang diwartakan. Ujian-ujian ini dilaksanakan oleh Agensi Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Secara amnya, ujian-ujian yang dilaksanakan adalah berbeza-beza mengikut kategori makanan.

(c) Dalam menghadapi masalah kekurangan makanan, Kerajaan Negeri secara konsisten sentiasa memberikan penekanan dalam memastikan produktiviti dan pengeluaran hasil tanaman makanan dipertingkatkan. Oleh yang demikian, antara insiatif yang telah diambil dan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan pengeluaran makanan adalah seperti berikut:-

(i) Zon Industri Akuakultur (ZIA), Penaga

Projek ini dirancang untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur di negeri Pulau Pinang dan sedang dalam proses kajian Environmental Impact Assestment (EIA) Jadual 2;

(ii) Perolehan baka ternakan yang berkualiti

Sebagai contoh, perolehan anak ayam piru dari United Kingdom dan kambing tenusu pejantan dari Australia;

(iii) Pelaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

Terdapat tiga (3) TKPM yang telah dibuka di Pulau Pinang iaitu TKPM Ara Kuda, TKPM Mayfield dan Batu Kawan AgroPark;

(iv) Bantuan teknikal dan kemahiran

Bantuan teknikal dan kemahiran diberikan kepada petani, penternak dan nelayan agar produktiviti golongan ini dapat dipertingkatkan; dan

(v) Pensijilan amalan baik seperti Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM), Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), Skim Pensijilan Organic Malaysia (myOrganic), Skim Amalan Penternakan yang Baik (GAHP) dan lain-lain bagi mengalakkan kaedah penghasilan produk pertanian, ternakan dan perikanan yang baik dan seterusnya meningkatkan produktiviti penghasilan makanan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah peruntukan untuk PTMP?

(a) Berapakah peruntukan yang digunakan untuk mengatasi masalah banjir?

.(b) Sekiranya berlaku banjir semasa projek PTMP dijalankan, adakah kerajaan bertanggungjawab terhadap masalah banjir ini?

Page 341: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

341

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Anggaran kos keseluruhan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) adalah bernilai RM46 bilion. Fasa satu (1) komponen PIP iaitu Light Rail Transit (LRT) Bayan Lepas (BL LRT) dan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) serta dengan kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada dianggarkan kos sebanyak RM17 bilion dan Fasa dua (2) komponen PIP seperti monorel, bus rapid transit (BRT) dan Lebuh Raya Pan Island Link 2 & 2A dianggarkan sebanyak RM22 bilion. Manakala, RM6.4 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek jalan-jalan utama dan Terowong Dasar Laut oleh Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn. Bhd.

Jumlah ini merupakan kos anggaran yang dikemukakan pada tahun 2015 semasa Request for Proposal (RFP) oleh Project Delivery Partner (PDP) dan kos sebenar hanya akan diketahui setelah semua komponen projek dilaksanakan dan tender terbuka dijalankan.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan melaksanakan terlebih dahulu projek BL LRT dan PIL 1 oleh SRS Consortium dan projek jalan-jalan utama, Pakej 2, iaitu Air Itam Bypass ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.

(a) Kos untuk mengatasi isu banjir sewaktu pelaksanaan projek adalah termasuk dalam sebahagian daripada kos keseluruhan Pelan Induk Pengangkutan (PIP). Walau bagaimanapun, pecahan kos yang sebenar tidak dapat diperincikan sehingga kerja-kerja reka bentuk terperinci dan tender terbuka diselesaikan.

(b) Penggerak projek akan bertanggungjawab menyediakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan - EMP) yang merangkumi langkah-langkah mitigasi untuk mengatasi isu banjir sewaktu pelaksanaan projek dengan terperinci sebelum projek dijalankan. Pelan pengurusan alam sekitar perlu mendapat kelulusan dari agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum pelaksanaan projek. Penggerak projek adalah bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah kawalan dalam (EMP) dilaksanakan semasa pelaksanan projek.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Adakah peruntukan sebanyak 4.5 juta yang digunakan untuk mengkaji sistem kad “Saya Suka Pulau Pinang” telah diberikan kepada Penang Institute pada tahun 2018 telah dijalankan? (a) Apakah tindakan yang akan dilakukan sekiranya gagal hendak dilaksanakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah membelanjakan sejumlah RM333,616.24 sebagai bayaran kepada pihak perunding untuk membuat kajian awal dan reka bentuk conceptual framework bagi pelaksanaan kad pintar ini.

RM4.5 juta yang dimaksudkan adalah merupakan anggaran awal kos pembangunan sistem dan teknologi kad ‘I Love Penang’, termasuk pengoperasian organisasi yang akan mengendalikan pelaksanaan kad tersebut. Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut belum disalurkan kepada Penang Institute.

Page 342: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

342

(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sedang meneliti dan mengkaji keperluan meneruskan program kad ‘I Love Penang’ memandangkan berlaku pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan Skim MySalam dan Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa 40). Skim MySalam dan PeKa 40 memberikan fokus kepada bantuan kesihatan, yang mana sama dengan tujuan pelaksanaan kad ‘I Love Penang’. Program-program kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan diselaraskan supaya dana bantuan yang disediakan dapat diterima oleh kumpulan sasar yang layak.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mohon perincikan pembahagian dalam perbelanjaan MAINPP dari tahun 2013 hingga 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Perbelanjaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) diperuntukkan melalui empat (4) kumpulan wang iaitu:-

(i) Kumpulan Wang Pentadbiran;

(ii) Kumpulan Wang Wakaf;

(iii) Kumpulan Wang Sumber Am; dan

(iv) Kumpulan Wang Zakat.

Perincian jumlah perbelanjaan MAINPP mengikut kumpulan wang dari tahun 2013 hingga 2019 adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 5)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Senaraikan keanggotaan ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan nyatakan fungsi serta peranan jawatankuasa yang dibentuk.

(a) Di bawah siapakah jawatan kuasa ini bernaung?

(b) Adakah jawatankuasa ini dirujuk untuk menentukan dasar-dasar Kerajaan Negeri?

(c) Berapakah kekerapan mesyuarat jawatankuasa ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang terdiri daripada 20 orang ahli cendekiawan Islam di Malaysia. Senarai Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) YB. Dato’. Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri I, Merangkap Pengerusi Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

Page 343: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

343

(ii) SS. Dato' Seri Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Nor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(iii) Y.A.A. Dato’ Mohamad Shakir Bin Haji Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie JKSNPP;

(iv) YBhg. Dato' Dr. Danial Bin Zainal Abidin, Pengamal Perubatan/ Pendakwah Bebas;

(v) YBhg. Dato' Seri Mohd Yusuf Bin Che Teh, mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM;

(vi) YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Bin Haji Othman, Pensyarah UKM;

(vii) YBhg. Dato' Shamsuri Bin Ahmad, Penasihat Syariah/ Pendakwah Bebas;

(viii) YBhg. Datuk Dr. Haji Mohd Nor Bin Manuty, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu;

(ix) YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bin Bakar, Pakar Ekonomi Islam;

(x) YBhg. Prof Dr. Mohd Sakri @ Shukri Bin Salleh, Pengarah ISDEV, USM;

(xi) YBhg. Prof Dr. Zhari Bin Ismail, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pensyarah USM;

(xii) YBhg. Prof Dr. Mohamad Fauzan Bin Haji Noordin, Pensyarah UIAM;

(xiii) YBhg. Prof Kamarul Azizi Bin Ibrahim, Pensyarah UIAM;

(xiv) YBhg. Prof Madya Saidatulakmal Binti Mohd, Pensyarah USM;

(xv) YBhg. Dr. Zaharuddin Bin Abd Rahman, Pakar Ekonomi Islam;

(xvi) YBhg. Dr. Shereeza Binti Mohamed Saniff, Pensyarah USM;

(xvii) YBhg. Tuan Haji Kamarudin Bin Abdullah, Pengerusi NGO IPSI;

(xviii) YBhg. Tuan Haji Abdul Mutalib Bin Maarof, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nahdhah;

(xix) YBhg. Tuan Haji Mohd Hussain Yee Bin Abdullah, Penasihat Institut Al-Khadeem;

(xx) YBhg. Encik Syazalie Hirman Bin Ahmad Najib, Guru/ Pendakwah Bebas; dan

(xxi) Tuan Haji Zulkifli bin Long, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, merangkap Setiausaha Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pilih dan dilantik berdasarkan kepakaran yang dimiliki dan berperanan untuk merangka dan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam memartabatkan syiar Islam di Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang tercatat di dalam manifesto ke-9 pilihan raya yang lalu.

Page 344: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

344

(a) Ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernaung di bawah Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Hal Ehwal Agama Islam.

(b) Jawatankuasa ini tidak dirujuk di dalam menentukan dasar-dasar Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini lebih terarah dalam mengemukakan syor dan idea untuk merangka program bagi mempertingkatkan dan memartabatkan syiar Islam terutamanya pembangunan khair ummah, pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan dan pembangunan sains.

Ahli Mesyuarat Syura akan mengadakan mesyuarat sekurang -kurangnya tiga (3) kali setahun bergantung kepada keperluan semasa.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah status pembinaan projek hospital patuh syariah di Bayan Baru?

(a) Adakah dalam pembinaan atau terbengkalai?

(b) Nyatakan definisi hospital patuh syariah?

(c) Selain hospital patuh syariah, adakah Kerajaan Pulau Pinang berhasrat membina hotel patuh syariah memandangkan Pulau Pinang adalah tempat tumpuan pelancong.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Projek pembinaan hospital patuh syariah di Bayan Baru dimajukan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).

(a) Projek ini telah memasuki fasa pembinaan setelah pelan kerja-kerja tanah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 19 September 2018. Kontraktor yang dilantik telah mula menjalankan kerja-kerja persiapan tapak setting up and mobilisation bermula pada 21 Februari 2019. Kerja – kerja cerucuk (piling work) dijadualkan bermula pada awal Mei 2019. Projek ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2022.

(b) Hospital patuh syariah adalah hospital yang mematuhi piawaian Standard and Industrial Research Institute of Malaysia(SIRIM) (MS1900 2014) di mana sistem pengurusan, kualiti yang diamalkan serta perkhidmatan rawatan hospital adalah mengikut prinsip syariah dan perspektif Islam.

Kerajaan Negeri sentiasa terbuka sekiranya ada mana-mana pihak yang berhasrat untuk meneroka ruang dan peluang membangunkan hotel patuh syariah sepenuhnya di masa hadapan. Ianya bukan sahaja dapat mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi mesra Muslim, tetapi di samping itu boleh menjadi sebahagian usaha dakwah bagi memperlihatkan keindahan Islam.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah peranan kerajaan untuk memastikan tiada diskriminasi dalam pengambilan pekerja oleh majikan dan tiada diskriminasi dalam tempoh perkhidmatan bekerja?

Page 345: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

345

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kerajaan dari semasa ke semasa akan mengingatkan majikan di negeri ini supaya tidak mengamalkan diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja dan tiada diskriminasi dalam tempoh perkhidmatan bekerja. Majikan dimohon supaya bersikap terbuka dengan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu yang menghalang mana-mana kaum daripada menyertai organisasi mereka.

Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (EEOC) seperti yang termaktub dalam Janji 33 di dalam Buku Harapan. Suruhanjaya ini akan diwakili oleh individu yang dihormati dari sektor swasta dan awam, bertujuan untuk menghapuskan amalan pengambilan pekerja yang tidak adil dan berdiskriminasi. Dengan berbuat demikian, ia akan mewujudkan tenaga kerja di sektor awam dan swasta yang lebih pelbagai, berdaya tahan, inovatif dan responsif terhadap pola dan permintaan pasaran serta keperluan warganegara Malaysia.

Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dalam proses pengambilan pekerja. Pelantikan tetap bagi pengisian kekosongan di Jabatan Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Bagi tujuan pelantikan yang melibatkan orang-orang kurang upaya (OKU), Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 2010 berkenaan Pencapaian Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam menjadi panduan pelantikan oleh SPA. PSUKPP akan melaksanakan penempatan bagi calon-calon yang melapor diri setelah dilantik oleh pihak SPA. Calon yang dilantik diberi tugas yang bersesuaian di agensi masing-masing. Sehingga kini, seramai 53 orang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) telah diambil bekerja di 14 organisasi termasuk agensi negeri, badan berkanun negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Berapakah bilangan pelancong China dan negara-negara lain-lain yang masih berada di Pulau Pinang tetapi tidak balik semula ke negara sendiri dari tahun 2013 hingga 2019?

(a) Berapakah bilangan pendatang yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan mendapat kerakyatan negara?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Data pelancong warga asing yang masih belum pulang ke negara sendiri tidak terdapat dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia. Walau bagaimanapun, statistik keluar dan masuk pelancong warga asing melalui pintu masuk udara dan laut dari tahun 2013 hingga 2019 berjumlah 9,594,481.00 orang adalah seperti di Lampiran A.

(a) Pemerolehan kewarganegaraan Malaysia bagi seorang individu Bukan Warganegara adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sama ada melalui pendaftaran atau penaturalisasian.

Sebanyak 552 permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang bagi tempoh di antara tahun 2014 hingga 31 Mac 2019 daripada wanita Bukan Warganegara yang berkahwin dengan lelaki Warganegara Malaysia dimana kesemua permohonan ini telah dianugerahkan kewarganegaraan. Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 81

Page 346: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

346

permohonan kewarganegaraan telah dianugerahkan kepada lelaki Bukan Warganegara yang berkahwin dengan wanita Warganegara Malaysia.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Apakah dasar pembangunan modal insan yang telah digariskan oleh kerajaan terutama dalam meningkatkan nilai modal insan remaja-remaja agar mereka terjebak dalam gejala sosial?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Dasar Kerajaan Negeri adalah untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi serta profesional bagi memenuhi permintaan pasaran kerjaya khususnya dalam bidang reka bentuk kejuruteraan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi dan hab pendidikan serta perindustrian yang terkemuka. Pembangunan modal insan amat penting untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan nilai modal insan remaja-remaja agar mereka tidak terjebak dalam gejala sosial adalah seperti berikut:

(i) Melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran melalui Penang Skills Development Center (PSDC) bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Mesiter Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada masa yang serentak;

(ii) Bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants(FTC) untuk menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills Employment Programme-VSEP) untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program VSEP akan memberi penekanan terhadap aspek kemahiran teknikal yang boleh digunapakai bagi memenuhi visi tersebut. Melalui program VSEP ini, pelajar bukan sahaja belajar secara teori tetapi juga berpeluang mempraktikkan kemahiran yang diajar sehingga menjadi modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, kursus City & Guilds (C&G) dijalankan oleh FTC;

(iii) Merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk terus memacu ekonomi negeri dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat melalui peningkatan pelaburan. Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu seperti Business Process Outsourcing, Shared Services Outsourcing, Global Business Services, Research & Development (R&D), Design & Development (D&D), teknologi maklumat (ICT), perisian dan perkhidmatan sumber manusia. Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi; dan

Page 347: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

347

(iv) Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Maths) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan sains dan teknologi melalui penubuhan Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Penang Digital Library, Pusat @CAT dan Penang Math Platform.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Selama 10 tahun pelaksanaannya sehingga Mac 2019, seramai 3,235 usahawan/penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM16.79 juta.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM). TUT memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00 telah disediakan di mana sehingga Februari 2019, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Apakah kondisi sistem pengolahan leachate di tapak pelupusan sampah Pulau Burung?

(a) Apakah status pematuhannya?

(b) Apakah tindakan kerajaan sekiranya kontraktor tidak mematuhi peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Tapak Pelupusan Pulau Burung ketika ini mempunyai 2 sistem pengolahan leachate iaitu:

(i) Kolam leachate di Fasa 1 dan 2 dan keadaan kolam takungan leachate ini adalah masih terkawal.

(ii) Sistem pengolahan larut resapan (leachate) di Tapak Pelupusan Pulau Burung (TPPB) (Fasa 3) sedang dalam peringkat pembinaan. Notis Arahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar kepada pihak PLB Terang Sdn. Bhd. selaku kontraktor untuk memastikan sistem pengolahan larut resapan ini dibina dan beroperasi selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019.

Page 348: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

348

(a) Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, pada tahun 2018, tiada pelepasan larut resapan daripada kolam larut resapan. Larut resapan daripada TPPB Fasa 1 dan Fasa 2 yang dikumpulkan di kolam larut resapan dan perimeter ban akan dialirkan semula (recirculation) ke tapak pelupusan menggunakan kaedah pam dan pancuran (sprinkler). Larut resapan di TPPB Fasa 1 dan Fasa 2 akan dirawat menggunakan sistem pengolahan larut resapan di tapak Pelupusan Pulau Burung di Fasa 3. Sistem pengolahan leachate di Tapak Pelupusan Pulau Burung mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pemeriksaan dilakukan oleh pekerja MPSP secara harian dan Laporan Pengawasan Kualiti Alam Sekitar ( Air, Udara dan Bunyi) dikemukakan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar setiap bulan untuk pemantauan.

(b) Pembuangan larut resapan perlu mematuhi had-had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009. Perlanggaran terhadap had-had yang ditetapkan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009 dimana jika disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Senaraikan kilang-kilang haram yang masih beroperasi di Pulau Pinang pada tahun 2015 hingga tahun 2019.

(a) Apakah tindakan kerajaan terhadap kilang-kilang ini yang masih beroperasi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Sepanjang tempoh 2015 hingga 2019, sebanyak 519 buah kilang haram yang masih beroperasi di Pulau Pinang. Statistik kilang haram yang masih beroperasi di Pulau Pinang mengikut daerah sepanjang tempoh 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

(a)

Tindakan yang diambil ke atas kilang tanpa lesen yang masih beroperasi

adalah seperti berikut:-

(i) Mengeluarkan tawaran kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan.

Daerah Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) Bil. Kilang

Haram

Timur Laut MBPP

35

Barat Daya 41

Seberang Perai Utara

MPSP

164

Seberang Perai Tengah

172

Seberang Perai Selatan

107

Jumlah 519

Page 349: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

349

(ii) Mengeluarkan Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan dan Notis Menghendaki Penghapusan Kacau Ganggu dalam tempoh tertentu.

(iii) Membatalkan lesen perniagaan.

(iv) Mengeluarkan Notis Borang F iaitu notis memanggil permohonan untuk kebenaran merancang dalam hal pemaju tanpa kebenaran merancang, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Tujuan notis ini dikeluarkan adalah untuk meminta pemilik bangunan mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada PBT.

(v) Mengeluarkan Notis Binaan Tanpa Kebenaran dan Notis Mengosong di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

(vi) Mengambil tindakan undang-undang di mahkamah di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

(vii) Melaksanakan pendakwaan ke atas pengusaha kilang tanpa lesen.

(viii) Melaksanakan pemutihan kilang bagi yang boleh dilesenkan berdasarkan kepada pelan dasar PBT.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Sila nyatakan statistik kilang-kilang yang berdaftar mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sila nyatakan tahap pematuhan (statistik amaran dan kompaun) yang telah di keluarkan dan langkah untuk atasi isu berikut;

(a) Tanggungjawab majikan dan pekerja.

(b) Risiko bahan kimia termasuk menyediakan Penilaian Kesan Bahan Kimia (CHRA).

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), statistik tempat kerja berdaftar mengikut sektor adalah seperti jadual di bawah:

Bil. Sektor Jumlah

1 Pengilangan 2,454

2 Pembinaan 3,251

3 Sektor Utiliti 717

4 Perkhidmatan Perniagaan 1,498

5 Sektor Awam 581

6 Lain-lain sektor 5,625

JUMLAH 14,126

Sebanyak 6,585 aktiviti penguatkuasaan tempat kerja dibuat pada tahun 2018 untuk menilai tahap pematuhan perundangan yang meliputi aspek tanggungjawab majikan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditempat kerja termasuk aspek pengurusan penggunaan bahan kimia. Susulan daripada aktiviti penguatkuasaan tersebut, sebanyak 2,376 surat arahan dan 2,644 notis dikeluarkan

Page 350: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

350

kepada majikan atas pelbagai ketidakpatuhan berkaitan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sebanyak seratus empat puluh lima (145) jumlah kompaun terhadap majikan telah dikeluarkan dengan jumlah denda RM227,000.00 dan empat pulus tiga (43) jumlah pendakwaan telah dibuat terhadap majikan dengan jumlah denda RM332,000.00 pada tahun 2018.

(a) Bagi mengatasi isu ketidakpatuhan, JKKP telah melaksanakan sebanyak tiga ratus dua puluh dua (322) program promosi yang melibatkan seramai 18,187 orang peserta yang terdiri daripada majikan dan pekerja pada tahun 2018. Selain itu, kerajaan melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama pemegang taruh khususnya pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja telah merangka dan mewujudkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara untuk memastikan majikan dan pekerja menjalankan tanggungjawabnya. JKKP juga telah mewujudkan satu Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 (OSHMP2020) yang merupakan strategi dan program yang dirangka bagi melonjakkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) negara.

(b) Berkenaan aspek pengurusan risiko bahan kimia pula, JKKP telah melaksanakan langkah—langkah seperti berikut:

(i) Program pengurusan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan secara berperingkat, teratur dan sistematik, seperti Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme (SOHELP). Program ini menekankan kepada pengurusan tiga (3) elemen risiko kesihatan iaitu elemen pengurusan bahan kimia, elemen bunyi bising dan elemen pengurusan ergonomik;

(ii) Menjalankan aktiviti penguatkuasaan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (USECHH); dan

(iii) Menjalankan aktiviti penguatkuasaan melalui Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pengelasan, Pelabelan, dan Helaian Data Keselamatan (CLASS) 2013.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Mengapakah pengharaman rokok tidak wartakan di pusat-pusat hiburan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Larangan merokok di pusat-pusat hiburan telah pun berkuatkuasa kecuali di pub, disko, kelab malam atau kasino berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983. Larangan merokok di pub, disko, kelab malam atau kasino tidak dilaksanakan kerana peraturan 11(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah memberikan pengecualian kepada premis-premis ini dengan menyatakan “Tiada seorang pun boleh merokok di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.” Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dalam proses untuk pindaan akta sedia ada kepada Akta Kawalan Hasil Tembakau. Melalui pindaan ini, kawasan larangan merokok akan diperluaskan kepada tempat-tempat awam yang lain.

Page 351: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

351

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Senaraikan sungai-sungai yang terdapat di Pulau Pinang.

(a) Bagaimana tahap kebersihan sungai-sungai tersebut daripada pencemaran?

(b) Apakah perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan sungai-sungai ini bersih?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Negeri Pulau Pinang mempunyai 32 sungai di tujuh (7) lembangan utama yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seperti di Lampiran A.

(a) Tahap kebersihan 32 sungai daripada pencemaran berdasarkan pemantauan JAS pada tahun 2018 adalah seperti berikut: -

(i) Enam (6) sungai dikategorikan bersih;

(ii) 17 sungai dikategorikan sederhana tercemar; dan

(iii) Sembilan (9) sungai dikategorikan tercemar.

Perincian tahap kebersihan sungai pada tahun 2018 adalah seperti di Lampiran B.

(b) Perancangan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan sungai-sungai di Negeri Pulau Pinang bersih adalah seperti berikut:-

(i) Menubuhkan Task Force dan Jawatankuasa Ops Lumpur bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai di bawah JPS;

(ii) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan sungai mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh JPS seperti berikut:-

(a) Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);

(b) Erosion dan Sediment Control Plan (ESCP);

(c) Garis panduan pembangunan berhadapan sungai; dan

(d) Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP)

(iii) Mengenakan syarat-syarat pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pengusaha perniagaan supaya mematuhi ketetapan untuk pemasangan perangkap minyak, menyediakan kolam takungan, loji rawatan air, dan melaksanakan persampelan air buangan setiap setengah tahun bagi tujuan pemantauan;

(iv) Pemantauan secara berterusan oleh PBT dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;

Page 352: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

352

(v) Memastikan setiap permohonan pembangunan berkaitan sungai yang diterima mengikut garispanduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah JAS;

(vi) Mengenakan had standard yang lebih ketat bagi pelepasan kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 berbanding Standard B sebelum ini;

(vii) Memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa (competent person) yang ditauliah oleh JAS dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-masing;

(viii) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan; dan

(ix) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada pihak industri serta sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 15)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Senaraikan rumah-rumah penjagaan OKU, warga emas dan anak yatim yang diurus oleh kerajaan dan NGO di Pulau Pinang.

(a) Berapa peruntukan yang disalurkan kepada rumah-rumah ini untuk kebajikan mereka?

(b) Adakah berlaku kes anak yatim dieksploitasi untuk kutipan derma?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16 Jumlah keseluruhan rumah-rumah penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan anak yatim yang diurus oleh kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta adalah seperti berikut:

KATEGORI OKU WARGA EMAS ANAK YATIM

Kerajaan 0 0 0

NGO 14 8 9

Swasta 0 58 0

JUMLAH 14 66 9

Page 353: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

353

(a) Jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan kepada rumah-rumah penjagaan OKU, warga emas, kanak-kanak, keluarga dan lain-lain bagi tahun 2018 daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,435,510.00 seperti berikut:-

KATEGORI JUMLAH

OKU 1,331,710.00

Warga Emas 43,800.00

Kanak-Kanak 30,000.00

Keluarga 20,000.00

Lain-Lain 10,000.00

JUMLAH 1,435,510.00

(b) Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes anak yatim dieksploitasi untuk kutipan derma di Pulau Pinang.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 16)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Mengapakah bilangan mangsa denggi terus meningkat meskipun menggunakan kaedah Artificial Intelligent?

(a) Adakah dengan peningkatan ke sini bermaksud kempen cegah denggi gagal memberi kesedaran kepada masyarakat setempat?

(b) Apakah tindakan susulan yang dibuat oleh kerajaan untuk kempen ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di Negeri Pulau Pinang. Antara faktor yang boleh mempengaruhi peningkatan kes denggi ini adalah disebabkan perubahan cuaca dan perubahan serotip denggi. Peningkatan kes denggi ini akan dilihat ketara apabila musim hujan dan panas dimana hujan akan menyebabkan air bertakung di bekas-bekas terbuka dan seterusnya menjadi medium pembiakan nyamuk Aedes. Apabila cuaca panas pula, keadaan ini akan mempercepatkan kitaran hidup nyamuk dan meningkatkan kadar gigitan nyamuk dewasa. Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mendapati bahawa terdapat perubahan serotaip virus denggi daripada jenis Den 3 kepada Den 2 dimana populasi manusia masih belum mempunyai imuniti terhadap jangkitan virus jenis ini sekali gus menyebabkan peningkatan kes demam denggi.

Meskipun Sistem Artificial Intelligence in Medical Epidemiology (AIME) atau dikenali sebagai Crush Aedes Totally (CAT) yang mengguna pakai teknologi Artificial Intelligence (AI) digunapakai, sistem ini hanyalah bertindak sebagai suatu aplikasi yang meramal kejadian wabak denggi yang akan berlaku berdasarkan analisis input data dan beberapa faktor lain. Berdasarkan ramalan yang dijana, ianya akan membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk melaksanakan perancangan dan strategi aktiviti kawalan vektor secara lebih fokus dan mengikut keutamaan.

Page 354: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

354

(a) Kempen cegah denggi ini merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai demam denggi. Kempen ini dilaksanakan untuk mendorong perubahan sikap masyarakat ke arah mengamalkan budaya mencegah denggi melalui aktiviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Peningkatan kes denggi ini bukanlah bermaksud kempen cegah denggi yang telah dilaksanakan ini gagal memberi kesedaran kepada masyarakat setempat. Terdapat pelbagai faktor-faktor mempengaruhi peningkatan kes ini seperti yang dinyatakan di atas.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan PBT telah mengambil beberapa tindakan susulan untuk menambahbaik kempen cegah denggi ini. Antara tindakan yang dilaksanakan adalah menubuhkan pasukanCommunication for Behavioral Impact (COMBI) yang terdiri daripada penduduk setempat bagi membina jalinan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan komuniti dalam menangani denggi. Melalui penubuhan COMBI ini, Kerajaan Negeri berharap agar usaha-usaha pencegahan denggi dapat digerakkan di peringkat komuniti. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JKNPP dan PBT turut melaksanakan usaha-usaha seperti berikut:-

(i) Program bebas denggi di semua sekolah bagi memupuk budaya penjagaan kebersihan persekitaran dalam mencegah denggi;

(ii) Menjalankan kerja-kerja menjaga kebersihan sekitar melalui kutipan sampah dan pembersihan parit longkang secara berjadual agar mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes;

(iii) Memberikan perhatian dan mengambil tindakan pembersihan dengan kadar segera di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sistem CAT sebagai kawasan wabak denggi;

(iv) Menjalankan pemeriksaan premis di lokasi kes wabak agar memastikan pemilik premis menjaga kebersihan kawasan persendirian dan bebas daripada kawasan pembiakan nyamuk aedes;

(v) Menjalankan pemeriksaan berjadual di premis berisiko seperti tapak binaan, kilang, premis perniagaan barang lusuh dan kawasan premis yang mempunyai kawasan semak samun serta kotor;

(vi) Menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan vektor melalui aktiviti source reduction seperti semburan kabus dan aktiviti cari serta musnah tempat pembiakan nyamuk; dan

(vii) Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan seperti mengedar risalah, poster, pameran, edaran ubat jentik jentik percuma (abate) dan ceramah berkaitan bahaya denggi kepada penduduk.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Senaraikan hasil dan jumlah perolehan pertanian dan asas tani yang menjadi sumber ekonomi negeri dari tahun 2015 hingga tahun 2019?

(a) Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan hasil pertanian?

Page 355: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

355

(b) Bagaimana kerajaan menangani kenaikan harga baja dan racun serangga yang membebankan para petani?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Sektor pertanian dan industri asas tani merupakan sektor yang amat penting di negeri ini. Dari tahun 2015 hingga 2019, sektor ini telah berjaya mencatatkan nilai pengeluaran berjumlah RM850,748,385.28 seperti perincian di jadual berikut:

(a)

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha dalam meningkatkan hasil pertanian di negeri ini melalui pelaksanaan program pengembangan pertanian, pembangunan industri tanaman, pembangunan pusat pertanian dan pembangunan industri asas tani. Kesemua program yang dilaksanakan ini adalah untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Selaras dengan matlamat tersebut, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang secara konsisten berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian melalui pelaksanaan program-program seperti berikut:

(i) Program peningkatan produktiviti dan hasil pertanian serta industri asas tani;

(ii) Program pemerkasaan dan pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;

(iii) Program pemasaran dan promosi produk;

(iv) Program latihan dan bimbingan kepada golongan belia;

(v) Penyediaan kemudahan pusat latihan, pusat pertanian dan makmal industri asas tani untuk melaksanakan pelbagai program pengembangan pertanian;

(vi) Pinjaman Tabung Usahawan Tani (TUT) kepada usahawan tani; dan

(vii) Program Agroprenuer Muda di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kerajaan Negeri sememangnya menyedari isu kenaikan harga baja dan racun serangga yang membebankan para petani. Bagi mengurangkan bebanan petani, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telahpun melaksanakan pemberian insentif pakej teknologi pertanian berbentuk baja dan racun serangga. Dalam pada itu, pengusaha sawah juga telah dibantu melalui pemberian subsidi yang mana diharap

Tahun Nilai Pengeluaran

(RM) Jumlah Pengeluaran

(tan)

2015 166,350,592.12 107,230.56

2016 184,982,443.32 108,798.52

2017 253,620,129.77 113,741.71

2018 243,871,685.04 106,729.21

2019

(sehingga Mac) 1,923,535.03 4,583.46

Jumlah 850,748,385.28 441,083.46

Page 356: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

356

boleh membantu mengurangkan kos operasi bagi projek pertanian yang diusahakan. Selain itu, pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang juga mengesyorkan penggunaan Effective Microorganism (EM), Indigenous Microorganism (IMO) dan baja atau bahan organik lain sebagai alternatif kepada baja dan racun kimia yang dijual di pasaran. Baja organik ini boleh dihasilkan sendiri oleh petani kerana tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dalam penghasilannya. Dalam pada itu, kaedah pembajaan dan meracun juga perlu diambilkira dalam mengelakkan pembaziran input pertanian. Melalui penggunaan input pertanian seperti baja dan racun yang tepat, kos penghasilan produk pertanian akan dapat diminimakan. Jabatan juga sentiasa terbuka untuk memberikan latihan dan bantuan teknikal kepada para petani dalam mencapai kos efektif pengeluaran produk-produk pertanian ini.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Nyatakan statistik nelayan yang terdapat di Pulau Pinang mengikut daerah dari tahun 2015 hingga 2019?

(a) Bagaimanakah harga ikan ditentukan di negeri ini dan berapakah bilangan peraih yang terkini?

(b) Adakah pampasan yang diberikan kepada nelayan sekiranya projek PTMP dan tambak laut dijalankan?

(c) Sekiranya ya, berapakah jumlah pampasan yang diberikan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Statistik nelayan di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015 hingga 2018 yang diperolehi daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Daerah 2015 2016 2017 2018

Timur Laut 1,244 1,045 1,118 1,106

Barat Daya 1,609 1,629 1,642 1,622

Seberang Perai Utara 1,023 881 854 830

Seberang Perai Tengah 349 314 304 301

Seberang Perai Selatan 1,342 1,104 1,078 1,051

JUMLAH 5,567 4,973 4,996 4,910

Walau bagaimanapun, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang masih belum mengesahkan data bagi tahun 2019.

(a) Di negeri Pulau Pinang, harga ikan ini ditentukan oleh persatuan-persatuan pemborong, peniaga dan peruncit ikan. Secara amnya, penentuan harga ikan adalah berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah skim kawalan harga musim perayaan, sekiranya difikirkan perlu boleh memasukkan ikan sebagai barang kawalan. Dalam memastikan harga ikan stabil di pasaran, Kerajaan Negeri melalui LKIM telah melaksanakan program-program seperti berikut:

(i) Program Pasar Nelayan

Buat masa ini, terdapat 16 buah pasar nelayan di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Page 357: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

357

(ii) Program Jualan QFISH

Program ini dilaksanakan bersama Bazar Peduli Rakyat dan program My Best Buy (MBB) melibatkan pelbagai agensi yang lain.

(iii) Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC)

Buat masa ini, terdapat dua (2) buah CCDC di negeri Pulau Pinang iaitu di Telok Bahang dan Ujong Batu.

LKIM bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen import atau eksport, borong dan runcit kepada sesiapa yang menjalankan pemasaran hasil-hasil laut seperti yang tertakluk di dalam Akta 46, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Sehingga 10 April 2019, terdapat 408 lesen borong atau peraih yang sah di negeri Pulau Pinang seperti perincian berikut:

Bil. Jenis Lesen Jumlah

1 Borong Dalam Kompleks 13

2 Borong Premis Persendirian 316

3 Borong Pasar Borong 79

Jumlah 408

(b) Pelaksanaan Projek Penambakan Laut Pulau Pinang Selatan atau Penang South Reclamation (PSR) dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan ekonomi Negeri Pulau Pinang di masa akan datang. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan quantumex-gratia yang sewajarnya kepada nelayan-nelayan yang terlibat dan layak sekiranya terdapat justifikasi setelah projek ini diluluskan. Perkara ini akan diteliti melalui Jawatankuasa Task Force Nelayan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Maung dan Bayan Lepas serta agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Adakah jalanraya di Pulau Pinang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JKR memandangkan banyak jalan yang rosak seperti berlubang yang boleh membahayakan keselamatan pengguna?

(a) Bagaimana kerajaan memastikan kualiti jalan raya ini sentiasa terjaga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (PBT) amat komited dalam memastikan segala pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jalan raya mengikut Standard Specification for Road Works : Section 4 : Flexible Pavement (JKR/SPJ/S4-2008) dan Arahan Teknik (Jalan) 5/85 (Pindaan

Page 358: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

358

2013) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Walau bagaimanapun, kerosakan jalan berlubang yang berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kadar trafik yang tinggi, lebihan beban kenderaan berat serta faktor luaran seperti tumpahan diesel yang merosakkan permukaan jalan.

(a) Bagi memastikan kualiti jalan raya ini sentiasa terjaga, Kerajaan Negeri menerusi JKR dan PBT telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Memantau jalan-jalan serta mengambil tindakan ke atas aduan-aduan dengan melakukan tampalan sementara dan tampalan kekal;

(ii) Menjalankan program berkala pavement ke atas laluan yang mengalami kerosakan kritikal dengan memperbaharui muka jalan tersebut;

(iii) Mewajibkan supaya bekalan premix hanya boleh diperolehi dari loji premix yang diiktiraf oleh JKR;

(iv) Memastikan kerja-kerja penurapan dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR;

(v) Menyediakan pasukan khas yang menjalankan kerja-kerja menampal jalan dalam tempoh 24 jam;

(vi) Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan perabot jalan secara rutin dan berkala; dan

(vii) Menjalankan ujian-ujian ketahanan jalan yang bersesuaian mengikut spesifikasi JKR.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Berapa kali tarif air PBA dinaikkan dari tahun 2008 hingga 2019 dan berapakah kadar kenaikan kepada pengguna?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sejak tahun 2008 hingga 2019, semakan kadar tarif air bagi kategori Domestik dan Perniagaan hanya dinaikkan dua (2) kali seperti berikut:

Kategori Tahun

Perniagaan 2010

Domestik dan Perniagaan 2015

Kadar kenaikkan tarif air kepada pengguna adalah seperti Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 21)

Page 359: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

359

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah kejayaan yang telah diperolehi daripada penubuhan Penang International Halal Hub (PIHH) setelah 10 tahun penubuhan?

(a) Apakah bantuan yang disediakan kepada usahawan daripada PIHH?

(b) Berapakah bilangan usahawan Melayu yang telah berjaya dilahirkan daripada program ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri telah mewujudkan Penang International Halal Hub (PIHH) Development Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Halal Penang pada April 2008 sebagai satu langkah dan usaha untuk mempromosikan industri halal di Pulau Pinang. Visi Kerajaan Negeri melalui Halal Penang adalah untuk mempromosi dan membangunkan industri Halal tempatan iaitu menjadikan Pulau Pinang sebagai Hab Halal Antarabangsa iaitu gateway kepada Industri Halal di rantau Asean.

Antara kejayaan yang telah diperolehi daripada penubuhan Penang International Halal Hub (PIHH) setelah sepuluh (10) tahun penubuhannya adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kawasan khusus yang dibangunkan sebagai Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) untuk memenuhi permintaan pelabur yang ingin menempatkan operasi pengilangan di Pulau Pinang dalam sektor Halal seperti berikut:

(a) 53 ekar di Penang Science Park (PSP); dan

(b) 98 ekar di Utara Penang Science Park / Penang Science Park North (PSPN).

Kedua-dua TPPH di PSP dan PSPN ini telah memperoleh pengiktirafan sijil Halmas daripada Halal Industry Development Corporation (HDC) bagi melayakkan para pelabur untuk menikmati insentif serta galakan cukai.

(ii) Penganjuran Penang International Halal Expo and Conference (PIHEC)

Halal Penang telah berjaya dalam penganjuran secara tahunan PIHEC bermula pada tahun 2010 melibatkan penyertaan pempamer yang terdiri daripada usahawan dan syarikat tempatan dan luar negara dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal dan kosmetik, lojistik dan teknologi. PIHEC telah merekodkan penyertaan sejumlah 84 pempamer pada tahun pertama dan terkini PIHEC 2019 berjaya mengumpulkan 291 para usahawan, syarikat dan organisasi dari dalam dan antarabangsa. Statistik menunjukkan penglibatan para usahawan tempatan yang lebih ramai melalui platform PIHEC yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri jelas membawa manfaat besar bagi aktiviti promosi produk dan perkhidmatan tempatan.

Buat julung kali, pada PIHEC 2019, Halal Penang mengorak langkah membangunkan konsep teknologi Blockchaindalam industri halal tempatan. Aplikasi Blockchain dalam industri halal mewujudkan traceability dalam sistem rantaian pembekalan produk dan perkhidmatan halal. Sistem traceability melahirkan industri berasaskan integriti melahirkan produk

Page 360: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

360

halal berkualiti tinggi. PIHH melalui usaha sama yang bakal dijalinkan dengan International Business Microcomputers (IBM) serta perjanjian usaha sama yang telah dimeterai dengan Islah Venture Sdn. Bhd., syarikat beroperasi di Selangor yang mempunyai kerjasama teknologi dengan Jerman akan merealisasikan visi Kerajaan Negeri untuk mengaplikasikan teknologi Blockchain dalam industri halal tempatan.

(iii) Menyumbang terhadap peningkatan jumlah permohonan pensijilan Halal di Negeri Pulau Pinang daripada 55 kepada 1,112 permohonan setakat Disember 2018 melalui prinsip Kerajaan Negeri iaitu Aggressive, Condusive and Persuasive (ACP) yang diterapkan sejak penubuhan Halal Penang pada November 2008. Permohonan Halal terdiri daripada pelbagai kategori industri iaitu pembuatan makanan, restoran dan outlet makanan, pembuatan kosmetik, farmaseutikal, khidmat lojistik, perhotelan serta rumah penyembelihan.

Halal Penang telah membuka prospek baru untuk pertumbuhan industri halal Pulau Pinang ke pasaran Timur Tengah dan Eropah serta mengukuhkan peranan dan penjenamaan Pulau Pinang selaku gateway kepada industri halal di Asean. Perkembangan ini hasil perjanjian usaha sama Halal Penang dan Dubai Airport Freezone Authority (Dafza) – zon perdagangan bebas terkemuka di rantau Timur Tengah yang berperanan sebagai hab dagangan dan pelaburan global.

Melalui perjanjian ini, PIHH akan bekerjasama menggunakan Halal Trade and Marketing Center (HTMC) yang ditubuhkan di Dafza untuk memfasilitasikan aliran dagangan dan pemasaran produk dan perkhidmatan halal tempatan serta potensi pelaburan melalui peranan HTMC Dafza yang berangkaian ke pasaran halal global. Perjanjian persefahaman antara Halal Penang dan Dafza telah dimeterai sempena lawatan rasmi Kerajaan Negeri ke Dubai (7-10 April 2019).

(a) Antara bantuan yang disediakan kepada usahawan PIHH adalah seperti berikut:

(i) Menawarkan khidmat fasilitasi dan koordinasi untuk membimbing pertumbuhan usahawan dan syarikat dalam aspek konsultasi permohonan pensijilan dan pembangunan perniagaan dalam pasaran halal;

(ii) Membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) halal dengan memberi pendedahan tentang informasi terkini berkenaan isu semasa dan prosedur pensijilan halal serta prospek pembangunan industri halal di Malaysia melalui pelbagai program seminar dan outreach yang dijalankan, bagi mempromosi dan membantu IKS halal membina jaringan pasaran melalui penyertaan di pameran perdagangan tempatan mahupun antarabangsa;

(iii) Mempromosikan produk usahawan dan meluaskan jaringan perniagaan (market linkages) ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan Halal Penang di pameran perdagangan antarabangsa dan tempatan iaitu Malaysian International Halal Showcase (MIHAS), Halfest, Thaifex-World of Food Asia, Medan Fair, program pameran perdagangan dalam rantau Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) serta pameran perdagangan dalam industri Halal di Eropah dan Timur Tengah;

Page 361: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

361

(iv) Mempromosikan pembangunan halal di negeri Pulau Pinang yang dapat memberi manfaat kepada usahawan Muslim tempatan. Kerjasama antara Halal Penang dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dalam menganjurkan program outreach dan seminar kesedaran halal juga telah membawa kepada peningkatan syarikat bumiputera yang berstatus halal;

(v) Menempatkan perusahaan yang dimiliki usahawan dalam zon Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) berpakejkan insentif “HALMAS” untuk operasi pengusaha TPHPP;

(vi) Membimbing para usahawan dan syarikat bumiputera mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di samping memperbaiki serta mengukuhkan kekuatan produk dan peluang pasaran melalui penganjuran platform strategik di acara tahunan Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC); dan

(vii) Merancang untuk mewujudkan pusat inkubator berfungsi sebagai one-stop facilitation center bagi menempatkan usahawan IKS. Pusat inkubator ini berperanan untuk membantu dan membimbing usahawan dalam memulakan aktiviti perkilangan dan seterusnya mampu berdaya saing dalam pasaran halal global.

(b) Sehingga Mac 2019, Halal Penang telah terlibat dalam membimbing seramai 91 usahawan dan syarikat bumiputera tempatan dalam sektor industri pembuatan makanan dan minuman, kosmetik dan farmaseutikal selain daripada pengusaha restoran dan outlet makanan untuk pembangunan perniagaan mereka di pasaran halal domestik dan antarabangsa.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Apakah yang dilakukan kepada usahawan tani dan nelayan untuk maju serta berdaya saing dalam Revolusi Industri 4.0?

(a) Apakah perancangan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan usahawan-usahawan belia dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Industri 4.0 telah membawa cabaran baharu kepada sektor pertanian dan pembuatan bukan sahaja di Pulau Pinang, bahkan seluruh negara. Dalam penyediaan deraf Dasar Pertanian Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri juga memberikan penekanan terhadap perubahan landskap ekonomi kesan daripada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan menetapkan hala tuju untuk membangunkan usahawan tani dan nelayan seiring dengan revolusi ini.

Dalam memperkasakan usahawan tani di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pulau Pinang telah pun mengorak langkah untuk membantu pemasaran produk usahawan tani secara atas talian melalui AgroBazaar Online. Melalui laman sesawang ini, usahawan Industri Asas Tani (IAT) yang berdaftar akan dapat menjual produk-produk yang dihasilkan secara atas talian. Secara tidak langsung, pasaran produk usahawan IAT akan dapat diperkembangkan

Page 362: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

362

dan akses pengguna kepada produk-produk usahawan IAT ini juga akan dapat diperluaskan.

FAMA Negeri Pulau Pinang juga telah memperkenalkan New Breed Marketing Entreprenuer (NBME) di mana ahli kelab MYAGROSIS di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti di Politeknik Tasek Gelugor, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh berpeluang menjadi reseller atau dropship agentuntuk mempromosikan produk usahawan IAT ini. Pelajar juga akan menerima kadar komisyen berdasarkan peratusan jualan produk. Melalui usaha ini, ianya memberikan situasi menang-menang kepada usahawan IAT dan pelajar.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga secara konsisten memberikan bantuan kepada golongan nelayan agar sentiasa maju dan berdaya saing selari dengan perkembangan IR 4.0. Antara usaha yang dibuat adalah melalui program Dana Nelayan di mana nelayan akan diberikan bantuan berbentuk geran atau pinjaman bagi pembelian peralatan menangkap ikan atau projek akuakultur. Selain itu, Program Pasar Nelayan juga turut diperkenalkan bagi menghapuskan peranan orang tengah dalam penjualan hasil perikanan. Melalui usaha-usaha ini, golongan nelayan dapat dibantu agar kekal berdaya saing dan terus maju seiring perkembangan IR 4.0.

(a) Kerajaan Negeri berusaha untuk membangunkan ekosistem Industri 4.0 dengan memupuk kesedaran masyarakat ke arah perkembangan IR 4.0 ini. Dalam memajukan usahawan-usahawan belia bagi menghadapi revolusi ini, Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada aspek pembangunan modal insan melalui usaha-usaha seperti berikut:

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC menganjurkan Penang International Science Fair (PISF) yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 dan melaksanakan bengkel sains dan teknologi kepada pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga buah Science Cafe telah dibuka iaitu di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan di Pusat Perniagaan Alma;

(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosikan bidang sains, teknologi dan animasi kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baru dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, Big Data Analytics (BDA) dan Internet Of Things (IoT);

(iii) Menubuhkan Penang Maths Platform (PMP) di Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan kepada pembelajaran Matematik. KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang dan @CAT dalam memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi IR 4.0;

(iv) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di KOMTAR bagi memupuk minat dalam bidang sains, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi serta menganjurkan program-

Page 363: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

363

program seperti kem sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan

(v) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) pada Oktober 2016. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang telah mula beroperasi pada Januari 2019. Kerajaan Negeri juga akan membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, Seberang Perai yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap dilaksanakan pada akhir tahun 2019 dan akan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020. Selain itu, Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (Penang Islamic Digital Library – PIDL) akan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan dijangka siap pada akhir tahun 2019 dan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020.

Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Focus Group Discussion (FGD) yang diketuai oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan dianggotai pelbagai jabatan dan agensi bagi pelaksanaan siri-siri program advokasi secara berperingkat kepada masyarakat mengenai perkembangan teknologi semasa termasuk IR 4.0. Antara program yang dianjurkan ialah Penang: Beyond Smart Government dan Smart Network for A Better World yang diadakan pada 12 Mac 2019 di Hotel Equatorial, Bukit Jambul untuk mewar-warkan informasi mengenai Bandar Pintar kepada ADUN, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan / Agensi.

Antara langkah-langkah persediaan oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi IR 4.0 ialah:

(i) Memastikan bahawa infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di dalam kawasan pembangunan mampu memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur bersesuaian dengan kehendak dan piawaian keperluan IR 4.0 untuk menarik pelabur. Antaranya ialah dengan pembangunan semula bangunan GBS Mayang di mana ia memenuhi tahap status tier 1 piawaian Multimedia Super Corridor (MSC) dan lain-lain bangunan GBS yang sedang dalam rancangan pembangunan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC);

(ii) Menyediakan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan kelajuan minimum 100Mb/s dan menara telekomunikasi untuk memberi kemudahan 5G yang akan dilaksanakan kemudian. Buat masa ini Negeri Pulau Pinang telah diliputi dengan jaluran fiber sebanyak 50% merangkumi 3,217 km. PDC Telco sedang berusaha dan berkerjasama dengan network service provider untuk menyiapkan baki 50% fiber untuk menyokong IR 4.0;

(iii) Melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang kemahiran melalui PSDC bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Mesiter Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang dan memberi penajaan

Page 364: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

364

sebanyak RM2 juta kepada PSDC bagi melaksanakan program German Dual Vocational Training (GDVT) yang dibangunkan menerusi kolaborasi PSDC dengan German-Malaysian Institute (GMI) untuk melatih pelajar menghadapi IR4.0;

(iv) Menganjurkan kelas-kelas dan program-program berkaitan robotik, coding, arduino dan matematik kepada pelajar-pelajar sekolah; dan

(v) Menggalakkan sektor keusahawanan melalui program sokongan untuk startup dan memberi bantuan melalui projek @CAT (Accelerator for Creative, Analytics & Technology) untuk meningkatkan peluang pekerjaan. @CAT berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat baharu kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, BDA dan IoT.

Kerajaan Negeri turut menawarkan pinjaman mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT) kepada usahawan IAT khususnya golongan belia. Pinjaman ini terbuka kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga 60 tahun iaitu pinjaman berjumlah RM6,000.00 kepada pemohon yang berumur 18 hingga 40 tahun dan pinjaman berjumlah RM5,000.00 bagi pemohon yang berumur 40 hingga 60 tahun.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan sektor pelancongan di DUN Penaga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan sektor pelancongan di DUN Penaga adalah seperti berikut:

(i) Memberi tumpuan kepada aktiviti birdwatching kerana kawasan persisiran Penaga menjadi lokasi persinggahan burung-burung hijrah dan juga burung spesies tempatan. Kawasan hutan bakau sepanjang persisiran pantai Penaga - Teluk Air Tawar telah dikenali oleh badan antarabangsa Birdlife International sebagai salah satu lokasi yang mempunyai kekayaan kepelbagaian biologi kerana mempunyai kawasan beting dan hutan bakau yang luas. Kawasan beting dan hutan bakau berkenaan adalah kaya dengan spesies hidupan marin. Risalah Birdwatching in Penang telah diterbitkan bagi meningkatkan minat kepada aktiviti ini; dan

(ii) Mengkaji dan mengenal pasti tempat-tempat baharu di Penaga yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan pelancongan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat PETACH telah menghantar surat dan emel pada tahun lepas memohon maklum balas ADUN dalam mengenal pasti produk-produk pelancongan. Pejabat PETACH mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumat daripada pihak ADUN dalam usaha mempromosikan pembangunan pelancongan di Penaga.

Page 365: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

365

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah langkah kerajaan dalam meningkatkan lagi martabat permainan sepak takraw memandangkan pasukan Pulau Pinang telah 3 kali menjuarai Sepak Takraw League dan kebanyakan pemain juga adalah pemain kebangsaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Dalam usaha untuk memartabatkan lagi kecemerlangan sukan sepak takraw di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menggerakkan jalinan kerjasama bersama dengan Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan sukan sepak takraw bermula dari usia muda di peringkat sekolah.

Fokus usaha sama ini bertujuan untuk menambah baik dan mempelbagaikan konsep latihan secara komprehensif bagi menghasilkan lebih ramai atlet sepak takraw di Pulau Pinang.

Selain itu, MSNPP turut memberi bantuan secara berterusan bagi menambahbaik kecemerlangan pasukan sepak takraw negeri melalui program pembangunan seperti berikut:-

(i) Pelantikan jurulatih penuh masa dan jurulatih sambilan untuk membantu mengukuhkan persediaan pasukan sepak takraw negeri Pulau Pinang;

(ii) Mengadakan kem latihan mental dan bina semangat untuk atlet-atlet sepak takraw negeri Pulau Pinang;

(iii) Melaksanakan ujian kecergasan untuk atlet sepak takraw;

(iv) Memperuntukkan subsidi serta bantuan kewangan kepada Persatuan Sepak Takraw Negeri Pulau Pinang untuk menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan; dan

(v) Membiayai pembayaran elaun insentif kepada atlet skuad latihan Sukan Malaysia sepanjang tahun.

Selain usaha-usaha berkenaan, Kerajaan Negeri turut sama berperanan untuk mengembangkan sukan ini di peringkat komuniti dengan penganjuran pertandingan sukan sepak takraw sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan di Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Olimpik Sedunia pada 20 hingga 22 Jun 2019 bertempat di Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia.

Pertandingan sepak takraw ini akan mengetengahkan sebanyak 4 jenis kategori pertandingan yang merangkumi penyertaan untuk kategori lelaki bawah 12 tahun, kategori lelaki bawah 18 tahun, kategori lelaki 18 tahun keatas dan kategori wanita bawah 21 tahun.

Sebagai usaha-usaha lanjut dari Kerajaan Negeri untuk mengembangkan pembangunan sukan sepak takraw di Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga telah menyediakan sebuah gelanggang sepak takraw berbumbung di Kompleks Sukan Titi Mukim dan ianya digunapakai oleh jurulatih sepak takraw negeri untuk melatih atlet-atlet negeri, pembangunan dan pelapis negeri. Ianya merupakan pusat

Page 366: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

366

latihan negeri yang ketiga selepas penempatan pusat latihan negeri di Sekolah Menengah Mutiara Impian untuk pasukan sepak takraw lelaki dan Sekolah Menengah Permatang Rawa di Bukit Mertajam sebagai pusat latihan pasukan sepak takraw wanita.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Nyatakan berapa jumlah tanah, batu dan pasir untuk tambak laut Penang South Reclamination (PSR) Pulau Pinang. (a) Berapa lamakah tempoh masa membina 3 pulau jadian? (b) Pembangunan apakah yang akan dibangunkan di 3 pulau jadian setelah siap pembinaan? (c) Dimanakah tanah,batu dan pasir diperolehi?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Pelaksanaan projek Penang South Reclamation (PSR) dianggarkan memerlukan sebanyak 189.1juta meter padu pasir laut dan 4.5juta meter padu batu.

(a) Kerja-kerja penambakan bagi 3 buah pulau di PSR ini dijangka akan mengambil masa selama 15 tahun dan akan dilaksanakan secara berfasa. Manakala, pembangunan di atas ketiga-tiga pulau ini dijangka mengambil masa antara 30 hingga 50 tahun.

(b) Pembangunan PSR akan berkonsepkan Bandar Pintar (Smart City) yang merangkumi:

(i) Kawasan industri berteknologi tinggi;

(ii) Kawasan perumahan awam

(iii) Pembangunan bercampur (mixed development);

(iv) Kawasan komersial; dan

(v) kawasan hijau dan rekreasi untuk kegunaan orang awam.

(c) Sumber pasir laut bagi kerja-kerja penambakan akan diperolehi dari dasar laut yang terletak di kawasan offshore Negeri Perak. Namun, sumber-sumber lain yang mempunyai permit yang sah dan mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) juga akan dipertimbangkan. Sumber batu pula akan diperolehi dari kuari-kuari yang mempunyai permit di kawasan persekitaran. Sumber-sumber dari Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang akan dipertimbangkan berdasarkan Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang disediakan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Berapakah jumlah kenderaan pengguna yang menggunakan perkhidmatan feri sejak tahun 2015 hingga 2019?

(a) Adakah kerajaan berhasrat memansuhkan kadar tambang penumpang berjalan kaki, basikal dan motosikal yang menggunakan perkhidmatan feri?

Page 367: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

367

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri sejak tahun 2015 sehingga 2019 adalah sebanyak 6,351,161 buah kenderaan. Butiran terperinci jumlah kenderaan mengikut kategori adalah seperti di Lampiran A.

(a) Perkhidmatan feri Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Pengangkutan di mana perkhidmatan ini kini dioperasikan oleh Rapid Ferry Sdn Bhd sebagai operator. Buat masa ini, Rapid Ferry tidak mempunyai perancangan untuk memansuhkan kadar tambang penumpang berjalan kaki, basikal dan motosikal yang menggunakan perkhidmatan feri.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 27)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Bilakah tahun akhir dasar dan syarat-syarat kelayakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pulau Pinang yang telah ditentukan?

(a) Miskin bandar kurang dari RM3000 perlu dimasukkan dalam syarat baru PPR, adakah kerajaan bersetuju? Nyatakan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Pindaan kepada dasar dan syarat-syarat kelayakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) terakhir dibuat pada tahun 2008 dengan memasukkan syarat tambahan hanya pengundi Pulau Pinang layak untuk memohon dan mendiami unit PPR dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri. Syarat ini diperkenalkan dengan mengambilkira ketersediaan unit PPR dan Rumah Sewa yang terhad dan senarai menunggu yang tinggi serta mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat unit ini terutama di bahagian pulau. Selain dari itu, syarat pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM750.00 bagi individu dan RM1500.00 bagi seisi keluarga masih dikekalkan dan hanya pengecualian khas pada tahun 2017 diberi kepada Rumah Pangsa Desa Wawasan, Seberang Perai Tengah sehingga RM2,000.00 sebulan.

(a) Syarat pendapatan bulanan bagi permohonan rumah PPR ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hendaklah tidak melebihi RM3,000.00. Penetapan ini dibuat berdasarkan had pendapatan bulanan golongan B40 yang dikenal pasti sebanyak RM3,050.00, manakala had pendapatan bulanan miskin bandar adalah sebanyak RM3,860.00, selain kategori mudah miskin iaitu mereka yang berpendapatan bulanan melebihi RM1,500.00. Sekalipun kesemua indikator ini menyarankan had pendapatan menghuni PPR perlu dinaikkan sehingga RM3,000.00, jumlah pendapatan sebenar senarai menunggu PPR semasa di negeri Pulau Pinang masih merekodkan ramai dari mereka yang berpendapatan bulanan kurang dari RM1,500.00. Peningkatan had pendapatan hanya akan menambah bilangan pemohon disebabkan segmen yang lebih luas. Kerajaan Negeri memberi fokus dan keutamaan untuk meningkatkan jumlah unit PPR di Pulau Pinang yang secukupnya kepada senarai menunggu terlebih dahulu sebelum menaikkan syarat pendapatan sehingga RM3,000.00.

Page 368: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

368

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Nyatakan Hal Ehwal Wanita dari sudut pembangunan wanita, kesihatan, pendidikan, latihan, undang-undang, pekerjaan, politik, media, agama dan kebudayaan di Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (i) Pembangunan Wanita

Usaha bagi membolehkan wanita di negeri Pulau Pinang mengecapai kemajuan dan kesejahteraan hidup menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dengan memastikan hak- hak wanita dilindungi dan kebajikan mereka dipelihara. Wanita merupakan sebahagian daripada aset penting negara dan perlu dibangunkan secara optimum bagi membolehkan mereka menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negeri.

Usaha pembangunan wanita juga termasuk yang tinggal di kawasan desa dan kampung merangkumi pelbagai dimensi termasuk ekonomi, sosiobudaya, kekeluargaan, interpersonal, perundangan, politik, psikologi dan sebagainya. Usaha ini tidak terhad kepada bantuan dalam bentuk dana atau peningkatan peluang pekerjaan dan pendapatan semata-mata.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengetengahkan agenda Kesaksamaan Gender sejak tahun 2012 dalam perancangan serta pembangunan negeri. Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) berusaha untuk memastikan wanita di Pulau Pinang mendapat peluang, hak dan sumber yang saksama. Program-program sosioekonomi wanita yang pernah dianjurkan oleh PWDC atau disokong melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi dan pertubuhan lain sejak tahun 2013 termasuk Fiesta Keusahawanan Wanita Seberang Jaya yang bertemakan “Wanita Pemangkin Ekonomi”, latihan bersubsidi Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Di Rumah, Karnival Usahawan Wanita, dan baru-baru ini, Persidangan Wanita dalam Ekonomi.

Selain itu, melalui Program Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB), pendekatan inovatif dalam menangani isu kebersihan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah diwujudkan dengan menganugerahkan kontrak pembersihan kepada komuniti di PPR di bawah pengurusan Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai (PKPJS). Pendekatan yang julung kalinya di Pulau Pinang dan juga di Malaysia ini ternyata membawa perubahan yang positif dan isu kebersihan dapat di atasi dengan sempurna. Di samping itu juga, ia mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk PPR di tempat itu sendiri di mana 3 dari 6 orang pekerja kontrak kebersihan adalah wanita.

(ii) Wanita dan Pekerjaan

Dari segi pekerjaan, peratusan golongan wanita bekerja di Pulau Pinang pada masa ini telah mencapai lebih daripada 40% di mana sebanyak 51.04% di sektor professional dan 46.78% di sektor perkhidmatan dan jualan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, golongan wanita yang bekerja sebagai pengurus (22.53%), sektor pertanian, perhutananan, penternakan dan perikanan (2.35%),

Page 369: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

369

juruteknik dan profesional (32.34%) ataupun berkerja sebagai majikan (11.9%) di Pulau Pinang masih rendah berdasarkan perangkaan yang sama.

(iii) Wanita dan Kesihatan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Program Saringan Mammogram Percuma (Mammo-Penang) pada Februari 2015 yang bertujuan untuk memberikan saringan awal mammogram kepada penduduk atau pengundi di Pulau Pinang berusia 35 tahun ke atas atau wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara. Ini adalah sebahagian usaha pengesanan dan pencegahan awal kanser payudara. Selain daripada saringan dan pemeriksaan, program ini juga menerapkan pengetahuan berkenaan Pemeriksaan Sendiri Payudara (Breast Self Examine-BSE).

Selain daripada program-program khusus untuk wanita, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan kempen kesedaran umum yang boleh dimanfaat bersama oleh wanita seperti:

(a) Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan siswa siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dalam mengamalkan cara hidup sihat. Objektif program adalah untuk membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol;

(b) Kem Kesihatan/Karnival Sihat Sepanjang Hayat/Kem I Want Sihat termasuklah Trek 10,000 Langkah, Makan Secara Sihat, Tangani Stres, Tak Nak Merokok dan Jauhi Alkohol;

(c) Siri jelajah Seminar Kesihatan dari Perspektif Syariah merangkumi isu imunisasi dan pengguguran; dan

(d) Promosi hari-hari khas termasuklah Hari Tibi Sedunia, Hari Kesihatan Sedunia, Kempen Cara Hidup Sihat, Minggu Tanpa Tembakau, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari AIDS Sedunia. Program Penang Sihat juga telah dianjurkandi kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) (sekarang Majlis Pengurusan Komuniti - MPKK) dengan fokus kepada pemeriksaan kesihatan Zumba dan senaman bersama penduduk.

(iv) Wanita dan Pendidikan

Berdasarkan statistik yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar literasi golongan wanita di Pulau Pinang adalah 99.1%, berbanding dengan kadar literasi golongan wanita di Malaysia pada tahap 97.4%. Selain itu, kadar pengambilan kasar pendidikan peringkat rendah untuk wanita adalah 103.80 di Pulau Pinang, berbanding dengan 94.90% di Malaysia, dan kadar pengambilan kasar Pendidikan peringkat menengah Pulau Pinang adalah 100.21% berbanding dengan kadar peringkat kebangsaan iaitu 94.18%.

Page 370: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

370

(v) Latihan, Politik dan Undang-undang

Pada masa ini, hanya 15% daripada 40 ADUN di Pulau Pinang terdiri daripada golongan wanita. Pada peringkat pemimpin komuniti, 25% ahli jawatankuasa JKKK pada 2018 terdiri daripada golongan wanita menurut data e-MPKK. Daripada data tersebut sebanyak 6% pengerusi JKKK terdiri daripada golongan wanita manakala 22% setiausaha JKKK adalah wanita mengikut perangkaan yang sama.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama PWDC telah menganjurkan latihan-latihan Kepimpinan dan Pemberdayaan Wanita dan Pembinaan Kapasiti Pemerkasaan Wanita.

Dari segi perundangan, Dasar Keterangkuman Gender yang dilancarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang Februari 2019 ini telah menyediakan kerangka yang jelas dan konsisten untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan semua wanita dan lelaki, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki mempunyai peluang yang sama untuk menglibatkan diri, menyumbang dan mendapat manfaat daripada projek-projek dan program-program Kerajaan Negeri. Selain itu, dengan dasar ini, Kerajaan Negeri akan komited untuk mengamalkan prinsip keterangkuman gender dan mengguna pakai GRPB dalam semua aspek tadbir urus, termasuk perancangan program, reka bentuk, pelaksanaan, pemantauan dan proses penilaian oleh jabatan dan agensi kerajaan negeri. Akhir sekali, dasar ini akan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua lelaki dan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dan pelaksanaan di Negeri Pulau Pinang mengikut nisbah 40% lelaki, 40% wanita dan 20% terbuka kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang berkelayakan.

(vi) Wanita dan Media

Secara keseluruhannya penglibatan wanita dan media telah berubah yang mana selain penglibatan secara langsung golongan wanita dalam sector lain, dalam aspek liputan berita semasa juga telah meningkat. Kerajaan Negeri amat menyokong peranan wanita dan hal ini dapat dilihat melalui liputan-liputan media yang turut memaparkan pencapaian wanita negeri Pulau Pinang melalui media sosial, media cetak seperti dalam Buletin Mutiara dan lain-lain.

(vii) Wanita dan kebudayaan

Bidang seni dan budaya sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh wanita untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup melalui pengkomersialan hasil kraftangan.

Justeru, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Perumahan dan PWDC telah bekerjasama dalam melaksanakan GRPB di PPR Desa Wawasan. Objektif utama program ini adalah untuk mengarusperdanakan gender dan keadilan sosial dalam polisi, program dan amalan kerja melalui penglibatan komuniti setempat. Bengkel Kemahiran Eko-Kraf untuk komuniti terutamanya golongan wanita telah diadakan hasil daripada Kumpulan Tumpu Bincang. Pada masa ini, peserta wanita yang terlibat telah mampu menjana pendapatan melalui beg dan bakul upcycle yang dihasilkan. Pendapatan sampingan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan keluarga dan membuka peluang suri rumah tangga mencari nafkah, tanpa perlu keluar daripada tempat kediaman.

Page 371: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

371

(viii) Wanita dan agama

Kerajaan Negeri memartabatkan peranan wanita dalam pembangunan negeri khususnya untuk membentuk generasi yang berkualiti. Dalam program-program keagamaan, golongan wanita menjadi sasaran utama yang dilibatkan dalam program-program yang dianjurkan. Program berbentuk seminar, bengkel, wacana yang bertujuan memperkasakan wanita dan membantu menangani isu-isu wanita telah dihadiri oleh pelbagai peringkat antaranya wanita yang bekerja, pelajar dan surirumah.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), kelab kebajikan dan PUSPANITA negeri bagi penganjuran program-program kerohanian seperti Majlis Khatam Al-Quran, Bengkel Figh Wanita,perayaan dan lain-lain. Bagi yang wanita Islam, khutbah Jumaat juga diselitkan dengan tajuk tentang kepentingan peranan wanita dan kesedaran menunaikan kebajikan serta tanggungjawab lelaki kepada wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam masa yang sama program-program kerohanian turut diadakan oleh tokong/kuil/gereja untuk bukan Islam. Melalui program sebegini juga dapat meningkatkan interaksi dengan masyarakat yang secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai agen kepada perubahan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Adakah terdapat peruntukan atau geran daripada Kerajaan Negeri kepada persatuan nelayan untuk penyelenggaraan?

(a) Apakah kebajikan yang diberikan kepada nelayan-nelayan ini oleh Kerajaan Negeri setelah skim sara hidup nelayan dikurangkan dari RM300 ke RM200?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk penyelenggaraan khusus untuk persatuan nelayan. Sekiranya terdapat keperluan, persatuan nelayan perlu mengemukakan permohonan tersebut ke LKIM untuk pertimbangan selanjutnya.

Walaupun skim sara hidup nelayan dikurangkan dari RM300.00 kepada RM200.00, sehingga Disember 2018, Kerajaan Negeri melalui LKIM dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang masih meneruskan bantuan-bantuan seperti berikut:

(a) Projek Perumahan Nelayan

Bantuan ini diberikan kepada nelayan yang layak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan tiga (3) skop projek iaitu:

(i) Membaik pulih rumah;

(ii) Pembinaan rumah baru; dan

(iii) Penempatan semula nelayan

Page 372: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

372

(b) Insentif Hasil Tangkapan Ikan (IHTI)

Bil Kategori Vesel Kadar Bayaran

Insentif

Had Kuantiti Bulanan (Kg)

Had Maksimum Bulanan IHTI (RM)

1. Vesel Tradisi Enjin Sangkut Zon A

RM0.10 sekilogram

1,500 150.00

2. Vesel Tradisi Enjin Dalam Zon A

RM0.10 sekilogram

3,500 350.00

3. Vesel Komersial Zon B

RM0.10 sekilogram

7,500 750.00

4. Vesel Komersial Zon C

RM0.10 sekilogram

10,000 1,000.00

(c) Skim Subsidi Minyak Petrol Dan Diesel

Diberikan kepada nelayan yang layak iaitu RM1.65 seliter petrol dan RM1.65 untuk diesel.

(d) Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan

Bantuan ini diberikan kepada nelayan yang layak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan merangkumi:

(i) Kemalangan diri;

(ii) Kerosakan harta benda;

(iii) Kematian biasa;

(iv) Bantuan semasa bencana alam;

(v) Bantuan operasi (petrol/diesel) mencari dan menyelamat (jika perlu); dan

(vi) Bantuan kilat kepada keluarga mangsa

(e) Insuran Nelayan Berkelompok

Insuran ini diberikan kepada nelayan yang layak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan iaitu:

(i) Kepada nelayan yang menerima elaun sara hidup;

(ii) Pemotongan RM100.00 setahun; dan

(iii) Nelayan yang berumur 75 tahun ke bawah.

Page 373: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

373

(f) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai

Bantuan ini diberikan kepada nelayan pesisir pantai dengan nilai RM400.00 setahun untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri.

(g) Pinjaman Mikro Kredit Tabung Usahawan Tani (TUT);

Bantuan pinjaman mikro kredit kepada nelayan yang mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani termasuklah perikanan.

(h) Program touch point

Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan beg kalis air.

(i) Latihan dan kursus kemahiran

Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan / penyelenggaraan sampan fiber. Latihan juga turut diberikan kepada keluarga nelayan khususnya isteri-isteri nelayan.

(j) Bagi meningkatkan pendapatan nelayan, bantuan berbentuk geran dan pinjaman turut diperkenalkan dimana projek yang dibiayai dan diberi pinjaman adalah seperti pembelian peralatan menangkap ikan (Dana Nelayan), projek pemasaran ikan (Pasar Nelayan) dan projek akuakultur.

(k) Pelbagai program dan projek seperti Projek Azam Tani, Program Pembangunan Industri Asas Tani, Program Basmi Kemiskinan Nelayan, Program Peningkatan Pendapatan Nelayan, Program Transformasi Nelayan, Program Pasar Nelayan dengan menggalakkan pemilikan bot dan alat tangkapan moden kepada nelayan, penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan pemasaran ikan, penubuhan Persatuan Nelayan (PN), Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA), galakan peningkatan kemahiran dan keusahawanan nelayan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan.

Buat masa ini, bantuan-bantuan ini akan terus disalurkan tertakluk kepada arahan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Page 374: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

374

XVII. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Pembinaan laluan basikal tepi pantai sepanjang 39.3km dengan kos RM45 juta.

(a) Berapakah panjang laluan berbasikal tepi pantai yang telah disiapkan & kos terlibat?

(b) Sila pecahkan sumbangan swasta & Kerajaan Negeri daripada jumlah perbelanjaan serta bagaimana kaedah perlaksanaan tender terbuka atau rundingan terus?

(c) Mengapakah anggaran kos terlibat terlalu tinggi iaitu RM1.15juta/1km? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Cadangan pembinaan laluan berbasikal tepi pantai (coastal cycling route) oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sepanjang 39.3 km dengan kos sebanyak RM45 juta. Setakat ini, laluan berbasikal tepi pantai yang telah siap adalah sepanjang 30.2 km dengan kos sebanyak RM 34.8 juta.

(b) Berdasarkan kos RM 34.8 juta, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menyumbang sebanyak RM20.5 juta, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pula membiayai sebanyak RM7.9 juta manakala pemaju-pemaju menyumbang sebanyak RM6.4 juta. Kesemua projek pembinaan laluan basikal yang telah dilaksanakan oleh pihak MBPP adalah melalui tender terbuka.

(c) Kos purata sebanyak RM1.15 juta sekilometer tersebut adalah termasuk kos-kos lain seperti berikut:

(i) Pembinaan jambatan basikal iaitu Jambatan Harapan (spiral bridge), jambatan yang merentangi Sungai Pinang, Sungai Nibong Kecil, Sungai Ara, Sungai Keluang, Sungai Tiram dan Parit Mox. Jambatan-jambatan ini melibatkan kos pembinaan yang tinggi dan adalah amat penting untuk kesinambungan laluan-laluan basikal di bahagian pulau, Pulau Pinang; dan

(ii) Projek pembinaan laluan basikal juga melibatkan kerja tanah, pembinaan sistem perparitan baru dan pemasangan perabot jalan serta lampu di bahagian-bahagian tertentu.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Dalam Bajet 2018, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyediakan peruntukan sehingga RM1 juta untuk pembangunan e-sukan.

(a) Huraikan secara terperinci perlaksanaan pengurusan e-sukan.

(b) Laporan jumlah perbelanjaan dan bilangan peserta/anak muda yang terlibat dalam program ini.

Page 375: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

375

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) telah memperkenalkan inisiatif bertemaE-SportsPG bagi mempromosi dan membangunkan sukan elektronik E-sports di Pulau Pinang. Bagi tujuan RM 1 Juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada PYDC pada tahun 2018.

(a) Langkah-langkah yang diambil untuk pembangunan E-Sports adalah seperti berikut:

(i) Pengenalan E-SportsPG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Negeri Pulau Pinang. Seramai 371 orang pelajar dari lapan (8) IPT di negeri Pulau Pinang telah turut serta dalam program E-sports Campus Roadshow ini pada tahun 2018;

(ii) Mewujudkan Pusat E-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat E-Sports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;

(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat E-sport pengalaman (Experience & Exposure). E-sport Experience telah diadakan pada bulan April 2018 dan telah menarik seramai 10,000 orang pengunjung;

(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat disediakan oleh industri E-Sports kepada orang awam. Bidang pembangunan permainan Games Development dan industri E-Sports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa Professional Gamer, peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan, programmer, video editor, pereka cipta permainan Games Developer, Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan diwujudkan oleh Industri E-Sports ini; dan

(v) Menubuhkan Pasukan E-Sports negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih E-sports Pulau Pinang. Ianya merupakan salah satu inisiatif Pejabat Exco Belia dan Sukan & PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan E-Sportsnegeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan E-Sports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

(b) PYDC telah membelanjakan sejumlah RM125,225.00 bagi program-program E-Sports bagi tahun 2018 seperti perincian berikut:

Bil Nama Program Kos Jumlah Peserta

1 ASUS ROG OPEN CATOGERY & UNIVERSITY

RM 20,000.00 344

2 ESPORTS EXPERIENCE RM100,000.00 10,000

3 ESPORTS CAMPUS ROADSHOW

RM1,000.00 471

4 SEGI CARNIVAL RM 2,000.00 152

5 USM THE DOTA 2 RM 2,000.00 50

6 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC

RM 225.00 40

Jumlah RM125,225.00 11,057

Page 376: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

376

Selain itu, PYDC juga menaja sebahagian kos untuk penganjuran program berikut yang dilaksanakan oleh pihak swasta:

Bil Nama Program Kos

1 League of Makers RM 1,200.00

2 ANSARA Esports Malaysia Championship 2018

RM 5,000.00

Jumlah RM6,200.00

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Huraikan secara terperinci peruntukan hal ehwal agama yang dibelanjakan pada tahun 2017 & 2018.

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan bahawa peruntukan sekolah agama adalah lebih daripada RM1.75 juta/tahun. Berapakah jumlah sebenar dan sila beri pecahan peruntukan yang dibelanjakan tahun 2017 dan 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Jumlah peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017 adalah RM45,946,700 dan bagi tahun 2018 adalah RM48,956,020. Perinciannya adalah seperti di Lampiran A.

(a) Bagi sekolah agama rakyat (SAR), Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP memperuntukan sejumlah RM2.15 juta pada tahun 2017 dan RM2.8 juta bagi tahun 2018 dengan tujuan pembangunan. Di samping itu, pada 2017 dan 2018 Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kewangan berbentuk one off sebanyak RM1.75 juta setahun untuk diagihkan kepada sekolah agama rakyat bagi perbelanjaan pengurusan sekolah. Jumlah peruntukan dan perbelanjan bagi SAR tahun 2017 dan 2018 adalah seperti jadual berikut:-

Tahun

Sekolah Agama Rakyat

Pengurusan Pembangunan Jumlah

Perbelanjaan

Peruntukan

(RM)

(a)

Perbelanjaan

(RM)

(b)

Peruntukan

(RM)

(c)

Perbelanjaan

(RM)

(d)

(RM)

(b)+(d)

2017 1,750,000.00 1,763,698.00 2,150,000.00 2,140,000.00 3,903,698.00

2018 1,750,000.00 1,782,232.00 2,800,000.00 2,740,000.00 4,522,232.00

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 3)

Page 377: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

377

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sila senaraikan penerima pembaikan/pembinaan rumah di dalam DUN Sungai Dua sejak 2013 hingga kini.

(a) Mengapakah permohonan pembaikan/pembinaan rumah mengambil masa yang lama untuk kelulusan dan perlaksanaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sebanyak enam (6) projek bina baru dan 16 projek baiki telah dilaksanakan di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua dari tahun 2013 sehingga Mac 2019 di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina baru dan Baiki) seperti perincian di Lampiran A.

(a) Permohonan di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina baru dan Baiki) mengambil masa yang panjang disebabkan terdapat dokumen yang tidak lengkap semasa pemohon mengemukakan permohonan meskipun telah disediakan senarai semak untuk rujukan pemohon. Namun demikian pendekatan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam merakyatkan perkhidmatan kerajaan, pihak pejabat daerah tetap meneruskan siasatan ke atas permohonan tersebut dan dalam masa yang sama memastikan dokumen yang diperlukan disempurnakan secepat yang mungkin sebelum dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan (MJPK) di peringkat daerah untuk pertimbangan. Kebiasaannya perakuan tuan tanah dan kesediaan tapak antara perkara yang melewatkan sesuatu permohonan itu dibentang dan dipertimbangkan untuk kelulusan Kerajaan Negeri.

Dari segi pelaksanaan projek pula, tempoh masa siap kerja bagi bina baru adalah di antara sembilan (9) hingga 12 minggu manakala baiki rumah di antara empat (4) hingga lapan (8) minggu. Tempoh siap kerja ini juga bergantung kepada faktor prestasi kontraktor yang dilantik dan cuaca yang menyebabkan sesuatu projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 4)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Senaraikan dewan yang diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sepanjang tahun 2013 - 2019 di Daerah SPU.

(a) Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan sepanjang dan tempoh tersebut bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf dewan?

(b) Selain daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, adakah dewan-dewan ini boleh diserahkan pengurusan kepada NGO yang memohon?

Page 378: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

378

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Senarai dewan yang diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Harapan di daerah Seberang Perai Utara adalah sebanyak 56 seperti Lampiran A.

(a) Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh tahun 2013 - 2019 bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf dewan di Daerah Seberang Perai Utara adalah sebanyak RM3,476,690.99 seperti Lampiran B.

(b) Lazimnya, dewan-dewan akan diuruskan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah. Sebarang permohonan pengurusan dewan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan dikaji dan diberi pertimbangan sewajarnya.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 5)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Terdapat banyak perhentian bas di kawasan kampung di Parlimen Tasek Gelugor. Terdapat nama jalan di kawasan perhentian bas tersebut.

(a) Mengapakah diletak nama jalan yang tiada kaitan dengan tempat perhentian bas didirikan? Contoh Kampung Jarak dan Padang Menora tetapi diletakkan Jalan Arumugam Pillai. Sila jelaskan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kesilapan meletak nama jalan di dua (2) buah perhentian bas di kawasan Parlimen Tasek Gelugor berpunca daripada kesilapan pihak kontraktor yang tidak mematuhi kontrak. Perkara ini disedari oleh pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semasa lawatan pemeriksaan dan arahan telah dikeluarkan untuk tindakan pembetulan. Pihak kontraktor telah membuat pembetulan dan kerja-kerja telah siap sepenuhnya pada 11 April 2019.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Kerja tambakan tanah di Gurney Drive antara pulau dengan seberang timbulkan masalah pencemaran di kawasan terbabit.

(a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengetahui hal ini dan apa tindakan yang diambil?

(b) Hasil nelayan kurang sebab isu ini, adakah pihak Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia buat kajian tentang hal ini?

(c) Apakah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengatasi isu ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Kerja-kerja tambakan tanah di Gurney Drive atau lebih dikenali sebagai projek “Gurney Wharf” merupakan satu projek yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ianya terletak di atas kawasan tebus guna di sepanjang Persiaran Gurney. Tebus guna tanah ini merangkumi kawasan

Page 379: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

379

seluas 131 ekar telah diluluskan oleh pihak berkuasa melulus termasuk kelulusan Detailed Environment Impact Assessment (DEIA). Syarat-syarat kelulusan DEIA telah menetapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pemaju semasa pelaksanaan kerja-kerja tebus guna bagi mengatasi masalah pencemaran termasuk kawasan sekitar. Langkah-langkah mitigasi ini dan bacaan indek pencemaran disediakan melalui EMP(Environmental Management Plan) secara berkala dan dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setakat ini, siasatan dan pemerhatian JAS mendapati semua syarat JAS dipatuhi oleh pemaju. Kerajaan Negeri melalui JAS akan sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala terhadap aktiviti penambakan ini bagi memastikan ianya dijalankan secara terkawal dan tidak menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

(b) Sebelum Pelan Induk Pembangunan Tebus guna Tanah diluluskan, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah meneliti cadangan Pelan Induk tersebut dan mengambilkira semua faktor termasuk kesan terhadap sumber perikanan di kawasan tersebut dalam ulasan jabatan berkenaan kepada Pihak Berkuasa Melulus.

Jabatan Perikanan sentiasa berhubung dengan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat aduan mengenai pencemaran yang menggangu sumber perikanan dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Buat masa ini, tiada aduan rasmi yang dikemukakan kepada Jabatan Perikanan dan juga Persatuan Nelayan Negeri.

(c) Pihak Kerajaan Negeri melalui agensi yang terlibat sentiasa mengawasi perkembangan perlaksanaan projek tebus guna ini mengikut jadual dan peka kepada sebarang aduan awam berkaitan dengan projek ini. Kerajaan Negeri mengambil serius akan hal ini memandangkan ia boleh mengakibatkan kerosakkan kepada ekosistem laut dan sumber perikanan jika tidak dilaksana dengan betul. Sekiranya siasatan mendapati terdapatnya isu pencemaran, tindakan terhadap pemaju akan diambil di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah tindakan yang diambil bagi menyelesaikan isu penyewa-penyewa Rumah PPR Taman Manggis yang telah diusir dan disita rumah?

(a) Senaraikan alasan-alasan mengapa penyewa-penyewa ini diusir dan bilangan penyewa-penyewa terlibat disemua PPR dalam Pulau Pinang.

(b) Apakah bentuk kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tunggakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas unit-unit di bawah seliaan Kerajaan Negeri setelah penghuni ini didapati tidak memenuhi kelayakan dan syarat penghunian Program Perumahan Rakyat (PPR). Syarat-syarat kelayakan tersebut ialah:-

(i) Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan);

Page 380: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

380

(ii) Berumur 21 tahun ke atas;

(iii) Mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang;

(iv) Pendapatan pemohon tidak melebihi RM750.00 sebulan atau pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,500.00 sebulan;

(v) Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon dan pasangan adalah tidak layak memohon); dan

(vi) Berkeluarga (pemohon dan pasangan berserta anak-anak tanggungan sekurang-kurangnya lima (5) orang).

Namun begitu, terdapat kes di mana penghuni didapati tidak memenuhi kelayakan dan syarat penghunian PPR ini, tetapi memenuhi kelayakan dan syarat pemilikan Rumah Mampu Milik (RMM) A, atau RMM B atau RMM C. Sehubungan dengan itu, tawaran penyelesaian alternatif adalah berbeza bagi setiap kes.

Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu penyewa-penyewa PPR Taman Manggis yang telah diusir dan disita rumah adalah seperti berikut:-

(i) Sesi rundingan penyewa-penyewa hilang kelayakan bersama dengan Bahagian Perumahan dengan tawaran penyelesaian alternatif (sekiranya layak);

(ii) Tawaran unit sewa beli atau jual beli mengikut kelayakan seperti had pendapatan keluarga, keperluan logistik dan jumlah tanggungan ahli keluarga; dan

(iii) Kebenaran penempatan sementara di PPR Taman Manggis sehingga unit sewa beli dan jual beli sedia diduduki.

(a) Jumlah penghuni yang hilang kelayakan di PPR Taman Manggis adalah seramai 22 orang. Pecahan status hilang kelayakan adalah seperti berikut:-

BIL. STATUS HILANG KELAYAKAN JUMLAH UNIT

1. Pasangan Sudah Ada Rumah (SAR) 14

2. Pasangan Bukan Warganegara Malaysia 4

3. Pendapatan Isi Rumah Melebihi Kelayakan 2

4. Pemohon Bukan Warganegara Malaysia 1

5. Pemohon Dan Pasangan Sudah Ada Rumah (SAR) 1

JUMLAH KESELURUHAN 22

(b) Sebagai Kerajaan yang prihatin terhadap rakyat Pulau Pinang, beberapa kelonggaran / inisiatif turut diberikan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan dan berada di dalam kategori miskin / tidak mampu membayar tunggakan. Antara kelonggaran / inisiatif tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Kelulusan bersyarat pembayaran tunggakan secara ansuran iaitu separuh daripada jumlah tunggakan dan ansuran (sebulan sewa dan sebulan tunggakan) pada bulan seterusnya. Rayuan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Tindakan

Page 381: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

381

Penguatkuasaan Bahagian Perumahan yang dipengerusikan oleh YB Exco Perumahan;

(ii) Kerjasama bersepadu bersama dengan Zakat Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Program Bantuan di bawah Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi membantu penyewa miskin dan keluarga yang tidak berkemampuan; dan

(iii) Program Temuduga Terbuka dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di PPR / Rumah Sewa Kerajaan Negeri bagi tujuan membuka peluang pekerjaan di kalangan penyewa.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah pandangan dan pendirian pihak pentadbiran tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkaitan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim?

(a) Apakah pembinaan Lapangan Terbang Kulim akan menjejaskan prestasi dan pencapaian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

(b) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengatasi masalah tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua (2) Jururunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Berdasarkan kedua-dua laporan tersebut, pembinaan KXP akan memberi impak yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan Negeri Pulau Pinang amnya.

(b) Pembinaan KXP akan menjejaskan prestasi dan pencapaian kargo LTAPP. LTAPP merupakan sebuah lapangan terbang dengan rangkaian hub and spoke di utara Semenanjung Malaysia. Lokasi LTAPP yang berdekatan dengan Zon Perindustrian Industri Bebas FIZ turut mempunyai rangkaian aksesibiliti ke Terminal Kontainer Butterworth Utara (NBCT) dan terminal Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan menggunakan dua (2) jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua(Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge). Pada tahun 2017, ekonomi Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.3% dengan nilai RM77.6 bilion dan merupakan negeri keenam tertinggi yang menyumbang sebanyak 6.6% kepadaKeluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional, selepas Selangor (23.0%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (15.6%), Sarawak (9.7%), Johor (9.5%) dan Sabah (6.8%).

Kerajaan Negeri mengambil pendirian yang tegas dalam hal ini bahawa pihak Kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula cadangan pembinaan KXP dan kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan agar cadangan pembangunan tersebut adalah holistik dan menguntungkan semua pihak.

(c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang meneliti untuk melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang di Kawasan Utara Semenanjung melalui pelantik perunding. Kajian ini dicadangkan untuk

Page 382: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

382

dilaksanakan menyeluruh agar keputusan yang tepat dapat diperolehi dan diteliti secara mendalam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiada halangan bagi sebarang projek pembangunan yang dapat menjana ekonomi negara. Namun, cadangan pembangunan tersebut haruslah holistik dan menguntungkan semua pihak.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senaraikan Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan mengikut kaum bagi semua anak syarikat dan Perbadanan Kerajaan Negeri iaitu PBAPP; PDC; Perbadanan Bukit Bendera; Institut Integriti Pulau Pinang; Penang CAT; Puspanita Negeri Pulau Pinang; Penang International Halal Hub; Georgetown World Heritage; Invest Penang; myPenang; Penang Tourism; dan Penang Green Council

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senarai Ketua-ketua Jabatan mengikut kaum bagi semua anak syarikat dan Perbadanan Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Pasar awam Sungai Dua.

(a) Nyatakan tarikh akhir projek naik taraf pasar awam Sungai Dua. Huraikan butiran kerja.

(b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah ruang perniagaan memandangkan perniagaan semakin bertambah?

(c) Apakah ada perniagaan tidak berdaftar sepanjang 2016-2018? Jika ada, berapa jumlah notis dikeluarkan dan cara menyelesaikan masalah ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Tarikh akhir projek naik taraf Pasar Awam Sungai Dua yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah pada 30 Mac 2018. Huraian butiran kerja adalah seperti berikut:-

(i) Penggantian penutup besi longkang;

(ii) Penggantian pintu tandas;

(iii) Memasang besi penghadang;

(iv) Pembaikan jalan ; dan

(v) Penggantian pagar chain-link kepada pagar anti-climb.

(b) Kerajaan Negeri melalui MPSP kini sedang dalam tindakan untuk membuat penambahan ruang niaga di Pasar Awam Sungai Dua dengan menyediakan sebanyak 16 ruang niaga tambahan di perkarangan pasar awam tersebut bagi menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen yang menjalankan perniagaan di dalam dan luar pasar awam. Ruang niaga tambahan tersebut dapat disiapkan pada tahun 2019.

Page 383: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

383

(c) Berdasarkan rekod, terdapat sebanyak 21 perniagaan tidak berdaftar (menjalankan perniagaan tanpa lesen) sepanjang 2016-2018. Sebanyak 39 notis tawaran kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik perniagaan tersebut di atas kesalahan menjalankan aktiviti penjajaan tanpa lesen.

Bagi menyelesaikan isu tersebut Kerajaan Negeri melalui MPSP akan melaksanakan perkara-perkara berikut :-

(i) Menyediakan ruang niaga tambahan di perkarangan Pasar Awam Sungai Dua untuk menempatkan penjaja-penjaja tanpa lessen;

(ii) Mengutamakan pengisian gerai / petak di Pasar Awam Sungai Dua kepada penjaja-penjaja tanpa lesen sekiranya terdapat kekosongan gerai;

(iii) Membantu peniaga-peniaga sedia ada untuk mendapatkan lesen dan petak niaga di dalam Pasar Awam Sungai Dua; dan

(iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja-penjaja tanpa lesen termasuk tindakan penguatkuasaan fizikal sekiranya terdapat peniaga tanpa lesen yang enggan mematuhi kehendak MPSP.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Penjagaan parit dan longkang dalam DUN Sungai Dua.

(a) Senaraikan parit seliaan JPS dan pejabat daerah. Pecahkan mengikut jabatan.

(b) Berapakah kekerapan pembersihan di setiap parit berkenaan dan agensi atau syarikat mana yang dipertanggungjawabkan?

(c) Sila senaraikan pegawai bertugas lengkap dengan nombor telefon bagi setiap parit dan longkang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Senarai parit dan longkang dibawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua adalah seperti di Lampiran A. Tiada parit dan longkang yang diselia di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU), kerana PDTSPU bukanlah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menyelenggara parit dan longkang.

(b) Kekerapan pembersihan dalam setahun dan agensi atau syarikat yang dipertanggungjawabkan telah disenaraikan pada Lampiran A.

(c) Pegawai JPSPP yang dipertanggungjawabkan bagi penyeliaan ke semua parit dan longkang di DUN Sungai Dua ialah Puan Saudah Binti Suait, nombor telefon 013-4071483.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 12)

Page 384: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

384

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Huraikan sebab-sebab kemerosotan sektor perindustrian Negeri Pulau Pinang dan strategi untuk memulihkannya.

(a) Huraikan polisi dan strategi Kerajaan Negeri dalam penglibatan dengan One Belt One Route oleh Negara China.

(b) Apakah faedah polisi ini kepada Negeri Pulau Pinang? Senaraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Pada tahun 2018, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan yang telah dimuktamadkan sebanyak RM5,781 juta dan pada tahun 2017 jumlah pelaburan adalah sebanyak RM 10,814 juta. Walaupun pelaburan di Pulau Pinang mencatatkan penurunan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017, Pulau Pinang pada keseluruhannya telah menarik pelaburan berkualiti dalam industri bernilai tinggi dan pengetahuan intensif seperti Elektrik & Elektronik (E&E), Mesin & Peralatan (M&E), Bahan Kimia / Petrokimia, Peralatan Perubatan dan Aeroangkasa. Contoh projek berkualiti yang telah diluluskan pada tahun 2018 termasuk Pentax Medical dan Japan Lifeline.

Sebagai ringkasan, tahun 2017 merupakan tahun yang luar biasa bagi Pulau Pinang dari segi pelaburan asing. Walau bagaimanapun, keadaan ini berlaku selaras dengan perubahan/ senario ekonomi di peringkat global. Trend dan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dalam jangka masa lima (5) tahun kebelakangan ini adalah kekal stabil.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk menggalakkan pelaburan asing dan tempatan ke negeri Pulau Pinang. Industri-industri yang mempunyai nilai tambah tinggi (high value added) dan industri intensif pengetahuan (knowledge intensive) akan menjadi tumpuan promosi pelaburan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasa industri dan meningkatkan pendapatan per kapita negeri.

Sektor pembuatan akan kekal sebagai salah satu teras utama aktiviti-aktivti galakan pelaburan. Industri-industri galakan dalam sektor pembuatan adalah peralatan perubatan, diod pemancar cahaya (LED), peralatan semikonduktor dan peralatan elektrik dan elektronik, aeroangkasa dan avionik, tenaga diperbaharui, kaji hayat, bioteknologi dan industri halal. Selain itu, industri perkhidmatan perkongsian dan sumber luaran (shared services and outsourcing), pembangunan perisian dan rekabentuk (IC design and development), multimedia kreatif, teknologi maklumat dan industri pengetahuan juga adalah fokus utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a) Salah satu objektif utama One Belt One Route (OBOR) adalah untuk meningkatkan hubungan serantau dengan menghubungkan negara China ke bahagian lain di seluruh dunia. Dengan itu, ia juga akan membantu membangunkan dan mempromosikan perniagaan perdagangan dan hubungan antarabangsa. Kerajaan Negeri telah mempromosikan Pulau Pinang/Malaysia sebagai pintu gerbang antara ASEAN dan China.

Polisi OBOR memberikan keutamaan kepada projek-projek pembinaan infrastruktur pengangkutan, terutama sekali hubungan rel (One Road), laluan kapal perdagangan (One Belt) dan juga saliran gas. Dengan itu, keputusan perbelanjaan kerajaan China dalam OBOR adalah lebih berdasarkan kepada faktor geografik, dan Pulau Pinang mengalukan pelan pembinaan rel yang

Page 385: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

385

akan menghubungkan China, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Singapura kerana ianya akan membantu mempertingkatkan perkembangan ekonomi di rantau ini.

(b) Antara faedah-faedah yang diwujudkan daripada polisi one belt one road ialah pasaran yang terbuka dan keterangkuman bagi perdagangan.

Pelaksanaan One Belt, One Road akan memanfaatkan ekonomi Negeri Pulau Pinang secara amnya sama ada dari segi pelaburan, perdagangan, industri Halal, pelancongan dan kebudayaan, pembangunan bakat, industri kesihatan dan sebagainya. Pasaran yang terbuka dan keterangkuman akan mengalakkan perdagangan antara negara-negara yang terlibat. Walaupun begitu, projek-projek pembinaan infrastruktur dan pembinaan adalah antara projek-projek utama di Malaysia dalam pelaksanaan One Belt, One Road di Malaysia, seperti Melaka Gateway.

Dengan pelbagai perjanjian dua hala yang telah ditandatangani, Malaysia/Pulau Pinang berada dalam kedudukan yang baik di mana syarikat-syarikat negara China boleh menggunakan Malaysia untuk mengakses pasaran ASEAN, dan sebaliknya. Dari segi aspek logistik, Malaysia berhubung dengan bahagian selatan China (Koridor Pengangkutan Selatan) dan ia adalah salah satu manfaat untuk syarikat-syarikat Malaysia dan China.

Walaupun hanya melibatkan OBOR, Kerajaan Negeri tetap aktif berusaha untuk mempertingkatkan aktiviti perdagangan dengan Negara China. Pencapaian ini terbukti apabila Negara China menjadi pelabur asing kedua yang terbesar pada tahun 2015 dengan nilai pelaburan RM976 juta. Dalam tahun 2016 pula, Negara China berada di kedudukan teratas bagi pelabur asing dengan jumlah pelaburan asing di Pulau Pinang iaitu berjumlah RM709 juta. Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang lembap pada tahun 2016, Kerajaan Negeri masih mampu untuk menarik minat pelabur-pelabur China untuk melabur di Pulau Pinang seperti Syarikat Jinko Solar dan JA Solar.

Kerajaan Negeri juga telah berusaha menyediakan ruang dan peluang untuk usahawan-usahawan di Pulau Pinang mengembangkan perniagaan masing-masing di pasaran China. Antara usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah promosi produk makanan halal melalui expo perdagangan di Negara China. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengelolakan forum-forum tentang OBOR supaya lebih ramai usahawan dan peniaga dapat memahami dan bersiap sedia dengan mengambil peluang perniagaan yang disediakan dalam polisi tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada graduan dan lepasan sekolah di Pulau Pinang bagi tahun 2018? Senaraikan.

(a) Berapakah bilangan pekerja yang telah diberhentikan oleh kilang dan berapa bilangan yang mendapat pemberhentian secara sukarela? Senaraikan mengikut kilang bagi tahun 2018.

Page 386: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

386

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), sebanyak 9,499 peluang pekerjaan baharu telah ditawarkan di Pulau Pinang bagi tahun 2018. Ini termasuk peluang pekerjaan untuk graduan dan lepasan sekolah. Antara tiga (3) sektor yang mencatatkan peratus penawaran kerja yang tertinggi adalah sektor Elektrik dan Elektronik, pembuatan mesin dan peralatan dan produk petroleum (termasuk petrokimia).

(b) Berdasarkan statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang, bagi tahun 2018, jumlah keseluruhan pekerja yang diberhentikan adalah seramai 1,384 orang sahaja di mana 1,038 orang adalah melalui pemberhentian tetap (retrenchment) dan 346 orang melalui pemberhentian secara sukarela (VSS). Senarai kilang yang memberhentikan pekerja mengikut pemberhentian tetap (retrenchment) dan pemberhentian secara sukarela (VSS) adalah seperti di Lampiran A. Hampir kesemua yang berhenti secara sukarela didapati telah ditawarkan pekerjaan oleh syarikat lain.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 14)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Perincikan projek-projek dan sumbangan parkir kereta bagi setiap projek yang dikutip oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2010. Dimanakah wang tersebut disimpan dan ke mana ia dibelanjakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Perincian projek–projek dan sumbangan parkir Tempat Letak Kereta (TLK) yang dikutip sejak tahun 2010 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), masing-masing adalah seperti diLampiran A dan B.

Wang hasil dari sumbangan TLK di MBPP adalah diasingkan di satu Tabung Sumbangan TLK sahaja manakala wang hasil sumbangan TLK di MPSP pula dikredit di dalam akaun amanah di bawah satu tabung khas MPSP. Wang hasil dari sumbangan TLK di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya dibelanjakan semula untuk kegunaan naik taraf atau pembinaan TLK sahaja.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 15)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Berapakah jumlah rumah jagaan warga emas yang terdapat di Negeri Pulau Pinang yang diuruskan oleh jabatan/agensi/NGO/swasta? Senaraikan.

(a) Apakah semua rumah jagaan warga emas tersebut mendapat pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Jika ya nyatakan jumlah peruntukan tersebut.

(b) Apakah ada perancangan untuk menambah rumah jagaan warga emas?

Page 387: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

387

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah keseluruhan rumah jagaan warga emas yang terdapat di Pulau Pinang adalah 66 buah seperti pecahan di jadual berikut:

PEMILIKAN JUMLAH

Kerajaan -

NGO 8

Swasta 58

JUMLAH 66

Senarai rumah jagaan warga emas yang terdapat di negeri Pulau Pinang yang diuruskan oleh jabatan / agensi / Non Governmental Organization (NGO) / swasta adalah seperti di Lampiran A.

(a) Bagi pusat jagaan warga emas, hanya satu pusat jagaan sahaja iaitu The Penang Buddhist Association Senior Citizen Home yang diluluskan permohonan geran sebanyak RM43,800.00 di bawah peruntukan kerajaan persekutuan bagi tahun 2018 dan 2019.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri belum berhasrat menambah pusat jagaan warga emas tetapi menumpukan kepada penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), iaitu satu pusat di setiap Parlimen. Kumpulan sasar boleh hadir ke premis PAWE yang disediakan ini pada bila-bila masa mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Pusat ini diurus tadbir oleh jawatankuasa yang dilantik sendiri dari kalangan komuniti setempat. Pelbagai program diadakan melalui kerjasama antara agensi di pusat ini seperti program kesihatan, kesenian, pembelajaran sepanjang hayat dan lain-lain lagi mengikut minat dan permintaan komuniti setempat.

Sehingga kini, terdapat tiga buah PAWE di negeri Pulau Pinang bertempat di parlimen Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Balik Pulau dan dua (2) buah penubuhan baharu di parlimen Permatang Pauh dan Bukit Mertajam pada tahun 2019.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam tindakan membina sebuah pusat transit dan pusat aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik MBPP. Warga emas dibenarkan tinggal di pusat ini mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pengurusan pusat ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 16)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sila senaraikan Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Pulau Pinang untuk PRU 14 yang lalu.

(a) Sehingga kini berapa peratuskah pencapaian pelaksanaan manifesto setelah 11 bulan PRU 14? Senaraikan.

(b) Berapa peratuskah pencapaian bagi manifesto PRU 13 yang lalu?

Page 388: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

388

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Senarai Pancapaian Pelaksanaan Manifesto PRU 13 dan 14 dapat dirumuskan seperti berikut :-

(a) 43 daripada 68 Manifesto PRU14 telah ditepati iaitu 63 %, manakala 11 sedang diusahakan dan empat (4) belum dapat ditepati kerana perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

(b) 50 daripada 63 Manifesto PRU13 telah ditepati bersamaan dengan 79.37%, manakala yang lain masih diusahakan. Butiran terperinci pencapaian adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Berapakah bilangan gerai yang telah dirobohkan dan dirampas oleh MPSP sepanjang tahun 2013-2018. Senaraikan tempat yang terlibat.

(a) Apakah alasan perobohan gerai-gerai dan rampasan peralatan tersebut oleh MPSP?

(b) Senaraikan langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan isu tersebut dan seterusnya membantu peniaga-peniaga ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Bagi tempoh tahun 2013 hingga 2018, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan perobohan terhadap 49 buah gerai dan tindakan perampasan terhadap 55 buah gerai di kawasan Seberang Perai. Senarai lokasi gerai yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.

(a) Tindakan perobohan gerai-gerai dan rampasan peralatan perniagaan diambil oleh MPSP atas sebab-sebab berikut:-

(i) Peniaga menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen MPSP yang sah;

(ii) Peniaga menjalankan aktiviti perniagaan yang menyebabkan halangan di tempat awam;

(iii) Peniaga menjalankan aktiviti perniagaan yang menyebabkan kacau ganggu daripada segi aspek kebersihan dan gangguan lalu lintas kepada orang awam; dan

(iv) Peniaga didapati tidak lagi menjalankan aktiviti perniagaan dan meninggalkan gerai usang di tepi jalan.

(b) Langkah-langkah yang telah dan akan terus diambil oleh MPSP bagi menyelesaikan isu tersebut dan seterusnya membantu peniaga-peniaga adalah seperti berikut :-

(i) Memberikan keutamaan kepada peniaga-peniaga tersebut untuk mengisi kekosongan ruang niaga MPSP;

Page 389: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

389

(ii) Menasihat dan mencadangkan lokasi yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti penjajaan mengikut Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih;

(iii) Mengadakan Program Mesra Pelanggan yang bertajuk “Santai Peniaga” bagi membantu peniaga-peniaga untuk menukarkan konsep / bentuk perniagaan kepada trak makanan dengan menyelaras perjumpaan peniaga-peniaga bersama agensi kewangan berkaitan dan penyedia trak makanan; dan

(iv) Menjalankan aktiviti penempatan semula penjaja di kawasan bersesuaian dan melesenkan peniaga-peniaga terlibat.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 18)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah tindakan yang diambil oleh JHEAIPP dalam perkara berkaitan dengan pengedaran bible di sekolah dan taman-taman perumahan kepada orang Melayu/Islam?

(a) Adakah kerja-kerja penyebaran agama lain kepada orang Islam menjadi satu kesalahan di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. JHEAIPP melalui Bahagian Penguatkuasaan Agama sentiasa peka dalam apa juga masalah atau isu yang diadukan berkaitan cubaan mengganggu kesucian agama Islam. Berhubung dengan isu pengedaran bible yang berlaku baru-baru ini di negeri Pulau Pinang, Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP telah menerima aduan berkaitan dan telah pun menjalankan siasatan dan pemantauan samada ditempat kejadian dan juga melalui media sosial lain. Tindakan ini berterusan dan pihak Penguatkuasa Agama juga berkolaborasi dengan pihak PDRM dan agensi-agensi lain bagi membendung kejadian seperti ini daripada berulang. Orang awam juga diminta membantu pihak berkuasa agama untuk memberi maklumat serta bukti agar tindakan dan siasatan segera dapat dilakukan.

(a) Pada dasarnya hak untuk beragama selain daripada agama Islam adalah termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Islam adalah agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan termasuklah di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, bagi melindungi kesucian agama Islam, perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Dalam konteks ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 di bawah Seksyen 5, telah memperuntukkan bahawa tindakan boleh di ambil ke atas orang yang mengembang doktrin atau kepercayaan agama selain daripada agama Islam kepada orang Islam dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Selain itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan juga memperuntukkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan

Page 390: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

390

terhadap perbuatan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan atas alasan agama.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sila jelaskan secara terperinci berkaitan isu tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterworth.

(a) Kenapakah pihak MAINPP tidak menunggu sehingga keputusan mahkamah atas injunction dan rayuan kepada mahkamah sebelum kerja perobohan dibuat?

(b) Apakah semua penduduk yang telah berpindah memperolehi bayaran seperti yang dijanjikan atau masih ada yang tidak dapat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Penjelasan secara terperinci berkaitan isu tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterworth

adalah seperti berikut :-

(i) Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder terletak di atas Lot 208, Seksyen 2, Jalan Mengkuang, Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang berkeluasan 2.7 ekar. Pada tahun 2010, pihak Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pembangunan di atas tanah lot tersebut. Berdasarkan perancangan awal, sejumlah empat ratus tujuh puluh (470) unit rumah Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah dua puluh dua (22) tingkat dirancang untuk dibina bagi tujuan penempatan semula sejumlah empat puluh enam (46) pemilik rumah yang terlibat;

(ii) Pada 1 September 2010, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengemukakan tawaran rumah ganti rumah kepada empat puluh enam (46) pemilik rumah yang terlibat. Setelah tamat tempoh penerimaan tawaran yang berakhir pada 15 September 2010, hanya tiga puluh dua (32) penghuni bersetuju dengan tawaran dan telah mengosongkan tapak dengan aman manakala empat belas (14) penghuni tidak bersetuju untuk mengosongkan tapak. Pihak MAINPP telah memfailkan saman pemula terhadap empat belas (14) penghuni tersebut dan memperolehi Penghakiman pada 28 Februari 2014;

(iii) Writ-writ Milikan Kosong bertarikh 10 Februari 2015 yang difailkan oleh pihak MAINPP ke atas tanah tersebut telah ditangguhkan untuk penyelesaian dengan penduduk. Perkara ini telah berlarutan dengan sejumlah enam (6) kali penangguhan terhadap pelaksanaan Milikan Kosong sehingga tahun 2018. Implikasi kewangan yang ditanggung oleh MAINPP berjumlah RM3.1 juta bagi keseluruhan kes ini sejak 2010. Pihak MAINPP telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan penduduk termasuk perjumpaan yang terakhir pada 20 Disember 2018. Walau bagaimanapun, hanya seorang penduduk yang hadir pada 20 Disember 2018;

(iv) Pada 28 Januari 2019 adalah tarikh penyerahan / penampalan Notis Lanjutan Bailif ke atas tiga belas (13) penghuni bagi pelaksanaan untuk menyerahkan milikan kosong premis-premis tersebut. Pada 14, 15 dan 18 Februari 2019MAINPP telah memperolehi milikan kosong tanah tersebut. Susulan itu, penghuni-penghuni telah menandatangani Surat Akuan Terimaan Tawaran

Page 391: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

391

dan Perakuan Lanjutan/Tambahan dan bersetuju MAINPP berhak untuk mengalih keluar barang-barang dan merobohkan premis-premis tersebut pada 24 Februari 2019 mulai jam 12:00 tengah hari seperti Perintah Milikan Kosong yang telah diperolehi oleh MAINPP. Walau bagaimanapun, terdapat dua belas (12) daripada tiga belas (13) penghuni telah melanggar syarat kandungan surat berkenaan di mana mereka masih berada di tapak premis;

(v) Pihak MAINPP memasuki tapak pada 26 Februari 2019 untuk pelaksanaan pengosongan dan perobohan premis yang berada di tapak berdasarkan Perintah Mahkamah yang diperolehi. Pada tarikh tersebut, enam (6) buah rumah telah dirobohkan sebahagian struktur binaannya oleh kontraktor MAINPP dan tiga (3) daripadanya dibuka bumbung dan bekalan elektrik telah dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas faktor keselamatan;

(vi) Pada 7 Mac 2019, pihak MAINPP telah memasuki tapak bagi meroboh baki tujuh (7) buah premis lagi. Bekalan air dan elektrik bagi semua premis telah dipotong. Terdapat halangan dan tentangan daripada penduduk serta pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk memanipulasi keadaan sehingga menyebabkan kecederaan kepada empat (4) pegawai MAINPP dan seorang (1) anggota polis. Mereka telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan; dan

(vii) Pelaksanaan milikan kosong yang terakhir dilakukan terhadap premis bernombor 368, Jalan Mengkuang, 12200 Butterworth melalui serahan penampalan Notis Bailif (Pemilikan Kosong) pada 11 Mac 2019 yang mengkehendaki penghuni menyerahkan pemilikan kosong lot tanah/premis tersebut pada 25 Mac 2019. Pelaksanaan milikan kosong premis tersebut pada 27 Mac 2019 telah diperolehi melalui Bailif Mahkamah;

(a) MAINPP tidak menunggu sehingga keputusan mahkamah atas injunction dan rayuan kepada mahkamah dan meneruskan tindakan pelaksanaan milikan kosong terhadap premis bernombor 368 atas alasan-alasan berikut :-

(i) Permohonan Injuksi oleh penghuni premis tersebut yang difailkan pada 25 Februari 2019 mempertikaikan isu-isu tanah iaitu selepas pelaksanaan Milikan Kosong melalui Perintah Mahkamah pada 14, 15 dan 18 Februari 2019; dan

(ii) Notis Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan terhadap No. Saman 52-669-2011 hanya difailkan pada 12 Mac 2019. Permohonan penggantungan tarikh pelaksanaan milikan kosong bagi premis No. 368 ini dibicarakan pada 20 Mac 2019 yang lalu. Pihak MAINPP tidak menerima sebarang perintah penggantungan sementara terhadap pelaksanaan milikan kosong yang ditetapkan oleh Mahkamah dan keputusan bagi kes ini adalah pada 17 April 2019. Oleh itu, MAINPP meneruskan tindakan pelaksanaan milikan kosong premis No. 368 tersebut melalui Bailif Mahkamah pada 27 Mac 2019yang lalu setelah tiada perintah atau halangan daripada Mahkamah.

(b) Berdasarkan keputusan Mesyuarat MAINPP Bil. 5/2010 bertarikh 28 Jun 2010 dan Mesyuarat MAINPP Bil. 3/2018 bertarikh 22 November 2018, MAINPP menawarkan kepada semua penghuni termasuk

Page 392: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

392

yang telah keluar dan yang masih dalam tindakan undang- undang seperti berikut :

(i) Rumah Ganti Rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi setiap unit;

(ii) Bayaran Sewa Rumah Sementara berjumlah RM500.00 sebulan bagi tempoh masa sehingga rumah siap diduduki; dan

(iii) Bayaran Elaun Pindah Keluar berjumlah RM4,000.00 dan bayaran Elaun Pindah Masuk berjumlah RM3,500.00 manakala bagi keluarga berkelamin bayaran Elaun Pindah Keluar sebanyak RM4,000.00 sahaja ditawarkan.

Bayaran Elaun Pindah Keluar berjumlah RM4,000.00 telah dijelaskan kepada semua penghuni. Manakala bayaran sewa rumah sementara dibayar berdasarkan syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Akuan Terimaan Tawaran dan Perakuan Lanjutan/Tambahan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Taman permainan kanak-kanak di Sungai Dua.

(a) Senaraikan taman permainan kanak-kanak/kawasan lapang yang ada dalam kawasan Sungai Dua.

(b) Terdapat taman permainan yang mengalami kerosakan dan tidak diselenggarakan. Adakah MPSP mempunyai jadual untuk pembaikan dan penyelenggaraan taman-taman permainan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Terdapat 28 buah taman permainan kanak-kanak/kawasan lapang di kawasan Sungai Dua. Senarai taman permainan kanak-kanak/ kawasan lapang yang terdapat di dalam kawasan Sungai Dua adalah seperti di Lampiran A.

Jadual Pembaikan dan Penyelenggaran bagi taman-taman permainan di kawasan Sungai Dua adalah seperti di Lampiran B. Terdapat 14 kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan taman-taman permainan yang dilaksanakan melalui Kontrak Perkhidmatan Menyelenggara Alat-Alat Permainan dan Perabot Taman untuk tempoh 2 tahun di Seberang Perai Utara (SPU) mulai tahun 2017 hingga 2018.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 21)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Siapakah yang menguruskan pengurusan serta pembaikan dewan-dewan dalam DUN Sungai Dua?

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghidupkan dewan-dewan tersebut yang nampak macam tidak digunakan?

Page 393: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

393

(b) Adakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyerahkan dewan-dewan ini untuk diuruskan oleh NGO setempat seperti KRT, persatuan penduduk dan lain-lain.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Semua dewan-dewan yang berada di atas tanah Kerajaan Negeri dalam kadun Sungai Dua adalah diuruskan dan diselenggara oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDT SPU). PDTSPU dari semasa ke semasa akan membuat penyelenggaraan ke atas semua dewan tersebut dan tertakluk kepada kelulusan kewangan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

(a) Kerajaan Negeri sentiasa proaktif untuk memastikan semua dewan yang berada di bawah seliaan digunakan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, pihak PDTSPU telah menetapkan Key Performance Indicator (KPI) kepada setiap MPKK supaya mengadakan sekurang-kurangnya 11 aktiviti sepanjang tahun secara berterusan untuk memastikan setiap dewan berfungsi dan menjadi nadi kepada masyarakat setempat.

(b) Pihak Kerajaan Negeri belum ada rancangan untuk menyerahkan dewan-dewan ini untuk diuruskan oleh sebarang NGO. Sebarang permohonan akan dikaji dan diberi pertimbangan mengikut keperluan dan kesesuaian.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Berapakah FDI yang dicapai oleh Pulau Pinang bagi tahun 2018?

(a) Berapa banyakkah pembukaan kilang-kilang tempatan baharu di Pulau Pinang tahun 2018?

(b) Berapa banyakkah peluang pekerjaan yang telah disediakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Pelaburan asing yang dimuktamadkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) untuk Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah berjumlah RM 3,693.4 juta. Secara keseluruhannya, jumlah pelaburan asing dan dalam negara yang telah dimuktamadkan di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah RM5,781 juta.

(a) Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), terdapat 73 buah kilang baharu yang mula beroperasi dari tempoh tahun 2018 sehingga Mac 2019 di kawasan pulau. Manakala di kawasan Seberang Perai, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) mencatatkan sejumlah 27 buah kilang baharu yang mula beroperasi dalam tempoh sama.

(b) Bagi jumlah pelaburan asing dan dalam negara yang telah dimuktamadkan ke Pulau Pinang bagi tahun 2018, MIDA menganggarkan sebanyak 9,499 peluang pekerjaan telah disediakan.

Page 394: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

394

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kad I Love Penang.

(a) Apakah kedudukan pelaksanaannya bagi tahun 2018? Berapa banyak kad telah dikeluarkan & senaraikan kemudahan & faedah sosial yang diperolehi secara terperinci.

(b) Adakah hanya kemudahan bas percuma sahaja yang terlibat dalam kad ini?

(c) Berapa yang telah dibelanjakan tahun 2018 untuk melaksanakan kad I Love Penang ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Kad ‘I Love Penang’ yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2018 bertujuan menjadi medium kepada penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada kumpulan sasaran.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sedang meneliti dan mengkaji keperluan meneruskan program kad ‘I Love Penang’ memandangkan berlaku pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan Skim MySalam dan Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa 40). Skim MySalam dan PeKa 40 memberikan fokus kepada bantuan kesihatan, yang mana sama dengan tujuan pelaksanaan kad ‘I Love Penang’. Program-program kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan diselaraskan supaya dana bantuan yang disediakan dapat diterima oleh kumpulan sasar yang layak. Memandangkan program kad ‘I Love Penang’ ini belum dilaksanakan, tiada kad yang telah dikeluarkan kepada orang ramai.

(b) Bagi cadangan pelaksanaan fasa pertama kad ‘I Love Penang’, fokus diberikan kepada kemudahan kesihatan bagi Program Penang Sihat dan kemudahan untuk pengangkutan awam belum dimasukkan dalam fungsi kad tersebut.

(c) Kerajaan Negeri, melalui Penang Institute telah membelanjakan sejumlah RM333,616.24 sebagai bayaran kepada pihak perunding untuk membuat kajian awal dan reka bentuk conceptual framework bagi pelaksanaan kad pintar ini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Sila senaraikan taman-taman dan ruang-ruang awam yang telah dibangunkan sepanjang tahun 2018.

(a) Senaraikan pecahan perbelanjaan antara Kerajaan Negeri dan swasta serta sejauh manakah kemajuan penyediaan pelan Taman Pulau Pinang oleh Penang Institute serta status kemajuannya.

Page 395: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

395

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Pembangunan taman dan ruang awam di Pulau Pinang seperti Taman Botani Pulau Pinang pada asalnya bertujuan untuk menjadi pusat kepada pengumpulan koleksi spesis tumbuhan, sama ada daripada spesis tempatan mahupun luar negara, untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Sejajar dengan perkembangan arus kemodenan, kerajaan telah membangunkan taman dan ruang awam untuk menampung keperluan penduduk terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar. Matlamat utamanya adalah untuk menjayakan pencapaian kualiti kehidupan yang menyeluruh (Total Quality Living Environment) dengan tumpuan kepada mutu persekitaran kehidupan yang indah, bersih dan selamat. Penyediaan taman dan ruang awam dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi dan keindahan alam di sekitar kawasan penduduk setempat, selain memberi peluang penduduk berinteraksi antara satu sama lain yang akan membantu integrasi sosial dan kesejahteraan hidup rakyat.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejajar dengan matlamat Cleaner, Greener, Healthier and Happier Penang telah membangunkan sebanyak 36 buah taman awam melibatkan 8 jenis komponen naik taraf dan bina baru di seluruh negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2018. Senarai taman awam yang telah dibangunkan sepanjang tahun 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Bagi ruang awam pula, sebanyak 16 ruang awam dibina dan dinaik taraf di seluruh negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2018. Senarai ruang awam yang telah dibangunkan sepanjang tahun 2018 adalah seperti di Lampiran B.

(a) Sebanyak RM15,968,161.08 dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan RM4,923,799.70 dibelanjakan pihak swasta bagi membangunkan dan menaik taraf taman awam dan ruang awam di seluruh negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2018. Senarai pecahan perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dan pihak swasta sepanjang tahun 2018 adalah seperti di Lampiran C.

Penang Institute telah diarahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan satu kajian mengenai kawasan hijau di Pulau Pinang. Setakat ini, laporan projek dijangka akan disiapkan dalam suku ketiga tahun 2019.

Matlamat keseluruhan projek ini adalah untuk menyampaikan satu set cadangan dasar komprehensif dan langkah-langkah pengurusan taman-taman yang akan dapat membantu pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghidupkan kawasan-kawasan hijau di Pulau Pinang. Objektif utama kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti satu senarai kawasan-kawasan hijau awam di Pulau Pinang. Kawasan-kawasan hijau awam yang telah dikenalpasti akan dipetakan dengan mengguna Google Maps.

(ii) Memprofilkan dan mengkaji kawasan-kawasan hijau terpilih di Pulau Pinang supaya keadaan, kebolehcapaian (accessibility) dan kebolehgunaan (usability) kawasan-kawasan hijau di Pulau Pinang dapat difahami selanjutnya, dan juga supaya peluang penambahbaikan dapat diterokai.

(iii) Mengenal pasti sama ada kawasan-kawasan hijau diedarkan secara berkadar kepada saiz penduduk di kelima-lima daerah di Pulau Pinang

Page 396: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

396

dan untuk menilai sama ada penduduk berlatar belakang sosio-ekonomi yang berlainan mempunyai akses yang sama ke kawasan-kawasan hijau awam di Pulau Pinang.

(iv) Menyedia pelan tindakan dan strategi yang menyeluruh supaya dapat membantu dan memberi panduan kepada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menghidupkan kawasan-kawasan hijau di Pulau Pinang.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (NO. 25)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Sila huraikan pencapaian perbelanjaan RM275 juta bagi infrastruktur sukan seperti dalam Bajet 2018. (82 gelanggang badminton dan 4 kolam renang).

(a) Berapakah gelanggang badminton dan kolam renang yang telah dibina? Senaraikan.

(b) Apakah status pembinaan stadium hoki baru dan stadium mini di Permatang Rawa?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet berjumlah RM275 juta bagi pembangunan infrastruktur sukan pada tahun 2018. Walau bagaimanapun ianya tidak terhad kepada pembinaan 82 gelanggang badminton dan empat (4) kolam renang sahaja. Projek-projek yang terlibat dalam jumlah RM275 juta adalah seperti berikut:

(i) Pembinaan stadium hoki baru di Bukit Mertajam – RM7.5 juta. Dalam proses pembinaan dengan kemajuan di tapak secara keseluruhan adalah 8% dan kerja-kerja tambun tanah telah siap 70%.

(ii) Stadium Mini di Permatang Rawa, - RM3.535 juta. Dalam proses pembinaan yang telah bermula pada 26 Februari 2019. Kemajuan di tapak secara keseluruhan adalah 4%.

(iii) Kompleks Sukan dan arena badminton di Ampang Jajar- Pelaksanaan projek ini adalah melalui Request for Proposal dan Penang Development Corporation (PDC) sedang menilai cadangan daripada pihak yang berminat.

(iv) Pembinaan Akademik Badminton Pulau Pinang di Sungai Pinang dengan anggaran kos RM 30 juta – RM 40 juta. Ia masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak BAM.

(v) Projek asal pembinaan 12 gelanggang badminton dan tempat letak kereta bertingkat di Lebuh Sungai Pinang tidak dapat diteruskan memandangkan kedua-dua tanah tersebut yang terlibat dalam projek ini telah diwartakan sebagai Kawasan Lapang. Sehubungan itu, tanah tersebut dikekalkan sebagai kawasan lapang dan hijau. Kawasan tersebut akan dinaik taraf menjadi kawasan rekreasi dan tempat letak kereta (tanpa bangunan). Komponen yang kan dicadangkan di kawasan tersebut adalah taman permainan kanak-kanak, kawasan outdoor gym, jogging trek. Buat masa ini, ia masih dalam peringkat tindakan penyediaan lakaran pelan oleh pihak arkitek.

Page 397: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

397

(vi) Kompleks Badminton di Bukit Panchor (Nibong Tebal Arena) dengan anggaran kos RM7 juta dengan memuatkan sembilan (9) gelanggang badminton dan ia kini dalam proses rekabentuk.

(vii) Projek dewan serbaguna (merangkumi gelanggang bola keranjang, bola tampar, gimnastik, judo) di Pantai Jerejak, Projek ini masih dalam peringkat perbincangan dan perancangan.

(viii) Kompleks Sukan Bandaraya MBPP di Relau dengan kos RM21.4 juta telah siap dibina yang mengandungi sepuluh (10) gelanggang badminton dan sebuah kolam renang bersaiz olimpik.

(a) Kompleks Sukan Relau oleh MBPP yang mengandungi sepuluh (10) gelanggang badminton dan sebuah kolam renang bersaiz Olimpik telah siap dibina dengan kos sebanyak RM21.4juta.

(b) Status pembinaan Stadium Hoki di Jalan Betek dan Stadium Mini di Permatang Rawa adalah seperti berikut:-

Bil. Tajuk Projek Tarikh Milik

Tapak Tarikh Dijangka

Siap Status

Pelaksanaan

1. Pembinaan, Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Stadium Hoki Di Sebahagian Lot 2763, Mukim 10, Jalan Betek, Seberang Perai Tengah

04/12/2017 03/12/2019 Dalam pembinaan dan kemajuan ditapak adalah 8%

2. Penaiktarafan Stadium Mini Permatang Rawa, Lot 1313, Mukim 7, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

26/02/2019 25/02/2020 Dalam pembinaan dan kemajuan di tapak adalah 4%

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Huraikan terperinci belanja pembangunan kemahiran modal insan RM75 juta.

(a) Berapa belanja dan tujuan perbelanjaan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Seperti yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2018 Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah RM74.8 juta bagi perbelanjaan pembangunan kemahiran modal insan. Daripada jumlah ini, sejumlah RM62 juta diperuntukan bagi melaksanakan pelbagai program kemahiran berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang merangkumi Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Penang Tech Dome, perpustakaan Digital Pulau Pinang, Penang Science Cafe dan Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang.

Page 398: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

398

Selain itu sejumlah RM2 juta diperuntukan bagi pelaksanaan kelas pengekodan dan RM10.8 juta bagi pembinaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Ke-2.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Isu tanah wakaf - pembangunan tanah wakaf.

(a) Apakah peranan Wakaf Sdn. Bhd.? Huraikan.

(b) Senaraikan tanah wakaf di bawah MAINPP yang ada di Pulau Pinang dan huraikan pecahan wakaf, luas tempat dan syarat wakaf.

(c) Apakah perancangan MAINPP serta Wakaf Sdn. Bhd. dalam membangunkan tanah wakaf tanpa mengganggu syarat wakaf?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Bil. 2/2015 bertarikh 7 April 2015 telah bersetuju menubuhkan Syarikat Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. Di antara skop bidang terasnya adalah seperti berikut:-

(i) Menjalankan tanggungjawab membangun dan menguruskan harta wakaf sama ada harta alih atau harta tak alih dan harta yang diserahkan oleh MAINPP termasuk menjalankan pelaburan, penyelidikan dan penguatkuasaan ke atas tanah tersebut;

(ii) Menjalankan kerja-kerja promosi dan publisiti bagi mengumpul dan menambah Dana Wakaf tunai MAINPP dan lain-lain bentuk wakaf; dan

(iii) Melaksanakan polisi MAINPP berkaitan pengurusan wakaf dan hartanah dan mencadangkan polisi dan inovasi baru berkaitan pembangunan wakaf dan hartanah.

(b) Keseluruhannya, terdapat 1,269 lot tanah wakaf di Negeri Pulau Pinang dengan keluasan berjumlah 1,269.0273 ekar. Perinciannya mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(c) MAINPP melalui Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. telah mengenal pasti tanah wakaf yang boleh dimajukan tanpa halangan daripada syarat-syarat wakaf ke atas tanah-tanah tersebut yang berpandukan kepada pandangan Jabatan Mufti. Projek-projek siap dilaksanakan, dalam pembinaan dan yang sedang dirancang adalah seperti berikut:-

(i) Projek Siap

• Pembangunan Tanah Wakaf Siti dan Hajjah Norijah.

Pihak MAINPP dengan kerjasama Jabatan Zakat, Wakaf & Haji (JAWHAR) dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membangunkan tapak Tanah Wakaf Siti dan Hajjah Norijah di atas lot 1093 & 1094, Sungai Nibong, Mukim 12, Daerah Barat Daya (DBD), Pulau Pinang seluas 1.571 ekar. Pembinaan 77 unit pangsapuri 14 tingkat dan empat (4) unit kedai telah siap

Page 399: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

399

pada 25 April 2018. Surat tawaran bertarikh 8 April 2019 kepada pemohon yang berjaya telah dikeluarkan.

• Pembinaan satu (1) blok bangunan pejabat empat (4) tingkat.

Pihak MAINPP telah menyiapkan kerja pembinaan satu (1) blok bangunan pejabat empat (4) tingkat di atas tanah Lot 8872, Bertam, Mukim 6, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang seluas 1.016 ekar. Projek ini siap pada 31 Ogos 2015. Projek ini telah diserahkan kepada pihak MAINPP pada 30 Mei 2018 dan pada ketika ini pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Perangkaan Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk menyewa sebahagian pejabat berkenaan.

• Pangsapuri Wakaf Mohamed Hashim

Pihak Urban Development Authority (UDA) melalui usaha sama antara MAINPP dan UDA telah membangunkan dua (2) blok pangsapuri 11 tingkat yang terdiri daripada 68 unit kediaman di atas tanah Wakaf Mohamed Hashim bin Haji Abdullah, Lot 192, Seberang Jaya, Mukim 1, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang berkeluasan 1.142 ekar. Projek ini telah disiapkan pada 26 September 2018. Pangsapuri ini telah mula didiami pada Oktober 2018.

(ii) Projek Dalam Pelaksanaan

• Pembangunan Tanah Wakaf Teluk Air Tawar.

Pihak MAINPP dengan kerjasama Jabatan Zakat, Wakaf & Haji (JAWHAR) dan JKR sebagai agensi pelaksana telah melantik pihak kontraktor untuk membangunkan tanah wakaf di atas lot 6247 & 6249, Teluk Air Tawar, Mukim 7, SPU, Pulau Pinang seluas 2.525 ekar. Kerja pembinaan dua (2) blok pangsapuri lapan (8) dan 12 tingkat yang akan menempatkan sebanyak 152 unit kediaman ini dijadualkan siap pada November 2019 dengan kos pembangunan berjumlah RM47,000,000.00.

(iii) Projek Dalam Perancangan

• Pembangunan Tanah Wakaf Abdul Cauder.

MAINPP dengan kerjasama Jabatan Zakat, Wakaf & Haji (JAWHAR) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000,000.00 juta bagi membiayai pembangunan tapak Tanah Wakaf Abdul Cauder di atas Lot 208, Jalan Mengkuang, Seksyen 2, SPU, Pulau Pinang yang berkeluasan 2.625 ekar.

Kerja tapak akan dimulakan sebaik sahaja kerja-kerja pengosongan dan pembersihan tapak diselesaikan.

• Pembangunan Tanah Wakaf Seetee Aisah (Fasa 2).

Pihak UDA melalui usaha sama antara MAINPP dan UDA telah dilantik untuk memajukan Taman Wakaf Seetee Aisah (Fasa 2)

Page 400: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

400

di atas tanah Wakaf Seetee Aisah Lot 200, 252 & 3117, Seberang Jaya, Mukim 4, SPT, Pulau Pinang seluas 7.32 ekar. Pelan projek dengan 384 unit pangsapuri 10 tingkat, 101 unit Rumah Pangsa Kos Rendah, 13 unit kedai, 20 unit ruang pejabat, sebuah surau dan dewan serbaguna telah disediakan oleh pihak UDA. Kerja pembinaan dijadual bermula pada Mei 2019 dengan anggaran kos pembangunan berjumlah RM186,000,000.00.

• Pembangunan Tanah Wakaf Sheikh Eusoff.

UDA melalui usaha sama antara MAINPP dan UDA telah dilantik untuk memajukan tanah Wakaf Sheikh Eusoff Lot 1396 dan 1606, Jalan Air Itam, Seksyen 5, Daerah Timur Laut (DTL), Pulau Pinang seluas 14.9648 ekar. Pelan Tatasusunan dan Reka Bentuk Projek telah disediakan oleh pihak UDA dengan kos pembangunan sejumlah RM350,000,000.00 dan bantuan Modal Mudahcara yang dipohon dari Kerajaan Persekutuan.

Semua pembangunan yang dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada syarat wakaf bagi maksud menjana hasil pendapatan bagi tujuan melaksanakan amanah pewakaf seperti yang ditetapkan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 28)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Perincikan lokasi dan nilai tanah Kerajaan Negeri, MPSP, MBPP, PBAPP dan PDC yang dijual atau dilupuskan.

(a) Nyatakan nama-nama pembeli setiap satu dan tujuan pembelian.

(b) Senaraikan tanah milik kerajaan sebelum 2008 dan status terkini tahun 2017 bagi setiap milikan serta berikan nilai setiap tanah tersebut dan berapakah perolehan setiap lot yang dijual?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Tanah kerajaan adalah tanah yang tidak dikeluarkan hakmilik. Tanah ini meliputi tanah yang terdapat di setiap daerah dan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti tapak pejabat, tapak kuarters, simpanan jalan, simpanan parit, kawasan lapang, kawasan tadahan air dan sebagainya. Tanah kerajaan juga boleh diwujudkan akibat daripada pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 Kerajaan Negeri di bawah boleh melupuskan tanah kerajaan di antara lain melalui pemberimilikan dengan dikenakan bayaran premium yang bersesuaian. Penentuan premium adalah berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Bagi tanah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), kebanyakan pelupusan tanah adalah melibatkan tapak IWK yang tidak digunakan kerana

Page 401: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

401

telah disambung ke sistem pembentungan secara berpusat. Tapak ini dipindahmilik atau dipajak kepada pemohon yang layak. Jumlah yang dipindah milik sejak 2008 hingga 2017 melibatkan 15 lot tanah MBPP dan 25 lot tanah MPSP.

Bagi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kebanyakan pelupusan tanah milik PDC adalah tanah pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Tanah ini diberimilik kepada PDC untuk tujuan perindustrian, komersial dan perumahan dan dipindah milik kepada pelabur atau syarikat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Pemberimilikan tersebut termasuk IKEA, Design Village dan pembangunan bercampur di Bayan Mutiara. Jumlah yang terlibat sejak 2008 hingga sekarang adalah berjumlah 18 lot dan telah dipindah milik daripada PDC kepada pembeli-pembeli yang diluluskan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hanya 3 lot tanah sahaja yang dilupuskan bagi tujuan jalan masuk kepada syarikat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Bagi Kerajaan Negeri pula, pelupusan tanah adalah untuk kegunaan pertanian, bangunan dan perindustrian. Tanah kerajaan yang dilupuskan di bawah kategori pertanian ini secara amnya dipohon untuk kegunaan seperti dusun buah-buahan, padi, kelapa sawit dan getah. Manakala di bawah kategori bangunan, kegunaan yang dipohon adalah bagi tujuan kediaman, perniagaan, hospital swasta, institusi seperti sekolah dan tapak rumah ibadat, tapak perkuburan dan tapak letak kenderaan. Pemberimilikan tersebut termasuk untuk tapak tambahan bagi pembesaran Island Hospital. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga memberi milik tanah kerajaan yang terjadi akibat pengambilan tanah kepada pelabur-pelabur dalam sektor perindustrian. Sejak 2008 hingga 2017, jumlah lot yang diberimilik adalah melibatkan 1505 lot.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30 Apakah tindakan MAINPP dan JHEAIPP menyelesaikan isu tanah kubur yang berlaku di Masjid Ar-Rashid/Masjid Al-Amin Sungai Dua? Bentangkan.

(a) Adakah MAINPP/JHEAIPP mempunyai hak, kuasa dan dana untuk pengambilan tanah penyediaan tanah kubur bagi qaryah yang kritikal? Jelaskan.

(b) Bolehkah tanah-tanah kerajaan dijadikan tapak perkuburan atau wakaf lain untuk digunakan selain wakaf khas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. JHEAIPP melalui Pejabat Agama Daerah Butterworth telah mengadakan mesyuarat bersama pihak qariah pada 1 Februari 2019 bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah kubur qariah Masjid Ar-Rashid/ Masjid Al-Amin, Sungai Dua. Mesyuarat tersebut memutuskan supaya pihak qariah dapat membekalkan butiran lengkap mengenai tanah terbabit dan memanjangkan kepada JHEAIPP permohonan untuk pengambilan balik tanah. Berdasarkan kepada permohonan tersebut, JHEAIPP akan memohon peruntukan pengambilan balik tanah dalam bajet tahun 2020.

Page 402: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

402

(a) MAINPP sememangnya berhak untuk memohon pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan menjadikan tanah tersebut sebagai tapak perkuburan. Kos pengambilan balik tanah bagi tujuan kegunaan umum seumpama ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

(b) MAINPP juga boleh memohon secara pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri bagi tujuan dijadikan sebagai wakaf khas termasuk tapak perkuburan, pembinaan masjid atau surau, pembinaan sekolah agama atau untuk apa-apa aktiviti keagamaan tetapi bukan untuk kegunaan wakaf lain atau wakaf am. Permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri bagi tujuan seperti yang dinyatakan akan dipertimbang untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

XVIII. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Mohon maklumkan rumah-rumah transit atau perlindungan sementara yang sedia ada di bawah seliaan MAINPP.

(a) Berapakah penghuninya sekarang?

(b) Apakah kategori perlindungan yang diberi?

(c) Bagaimana atau syarat-syarat untuk memohon?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Rumah/pusat transit atau perlindungan sementara yang sedia ada di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) adalah seperti berikut:-

(i) Kompleks Darul Hidayah di Permatang Tok Gelam, Butterworth;

(ii) Rumah Warga Emas Darul Hanan di Pongsu Seribu, Kepala Batas; dan

(iii) Rumah Perlindungan Wanita Darul Sakinah, Jalan Makloom, Georgetown.

(a) Kompleks Darul Hidayah merupakan pusat perlindungan serta kebajikan yang bersifat sementara dan boleh menampung seramai 20 penghuni pada satu-satu masa. Bilangan penghuni terkini adalah seramai 11 orang iaitu 10 lelaki dan satu (1) wanita. Rumah Warga Emas Darul Hanan pula boleh menampung seramai 150 orang dan bilangan yang terkini menghuni di sini adalah seramai 73 orang terdiri daripada 23 lelaki dan 50 wanita. Manakala Rumah Perlindungan Wanita Darul Sakinah pula boleh menampung seramai 12 penghuni pada satu satu masa. Bilangan penghuni terkini adalah seramai empat (4) orang.

(b) Jenis perlindungan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rumah/ pusat transit tersebut dibahagikan mengikut kategori berikut:-

(i) Kompleks Darul Hidayah memberi perlindungan serta kebajikan yang bersifat sementara kepada golongan mualaf yang bermasalah;

(ii) Rumah Warga Emas Darul Hanan memberi perlindungan kepada warga emas berumur 57 tahun ke atas dan tidak mempunyai waris. Keutamaan diberi kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan

Page 403: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

403

asnaf zakat. Penghuni mendapat penjagaan oleh staf yang terlatih. Kemudahan surau dan program asas fardu ain & pengajian kitab juga disediakan. Selain itu, penghuni diberi kemudahan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan; dan

(iii) Rumah Perlindungan Wanita Darul Sakinah menawarkan perlindungan kepada wanita yang mengalami masalah sosial hingga menyebabkan mereka mengandung. Mereka akan mendapat perlindungan di sini sehinggalah mereka melahirkan anak. Penghuni juga akan dibawa ke klinik ibu mengandung untuk mendapatkan rawatan susulan. Di samping itu, kelas mengaji Al-Quran turut diadakan 2 kali seminggu.

(c) Syarat untuk memohon dan mendapatkan perkhidmatan rumah/ pusat transit tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Kompleks Darul Hidayah

• Berdaftar masuk Islam di Pulau Pinang atau bermastautin di negeri Pulau Pinang bagi yang berdaftar di negeri lain;

• Warganegara Malaysia atau salah seorang daripada suami isteri adalah warganegara Malaysia;

• Berumur 18 tahun dan ke atas. (Kebenaran ibu bapa penjaga yang sah diperlukan jika belum mencapai umur 18 tahun);

• Lulus ujian pemeriksaan kesihatan; dan

• Tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.

(ii) Rumah Warga Emas Darul Hanan

• Berumur 57 tahun dan ke atas;

• Boleh urus diri sendiri;

• Golongan asnaf adalah menjadi keutamaan;

• Sebatang kara, tidak mempunyai waris atau anak; dan

• Sekiranya waris tidak mampu, kes akan dipertimbangkan jika terdapat keperluan mendesak.

(iii) Rumah Perlindungan Wanita Darul Sakinah

• Mengisi borang yang disediakan dan lulus tapisan yang ditetapkan;

• Wajib ditemani oleh ibubapa atau saudara mara terdekat;

• Pelawat selain daripada ibu bapa atau saudara mara terdekat tidak dibenarkan; dan

• Tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran.

Page 404: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

404

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Mohon maklumkan rumah-rumah transit atau perlindungan sementara yang sedia ada di bawah seliaan JKM dan pemantauan EXCO Wanita.

(a) Berapakah penghuninya sekarang?

(b) Apakah kategori perlindungan yang diberi?

(c) Bagaimana atau syarat-syarat untuk memohon?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Buat masa ini, terdapat 2 buah rumah transit atau perlindungan sementara yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), iaitu Rumah Perlindungan Sementara Women’s Centre For Change (WCC) dan Rumah Perlindungan Sosial Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang (MKWPP).

(a) Pada satu-satu masa, WCC mampu memuatkan sehingga 2 keluarga manakala MKWPP mampu memuatkan sehingga 18 penghuni. Dalam tempoh setahun, kira-kira 10 buah keluarga telah mendapat perlindungan di WCC dan 6 penghuni telah mendapat perlindungan di MKWPP. Jumlah pemohon yang mendapat perlindungan adalah tidak tetap kerana mereka tinggal sementara sahaja di rumah perlindungan tersebut.

(b) WCC memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dengan memberi tempat tinggal, makan minum, pekerjaan (jika perlu) dan mendapatkan bantuan kewangan dari JKM termasuk keperluan anak-anak mangsa. Manakala MKWPP pula memberi jagaan kepada wanita atau gadis mengandung yang mempunyai masalah keluarga.

(c) Mangsa-mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan perlindungan perlu mengemukakan salinan laporan polis dan permohonan dikemukakan secara bertulis atau menghubungi terus pihak WCC. Bagi MKWPP pula, syarat utama permohonan adalah wanita atau gadis mengandung tersebut sememangnya memerlukan perlindungan. Pemohon boleh memohon secara bertulis atau menghubungi terus pihak MKWPP. Bagi perkhidmatan ini, MKWPP mengenakan bayaran berjumlah RM250 sebulan.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah perumahan PPR (Projek Perumahan Rayat) yang ada di Pulau Pinang berbanding seluruh Malaysia hingga kini?

(a) Berapa yang diduduki, berapa dalam pembaikan?

(b) Berapa jumlah dalam senarai menunggu?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diperkenal sejak tahun 2002 membabitkan peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan di atas tanah milik Kerajaan Negeri. Aspek pengurusan dan pengisian unit PPR ini ditentukan oleh Kerajaan Negeri

Page 405: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

405

termasuk syarat kemasukan dan juga penguatkuasaan. Terdapat dua (2) konsep PPR iaitu PPR disewakan dan PPR dimiliki. Pulau Pinang setakat ini hanya mempunyai PPR untuk disewakan sahaja. Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2004 hingga kini telah menerima 4 projek PPR dengan bilangan unit berjumlah 999 unit berbanding jumlah keseluruhan PPR di seluruh negara sebanyak 102,951 unit. Jumlah 999 unit termasuk dua (2) projek PPR yang telah siap dibina pada tahun 2018 dan dalam proses penyerahan iaitu PPR Permatang Tok Suboh (231 unit) dan PPR Mak Mandin (70 unit).

(a) Pengisian bagi dua (2) projek PPR di bawah Kerajaan Negeri adalah seperti jadual berikut:

Bil. PPR Bil. Unit Isi Kosong Pembaikan

1. Taman Manggis 316 308 8 8

2. Taman Bagan Jaya 382 354 28 28

3. Permatang Tok Suboh 231 - 231 -

4. Mak Mandin 70 - 70 -

JUMLAH 999 662 337 36

PPR Permatang Tok Suboh masih dalam proses rundingan untuk dibeli dari Jabatan Perumahan Negara dan akan ditawarkan kepada pemohon di bawah konsep Sewa Beli, manakala PPR Mak Mandin akan diuruskan pengisian oleh KPKT sendiri. Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan Pulau Pinang/Selection and Process Enhancement Committe (JPPPP/SPEC) telah memperakukan sejumlah 76 pemohon dari 108 unit setinggan yang diperuntukkan di PPR Permatang Tok Suboh dan bakinya akan diisi dari masa ke semasa.

(b) Senarai menunggu mengikut PPR pula adalah seperti jadual berikut:

(i) PPR Taman Manggis seramai 519 pemohon; dan

(ii) PPR Taman Bagan Jaya seramai 57 pemohon.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Mohon jelaskan berapa projek perumahan RMM A dan RMM B yang dalam perancangan, dalam pembinaan dan sudah siap untuk duduki mengikut daerah.

(a) Berapakah jumlah senarai menunggu mengikut tahun giliran, mengikut daerah, mengikut jenis RMM A dan RMM B.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Usaha membekalkan Rumah Mampu Milik (RMM) yang secukupnya kepada Rakyat Pulau Pinang ke arah 1 Keluarga 1 Rumah merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri. Penumpuan diberikan terutamanya kepada pembekalan RMM A dan B mengambil kira senarai menunggu yang ramai di dalam kategori ini. Berdasarkan rekod, terdapat sebanyak 52,958 unit RMM A dan B bakal tersedia dengan komposisi 27,816 unit siap, 7,095 unit dalam pembinaan dan 18,047 unit dalam perancangan. Pecahan unit siap, bina dan rancang mengikut daerah seperti di Lampiran A.

Page 406: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

406

(a) Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merekodkan sebanyak 30,231 permohonan dalam senarai menunggu bagi kedua-dua kategori RMM A (12,618 pemohon) dan RMM B (17,613 pemohon). Majoriti permohonan dalam senarai menunggu dan tempoh menunggu paling ketara adalah bagi daerah Timur Laut iaitu sebanyak 15,486 pemohon bersamaan 51.2%. Pecahan senarai menunggu mengikut daerah dan kategori RMM juga tahun giliran seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 4)

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mohon jelaskan penggunaan tanah tol.

(a) Apakah syarat-syarat kelayakan pemohon dan berapa lama tempoh penggunaan?

(b) Adakah pemantauan dilakukan?

(c) Mohon senarai nama, tempat dan tempoh tanah tol yang diberi di parlimen Balik Pulau.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Syarat-syarat kelayakan pemohon adalah seperti digariskan oleh Seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965 dan bahagian 33(A) Kanun Tanah Negara 1965:

(i) Orang dewasa selain daripada remaja;

(ii) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;

(iii) Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966, Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 dan Akta Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna) 199; dan

(iv) Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Sehubungan dengan Kanun Tanah Negara 1965 tersebut, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar Temporary Occupation Licence (TOL) iaitu:

(i) Pemohon hendaklah memenuhi kehendak Akta Umur Dewasa 1971 (Pemohon berumur 18 tahun ke atas);

(ii) Pemohon adalah anak tempatan;

(iii) Pemohon dan pasangan tidak mempunyai rumah atau tanah di Pulau Pinang;

(iv) Surat kelulusan Ketua Jabatan bagi kakitangan kerajaan;

(v) Salinan permit daripada Jabatan Perikanan Negeri bagi permohonan TOL ternakan ikan dalam sangkar sahaja; dan

(vi) Surat kelulusan bersyarat daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi permohonan papan iklan sahaja.

Tempoh bagi setiap Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah selama setahun dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun dan boleh diperbaharui.

Page 407: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

407

(b) Pemantauan dilakukan pada setiap masa serta setiap tahun bagi tujuan pembaharuan lesen tahunan dan memastikan tiada pelanggaran syarat yang berlaku.

(c) Maklumat bagi senarai nama, tempat dan tempoh Lesen Pendudukan Sementara yang diberi di Parlimen Balik Pulau adalah seperti di Lampiran.

RUJ. LAMPIRAN (NO. 5)

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Bagaimanakah penjagaan dan pemantauan tanah tol dan hutan simpan? Mohon jelaskan. Didapati ada pembuangan sisa-sisa seperti sisa binaan, sisa pemotongan pokok dan perabut lama dan tilam di hutan bakau Sungai Burung.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Penjagaan dan pemantauan tanah yang diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dilaksanakan pada setiap tahun terutamanya semasa pembaharuan lesen tahunan dilakukan. Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran syarat yang berlaku. Penolong Pegawai Tanah akan melawat tapak dan menyediakan satu laporan tanah. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat kelulusan, maka LPS boleh ditamatkan pada bila-bila masa.

Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, insiden pembuangan sisa luar sempadan Hutan Simpan Balik Pulau, iaitu di kawasan hutan bakau Sungai Burung dikesan pertama kali berlaku pada tahun 2013. Kegiatan ini dijalankan di atas tanah kerajaan yang dikenal pasti dilakukan secara bermusim berikutan aduan diterima daripada penduduk pada tahun 2014, 2018 dan terkini pada tahun 2019. Pihak Jabatan Hutan sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dalam membendung kegiatan haram ini daripada berulang.

Jabatan Perhutanan Negeri sentiasa menjalankan rondaan tetap dan berkala terutamanya di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Kekal. Pada tahun 2018 sebanyak 328 rondaan telah dijalankan di sepanjang sempadan Hutan Simpanan Kekal. Selain itu, Jabatan Hutan juga melaksanakan pemantauan melalui udara (drone) serta menggunakan Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) System iaitu sebuah sistem pemantauan integrasi menerusi satelit yang dibangunkan bersama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi mengesan perubahan guna tanah bagi litupan kawasan berhutan. Selain itu, Jabatan Hutan turut memasang papan tanda amaran kesalahan hutan dan papan tanda Hutan Simpanan Kekal di lokasi hot spotsempadan-sempadan Hutan Simpanan Kekal bagi mengelakkan sempadan-sempadan ini dicerobohi.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan pemantauan ke atas aktiviti kerja-kerja tanah yang lebih tertumpu pada tanah milik individu bagi seluruh negeri. Bagi tanah milik kerajaan, PBT akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya dan Jabatan Perhutanan Negeri untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menangani aktiviti pembuangan sisa dan sebagainya serta menjalankan tindakan penguatkuasaan bersama mengikut Sek. 70A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Kerja Tanah.

Page 408: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

408

Bagi isu pembuangan sampah binaan dan perobohan termasuk sampah pukal di kawasan Sungai Burung adalah seperti berikut:

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendapati tempat pembuangan sampah tersebut terletak di atas Lot 247, Mukim D, Daerah Barat Daya milik Koperasi Kampung Enam Balik Pulau Berhad dan Lot 267, Mukim D, Daerah Barat Daya. Sebahagian tanah hutan simpanan adalah milik Kerajaan Negeri.

Majlis telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) Pengeluaran Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu dihapuskan kepada pemilik tanah Lot 247, Mukim D, Daerah Barat Daya milik Koperasi Kampung Enam Balik Pulau Berhad di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi maksud menghentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu dari apa-apa timbunan atau letakan yang mana adalah satu kacau ganggu;

(ii) Maklumat mengenai Notis Mengkehendaki Kerja Tanah diberhentikan hendaklah diperolehi dari Jabatan Kejuruteraan;

(iii) Pemasangan moveable CCTV untuk memantau pergerakan kenderaan yang memasuki kawasan; dan

(iv) Penempatan anggota secara bergiliran bagi memantau dan mengumpul sebarang perbuatan pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuan Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sportfishing' adalah suatu aktiviti yang digemari oleh peminat pemancing. Apakah

perancangan Kerajaan Negeri untuk aktiviti sebegini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Sportfishing merupakan aktiviti memancing rekreasi yang semakin popular di negeri Pulau Pinang memandangkan negeri ini mempunyai perairan yang sesuai untuk aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, buat masa ini. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan khusus untuk aktiviti sportfishing sebaliknya lebih memberikan fokus kepada aktiviti untuk meningkatkan pengeluaran hasil perikanan serta sumber perikanan. Namun begitu, melalui program melabuhkan tukun tiruan di perairan negeri ini, ianya secara tidak langsung menyokong perkembangan aktiviti sportfishing kerana perkembangan sumber perikanan yang positif. Dalam pada itu, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga sedang melaksanakan penstrukturan semula aktiviti perikanan rekreasi marin ini agar sumber perikanan dapat diuruskan dengan baik.

Page 409: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

409

XIX. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Mohon penjelasan status penjaja-penjaja pasar pagi dan petang di perkarangan flat Jalan Tengah yang telah lama wujud melebihi 20 tahun, namun tidak diberi lesen oleh pihak MBPP.

(a) Adakah pihak MBPP bercadang untuk membantu mengusahakan lesen TPS atau PPS kepada penjaja-penjaja di situ?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Penjaja-penjaja di kawasan Flat Jalan Tengah adalah merupakan penjaja tanpa lesen.

(a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan Lesen Tapak Penjaja Sementara (TPS) atau Penjaja Statik Sementara (PSS) di kawasan berkenaan kerana:

(i) Kawasan berkenaan adalah dalam kawasan milikan Penang Development Corporation (PDC) dan penjaja perlu mendapatkan kelulusan daripada pemilik tanah iaitu PDC;

(ii) Kemudahan bagi mendapatkan keperluan domestik adalah mudah dicapai oleh penduduk flat Jalan Tengah kerana terdapat Kompleks Pasar Bayan Baru dan Kompleks Mayang Pasir; dan

(iii) Kewujudan TPS atau PSS di kawasan berkenaan berpotensi mengundang kepada masalah kacau ganggu kepada penduduk flat berkenaan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Mohon penjelasan status lampu jalan di dalam kawasan perumahan flat Jalan Tengah yang banyak tidak berfungsi dan menimbulkan masalah kegelapan dan kerisauan penduduk.

(a) Apakah tindakan segera yang akan diambil oleh pihak MBPP untuk mengatasi masalah tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Perumahan Flat Jalan Tengah merupakan projek perumahan bertingkat yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Urusan penyelenggaraan di perumahan flat ini telah pun diserahkan oleh PDC kepada Perbadanan Pengurusan (MC) flat tersebut. Oleh yang demikian, pihak MC adalah bertanggungjawab untuk memastikan lampu jalan di kawasan perumahan flat berfungsi dengan baik.

(a) Bagi membantu mengatasi masalah ini dengan segera, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil inisiatif membaiki kerosakan lampu di kawasan perumahan flat tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial (CSR) MBPP terhadap penduduk di situ.

Page 410: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

410

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah perancangan kerajaan untuk menangani permasalahan kesesakan trafik dari arah Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tengah dan dari arah Bukit Gedung ke simpang Jalan Tengah yang semakin serius sejak akhir-akhir ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sememangnya telah mempunyai perancangan untuk menangani kesesakan trafik dari arah Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tengah dan dari arah Bukit Gedung ke simpang Jalan Tengah yang semakin serius. Melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), perancangan telah dibuat untuk mengambil beberapa tindakan bagi menangani kesesakan trafik melibatkan kawasan-kawasan tersebut. Perincian tindakan adalah seperti berikut:-

(a) Membina satu pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan yang menuju ke arah lapangan terbang dan dari jalan ban di tepi Sungai Keluang untuk pusing balik menghala ke arah Bayan Baru dan George Town;

(b) Memastikan bahawa setiap kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah dilarang membelok ke kanan ke Jalan Tengah dan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tengah/Jalan Sultan Azlan Shah diubahsuai menjadi dua (2) Fasa;

(c) Menyediakan satu lorong tambahan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Sungai Keluang;

(d) Melebarkan jambatan merentangi Sungai Keluang di Jalan Sultan Azlan Shah;

(e) Menyediakan lima (5) lorong lalu lintas di Jalan Tengah di antara Jalan Mayang Pasir ke Persiaran Mahsuri;

(f) Menyusun semula aliran lalu lintas di kawasan pusat bandar Bayan Baru dengan cadangan pelaksanaan sistem aliran lalu lintas sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Persiaran Mahsuri, Jalan Mayang Pasir 1, Jalan Mayang Pasir 2 dan Jalan Mayang Pasir 3;

(g) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang/Jalan Bukit Gambir dengan membina persimpangan bertingkat dan membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

(h) Memastikan Jalan Tun Dr. Awang dari bulatan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Bayan Lepas/Jalan Tun Dr. Awang ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang/ Jalan Tengah / Jalan Bayan disediakan dengan enam (6) lorong lalu lintas;

(i) Menaik taraf persimpangan bulatan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Bayan Lepas/Jalan Tun Dr. Awang dan melebarkan lorong-lorong lalulintas sedia ada;

(j) Membina satu (1) pusingan U bertingkat di Jalan Tun Dr. Awang bersebelahan bangunan SPICE bagi membolehkan kenderaan dari bulatan Bayan Baru untuk membuat pusingan ke Persiaran Bukit Jambul dan tanjakan berarah untuk kenderaan dari Jalan Tun Dr Awang menuju ke Jalan Dato’ Ismail Hashim;

Page 411: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

411

(k) Membina jalan bagi menyambungkan Jalan Tun Dr. Awang ke Jalan Sungai Tiram 1 bagi membolehkan kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang menuju ke Jalan Sultan Azlan Shah dan sebaliknya; dan

(l) Menyambung Jalan Merbah dari Jalan Dato’ Ismail Hashim ke Jalan Tun Dr. Awang.

Kesemua tindakan yang dinyatakan ini dijangka akan dilaksanakan dalam jangka masa 3-5 tahun. Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah mengambil beberapa tindakan untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut seperti berikut:

(a) Menambahbaik perfungsian sistem lampu isyarat di kawasan tersebut dengan menaik taraf sistem lampu isyarat dan mengoptimakan masa lampu isyarat dari semasa ke semasa mengikut isipadu lalu lintas;

(b) Mengambil langkah-langkah meningkatkan penggunaan perkhidmatan bas awam dengan menyediakan kemudahan seperti perhentian bas berbumbung serta memberi kerjasama kepada Rapid Penang Sdn. Bhd. untuk menambah baik perkhidmatan bas awam secara amnya;

(c) Bekerjasama dengan pihak PDRM bagi mengawal lalulintas di simpang-simpang jalan utama berhampiran kawasan Perindustrian Bayan Lepas (FIZ) pada waktu puncak;

(d) Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan-kenderaan yang menghalang atau mengganggu aliran lalu lintas dengan mengapit roda dan menunda kenderaan; dan

(e) Menggalakkan penggunaan basikal melalui penyediaan laluan basikal baharu dan menaik taraf laluan basikal sedia ada serta pembinaan jambatan dan jejantas basikal seperti yang telah disediakan dan sedang diperluaskan di kawasan persisiran pantai timur pulau dari George Town ke Bayan Lepas termasuk laluan-laluan hubungan ke Zon-Zon Perindustrian Bebas.

Sebagai perancangan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri telah meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) yang memberi tumpuan untuk mewujudkan proses peralihan daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang termasuk kawasan Bayan Baru. Melalui PTMP ini, pembinaan Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) dari George Town ke Permatang Damar Laut berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tengah akan dilaksanakan. Terdapat enam (6) stesen yang akan dibina berdekatan kawasan ini iaitu di Bukit Jambul, SPICE, Jalan Tengah, FIZ North, FIZ South dan Sungai Tiram. Stesen-stesen tersebut dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara yang akan memperluaskan kawasan liputan LRT dan menjadi mod pengangkutan alternatif kepada pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan di sekitar kawasan tersebut bagi mengurangkan kesesakan di persimpangan dan jalan-jalan utama terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan dan hari kelepasan am. Selain itu, kemudahan “Park and Ride”juga akan disediakan di Stesen Bukit Jambul dan Stesen Jalan Tengah sebagai kemudahan pengguna di kawasan tersebut. Projek ini kini di peringkat pertimbangan untuk kelulusan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan.

Page 412: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

412

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Mohon penjelasan kesan kepada kesesakan aliran trafik sedia ada dengan penambahan persimpangan baru akibat dari Projek Penang Island Link 1 (PIL 1) di persimpangan Awang yang akan menyebabkan penambahan aliran trafik ke Jalan Tengah menuju ke persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, serta apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) bagi projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2018. Persimpangan Tun Dr. Awang merupakan satuinterchange di jajaran lebuhraya ini.

Persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1 akan bersambung ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di mana kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang yang menuju ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu boleh menggunakan PIL 1 tanpa sebarang halangan. Begitu juga untuk aliran lalu lintas dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke Jalan Tun Dr. Awang. Ini akan mengurangkan bilangan kenderaan yang menggunakan Jalan Tengah dan kesesakan di Jalan Tengah dapat dikurangkan. Kajian TIA mendapati tahap perkhidmatan atau Level of Service (LOS) di persimpangan ini khususnya Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan bertambah baik dari tahap LOS F pada keadaan sedia ada, ke tahap LOS D (tahun 2030) dengan pelaksanaan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1, iaitu pergerakan lalu lintas menghampiri keadaan yang kurang stabil tetapi pada tahap kelengahan yang masih dapat diterima oleh MBPP.

Selain daripada pelaksanaan projek PIL 1, beberapa langkah pendekatan telah dirancang oleh pihak MBPP bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Tengah seperti berikut:

(i) Mengenakan syarat kepada pemaju di kawasan sekitar bagi menaik taraf Jalan Tengah dan menyusun semula aliran lalu lintas di pusat bandar Bayan Baru mengguna pakai sistem jalan sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Persiaran Mahsuri serta jalan-jalan di sekitarnya;

(ii) (ii) Pembinaan sebuah pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan dari bulatan Bayan Baru yang menuju ke arah selatan pulau untuk berpusing balik menghala ke arah Jalan Tengah, Bayan Baru dan George Town;

(iii) Melarang kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah membuat belokan kanan menghala ke Jalan Tengah di persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah;

(iv) Menaik taraf dan mengubah suai sistem lampu isyarat di Persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah menjadi dua (2) Fasa bagi meningkatkan kecekapan dalam penyuraian trafik di kawasan ini;

Page 413: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

413

(v) Melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan dengan menyediakan satu (1) lorong tambahan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuh raya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Sungai Keluang; dan

(vi) Pelebaran jambatan merentasi Sungai Keluang di Jalan Sultan Azlan Shah.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Mohon penjelasan kerajaan, apakah ketumpatan (density) aliran kenderaan dan trafik semasa dari perumahan Sunway Tunas di persimpangan Jalan Tengah, serta kesan kepada aliran trafik akibat persimpangan Awang PIL 1.

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) bagi projek lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2018. Persimpangan Tun Dr. Awang merupakan salah satuinterchange atau tukaranatara di jajaran lebuhraya ini.

Berdasarkan kajian TIA tersebut, isipadu lalulintas semasa di persimpangan Persiaran Mahsuri / Jalan Tengah dari arah perumahan Sunway Tunas ke Jalan Tengah adalah lebih kurang 1,200 ukp/jam (unit kenderaan penumpang sejam) pada waktu puncak pagi dan petang. Ketumpatan aliran kenderaan, iaitu isipadu lalulintas per kapasiti adalah di antara 0.6 hingga 0.9.

Kesan terhadap aliran lalulintas akibat dari pembinaan interchange untuk projek PIL 1 di Jalan Tun Dr. Awang adalah tidak ketara di Jalan Tengah dan persimpangan-persimpangan yang bersambung kepadanya. Ini adalah memandangkan bahawa sebahagian kenderaan yang berulang-alik melalui Jalan Tengah ke Lebuhraya Tun Dr. Awang ini dapat menggunakan tukarantara di persimpangan Tun Dr. Awang dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang secara langsung akan mengurangkan isipadu lalulintas di Jalan Tengah. Kajian TIA mendapati tahap perkhidmatan atau Level Of Service (LOS) di Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan bertambah baik dari tahap LOS F pada keaadaan sediada, ke tahap LOS D (tahun 2030) dengan pelaksanaan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1, iaitu pergerakan lalulintas menghampiri keadaan yang kurang stabil tetapi pada tahap kelengahan yang masih dapat diterima oleh MBPP.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Mohon penjelasan berkenaan perancangan aliran trafik bersepadu termasuk aliran dan penyuraian trafik serta densiti kadar/nisbah kenderaan di persimpangan Awang PIL 1.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) adalah antara projek utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Persimpangan Tun Dr. Awang merupakan salah satu interchange di jajaran lebuhraya ini. Kajian Traffic Impact Assesment (TIA) bagi projek ini juga telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang tahun 2018.

Page 414: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

414

Persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1 akan bersambung ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di mana kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang yang menuju ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu boleh menggunakan PIL 1 tanpa sebarang halangan. Begitu juga untuk aliran lalu lintas dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke Jalan Tun Dr. Awang. Ini akan mengurangkan bilangan kenderaan yang menggunakan Jalan Tengah dan kesesakan di Jalan Tengah dapat dikurangkan. Kajian TIA mendapati tahap perkhidmatan atau Level Of Service (LOS) di persimpangan ini khususnya Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan bertambah baik dari tahap LOS F pada keadaan sediada, ke tahap LOS D (tahun 2030) dengan pelaksanaan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1, iaitu pergerakan lalu lintas menghampiri keadaan yang kurang stabil tetapi pada tahap kelengahan yang masih dapat diterima oleh MBPP.

Selari dengan pembinaan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1, pihak MBPP akan melaksanakan beberapa cadangan bagi penyuraian trafik di Jalan Tengah dan Jalan Tun Dr. Awang. Kesemua cadangan ini telah disyaratkan oleh MBPP kepada pemaju-pemaju di sekitar kawasan yang terlibat dan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut;

(a) Membina satu pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan yang menuju ke arah lapangan terbang dan dari jalan ban di tepi Sungai Keluang untuk berpusing balik menghala ke arah Bayan Baru dan George Town;

(b) Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah dilarang membelok ke kanan menghala ke arah Jalan Tengah dan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah diubahsuai menjadi dua (2) Fasa;

(c) Melebarkan jambatan sediada merentasi Sungai Keluang di Jalan Sultan Azlan Shah;

(d) Menyediakan lima (5) lorong lalu lintas di Jalan Tengah khususnya di antara Jalan Mayang Pasir ke Persiaran Mahsuri;

(e) Menyusun semula aliran lalu lintas di kawasan pusat bandar Bayan Baru dengan cadangan pelaksanaan sistem aliran lalu lintas sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Persiaran Mahsuri, Jalan Mayang Pasir 1, Jalan Mayang Pasir 2 dan Jalan Mayang Pasir 3;

(f) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Bukit Gambir dengan membina persimpangan bertingkat dan membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

(g) Penyediaan lalu lintas sebanyak enam (6) lorong di Jalan Tun Dr. Awang dari bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang/Jalan Tengah / Jalan Bayan;

(h) Menaik taraf persimpangan bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang dan melebarkan lorong-lorong lalu lintas sedia ada;

(i) Pembinaan satu pusing U bertingkat di Jalan Tun Dr. Awang bersebelahan bangunan SPICE bagi membolehkan kenderaan dari bulatan Bayan Baru

Page 415: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

415

untuk membuat pusingan ke Persiaran Bukit Jambul dan tanjakan berarah untuk kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang menuju ke Jalan Dato’ Ismail Hashim;

(j) Pembinaan jalan yang menyambungkan Jalan Tun Dr. Awang ke Jalan Sungai Tiram 1 bagi membolehkan kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang menuju ke Jalan Sultan Azlan Shah dan sebaliknya; dan

(k) Menyambung Jalan Merbah dari Jalan Dato’ Ismail Hashim ke Jalan Tun Dr. Awang.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Dahulu semasa pembinaan jejantas di atas bulatan Bayan Baru ada memberi kesan kepada perumahan di kawasan Bayan Baru.

(a) Bagaimanakah kajian kesan pembinaan Bayan Lepas LRT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Potensi impak dari pembinaan Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) telah dikenal pasti dan langkah-langkah mitigasi telah diperincikan dalam Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), Laporan Pengurusan Impak Sosio (SIMP), Laporan Pengurusan Trafik (TMP) serta kajian-kajian lain yang akan disediakan dan perlu mendapat kelulusan sebelum pembinaan dijalankan kelak. Potensi impak yang dikenal pasti ini termasuklah kesan terhadap alam sekitar, keselamatan, kesihatan, sosial dan trafik. Kesemua potensi impak ini adalah untuk tempoh masa sementara sahaja ketika pembinaan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah mitigasi akan diambil untuk menangani kesan-kesan pembinaan Bayan Lepas LRT dari pusat bandar George Town ke selatan pulau.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah langkah penyuraian trafik dan kesan kepada densiti trafik dari stesen Bukit Jambul dalam aliran Bayan Lepas LRT?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Aliran Light Rail Transit (LRT) akan menghubungkan pusat bandar George Town bermula dari Jalan Magazine ke Permatang Damar Laut di bahagian selatan pulau serta akan melalui kawasan Bukit Jambul di bahagian Jalan Tun Dr. Awang. Stesen Bukit Jambul adalah antara stesen yang penting kerana Bukit Jambul menjadi tempat tukar antara (interchange) pengguna pengangkutan awam pada waktu sekarang.

Langkah-langkah penyuraian trafik berhampiran stesen Bukit Jambul di Jalan Tun Dr. Awang adalah seperti berikut :-

(a) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Bukit Gambir dengan membina tanjakan berarah dari Jalan Bukit Gambir ke jalan cadangan baharu yang akan bersambung ke Jalan Mayang Pasir;

(b) Membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

Page 416: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

416

(c) Membina pusingan 'U' bertingkat dan tanjakan berarah untuk menghubungkan Jalan Tun Dr. Awang dengan Jalan Dato' Ismail Hashim dan Jalan Paya Terubong;

(d) Menaik taraf Jalan Tun Dr. Awang ke enam (6) hingga lapan (8) lorong lalulintas dari Bulatan Bayan Baru ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan; dan

(e) Menghubungkan Jalan Mayang Pasir sedia ada ke Jalan Tun Dr. Awang.

Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) telah disediakan dan dikemukakan kepada agensi teknikal seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang pada 11.04.2019 untuk ulasan dan kelulusan. Laporan ini mengkaji impak pembinaan Bayan Lepas LRT (termasuklah stesen Bukit Jambul) terhadap aliran trafik di kawasan tersebut. Bayan Lepas LRT (BL LRT) dijangka akan mengurangkan isipadu trafik di kawasan Bukit Jambul pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Adakah kesan isipadu trafik stesen Jalan Tengah dalam aliran Bayan Lepas LRT akan meningkatkan kepadatan trafik sedia ada di persimpangan Jalan Tengah dan Jalan Mayang Pasir?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kesan isipadu trafik stesen Light Rail Transit (LRT) Jalan Tengah dijangka akan mengurangkan kepadatan trafik sedia ada di persimpangan Jalan Tengah dan Jalan Mayang Pasir di atas sebab-sebab berikut:-

(i) Stesen Jalan Tengah terletak berdekatan kawasan perumahan dan perniagaan sedia ada dan kurang memerlukan penggunaan kenderaan persendirian ke stesen;

(ii) Feeder Bus System akan disediakan untuk menghubungkan stesen LRT ke kawasan sekeliling dan sebaliknya;

(iii) Terdapat dua (2) stesen LRT lain berdekatan iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah (Tokong Ular) dan Persiaran Mahsuri Subterranean Penang International Convention and Exhibition (SPICE);

(iv) Pembinaan Pan Island Link 1 (PIL 1) secara serentak dengan LRT akan membantu mengurangkan isipadu kenderaan di Jalan Tengah serta menyuraikan trafik sedia ada di jalan tersebut; dan

(v) Kemudahan tempat letak basikal akan disediakan di setiap stesen yang akan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Sekiranya persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1 dan stesen Jalan Tengah Bayan Lepas LRT akan meningkatkan isipadu trafik, apakah tindakan untuk penyuraian trafik sedia ada di jalan tersebut?

Page 417: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

417

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Bayan Lepas LRT adalah projek utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Berdasarkan kajian laporan Traffic Impact Assessment (TIA) yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek PIL 1, ianya didapati dapat menyuraikan isipadu trafik di kawasan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1. Selain itu, cadangan pembinaan stesen Light Rail Transit ( LRT) di Jalan Tengah dijangka akan mengurangkan lagi isipadu trafik di kawasan tersebut terutamanya apabila pengguna kenderaan persendirian mula beralih kepada penggunaan pengangkutan awam.

Selari dengan pembinaan persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1 dan stesen Jalan Tengah Bayan Lepas LRT, pihak MBPP akan melaksanakan beberapa cadangan bagi penyuraian trafik di Jalan Tengah dan Jalan Tun Dr. Awang. Kesemua cadangan ini telah disyaratkan oleh MBPP kepada pemaju-pemaju di sekitar kawasan yang terlibat dan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Membina satu pusingan U bertingkat dengan dua (2) lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan yang menuju ke arah lapangan

(b) terbang dan dari jalan ban di tepi Sungai Keluang untuk berpusing balik menghala ke arah Bayan Baru dan George Town;

(c) Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah dilarang membelok ke kanan menghala ke arah Jalan Tengah dan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah diubahsuai menjadi dua (2) Fasa;

(d) Melebarkan jambatan sedia ada merentasi Sungai Keluang di Jalan Sultan Azlan Shah;

(e) Menyediakan lima (5) lorong lalu lintas di Jalan Tengah khususnya di antara Jalan Mayang Pasir ke Persiaran Mahsuri;

(f) Menyusun semula aliran lalu lintas di kawasan pusat bandar Bayan Baru dengan cadangan pelaksanaan sistem aliran lalu lintas sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Persiaran Mahsuri, Jalan Mayang Pasir 1, Jalan Mayang Pasir 2 dan Jalan Mayang Pasir 3;

(g) Menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Bukit Gambir dengan membina persimpangan bertingkat dan membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru;

(h) Penyediaan lalu lintas sebanyak enam (6) lorong di Jalan Tun Dr. Awang dari bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang ke persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan;

(i) Menaik taraf persimpangan bulatan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Bayan Lepas / Jalan Tun Dr. Awang dan melebarkan lorong-lorong lalu lintas sedia ada;

(j) Pembinaan satu pusing U bertingkat di Jalan Tun Dr. Awang bersebelahan bangunan SPICE bagi membolehkan kenderaan dari bulatan Bayan Baru

Page 418: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

418

untuk membuat pusingan ke Persiaran Bukit Jambul dan tanjakan berarah untuk kenderaan dari Jalan Tun Dr Awang menuju ke Jalan Dato’ Ismail Hashim;

(k) Pembinaan jalan yang menyambungkan Jalan Tun Dr. Awang ke Jalan Sungai Tiram 1 bagi membolehkan kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang menuju ke Jalan Sultan Azlan Shah dan sebaliknya; dan

(l) Menyambung Jalan Merbah dari Jalan Dato’ Ismail Hashim ke Jalan Tun Dr. Awang.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Sila huraikan TIA dari persimpangan Tun Dr. Awang PIL 1 dan stesen Jalan Tengah Bayan Lepas LRT.

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) bagi Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2018. Persimpangan Tun Dr.Awang merupakan satu interchange di jajaran lebuh raya ini.

Persimpangan Awang PIL 1 akan bersambung ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di mana kenderaan dari Jalan Tun Dr. Awang yang menuju ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu boleh menggunakan PIL 1 tanpa sebarang halangan. Begitu juga untuk aliran lalu lintas dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke Jalan Tun Dr. Awang. Ini akan mengurangkan bilangan kenderaan yang menggunakan Jalan Tengah dan kesesakan di Jalan Tengah dapat dikurangkan. Kajian TIA mendapati tahap perkhidmatan atau Level Of Service (LOS) di persimpangan ini khususnya Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Tengah / Jalan Bayan bertambah baik dari tahap LOS F pada keadaan sedia ada, ke tahap LOS D (tahun 2030) dengan pelaksanaan persimpangan Awang PIL 1, iaitu pergerakan lalu lintas menghampiri keadaan yang kurang stabil tetapi pada tahap kelengahan yang masih dapat diterima oleh MBPP.

Manakala Laporan TIA untuk projek LRT pula telah dikemukakan kepada MBPP pada April 2019 dan masih dalam proses penilaian. Tahap perkhidmatan atau LOS di kawasan Jalan Tengah adalah disasarkan untuk dikurangkan dari tahap LOS F iaitu pergerakan lalu lintas yang mengalami kesesakan atau terhenti dan berlaku perbarisan yang panjang ke sekurang-kurangnya tahap LOS D.

Pembinaan stesen LRT di Jalan Tengah juga akan mengurangkan kepadatan trafik sedia ada di Jalan Tengah memandangkan lokasi stesen yang dicadangkan berhampiran kawasan perumahan dan perniagaan sedia ada. Dengan penyediaan bas pengantaraan atau Feeder Bus System, serta terdapatnya cadangan dua stesen LRT di kawasan ini iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah (Stesen FIZ North) dan Persiaran Mahsuri (Stesen SPICE), juga akan membantu menangani masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan ini.

Selain daripada pelaksanaan projek PIL 1 dan Bayan Lepas LRT, beberapa langkah pendekatan telah dirancang oleh pihak MBPP bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Tengah seperti berikut;

Page 419: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

419

(a) Mengenakan syarat kepada pemaju di kawasan sekitar bagi menaik taraf Jalan Tengah dan menyusun semula aliran lalu lintas di pusat bandar Bayan Baru mengguna pakai sistem jalan sehala yang melibatkan sebahagian Jalan Tengah, Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Persiaran Mahsuri serta jalan-jalan di sekitarnya;

(b) Pembinaan sebuah pusingan U bertingkat dengan 2 lorong lalu lintas di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Tokong Ular bagi membolehkan kenderaan dari bulatan Bayan Baru yang menuju ke arah selatan pulau untuk berpusing balik menghala ke arah Jalan Tengah, Bayan Baru dan George Town;

(c) Melarang kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah membuat belokan kanan mengarah ke Jalan Tengah di persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah;

(d) Menaik taraf dan mengubahsuai sistem lampu isyarat di Persimpangan Jalan Tengah / Jalan Sultan Azlan Shah menjadi 2 Fasa bagi meningkatkan efisiensi penyuraian trafik di kawasan ini;

(e) Melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan dengan menyediakan satu lorong tambahan di Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Sungai Keluang; dan

(f) Pelebaran jambatan merentasi Sungai Keluang di Jalan Sultan Azlan Shah.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Perancangan pembangunan baharu seharusnya ada sesi penerangan kepada penduduk atau penghuni lot bersebelahan terutamanya jika melibatkan aliran trafik baharu. Penduduk dan surau di Taman Sri Nibong telah kemukakan aduan bahawa tiada sesi tersebut untuk pembangunan baru di kawasan perumahan mereka.

(a) Sila jelaskan peranan agensi kerajaan berkaitan permasalahan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Terdapat satu cadangan pembangunan baharu yang diterima Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di kawasan sekitar perumahan Taman Sri Nibong yang berdekatan dengan surau taman tersebut. Projek tersebut adalah Permohonan Kebenaran Merancang bagi Meroboh 12 Unit Rumah Sedia Ada dan Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (195 Unit), 1 Blok Hotel Jimat (135 Unit), 49 Unit Kedai / Pejabat dan Kemudahan Masyarakat Serta Tempat Letak Kenderaan di atas Lot-Lot 71117 dan 71118, Jalan Sultan Azlan Shah, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang untuk Tetuan Sepakat Mewah Sdn. Bhd.

Pihak MBPP telah mengeluarkan notis lot berjiran seperti yang disyaratkan di bawah subseksyen 21(6) Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 kepada empat (4) pemilik lot berjiran termasuk kepada pemilik Lot 4651 yang menempatkan surau Taman Sri Nibong. Notis lot berjiran ini telah disampaikan kepada pemilik lot berkenaan iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai pada 13 Februari 2017 dan notis tamat pada 12 Mac 2017. Namun begitu, MBPP tidak menerima apa-apa bantahan daripada pemunya lot tersebut.

Page 420: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

420

Sekiranya MBPP menerima bantahan daripada pemilik lot berjiran, MBPP akan mengadakan sesi pendengaran ke atas bantahan-bantahan yang telah dikemukakan oleh pemunya tanah berjiran dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bantahan. Ini adalah selaras dengan kehendak seksyen 21(7) Akta yang sama yang menghendaki pihak berkuasa perancang tempatan untuk membuat sesi pendengaran bantahan sekiranya terdapat bantahan daripada pemilik lot berjiran.

Penilaian Impak Trafik (TIA) telah disediakan oleh pihak pemaju sebagai sebahagian daripada syarat untuk kelulusan Kebenaran Merancang. TIA untuk cadangan projek pembangunan baharu berdekatan kawasan Taman Sri Nibong ini telah diluluskan pada 14 Mac 2017. Bagi pembaikan aliran trafik, MBPP akan memberi notis kepada kepada penduduk yang terlibat dan penduduk boleh mengemukakan maklum balas kepada MBPP untuk susulan. Pelaksanaan pemakluman bagi pembaikan aliran trafik adalah atas budi bicara dan tiada peruntukan perundangan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah pihak MBPP bercadang untuk mewujudkan pusat penjaja di padang di Jalan Aziz Ibrahim untuk kemudahan penjaja dan penduduk sekitar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Padang di Jalan Aziz Ibrahim terletak di atas Lot 5557, Mukim 12, Daerah Barat Daya merupakan sebuah padang yang disediakan oleh pemaju sebagai sebahagian syarat kepada Skim Pemajuan Perumahan yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Padang ini yang berkeluasan 3997 meter persegi / 0.987 ekar didaftarkan di atas Geran 48884 dimiliki MBPP. Pada ketika ini, terdapat penjaja di kawasan padang berkenaan yang dilesenkan di bawah Lesen Penjaja Statik Sementara.

Mengikut Pelan Akui, Lot 5557, Mukim 12, Daerah Barat Daya ini merupakan sebuah padang dan bukannya kawasan lapang. Sehubungan dengan itu, padang tersebut tidak boleh dijadikan pusat penjaja memandangkan tujuan asal lot tanah berkenaan adalah dikhaskan untuk kegunaan penduduk setempat bagi aktiviti riadah sepertimana yang disyaratkan dalam skim pemajuan perumahan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Adakah pihak MBPP bercadang untuk mewujudkan kemudahan surau dan tandas di padang di Jalan Aziz Ibrahim yang mempunyai kadar kepenggunaan yang tinggi di kalangan penduduk dan orang awam yang berkaitan aktiviti riadah, makanan dan pasar malam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak bercadang untuk mewujudkan kemudahan tandas di kawasan berkenaan memandangkan tiada tapak yang kosong bagi tujuan tersebut. Bagi penyediaan surau pula, pengunjung boleh menggunakan kemudahan surau di kawasan berdekatan iaitu di Nibong Indah Apartment.

Page 421: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

421

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sila jelaskan perancangan pembangunan belia oleh Kerajaan Negeri.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri melalui Penang Institut telah melaksanakan kajian pembangunan belia di Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk mengenal pasti ruang lingkup pembangunan belia, mewujudkan polisi dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Antara bidang yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-

(i) Sosial:

• Golongan belia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri (meningkatkan daya huni);

• Golongan belia yang berpencapaian tinggi dan/atau yang telah bermanfaat dari program-program mentorship harus memainkan peranan sebagai mentor kepada golongan belia yang lain, terutamanya golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosio ekonomi yang lebih rendah (meningkatkan daya huni, menaik taraf ekonomi dan memperkasakan rakyat);

• Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan pemberdayaan gender (gender equality and empowerment) dalam memperkasakan rakyat.

(ii) Ekonomi:

• Golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan diri dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal, untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dalam peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara positif (menaik taraf ekonomi);

• Golongan belia harus melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif untuk menyumbang kepada penciptaan pasaran baharu dalam ekonomi (menaik taraf ekonomi & meningkatkan daya huni).

(iii) Politik dan Kepimpinan

• Golongan belia perlu mengambil inisiatif, dan diberikan peluang untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat secara aktif dan melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan (memperkasakan rakyat.

Buat masa ini, Penang Youth Development Corporation (PYDC) sedang meneliti laporan berkenaan untuk perancangan program-program yang memenuhi permintaan dan keperluan golongan belia di Pulau Pinang.

Page 422: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

422

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Seringkali penduduk mengadu tiada pemantauan dan bimbingan dari Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MBPP, khususnya di kawasan perumahan kos rendah seperti di Mahsuri.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan penduduk, sesi libat urus bersama penduduk terutama di Flat Lebuh Mahsuri telah diadakan pada 12 Februari 2019 oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB).

Sesi ini telah dijalankan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mahsuri bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan bangunan strata khususnya di kawasan Mahsuri. Lanjutan daripada itu, pihak MPKK telah memohon beberapa maklumat berkaitan Flat Lebuh Mahsuri dan dokumen-dokumen tersebut telah diserahkan kepada pihak MPKK Mahsuri pada 22 Februari 2019.

Sebelum ini, kesemua empat (4) blok rumah di Flat Lebuh Mahsuri telah pun ditubuhkan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi tiap-tiap blok. Walau bagaimanapun, status terkini mendapati bahawa MC di setiap blok tersebut adalah tidak aktif. Oleh yang demikian, pihak COB akan mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan pihak MPKK Mahsuri bagi memastikan MC bagi setiap blok rumah flat di kawasan Mahsuri dapat diaktifkan dan berfungsi dengan sewajarnya. Perjumpaan dan perbincangan akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan MC di setiap blok tersebut dapat diaktifkan semula.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Rumah pangsapuri di kawasan Mahsuri 5 point blok, ada aduan daripada penduduk untuk membaiki segera tangki air sementara menunggu projek bina semula Kerajaan Negeri.

(a) Sila jelaskan tindakan pihak PDC untuk langkah sementara membaiki masalah kritikal semasa.

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan telahpun menyediakan satu skim bantuan pembaikan kerosakan melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi rumah-rumah berstrata di bawah seliaan PDC.

Melalui skim bantuan pembaikan ini, item kerosakan kritikal (termasuk pembaikan tangki air) akan dipertimbangkan untuk kelulusan berdasarkan formula perkongsian kos 80/20, iaitu 80% ditanggung oleh PDC dan baki 20% ditanggung oleh pemilik petak melalui Joint Management Body (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).

Bagi mendapatkan bantuan ini, pihak MC perlu membuat permohonan kepada pihak PDC untuk tindakan selanjutnya.

Page 423: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

423

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah syor dan perancangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk modul-modul kuliah agama serta perancangan aktiviti keagamaan di surau dan masjid di peringkat kariah dan daerah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menggunapakai modul kuliah agama berdasarkan Panduan Kurikulum Program Takmir yang disediakan oleh JAKIM bagi aktiviti pengajaran agama di masjid dan surau.

Bagi aktiviti pengajaran agama di masjid atau surau yang tidak termasuk program takmir dan dilaksanakan atas inisiatif pengurusan masjid atau surau sendiri, MAINPP masih mengamalkan dasar terbuka dan belum ada cadangan atau perancangan untuk menetapkan Modul Kuliah tertentu. Walau bagaimanapun, aktiviti pengajaran agama tetap dikawal berdasarkan kepada Garis panduan Pengajaran Agama sedia ada.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Mohon penjelasan status terkini rancangan untuk menukar Alora Hotel kepada bangunan kediaman pekerja asing?

(a) Adakah sebarang kajian impak sosial dilakukan?

(b) Apakah pihak kerajaan bercadang untuk membentangkan isi kandungan laporan kajian impak sosial ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Penukaran Alora Hotel kepada kediaman/asrama pekerja bercanggah dengan Garis panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di Negeri Pulau Pinang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 29.6.2018. Mengikut rekod, tiada sebarang permohonan dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Kes ini telah dibicarakan di mahkamah di bawah Seksyen 28(9) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan OKS telah mengaku salah dan dedenda sebanyak RM20,000.00.

Berkaitan dengan tuntutan kepada Tribunal oleh Perbadanan Pengurusan Bayan Point terhadap Alora Hotel, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiada maklumat kerana tuntutan ini tidak melibatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

(a) Mengikut rekod jabatan, tiada permohonan dan sebarang Kajian Impak Sosial di jalankan berkaitan tukar guna bangunan Alora Hotel kepada bangunan kediaman/asrama pekerja.

(b) Tiada laporan kajian impak sosial dikemukakan.

Page 424: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

424

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang di kawasan Bandar Bayan Baru memandangkan ianya terletak di kawasan Revolusi Industri 4.0 Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyediakan dua (2) buah Perpustakaan Digital (PDL dan PDL-P2) yang terletak di Jalan Masjid Negeri, Daerah Timur Laut (DTL), Pulau Pinang. Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk membangunkan perpustakaan digital di kawasan Bandar Bayan Baru buat masa ini memandangkan konsep perpustakaan digital adalah penggunaan atau akses bahan bacaan elektronik secara atas talian dari mana-mana lokasi atau bangunan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, Seberang Perai yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap dilaksanakan pada akhir tahun 2019 dan akan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020.

Selain itu, sebuah Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (Penang Islamic Digital Library – PIDL) akan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). PIDL dijangka siap pada akhir tahun 2019 dan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2020.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan kaedah “kerajaan pintar” di kawasan Bandar Bayan Baru dan adakah ianya seiringan dengan pembangunan pesat Revolusi Industri 4.0 di sana, misalnya pengwujudan hentian bas pintar dan lain-lain?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Negeri Pulau Pinang kini sedang menuju Bandar Pintar (Smart City) bertaraf antarabangsa pada tahun 2025 selaras dengan visi Penang 2030: A Family-focused, Green and Smart State to Inspire the Nation. Dalam membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri Pintar, terdapat 22 inisiatif Bandar Pintar yang telah dilaksanakan, enam (6) inisiatif yang sedang dilaksanakan, dan empat (4) inisiatif yang akan dilaksanakan. Senarai inisiatif ini adalah seperti di Lampiran A. Kesemua inisiatif ini sedang didokumentasikan oleh pihak Penang Institute (PI) dalam dokumen bertajuk Roadmap: Penang Towards A Smart International City yang dijangka siap pada bulan Jun tahun ini.

Melalui penetapan empat (4) teras strategik Bandar Pintar Pulau Pinang iaitu Tadbir Urus, Infrastruktur, Data dan Rakyat serta lima (5) domain utama bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Masyarakat Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar, pembangunan Negeri Pulau Pinang adalah menuju sebuah bandar pintar yang mampan (sustainable) termasuk di kawasan Bandar Bayan Baru yang pesat dengan pembangunan industri. Sasaran utama pelaksanaan domain Kerajaan Pintar adalah kerajaan yang berkuasa dan inklusif (provident and inclusive government) melalui

Page 425: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

425

pelaksanaan tadbir urus pintar serta pelbagai inisiatif bandar pintar agar selari dengan transformasi digital dan Revolusi Industri 4.0 di peringkat global.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 21)

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Mohon penjelasan dan perincian perancangan Penang 2030 untuk KADUN Pantai Jerejak.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Visi Penang2030 merupakan visi jangka masa panjang yang bertujuan memacu kemajuan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2030. Pelaksanaan setiap tema dan inisiatif strategik Penang2030 akan memberi impak kepada setiap KADUN di Pulau Pinang kerana kaedah pendekatan yang holistik, inklusif dan mesra rakyat. Visi ini berhasrat menggunakan pendekatan bottom up, maka wakil-wakil rakyat digalak menjalankan kajian apa yang diperlukan oleh kawasan masing-masing supaya program tertentu adalah mengikut keperluan dan kesesuaian kawasan. Buat masa ini, tiada program yang spesifik di bawah Penang2030 yang dirancang untuk KADUN Pantai Jerejak.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Lembaga Pengurusan Bersama atau Joint Management Board (JMB) di kawasan perumahan kos rendah menyatakan kerisauan bayaran cukai tanah kini dibayar terus ke PTD bukan melalui JMB. Masalah ini akan menyebabkan pemilik rumah boleh menjual rumah tanpa menyelesaikan hutang penyelenggaraan kepada JMB.

(a) Mohon huraikan kesan kaedah ini kepada JMB.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Pelaksanaan cukai baru petak atau blok sementara di Negeri Pulau Pinang telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019 melalui pemberitahuan Warta P.U (B) 714 bertarikh 21 Disember 2018. Melalui pelaksanaan dasar ini, cukai bagi petak atau blok sementara akan menggantikan cukai tanah selagi mana skim perumahan yang berkenaan belum ditamatkan. Sehubungan dengan itu, pemilik petak adalah bertanggungjawab untuk membayar cukai petak bermula awal tahun kalender sehingga 31 Mei setiap tahun seperti cukai tanah bagi pemilikan bukan strata.

Pengurusan bangunan berstrata ini terbahagi kepada dua (2) iaitu bangunan yang telah dikeluarkan hakmilik strata dan bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata.

(i) Bangunan yang telah didaftarkan hakmilik strata

Bagi bangunan yang telah dikeluarkan hakmilik strata, ianya diletakhak di atas nama Perbadanan Pengurusan (MC) dan diuruskan di bawah badan pengurusan tersebut. Berdasarkan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 (Akta A1518) telah memperkenalkan cukai petak ke atas setiap hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah. Ini bermakna bagi setiap bangunan yang telah dikeluarkan hakmilik strata, pemilik petak bertanggungjawab membuat

Page 426: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

426

bayaran cukai petak dan pihak MC tidak lagi perlu untuk membuat kutipan cukai tanah dari setiap pemilik. Dengan itu, tiada keperluan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak MC bagi sebarang urus niaga seperti pindah milik terhadap petak tersebut.

(ii) Bangunan yang belum didaftarkan hakmilik strata

Bagi bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata akan diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau oleh pemaju sekiranya belum ditubuhkan JMB. Bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata masih perlu membayar cukai tanah di mana pihak JMB bertanggungjawab untuk membuat kutipan daripada setiap pemilik dan membuat bayaran kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang berkenaan. Pemilik petak bagi bangunan yang masih belum dikeluarkan hakmilik strata masih perlu mendapatkan pengesahan dari pihak JMB sebelum membuat sebarang urusniaga seperti pindahmilik terhadap petak tersebut.

(a) Pelaksanaan cukai petak akan memberikan kesan secara langsung kepada pihak MC disebabkan sebarang urusniaga petak tidak lagi perlu mendapat pengesahan dari pihak MC. Sebelum pelaksanaan cukai petak, sebarang urusniaga perlu mendapat pengesahan pihak MC yang mana sekiranya terdapat sebarang tunggakan bayaran maka bayaran tunggakan tersebut akan dijelaskan dahulu sebelum pengesahan dibuat. Dengan pelaksanaan cukai petak, maka pihak MC tidak dapat mengutip tunggakan bayaran bagi petak yang akan terlibat dengan urus niaga.

Walau bagaimanapun, pihak MC masih boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan tunggakan bayaran dari pemilik petak berdasarkan Seksyen 78 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Berdasarkan seksyen tersebut, pihak MC boleh mendapatkan tunggakan dari pemilik petak dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemilik berkenaan untuk membuat bayaran tunggakan kepada pihak MC.

Sekiranya pemilik tersebut gagal membuat bayaran, maka pihak MC boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan di mahkamah atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan wang tersebut atau sebagai alternatif menggunakan cara mendapatkan wang di bawah Seksyen 79, Akta 757 iaitu melalui penahanan harta alih. Permohonan waran penahanan harta alih boleh dibuat oleh pihak MC kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan menggunakan Borang 21 pada Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

Selain daripada itu, selaras dengan peruntukan Seksyen 6(1) Undang-Undang Kecil di dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 Akta 757, pihak MC berhak untuk menyahaktifkan apa-apa peranti akses elektromagnetik seperti kad, tag atau transponder, yang dikeluarkan kepada pemungkir sehinggalah jumlah tertunggak dibayar sepenuhnya. Pihak MC juga mempunyai kuasa untuk menahan atau menggantung pemungkir dari menggunakan harta bersama atau perkhidmatan bersama disediakan oleh pihak MC, termasuklah ruang parkir dalam harta bersama yang telah diperuntukkan untuk kegunaan pemungkir tersebut.

Page 427: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

427

Bagi pengurusan oleh pihak JMB, pelaksanaan cukai petak tidak memberikan apa-apa kesan disebabkan pemilik masih perlu menjelaskan cukai tanah kepada pihak JMB dan masih perlu mendapatkan pengesahan dari pihak JMB sebelum sebarang urus niaga dapat dilakukan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Pihak surau As Syakirin di Lorong Mahsuri 1 memohon penempatan sementara dikekalkan di atas lot PDC no. Lot H.S.(M) 3797, PT 6635 MK.12 kerana lot MAINPP untuk surau tersebut di lorong itu amat kecil keluasan. Pihak surau telah membuat rayuan selama 2 tahun dan mohon penjelasan tindakan jabatan berkaitan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Tapak surau serahan pemaju, iaitu Seraimas Sdn. Bhd. di atas Lot 71723, Mukim 12, Daerah Barat Daya, berkeluasan 300 meter persegi yang terletak berhampiran dengan tapak surau sementara tersebut sedang dalam proses pindah milik kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Buat masa ini penduduk di kawasan perumahan tersebut menggunakan surau sementara yang dikenali sebagai surau As-Syakirin, Lorong Mahsuri 1, Bayan Baru, yang dibina di atas tapak tanah milik Penang Development Corporation (PDC) di atas Lot 71488, Mukim 12 Daerah Barat Daya berhampiran tapak serahan pemaju. Setakat ini MAINPP tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada wakil jemaah surau tersebut mengenai cadangan supaya surau sedia ada terus dikekalkan beroperasi di tapak sementara tersebut.

PDC telah meneliti permohonan yang dikemukakan oleh pihak Surau As-Syakirin dan telah dimaklumkan bahawa permohonan ini tidak dapat dipertimbangkan kerana tapak tersebut telah dirancang untuk pembinaan Pencawang TNB bagi tujuan pembangunan Mayang Mall 2 serta pembangunan semula Pejabat PDC Bayan Baru. Mengikut persetujuan awal, kebenaran untuk penempatan sementara adalah bertujuan membantu Surau As-Syakirin menempatkan peralatan surau sehingga proses penyerahan tapak surau oleh Pemaju Seraimas Sdn. Bhd. kepada MAINPP selesai.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kes-kes kebakaran secara mengejut di kawasan perumahan seringkali berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang perkara ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Tindakan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang kes-kes kebakaran di kawasan perumahan adalah melalui Program Kesedaran dan Keselamatan Awam. Program ini dianjur secara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang bagi menjalinkan kerjasama dengan penduduk dan masyarakat setempat. Di antara program yang dijalankan adalah kempen keselamatan kebakaran, ceramah dan demonstrasi kepada komuniti penduduk setempat. Program ini juga telah diperluaskan kepada semua komuniti rukun tetangga melalui penubuhan pasukan bomba komuniti

Page 428: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

428

dan program Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI). Selain itu, JBPM Negeri Pulau Pinang turut melaksanakan kempen keselamatan kebakaran pada setiap tahun yang bertujuan memberi kesedaran terhadap bahaya kebakaran.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Mohon perincikan kualiti pendidikan dan pengiktirafan sijil Kolej KITAB.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang adalah sebuah Institusi Pendidikan Swasta di bawah pengendalian Syarikat Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB) iaitu sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004 setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta, sudah semestinya KITAB amat mementingkan dan memastikan pematuhan pentadbiran serta kualiti bidang pengajian yang ditawarkan memenuhi syarat dan standard piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Semua program pengajian yang ditawarkan di peringkat Sijil dan Diploma telah mendapat pengiktirafan MQA serta kelulusan JPT dan program pengajiannya sedang aktif dilaksanakan di KITAB. Manakala bagi satu (1) program peringkat Ijazah pula telah mendapat pengiktirafan MQA dan sedang disemak di peringkat JPT untuk kelulusan sebelum boleh diaktifkan.

(a) Empat (4) program pengajian di peringkat Sijil yang sedang aktif adalah seperti jadual berikut :-

Program Pengajian Rujukan JPT

Sijil Tahfiz JPT/BPP(K) 1000-600/P721/Jld.2(27)

Sijil Hafazan JPT/BPP(K) 1000 – 600/P721/Jld.2(27)

Sijil Bahasa Arab JPT/BPP(K) 1000 – 600/P721/Jld.2(27)

Intensif Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

JPT/BPP(K) 1000 – 600/P721/Jld.2(27) - (R/KJP/00/137) (101)

(b) Tiga (3) program pengajian di peringkat Diploma yang sedang aktif dan satu (1) program Ijazah (dalam proses kelulusan JPT) adalah seperti jadual berikut:-

Program Diploma/ Ijazah Rujukan JPT/MQA

Diploma Tahfiz Al-Quran (A6327) (R/221/4/0014) (A6327)

Diploma Syariah (A6171) (R/221/4/0138) (A6171)

Diploma Kewangan (A8304) (R/343/4/0162) (A8304)

Ijazah Sarjana Muda Syariah [Jurusan Syariah Al-Ahwal A -Syahskhiyah (FA1502)]

(N/221/6/0062) (FA1502)

Page 429: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

429

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Mesin kompos sisa makanan boleh mengurangkan kadar sampah daripada sisa makanan.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesedaran pengusaha makanan untuk melaksanakan kaedah pemprosesan sisa makanan ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesedaran pengusaha makanan untuk melaksanakan kaedah pemprosesan sisa makanan adalah seperti berikut :

(i) Penang Green Council

Penang Green Council telah melancarkan Insentif Cabaran Sisa Makanan Food Waste Challenge Incentives (FWCI) mulai tahun 2017. Objektif program insentif ini adalah untuk menggalakkan pihak industri memainkan peranan mereka dalam konservasi alam sekitar, terutamanya pengurangan dan pengalihan sisa makanan dari tapak pelupusan.

FWCI adalah terbuka kepada pihak kilang, hotel/ resort, institusi dan pasar raya hyper yang dilengkapi dengan sistem pengurusan sisa makanan. Pihak pengusaha yang memohon insentif ini dikehendaki mengemukakan bukti yang berkaitan sama ada sisa makanan telah dihantar ke pihak luar untuk diuruskan ataupun diuruskan di tapak penghasilan. Antara maklumat yang perlu dikepilkan semasa pemohonan adalah penerangan mengenai proses pengurusan sisa makanan, rekod sisa makanan/hasil kompos dan rekod bayaran kepada kontraktor yang mengutip sisa makanan tersebut.

Mulai tahun 2019, insentif ini telah ditingkatkan ke RM2,000 berbanding dengan RM1,000 pada tahun-tahun sebelumnya. Insentif ini dibuka untuk permohonan setiap tahun dan terhad kepada lima (5) pemohon yang memenuhi syarat-syarat. Pemohon yang berjaya juga dibenarkan untuk membuat permohonan baru selepas dua (2) tahun bagi memastikan sistem pengurusan sisa makanan yang sedia ada sentiasa diselenggara. Sejak tahun 2017 insentif ini dilancarkan, lapan (8) permohonan telah berjaya menerima insentif ini.

(ii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

MBPP sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi perkhidmatan kitar semula sisa makanan dan pemprosesan sisa makanan dari semua premis makanan. Kajian ini meliputi aspek tabiat bagi mengasingkan sisa makanan dan kadar kalori yang dapat dijana.

(iii) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

Inisiatif MPSP yang dilaksanakan termasuk mengadakan aktiviti berikut:

Page 430: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

430

(a) Mengadakan pusat pengkomposan sisa makanan dan bahan organik dengan mengutip sisa-sisa tersebut dari lapan (8) pasar awam dan dihantar ke mesin kompos yang terletak di Pasar Awam Bagan Ajam. Pasar-pasar awam yang terlibat ialah :

(i) Pasar Awam Seri Rambai

(ii) Pasar Awam Kota Permai

(iii) Pasar Awam Taman Selamat

(iv) Pasar Awam Kampung Baru

(v) Pasar Awam Bukit Mertajam

(vi) Pasar Awam Seberang Jaya

(vii) Pasar Awam Sri Uda

(viii) Pasar Awam Sri Bandar

(b) Menjalinkan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menghasilkanEconomical Food Waste Composter (EFWC) yang boleh digunakan untuk mengkompos sisa makanan. Sebagai permulaan, pada 19 Januari 2019, pengusaha Restoran De’ Pauh Garden telah membeli tiga (3) unitEconomical Food Waste Composter (EFWC) dengan harga RM9,600.00 untuk mengkompos sisa makanan hasil dari aktiviti perniagaan di situ.

(c) Menyediakan mesin kompos EFWC di Pejabat MPSP, Cawangan Jalan Betek bagi kegunaan pengusaha kantin MPSP. Ini adalah salah satu cara MPSP menunjukan teladan kepada pengusaha makanan yang lain untuk melaksanakan pengkomposan sisa makanan.

(d) Mengadakan Bengkel Pengkomposan kepada pengusaha makanan di Autocity (2 Februari 2019), Restoran De Pauh Garden (12 Januari 2019) dan Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai (19 Februari 2019).

(e) Melancarkan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal 2019-2022 yang menggariskan pelaksanaan Program Kompos di Kompleks Makanan MPSP, Pasar Awam MPSP, hotel-hotel dan restoran 24 jam.

(f) Menggalakkan sektor swasta melaksanakan kompos sisa secara besar-besaran seperti Tetuan Autocity Sdn Bhd dengan mengumpul semua sisa dapur dari premis makanan miliknya untuk dikompos.

(g) Menggalakkan hotel-hotel untuk memulakan langkah pengkomposan dengan menyediakan tempat pengumpulan sisa di tingkat bawah hotel seperti dilakukan oleh Hotel Ixora, Prai.

Page 431: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

431

(h) Menggalakkan penduduk untuk membuat pengkomposan sisa dapur dan terdapat mesin kompos EFWC di Taman Pandan, Butterworth dan Taman Belibis, Simpang Ampat.

(i) Mendidik penduduk melaksanakan pengasingan sisa makanan. Antara persatuan yang aktif mengamalkan kompos ialah :

(i) Kampung Permatang Nibong

(ii) Taman Desa Oren

(iii) Rumah Pangsa Tanjung Indah

(iv) Palm Villa

(v) Kondominium Park View

(vi) Kondominium Sea View

(vii) Kondominium Ocean View

(viii) The Signature

(ix) Bukit Mertajam Resident

(x) Oren Vila 1

(xi) Oren Vila 2

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Mohon penjelasan adakah pihak MBPP bercadang untuk mempertimbangkan permohonan penduduk di kawasan Sunway Tunas bagi menaik taraf gelanggang bola keranjang sedia ada di sana, dan sekiranya ada, bilakah pihak MBPP bercadang untuk memulakan projek menaiktarafkan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Gelanggang bola keranjang sedia ada di Taman Sunway Tunas terletak di atas tanah kerajaan Lot 12839 Mukim 12 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Tanah ini merupakan tanah kerajaan yang sedang diproses untuk diwartakan sebagai Kawasan Lapang di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedia untuk mempertimbangkan permohonan penduduk untuk menaik taraf gelanggang bola keranjang sedia ada tersebut namun tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri. Cadangan ini akan di bentang dalam bajet 2020 MBPP bagi pertimbangan dan kelulusan untuk pelaksanaan pada tahun 2020.

Page 432: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

432

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri dalam usaha memasang kemudahan CCTV di kawasan perumahan kos rendah bagi membantu meningkatkan soal pengawasan keselamatan penduduk di sana, sekaligus meredakan keresahan penduduk berkaitan soal masalah gejala sosial dan keselamatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Dalam usaha merealisasikan Visi Pulau Pinang 2030, antara komponen utama Bandar Pintar adalah keselamatan dan keharmonian komuniti. Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV) di beberapa kawasan hotspot merupakan antara agenda utama Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berdasarkan perancangan semasa cadangan untuk menaiktaraf sistem CCTV di kawasan perumahan kos rendah akan dibawa kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk persetujuan dan peruntukan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Mohon penjelasan dan perincian perancangan Kerajaan Negeri di kawasan KADUN ini yang berkaitan misi Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang bandar gigabit, seperti menaiktarafkan infrastruktur jalur lebar, memandangkan ianya terletak di kawasan Revolusi Industri 4.0.

(a) Mohon perincikan konsep bandar ini dan kemudahan yang akan di laksanakan

di kawasan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Konsep bandar gigabit adalah menyamai konsep bandar pintar yang mengutamakan penyediaan infrastruktur telekomunikasi sebagai teras dalam pembangunannya. Negeri Pulau Pinang kini sedang menuju Bandar Pintar (Smart City) bertaraf antarabangsa pada tahun 2025 selaras dengan visi Penang 2030: A Family-focused, Green and Smart State to Inspire the Nation. Melalui penetapan empat (4) teras strategik Bandar Pintar Pulau Pinang iaitu Tadbir Urus, Infrastruktur, Data dan Rakyat serta lima (5) domain utama bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Masyarakat Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar, pembangunan Negeri Pulau Pinang adalah menuju sebuah bandar pintar yang mampan (sustainable) termasuk di kawasan Pantai Jerejak yang pesat dengan pembangunan industri melalui pelaksanaan tadbir urus pintar serta pelbagai inisiatif bandar pintar agar selari dengan transformasi digital dan revolusi industri 4.0 di peringkat global.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Utara, Negeri Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyediakan infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Berdasarkan statistik liputan komunikasi Pulau Pinang berakhir pada Disember 2018, Pulau Pinang telah mencapai 100% capaian liputan 3G dan 97.7% liputan 4G LTE di kawasan berpenduduk. Selain itu, kadar penembusan jalur lebar tetap (berwayar) mengikut 100 orang penduduk di Negeri Pulau Pinang telah mencapai 11.8% melebihi kadar penembusan di peringkat nasional iaitu hanya 8%. Purata kelajuan muat turun jalur lebar (tanpa wayar)

Page 433: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

433

di Negeri Pulau Pinang adalah 18.90 Mbps yang juga telah melebihi purata kelajuan nasional iaitu 17.89 Mbps. Kerajaan Negeri dengan kerjasama MCMC amat komited dalam memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Negeri Pulau Pinang dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut penanda aras Pelan Fiberisasi dan Sambungan Negara (NFCP) agar tiada rakyat di negeri ini yang ketinggalan dalam arus Revolusi Industri 4.0 ini. Antara sasaran NFCP adalah seperti berikut:

(i) Ketersediaan kelajuan Gigabit di kawasan perindustrian terpilih pada tahun 2020 dan ke semua Ibu Negeri menjelang tahun 2023;

(ii) Ketersediaan kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023;

(iii) Ketersediaan kelajuan sehingga 500Mbps di 20% premis kawasan pinggir dan luar bandar pada tahun 2022;

(iv) Ketersediaan rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, balai polis, perpustakaan dan pejabat pos menjelang tahun 2022; dan

(v) Ketersediaan kelajuan minima 500Mbps di 100% premis ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih pada tahun 2021.

XX. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah status terkini Kompleks Makanan Sri Wangsa di Lorong Perak? Kompleks makanan ini telah dibiarkan sejak tahun lalu (2018) dan telah menjadi seolah-olah suatu kawasan pembuangan sampah.

(a) Sila huraikan dengan terperinci perkembangan terkini tentang kompleks makanan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kompleks Makanan Sri Wangsa di Lorong Perak merupakan satu tapak penjaja kosong yang diserahkan oleh Ribuan Wangsa Sdn. Bhd. kepada MBPP pada Mei 2008 dengan namaan nominal. Tapak penjaja berkenaan kemudiannya diuruskan oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melalui sebut harga. Syarikat berkenaan bertanggungjawab untuk menaik taraf tapak penjaja berkenaan bagi menyediakan kemudahan untuk perniagaan. Pihak MBPP melantik syarikat berkenaan untuk menguruskan tapak penjaja tersebut bagi setiap 3 tahun sekali. Pada Mei 2014, MBPP telah melantik syarikat baru untuk menguruskan tapak penjaja berkenaan bagi tempoh 3 tahun seterusnya. Bermula daripada itu, telah berlaku perselisihan faham antara pengusaha baru dan lama. Keadaan menjadi rumit sehingga menyebabkan pengusaha lama membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Oleh yang demikian, kerja-kerja menaik taraf dan menyediakan kemudahan infrastruktur telah tergendala untuk tempoh yang lama. Kini, syarikat lama telah menarik balik kes tersebut dan syarikat baru dalam proses untuk membuat pelan menaik taraf kemudahan perniagaan di kompleks tersebut.

Page 434: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

434

Bagi masalah pembuangan sampah oleh penduduk Taman Sri Wangsa, pihak pengurusan bagi taman tersebut iaitu GC Tan Management telah dimaklumkan untuk mengeluarkan notis kepada penghuni pangsapuri berkenaan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Huraikan dengan terperinci jumlah bilangan kes penceraian di KADUN Sungai Pinang dan seluruh Pulau Pinang sehingga 2018.

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu dana untuk membantu golongan wanita berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar kos-kos litigasi mahkamah bagi kes-kes penceraian?

(b) Jika tiada, apakah bantuan lain yang sedia ada? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Jumlah kes penceraian yang direkodkan bagi pasangan Islam dan bukan Islam di seluruh negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2014 hingga 2018 adalah sebanyak 13,303 kes seperti perincian berikut:

Bil. Tahun Jumlah

Islam Bukan Islam

1 2014 1,454 1,279

2 2015 1,582 1,337

3 2016 1,598 1,257

4 2017 1,447 1,212

5 2018 1,385 752

JUMLAH 7,466 5,837

Data bagi kes penceraian pasangan Islam oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) merekodkan kes mengikut daerah sahaja dan tiada maklumat mengikut KADUN. Kes penceraian pasangan Islam bagi Daerah Timur Laut adalah sebanyak 1,157 kes bagi tempoh 2014 hingga 2017.

Bagi data kes penceraian pasangan bukan Islam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya merekodkan jumlah keseluruhan kes penceraian di Pulau Pinang dan tidak mempunyai perincian mengikut KADUN dan daerah.

Jadual statistik kes penceraian pasangan bukan Islam di Pulau Pinang, yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang adalah seperti Lampiran A.

(a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan dana bagi membantu golongan wanita berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar kos-kos litigasi mahkamah untuk menguruskan kes penceraian. Walau bagaimanapun, cadangan penubuhan dana ini boleh dipertimbangkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negeri.

Page 435: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

435

(b) Bantuan lain yang disediakan adalah melalui Jabatan Bantuan Guaman yang menyediakan perkhidmatan bantuan guaman secara percuma termasuklah golongan wanita terutamanya yang berpendapatan rendah untuk membayar kos-kos litigasi mahkamah bagi menguruskan kes-kes penceraian.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 2)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah status terkini untuk Projek Rumah Transit Gelandangan di No.19, Jalan C.Y. Choy, bangunan rumah kedai milik MBPP?

(a) Huraikan dengan terperinci langkah-langkah diambil untuk memastikan projek akan mendapat sambutan dan memanfaatkan kumpulan tertentu.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan untuk gelandangan dan juga turut berfungsi sebagai pusat aktiviti warga emas di No. 19, Jalan C.Y. Choy, George Town.

MBPP telah pun melantik perunding-perunding pada 22 Januari 2019 bagi membincangkan konsep, idea dan keseluruhan kos pembinaan. Kesemua perunding bagi projek ini bersetuju untuk melaksanakan projek ini secara Pro Bono/Corporate Social Responsibility (CSR).

Projek pembinaan pusat transit ini dicadangkan sebagai bangunan hijau dan mempunyai konsep triple net zero iaitu zero waste, zero energy dan zero water. Projek ‘Pusat Transit Gelandangan’ tersebut kini dalam proses reka bentuk akhir dan akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri setelah selesai.

(a) Bagi memastikan projek ini berjaya dan dimanfaatkan kepada kumpulan gelandangan, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah berikut:-

(i) Menyediakan latihan dan kursus kepada gelandangan yang masih sihat dan aktif bagi meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas atau berpenyakit akan ditempatkan diNon-Govermental Organisation (NGO) yang akan dikenal pasti dan diberikan bantuan geran kewangan;

(ii) Bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi tujuan pemadanan kerja berdasarkan tahap akademik golongan gelandangan dan kemampuan fizikal untuk bekerja agar mampu berdikari;

(iii) Menyediakan saringan kesihatan secara percuma kepada semua gelandangan yang menghuni di pusat transit ini;

(iv) Mengenal pasti beberapa NGO untuk mengurus pusat transit terutamanya dalam menyediakan makanan di kawasan makan yang disediakan di pusat transit. Oleh itu, semua geladangan akan berkumpul pada satu tempat khusus dan ianya turut memberi kesan kepada kebersihan kawasan sekitar dan imej negeri Pulau Pinang; dan

Page 436: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

436

(v) Bekerjasama dengan Unit Mutiara Food Bank yang akan membantu dan menyelaras bantuan-bantuan seperti bahan makanan mentah seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya diambil di sini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Nyatakan;

(a) Jumlah bilangan projek dibawah Program PR1MA yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dan jumlah bilangan yang telah diluluskan.

(b) Jumlah bilangan unit-unit rumah dan kategori rumah. (c) Sebab-sebab jika projek dicadang tidak diluluskan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Perbadanan PRIMA Malaysia (PR1MA) merupakan perbadanan yang ditubuhkan pada tahun 2013 bagi membekalkan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan pertengahan (M40). Berdasarkan Laporan Tahunan PR1MA 2017, terdapat sebanyak 15,609 unit PR1MA sedang dalam pembinaan manakala berdasarkan rekod Kerajaan Negeri, terdapat satu (1) projek PR1MA yang sedang dalam peringkat pembinaan iaitu di Permatang Pauh, manakala dua (2) projek lagi sedang dalam peringkat perancangan. Kesemua projek ini adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan, di mana Kerajaan Negeri akan meluluskan pelingkungan kawasan dan seterusnya Pelan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan mengambilkira pendirian Kerajaan Persekutuan yang menangguhkan pelaksanaan sebahagian projek PR1MA, Kerajaan Negeri telah memohon agar Projek PR1MA diteruskan di negeri Pulau Pinang semasa kunjungan dan pertemuan YB EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bersama YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 5 Januari 2019.

(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan secara rasmi terdapat empat (4) projek PR1MA dalam perancangan dan peringkat awal pembinaan iaitu masing-masing tiga (3) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan satu (1) di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti berikut:-

(i) 905 RMM C dan 212 RMM B di Plot B, Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir oleh Tetuan Ideal Capital Venture Sdn. Bhd.;

(ii) 855 RMM C dan 66 Unit Kedai / Pejabat di Plot C, Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir oleh Tetuan Ideal Capital Venture Sdn. Bhd.;

(iii) 1,248 RMM C di Jalan Sungai Batu, Batu Feringghi oleh Tetuan Eastcape Vista Sdn. Bhd.; dan

(iv) 1,017 RMM C di Permatang Pauh oleh Tetuan Excell Focus.

(c) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri komited untuk membantu menyegerakan proses pertimbangan dan kelulusan Permohonan Kebenaran Merancang projek-projek PR1MA selagi mana ianya mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Selain dari itu, pelaksanaan PR1MA juga bergantung kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan yang

Page 437: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

437

menilai semula pelbagai aspek termasuk pulangan dan kemampuan kewangan semasa.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila huraikan kes-kes keganasan rumah tangga dari tahun 2016 hingga 2018 di Pulau Pinang seperti berikut.

(a) Berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan, mengikut pecahan daerah?

(b) Apakah hubungan antara pelaku dan mangsa keganasan rumah tangga?

(c) Apakah pecahan mengikut umur, bangsa dan jantina pelaku dan mangsa keganasan rumah tangga?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat 263 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada tahun 2016, 185 kes pada tahun 2017 dan 226 kes pada tahun 2018. Perincian mengikut pecahan daerah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Laporan daripada pihak PDRM menunjukkan, suami mencatat jumlah paling tinggi antara pelaku dan mangsa keganasan rumah tangga iaitu 363 kes sepanjang tempoh 2016 hingga 2018. Manakala hubungan anak kandung/tiri/angkat dan adik beradik kandung/tiri masing-masing merekodkan merupakan jumlah kedua tertinggi yang dicatatkan iaitu 110 kes pada tahun 2016 hingga 2018. Perincian adalah seperti di Lampiran B.

(c) Pecahan mengikut umur, bangsa dan jantina pelaku dan mangsa kegasanasan rumah tangga adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (NO. 5)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Daripada jumlah keseluruhan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018, berapakah jumlah kes di mana hasilnya adalah tiada tindakan lanjut (NFA); pelaku dituduh di mahkamah; pertuduhan ditarik balik; pelaku dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA); pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh; dan pelaku mengaku salah dan dihukum?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Berdasarkan rekod daripada pihak PDRM, jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah sebanyak 600 kes. Pecahan mengikut tindakan ke atas kes adalah seperti berikut:-

(i) Tiada tindakan lanjut : 139 kes

(ii) Pelaku dituduh ke mahkamah: 330 kes

(iii) Pertuduhan ditarik balik (pengadu tarik balik laporan/tidak berminat) : 10 kes

Page 438: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

438

(iv) Pelaku dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA): 10 kes

(v) Pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan: 17 kes

(v) Pelaku mengaku bersalah dan dijatuh hukum : 94 kes

Perincian mengenai jumlah kes mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Berapakah jumlah langkah-langkah perlindungan yang diperolehi dari mahkamah untuk mangsa keganasan rumahtangga dari tahun 2016 - 2018, misalnya Perintah Perlindungan Sementara (IPO), Perintah Perlindungan (PO) dan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Jumlah langkah-langkah perlindungan yang diperolehi dari mahkamah untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dari tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:-

(i) Perintah Perlindungan Sementara (IPO) : 113

(ii) Perintah Perlindungan (PO) : 37

(iii) Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) : 0

Maklumat mengikut tahun dan daerah adalah seperti di Lampiran A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Keganasan Seksual.

(a) Berapakah jumlah kes rogol, sumbang mahram, pencabulan, liwat, dan gangguan seksual yang dilaporkan di Pulau Pinang dari tahun 2016 hingga 2018 mengikut pecahan daerah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Jumlah kes rogol, sumbang mahram, pencabulan, liwat dan gangguan seksual yang dilaporkan di Pulau Pinang dari tahun 2016 hingga 2018 mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:-

STATISTIK KES KEGANASAN SEKSUAL BAGI TAHUN 2016 KONTINJEN (POLIS) PULAU PINANG MENGIKUT PECAHAN DAERAH

KESALAHAN/DAERAH TL BD SPU SPT SPS JUMLAH

Rogol 10 9 11 19 8 57

Sumbang Mahram 1 3 1 3 0 8

Cabul 17 17 10 18 8 70

Page 439: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

439

Seksual Kanak-Kanak 0 0 0 0 0 0

Liwat 1 0 6 0 1 8

Mengaibkan Kehormatan

5 3 1 6 0 15

JUMLAH 34 32 29 46 17 158

Nota :Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 mulai dikuatkuasa pada Julai 2017

STATISTIK KES KEGANASAN SEKSUAL BAGI TAHUN 2017 KONTINJEN (POLIS) PULAU PINANG MENGIKUT PECAHAN DAERAH

KESALAHAN/DAERAH TL BD SPU SPT SPS JUMLAH

Rogol 11 11 13 27 6 68

Sumbang Mahram 2 0 2 7 0 11

Cabul 19 19 5 21 9 73

Seksual Kanak-Kanak 3 3 0 0 1 7

Liwat 4 6 3 1 1 15

Mengaibkan Kehormatan

4 2 3 2 4 15

JUMLAH 43 41 26 58 21 189

STATISTIK KES KEGANASAN SEKSUAL BAGI TAHUN 2018 KONTINJEN (POLIS) PULAU PINANG MENGIKUT PECAHAN DAERAH

KESALAHAN/DAERAH TL BD SPU SPT SPS JUMLAH

Rogol 15 7 23 10 14 69

Sumbang Mahram 0 1 1 2 1 5

Cabul 16 6 7 14 6 49

Seksual Kanak-Kanak 12 2 4 9 6 33

Liwat 3 1 3 2 3 12

Mengaibkan Kehormatan

5 6 2 1 4 18

JUMLAH 51 23 40 38 34 186

Page 440: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

440

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Merujuk kepada Soalan 8 mengenai kes-kes keganasan seksual yang dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018 di Pulau Pinang.

(a) Apakah hubungan antara pelaku dan mangsa untuk kes-kes tersebut?

(b) Apakah pecahan mengikut umur, bangsa dan jantina pelaku dan mangsa kes-kes tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hubungan antara pelaku dan mangsa bagi kes rogol menunjukkan bahawa hubungan sebagai teman lelaki mencatatkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 98 kes bagi tempoh 2016 hingga 2018. Manakala bagi kes sumbang mahram hubungan sebagai bapa kandung mencatatkan kes tertinggi iaitu tujuh (7) kes bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Sementara itu, bagi kes cabul kehormatan melibatkan individu yang tidak dikenali mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak lapan puluh empat (84) kes bagi tempoh 2016 hingga 2018. Bagi kes liwat juga melibatkan individu yang tidak dikenali mencatatkan kes paling tinggi bagi tempoh 2016 hingga 2018 iaitu sebanyak sepuluh (10) kes.

Kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak pula mencatatkan individu yang tidak dikenali juga merekodkan kes paling tinggi bagi tempoh 2016 hingga 2018 iaitu sebanyak dua puluh tiga (23) kes dan bagi kes mengaibkan kehormatan juga mencatatkan individu yang tidak dikenali sebagai jumlah tertinggi iaitu sebanyak empat puluh empat (44) kes bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Perincian adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pecahan mengikut umur, bangsa dan jantina pelaku dan mangsa keganasan seksual adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 9)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10 Daripada jumlah keseluruhan kes-kes keganasan seksual tersebut yang dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018, berapakah jumlah kes di mana hasilnya adalah tiada tindakan lanjut (NFA); pelaku dituduh di mahkamah; pertuduhan ditarik balik; pelaku dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA); pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh; dan pelaku mengaku salah dan dihukum?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Berdasarkan rekod daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes keganasan seksual yang dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah sebanyak 533 kes. Pecahan mengikut tindakan ke atas kes adalah seperti berikut:-

Page 441: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

441

(a) Kes tiada tindakan lanjut : 166 kes

(b) Kes pelaku dituduh ke mahkamah: 296 kes

(c) Masih bicara : 81 kes

(d) Kes pertuduhan ditarik balik (pengadu Tarik balik laporan / tidak berminat) : 24 kes

(e) Kes pelaku dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA): 53 kes

(f) Kes pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan: 18 kes

(g) Kes pelaku mengaku salah dan dijatuh hokum : 120 kes

Perincian mengenai jumlah kes mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Berapakah jumlah langkah-langkah perlindungan yang diperolehi untuk mangsa keganasan seksual dari tahun 2016 hingga 2018 di Pulau Pinang (seperti Perintah Perlindungan Sementara (IPO), Perintah Perlindungan (PO) dan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Jumlah langkah-langkah perlindungan yang diperolehi dari mahkamah untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga & keganasan seksual bagi tempoh 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:-

(i) Perintah Perlindungan Sementara (IPO) : 113

(ii) Perintah Perlindungan (PO) : 37

(iii) Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) : 0

Perincian mengikut tahun dan daerah yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

Tiada data untuk menunjukkan pecahan jenis kes.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 11)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Isu kewarganegaraan terutamanya bagi kanak-kanak dan ibu-ibu bukan warganegara adalah isu kritikal dan menyusahkan keluarga yang terlibat selama ini.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri untuk membantu dalam kelulusan permohonan kewarganegaraan?

(b) Apakah cabaran dan kesulitan yang dihadapi? Huraikan.

Page 442: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

442

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi oleh keluarga yang memohon kewarganegaraan untuk kanak-kanak warga asing. Namun penentuan kewarganegaraan kanak-kanak yang lahir di negara ini adalah termaktub di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, iaitu tertakluk kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kanak-kanak tersebut sewaktu kelahiran berlaku.

(a) Bagi melancarkan lagi proses pertimbangan permohonan kewarganegaraan, KDN sedang dalam peringkat akhir pengemaskinian standard operating procedure (SOP) Permohonan Kewarganegaraan. Penambahbaikan tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Citizenship Rules 1964 [LN.82/1964] yang merujuk kepada jenis permohonan dan penamatan warganegara serta turut mengambil kira pelbagai aspek iaitu kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.

(b) Cabaran yang dihadapi dalam memproses permohonan kewarganegaraan adalah bagi memastikan SOP tersebut dipatuhi tanpa berlakunya ketirisan atau cuba disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab dan juga memastikan hanya pemohon yang berkelayakan dianugerahkan taraf kewarganegaraan kerana ia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Senaraikan dengan terperinci permohonan kewarganegaraan di Pulau Pinang selepas PRU ke-14.

(a) Jumlah permohonan mengikut pecahan umur, jantina, bangsa dan negara asal pemohon.

(b) Bilangan yang telah berjaya mengikut pecahan umur, jantina, bangsa dan negara asal pemohon.

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. (a) Sebanyak 545 permohonan telah diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk mendapat status warganegara. Statistik permohonan kewarganegaraan mengikut pecahan umur, jantina, keturunan (bangsa) dan negara asal pemohon adalah seperti di Lampiran A.

(b) Berdasarkan semakan JPN, permohonan kewarganegaraan di Pulau Pinang yang diterima selepas PRU ke-14 masih lagi sedang diproses.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 13)

Page 443: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

443

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sila senaraikan projek-projek MBPP berskala besar yang mengalami kelewatan dari segi;

(a) Tarikh mula dan tamat projek.

(b) Kelewatan berapa hari dan berapa peratus. (c) Punca-punca kelewatan projek dan tindakan yang telah diambil ke atas masalah kelewatan projek tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Sepanjang tempoh 2016 hingga sekarang, terdapat tiga (3) projek Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berskala besar yang mengalami kelewatan. Projek-projek tersebut ialah:

(i) Projek pembinaan jalan berkembar Jalan Paya Terubong;

(ii) Projek pembinaan sebuah bangunan pejabat lima (5) tingkat di Jalan Timah George Town; dan

(iii) Projek pemasangan kanopi kekal di sepanjang Jalan Chowrasta.

Perincian projek mengikut tarikh mula, tarikh tamat projek, kelewatan dan punca-punca kelewatan serta tindakan yang telah diambil ke atas masalah kelewatan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 14)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Nyatakan jumlah pencawang telekomunikasi yang mendapat kelulusan dan tanpa kelulusan di dalam KADUN Sungai Pinang.

(a) Capaian internet kurang memuaskan di sesetengah tempat misalnya di sekitar Persiaran Karpal Singh. Senaraikan punca-punca permasalahan dan apakah tindakan bagi mengatasi permasalahan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. (i) Jumlah pencawang menara telekomunikasi yang telah mendapat kelulusan di dalam KADUN Sungai Pinang adalah sebanyak 20 struktur telekomunikasi manakala pencawang menara telekomunikasi yang didirikan oleh pihak penyedia telekomunikasi tanpa kelulusan adalah sebanyak sebuah sahaja struktur telekomunikasi sahaja.

(ii) Antara punca-punca berlakunya permasalahan capaian internet kurang memuaskan di kawasan Persiaran Karpal Singh adalah seperti berikut:

(a) Tiada liputan telekomunikasi kerana tidak terdapat pencawang telekomunikasi di kawasan Persiaran Karpal Singh ; dan

(b) Penduduk sekitar kawasan Persiaran Karpal Singh membantah pembinaan pencawang telekomunikasi di kawasan tersebut.

Page 444: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

444

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sila senaraikan dengan terperinci jumlah perbelanjaan untuk projek penaiktarafan semua kompleks makanan di bawah MBPP dari 2013 hingga 2019 di KADUN Sungai Pinang?

(a) Apakah rancangan penaiktarafan untuk kompleks makanan Taman Sri Pinang, tapak penjaja Kota Giam dan tapak penjaja Lorong Bukit Dumbar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah perbelanjaan projek penaiktarafan semua kompleks makanan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di KADUN Sungai Pinang dari tahun 2013 hingga 2019 adalah sebanyak RM772,181.52. Perincian perbelanjaan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Pada ketika ini, MBPP dalam proses untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf di Kompleks Makanan Taman Sri Pinang. Kerja-kerja yang dijalankan adalah mengecat, membaiki sistem pendawaian dan memasang gril keselamatan. Bagi Tapak Penjaja Kota Giam dan Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, kajian boleh di buat oleh MBPP untuk menaik taraf tapak penjaja tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 16)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Sila senaraikan secara terperinci;

(a) Jumlah kilang kitar semula yang berlesen dan tidak berlesen di sekitar Jelutong.

(b) Apakah kesan sampingan negatif seperti pencemaran alam sekitar, masalah warga asing dan lain-lain?

(c) Apakah proses pemutihan atau tindakan sewajar yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kilang-kilang tersebut dibawah kawalan dan tidak membahayakan penduduk sekitar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. (a) Terdapat lima (5) kilang/pusat kitar semula yang tidak berlesen dan sebuah kilang/pusat kitar semula yang berlesen di kawasan Jelutong. Senarai kilang/pusat kitar semula berserta nama, alamat, jenis barang lusuh dan nama pengusaha seperti di Lampiran A.

(b) Kesan sampingan negatif disebabkan oleh pencemaran dan kegiatan warga asing kerana wujudnya kilang/pusat kitar semula tidak berlesen adalah seperti berikut:

(i) Kilang/pusat kitar semula yang tidak berlesen kurang dikawal dengan baik sehingga menyebabkan pencemaran air dan udara. Kekotoran akibat pencemaran air boleh menimbulkan wabak penyakit seperti

Page 445: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

445

denggi. Manakala pencemaran udara menimbulkan masalah kesihatan di kalangan penduduk di sekitar;

(ii) Tabiat membuang sampah merata-rata dan taraf kebersihan yang rendah di kalangan pekerja asing boleh menyebabkan wabak penyakit merebak dengan mudah dan cepat; dan

(iii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses pemutihan untuk kilang-kilang di kawasan Batu Maung dan proses ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan pentadbiran MBPP. Kilang/pusat kitar semula baharu yang tidak berlesen akan diambil tindakan serta merta.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18.. Kontrak pelaksanaan teknologi IQPR di Sungai Pinang telah tamat pada 15 November 2017.

(a) Apakah kesan tahap kualiti air Sungai Pinang selepas ini?

(b) Apakah peranan dan pencapaian pasukan Task Force dalam pemantauan masalah pencemaran Sungai Pinang? Sila senaraikan.

(c) Apakah perancangan masa depan untuk memastikan kualiti air Sungai Pinang terjamin. Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Tahap kualiti air di Sungai Pinang selepas kontrak rawatan teknologi Infinitesimal Quantum Persistent Reflection (iQPR) tamat pada tahun 2017 adalah pada Kelas II (bersih) dengan bacaan parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) pada julat 1-3mg/l. Indeks Kualiti Air Sungai Pinang yang terkini bagi tahun 2018 telah berubah kepada kelas III (Sederhana tercemar) dengan BOD pada julat 3-6mg/l.

(b) Pasukan Task Force di bawah Jawatankuasa Pasukan Khas Menangani Isu Pencemaran Sungai dan Laut Pulau Pinang adalah berperanan untuk menggembleng kerjasama di antara agensi-agensi Kerajaan dalam menangani isu pencemaran sungai dan laut di Pulau Pinang secara bersepadu. Antara peranan utama jabatan dan agensi yang terlibat dalam Task Forceini adalah seperti berikut:

(i) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan lembangan sungai, menerajui task force ini dan telah mengenal pasti tindakan jangka pendek untuk memulihkan sungai yang tercemar contohnya Sungai Pinang dengan mengambil tindakan untuk melaksanakan pembinaan Gross Polutant Trap (GPT), melaksanakan teknologi iQPR bagi peningkatan Water Quality Index (WQI) di Sungai Pinang dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai secara berkala. Manakala bagi tindakan jangka panjang, JPS akan merancang dan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) secara penyelesaian

Page 446: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

446

menyeluruh (total solution) yang melibatkan skop kerja peningkatan kualiti air bagi sungai-sungai yang terlibat;

(ii) Jabatan Alam Sekitar berperanan menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya ke atas punca-punca tetap seperti industri dan bengkel yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pencemaran sungai;

(iii) Pihak Berkuasa Tempatan di bawah bidang kuasanya berperanan menjalankan penguatkuasaan kebersihan premis makanan secara bersepadu dan berjadual, penguatkuasaan pemasangan perangkap gris, program pemutihan semula punca pencemaran dan juga kempen kesedaran kepada orang awam; dan

(iv) Pejabat Daerah dan Tanah berperanan dalam mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah rizab kerajaan, khususnya berhampiran kawasan sungai.

Task Force ini bermesyuarat sebanyak empat (4) kali setahun dan berjaya melaksanakan penambahbaikan dalam meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan terhadap industri dan premis-premis perniagaan seperti bengkel, premis makanan dan pasar basah yang berlesen dan tidak berlesen yang mencemarkan perairan melalui pelepasan secara terus dan tidak terus ke sungai dan laut. Selain daripada itu, peningkatan penguatkuasaan ini juga telah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tanggungjawab bersama menjaga kesebersihan sungai dan laut di negeri ini. Di bawah Task Force ini, tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang telah diambil terhadap pihak yang mencemarkan Sungai Pinang adalah seperti diLampiran A. Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan mengeluarkan Pemberitahuan Tentang Kesalahan ke atas peniaga berlesen atau orang awam yang membuang sisa makanan / air basuhan ke dalam parit sungai.

(c) Perancangan masa hadapan untuk memastikan kualiti air Sungai Pinang terjamin adalah seperti berikut:-

(i) Menggiatkan aktiviti pendidikan berkenaan kepentingan pemeliharaan sungai kepada orang awam melalui kempen dan gotong royong;

(ii) Operasi penguatkuasaan kebersihan premis makanan secara bersepadu dan berjadual oleh PBT;

(iii) Penguatkuasaan pemasangan perangkap gris oleh PBT;

(iv) Program pemutihan semula punca pencemaran yang terkini oleh PBT; dan

(v) Tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas premis yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 18)

Page 447: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

447

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Isu pembuangan sampah dan pencemaran alam sekitar semakin serius di Pulau Pinang.

(a) Apakah kerajaaan berhasrat untuk mengimplimentasikan hukuman seperti perkhidmatan sivik (civic services) selain daripada denda yang lebih berat atau sebagainya.

(b) Sila huraikan langkah-langkah atau tindakan proaktif yang telah dan akan diambil oleh kerajaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Bagi kesalahan pembuangan sampah kompaun maksima yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah RM500.00. Bagi kes-kes yang disabitkan di mahkamah, denda maksima adalah RM2,000.00 mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Majlis. Mengikut peruntukan undang-undang perkhidmatan sivik, hukuman perkhidmatan komuniti boleh dikenakan setelah sabitan kesalahan di mahkamah dan mengikut arahan mahkamah. Walau bagaimanapun, mengikut Kanun Tatacara Jenayah, perkhidmatan komuniti diperuntukkan untuk pesalah-pesalah muda (youthful offenders).

(a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengimplementasikan hukuman seperti perkhidmatan sivik terhadap mereka yang membuang sampah secara haram.

(b) Langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:-

(i) Menguatkuasakan Kacau ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap pemilik tanah dan pemilik kenderaan yang membuang sampah bagi maksud menghentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu dari apa-apa timbunan atau letakkan yang mana adalah satu kacau ganggu.

(ii) Menguatkuasakan kesalahan pembuangan sampah di bawah Seksyen 47, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

(iii) Memasang moveable CCTV untuk memantau mana-mana individu atau pergerakan kenderaan yang membuang sampah secara haram di kawasan hotspot.

(iv) Mengeluarkan Pemberitahuan Tentang Kesalahan.

(v) Melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu secara berjadual.

(vi) Membuat siasatan di lokasi sampah haram dengan mencari bil serta alamat surat-menyurat yang dibuang dan kompaun dikeluarkan berdasarkan alamat pesalah.

Page 448: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

448

(vii) Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah & Tanah (PDT) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di tanah milik kerajaan atau rezab sungai.

(viii) Menuntut kos pembersihan daripada pihak yang didapati bersalah membuang sampah secara haram.

Tindakan proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ialah:

(i) Menubuhkan Task Force sampah haram untuk mengenalpasti punca dan membendung aktiviti pembuangan sampah haram dan pencemaran.

(ii) Memperbanyak bilangan CCTV di bawah program Bandar Selamat.

(iii) Meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai kebersihan di kalangan penduduk khasnya pelajar sekolah.

(iv) Mengadakan Kempen Pulau Pinang Bersih

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sungai Pinang telah tercemar dengan serius oleh effluent dan berbau busuk. Senaraikan;

(a) Punca-punca pencemaran yang telah dikenalpasti.

(b) Tindakan tegas yang telah dan akan diambil oleh kerajaan/jabatan tertentu terhadap pihak yang mencemarkan Sungai Pinang dan bilangan buah kilang/bengkel diarahkan tutup dan lokasinya.

(c) Perancangan jangka masa pendek/panjang untuk pemulihan kualiti air Sungai Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Punca-punca yang dikenal pasti mencemarkan kualiti air Sungai Pinang adalah seperti berikut:-

(i) Pembuangan sampah domestik dari perumahan berdekatan sungai;

(ii) Pelepasan air kumbahan dari penempatan tradisional (rumah kampung) yang berdekatan;

(iii) Pembuangan air sisa oleh peniaga tanpa lesen;

(iv) Pembuangan sisa minyak dari bengkel kereta;

(v) Pembuangan sisa dari pusat penyembelihan ayam;

(vi) Pembuangan sisa minyak, lemak dan gris dari premis makanan; dan

(vii) Pembuangan sisa pepejal dari pembuangan secara haram.

Page 449: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

449

(b) Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang telah diambil terhadap pihak yang mencemarkan Sungai Pinang adalah seperti di Lampiran A. Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan mengeluarkan Pemberitahuan Tentang Kesalahan ke atas peniaga berlesen atau orang awam yang membuang sisa makanan / air basuhan ke dalam parit sungai. Pada masa ini tiada penutupan premis / kilang telah diarahkan oleh PBT selaku pihak yang melesenkan sesuatu perniagaan dan berkuasa mengarahkan penutupan sesuatu premis.

(c) Perancangan masa hadapan untuk memastikan kualiti air Sungai Pinang dapat dipulihkan adalah melalui pelaksanaan tindakan jangka pendek dan jangka panjang oleh jabatan dan agensi yang terlibat seperti berikut:

(i) Bagi tindakan jangka pendek, JPS akan mengambil tindakan melaksanakan pembinaan Gross Polutant Trap (GPT) dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai secara berkala; dan

(ii) Bagi tindakan jangka panjang, JPS akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang secara penyelesaian menyeluruh (total solution) dengan anggaran kos projek RM750 juta yang melibatkan skop kerja peningkatan kualiti air bagi Sungai Pinang.

Di samping itu, tindakan-tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan JAS mengikut bidang kuasa masing-masing secara konsisten juga dapat membantu memastikan kualiti air Sungai Pinang dapat dipulihkan. Tindakan-tindakan berkaitan adalah seperti berikut:

(i) Menggiatkan aktiviti pendidikan berkenaan kepentingan pemeliharaan sungai kepada orang awam melalui kempen dan gotong-royong;

(ii) Operasi penguatkuasaan kebersihan premis makanan secara bersepadu dan berjadual oleh PBT;

(iii) Penguatkuasaan pemasangan perangkap gris oleh PBT;

(iv) Program pemutihan semula punca pencemaran yang terkini oleh PBT; dan

(v) Tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas premis yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 20)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Sejauh manakah pelan perancangan pembangunan rumah mampu milik berkonsepkan sewa beli dapat direalisasikan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang tidak layak mendapatkan pinjaman dari bank/ institusi kewangan yang lain?

(a) Huraikan dengan terperinci status terkini perkembangan konsep rumah sewa beli dan jumlah bilangan yang berjaya.

Page 450: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

450

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Penyediaan Rumah Mampu Milik yang mencukupi bagi memenuhi hasrat 1 Keluarga 1 Kediaman adalah langkah strategik di bawah gagasan Penang 2030 iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti hidup. Penolakan pembiayaan kewangan dari institusi kewangan menyumbang kepada faktor tertinggi kegagalan memiliki rumah selepas penawaran unit kediaman dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada pemohon yang layak.

Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan semula konsep Sewa Beli (rent to own) pada tahun 2016, di mana dua (2) projek perintis di Daerah Seberang Perai Selatan iaitu Taman Seruling Emas dan Taman Sungai Duri Permai telah dilancarkan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Cadangan dua (2) projek baru juga berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dimana PPR Permatang Tok Suboh Daerah Seberang Perai Tengah yang mengandungi 231 unit rumah teres dan satu (1) skim RMM A di Daerah Barat Daya yang mengandungi 1175 unit telah diputuskan agar sebahagian darinya ditawarkan di bawah Skim Sewa Beli. Menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk meluaskan konsep Sewa Beli ke semua daerah termasuk perancangan untuk membina 187 unit RMM A di Mak Mandin, Seberang Perai Utara oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Keupayaan kewangan selain aspek pengurusan skim perumahan ini akan diberi perhatian sewajarnya agar konsep Sewa Beli dapat diperluaskan ke kesemua daerah terutama daerah yang dikenalpasti mempunyai permintaan yang tinggi. Kerajaan Negeri juga telah meningkatkan aspek kawalan unit di mana sekiranya didapati unit disewa atas sewa (sublet), perjanjian akan dibatalkan dan Kerajaan Negeri berhak menarik balik unit berkenaan.

(a) Setakat ini, pelaksanaan konsep Sewa Beli bagi dua (2) projek perintis di daerah Seberang Perai Selatan telah menawarkan sebanyak 155 unit RMM A, di mana status pelaksanaan adalah seperti berikut:

BIL. PROJEK UNIT TEMPOH

(TAHUN)

SEWA

(RM)

SENGGARA

(RM)

MILIK BAKI

1. Taman Sungai Duri Permai (townshouse)

104` 23 150 20 75 29*

2. Taman Seruling Emas (strata)

51 15 100 20 11 40*

*69 unit yang masih berbaki adalah bagi tujuan penempatan sementara Penduduk Ladang Byram

Page 451: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

451

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Isu warga tua (aging) menjadi semakin serius.

(a) Apakah perancangan jangka pendek/ jangka panjang untuk menangani masalah kebajikan warga tua termasuk kesihatan, penginapan, keperluan harian dan lain-lain?

(b) Adakah kerajaan telah/akan memberi peluang perkhidmatan/ pekerjaan untuk warga tua yang masih berkemampuan untuk berkongsi atau menyumbang kepakaran mereka dalam sektor kerajaan atau sektor tertentu? Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Kerajaan Negeri telah melantik Penang Medical College (PMC) untuk menjalankan kajian berkenaan warga emas dalam usaha memastikan kebajikan warga emas sentiasa dijaga dengan sempurna. Hasil kajian yang dijalankan pada Mei 2013 menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang mempunyai peningkatan kadar penuaan yang tinggi dalam negara. Dapatan kajian menunjukkan 62.3% warga emas yang tinggal di Pulau Pinang berumur 60 hingga 69 tahun, seramai 30.5% berumur 70-79 tahun dan 7.20% berumur 80 tahun ke atas. Kerajaan Negeri amat prihatin dan komited terhadap kebajikan serta kesejahteraan rakyat termasuk warga emas.

Untuk perancangan jangka panjang, pelaksanaan pelbagai program kebajikan bagi membantu golongan warga emas akan dapat membantu Kerajaan Negeri menangani isu aging population di negeri ini. Antara program yang dilaksanakan termasuklah:

I. Pusat Aktiviti Warga Emas

Terdapat dua (2) buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau dan Pongsu Seribu, Kepala Batas. PAWE merupakan tempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bagi warga emas tetapi bukan pusat jagaan berkediaman dan beroperasi mengikut waktu pejabat selama lima (5) hari seminggu. Setiap PAWEmempunyai jawatankuasa yang menggerakkan operasi dan penyelia yang dilantik bagi menguruskan PAWE tersebut.

JKM akan menjalankan siasatan terperinci mengenai latar belakang sosial warga emas tersebut bagi membuat perancangan seterusnya untuk membantu mereka. Melalui PAWE, mereka dapat menjalankan aktiviti harian dalam komuniti setempat. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak reaching out dan developmental kepada warga emas. Ini dapat mengelakkan mereka hidup bersendirian dan dapat mengembalikan perasaan bahawa mereka masih diperlukan dan dihargai.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses untuk membina Pusat Transit Gelandangan yang akan turut berperanan sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas dan projek ini dalam fasa reka bentuk akhir;

Page 452: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

452

II. Pusat Penjagaan Warga Emas

Kerajaan Persekutuan melalui JKM Malaysia sedang mendirikan sebuah pusat penjagaan warga emas bagi golongan warga emas yang tidak berkeluarga atau terabai yang dikenali sebagai Kompleks Sinar Kasih di Daerah Seberang Perai Selatan dan dijangka siap pada September 2019.

Khidmat penjagaan JKM di Rumah Seri Kenangan juga disediakan kepada warga emas tunggal yang tidak mempunyai keluarga dan memerlukan penjagaan;

III. Program Outdoor

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program “Jom Hidup Sihat” yang disasarkan kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri menggalakkan setiap KADUN untuk mewujudkan pusat komuniti supaya aktiviti-aktiviti komuniti seperti latihan tai chi, qi gong, line dance dan aerobik dapat dijalankan dan peralatan out door gym juga dapat disediakan.

Selain itu, kolaborasi strategik juga dijalankan antara JKM dan Jabatan Kesihatan Negeri melalui program “Komuniti Sihat Pembina Negara” atau singkatannya KOSPEN yang merangkumi 5 aspek / skop utama iaitu saringan Kesihatan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas termasuk warga emas merangkumi pemakanan sihat, amalan tidak merokok, aktif secara fizikal dan pengurusan berat badan;

IV. Program Sosial Khidmat Bantu

JKM juga menjalankan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help). Ia merupakan satu perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah yang kurang penjagaan dan kurang berkemampuan. Program ini bertujuan menyemarakkan perkembangan sukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat selain bertujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik dan menyemarakkan konsep kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

Usaha dan tindakan ini merupakan satu kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan yang lain serta melibatkan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di peringkat pelaksanaan secara menyeluruh;

V. Bantuan Kewangan

Kerajaan Negeri turut memberikan bantuan dalam bentuk kewangan. Antara bantuan yang terlibat adalah seperti berikut:-

(a) Bagi warga emas yang terabai kerana tidak mempunyai penjaga, JKM akan memberikan bantuan wang RM350.00

Page 453: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

453

sebulan atau sejumlah bantuan yang bersesuaian di bawah Bantuan Am Kerajaan Negeri.

(b) Kerajaan Negeri memberi sumbangan penghargaan sebanyak RM130.00 kepada warga emas yang bermastautin dan berdaftar di negeri Pulau Pinang di bawah program iSejahtera;

VI. Bantuan Hemodialisis

Bantuan hemodialisis disediakan bagi mereka yang kurang berkemampuan termasuk warga emas yang mempunyai penyakit buah pinggang melalui Pusat Dialisis C.A.T. di kawasan Balik Pulau, Daerah Barat Daya.

Kos rawatan adalah sebanyak RM110.00 dengan subsidi sebanyak RM100.00 diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan kepada pesakit yang terpilih dan pesakit hanya perlu membayar RM10.00 bagi setiap sesi rawatan hemodialisis termasuk warga emas manakala bayaran ubat ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

VII. Program Mammogram

Program mammogram percuma pada awal 2015 memfokuskan kepada golongan kurang berkemampuan berusia 35 tahun ke atas yang turut merangkumi warga emas; dan

VIII. Perumahan

Mewujudkan suatu ekosistem perumahan yang tidak membebankan rakyat dan mampu dimiliki. Warga emas yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 dan mempunyai kes-kes kronik akan diberi keutamaan oleh Jawatankuasa Pembersihan Proses Perolehan Perumahan (SPEC) untuk menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR).

(b) Kerajaan Negeri sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan penglibatan warga emas yang ingin berkongsikan kepakaran dan pandangan. Melalui Jabatan Tenaga Kerja, terdapat peluang yang sama rata bagi warga emas yang masih aktif dan produktif untuk mendapat peluang kedua dalam pekerjaan. Kerajaan negeri dalam masa yang sama bekerjasama erat dengan pertubuhan sukarela kebajikan warga emas bagi tujuan ini.

Bagi warga emas yang ingin kembali ke pasaran kerja, terdapat peruntukan kerja bersifat flexi hours seperti di pasaraya dan juga di restoran makanan segera sebagai restaurant ambassador.

Kerajaan negeri juga menghargai warga emas yang masih berkemampuan untuk berkongsi atau menyumbang kepakaran mereka melalui beberapa program yang telah dirancang, antaranya Golden Mind Program yang masih dalam peringkat perbincangan bersama Universiti Sains Malaysia.

Pelbagai program juga diatur untuk warga emas yang tinggal berseorangan atau yang ingin menyumbang kepada masyarakat melalui program intergenerasi bersama warga emas, kanak-kanak dan remaja di Pusat Aktiviti

Page 454: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

454

Warga Emas di bawah kendalian JKM. Melalui program ini, warga emas dapat berkongsi kepakaran dan kemahiran dengan golongan remaja contohnya budaya dan tradisi masyarakat mengikut kaum, resepi-resepi masakan tradisional dan petua-petua yang berguna untuk kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, kanak-kanak dan remaja juga dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan warga emas dan dewasa dalam penggunaan komputer dan teknologi canggih.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Confinement Centre memainkan peranan penting kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan para ibu dan bayi. Senaraikan jumlah pusat-pusat yang berlesen/tidak berlesen.

(a) Sama ada garis panduan/SOP pengoperasian ditetapkan oleh Kerajaan Negeri/Persekutuan.

(b) Sama ada pengusaha pusat confinement diwajibkan menjalani latihan kursus tertentu.

(c) Apakah perancangan atau tindakan kerajaan untuk kawalan keselamatan pusat-pusat tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Jumlah Confinement Centre berlesen yang terdapat di negeri Pulau Pinang adalah sebanyak sembilan (9) buah terletak di kawasan Seberang Perai sahaja. Bagi Confinement Centre tidak berlesen pula, sebanyak 15 buahConfinement Centre dikenal pasti terletak di kawasan pulau manakala dua (2) buah lagi terletak di kawasan Seberang Perai. Perincian mengenai pusat Confinement Centre yang berlesen dan tidak berlesen adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang mempertimbangkan Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan Anak (Confinement Centre) mengguna pakai garis panduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika, Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan Anak dan Pusat Jagaan Orang Tua di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Garis panduan tersebut telah diterima pakai oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) sejak 26 November 2015 (pindaan terkini 28 Jun 2018). Bagi pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula menggunapakai garis panduan Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan Anak (Confinement Centre) seperti di Lampiran B.

(b) Kerajaan Negeri sehingga kini masih belum mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan latihan kursus tertentu kepada pengusaha Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan Anak (Confinement Centre).

(c) Sebelum ini, Confinement Centre adalah di bawah pemantauan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Namun sejak 2016, merujuk kepada surat bernombor rujukan KKM.600-30/3/4 (55) bertarikh 5 September 2016 yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, mengarahkan pemberhentian perkhidmatan

Page 455: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

455

perawatan postnatal oleh anggota Jururawat Kesihatan Awam KKM kerana isu keselamatan pesakit dan perundangan medicolegal.

Selaras dengan Seksyen 3, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lagi mengawal selia penubuhan mana-mana Confinement Centre di Malaysia yang menyediakan penjagaan ibu dan anak baru lahir yang sihat.

Tindakan kerajaan negeri melalui PBT untuk kawalan keselamatan pusat Confinement Centre tersebut adalah seperti berikut:

(i) Mendapat pengesahan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia perlu diperolehi sebelum Permohonan Kebenaran Merancang dikemukakan;

(ii) Mengambil tindakan pengeluaran Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan dan tindakan pengeluaran kompaun terhadap Confinement Centre yang tidak berlesen; dan

(iii) Mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap pemilik Confinement Centre di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen, kerana menjalankan tanpa lesen.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 23)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Berapakah kos penyelenggaraan dan pembersihan untuk pasar/astaka makanan/TPS/PSS/kompleks di bawah seliaan MBPP setiap bulan. Senaraikan.

(a) Sila nyatakan juga jumlah amaun lesen/sewa yang dikutip oleh Majlis ikut kategori pasar/astaka makanan/TPS/PSS/ kompleks masing-masing pada setiap bulan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan dan pembersihan bagi pasar/astaka makanan/ tapak penjaja sementara (TPS)/Penjaja Statik Sementara (PSS)/kompleks di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tahun 2018 adalah masing-masing berjumlah RM1,770,253.02dan RM3,800,307.24. Perincian kos adalah seperti di Lampiran A dan B.

(b) Jumlah keseluruhan kutipan lesen dan sewa bagi pasar/astaka makanan/ Tapak Penjaja Sementara (TPS)/Penjaja Statik Sementara (PSS)/kompleks di bawah seliaan MBPP bagi tahun 2018 adalah masing-masing berjumlah RM225,650.41 dan RM1,267,077.99. Perincian kutipan lesen dan sewa adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (NO. 24)

Page 456: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

456

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Masalah penunggang motosikal enggan mengguna lorong motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu semakin berleluasa dan mengakibatkan risiko kemalangan kepada para pengguna lebuhraya.

(a) Apakah usaha/ tindakan bersepadu diambil oleh pihak-pihak terlibat untuk mencegah dan menangani permasalahan ini demi keselamatan pengguna lebuhraya. Huraikan dengan terperinci.

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Kerajaan Negeri bersama pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa bekerjasama dalam menangani masalah penunggang motosikal yang enggan menggunakan lorong motosikal serta mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu. Antara tindakan yang telah diambil adalah :-

(i) Pemasangan papan tanda larangan motosikal menggunakan laluan kereta di lokasi bersesuaian sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu; dan

(ii) Kawalan lalu lintas dan penguatkuasaan setiap pagi mulai jam 7.00 hingga 10.00 pagi dilakukan di laluan tersebut untuk memastikan penunggang motosikal menggunakan lorong motosikal yang disediakan. Saman akan dikeluarkan pada penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan tersebut.

Sejak 3 tahun lepas, sejumlah 2050 saman telah dikeluarkan termasuk 678 bagi tahun 2019 sahaja.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Memandangkan borang permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak lagi perlu tandatangan wakil rakyat.

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengurangkan birokasi untuk borang permohonan rumah sewa PPR, rumah mampu milik, dan juga rumah sewa MBPP, di mana borang-borang ini tidak lagi memerlukan tandatangan wakil rakyat ataupun Ahli Majlis?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih menggunapakai Borang PN1 (Pindaan 1/2019) Permohonan 1 Unit Rumah Mampu Milik dan Borang PN3 (Pindaan 1/2016) Permohonan Menyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) / Rumah Sewa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri turut mensyaratkan agar kesemua borang ini turut ditandatangani oleh saksi terdiri dari sama ada :

(i) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan;

(ii) Ahli Parlimen;

Page 457: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

457

(iii) Ahli Dewan Undangan Negeri;

(iv) Jaksa Pendamai;

(v) Pengamal Undang-Undang;

(vi) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professsional; dan

(vii) Penghulu Kerajaan.

Tujuan penyaksian ini agar maklumat yang diisytiharkan oleh pemohon dapat disahkan oleh individu yang dihormati masyarakat dan berkredibiliti dan berwibawa selaras dengan Akta Keterangan 1950 (Akta 56). Oleh itu, Kerajaan Negeri setakat ini tidak berhasrat untuk mengecualikan syarat pengesahan oleh saksi tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Pusat Veterinar MBPP di Jalan Sungai terletak berhampiran dengan kawasan perumahan yang padat dengan penduduk.

(a) Nyatakan secara terperinci, langkah-langkah diambil untuk menjamin alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat tidak terjejas misalnya dari segi rawatan air buangan dan najis binatang yang mengalir ke dalam parit atau sungai, bau busuk dan lain-lain.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memelihara alam sekitar dan menjaga kesihatan penduduk di sekitar Pusat Veterinar MBPP di Jalan Sungai adalah seperti berikut:-

(i) Rumah Sembelih MBPP di Jalan Sungai mempunyai satu sistem menyalurkan air kumbahan dari rumah sembelih dan kandang-kandang haiwan ke sistem saluran Indah Water Konsortium (IWK).

(ii) Sisa pepejal dari Rumah Sembelih MBPP diasingkan dengan sebuah mesin pengasingan yang terletak bersebelahan rumah sembelih.

(iii) Sisa pepejal yang telah diasingkan, dimasukkan ke dalam plastik hitam dan dibuang ke dalam tong “ML Bin” dan dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung pada hari yang sama selepas penyembelihan.

(iv) Pembersihan rumah sembelih dan kandang-kandang haiwan dijalankan pada setiap hari bagi memastikan kebersihan dan mengelakkan pencemaran bau.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Senaraikan dengan terperinci;

(a) Jumlah bilangan rumah warga tua dan warga OKU yang berlesen/tanpa lesen serta jumlah bilangan warga tua dan warga OKU terlibat.

(b) Perancangan kerajaan untuk memastikan semua rumah kebajikan diusahakan dengan baik.

Page 458: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

458

(c) Bantuan atau grant oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri untuk membantu rumah kebajikan warga tua/warga OKU yang berkonsep bukan keuntungan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Jumlah bilangan rumah warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berlesen/tanpa lesen serta jumlah bilangan warga tua dan warga OKU terlibat adalah seperti berikut:-

BIL KATEGORI BILANGAN PUSAT JAGAAN JUMLAH PENGHUNI

1 Warga emas Berdaftar 867

16

Tidak Berdaftar 1,045

50

2 OKU Berdaftar 418

9

Tidak Berdaftar 183

5

Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:-

DAERAH BILANGAN PUSAT JAGAAN

BILANGAN PENGHUNI

BILANGAN PUSAT

JAGAAN

BILANGAN PENGHUNI

OKU WARGA EMAS

Timur Laut 8 373 41 1247

Barat Daya 2 50 5 109

Seberang Perai Utara

2 78 9 263

Seberang Perai Tengah

2 100 8 250

Seberang Perai Selatan

0 0 3 43

JUMLAH 14 601 66 1912

(b) Perancangan kerajaan untuk memastikan semua rumah kebajikan diusahakan dengan baik adalah seperti berikut:-

(i) Memastikan semua pusat jagaan perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Pusat Jagaan 1993;

(ii) Semua data pusat jagaan berdaftar dan tidak berdaftar direkod dan dikemaskini dari masa ke semasa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(iii) Semua pusat jagaan ini akan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut bagi mengambil langkah keselamatan penghuni supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kes-kes penderaan, pengabaian kebajikan penghuni dan sebagainya; dan

(iv) Kerajaan Negeri juga telah menjalankan Program Pemutihan Pusat Jagaan supaya semua pusat jagaan berdaftar dengan JKM dengan pemberian diskaun 90% bagi proses tukar guna bangunan sehingga 31 Disember 2019.

Page 459: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

459

(c) Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperuntukkan sejumlah geran kepada pertubuhan sukarela kebajikan warga emas dan pertubuhan sukarela kebajikan orang kurang upaya (OKU) seperti berikut:-

Bil Kategori Pusat Jagaan Jumlah Geran Diluluskan

1 Warga Emas RM43,800.00

2 OKU RM1,331,710.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM1,375,510.00

Perincian adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 28)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Perumahan Taman Sri Pinang menghadapi berbagai masalah sosial dan penyelenggaraan mengakibatkan banyak unit kediaman, unit kedai dan astaka makanan terbiar.

(a) Apakah usaha/langkah-langkah penambahbaikan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri misalnya mentransformasikan unit-unit terbiar kepada jenis studio, program CSR bersama pihak swasta dan sebagainya demi kebajikan masyarakat setempat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Jumlah keseluruhan unit kediaman di Taman Sri Pinang adalah sebanyak 1,081 unit. Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,009 unit adalah di bawah pemilikan individu, manakala baki tujuh puluh dua (72) unit lagi di bawah pemilikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan komposisi empat puluh lapan (48) unit kuarters, lapan belas (18) unit rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta enam (6) unit yang masih kosong. Sebanyak 219 unit kedai dan gerai makanan masih kosong daripada 443 unit jumlah keseluruhan kedai dan gerai makanan milik MBPP di Kompleks Jalan Sungai, Taman Sri Pinang. Butiran terperinci adalah seperti berikut:

BIL PERKARA UNIT KOSONG JUMLAH UNIT

1. Unit Kediaman Taman Sri Pinang 6 1,081

2. Unit Kedai Kompleks Jalan Sungai 204 413

3 Kompleks Gerai Makanan Jalan Sungai 15 30

JUMLAH KESELURUHAN 225 1,524

Page 460: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

460

(a) Usaha atau langkah-langkah penambahbaikan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mentransformasikan unit-unit kosong dalam Taman Sri Pinang adalah seperti berikut:

• Bekerjasama dengan pihak Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan YB ADUN kawasan untuk mengkaji sebarang cadangan transformasi unit-unit kedai yang kosong di Taman Sri Pinang dengan menjadikannya sebagai perpustakaan, pusat tuisyen, pusat MakerSpace dan sebagainya;

• Menempatkan penjaja-penjaja ke dalam kompleks perniagaan berkenaan;

• Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kerosakan;

• Mengadakan Request For Proposal (RFP) bagi mencari pihak yang kreatif dalam menghidupkan semula Kompleks Jalan Sungai; dan

• Mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menggunakan unit kedai MBPP di Taman Sri Pinang ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. MBPP menghadapi kekangan dan bermasalah mengambil tindakan segera apabila isu-isu terlibat tanah Kerajaaan Negeri. Tindakan yang sedia ada hanya memberi notis kepada Jabatan Kerajaan Negeri yang berkenaan.

(a) Apakah langkah penyelarasan bersepadu/ kaji semula di antara MBPP dan Kerajaan Negeri supaya mempermudahkan sebarang tindakan segera yang perlu diambil oleh MBPP. Huraikan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi tanah persendirian dan kerajaan. Pentadbir Tanah pula dikuasakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penceroboh-penceroboh tanah kerajaan sahaja di bawah Kanun Tanah Negera 1965.

Penyelarasan tindakan penguatkuasaan antara PBT dan Pentadbiran Tanah Daerah (PTD) diselaraskan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 1 Februari 2019 seperti berikut:

(i) Bangunan sedang dalam pembinaan tanpa kelulusan di atas tanah persendirian dan kerajaan.

PBT dan PTD mengikut bidang kuasa masing-masing boleh terus mengambil tindakan penguatkuasaan segera tanpa perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan tetapi memadai dengan hanya memaklumkan kepada ADUN Kawasan berkenaan.

Page 461: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

461

(ii) Bangunan Lama / sedia ada

- Tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan sepenuhnya bagi tanah milik dan kerajaan.

PBT perlu memaklumkan sahaja tindakan penguatkuasaan yang akan diambil kepada ADUN kawasan. Pihak PBT perlu mendapat persetujuan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebelum tindakan penguatkuasaan diteruskan dan keputusan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan adalah muktamad.

- Dibawah bidang kuasa Pentadbir Tanah Daerah

Bagi bangunan lama / sedia ada di atas tanah kerajaan, Pentadbir Tanah Daerah perlu merujuk kepada Jawatankuasa Tanah Negeri setelah mendapat ulasan YB ADUN kawasan dan keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri adalah muktamad.

(iii) Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

Bagi struktur-struktur yang berkaitan dengan RIBI, PBT dan PTD perlulah mendapat ulasan daripada Jawatankuasa RIBI

terlebih dahulu sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan.

XXI. Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah pemaju Bandar Tasek Mutiara disyaratkan untuk menaiktaraf jejambat sedia ada?

(a) Sila nyatakan jumlah unit rumah dan kedai sedia ada dan yang telah diluluskan?

(b) Adakah MPSP atau JKR mempunyai data isipadu trafik harian yang melintasi jejambat?

(c) Bilakah Jalan Tasek Mutiara 10 akan disambungkan dengan Hijauan Hills?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Terdapat sebuah jejambat sedia ada di kawasan Bandar Tasek Mutiara yang menghubungkan Jalan Persekutuan dengan Jalan Tasek Mutiara 2. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak meletakkan sebarang syarat kepada pemaju untuk menaik taraf jejambat tersebut.

(a) Terdapat sebanyak 6,676 unit rumah dan 31 unit kedai sedia ada di Bandar Tasek Mutiara manakala jumlah unit rumah dan kedai yang telah diluluskan dari tahun 2012 sehingga Mac 2019 di Bandar Tasek Mutiara adalah sebanyak 5,431 unit rumah dan 267 unit kedai. Daripada jumlah yang diluluskan tersebut, 3,194 unit rumah dan 157 unit kedai telah siap dibina.

(b) Mengikut data bancian yang dilakukan oleh MPSP pada 6 September 2016 dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, data isipadu trafik yang direkodkan adalah 5,908 unit kereta penumpang untuk 12 jam. Bagi data bancian isipadu trafik terkini yang melintasi jejambat, MPSP hanya mempunyai data untuk satu

Page 462: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

462

jam sahaja berdasarkan bancian pada 16 Mei 2018 iaitu 1,277 unit kereta penumpang untuk 1 jam pada waktu puncak pagi manakala 626 unit kereta penumpang untuk 1 jam pada waktu puncak petang.

(c) Setakat ini MPSP tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyambung Jalan Tasek Mutiara 10 ke Hijauan Hills. Pihak pemaju juga tidak mengemukakan sebarang pelan kebenaran merancang bagi tapak tersebut. Walau bagaimanapun, penyambungan jalan akan disyaratkan sekiranya pembangunan dilakukan di atas lot tersebut mengikut jajaran jalan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Dalam pelan persempadan MPKK, Taman Kesumba, Taman Kuang dan Taman Jelita dimasukkan dalam MPKK Badak Mati.

(a) Adakah ketiga-tiga kawasan ini telah dimasukkan dalam DUN Bukit Tambun?

(b) Sila kemukakan pelan sempadan DUN Bukit Tambun dan nyatakan jumlah pengundi terkini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. (a) Berdasarkan semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya dua (2) kawasan iaitu Taman Kuang dan Taman Jelita yang di masukkan di dalam Daerah Mengundi DUN Bukit Tambun dan dimasukkan di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Badak Mati. Manakala, Taman Kesumba adalah di dalam DUN Sungai Bakap dan dimasukkan di bawah MPKK Sungai Bakap Selatan.

(b) Pelan sempadan Bukit Tambun boleh dirujuk kepada Pelan Warta P.W. 1126 bagi P046 Batu Kawan. Berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2018 yang diwartakan pada Februari 2019 jumlah pemilih berdaftar bagi DUN N.18 Bukit Tambun adalah seramai 26,420 orang pemilih.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Senaraikan semua rumah pangsa kos rendah, pangsapuri mampu milik dan perumahan strata bertanah di DUN Bukit Tambun.

(a) Nyatakan skim-skim yang memiliki MC dan JMB?

(b) Apakah tindakan COB MPSP untuk membantu menubuhkan JMB atau MC?

(c) Adakah Bahagian Perumahan dapat menyalurkan peruntukan kepada skim-skim yang masih belum menubuhkan JMB atau MC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Terdapat sejumlah 17 skim perumahan berstrata yang terdiri daripada 13 skim perumahan rumah pangsa kos rendah dan empat (4) skim perumahan strata bertanah di KADUN Bukit Tambun. Manakala di KADUN ini, tiada skim perumahan bagi pangsapuri mampu milik. Senarai penuh bagi skim perumahan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Page 463: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

463

(a) Di KADUN Bukit Tambun, terdapat lima (5) skim perumahan yang telah ditubuhkan MC, empat (4) skim perumahan telah ditubuhkan JMB serta lapan (8) lagi skim perumahan masih belum ditubuhkan JMB/MC dan ianya adalah seperti di Lampiran B.

(b) Tindakan yang diambil oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam membantu penubuhan JMB/MC adalah seperti berikut:

• Mengeluarkan surat peringatan kepada pemaju untuk menubuhkan JMB/MC;

• Taklimat kepada penduduk/pemaju bagi penubuhan JMB/MC;

• Mengeluarkan surat pelantikan wakil penduduk untuk mengadakan AGM;

• Program "Anak Angkat" untuk skim bermasalah;

• Meningkatkan kesedaran kepentingan penubuhan JMB/MC berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk skim-skim yang tidak aktif;

• Mengadakan pendidikan berkaitan strata kepada komuniti berstrata; dan

• Mengadakan seminar tahunan kepada JMB/MC dan pemaju.

(c) Bahagian Perumahan tidak mempunyai peruntukan khas bagi membantu skim-skim perumahan selain Perumahan Awam Kerajaan Negeri (PAKR) yang masih belum menubuhkan JMB/MC.

RUJ. LAMPIRAN A, DAN B (NO. 3)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Sila senaraikan semua kandang khinzir di Perkampungan Valdor.

(a) Nyatakan jumlah kandang yang telah mengemukakan pelan bangunan di bawah pemutihan?

(b) Apakah status cadangan loji kumbahan berpusat?

(c) Apakah tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Veterinar terhadap gejala pembakaran khinzir yang mati?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada 24 November 2016 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu yang berbangkit dari ladang-ladang ternakan khinzir konvensional yang beroperasi di Pulau Pinang. Selaras dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah mewajibkan semua penternak khinzir untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada sistem ladang tertutup selewat-

Page 464: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

464

lewatnya pada 31 Disember 2019. Buat masa ini, terdapat sejumlah 43 ladang khinzir beroperasi di Perkampungan Valdor seperti di Lampiran A.

(a) Daripada 43 ladang tersebut, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menerima dan meluluskan enam (6) pelan bangunan bagi tujuan ladang khinzir di Valdor.

(b) Cadangan pembinaan loji kumbahan berpusat atau loji janakuasa elektrik biogas/biomass di Valdor ini merupakan inisiatif oleh syarikat swasta. Projek ini telah diluluskan pengecualian Pelan Kebenaran Merancang dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Disember 2017 dan disahkan pada 3 Januari 2018. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya telah menetapkan bahawa projek ini perlu mematuhi keperluan penyediaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling atauEnvironmental Impact Assessment (EIA) dan pada 8 Januari 2019, Terma Rujukan atau Term of Reference (TOR) bagi EIA ini telah diluluskan oleh JAS. Status terkini projek ini adalah masih dalam penyediaan EIA sepertimana yang disyaratkan oleh JAS.

(c) Berhubung kes pembakaran khinzir yang mati oleh penternak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan setelah Peraturan-peraturan Perlesenan Babi dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, buat masa ini, MPSP sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan dengan memberikan notis dan kompaun terhadap pengusaha yang melakukan aktiviti pembakaran khinzir yang mati seperti perincian berikut:

Tahun/Perkara 2017 2018 2019 (sehingga

bulan Mac)

Kompaun 13 13 8

Notis 0 0 2

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 4)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sila nyatakan semua masjid dan surau di DUN Bukit Tambun.

(a) Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara masjid dan surau?

(b) Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk tujuan pembaikan dan penaiktarafan masjid dan surau?

(c) Adakah Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan bagi tujuan pembaikan dan penaiktarafan?

Page 465: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

465

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Terdapat empat (4) buah masjid qariah dan 17 buah surau di dalam kawasan DUN Bukit Tambun. Senarai masjid dan surau tersebut adalah seperti jadual berikut:

BIL MASJID BIL SURAU

1. Masjid Bukit Tambun, 14110 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

1.

Surau As-Syakirin, Lot 8058, Lorong Merpati Indah 3, Taman Merpati Indah, Bukit Tambun, 14110 Simpang Empat, Pulau Pinang

2. Masjid Kampung Batu Kawan, 14110 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

2. Surau Ladang Batu Kawan, Simpang Ampat, 14110 Nibong Tebal

3. Surau An-Nur, Taman Intan Cempaka, Batu Kawan, 14110 Simpang Ampat, S.P.S

4. Surau Al Amin, Jalan Tanjung Permai 1, Villa Tanjung Permai, 14100 Bandar Cassia, Batu Kawan, Sps

5. Surau Al-Falah Taman Halaman Seroja, Bandar Cassia, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

6. Surau At-Tahalli, Lorong Tanjung 4, Tmn Mutiara Tanjung, 141100 Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Masjid Al-Ihsaniah, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

7. Surau Ar-Rahman, Tmn Tempua, No 1, Lrg Tempua 1, Tmn Tempua 14100, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

8. Surau Ar-Rasyidin, Lorong Tambun Indah 4, Taman Tambun Indah, 14100, Simpang Ampat, Pulau Pinang

9. Surau Al-Wahdatul Fikriyyah, Jln Idaman 3, Taman Idaman, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

10. Surau Taman Merak Jaya, Lorong Merak 63, Taman Merak Jaya 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

11. Surau Al-Syakirin, Lorong Belibis 22, Taman Belibis, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

12. Surau Taman Tambun Jaya 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

13. Surau Darul Mukmin, Jln Merak 2, Taman Merak, 14200 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

Page 466: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

466

14. Surau Murai Jaya, Jln Murai Jaya 1, Taman Murai Jaya, 14100, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

15. Surau An-Nahdhah, Kampong Baru, Simpang Ampat 14100 Seberang Perai Selatan

16. Surau Taman Kasawari, Lot 5500, Lorong Kasawari 5, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

17. Surau Muhtadin Taman Perdana, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

4. Masjid Pulau Aman, 14110 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

(a) Secara umumnya tanggungjawab menyelenggara masjid dan surau diselaraskan oleh JHEAIPP. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab bersama pihak kariah sendiri membantu MAINPP dan JHEAIPP menyelenggara masjid dan surau di kawasan masing-masing.

(b) Bagi tahun 2019, pihak Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP menyediakan peruntukan berjumlah RM2.5 juta bagi tujuan pembaikan kecil serta menaiktaraf masjid dan surau.

(c) Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPP) juga ada menyalurkan peruntukan bagi tujuan pembaikan dan menaiktaraf masjid dan surau. Bagi tahun 2019 Kerajaan Persekutuan melalui PPPP meluluskan peruntukan berjumlah RM246,858.00 bagi tujuan tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Adakah Perbadanan Pengurusan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah beroperasi?

(a) Apakah rancangan untuk memperkasakan pengurusan Stadium Batu Kawan?

(b) Siapakah bertanggungjawab terhadap pembangunan baki tanah Stadium Batu Kawan?

(c) Apakah perbezaan kuasa dan fungsi antara Perbadanan dengan Pihak Berkuasa Tempatan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Enakmen Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017 telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017. Enakmen ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk memperbadankan stadium dan kawasan lapang di Pulau Pinang. Perbadanan ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 2019 dan sedang dalam proses terakhir perlantikan Ketua Eksekutif.

Page 467: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

467

(a) Setakat ini, Penang Development Corporation (PDC) telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai pihak yang menguruskan kerja-kerja penaiktarafan dan pembaikan serta penyelenggaraan di Stadium Negeri, Batu Kawan dan sejumlah RM12.1 juta telah dibelanjakan untuk pengurusan stadium tersebut. Memandangkan usaha memperkasakan pengurusan stadium memerlukan kos yang tinggi, pihak PDC akan berbincang dengan Kerajaan Negeri setelah Perbadanan ini beroperasi sepenuhnya.

(b) Kerajaan Negeri masih belum ada perancangan yang kukuh dan akan berbincang dengan pihak yang berkepentingan bagi pembangunan terhadap baki tanah Stadium Batu Kawan.

(c) Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang merupakan satu Badan yang ditubuhkan di bawah perundangan Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu melalui Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Perbadanan Stadium ditubuhkan untuk menguruskan stadium, kemudahan sukan dan kawasan lapang di Pulau Pinang sementara fungsi PBT adalah sangat luas termasuk kerja-kerja pembersihan, pengawalan tempat-tempat awam, termasuk jalan dan lorong belakang, parit, taman perumahan dan sebagainya.

Ringkasan perbezaan kuasa dan fungsi antara Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang 2017 dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 6)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Apakah perkembangan pengambilan balik tanah di Jalan Paboi?

(a) Sekiranya pengambilan diteruskan, sila nyatakan anggaran kos pengambilan dan pampasan?

(b) Sila nyatakan anggaran kos pembinaan persimpangan bertingkat Timur Batu Kawan?

(c) Adakah PDC berupaya melaksanakan proses pengambilan tanah dan pembinaan persimpangan bertingkat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Cadangan Pengambilan Tanah di Jalan Paboi telah diwartakan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 pada 19 November 2015 (No. Warta : 1147) dan 26 April 2018 (No. Warta : 702) melibatkan 45 lot di kawasan Bukit Tambun, Mukim 14, Seberang Perai Selatan seluas 42.972 ekar (173,901.6679 meter persegi) untuk tujuan awam iaitu pembinaan jalan dan persimpangan bertingkat.

(a) Anggaran kos pengambilan dan pampasan belum ditetapkan lagi memandangkan pihak PDC masih meneruskan kajian terhadap lot-lot terlibat. Pihak PDC perlu memohon pewartaan di bawah Seksyen 8, APT 1960 bagi

Page 468: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

468

membolehkan pengambilan diteruskan dan anggaran kos pengambilan dan pampasan dibuat dengan lebih tepat.

(b) Kos pembinaan persimpangan bertingkat dianggarkan berjumlah RM150 juta.

(c) PDC telah meneliti keupayaan pembiayaan projek pembangunan ini dan telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui RMK-11 Rolling Plan 4 Tahun 2020. Projek ini amat penting untuk kemudahan rakyat bagi mengatasi masalah trafik di persimpangan Bukit Tambun dan juga pertambahan penduduk di Bandar Cassia. Cadangan Pembinaan Jalan dan Persimpangan Bertingkat juga akan menyuraikan trafik keluar / masuk daripada Bandar Cassia terus ke Lebuhraya Utara-Selatan bagi menampung jumlah isipadu kenderaan dan aliran lalu lintas pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Apakah status pemilikan IKS Simpang Ampat dan IKS Tasek?

(a) Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan parit?

(b) Adakah PERDA mempunyai peruntukan dan pasukan penyelenggaraan?

(c) Adakah Kerajaan Negeri bercadang menyelaras kerja penyelenggaraan di semua kawasan perindustrian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Ampat dan kawasan IKS Tasek dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Wilayah Utara (PERDA). Sebahagian besar lot-lot IKS di kawasan ini telah pun dijual dan sebahagiannya masih dalam pemilikan PERDA.

(a) Kerja-kerja penyelenggaran jalan dan parit / saliran di kedua-dua kawasan IKS ini dilaksanakan oleh PERDA berdasarkan kepada aduan yang diterima. Manakala kerja-kerja pembersihan / kutipan sampah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

(b) PERDA tidak mempunyai pasukan penyelengaraan sendiri tetapi kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit / saliran akan dilaksanakan bila ada aduan dan keperluan dengan melantik kontraktor luar.

(c) Kerajaan Negeri telah mengambil langkah pelaksanaan untuk menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan industri dengan menubuhkan satu jawatankuasa iaitu Business and Industrial Park Enhancement Council (BIPEC) pada awal 2019 dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1 dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai urus setia. Jawatankuasa ini antara lain, diberi peranan untuk melihat isu-isu berkaitan kuasa dan bidang kuasa agensi-agensi yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan khususnya di kawasan industri. Setakat ini, daripada maklum balas yang diterima terdapat percanggahan atau pertindihan di antara agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan pemaju kawasan industri sendiri mengenai bidang kuasa untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit / saliran di kawasan-kawasan industri tertentu. Oleh yang demikian BIPEC

Page 469: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

469

sedang meneliti perkara ini dan penyelarasan akan dibuat supaya masalah ini dapat diselesaikan di antara semua agensi terlibat.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah anggaran jumlah keluarga dan isi rumah golongan B40 di Negeri Pulau Pinang?

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula syarat-syarat permohonan AES?

(b) Apakah jenis bantuan kepada golongan B40 selain AES?

(c) Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk mengubah kehidupan golongan B40 selain bantuan kewangan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Berdasarkan unjuran daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2016, anggaran jumlah keluarga dan isi rumah bagi kategori B40 di Negeri Pulau Pinang melibatkan 3,826 keluarga.

(a) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mengkaji dan meneliti semula keseluruhan pelaksanaan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) termasuk syarat-syarat permohonan bantuan. Disamping Kerajaan Negeri bercadang untuk untuk mengkaji semula keperluan meneruskan bantuan ini memandangkan berlaku pertindihan bantuan kemiskinan antara Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan AES. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu diperhalusi dan diteliti dengan terperinci sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

(b) Jenis-jenis bantuan kepada golongan B40 selain AES adalah seperti berikut:-

(i) Program iSejahtera

Kerajaan Negeri juga melaksanakan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat termasuk golongan B40 yang terdiri dari warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah, pelajar dan bayi yang merangkumi program-program berikut:-

- Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang;

- Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 dan 4, tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban ibu bapa;

- Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap kelahiran rakyat negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-off; dan

- Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU bagi pengurusan jenazah.

Page 470: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

470

(ii) Program Ekonomi Khas

Kerajaan Negeri melaksanakan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan B40 yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang lebih besar. Setakat kini, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM1,653,138.83 kepada 738 orang rakyat miskin di semua daerah.

(iii) Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan diteruskan bagi menggurangkan kemiskinan melalui program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga kini, program ini telah memberikan manfaat kepada seramai 3,235 orang usahawan termasuk golongan B40.

(iv) Tabung Usahawan Tani (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia dari kalangan B40 untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan Program Usahawan Tani Muda sebanyak RM750,000 dan sehingga April 2019, sebanyak RM713,000 telah diagihkan kepada 131 orang belia yang terdiri daripada golongan B40 untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(v) Penang Career Assistance And Talent Centre

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk golongan B40 berdasarkan penawaran oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Mac 2019, seramai 10,975 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,490 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Page 471: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

471

(vi) Program Meister Malaysia

Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut. Manakala bagi Program Meister Malaysia, Kerajaan Negeri telah membiayai 162 orang temasuk golongan B40 bagi meningkatkan bakat mereka dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0 ini.

(c) Bagi memastikan kehidupan golongan B40 berubah dan mampuberdikari, Kerajaan Negeri sentiasa menawarkan pelbagai program dan bantuan selain kewangan bagi membantu golongan B40 meningkatkan kemahiran, mengembangkan perniagaan dan meningkatkan endapatan, menyediakan perkhidmatan pemadanan kerja serta latihan sambil bekerja. Perincian program adalah seperti di para (b) (ii),(v) dan (vi).

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Senaraikan nama, alamat dan no telefon bagi semua kontraktor pembersihan di DUN Bukit Tambun dan nyatakan jumlah bayaran dan tempoh untuk setiap kontrak.

(a) Adakah kontraktor dibenarkan melantik sub kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan?

(b) Adakah kontraktor dibenarkan mengupah tenaga kerja asing?

(c) Adakah kerja-kerja pembersihan telah meliputi kawasan kampung?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melantik satu syarikat kontraktor pembersihan sahaja. Butiran kontraktor tersebut adalah seperti di berikut:

Nama Kontraktor Suria Trading

Alamat Operasi Lot 10, Tingkat Bawah, Kompleks Letak Kereta MBPP, Lebuh Pantai, Timur Laut, 10300 Timur Laut Pulau Pinang

No. Telefon 04-6495167 / 012-4480636

Bayaran (sebulan) RM147,680.00

Tempoh Kontrak 1 Mei 2019 hingga 30 April 2021 dengan opsyen tambahan selama 12 bulan tertakluk kepada keputusan MPSP

Page 472: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

472

(a) Mengikut kontrak perjanjian, kontraktor tidak dibenarkan memajak (sub-kontrak) keseluruhan perkhidmatan atau mana-mana bahagian perkhidmatan kepada mana-mana pihak.

(b) Mengikut kontrak perjanjian juga, kontraktor dibenarkan untuk mengupah tenaga kerja asing yang sah dengan syarat tidak melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

(c) Kerja-kerja pembersihan di kawasan kampung hanya melibatkan jalan-jalan di kawasan kampung yang berdaftar dalam sistem MARRIS.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Nyatakan jumlah kenderaan dan kutipan tol yang diperolehi dari Oktober 2018 hingga Mac 2019 di;

(a) Jambatan Pulau Pinang

(b) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

(c) Rapid Feri

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang sejak Oktober 2018 sehingga Mac 2019 adalah sebanyak 13,730,797 buah kenderaan dengan jumlah kutipan tol berjumlah RM86,550,997.92. Perincian jumlah kenderaan dan kutipan tol mengikut kategori kelas kenderaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sejak Oktober 2018 sehingga Mac 2019 adalah sebanyak 5,093,026 buah kenderaan dengan jumlah kutipan tol berjumlah RM23,499,932.80. Perincian jumlah kenderaan dan kutipan tol mengikut kategori kelas kenderaan adalah seperti di Lampiran B.

(c) Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan Rapid Feri sejak Oktober 2018 sehingga Mac 2019 adalah sebanyak 718,660 buah kenderaan dengan jumlah kutipan bayaran sebanyak RM3,003,583.00. Perincian jumlah kenderaan dan kutipan bayaran mengikut kategori kelas kenderaan adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPAIRAN A, B DAN C (NO. 11)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Nyatakan jumlah penumpang yang menaiki bas CAT Batu Kawan, CAT Nibong Tebal dan CAT Alma dari Oktober 2018 hingga Mac 2019.

(a) Bagaimanakah sambutan penduduk Taman Merak terhadap CAT Batu Kawan?

(b) Nyatakan jumlah penumpang yang menaiki bas pengantara antara Design Village dengan IKEA.

Page 473: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

473

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Jumlah penumpang yang menaiki Bas Congestion Alleviation Transport (CAT) Batu Kawan, CAT Nibong Tebal dan CAT Alma bermula dari Oktober 2018 hingga Mac 2019 adalah seperti berikut :

Laluan Bas CAT

Oktober 2018

November 2018

Disember 2018

Januari 2019

Februari 2019

Mac 2019

Jumlah Penumpang

Batu Kawan

6,512 7,287 8,441 8,098 8,043 8,975 47,356

Nibong Tebal

5,292 4,349 4,288 6,365 5,659 6,401 32,354

Alma 3,736 3,743 4,189 4,327 3,853 4,531 24,379

Jumlah 15,540 15,379 16,918 18,790 17,555 19,907 104,089

(a) Kerajaan Negeri bersama-sama pihak Rapid Penang dan ADUN Bukit Tambun telah membuat penambahbaikan laluan bermula pada 14 Januari 2019 di mana bas CAT mula melalui Taman Merak. Selepas dua (2) bulan beroperasi di laluan baharu, terdapat seramai 20 orang penumpang sehari secara purata yang menggunakan perkhidmatan ini di kawasan Taman Merak.

(b) Perkhidmatan bas pengantara ke Design Village dan IKEA disediakan oleh pengurusan Design Village dan IKEA. Jumlah penumpang yang menggunakan khidmat bas pengantara tersebut dari 14 Mac 2019 sehingga 7 April 2019 adalah seramai 1,563 orang.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Adakah Rapid Penang bercadang mengadakan perkhidmatan bas menghubungkan Batu Kawan dengan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang,Terminal Bas Sungai Nibong, Komtar dan Penang Sentral?

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan park and ride di Design Village, C Mart Bandar Tasek Mutiara dan KTM Nibong Tebal?

(b) Huraikan Mutiara-unlimited Travel Pass. Siapakah yang memberi subsidi terhadap program ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Berdasarkan kepada data penumpang sedia ada yang menggunakan laluan bas di kawasan Batu Kawan, pihak Rapid Penang berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menambah laluan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Terminal Bas Sungai Nibong, KOMTAR dan Penang Sentral. Buat masa sekarang, terdapat kemudahan bas sedia ada yang boleh menghubungkan kawasan Batu Kawan ke kawasan yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh, Batu Kawan ke Penang Sentral, pengguna boleh menaiki Bas CAT Batu Kawan ke Simpang Ampat dan kemudian mengambil bas laluan 801 untuk tiba di Penang Sentral. Bagi meneruskan perjalanan ke bahagian pulau, pengguna perlu menaiki feri ke Terminal Bas Pengkalan Weld dan mengambil laluan bas seperti berikut:

Page 474: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

474

(i) Airport Transfer (AT), 401 dan 401E untuk terus ke LTAPP.

(ii) AT dan 401 ke Terminal Bas Sungai Nibong.

(iii) CAT,101,10,11,12,200,201,202,203,204,301,302,303,401,401E dan 502 untuk ke KOMTAR.

Walau bagaimanapun, pihak Rapid Penang akan sentiasa meningkatkan dan memastikan perkhidmatan sedia ada berada pada tahap yang terbaik dan efisien.

(a) Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mewujudkan kawasan Park & Ride di Design Village, C Mart Bandar Tasek Mutiara dan Stesen KTM Nibong Tebal. Design Village dan C Mart Bandar Tasek Mutiara mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk menampung pengguna yang mengunjungi tempat tersebut manakala Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Nibong Tebal dikhususkan untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan KTM sahaja.

(b) Mutiara Unlimited Travel Pass (MUTP) adalah kesinambungan daripada program pas perjalanan tanpa had My50 dan My100 yang telah diperkenalkan di Lembah Klang pada bulan Januari 2019 yang lalu yang diberi subsidi oleh Kerajaan Persekutuan. MUTP merupakan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Feri. Kelayakan pas perjalanan tanpa had ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Kerajaan Negeri bersama pihak Rapid Penang sedang dalam penelitian kaedah pelaksanaan bagi program ini di negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apakah status Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030?

(a) Apakah pindaan yang dibuat selepas pendengaran bantahan awam?

(b) Adakah cadangan Lebuhraya Bandar Baharu - Batu Kawan akan dimasukkan dalam Rancangan Struktur?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.2/2019 pada 14 Mac 2019 sebagaimana peruntukan Subseksyen 10(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

(a) Kerajaan Negeri telah menambah baik kandungan draf RSNPP 2030 dengan mengambil kira syor-syor Jawatankuasa Bantahan dan Pendengaran Awam dari aspek penambahbaikan beberapa penyataan bertulis, pelan subjek dan gambar rajah utama. Selain itu, beberapa penyelarasan telah dijalankan dengan mengambil kira intipati Visi Penang 2030 serta Rancangan-Rancangan Tempatan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Page 475: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

475

(b) Cadangan Lebuhraya Bandar Baharu – Batu Kawan tidak dimasukkan dalam draf RSNPP 2030 kerana cadangan dan perincian/lokasi laluan belum dimuktamadkan oleh pihak berkaitan. Sekiranya cadangan tersebut telah diperincikan dan dimuktamadkan, ia boleh ditunjukkan dalam Rancangan Tempatan yang disediakan oleh pihak MPSP.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bilakah proses penyediaan Rancangan Tempatan Seberang Perai akan dimulakan?

(a) Siapakah consultant yang dilantik dan berapakah kos penyediaan?

(b) Nyatakan tempoh penyediaan dan tarikh jangkaan perwartaan.

(c) Selepas perwartaan Rancangan Tempatan, adakah permohonan perlingkungan semula masih dibenarkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Proses penyediaan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 telah dimulakan sejak 4 September 2017.

(a) Perunding yang dilantik adalah Akitek Jururancang Malaysia Sdn. Bhd. dengan kos keseluruhan berjumlah RM662,566.66.

(b) Tempoh penyediaan Kajian Rancangan Tempatan adalah selama 2 tahun dan tarikh jangkaan pewartaan adalah pada bulan Disember 2019.

(c) Selepas pewartaan RT dibuat, permohonan perlingkungan semula tidak dibenarkan oleh Kerajaan Negeri. Seksyen 12 Akta 172 menyatakan, RT disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan atau disediakan oleh Pengarah Negeri JPBD di atas arahan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) (Seksyen 16A). Jika terdapat sebarang perubahan kepada RT maka Pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh membuat pengubahan, pemansuhan dan penggantian RT sepertimana mengikut Seksyen 16, Akta 172 dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan termasuk mengadakan seranta dan penyertaan awam seterusnya.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Sila huraikan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan kepada MPSP mengikut daerah dan kategori pemajuan dari Oktober 2018 ke Mac 2019.

(a) Jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak?

(b) Jumlah pemajuan yang mendapat COW?

(c) Jumlah pemajuan yang mendapat CCC?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Jumlah permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Oktober 2018 ke Mac 2019 mengikut kategori institut, kediaman, infrastruktur, komersial, perindustrian dan

Page 476: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

476

keagamaan adalah sebanyak 75 permohonan. Perincian mengikut daerah dan pemajuan adalah seperti di Lampiran A.

Jumlah permohonan yang telah mendapat kelulusan ialah sebanyak 32 permohonan, ditolak sebanyak 1 permohonan, dalam proses sebanyak 39 permohonan dan tarik balik sebanyak 3 permohonan.

Sehingga kini, tiada pemajuan yang telah memperolehi Commencement-of Work (COW) dan juga Certificate of Completion and Compliance (CCC).

RUJ. LAMPIARAN A (NO. 16)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Nyatakan jumlah caruman pemaritan yang telah dikutip oleh MPSP dari Januari 2018 ke Mac 2019?

(a) Berapakah jumlah peruntukan yang telah diperolehi oleh MPSP dari tabung caruman pemaritan dalam tempoh yang sama?

(b) Adakah MPSP memohon peruntukan dari tabung ini untuk menaiktaraf longkang-longkang lama yang kehilangan gradian?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jumlah caruman pemaritan yang telah dikutip oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Januari 2018 hingga Mac 2019 adalah berjumlah RM13,459,335.51.

(a) Daripada jumlah tersebut,sejumlah RM1,882,320.00 peruntukan telah diperolehi oleh MPSP bagi tempoh yang sama.

(b) MPSP telah memohon peruntukan tabung caruman pemaritan untuk tujuan menaik taraf longkang-longkang lama yang kehilangan gradian. Sejak tahun 2016 sehingga 2018 sejumlah RM3,757,085.20 telah diluluskan oleh Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir untuk tujuan tersebut dengan perincian projek seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Adakah kuari batu, pasir dan tanah sedia ada yang tiada kelulusan kebenaran merancang perlu mengemukakan semula permohonan perlingkungan semula,kebenaran merancang dan kerja tanah?

(a) Apakah kategori tanah dan zoning yang dibenarkan untuk kuari batu, pasir dan tanah?

(b) Adakah Pihak Berkuasa Negeri atau Tempatan berhak menutup kuari sedia ada telah dikelilingi perumahan?

Page 477: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

477

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Kaedah-Kaedah Kuari Pulau Pinang 2018 telah pun diwartakan dan berkuatkuasa pada 8 November 2018. Melalui kaedah ini, semua kuari-kuari baru dikehendaki mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang dan seterusnya Pelan Kerja Tanah sebelum boleh mula beroperasi.

Bagi kuari-kuari yang telah beroperasi, mereka juga tertakluk kepada peraturan ini namun tempoh moratorium diberikan bagi tahun 2019 oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Mulai tahun 2020, semua kuari dikehendaki patuh kepada peraturan ini.

(a) Kategori tanah yang dibenarkan untuk kuari batu, pasir dan tanah adalah geran jenis first grade, condition A dan B serta mempunyai syarat nyata Perusahaan Kuari. Zoning yang dibenarkan untuk kuari batu, pasir dan tanah adalah zon industri.

(b) Berdasarkan Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Kuari Pulau Pinang 2018 yang telah diwartakan pada 8 November 2018 menyatakan bahawa:

“Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana permit atau lesen jika pemegang permit atau lesen tersebut gagal memenuhi mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau syarat-syarat atau sekatan permit atau lesen itu”.

Seksyen 70A(4) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) menyatakan bahawa:

“Pihak Berkuasa Negeri atau Tempatan berhak menutup kuari sedia ada sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapati timbulnya isu berkaitan keselamatan nyawa dan harta benda. PBT juga boleh memerintahkan kuari tersebut untuk memberhentikan operasi kuari dan mengarahkan kuari mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda.”

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Huraikan status program pemutihan kilang tanpa kebenaran di Seberang Perai.

(a) Apakah tindakan MPSP terhadap kilang-kilang yang tersenarai tetapi belum mengemukakan permohonan pemutihan?

(b) Adakah MPSP akan melancarkan semula program pemutihan untuk kilang-kilang yang tidak tersenarai sebelum ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Program pemutihan kilang tanpa kebenaran di Seberang Perai telah tamat pada 2 Januari 2019. Sebanyak 385 buah kilang dan 83 buah kilang tambahan terlibat dalam program pemutihan ini. Sehingga April 2019 sebanyak 24 buah kilang telah diberikan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Page 478: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

478

(a) Tindakan yang akan/telah diambil terhadap kilang-kilang yang gagal mengemukakan permohonan sepanjang tempoh program pemutihan adalah seperti berikut :

(i) Mengeluarkan tawaran kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan.

(ii) Mengeluarkan Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan dan Notis Menghendaki Penghapusan Kacau Ganggu dalam tempoh tertentu.

(iii) Membatalkan lesen perniagaan MPSP.

(iv) Mengeluarkan Notis Borang F di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

(v) Mengeluarkan Notis Binaan Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 72 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemunya mengkehendaki binaan diruntuhkan.

(vi) Mengeluarkan notis mengosong di bawah Seksyen 72 (6) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemunya mengkehendaki bangunan dikosongkan untuk Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil tindakan meruntuh jika perkara (i) di atas tidak dipatuhi.

(vii) Mengambil tindakan undang-undang di mahkamah di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

(viii) Mengadakan khidmat nasihat melalui perjumpaan dan Program Mesra Pelanggan meminta mereka mengemukakan permohonan.

(b) Sehingga kini MPSP tiada perancangan untuk melanjutkan tempoh pemutihan atau melancarkan semula program ini.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Sila senaraikan semua kolam tadahan air di Seberang Perai Selatan.

(a) Nyatakan kontraktor pembersihan dan jadual pembersihan.

(b) Apakah tindakan MPSP terhadap kolam tadahan yang tidak berfungsi atau dicerobohi?

(c) Adakah MPSP mempunyai perancangan untuk membina kolam tadahan di kawasan berisiko banjir?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Terdapat sejumlah 64 kolam tadahan air di daerah Seberang Perai Selatan. Senarai lokasi kolam tadahan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kontraktor yang bertanggungjawab untuk membersihkan kolam tadahan ini adalah syarikat Perfect Universe Sdn. Bhd. Kerja-kerja pembersihan dijadualkan dengan kekerapan dua (2) kali sebulan.

Page 479: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

479

(b) Bagi menangani masalah kolam tadahan yang tidak berfungsi, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan mengambil tindakan melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada struktur yang rosak dan mengorek enapan yang menyekat aliran air ke dalam kolam bagi membolehkan kolam kawalan banjir berfungsi seperti biasa. Manakala bagi menangani masalah pencerobohan kolam tadahan, MPSP mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Mengeluarkan notis halangan kepada penceroboh di bawah seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133); dan

(ii) Setelah tamatnya notis, MPSP akan mengambil tindakan membuang halangan atau binaan tersebut.

(c) Perancangan MPSP untuk membina kolam tadahan di kawasan berisiko adalah berdasarkan kepada hasil kajian lanjut dan penilaian keberkesanan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan rumah pam yang terlibat.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 20)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Adakah PDC menyediakan tapak Klinik Desa, Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan di Batu Kawan? (a) Adakah tapak-tapak ini diperuntukan secara percuma atau dijual?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah memperuntukkan tapak berkeluasan kira-kira 35 ekar di Bandar Cassia, Batu Kawan bagi tujuan Hospital Kerajaan. Walau bagaimanapun, tapak yang dirancang ini masih di peringkat perbincangan dan tertakluk kepada persetujuan serta kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah projek Rancangan Malaysia.

Dalam amalan sedia ada, tapak yang diperuntukkan ini akan dijual kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan kadar nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sekiranya ia diluluskan. Namun begitu, harga muktamad penjualan tapak berkenaan nanti tertakluk kepada persetujuan kedua-kedua pihak kerana kos pembinaan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk;

(a) Mempercepatkan proses pembayaran khairat kematian.

(b) Memperkasakan Electronic Fund Transfer (EFT) untuk program emas.

(c) Apakah perkembangan program pelajar emas yang ditangguhkan sehingga kini?.

Page 480: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

480

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. (a) Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu kebajikan rakyat khususnya golongan warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti bantuan khairat kematian. Bantuan khairat kematian dikenali sebagai Progam Sumbangan Pengurusan Jenazah dimana waris kepada warga emas, ibu tunggal dan OKU yang meninggal akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000.00 yang disalurkan secaraelectronic fund transfer (EFT) ke akaun bank waris.

Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi pelaksana akan melakukan pembayaran sekiranya dokumen sokongan yang dikemukakan oleh waris lengkap. Berdasarkan ketetapan Kerajaan Negeri, pembayaran perlulah dilakukan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh permohonan untuk mendapatkan wang sumbangan. Bagi setiap permohonan yang berjaya, Pejabat Daerah dan Tanah dan JKM akan mengemukakan surat makluman mengenai status permohonan bersekali dengan sesalinan EFT ke akaun.

Sebagai usaha penambahbaikan lagi pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telahpun melaksanakan pembayaran program secara EFT sepenuhnya dan dibayar pada hari Isnin setiap minggu.

(b) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme pembayaran bagi semua program iSejahtera. Berdasarkan perancangan Kerajaan Negeri, pembayaran secara EFT bagi program iSejahtera dilaksanakan pada tahun 2019 melalui Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal sebagai pilot project dan seterusnya akan dikembangkan ke semua program iSejahtera yang lain.

Pada ketika ini, pembayaran EFT bagi Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) telahpun mula dilaksanakan sejak Mac 2019. Manakala pembayaran bagi lain-lain program akan dilaksanakan setelah segala isu / masalah berbangkit daripada PPWE berjaya diselesaikan.

(c) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sedang meneliti dan mengkaji keperluan meneruskan Program Skim Pelajar Emas memandangkan berlaku pertindihan bantuan dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan yang turut memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid dari sekolah rendah hingga menengah.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa bantuan daripada Kementerian Pendidikan lebih menyeluruh dan memfokuskan kepada golongan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, kajian lebih terperinci perlu dilakukan dan perlu mengambil kira analisis data-data pelajar sedia ada daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang(JPNPP).

Page 481: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

481

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan pada Ogos 2018, Y.A.B Ketua Menteri telah mengarahkan agar sebarang pemajuan didahului dengan permohonan kebenaran merancang dan disusuli dengan permohonan terhadap perihal tanah.

(a) Apakah status kajian kemungkinan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010. Melalui kajian tersebut, satu surat pemakluman kepada Pentadbir Tanah berkaitan Pelaksanaan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Yang Berkaitan Dengan Permohonan Serentak Mengikut Seksyen 124A dan 204D telah diedarkan pada 9 Ogos 2010. Surat makluman tersebut menyatakan bahawa bagi permohonan perihal tanah yang melibatkan OSC hanyalah berkenaan permohonan serentak bagi tujuan pecah sempadan dan pengubahan syarat, sekatan, serta kategori tanah di bawah Seksyen 124A dan permohonan penyerahan balik dan pemberi milikan semula tanah di bawah Seksyen 204D sahaja.

Pada 28 Mei 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri telah bersetuju untuk mengkaji semula konsep proses permohonan perihal tanah melibatkan OSC. Seterusnya pada 18 Julai 2012 pekeliling berkenaan dibatalkan dan digantikan dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang Bilangan 3/2012 iaitu Permohonan Perihal Tanah yang melibatkan OSC. Pekeliling tersebut menyatakan, bagi sebarang cadangan pemajuan, pemilik/pemaju perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP/MPSP) melalui One Stop Centre (OSC). Namun begitu, sebelum permohonan cadangan pemajuan dikemukakan kepada OSC, pemohon perlu memastikan bahawa perihal tanah seperti:

(i) Akta Pemuliharaan Tanah 1967;

(ii) Kawasan Pengairan/ Ordinan Tali Air Yang Diwartakan;

(iii) Syarat Nyata dan Sekatan KepentinganTanah; dan

(iv) Enakmen Air 1967.

di selesaikan terlebih dahulu di Pejabat Tanah berkaitan dan telah mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya tanah-tanah yang terlibat mempunyai sekatan-sekatan seperti yang telah dinyatakan.

Namun begitu, bagi permohonan secara serentak untuk Pecah Sempadan dan Mengubah Syarat, Sekatan Kepentingan dan Kategori Tanah di bawah Sekyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 dan permohonan Penyerahan Balik dan Pemberi-Milikan Semula di bawah Sekyen 204D Kanun Tanah Negara 1965, pemohon boleh mengemukakan permohonan ke OSC dan sekiranya memenuhi syarat, pemohonan akan diberikan kelulusan bersyarat. Selepas menerima kelulusan bersyarat tersebut, pemohon perlu mengemukakan permohonan-permohonan tersebut ke Pejabat Tanah berkaitan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Page 482: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

482

Pejabat Tanah dan Galian telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan di antara pihak Pentadbir Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan PLAN Malaysia pada 14 Mac 2019. Mesyuarat mencadangkan supaya perkara-perkara berikut diteliti:

(i) tanah berstatus First Grade boleh terus memohon Kebenaran Merancang; dan

(ii) bagi tanah-tanah selain tanah First Grade kelulusan secara bersyarat boleh diberikan bagi semua Permohonan Kebenaran Merancang.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan pada November 2018, saya telah mengesyorkan agar Sidang Dewan diadakan tiga kali setahun.

(a) Adakah kajian kemungkinan ini telah dimulakan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Berdasarkan kepada Perkara 6 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menetapkan bahawa “Mesyuarat-mesyuarat Dewan hendaklah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan iaitu supaya tempoh selama enam bulan tidak berlaku di antara persidangan yang terakhir di dalam sesuatu penggal itu dengan tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan persidangan pertama di dalam penggal yang berikut. Justeru pelaksanaan Sidang DUN sebanyak tiga kali setahun boleh dilaksanakan terutama bagi mematuhi perkara 6 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Pelaksanaan ini juga tertakluk kepada fakta-fakta lain seperti keperluan persidangan tersebut, terdapat keperluan kesegeraan persidangan dan lain-lain.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah status Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang?

(a) Apakah Badan Kerajaan Negeri yang akan menerajui perancangan pembangunan di Pulau Aman?

(b) Siapakah yang "operate" perkhidmatan bot sedia ada?

(c) Adakah Rapid Feri bercadang mengambilalih perkhidmatan bot di Pulau Aman?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri telah menetapkan terma rujukan penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan sedang dalam proses untuk melantik perunding bagi tujuan tersebut. Tempoh yang ditetapkan bagi penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang adalah enam (6) bulan. Pelan tersebut akan merangkumi hala tuju dan strategi pelancongan Pulau Pinang untuk tahun 2019-2030.

(a) Badan Kerajaan Negeri yang menerajui perancangan pembangunan di Pulau Aman adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang menetapkan kawalan dan rancangan pembangunan. Dalam pelaksanaan

Page 483: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

483

rancangan pembangunan, PLANMalaysia akan dibantu oleh agensi Kerajaan seperti berikut:

(i) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) yang berfungsi untuk menganalisa dan merangka dasar - dasar, program / aktiviti pembangunan negeri dalam aspek sosio-ekonomi makro dan sektoral;

(ii) Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) yang berfungsi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan projek - projek pembangunan; dan

(iii) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang berfungsi untuk merancang dan mengawal pembangunan mengikut rancangan pembangunan.

(b) Perkhidmatan bot sedia ada di Pulau Aman diuruskan oleh Persatuan Nelayan Pulau Aman dan juga orang perseorangan.

(c) Pada masa ini, Rapid Ferry tidak mempunyai perancangan untuk mengambil alih perkhidmatan bot di Pulau Aman.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Sila huraikan tempoh pemprosesan permohonan ubahsyarat tanah, pecah sempadan, pecah bahagian, pengeluaran warta bukit, pengeluaran warta tali air, pengeluaran enakmen air, pemberian milikan dan penukaran pemilik.

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperkasa dan mempercepatkan proses-proses berkaitan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Tempoh keseluruhan bagi permohonan mengubah kategori penggunaan tanah, pengeluaran warta tanah bukit, pengeluaran warta tali air, pengeluaran enakmen air, dan pemberimilikan bermula dari permohonan difailkan di Pejabat Daerah dan Tanah sehingga surat keputusan dikeluarkan adalah selama 33 minggu manakala proses bagi permohonan pecah bahagian dan pecah sempadan adalah selama 30 minggu.

(a) Satu garis panduan telah dipersetujui oleh semua Pentadbir Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian bagi menyeragamkan dan memendekkan tempoh pemprosesan permohonan-permohonan tanah di daerah masing-masing. Tempoh masa bagi permohonan mengubah kategori penggunaan tanah, pengeluaran warta tanah bukit, pengeluaran warta tali air, pengeluaran enakmen air dan pemberimilikan yang asalnya mengambil masa selama 33 minggu telah dipercepatkan diantara 16 minggu sehingga 26 minggu. Bagi proses pecah bahagian dan pecah sempadan pula, masih dalam semakan untuk ditambah baik.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Sila huraikan status permohonan EIA, TIA, SIA dan kebenaran merancang cadangan pusat pelupusan sisa bahan binaan di Bukit Teh.

Page 484: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

484

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Status permohonan EIA, TIA, SIA dan kebenaran merancang cadangan pusat pelupusan sisa bahan binaan di Bukit Teh adalah seperti berikut:

(i) Environmental Impact Assessment (EIA)

(ii) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengesahkan bidang rujukan/Terms of References (TOR) bagi cadangan Tapak Pusat Kitar Semula Bersepadu Bukit Teh melalui surat bertarikh 18 Januari 2019. Lanjutan itu, pihak PLB sedang dalam penyediaan laporan EIA.

(iii) Traffic Impact Assessment (TIA)

(iv) Pihak PLB telah melakukan proses pengumpulan data bagi laporan TIA, namun laluan masuk ke tapak Bukit Teh masih belum dimuktamadkan disebabkan oleh proses pembelian/pajakan tanah oleh pihak PLB yang masih belum selesai.

(v) Social Impact Assessment (SIA)

(vi) Pihak PLB telah membuat lantikan perunding bagi proses pengumpulan data dan penyediaan laporan SIA. Pihak PLB juga akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk setempat dalam jangka masa terdekat untuk proses pengumpulan data bagi penyediaan laporan tersebut.

(vii) Pelan Kebenaran Merancang (PKM)

(viii) Pihak PLB kini dalam peringkat pra-rundingan dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk permohonan pelan kebenaran merancang.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah status peruntukan khas untuk SMK dan SK di Pulau Pinang?

(a) Bagaimanakah untuk mengemukakan permohonan?

(b) Memandangkan ketiadaan Lembaga Pengarah di SMK dan SK, apakah mekanisma untuk menyalurkan peruntukan khas ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Status terkini tentang bantuan kewangan RM3.0 juta Kerajaan Negeri kepada sekolah bantuan penuh kerajaan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) adalah di peringkat penilaian dan kelulusan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

(a) Proses permohonan bantuan kewangan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

(i) Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD);

Page 485: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

485

(ii) PPD akan menyelaras permohonan di peringkat daerah dan mengemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP);

(iii) JPNPP akan menilai permohonan yang dibuat dan memberi keutamaan kepada permohonan yang melibatkan keselamatan dan pembelajaran dan pengajaran (PdP);

(iv) JPNPP akan mengangkat permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Menteri II untuk kelulusan permohonan; dan

(v) Peruntukan akan disalurkan ke dalam akaun sekolah secara outright grant.

Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan bantuan sebanyak RM20,000.00 sahaja bagi setiap sekolah. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh menggunakan budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.00.

Sebanyak 170 sekolah dijangka akan menerima peruntukan tersebut selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan pada tahun 2019.

Memandangkan tiada Lembaga Pengarah di SMK dan SK, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyalurkan peruntukan ke akaun bank sekolah-sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan melalui pemberian secara outright grant bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan mengikut peraturan perolehan semasa. JPNPP akan melakukan pemantauan terhadap sekolah bantuan penuh yang telah menerima peruntukan dan melaporkan secara berkala kepada Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Apakah status Penang Free Wi-Fi?

(a) Apakah perbezaan dengan Penang Free Wi-Fi' yang lama dari segi kos pembiayaan, kelajuan dan jumlah hotspot?

(b) Nyatakan lokasi hotspot sedia ada dan baru di Seberang Perai Selatan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) pada masa kini telah diberhentikan buat sementara waktu kerana mempunyai beberapa kekangan seperti bandwith dan liputan berkuatkuasa pada 13 Februari 2019 yang lalu. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula perkhidmatan ini melalui penawaran secara Request For Proposal (RFP) agar kesinambungan perkhidmatan ini memberikan impak yang lebih tinggi dan berkualiti kepada rakyat dengan implikasi kos yang lebih rendah kepada Kerajaan Negeri.

Page 486: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

486

(a) Kos pembiayaan pelaksanaan projek PFW yang lama adalah sebanyak RM101,000.00 sebulan dengan kelajuan secara purata 1Mbps bagi setiap pengguna dan backhaulberkapisiti 375Mbps. Jumlah access point (AP) pada ketika itu adalah sebanyak 1560 buah AP di 40 KADUN. Bagi projek PFW yang akan datang, pihak Kerajaan Negeri sedang mengkaji bagi menetapkan semula spesifikasi RFP PFW. Oleh itu, kos pembiayaan, kelajuan dan jumlah AP bagi pelaksanaan projek PFW yang baru belum dimuktamadkan kerana bergantung kepada RFP.

(b) Senarai lokasi hotspot yang dipasang sebelum ini di daerah Seberang Perai Selatan adalah seperti di bawah.

Senarai Lokasi Hotspot Di Daerah Seberang Perai Selatan

BIL KADUN BILANGAN HOTSPOT (AP)

1 Bukit Tambun 16

2 Jawi 30

3 Sungai Bakap 23

4 Sungai Acheh 20

JUMLAH 92

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Apakah status cadangan masjid dan tapak RIBI di Batu Kawan?

(a) Sila nyatakan lokasi dan keluasan tanah perkuburan Islam dan bukan Islam yang dicadangkan oleh PDC.

(b) Siapakah yang akan menguruskan tanah perkuburan bukan Islam?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah merangka perancangan yang teratur dalam membangun Batu Kawan atau Bandar Cassia. Bandar Cassia dirancang sebagai sebuah bandar yang “self-contained”, dengan menyediakan pelbagai kemudahan masyarakat termasuklah perancangan tapak masjid dan tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di kawasan tersebut. Status bagi semua kemudahan tersebut adalah seperti berikut:

Bil Jenis Kemudahan Keluasan (ekar)

TAPAK MASJID

1. Tapak Masjid A Tapak Masjid B Tapak Masjid C

4.00 17.29 22.67

Jumlah Keluasan 43.96

TAPAK RIBI

2. Tapak RIBI Sediada Tapak RIBI Cadangan

8.93 41.07

Jumlah Keluasan 50.00

(a) Lokasi tapak cadangan tanah perkuburan Islam adalah terletak berdekatan Crescentia Park dengan jumlah keluasan tanah perkuburan Islam yang dicadangkan adalah seluas 20.36 ekar.

Page 487: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

487

Manakala bagi tanah perkuburan bukan Islam tapak cadangan keseluruhan adalah seluas 26.40 ekar iaitu merangkumi kubur Cina seluas 16.00 ekar (terletak berdekatan Bukit Batu Kawan), kubur Hindu seluas 6.6 ekar (terletak berdekatan dengan Bukit Batu Kawan dan Stadium Batu Kawan) dan kubur Kristian seluas 3.80 ekar (terletak berdekatan dengan Intan Delima).

(b) Bagi pengurusan tanah perkuburan bukan Islam, tapak yang diperuntukkan oleh PDC kepada orang Hindu ini akan diuruskan oleh Lembaga Wakaf Hindu dan bagi agama lain oleh pihak NGO berdaftar iaitu pertubuhan bukan kerajaan/pemegang amanah/persatuan yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal pengkebumian dan bukan bersifat komersial.

XXII. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kualiti latihan dan juga pemakanan atlet negeri penting untuk perkembangan sukan negeri.

(a) Adakah kerajaan memberi subsidi nutrisi/supplement untuk atlet-atlet negeri dan bagaimanakah kerajaan dapat memperkembangkan industri sukan Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sememangnya menyediakan makanan tambahan bernutrisi (supplement) kepada atlet-atlet negeri bertujuan untuk memaksimumkan prestasi dan kesihatan atlet. Pelaksanaannya dikawal selia oleh Pegawai Pemakanan Sukan dari Unit Prestasi Elit Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (dahulunya Pusat Satelit Institut Sukan Negara Pulau Pinang).

Makanan tambahan bernutrisi yang diberikan kepada atlet-atlet negeri antaranya merangkumi:

(i) Makanan Sukan (Minuman Tenaga (Sports Drink), Minuman Pemulihan Tenaga (Recovery Drink), Minuman Berprotein, Gel dan Bar Sukan (Sports Gel/Bar), dan agar-agar sukan (Sports Jelly);

(ii) Makanan tambahan untuk menambah berat badan;

(iii) Makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan; dan

(iv) Vitamin C, Kalsium dan Mineral.

Dalam memastikan industri sukan berkembang ke arah yang cemerlang, penekanan terhadap pemakanan atlet merupakan salah satu keutamaan yang diberi perhatian oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Pemakanan adalah antara faktor penting dalam menyumbang kepada prestasi atlet, malah, ia boleh mempengaruhi adaptasi latihan, risiko kecederaan dan penyakit. Pengambilan makanan dan minuman pada masa yang sesuai dengan tujuan untuk memberi tenaga kepada badan merupakan kunci mencapai prestasi maksimum.

Melalui Unit Prestasi Elit, penyeliaan terhadap perkembangan atlet negeri dari segi pemakanan sukan dilaksanakan melalui khidmat nasihat yang diberikan kepada atlet-

Page 488: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

488

atlet negeri beserta merancang pelan pemakanan yang dapat mengoptimumkan tahap kesihatan serta kecergasan atlet sebelum menyertai sesuatu pertandingan.

Selain itu, atlet negeri turut akan dilengkapkan dengan pengetahuan melalui pendidikan asas dalam pemakanan sukan sama ada secara kumpulan atau secara individu. Unit ini turut menjalankan pemantauan terhadap rekod pemakanan atlet secara harian, pengukuran tahap hidrasi atlet menerusi Urine Specific Gravity (USG), dan mengenal pasti status komposisi badan atlet yang dijalankan pada awal tahun sebelum atlet menjalani latihan mengikut pelan periodiasasi pada tahun tersebut.

Dari aspek untuk meningkatkan kualiti latihan, pelbagai khidmat sokongan berteraskan konsep sains sukan turut dilaksanakan dari semasa ke semasa. Ini termasuk pelaksanaan program suaian fizikal, intervensi psikologi sukan, dan pelaksanaan ujian kecergasan sekurang-kurangnya (2) kali setahun. Usaha-usaha ini akan diterapkan pelaksanaannya terhadap sukan-sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Malaysia.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Walkability sebuah komuniti penting tetapi kebanyakan kawasan-kawasan yang berada di bawah penyelenggaraan JKR tidak pedestrian friendly.

(a) Adakah pihak JKR berhasrat untuk menaik taraf laluan pejalan kaki sepertimana yang dilakukan oleh MBPP?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dan menyelenggara jalan serta aset jalan di dalam rezab jalan, termasuk laluan pejalan kaki di tepi jalan. Pada masa ini laluan pejalan kaki yang dibina oleh JKR menghubungkan pejalan kaki ke bangunan kompleks kerajaan, hospital, masjid, klinik, sekolah dan tempat awam lain.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertanggungjawab terhadap pembangunan laluan pejalan kaki dalam kawasan bandar / perbandaran yang menghubungkan pejalan kaki dalam kawasan yang terancang dan boleh menerapkan ciri-ciriwalkability dalam kegunaan harian. Pihak PBT melaksanakannya melalui inisiatif ‘Smart City’ di bahagian Pulau, manakala di bahagian Seberang Perai melalui inisiatif ‘Eco-City’.

Terdapat perbezaan konsep dan lokasi yang dihubungkan oleh laluan pejalan kaki yang dibina oleh JKR dan PBT berdasarkan bidang kuasa dan kawasan penyelenggaraan masing-masing.

(a) Pihak JKR mempunyai perancangan untuk menaik taraf laluan pejalan kaki sedia ada bagi menambahbaik ciri-ciriwalkability, tertakluk kepada peruntukan tahunan yang diperolehi dan keutamaan. JKR juga mengambil langkah menerapkan ciri-ciri pedestrian friendly pada laluan pejalan kaki yang baharu yang merupakan sebahagian daripada skop kerja dalam suatu projek pembinaan jalan baharu dengan merujuk kepada Arahan Teknik Jalan bagi jalan bertaraf U4 dan ke atas.

Page 489: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

489

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Kebersihan penting terutamanya di kawasan-kawasan riadah seperti taman kejiranan, tanah lapang dan sebagainya. Tetapi malangnya, beberapa kategori taman di bawah PBT tiada tong sampah.

(a) Dapatkah PBT menyediakan tong-tong sampah/kitar semula di setiap taman kejiranan, taman-taman dan juga tanah lapang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyediakan tong sampah (litter bin) dan tong sampah kitar semula di kawasan taman riadah dan rekreasi serta taman kejiranan perumahan awam tertentu. Bagi kawasan taman kejiranan perumahan awam, terdapat insiden pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. MBPP pernah mengambil pendekatan untuk tidak meletak semula tong sampah di kawasan yang berkenaan atas kepentingan kesihatan persekitaran.

Sekiranya terdapat sebarang permintaan untuk menempatkan tong sampah (litter bin) dan tong sampah kitar semula di kawasan taman kejiranan perumahan awam, MBPP sudi untuk bekerjasama dengan pihak penduduk untuk memastikan Kebersihan Menjadi Tanggungjawab Bersama agar tong-tong yang ditempatkan, tidak disalahgunakan.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula menyediakan tong-tong sampah di setiap taman kejiranan, taman-taman dan juga tanah lapang. MPSP menyediakan tong-tong sampah melalui kaedah seperti berikut:

(i) Permohonan Pelan Landskap bagi sesuatu pembangunan baru dengan mensyaratkan penyediaan tong sampah.

(ii) Projek pengindahan Landskap di taman kejiranan, taman-taman dan juga tanah lapang.

(iii) Pelaksanaan kontrak Perkhidmatan Menyelenggara Alat-Alat Permainan dan Perabot Taman untuk tempoh dua (2) tahun.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. SOP untuk membasmi denggi patut dikaji semula kerana tindakan selalu diambil setelah kes-kes dilaporkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sentiasa terbuka untuk mengkaji semula Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) mengenai tindakan pencegahan dan kawalan denggi. Sebagai permulaan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengguna pakai sistem Crush Aedes Totally (CAT) dalam perancangan aktiviti kawalan vektor di negeri ini di mana kawasan-kawasan yang diramal sebagai kawasan wabak akan diberikan keutamaan bagi aktiviti kawalan vektor. Walau bagaimanapun, bagi membasmi denggi secara menyeluruh, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang tidak semata-mata memberikan fokus kepada aktiviti kawalan setelah kes denggi dilaporkan.

Page 490: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

490

Strategi utama dalam membendung penularan wabak denggi ini adalah melalui kaedah penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti larvaciding menggunakan Bacillus Thuringiensis Israelensis (BTI) atau temephos (pembunuh jentik-jentik) dan aktiviti penguatkuasaan terutamanya di kawasan pembinaan. Kaedah penghapusan tempat pembiakan ini merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menyekat penularan penyakit denggi.

Jabatan Kesihatan Negeri juga berusaha untuk menggerakkan penglibatan komuniti dan dalam masa yang sama berusaha untuk mewujudkan kesedaran masyarakat. Aktiviti yang dijalankan di peringkat komuniti adalah seperti berikut:-

(a) Menjalankan promosi kempen kesedaran pencegahan denggi yang dijalankan secara berterusan di peringkat negeri dan daerah melibatkan komuniti, sekolah dan agensi kerajaan serta swasta;

(b) Penubuhan pasukan Communication for Behavioral Impact (COMBI) di peringkat komuniti. Di Pulau Pinang terdapat 130 pasukan COMBI di mana pasukan ini dilatih untuk mengenal pasti tempat pembaikan nyamuk dan tindakan yang perlu diambil apabila tempat pembiakan dijumpai. Tindakan ini dikenali sebagai ‘cari dan musnah’; dan

(c) Melaksanakan Program Bebas Denggi di Sekolah (PBDS) seluruh negara bagi membendung kawasan pembiakan nyamuk Aedes di sekolah. Semua sekolah di Pulau Pinang perlu menyediakan laporan bulanan mengenai aktiviti berkaitan program ini yang telah dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri turut melaksanakan operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebagai contoh, operasi yang dilaksanakan melalui aktiviti keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan JKKP, penguatkuasaan yang lebih tegas boleh diambil iaitu dengan mengeluarkan stop work ordersekiranya tapak pembinaan tersebut didapati menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang juga sentiasa menjalankan kajian mengenai aspek kerintangan racun bagi memastikan penggunaan bahan kimia yang sesuai dan efektif dalam kawalan vektor dan menjalankan kajian keberkesanan aktiviti kawalan yang dijalankan. Ianya bertujuan supaya aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif membendung pembiakan nyamuk Aedes di negeri ini. Walaupun langkah-langkah di atas telah diambil, penularan denggi ini tidak akan berjaya dibendung sekiranya komuniti setempat tidak mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk bersama-sama memerangi denggi.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Astaka Taman Tun Sardon adalah tempat pelancongan yang terkenal dan dapat mencetuskan industri pelancongan makanan tetapi astaka masih lagi berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

(a) Apakah status terkini dari pihak ICU dan MBPP dalam hal penyerahan astaka? (dari ICU ke MBPP)

Page 491: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

491

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kebersihan kesemua kompleks makanan termasuk di Taman Tun Sardon memandangkan Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi industri pelancongan makanan di Malaysia. Sehubungan itu, satu Pelan Tindakan Penggredan Pasar Awam dan Kompleks Makanan Milik Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Pulau Pinang telah mula dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa pada tahun ini. Tujuan pelan tindakan tersebut adalah untuk memastikan kesemua pasar awam dan kompleks makanan mencapai tahap kebersihan Gred A dan B sahaja dalam tempoh setahun.

Mulai 1 Februari 2019, Astaka Taman Tun Sardon telah pun diserahkan kepada pihak MBPP oleh ICU. Sehubungan itu, hal-hal membabitkan pengurusan dan pentadbiran Astaka Taman Tun Sardon seperti penawaran unit gerai kepada penjaja dan pembersihan premis adalah di bawah bidang kuasa MBPP sepenuhnya.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah langkah yang dapat diambil oleh kerajaan terutamanya pihak JKR dalam hal menaik taraf dan membaiki sistem peparitan yang lama di sekitar kawasan Island Glades, Island Park dan Taman Tun Sardon?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk menaik taraf dan membaiki sitem perparitan yang lama. Kerja-kerja ini dilakukan di sekitar kawasan Island Glades, Island Park dan Taman Tun Sardon dengan memasukkan skop kerja menyelenggara dan membaik pulih sistem perparitan berkenaan dalam program di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) bagi tahun semasa (2019).

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Bagaimanakah kerajaan dapat memantau rumah-rumah kebajikan contohnya seperti rumah orang tua, tempat pemulihan Orang Kurang Upaya, dan lain-lain supaya tidak tertimbul kes-kes dera dan sebagainya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pemantauan rumah-rumah kebajikan contohnya seperti rumah orang tua, tempat pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU), dan lain-lain supaya tidak tertimbul kes-kes dera dan sebagainya dapat dilakukan seperti berikut:-

(a) Pemilik / pengusaha rumah-rumah kebajikan seperti rumah orang tua, tempat pemulihan OKU, Pusat Jagaan kanak-kanak, Taman Asuhan Kanak-kanak dan sebagainya mestilah mendaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

(b) Bagi pusat jagaan warga emas, OKU, kanak-kanak dan wanita yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), pihak jabatan akan membuat lawatan berkala dan pemeriksaan mengejut bagi memantau keselamatan

Page 492: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

492

penghuni supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kes-kes penderaan penghuni warga emas dan kanak-kanak.

(c) Pusat jagaan yang tidak berdaftar juga akan dilawati oleh bahagian penguatkuasa JKM yang akan menasihati pengusaha-pengusaha supaya berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Sekiranya Pusat jagaan tidak berdaftar dan terdapat aduan penderaan, pusat jagaan tersebut akan diambil tindakan undang-undang seperti Lak (menutup premis), tutup sementara, arahan bertulis, batal perakuan, kompaun atau mendakwa pusat jagaan tersebut.

Manakala bagi membantu pengusaha pusat jagaan belum berdaftar yang telah beroperasi sebelum 15 September 2017, diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bagi kos tukar guna bangunan kediaman ke pusat jagaan adalah bagi tempoh setahun. Pemberian diskaun ini juga akan menggalakkan lebih ramai pengusaha pusat jagaan untuk tampil ke hadapan untuk berdaftar dengan JKM dan mengurangkan beban pengusaha.

XXIII. Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Nelayan di Barat Daya masih berdepan dengan masalah pukat tunda.

(a) Nyatakan statistik penguatkuasaan ke atas pukat tunda yang melanggar syarat sehingga Dis 2018.

(b) Apakah tindakan yang lebih berkesan akan diambil.

(c) Statistik pelupusan pukat tunda dalam melaksanakan Pekeliling Pelesenan Bil 4/2015.

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. (a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang sememangnya menyedari isu pelanggaran syarat bot tunda di perairan negeri ini. Oleh itu, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan di perairan negeri ini. Sejak tahun 2016 hingga 2018, terdapat 43 kes tangkapan telah dilakukan. Perincian jumlah kes tangkapan mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Kes Tangkapan

2016 5

2017 21

2018 17

Jumlah 43

(b) Buat masa ini, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang sedang giat menjalankan aktiviti pemantauan dan pengawasan merangkumi penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan negeri ini. Bagi pelanggaran syarat bot tunda, nelayan yang melakukan kesalahan bersama vessel dan peralatannya akan ditahan dan boleh dikompaun di bawah Seksyen 31 Akta Perikanan 1985 atau didakwa di mahkamah.

Page 493: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

493

Bagi memastikan tindakan yang lebih berkesan diambil, Jabatan Perikanan Malaysia telah menguatkuasakan pemakaian pekeliling bertarikh 28 Disember 2015 iaitu Pekeliling Pelaksanaan Dasar Penghapusan Pukat-pukat Tunda Yang Beroperasi di Zon B Bermula 1 Januari 2016 secara berperingkat melalui langkah-langkah kawalan (Pekeliling Pelesenan Bil. 4/2015). Melalui pemakaian pekeliling ini, tindakan-tindakan yang telah diambil Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengusaha bot tunda yang didapati menceroboh ke Zon A yang meliputi lima (5) batu nautika dari pantai iaitu hukuman gantung lesen dan penahanan subsidi minyak serta dikenakan kompaun yang lebih tinggi;

(ii) Pembatalan arahan kelonggaran penguatkuasaan saiz mata pukat keroncong pukat tunda tidak kurang daripada 38 mm berkuatkuasa 1 November 2013; dan

(iii) Mewajibkan pemasangan alat Sistem Pengenalan Automatik atau Automatic Identification System (AIS) ke atas kesemuavessel tunda zon B.

(c) Statistik pelupusan pukat tunda melalui pelaksanaan Pekeliling Pelesenan Bil 4/2015 bagi negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Tarikh Rampasan Tarikh Lupus Perincian

16 Ogos 2017 17 Disember 2018 Tiga (3) set pukat tunda

2 Mac 2017 2 Mac 2017 Dua (2) gulung tali tunda dan satu (1) labuh pukat tunda

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kewajipan memasang alat AIS kepada vessel pukat tunda.

(a) Nyatakan jumlah vessel yang di pasang AIS di Pulau Pinang.

(b) Nyatakan keberkesanan dan kejayaan alat tersebut dalam tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.

(c) Bagaimana agensi berkaitan dapat mengesan vessel jika unit tersebut dimatikan dengan sengaja?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mewajibkan pemasangan alat Sistem Pengenalan Automatik atau Automatic Identification System (AIS) ke atas kesemua vessel pukat tunda yang beroperasi dalam Zon B (kurang daripada 40 Gross Registered Tonnage) dan Zon C (40 hingga 69.9 Gross Registered Tonnage) bermula pada Jun 2014. Antara kepentingan AIS adalah seperti berikut:-

Page 494: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

494

(i) Menjaga keselamatan nelayan agar tidak tersasar ke luar negara yang terdedah kepada penguatkuasa negara asing;

(ii) Keselamatan waktu kecemasan (SOS); dan

(iii) Sebagai dokumen sokongan rekod AIS terhadap aktiviti ketidakpatuhan vessel perikanan.

(a) Jumlah vessel yang telah dipasang AIS adalah sebanyak 83 dengan perincian seperti berikut:-

Daerah Bilangan Vessel

Barat Daya 51

Timur Laut 32

Jumlah 83

(b) Buat masa ini, keberkesanan dan kejayaan alat ini untuk tindakan penguatkuasaan belum dapat dibuktikan memandangkan keseluruhan sistem pemantauan dan pergerakan AIS hanya terdapat di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Putrajaya. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat vessel yang disyaki melakukan pencerobohan dalam zon yang tidak dibenarkan, maklumat ini akan disalurkan kepada anggota penguatkuasa negeri. Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga mempunyai perancangan untuk membangunkan “mirror image” di Cawangan Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang agar keupayaan pemantauan untuk aktiviti penguatkuasaan dapat dipertingkatkan. Sekiranya sistem ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya, pencerobohan vessel pukat tunda Zon B dan C di kawasan perairan pantai akan dapat dipantau dengan lebih berkesan. Ini akan seterusnya mengurangkan konflik di antara nelayan komersial dan nelayan tradisional.

Meskipun keberkesanan dan kejayaan alat ini masih belum dibuktikan dalam membantu tindakan penguatkuasaan di negeri ini, namun ianya telah terbukti berkesan dalam membantu siasatan kes nelayan negara ini yang ditahan pada 20 Mei 2015 kerana disyaki menceroboh perairan negara Indonesia. Dalam kes ini, bacaan daripada alat AIS telah membuktikan kedudukan vessel PKFB 983 (vessel dari Perak) masih berada di perairan negara. Oleh yang demikian, dengan pemasangan alat AIS ini, nelayan yang ditahan tersebut terselamat daripada disabitkan kesalahan memasuki perairan negara jiran.

(c) Melalui sistem pemantauan sedia ada, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya memiliki keupayaan untuk memantau keaktifan alat AIS. Notifikasi atau signal alert akan diterima oleh sistem di Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya sekiranya alat AIS ini kekurangan bateri, bracket dan transponder AIS diganggu dan tidak aktif. Pada masa ini, Jabatan akan mengeluarkan amaran sekiranya terdapat kes alat AIS tidak diaktifkan dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap kesalahan ini setelah kesemua 2,630 unit alat AIS dipasang di seluruh negara.

Page 495: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

495

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pembangunan perumahan di Daerah Barat Daya.

(a) Statistik senarai menunggu rumah RMM A dan B sehingga Mac 2019.

(b) Projek perancangan perumahan RMM A dan B sehingga 2024.

(c) Langkah yang diambil Kerajaan Negeri dalam mengimbangi permintaan rumah dengan perancangan pembinaan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. (a) Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merekodkan permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) sepanjang masa. Permohonan yang telah disahkan dan layak berdasarkan kriteria ditetapkan Kerajaan Negeri akan disenaraikan sebagai Senarai Menunggu. Sehingga tarikh berakhir 31 Mac 2019, terdapat sebanyak 5,404 pemohon berada di dalam Senarai Menunggu bagi daerah Barat Daya iaitu 3,701 bagi permohonan RMM A dan 1,703 bagi permohonan RMM B.

(b) Keperluan perumahan ini perlu diseimbangkan dengan tawaran unit perumahan yang secukupnya. Berdasarkan kepada rekod Permohonan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan dan perancangan Kerajaan Negeri serta pelbagai agensi Kerajaan, terdapat sebanyak lapan (8) projek yang menawarkan pembekalan sebanyak 3,586 unit RMM A dan B bakal dibina di daerah Barat Daya. Lokasi projek tersebut adalah seperti berikut :

(i) Lot 84, Mukim D Lorong Prestij 10, DBD (192 unit RMM A dan 192 unit RMM B);

(ii) Lot 289, 290,291,752,768,770, 1l050, 1144 Sungai Batu, DBD (645 unit RMM A);

(iii) Lot 728,1552, Mukim 4 Batu Itam, Jalan Sungai Air Putih 6, DBD (160 unit RMM A dan 288 unit RMM B);

(iv) Lot 310,311, 312 dan 10632 , Mukim D, Jalan Prestij 4, DBD (1,175 unit RMM A);

(v) Lot 1053, 1054, Plot C, DBD (160 unit RMM A);

(vi) Jalan Pondok Upeh Mukim 6 (327 unit RMM B);

(vii) Lot 422,423 dan 424 Mukim 10, Bayan Lepas, DBD (269 unit RMM A); dan

(viii) Lot 20252, 20523, 20283 dan 1804 Mukim 11, Bayan Lepas, DBD (115 unit RMM A dan 115 unit RMM B).

(c) Kerajaaan Negeri komited dalam memastikan bekalan perumahan mampu milik terutamanya RMM A dan B mencukupi. Melalui pelaksanaan Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah, setiap pemajuan yang melebihi 100 unit di kawasan bandar dan 150 unit di kawasan

Page 496: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

496

luar bandar disyaratkan untuk membina tidak kurang 30% unit RMM A atau B atau kombinasi kedua-duanya. Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan kerajaan juga disyorkan membina RMM A dan B melebihi syarat 30% berkenaan bagi menambah bilangan unit di satu-satu kawasan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru dan Baiki)

(a) Statistik program yang telah dijalankan mengikut daerah.

(b) Statistik di DUN Telok Bahang.

(c) Penglibatan Agensi-Agensi Persekutuan dalam program ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. (a) Dari tahun 2014 sehingga Mac 2019 sebanyak 129 projek bina baharu dan 544 projek baiki rumah telah diluluskan di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin Negeri Pulau Pinang. Perincian mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Dari tahun 2014 sehingga Mac 2019 sebanyak lima (5) projek bina baharu dan 18 projek baiki rumah telah diluluskan di KADUN Teluk Bahang di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin Negeri Pulau Pinang seperti perincian di Lampiran B.

(c) Pelaksanaan projek di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin ini dilaksanakan sepenuhnya oleh kelima-lima Pejabat Daerah berkenaan mengambil kira peruntukan tersebut merupakan peruntukan Kerajaan Negeri. Namun demikian, Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang turut melaksanakan projek bina baru dan baiki rumah menggunakan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan peruntukan Touch Point. Dari tahun 2014 sehingga Mac 2019 sejumlah 88 buah rumah telah dibina menggunakan peruntukan-peruntukan berkenaan yang menelan belanja RM4,284,000.00 dan 1,290 buah rumah telah dibaiki dengan kos projek berjumlah RM12,399,000.00.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 4)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Projek naik taraf gerai di Pulau Pinang.

(a) Bilangan gerai yang dinaik taraf mengikut daerah.

(b) Bilangan gerai baharu dalam perancangan mengikut daerah.

(c) Bilangan gerai baharu yang akan dibina di DUN Telok Bahang.

Page 497: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

497

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. (a) Bilangan gerai yang telah dinaiktaraf mengikut daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Persekutuan adalah seperti berikut:

DAERAH BILANGAN GERAI

Daerah Timur Laut 2,706

Daerah Barat Daya 294

Daerah Seberang Perai Tengah 260

Daerah Seberang Perai Selatan 68

Daerah Seberang Perai Utara 160

JUMLAH 3,488

(b) Hanya Daerah Seberang Perai Tengah sahaja yang mempunyai perancangan untuk menaik taraf gerai pada tahun 2019 iaitu sebanyak 140 buah gerai.

(c) Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina gerai di KADUN Telok Bahang.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Program Modal Insan Kerajaan Negeri.

(a) Program-program yang dijalankan sepanjang 2018 hingga Mac 2019.

(b) Peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program-program seperti ini untuk tahun 2018.

(c) Kejayaan yang telah direkodkan setelah program seperti ini dijalankan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. ((a) Sepanjang tahun 2018 sehingga Mac 2019, sebanyak 23 Program Modal Insan (PMI) telah dijalankan oleh pejabat-pejabat daerah di Pulau Pinang kepada kumpulan sasar. Senarai program-program berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Peruntukan yang telah dibelanjakan untuk menjalankan program-program berkenaan adalah berjumlah RM138,600.00.

(c) Program Modal Insan yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah adalah berbentuk kursus pendek (sehari atau dua hari) yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan, nilai tambah dan menanam minat di kalangan peserta yang menghadiri kursus yang dianjurkan. Golongan sasar untuk program-program berkenaan adalah golongan miskin sama ada mereka yang telah

Page 498: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

498

menjalankan perniagaan atau sebaliknya untuk nilai tambah dari segi kemahiran asas yang ditawarkan.

Namun demikian terdapat sebilangan peserta yang telah menghadiri kursus yang dianjurkan berjaya menjalankan perniagaan dan memperkembangkan perniagaan sedia ada telah direkodkan. Antaranya peserta dari Daerah Timur Laut telah menjalankan perniagaan bidang pembuatan kek dan cookies (secara tempahan), pembuatan dan penjualan air soya serta pembuatan kuih-muih. Manakala di Daerah Barat Daya pula, terdapat peserta yang menjalankan perkhidmatan fotografi hasil dari Kursus Pengenalan Teknik Asas Fotografi yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Selain itu, terdapat tiga peserta dari daerah yang sama turut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi produk berasaskan makanan seperti kek dan puding (3) tiga dmensi.

Di samping itu, kursus pembuatan aiskrim dan makanan barat turut menarik minat peserta yang telah menghadiri kursus anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTBD) untuk menjalankan perniagaan aiskrim dan makanan barat (puyuhchop).

Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa akan menambah baik kerangka kerja dalam penganjuran sesuatu kursus. Ini merangkumi aspek kemahiran (asas dan lanjutan), pemantauan peserta kursus yang lebih berkesan dan bidang yang lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan usahawan yang benar-benar mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 6)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Pembasmian kemiskinan di Pulau Pinang.

(a) Program Peningkatan Ekonomi golongan miskin, sejauh mana keberkesanannya.

(b) Sebutkan peratusan kejayaan yang telah dicapai mengikut daerah.

(c) Adakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan lagi peruntukan untuk program pembasmian kemiskinan ini untuk tahun 2019.

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Program Peningkatan Ekonomi (bantuan peralatan) bertujuan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada dengan memberi bantuan peralatan kepada penerima yang layak. Program ini disasarkan kepada golongan peniaga yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah dan telah memulakan perniagaan selama setahun bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selaras dengan Dasar Pembangunan Desa iaitu meningkatkan aspek keusahawanan di kawasan desa, program ini telah berjaya membantu seramai 580 penerima dari tahun 2014 sehingga Mac 2019. Program ini dilihat menjadi salah satu mekanisme untuk meningkatkan penyertaan usahawan atau peniaga kecil dalam menceburi bidang yang lebih berdaya saing dan meningkatkan produktiviti pengeluaran. Bantuan peralatan ini juga mampu mengurangkan tanggungan

Page 499: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

499

dan dalam masa yang sama memberi lebihan pulangan kepada usahawan/peniaga dalam menjana ekonomi keluarga. Namun demikian terdapat ruang penambahbaikan bagi program ini seperti mengukuhkan kerangka kerja perancangan, bantuan pemasaran dan pemantauan (follow up) kepada penerima bantuan.

(b) Dari tahun 2014 sehingga Mac 2019, seramai 580 penerima telah berjaya dibantu melalui Program Peningkatan Ekonomi (bantuan peralatan). Pecahan penerima bantuan mengikut tahun dan daerah adalah seperti Lampiran A.

(c) Dari tahun 2014 sehingga Mac 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1,330,371.53 untuk Program Peningkatan Ekonomi (bantuan peralatan). Selaras dengan hasrat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berkebajikan, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa akan meneliti keperluan dan aspirasi rakyat dalam memastikan pengagihan kekayaan negeri diberi secara telus dan saksama. Bertepatan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penambahan peruntukan sekiranya terdapat keperluan dan bergantung kepada kedudukan semasa kewangan negeri.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 7)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Technopreneur di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan jumlah technopreneur di Pulau Pinang mengikut etnik dan gender.

(b) Adakah technoprenour dari Pulau Pinang dibawa ke pameran dan konvensyen antarabangsa?

(c) Dalam nilai RM berapakah dapat dijana oleh Kerajaan Negeri dari sektor technoprenour ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. (a) Kerajaan Negeri melalui InvestPenang melaksanakan program perintis pemula niaga atau technopreneur di Pulau Pinang yang dinamakan @CAT Penang. Berdasarkan kepada rekod @CAT Penang, sejumlah lebih daripada 4,000 technopreneurdan usahawan yang telah menyertai program-program yang dilaksanakan oleh InvestPenang. Maklumat terperinci berkaitan etnik dan gender tidak dapat diperolehi kerana maklumat yang disimpan adalah lebih kepada aktiviti-aktiviti serta latar belakang syarikat usahawan dan technopreneur tersebut.

(b) Technopreneur dari Pulau Pinang diberi peluang untuk dibawa ke pameran dan konvensyen antarabangsa melalui beberapa program seperti Program IoT Accelerator Lite, @CAT Penang dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).Technopreneur tempatan dibawa ke konvensyen antarabangsa seperti di negara Hong Kong untuk diberi pendedahan kepada ekosistem teknologi & Internet Of Things (IoT). Di samping itu, start-up tempatan seperti Exabytes Network, EasyParcel, DeliverEat, JobStreet, Piktochart, Cytron Technologies dan sebagainya telah berjaya mencipta nama di pasaran antarabangsa.Pada masa ini, tumpuan @CAT Penang adalah untuk

Page 500: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

500

membantu usahawan tempatan yang terlibat terutamanya dalam bidang teknologi, e-dagang, pengekodan, animasi, kandungan / aplikasi mudah alih, IoT serta perisian / perkakasan melalui perkongsian ruang kerja, acara-acara dan bengkel.

(c) Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai maklumat berkaitan nilai yang dijana dari sektor technopreneur di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Perkhidmatan Bas Percuma.

(a) Sejauh manakah perkhidmatan ini dapat mengurangkan kesesakan?

(b) Berapakah jumlah ridership sepanjang perkhidmatan ini dijalankan?

(c) Nyatakan jika ada bas Congestion Alleviation Transport (CAT) ini akan diadakan di DUN Telok Bahang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. (a) Sejak diperkenalkan, perkhidmatan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Berdasarkan data daripada pihak Rapid Penang, kadar penumpang bagi kesemua laluan mencatatkan peningkatan penumpang yang positif iaitu sebanyak 13%. Ini menyumbang kepada pengurangan kenderaan persendirian di atas jalan raya, seterusnya dapat mengurangkan kadar kesesakan jalan raya. Kadar penggunaan pengangkutan awam juga dapat dipertingkatkan selaras dengan visi Kerajaan Negeri untuk mencapai 40% kadar penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. Namun begitu, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi meneliti kesan sebenar pengurangan kesesakan jalan raya bagi mendapatkan impak yang sebenar.

(b) Jumlah penumpang bagi kesemua laluan Bas CAT adalah seperti di Lampiran A.

(c) Pada masa kini, tiada cadangan untuk memperluaskan perkhidmatan Bas CAT di kawasan DUN Teluk Bahang. Walau bagaimanapun, cadangan ini boleh dikaji secara terperinci pada masa hadapan.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 9)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Pembangunan Usahawan di Pulau Pinang.

(a) Jumlah peruntukan yang disediakan dalam menjalankan kursus kursus keusahawanan.

(b) Pendapatan yang dihasilkan kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan

(c) Statistik usahawan yang berdaftar di Pulau Pinang mengikut etnik.

Page 501: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

501

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. (a) Jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Bahagian Usahawan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam menjalankan kursus-kursus keusahawanan pada tahun 2019 adalah berjumlah RM35,000.00. Selain itu, Jawatankuasa MMK Pembangunan Keusahawanan juga menyediakan peruntukan berjumlah RM500,000.00 setahun bagi melaksanakan program keusahawaan seperti kursus dan jumlah peruntukan adalah bergantung kepada jenis program yang akan dilaksanakan.

Selain itu, agensi Kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga menyediakan peruntukan berjumlah RM562,000.00 pada tahun 2019 bagi melaksanakan program berbentuk kursus/seminar kepada usahawan.

(b) Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang pada tahun 2017 adalah pada kadar 5.3%. Sektor perkhidmatan dan industri adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan negeri, iaitu RM38,312 juta dan RM 34,759 juta. Sektor pembinaan menyumbang RM2,045 bilion.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara adalah berjumlah RM435.1 bilion iaitu 37.1 peratus daripada KDNK tahun 2017 yang berjumlah RM1,174.3 bilion. Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan tidak mengeluarkan statistik sumbangan KDNK PKS berdasarkan negeri-negeri di Malaysia.

(c) Statistik usahawan yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC adalah berjumlah 1,532 terdiri dari 1,358 Melayu, 93 orang Cina dan 72 orang India.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Kes penceraian di Pulau Pinang.

(a) Statistik penceraian dari tahun 2015 hingga 2018 mengikut tahun.

(b) Sebab-sebab penceraian dan langkah langkah untuk mengurangkan kes penceraian.

(c) Jumlah kes penceraian di DUN Telok Bahang

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. (a) Jumlah kes penceraian yang direkodkan bagi pasangan Islam dan bukan Islam di seluruh negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2014 hingga 2018 adalah sebanyak 13,303 kes seperti perincian berikut:-

Bil. Tahun Jumlah

Islam Bukan Islam

1 2014 1,454 1,279

2 2015 1,582 1,337

3 2016 1,598 1,257

4 2017 1,447 1,212

Page 502: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

502

5 2018 1,385 752

JUMLAH 7,466 5,837

Data yang diperolehi adalah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

(b) Terdapat pelbagai sebab-sebab perceraian antaranya adalah seperti berikut:

(i) Pasangan menghadapi masalah kewangan;

(ii) Pasangan kurang bertanggungjawab;

(iii) Pasangan kurang pengetahuan agama;

(iv) Campur tangan pihak ketiga;

(v) Pasangan kurang komunikasi; dan

(vi) Tiada persefahaman.

Langkah-langkah untuk mengurangkan kes perceraian :

(i) Pelaksanaan kursus pra-perkahwinan;

(ii) Menganjurkan Seminar Kekeluargaan kepada masyarakat;

(iii) Menganjurkan bengkel komuniti keluarga dan memberi pendedahan berkaitan pemahaman undang-undang keluarga kepada orang awam dengan kerjasama pengerusi qaryah di daerah tersebut;

(iv) Menyediakan perkhidmatan sesi khidmat nasihat (kaunseling) di JHEAIPP, semua Pejabat Agama Daerah dan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara; dan

(v) Melalui penyampaian teks khutbah jumaat bagi pasangan Islam.

(c) Data kes penceraian pasangan Islam oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) merekodkan kes mengikut daerah sahaja dan tiada maklumat mengikut KADUN. Kes penceraian pasangan Islam bagi daerah Barat Daya adalah sebanyak 889 kes bagi tempoh 2015 hingga 2017.

Bagi data kes penceraian pasangan bukan Islam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya merekodkan jumlah keseluruhan kes penceraian di Pulau Pinang dan tidak mempunyai perincian mengikut KADUN dan daerah.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam menjaga keharmonian kaum dan agama. Kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan anutan masing-masing diberikan sepenuhnya. Antara langkah yang diambil Kerajaan Negeri dalam mengekalkan keharmonian ini adalah:

Page 503: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

503

(i) Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dibuat secara telus mengikut kelayakan tanpa mengira agama dan kaum dalam menguruskan komuniti yang berbilang bangsa;

(ii) Pemilihan peserta yang layak bagi program-program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dibuat secara telus berdasarkan kelayakan tanpa mengira kaum dan agama;

(iii) Mewujudkan Tabung Bantuan Pelajar dan Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang bagi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama;

(iv) Meraikan pelbagai perayaan kaum-kaum di Malaysia seperti penganjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali;

(v) Mengadakan program penghayatan sejarah di seluruh negeri ini bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang betapa pentingnya keharmonian di antara kaum dan agama; dan

Menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan anggota komuniti dan pemimpin tempatan seperti program gotong-royong dan program amalan hidup sihat.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Isu keganasan rumah tangga.

(a) Jumlah kes yang direkodkan di Pulau Pinang 2015 hingga 2018.

(b) Langkah langkah mitigasi yang telah di ambil dalam menangani isu ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. (a) Statistik kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di Pulau Pinang (2015 hingga 2018) adalah seperti berikut:

DAERAH 2015 2016 2017 2018

TIMUR LAUT 55 44 28 39

BARAT DAYA 15 31 22 42

SEBERANG PERAI UTARA

56 38 30 52

SEBERANG PERAI TENGAH

124 78 65 36

SEBERANG PERAI SELATAN

54 72 40 57

JUMLAH 304 263 185 226

(b) Langkah-langkah mitigasi yang telah di ambil dalam menangani isu ini;

(i) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah pro-aktif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala keganasan rumah

Page 504: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

504

tangga melalui Kempen Penang Goes Orange. Kempen peringkat negeri ini adalah usaha sama dengan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dan anak perempuan. Kempen ini yang bermula pada tahun 2014, kian berkembang dengan penglibatan Ahli-ahli DUN yang membawa kesedaran ini ke peringkat akar umbi. PGO tahun 2018 telah menarik sebanyak 1,190 peserta bagi acara PGO Run dan lebih daripada 70,000 orang juga telah dicapai melalui medial sosial.

(ii) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang. Bahagian D11 telah mengadakan program Women Awareness Campaign (WAC) berkolaborasi bersama AMANITA (Skuad Aman Wanita atau Peace Lady PDRM) dan juga agensi kerajaan negeri yang lain seperti JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), JPW (Jabatan Pembangunan Wanita), PWDC (Penang Women’s Development Corporation) dan juga NGO seperti WCC (Women’s Centre for Change). Program WAC melibatkan ceramah, forum, dialog dan pameran berkaitan kes keganasan rumah tangga dari aspek perundangan tentang hak sebagai mangsa dan saluran yang ada dalam membantu mangsa. Program ini dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi, Hospital, pusat membeli belah, dewan perumahan/komuniti dan majlis anjuran agensi lain. Fokus utama adalah memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang hak dan saluran yang ada untuk membantu mereka jika menjadi mangsa. Dari tahun 2015 hingga 2018, sebanyak 60 ceramah, dialog, forum dan pameran telah diadakan yang melibatkan 3,500 orang peserta yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Pembangunan ekonomi untuk golongan wanita.

(a) Langkah yang diambil dalam meningkatkan taraf ekonomi untuk golongan wanita.

(b) Kategori peruntukan yang disalurkan.

(c) Jumlah yang disalurkan kepada DUN Telok Bahang untuk tahun 2013 hingga 2018.

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. (a) Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan wanita termasuklah dengan melaksanakan program-program berikut:-

(i) Transformasi Ekonomi Komuniti: Eko-Kraf Komuniti

Eko-Kraf Komuniti merupakan sebuah program yang dijalankan untuk memperkasakan ekonomi komuniti terutama golongan wanita di kawasan sasaran. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kemahiran kraftangan kepada komuniti dan membantu menjana pendapatan para peserta. Setakat ini, program ini diadakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan dan PPR Ampangan. Antara hasil atau outcome yang diperolehi oleh para peserta di kedua-dua PPR tersebut adalah mereka mendapat kemahiran membuat bakul dan

Page 505: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

505

beg upcycle pelbagai saiz. Kedua-dua komuniti ini telah menerima tempahan untuk hasil kraftangan mereka dan peserta dari PPR Desa Wawasan telahpun menjual sebanyak 1,500 buah bakul dan beg pelbagai saiz.

(ii) Persidangan Wanita dalam Ekonomi pada 24 – 25 September 2018

Persidangan Wanita dalam Ekonomi telah disertai oleh 600 orang peserta, di mana para peserta berpeluang menimba pengetahuan bagaimana hendak memulakan perniagaan dan bagaimana perniagaan mereka dapat dikembangkan. Sesi perkongsian tentang amalan terbaik mengurus perniagaan membawa manfaat untuk peserta-peserta. Usahawan-usahawan wanita dan lelaki juga berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam perniagaan mereka masing-masing dan cara mereka menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Persidangan ini juga merupakan satu platform untuk para peserta berbincang dan membina jalinan perniagaan.

(iii) Digital Ekonomi Melalui Bengkel Pemasaran Digital Siri 1 & 2

Bengkel Pemasaran Digital ini dijalankan dengan bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai platform digital yang boleh digunapakai oleh peserta untuk pemasaran produk dan perkhidmatan. Peserta mencipta akaun perniagaan dalam platform Facebook dan WhatsApp untuk terus memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

(iv) BizBuddy Tea Talk untuk Usahawan

BizBuddy Tea Talk bertujuan memperkenalkan kemudahan yang disediakan oleh syarikat Sunshine kepada usahawan yang berminat memasarkan produk mereka di Pasaraya Sunshine. Pada masa yang sama, usahawan memperkenalkan produk masing-masing serta membina jaringan perniagaan dengan usahawan-usahawan yang hadir dalam program tersebut.

(v) E-Dagang

Objektif program E-Dagang adalah untuk memperkenalkan peluang ekonomi digital kepada golongan wanita dan lelaki yang berada dalam kategori B40. Melalui bengkel ini, usahawan baharu dapat memasarkan produk mereka menerusi e-dagang.

(vi) eRezeki

Program ini bertujuan untuk memperkasakan ekonomi peserta melalui platform eRezeki. Ia membolehkan peserta menjana pendapatan menerusi pelbagai projek yang disediakan dalam eRezeki.

(b) Antara kategori peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah:-

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

SPH merupakan satu skim pinjaman yang disalurkan tanpa cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM1,000.00 hingga

Page 506: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

506

maksimum RM25,000.00 dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Sejak SPH ditubuhkan pada tahun 2009 sehingga Mac 2019, seramai 3,235 usahawan telah menerima pinjaman daripada SPH dengan jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM16.7 juta. Daripada jumlah tersebut seramai 1,827 orang adalah penerima wanita yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM9,309,944.00.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT)

TUT diwujudkan untuk memberi dorongan kepada petani, penternak dan nelayan yang berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun ke atas untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya yang berpotensi menjana punca pendapatan yang lumayan. Sejak TUT ditubuhkan dari tahun 2013 hingga kini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM750,000.00 yang melibatkan seramai 122 orang pengusaha. Daripada jumlah tersebut seramai 21 orang adalah golongan wanita yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM110,000.00.

(iii) Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan)

Melalui program bantuan peralatan di bawah Projek Khas Ekonomi ini, peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan diberikan bantuan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada untuk outputyang lebih besar. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membantu 580 orang rakyat miskin di seluruh negeri Pulau Pinang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1,480,396.53 dan daripada jumlah tersebut seramai 417 orang adalah golongan wanita.

(c) Berdasarkan bantuan-bantuan yang diberikan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci mengikut KADUN sebaliknya data yang disimpan adalah mengikut daerah sahaja. Justeru, bagi Daerah Barat Daya, seramai 1,009 orang penerima telah mendapat manfaat daripada SPH yang melibatkan sejumlah RM5,583,419.90. Daerah Barat Daya juga merekodkan jumlah penerima dan pinjaman tertinggi berbanding daerah-daerah lain di Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, bagi bantuan TUT Daerah Barat Daya merekodkan seorang penerima wanita yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5,000.00. Manakala untuk bantuan peralatan pula, seramai 120 orang penerima wanita telah menerima bantuan ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM234,072.98.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

(a) Prestasi akademik SAR di Pulau Pinang secara keseluruhan.

(b) Pasaran kerja untuk lulusan SAR.

Page 507: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

507

(c) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan lagi peluang lulusan SAR untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menguruskan lapan (8) kategori Institusi Pendidikan Islam yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Institusi tersebut ialah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maahad Tahfiz, Kelas Al Quran Fardu Ain (KAFA), Tadika Islam (TADIS), Pondok dan Guru Agama Jabatan.

(a) Prestasi akademik Sekolah Agama Rakyat (SAR0 secara umumnya dinilai melalui Peperiksaan Awam yang dijalankan oleh pihak Lembaga Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula daripada Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Di peringkat MAINPP terdapat peperiksaan yang dianjurkan iaitu Ujian Penilaian Tadika Islam (UPT), Sijil Rendah Tahfiz (SRATA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Tinggi Agama (STA). Secara keseluruhannya pencapaian di dalam peperiksaan-peperiksaan yang dinyatakan di atas masih lagi di peringkat sederhana dan sedang ditambahbaik melalui program latihan kepada guru dan pelajar yang dianjurkan oleh JHEAIPP dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.

(b) Para lulusan SAR secara umumnya mempunyai peluang yang sama di pasaran kerja seperti mana lulusan sekolah-sekolah aliran biasa lain disebabkan penggunaan sijil yang sama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bergantung kepada permintaan dalam pasaran pekerjaan.

(c) Dalam usaha meningkatkan lagi peluang bagi lulusan SAR untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP telah mengadakan usaha sama dengan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan mahupun luar negara. Di antaranya, pada tahun 2016 Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Negeri Sultan Shariff Kassim, Pekan Baru Riau dan baru-baru ini telah mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Magribi, Afrika untuk menghantar pelajar-pelajar Pulau Pinang bagi mengikuti pengajian tinggi di sana. Di samping itu, JHEAIPP sedang meninjau peluang pengajian di universiti-universiti Islam di Indonesia bagi penghantaran pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ke sana.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Bidang pertanian di Telok Bahang.

(a) Jumlah petani yang berdaftar dan jenis-jenis yang diusahakan.

(b) Jenis-jenis peruntukan yang disalurkan bagi membantu golongan ini.

(c) Purata hasil yang dijana mengikut kategori.

Page 508: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

508

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Kawasan Telok Bahang merupakan salah satu kawasan yang menyumbang kepada pengeluaran hasil pertanian di negeri ini.

(a) Terdapat seramai 267 orang petani berdaftar dengan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Perincian jumlah petani berdaftar mengikut kelompok di DUN Telok Bahang dan jenis-jenis tanaman yang diusahakan adalah seperti berikut:

No. Senarai Projek Mengikut Kelompok di DUN Telok

Bahang

Bilangan Petani

Berdaftar

Keluasan Fizikal / Projek

(hektar)

Jenis Projek / Tanaman

1 Kelompok Permatang Pasir

53 32.30 Buah-buahan

2. Kelompok Sg. Pinang 8 7.50 Sayur-sayuran

3. Kelompok Bukit Sg. Pinang

77 260.95 Buah-buahan

4. Kelompok Pantai Acheh 25 83.40 Buah-buahan

5. Kelompok Sg. Rusa 69 68.04 Buah-buahan

6. Kelompok Bukit Kechil 22 9.84 Buah-buahan

7. Kelompok Bukit Sg. Rusa 13 15.90 Buah-buahan

JUMLAH 267 477.93

(b) Dalam memastikan golongan petani terus dibantu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM76,005.00 pada tahun 2018 dan RM55,267.00 pada tahun 2019 dalam bentuk bantuan seperti berikut:

Tahun 2018

No. Jenis Bantuan Peruntukan

(RM)

1 Pembangunan Khidmat Pengembangan Teknologi Pertanian

5,790.00

2 Pembangunan Tanaman Buah-buahan 38,750.00

3 Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran 7,440.00

4 Pembangunan Industri Ekonomi 19,640.00

5 Pembangunan Kawasan Kelapa 4,385.00

Jumlah 76,005.00

Page 509: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

509

Tahun 2019

(c)

Secara purata, hasil pengeluaran bidang pertanian mengikut kategori di Telok Bahang bagi tahun 2018 adalah berjumlah 3,022.01 tan metrik seperti perincian berikut:

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Telok Bahang bernilai RM8 juta.

(a) Senaraikan kawasan banjir yang telah dikenal pasti menggunakan dana RTB tersebut.

(b) Jangkamasa yang di ambil untuk menyelesaikan projek RTB DUN Telok Bahang.

(c) Sebutkan langkah-langkah yang diambil kerana projek RTB ini memakan masa.

No. Jenis Bantuan Peruntukan (RM)

1 Pembangunan Khidmat Pengembangan Teknologi Pertanian

5,905.00

2 Pembangunan Tanaman Buah-buahan 16,190.00

3 Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran

4,980.00

4 Pembangunan Industri Ekonomi 640.00

5 Pembangunan Industri Asas Tani 3,000.00

6 Pembangunan Kawasan Kelapa 24,552.00

Jumlah 55,267.00

Kategori Tanaman Purata Hasil (tan metrik)

Florikultur 0.41

Herba Dan Rempah Ratus 82.57

Sayur-sayuran 35.93

Tanaman Buah-buahan 2,836.57

Tanaman Industri 9.33

Tanaman Ladang/Tanaman Kontan 57.20

JUMLAH 3,022.01

Page 510: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

510

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang adalah projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diluluskan pada 26 Mac 2018.

(a) Kawasan banjir yang terlibat dalam projek RTB ini meliputi kawasan Sungai Teluk Bahang, Sungai Teluk Awak, Sungai Pinang dan Sungai Rusa.

(b) Jangka masa keseluruhan yang diambil untuk menyiapkan projek ini adalah tiga (3) tahun, di mana tempoh satu (1) tahun bagi penyiapan reka bentuk dan tempoh dua (2) tahun untuk kerja-kerja pembinaan.

(c) Perolehan Projek RTB Teluk Bahang ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Tempoh masa yang diambil dengan mengambil kira setiap langkah bagi memastikan pematuhan kepada kesemua prosedur kewangan dan pengurusan projek menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Pada masa ini pihak JPS Malaysia telah menyediakan Terma Rujukan (TOR) untuk tujuan lantikan perunding bagi projek ini yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Perunding pada 15 April 2019 dan selanjutnya kepada Pihak Berkuasa Melulus pada Mei 2019. Susulan lantikan perunding, kerja-kerja penyiapan reka bentuk projek oleh perunding dijangkakan bermula pada Jun 2019 dan dijangka siap pada Jun 2020. Kerja-kerja pembinaan pula akan dilakukan selepas proses tender dan dijangkakan akan bermula pada Oktober 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2022.

Walau bagaimanapun, sementara menunggu projek RTB Teluk Bahang dimulakan, Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir juga telah meluluskan peruntukan di bawah tabung caruman perparitan sebanyak RM8 juta pada tahun 2018 untuk pembinaan dua (2) buah jambatan baru bagi menggantikan dua (2) buah jambatan lama yang menjadi bottle neck menyebabkan banjir di Sungai Teluk Awak. Kerja-kerja pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya (DBD) dijangka akan dimulakan pada tahun ini selepas kerja-kerja reka bentuk siap sepenuhnya.

Selain itu, bagi tindakan jangka masa pendek untuk mengatasi banjir di kawasan yang terlibat, JPS DBD akan melaksanakan kerja-kerja mendalam dan membaiki tebing Sungai Pinang pada tahun ini dengan peruntukan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM150,000.00.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a) Jumlah keluasan tanah kerajaan sejak tahun 2008 hingga 2018.

(b) Jumlah keluasan tanah yang telah dijual.

(c) Nyatakan kegunaan tanah kerajaan yang telah dijual sejak tahun 2008 hingga 2018.

Page 511: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

511

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. (a) Keluasan tanah kerajaan adalah sukar ditentukan kerana tanah kerajaan secara amnya meliputi semua tanah yang terletak di dalam sempadan sesuatu negeri sebelum ianya dilupuskan termasuk bahan‐bahan mineral dan bahan batuan yang terdapat di dalamnya. Seksyen 5 di bawah Kanun Tanah Negara 1965 memperuntukkan tanah kerajaan sebagai semua tanah dalam negeri berkenaan (termasuk sebanyak mana dasar mana‐mana sungai, tepi pantai dan dasar laut yang termasuk dalam wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah) selain daripada tanah milik, tanah lombong, tanah rizab dan tanah hutan.

Tafsiran ini bermaksud semua tanah yang tidak dikeluarkan hakmilik adalah tanah kerajaan. Selain itu, tanah kerajaan ada di setiap daerah tetapi buat masa ini digunakan untuk pelbagai tujuan seperti tapak pejabat, tapak kuarters, simpanan jalan, simpanan parit, kawasan lapang, kawasan tadahan air dan sebagainya. Tanah kerajaan juga boleh terjadi akibat daripada pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Perincian bagi setiap tanah kerajaan tidak dapat diberikan memandangkan bilangannya yang terlalu banyak dan tidak dapat ditentukan secara tepat.

(b) Berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) tidak menjual tanah kerajaan tetapi melupuskannya selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 76 KTN dengan dikenakan bayaran premium.

(c) Kegunaan bagi tanah Kerajaan yang dilupuskan tertakluk kepada (tiga) 3 kategori tanah iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian. Tanah-tanah kerajaan yang dilupuskan di bawah kategori pertanian ini secara amnya dipohon untuk kegunaan seperti dusun buah-buahan, padi, kelapa sawit dan getah. Manakala di bawah kategori bangunan, kegunaan yang dipohon adalah bagi tujuan kediaman, perniagaan, institusi seperti sekolah dan tapak rumah ibadat, tapak perkuburan dan tempat letak kenderaan. Permohonan di bawah kategori industri adalah bagi tujuan perkilangan yang diberimilik kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan seterusnya dipindahmilik oleh PDC kepada pihak industri dengan tempoh pajakan 60 tahun.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(a) Berapakah peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dan mengurus untuk semua kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(b) Adakah rancangan untuk menambahkan lagi peruntukan di tahun-tahun hadapan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. (a) Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000.00 bagi setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan masyarakat dan projek-projek khas/latihan khas/bekalan di bawah Maksud Pembangunan P.16 Butiran 02 dan 03.

Page 512: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

512

Selain peruntukan P16 yang disalurkan oleh Jabatan Kewangan Negeri kepada Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan pembangunan lain di bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan jabatan-jabatan lain mengikut keperluan di KADUN masing-masing. Peruntukan MARRIS turut disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri di semua KADUN.

Bagi peruntukan mengurus KADUN pula, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM21,000.00 sebulan bagi setiap KADUN yang merangkumi bayaran gaji Pegawai-pegawai Seranta sejumlah RM15,000.00 dan bayaran menguruskan pejabat sejumlah RM6,000.00.

(b) Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk setiap KADUN dan sebarang pertambahan peruntukan bagi KADUN adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri semasa penyediaan Belanjawan.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Kawasan kemalangan di DUN Telok Bahang.

(a) Perincian statistik mengikut kawasan di DUN Telok Bahang.

(b) Langkah yang di ambil dalam memastikan kemalangan dikurangkan.

(c) Jumlah kematian akibat kemalangan sepanjang tahun 2018 DUN Telok Bahang

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. (a) Perincian statistik kemalangan di kawasan di DUN Telok Bahang adalah seperti di Lampiran A.

(b) Langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kemalangan di sekitar DUN Telok Bahang adalah seperti berikut:

(i) Membuat rondaan dan penguatkuasaan yang sentiasa dititik beratkan melalui operasi berkala seperti:

• Operasi Motosikal

• Operasi Perdagangan

• Operasi Rempit

• Kempen Keselamatan Jalan Raya (Ceramah dan pameran)

(ii) Mengeluarkan saman trafik. Jumlah saman trafik yang telah dikeluarkan di kawasan Teluk Bahang pada tahun 2018 adalah sebanyak 326 saman bagi pelbagai jenis kesalahan, antaranya ialah tiada lesen memandu, kesalahan topi keledar, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan, halangan lalu lintas, dan lain-lain kesalahan; dan

(iii) Mengenal pasti lokasi kekerapan berlakunya kemalangan maut bagi disalurkan ke pihak yang berkaitan untuk dibuat penambahbaikan. Hasil pemantauan dan

Page 513: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

513

rondaan pencegahan kemalangan di kawasan DUN Telok Bahang mendapati punca berlakunya kemalangan adalah seperti berikut :

• Faktor mukabumi - Mukabumi yang berbukit bukau dan permukaan jalan yang tidak sempurna di mana terdapat jalan di beberapa tempat berlubang dan berpasir, seperti di jalan Batu Feringgi ke Telok Bahang;

• Jalan yang sempit dan berselekoh - Jalan Balik Pulau ke Telok Bahang serta jalan Batu Feringgi ke Telok Bahang adalah berselekoh dan sempit. Ketika hujan akan menambahkan lagi bahaya kepada pengguna untuk menggunakan jalan tersebut; dan

• Faktor manusia - Kecuaian manusia juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kemalangan di mana kelajuan dan tidak fokus semasa memandu boleh menyebabkan kemangan berlaku.

(c) Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2018 di DUN Telok Bahang adalah sebanyak 7 kes. Statistik kemalangan maut di Teluk Bahang adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 20)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Isu rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain.

(a) Apakah kaedah penyelesaian Kerajaan Negeri dalam hal ini?

(b) Adakah pengantian rumah atau pampasan merupakan satu standard yang digunapakai?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. (a) Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Pengurusan Setinggan Negeri Pulau Pinang (DPSNPP) pada 2009 untuk menangani isu-isu berkaitan setinggan di atas tanah kerajaan dan tanah swasta. Kaedah penyelesaian melibatkan rumah yang dibina di atas tanah milik persendirian adalah bergantung kepada perundingan dan persetujuan yang dicapai di antara kedua-dua pihak. Pemilik tanah berkenaan sebelum melaksanakan sebarang pemajuan ataupun pembangunan di atas tanah tersebut, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang akan mengambil kira ulasan dan pandangan daripada jabatan-jabatan teknikal termasuk melibatkan isu setinggan yang berbangkit di kawasan yang hendak dibangunkan.

(b) Bagi pembangunan yang melibatkan tanah kerajaan yang terdapat rumah-rumah kediaman di atasnya, Garis Panduan Bayaran Pampasan/Wang Ehsan Kepada Penduduk/Setinggan Yang Terlibat Dengan Projek Kerajaan diguna pakai manakala setinggan di atas tanah persendirian/swasta akan diberi keutamaan untuk ditawarkan seunit rumah kos rendah di kawasan tersebut

dengan syarat-syarat tertentu.

Page 514: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

514

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Peluang pekerjaan di sektor perkilangan di Pulau Pinang.

(a) Berapakah peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor ini dalam pelbagai peringkat untuk tahun 2018?

(b) Adakah penawaran pekerjaan melebihi pasaran?

(c) Sebutkan jumlah hasil yang telah dikutip untuk tahun 2018 daripada sektor perkilangan ini.

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), sebanyak 9,499 peluang pekerjaan baharu telah ditawarkan di Pulau Pinang bagi tahun 2018. Ini termasuk peluang pekerjaan untuk graduan dan lepasan sekolah. Antara tiga (3) sektor yang mencatatkan peratus yang tertinggi bagi peluang pekerjaan adalah sektor Elektrik & Elektronik, pembuatan mesin & peralatan dan produk petroleum (termasuk petrokimia).

Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2017, kadar pengangguran di Negeri Pulau Pinang dicatatkan pada kadar kedua terendah iaitu 2.1% berbanding negeri lain di negara ini (data 2018 & 2019 masih belum diterbitkan). Kadar 2.1% ini bukanlah disebabkan oleh penawaran pekerjaan melebihi pasaran, namun ia adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran pemohon-pemohon pekerjaan di dalam bidang tertentu yang mengakibatkan berlakunya ketidaksepadanan kemahiran (skills mismatch) dan aktiviti perniagaan yang terjejas berikutan keadaan semasa ekonomi dunia yang lembap.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor perkilangan / pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang pada tahun 2017. Sektor ini telah mencatatkan sumbangan sebanyak 44.8% dengan nilai ditambah sebanyak RM34.7 bilion. Statistik bagi tahun 2018 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Penang Wi-Fi

(a) Nyatakan lokasi pemasangan Penang Wi-Fi di seluruh Pulau Pinang.

(b) Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan.

(c) Adakah Penang Wi-Fi ini mencapai sasaran dalam memenuhi standard kepuasan pelanggan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. (a) Senarai lokasi pemasangan access point (AP) Penang Free Wi-Fi (PFW) yang dipasang sebelum ini di seluruh Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

Page 515: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

515

(b) Jumlah perbelanjaan yang di tanggung oleh Kerajaan Negeri sepanjang pelaksanaan projek PFW semenjak tahun 2009 adalah seperti di Lampiran B.

(c) Sesi Perbincangan Hala Tuju PFW yang telah diadakan pada 25 Oktober 2018 dan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir telah sebulat suara bersetuju bahawa keputusan Kajian Kepuasan Pelanggan 2018 yang telah dijalankan bermula 1 hingga 30 September 2018 oleh pihak REDtone Telecommunications Sdn. Bhd. adalah didapati tidak relevan dan tidak boleh digunakan atas sebab-sebab berikut:

(i) Kajian tersebut adalah mengikut jumlah log in iaitu 9,414 respon dan bukannya jumlah pengguna berdasarkan ID pendaftaran. Ini adalah kerana setiap pengguna boleh log in beberapa kali dalam sehari; dan

(ii) Tiada jumlah pengguna semasa / mengikut bulan yang dapat diberikan oleh pihak REDtone Telecommunications Sdn. Bhd.atau diperolehi daripada sistem pemantauan PFW oleh PDCTS.

Oleh itu, perkhidmatan PFW sedia ada diberhentikan berkuatkuasa pada 13 Februari 2019 bagi memberi laluan kepada prosesRequest for Proposal (RFP) PFW yang baharu. Ini kerana perkhidmatan yang diberikan oleh pihak REDtone Telecommunications Sdn. Bhd. adalah kurang memuaskan dan perlu diberhentikan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan Negeri.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 23)

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan jabatan yang memberikan bantuan kepada golongan yang bernasib baik.

(a) Berapakah jenis pusat perlindungan dibawah naungan JKM di Pulau Pinang?

(b) Jumlah pekerja bagi membantu pusat perlindungan ini.

(c) Berapakah permohonan OKU yang ditolak dan sebab utama ia ditolak?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. (a) Terdapat hanya sejenis rumah perlindungan di bawah JKM Pulau Pinang iaitu rumah pelindungan yang memfokuskan kepada kanak-kanak. Setakat ini bagi rumah perlindungan jenis ini, terdapat tiga (3) buah rumah perlindungan yang telah dibina seperti berikut:-

(i) Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar

(ii) Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas

(iii) Asrama Akhlak Paya Terubong

(b) Jumlah keseluruhan pekerja yang membantu ketiga-tiga pusat perlindungan adalah seramai 134 orang.

Page 516: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

516

(c) Berdasarkan semakan di dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU), jumlah permohonan kad OKU yang ditolak mulai tahun 2012 hingga tahun 2018 ialah sebanyak 1756 permohonan. Asas utama penolakan permohonan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Jenis dan tahap kurang upaya bagi dewasa tidak terjejas dari segi keupayaan urus diri, keupayaan pergerakan, keupayaan kemahiran domestik, keupayaan kemahiran motor halus (dexterity functions). Ini membawa maksud kefungsian sosial dan fizikal pemohon tidak terjejas.

(ii) Penyakit kronik yang tidak menjejaskan fungsi fizikal dan sosial pemohon.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. eSports, sukan era baharu.

(a) Sejauh mana Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menjadikan sukan ini sebagai salah satu karier.

(b) Apakah promosi-promosi yang telah dibuat di peringkat sekolah di Pulau Pinang?

(c) Adakah peruntukan yang khusus untuk melonjakkan lagi tahap eSports ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM1 juta pada tahun 2018 kepada Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) untuk melaksanakan promosi eSports di negeri ini. Antara langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam eSports adalah seperti berikut:-

(i) Pengenalan ESportsPG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di Negeri Pulau Pinang melalui program eSports Campus Roadshow;

(ii) Mewujudkan Pusat eSports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat eSports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;

(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience & Exposure);

(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat disediakan oleh industri eSports kepada orang awam. Bidang pembangunan permainan (games development) dan industri eSports menyediakan platform untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa (professional gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas sukan,programmer, video editor, pereka cipta permainan (games developer), games tester, games consultant dan sebagainya akan disediakan oleh industri eSports ini; dan

Page 517: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

517

(v) Menubuhkan Pasukan eSports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih eSportsPulau Pinang. Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan eSports negeri yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang ke pertandingan eSports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

(b) PYDC telah melaksanakan promosi eSports di kalangan pelajar universiti melalui eSports Campus Roadshowseperti berikut:-

(i) eSports Campus Roadshow 1.0 - Tar College Mac 19, 2018;

(ii) eSports Campus Roadshow 2.0 - Segi College Mac 21, 2018;

(iii) eSports Campus Roadshow 3.0 - USM Mac 24, 2018;

(iv) eSports Campus Roadshow 4.0 - Cosmopoint College Mac 28, 2018;

(v) eSports Campus Roadshow 5.0 - KDU College April 6, 2018;

(vi) eSports Campus Roadshow 6.0 - Inti College April 10, 2018;

(vii) eSports Campus Roadshow 7.0 - PSDC College April 23, 2018;

(viii) eSports Campus Roadshow 8.0 - Sentral College Mei 3, 2018; dan

(ix) eSports Campus Roadshow 9.0 - Chung Ling High School September 7, 2018.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM1 juta kepada PYDC pada tahun 2018 untuk tujuan pembangunan eSports di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Isu gelandangan di Pulau Pinang.

(a) Statistik gelandangan yang terdapat di Pulai Pinang.

(b) Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini.

(c) Penyelesaian jangka panjang yang akan diambil.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. (a) Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang, jumlah gelandangan yang telah diselamatkan di negeri Pulau Pinang dari 2015 sehingga 2018 adalah seperti berikut:-

Page 518: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

518

(b) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan telah pun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

(i) Pusat Transit Gelandangan

Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan di lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik MBPP. Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan manakala bagi warga emas mereka yang berkeluarga dibenarkan tinggal di situ mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga emas pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.

Manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

KATEGORI

Tahun Pengemis Peleser Jumlah

2015 268 59 327

2016 297 224 521

2017 103 535 638

2018 178 5 183

Page 519: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

519

(ii) Profiling Gelandangan

Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguat kuasa mengenal pasti gelandangan sama ada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

(iii) Operasi Bersepadu Bersama Agensi Kerajaan/Swasta/NGO

Operasi bersepadu sentiasa dilakukan bagi menyelamatkan gelandangan telah dilaksanakan di sekitar Pulau Pinang. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang. Operasi menyelamat ini adalah berdasarkan Akta Orang Papa 1977 dan standard operating procedure (SOP) JKM yang mensasarkan golongan orang papa dan pengemis, termasuk gelandangan.

(iv) Kempen ''Bijak Membantu, Elak Tertipu”

Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(v) Program Advokasi

Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan.

(vi) Mesyuarat Penyelarasan Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta

Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima (5) kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua (2) kali di peringkat negeri.

Page 520: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

520

(c) Penyelesaian jangka panjang yang diambil ialah:

(i) JKM akan menyemak dan melakukan pindaan terhadap Akta Orang Papa 1977 yang sedia ada. Akta ini telah diwujudkan sejak tahun 1977 dan sehingga kini, tiada sebarang pindaan atau penambahbaikan yang telah dibuat;

(ii) Membina Pusat Transit Gelandangan (PTG) di bangunan milik MBPP di Jalan C.Y. Choy dan Rumah Perlindungan sementara di Desa Wawasan untuk memperkasakan golongan gelandangan yang masih produktif bagi memastikan golongan ini mampu berdikari pada masa akan datang;

(iii) JKM akan berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar undang-undang kecil dapat diwujudkan dimana undang-undang kecil ini dikuat kuasa dan dilaksanakan oleh PBT bagi menangani masalah dan isu gelandangan sepertimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); dan

(iv) Memperkasakan kerjasama antara agensi kerajaan sama ada negeri atau persekutuan melalui mesyuarat penyelarasan antara agensi berkaitan disebabkan golongan ini terdiri dari pelbagai latar belakang seperti penagih dadah, mempunyai penyakit berjangkit dan juga masalah mental.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Penang Transport Master Plan.

(a) Apakah perkembangan terkini PTMP dan bilakah projek LRT akan dimulakan?

(b) Dengan pentadbiran PH apakah halangan yang membolehkan PTMP dilaksanakan.

(c) Sila sebutkan jangkamasa untuk setiap komponen PTMP disiapkan.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. (a) Penang Transport Master Plan (PTMP) atau Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang merangkumi beberapa komponen projek dan antara projek-projek utama yang dikenal pasti adalah Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT), Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong. Status pelaksanaan projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

(i) Projek Bayan Lepas LRT

Pada ketika ini, Projek Bayan Lepas LRT masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Environmental Impact Assessment (EIA – Jadual Kedua) dan Skim Rel. EIA dijangka akan dikemukakan semula kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada akhir April 2019 untuk pertimbangan kelulusan selepas data/input kajian dikemaskini . Manakala permohonan bagi Skim Rel (Rail Scheme) pula telah dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 28 Februari 2019. Susulan daripada itu, satu lawatan tapak bagi

Page 521: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

521

jajaran LRT Bayan Lepas juga telah diadakan bersama APAD dan agensi-agensi teknikal pada 25 dan 26 Mac 2019.

Pihak Kerajaan Negeri kini dalam proses memberi maklum balas terhadap ulasan-ulasan teknikal yang dikemukakan oleh APAD sebelum mendapatkan kelulusan bersyarat untuk meneruskan Public Inspection yang akan dilaksanakan untuk tempoh tiga (3) bulan sebelum mendapatkan kelulusan penuh daripada pihak APAD dan Kementerian Pengangkutan.

(ii) Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1)

Environmental Impact Assessment (EIA-Jadual Kedua) bagi PIL 1 telah diluluskan dengan bersyarat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10 April 2019. Rakan Pelaksana Projek (PDP) kini dalam proses menyediakan rekabentuk terperinci untuk melantik Work Package Contractors (WPC) melalui tender terbuka. Keseluruhan proses ini dijangka akan mengambil masa hampir setahun.

(iii) Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong

Bagi Projek Jalan-Jalan Utama, kelulusan wajib yang diperlukan dalam pelaksanaan projek ini adalah kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA-Jadual Kedua). EIA bagi projek ini telah mendapat kelulusan bersyarat pada 7 November 2017. Kerajaan Negeri kini dalam proses memuktamadkan rekabentuk terperinci bersama pihak kontraktor dan pihak Independent Checking Engineer (ICE) yang dijangka siap sebelum akhir April 2019.

Bagi pelaksanaan Projek Terowong Bawah Dasar Laut pula pihak kontraktor kini dalam proses mematuhi ulasan-ulasan teknikal hasil semakan oleh pihak Independent Checking Engineer (ICE) untuk kajian kebolehlaksanaan yang telah dilaksanakan. Pelaksanaan fasa seterusnya iaitu rekabentuk terperinci dan pembinaan terowong adalah tertakluk kepada keputusan laporan kajian kebolehlaksanaan yang muktamad.

(b) Kerajaan Negeri setakat ini tidak menjangka sebarang halangan daripada Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen untuk mematuhi segala dasar dan Akta sedia ada untuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan projek pembangunan di Pulau Pinang.

(c) (i) Fasa pembinaan bagi Projek Bayan Lepas LRT dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2020 dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam (6) tahun untuk disiapkan.

(ii) Fasa pembinaan bagi Projek PIL 1 dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2020 dan mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun untuk disiapkan.

(iii) Bagi Projek Jalan-jalan Utama, Pakej 2, iaitu Air Itam Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu akan dilaksanakan terlebih dahulu dengan fasa pembinaan dijangka akan bermula pada September 2019 dan mengambil masa sekurang-kurangnya empat (4) tahun untuk disiapkan. Manakala pembinaan bagi Pakej 1 iaitu Laluan Berkembar Persisiran Pantai Utara dan Pakej 3 iaitu Gurney Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri kelak.

Page 522: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

522

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Taman Negara di Telok Bahang.

(a) Sebutkan jumlah pengunjung yang berkunjung ke sini secara purata setiap tahun.

(b) Adakah jumlah pengunjung di sini signifikan dengan jumlah pelancong ke Pulau Pinang?

(c) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Negara ini?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Berdasarkan kepada data pengunjung Taman Negara Pulau Pinang dari tahun 2014 hingga 2018, purata pengunjung ke Taman Negara Pulau Pinang adalah seramai 144,886 pengunjung setahun.

(b) Perbandingan antara jumlah pelancong ke Pulau Pinang dan jumlah pengunjung ke Taman Negara Pulau Pinang menunjukkan bahawa antara 1.9% hingga 2.4% pengunjung ke Pulau Pinang melawat Taman Negara Pulau Pinang. Walaupun jumlah tersebut tidak tinggi, kehadiran pelancong ke Taman Negara Pulau Pinang telah menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi yang membolehkan penduduk setempat menambah pendapatan mereka.

(c) Langkah-langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Negara adalah seperti berikut:

(i) Promosi pelancongan melalui edaran risalah di lokasi strategik kunjungan pelancong seperti hotel, lapangan terbang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong. Risalah dan bahan promosi juga diedarkan kepada Pejabat Tourism Malaysia yang terletak di luar negara;

(ii) Menyertai pameran pelancongan dan pameran perdagangan untuk memperkenalkan destinasi pelancongan Pulau Pinang khususnya Taman Negara Pulau Pinang kepada pelancong;

(iii) Menaik taraf kemudahan rekreasi kepada pengunjung seperti pondok rehat, pusat penerangan, tandas, bilik air, tempat letak kenderaan dan lain-lain kemudahan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung. Bagi tujuan naik taraf, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Pembangunan Ecotourism Taman Negara Pulau Pinang dengan kos RM5.16 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Projek ini sedang dalam tindakan penyediaan Environmental Impact Assessment (EIA);

(iv) Taman Negara Pulau Pinang telah dicadangkan untuk dijadikan sebagai core zone bagi pewartaan kawasan hijau di Pulau Pinang sebagai UNESCO Biosphere Reserve; dan

Page 523: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

523

(v) Terdapat program dalam perbincangan untuk tahun depan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang untuk menjelajah potensi karnival berunsurkan alam sekitar.

Pejabat PETACH sedang mengkaji program-program eco-tourism yang boleh dijadikan program tahunan dalam kalendar pelancongan tahunan. Antara kaedah-kaedah promosi yang sedang dikaji termasuk memperkenalkan Teluk Bahang sebagai sebahagian ecotourism trails bersama Seberang Perai untuk mempromosikan Pulau Pinang secara menyeluruh sebagai destinasi eko pelancongan di samping menarik lebih ramai pengunjung melalui aktiviti eco-tourism. Eco-tourism juga merupakan salah satu segmen pelancongan yang sedang dikaji dalam Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Terdapat banyak Persatuan Silat di Parlimen Balik Pulau.

(a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan seni warisan ini.

(b) Peruntukan yang disediakan bagi memastikan seni ini terpelihara.

Y.A.B. Ketua Menteri:

29. (a) Kerajaan Negeri amat menggalakkan pembangunan seni silat di Pulau Pinang. Program George Town Festival yang dianjurkan secara tahunan telah mempromosi dan mempamerkan seni silat yang terdapat di Pulau Pinang kepada masyarakat umum. Kerajaan Negeri juga akan membangunkan projek Penang Art District sebagai pemangkin kepada bidang kesenian di Pulau Pinang. Penang Art District akan meningkatkan nilai seni silat melalui penglibatan tukang seni, pendidik dan masyarakat.

(b) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM13,000.00 bagi menaik taraf tapak silat dan wakaf di gelanggang silat di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau pada Mac 2019. Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang akan mengadakan Festival Kesenian Balik Pulau pada Julai 2019 di Padang Awam, Balik Pulau di mana aktiviti persembahan seni silat akan turut dipamerkan. Program ini akan diadakan secara kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM20,000.00 kepada Majlis Silat Negeri Pulau Pinang bagi Pesta Pulau Pinang 2018 di bawah program Festival Sukan Kombat (FESKOM).

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

(a) Sila nyatakan kutipan hasil dari kedua-dua majlis ini dari tahun 2013 hingga 2018.

(b) Jumlah yang dibelanjakan mengikut kategori.

Page 524: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

524

(c) Langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan lagi hasil yang dikutip.

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. (a) Jumlah kutipan hasil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dari tahun 2013 hingga 2018 adalah berjumlah RM2,372,634,227 manakala kutipan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah berjumlah RM1,447,460,062. Butir terperinci mengikut dari tahun 2013 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kategori perbelanjaan MBPP dan MPSP adalah melibatkan bayaran emolumen, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan tertinggi bagi kedua-dua MBPP dan MPSP. Butir terperinci mengikut tahun dan kategori adalah seperti di Lampiran B. Jumlah perbelanjaan tersebut adalah sebagaimana yang diluluskan oleh bajet MBPP dan MPSP bagi tahun berkenaan.

(c) Antara langkah-langkah yang diambil oleh MBPP dan MPSP untuk meningkatkan hasil kutipan adalah seperti berikut:

(i) Mengkaji dan menilai semula kadar-kadar yang telah dikenakan sejak bertahun-tahun dan mengkaji peluang-peluang kutipan hasil yang baru;

(ii) Mempergiatkan usaha dan tindakan ke atas tunggakan cukai taksiran, sewaan premis dan sewaan gerai serta lesen-lesen;

(iii) Melaksanakan promosi untuk mengurangkan kadar kompaun;

(iv) Menjalankan promosi bayaran tungggakan cukai pintu dan cabutan bertuah;

(v) Mengadakan koordinasi antara jabatan dalaman dengan menetapkan syarat iaitu sebarang urusan akan diproses selepas pemohon menjelaskan semua bayaran tunggakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

(vi) Membuat lelongan harta mudah alih yang tidak digunakan;

(vii) Menyerahkan kes tunggakan kepada Pasukan Khas PBT, Debt Collector dan Panel Peguam; dan

(viii) Mengedarkan poster tanggungjawab membayar cukai taksiran dan kad pemberitahuan tunggakan cukai.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (NO. 30)

XXIV. Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Berapakah perbelanjaan sebenar Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk kemudahan penduduk di Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM39,073,631.54 bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di Pulau Pinang. Pecahan jumlah

Page 525: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

525

perbelanjaan bermula dari tahun 2008 sehingga bulan Mac 2019 adalah seperti di bawah.

JUMLAH PERBELANJAAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA OLEH KERAJAAN NEGERI DARI TAHUN 2008 SEHINGGA BULAN MAC 2019

NAMA PERKHIDMATAN

TAHUN MULA

DILAKSANAKAN

JUMLAH PERBELANJAAN SEHINGGA BULAN

MAC 2019 (RM)

Central Area Transit (CAT) 2008 9,022,776.54

Bridge Express Shuttle Transit (BEST FIZ)

2012 13,935,252.00

Bridge Express Shuttle Transit

(BEST KOMTAR) 2013 3,944,403.00

Congestion Alleviation Transport (CAT)

2018 12,171,200.00

JUMLAH KESELURUHAN 39,073,631.54

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap bangunan-bangunan atau perumahan Jabatan Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang yang terbiar mencacatkan pemandangan dan mengundang bahaya?

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan memberi peringatan untuk dibersihkan atau diberikan sewa kepada orang-orang yang memerlukan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Bangunan atau perumahan milik Kerajaan Persekutuan adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh memberikan teguran dan peringatan sekiranya terdapat bangunan-bangunan tersebut yang menyebabkan kacau ganggu dan bahaya kepada keselamatan awam.

(a) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memberi peringatan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 83 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi halangan dan kacau ganggu kepada pemilik untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan kebersihan dan sebagainya.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk membuka tanah bagi penanaman pokok-pokok yang menyumbang ke arah industri kayu-kayan?

(a) Jika ada dimana kawasan tersebut?

Page 526: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

526

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Negeri Pulau Pinang sehingga hari ini tidak mempunyai cadangan untuk menyertai Program Ladang Hutan atau lain-lain seumpamanya bagi tujuan bekalan kayu kayan negara di bawah Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) 2009. Penanaman pokok bagi tujuan bekalan kayu-kayan hanya boleh dijalankan di Hutan Simpanan Kekal yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pulau Pinang pada masa ini adalah dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan di bawah fungsi Hutan Lipur, Hutan Taman Negeri, Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan Tadahan Air.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah pelabur asing yang melabur di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018?

(a) Apakah angka tersebut menunjukkan perbezaan antara 4 tahun sebelumnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Pelaburan asing yang direkodkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) di Pulau Pinang bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM3,693.37 juta.

(a) Pelaburan asing pada tahun 2018 didapati lebih rendah berbanding pelaburan asing yang direkodkan pada tahun 2014, 2015 dan 2017. Manakala bagi tahun 2016, pelaburan asing adalah rendah berbanding tahun 2018 iaitu perbezaan sebanyak RM636.37 juta. Perincian pelaburan asing bagi tahun 2014 hingga 2017 adalah seperti berikut:

Tahun Pelaburan Asing (RM JUTA)

2017 8,540.49

2016 3,057.00

2015 4,498.70

2014 5,113.59

Sumber: MIDA

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Berapakah jumlah pengurangan sampah sejak program pengasingan sisa di punca dilaksanakan di seluruh Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Sejak program Pengasingan Sisa Di Punca dilaksanakan pada 1 Jun 2016, secara keseluruhannya didapati tidak ada pengurangan terhadap jumlah kutipan sampah di negeri ini. Keadaan ini berlaku kerana jumlah sampah yang dihasilkan telah meningkat

Page 527: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

527

dan begitu juga dengan jumlah kutipan barang kitar semula serta kadar kitar semula telah meningkat setiap tahun seperti jadual di bawah.

Peningkatan jumlah sampah adalah disebabkan oleh pertambahan sisa daripada kawasan perindustrian. Pertambahan ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

(i) Di kawasan Seberang Perai pertambahan premis perindustrian adalah 3.88% manakala pertambahan premis perdagangan adalah 1.25% berbanding tahun sebelumnya.

(ii) Pengalihan sebahagian sisa daripada kilang MSM Malaysia Holding Berhad daripada Tapak Pelupusan Ampang Jajar ke Tapak Pelupusan Pulau Burung.

(iii) Kemasukan sisa sludge dari kilang kertas yang dikategorikan bukan Bahan Buangan Terjadual yang mana sebelum ini tidak dilupuskan di Tapak Pelupusan Pulau Burung.

Di samping itu, penambahan jumlah penduduk negeri dengan pertambahan taman-taman perumahan dan kawasan industri juga diantara sebab-sebab peningkatan sampah setiap tahun.

Walaupun dasar pengasingan sisa di punca dapat mengurangkan sampah dilupus di tapak pelupusan sampah tetapi pertambahan penduduk dengan pembukaan pesat kawasan perumahan dan industri menyebabkan pertambahan jumlah sampah secara keseluruhan.

Program pengasingan sisa di punca akan diteruskan untuk mengurangkan sampah dihantar ke tapak pelupusan, meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan, meningkatkan kadar kitar semula, mengurangkan pengunaan sumber asli dan mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal.

Jumlah Kutipan Barang Kitar Semula Serta Kadar Kitar

TAHUN SAMPAH YANG

DILUPUS (METRIC TONS)

KITAR SEMULA (METRIC TONS)

JUMLAH PERATUS

KITAR SEMULA (%)

2015 605,104 367,032 972,136 37.76

2016 656,395 408,654 1,065,049 38.37

2017 690,271 445,452 1,135,723 39.22

2018 718,069 534,989 1,253,058 42.69

Page 528: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

528

XXV. Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah kos dan butiran terperinci projek perkembangan expansion Swettenham Pier Cruise Terminal yang akan dilaksanakan oleh Penang Port Sdn. Bhd. dan bilakah projek tersebut akan bermula dan disiapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) menganggarkan sejumlah RM155 juta akan dibelanjakan untuk menjalankan projek “expansion” di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT). Projek pembangunan SPCT akan melalui 3 fasa seperti berikut:

(a) Fasa pertama projek adalah untuk memanjangkan terminal SPCT dengan pembinaan dek sepanjang 220 meter. Fasa pertama dapat dimulakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan / atau agensi yang berkaitan. Antara kelulusan diperlukan adalah pemberimilikan tanah oleh Kerajaan Negeri kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), pajakan tanah oleh SPPP kepada PPSB dan konsesi untuk membangunkan, mengendalikan dan menguruskan operasi serta menyelenggara SPCT. Setelah kelulusan tersebut diterima, PPSB akan dapat memulakan fasa pertama projek yang dijangka akan mengambil masa 12 bulan untuk diselesaikan;

(b) Fasa kedua projek melibatkan kerja-kerja menaik taraf ruang terminal sedia ada bagi menampung kapasiti penumpang. Pergerakan penumpang di dalam terminal dijangka akan meningkat secara drastik selepas pelebaran terminal di bawah fasa pertama disiapkan; dan

(c) Fasa ketiga projek akan memberi perhatian terhadap Ground Transportation Area (GTA). GTA tersebut akan menjadi point of assembly untuk menempatkan ruangan parkir serta pergerakan kenderaan seperti bas, teksi dan sebagainya dalam menangani kesesakan lalu lintas di laluan utama.

Fasa kedua dan fasa ketiga akan dimulakan dan disiapkan setelah projek menaik taraf SPCT menjadi matang di mana SPCT dijadikan sebagai homeporting.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan bagi menanggung tanggungjawab dalam kecuaian reka-bentuk dan pembinaan Tanjung City Marina sehingga ia terbelangkalai dan di tutup dalam tahun 2011?

Y.A.B. Ketua Menteri:

2. Tanjung City Marina siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2005. Kemudahan marina mula mengalami kerosakan mulai tahun 2010. Pembaikan dan penyelanggaraan dibuat pada Ogos 2012 dan sebahagian kemudahan marina di kawasan laut masih beroperasi. Walau bagaimanapun, kesemua pontoon terpaksa didaratkan pada tahun 2013 kerana kerosakannya mula menjejaskan keselamatan trafik perkapalan dan operasi marina di kawasan laut ditamatkan sepenuhnya. Tindakan menamatkan lesen telah dibuat secara sepenuhnya pada Mac 2016.

Page 529: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

529

Pada masa ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang menjalankan siasatan ke atas projek marina termasuk projek Tanjung City Marina yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017. PAC dijangka akan membentangkan penemuan dan cadangan penambahbaikan ke atas projek marina tersebut tidak lama lagi. Kerajaan Negeri akan berpandukan kepada hasil penemuan dan cadangan daripada PAC untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah membuka permohonan Request for Proposal (RFP) pada 1 April 2019 kepada pihak yang berminat untuk membangunkan semula Tanjung City Marina. Tarikh akhir penghantaran dokumen RFP adalah pada 11 Disember 2019 bagi memberi ruang untuk pihak yang berminat menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility studies).

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Menyatakan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan trafik kargo pelabuhan Pulau Pinang dan mentransformasikannya menjadi satu hab trans-perkapalan rantau atau pelabuhan kontena utama.

Y.A.B. Ketua Menteri:

3. Pentadbiran pelabuhan Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Pengendalian pelabuhan diswastakan oleh SPPP kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Pada masa ini, PPSB sedang mengembangkan pasaran di selatan Thailand sehingga ke Surat Thani. Beberapa program insentif akan diberikan kepada syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa untuk membawa masuk kargo berkontena dari Thailand ke pelabuhan Pulau Pinang. Pendekatan ini akan meningkatkan trafik kargo ke pelabuhan Pulau Pinang.

Selain itu, PPSB juga sedang meningkatkan produktiviti operasi di tempat-tempat pemunggahan di pelabuhan Pulau Pinang dan di kawasan Padang Besar, Perlis. Proses ini akan mempercepatkan lagi kadar pergerakan empty container dari kawasan tersebut dan secara tidak langsung, meningkatkan trafik kargo ke pelabuhan Pulau Pinang.

PPSB juga merancang untuk menjadikan pelabuhan Pulau Pinang hab trans-perkapalan utama di rantau ini. PPSB melalui SPPP sedang dalam proses untuk mewartakan keseluruhan kawasan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebagai zon perdagangan bebas bagi menjalankan aktiviti trans-perkapalan. Pelbagai tindakan telah diambil dalam memenuhi keperluan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam memastikan NBCT diwartakan sebagai zon perdagangan bebas. Dengan wujudnya zon perdagangan bebas ini, ianya dijangka dapat meningkatkan kadar pengendalian kargo melalui pelabuhan Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Terdapat berapa Free Commercial Zone dan Free Industrial Zone dalam negeri Pulau Pinang, dan adakah rancangan kerajaan untuk menambahkan kawasan zon tersebut termasuk zon duty free di Pulau Pinang.

Page 530: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

530

Y.A.B. Ketua Menteri:

4. Berdasarkan data Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terdapat dua (2) Free Commercial Zone, lima (5) Free Industrial Zonedan satu (1) Zon Duty Free di Pulau Pinang seperti perincian berikut:

(a) Free Commercial Zone

(i) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; dan

(ii) NBCT, Bagan Dalam, Butterworth.

(b) Free Industrial Zone

(i) Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas 1;

(ii) Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas 2;

(iii) Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas 3;

(iv) Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas 4; dan

(v) Kawasan Perindustrian Bebas Perai.

(c) Zon Duty Free

(i) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang memohon pewartaan bagi pembesaran tambahan Kawasan Perindustrian Bebas (Free Industrial Zone) Fasa 4.

Kerajaan Negeri tidak bercadang kawasan perindustrian baharu seperti Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Penang Science Park dan Kawasan Perindustrian Batu Kawan kerana syarikat-syarikat pengilang yang beroperasi di kawasan perindustrian baharu ini terutama syarikat yang berorientasikan eksport menggunakan kemudahan Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) yang juga dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini adalah kerana GPB boleh ditubuhkan di mana-mana kawasan tanpa perlu mewartakan sesuatu kawasan tersebut seperti zon bebas yang perlu diwartakan di bawah Akta Zon Bebas 1990 dan proses kelulusan ini mengambil masa yang sangat lama. Proses kelulusanGPB bagi permohonan baharu mengambil tempoh selama dua (2) bulan sekiranya dokumen lengkap dikemukakan.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di bawah GBP juga adalah berhak menikmati pengecualian cukai sepertimana syarikat-syarikat di dalam Kawasan Zon Perindustrian Bebas.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri sudah atau akan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pengorekan (dredging) laluan air bernilai RM350 juta pelabuhan Pulau Pinang seperti yang diwajibkan apabila Penang Port diswastakan?

Page 531: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

531

Y.A.B. Ketua Menteri:

5. Pentadbiran pelabuhan Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Pengendalian pelabuhan telah diswastakan oleh SPPP kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Bagi perjanjian penswastaan bertarikh 23 November 2013 mengenai kerja-kerja pengorekan atau (dredging) di North Channeldari paras mean chart datum 11 meter kepada 14.5 meter, ianya hanya akan dilaksanakan berdasarkan keperluan. Keadaan ini bergantung kepada permintaan pengguna-pengguna pelabuhan. Pada masa ini, tiada keperluan bagi kerja-kerja pengorekan dilaksanakan memandangkan kapal-kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada ketika ini memerlukan kedalaman sebanyak 11 meter sahaja dan kedalaman tersebut masih diperolehi.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Apakah langkah-langkah yang telah atau akan diambil Kerajaan Negeri untuk memperkukuhan Standard Operating Prosedure (SOP) tugasan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam perkhidmatan awam negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap isu-isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam perkhidmatan awam negeri. Bagi mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam perkhidmatan awam negeri, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah bagi memperkukuhkan Standard Operating Prosedure (SOP) tugasan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri seperti berikut:-

(i) Melaksanakan pengauditan proses kerja secara berkala dan kerap ke atas agensi-agensi Kerajaan Negeri termasuklah Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Audit Negara;

(ii) Melaksanakan naziran pematuhan ke atas proses kerja dan pegawai yang terlibat dalam proses tersebut yang dijalankan oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang;

(iii) Menggalakkan penggunaan program Pengurusan LEAN dan Cutting Red Tape (CURE) yang diperkenalkan oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC) untuk mengurangkan karenah birokrasi dan memantapkan proses kerja atau SOP sesuatu perkhidmatan;

(iv) Memastikan SOP atau proses kerja sentiasa disemak dan ditambahbaik setiap tahun oleh Ketua Jabatan dan Penyelia melalui semakan MyPortfolio;

(v) Membuat agihan tugas pegawai dan kakitangan dengan saksama dan telus agar bebas daripada percanggahan kepentingan tugas dan peribadi;

Page 532: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

532

(vi) Merancang untuk mengukuhkan mekanisme dalam menguatkuasakan pusingan kerja secara mandatori kepada penjawat awam yang memegang jawatan sensitif seperti yang terkandung di dalam Pelan Anti Rasuah; dan

(vii) Menerima pakai Pelan Anti Rasuah Nasional untuk dilaksanakan di peringkat Negeri Pulau Pinang.

Malah Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mereka yang didapati telah menyalah guna kuasa di dalam melaksanakan tugas masing-masing serta bersetuju untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa khasnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menghasilkan suatu pelan induk air jangka masa panjang untuk pengurusan air bagi memastikan bekalan air negeri mencukupi dan mampan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

7. Cadangan kajian pelan induk telah disebutkan secara terbuka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sejak tahun 2009. Kerajaan Negeri melalui PBAPP telah menjalankan ‘Kajian Pelan Induk untuk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang sehingga Tahun 2050” secara bebas. Kajian ini mengunjurkan permintaan air terawat di Pulau Pinang menjadi 1,483 juta liter sehari (MLD) pada 2030, 1,696 MLD pada 2040 dan 1,884 MLD pada 2050.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa kira-kira 80% air mentah Pulau Pinang diperolehi dari Sungai Muda dan terdapat keperluan untuk mengurangkan kebergantungan keterlaluan dari satu sumber.

Oleh itu, kajian tersebut mencadangkan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) bagi memperoleh sumber air mentah kedua bagi Pulau Pinang.

Sejak tahun 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP cuba mempercepatkan pelaksanaan SPRWTS, bukan sahaja untuk manfaat Pulau Pinang tetapi juga untuk Negeri Perak.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sebelum ini gagal melaksanakan SPRWTS dalam tempoh 2012-2018.

Selepas perubahan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menggesa Perak dan Pulau Pinang mencari penyelesaian untuk memanfaatkan Sungai Perak sebagai sumber air mentah untuk kedua-dua belah pihak.

Pada tahun 2019, KATS telah mengadakan rundingan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang di Putrajaya. KATS kini menjalankan kajian teknikal untuk menentukan cara terbaik untuk melaksanakan skim penyaluran air antara negeri ini.

Page 533: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

533

Berikutan potensi hasil yang dijangkakan, SPRWTS dapat memastikan jaminan bekalan air untuk Pulau Pinang sehingga tahun 2050 dan wujudnya pelan induk bekalan air untuk Pulau Pinang yang dipanggil “Kajian Pelan Induk Bekalan Air Minum di Pulau Pinang hingga Tahun 2050”.

SPRWTS mencerminkan komitmen Pulau Pinang dan PBAPP untuk meneruskan rancangan jangka panjang yang komprehensif untuk memastikan jaminan air untuk Pulau Pinang dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang baru.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Bilakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan kadar tarif air akan berkuatkuasa dan menjelaskan rasional dan juga kesan kenaikan kadar tarif air kepada pengguna air dalam negeri?

Y.A.B. Ketua Menteri:

8. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih belum menyerahkan kajian semakan tarif air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). PBAPP masih menunggu persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk Mekanisma Penetapan Tarif (TSM) yang dicadangkan oleh SPAN dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). PBAPP hanya akan mengemukakan permohonan untuk semakan tarif air setelah dimaklumkan secara rasmi oleh SPAN mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Apakah skop dan butiran kajian yang sedang dijalankan untuk pembinaan lapangan terbang kedua Pulau Pinang dan bilakah kajian kerajaan tersebut akan disiapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang di dalam peringkat melantik perunding bagi Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara. Proses merangka Terma Rujukan sedang dilakukan dan perlu dimuktamad terlebih dahulu sebelum perunding dilantik. Pelantikan ini dijangka akan dilaksanakan pada suku terakhir tahun 2019.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menghasilkan satu blue print pembangunan bandar pintar untuk Pulau Pinang, dan sekiranya ada, apakah komponen-komponen atau projek-projek yang akan dirancang untuk menjadikan Pulau Pinang bandar pintar?

Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Negeri Pulau Pinang kini sedang menuju Bandar Pintar Smart City bertaraf antarabangsa pada Tahun 2025 selaras dengan visiPenang 2030: A Family-focused, Green and Smart State to Inspire the Nation. Dalam membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri Pintar, terdapat 22 inisiatif Bandar Pintar yang telah dilaksanakan, 6 inisiatif yang sedang dilaksanakan, dan 4 inisiatif yang akan dilaksanakan. Senarai inisiatif ini adalah seperti di Lampiran A. Kesemua inisiatif ini

Page 534: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

534

kini sedang didokumentasikan oleh pihak Penang Institute (PI) dalam dokumen bertajuk Roadmap: Penang Towards A Smart International City yang dijangka siap pada bulan Jun tahun ini.

Melalui penetapan empat (4) teras strategik Bandar Pintar Pulau Pinang iaitu Tadbir Urus, Infrastruktur, Data dan Rakyat serta lima (5) domain utama bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Masyarakat Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar, pembangunan Negeri Pulau Pinang menuju sebuah bandar pintar yang mampan sustainable melalui tadbir urus pintar serta pelbagai inisiatif bandar pintar adalah selari dengan transformasi digital dan revolusi industri 4.0 di peringkat global.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 10)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Adakah DOSH habis menyediakan siasatannya ke atas tanah runtuh Bukit Kukus, dan apakah hasil siasatan tersebut dan tindakan yang akan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat?

Y.A.B. Ketua Menteri:

11. Susulan daripada kejadian kemalangan tanah runtuh Bukit Kukus pada 19 Oktober 2018, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang telah menubuhkan satu (1) pasukan khas bagi menjalankan siasatan berkenaan kejadian ini. Siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan punca kuasa dan skop jabatan berkaitan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Kertas siasatan bagi kes ini telah dilengkapkan dan telah dipanjangkan kepada Penasihat Undang-Undang (PUU) Jabatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan tidak boleh didedahkan buat masa ini memandangkan kes masih berjalan dan mungkin akan memberi implikasi terhadap proses perundangan yang akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pihak Jabatan akan mengambil tindakan pendakwaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 berdasarkan hasil siasatan dan kelulusan Jabatan Peguam Negara. Laporan lengkap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 11)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Apakah tindakan yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa tragedi pencemaran toksik Sungai Kim Kim tidak akan berlaku di Seberang Perai Tengah memandangkan terdapat konsentrasi tinggi kilang-kilang merata-rata yang berhampiran dengan sungai-sungai utama?

Page 535: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

535

Y.A.B. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri mengambil maklum insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang dipercayai berpunca daripada pelupusan haram bahan buangan terjadual di tebing sungai berkenaan.

Bagi memastikan perkara yang sama tidak berlaku di Negeri Pulau Pinang secara amnya dan Seberang Perai Tengah (SPT) secara khususnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil pendekatan berikut:-

(a) Mempergiatkan penguatkuasaan secara berkala dan mengejut ke premis pengeluar bahan buangan terjadual;

(b) Pemantauan bahan buangan terjadual daripada premis melalui sistem atas talian (online) Electronic Scheduled Wastes Information System (eSWIS) yang perlu dikemaskini secara real time;

(c) Memastikan setiap permohonan kilang baharu mematuhi kehendak perancangan dan syarat jabatan-jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar;

(d) Melaksanakan program pemutihan kilang-kilang sedia ada yang telah beroperasi tanpa kelulusan; dan

(e) Mengenakan tindakan tegas seperti kompaun dan tindakan mahkamah ke atas premis yang gagal mengurus dan mengendali buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Apakah tindakan yang akan diambil Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah serius kekurangan keanggotaan polis di Balai Polis Bukit Tengah yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan yang luas (57.6km persegi) di kawasan Bukit Tengah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

13. Masalah kekurangan anggota sememangnya berlaku di Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Bagi mengatasi perkara tersebut, khususnya dalam usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pihak polis menjalankan tugas-tugas termasuk menangani isu pencegahan jenayah, tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

(i) Penambahan seramai 14 anggota polis menjadikan keseluruhan anggota di Bukit Tengah seramai 62 orang;

(ii) Mengadakan pusingan kerja tiga (3) syif;

(iii) Mendapatkan bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam untuk Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Ronda Bermotosikal (URB); dan

Page 536: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

536

(iv) Mendapat bantuan Balai Polis Komuniti Bukit Minyak, Bukit Mertajam dengan kekuatan lapan (8) anggota bagi Operasi Cegah Jenayah (OCJ).

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Apa rancangan terperinci Kerajaan Negeri tahun ini dan ke depan untuk menaik taraf perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk warga Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

14. Projek Penang Free Wifi (PFW) dilancarkan pada 26 Mac 2009 sebagai satu inisiatif Penang State Government’s Groundbreaking Wireless@Penang olehpihak REDtone International Berhad (REDtone) yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan Wifi percuma kepada orang awam. Pemasangan fasa 1 PFW pada tahun 2009 bagi 750access point (AP)s dipasang percuma dan Fasa 2 PFW pada tahun 2011, sebanyak 750 APs berbayar telah dipasang. Setiap AP dicaj sebanyak RM100. Manakala 50 APs tambahan dipasang percuma oleh REDTone dan 10 APs lagi dibiayai secara CSR oleh PDCTS. Kesemua APs siap dipasang sepenuhnya pada tahun 2012 dengan bandwidth setiap AP sebanyak 516Kbps dan keseluruhan bandwidth adalah sebanyak 50 Mbps. Pada 10 April 2014, pihak REDTone telah menambah lagi keseluruhan bandwith sebanyak 25 Mbps.

Mulai 16 Februari 2015, Kerajaan Negeri telah menambah peruntukan bandwidth (kelajuan) PFW sebanyak 300Mbps menjadikan jumlah keseluruhan bandwidth adalah 375Mbps. Walau bagaimanapun, perkhidmatanPenang Free Wifi (PFW) pada masa itu mempunyai beberapa kekangan seperti kualiti bandwidth dan liputan. Oleh itu, Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Bil. 42/2018 bertarikh 12 Disember 2018 dan disahkan pada hari yang sama telah bersetuju untuk tidak melanjutkan perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) oleh Syarikat REDtone Telecommunications Sdn. Bhd. secara bulanan berkuat kuasa pada 13 Februari 2019.

Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik perkhidmatan wifi percuma, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan proses Request For Proposal (RFP) yang bermula pada suku pertama tahun 2019. Melalui proses RFP ini, perkhidmatan wifi percuma yang sedia ada dapat dinaik taraf dengan kelajuan wifi yang lebih tinggi danbackhaul yang lebih berkapisiti tinggi.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Sama ada Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang atau peraturan untuk mewajibkan majikan kilang-kilang perindustrian mendaftarkan alamat kediaman pekerja warga asing mereka dengan Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang.

Y.A.B. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di negeri Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.13/2017 pada 21 November 2017 (Pindaan 2017). Tujuan utama penyediaan garis panduan ini adalah membangunkan kawasan penempatan khas bagi pekerja asing dan tempatan yang lengkap dengan kemudahan di kawasan zoning perniagaan dan perindustrian agar tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk tempatan.

Page 537: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

537

Selain itu, dengan terbinanya asrama pekerja ini, Kerajaan Negeri dapat memantau dan mengawal pergerakan pekerja-pekerja tersebut kerana pembinaan asrama ini akan turut dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang tinggi bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memperkenalkan undang-undang atau peraturan untuk mewajibkan majikan kilang-kilang perindustrian mendaftarkan alamat kediaman pekerja warga asing mereka dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Apakah status penyediaan dan bilakah Rancangan Tempatan Seberang Perai akan disediakan, dan apakah komponen-komponen yang akan terkandung di dalam rancangan tempatan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

16. Rancangan Tempatan merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsir dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Kajian Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 (RTSP 2030) telah dimulakan sejak 4 September 2017. Kajian tersebut kini di peringkat Draf Akhir dan dalam proses semakan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan perunding. Komponen-komponen yang terkandung di dalam RTSP 2030 terkandung di dalam dua (2) jilid.

Jilid pertama mengandungi panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkaitan melalui peta cadangan guna tanah berpandukan asas dan kerangka pembangunan masa hadapan.

Jilid kedua pula telah menggariskan panduan bagi kawasan pembangunan dan pelaksanaan yang disusun mengikut Blok Perancangan bagi kawasan-kawasan utama setiap daerah di Seberang Perai.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Adakah JPS sudah memohon untuk peruntukan persekutuan 2019 bagi pemuliharaan Sungai Juru, dan sekiranya ada, untuk menjelaskan status permohonan tersebut, harga dan skop kerja-kerja tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

17. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah pun memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2019 untuk tujuan pemuliharaan Sungai Juru dengan nilai projek berjumlah RM500,000.00. Setakat ini, kelulusan peruntukan tersebut masih belum diterima. Skop kerja yang akan dilaksanakan di bawah cadangan projek ini adalah melibatkan kerja-kerja mengorek dan mendalam muara dan sungai di Sungai Juru.

Sebagai makluman, sejumlah RM633,895.00 telah pun diluluskan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2017 sehingga 2019 bagi tujuan penyelenggaraan dan tebatan banjir melibatkan Sungai Juru. Perincian projek yang

Page 538: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

538

dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut adalah seperti di Lampiran A. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM200,000.00 diluluskan untuk pelaksanaan dua (2) projek pada tahun 2019 melibatkan kerja-kerja mendalam dan membaiki Sungai Juru dan kerja-kerja mendalam dan membaiki sungai dan parit di Kuala Juru. Pada masa ini, kedua-dua projek tersebut sedang dalam proses penilaian sebutharga.

RUJ. LAMPAIRAN A (NO. 17)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Apakah status permohonan Kerajaan Negeri kepada KPKT untuk menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada status Majlis Bandaraya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

18. Permohonan menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada status Bandaraya telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bilangan 38/2018 pada 7 November 2018. Permohonan ini kemudiannya telah diangkat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 31 Disember 2018 oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Justeru, pihak KPKT telah mengemukakan permohonan Kerajaan Negeri ini kepada pihak Economic Planning Unit (EPU), Ministry of Finance (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ulasan agensi luar pada 29 Mac 2019. Kertas Majlis Jemaah Menteri bagi cadangan menaik taraf MPSP kepada status bandaraya dijadualkan untuk dibentangkan pada 17 April 2019. Namun begitu pembentangan kertas berkenaan telah ditunda ke 8 Mei 2019.

Secara umumnya, semua agensi luar mengambil maklum terhadap permohonan untuk menukar taraf MPSP kepada status Bandaraya. Pihak JPA memaklumkan bahawa cadangan ini perlu mengambil kira dasar mengoptimumkan sumber manusia.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Apakah hasil daripada proses tender yang tutup pada 14/11/2018 bagi ''project'' pembinaan Depot Tahanan Imigresen baru di Lot 7370, Mukim 7, Seberang Perai Selatan yang bertujuan akan mengantikan Depot Tahanan Imigresen lama di Juru?

Y.A.B. Ketua Menteri:

19. Lembaga Perolehan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bersidang pada 14 Mac 2019 bagi mempertimbangkan dan memutuskan cadangan pembinaan Depot Tahanan Imigresen Jawi, Seberang Perai Selatan. Pihak Ibu Pejabat JKR kini dalam proses mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya seperti keputusan Lembaga Perolehan dan pihak JKR sedang menyediakan Pelan Kebenaran Merancang secara rundingan di bawah Seksyen 20A Akta Perancang Bandar dan Desa, Akta 172.

Page 539: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

539

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Apakah status rundingan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembiayaan dan geran tahunan persekutuan kepada Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

20. Pemberian dan geran tahunan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Tahun 2019 di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Melalui mesyuarat tersebut, MOF telah bersetuju untuk mengkaji semula formula pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, terutamanya berkaitan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup. Selain pemberian yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebelum ini, MOF juga telah bersetuju untuk menyalurkan dua (2) pemberian baharu bagi tahun 2019 iaitu:

(a) Agihan 50% hasil cukai pelancongan yang telah pun disalurkan kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM10.98 juta pada 28 Mac 2019; dan

(b) Kerajaan Persekutuan juga bercadang untuk memberikan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi usaha melindungi kawasan perlindungan hutan atau marin sedia ada dan menambah kawasan perlindungan baharu. Jumlah peruntukan masih belum diputuskan oleh MOF.

RUJ. LAMPIRAN A (NO. 20)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Adakah Kerajaan Negeri akan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan anggota penguatkuasaan JAS yang tidak mencukupi untuk beroperasi dan memantau seluruh kawasan Seberang Perai Tengah yang luas?

Y.A.B. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan berharap supaya Kerajaan Persekutuan dapat menambah anggota penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang (JASPP). Pada masa ini, bilangan anggota penguatkuasaan JASPP ialah seramai 67 orang. Daripada jumlah tersebut, dua (2) pasukan penguatkuasa JASPP dengan kekuatan enam (6) orang anggota dipertanggungjawabkan untuk memantau seluruh kawasan Seberang Perai Tengah.

Berdasarkan rekod inventori terkini JASPP, sebanyak 46% atau 2,856 premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] beroperasi di daerah Seberang Perai Tengah. Berpandukan kepada data kekuatan tenaga kerja semasa JASPP, satu (1) pasukan penguatkuasa JASPP hanya mampu melaksanakan siasatan ke atas 100 premis sahaja untuk tempoh setahun di kawasan Seberang Perai Tengah. Oleh itu, JASPP sememangnya pada masa ini beroperasi di bawah kapasiti yang diperlukan di Negeri Pulau Pinang khususnya bagi kawasan Seberang Perai Tengah.

Page 540: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

540

Justeru itu, bagi memastikan kualiti alam sekitar yang baik di mana premis di Pulau Pinang mematuhi undang-undang dan peraturan serta tidak melakukan pencemaran alam sekitar, Kerajaan Negeri menyokong langkah serta usaha bagi menambah anggota penguatkuasa JASPP.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja pengorekan (''dredging'') persisiran muara dan Kuala Sungai Juru yang sudah menjadi terlalu cetek dan kritikal?

Y.A.B. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk menjalankan kerja pengorekan (dredging) di persisiran muara dan kuala Sungai Juru yang sudah menjadi terlalu cetek dan kritikal. Di bawah perancangan tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Peruntukan Pembangunan (Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir) bagi kerja pengorekan Sungai Juru berjumlah RM500,000.00 untuk dilaksanakan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja terbabit adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan berkenaan daripada Kerajaan Persekutuan. Setakat ini, kelulusan tersebut masih belum diperoleh.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk melebarkan sepanjang Jalan Juru dari persimpangan Jalan Permatang Tinggi sehingga persimpangan Jalan Tok Kangar, dan sekiranya ada, untuk menyatakan butiran terperinci projek tersebut termasuk jangka masa ia akan disiapkan?

Y.A.B. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah merancang untuk melebarkan Jalan Juru dari persimpangan Jalan Persekutuan sehingga ke Simpang Empat Tok Kangar. Butiran terperinci bagi cadangan pelebaran jalan ini adalah seperti berikut:

(a) Pelebaran jalan dari dua (2) lorong dua (2) hala kepada empat (4) lorong dua (2) hala;

(b) Pembinaan jambatan baru melintasi Lebuhraya Utara Selatan;

(c) Pengalihan utiliti oleh pihak syarikat utiliti terbabit; dan

(d) Pengalihan pokok oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pembinaan bagi projek ini akan mengambil masa dua (2) tahun untuk disiapkan. Pelan reka bentuk pelebaran jalan ini telah disiapkan pada Disember 2017. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pembinaan adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan Kerajaan Negeri.

Page 541: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

541

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Susulan daripada Bengkel Siri 2/2018, adakah kementerian KPKT sudah mewujudkan jawatankuasa kerja dengan melibatkan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan dan apakah status terkini gerak kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

24. Cetusan inspirasi untuk melaksanakan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) adalah salah satu aspek pembaharuan demokrasi yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) melalui manifesto PRU-14. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat perangkaan dengan mengambil kira pelbagai sudut, terutama bagi memberi pemahaman dan penerangan bersepadu mengenai pelaksanaan PRKT.

Kajian yang dilaksanakan juga akan mengambil contoh pelaksanaan PRKT di negara lain serata dunia dengan mengikut acuan tempatan, sekali gus mengambil kira sentimen dan sensitiviti rakyat di negara ini. Pihak KPKT juga terus meneroka kaedah baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan, disamping sentiasa peka dan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan daripada segala aspek, demi memastikan kelestarian rakyat Malaysia.

Pihak KPKT mengambil maklum kenyataan media oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 10 Disember 2018 di Putrajaya menegaskan PRKT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman. Sehingga Mac 2019, Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah KPKT masih belum menubuhkan jawatankuasa kerja secara rasmi. Walau bagaimanpun usaha terhadap kajian kebolehlaksanaan PRKT masih sedang dijalankan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Apakah syarat-syarat teknikal yang dikenakan ke atas pengusaha kuari (Permit 4C) Sungai Sembilang, Bukit Juru dan nyatakan secara terperinci kerja pemantauan kerajaan dan Jabatan Mineral dan Geo Sains sejak 2013 sehingga 2019 di tapak kuari untuk memastikan semua syarat teknikal Permit 4C dipatuhi sepenuhnya?

Y.A.B. Ketua Menteri:

25. Syarat-syarat pengeluaran bahan batuan (4C) yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) ke atas pengusaha kuari di Sungai Sembilang, Bukit Juru ialah :

(a) Pengusaha kuari hendaklah mematuhi semua syarat-syarat teknikal yang terkandung dalam Surat Ulasan Teknikal Kerja Peletupan;

(b) Aktiviti pengkuarian hendaklah dijalankan dengan teratur, tidak membahayakan nyawa, merosakkan harta benda awam dan mengakibatkan gangguan, kepentingan awam lain yang berhampiran;

(c) Kerja-kerja peletupan di kuari hendaklah dikendalikan oleh pembedil yang kompeten dan bertauliah; dan

Page 542: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

542

(d) Pemohon perlu mendapat kelulusan Pelan Kerja Tanah daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Manakala, syarat-syarat utama Surat Ulasan Teknikal Kerja Peletupan yang dikenakan oleh JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang :-

(a) Jumlah bahan letupan yang disyorkan bagi setiap hari kerja peletupan ialah:-

High Explosives : 50 kg

Detonators : 100 butir

(b) Had gegaran bumi bagi setiap kerja peletupan hendaklah tidak melebihi lima (5) mm / sesaat yang diukur pada kepentingan awam yang terdekat; dan

(c) Had ledakan udara bagi setiap kerja peletupan hendaklah tidak melebihi 124 dBL (desibel) yang diukur pada kepentingan awam yang terdekat.

Kaedah pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah / Perlis / Pulau Pinang sejak tahun 2013 sehingga tahun 2019 melibatkan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa dengan menggunakan alat vibrometer bagi mengukur gegaran bumi dan ledakan udara. Alat tersebut akan dipasang di kawasan yang mempunyai kepentingan awam yang terdekat seperti perumahan awam, sekolah dan sebagainya dari muka kuari yang dijalankan kerja peletupan.

Pembedil yang dilantik oleh pihak kuari dikehendaki mengemukakan reka bentuk peletupan dua (2) hari sebelum kerja peletupan dijalankan bagi memastikan pembedil menjalankan kerja peletupan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya mengeluarkan permit bagi penggunaan high explosive dandetonator (bahan peledak) mengikut jumlah yang disyorkan dalam Surat Ulasan Teknikal Kerja Peletupan oleh JMG di kuari berkenaan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Berapakah bajet tahunan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) daripada 2013 - 2019 dan senaraikan secara terperinci perbelanjaan bagi semua program dan aktiviti GTWHI mengikut tahun.

Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Peruntukan keseluruhan Kerajaan Negeri kepada George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dari tahun 2013 hingga 2019 adalah RM63,984,376.00 dan perincian bajet tahunan adalah seperti berikut:

Page 543: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

543

Bil. Tahun Pengurusan

(RM)

Peruntukan Program/

Projek JKN

(RM)

Peruntukan Pembangunan

P.01

(RM)

George Town

Festival

(RM)

Jumlah

(RM)

1. 2013 1,500,000.00 249,200.00 2,778,000.00 3,000,000.00 7,527,200.00

2. 2014 1,500,000.00 500,000.00 2,175,500.00 3,000,000.00 7,175,500.00

3. 2015 2,250,000.00 600,000.00 3,460,000.00 3,500,000.00 9,810,000.00

4. 2016 2,300,000.00 390,000.00 3,743,076.00 4,000,000.00 10,433,076.00

5. 2017 2,530,000.00 848,600.00 2,160,000.00 4,000,000.00 9,538,600.00

6. 2018 2,700,000.00 4,000,000.00 930,000.00 4,500,000.00 12,130,000.00

7. 2019 2,700,000.00 730,000.00 940,000.00 3,000,000.00 7,370,000.00

Jumlah (RM) 15,480,000.00 7,317,800.00 16,186,576.00 25,000,000.00 63,984,376.00

Manakala perincian perbelanjaan program dan aktiviti GTWHI adalah seperti berikut:

Bil. Tahun Jumlah Program/

Aktiviti

Jumlah Perbelanjaan

(RM)

1. 2013 18 5,582,371.66

2. 2014 14 5,491,214.52

3. 2015 15 6,288,215.84

4. 2016 25 7,588,606.94

5. 2017 21 6,459,435.60

6. 2018 30 9,456,241.10

7. 2019 (sehingga 31

Mac 2019) 13 1,023,766.44

Jumlah 136 41,889,852.10

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membina tapak gerai makan untuk pekerja-pekerja kilang di Penang Science Park, dan sekiranya ada, untuk membekalkan butiran terperinci rancangan tersebut.

Y.A.B. Ketua Menteri:

27. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan untuk membina gerai makan di Penang Science Park. Ini adalah kerana kemudahan tempat makanan / kantin telah disediakan oleh pihak kilang di premis masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meminta pihak Penang Development Corporation (PDC) untuk membuat perancangan bagi membangunkan tapak gerai

Page 544: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

544

makan secara berpusat di Penang Science Park North yang dapat dimanfaatkan secara bersama-sama oleh kesemua pekerja kilang dan lain-lain yang berurusan di Penang Science Park.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Apakah rancangan terperinci Kerajaan Negeri untuk menaik taraf infrastruktur dan gelanggang sukan lama di kawasan Bukit Tengah?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha dalam menyediakan infrastruktur sukan termasuk menaiktaraf infrastruktur dan gelanggang sukan lama di Negeri Pulau Pinang termasuklah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah bagi menggalakkan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Antara kerja-kerja penaiktarafan yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di DUN Bukti Tengah pada tahun 2019 adalah seperti berikut:-

Bil. Projek Lokasi Anggaran Kos Status

1. Pemasangan baru alat mainan

Taman Sentul Indah

RM30,180.00 Dijangka akan dilaksanakan pada Jun 2019

2. Cadangan menaiktaraf laluan pejalan kaki

Taman Sentul Jaya RM200,00.00 Dijangka akan dilaksanakan pada Ogos 2019

Infrastruktur dan gelanggang sukan yang selainnya akan dinaiktaraf secara berperingkat mengikut senarai keutamaan disebabkan peruntukan dan sumber kewangan yang terhad.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

29. Walaupun Klinik Kesihatan Bukit Minyak baharu dinaik taraf, kemudahan kantin tidak disediakan. (a) Adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menyediakan sebuah kantin di klinik kesihatan tersebut?

Y.A.B. Ketua Menteri:

28. (a) Klinik Kesihatan Bukit Minyak merupakan sebuah klinik kesihatan jenis 3. Bagi klinik kesihatan jenis 3, piawaian yang ditetapkan tidak mensyaratkan penyediaan ruang untuk kantin. Atas alasan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menyediakan kantin di klinik tersebut. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselesaan pelanggan yang hadir ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah sedang dalam proses menyediakan sewaanvending machine dan food truck.

Page 545: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

545

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama dengan pihak berkepentingan "stakeholders" dalam industri perabot berasaskan kayu untuk memajukan perindustrian tersebut di Negeri Pulau Pinang?

Y.A.B. Ketua Menteri:

30. Sektor Industri Berasas Kayu (IBK) merupakan salah satu industri utama yang dijalankan di Negeri Pulau Pinang. Pengawal seliaan ke atas industri-industri berasas kayu di negeri Pulau Pinang dilaksanakan berpandukan kepada Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan Kaedah-kaedah Industri Berasas Kayu 1989. Selain daripada berperanan sebagai penyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. IBK ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Pulau Pinang dengan anggaran 2,000 orang terlibat secara langsung dalam IBK.

Isu dan cabaran IBK di negeri Pulau Pinang adalah kilang-kilang IBK yang tidak berdaftar susulan kekangan untuk memenuhi keperluan syarat yang ditetapkan di bawah Enakmen ini. Isu tersebut menjadi kekangan kepada Industri terutamanya dalam meluaskan pasaran produknya ke Negara-negara yang memerlukan pengiktirafan chain of custody oleh Kementerian Perusahaan Utama.

Sehubungan dengan itu, bagi memelihara IBK ini di negeri Pulau Pinang, pada 3 Januari 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk pemberian Lesen Sementara kepada Kilang-kilang IBK yang belum berdaftar di bawah Enakmen Industri Berasas Kayu. Lesen sementara ini diberikan bagi tempoh 3 (tiga) tahun untuk memberi ruang kepada Pengusaha Industri bagi menyelaras syarat-syarat kilang masing-masing agar dapat memenuhi keperluan Enakmen. Pada tahun 2018 juga Kerajaan Negeri telah meluluskan Pindaan Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK) negeri Pulau Pinang 1987 untuk memperbaiki dan memperkemaskan pendaftaran oleh Kilang-kilang IBK di Pulau Pinang.

Usaha yang telah diambil ini merupakan inisatif pemutihan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan IBK yang sihat dan bebas daripada kesalahan undang-undang di negeri Pulau Pinang. Usaha ini sekaligus dapat menarik pengusah-pengusaha industri perkayuan di negeri-negeri jiran untuk menghantar sumber kayu kayan ke negeri Pulau Pinang untuk diproses. Sehingga April 2019, daripada 282 buah kilang industri di Pulau Pinang, sebanyak 185 kilang telah berjaya menerima Lesen Sementara yang melibatkan sebanyak 82 buah kilang perabot. Ini menunjukkan pencapaian pemutihan sebanyak 100% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pecahan lengkap senarai Kilang IBK yang telah menerima lesen sementara seperti perincian berikut:

Page 546: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2019/APRIL/SOALAN BERTULIS.pdfdun.penang.gov.my

546

Jadual 1: Maklumat Industri Berasaskan Kayu (IBK) di Bawah Program Pemutihan KIilang IBK Mengikut Jenis Industri Di Negeri Pulau Pinang.

Bil Jenis Industri Lesen Kekal Lesen Sementara

(Pumutihan) Jumlah

1 Papan 33 44 77

2 Vernir 3 - 3

3 Papan Lapis 2 2 4

4 Loji Pengawetan 1 - 1

5 Perabot 17 82 99

6 Kayu Kumai 8 - 8

7 Kerja Kayu 33 57 90

Selanjutnya, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang mewujudkan penganjuranRoadshow Industri Berasas Kayu yang diadakan secara tahunan. Roadshow ini adalah untuk menghimpunkan semua pengusaha/operator IBK dari industri pemprosesan utama hingga industri pemprosesan hiliran termasuk persatuan-persatuan yang berkaitan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan pematuhan kepada peruntukan undang-undang seperti yang termaktub dalam Enakmen Industri Berasas Kayu (EIBK) Negeri Pulau Pinang 1987 pindaan 2018.Roadshow ini juga platform terbaik dikalangan pengusaha industri untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha industri dalam proses pemutihan serta menghebahkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu industri berasas kayu ini terus berkembang di negeri Pulau Pinang.

Sejak Program Pemutihan ini diperkenalkan pada tahun 2018, sebanyak tiga (3) buah Roadshow telah diadakan iaitu pada Disember 2018, Februari 2019 dan Mac 2019. Roadhow ini akan menjadi program tetap Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sehingga ke semua kilang-kilang IBK Negeri Pulau Pinang memperolehi Lesen Kekal daripada Kerajaan Negeri.

Dengan langkah-langkah yang dinyatakan di atas, Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan IBK berkembang maju di negeri ini. Mengenai cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa kerjasama dengan pihak berkepentingan, Kerajaan Negeri belum ada perancangan setakat ini.