draf refleksi bmm 3104

Upload: anip-eichie

Post on 12-Jul-2015

966 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI BMM 3104 ( SHAHIDAN BIN AHMAD ) Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat saya menyiapkan tugasan mengenai Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ( BMM 3104). Semasa menyiapkan tugasan mengenai pelbagai pengajaran kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa Melayu baku.

Disamping sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah melakukan pengajaran mikro, penjelasan konsep kemahiran berbahasa, membina rancangan pengajaran harian, membentangkan hasil dapatan dalam kumpulan, melakukan lakonan mengikut skrip atau petikan dan refleksi, Saya dapat banyak pengalaman dari pensyarahpensyarah Jabatan Bahasa Melayu mengenai cara membuat kerja khusus dan mencari bahan bahan untuk dijadikan nota tambahan dari pelbagai sumber dan membina gambar rajah grafik berdasarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Saya memilih kemahiran membaca kemahiran 5.1 iaitu membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. Pecahan kepada kemahiran seterusnya 8.2 iaitu membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang di baca. Saya menjalankan pengajaran makro dalam bilik darjah untuk jangka masa 60 minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Pintar. Tajuknya mengenai perkakasan komputer. Secara sepintas lalu, sebahagian kecil murid dalam kelas tersebut dapat menamakan perkakasan komputer dengan betul walau dalam bahasa Inggeris.Pengajaran yang lancer yang mana saya menunjukkan beberapa gambar perkakasan komputer yang diceraikan komponennya. Murid dapat menyebut perkakasan tersebut. Saya tidak menggunakan LCD dan laptop sebaliknya menggunakan sepenuhnya papan tulis. Saya percaya dengan manfaatkan papan tulis juga dapat menarik minat murid untuk belajar. Saya menulis perkataan dengan terang dan jelas dan lurus dengan

jarak dan barisan yang sesuai. Saya membahagikan ruang yang teratur untuk notanota agar kelihatan jelas kepada murid. Murid dapat membaca dengan kuat dan menggunakan nada dan intonasi yang betul. Dalam proses pembacaan ini, murid digalakkan memberi pendapat, dan dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Murid dapat membaca apa yang di tulis di papan tulis. Murid dapat membentangkan hasil dapatan dalam kumpulan dan membaca secara individu. Saya merasa puas, murid dapat menulis karangan pendek dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan ayat sendiri. Saya rasa agak kecewa kerana ada tiga orang pelajar yang masih tidak dapat menulis dengan baik . Pada keseluruhannya pengajaran makro saya, berjaya dan menyeronokkan. Saya dapat membina gambar rajah berbentuk grafik, sedikit sebanyak dapat melatih saya untuk memahami serta mengingat kembali isi-isi penting dengan mudah.. Sebagai kesimpulan, tugasan ini dapat meningkatkan kepekaan saya terhadap masalah membaca dan menulis karanganpendek.. Kebolehan guru yang disokong dengan minat mengajar boleh menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Saya berazam untuk menjadi guru yang berkualiti disamping dapat menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

REFLEKSI ( SHAHIDAN BIN AHMAD ) Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan mengenai Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya dapat banyak pengalaman mengenai cara membina gambar rajah bergrafik berdasarkan sukatan pelajaran. Dengan teknik membina gambar rajah berbentuk grafik sedikit sebanyak dapat melatih dan memahami serta mengingat kembali isi-isi dalam Sukatan Pelajaran khasnya Bahasa Melayu untuk tahun lima. Saya memilih kemahiran membaca untuk menjelaskan perkaitan atau perhubungan antara hasil pembelajaran utama dengan hasil pelajaran khusus dan aras pembelajaran. Saya memilih kemahiran membaca kemahiran 5.0 iaitu membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. Pecahan kepada kemahiran seterusnya 5.2 iaitu membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang di baca. Dalam proses pembacaan ini, murid digalakkan memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan dapat menerang kembali apa yang dibacanya. Murid dapat mengingat dan menulis kembali apa yang di baca. Saya akan merasa puas andainya murid dapat menulis karangan pendek dengan isi-isi yang bernas dengan menggunakan ayat sendiri.. Sebagai kesimpulan, tugasan ini dapat meningkatkan kepekaan saya terhadap masalah membaca dan menulis karangan. Pembacaan sesuatu cerita dan menulis semula dengan menggunakan kreativiti sendiri serta dapat memperlihatkan pemikiran yang kritis dan kreatif. Kebolehan guru yang disokong dengan minat membaca boleh menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menerusi

pembacaan. Saya berazam untuk menjadi guru yang berkualiti disamping dapat menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih. Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merujuk keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dab kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.