Download - Wirid selepas solat
1
2
3
4
5
6
7
“Maha Suci Allah dan pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Tuhan Yang Maha Besar”
“Allah, Allah, Allah, Allah Ya Allah. Allah Ya Allah, Allah Ya Allah, Allah Ya Allah, Allah, Allah, Allah Ya Allah.
“Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripada Allah, Nur Muhammad S.A.W.
8
“Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah”
“Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki, Tuhan yang Haq, Tuhan yang Benar. Nabi Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai”
“Hamba memohon keampunan kepadaMu Ya Allah, sesungguhnya Engkau Allah Yang Maha Penerima Taubat”
“Tiada Tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad pesuruh Allah”
“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allha”
“Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah, kami kembali kepadaMu Ya Allah, kepada Allah kami menyesal atas dosa-dosa yang telah kami lakukan”
“Telah muncul bulan purnama atas kami. Dengan pujian-pujian kami mengalu-alukan. Ucap kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan”
9
“Selawat Allah atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya beserta salam"
DOA HARIAN
1)Doa Bangun Tidur:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kami dimatikan dan kepadaNya kami kembali”
2)Doa Memakai Pakaian:
“Ya Allah, aku bermohon kepadaMu akan kebaikannya dan segala kebaikan yang dibawanyadan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala
keburukan yang dibawanya”
3)Doa Melihat Cermin:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau mengindahkan kejadianku maka perindahkanlah akhlakku dan haramkanlah wajahku daripada api neraka”
4)Doa Sebelum Makan:
10
“Ya Allah, berkatkanlah rezeki yang telah Engkau beri kepada kami dan jauhkan kami dari azab neraka”
5)Doa Selepas Makan:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan memberi kami minum serta menjadikan kami dari golongan orang-orang Islam”
6)Doa Keluar Rumah:
“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah”
7)Doa Naik Kenderaan (Darat):
“Maha Suci Allah yang menundukkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami tiada kuasa menggunakannya kalau tidak dengan kurnia Allah dan sesungguhnya
kami akan kembali kepada Tuhan kami”
8)Doa Sebelum Belajar:
“Ya Allah lapangkanlah dadaku, mudahkanlah bagiku urusanku, hilangkanlah kekeluan lidahku supaya mereka mengerti perkataanku”
9)Doa Menanggalkan Pakaian:
11
“Segala puji bagi Allah yang tiada tuhan selainNya”
10)Doa Untuk Ibu Bapa:
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil”
11)Doa Hendak Tidur:
“Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati”
12)Doa Masuk Tandas:
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dari kejahatan syaitan jantan dan betina”
13)Doa Keluar Tandas:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan serta menyihatkan”
12
PENINGKATAN AKHLAK
1. ADAB MENGHADAPI MAKANAN DAN MINUMAN.
Niat memakan atau meminum kerana Allah.
Membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Selepas makan adalah
baik kita mencuci mulut.
Digalakkan makan secara berjemaah(ramai) tidak berseorangan.
Membaca doa apabila hendah makan atau minum.
Membaca “Bismillah” apabila hendak memasukkan makanan dalam
mulut.
Jangan sekali-kali mencaci dan mencela makanan dan minuman.
Hidangkanlah makanan-makanan itu di atas sehelai kain yang bersih
(kain safra).
Hendaklah makan dengan tangan kanan dan dilarang makan sambil
duduk bersandar.
Mula dengan mengambil makanan yang terletak dihadapan dan
berdekatan.
Mengambil makanan dengan tangan kanan.
Biarkan orang yang lebih tua dari kita memulakan makan.
Sunat mendoakan orang yang menjamu kita makan.
Pastikan kita makan/minum sambil duduk.
Hendaklah membaca doa selepas makan.
Janganlah bernafas ke dalam bekas yang mengandungi minuman.
Janganlah minum terus-menerus dan hendaklah minum dua atau tiga
teguk sekali minum.
Minumlah sambil duduk.
Makruh meminum daripada bekas simpanan air seperti botol dan
sebagainya.
Rasulullah melarang kita makan dan minum dari bekas yang diperbuat
dari emas dan perak.
2. ADAB DAN TATATERTIB TIDUR.
Mengambil wudhuk sebelum baring tidur.
Bersihkan/kibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali sebelum
membaringkan diri.
Berbaring/tidur dalam keadaan muka mengadap ke kiblat.
Berbaringlah ke sebelah kanan tempat tidur itu. Kemudian letakkan
tangan kanan dibawah pipi sambil membaca doa tidur.
Apabila bangun dari tidur , hendaklah membaca doa bagun dari tidur.
Gerak-gerakkan badan perlahan-lahan terlebih dahulu sebelum bangun.
13
3. ADAB DAN TATATERTIB DENGAN IBU BAPA.
Ridha Allah bergantung atas ridha kedua ibu bapa, dan
kemurkaan Allah bergantung atas kemurkaan kedua ibu
bapa. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa dalam segala
hal dan perintahnya kecuali perkara maksiat dan
larangan Allah serta Rasullullah S.A.W. Bercakap kepada kedua ibu bapa dengan adab dan lemah
lembut serta tidak tinggikan suara. Bangun menghormati mereka apabila mereka datang
atau tiba.
Mencium tangan keduanya apabila bersalaman dengan
mereka. Memelihara nama dan kehormatan serta harta benda
mereka.
Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan
urusan.
Memperbanyakan doa dan permohonan ampun bagi
mereka. Hendaklah kita melaksanakan sesuatu yang
mengembirakan mereka.
Tidak keluar rumah tanpa izin dan kebenaran mereka. Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang
tidur.
Tidak mencelakan ibu bapa jika mereka melakukan
sesuatu yang kita tidak suka.
Di meja makan biarlah mereka yang memulakan makan
dahulu daari kita.
Menyahut panggilan mereka dengan serta merta dan
terang. Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka.
Memuliakan dan menghormati mereka walaupun mereka
melayan kita seperti sahabat mereka. Jika kita seorang pelajar, belajarlah dan beri keutamaan
kepada pelajaran, ini menyukan mereka.
Tidak bercakap bohong dengan mereka.
Tidak berahsia sesuatu masalah dengan mereka.
4. TERTIB MENUNTUT ILMU DAN BERGURU.
Menuntut ilmu kerana Allah dan berdoa memohon
hidayah daripadaNya.
Menghormati dan memuliakan guru.
Memulai memberi hormat dan salam kepada guru.
Tidak membicara sesuatu yang tidak ditanya atau
diminta oleh gurunya.
14
Tidak banyak bercakap dan buat bising dihadapan guru.
Bertanya kepada guru setelah meminta dan mendapat
izin guru dan pada masa yang sesuai.
Jangan bertindak dan menunjuk sikap bertentangan
dengan guru kerana menyangka guru guru ada dalam
kesalahan/kesilapan atau menyangka dirinya benar/betul.
Elak dari menyakiti perasaan guru dengan percakapan
atau perbuatan yang tidak disukainya.
Beri tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran yang sedang
diajarkan guru.
Pastikan anda membantu guru apabila dilihat guru
memerlukan bantuan.
Bercakap kepada guru dengan menggunakan bahasa
yang baik dan sopan santun.
5. ADAB DAN TATATERTIB DALAM PERGAULAN.
Pilihlah sahabat yang berakal dan berakhlak.
Elak dari bersahabat dengan orang yang buruk
akhlaknya, sebab ia boleh merosakkan kita.
Pilih sahabat dari golongan orang yang suka berbuat
baik.
Jangan anda ikuti orang yang kosong hatinya dari
berzikir mengingati Allah dan orang yang selalu
mengikuti hawa nafsunya belaka.
Jangan kamu memilih dan bergaul dengan sahabat yang
suka berbohong atau suka berdusta.
Jangan pilih sahabat yang malas dan pilih mereka yang
rajin, merendah diri, suka pemaaf dan tidak sombong
serta yang sabar.
Apabila kita bersahabat, kita perlu saling hormat
menghormati.
Saling mengutamakan kepentingan sahabat dan saling
membantu dalam kerja yang baik serta melarang
pekerjaan mungkar.
Memanggil nama sahabat atau nama gelaran yang baik
dan disenanginya.
Jika terdapat sebarang kekurangan, hendaklah saling
menasihati dan menjaga aib masing-masing.
Tidak membebankan dan menyusahkan sahabat,
bantulah mereka ketika mereka dalam kesusahan.
Apabila berjumpa memberi salam dan bersalaman.