TAJUK 5
SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
5.1 Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonetik dalam bahasa Melayu.
Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan
rangkap dan simbol diftong.
5.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti definisi simbol fonetik Bahasa Melayu, iaitu vokal, konsonan
dan diftong.
ii. Membanding beza jenis-jenis simbol fonetik Bahasa Melayu.
iii. Menggunakan simbol-simbol fonetik untuk mentranskripsikan petikan yang
diperdengarkan oleh rakan dan pensyarah dengan tepat.
.
5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu
bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa
bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan
hanya kepada ejaan Rumi sahaja.
Huruf Simbol Fonetik
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu
5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu
Simbol konsonan Bahasa Melayu mewakili kesemua 25 huruf dan simbol fonetik
konsonan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2 yang berikut:
Bil. Huruf Simbol Fonetik
1. b /b/
2. c /c/
3. d /d/
4. f /f/
5. g /g/
6. gh /x/
7. h /h/
8. j /j/
9. k /k/
10. kh /x/
12. l /l/
13. m /m/
14. n /n/
15. ng /n/
16. ny /n/
17. p /p/
18. q /q/
19. r /r/
20. s /s/
21. s /s/
22. t /t/
23. v /v/
24. w /w/
25. z /z/
Jadual 5.2: Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
Selain konsonan, dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan
rangkap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 yang berikut:
Konsonan Rangkap Simbol Fonetik
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
akh [ x ]
Rajah 5.3: Konsonan Gandingan dan Rangkap
5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu
Diftong ialah huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan.
Sehubungan dengan itu, dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au
dan oi . Sehubungan dengan itu, simbol diftongnya ialah [ai], [au] dan [oi].
Aktiviti 6
Anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30
perkataan hingga 50 patah perkataan, kemudian transkripsikan petikan
tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonetik yang telah anda pelajari.
TAJUK 6, 7 DAN 8 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
6.1 Sinopsis
Topik ini ada hubung kaitnya dengan bunyi bahasa, yang dikenali sebagai segmen atau
fonem. Setiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.
Istilah segmen atau fonem merupakan satu konsep yang abstrak, namun bermakna
apabila berdiri dalam rentetan fonem lain. Di samping itu, topik ini turut membincangkan
definisi, jenis-jenis dan peranan yang dimainkan oleh vokal, diftong dan konsonan
Bahasa Melayu.
6.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. membezakan definisi vokal, diftong, konsonan dan fonem
ii. menghurai jenis-jenis bunyi vokal, diftong dan konsonan
iii. mengenal pasti kedudukan bunyi vokal, diftong dan konsonan dalam Bahasa
Melayu.
6.3 Vokal
Apakah bunyi vokal? Kenyataan tentang bunyi vokal boleh menunjukkan sifatnya. Vokal
ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai bunyi
bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan
tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal
dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang.
6.3.1 Vokal Hadapan
Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.
Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar.
Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang
fonetik. Sehubungan dengan itu, bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan
vokal [i].
Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda
akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana
depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah
2.7 di bawah).
6.3.2 Vokal Belakang
Sekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu.
Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan
belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di
bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana
vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari
menghasilkan bunyi [u].
6.3.3 Vokal Tengah []
Berdasarkan Rajah 2.6, ada berapa vokal tengah dalam bahasa Melayu? Sebenarnya
ada satu vokal tengah, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah
dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata
pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan
6.3.4 Vokal dinasalkan
Apakah jenis vokal yang telah kita bicarakan di atas? Vokal yang kita pelajari ialah
vokal hadapan dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga
oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup
rongga nasal.
Selain itu, terdapat juga vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan
melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini
dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas
lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus
peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang
melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang
seterusnya, iaitu [na].
6.4 Diftong
Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Terdapat tiga
jenis diftong dalam bahasa Melayu. Diftong yang pertama ialah [ai] dan untuk
menghasilkannya, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tak setinggi
sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai]. Diftong yang kedua pula ialah diftong
[au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian
bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan,
kemudian dibundarkan pula contohnya, [pulau]. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].
Ketika dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i],
bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].Aktiviti 6
Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat keadaan alat artikulasi untuk
menghasilkan bunyi vokal.Bil.VokalLidahLelangit lembutLelangit kerasAnak tekak
1.depan sempit
2.
depan luas
3.belakang sempit
4.Belakang separuh sempit
6.5 Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan
geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara seperti yang digambarkan dalam Rajah
6.3 yang berikut.
Rajah 6.1: Carta Konsonan Bahasa Melayu
6.5.1 Konsonan letupan
Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan
cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. Konsonan [p] dan
[b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada
dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].
Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara
tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,
tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan
udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan
ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak
tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk
menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara
dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap
arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini, pita suara direnggangkan, arus udara
yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di
hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Sehubungan dengan itu,
untuk menghasilkan konsonan [j], proses yang sama dilakukan tetapi pita suara
bergetar.
Penghasilan hentian [?] pula berlaku dengan cara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian
rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan
dihasilkan.
6.5.2 Konsonan Geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],
bunyi geseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi
geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
6.5.3 Konsonan Getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
6.5.4 Konsonan Getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
6.5.5 Konsonan Sengauan (nasal)
Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu, iaitu sengauan dua bibir bersuara [m], sengauan gusi bersuara [n], sengauan lelangit keras bersuara [n] dan
sengauan lelangit lembut bersuara [n]. Perbezaannya bunyi-bunyi ini berlaku apabila
daerah udara disekat dalam rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut
dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi
sengauan lelangit keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan
bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].
6.5.6 Separuh Vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak
dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.
6.5.7 Konsonan Pinjaman
Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan
ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan
dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari
bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz]
menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam
banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. [f]
dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak
bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.
Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.
[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan
dinamakan geseran gusi lelangit keras.